Selasa, 12 September 2017

PAS Sudah Seperti UMNO, Amal Politik Perkauman

Dalam isu Rohingya, Komunis China umum sokong Myanmar


Dalam isu Rohingya, China umum sokong Myanmar
Jurucakap kementerian luar negara China, Geng Shuang berharap masyarakat antarabangsa menyokong usaha Myanmar dalam menjaga kestabilan pembangunan nasionalnya.
⁠⁠⁠KETIKA dunia mengecam kekejaman yang berlaku kepada etnik Rohingya, China bersikap sebaliknya dengan menyatakan sokongan kepada usaha kerajaan Myanmar "menegakkan keamanan dan kestabilan" di negeri Rakhine.
Jurucakap kementerian luar negaranya Geng Shuang mengeluarkan kenyataan itu ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersedia untuk mengadakan mesyuarat tergempar mengenai krisis itu pada Rabu, sebagaimana dilaporkan agensi berita AFP.
"Kami mengutuk serangan ganas yang berlaku di negeri Rakhine di Myanmar," kata Geng dalam satu taklimat sebagaimana dilaporkan AFP.
"Kami menyokong usaha Myanmar dalam menegakkan keamanan dan kestabilan di negeri Rakhine. Kami berharap agar keadaan dan kehidupan normal di situ akan pulih secepat mungkin," katanya.
"Kami fikir masyarakat antarabangsa harus menyokong usaha Myanmar dalam menjaga kestabilan pembangunan nasionalnya."
Militan Rohingya menyerang pos polis pada akhir Ogos, mencetus tindak balas ketenteraan yang menyebabkan lebih 300,000 umat Islam Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.
Diplomat PBB mengatakan China yang merupakan satu daripada rakan perdagangan utama Myanmar, menentang penglibatan majlis tertinggi PBB dalam menangani krisis.
Tekanan antarabangsa terhadap kerajaan Myanmar semakin meningkat dengan ketua hak asasi PBB Zeid Ra'ad Al Hussein mengatakan keganasan itu seolah-olah menjadi "contoh buku teks pembersihan etnik".

Siasatan FGV, FCI selesai bulan ini, kata SPRM


Siasatan FGV, FCI selesai bulan ini, kata SPRM
FGV dan FIV menjadi sasaran siasatan SPRM selepas timbul dakwaan korupsi dan salah guna kuasa dalam operasi syarikat perladangan negara itu. 
SIASATAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung Felda Global Ventures (FGV) dan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) kini di penghujung dan setelah siap dilengkapkan akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara, pada bulan ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad berkata ketika ini, masih ada lagi beberapa perkara yang perlu diteliti dan dilengkapkan dalam kedua-dua kertas siasatan kes itu sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam untuk tindakan selanjutnya.
"Saya hendak menyatakan bahawa siasatan yang melibatkan FGV dan FIC tinggal sikit lagi serta sudah hampir selesai.
"Maka insya-Allah, kami akan menghantar kertas siasatan bersama beberapa cadangan SPRM kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuat keputusan sama ada kes ini untuk dibawa ke mahkamah atau sebaliknya," katanya.
Beliau berkata demikian pada  sidang akhbar selepas merasmikan kempen pencegahan rasuah pengangkutan awam SPRM bersama Prasarana di stesen LRT Bangsar, hari ini.
Ditanya mengenai cadangan yang akan dikemukan kepada Jabatan Peguam Negara berhubung kes itu, Dzulkifli berkata pihaknya masih belum membuat keputusan kerana siasatan masih belum lengkap.
Beliau berkata SPRM juga belum memutuskan untuk mendakwa mana-mana individu termasuklah membabitkan bekas Pengerusi FGV Isa Samad dan Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Zakaria Arshad.
SPRM memulakan siasatan terhadap FGV pada Jun lepas termasuk memanggil Isa dan Zakaria memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
Sebelum SPRM memulakan siasatan itu, FGV mengalami kemelut dalaman apabila Isa dan Lembaga Pengarahnya mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutifnya Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim untuk bercuti 6 Jun lepas.
Susulan krisis itu, kerajaan melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala sebagai orang tengah bagi mencari penyelesaian kepada krisis itu sebelum melantik Ketua Pengarah di Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri Dr Sulaiman Mahbob sebagai pemangku Pengerusi FGV menggantikan Isa yang meletak jawatan.
Bulan lepas, SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian hotel di Kensington, London, pada 2014 oleh FIC, yang dipercayai dibayar pada kadar jauh lebih tinggi berbanding harga pasaran hingga menyebabkan anak syarikat Felda itu mengalami kerugian jutaan ringgit.

Apa guna pelan tindakan India kalau isu kerakyatan tidak selesai, kata Anwar


Apa guna pelan tindakan India kalau isu kerakyatan tidak selesai, kata Anwar
Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak menunjukkan minat atau kemahuan politik untuk menyelesaikan masalah kerakyatan. 
PELAN Tindakan Masyarakat India Malaysia yang dilancarkan oleh kerajaan Perdana Menteri Najib Razak pada April tidak bermakna apabila isu taraf kerakyatan tidak dapat diselesaikan, kata Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, ramai kaum India berdepan dengan isu tidak mempunyai taraf kerakyatan walaupun kaum lain turut terjejas.
"Kerajaan tidak menunjukkan minat atau kemahuan politik untuk menyelesaikan masalah ini," kata Anwar yang juga ketua umum PKR dalam satu kenyataan hari ini.
"Adalah memalukan kanak-kanak perlu memfailkan tindakan undang-undang dan perlu melalui beberapa siri rayuan mahkamah hanya untuk mendapatkan taraf kerakyatan yang menjadi hak asas mereka."
Mahkamah Persekutuan pada Isnin membenarkan tiga permohonan berasingan ibu bapa kanak-kanak yang lahir di Malaysia tetapi tidak diberikan taraf kerakyatan untuk meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan menafikan pemberian kerakyatan kepada mereka.
Tiga panel hakim Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Hasan Lah, Zainun Ali dan Abu Samah Nordin membenarkan permohonan itu selepas tiada bantahan daripada pihak kerajaan yang diwakili peguam kanan persekutuan Shamsul Bolhassan dan Maisarah Juhari.
Dua peguam itu mewakili Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia yang dinamakan sebagai responden dalam semakan kehakiman keluarga berkenaan.
Rayuan dikemukakan itu menyentuh tujuh persoalan undang-undang yang dibangkitkan berasingan melalui tiga pemohon. Antara persoalan undang-undang itu ialah:
* sama ada rujukan kepada hubungan darah atau keturunan diperlukan mengikut Perlembagaan Persekutuan dalam menentukan kewarganegaraan kanak-kanak terbabit;
* sama ada seseorang anak perlu membuktikan identiti biologi ibu bapanya dan mereka bukan warganegara asing mengikut Perlembagaan Persekutuan; atau
* sama ada memadai bagi seseorang kanak-kanak hanya membuktikan dia tidak mendapat kerakyatan mana-mana negara dalam tempoh satu tahun setelah dilahirkan.
Mahkamah membenarkan permohonan peguam Gopal Sri Ram yang mewakili keluarga bagi dua kes itu untuk satu tarikh pengurusan kes agar semua kes didengar secara bersama.

Jangan berangan; Lawatan ke White House tak akan jejaskan tindakan DOJ


Semua sedia maklum bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri kini berada di Amerika Syarikat bagi lawatan kerjanya selama tiga hari bermula semalam.
Ada yang menyingkap lawatan tersebut sebagai rancangan propaganda Najib untuk mendapatkan sekeping (atau lebih) gambar bersama Presiden AS, Donald J. Trump untuk dijaja di dada-dada media seantero negara, menjelang pilihan raya umum akan datang.
Ia tidak lain dan tidak bukan bagi menunjukkan bahawa saman sivil yang dikeluarkan Jabatan Keadilan AS (DOJ) bagi merampas aset yang dicuri daripada syarikat dana berdaulat negara, 1MDB yang turut dikaitkan dengan Presiden UMNO itu kononnya tidak membawa apa-apa kesan terhadap kempimpinan kleptokratnya.
Malah, ada cakap-cakap yang mendakwa kehadiran Najib di Rumah Putih adalah bagi memujuk Presiden AS paling kontroversi itu untuk menghentikan tindakan terhadap 1MDB dan melibatkan “MO1” – kependekan yang semua sedia maklum merujuk kepada Najib.
Namun, khabar angin tersebut ditepis oleh mantan Duta Besar AS ke Malaysia, John Mallot yang menyifatkan ia sebagai mengarut.
“Jangan percaya. Trump sendiri tidak boleh menghalang siasatan DOJ terhadap dirinya sendiri! Jadi lupakan sajalah angan-angan itu,” tegas Mallot seperti dilaporkan media.
Untuk rekod, orang kanan Trump kini sedang disiasat pihak DOJ atas dakwaan bersubahat dengan Russia dalam mempengaruhi pilihan raya 2016 di negara itu.
Setiausaha Media Rumah Putih, Sarah Huckabee turut menegaskan bahawa siasatan DOJ tidak akan sama sekali terkesan dengan pertemuan dan perbincangan antara Najib dan Trump.
Nampaknya, melalui penegasan ini, Najib dan isteri hanya mampu membawa pulang beberapa keping foto kenangan bersama sosok Trump (atau berbeg-beg hasil berkelintaran di gedung-gedung mewah) tanpa mengetahui nasibnya jika kalah dalam pilihan raya akan datang.
Ternyata, DOJ dan gelaran “MO1” akan terus menghantui pahlawan Bugis dalam mimpi-mimpinya sepanjang jalan menuju PRU akan datang.

Pertemuan Najib-Trump terima publisiti buruk, tidak jejas siasatan DOJ

KUALA LUMPUR, 12 SEPT: Lawatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat (AS) untuk bertemu Presiden Donald Trump mendapat publisiti buruk daripada media antarabangsa.
Pertemuan yang dilihat sebagai usaha membersihkan imejnya ekoran pendedahan Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) terhadap jenayah pengubahan wang haram dalam skandal 1MDB itu, langsung tidak mendapat publisiti positif.
“Segala usaha yang dilakukan untuk menjana gambaran positif dalam lawatan Najib ke Rumah Putih bertemu Presiden Trump nampaknya tenggelam dalam laporan buruk, bukan sahaja di AS tetapi juga seluruh dunia,” kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, dalam kenyataannya hari ini.
Menurutnya, belum pernah lagi berlaku keadaan seperti sekarang di mana Perdana Menteri Malaysia bersungguh-sungguh melabur untuk mendapatkan publisiti untuk lawatannya ke Rumah Putih.
“Tak pernah ada Perdana Menteri Malaysia sepanjang 60 tahun ini berdepan dengan serangan media-media antarabangsa yang telah menimbulkan publisiti buruk di AS dan dunia.
“Kita juga tak pasti adakah Najib mampu menyelamatkan dirinya dan reputasi negara melalui lawatannya ini meskipun kita tahu jentera kempen Najib sudah bersiap sedia untuk memberi gambaran positif terhadap lawatan itu kepada seluruh rakyat Malaysia,” kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu.
Kit Siang turut menyenaraikan beberapa tajuk utama liputan media antarabangsa, menjelang lawatan Najib ke Rumah Putih.
Antaranya termasuklah, Scandal-hit Malaysian leader Najib to visit White House (Japan Times), “Trump to meet scandal-hit Malaysian leader in September” (Reuters), “With Trump meeting, Malaysia’s PM seeks to put 1MDB scandal behind him” (Reuters) dan “Malaysian Leader in Billion-Dollar Scandal Is Invited to White House” (New York Times).
Dalam pada itu, andaian bahawa pertemuan Najib dan Trump itu akan membersihkan Perdana Menteri daripada dikaitkan dengan siasatan DOJ terhadap 1MDB, ternyata tidak tepat.
Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sarah Huckabee Sanders dalam satu sidang medianya berkata siasatan DOJ terhadap skandal 1MDB adalah bebas dan pihaknya tidak akan memberi sebarang komen mengenainya.
Bagi Kit Siang, kunjungan Najib ke AS dan foto-fotonya dengan Trumph tidak akan memberikan  apa-apa kelebihan terhadap segala gelaran kleptokrat yang menghantuinya.
“Malaysia berasa malu apabila gelaran sebagai ‘negara kleptokrasi’ tidak berubah,” katanya lagi.

Insaf akhir usia: Lebih baik lambat daripada...

Oleh Lanh 

MENGENAI pembabitan 'pemimpin lama' yang dulunya bermati-matian mengutuk dan menentang serta memperlekeh pihak lawan dalam gerakan pembangkang sekarang ini, saya tertarik dengan sebuah peribahasa Inggeris yang saya pelajari di sekolah dulu - better late than never (adalah lebih baik lambat daripada tidak pernah). Ada peribahasa Melayu berbunyi 'biar lambat asal selamat', bagaimanapun ia ia tidak terlalu tepat bagi menggambarkan keadaan ini.

Ya, berilah peluang kepada mereka. Dalam Islam pun ada diberitahu hal seumpama ini. Ada sebuah hadis menyebut: "...sesungguhnya salah seorang daripada kalian benar-benar beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antara dirinya dengan syurga hanya satu hasta, lalu dia didahului oleh catatan takdirnya, sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga dia memasukinya. Dan salah seorang di antara kalian benar-benar beramal dengan amalan ahli neraka, hingga jarak antara dirinya dengan neraka hanya sehasta, lalu dia didahului oleh catatan takdirnya, sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga hingga dia memasukinya. (HR Bukhari dan Muslim)

Bijak pandai ada mengungkapkan hidup umpama roda; ada kalanya di atas dan ada kalanya di bawah; seseorang itu ada ketika berada di kedudukan paling tinggi dan ada masanya di tahap paling rendah.
Pemimpin juga mengalami nasib yang sama. Selepas berada di puncak kuasa, akhirnya dia jatuh; mungkin pada ketika kekuasaan berada dalam genggaman dia bertindak kurang rasional tetapi selepas tidak berkuasa, syukurlah dia mulai nampak jalan kebenaran.

Sebagai contoh dulu ada seorang perdana menteri tidak mengacuhkan rayuan rakyat terhadap kekerasan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi selepas tidak lagi berkuasa dipetik sebagai berkata: "ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru dalam melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA.”

Mengapa perdana menteri ini sesudah pencen mengesyorkan kepimpinan sekarang memansuhkan ISA tetapi tidak beliau sendiri melakukannya ketika berkuasa? Beliau ketika berada di puncak roda, bertindak keras ke atas pembantah ISA, malah sejumlah perhimpunan aman anti-ISA disuraikan pasukan keselamatan di bawah arahannya secara zalim. Oleh itu pandangan beliau sebagai tokoh yang tidak lagi berkuasa begitu menghairankan tetapi itulah sikap kebanyakan pemimpin.

Sindrom ‘membuka mata terhadap kebenaran’ ini dialami pemimpin-pemimpin terkemuka dunia.

Mereka bijak bercakap mengenai kemanusiaan, keadilan dan sebagainya, tetapi sayang seribu kali sayang, perkara itu dilakukan apabila mereka tidak lagi berkuasa. Ketika berkuasa mereka bagaikan helang, menyambar mangsa tetapi apabila kuasa sudah sirna, mereka terjelepok kepada kebenaran.

Sebagai contoh, bekas Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter tidak lama dulu dipetik sebagai berkata: “Rakyat awam Palestin kini dilayan seperti binatang seolah-olah mereka telah didapati bersalah kerana melakukan satu jenayah besar. Ini adalah semata-mata kerana mereka telah mengundi calon-calon daripada gerakan Hamas. Amerika kini menjadi kuasa utama bagi menghalang rakyat awam Palestin daripada menikmati hak mereka. Mereka di nafikan sebarang bantuan hatta bagi memenuhi keperluan hidupan harian mereka sendiri."

Mengapa Carter bercakap mengenai penderitaan dan kesengsaraan rakyat Palestin selepas dia tidak lagi berkuasa? Apakah semasa menjadi Presiden Amerika, dia meluangkan masa memikirkan akan rakyat Palestin.

Tiga penjuru, parti mana untung, parti mana rugi?

Terdapat pelbagai andaian mengenai parti mana yang akan 'rugi dan untung' sekiranya pertandingan tiga penjuru berlaku dalam PRU14 nanti.
Bagi penganalisis politik dari Univerisiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib ada pelbagai andaian yang dapat dijangka jika situasi pertandingan sebegitu berlaku.
"Ada syaratnya untuk menyaksikan pertandingan tiga penjuru memberi impak menarik.
"Pertama ianya melibatkan pertandingan antara BN - Pas - Harapan. Jika sesebuah kawasan itu adalah komuniti majoriti Melayu, peluang Umno dan Pas untuk menang adalah seimbang dan mematikan pengaruh Pakatan," katanya kepada Sinar Online.
Sementara itu, jelasnya sekiranya kawasan itu majoriti Cina, maka peluang bagi Pakatan sama ada DAP atau parti yang dianggap proksinya akan mudah untuk menang.
"Ia kawasan selamat bagi Harapan," katanya.
Mengulas lanjut, Md Shukri yang juga merupakan Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa UUM, menegaskan bahawa dengan wujudnya pertandingan tiga penjuru, Pas akan menjadi parti terpenting penentu hala tuju kemenangan sama ada kepada BN atau Pakatan.
"Pas adalah parti yang releven dalam memusnahkan Pakatan," katanya.
Jelasnya lagi, "Paling bermanfaat adalah Pas kerana Pas akan menjadi parti paling manja kerana dibelai dan dipujuk pelbagai pihak,"
"Manfaat akan diperolehi Pas bukan hanya berkisar soal kemenangan di kerusi pilihanraya, tetapi soal kepentingan tokoh-tokoh Pas di dalam politik yang pastinya dilihat lebih 'bernilai tinggi' setanding emas dan berlian," katanya.
Menjelang PRU14 yang mungkin berlangsung pada bila-bila masa dari sekarang, pakatan pembangkang kini dilihat masih buntu untuk menyatakan satu permuafakatan politik bagi mengelak pertembungan pertandingan tiga penjuru sesama mereka.

Setelah 8 tahun dibuang Utusan

Oleh Amran Ahmad Nor   

Bulan ini, lapan tahun yang lalu atau 2009, saya dibuang kerja sebagai wartawan akhbar Utusan Malaysia yang dimiliki oleh Umno.
Alasan penyingkiran tersebut sangat mudah, memfitnah syarikat.

Ia berlaku setelah berita saya selaku pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) cawangan Utusan Melayu bersama-sama beberapa exco kesatuan membuat aduan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tersiar di beberapa media.
Aduan tersebut berkisar keraguan dalam satu urus niaga dalaman syarikat dan meminta SPRM menyiasat pembelian set tiang gol – merangkumi dua tiang dan pagar halangan – yang berharga lebih RM160,000.
Kes dibuang kerja itu masih berada di Mahkamah Perusahaan setelah lapan tahun saya bersama peguam dan para exco NUJ Utusan turun naik mahkamah.

Entah bilalah saya akan mendapat pengadilannya.

Reda dibuang
Namun, saya tetap reda dengan apa yang berlaku lapan tahun yang lalu kerana 'berkat' penyingkiran saya bersama seorang lagi presiden NUJ Hata Wahari yang juga lantang mengkritik akhbar berkenaan, khabarnya perjanjian bersama (CA) terdahulu dimeterai dengan jayanya.

Rata-rata pekerja Utusan gembira setelah mendapat kenaikan sekitar sembilan peratus dalam CA tersebut dengan semua kelebihan lain yang dinikmati pekerja, terutama aspek perubatan, kualiti pekerjaan dan hak-hak lain dikekalkan.
Walaupun bukan saya yang memeterai CA tersebut bagi pihak kesatuan, saya tetap bersyukur kerana 'pengorbanan' saya bersama beberapa exco kesatuan lain membuahkan hasil yang tidak sempat dinikmati oleh saya sendiri.
Sebenarnya, bukan saya seorang yang 'dikorbankan' malah mereka yang dianggap 'konco-konco' saya turut menerima tempias sehingga ada mereka yang tidak tahan dengan dugaan tersebut meletak jawatan.
Pegangan Umno
Apa yang saya belum 'reda' ialah pegangan Umno dalam syarikat akhbar tersebut sejak tahun 1960-an masih terus berlaku walaupun pengurusan terkini NUJ baru-baru ini turut menegaskan keperluan parti itu 'melepaskan' akhbar tersebut daripada terus menjadi lidahnya.
Majlis Tertinggi NUJ pernah berkata, tindakan Umno melepaskan penguasaan saham sekitar 50 peratus yang dimilikinya akan membolehkan pengambil alihan saham oleh pihak lain yang lebih mampu mentadbir Utusan.
Bekas ketua pengarangnya, Tan Sri Zainuddin Maidin turut membidas akhbar yang pernah dipimpinnya itu dengan mendakwa Utusan Malaysia sebenarnya “kebal dengan berita putar belit, bias, fabricated (direka-reka) dan melanggar etika kewartawanan bertamadun”.
Ini terjadi, kata Zainuddin atau popular dengan panggilan Zam, kerana dimiliki oleh Umno.
Bagi saya, Umno perlu melepaskan Utusan pada kadar segera bagi membuktikan surat khabar tersebut bukan lagi akhbar orang kampung semata-mata dan demi kelangsungan kehidupan pekerjanya yang khabarnya kian terhimpit ekoran akibat kelemahan kedudukan kewangannya.
Ekoran propaganda Utusan ke atas pembaca di kampung dan pedalaman, Umno berjaya mengekalkan pengaruhnya tetapi masyarakat bandar yang lebih bermaklumat dan terhimpit ekoran akibat dasar-dasar BN tidak lagi terpedaya dengan beritanya.
Malah, Utusan kian kehilangan pembaca setelah saban hari menyajikan berita-berita yang prokerajaan semata-mata sehingga ke tahap 'menjilat'.
Kewangan tenat

Hadi hidup pada zaman lampau, politik PAS masih kabur

SAYA tekun membaca tulisan terbaharu Abdul Hadi Awang, presiden PAS yang bertajuk “PAS bersama Islam dan Kontrak Sosial”, sebaik menemui tulisannya itu di Facebook beliau. Ia minda presiden PAS, walaupun penulisnya boleh jadi berbeza.
Beliau memulakan tulisannya dengan mengajak kita berundur jauh ke belakang. Itulah cara penulisan beliau sekian lama yang menampakkan kedudukan beliau yang sukar keluar dari zaman silam dan kejadian-kejadiannya. Beliau mendakwa umat Islam dihalang daripada beramal dengan ajaran Islam.
Jika boleh ditanya kepada beliau, saya ingin menyampaikan soalan, siapakah yang kini sedang menghalang PAS daripada melaksanakan Islam sepenuhnya? British? Tunku Abdul Rahman? Dr Mahathir Mohamad atau kerajaan BN yang diperintah oleh Najib?
Jangan kerap menyalahkan Suruhanjaya Reid. Ia sejarah yang sudah lama berlalu. Jika jawapannya DAP dan Pakatan Harapan, saya tiada komen tambahan tentang itu. Cuma saya suka mengungkit satu persoalan, siapa yang menangguhkan buah yang ranum masak 355 daripada dipetik sehingga kini ia jatuh layu ke bumi? Namun ada yang masih cekal melaung: Hidup Islam. Hidup Hadi!
Hadi kerap mengulangi poin lama berkaitan kelemahan Suruhanjaya Reid dalam menyusun perlembagaan. Beliau seorang pemimpin besar di negara ini yang gagal memberikan idea bernas dalam pengurusan negara pada masa kini. Jauh sekali jika diminta memberi pandangan futuristik bersesuaian dengan keperluan akan datang.
Hadi masih hidup pada zaman lampau. Hujahnya kerap diikat dengan peristiwa lampau tanpa melihat secara terperinci dan lumat, permasalahan semasa negara termasuk partinya sendiri.
Hujah keduanya dalam artikel tersebut malah di mana-mana pun, setiap kali bercakap tentang PAS dan politiknya, beliau akan melaungkan Islam memang mampu menangani keperluan semasa kerana Islam itu lengkap dan sempurna.
Sambil beliau memejamkan sebelah mata terhadap kegagalan Kelantan dalam konteks ekonomi dan sosial. Kegagalan Terengganu terus maju bersama Islam kerana lemahnya beliau menjaga sebuah negeri.
Isu negara dan kenegaraan pada hari ini, bukanlah pada ketidakyakinan umat dan kerajaan kepada Islam. Umat Islam sedar tentang kesempurnaan agama ini. Berbeza 30 hingga 50 tahun lampau. Kerana itu saya kira Hadi masih hidup dalam zaman lampau. Zaman beliau mula muncul sebagai pemidato hebat Malaysia.
Kepincangan Malaysia kini adalah pada kegagalan berkaitan nilai dan integriti yang hilang. Korupsi berlaku secara berleluasa. Baik di kalangan yang faham konsep politik Islam mahupun yang cuba menjauhi nilai agama secara sengaja.
Nilai sedemikian, jika tiada pada sebuah kerajaan akan membawa negara ke arah kehancuran, walaupun ada termaktub dalam perlembagaannya sebuah undang-undang Islam yang dirujuk kepada Al-Quran dan Sunnah.
Beliau kemudian mendakwa PAS berjuang secara demokrasi seperti mendakwa hanya dia saja menggunakan komputer dan orang lain tidak tahu malah menolak penggunaan komputer. Untuk pengetahuan Hadi, tiada satu pun parti politik di Malaysia ini menolak sistem demokrasi.
Ia bukan sesuatu yang hebat untuk diperkatakan oleh seorang pemimpin hebat seperti beliau. Barangkali penulis artikel beliau ini terkhilaf dalam perkara ini.
Sampah – label baharu yang digunakan Hadi, ulama dunia yang menetap di Marang terhadap individu tertentu dalam partinya, sama ada yang masih kekal atau sudah keluar. Hadi dan pemimpin nasionalnya sentiasa melihat lawan mereka kecil, rendah, leceh, kebinatangan dalam perumpamaan dan sebagainya. Sombong dengan kekuatan parti walaupun tanpa kerusi.
Konsep kekuatan bagi PAS memang agak unik. Kuat itu dimaksudkan pada kekuatan beribadah, berhujah, beristiqamah, berprogram dan seumpamanya. Tetapi jika masih mendakwa kuat dalam politik dan pengaruh kemasyarakatan walaupun tanpa undi dan kerusi yang signifikan, itu hanyalah dakwaan palsu.

MALAYSIA TIDAK “DIJAJAH” KOMUNIS CHINA SEMBANG LIOW

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini menyelar pihak berkenaan yang mendakwa Malaysia terlalu bergantung kepada pelaburan langsung asing (FDI) dari China.
Tegasnya, Malaysia “tidak dijajah” oleh China menerusi FDI, dan menambah dakwaan itu sekadar manipulasi politik.
Sekalipun FDI dari China meningkat sejak tahun-tahun kebelakangan ini, Tiong Lai tegaskan pelaburan China bukan yang terbesar di negara ini.
“Di Malaysia, China bukan nombor satu. Ia berada di belakang negara lain. Kita ada (pelaburan) Jepun, Amerika Syarikat malah negara-negara Asean.
“Sesetengah pihak menuduh Malaysia dijajah oleh China menerusi FDI, ini tidak benar. Ini manipulasi politik,” katanya kepada pemberita di sini.

PKR anggap PAS masih simpan niat jalinkan kerjasama - Exco Selangor

Elizabeth Wong berkata partinya masih terbuka untuk rundingan termasuk dengan PAS.
Elizabeth-Wong-pas-pkrSHAH ALAM: Syarat PAS terhadap PKR sebelum kedua-dua parti itu boleh bekerjasama, iaitu supaya PKR meninggalkan rakannya DAP dan Amanah, membuktikan parti Islam itu masih menyimpan niat untuk menjalinkan semula kerjasama politik, kata seorang anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.
“Kalau mereka mula cakap macam itu, saya rasa ia agak menarik kerana maksudnya mereka mula fikir mungkin ada peluang (berbincang dengan PKR),” kata Elizabeth Wong.
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari baru-baru ini berkata PAS hanya akan membuka pintu rundingan atau mengadakan kerjasama politik sekiranya PKR meninggalkan Pakatan Harapan (PH), yang menurut PAS di diketuai DAP.
“Pintu rundingan ini dibuka semula dengan syarat PKR meninggalkan DAP dan PAN,” katanya Ahmad Fadhli merujuk singkatan kepada Amanah yang kerap digunakan pemimpin PAS.
PH yang menggabungkan PKR, DAP, Amanah dan PPBM merupakan gabungan politik menggantikan Pakatan Rakyat yang dimansuhkan selepas pertelingkahan PAS-DAP.
Mei lalu, PAS secara rasmi menamatkan kerjasama dengan PKR selepas menuduh parti itu melanggar syarat “tahaluf siyasi”, istilah yang digunakan pemimpin PAS untuk menyifatkan kerjasama politik bersama parti berlainan ideologi.
Elizabeth berkata PKR sebuah parti yang terbuka untuk berbincang dengan mana-mana parti politik termasuk PAS jika mempunyai agenda sama menumbangkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

‘Tak wajar PAS desak PKR keluar HARAPAN’ - Exco Selangor

Tindakan PAS meletakkan syarat supaya PKR keluar daripada Pakatan Harapan sekiranya ingin kedua-dua parti itu terus menjalinkan kerjasama politik, dianggap tidak wajar.
Setiausaha PKR Selangor, Amirudin Shari berkata desakan itu dilihat tidak selari dengan matlamat PKR yang bersikap terbuka dengan semua parti pembangkang selain mahu setiap parti pembangkang membentuk kesatuan yang utuh terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"PKR masih berpegang kepada pandangan bahawa semua parti pembangkang perlu ada kesatuan dan kita juga sedang berusaha ke arah itu.
"Semua orang boleh beri cadangan termasuk PAS, namun kami konsisten dengan pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat PKR) dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) sebelum ini bahawa kesatuan semua pembangkang itu menjadi keutamaan kami," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perbincangan Meja Bulat Belanjawan Selangor 2018 di Shah Alam hari ini.
Beliau mengulas gesaan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari semalam bahawa parti Islam itu hanya akan membuka pintu rundingan dengan PKR sekiranya PKR meninggalkan Pakatan Harapan yang turut dianggotai DAP, iaitu parti yang PAS bertegas menolak menjalin sebarang hubungan politik lagi.
Sebelum ini, Anwar dalam suratnya mengakui bahawa beliau telah mengingatkan pemimpin PKR supaya tidak memutuskan hubungan dengan PAS selagi parti Islam itu bersedia untuk meneruskan perbincangan.
Surat itu dilapor dikeluarkan susulan Majlis Presiden Pakatan Harapan pada awal bulan lepas bersetuju untuk menolak sebarang kerjasama dengan PAS termasuk membabitkan PRU14

Rafizi dakwa lawatan PM ke AS bukan rasmi

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke White House bukan lawatan rasmi ketua kerajaan seperti kelazimannya.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, hujahnya berasaskan bahawa ketiadaan protokol tertentu seperti tidak ada upacara sambutan rasmi yang diadakan semasa ketibaannya.
“Untuk membezakan sama ada sesuatu jemputan dari Presiden Amerika Syarikat itu adalah jemputan berbentuk lawatan rasmi ketua kerajaan atau tidak, kita boleh melihat layanan dan kemudahan yang diberikan.
“Jemputan yang bertaraf lawatan rasmi ketua kerajaan melibatkan, antara lainnya, sambutan rasmi semasa pesawat mendarat, majlis sambutan rasmi di White House dan penginapan yang disediakan di Blair House, iaitu rumah untuk tetamu negara,” katanya pada sesi langsung di Facebook hari ini.
Menurutnya, maklumat yang diterimanya berkata, Najib akan menginap di sebuah hotel milik keluarga Presiden Trump dan segala perbelanjaan tidak ditanggung oleh kerajaan Amerika Syarikat.
"Ini mengesahkan bahawa lawatan beliau bukanlah satu lawatan rasmi ketua kerajaan dan saya merasakan segala perbelanjaan sebenarnya ditanggung oleh rakyat Malaysia," katanya.
Beliau seterusnya memetik maklumat daripada "sumber yang boleh dipercayai" dan mendakwa Najib tidak akan tampil dalam sidang akhbar bersama dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump selepas perjumpaan mereka.
"Maklumat saya mengesahkan bahawa pejabat Presiden Trump menawarkan untuk diadakan satu sidang media bersama selepas perjumpaan dan Najib boleh memilih sama ada sidang media itu membenarkan soalan ditanya wartawan atau tiada soalan dibenarkan.
"Saya dimaklumkan Najib memilih untuk langsung tidak mengadakan sidang media bersama dan hanya satu kenyataan akan diedarkan selepas pertemuan tersebut," katanya.
Malaysiakini tidak boleh mengesahkan secara bebas tuduhan Rafizi itu dan telah menghubungi pejabat Perdana Menteri untuk mendapatkan ulasan lanjut.

Rahsia geng pro-PAS dalam PKR

Kendatipun Azmin Ali berjanji akan menuruti pendirian Majlis Presiden Pakatan Harapan yang memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya yang akan datang, namun rekodnya dalam menepati janji adalah tidak baik.

Contohnya beliau telah membelakangkan perjanjian yang ditandatanganinya dalam pilihan raya negeri Sarawak yang lepas.

Oleh itu, daripada percayakan beliau sepenuhnya, lebih baiknya untuk meneliti tindakan seterusnya.

Malah geng pro-PAS telah menggunakan Anwar Ibrahim sebagai benteng mereka. Anwar yang akan disalahkan sekiranya apa yang tidak diingini berlaku kelak.

Saya amat bersimpati dengan Anwar Ibrahim lantaran kewibawaannya telah dirosakkan oleh geng tersebut.

Saya turut tidak senang hati dengan tindakan isteri dan anak perempuannya yang tidak tegas menegakkan nama baik dan kewibawaan Anwar.
Retorik geng pro-PAS adalah untuk menyatukan segala tenaga dan tidak menolak kawan kepada musuh.

Dulunya saya yang bersifat "too simple, sometimes naive" pun mempercayai retorik sedemikian.

Namun retorik sedemikian adalah ibarat kata-kata cinta yang kononnya romantik tetapi sesungguhnya tidak bolehlah digunapakai langsung.

Apakah yang ingin dibincangkan antara geng pro-PAS dengan PAS? Jawapannya adalah untuk mencapai kata sepakat satu lawan satu.

Abaikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) seketika dan bincangkan berkaitan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang merupakan kawan sejati Pakatan Harapan sejak hari pertama.


Adakah PAS akan berbaik-baik dengan parti ini yang dianggap pemberontak pada mata mereka? Adakah persetujuan satu lawan satu akan memberikan ruang kepada AMANAH?

Berdasarkan sikap PAS sebegini, siapakah yang percaya bahawa parti ini akan bertoleransi dan memberikan kerusi kepada AMANAH?

Oleh itu, apa yang diinginkan oleh geng pro-PAS – boleh dikatakan hampir 99 peratus – adalah supaya semua kerusi yang ditandingi PKR dijamin satu lawan satu dan semua kerusi yang bukan ditandingi mereka menjadi pertempuran terbuka.

(Jangan lupa bahawa PKR pernah ditikam dari belakang oleh Hadi Awang di parlimen Kota Damansara dan menatijahkan kekalahan calon mereka).
Sekiranya telah tercapainya kata persetujuan sedemikian, adakah PAS dikira sebagai kawan atau lawan?

Bezakan kawan, lawan

Bagaimanakah HARAPAN hendak meneruskan percaturan politik sekiranya tidak dapat membezakan antara kawan dengan lawan?

Adakah HARAPAN masih boleh berjuang habis-habisan untuk menumbangkan lawan sekiranya tidak dapat membezakan antara kawan dengan lawan?

Ketika itulah akan wujudnya banyak undi rosak.


Mengapakah Azmin bertegas untuk berbaik-baik dengan PAS walaupun dikritik sejak dahulu lagi? Ramai orang berpendapat PKR takut kalah.

Namun saya tidak berpendapat sedemikian lantaran turut terdapatnya pejuang sejati dalam kalangan parti itu.
Azmin tidak begitu takut hilang tampuk pemerintahan negeri Selangor tetapi beliau takut peranannya sebagai menteri besar menjadi lemah.

RAFIZI RAMLI: BONGKAR TUJUAN SEBENAR NAJIB RAZAK JUMPA TRUMP

Sultan Kedah ke-29: Tunku Sallehuddin

Skandal FGV: 'Sikit lagi' - Datuk Dzulkifli Ahmad

Kita datang bukan untuk minta wang - Najib

Tun M beri keterangan pada RCI forex minggu depan

Malaysia ini bukan hanya orang PAS, bidas Exco Selangor

Jamal bawa tukul besar ke balai

PRU14: PAKATAN HARAPAN JANJI KEMBALIKAN KECEMERLANGAN NEGARA

KUALA LUMPUR – Malaysia hari ini dilihat terlalu perlahan dalam menyuarakan pendirian tegas dalam sesuatu isu antarabangsa yang terjadi kini.
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji akan mengangkat dasar luar negeri sekiranya Harapan memenangi PRU14.
“Satu ketika dulu nama Malaysia begitu gah hingga dilihat sebagai suara dunia ketiga, namun hari ini negara seolah-olah terperangkap di tengah-tengah percaturan geopolitik Amerika dan China.
“Oleh itu, Harapan berjanji akan mengembalikan kecemerlangan Malaysia di pentas antarabangsa  terutama sebagai pemimpin yang mampu mewakili Asean,” katanya ketika sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Tambahnya lagi, beliau turut berkongsi idea-idea yang bakal dibuat oleh Harapan jika memenangi PRU14 kelak.
“Ini termasuklah mengkaji semula kontrak-kontrak yang ditandatangani kerajaan dengan syarikat negara asing khususnya aset-aset strategik negara.
“Mengkaji cara memastikan kedaulatan negara di Laut China Selatan terjamin, serta mengkaji kaedah untuk mendapatkan semula hak negara di Pulau Batu Putih,” katanya lagi.

PRU14: Parlimen Kluang bakal disapu bersih PH


Kamal Ariffin Abdul RahmanGelombang merah yang dibawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  di negeri Johor dijangka akan mengubah corak pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Mahkota dalam Parlimen Kluang yang dijangka akan beralih kepada Pakatan Harapan (PH)  pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Parlimen Kluang mempunyai jumlah keseluruhan 173,464 pengundi itu mempunyai dua Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Mengkibol sejumlah 42,380 dan Mahkota sejumlah 44,352 pengundi pada PRU13 lalu.
Gelombang merah yang dibawa Bersatu khususnya di Dun Mahkota diyakini akan membantu Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Kluang untuk menumbangkan kerusi tunggal milik Umno-Barisan Nasional (BN).
Ini melihat kepada landskap pengundi dalam Parlimen Kluang yang mengalami penyusutan majoriti pada PRU 2013 dan 2008 lalu.
Setiausaha Bersatu Bahagian Kluang Datuk Kamal Ariffin Abdul Rahman, berkata kerusi Dun Mahkota milik Umno-BN dua penggal yang disandang Datuk Md Jais Sarday itu dijangka hanya menang majoriti 1,108 undi dijangka akan beralih kepada PH.
"Sejak gelombang merah bersama PH di negeri ini mengadakan program dapat dilihat kegoyahan pengaruh terhadap Umno-BN semakin meningkat.
"Terutama di Dun Mahkota kerusi Umno rata-rata orang Melayu semakin menunjukkan sokongan terhadap PPBM," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Johor antara negeri yang menjadi sasaran Bersatu dan PH apabila  Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik Pengerusi  Bersatu Negeri  dan Pengerusi  PH Negeri untuk mengetuai pimpinan utama di negeri itu.

Walaupun akan menghadapi pertandingan tiga penjuru, Kamal Ariffin menyakini kerusi Dun Mahkota akan berubah kepada PH. " Kita (Bersatu) bukan gelombang seperti sebuah parti reformasi dan kita juga bukan sebagai sebuah parti demontrasi.
'Kita adalah pengolahan dan pembaikan apa yang telah berlaku hari ini dan kita cuba memperbaiki keadaan tersebut supaya kita orang Melayu menjadi dominan kepada kuasa akan datang.
'Ia bukan bermakna kita mahu jadi 'ketuanan' selamanya kerana kita ada kuasa dalam politik.
"Tetapi dalam politik ia memerlukan 'kuasa yang besar' dalam pemerintah sesebuah negara. Tidak ada satu pun negara yang boleh kekal lama jika parti tidak berkuasa.

PRU14: PAS mudahkan kerja BN

Pengerusi Pakatan Harapan berkata PAS meletakkan syarat yang akan memecahkan dan mengurangkan undi kepada pembangkang.
mahathir-pasbn2Tun Dr Mahathir hari ini menuduh PAS memudahkan kemenangan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila parti Islam itu enggan mengelak dari pertandingan 3 penjuru pada pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi Pakatan Harapan tu berkata semasa parti Islam itu dijemput bekerjasama dengan gabungan pembangkang, PAS meletakkan syarat yang akan memecahkan dan mengurangkan undi kepada PH.
Tanpa menyatakan apakah syarat tersebut, Dr Mahathir berkata PAS lebih fikirkan mengenai permusuhannya dengan Amanah dan DAP daripada menumbangkan kerajaan BN, walaupun akibatnya parti Islam akan menanggung kerugian dalam pertandingan antara mereka dan 2 gabungan politik itu.
“Bagi PAS yang penting bukan bangsa, agama dan tanahair; yang diutamakan bukan pun penyingkiran Kerajaan kleptokrat Najib,” kata Dr Mahathir, 92, di blognya hari ini.
“Yang jelas ialah jika PAS bertanding dalam PRU 14 berlawan dengan BN dan Pakatan Harapan maka undi orang Melayu akan terbahagi 3.
“Dalam keadaan ini undi bagi PAS, walau pun kecil tetapi berkesan mengurangkan undi kepada PH sehingga kemenangan tetap akan diperolehi oleh Dato Sri Najib dan BN,” katanya.
Bekas perdana menteri itu menambah PAS hanya akan memainkan peranan sebagai pengacau kepada pembangkang di kebanyakan kerusi yang ditandinginya.
Beliau berkata niat parti itu untuk bertanding di semua kerusi Parlimen yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum lepas pada Mei 2013 akan menyakskan PAS kehilangan lebih banyak kerusi pada PRU14 berbanding sebelum ini.
Beliau berkata parti Islam itu tidak akan dapat meraih sokongan pengundi Cina, India dan pro-DAP sepertimana pada pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.
“PAS tentu tahu kemenangannya di pantai barat (Malaysia Barat) dalam PRU-12 dan 13 disebabkan sokongan oleh DAP dan kaum Cina,” katanya.
Beliau berkata PAS mesti sedar tanpa sokongan seperti itu, mereka akan tewas pertandingan 1 lawan 1 menentang BN di negeri-negeri pantai barat.
“Tanpa sokongan DAP, PAS biasanya kalah di pantai barat di mana jumlah pengundi Melayu tidak sebesar di pantai timur.”
Beliau berkata PAS memenangi bilangan kerusi Parlimen dalam 2 pilihan raya lepas kerana kerjasama politik dengan DAP, atau dalam istilah Arab, tahaluf siyasi.

Siasatan DoJ tiada kaitan politik, kata White House

Jurucakap presiden AS berkata pertemuan Donald Trump dan Najib Razak akan tertumpu kepada isu hubungan ekonomi, keganasan dan keamanan serantau.
trump-najib-doj
 Pentadbiran Amerika Syarikat hari ini mengelak daripada menjawab sama ada isu siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) melibatkan 1MDB akan disentuh oleh Presiden Donald Trump ketika bertemu Datuk Seri Najib Razak di White House hari ini.
Ini kerana, kata jurucakap White House Sarah Sanders, siasatan DoJ masih berjalan.
“Kami tidak akan mengulas berkenaan siasatan yang masih dijalankan Jabatan Kehakiman, dan siasatan itu tidak bersifat politik dan sudah tentu tiada kaitan dengan apa-apa yang akan berlaku esok,” katanya menjawab soalan wartawan di White House.
Najib tiba di AS semalam dan dijangka berkunjung ke White House hari ini bertemu Trump.
Pertemuan itu berlaku di sebalik tindakan DoJ berusaha merampas aset mewah dan harta yang didakwa menggunakan dana yang dicuri daripada syarikat milik kerajaan Malaysia 1MDB yang ditubuhkan Najib.
DoJ yang kini menjalankan siasatan jenayah melibatkan 1MDB, sebelum ini memfailkan saman sivil untuk merampas sejumlah aset bernilai AS$1.7 bilion yang menurutnya dibeli menggunakan dana dilarikan daripada 1MDB.
Ia mendakwa daripada 2009 sehingga 2015, berbilion dolar kepunyaan 1MDB dilencongkan pegawai tinggi tabung itu dan rakan mereka, dan antara yang dinamakan adalah ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho, anak tiri Najib, Riza Aziz dan beberapa pegawai tinggi lain. Najib tidak dinamakan dalam siasatan itu walaupun DoJ kerap menyebut “Malaysian Official 1” (MO1) beberapa kali.
Sanders berkata hubungan Malaysia dan AS berdasarkan kepentingan bersama ekonomi dan keselamatan.
Menurutnya, Trump antara lain akan menyentuh isu keganasan.
“Presiden berharap dapat berbincang pelbagai isu serantau dan isu keselamatan dengan perdana menteri dan berbincang bagaimana kerjasama melawan keganasan dapat dipertingkatkan, menghalang IS, menangani Korea Utara dan tindakannya, dan memastikan keamanan di Laut China Selatan,” kata Sanders yang enggan mengulas lanjut.

Sultan Kedah dalam kenangan

Belasungkawa kemangkatan Sultan Kedah