Isnin, 22 Januari 2018

PRU14: 'Sebagai kuasa penentu, PAS boleh jatuhkan kerajaan'

Jika tidak mampu membentuk kerajaan sendiri, PAS bercita-cita untuk menjadi kuasa penentu dalam kerajaan penggal akan datang yang cukup kuat sehingga mampu menentukan jatuh bangun kerajaan itu.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia tanpa mengira sama ada kerajaan gabungan itu melibatkan BN atau Pakatan Harapan, asalkan bersetuju dengan dasar parti itu.
"Kalau mereka langgar syarat (membentuk kerajaan), kita tarik sokongan, kerajaan itu tumbang. Kerajaan ini tak stabil.
"Kerajaan stabil adalah yang miliki majoriti dua pertiga, tetapi ia merosakkan negara jika diberikan kepada orang yang rosak," katanya dalam rencana yang disiarkan Harakahdaily, hari ini.
Dalam ucapannya di perhimpunan Fastaqim 2.4 semalam, presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS mensasarkan untuk bertanding 130 kerusi Parlimen dan membentuk majoriti mudah.

Jika tidak mampu mencapainya, beliau berkata PAS mahu menyertai pembentukan kerajaan dan bukan lagi menjadi pembangkang.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata sebab itulah PAS berazam untuk bertanding dengan jumlah kerusi Parlimen yang banyak menerusi platformnya sendiri, iaitu Gagasan Sejahtera.
"Kalau PAS ada 40 kerusi, PAS tak boleh perintah, BN tak boleh perintah, HARAPAN tak boleh perintah. BN dan HARAPAN akan mengharapkan 40 kerusi PAS.
"Orang tanya kita nak sokong mana? Kita akan sokong siapa yang terima dasar yang diperjuangkan PAS," katanya.
Selepas terbubarnya Pakatan Rakyat, PAS kekal tidak menyertai gabungan pembangkang yang baru dan mengetuai gabungan sendiri melalui Gagasan Sejahtera yang disertai dua parti kecil, Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).
Sejak itu, ia bertegas dengan matlamatnya sebagai 'kuasa ketiga', di sebalik dakwaan mengatakan parti itu berkerjasama dengan Umno.

6 ulasan:

  1. Kalau pas ada 40 kerusi! Teruslah berangan2......

    BalasPadam
  2. Puak pas ni makin gila meroyan..gila babi

    BalasPadam
  3. 40 kerusi celah kangkang Hadi Awang ke? Kalau bersendirian, Pas Kelantan mesti tumbang punya. TITM dan Tontowi nak lari selamatkan diri pun tak guna. 40 kerusi angan Mat Jenin jatuh pokok saja.



    BalasPadam
    Balasan
    1. Org2 umno dh bleh buat repot polis... titm pas nak jatuhkan kera jaan... dlm khayalan...

      Padam
  4. Hahahaha...kalu setakat kuasa penentu...taklah kuat camana lebai suci hoi...serupalah pihak2 lain yg bertanding....tak stabil....nampak sgt tak tahu berpolitik....ada cerdik pandai pun....cerdik2 ayam.....kena bg dedak, menggelupur berebut2 nk buat UG..sbb itulah caranyer mereka nk buat UG(perkara yg tak disukai oleh Tuan Guru Nik Aziz) tanpa disedari oleh akar umbi PAS....itulah natijah bila org giler kuasa pakai jubah dan serban....dia ingat hebat sgt percaturannnyer......berangan2 tak habis2 lebai suci nie.....

    BalasPadam
  5. Sekarang geng UG dah slow balik. Akar umbi dah mengamok. Itu hari last masa Palestin, Hadi Awang berpura-pura ponteng. Ganti anak untuk berasmaradana dengan Najib. Padan muka buat onar jadi barua Umno dan Najib. Siapa suruh?



    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA