Isnin, 11 September 2017

Isu ROS: Harapan buat surat minta jumpa menteri

Isu ROS: Harapan buat surat minta jumpa menteri KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan akan membuat surat permintaan untuk berjumpa dengan menteri terlibat berkaitan isu Pejabat Pendaftar (ROS) parti tersebut.
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan tersebut dibuat selepas pihak mereka tidak mendapat apa-apa maklumat berkaitan kelulusan perlembagaan parti berkenaan.
"Setakat ini tak dapat apa-apa maklumat untuk luluskan draf perlembagaan dan juga permohonan logo atau simbol bagi Harapan.
"Justeru, kami akan minta untuk jumpa dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan maklumat sama ada terdapat apa-apa kemusykilan mengenai perlembagaan parti ini,"katanya ketika sidang media Majlis Presiden Harapan, hari ini.
Terdahulu, ROS menolak logo dan simbol harapan kerana logo tersebut tidak mempunyai perkataan Pakatan.
Tambah Mahathir lagi, pihaknya sedia membuat pindaan jika perlu.
"Kami yakin menteri tersebut yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri akan beri peluang pada kami untuk kemukakan pandangan.
"Kami juga terbuka untuk mendengar pendapat dan sebab kelulusan belum diberikan pada permohonan kami,"tambahnya.

Bila agaknya Najib akan bubar parlimen?

Kita semua sudah tidak boleh bersabar lagi. Sejak selesai hari raya haji, semua orang sudah letih bertanya, ‘bila agaknya pilihanraya?’
Mungkinkah pilihanraya bakal berlangsung tahun ini? Adakah Najib akan menanti sehingga luput tempoh mandat Dewan Rakyat tahun depan? Adakah Pakatan Harapan betul-betul sanggup mengambil-alih kerajaan?
Saya menjangkakan pilihanraya akan berlangsung tahun ini. Lebih spesifik lagi, Parlimen akan dibubar dalam bulan November, dengan tempoh kempen mencecah awal Disember. Pilihanraya akan berlangsung sebelum bermula musim tengkujuh.
Berikut saya ketengahkan beberapa sebab dan alasan bagi menyokong bacaan politik ini.
Hutang IPIC
Hujah pertama berkait pembayaran hutang kepada IPIC berjumlah RM5.16 bilion (US$1.2 bilion) oleh Kerajaan Malaysia.
Kita semua sedia maklum tentang keputusan timbangtara di London antara syarikat International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi dan syarikat pelaburan milik Kementerian Kewangan, 1MDB.
Bayaran berjumlah RM5.16 bilion tersebut telah dibahagi dua. Bayaran pertama sepatutnya dibuat pada 31 Julai lalu. Bayaran kedua pula, sebanyak RM2.58 bilion, perlu dilangsaikan pada akhir tahun ini.
Bayaran pertama tidak menepati waktu sehinggakan IPIC memberi tempoh lanjutan sehingga hujung Ogos, setelah terlebih dahulu memberi tempoh lima hari daripada tarikh luput asal 31 Julai.
Menurut 1MDB, kelewatan bayaran tersebut adalah kerana “1MDB masih lagi menunggu dana yang sepatutnya diterima pada Julai 2017. Berikutan keperluan mendapatkan kelulusan kawal selia tambahan (‘additional regulatory approvals’), penerimaan dana itu ditangguhkan kepada Ogos, 2017.”
Tiga hari selepas kerajaan Abu Dhabi memberikan tempoh lanjutan sehingga hujung Ogos, 1MDB membayar IPIC sebanyak US$350 juta pada 11 Ogos.
Kebetulan, pada 9 Ogos, projek East Coast Rail Link (ECRL) dilancarkan di Kuantan. Ini mencetuskan spekulasi oleh ramai pihak bahawa ‘dana yang sepatutnya diterima pada Julai 2017’ seperti yang dinyatakan 1MDB di atas, datang daripada cukong-cukong ECRL, dari Tanah Besar China.
Sekiranya benar, maka pastinya cukong-cukong yang sama akan menyalurkan baki yang perlu dibayar 1MDB pada Disember nanti. Ia akan perlu membayar, jika ia tidak mahu pelaburan ECRL hangus begitu sahaja. Namun cukong-cukong ini juga pastinya memerlukan jaminan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kekal berada di takhta Putrajaya.
Najib Razak mesti mengadakan pilihanraya sebelum cukong ECRL boleh membantu melangsaikan bayaran kedua IPIC Disember nanti. Najib Razak perlu kekal sebagai Perdana Menteri, kerana projek ECRL pastinya akan dibakulsampahkan sekiranya kerajaan bertukar tangan.
Pertemuan dengan Trump
Hujah kedua adalah berkaitan pertemuan Najib Razak dengan presiden berkulit jingga pertama Amerika Syarikat, Donald Trump, satu dua hari lagi.
Tidak susah untuk kita meneka tujuan pertemuan Najib dan Trump. Secara geo-politiknya, ada banyak jangkaan dan teori yang boleh kita layan. Tetapi dari segi politik Malaysia, pertemuan Najib dan Trump hanyalah untuk sekeping gambar.
Najib malah tidak perlu duduk minum kopi lama-lama, atau bermain golf seharian bersama sang presiden. Cukup sekadar keduanya bertemu di koridor Rumah Putih, berjabat tangan, senyum untuk beberapa saat, bertanya khabar; ‘Dah makan belum? Isteri sihat?’ dan kemudian pulang ke rumah masing-masing.

Jom ‘berkampung’ di Padang Timur 14 Oktober


PETALING JAYA, 11 SEPT: Rakyat Malaysia diseru menzahirkan kecintaan kepada negara dengan menyertai Himpunan Rakyat “Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi” yang diadakan 14 Oktober hadapan.
“Rakyat harus bangkit tuntut semula hak dan duit mereka,” kata Pengerusi Mobilisasi Pakatan Harapan (HARAPAN), Mohamad Sabu dalam sidang medianya hari ini.
Menurut Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu, penyelewengan wang 1MDB yang mencecah lebih RM19.3 bilion telah membawa kerugian besar kepada rakyat dan negara.
“Jika tiada skandal 1MDB, dengan duit sedemikian, sebenarnya, kerajaan boleh membina 100 buah hospital baru terutamanya di kawasan luar bandar,” katanya.
Dengan jumlah itu juga, kerajaan juga boleh membina 460,000 rumah kos rendah yang baru manakala seramai 166,000 Ibu tunggal seluruh negara boleh menerima bantuan RM1,500 selama 7 tahun.
“Setiap orang daripada 112,500 peneroka Felda pula boleh mendapat bonus RM172,000. Biasiswa kepada pelajar miskin boleh dihidupkan semula,” kata Mohamad.
Sehubungan itu, Himpunan Rakyat “Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi” menyenaraikan empat tuntutan utamanya iaitu:
  1. Kerajaan Bersih, Rakyat Bermaruah Tanpa Rasuah
  2. Calon-calon bebas Rasuah
  3. Dakwa geng Najib, Riza Aziz dan Jho Low
  4. Rampas Harta Rasuah, bina sekolah dan hospital.
Kata Mohamad, amalan rasuah kerajaan pimpinan Najib telah meletakkan kedudukannya setara dengan pemimpin korup Ferdinand Marcos (Filipina), Hosni Mubarak (Mesir) dan Ben Ali (Tunisia).
Kelemahan ekonomi negara telah menyebabkan Najib terpaksa melaksanakan GST, menjual aset strategik negara, khususnya stesen janakuasa elektrik, tanah strategik dan perlabuhan strategik kepada negara China, katanya lagi.
Tindakan Najib mengadakan pertemuan dengan Presiden China, Xi JinPing pada bulan Mei lalu pula bertujuan meminta bantuan kewangan China demi menyelamatkan pentadbiran BN.
Manakala pertemuannya dengan Presiden Amerika, Donald Trump yang dijadualkan esok hanya untuk membersihkan imejnya yang tercalar teruk akibat pendakwaan penyelewengan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.
Timbalan Ketua Penyelaras himpunan, Howard Lee ketika ditemui Roketkini berkata, himpunan yang akan diadakan itu bersifat positif dengan pelbagai acara menarik

Wanita turun jalan raya kemuka 3 tuntutan politik bersih

KUALA LUMPUR, 11 SEPT: Kejayaan himpunan wanita bantah politik toksik di ibu negara semalam mencerminkan komitmen tinggi pemimpin politik, pertubuhan bukan kerajaan dan individu wanita negara ini menuntut politik bersih.
Bermula sekitar jam 5.30 petang, peserta yang rata-ratanya berbaju ungu mula memenuhi lokasi berarak dari Maju Junction menuju Sogo diketuai Tun Siti Hasmah Mohd Ali dan penganjur.

Tiga pendirian dan tuntutan disuarakan wanita dalam perhimpunan ini ialah:
1)   Bantahan terhadap politik toksik yang makin berleluasa.
2)   Membantah perlakuan berunsur ganas, perbuatan ancaman terhadap individu dan sikap berunsur rasis serta seksis.
3)   Wanita juga menyatakan pendirian sebulat suara menolak calon dari mana-mana parti yang menggunakan keganasan dan juga politik toksik.
Dalam ucapannya, Tun Siti Hasmah menzahirkan kebimbangan seseorang itu boleh dikasari meskipun hanya menyatakan pandangan.
“Sebab itu kita wanita membantah sekeras-kerasnya politik toksik sebelum toksik itu masuk ke dalam badan kita dan menjadi toksinnya, baiklah kita cegah,” katanya.
Ia turut mendapat dukungan pemimpin wanita HARAPAN menyaksikan kehadiran Ketua Wanita DAP, Chong Eng; Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah; Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, wakil AMANAH dan ramai lagi.
Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok dalam ucapannya menzahirkan rasa kesal dan bimbang terhadap tindak-tanduk politik toksik yang semakin berleluasa dengan memberi contoh insiden samseng yang berlaku di pejabat sebuah akhbar tamil baru-baru ini.
“Ini semua juga adalah politik toksik. Tiba masanya, kita tidak mahu ia berlaku lagi. Saya amat gembira melihat ramai  kaum lelaki datang bersama kita untuk purple walk ini.
“Saya berharap bagi yang hadir hari ini boleh membangkitkan kesedaran kepada lebih ramai lagi untuk membantah politik toksik supaya politik negara kita bersih,” katanya.

Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah dalam ucapannya menyeru golongan wanita berjuang menentang demi masa depan negara dengan menolak politik toksik.
“Wanita adalah ibu, kita tahu bagaimana nak mendidik anak. Sebagaimana perasaan seorang ibu, negara ini adalah sepertimana kita nak didik anak kita, kita mahukan masa depan yang lebih gemilang,” katanya.
Ketua Wanita DAP, Chong Eng menyeru golongan wanita negara ini memainkan peranan aktif menjadi pendesak sebarang dasar dan keputusan kerajaan yang meminggirkan wanita.

Mengapa PAS mustahil rampas Selangor? Ini jawapannya

KUALA LUMPUR, 11 SEPT: Mustahil untuk PAS merampas pentadbiran kerajaan negeri Selangor daripada Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Malah, menurut Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, PAS juga perlu melupakan angan-angan untuk mentadbir kembali Kelantan dan merampas Terengganu, Pahang serta Kedah.
Ini kerana, PAS yang kini bersendirian, katanya, memenangi banyak kerusi dalam tiga PRU terdahulu disebabkan oleh kerjasama yang terjalin antara PKR dan DAP.
“Jika disemak semula sejarah pilihan raya PAS di Selangor sejak PRU 1959, kita akan dapati PAS mencapai keputusan yang terbaik sewaktu bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam PRU 1999, 2008 dan 2013.
“Ketika itu PAS memenangi empat, lapan dan 15 belas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dalam setiap PRU terbabit.
“Namun, dalam sembilan PRU daripada 1959 hingga 2004, PAS di Selangor tidak memenangi sebarang kerusi pun,” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini.
Justeru, katanya, adalah mustahil untuk PAS menawan kelima-lima negeri berkenaan seperti yang diyakini presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Tiada sebarang kemungkinan PAS menangi Terengganu, Kedah, Pahang dan Selangor walaupun pertanyaan masih terbuka sama ada PAS akan hilang kuasa di Kelantan yang telah dimenanginya dalam enam PRU berturut-turut sejak 1999,” katanya.
Bagaimanapun, kata Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, HARAPAN Selangor tetap perlu bersedia bagi menghadapi pertandingan tiga penjuru yang melibatkan PAS.
“Ini mungkin kedengaran tidak masuk akal, tetapi, empat parti komponen HARAPAN di Selangor perlu bersiap sedia dan bertahan untuk memenangi setiap kerusi yang berpotensi untuk menang di Selangor supaya negeri itu ditadbir 100 peratus oleh HARAPAN selepas PRU-14,” ujarnya.

100,000 sertai demo anti kleptokrat, sasar HARAPAN

BERSATU mahu Tun M tanding PRU14, kata sumber

Menang PRU, HARAPAN nilai semula kontrak dengan syarikat asing

AMANAH tangguh konvensyen - Abg Mat

Mat Sabu nak rampas kuasa daripada ‘orang gila’

Skandal FGV: Saya ke Menara Felda untuk siasatan dalaman, kata Zakaria


Saya ke Menara Felda untuk siasatan dalaman, kata Zakaria
Zakaria Arshad berkata beliau yakin dengan pelantikan Azhar Abdul Hamid sebagai Presiden FGV akan membawa perspektif baharu dan positif kepada lembaga pengarah dan pengurusan syarikat berkenaan. 
PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Zakaria Arshad hadir ke Menara Felda di Kuala Lumpur hari ini untuk menghadiri siasatan dalaman.
"Saya ke Menara Felda untuk menghadiri siasatan dalaman.
"Hari ini merupakan hari akhir (siasatan dalaman)," kata Zakaria kepada The Malaysian Insight.
Apabila ditanya apakah beliau akan kembali meneruskan tugas sebagai presiden dan CEO FGV beliau berkata: "Itu kena tunggu keputusan lembaga pengarah  FGV."
Zakaria digantung tugas sejak 6 Jun lalu bersama Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha sementara menunggu siasatan berhubung tunggakan bayaran sebuah syarikat kepada FGV.
Bernama melaporkan Zakaria dilihat berada di Menara Felda hari ini.
Beliau tiba kira-kira dua jam selepas bermulanya mesyuarat pengurusan yang dipengerusikan oleh pengerusi yang baru dilantik Azhar Abdul Hamid.
Bagaimanapun, Zakaria berkata beliau bukan menghadiri mesyuarat itu tetapi ada perkara lain yang perlu beliau uruskan.
Bernama baru-baru ini melaporkan Azhar berkata beliau berhasrat untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan jawatan ketua pegawai eksekutif secepat mungkin, dan akan melakukan yang terbaik untuk memulihkan FGV, selain menokok nilai kepada syarikat pertanian dan agro-komoditi dunia itu.

SETELAH DENGAN CHINA BANYAK DISERAH, APAKAH KEPADA AMERIKA PULA KITA MENYERAH?

Najib Razak ketika ini sudah pun berada di Amerika Syarikat untuk memenuhi jemputan Rumah Putih bagi bertemu Donald Trump.
Beliau dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Presiden AS itu pada esok, 12 September.
Kunjungan Najib ke Amerika berlaku di ketika hubungan Malaysia dengan negara itu berubah menjadi “suam-suam kuku” berikutan saman sivil DOJ untuk merampas pelbagai aset berkaitan dana 1MDB yang diselewengkan yang kini  sudah pun melebar kepada siasatan jenayah.
Seketika ini, DOJ memutuskan untuk menangguhkan buat sementara, bukan menghentikan, diulang sekali lagi, bukan menghentikan, saman sivilnya bagi memberi laluan kepada siasatan jenayah dijalankan terlebih dahulu.
DOJ berpendapat, jika saman sivil itu diteruskan ia akan memberi kesan terhadap kemampuannya dalam menjalankan siasatan jenayah yang dianggap perlu didahulukan.
Meskipun Najib sebelum ini mempunyai hubungan akrab dengan Amerika dan kerap mengunjungi negara tersebut di era awal pemerintahannya, malah ketika banjir di Pantai Timur pun beliau dilihat bermain golf bersama Obama di Hawaii, tindakan DOJ menyebabkan hubungan itu bertukar dingin.
Sementara Najib, kali terakhir mengunjungi Amerika pada 2015, saman sivil dan kemudian siasatan jenayah DOJ berkaitan dana 1MDB telah dianggap oleh segala jentera propaganda UMNO dan kerajaan sebagai suatu bentuk campurtangan asing terhadap Malaysia.
Dengan pantas Amerika kini dikatakan berniat jahat, ingin menjatuhkan kerajaan dan melakukan campurtangan seperti yang pernah dilakukannya kepada banyak negara Timur Tengah sebelum ini.
Berikutan hubungan dingin dengan Amerika itu, Najib dengan segera mengubah haluan kiblat politiknya kepada China. Sama seperti Amerika yang kerap dilawatinya pada awal-awal tahun pemerintahannya, setelah beralih kepada China, beliau juga menunjukkan keakrabannya dengan selalu melawat negara tersebut sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Lebih dari itu, sebagai isyarat halusnya kepada Amerika yang mahu menyita harta-harta Riza Aziz yang turut dikaitkan dengan pelencongan dana 1MDB yang sedang disiasat DOJ, Najib tanpa segan-segan telah membawa sama anak tirinya itu dalam salah satu lawatannya ke China.
Sejak berbaik dan bermesra-mesraan dengan China, sesuai dengan kedudukannya sebagai kuasa baru ekonomi dunia, di samping Najib sendiri diketahui oleh negara tersebut sedang terjepit untuk menyelesaikan hutang-hutang 1MDB, banyak projek akhirnya diserahkan kepada negara tersebut.
Pembinaan landasan keretapi Pantai Timur atau ECRL, pembelian kapal peronda, janakuasa Edra, membesarkan dan membina pelabuhan baru, pembangunan Bandar Malaysia, tanah-tanah, lesen bank serta sederetan projek lain yang bernilai ratusan bilion dalam sekelip mata menjadi milik kontraktor dan syarikat-syarikat besar China.
Najib kemudiannya dengan bangga mengatakan pelaburan daripada China itu adalah untuk kemakmuran masa depan negara, meskipun hakikatnya, ECRL sebagai contoh, ia bukanlah pelaburan, tetapi suatu bentuk hutang yang diberikan dan terpaksa dibayar balik dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Hubungan dengan China, walaubagaimanapun masih menjadikan Najib tersepit dengan tindakan DOJ di Amerika. Berbaik dengan China mungkin memberi keselesaan kepadanya untuk mengurangkan hutang-hutang 1MDB, tetapi tidak melepaskannya daripada ketakutan berhubung saman sivil dan siasatan jenayah berkaitan 1MDB.
Barangkali yang turut membimbangkan Najib ialah sekiranya Jho Low tiba-tiba bekerjasama dengan DOJ, baik dalam siasatan jenayah atau pun saman sivil dan mengatakan beliau melakukan segala-galanya dalam 1MDB semata-mata kerana mengikut arahan saja.
Sebab itu, jemputan Rumah Putih untuk bertemu dengan Trump pada 12 September ini, mungkin antaranya adalah hasil kerja pelobi daripada syarikat bekas pembantu Trumph yang didedahkan bahawa Malaysia telah membayarnya lebih RM1 juta atau AS$250 ribu pada Mei lalu, merupakan peluang keemasan yang tidak mungkin dilepaskan oleh Najib.
Walaupun mungkin isu perdagangan, mengukuhkan kerjasama, keselamatan serantau khususnya ancaman senjata nuklear Korea Utara dan tidak terkecuali Rohingya akan dibangkitkan, adalah mustahil juga jika Najib tidak turut menyentuh isu berkaitan DOJ dalam pertemuannya dengan Trump itu.
Mahu tidak mahu, harus diakui, isu DOJ adalah antara penentu hidup mati masa depan Najib, terutama sebelum PRU 14 akan datang. Jika sesuatu dapat dilakukan, misalnya tindakan DOJ itu dilengah-lengahkan atau dilambatkan, sambil Najib dapat menunjukkan kemesraannya bersalam dan berselfie dengan Trump, gambar-gambarnya yang tersebar luas itu akan dijadikan isyarat bahawa Perdana Menteri bukanlah buruan sebagaimana yang digembar-gemburkan sebelum ini.
Ia tentunya amat berguna untuk Najib dan segala mesin propagandanya untuk mendepani PRU 14 yang paling mencabar baginya.
Tetapi, dalam masa yang sama, Trumph melalui kesediaannya  bertemu Najib, beliau tetap ada agenda Amerikanya iaitu untuk terus menjadi negara paling berkuasa.

Belasungkawa - mangkatnya sultan kesayangan rakyat

Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, mangkat hari ini pada usia 89 tahun, setelah memerintah Kedah selama 59 tahun.
Sultan berjiwa rakyat ini menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.30 petang, di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
Almarhum baginda begitu disenangi oleh semua, kerana cukup dikenali dengan perwatakan baik, pertuturan lembut dan merendah diri yang menjadikan baginda kesayangan rakyat Kedah.
Almarhum baginda yang kembali menaungi negeri setelah bersemayam di takhta pemerintahan negara selama lima tahun pada 12 Dis 2016, melakar sejarah tersendiri apabila ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, Ketua Negara Malaysia, sebanyak dua kali.
Pelantikan pertama ialah sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 21 Sept 1970 untuk tempoh lima tahun hingga 20 Sept 1975.
Tiga puluh enam tahun kemudian, Almarhum baginda dilantik pula sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 mulai 13 Dis 2011 hingga 12 Dis 2016.
Pemilihan Almarhum Sultan Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dianggap istimewa kerana kitaran masa bagi seseorang Raja naik takhta sebagai Ketua Negara melalui sistem penggiliran Majlis Raja-Raja yang unik di dunia, mengambil masa panjang.
Diputerakan pada 28 Nov 1927, di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Almarhum baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Titian Gajah sebelum menyambung pelajaran di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.
Almarhum baginda melanjutkan pengajian di Wadham College, Oxford, London pada 1952 dalam jurusan Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam sebelum kembali ke tanah air setelah menamatkan pengajian pada 1955.
Almarhum Sultan Abdul Halim dilantik sebagai Raja Muda Kedah sewaktu di United Kingdom pada 6 Ogos 1949 dan menaiki takhta pada 14 Julai 1958 berikutan kemangkatan ayahanda Almarhum baginda, Almarhum Sultan Badlishah dan ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Kedah pada 20 Feb 1959.
Almarhum baginda berkahwin dengan Almarhum Tuanku Bahiyah Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan kemudian menikahi Sultanah Haminah Hamidun.
Perkahwinan Almarhum baginda dengan Tuanku Bahiyah dikurniakan tiga puteri, Tengku Soraya (1961) Almarhum Tengku Sarina (diputerikan pada 1961 dan mangkat pada 1991) dan Tengku Intan Safinaz (1967).
Berikutan kemangkatan Tuanku Bahiyah pada 27 Ogos 2003, Sultanah Haminah dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah pada 9 Jan 2004.
Almarhum Sultan Abdul Halim yang merupakan pencinta alam semula jadi, mempunyai sebuah zoo mini yang menempatkan pelbagai jenis burung dan binatang, termasuk kuda, kijang, landak, anak buaya tembaga, monyet dan arnab.
Walaupun sibuk dengan pelbagai urusan pemerintahan, Almarhum baginda masih ada masa untuk aktif dalam sukan kegemarannya - golf, selain turut meminati sukan bola sepak dan memberi perhatian serius terhadap perkembangan pasukan negeri Kedah dan pasukan negara.
Kemangkatan Sultan Abdul Halim pastinya amat dirasai dan jasa Almarhum baginda selama memayungi negeri Kedah tetap dikenang dan disanjung tinggi oleh seluruh lapisan rakyat jelata.
Alfatihah.

Menang PRU, HARAPAN nilai semula kontrak dengan syarikat asing

Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini mengisytiharkan akan menilai semula kontrak yang dimeterai negara dengan syarikat asing, jika berjaya memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia terutama bagi kontrak yang melibatkan aset strategik negara.
Ketika ditanya adakah beliau merujuk pelaburan oleh China, Mahathir berkata apa sahaja kontrak yang tidak mendatangkan manfaat kepada negara akan dinilai semula.
"Saya percaya China sendiri sudah membatalkan kontrak yang berat sebelah (bagi pihaknya), dan negara lain juga ada hak untuk membuat penilaian semula," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden HARAPAN di ibu pejabat Parti Amanah Negara hari ini.

Protes Harga Minyak: 'Siapa tak hon, dia sokong BN'

Walaupun protes kenaikan harga minyak oleh Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini dibatalkan di ibu kota, ia tetap diteruskan di Kota Bharu, Kelantan, petang tadi.
Diketuai Ketua Pemuda AMANAH kelantan Hazmi Hassan, kira-kira 30 peserta berkumpul di Persimpangan Telipot dan mempamerkan plakad kepada pengguna jalan raya di sana.
Protes disambut baik sebahagian pengguna jalan raya yang 'menghadiahkan' hon ketika melintasi lokasi tersebut.
"Terima kasih, terima kasih kerajaan BN," mereka menyanyi secara spontan.
Protes tersebut berjalan lancar dengan diawasi kira-kira 30 anggota polis.
Hazmi ketika ditemui berkata, protes tersebut untuk menunjukkan betapa tindakan kerajaan menaikkan harga minyak selama 10 minggu berturut-turut tidak wajar sama sekali.
Katanya, protes itu juga untuk mendesak kerajaan agar mengkaji semula kenaikan yang dibuat apatah lagi di saat harga minyak global sedang menurun.
"Protes hari ini menyaksikan ramai pengguna motosikal dan kereta memberi respon yang baik.
"Siapa yang tak hon dia sokong minyak naik, sokong BN," katanya kepada Malaysiakini.
Harga runcit RON95 dan RON97 untuk minggu ini naik 4 sen kepada RM2.20 seliter dan RM2.48 seliter, manakala diesel naik 1 sen kepada RM2.05. Ia kenaikan untuk minggu kesepuluh sejak 6 Julai lalu.

PH lantik naib presiden baharu wakili India, Sabah

M Kulasegaran dari DAP dan Christina Liew dari PKR diumum naib presiden gabungan pembangkang itu.
PH-lantik-naib-presidenKUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini mengumumkan pelantikan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP M Kulasegaran dan Pengerusi PKR Sabah Christina Liew sebagai naib presiden, bagi memastikan masyarakat India dan rakyat Sabah diwakili dalam gabungan pembangkang itu.
Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pelantikan itu pada satu sidang media di Wisma Amanah hari ini. Turut hadir Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Lim Guan Eng.
“Majlis Presiden PH adakan mesyuarat panjang lebar dan diantara keputusannya adalah jawatan dalam majlis presiden supaya kita dapat wakili semua di Malaysia,” katanya.
Gabungan ini mempunyai 6 naib presiden termasuk Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.
Bulan lalu, aktivis terkenal Datuk S Ambiga menegur gabungan itu kerana ketiadaan wakil India dalam gabungan itu. Beliau berkata barisan kepimpinan gabungan itu perlu mencerminkan kesungguhan mereka untuk menarik sokongan pelbagai kaum.
Pakatan Harapan juga mengumumkan pelantikan Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Husam Musa sebagai bendahari gabungan menggantikan Kulasegaran.
Sementara itu Dr Mahathir berkata beliau mahu bertemu dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi mendapatkan perkembangan terkini pendaftaran PH di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
“Jika ada kemusykilan pihak pemerintah, kami sedia buat pindaan jika perlu. Kami yakin menteri akan faham. Beri kami peluang untuk kemukakan pandangan dan mendengar pendapat daripada timbalan perdana menteri kenapa kelulusan belum diperoleh,” katanya.
JPPM pada Julai memberitahu PH mereka perlu mengubah logo gabungan itu untuk pendaftaran mereka kerana logo sedia ada dirasakan tidak sesuai kerana tidak mengandungi nama penuh Pakatan Harapan.
Dr Mahathir dilaporkan berkata gabungan itu sedia mematuhi permintaan itu dan akan kemukakan logo baharu.

Hormati hak demokrasi akar umbi, Amanah beritahu Zuraida

Mereka berhak menyuarakan pendapat walaupun sesetengah pihak tidak menyenanginya, kata Salahuddin Ayub.
Salahuddin-Ayub-zuraidaPETALING JAYA: Tidak kira apa isinya, hak akar umbi menyuarakan pendapat mereka mesti dihormati, beritahu Timbalan Presiden Amanah kepada pemimpin PKR Zuraida Kamaruddin.
“Kita perlu hormati apa saja pandangan usul dibawa oleh mereka daripada akar umbi tanpa mengira parti mereka.
“Hormati hak demokrasi mereka walaupun kamu tidak menyenangi apa yang dikatakan mereka. Setiap parti percayakan konsep ini, bukan sahaja Amanah,” katanya semasa dihubungi hari ini.
Zuraida yang baru dilantik sebagai setiausaha Pakatan Harapan Selangor, semalam mengkritik seruan Amanah kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mempertimbangkan semula kedudukan PAS dalam pentadbiran negeri.
Zuraida berkata walaupun beliau menghormati hak wakil Amanah menyuarakan pandangan pada konvensyen Amanah Selangor tetapi seruan terbuka itu tidak sejajar dengan semangat sepersetujuan dalam gabungan pembangkang dan ianya tidak matang.
Seruan itu dibuat dalam bentuk usul yang dibentangkan oleh Ketua Amanah Bahagian Ampang Mohd Anuar Mohd Yusof, diundi dan diluluskan Sabtu lalu.
Menurut Mohd Anuar, langkah itu wajar bagi memastikan kewujudan berterusan PAS dalam pentadbiran Selangor “tidak menjadi duri dalam daging yang boleh menjejaskan usaha membela kerajaan pimpinan PH pada pilihan raya seterusnya”.
Apabila disoal tentang ini, Salahuddin berkata pimpinan partinya tiada masalah dengan PAS yang berada dalam kerajaan negeri sekarang.
Katanya, ini kerana pilhan raya umum ke-14 dijangka berlaku bila-bila masa dalam beberapa bulan selepas ini.
“Selepas Parlimen dibubarkan, hal pilihan raya umum akan diketengahkan dalam perbincangan kita.
“Majlis pimpinan PH sudah memutuskan PAS tidak akan menyertai perbincangan itu.
“Kita yakin semua termasuklah mereka yang mahu bekerjasama dengan PAS akan mematuhi keputusan ini.”
PAS meninggalkan gabungan pembangkang utama selepas Pakatan Rakyat musnah pada Jun 2015 ekoran perbezaan dengan DAP atas pelaksanaan hudud.

Sultan Mangkat: AMANAH tangguh konvensyen

Berikutan daripada kemangkatan Kebawah Duli Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada hari ini, Parti Amanah Negara (AMANAH) merakamkan sembah takziah kepada Sultanah, Kerabat Diraja dan seluruh rakyat Negeri kedah.


Sebagai menghormati kemangkatan Kebawah Duli Tuanku, maka dengan ini saya mengumumkan bahawa Majlis Sambutan Hari Malaysia Pakatan Harapan yang dijadualkan pada 15 September 2017, di Dataran Stargate,  serta Konvensyen Nasional 2017 Parti Amanah Negara yang dijadual pada 16 dan 17 September 2017, di Hotel Royale Signature, Alor Setar, Kedah adalah DITANGGUHKAN.


Majlis Sambutan Hari Malaysia Pakatan Harapan akan diadakan pada 20 Oktober 2017 manakala Konvensyen Nasional 2017 Parti Amanah Negara akan diadakan pada 21 dan 22 Oktober 2017 dengan tempat tidak berubah.


Kepada seluruh ahli-ahli, penyokong dan semua yang terlibat dengan Konvensyen Nasional 2017 ini, kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang terpaksa di hadapi berikutan penangguhan ini.


MOHD ANUAR TAHIR
Setiausaha Agung
Parti Amanah Negara

11 September 2017

Mahathir: Bertaubatlah wahai pemimpin, ahli PAS

Sejak ia ditubuh PAS tidak pernah menang di peringkat nasional, untuk menjadi kerajaan, terutama di waktu bertanding tersendiri. Adakala PAS menang hanya satu kerusi sahaja. Yang terbanyak ialah 11 kerusi.
PAS hanya dapat berada dalam kerajaan pusat apabila ia menyertai BN.
Hakikatnya ialah hanya apabila PAS bergabung dengan parti lain, terutama apabila bergabung dengan DAP yang disebut oleh PAS sebagai, “tahaluf siyasi” baharulah PAS menang sebanyak 24 kerusi sekali dan 27 kerusi sekali. Tetapi gabungan yang disertai oleh PAS tidak dapat mendiri kerajaan pusat.
Bahasa Arab tidak menjadi sesuatu perbuatan itu halal dan Islam semata-mata kerana disebut dalam bahasa Arab.
Dalam kebanyakan kawasan yang ditandingi oleh PAS, peranannya hanyalah sebagai pengacau iaitu pemecah undi pembangkang. PAS sendiri akan kalah dalam kebanyakan kawasan yang ditandingi dan kekal berada dalam barisan pembangkang.
Tidak ada satu pun dari perjuangannya yang didakwa untuk Islam yang dapat dicapai olehnya sejak ia ditubuh.
Apabila dijemput untuk menyertai gabungan parti-parti yang menentang Najib dalam PRU 14, PAS meletak syarat yang tetap akan memecah dan mengurangkan undi bagi Pakatan Harapan. Syarat PAS sebenarnya akan memberi kemenangan kepada BN.
PAS tentu tahu kemenangannya di pantai barat dalam PRU-12 dan 13 disebabkan sokongan oleh DAP dan kaum Cina. Tanpa sokongan DAP, PAS biasanya kalah di pantai barat di mana jumlah pengundi Melayu tidak sebesar di pantai timur.
PAS juga tentu tahu jika perlawanan dua penjuru antara PAS dan BN di pantai barat dalam
PRU-14, PAS akan kalah kerana tidak akan dapat undi orang Cina dan India dari penyokong Pakatan Harapan.
Yang jelas ialah jika PAS bertanding dalam PRU-14 berlawan dengan BN dan Pakatan Harapan maka undi orang Melayu akan terbahagi tiga.
Dalam keadaan ini undi bagi PAS, walau pun kecil tetapi berkesan mengurangkan undi kepada HARAPAN sehingga kemenangan tetap akan diperolehi oleh Datuk Seri Najib Razak dan BN.
Dengan perkataan lain dalam pertandingan tiga penjuru yang disebabkan oleh PAS meletak calon yang akan menang ialah Barisan Nasional pimpinan kleptokrat Najib, bukan PAS.
PAS mendakwa akan bertanding di semua 60 kawasan yang PAS bertanding dalam PRU 13, sama ada PAS menang atau kalah. Dengan itu besar kemungkinan PAS akan kalah lebih banyak dari PRU-13.
Mengundi PAS sama mengundi BN
Dalam PRU-14 PAS akan bertanding tiga penjuru dan undi DAP, Cina dan India tidak akan diperolehi oleh calon PAS.
Bagi PAS yang penting bukan bangsa, agama dan tanahair; yang diutamakan bukan pun penyingkiran kerajaan kleptokrat Najib.
Bagi PAS yang penting ialah permusuhannya dengan AMANAH dan DAP. Bagi PAS partinya lebih utama dari segala-galanya. Kalah pun tidak mengapa asalkan PAS bertanding.

'Yang penting bagi PAS hanyalah permusuhannya'

PAS hanya mementingkan permusuhannya dengan DAP dan serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH), dakwa Pengerusi Pakatan Harapan Tun Mahathir Mohamad.

“Bagi PAS yang penting bukan bangsa, agama dan tanah air; yang diutamakan bukan pun penyingkiran kerajaan kleptokrat (Perdana Menteri) Najib (Razak).

“Bagi PAS yang penting ialah permusuhannya dengan AMANAH dan DAP. Bagi PAS partinya lebih utama dari segala-galanya.

“Kalah pun tidak mengapa asalkan PAS bertanding,” tulisnya dalam blog hari ini.

Tulisan itu diterbitkan lima hari selepas ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata mengundi HARAPAN sama seperti mengundi DAP.
Anak presiden PAS itu mendakwa DAP menyembunyikan “wajah hipokrit” dengan menyelinap dalam AMANAH, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PKR untuk dijadikan proksi.

Dalam kenyataan balasnya hari ini, Mahathir berkata mengundi PAS adalah sama dengan mengundi BN.
Katanya, ia juga “sama seperti mendukung perbuatan jenayah, rasuah dan mencuri” yang didakwa diamalkan pentadbiran Najib.

“Dosa yang akan ditanggung pengamal jenayah akan ditanggung juga oleh mereka yang menyokong penjenayah.

“Oleh itu bertaubatlah wahai pemimpin dan ahli PAS,” katanya.

PAS benci Amanah, DAP melebihi sayang kepada Islam dan negara

PAS membenci Amanah, DAP lebih daripada mereka cintakan Islam atau negara, kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir berkata, PAS terlalu obses dengan permusuhan terhadap Amanah dan DAP, dan rela jatuh dalam pertembungan tiga penjuru daripada terguh berdiri untuk Melayu Islam atau negara.
PAS tidak peduli tentang kaum, agama, dan negara; mereka tidak mementingkan untuk menjatuhkan pentadbiran kleptokrasi Najib,” katanya dalam blognya chedet.cc hari ini.
“Bagi PAS yang penting adalah permusuhannya dengan Amanah dan DAP. Bagi PAS partinya lebih utama dari segala-galanya. Kalah pun tidak mengapa asalkan PAS bertanding.”
“Mereka yang membuat bai’ah kepada kepimpinan PAS dan taksub dengan parti, yang memecah-belah orang Melayu kerana kononnya penentang parti PAS adalah kafir dan berlawan dengan mereka adalah jihad.
“Penyokong fanatik parti PAS ini perlu bertaubat kerana mereka mengikuti ajaran PAS yang bertentangan dengan ajaran agama Islam bahawa orang Islam itu bersaudara,” katanya.
Dr Mahathir berkata, tiada siapa yang boleh kafirkan orang Islam kerana perbezaan politik.
Beliau turut menggesa PAS untuk menghentikan amalan kontriversi sembahyang dua imam yang dakwanya masih diamalkan di Terengganu.
Pada tahun 80an, ahli PAS fanatik tidak akan menyertai solat Jumaat yan diimamkan ahli Umno, kerana percaya solat mereka tidak akan diterima.
Dr Mahathir menegaskan PAS tidak pernah menang di peringkat nasional, dan berkata kebanyakan kerusi parlimen yang dimenangi sendiri tanpa penyertaan dalam pakatan pembangkang adalah 11 kerusi.
“PAS hanya dapat berada dalam Kerajaan Pusat apabila ia menyertai Barisan Nasional,” kata Dr Mahathir.
“Hakikatnya ialah hanya apabila PAS bergabung dengan parti lain, terutama apabila bergabung dengan DAP yang disebut oleh PAS sebagai, 'tahaluf siyasi' baharulah PAS menang sebanyak 24 kerusi sekali dan 27 kerusi sekali.”
Dr Mahathir berkata kebanyakan kerusi yang ditandingi PAS, hanya untuk memecahkan undi pembangkang.
“PAS sendiri akan kalah dalam kebanyakan kawasan yang ditandingi dan kekal berada dalam barisan pembangkang. Tidak ada satu pun dari perjuangannya yang didakwa untuk Islam yang dapat dicapai olehnya sejak ia ditubuh.”

'Pas tidak akan pusing balik pada PKR’ - Mohd Amar

KOTA BHARU – Pas mengulangi pendirian untuk tidak akan menjalinkan apa-apa hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, bagaimanapun pihaknya terbuka untuk mengadakan perbincangan biasa dengan parti itu asalkan ia berkaitan kepentingan agama Islam.
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah “Tahaluf tiada, dulu sampai sekarang memang itu keputusannya. Tetapi kalau berbincang biasa, tidak menjadi masalah asalkan kepentingan Islam jadi agenda utama,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya, di sini.
Beliau mengulas mengenai tindakan PKR yang mahu ‘berbaik’ semula dengan Pas bagi berdepan PRU14.
Mohd Amar berkata, PKR juga sudah menampakkan perpecahan kepada dua kumpulan yang mana satu mahu bekerjasama dengan Pas, dan satu lagi sebaliknya.
Katanya, bagaimanapun Timbalan Menteri Besar itu tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut bagi menghormati masalah dalaman parti masing-masing.
Dalam perkembangan yang lain, Mohd Amar juga memberi amaran awal kepada Bersatu untuk sedar lebih awal mengenai tindakan DAP yang hanya mahu menjadikan parti-parti Pakatan Harapan sebagai kuda tunggangan parti anti Islam itu.

Bendera di Kedah mula dikibarkan separuh tiang

Walaupun belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada Istana Anak Bukit, mahupun pejabat menteri besar mengenai kemangkatan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada kira-kira 2.30 petang tadi, namun sebahagian besar bendera di Kedah mula diturunkan separuh tiang.
Antaranya, bendera negeri Kedah di hadapan Masjid Zahir Alor Setar.
Baginda adalah satu-satunya Raja-raja Melayu yang memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali.
Kali pertama, sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-5 (21 September 1970 - 20 September 1975) dan yang ke-14 (13 Disember 2011 - 13 Disember 2016).
Baginda diputerakan di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim pada 28 November 1927. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah Tunku Mahmud.
Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak namun beberapa pemimpin sudahpun masing-masing mengucapkan takziah di media sosial.

Pesan-pesan terakhir sultan Kedah

Harimau mati meninggal belang, manusia mati meninggalkan jasa.
Kemangkatan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah sudah pasti mendukacitakan seluruh rakyat Malaysia.
Di samping menyembah takziah, orang ramai mungkin boleh merenung kembali titah rasmi terakhir baginda 28 hari lalu ketika perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Mesyuarat Pertama Penggal Kelima yang ke-13 di di Alor Setar.
Dalam titah 14 Ogos itu, almarhum menzahirkan rasa dukacita atas tindakan sesetengah pemimpin politik dan individu berkepentingan yang mengambil kesempatan menghangatkan permusuhan sesama Islam di ruang maya.
Baginda turut menyelar ilmuwan agama yang tidak terkecuali mengeluarkan fatwa, tuduh-menuduh dan berdebat di alam siber sehingga masyarakat berbelah bagi.
"Janganlah kerana perbezaan ideologi yang sempit atau kerana kepentingan diri yang lain, isu sensitif seperti kemuliaan agama Islam, kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan kaum, hukum-hakam serta agama Islam diperdebatkan secara tidak beradab di laman sosial sekali gus mengundang tafsiran negatif," titah baginda.
Titah itu dibacakan oleh Raja Muda Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah.
Maklumat tiada tapisan
Almarhum Sultan Abdul Halim juga mengingatkan bahawa pada ketika ini pelbagai maklumat boleh diperoleh dengan bebas tanpa ada tapisan yang boleh membezakan antara yang hak dan batil.
Titah baginda lagi, penggunaan telefon dan gajet sudah menjadi budaya hidup, menyaksikan lebih 17 juta penduduk mempunyai akses kepada ruang maya dan separuh daripadanya mempunyai Facebook.
"Natijahnya, fitnah dan cerita palsu menjadi tular dan dijaja serata tempat, senario ini menjadi virus yang memporakperandakan dan mengelirukan rakyat, memecahbelahkan dan mengucar-ngacirkan ukhuwah yang selama ini terjalin indah," titah Sultan Abdul Halim.
Pendidikan Islam
Baginda juga mengambil berat berkaitan pendidikan, terutamanya pendidikan Islam.
Dalam ucapan di hadapan anggota-anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah itu, baginda
melahirkan rasa bangga apabila Kedah menjadi antara negeri dan pelopor awal dalam usaha memartabatkan perkara itu.
"Hal ini dapat dibuktikan menerusi sistem pengajian pondok di mana sistem pondok kini telah dibuat penambahbaikan dan kesannya kini kita sudah memiliki Maahad Tahfiz Sains di Kulim," titahnya.
Modal insan Gen Y
Pembangunan model insan di kalangan generasi baru turut memikat hati baginda apabila Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mendapat pujian melalui program-program negeri.
“Beta juga amat tertarik dengan daya usaha memanda menteri besar yang menjadikan usaha gilapan modal insan sebagai dasar utama negeri, meskipun ‘Gen-Y’ hanya mewakili 38 peratus daripada keseluruhan penduduk Kedah, beta difahamkan kerajaan negeri memberi fokus lebih kepada 40 peratus pelaksanaan dasar kepada generasi muda," titahnya.

Sultan Kedah mangkat .... Al Fatihah

Sultan Abdul Halim memerintah Kedah sejak 1958.
sultan-kedahSultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, meninggal dunia di Istana Anak Bukit sekitar petang tadi, hari ini.
Sultan Abdul Halim meninggalkan 2 sultanah iaitu Tuanku Hajjah Bahiyah dan Che Haminah Hamidun dan 3 puteri, Tunku Soraya, Tunku Sarina dan Tunku Intan Shafinaz.
Anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah Tunku Mahmud menjadi raja muda Kedah pada tahun 1949, dan memerintah Kedah sejak 1958.
Baginda mendapat pendidikan di Wadham College, Oxford dengan kelulusan diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam.
Sultan Abdul Halim merupakan Yang Di Pertuan Agong Malaysia ke-5 dan ke-14 dan sultan pertama yang menjadi Agong sebanyak 2 kali.
Sultan Abdul Halim juga merupakan anak saudara kepada perdana menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

Pakatan gesa Najib didakwa menjelang lawatan ke White House

PEMIMPIN Pakatan Harapan (PH) hari ini menggesa Najib Razak di dakwa kerana kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), salah satu daripada beberapa tuntutan yang dikeluarkan menjelang lawatan perdana menteri ke White House esok.
Selain itu, mereka juga mahukan anak tiri Najib, Riza Aziz dan rakannya, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low turut didakwa.
Mereka juga mahukan kerajaan yang bersih, calon bebas korupsi dan semua faedah yang diperolehi daripada korupsi dan kleptokrasi disalurkan untuk pembinaan sekolah dan hospital.
“Rakyat perlu bangkit untuk menuntut kembali hak dan wang mereka,” kata kenyataan bersama yang ditandatangani Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Ahli Parlimen PKR Johari Abdul, Ahli Parlimen DAP Tony Pua, Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ketua Pemuda PKR Nik Nazri Nik Ahmad, Pemuda Amanah dan Pemuda DAP (Dapsy).
Mereka berkata yang permintaan itu akan dibuat pada ceramah “Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi” yang dianjurkan PH di Padang Timur Petaling Jaya pada 14 Oktober ini.
Najib dijadual bertemu Presiden AS Donald Trump esok dalam lawatan yang dikritik hebat pembangkang dan pergerakan masyarakat sivil negara ini.
Mereka menuduh pemimpin Malaysia itu menggunakan lawatan itu untuk mengaburkan kebenaran dakwaan kaitannya dengan skandal itu dan siasatan yang sedang dilakukan Jabatan Kehakiman Negara AS (DoJ).
Sebelum ini, DoJ memulakan saman sivil untuk merampas aset bernilai AS$1.7 bilion yang didakwa dibeli menggunakan wang hasil rompakan daripada 1MDB.
DoJ kini menangguhkan saman tersebut bagi melancarkan siasatan jenayah ke atas 1MDB.

HARAPAN sasar 100,000 demo antikleptokrat

Pakatan Harapan (HARAPAN) menyasarkan 100,000 kehadiran pada Himpunan Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi yang berlangsung 14 Oktober depan.
Pengerusi Mobilisasi HARAPAN, Mohamad Sabu, berkata himpunan itu terbuka kepada semua rakyat dengan memilih baju merah sebagai warna tema.
“Setakat ini terbuka kepada sekalian rakyat tak kira atas apa parti kita rakyat yakin hadir,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) di Petaling Jaya hari ini.
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu berkata, himpunan berkenaan bertujuan memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk menuntut hak dan wang mereka daripada skandal 1MDB.
Himpunan itu akan berlangsung di Padang Timur Majlis Bandar Raya Petaling Jaya (MBPJ), bermula dari jam 4 petang hingga 12 malam.

Memang Amanah ‘kemaruk kuasa’ rampas kuasa dari 'orang gila'

Presiden Amanah berkata partinya mahu merampas kuasa daripada 'orang gila'.
mat-sabu-amanahPETALING JAYA: Presiden Amanah Mohamad Sabu hari ini menerima tuduhan “kemaruk kuasa” yang dilempar PAS Selangor dan mengaku Amanah sememangnya mahu menang pilihan raya dan merampas kuasa daripada “orang gila”.
“Memanglah. Kita masuk pilihan raya sebab nak ambil kuasa dan gila kuasa. Sebab kita nak rampas kuasa dari ‘orang gila’,” katanya pada sidang media Pakatan Harapan di ibu pejabat PPBM hari ini.
Beliau berkata demikian selepas PAS hari ini menyelar Amanah sebagai “kemaruk kuasa” apabila menggesa Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali menimbang semula kedudukan PAS dalam kerajaan negeri.
Gesaan itu dibuat melalui usul yang dibentangkan Amanah Selangor dan diluluskan konvensyen Amanah negeri semalam.
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi hari ini mempertikaikan kewajaran usul itu ketika pentadbiran negeri tidak mengalami masalah dengan keberadaan PAS dalam kerajan.
Mohamad Sabu berkata pihaknya tidak akan menghalang usul oleh ahli Amanah. “Sebarang keputusan (mengenai kedudukan PAS) akan diputuskan dalam mesyuarat. Pandangan mana-mana pihak tak ada masalah,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai peluang calon Amanah di Selangor pada pilihan raya umum akan datang. Amanah Selangor turut mencadangkan Mohammad Sabu diturunkan sebagai calon di negeri itu.
“Kali ini lebih yakin. Sebab saya tengok misalnya konvensyen Amanah sambutan begitu baik, dan konvensyen PPBM peringkat nasional saya nampak mereka yang datang ke himpunan itu muka-muka tak pernah mengundi selain daripada BN.
“Ertinya pilihan raya akan datang kami akan dapat nilai tambah daripada pengundi-pengundi yang akan mengundi Pakatan Harapan,” katanya.

'Saya tahu rasanya' - Wan Azizah

'Wanita bawa kesedaran baru dalam masyarakat, lelaki perlu sokong'

Muhyiddin kata PAS sokokng pencuri.

KHALID SAMAD: DIALOG:HADI AWANG MAHU HANYA PAS ATAU UMNO SAHAJA BOLEH JADI KERAJAAN

MUHYIDDIN YASSIN: BATU PAHAT - (JELAJAH BINA SEMULA NEGARA)

SALAHUDDIN AYUB - BATU PAHAT (JELAJAH BINA SEMULA NEGARA)

PAS dalam kerajaan Selangor: Azmin serahkan kepada Amanah

MB Selangor tidak mengulas lanjut mengenai gesaan Amanah Selangor supaya PAS diusir daripada kerajaan negeri.
Azmin-Ali-bendera-pas-bendera-selangor-menteriSHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hari ini berkata beliau menyerahkan kepada pimpinan Amanah selepas gesaan perwakilan Amanah Selangor baru-baru ini untuk mengkaji semula penyertaan PAS daam pentadbiran negeri.
“Saya telah berbincang dengan jawatankuasa kepimpinan parti, mereka akan menyelesaikan perkara itu secara dalaman,” kata Azmin yang juga pengerusi PH Selangor itu.
Menurutnya, beliau menunggu kenyataan pimpinan Amanah pusat berhubung perkara itu.
Konvensyen Amanah Selangor semalam meluluskan usul meminta Azmin menimbang semula kedudukan PAS dalam pentadbiran Selangor.
Ketua Amanah Ampang, Mohd Anuar Mohd Yusof, yang membentangkan usul itu, berkata ia sejajar dengan keputusan PH untuk tidak bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.
“Ini untuk memastikan kehadiran PAS berterusan di pentadbiran Selangor tidak menjadi duri dalam daging, yang kemudian boleh menjejaskan usaha untuk mempertahankan kerajaan Selangor yang dipimpin PH,” kata beliau pada konvensyen Amanah.
Anuar berkata usul itu kerana PAS bukan lagi dalam pakatan pembangkang selepas pemansuhan Pakatan Rakyat.
PAS memutuskan kerjasama politik selepas PR runtuh pada Jun 2015 berikutan perbezaan pendapat dengan DAP mengenai pelaksanaan hudud.
Gabungan itu digantikan PH yang kini terdiri daripada DAP, PKR, Amanah dan PPBM.
PAS mengekalkan hubungan politiknya dengan PKR di Selangor, di mana pemimpinnya adalah sebahagian daripada kerajaan negeri.

Kos Sara Hidup: Bagaimana keluarga 5-7 beranak berbelanja


Bagaimana keluarga 5-7 beranak berbelanja
Kebanyakan responden yang ditemui memberitahu mereka terpaksa berjimat cermat sementara menanti gaji bulan berikutnya dan hanya sedikit yang dapat disimpan untuk digunakan semasa kecemasan. 
Dengan kos sara hidup jadi perhatian utama rata-rata rakyat Malaysia, The Malaysian Insight menjenguk beberapa keluarga di segenap pelosok negara bertanya bagaimanakah mereka berbelanja. Kami memilih isi rumah dengan pendapatan keseluruhan antara RM3,000 hingga RM4,000, antaranya untuk mewakili mereka yang tergolong dalam kelompok 40% isi rumah terendah (B40) yang mempunyai pendapatan bulan kurang daripada RM3,900.
Kelompok pendapatan ini juga termasuk dalam senarai layak terima skim Bantuan Rakyat 1Malaysia Kategori 2 yang menerima RM900 setahun, tiga kali bayar. Dalam laporan dua bahagian yang disiarkan hari ini dan esok, kami mengajak anda melihat bagaimana isi rumah dalam kelompok pendapatan ini tetapi dengan saiz yang berbeza menguruskan perbelanjaan, menambah pendapatan sampingan dan bagaimana pula berdepan saat-saat kecemasan.
BAGI Nassir Abdullah dari Perak, keluarganya reda dengan apa yang ada dan selama ini tidak pernah lagi merasa tidak cukup biarpun hanya sedikit duit berbaki di tangan selepas habis berbelanja membeli barang keperluan bulanan.
Siti Aishah Ramli di Kuching pula selalu berdoa memanjatkan kesyukuran setiap akhir bulan kalau setiap bulan itu berlalu tanpa ada apa-apa kecemasan.
Menurut sebuah laporan Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) pada 2017, kebanyakan isi rumah B40, seperti Nassir dan Siti Aishah, membelanjakan hampir 80% pendapatan mereka untuk barangan keperluan.
“Perbezaan antara pendapatan dan perbelanjaan isi rumah kumpulan B40 ini menunjukkan kos sara hidup tinggi dan ada ruang yang terhad untuk menyimpan demi masa depan,” kata laporan MIER itu.
Memang betul. Begitulah. Kebanyakan mereka yang ditemui memberitahu mereka hidup dari gaji bulan ke gaji bulan dengan sesetengahnya melakukan kerja sampingan untuk menambah pendapatan. Hanya sedikit yang dapat menabung untuk kecemasan dan keraian.
KEDAH
Pemandu jengkaut, R. Kumar, 50, dari Taman Tiong, Kulim membawa balik RM3,000 sebulan. Dia seorang saja yang bekerja untuk menampung hidup tujuh beranak dengan semua kelima-lima anaknya masih bersekolah. Isterinya tidak bekerja, suri rumah sepenuh masa. Dua anaknya yang tua belajar di politeknik dan bekerja sambilan untuk belanja sendiri.
Di rumah Kumar, belanja runcit sebulan mencecah sampai RM1,000 manakala biaya pinjaman perumahan RM1,200 sebulan.
Baki gajinya digunakan untuk petrol (RM200), tuisyen anak sekolah (RM200), air api (RM150), WiFi (RM120) dan Astro (RM110).
Kata Kumar, keluarganya membeli barang makanan asas seperti sayur, ikan, ayam, beras dan minyak masak.
Barang makanan paling mahal yang mereka beli adalah minuman coklat bertenaga, Milo dan susu tepung Anlene.
“Sesetengah barang kita masih perlu beli walaupun harga naik. Macam Anlene. Kami cuma beli dalam kuantiti yang kecil,” katanya apabila ditanya adakah apa-apa barang yang tidak lagi mereka beli kerana terpaksa berjimat.
Mereka lebih suka berbelanja di kedai runcit, pasar dan kedai ECO, yang menjual barangan rata-rata pada harga RM2.12.
Kumar tidak ada kad kredit dan setiap akhir bulan, hampir tak ada duit lagi untuk dia simpan.
“Kalau ada kecemasan dan perlukan duit, saya pinjam daripada majikan. Nanti cukup bulan, potong daripada gaji,” katanya.
PERAK
Nassir Abdullah yang reda dengan apa yang ada menjual roti di Simpang Pulai. Gajinya, tidak termasuk komisyen, RM1,900 sebulan.
Kalau hari baik, komisyen jualan rotinya boleh melonjakkan pendapatan bulanannya sampai RM4,000 tetapi lazimnya setiap bulan dia dapat RM3,000. Isterinya menampung pendapatan keluarga dengan menjaga budak, dapatlah lagi RM1,000.
“Bulan Februari lepas, saya sakit jantung, dua minggu tak kerja. Tak adalah komisyen apa-apa. Tapi ada rezeki orang datang ziarah dan sedekah,” kata bapa 48 tahun ini.
Sebahagian besar perbelanjaan rumahnya habis untuk belanja sekolah anak yang berumur 20, 18 dan 16. Anak Nassir belajar tahfiz dan tinggal di asrama. Belanja untuk ketiga-tiga anaknya itu RM1,600 sebulan.
Berdepan situasi kecemasan seperti anak sakit menjadi kerisauan paling utama walaupun mempunyai simpanan tetapi bimbang ia tidak mencukupi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 September, 2017.
Berdepan situasi kecemasan seperti anak sakit menjadi kerisauan 
paling utama walaupun mempunyai simpanan tetapi bimbang ia 
tidak mencukupi.
Pinjaman rumah RM550 manakala belanja makan lebih kurang RM450 tetapi kalau anak-anak balik bercuti, belanja makan jadi lebih tinggi.
Baki lebih kurang RM1,000 itulah digunakan untuk air api, petrol, makan di luar kalau dia bekerja dan sedekah. Kata Nassir, dia selalu ke masjid dan percaya bersedekah kepada orang semana yang ada dan tidak perlu tunggu jadi berada baru hendak bersedekah.
“Alhamdulillah, isteri saya jaga budak sebabnya kami selalunya kering sebelum hujung bulan. Emak ayah budak-budak yang dibela itu kerja kerajaan. Mereka dapat gaji sebelum akhir bulan. Itulah yang menampung kekurangan,” katanya.
Kalau ada kecemasan misalnya kereta rosak atau masuk hospital, Nassir mengaku dia tidak ada simpanan.
“Tetapi selalu akan ada duit datang kalau waktu-waktu begitu. Itulah berkatnya sedekah,” katanya.

KEADILAN gesa tolak calon parti amal politik toksik

Pengundi pilihan raya akan datang digesa menolak calon dan parti yang mengamalkan politik toksik demi memastikan keamanan serta kesejahteraan hidup masyarakat berbilang bangsa di negara ini terus terpelihara.
IMG_20170910_201832-1024x643Politik toksik merujuk kepada perlakuan kotor ahli politik sama ada berunsur keganasan, berbaur hasutan jahat, menimbulkan kebencian antara kaum, memfitnah, korup dan tidak bertanggungjawab bagi kepentingan peribadi atau politik sendiri.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kesilapan memilih akan mengakibatkan rakyat terpaksa membayar dengan harga yang mahal.
“Rakyat negara ini khususnya kaum wanita harus menolak calon parti yang mengamalkan politik toksik kerana golongan ini menggalakkan keganasan, rasuah dan pelbagai perkara lain yang merosakkan negara,” katanya.
Wan Azizah berkata demikian pada perhimpunan aman, Wanita Bantah Politik Toksik di perkarangan bangunan Maju Junction, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, semalam.
Beliau berkata, kini negara semakin diancam golongan yang mengamalkan politik toksik demi mempertahankan kuasa mereka.
“Sebagai ibu, kaum wanita sudah tentu mengimpikan masa hadapan lebih gemilang dan sebuah negara yang baik untuk didiami anak juga cucu mereka. Generasi hari ini jangan sesekali melupakan pengorbanan yang pernah dilakukan pejuang untuk membina negara ini,” katanya.
Wan Azizah turut menyelar golongan yang menganiaya pihak lain semata-mata untuk kekal berkuasa.

Sallehen Mukhyi: Amanah kemaruk kuasa, kata PAS selepas usul tendang keluar dari Selangor

Pentadbiran negeri seperti sekarang tidak berdepan masalah, kata pesuruhjaya PAS Selangor.
Sallehen-Mukhyi-21PETALING JAYA: PAS hari ini membidas Amanah “kemaruk kuasa”, selepas parti serpihan PAS itu menggesa Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali menimbang semula kedudukannya dalam kerajaan negeri.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi turut mempersoalkan usul Amanah Selangor itu ketika tiada masalah dalam pentandbiran negeri.
“Bagi saya, itu bukan soal pilihan raya tetapi soal kemaruk kepada kuasa,” katanya kepada FMT.
Konvensyen Amanah Selangor semalam meluluskan usul supaya Azmin menimbang semula kedudukan PAS di negeri itu.
Usul itu dicadangkan oleh Ketua Amanah Ampang, Mohd Anuar Mohd Yusof dan diterima perwakilan tanpa bantahan.
Hari ini, Azmin berkata pihaknya menyerahkan kepada pemimpin pusat Amanah menangani gesaan itu.
Anuar berkata penglibatan PAS, yang bukan dalam Pakatan Harapan yang disertai PKR, DAP, Amanah dan PPBM, boleh membantutkan usaha gabugan itu memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Sallehen menafikan dakwaan itu, sebaliknya berkata ia kerana kebimbangan terhadap pertandingan 3 penjuru.
“PKR pun tahu… kalau dia masuk bertanding di Selangor menjadikan 3 penjuru, memang tak akan menang, Amanah pun tak akan memang, dia pun tahu. Bukan sebab PAS,” katanya.
Beliau berkata PAS tidak akan berjumpa dengan Azmin bagi membincangkan usul Amanah itu.
“Kita pun tak nak ganggu menteri besar untuk urus kerajaan negeri dengan karenah politik macam itu.

Jumpa Trump: Najib cuba belakangkan skandal 1MDB

Dalam sebuah bilik yang penuh dengan kakitangan awam Malaysia, Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Ramlan Ibrahim mengangkat tangan kanannya sambil melafazkan ikrar anti rasuah.
Beliau adalah antara ribuan pegawai kerajaan di seluruh negara yang berbuat demikian sejak beberapa minggu lalu. Ia sebahagian daripada kempen anti rasuah oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Rakyat semakin celik... mereka menuntut perkhidmatan awam yang lebih cekap, telus dan adil," kata Ramlan selepas sebuah majlis di Putrajaya.
Kempen itu dilancarkan ketika Najib bersiap-sedia untuk berjumpa dengan Presiden Donald Trump di Amerika Syarikat minggu ini, sedangkan Jabatan Keadilan (DOJ) dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sedang menyiasat 1MDB, dana pelaburan negara yang diselia oleh oleh perdana menteri.
Najib juga mesti mengadakan pilihan raya umum pada pertengahan 2018 walaupun beberapa penganalisi tidak menolak kemungkinan ia mungkin diadakan tahun ini.
Di bawah kempen anti rasuahnya, SPRM telah menahan puluhan pegawai tertinggi, termasuk pegawai di syarikat minyak kebangsaan Petronas dan firma minyak kelapa sawit milik negara, Felda.
Mengikut data SPRM, bagi tahun ini sahaja, lebih 600 tangkapan dibuat.
Tindakan itu dilihat sebagai sesuatu yang bukan lazim di negara-negara Asia Tenggara, di mana gejala rasuah dilihat meluas.
Empat daripada lima rakyat Malaysia yang berumur 18 - 35 menyebut rasuah sebagai isu paling serius yang melanda negara, menurut satu tinjauan bulan lalu oleh Global Shapers Community, sebuah program di bawah Forum Ekonomi Dunia.
Tetapi pengkritik berkata, kempen anti-rasuah negara itu mengabaikan gajah di dalam bilik: 1MDB.
Firma dana pelaburan negara itu sedang disiasat di sekurang-kurangnya enam negara atas pertuduhan pengubahan wang haram dan penyelewengan dana, termasuk dakwaan AS$ 681 juta dipindahkan ke akaun bank peribadi Najib.
Peguam Negara Malaysia menutup siasatan 1MDB pada Januari 2016, dan membersihkan Najib daripada sebarang salah laku.

KM, MB pun mesti minta kebenaran pihak atasan untuk lawat sekolah

Seseorang ketua menteri atau menteri besar yang mahu melawat sekolah perlu mendapat kebenaran daripada menteri pendidikan terlebih dahulu, kata Pengarah Pendidikan Pulau Pinang Shaari Osman.
Beliau berkata perkara itu adalah satu kebiasaan dan turut merangkumi orang awam yang perlu mendapat kebenaran daripada jabatan pendidikan negeri.
“Saya dah beri penjelasan, kalau di peringkat tertinggi nak datang melawat sekolah eloklah mendapat kebenaran daripada menteri pendidikan. Ikut tradisi, kalau di peringkat lebih tinggi perlu dapat kebenaran daripada yang tertinggi (juga).
"Sudah menjadi kebiasaan seperti itu sebab kita nak jaga kepentingan sekolah,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kwang Hwa, di George Town hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mendakwa dihalang daripada melawat sebuah sekolah Cina di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.
Lim yang mahu mengadakan lawatan ke SJKC Kampung Sungai Lembu pada 8 Sept lepas bagi menyerahkan sumbangan cek kepada anggota lembaga pengelola sekolah itu dilaporkan berkata beliau menerima sepucuk surat daripada Jabatan Pendidikan Pulau Pinang yang memaklumkan permohonannnya untuk melawat sekolah berkenaan ditolak dan beliau perlu mendapat kebenaran daripada menteri pendidikan.
Mengulas lanjut, Shaari berkata beliau menganggap perkara itu tidak lagi menjadi isu.

AYUHLAH PAS...NAK TUNGGU APA LAGI?

"Presiden Pas, Hadi Awang cakap besar bahawa parti itu akan menang 5 negeri dalam PRU 14 iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang dan Selangor.

"Satu-satunya kemungkinan yang ada untuk mencapainya ialah dengan membentuk kerjasama antara Pas dengan UMNO. Kalau tidak, tiada kemungkinan 5 negeri itu untuk dimenangi.

"Cuma, adakah Najib Razak setuju membenarkan Pas mentadbir 5 negeri tersebut, manakala UMNO dan BN hanya memberi tumpuan kepada kerusi Parlimen?"
Di atas adalah kata-kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berhubung cita-cita politik Pas yang pernah diluahkan oleh Hadi sebelum ini.

Mahu tidak mahu, berdasarkan realiti politik sekarang, bekerjasama dengan UMNO sajalah satu-satunya jalan kemungkinan yang ada untuk Pas mencapai segala impiannya.

Kata orang, itulah formula menang-menang antara Pas dengan UMNO di mana dengannya Pas dapat menguasai 5 negeri dan Najib dapat terus kekal di Putrajaya.

Bersendirian, lebih mungkin menjadikan Pas putih mata dan tidak ke mana-mana.

Dalam masa yang sama, melalui kerjasama dengan UMNO juga adalah satu-satunya jalan yang membuatkan Pas dapat menguburkan hajat dan cita-cita DAP yang kononnya parti itu akan menentukan hala tuju serta menguasai negara sekiranya Pakatan Harapan mengambil alih kuasa.

TLDM ke Myanmar: Kawal pelarian, sengketa melalui jalan laut bukan berperang


Cadangan agar Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) ditugaskan ke perairan antarabangsa Teluk Bengal akan membantu pertahankan sempadan negara dari dicerobohi pendatang asing tanpa izin (PATI) akibat persengketaan Rohingya bukannya untuk berperang.
Tariq Ismail PPBM 1Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tariq Ismail berkata, ia bertujuan membantu menjamin keselamatan pelarian dari persengketaan tersebut melalui jalan laut.
"Tindakan ini akan menjamin bahawa pelarian Rohingya ini didokumenkan iaitu mereka diakui sebagai pelarian dan didaftar dengan UNHCR.
:Ini penting kerana Malaysia tertakluk kepada Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967 dan bertanggungjawab melindungi pelarian serta menjamin hak asasi manusia diberi, walaupun terdapat had ke atas perkhidmatan asas termasuklah hak bekerja, kesihatan dan pendidikan.
"Sebaliknya, implikasi migrasi besar-besaran yang tak terkawal adalah percanggahan sosial di kalangan masyarakat tempatan dan kebencian terhadap masyarakat Rohingya yang sememangnya teraniaya.
"Oleh itu, sebarang tindakan melibatkan Tentera Laut Di Raja Malaysia akan memastikan pelarian Rohingya tidak dieksploitasi dan tidak diperdagangkan secara haram ke Malaysia seterusnya menyebabkan lebih masalah sosial di Malaysia," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas mengenai tweet Timbalan Presiden Mukhriz Mahathir yang menyebut: "Saya desak Kerajaan Malaysia hantar saja TLDM ke Teluk Bengal. Itu saja bahasa yang Myanmar faham. Allah selamatkan #Rohingya".
Tweet Mukhriz itu sebaliknya ujar beliau telah disalahertikan dan menaikkan kemarahan sesetengah pihak.
twit mukhriz
Menurut Ketua Bahagian Bersatu Sri Gading ini lagi, rakyat perlu faham peranan utama angkatan tentera negara ini, sebagaimana di negara lain, adalah untuk pertahankan negara dan menghulurkan bantuan kemanusiaan di mana perlu.

Rohingya mangsa penghapusan etnik Myanmar

Sekumpulan aktivis berkumpul di Padang Kota Lama di George Town untuk menyatakan sokongan terhadap etnik Rohingya yang berdepan dengan kekejaman Myanmar semalam.
Menganggap tindakan kerajaan itu sebagai genosid (pembersihan etnik), kira-kira 50 orang berkumpul dengan sepanduk dan poster menggesa mangsa tindakan pihak berkuasa itu diselamatkan.
Dianjurkan oleh Aliran dan Penang Stop Human Trafficking Campaign, peserta bantahan itu turut menulis mesej untuk dihantar ke mangsa krisis berkenaan.
Mereka kemudian bertafakur selama seminit untuk memperingati korban mangsa serangan terancang berkenaan.
Himpunan seumpama itu turut diadakan di pelbagai lokasi lain termasuk di Kuala Lumpur dan Jakarta Indonesia.
Pegawai Penang Stop Human Trafficking, James Lochhead, berkata tindakan kerajaan Myamar terus menafikan hak etnik Rohingya serta membiarkan mereka hidup dalam ketakutan memang suatu perbuatan genosid.
Katanya sejak 1960-an wujud serangan terancang secara sistematik dan berterusan ke atas orang Rohingya di Myanmar.
"Junta tentera bersifat menekan dan melakukan keganasan ke atas banyak etnik di Myanmar. Sesetengah mereka bertindak balas dengan menubuhkan pasukan bersenjata seperti Tentera Penyelamat Rohingya Arakan, tetapi lebih ramai yang tidak melawan hingga kini," katanya.
Krisis yang mesti dikutuk
Menurut Lochhead isu Rohingya mempunyai sejarah yang rumit kerana berkait dengan penjajahan British yang dulu bertindak memindah atau membawa orang sewenang-wenangnya.
British, katanya, menyebabkan sesuatu kaum berperang antara satu sama lain dan mereka menetapkan sesuatu sempadan dan menamakan wilayah itu sebagai sebuah negara.
Lochhead berkata demikian bagi menjelaskan sama ada orang Rohingya adalah pengganas atau tidak, ekoran ada rakaman video menunjukkan sebahagian mereka melakukan aktiviti ganas.
Sementara itu Anggota Dewan Undangan Negeri Machang Bubok Lee Khai Loon apa yang lebih mengecewakan ialah kerajaan dipimpin Aung San Suu Kyi terus menafikan hak orang Rohingya.
"Berbanding orang lain Suu Kyi sepatutnya lebih memahami makna hak asasi dan demokrasi kerana dia sendiri pernah ditahan dan didakwa oleh junta tentera Myanmar sebelum dapat memenangi pilihan raya," katanya.
Lee juga menganggap situasi orang Rohingya sekarang sebagai krisis kemanusiaan yang mesti dikutuk oleh masyarakat antarabangsa.
"Ia bukan isu luaran seperti dianggap sesetengah pemimpin kita, tetapi ia membabitkan Asean.
"Kita semua mesti memainkan peranan supaya kerajaan Myanmar berhenti daripada membunuh orang Rohingya dan menyediakan bantuan kepada etnik terbabit," katanya.

Wan Azizah kritik Suu Kyi, gesa tindakan ekonomi ke atas Myanmar

Retorik mengutuk regim Myanmar tidak bermakna tanpa sekatan ekonomi, kata ketua pembangkang itu.
Wan-Azizah-Wan-Ismail-Aung-San-Suu-Kyi-rohingya-myanmarPETALING JAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengulangi kritikan pelbagai pihak ke atas pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi atas sikap berdiam diri terhadap konflik etnik di wilayah Rakhine.
“Pemenang anugerah Nobel, Aung San Suu Kyi, juga gagal menunjukkan keprihatinan dan simpati terhadap etnik Rohingya dalam krisis kemanusiaan ini,” kata ketua pembangkang itu dalam kenyataan.
Bagaimanapun, beliau menggesa kerajaan Malaysia supaya tidak hanya mengutuk Yangon yang memaksa ratusan ribu penduduk Islam Rohingya menjadi pelarian.
Wan Azizah berkata regim Myanmar tidak akan menghentikan tindakannya di wilayah Rakhine tanpa sebarang strategi serantau menyelesaikan konflik itu.
Menurutnya, Malaysia boleh mengenakan sekatan perdagangan ke atas Yangon terutama ke atas barangan pengguna dan bahan bakar, tetapi ia juga perlu kerjasama kerajaan Asean lain.
“Tiada makna wujudnya satu kesepakatan ekonomi serantau seperti AEC sekiranya negara-negara anggota dibiarkan bertindak menzalimi warga di wilayah sendiri, terutama apabila kezaliman tersebut mungkin mendatangkan kesan negatif kepada seluruh rantau Asean dengan radikalisasi dan ekstremisme kelompok-kelompok tertentu,” katanya.
Statistik PBB menunjukkan hampir 300,000 kaum Rohingya tiba di Bangladesh selepas menjadi sasaran serangan tentera Myanmar. Negara itu tidak mengiktiraf penduduk Islam Rohingya sebagai warga negara.
Keganasan terkini tercetus selepas Yangon menuduh Tentera Pembebasan Arakan Rohingya (Arsa) melancarakan serangan ke atas pasukan keselamatan.

Isu ekonomi masih jadi kebimbangan penduduk Muar


Isu ekonomi masih jadi kebimbangan penduduk Muar
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin bertemu pengundi Cina di Bukit Pasir, Muar pada 9 September. 
WALAUPUN janji untuk memastikan mereka yang terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dibawa ke muka pengadilan menjadi tajuk berita semalam, ekonomi masih menjadi kebimbangan kepada penduduk di utara Johor.
Dalam ucapannya pada sambutan ulang tahun pertama Bersatu di Muar pada Sabtu, Muhyiddin Yassin berjanji yang Pakatan Harapan (PH) akan menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pembaharuan institusi kerajaan, dan memulakan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai 1MDB dalam tempoh 100 hari pertama berkuasa.
Tetapi janji-janji itu tidak mengujakan penduduk penduduk Bukit Pasir, M Jegatheeswaran, walaupun beliau berkata ia adalah permulaan yang baik.
"GST bukan masalah utama tetapi gaji. Saya bekerja selama 20 tahun dan gaji saya hanya RM2,000 sebulan," kata Jegatheeswaran yang bekerja sebagai mandur.
Beliau berkata jika upah lebih tinggi, GST tidak akan begitu menimbulkan masalah kepadanya.
Pencari nafkah berusia berusia 40 tahun yang mempunyai seorang anak ini berkata gajinya tidak berubah sejak lima tahun lalu.
"Saya bersedia memberi orang lain (PH) mencuba," kata Jegatheeswaran, selepas bergambar bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Jegatheeswaran hadir ke kedai kopi di Bukit Pasir petang semalam untuk mendengar ucapan pemimpin PH.
M Jegatheeswaran mengakui bersedia memberi peluang kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 semasa ditemui di Bukit Pasir, Muar. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 11 September, 2017.
M Jegatheeswaran mengakui bersedia memberi peluang kepada 
pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 semasa ditemui 
di Bukit Pasir, Muar.
Selain Lim, pemimpin lain ialah Ahli Parlimen Pagoh dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan Ahli Parlimen Betayan Chua Wee Beng.
"Saya tidak peduli terhadap tuduhan rasuah oleh Barisan Nasional (BN). Ramai yang korup tetapi saya mahu mereka menjadikan ekonomi lebih baik dan saya mahu menguji mereka kali ini.
"Ekonomi sangat buruk sekarang. Gaji saya naik dengan perlahan semasa pentadbiran Dr Mahathir Mohamad apabila kita masih dapat menyimpan dan membeli sebuah rumah.
"Saya hanya memperoleh pendapatan RM1,000 tetapi saya boleh menyimpan. Sekarang gaji saya RM2,000 tetapi keluarga saya tidak dapat menyimpan apa-apa. Mereka kini menaikkan harga petrol setiap minggu dan selepas itu semua orang perlu berlari ke stesen untuk mengisinya sebelum harga naik," kata Jegatheeswaran yang mengundi BN pada empat pilihan raya sebelum ini.
Pemilik kedai pembaiki kereta, Lim dan isterinya, Angeline, berkata GST tidak menjejaskan perniagaan mereka dalam tempoh dua tahun lalu.
"Orang ramai masih perlu membaiki dan menyelenggara kereta mereka apabila sampai masanya," kata Lim sambil menikmati makan tengahari di kedai kopi yang sama di Bukit Pasir.
Bagaimanapun, Angeline menyatakan makan di luar bagi keluarga tiga beranak itu semakin mahal sejak tahun lalu dengan kadar "6% GST dan caj perkhidmatan sebanyak 10%".
Di barisan kedai yang sama, Muhyiddin turut mengadakan sesi pertemuan kedua di Bukit Gambir semalam, ahli farmasi Siow Ruey Feng mendapati beberapa janji yang dibuat oleh PH menarik.
"Saya rasa sudah tiba masanya mereka memisahkan jawatan menteri kewangan dan perdana menteri. Bagaimana hendak mendapatkan idea baru serta semak dan imbang jika kedua-dua jawatan itu dipegang orang yang sama," kata Siow yang hadir di situ sebagai pelanggan.

Sebelum ke AS, Najib hentam Dr M, pertahan ‘demokrasi mantap’ Malaysia

Beliau merujuk penahanan beramai-ramai pengkritik kerajaan oleh Dr Mahathir dan penutupan akhbar The Star.
najib-mahathirKUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini memulakan lawatan ke Amerika Syarikat untuk bertemu Presiden Donald Trump dengan artikelnya yang menghentam pembangkang khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas siri serangan di media dalam dan luar negara mengaitkan kunjungannya dengan skandal 1MDB.
Najib menyelar pihak yang menurutnya menyebar “dakwaan palsu” menyifatkan kerajaan Malaysia bersifat diktator.
Sebaliknya, perdana menteri mempertahankan rekodnya dengan memberi contoh pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Daurat serta “penambahbaikan” Akta Universiti dan Kolej Universiti dan kelonggaran dalam penerbitan akhbar.
“Kami melangkah ke hadapan kerana dengan memansuhkan undang-undang lapuk dan menindas ini merupakan langkah yang tepat,” katanya dalam artikel dimuat naik di laman blognya.
Ia di sebalik pelbagai kritikan media luar negara terhadap Trump kerana menerima kunjungan Najib ke White House, ketika hangat isu penyiasatan jenayah melibatkan 1MDB dan aset sejumlah AS$1.7 bilion yang mahu disita oleh Jabatan Kehakiman AS (DoJ) kerana didakwa dilarikan daripada syarikat Kementerian Kewangan itu.
Sebelum ini, beberapa akhbar termasuk Washington Post dan The Wall Street Journal menyiarkan artikel mempersoalkan lawatan Najib.
Beberapa pemimpin pembangkang juga menyifatkan lawatan itu percubaan Najib membersihkan namanya dengan pentadbiran AS.

Pendokong Amanah perlu beri komitmen bersama Pakatan Harapan demi rakyat


Apa jua badai maupun gelora yang melanda Parti Amanah Negara (Amanah), ia tidak harus dibiarkan rosak, terkulai layu dan berpecah.sebaliknya Amanah perlu menunjukkan kekuatan dan memberikan khidmat yang amat berharga demi masa depan rakyat dan negara ini.
Mujahid Yusof RawaPengerusi Amanah Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata demikian ketika ditemui semasa Konvensyen Amanah Pulau Pinang bagi kali ke 2, di Penanti, semalam.
Jelas beliau lagi, yang amat mustahak bagi semua pendokong Amanah adalah komitmen bersama-sama dengan komponen dalam Pakatan Harapan (PH) bagi memastikan BN tewas dalam pilihan raya umum (PRU) tidak lama lagi.
"Kita memberi perhatian yang serius kepada kerusi yang dimenangi tipis oleh BN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bayan Lepas serta Permatang Berangan.
"Manakala kerusi Dun Sungai Dua, Penaga dan Permatang Pasir juga diberi komitmen yang tinggi bagi memastikan dasar-dasar kerajaan negeri dapat dilaksanakan untuk masyarakat di kawasan tersebut.
"Selain itu kerusi Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor yang diwakili Reezal Merican dan Shabudin Yahaya turut menjadi percaturan penting bagi merealisasikan kehendak kerajaan negeri kini, khususnya kebajikan rakyat, " tegasnya.

Beliau yang juga Naib Presiden Amanah turut berkata, walaupun Amanah dianggap sebagai setahun jagung setelah dua tahun berada dalam persada politik tanah air, ia diwakili oleh mereka yang telah bergelumang dengan pelbagai hiruk pikuk politik. "Dalam Amanah ada golongan profesional, ada agamawan dan ada cerdik pandai yang telah masak dengan sepak terajang politik tanah air.
"Sejak 2008 yang lalu, rakyat telah menunjukkan keinginan yang begitu tinggi untuk menolak Umno dan BN sebagai kerajaan yang memerintah.
"Ia kemudian diikuti dalam pilihan raya umum 2013 apabila kuasa BN dapat dikurangkan dengan lebih besar apabila majoriti mereka dapat dinafikan, " ujarnya
Sehubungan itu katanya, adalah tidak mustahil bagi PH untuk melangkah setapak lagi bagi memastikan harapan menggunung rakyat dapat menjadi realiti.
"Rakyat sudah tidak tahan lagi dengan bebanan hidup bikinan kerajaan Umno dan BN yang lemah dan urus tadbir negara.