Jumaat, 12 Januari 2018

Jangan sampai ahli boikot, kata suara dari Johor

Selepas kecewa dengan pembahagian kerusi parlimen Johor, Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) negeri itu tampil memberi penegasan terhadap rakan sekutu mereka dalam Pakatan Harapan (HARAPAN), hari ini.
Ketuanya Muhammad Taqiuddin Cheman berkata kekecewaan anggota AMANAH memang tida dapat dinafikan, dan hanya akan terubat jika tuntutan mereka dipenuhi.
Antara lain Pemuda AMANAH Johor menuntu jawatankuasa perunding wajib mempertahankan parti itu diberi sekurang-kurangnya 18 daripada 56 kerusi dewan undangan negeri (DUN).
Kata Muhammad Taqiuddin tuntutan itu dirasakan wajar kerana parti terbabit memiliki kawasan, cawangan dan jentera pilihan raya yang mencukupi, selain ada pemimpin berkaliber sebagai ramuan memastikan Johor jatuh ke tangan HARAPAN.
Tanpa pengagihan kerusi yang seimbang, katanya, ada kemungkinan berlaku perkembangan yang tidak dapat dikawan di peringkat akar umbi.
"Kami khuatir tindakan memboikot gerak kerja pilihan raya akan berlaku dan membawa kesan buruk terhadap harapan rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hasil perbincangan pimpinan tertinggi HARAPAN baru-baru ini pakatan pembangkang itu memutuskan untuk memberi 27 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia kepada AMANAH.
Di Johor, hanya dua kerusi diperuntukkan kepada AMANAH iaitu Pulai dan Parit Sulong, menyebabkan rasa tidak puas hati pimpinan parti itu di negeri terbabit.
Muhammad Taqiuddin berkata Pemuda AMANAH Johor juga mahu HARAPAN memastikan tiada lagi mana-mana calon - walau sesiapa pun mereka - diizin bertanding untuk kerusi parlimen dan DUN serentak.
"Fokus setiap calon wajib di satu kerusi sahaja bagi melajukan proses perubahan di peringkat persekutuan dan negeri pascakemenangan," katanya.
Pada akhirnya kata Muhammad Taqiuddin AMANAH Johor mesti dilihat mempunyai peranan yang setaraf dengan parti lain, selepas melakukan kompromi semasa pengagihan kerusi parlimen sebelum ini.
"Jika agihan kerusi masih tidak menyebelahi kami di Johor, Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub dan Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan harus mengambil tanggunjawab," katanya.

4 ulasan:

  1. Wahai Amanah Johor, sy org Johor... kita harus memandang kehadapan. Kita jgn spt Pas...pulau sini pulau sna. Apa tujuan kita sebenarnya. Selain nk kan Putrajaya, kita jugak nk kan negeri. Mohon pd kpimpinan PH, agar kuota Dun diberikan lebih. Tapi kita kna pastikan calon yg sanggup bkerja keras utk menang. Jgn dpt kerusi, xda usaha nk menang
    Ingat....jgn jadi kawasan pas dDamansara yg memboikot mcm2. Tunjukan sikap kita utk menang..

    BalasPadam
  2. Bagi saja spt diminta
    Amanah dan berkorban parlimen
    Matlamat Malaysia baru

    BalasPadam
  3. Ye benar give n take

    BalasPadam
  4. Awal² lagi dah berebut kerusi, macam mana PH nak kalahkan umno? amanah perlu Contohi DAP, walaupun parti itu kuat tetapi bertanding 35 kerusi parlimen shj. Amanah dapat 27 kira ok lah.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA