Rabu, 10 Januari 2018

Terima 428 aduan terhadap Bersatu punca RoS tidak dapat iktiraf PH

Peningkatan aduan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  selain kemelut dalaman parti itu menjadi punca Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sehingga kini, tidak dapat meluluskan permohonan parti tersebut termasuk mengiktiraf Pakatan Harapan (PH).
Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim berkata, setakat 8 Januari, pihaknya menerima sebanyak 428 aduan terhadap Bersatu.
“Isu Armada, pemecatan Exco, mesyuarat agung tahunan (AGM) dan rasa tidak puas hati ahli terhadap urus tadbir Bersatu antara aduan yang paling banyak diterima ROS.
“ROS bukan sengaja melewat-lewatkan permohonan Bersatu dan Harapan. Kami perlu siasat semua aduan ini dengan teliti. Ini termasuk aduan terhadap DAP,” katanya seperti dipetik Sinaronline.
Menurut Surayati, RoS juga sedang memantau setiap aktiviti Pakatan Harapan.
Katanya, siasatan perlu diteliti secara menyeluruh memandangkan ada masalah yang belum selesai berhubung Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP dan ditambah pula isu dalaman Bersatu.
“Perkara-perkara inilah yang memanjangkan lagi tempoh kelulusan RoS. Tidak ada jangka waktu yang tepat, bila ia boleh diselesaikan.
“Kerana itu, Bersatu perlu segera menyelesaikan segala isu dalaman parti supaya permohonan mereka dapat disegerakan,” katanya.
Semalam Sinar Harian melaporkan, Pakatan Harapan mahu RoS mempercepatkan permohonan kelulusan penggunaan satu logo pada PRU14.
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kelulusan dalam masa terdekat membolehkan ia diperkenalkan kepada pengundi.

1 ulasan:

  1. Kami juga dpt beribu2 aduan yg RoS rela digunakan oleh parti penyamun umno/bn.....

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA