Selasa, 2 Januari 2018

PPBM dakwa kerajaan Umno@Bn terus cari jalan haramkannya

Ia susulan kenyataan timbalan menteri dalam negeri yang parti itu tidak mempunyai sokongan akar umbi walaupun selesai mesyuarat agung.
Kamarudin-ppbmKUALA LUMPUR: PPBM berkata tindakan pemimpin kerajaan mempersoalkan sokongan akar umbi parti itu adalah satu lagi taktik untuk membatalkan pendaftaran yang diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamarudin Mohd Nor, berkata kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mengatakan PPBM tidak mempunyai sokongan akar umbi dan melanggar perlembagaan parti adalah alasan menghalang parti itu daripada terus menjadi ancaman kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti.
“Dia nak cari alasan lain pula, saya percaya mereka akan cari alasan lain,” katanya kepada FMT.
Menurutnya, PPBM sudah pun mendapat kelulusan, dan ia bukan mudah dibatalkan kerana parti itu sudah pun memenuhi semua tuntutan JPPM.
Sabtu lalu, PPBM mengadakan mesyuarat tahunannya, lebih setahun selepas didaftarkan pada September 2016.
Parti yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu mendakwa mesyuarat itu dipaksa ke atasnya di sebalik ancaman pembatalan pendaftaran oleh JPPM.
Ia susulan masalah membabitkan penstrukturan cawangan dan bahagiannya yang tidak diiktiraf JPPM.
Kamarudin berkata mesyuarat Sabtu lalu adalah bukti parti itu mendapat sokongan akar umbi untuk membentuk cawangan dan bahagian.
“Perhimpunan itu bukan satu bahagian sahaja yang datang, seluruh bahagian di semananjung datang dari Perlis sampailah ke Johor, cuma kita tidak ada wakil dari Sabah dan Sarawak sebab kita putuskan 2 negeri itu untuk tidak tubuhkan cawangan,” katanya.
Mesyuarat itu turut dipertikai bekas naib presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman yang menyifatkan ia sekadar “melepaskan batuk di tangga’ kerana tidak mengikut tatacara perlembagaan parti.

1 ulasan:

  1. Casinobet77 Merupakan Agen Togel Bola Online & Casino Online Terpercaya
    1 USER ID UNTUK SEMUA PERMAINAN !!!
    Casinobet77 Menyediakan Permainan Terbaru & Terbaik
    Livecasino | Bolaonline | Sabungayam | PokerDomino | SpadeGaming | SlotGame | Tangkas | BatuGoncang | Jdb168 SlotGame | NumberGame Lottery
    -----------------------------------------------------------------------
    - Bonus Deposit MEMBER BARU Sportbook 100%
    - Bonus Deposit Sportbook 30% Setiap Hari
    - Bonus Deposit 10% Setiap Hari Untuk Semua Game
    - Bonus Casino Rollingan 0.8% Setiap Hari Senin
    - Bonus Cashback Sabungayam 15%
    - Bonus Cashback Sportbook 15%
    - Bonus Cashback E-Games 20%
    - Bonus Cashback Mixparlay 100%
    - Bonus Rollingan Poker & domino 0,3%
    - Bonus Referall 2% Semua Game
    - Bonus Referall 1% dari member Togel
    Contact Us Now :
    -Livechat Casinobet77
    - whatsapp : +85599495431
    - PIN BBM : D6235F1C
    - Wechat : casinobet77cs1
    - Line : casinobet77
    - skype : casinobet77

    Togel Online
    Kasino Online
    Agen Sabung Ayam
    Judi Casino
    Agen Casino
    Agen Togel
    Judi Togel
    Agen Judi
    Judi Online
    Judi Casino
    Agen Casino
    Judi Bola
    Agen Bola

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA