Rabu, 3 Januari 2018

Dilapor polis cuba gulingkan Najib, Dr M kata Pemuda Umno ‘bodoh’

Bekas perdana menteri menjelaskan sudah tentu beliau cuba gulingkan kerajaan, 'sebab kerajaan ini kleptokratik'.
mahathir-reportPUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan sekumpulan Pemuda Umno membuat laporan polis terhadap beliau sebagai “bodoh”, kerana sudah tentu beliau mahu menggantikan “kerajaan kleptokratik”.
Bekas perdana menteri itu berkata beliau selaku seorang pemimpin pembangkang sudah tentu mahu mengalahkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Mereka ini bodoh. Dia tak faham politik. Sudah tentu saya cuba gulingkan kerajaan, sebab kerajaan ini kleptokratik,” katanya kepada pemberita di pelancaran Harapan Baru: Wacana Dasar di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.
Semalam, sekumpulan pemuda Umno termasuk Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun dan dan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii membuat laporan polis terhadap Dr Mahathir mendakwa pemimpin pembangkang itu cuba menghasut rakyat menggulingkan Najib “tanpa proses demokratik”.
“Kami mendapati dan percaya bahawa tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menggulingkan perdana menteri menyalahi undang-undang sedia ada…dan akan menyebabkan kestabilan dan kemanan negara tergugat,” katanya Razlan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.
Dr Mahathir sekarang merupakan pengerusi Pakatan Harapan, sebuah gabungan pembangkang yang terdiri daripada PPBM, PKR, DAP dan Amanah. Gabungan itu sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang perlu dipanggil selewat-lewatnya pertengahan tahun ini.
Sementara itu, pada sidang media yang sama, Dr Mahathir sekali lagi berkata pencalonan beliau sebagai perdana menteri Pakatan Harapan hanya akan berlaku jika mendapat persetujuan parti komponen.
“Saya akan ikut keputusan kesemua empat parti,”katanya.
Pakatan Harapan dijangka akan mengumumkan calon perdana menteri mereka Ahad ini.

4 ulasan:

  1. Jika Anwar xada, pilihan yg terbaik adalah Tun M.
    Jgn lupa bg undi pd Tun M.

    BalasPadam
  2. Dah tentu Tun M tu pembangkang. Mmg pembangkang kerjanya nk jatuhkan PM yg byk kes.
    Yg buat aduan tu bodoh lembu. Ikut membabi buta..

    BalasPadam
  3. Tun tak kata pun Rakyat dah tahu Pemuda Umno ni bodoh, Tun. Kalau Tun dah kata Pemuda Umno bodoh, Rakyat cuma tokok Pemuda Umno Bodoh macam Najib jugak.

    BalasPadam
  4. Pemuda ni mmg bodoh..ddk menyalak tunggu dedak sampai..pemuda sampah..tgk muke memasing pun muka penyamun..

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA