Rabu, 24 Januari 2018

Skandal 1MDB: MO1 tak usah perbodohkan rakyat

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin mengingatkan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak supaya jangan terus memperbodohkan rakyat dalam isu skandal 1MDB yang berlarutan sehingga kini.
Beliau merujuk kepada ucapan terbaru PM berhubung isu berkenaan di Invest Malaysia 2018 yang berlangsung di Kuala Lumpur seperti dilaporkan Malaysian Insight.
Dalam ucapannya PM dilaporkan berkata bahawa beliau mengakui kegagalan 1MDB, wujudnya lepas pandang dalam isu tata kelola dan urus tadbir (lapses of governance) dan wujudnya sebab yang sah untuk ambil berat (valid cause for concern).
Isu 1MDB: MO1 tak usah perbodohkan rakyat, kata MP SepangSehubungan itu kata PM, beliau telah arahkan salah satu penyiasatan yang komprehensif dan terperinci dalam sejarah korporat yang melibatkan pelbagai pihak berkuasa dan institusi Parlimen yang dwi-pihak (a bipartisan parliamentary body).
“Alahai MO1, ingat anda kami ni semua begitu mudah boleh anda perbodohkan. Orang lain bolehlah puas hati hanya dengan penerangan daripada pihak 1MDB dalam masa dua jam sahaja. Maaf, bukan kami lah.
“Apa pun, terima kasih kerana akhirnya anda akui juga kegagalan 1MDB biarpun lewat gila nak mengaku dan selepas kantong negara sudah hampir kering 1MDB “sapu” dan ” bedal”,” tulis beliau dalam Facebooknya semalam.
Kata beliau, jika sudah tahu gagal, selepas ini dalam sidang Parlimen pada bulan Mac ni, beliau berharap Speaker tidak menolak soalan-soalan tentang 1MDB dan tidak halang mana-mana MP untuk membahaskan isu 1MDB.
“Ada MP tak payah halang pun sebab memang dia tak bahas pun isu 1MDB. Tak perlu juga tolak soalan dia tentang 1MDB sebab soalan tentang “makhluk perosak” tu pun memang tak ada.
“1MDB ni “buah tangan” anda Mr. MO1. Justeru, bila anda akui ia gagal, akui jugalah yang anda wajar dihukum, sama ada ikut law -dibicarakan anda di mahkamah dan jika salah dihumban ke dalam penjara, atau ikut politik-humban parti anda dan yang selalu “bagi nyawa” kepada anda selama ini dalam PRU14 nanti.
“Ya, benar ada siasatan daripada pelbagai agensi, tapi yang peliknya tak jumpa siapa penjenayahnya (a crime without criminals),” kata Pengerusi Biro Undang-undang AMANAH (Kanun) itu.
Sebab tu tambah beliau, tidak ada penjenayah yang dibicarakan, jauh sekali didapati bersalah dan dihukum dengan hukuman setimpal.
“Yang ada hanyalah misalnya mantan Peguam Negara disarakan dan mantan TPM disarakan juga,” katanya.

3 ulasan:

  1. Najib sudah angkat Bendera Putih...

    Oiii Jib, dgn orang tua umur 93 juga kau tumbang macam lembu korban

    hahaha

    pahlawan bugis kepala hotak hangnla jib

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.crita mangkaq dr MO1

      Padam
  2. A crime without criminals? Macam mana tu? Ia memalukan badan kepolisan dan kehakiman.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA