Jumaat, 23 Mac 2018

Isu al-bayyinah 1MDB hangat di Dewan Rakyat


Walaupun soalan-soalan berhubung 1MDB tidak dibenarkan Speaker Dewan Rakyat, perbahasan yang menyentuh skandal kewangan terbesar negara itu terus menghangatkan dewan.
Petang tadi, sesi penggulungan perbahasan titah Yang di-Pertuan Agung oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom juga dihangat dengan isu 1MDB.
Isu al-bayyinah 1MDB hangat di Dewan RakyatKetika bercakap tentang isu maqasid syariah, Jamil Khir berkata kerajaan amat peka menjaga lima perkara iaitu agama (al-deen), nyawa (al-nafs), akal (al-‘aql), keturunan (al-nasab/al-nasl) dan harta (al-mal).
Mohamed Hanipa Maidin (AMANAH-Sepang) yang bangun mencelah bertanyakan bagaimana kerajaan mampu menjaga harta negara sedangkan harta rakyat ‘dicuri’ atau ‘dirompak’ melalui korupsi seperti dalam skandal 1MDB.
Jamil Khir menjawab bahawa tanggung jawab mengemukakan al-bayyinah (keterangan) terletak di bahu pihak yang menuduh dan pihak yang dituduh sekadar menafi dengan bersumpah sahaja (al-yamin ‘ala man ankara).
Tidak berpuas hati dengan jawapan menteri, Hanipa bangun bertanya bagaimana hendak mengemukakan al-bayyinah (bukti) jika individu yang membawa bukti ditangkap dan kes tidak dibawa ke mahkamah.
Malah Datuk Dr Mujahid Yusof (AMANAH-Parit Buntar) dan Khalid Samad (AMANAH-Shah Alam) mempersoalkan jawapan menteri dengan membangkit tindakan Speaker menolak soalan berhubung 1MDB dan keengganan kerajaan untuk mengambil tindakan mahkamah.
Mengulas lanjut isu 1MDB, Hanipa berpendapat cerita sebenar berhubung skandal mega 1MDB hanya akan dapat diketahui jika Pakatan Harapan menguasai Putrajaya.
“Saya percaya ramai dari pemimpin PH yang mempunyai latar belakang dari pelbagai disiplin seperti ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, perakaunan, forensic accounting, perundangan, syariah dan lain-lain dengan dibantu oleh ramai pakar insya Allah mampu mengorek hingga ke dasar isu 1MDB tersebut.
“Jika tidak berlaku perubahan pucuk pimpinan di Putrajaya, saya tak nampak isu skandal mega seperti 1MDB akan berjaya dibongkar dan diketahui ramai.
“1MDB telah mengakibatkan orang tertentu menjadi kaya raya, rakyat bawahan teruk menderita dan merana, negara tercemar nama dan maruahnya di persada antarabangsa, penjenayah di negara tak kena apa-apa dan golongan agama seperti alpa pahala dan dosa,” ulasnya di laman Facebook.
Hanipa menambah, hanya dengan memastikan PH berkuasa cerita sebenar tentang 1MDB akan dikongsi bersama rakyat.
Oleh itu, beliau menyeru rakyat agar memilih PH untuk menerajui Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

2 ulasan:

  1. Itu sebab malaysia sekarang haru biru sebabnyer ulama umno/bn mudah ditipu oleh sinajib lanun bugis......mudah diperbodohkan oleh pemimpin2 umno/bn......itu sbb bila bercakap macam org bangang dan bahalol jer......

    BalasPadam
  2. Moga Allah laknat semua pihak yg memutarbelitkan alasan agama semata2 krn nak pertahankan salahlaku seorg kleptokrat. Dan aku maksudkan kamu jamil khir!

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA