Rabu, 10 Januari 2018

Ketakutan Najib: Dr Mahathir dihalang bertemu Anwar di hospital


Dr Mahathir dihalang bertemu Anwar di hospital 
Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad bersama Naib Presiden PKR yang juga anak kepada Anwar Ibrahim, Nurul Izzah Anwar tidak dibenarkan memasuki Hospital Rehabilitasi Cheras hari ini. 
DR Mahathir Mohamad tidak dibenarkan melawat Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilitasi Cheras petang ini.
Wakil hospital memberitahu pengerusi Pakatan Harapan itu bahawa mereka menerima arahan daripada pihak atasan untuk tidak membenarkan beliau masuk.
Ini sepatutnya menjadi lawatan pertama Dr Mahathir kepada ketua de facto PKR itu selepas beliau dipilih untuk menjadi calon perdana menteri PH sekiranya pakatan pembangkang itu menang pada pilihan raya akan datang.
"Saya cuma mahu melawat dan mengucapkan terima kasih kepadanya kerana tidak menolak keputusan melantik saya sebagai calon perdana menteri PH," kata Dr Mahathir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA