Selasa, 2 Januari 2018

Mahathir ‘hasut’ rakyat guling Najib, Pemuda Umno buat laporan polis

Laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad menimbun sejak perdana menteri selama 22 tahun itu menyertai pembangkang.
Laporan berkisar dari peranannya dalam kerugian pertukaran asing (forex) Bank Negara, dengan dirinya dituduh menyembunyikan fakta dari kabinet kepada tuduhan di bawah Akta Hasutan.
Hari ini, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Mohammad Rafii memfailkan satu lagi laporan polis terhadap ahli politik berusia 92 tahun itu.Beliau menuduh Mahathir menghasut rakyat untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui cara tidak demokratik dan menggesa polis untuk menyiasat perkara itu.
"Terdapat banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahathir mutakhir ini yang mempengaruhi rakyat Malaysia agar menggulingkan perdana menteri Malaysia melalui proses tidak demokratik.
"Setelah meneliti pelbagai laporan media secara meluas, kami mendapati dan percaya bahawa tindakan Mahathir yang mahu menggulingkan perdana menteri (adalah) menyalahi undang-undang sedia ada," katanya dalam laporan itu.
Razlan, yang memfailkan laporan berkenaan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, mendakwa tindakan Mahathir boleh mengancam keamanan dan kestabilan negara.
Pemimpin Pemuda Umno itu berkata beliau membaca laporan berita berkenaan di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur bersama beberapa ahli exco dan ketua pemuda Umno negeri, dan mereka memutuskan untuk mewakilkannya untuk membuat laporan polis.
Bagaimanapun, laporan itu tidak menyebut tentang bagaimana Mahathir cuba menghasut orang ramai daripada menjatuhkan perdana menteri melalui cara yang tidak sah, atau laporan media mana yang dirujuk.
Dihubungi kemudian, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharudin Abdullah mengesahkan laporan itu.
Tidak jelas di bawah undang-undang mana laporan itu akan disiasat.
Pada 13 Disember lalu, polis merakamkan kenyataan Mahathir selama 45 minit berhubung ucapannya mengenai "lanun Bugis".

5 ulasan:

  1. Ingatkan pakcik2 da makckk2 dlm dlm umno/bn jer tak boleh diharap sbb dan rosak dan hancur...rupa2nyer pemuda pun tak boleh diharap....perangai mcm budak tak matang....bila tak dpt menjawab soalan2 pembangkang....mula tunjuk kuat dgn nk bertumbuklah....bila cara itu pun tak boleh mulalah cipta mcm2 tuduhan....karang tak semena2 nama najib yg terperangkap.....kang kena C4 ngan najib baru tau.....mcm2 buda, kecik...sikit2 report kat body guard....body guard pula jenis geng mafia pulak....hihihi

    BalasPadam
  2. apa salah nak guling si najib? ada dia wujud kita dah nak terguling.

    kepala babi umno siall

    BalasPadam
  3. Asalkan umno mmg banggang, tak kira makcik/pakcik, pemudi atau pemuda.

    BalasPadam
  4. Dr mahadir bukan ajak guling mak b secara tidak ikut perlembagaan. Beliau lawan melalui pilihanraya. Dimana salahnya wahai pemuda umno? Hujah pembangkang hendaklah dijawab dgn hujah bkn ajak bertinju mcm zaman dulu².

    BalasPadam
  5. Casinobet77 Merupakan Agen Togel Bola Online & Casino Online Terpercaya
    1 USER ID UNTUK SEMUA PERMAINAN !!!
    Casinobet77 Menyediakan Permainan Terbaru & Terbaik
    Livecasino | Bolaonline | Sabungayam | PokerDomino | SpadeGaming | SlotGame | Tangkas | BatuGoncang | Jdb168 SlotGame | NumberGame Lottery
    -----------------------------------------------------------------------
    - Bonus Deposit MEMBER BARU Sportbook 100%
    - Bonus Deposit Sportbook 30% Setiap Hari
    - Bonus Deposit 10% Setiap Hari Untuk Semua Game
    - Bonus Casino Rollingan 0.8% Setiap Hari Senin
    - Bonus Cashback Sabungayam 15%
    - Bonus Cashback Sportbook 15%
    - Bonus Cashback E-Games 20%
    - Bonus Cashback Mixparlay 100%
    - Bonus Rollingan Poker & domino 0,3%
    - Bonus Referall 2% Semua Game
    - Bonus Referall 1% dari member Togel
    Contact Us Now :
    -Livechat Casinobet77
    - whatsapp : +85599495431
    - PIN BBM : D6235F1C
    - Wechat : casinobet77cs1
    - Line : casinobet77
    - skype : casinobet77

    Togel Online
    Kasino Online
    Agen Sabung Ayam
    Judi Casino
    Agen Casino
    Agen Togel
    Judi Togel
    Agen Judi
    Judi Online
    Judi Casino
    Agen Casino
    Judi Bola
    Agen Bola

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA