Jumaat, 12 Januari 2018

PRU14: Dr Mahathir lebih tahu mana kerusi yang selamat, kata PKR, Amanah

Dua parti itiu mengulas gesaan bekas menteri Zaid Ibrahim yang meragui Putrajaya, Kubang Pasu atau Langkawi boleh dimenangi Dr Mahathir.
Saifuddin-Nasution_mahathir_600
Dua parti Pakatan Harapan (PH) hari ini tidak bersetuju dengan cadangan Datuk Zaid Ibrahim supaya Tun Dr Mahathir Mohamad ditempatkan di kerusi yang selamat untuk pembangkang.
PKR berkata dengan rekod politik Dr Mahathir, berkas perdana menteri itu paling layak menentukan kawasan mana yang difikirkannya terbaik untuk bertanding.
“Dia dianggap sebagai mempunyai kebijaksanaan membuat pilihan sendiri dan sebenarnya semua kawasan yang akan ditandingi PH adalah kawasan yang berpotensi untuk menang,” kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution kepada FMT.
Zaid dalam catatan blognya hari ini berkata PH perlu memastikan Dr Mahathir bertanding di kerusi yang selamat untuk pembangkang, dan mempersoalkan sama ada calon perdana menteri gabungan itu berpeluang menang di Kubang Pasu, Langkawi atau Putrajaya.
“Semua kerusi itu merupakan kerusi tidak selamat dan tidak boleh memastikan Pakatan Harapan dapat menjadikan beliau perdana menteri, melainkan mereka memang tidak kisah beliau kalah,” kata Zaid dalam kritikan terbuka terhadap PH.
Saifuddin berkata beliau percaya Dr Mahathir telah “membuat kerja rumah” dan membuat tinjauan dalam memilih sesebuah kawasan.
Dr Mahathir sebelum ini berkata beliau mungkin bertanding di salah satu daripada 3 kawasan Parlimen itu.
Sementara itu, Amanah berkata ia yakin PPBM mahir dalam soal kerusi yang mahu ditandingi.
“Dan mereka akan letakkan kerusi yang selamat,” kata Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad.
Mengulas pandangan Zaid yang Kubang Pasu belum tentu dimenangi Dr Mahathir, Khalid berkata ia mungkin demikian pada masa dulu tetapi tidak lagi selepas Dr Mahathir menyatakan akan bertanding.

1 ulasan:

  1. Saya cadangkan Zaid sebagai pemantau pilihanraya ke 14... sbb dia banyak sangat idea n pandangan setiap kali bila dia bangun tido..

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA