Rabu, 14 Februari 2018

PRU14: Veteran gesa tentera jangan takut mengundi

Veteran gesa tentera jangan takut mengundi
Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Mohamed Arshad Raj berkata tanggungjawab pasukan keselamatan adlaah menjunjung kedaulatan negara, walaupun digajikan oleh kerajaan. Justeru, beliau menyeru pasukan keselamatan mengamalkan hak mereka sebagai rakyat untuk mengundi mana-mana individu atau parti agar kedaulatan negara tak terancam dengan anasir seperti urus tadbir lemah dan lain-lain. 
ANGGOTA tentera tidak perlu takut untuk mengundi mana-mana parti politik, dan perlu mengutamakan tanggungjawab menjaga kehormatan negara, kata presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) Mohamed Arshad Raj.
Arshad berkata, walaupun digajikan oleh kerajaan yakni dari wang rakyat, tanggungjawab pasukan keselamatan adalah untuk menjunjung kedaulatan negara.
“Buat saudara dan saudari kita yang masih aktif berkhidmat dalam pasukan tentera dan polis, kami merayu anda semua mengundi tanpa rasa gentar atau berat sebelah.
“Semuanya bergantung kepada anda untuk (mengundi) mana-mana individu ataupun parti. Undilah dengan rasa bangga dan penuh hormat,” kata Arshad dalam sidang media di pejabat Patriot di Subang Jaya hari ini.
Beliau turut menekankan bahawa Malaysia telah dijangkiti dengan masalah seperti tadbir urus yang buruk, ketabsuban beragama dan kaum selain pelbagai lagi masalah yang menjurus kepada perpecahan.
Justeru Arshad menyeru anggota keselamatan mengundi supaya dapat merubah dan membentuk masa hadapan yang lebih cerah.
“Keamanan dan perpaduan itu khazanah negara. Kita tidak patut biarkan khazanah negara dirosakkan oleh politikus. Kita patut pilih pemimpin kebangsaan dengan cermat.
“Urus tadbir buruk yang masih berlaku dalam tahun kebelakangan ini akan menghancurkan negara,” Arshad memberi amaran tanpa menamakan mana-mana politikus atau parti politik.
Arshad berkata, ketika mereka berkhidmat dalam pasukan tentera dahulu, ramai anggota yang tidak mengundi.
“Kami Patriot ingin berkongsi rahsia yang tak berapa elok. Melihat kembali masa lalu, bila mana kami masih aktif dalam pasukan keselamatan, kami tidak peduli pun untuk mengundi. Kami tidak ambil peduli pun mengenai politik.
“(Tapi) keadaan sudah berubah sekarang ini. Terdapat banyak galakan buat tentera untuk mengundi. Inilah namanya kesedaran,” kata Arshad.
Dalam masa sama beliau turut menyeru semua rakyat Malaysia menggunakan hak undi mengundi.
“Kami lebih patriotik untuk mengundi sekarang ini. Kami sarankan semua rakyat Malaysia mengundi. Kami tidak percaya dengan Undi Rosak,” tambah Arshad.
Pilihan Raya Umum ke-14 dijangka akan diadakan sebelum Ogos.

1 ulasan:

  1. Hello Arshad, anda pun tahukan tentera ni apabila mengundi dalam kem sudah tentu tiada kebebasan. Mereka tidak bebas macam rakyat lain.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA