Rabu, 14 Februari 2018

SPR perkenal keadah ‘urut jari’ pada PRU14

Prosedur itu membolehkan petugas pusat undi memeriksa jari pengundi bagi memastikan mereka tidak memakai sarung jari atau terdapat kesan dakwat.
spr_undi_600
KUANTAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memperkenalkan kaedah “urutan jari” pada pilihan raya umum Ke-14 (PRU14) bagi mengelak sebarang penipuan semasa proses pembuangan undi.
Pendaftar Akademi Pilihan Raya SPR Nik Aminudin Nik Shahar Shah berkata menerusi prosedur baharu itu, kerani yang bertugas di pusat pengundian akan memeriksa kedua-dua belah jari pengundi dengan lebih teliti untuk memastikan mereka tidak memakai sarung jari atau mempunyai kesan dakwat.
“Kerani yang bertugas akan memakai sarung tangan untuk memeriksa jari pengundi sebelum mereka dibenarkan mencelup jari ke dalam botol dakwat pilihan raya dan langkah ini kita lakukan memandangkan pada masa sekarang sudah ada sarung jari tiruan.
“Dalam masa sama ia juga untuk memperkemaskan lagi prosedur dalam proses pengundian bagi mengelakkan sebarang penipuan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menyampaikan taklimat sempena Siri Jelajah Taklimat PRU14 di Auditorium RTM hari ini.
Lebih 60 pengamal media Pahang mengikuti taklimat itu yang bermula dari 9 pagi hingga 1 tengah hari yang turut disampaikan Penolong Pengarah Pendidikan Pengundi Akademi tersebut Abdul Fatah Mohd Pilus.
Dalam program itu, pihak media diberi penerangan berhubung perjalanan sistem pilihan raya di negara ini di samping prosedur permohonan pas media dan tatacara membuat liputan sepanjang PRU14.
Akademi Pilihan Raya SPR turut melakukan simulasi senario proses pengundian dan pengiraan undi yang dilakukan sepenuhnya di pusat mengundi di seluruh negara pada hari pengundian, selain turut menyentuh isu berbangkit setiap kali pilihan raya.

Beliau turut berharap hasil maklumat yang diperoleh itu dapat digunakan pengamal media untuk disebarkan kepada orang ramai bagi mengelak persepsi negatif rakyat kepada SPR.
Katanya Pahang merupakan negeri ke-4 program SPR turun padang selepas Terengganu, Kelantan dan Selangor.
“Kami akan teruskan program seperti ini, dengan penjelajahan ke negeri lain berdasarkan jemputan untuk memberikan lebih banyak maklumat dan pendedahan kepada rakyat dalam meningkatkan kesedaran prosedur pilihan raya yang SPR lakukan selama ini telus dan tidak memihak kepada mana-mana parti,” katanya.

2 ulasan:

  1. Sarung jari yang mana yang ada di pasaran? Ibu jari atau jari telunjuk atau kelingking atau jari hantu? Kalau ada pun pihak yang cuba menipu, mereka adalah pihak yang merasa mereka akan kalah pada PRU akan datang Sebelum menghebohkan tentang sarung jari tiruan, SPR sepatutnya terlebih dahulu mempastikan dakwat yang digunakan nanti bukan dakwat kekal tiruan seperti yang telah SPR gunakan pada PRU ke tiga belas dahulu. SPR jangan Cuba mengarut tentang sarung jari tiruan. Pastikan terlebih dahulu daftar senarai pemilih itu bersih Dan tiada pengundi hantu.

    BalasPadam
  2. SPR...Suruhanjaya Pecacai Rosmah....tak habis nk jd anjing kurap haramjadah najib rosmah.....rakyat akan sumpah korang...7 keturunan jadi haramjadah....

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA