Khamis, 4 Januari 2018

Agong yang bertindak pecat Salleh Abbas, bukan Tun M kata bekas peguam negara


Agong yang bertindak pecat Salleh Abbas, kata bekas peguam negara 
Bekas peguam negara, Abu Talib Othman ketika bercakap kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur, hari ini.
DR Mahathir tidak memulakan tindakan untuk memecat Tun Salleh Abbas pada 1988 sebaliknya ia hanya mengikut titah Yang di-Pertuan Agong, kata bekas peguam negara Abu Talib Othman hari ini.
Abu Talib yang berkhidmat sebagai Peguam Negara dari 1980 hingga 1993 berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir semalam bahawa beliau tidak ada kaitan dengan pemecatan Salleh. Bekas perdana menteri itu juga berkata, beliau sanggup bersumpah dengan al-Quran mengenai perkara itu.
Mengimbas kembali apa yang berlaku dalam pemecatan Salleh, Abu Talib memberitahu pemberita hari ini bahawa beliau memberitahu perdana menteri ketika itu bahawa beliau sendiri mahupun Yang di-Pertuan Agong boleh mengubah kedudukan Ketua Hakim Negara.
"Ia adalah saat yang mencabar. Bolehkah kamu tidak pedulikan titah Yang di-Pertuan Agong? ( Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail).
"Jadi, saya nasihatkan Dr Mahathir dan mengingatkan beliau sumpah yang dilafazkan sebagai perdana menteri bahawa beliau perlu mempertahankan perlembagaan. Dan beliau katakan kepada saya, "kamu pergi beritahu Agong".
"Saya menghadap baginda di Johor. Dan Agong tetap mahu tindakan itu diambil. Lagi sekali saya ingatkan baginda bahawa tidak perdana menteri mahu pun Agong yang boleh mengubah kedudukan Ketua Hakim Negara," kata Abu Talib kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini.

8 ulasan:

  1. Bukankah Agong berpelembagaan bertindak atas nasihat dan kehendak PM?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg kau sembang ni tahun bila..?
      Adanya agong berpelambagaan tu tahun bila..?

      Byk2kn membaca bhaaii..

      Padam
  2. hahaha..yg pecat gak tu kenapa? letak mana pemisahan kuasa kehakiman, raja2 dan eksekutif? Apa2 pun madey yg salah selaku PM masa tu...

    BalasPadam
  3. Pesal bengap sangat 2 ekor tuh....bukan Tun M tertekan songlap wang masuk account peribadi pecat sana sini tapi Najibugisonglapenyamun nasihat agong pecat AG tapi tak bagi tahu M01 dah sebat 2.6 billion bersamaan 42 juta....ada paham?

    BalasPadam
  4. Pecat ketua hakim tak mendatangkan kerugian pada rakyat tapi bila pecat peguam negara yang sedang siasat 1MDB, itu yang mendatangkan kerugian kepada rakyat kerana tidak dapat mendakwa dan merampas semula duit negara dari perompak.

    BalasPadam
  5. Lanun Bugis.. adalah si najib bapok. period...

    BalasPadam
  6. Jgn bergaduh...kita dptkan kuasa dulu...yg lain kita jlnkan kemudian....jln terpedaya dgn strategi penyamun umno/bn utk mengeliru dan memecahbelahkan rakyat....jgn jadi mcm lebai suci....menang sorak kampung tergadai....oppsss sorry lebai malang.....hihihihi

    BalasPadam
  7. Sekarang Telah Hadir LIVECASINO338
    Anda tidak perlu lagi untuk ke luar negeri hanya untuk bermain di Kasino
    Hanya dengan menggunakan handphone saja anda sudah bisa bermain kasino dan ditemani

    dengan dealer-dealer kami yang cantik.
    LIVECASINO338 online 24 jam

    Promo untuk saat ini:
    ~ Bonus Rollingan Casino 0.8% (all product)
    ~ Bonus Referral 3%

    1 User id Untuk Semua permainan
    ~ Baccarat
    ~ Roulette
    ~ Sicbo
    ~ Dragon Tiger
    ~ Slot Game
    ~ Sabung Ayam

    Contact US
    WA : +855965922558
    BBM : 2AD88032
    NO HP : +855965922558
    Register : http://livecasino3381.pkr69.com

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA