Rabu, 13 September 2017

Rakyat ingin GST dikurangkan, gaji lebih tinggi untuk Bajet 2018


Rakyat ingin GST dikurangkan, gaji lebih tinggi untuk Bajet 2018
Tinjauan pendapat dalam talian bajet2018.najibrazak.com menyaksikan kebanyakan pengguna media sosial mengeluh mengenai kos sara hidup yang tinggi dan menggesa kerajaan mengurangkan kadar GST. 
CUKAI barang dan perkhidmatan (GST) yang rendah, diikuti peningkatan kadar upah, mendahului senarai apa yang rakyat Malaysia inginkan dalam Bajet 2018.
Kurang enam hari lagi, tinjauan pendapat dalam talian bajet2018.najibrazak.com menerima kira-kira 7,500 komen, yang sebahagian besarnya berkisar mengenai kos sara hidup yang tinggi.
Tinjauan pendapat ini diwujudkan bagi rakyat Malaysia untuk memberi maklum balas mengenai cadangan 14 perkara, termasuk kos sara hidup, perumahan dan kehidupan bandar, pengangkutan dan infrastruktur, penjagaan kesihatan, pendidikan, pekerjaan, cukai perniagaan dan kewangan, ekonomi digital dan pembangunan luar bandar.
"Ramai kawan saya menyokong pembangkang kerana mereka mengatakan akan menghapuskan GST di bawah pentadbiran mereka," kata responden Lim Yee Yean.
"Bagaimanapun, kami menyedari dengan menghapuskan GST, ia akan mengurangkan pendapatan negara. Oleh itu, kami hanya mencadangkan supaya ia dikurangkan kepada 4%," katanya, sambil menambah langkah itu pastinya akan menggembirakan ramai pengundi.
Haslina juga menggesa Perdana Menteri Najib Razak mengurangkan GST, yang katanya akan membantu mengurangkan beban rakyat yang sedang bergelut untuk menampung kos sara hidup yang tinggi.
"Assalamualaikum YB Datuk Seri Najib Razak, saya minta GST diturunkan untuk mengurangkan beban semua rakyat Malaysia," katanya.
Perunding akaun Eddie Leng, 42, berkata jika kerajaan tidak akan mengurangkan GST, maka ia perlu menurunkan cukai peribadi.
"Apabila Singapura melaksanakan GST, mereka mengurangkan cukai peribadi. Jadi, mengapa kita tidak boleh melakukannya di sini? Sekiranya mereka menguruskan sumber negara dengan lebih baik, kita tidak perlukan GST."
Leng juga mengatakan kerajaan perlu membelanjakan wang bagi program kebajikan untuk membantu golongan kurang bernasib baik, dan menghentikan pemberian BR1M.
"Mereka perlu melabur dalam bengkel dan kursus untuk rakyat mempelajari kemahiran supayadapat memperbaiki diri mereka sendiri," katanya.
Satu komen yang menerima lebih 1,000 tanda suka (like) ditulis oleh Ravidasan, yang meminta elaun lebih tinggi bagi penjawat awam.
"YAB Dato Seri, banyak yang mengakui kos sara hidup telah meningkat.
"Oleh itu, saya menggesa kenaikan elaun untuk penjawat awam bagi menanggung kos tersebut," katanya.

PH Sarawak kekal pembahagian 31 kerusi hadapi PRU14

PH Sarawak kekal pembahagian 31 kerusi hadapi PRU14
Situasi di Semenanjung akan beri lebih keyakinan kepada rakyat Sarawak kepada kemungkinan untuk mengubah kerajaan, kata Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen. 
PAKATAN Harapan (PH) Sarawak yang terdiri daripada tiga parti komponen telah selesai dengan pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen berkata DAP, PKR dan Amanah memilih untuk mengekalkan status quo yang dipersetujui oleh pakatan sebelum ini (Pakatan Rakyat).
Ini bermakna DAP akan bertanding semula dengan 11 kerusi yang diperuntukkan, PKR 17 dan Amanah dengan 3 kerusi yang sebelum ini diberi kepada PAS.
Dengan ini, tidak akan ada perbalahan mengenai tuntutan bertindih, kata Chong kepada pemberita selepas mesyuarat.
Hanya 31 kerusi parlimen akan dipertandingkan dalam PRU14 di Sarawak.
Pada PRU13, DAP memenangi lima kerusi yang kesemuanya kerusi majoriti Cina bandar iaituBandar Kuching, Stampin, Sarikei, Lanang dan Sibu. Manakala PKR menang satu kerusi iaitu Miri. PAS pula kalah kesemua 3 kerusinya.
Barisan Nasional (BN) terus menguasai semua kerusi majoriti Melayu dana Dayak di kubu luar bandarnya.
Bagaimanapun, dengan keadaan semasa di Semananjung, Chong optimis PH boleh memecahkan cengakaman BN ke atas pengundi luar bandar.
"Situasi di Semenanjung akan menjadi pemangkin kepada perubahan. Kawasan akar umbi Melayu di Semenanjung terutamanya di kawasan Umno, semakin goyah," kata Chong yang juga Pengerusi DAP Sarawak dan Ahli Parlimen Bandar Kuching.
Chong memberikan empat sebab;

AMANAH 'tawan Kelantan' dengan pisang, limau dan rumput

Jika anda ke Kelantan, kita akan temui papan tanda di pinggir jalan bertulis 'Bertani satu ibadah' satu slogan yang dipamerkan kerajaan negeri Kelantan.
Negeri tanah rendah sekebun bunga ini agak ramah dengan golongan petani.
Ada yang bersawah, tanam tembakau, kenaf, kebun buah-buahan dan sayur-sayuran untuk kelangsungan hidup diri dan keluarga masing-masing.
Keramahan dan kesuburan tanah di Kelantan itu juga dilihat memberi inspirasi tersendiri kepada Parti Amanah Negara (AMANAH) negeri menjadikan sektor pertanian sebagai alat bagi menawan hati masyarakat setempat.
Parti serpihan itu melalui Jawatankuasa AMANAH Agro dilihat komited dan mengambil langkah segera bagi menonjolkan keringat mereka dalam mengajak golongan petani menyertai usaha mereka.
Baru-baru ini, Malaysiakini berkesempatan ke program Kursus Penanaman Pisang yang diadakan di kawasan Pasir Mas.
Pengarah AMANAH Agro yang juga ketua biro pertanian dan hubungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pemuda AMANAH Kelantan, Hishamudin Ghazali mengetuai misi mereka menawan Kelantan dengan tanaman itu dalam usaha membantu masyakat setempat.
Kursus percuma tanam pisang
Menurutnya, mutakhir ini tanaman pisang banyak diserang penyakit menyebabkan ramai petani kerugian.
"Akibatnya banyak kebun pisang terbiar dan menjadi semak samun. Minat untuk menanam pokok pisang menjadi hambar manakala permintaan pisang meningkat sekaligus harga pun mahal.
"Menyedari masalah itu, Amanah Agro sebagai satu NGO yang mempunyai kepakaran dalam perusahan benih pertanian mengambil inisiatif membuat kursus percuma kepada petani yang terlibat dengan penyakit pokok pisang.
"Kita juga memperkenalkan sejenis ubat yang direka oleh usahawan tempatan terbukti berkesan melawan penyakit yang menyerang pokok pisang," katanya yang berjaya mengumpulkan lebih 60 peserta pada kursus tersebut.
Tambahnya, kursus tanaman pisang itu bukan bermaksud mengajar petani menanam pokok pisang semata-mata sebaliknya memberi ilmu pertanian tambahan.
"Antaranya pemilihan anak benih pisang yang betul, kaedah kawalan penyakit, penjagaan dan pembajaan, pasaran dan mutu pisang.
"Melalui sumbangan kecil ini (dapat) menjadi permulaan kepada industri pertanian di Kelantan," jelasnya.

Harga petrol dan diesel naik lagi...terima kasih wang rakyat untuk Trump..!!



HARGA petrol dan diesel naik lagi untuk minggu ini bermula tengah malam ini (14 September) hingga 20 September selepas kenaikan beberapa minggu lalu.
RON95 naik 1 sen kepada RM2.21 per liter, RON97 naik 4 sen kepada RM2.52 per liter.
Sementara diesel naik sebanyak 9 sen kepada RM2.14 per liter.
Harga itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan setiap Rabu.

'Rakyat mahu naratif politik baru'

Ahli akademik dan pemimpin masyarakat mencadangkan politik Malaysia berpaksikan hasrat orang ramai serta menjauhi wacana yang memecah-belah mengenai kaum dan agama.
Kesemua pembicara pada majlis perbincangan berjudul “Diversity in the framework of unity” hari ini bersetuju bahawa ahli-ahli politik dipersalahkan kerana menggunakan isu kaum dan agama untuk disesuaikan bagi mendapat sokongan politik.
Hal ini menurut para pembicara menyebabkan susunan masyarakat Malaysia meretak dengan berdasarkan tanggapan perbezaan.
Slogan politik kosong yang diwar-warkan kerajaan, seperti 1Malaysia sangat sedikit membantu untuk menginspirasikan kesatuan masyarakat, kata profesor madya sains politik Universiti Islam Antarabangsa Dr Maszlee Malik.
"Sebaliknya, kita memerlukan naratif baru yang mengutamakan cakap yang serupa dengan yang dibikin dan ia perlu datang daripada masyarakat sivil - universiti, NGO, badan-badan agama dan perkumpulan orang ramai.
"Ia perlu datang secara langsung daripada orang ramai, dengan campur tangan kerajaan yang paling sedikit," kata beliau di ibu pejabat Institut Darul Ehsan (IDE) di Shah Alam hari ini.
Maszlee mencadangkan naratif itu bukan kaum dan agama, sebaliknya naratif yang dipandu oleh rasa saling hormat-menghormati, persaudaraan, tanggung jawab, kemanusiaan, cinta, belas ihsan dan peluang saksama.
Turut mendokong pendekatan dari bawah ke atas terhadap pembinaan negara bangsa ialah bekas ketua pegawai operasi IDEAS Tricia Yeoh dan pengasas Pusaka, sebuah NGO warisan Melayu Eddin Khoo.

Apa perlunya Malaysia melabur di Amerika..Negara terus berhutang..!!

APA faedahnya lawatan Perdana Menteri Najib Razak membawa pelaburan Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) ketika ada banyak hal yang memerlukan perhatian di negara ini daripada soal pembangunan sampailah kepada kos sara hidup yang tinggi, soal pemimpin pembangkang.
Nada yang sama mereka suarakan melalui platform media sosial hari ini, ketika Presiden AS Donald Trump berterima kasih kepada Najib atas pelaburan tersebut.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang terkejut dengan pengumuman pelaburan AS$24 bilion Malaysia di AS itu bertanya, apa perlunya Malaysia membantu ekonomi terbesar dunia itu ketika ekonominya sendiri memerlukan pelaburan dari luar.
“Adalah sukar dipercayai KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), mengikut Najib, akan membelanjakan antara AS$3 bilion hingga AS$4 bilion ke atas pembangunan semula infrastruktur di AS.
“Adakah perdana menteri cuba memberitahu kita yang membantu AS membina infrastruktur adalah lebih penting daripada membantu Sabah dan Sarawak membina jalan raya dan paip air?” katanya dalam satu kenyataan media.
Azmin yang juga timbalan presiden PKR mengingatkan wang dalam KWSP adalah amanah untuk rakyat dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya.
“Kita memahami pilihan Najib untuk bertemu dengan Presiden AS Donald Trump, namun pemimpin tidak boleh menggadaikan kesejahteraan ekonomi negara hanya untuk peluang bergambar,” katanya.
Membuka pertemuannya dengan Trump, Najib berkata beliau berkunjung ke Washington dengan tiga cadangan khusus “untuk mengukuhkan ekonomi Amerika” iaitu menambah pembelian pesawat oleh Malaysia Airlines daripada Boeing serta melabur dana KWSP dalam pembangunan infrastruktur negara itu serta meningkatkan pelaburan Khazanah Nasional di negara itu.
Urus niaga dengan Boeing yang pada asalnya lapan pesawat Dreamliners 787 bernilai AS$2.2 bilion kemudiannya bertukar jadi komitmen AS$10 bilion untuk jet dan enjin jet daripada General Electrics.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli daripada PKR pula menyifatkan janji-janji Najib kepada Trump hanyalah “bayaran ufti” untuk mendapatkan temu janji 30 minit bergambar dengan presiden Amerika itu dakwa beliau diatur melalui lobi dan hanya menguntungkan Amerika.
“Saya akan meneruskan siri pendedahan mengenai lawatan “membayar ufti” yang menggadaikan kepentingan negara ini selepas ini setiap hari,” katanya dalam satu kenyataan media.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dalam reaksinya melalui Twitter menyindir Najib kerana membantu Trump mengotakan janji kempen pemilihan presiden, menjadikan Amerika hebat semula.
"Oh wow! Malaysia offers $$$ to help make America Great Again. Najib: Number one, we want to help you in terms of…," kata Pua.
Aktivis anti rasuah Cynthia Gabriel pula, juga dalam reaksi melalui Twitter, menyifatkan pelaburan Malaysia ke Amerika itu ‘ironi yang luar biasa’ “ketika rakyat Malaysia terus bergelut dengan ekonomi yang merosot dan kos yang meningkat.”
Bekas pengerusi bersama Bersih, Ambiga Sreenevasan pula mempersoalkan tentang pelaburan ke luar negara itu yang dibuat ketika kerajaan memotong peruntukan untuk bidang pendidikan dan kesihatan.

Tawaran Najib perkukuh ekonomi Amerika timbulkan banyak persoalan

Misi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengunjungi Presiden Trump membincangkan kerjasama keselamatan serantau diakhiri dengan perjanjian pelaburan dan aktiviti membeli belah berjumlah AS$10 bilion.
Pelaburan itu melibatkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Khazanah Nasional Bhd dan Malaysia Airlines Bhd (MAB).
Transkrip yang dikeluarkan pejabat media White House mendedahkan bahawa Najib berkata kerajaan akan membeli 25 pesawat Boeing 737-MAX 10, lapan 787 Dreamliners dan wujud kebarangkalian besar menambah 24 (atau) 25 lagi 737-MAX 10 dalam masa terdekat.
“Pertama, kami mahu membantu memperkukuhkan ekonomi Amerika. Saya datang dengan tiga cadangan khusus. Pertama, kami mahu mempertingkat pembelian pesawat Boeing oleh MAS.
“Kami bersedia untuk 25 pesawat 737 MAX 10 dan lapan 787 Dreamliners. Dan terdapat kebarangkalian kukuh – bukan kemungkinan – kebarangkalian kami akan tambah 24 lagi 737 MAX 10 pada masa depan.
“Jadi dalam tempoh lima tahun, rundingan ini akan bernilai lebih AS$10 bilion. Itu yang pertama. Kami juga cuba memujuk AirSia untuk membeli enjin GE,” kata Najib Razak dalam pertemuan terbabit.
Mengulas perkara itu, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok Suh Sim berkata, Najib perlu memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia berhubung langkah berkenaan.
“Adakah pembelian dan pelaburan ini membantu tingkatkan keadaan ekonomi semasa yang lemah di Malaysia, atau adakah mereka mengadakan pertukaran pelaburan yang lebih besar dari Amerika Syarikat?
“Adakah kunjungan ‘membeli-belah’ oleh beliau untuk menunjukkan kepada Amerika Syarikat bahawa Malaysia mampu menjadi pelanggan yang baik kepada negara itu, malah boleh juga membantu AS bangunkan infrastrukturnya?” soal Ahli Parlimen Seputeh itu.
Persoalan ini dibangkitkan kerana pengumuman Najib itu dibuat dalam keadaan negara mengalami pertumbuhan ekonomi yang perlahan malah berhadapan dengan masalah kewangan.
Kegusaran ini juga merujuk kepada kenyataan bekas timbalan gabenor Bank Negara, Tan Sri Lin See Yan yang menyuarakan kebimbangannya terhadap kelemahan pertumbuhan ekonomi negara.

Najib hidup dalam dunia fantasi

Wong Chen tertawakan ikrar Najib Razak untuk bantu perkasakan ekonomi AS sedangkan Malaysia banyak berhutang dengan China untuk pelaksanaan projek besar.
wong-chen-najib-razak-donald-trump-1Berjanji dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang Malaysia akan membantu pertumbuhan ekonomi AS menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hidup dalam dunia fantasi, menurut Wong Chen.
Ahli Parlimen Kelana Jaya itu berkata, ketika bertemu Trump di Rumah Putih, Najib memberitahu pemimpin AS itu Malaysia akan beli lebih banyak pesawat Boeing untuk Malaysia Airlines.
Beliau berkata Najb membuat ikrar itu dibuat walaupun syarikat penerbangan nasional itu perlu diselamatkan tidak lama dahulu dan terpaksa melepaskan juruterbang, pramugara, kakitangan lapangan dan juruteknik.
Wong Chen dalam kenyataan juga berkata, Najib memberitahu Trump bahawa Khazanah, yang sudah melabur kira-kira AS$400 juta di AS, akan terus melabur lebih banyak lagi pada masa depan.
“Betapa indahnya dalam dunia fantasi Najib, Malaysia sebuah negara ‘kaya’ yang mampu bantu meningkatkan ekonomi AS. Ketika kita mengalami ekonomi yang lembap dan serba kekurangan pada dekad ini, hingga merayu kepada China untuk duit, Najib memberi tanggapan kepada Trump kononnya kita mampu berbelanja besar,” kata Wong.
“Saya terfikir apa yang akan dikatakan pemimpin China tentang meminjamkan wang kepada Malaysia untuk Malaysia kemudian memberinya kepada AS.”
Wong berkata walaupun beliau bersetuju dengan ikrar najib menentang IS dan pengganas, beliau mengingatkan Najib definisi pengganas bagi Trump mungkin berbeza dengan Malaysia.
“Apabila kerajaan dan media Barisan Nasional menghebahkan pertemuan itu secara lebih dahsyat daripada taufan Irma yang melanda Florida, rakyat yang rasional akan melihat ‘pertemuan bersejarah’ ini jenaka 2 pemimpin penuh cela,” katanya.
Beliau juga menekankan, menurut transkrip pertemuan Najib dan Trump, skandal 1MDB dan siasatan Jabatan Kehakiman AS (DoJ) ke atasnya tidak disebut.

'Bukan perkara luar biasa Tun M bertanding semula' - Tok Him

Guan Eng 'sekolahkan' akhbar mesra BN

SPRM tingkatkan kempen galakkan saksi lapor rasuah

Hindraf: Kerjasama satu kesilapan, tiada lagi undi untuk BN

Usai 30 minit jumpa Trump, pembangkang kritik Najib di Twitter

PAS nafi permukiman beri izin akar umbi runding PKR, Bersatu

PEMIMPIN PAS menafikan laporan bahawa parti Islam itu memberi kebenaran kepada pemimpin akar umbinya di negeri dan kawasan untuk meneruskan rundingan pembahagian kerusi dengan PKR dan Bersatu sebagai persiapan menuju Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
“Kita tidak berbincang banyak tentang hubungan dengan parti-parti lain. Kita jelas bahawa tidak ada hubungan dengan DAP dan Amanah. Begitu juga dengan parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang lain,” kata Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad, seperti dipetik oleh portal Berita Daily.
Kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu diulangi oleh Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang berkata: “Laporan itu tidak benar.”
The Malaysian Insight hari ini melaporkan keputusan PAS tersebut dibuat minggu lalu dalam satu permukiman pimpinan tertinggi parti Islam itu di Pulau Pangkor, Perak.
Permukiman bermula 5 hingga 8 September itu dihadiri oleh semua pucuk pimpinan PAS termasuk Mursyidul Am Hashim Jasin dan Presiden Abdul Hadi Awang serta ahli Majlis Syura Ulama, ahli jawatankuasa PAS Pusat dan Lembaga Penasihat parti.
PAS setakat ini tidak menjalin kerjasama politik dengan mana-mana parti anggota PH di peringkat kebangsaan. Parti Islam itu bagaimanapun menyertai kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR, dengan tiga pemimpin negerinya memegang jawatan sebagai exco kerajaan negeri.
PAS dan PH secara rasminya sudah mengumumkan sedia bertemu dalam pertembungan tiga penjuru bersama BN pada pilihan raya umum akan datang.
Majlis Presiden PH dua minggu lalu sepakat memutuskan menutup pintu rundingan dengan PAS ketika PKR berusaha mewujudkan kerjasama dengan parti Islam itu sekurang-kurangnya di Selangor.
Keputusan PH itu dimeterai oleh pengerusinya, Dr Mahathir Mohamad dan wakil setiap parti komponen terdiri daripada Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Majlis Presiden PH juga mengumumkan sedang berusaha merangka strategi untuk kemungkinan menghadapi pertandingan tiga penjuru dalam PRU14.
The Malaysian Insight sebelum ini melaporkan pimpinan PAS di tiga negeri – Kelantan, Selangor dan Kedah – memohon kebenaran daripada PAS Pusat untuk membenarkan mereka bekerjasama dengan PH dalam pilihan raya umum akan datang.

Rafizi persoal Najib abaikan isu Rohingya ketika bertemu Trump

Rafizi berkata lawatan Najib hanyalah 'bayaran ufti' untuk mendapatkan masa 30 minit bergambar dengan Trump.
rafizi-najib-trumpNaib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Presiden Amerika (AS), Donald Trump langsung tidak menyentuh isu Rohingya sebaliknya menggadai kepentingan negara.
“Semua perkara bersabit kepentingan negara dan kebajikan umat Islam Rohingya yang digembar-gemburkan sebelum ini langsung tidak disentuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rafizi berkata Najib memaklumkan isu pelepasan visa bagi rakyat Malaysia dan membincangkan nasib umat Islam Rohingya menjadikan pertemuan dengan Trump itu penting untuk negara.
Sabtu lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki dilaporkan berkata lawatan rasmi perdana menteri ke White House turut membawa agenda perbincangan terhadap isu Rohingya.
“Lawatan perdana menteri bertemu presiden AS nanti turut membincangkan isu ini dan diharapkan perkara ini tidak menjadi bahan politik oleh mana-mana pihak.
“Kita juga berharap hasil pertemuan itu nanti akan memberi satu kata putus dari AS untuk mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya satu tindakan tegas diambil terhadap negara Myanmar,” katanya memetik laporan Berita Harian.
Sebaliknya, Rafizi berkata lawatan Najib hanyalah “bayaran ufti” untuk mendapatkan masa 30 minit bergambar dengan Trump dan berbincang melibatkan wang rakyat yang akan dilabur untuk membeli kapal terbang buatan AS dan membiayai projek infrastruktur di negara itu.

Mahkamah benarkan 4 siswa UM cabar sabitan kes sepanduk 1MDB

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan kepada empat mahasiswa Universiti Malaya untuk mencabar keputusan setelah mereka didapati bersalah atas kesalahan disiplin oleh institusi pengajiannya, dalam mempamerkan sepanduk semasa pertemuan dialog ala townhall oleh presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy tahun lalu.
Ini berikutan Hakim Azizah Nawawi memberi kebenaran disebabkan Pejabat Peguam Negara tidak hadir hari ini bagi membantah permohonan tersebut walaupun borang telah diisi pihak mereka bulan lalu.
Susulan itu, suatu tarikh ditetapkan bagi mendengar merit kes ini yang akan didengar, kata peguam bagi pihak siswa Lim Wei Jiet kepada Malaysiakini.
Dalam permohonan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan tersebut oleh pihak berkuasa, pihak pengadu telah mendapatkan kebenaran bagi memastikan permohonan tersebut tidak sembarangan dan menyusahkan.
Mahasiswa terbabit merupakan bekas presiden University of Malaya Association of New Youth (Umany), timbalan presiden Umany Tan Jia You, ketua biro publisiti Umany Chua Hun Ti dan setiausaha agung Umany Lau Li Yang.
Mereka didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan oleh jawatankuasa disiplin universiti dan didenda di antara RM200 ke RM600.
Mereka didapati bersalah di bawah Peraturan 3 dan Peraturan 11 Peraturan Disiplin Universiti Malaya untuk tiga pertuduhan itu.
Mereka didakwa menganggu majlis dengan menaikkan sepanduk dengan perkataan '1MDB Pulangkan Duit Rakyat' dan didakwa menjejaskan ketenteraman dan kesopanan awam dengan memegang sepanduk tersebut serta campur tangan dalam majlis rasmi universiti.
Mereka membuat rayuan kepada jawatankuasa rayuan UM tetapi jawatankuasa mengekalkan keputusan tetapi membuang hukuman denda. Mereka telah diberi amaran keras oleh pihak universiti.
Empat mahasiswa itu menamakan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar dan Universiti Malaya sebagai responden.

'Jangan gadai ekonomi untuk bergambar dengan Trump'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak seharusnya menggadaikan kemakmuran ekonomi negara hanya untuk peluang bergambar dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali.
Beliau berkata langkah Najib melabur sehingga AS$24 bilion (RM100 bilion) bagi membantu 'memperkukuhkan ekonomi AS' tidak dapat difahami.
"Amat mengejutkan Najib mahu 'memperkukuh' ekonomi terbesar dunia dengan RM100 bilion wang rakyat Malaysia. Tidak ada peluang bergambar semahal ini," tulis Azmin di Twitter.
Najib bertemu dengan Trump semalam. Kedua-dua pimpinan tersebut menggariskan rancangan meningkatkan pelaburan Malaysia di AS.
Trump berkata Malaysia boleh melabur di antara AS$10 bilion ke AS$20 bilion dalam sektor penerbangan - AS$10 bilion untuk membeli pesawat Boeing oleh Malaysia Airlines Berhad (MAS).
Najib berkata Kumpulan Wang Simpana Pekerja (KWSP) akan melabur di antara AS$3 bilion ke AS$4 bilion bagi membantu pembangunan insfrastruktur AS.
"Adakah PM memberitahu kita bahawa membantu AS membina infrastruktur lebih penting daripada membantu Sabah dan Sarawak membina jalan dan paip air?" soal Azmin.
"Wang yang dipegang KWSP merupakan wang simpanan amanah dari rakyat dan tidak boleh digunakan secara sembarangan," tambah beliau.
Azmin berkata ekonomi yang sedang berkembang seperti Malaysia sepatutnya membawa masuk pelaburan dan bukannya menghantar wang keluar negara.
Beliau memberikan contoh kejayaan Selangor dalam menarik pelaburan luar, misalnya pelaburan RM1 bilion daripada Ikea untuk membina pusat edaran dan agihan serantau syarikat itu di Pulau Indah.

PERKASA berang Najib mahu labur wang KWSP di Amerika

Pengumuman perdana menteri di Amerika Syarikat (AS) untuk melaburkan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah berbilion dolar lagi di negara itu mengundang kesangsian daripada dalam negara.
Sayap pemuda kumpulan pendesak Melayu PERKASA mempersoalkan kenapa wang pencen rakyat Malaysia itu harus digunakan untuk pelaburan besar itu.

“Saya tidak kata pelaburan yang dibuat adalah salah tetapi mengapa KWSP terlibat?

“Adakah pada ketika ini kita hanya bergantung kepada sumber kewangan KWSP untuk membuat pelaburan?” Soal ketuanya Irwan Fahmi Ideris.

Dalam pertemuan dengan Donald Trump di Rumah Putih semalam, Najib memberitahu presiden AS bahawa Malaysia berminat melabur tiga atau empat bilion dolar lagi untuk mendukung kemudahan pembangunan semula negara itu.

Katanya, Malaysia mempunyai modal besar melalui KWSP untuk dieksport dan telah pun melabur hampir AS$7 bilion dalam bentuk ekuiti.

Pelaburan KWSP itu antara tiga cadangan yang dikemukakan Najib kepada Trump selain pembelian puluhan pesawat AS dan pelaburan syarikat pelaburan negara Khazanah dalam bidang teknologi tinggi di Silicon Valley.
Dalam kenyataan hari ini, Irwan berkata KWSP tidak sepatutnya dilihat modal utama kerajaan untuk membuat pelaburan yang besar sebegitu.

Katanya, dana KWSP adalah simpanan rakyat Malaysia untuk hari tua dan tidak harus berdepan risiko.
“Adakah ada jaminan yang pasti pelaburan ini tidak gagal?

TIADA SIDANG MEDIA, NAJIB TERLEPAS PELUANG KEEMASAN MEMBERI PENJELASAN TENTANG 1MDB

Di samping beberapa kejanggalan lain dalam lawatan Najib Razak ke Amerika Syarikat kali ini, yang paling ketara tentunya ialah ketidaksediaan atau lebih tepat, ketakutan beliau mengadakan sidang media selepas pertemuannya dengan Donald Trump.

Semalam, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyatakan rasa hairannya tentang beberapa perkara mengenai lawatan Najib, antaranya:-

- tiada sambutan rasmi diberikan, baik ketika pesawat yang membawa Najib mendarat mahu pun ketika beliau tiba di White House.

- tidak menginap di Blair House, rumah penginapan untuk tetamu negara, sebaliknya menyewa bilik di sebuah hotel kepunyaan Trump di Washington sedangkan kedatangan Najib diberitakan adalah atas jemputan Presiden Amerika itu.

Sehubungan itu, Rafizi menyimpulkan lawatan Najib tidak lebih sebagai kunjungan peribadi yang mungkin diatur oleh golongan pelobi berbayar semata-mata untuk melonjakkan kembali namanya yang terperosok dengan teruk berikutan saman sivil dan siasatan jenayah oleh DOJ berkaitan dana 1MDB yang diselewengkan.

Tetapi, kejanggalan paling nyata ialah pastinya kerana tiada sidang media selepas pertemuan Najib dengan Trump.

Jika Najib merasakan kunjungannya bertemu Trump yang antara tujuan utamanya ialah untuk menutup mulut-mulut pengkritik berkaitan 1MDB atau yang mengaitkan dirinya dengan syarikat pelaburan itu,  mengadakan sidang akhbar dan bertemu dengan media-media Amerika seharusnya menjadi peluang keemasan yang tidak patut dilepaskan.

Kecualilah jika Najib memang ada rasa bersalah dalam dirinya, peluang berdepan, memberi penjelasan dan bersoal-jawab dengan media-media Amerika seperti WSJ, Washington Post, New York Times, Bloomberg dan sebagainya berhubung apa juga persoalan tentang 1MDB, adalah lonjakan yang sebenar dapat memutihkan kembali hitam kelabu namanya selama ini.

Sampai bila rakyat perlu tertekan dengan kos sara hidup?

GOLONGAN penjawat awam di Malaysia sememangnya berdepan dengan kenaikan mendadak kos sara hidup di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).
Hal ini boleh diakses sendiri melalui cadangan bagi Bajet 2018, terdapat terlalu banyak syor yang dikemukakan termasuk tuntutan kenaikan gaji, elaun dan bonus bagi kakitangan kerajaan.
Sehingga 31 Mac 2017, terdapat 1.6 juta penjawat awam di seluruh negara dengan 57 peratus daripadanya terdiri daripada guru, tentera, polis, doktor dan jururawat.
Ketidaktentuan ekonomi negara yang tidak menentu menyaksikan kakitangan kerajaan hanya memperoleh bonus secara purata RM500 sejak 2013.
Kerajaan BN pimpinan Najib Razak seharusnya melihat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya jurang pendapatan yang ketara selain peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Rakyat turut dibebani dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan pemansuhan subsidi kerajaan yang sekaligus menghimpit rakyat berpendapatan sederhana dan membebankan kehidupan golongan miskin tegar.
Kenaikan kos sara hidup pada masa kini telah memberi kesan ketara memandangkan ada di antara pekerja sepenuh masa terpaksa menambah pendapatan dengan melakukan kerja-kerja separuh masa.
Kerajaan Umno BN harus mengawal harga barangan dan bukannya membiarkan barangan dinaikkan sesuka hati kerana ia hanya menekan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

PENGGUNA TWITTER BERANG PM ‘BANTU PERKUKUH EKONOMI AS’

Kenyataan pembukaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa perjumpaannya dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengundang bidasan dan memberangkan pengkritik di tanah air.
“Saya ingin katakan bahawa kami datang ke sini dengan membawa cadangan nilai yang kukuh untuk dikemukakan.
“Kami mahu membantu anda mengukuhkan ekonomi AS,” katanya pada pertemuan itu di Rumah Putih, Washington DC hari ini.
Antara lain, Najib berkata Malaysia komited untuk membeli 25 Boeing 737 Max 10 dan lapan Boeing 787 Dreamliners.
“Ada kebarangkalian besar, bukan kemungkinan, yang kami akan menambah 24 (atau) 25 lagi 737-MAX 10 dalam masa terdekat.
“Jadi, dalam masa lima tahun, dengan pembelian tambahan itu, janji niaga itu akan bernilai melebihi AS$10 bilion,” katanya.
Najib juga mengumumkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melabur AS$3 hingga 4 bilion sebagai membantu “pembangunan semula infrastruktur di AS.”
“Keduanya, kami memiliki KWSP, dana pencen utama di Malaysia.
“Mereka memiliki modal yang besar untuk dieksport, mereka melabur hampir AS$7 bilion dari segi ekuiti di AS dan mereka berhasrat untuk melabur tambahan AS$3 bilion hingga AS$4 bilion bagi menyokong pembangunan semula prasarana anda,” katanya.
Walau bagaimanapun, beberapa pemimpin pembangkang Malaysia membidas ikrar Najib itu di Twitter dan mencadangkan agar perdana menteri memberi tumpuan kepada ekonomi negara sendiri, bukannya membantu negara kuasa ekonomi itu.
Berikut adalah antara tweet itu:
Tahniah @NajibRazak ! RM42 b beli kapalterbang & RM16.8 b labur di Amerika.Oh, mana peluang pekerjaan buat rakyat Msia?
Nak bina ECRL, pinjam RM55bilion. Rakyat tanggung melalui GST. Ni nak beli pesawat RM42bil & suruh KWSP labur saham di AS lagi!

Jangan kempen isu GST untuk jatuhkan kerajaan Umno@BN sembang kastam

JANGAN guna isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai bahan kempen untuk menjatuhkan kerajaan pada pilihan raya umum akan datang, kata ketua kastam.
Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Subromaniam Tholasy mengingatkan ahli-ahli politik yang GST terbukti memberi kesan positif kepada ekonomi terutama dari segi daya saing Malaysia, telah dilaksanakan di beberapa negara.
"Setakat ini, tidak ada mana-mana negara yang kembali kepada sistem percukaian asal selepas melaksanakan GST.
"Jadi, usahlah rakyat terperdaya dengan cerita-cerita karut kononnya ia boleh diganti dan sebagainya. Ia sangat mustahil dilakukan,” katanya, seperti dipetik oleh Bernama.
Beliau berkata demikian dalam ucapan merasmikan pejabat GST Kota Tinggi yang dibuka bagi memberi kemudahan kepada lebih 4,000 syarikat yang berdaftar dalam sistem cukai terbabit.
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin hujung minggu lalu mengumumkan janji Pakatan Harapan mahu menghapuskan GST dalam tempoh 100 hari pertama selepas menjadi kerajaan di Putrajaya sekiranya gabungan pembangkang menang Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Sementara itu, Subromaniam berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komkunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan terhadap penyebar fitnah dan berita palsu mengenai GST.
Katanya, langkah itu bagi membendung pelbagai tohmahan dan fitnah yang dilontarkan sesetengah pihak terhadap GST sejak kebelakangan ini.
"Saya sedih apabila kadang-kadang dapat WhatsApp daripada kawan-kawan, kita baca dan tahu berita tidak betul.
"Generasi muda pula mudah percaya. Jadi, memang patutlah ada pihak siasat dan saya rasa janganlah anggap semua rakyat bodoh.
"Memang ada sebahagian yang percaya tetapi kita boleh mengambil tindakan 'pembetulan'," katanya kepada media, seperti dipetik oleh Bernama.

Tipu helah Najib terdedah lagi di New York

Kelemahan strategi Datuk Seri Najib Razak Semakin Jelas: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menguatkan Tun Dr Mahathir Mahomad dan trip ke Amerika Syarikat (AS) yang mendatangkan tangan kosong. Bulan September 2017 akan berlalu sebagai sebuah bulan yang memperlihatkan kelemahan Najib – kalaulah beliau tahu yang pembangkang dan rakyat Malaysia semua sudah tahu permainan dan percaturan beliau.
Berkenaan RCI-, Tan Sri Mohammad Nor Yakcop, salah seorang figura Bank Negara Malaysia (BNM) yang penting pada tahun 1980-an, menegaskan yang “Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dimaklumkan” tentang kerugian forex.
Sebaliknya, Mohammad Nor Yakcop memperjelaskan secara berhati-hati tetapi berobjektif dalam kenyataan bertulisnya beberapa kejadian yang memaksa BNM untuk berkecimpung dalam perdagangan FOREX.
Pertamanya, peningkatan nilai mata wang Yen Jepun meningkat lebih 50 peratus selepas Plaza Accord 1986, di mana ahli-ahli G7, membenarkan Yen Jepun untuk arah alir ke atas. Oleh kerana Malaysia meminjam Yen Jepun daripada pelbagai projek infrastruktur, BNM memasuki pasaran mata wang asing untuk mengurangkan kerugian Malaysia.
Benar, menjangkaui pemeliharaan nilai mata wang Ringgit Malaysia, juga untuk menguatkan lagi rizab, BNM telah melompat masuk ke pasaran yang sentiasa bergolak bagi membantu Malaysia untuk meningkatkan lagi keuntungan, mengurangkan kerugian dan mengukuhkan lagi rizab.
Selamatkan ekonomi
Bukan seperti 1MDB, kerugian Forex dimotivasikan dengan beban untuk menyelamatkan ekonomi negara daripada kebejatan situasi kewangan antarabangsa, di mana Bank of England pun telah tersilap langkah dengan Pound British mereka sendiri.
Keduanya, kenyataan Mohamed Yakcop mengesahkan yang polisi tentang kerugian telah diserap dan dipelajari bagi menghadapi krisis kewangan Asia pada 1998-1999 – pada waktu itu Mahathir berjaya mengawal Malaysia daripada kerugian berbilion-bilion ringgit.
Sehingga hari ini, Bank Negara dan International Monetary Fund (IMF) mengakui tindakan Mahathir adalah wajar. Sehinggakan George Soros juga terpaksa mengalah dengan Mahathir.
Senjata RCI Najib kini sedang menikam beliau dan kerajaan dari belakang lebih daripada beliau bayangkan. Daripada menyelar reputasi utuh Mahathir, sebaliknya RCI mengukuhkannya lagi.
Dan kita perlu ingat , Anwar Ibrahim pun tidak dimaklumkan akan kerugian yang berlaku, kerana beliau tidak pegang apa-apa bidang kuasa perbankan semasa beliau memegang porfolio menteri kewangan, kata Mohammad Yakcop.
Tikaman dari belakang
Kini, terdapat satu lagi tipu helah pada September 2017 yang akan menghancurkan Najib lagi. Pemergian beliau ke White House hanyalah sampingan pemergian beliau ke New York.
Sebaliknya, semua indikasi menunjukkan beliau ke sana untuk menghadiri Mesyuarat Agung PBB kali ke-72, yang juga bermula pada 12 September - kebetulan pada masa yang sama beliau sepatutnya bertemu President Trump.
Dengan menggunakan alasan Mesyuarat Agung PBB memberikan beliau sedikit imuniti diplomasi kerana kesemua ketua negara dan kerajaan akan ke New York untuk menyertai Mesyuarat Agung PBB – secara tradisinya – tidak akan dihalang masuk.
Andaikata Najib bertemu dengan presiden Trump di Rumah Putih, ia tidak bermakna apa-apa walau sedikit pun. Semua orang tahu yang Trump gemar adakan pertemuan peribadi dan penting beliau di Menara Trump atau Mar-a-Lago di Florida. Kalaulah Najib bertemu Trump di Rumah Putih, itu hanyalah olok-olok.

NAJIB JUMPA TRUMP 30 MINIT, TIDAK BINCANG ISU ROHINGYA SEBALIKNYA GADAI KEPENTINGAN NEGARA

Sejak saya mendedahkan bahawa perjumpaan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bukanlah satu rangka lawatan rasmi (“official visit” atau “official working visit”) atas jemputan Presiden Trump seperti yang mahu digambarkan oleh media propaganda Barisan Nasional, jentera propaganda Barisan Nasional bekerja keras untuk menenggelamkan perkara itu sebelum Dato’ Seri Najib tiba di White House.

Alasan yang digunapakai ialah kononnya perjumpaan itu disenaraikan di laman rasmi White House dan dimasukkan di dalam jadual harian Presiden Trump di Twitter beliau.

Malangnya, tidak ada seorang pun yang menafikan atau mengemukakan fakta yang menidakkan perkara pokok yang saya timbulkan semalam: berdasarkan senarai protokol untuk lawatan rasmi Ketua Negara (“State Visit”) atau Ketua Kerajaan (“Official Visit” termasuk “Official Working Visit”) untuk menentukan sambutan serta kemudahan meraikan tetamu rasmi Presiden Amerika Syarikat, lawatan Dato’ Seri Najib kali ini dikategorikan sebagai lawatan persendirian (“private visit”) oleh seorang Perdana Menteri ke White House.

Oleh sebab itu, satu lagi isu utama yang saya timbulkan ialah kemungkinan besar jemputan dari Presiden Trump kepada Dato’ Seri Najib untuk mengadakan satu pertemuan singkat (yang dikira lawatan persendirian ini) diusahakan oleh khidmat lobi yang dibayar oleh Godfrey Group Limited yang mewakili Pejabat Perdana Menteri, seperti yang saya pernah dedahkan sebelum ini.

Saya yakin perjumpaan yang berlaku semalam (waktu Malaysia) mengesahkan bahawa kedua-dua perkara pokok yang saya timbulkan adalah benar berdasarkan bukti-bukti yang dihuraikan selepas ini.

Bukti Perjumpaan Adalah Lawatan Persendirian (“Private Visit”)
Setakat ini, liputan yang dibuat media rasmi Barisan Nasional seperti yang dilaporkan New Straits Times dan RTM mengesahkan bahawa:

i. Ketibaan Dato’ Seri Najib di Joint Base Andrews in Maryland dengan pesawat rasmi negara tidak disambut dengan satu acara rasmi yang dipanggil “flight line ceremony” yang hanya diberikan kepada lawatan-lawatan rasmi

ii. Delegasi Dato’ Seri Najib menginap di Trump International Hotel dan bukannya Blair House, iaitu rumah tetamu Presiden Amerika Syarikat yang disediakan bagi lawatan rasmi ketua kerajaan

Kedua-dua perkara ini kini sahih dan mengesahkan bahawa maklumat-maklumat yang diberikan oleh sumber rahsia saya seperti yang saya dedahkan semalam adalah tepat.

Perjalanan mesyuarat yang berlaku semalam di antara Dato’ Seri Najib dan Presiden Trump juga mengesahkan bahawa keseluruhan lawatan ke White House itu, dari pertemuan empat mata di antara Dato’ Seri Najib dan Presiden Trump sehinggalah mesyuarat di antara pegawai tertinggi Malaysia dan Amerika Syarikat (yang sebelum ini dirujuk sebagai “expanded meeting”), memakan masa hanyalah sekitar 30 minit sahaja.

Ini bertepatan dengan maklumat sulit yang diberikan kepada saya oleh sumber yang boleh dipercayai dan boleh disahkan berdasarkan garis masa dari ketibaan Dato’ Seri Najib di White House sehinggalah berakhirnya “expanded meeting” tersebut, seperti berikut:

i. Dato’ Seri Najib tiba jam 1149 pagi waktu Washington (dirujuk sebagai EDT dan 12 jam lambat berbanding waktu Malaysia, maka 1149 PM di Malaysia adalah 1149 pagi di Washington) seperti yang dilaporkan oleh MSNBC melalui tweet di bawah:

ii. Dato’ Seri Najib kemudiannya ada pertemuan empat mata di Oval Office dengan Presiden Trump. Tiada wartawan atau media dibenarkan, malah sesi bergambar di antara Dato’ Seri Najib dan Presiden Trump pun dibatalkan di saat-saat akhir. Oleh itu, satu-satunya cara untuk menentukan lama mana pertemuan itu ialah dengan melihat garis masa selepas pertemuan empat mata ini

iii. Selepas itu, Dato’ Seri Najib dan Presiden Trump menyertai pegawai tertinggi dari delegasi kedua-dua negara untuk mesyuarat dua hala yang dirujuk sebagai “expanded meeting” di dalam jadual Presiden Trump sebelum itu

iv. Transkrip mesyuarat itu yang meliputi ucapan Presiden Trump dan ucapan balas dari Dato’ Seri Najib disiarkan secara penuh di laman White House https://www.whitehouse.gov/the-press-office/2017/09/12/remarks-president-trump-and-prime-minister-najib-abdul-razak-malaysia

v. Transkrip mesyuarat itu menunjukkan ucapan Presiden Trump bermula pada jam 12:11 tengahari dan ucapan balas Dato’ Seri Najib berakhir pada jam 12:18 tengahari

Najib Jumpa Trump 10 Minit Gadai Kepentingan Negara!

Wang Ufti Buat Trump Dari Poket Rakyat...!!!

Patutla sanggup beriya2 bangga nak jumpa Trump di AS.

Kata Presiden Umno & Perdana Menteri M'sia NAJIB RAZAK..

"MALAYSIA BANTU PERKUKUH EKONOMI AS"

"MALAYSIA BANTU PERKUKUH EKONOMI AS"
"MALAYSIA BANTU PERKUKUH EKONOMI AS"

Apa punya bangang !!

Duit2 pencarum2 KWSP RM16.8 bilion gak yg kau bantai bagi (melabur) pada AS.

Transkrip penuh kenyataan Najib dan Trump


Di bawah adalah kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Bilik Kabinet Rumah Putih.

Donald Trump: Terima kasih banyak. Saya berbangsa menerima kunjungan Perdana Menteri Malaysia dan dif-dif kehormat semua. Kami berbincang berkaitan perdagangan – rundingan perdagangan yang sangat besar. Kami bekerja ke arah rundingan pembelian jet Boeing bernilai antara 10 dan 12 bilion dolar, enjin General Electric dan banyak lagi.
Selain itu, Malaysia adalah pelabur besar di Amerika Syarikat dalam bentuk saham dan bon dan bursa saham. Mereka sangat gembira kerana kita mencapai mata tinggi baru hampir setiap hari. Dan kita amat berbangga dengan bursa saham kita dan apa yang berlaku sejak saya menjadi presiden. Saya ucapkan tahniah kepada anda untuk pelaburan-pelaburan itu.
Tetapi saya juga mahu katakan ini satu penghargaan bagi saya dapat menerima kehadiran anda di sini. Satu penghargaan dapat menerima kunjungan delagasi-delegasi lain juga. Saya percaya anda semua akan berada di Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu depan, ramai orang akan hadir ke PBB minggu depan. Ia akan jadi minggu yang mengujakan dan kita semua tertunggu-tunggu.

Pelaburan M'sia di AS
Tetapi saya mahu ucapkan terima kasih atas semua pelaburan yang kamu buat di Amerika Syarikat. Juga, perdana menteri mempunyai peranan besar tidak membenarkan IS – atau apa yang kamu sebut Daesh – dan lain-lain lagi untuk terus wujud. Dan beliau sangat kuat melawan keganasan di Malaysia dan menjadi pendukung kuat usaha itu. Ini perkara penting kepada Amerika Syarikat.

Hubungan niaga dengan Korea Utara
Beliau tidak lagi menjalankan perniagaan dengan Korea Utara lagi, perkara itu amat penting buat kita semua. Semalam ada pengundian untuk sekatan ekonomi. Kami rasa ini satu langkah yang amal kecil – bukan perkara besar. Rex dan saya telah berbincang – tidak besar. Saya tidak tahu jika terdapat sebarang kesan, tetapi dikira baik untuk dapat undian 15-0. Tetapi sekatan ekonomi bukan apa-apa berbanding apa yang berlaku.
Jadi terima kasih pada semua yang hadir, kami hargainya. Perdana menteri, kami berbangga menerima kunjungan anda ke Amerika Syarikat dan Rumah Putih. Terima kasih semua kerana hadir. Terima kasih banyak. Terima kasih.
Kamu ada apa-apa hendak cakap?
Najib: Terima kasih banyak tuan presiden atas undangan pada saya dan delegasi untuk bertemu di Rumah Putih. Saya hendak katakan kami datang ke sini dengan cadangan bernilai tinggi untuk dikemukakan.

Pembelian pesawat
Pertama, kami mahu membantu memperkukuhkan ekonomi AS. Saya datang dengan tiga cadangan khusus. Pertama, kami mahu mempertingkat pembelian pesawat Boeing oleh MAS.
Kami bersedia untuk 25 pesawat 737 MAX 10 dan lapan 787 Dreamliners. Dan terdapat kebarangkalian kukuh – bukan kemungkinan – kebarangkalian kami akan tambah 24 lagi 737 MAX 10 pada masa depan. Jadi dalam tempoh lima tahun, rundingan ini akan bernilai lebih AS$10 bilion. Itu yang pertama. Kami juga cuba memujuk AirSia untuk membeli enjin GE.
Trump: Bagus.

KWSP dan modal untuk dieksport
Najib: Kedua, kami ada Kumpulan Wang Simpana Pekerja, iaitu wang persaraan utama di Malaysia. Ia ada modal besar untuk dieksport. Kami melabur hampir AS$7 bilion dalam bentuk ekuiti di Amerika Syarikat. Dan kami mahu berhasrat melabur tiga atau empat bilion dolar untuk mendukung kemudahan pembangunan semula Amerika Syarikat.
Trump: Bagus.

Pelaburan Khazanan dalam teknologi
Najib: Ketiga, dana kekayaan negara kami, Khazanah, mereka ada pejabat di Silicon Valley. Ia telah melabur kira-kira $400 juta dalam syarikat teknologi tinggi dan mereka juga berhasrat untuk menambah pelaburannya.
Kedua, tuan presiden, pentadbiran anda juga mahu menjadikan Amerika Syarikat selamat -- dan dengan itu dunia juga selamat – kami beriltizam melawan Daesh, IS, Al-Qaeda, Abu Sayyaf – semuanya. Mereka ini musuh Amerika Syarikat, mereka juga musuh Malaysia, dan kami akan lakukan peranan kami untuk pastikan dunia ini selamat.

Berkongsi Musuh Pulak..!!!


BENARKAH lawatan Najib ke AS berjumpa Trumpa itu 'LAWATAN RASMI' k'jaan ??

FAKTA..
Bagi membezakan sama ada sesuatu jemputan dari Presiden AS itu adalah jemputan berbentuk lawatan rasmi ketua kerajaan atau tidak, kita boleh melihat layanan dan kemudahan yang diberikan... antaranya..

1) sambutan rasmi oleh pegawai2 rasmi k'jaan AS semasa pesawat mendarat

2) pertukaran hadiah/ cenderahati dari diplomatik k'jaan AS

3) jemputan penginapan di Blair House

4) sepanjang perjalanan dihiasi bendera2 negara

ADAKAH SEMUA DI ATAS INI ADA SEMASA LAWATAN NAJIB KE AS KALI INI ??!

Sudah tentu tidak.. Malah White House sendiri akui oleh Setiausaha Akhbar White House, Sarah Huckabee Sanders dalam sidang akhbar semalam penginapan Najib tidak ditempah oleh k'jaan AS.

SEPATUTNYA Najib diberi penginapan di Blair House, BUKANNYA di hotel milik keluarga Trump !!!

ADAKAH KERAJAAN MALAYSIA & NAJIB cuba berbohong kepada rakyat ??!

Ini bermakna segala lawatan Najib, Rosmah & pegawai2 k'jaan yg terlibat sama ditanggung oleh k'jaan M'sia bermakna ditanggung oleh dana2 rakyat !!!

#CelakaUmno #TakHabisMenipu

Boleh semak di sini:
https://en.wikipedia.org/wiki/State_visits_to_the_United_States#Ceremonial_activities MANY PROTOCOLS

https://www.malaysiakini.com/news/394976

https://twitter.com/W7VOA/status/907677288245981184

Pertemuan Najib – Trump: Pelik, misteri, mengejutkan, kenapa?

BantuMalaysia bantu perkukuh ekonomi AS – Najib. Tajuk berita ini sudah cukup mengundang banyak persoalan tatkala keadaan ekonomi Malaysia sekarang yang semakin diragui prestasinya banyak pihak.
Ketika mana rakyat Malaysia fikir pertemuan antara Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Presiden Amerika Syarikat bakal membawa impak positif dalam bentuk pelaburan berbilion-bilion ke Malaysia tetapi sebaliknya.

Dilaporkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional merancang meningkatkan pelaburan mereka di Amerika Syarikat (AS) dan membeli lebih banyak pesawat Boeing bagi membantu mengukuhkan ekonomi negara itu.
KWSP sahaja dijangka melabur antara AS$3 bilion dan AS$4 bilion di negara tersebut.
Dilaporkan juga Malaysia komited untuk membeli 25 pesawat 737-MAX 10, lapan 787 Dreamliners dan ada kebarangkalian besar, bukan kemungkinan, yang untuk menambah 24 (atau) 25 lagi 737-MAX 10 dalam masa terdekat.
Jadi, dalam masa lima tahun, dengan pembelian tambahan itu, janji niaga tersebut akan bernilai melebihi AS$10 bilion.
Najib berkata kerajaan juga akan cuba memujuk syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd untuk membeli enjin General Electric buatan AS.
Najib juga berkata Khazanah Nasional, yang memiliki pejabat di Silicon Valley, California dan telah melabur kira-kira AS$400 juta dalam syarikat teknologi tinggi, juga berhasrat meningkatkan pelaburannya.
Situasi itu menggambarkan pentadbiran Najib berada dalam dunia fantasi seolah-olah Malaysia sebuah negara kaya yang dapat membantu meningkatkan ekonomi kuasa besar dunia itu. Seolah-olah Malaysia mempunyai banyak wang untuk dibelanjakan.
Walaupun pada realitinya Malaysia menderita dalam ekonomi yang kurang bersemangat serta banyak pinjaman dilakukan terhadap China untuk membiayai projek mega.
TRANSKRIP: http://bit.ly/2f4ufaN

Penginapan Najib di Trump Hotel undang persoalan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan menginap di di Trump International Hotel di Washington DC semasa lawatannya untuk bertemu dengan presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
1mdb-reza-jho-loThe Washington Post berkata ia hampir pasti dapat mengesahkan Najib menginap di hotel dengan 263 bilik itu, iaitu antara yang termahal di Washington.
SUMBER: http://wapo.st/2xjdRK6
Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sarah Huckabee Sanders dalam sidang akhbar berikutan pertemuan Najib-Trump menyatakan Rumah Putih tidak ada kaitan dengan tempahan tempat penginapan Najib itu.
Setiausaha akhbar Rumah Putih itu berkata beliau tidak pasti sama ada hotel penginapan Najib dibincangkan dalam pertemuan itu.
Pertemuan itu juga mengundang persoalan ekoran imej Najib tercalar di peringkat antarabangsa isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila banyak negara memulakan siasatan dan pendakwaan isu kleptocracy terbesar dunia.
Ia termasuk pendedahan dilakukan Jabatan Kehakiman AS (DOJ) terhadap kes itu mutakhir ini serta laporan dikeluarkan Biro Siasatan Persekutuan AS (FBI) berkenaan kesukaran saksi memberikan keterangan ekoran wujudnya ancaman.
Saman DOJ itu mendakwa bahawa seorang pegawai Malaysia yang tidak dinamakan – Malaysian Official 1 (MO1) – telah menerima sejumlah besar dana 1MDB yang diselewengkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan tahun lalu mengesahkan bahawa MO1 adalah Najib.

Tiada sidang media
NAJIB 1MDBLaporan media mendakwa pejabat Presiden Trump menawarkan diadakan satu sidang media bersama selepas perjumpaan dan Najib boleh memilih sama ada sidang media itu membenarkan soalan ditanya wartawan atau tiada soalan dibenarkan.
Dilaporkan Najib memilih untuk langsung tidak mengadakan sidang media bersama dan hanya satu kenyataan akan diedarkan selepas pertemuan tersebut.
Sedangkan itu satu kelaziman selepas pertemuan Presiden Amerika Syarikat dengan ketua kerajaan lain diadakan sidang media.
REUTERS melaporkan Rumah Putih pada asalnya merancang untuk membenarkan wartawan ke Oval Office di mana berlangsung pertemuan Najib dengan Trump, tetapi menukarnya pada saat-saat terakhir.
Timbul persoalan, Adakah Najib gerun ditanya pelbagai persoalan mengenai skandal 1MDB memandangkan ada kes-kes mahkamah berkaitan penyelewengan wang 1MDB di Amerika Syarikat?
Kerajaan Persekutuan juga perlu memberikan penjelasan siapa membiayai dan jumlah kos keseluruhan lawatan ke AS itu.

Rumah Putih tak tempah penginapan Najib di Trump Hotel

Penginapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Trump International Hotel di Washington DC semasa lawatannya untuk bertemu dengan presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, telah menarik perhatian.
Bagaimanapun, Rumah Putih berkata ia tidak ada kaitan dengan tempahan tempat penginapan Najib itu.
"Pastinya, kami tidak menempah penginapan hotel mereka.
"Saya tidak boleh bercakap mengenai keputusan peribadi mereka (Najib) di mana mereka menginap di sini (Washington) DC," kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sarah Huckabee Sanders dalam sidang akhbar berikutan pertemuan Najib-Trump semalam.
Sanders menjawab soalan sama ada keputusan Najib untuk menginap di Trump International Hotel adalah percubaan untuk "mengambil hati" presiden AS itu.
Setiausaha akhbar Rumah Putih itu berkata beliau tidak pasti sama ada hotel penginapan Najib dibincangkan dalam pertemuan itu.
Sander juga tidak pasti sama ada siasatan Jabatan Kehakiman AS (DOJ) yang dikaitkan dengan Najib, dibincangkan dalam pertemuan itu.
Najib tidak dinamakan secara langsung dalam saman sivil pelucuthakan DOJ terhadap aset yang didakwa dibeli menggunakan dana yang didakwa diselewengkan dari 1MDB.
Bagaimanapun, saman DOJ itu mendakwa bahawa seorang pegawai Malaysia yang tidak dinamakan - Malaysian Official 1 (MO1) - telah menerima sejumlah besar dana 1MDB yang diselewengkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan tahun lalu mengesahkan bahawa MO1 adalah Najib.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa Najib tidak dinamakan dalam pemfailan DOJ, menunjukkan bahawa perdana menteri tidak menjadi subjek siasatan.
Pengkritik Najib mendakwa bahawa perdana menteri mahu mendapatkan bantuan Trump untuk meringankan tekanan daripada saman DOJ, serta siasatan jenayah oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Bagaimanapun, perdana menteri berkata pertemuan tersebut semata-mata mengenai perniagaan, keselamatan dan hubungan dua hala.
Najib telah menafikan sebarang salah guna dana awam untuk kepentingan  peribadi, manakala Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membersihkannya daripada daripada dakwaan salah laku yang berkaitan dengan 1MDB.

'Luar biasa bagi Najib jumpa Trump ketika siasatan 1MDB'

Presiden Donald Trump mengalu-alukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Rumah Putih pada hari Selasa, dengan memuji keputusan Malaysia melabur di Amerika Syarikat tetapi mengelak menyentuh siasatan negara itu terhadap satu dakwaan skandal rasuah.
Lawatan itu penting bagi Najib, menjelang pilihan raya umum, dan mahu memberi isyarat bahawa beliau masih dialu-alukan di Rumah Putih, walaupun ada siasatan jenayah oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat terhadap 1MDB.
Seorang pegawai kanan AS mengakui bahawa ia adalah luar biasa untuk bertemu dengan Najib ketika 1MDB berada di bawah pengawasan pengawalseliaan.
"Ini satu situasi yang pelik," kata pegawai itu merujuk kepada siasatan DOJ, sambil menjelaskan bahawa pihak pentadbiran telah memberi keutamaan kepada hubungan dengan negara-negara Asia Tenggara untuk menangani "keuntungan besar" yang diperolehi oleh negara China di rantau itu dalam dekad yang lalu.
Katanya, pihak pentadbiran berpandangan bahawa ia tidak boleh terus menerus melepaskan hubungannya dengan semua negara berkenaan, atas apa jua isu semasa.
Diiringi para penasihat utama di Bilik Kabinet, Najib memberitahu Trump bahawa Malaysia Airlines akan membeli 25 jet Boeing 737 dan lapan pesawat Dreamliner 787, dan mungkin akan menambah lagi 25 pesawat 737s dalam masa terdekat - yang menurutnya bernilai lebih AS$10 bilion dalam tempoh lima tahun.
Najib berkata, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Malaysia mahu membelanjakan AS$3 bilion hingga AS$4 bilion untuk pembangunan infrastruktur AS.
Rumah Putih pada asalnya merancang untuk membenarkan wartawan ke Oval Office di mana berlangsung pertemuan Najib dengan Trump, tetapi menukarnya pada saat-saat terakhir

Tiada sidang media selepas perjumpaan Najib-Trump

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cukup dikenali sebagai antara pemimpin negara yang mesra dengan media dan jarang sekali mengelakkan dirinya daripada menjadi tumpuan kamera.
Bagaimanapun, perjumpaannya dengan presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di White House semalam tidak memperlihatkan dirinya seperti lazimnya. Beliau tampil hanya seketika untuk membolehkan gambarnya dirakamkan.
Tidak seperti perjumpaan Trump dengan ketua-ketua kerajaan lain, tidak ada sesi bergambar untuk media ketika mereka berjabat tangan di Pejabat Oval. Ini mungkin untuk mengelakkan wartawan daripada melemparkan sebarang soalan yang menjengkelkan kepada perdana menteri.
Satu-satunya imej Najib membuktikan Najib berada di pejabat presiden AS dirakamkan oleh unit media rasmi White House.
Begitu juga, kedua-dua mereka memilih untuk tidak mengadakan sidang media bersama baik di East Room mahupun di Rose Garden.
Sebaliknya, kenyataan media bersama dikeluarkan selepas perjumpaan mereka di Cabinet Room, yang mana wartawan dilarang mengajukan sebarang soalan.
Malaysiakini difahamkan bahawa unit media White House dimaklumkan sebelum ketibaan Najib bahawa tidak ada sidang akhbar akan diadakan susuan mesyuarat mereka.
Kawalan ke atas media itu dipercayai bagi mengelakkan kemungkinan sebarang soalan mengenai siasatan AS berhubung skandal 1MDB yang dikaitkan dengan Najib.
Bagi pengkritik, perjumpaan Najib dengan Trump adalah bertujuan untuk meredakan tekanan akibat siasatan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) AS serta Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Di sebalik sekatan ke atas media dan liputan akhbar Amerika Syarikat yang membidas sebelum dan selepas perjumpaan itu, lawatan berkenaan dianggap satu kejayaan bagi Najib dan penyokongnya.
Beliau kini mampu kembali dan memaparkan gambarnya bersalaman dengan Trump di White House sambil tersenyum untuk dipaparkan kepada rakyat bahawa walaupun menjadi subjek siasatan kleptokrasi asing terbesar, beliau diterima oleh presiden AS itu.

TAWARAN NAJIB MAHU PULIH EKONOMI AMERIKA - "ULAR LIDI" MENYUAPKAN MAKANAN KEPADA "ULAR SAWA"

Tiada yang percuma dalam lawatan Najib Razak ke Amerika Syarikat serta pertemuannya dengan Donald Trump kali ini yang nampaknya amat menggembirakan jentera propaganda berbayar UMNO dan BN untuk "spin cerita" menghadapi pilihanraya akan datang.

Selain sebagaimana yang disebut sebelum ini dan dinyatakan semalam oleh Rafizi Ramli bahawa besar kemungkinan lawatan dan pertemuan dengan  Presiden Amerika itu adalah hasil kerja Godfrey Group Ltd yang dipercayai telah membayar RM1.125 juta kepada pelobi yang merupakan bekas pembantu Trump, hakikatnya ialah Malaysia terpaksa membayar harga yang amat mahal untuknya.

Didedahkan pada Mei sebelum ini, Godfrey yang mewakili Pejabat Perdana Menteri telah membuat bayaran kepada pelobi tersebut dengan tujuan yang tidak dinyatakan, di ketika saman sivil DOJ terhadap 1MDB menjadi bualan di seluruh dunia.
Semasa membalas ucapan Trump yang mengalu-alukan kedatangannya ke Rumah Putih, Najib berkata, "kami datang ke sini dengan cadangan yang besar untuk membantu Amerika mengukuhkan ekonominya."

Ehhh....ini sudah terbalik  dan pelik beb!!

Malaysia sebagai "negara ular lidi"  pula yang menawarkan bantuan Amerika sebagai "negara ular sawa" untuk memulihkan ekonominya.

Kalau Malaysia mengharapkan bantuan Amerika ada juga munasabahnya.

Di sebalik negara sendiri bergantung kepada China dengan berhutang selama 20 tahun untuk membina landasan keretapi Pantai Timur, mengemis cukai GST setiap hari daripada rakyat, memotong banyak subsidi, menamatkan elaun guru pelatih dan tidak mampu memasang CCTV untuk balai polis - suatu bukti bahawa Malaysia sebenarnya kekeringan wang - Najib dengan tiada rasa bersalah dan selamba mahu membantu mengukuhkan ekonomi Amerika.

Apakah dalam masa yang sama Najib sudah cukup cemerlang dalam mengukuhkan ekonomi Malaysia sendiri?

Dalam usaha "ular lidi" mahu mengenyangkan "ular sawa" yang tidak cukup makan itu, tiga pakej yang ditawarkan Najib ialah menambah pembelian 25 
pesawat Boeing untuk MAS yang dalam tempoh lima tahun bernilai antara AS$10 bilion hingga AS$20 bilion, menggunakan dana pencen KWSP untuk melabur sehingga AS$4 bilion untuk menyokong pembangunan prasarananya  dan Khazanah Nasional akan dikembangkan  lagi peranannya di Amerika.

Keadaan ini jelas berbeza semasa kepimpinan Tun Mahathir di mana semasa lawatannya ke luar negara dahulu, syarikat-syarikat Malaysia yang ditawarkan dan menandatangani pelbagai perjanjian projek di luar negara, bukannya kita memberi projek kepada negara yang dilawatinya.