Isnin, 1 Januari 2018

Jika Putrajaya boleh tubuh RCI forex, buat juga untuk 1MDB dan Felda

TIDAK menyangka bahawa Perdana Menteri Najib Razak telah mengheret bapanya ke dalam mesej Tahun Baru beliau untuk menyerang pembangkang, Lim Guan Eng mengulangi gesaan bahawa Putrajaya perlu menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)  bagi menyiasat 1Malaysia Development Bhd dan skandal Felda.
Najib berkata kerajaan mengadakan RCI skandal forex Bank Negara Malaysia, yang berlaku pada 1990an, adalah kerana gesaan ahli politik pembangkang seperti veteran DAP, Lim Kit Siang, yang juga bapa kepada Guan Eng.
Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP berkata, Kit Siang kini dalam proses pemilihan daripada pembedahan membuang ketumbuhan pada buah pinggangnya, menjadikannya sebagai individu paling sesuai menangani kenyataan Najib buat masa ini.
"Saya mahu menafikan kenyataan Najib bagi pihak bapa saya. Kenyataan itu tidak boleh dibiarkan. Saya terkejut beliau mengheret Kit Siang dalam isu ini.
"Kit Siang mencadangkan RCI pada tahun 90an. Mengapa Najib menggesa RCI untuk siasat skandal yang berlaku pada 90an, dan tidak untuk isu yang berlaku sekarang seperti 1MDB dan Felda?

"Ini skandal yang lebih "panas". Kit Siang juga menggesa RCI diadakan ke atas isu berkenaan. Mengapa perlu tunggu 20 tahun lagi untuk tubuhkan RCI?" katanya pada sidang media di Pulau Pinang hari ini.
BNM mengalami kerugian RM31.5 bilion dalam perdagangan forex daripada 1992 hingga 1994.
RCI berkenaan turut membabitkan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, yang kini pegerusi Pakatan Harapan; bekas menteri kewangan Anwar Ibrahim, yang juga ketua de facto PH, dan bekas menteri kewangan kedua Nor Mohamed Yakcop, yang merupakan penasihat bank yang menyelia perkara-perkara termasuk rizab asing bank pusat dan peraturan pasaran kewangan dalaman.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, adalah satu kekecewaan apabila RCI kerugian forex "dijadikan batu loncatan untuk kepentingan politik", dan bukan untuk mencari kebenaran atau mengembalikan wang yang hilang.
Beliau turut menyifatkannya sebagai "mengarut, tidak beretika, dan tidak bermoral", dan juga bermotif politik untuk menyerang saingan politik.
"Ia hanyalan mainan politik menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi," katanya.
Guan Eng yang juga ahli Parlimen Bagan berkata, dalam Parlimen yang mengikut sistem Westminster, semua ahli kabinet berhak tahu apa yang berlaku dalam skandal itu, termasuk Najib.
"Kesemua kabinet perlu memikul tanggungjawab bersama. Kamu mungkin membantah, namun apabila ia diputuskan, kamu juga bertanggungjawab, melainkan kamu meletakkan jawatan," katanya.
Sementara itu, Guan Eng berkata, Kit Siang kini dengan pulih dan doktor berpuas hati dengan perkembangannya setakat ini.

2 ulasan:

  1. NAJIB SEMUA BENDA ORANG LAIN SURUH. DIA SENDIRI MANA BOLEH BUAT APA?

    NAK BUAT RCI LIM SURUH.
    NAK TELEFON PUTIN ROSMAH SURUH.
    NAK JUMPA TRUMP ROSMAH SURUH.
    NAK TETAP TARIKH PRU ROSMAH SURUH.

    PTUUUUIIIIHHHH...PM PALING LOW CLASS MALAYSIA PERNAH ADA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini kalilah...kita kasi tendang sama dia dan parti dia laaa.....kalo tidak ini negara lagi byk kerosakan.....ada betul kaaa macha......ini kalilah.....hihihihi

      Padam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA