Selasa, 2 Januari 2018

Dr Mahathir kata Najib perlu jawab Bank Negara rugi RM160 bilion

JIKA saya bertanggungjawab dalam kerugian perdagangan forex Bank Negara Malaysia hampir 30 tahun lalu, Perdana Menteri Najib Razak juga “sama bersalah” kerana kerugian RM160 bilion simpanan luar antara 2013 hingga 2015, kata Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Bekas perdana menteri itu dalam catatan terbaru di blognya membangkitkan persoalan apakah yang sebenarnya berlaku kepada simpanan luar sehingga menyebabkan Bank Negara kerugian AS$39.6 bilion antara 2013 dan 2015.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga mengatakan Menteri Kewangan II, Johari Abdul Ghani masih belum menjelaskan isu tersebut.
Pertikaian antara Dr Mahathir dan Johari mengenai perkara itu sudah dilaporkan media sejak bulan lepas. Johari mengatakan ia disebabkan aliran keluar dana asing dan bukannya disebabkan kerugian dalam perdagangan tukaran asing.
Dr Mahathir bagaimanapun tidak termakan dengan alasan itu, mengatakan peranan Bank Negara adalah untuk mengawal aliran keluar bukannya menggalakkannya.
“Kerugian besar itu mungkin disebabkan (kelemahan) pengurusan biasa. Tetapi jumlah besar perlu terlibat untuk jumlah kerugian sebesar itu wujud.
“Ia tidak boleh hanya kerana Bank Negara ikut trend dalam aliran keluar dana dari Malaysia.
“Satu-satunya sebab Bank Negara mencairkan pegangan mata wang asing simpannya adalah untuk menyokong nilai ringgit dengan membelinya,” katanya dalam chedet.cc hari ini.
Dr Mahathir berkata tindakan itu pastinya menemui kegagalan berulang kali kerana jumlah simpanan yang digunakan sangat besar.
Katanya, nilai ringgit sekarang lebih rendah berbanding nilai yang diikat kepada AS$1 iaitu RM3.80, dan juga jauh lebih rendah berbanding nilai RM3.00 berbanding satu dolar ketika diapungkan.
“Ketika krisis kewangan kita berhenti membeli ringgit kerana ia tidak berkesan. Kita berhenti apabila dilaporkan yang kita rugi RM11 bilion.
“Tetapi antara 2013 dan 2015, awak tak berhenti sehingga rugi AS$39.6 bilion, bersamaan dengan RM160 bilion,” kata pemimpin berusia 93 tahun itu.
“Panggilah apa sahaja, hakikatnya yang pengurusan simpanan kita rugi tujuh kali ganda berbanding kerugian kita 30 tahun lalu.
“Dan kerugian itu disebabkan perdagangan mata wang AS untuk Ringgit. Jika bukan disebabkan perdagangan, jadi apa yang menyebabkan kehilangan simpanan? Inilah yang masih belum dijawab Johari.”
Johari dalam jawapan kepada persoalan dibangkitkan Dr Mahathir mengatakan beliau sudah mengeluarkan kenyataan yang cukup mengenai perkara itu dan tidak lagi mahu meneruskan perbincangan.

Katanya, kerajaan perlu menjual aset untuk menampung kerugian RM31.5 bilion disebabkan skandal perdagangan forex bank pusat itu ketika pentadbiran Dr Mahathir sekitar tahun 1990-an.
Kata Dr Mahathir lagi, kerugian 30 tahun lepas sudah diganti sepenuhnya sedangkan kerugian 2013-2015 masih belum ditangani.
“Tetapi kerajaan nampaknya gembira untuk mengenepikan kerugian RM160 bilion, tetapi merasakan perlu menubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat dakwaan kerugian RM30 bilion 30 tahun lalu.
“Jika sebagai perdana menteri, saya dipertanggungjawabkan, jadi Najib selaku perdana menteri 2013 hingga 2015 juga sama bertanggungjawab.
“Tetapi di Malaysia sekarang tiada kesaksamaan di hadapan undang-undang. Malah menteri seperti Johari pun boleh berbohong jadi pengampu dalam kerajaan yang mengatasi undang-undang. Inilah yang berlaku dalam kleptokrasi,” katanya.

2 ulasan:

  1. Betul sangat tun, kerajaan klepet ni penuh dengan menteri bengong pengampu taik kuching.

    BalasPadam
  2. Casinobet77 Merupakan Agen Togel Bola Online & Casino Online Terpercaya
    1 USER ID UNTUK SEMUA PERMAINAN !!!
    Casinobet77 Menyediakan Permainan Terbaru & Terbaik
    Livecasino | Bolaonline | Sabungayam | PokerDomino | SpadeGaming | SlotGame | Tangkas | BatuGoncang | Jdb168 SlotGame | NumberGame Lottery
    -----------------------------------------------------------------------
    - Bonus Deposit MEMBER BARU Sportbook 100%
    - Bonus Deposit Sportbook 30% Setiap Hari
    - Bonus Deposit 10% Setiap Hari Untuk Semua Game
    - Bonus Casino Rollingan 0.8% Setiap Hari Senin
    - Bonus Cashback Sabungayam 15%
    - Bonus Cashback Sportbook 15%
    - Bonus Cashback E-Games 20%
    - Bonus Cashback Mixparlay 100%
    - Bonus Rollingan Poker & domino 0,3%
    - Bonus Referall 2% Semua Game
    - Bonus Referall 1% dari member Togel
    Contact Us Now :
    -Livechat Casinobet77
    - whatsapp : +85599495431
    - PIN BBM : D6235F1C
    - Wechat : casinobet77cs1
    - Line : casinobet77
    - skype : casinobet77

    Togel Online
    Kasino Online
    Agen Sabung Ayam
    Judi Casino
    Agen Casino
    Agen Togel
    Judi Togel
    Agen Judi
    Judi Online
    Judi Casino
    Agen Casino
    Judi Bola
    Agen Bola

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA