Rabu, 10 Januari 2018

Program ‘rasionalisasi’ 1MDB bayar hutang IPIC terus timbulkan persoalan

Program rasionalisasi 1MDB terhadap pembayaran hutang sebanyak RM2.4 bilion kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dengan melupuskan sahamnya kepada dua syarikat milik China terus menimbulkan tanda tanya.
“Adakah 1MDB telah ‘membocorkan berita palsu dengan teliti’ kepada The Straits Times Singapura bagi menutup tindakan Kementerian Kewangan membayar hutangnya kepada International Petroleum Investment Company (IPIC)?” soal Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
Ini kerana, tidak seorang pun kata beliau mempunyai sebarang petunjuk mengenai apa yang dimaksudkan dengan ‘program rasionalisasi’ tersebut.
Beliau merujuk kepada laporan akhbar tersebut baru-baru ini yang mendedahkan bahawa dana bagi membayar hutang IPIC adalah daripada penjualan pelaburan dalam dua entiti melibatkan 1MDB yang memiliki tanah di Pulau Pinang dan Pulau Indah, Selangor.
“Persoalannya sekarang ialah, jika 1MDB telah berjaya melupuskan hartanah kontroversinya di Pulau Indah dan Pulau Pinang kepada syarikat China, kenapa masih belum ada kenyataan dari sumber rasmi (kerajaan)?“ soalnya lagi.
Pada 29 Disember lalu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani ketika ditemui media enggan memberi sebarang ulasan berhubung pendedahan laporan akhbar Singapura itu.
Johari malah memberitahu pihak media supaya mendapatkan penjelasan daripada Setiausaha Perbendaharaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA