Isnin, 19 Mac 2018

Malaysia bukan negara gagal, kata Hadi

Bukan semua dasar kerajaan adalah buruk, kata presiden PAS.

CYBERJAYA: Malaysia bukan sebuah negara yang gagal kerana negara ini kaya dengan pelbagai hasil serta mempunyai potensi yang luas, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata kerajaan sedia ada menggubal dasar yang membawa kebaikan kepada rakyat dan jika perlu, dasar itu perlu ditambah baik agar menyediakan perkhidmatan lebih efisyen.
“(Dasar) yang baik dikekalkan dan yang buruk perlu diperbetulkan atau dihapuskan. Bukan semua yang dilakukan oleh kerajaan membawa keburukan kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Manifesto Malaysia Sejahtera bersama rakan strategik Gagasan Sejahtera (Gagasan) di sini, malam tadi.
Gagasan Sejahtera terdiri daripada PAS, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).
Hadi, yang juga pengerusi gabungan itu, berkata PAS akan bersikap adil dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi negara.
“Sebagai pembangkang yang matang dan sejahtera, PAS akan menghadapi pilihan raya umum dan tidak menumbang kerajaan dari pintu belakang,” katanya.
Manifesto itu merangkumi sembilan teras dan 20 tawaran utama, antara lain mampu menyelesaikan bebanan kos sara hidup rakyat dan menghapuskan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Selain itu, membentuk kerajaan berintegriti dan beramanah, penambahan pendapatan boleh guna dan penjanaan peluang baharu untuk rakyat.

4 ulasan:

  1. PH pun tak menumbang kerajaan yg ada dgn memlaui pintu belakang ttp melalui pilihanraya......yg guna pintu belakang ialah umno/bn yg menggunakan penipuan-penipuan didlm perlaksanaan pilihanraya bg meraih kemenangan....itu bermakna penyokong2 umno/bn spt PAS....juga terlibat dgn perbuatan umno/bn tu.....dgn menggunakan topeng dan kefahaman islam yg sempit (assobiyah)......mmg dah lama tahu kegelojohan hadi...utk menjadikan dirinyer ketua dlm suatu gabungan itu.....sejak arwah nik aziz dgn UGnyer...tak menyempat2...kena sergah dgn nik aziz berhenti sekejap(dipermukaan)....sebenarnyer UG berjln secara senyap.....dlm PR ...dgn perangai dengki khianatnyer.....sakit hati dia bila DSAI diipilih utk menjadi PM menunggu....disabotajnyer...dgn menabalkan tengku razaleigh pulak...sedangkan tak der kaitan dgn PR......itulah seba sedikit kronologi busuk hati...dengki khianat.....hadi marang kerapu......dibawahnyer PAS jadi pecacai umno/bn...sedangkan dulu mengkafirkan umno/bn........

    BalasPadam
  2. Zimbabwe pun ada benda yg elok
    Tapi dikira gagal
    Tu la hg pa silap tgk
    Kalau undang2 gagal
    Kira gagal
    Malayasia negara gagal

    BalasPadam
  3. Apa lg mangkuk ayun ni nak menipu & merapu. Tak main pintu belakang konon. Wahai "ulamak" palsu lg jahat, yg kau tikam rakan2 PR masa PRU 13 tu hingga b'laku 3 penjuru tu apa hal la bodoh.

    Yg kau senyap2 runding pak lah sb nak tubuhkn gabungan pas & umno d perak tu.apa hal.

    Tak MAIN PINTU BELAKANG KONON. Kalo dah selalu camni... Kena tanya juga bini2 kot kot hadi ni pun suka pintu belakang

    BalasPadam
  4. Lebai cap ayam berhujah...

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA