Selasa, 2 Januari 2018

Utusan: Mahfuz perlu bertanggungjawab khianati janji dengan Allah

Tindakan Datuk Mahfuz Omar keluar parti tidak memberi kesan kepada PAS sebaliknya anggota parlimen Pokok Sena itu perlu bertanggungjawab dengan perbuatannya yang mengkhianati janji dengan Allah apabila pernah melafazkan baiah, lapor Utusan Malaysia.
Akhbar itu melaporkan Mursyidul Am PAS Hashim Jasin sebagai berkata, segala pendapatan yang diperoleh Mahfu daripada jawatan wakil rakyat dikhuatiri menjadi haram, selain mungkin dilaknat Allah selepas melanggar baiah tersebut.
"Di dalam Islam wajib kita taat pada baiah yang dilafazkan sebab itu janji seseorang itu dengan Allah.
"Apa sekali pun kita tidak halang, terpulang kepada beliau (Mahfuz) kerana itu tanggungjawabnya dengan Allah," beliau dilapor berkata kepada pemberita selepas merasmikan Markas PAS Padang Pauh, di Kangar malam tadi.

Perkara itu dilaporkan Utusan dengan tajuk "Mahfuz perlu bertanggungjawab khianati janji dengan Allah".
Kelmarin, Mahfuz yang menjadi anggota PAS lebih 30 tahun mengumumkan keluar parti serta-merta dan menjadi wakil bebas.
Dalam surat peletakan jawatannya, Mahfuz mendakwa PAS hanya memperalatkan usul melipatgandakan hukuman bagi kesalahan syariah – yang lebih dikenali sebagai RUU355.

Bekas naib presiden PAS tu juga tidak berpuas hati dengan pendirian parti yang berkecuali terhadap Belanjawan 2018 serta sasaran 40 kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Hashim berkata, pihaknya tidak pernah bermusuh dengan mana-mana pemimpin yang keluar PAS sebaliknya parti itu sedia memberi ruang kepada mereka sedar dengan tindakan itu.

3 ulasan:

  1. Semua org bertanggungjawab kpd Allah bulan Mahfuz sorang je. Baik Menteri atau YB atau yang mkn dedak yg beli porche duit dedak yg tgok blue d german yg htr gmbat k-t- kpd janda atau yg pakai spender besar dll.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuang presideng yg ponteng sidang parlimen(pecah amanah) tak perlu bertanggungjawab dgn Allah? Tak makan duit haram? Pas buat boleh, org lain buat haram? Perangai dah mcm org fasik bani israel

      Padam
  2. Tidak menentang kleptokrasi, penywlewwduit rakyat dan tidak bersuara dalam parlimen bagi pihak rakyat pun Allah akan tanya. Makan gaj buta bula ponteng sidang pun akan ditanya juga.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA