Khamis, 4 Januari 2018

Najib lancar portal rasmi BN untuk PRU14

Portal itu inisiatif BN untuk menyediakan maklumat yang tepat, cepat dan sah untuk melawan "berita palsu" pembangkang.
rakyatKUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan portal Barisan Nasional (BN), TheRakyat.com, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi yang akan memaparkan butiran calon dan manifesto pilihan raya mereka.
Najib di pelancaran portal itu berkata portal itu inisiatif BN untuk menyediakan maklumat yang tepat, cepat dan sah untuk melawan “berita palsu” pembangkang.
“Kita perlu mewujudkan satu platform yang menjadi wadah dan boleh digunakan untuk menghubungi rakyat,” kata Najib, dan menambah portal itu akan membantu menentukan kemenangan BN pada PRU14.
Portal itu juga akan memaparkan temubual bersama personaliti BN, infografik, analisis dan maklumat pilihan raya lain, dan artikel di laman sesawang itu akan disediakan dalam 6 bahasa: Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Iban dan Kadazan-Dusun.
Selain itu, pengunjung juga boleh memberikan maklum balas dan pandangan mereka melalui portal itu.
Najib malam tadi menghadiri satu mesyuarat khas bersama pimpinan BN untuk membincangkn persiapan pilihan raya.

Mandat Barisan Nasional akan tamat 24 Jun tahun ini, dan kemudiannya Parlimen akan terbubar secara automatik dan pilihan raya akan diadakan tempoh 60 hari jika tidak dipanggil lebih awal.
Gabungan 13 parti itu mahu mendapatkan semula majoriti 2/3 di Parlimen, selepas kehilangannya pada pilihan raya umum 2008.
Pada pilihan raya umum 2013, gabungan pembangkang Pakatan Rakyat berjaya meraih undi popular dan berjaya merampas 7 kerusi daripada BN tetapi tewas kepada BN yang terpaksa berpuas hati dengan 133 kerusi daripada 222 yang dipertandingkan.

1 ulasan:

  1. buatlah macamana pun...
    TIADA PETANDA UMNO BN MENANG
    azam rakyat malaysia
    2018 TANPA GST
    TANPA NAJIB UMNO BN PAS
    SEMUA RAKYAT MALAYSIA..

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA