Ahad, 10 September 2017

Zuraida: Gesaan AMANAH S'ngor bukan politik matang

Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin berkata gesaan AMANAH Selangor agar menteri besar mengkaji semula kedudukan PAS dalam kerajaan negeri bukan satu langkah politik matang.
"Saya melihat kenyataan terbuka oleh AMANAH ini adalah tidak bertepatan dengan semangat kerjasama dalam Pakatan Harapan dari segi konsensus.
"Bukan cara kita menyalur pandangan sedemikian melalui kenyataan umum. Ini bukanlah amalan politik yang matang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zuraida mengulas konvensyen AMANAH Selangor di Ampang hari ini yang sebulat suara meluluskan usul untuk menggesa Datuk Seri Azmin Ali, yang juga pengerusi PKR Selangor, mengkaji semula kedudukan PAS dalam kerajaan negeri.
Zuraida, yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, beliau menghormati hak AMANAH Selangor menyuarakan pendapat mereka tetapi terkejut dengan gesaan secara terbuka yang disuarakanparti itu.
Beliau mengulangi bahawa komposisi semasa wakil-wakil PAS dalam kerajaan Selangor adalah sejajar dengan mandat yang telah diberikan rakyat pada pilihan raya umum lalu.
"Tambahan pula, kesemua wakil rakyat PAS kini telah menunjukkan komitmen mereka terhadap polisi-polisi kerajaan negeri serta agenda reformasi," katanya.
Zuraida berkata dalam mesyuarat pertama Pakatan Harapan Selangor Jumaat lepas yang dihadiri wakil-wakil AMANAH telah bersetuju bahawa tidak ada perubahan kepada komposisi kerajaan Selangor.
"Ini memandangkan pilihan raya umum sudah semakin dekat dan kerajaaan negeri akan terus menumpukan usaha untuk memberikan khidmat terbaik untuk rakyat Selangor sesuai dengan mandat besar yang diberikan.
"Oleh itu, adalah lebih bijaksana untuk kita memfokus segala kekuatan ke arah memperkasa Pakatan Harapan menuju PRU 14," katanya.

Siti Hasmah ketuai protes wanita tuntut politik bersih


 Siti Hasmah ketuai protes wanita tuntut politik bersih
Siti Hasmah Mohamad Ali (tengah) mengetuai perarakan wanita dari pusat membeli belah Maju Junction ke Kompleks Pertama dalam acara Purple Walk, hari ini.
WANITA dari pelbagai latar belakang mewarnai bandaraya ini dengan warna ungu bagi menunjukkan penyatuan mereka dalam menentang politik toksik menerusi perarakan yang diberi nama Wanita Bantah Politik Toksik.
Kira-kira 1,000 orang wanita berarak dari pusat membeli belah Maju Junction ke arah Kompleks Pertama pada jam 5.45 petang sebagai respons dan penentangan wanita Malaysia terhadap perkembangan politik negara yang kian toksik dan diselubungi keganasan.
Perarakan itu menyaksikan penyertaan isteri bekas perdana menteri Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, anaknya Marina Mahathir, pemimpin G25 Noor Farida, tokoh masyarakat Ambiga Sreenevasan, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ahli Parlimen Pantai Nurul Izzah Anwar. – 10 September, 2017.
Program itu dianjurkan beberapa individu termasuk pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah dan Noor Farida.
Maria berkata program yang diadakan hari ini adalah bagi menunjukkan wanita bersatu menentang politik semasa dalam negara kini.
“Ia adalah mengenai janji yang tidak ditepati...bukan sahaja politik toksik tetapi juga isu seperti rogol keganasan terhadap wanita, kami berjuang untuk pindaan undang-undang sejak 30 tahun lalu tapi sehingga kini tiada yang mendengar,” kata Marina.
Maria turut menggesa wanita untuk mendapatkan lebih ruang di Parlimen untuk mengejar agenda yang lebih dekat dengan masyarakat.
“Kita hanya mempunyai 20 ahli Parlimen wanita iaitu hanya 10 peratus yang mana negara jiran seperti Indonesia mempunyai 25 peratus,” katanya.
Ditanya apa perkaitannya dengan politik toksik, Maria berkata, tiada sebarang reaksi daripada wakil yang dipilih atau kerajaan pun sudah menjadikan ia satu tindakan politik.

HARAPAN yakin Husam mampu jadi pendamai di Kelantan

Perpecahan dalam PKR berhubung isu untuk meneruskan rundingan pilihan raya dengan PAS menyebabkan Pakatan Harapan di Kelantan menerima tempiasnya.
Keadaan itu kini turut menjejaskan hubungan PKR dengan rakan-rakannya dalam gabungan itu.
AMANAH yang menjadi sekutu PKR dalam HARAPAN menentang keputusan itu dan dilapor sedang mempertimbang untuk memboikot pemimpin yang menyokong rundingan dengan PAS.
Menyedari keadaan itu boleh menjejaskan persiapan HARAPAN menghadapi pilihan raya umum, pimpinan PKR dan AMANAH menyerahkan isu itu kepada Pengerusi HARAPAN Kelantan Datuk Husam Musa untuk bertindak selaku pendamai.
"Saya sangat yakin Husam, sebagai ketua Harapan di Kelantan dan juga seorang ahli politik berpengalaman di Kelantan, boleh mengendalikan keadaan semasa yang bergolak," kata Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub kepada Malaysiakini.
Malaysiakini difahamkan bahawa Husam, yang juga naib presiden AMANAH akan mengadakan mesyuarat HARAPAN di peringkat negeri pada Khamis depan.
Salahuddin percaya Husam akan dapat membantu HARAPAN untuk "kembali di landasan yang betul".
Bagaimanapun, Salahuddin berkata Husam hanya dapat mengendalikan isu itu di peringkat HARAPAN tetapi bukan campur tangan dalam hal ehwal dalaman PKR.
"Tapi apa yang berlaku dalam PKR Kelantan, itu kita akan serahkan kepada PKR, itu masalah mereka," kata Salahuddin.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menggesa PKR Kelantan menghormati keputusan HARAPAN.
HARAPAN pada 29 Ogos lalu memutuskan untuk menghentikan rundingan pilihan raya dengan PAS.
Bagaimanapun, berikutan keputusan itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi warkahnya dari penjara menggesa agar pintu rundingan kepada PAS tetap dibuka.
Saifuddin menegaskan bahawa PKR terikat dengan keputusan HARAPAN dan Anwar juga menghormati keputusan yang dibuat dalam kerangka gabungan itu.
"Sebab tu saya minta kepimpinan PKR di Kelantan, menghormati kerangka kerjasama HARAPAN dan mentaati keputusan yang telah dibuat oleh HARAPAN di peringkat pusat," katanya.

Lebih 5,000 sertai Himpunan Wanita Bantah Politik Toksik di KL

KUALA LUMPUR, 10 SEPT: Bandar raya Kuala Lumpur hari ini dikejutkan kelantangan suara kira-kira lebih 5,000 wanita berpakaian serba purple dalam Himpunan Wanita Bantah Politik Toksik.
Perhimpunan aman anjuran pelbagai Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) itu bermula kira-kira jam 5.00 petang di hadapan bangunan Maju Junction, Jalan Tunku Abdul Rahman.

BantahPerhimpunan yang dipimpin isteri bekas Perdana Menteri ke-4, Tun Dr Siti Hasmah Ali itu dimulakan dengan ucapan beberapa pemimpin NGO terlibat.
Ketika menyampaikan ucapan, Siti Hasmah, berkata, perhimpunan itu diadakan bagi menolak golongan yang mengamalkan politik keganasan, rasuah dan tidak bertanggungjawab.
“Kita lihat wanita dijadikan sasaran dengan dibunuh dalam peperangan, gangguan seksual dan lain-lain.
“Ini terjadi kerana amalan politik toksik dan perlu dihentikan sebelum toksik ini masuk ke dalam darah kita dengan mengadakan perhimpunan aman. Wanita memang cintakan keamanan,” katanya.
Sebaik Siti Hasmah selesai menyampaikan ucapan, perhimpunan itu mula berarak menuju ke Sogo.
Selain pemimpin beberapa NGO, turut hadir Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; isteri Dato’ Menteri Besar Selangor, Shamsida Taharin; Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh; Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Kesihatan, Dr Daroyah Alwi; Ahli Dewan Negeri (ADN)Batu Tiga, Rodziah Ismail dan ADN Rawang, Gan Pei Nei.
Turut kelihatan pada perhimpunan itu Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan ramai lagi.
Selain pemimpin wanita, himpunan itu turut dihadiri Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden, Tian Chua sebagai tanda sokongan kepada gerakan terbabit.

Semai kasih sayang lawan politik kotor



bantah politik toksik 2Golongan wanita perlu menggunakan elemen cinta dan kasih sayang bagi menentang corak politik kotor yang berleluasa dalam negara ketika ini.
Pengarah Biro Komunikasi Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN), Anfaal Saari berkata, hal ini kerana golongan itu lebih memahami dan terbuka sebelum mengambil sesuatu tindakan.
"Walaupun manusia itu rakus, tamak dan penuh kebencian tapi ada kuasa yang lebih mendalam iaitu kuasa cinta.
"Oleh itu, saya menyeru wanita semaikan politik kecintaan, tolak politik kebencian dan seksisme," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Himpunan Wanita Bantah Politik Toksik di hadapan Maju Junction di ibu negara petang tadi.
Ratusan wanita berpakaian tema ungu berhimpun dalam himpunan anjuran sekumpulan aktivis wanita berpengaruh yang menggelarkan diri mereka Wanita-Wanita Malaysia Prihatin.
Antara yang turut serta petang tadi ialah isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anaknya Marina Mahathir, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, bekas presiden Badan Beguam Datuk Ambiga Sreenevasan dan pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah.
Bantah politik toksik 1
Prihatin kebajikan wanita
Sementara itu, Tun Dr Siti Hasmah yang turut berucap menyeru masyarakat supaya bersikap prihatin dengan keperluan dan kebajikan wanita.
Beliau yang sedih dengan nasib wanita di seluruh dunia kerana sering menjadi sasaran dan mangsa jenayah seksual menggesa supaya perubahan dilaksanakan segera.
"Kita berhimpun di sini untuk tunjuk keprihatinan dalam isu wanita. Wanita suka keamanan dan mahu ekonomi yang kukuh.
"Apa yang membimbangkan adalah cubaan cabul hak asasi manusia. Beri peluang kepada mereka untuk hidup selesa," katanya.
Turut hadir memberikan sokongan ialah Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden AMANAH Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dan isteri Datin Seri Shamsidar Taharin.
Himpunan berlangsung aman sehingga berakhir jam 6.45 petang dengan kerjasama pihak polis, pasukan keselamatan ARiF dan Pemuda Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Deklamasi sajak dan nyanyian turut mengisi himpunan bagi menaikkan semangat para peserta.

Amanah desak Azmin kaji semula kedudukan PAS di Selangor

Amanah berkata ia perlu untuk memastikan kehadiran PAS secara berterusan dalam pentadbiran Selangor tidak menjadi duri dalam daging.
azmin-amanah2KUALA LUMPUR: Konvensyen Amanah Selangor hari ini meluluskan usul meminta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar menimbang semula kedudukan PAS dalam pentadbiran Selangor.
Ketua Amanah Bahagian Ampang, Mohd Anuar Mohd Yusof, yang membentangkan usul itu berkata, ia sejajar dengan keputusan majlis presiden Pakatan Harapan (PH) untuk tidak bekerjasama dengan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
“Ini untuk memastikan kehadiran PAS berterusan di pentadbiran Selangor tidak menjadi duri dalam daging, yang kemudian boleh menjejaskan usaha untuk mempertahankan kerajaan Selangor yang dipimpin PH,” kata beliau pada konvensyen Amanah hari ini.
Usul itu kemudian dibahaskan oleh para perwakilan dan diluluskan.
Apabila ditanya sebab membawa usul itu, Anuar berkata, Pakatan Rakyat (PR) sudah tidak lagi wujud.
“Betul, PAS harus keluar dari kerajaan. Wakil mereka tidak boleh memegang jawatan exco negeri.
“Rakyat masih berpendapat PAS adalah sebahagian daripada kerajaan Selangor kerana mereka masih merupakan ahli majlis eksekutif. Mereka masih mempunyai akses kepada belanjawan untuk dibelanjakan,” katanya ketika dihubungi.

'DAP, HARAPAN fanatik, rela gadai agama' - Hadi

PAS mengajak orang ramai menolak DAP dan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang masing-masing dilabel presidennya sebagai parti fanatik kaum, sekular serta memisahkan urusan kehidupan dengan agama.
Dalam kenyataan panjang hari ini Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kumpulan terbabit boleh "menukar agamanya dengan apa saja" dan menjadi alat kepada sesiapa saja demi kepentingan politik yang sementara.
"Mereka sudah menunjukkan sifat negatifnya dengan hanya mentadbir negeri. Belum lagi (mentadbir) negara dan telah pun menunjukkan perangai yang boleh menempah ketegangan dalam masyarakat majmuk ini," katanya.
Tambah Abdul Hadi, DAP dan HARAPAN juga didakwanya menunjukkan keberaniannya mahu merungkai perkara asas dalam kontrak sosial yang telah diikat dalam Perlembagaan Negara.
Keadaan itu, katanya, berbeza dengan PAS di Kelantan yang boleh meneruskan perjuangannya walaupun "dicekik dan dijerut lehernya" tetapi mereka "tidak dapat dicucuk hidungnya".
Pernah sebelum ini menggelar DAP sebagai "butir tahi" Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Abdul Hadi juga mengingatkan penyokongnya supaya tidak terikut dengan kumpulan yang tidak senang dengan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) PAS.
Alasannya, kata Abdul Hadi, PAS melaksanakan dasar itu dengan konsep taawun yang ditunjukkan al-Quran dan sunnah dan ia membezakan parti itu pembangkang lain.
"(Mereka) semata-mata membangkang dan berebut kerusi untuk memerintah tanpa mengira benar atau salah, dan jauh sekali halal dan haramnya," kata Abdul Hadi lagi.
Mati kalau tak ada kerusi
PAS pernah bekerjasama dengan DAP dan PKR semasa menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-12 dan kemudian membentuk gabungan Pakatan Rakyat.
Gabungan itu bertahan sehingga PRU ke-13 pada 2013 sebelum hubungan mereka menjadi tegang dan berakhir dengan tamatnya pakatan berkenaan selepas itu.
PKR dan DAP - bersama bekas pemimpin PAS yang menubuhkan Parti Amanah Negara (AMANAH) - kemudian menubuhkan HARAPAN. PAS bagaimanapun kekal berseteru dengan DAP, AMANAH dan PKR.
Dalam keadaan begitu pun sekumpulan pemimpin PKR masih cuba melembutkan hati PAS untuk bekerjasama menghadapi PRU ke-14 dengan alasan mengelakkan pertembungan tiga penjuru.
Pada masa sama Majlis Presiden HARAPAN memuktamadkan bahawa tidak ada rundingan diadakan dengan PAS dan persiapan sewajarnya dibuat bagi menghadapi kemungkinan berlaku pertembungan tiga penjuru.

CEHHH....TAK BERGANTUNG KERUSI KONON!!!

Benarkah Pas tidak bergantung kepada jumlah kerusi?

Apakah hanya parti lain selain Pas saja yang mementingkan kerusi?

Jika tidak ada kerusi, bagaimanakah Pas mahu meneruskan perjuangannya dengan lebih berkesan?

Kalau benar tidak mengutamakan kerusi, sediakan Pas tidak bertanding apa-apa kerusi dalam pilihanraya akan datang dan menumpukan sepenuh tenaga ceramah dan kempennya untuk membantu calon-calon UMNO dan BN saja?
Tetapi, ini apa?

Pemimpin parti manakah yang mengatakan akan bertanding 100 kerusi dan matlamat kemenangan 40 kerusi?
Ini juga apa?

Pemimpin parti manakah yang meminta parti-parti pembangkang lain agar jangan kacau kerusi-kerusi yang pernah ditandingi Pas jika ingin menjalin kerjasama dengan mereka?
Ini lagi apa?

Pemimpin parti manakah yang berani "mengarahkan" parti-parti lain jangan masuk bertanding di kerusi-kerusi yang akan ditandingi Pas?

Atau, adakah kenyataan terbaru Hadi Awang ini kerana beliau kini semakin sedar Pas akan kalah banyak kerusi dalam pilihanraya umum akan datang?

Hadi: PAS tidak bergantung pada kerusi

 Kita mendoakan rahmat Allah kepada semua pejuang kemerdekaan kerana jasa mereka yang sangat besar meletakkan Islam di dalam perlembagaan negara tercinta ini.
Walaupun ada perbezaan pendapat selepasnya dari segi pendekatan meletakkan kedudukan Islam, tetapi kita sudah terlepas daripada penjajahan dan banyak ruang dan peluang masih ada untuk membebaskan belenggu yang sengaja ditinggalkan supaya Islam tidak diizinkan pelaksanaan sepenuhnya.
Umat Islam sendiri dihalang daripada beramal dengan seluruh ajaran Islam, sedangkan penganut agama lain tidak dihalang untuk beramal dengan agama masing-masing.
Sepatutnya terpulang kepada umat Islam menafsirkan agamanya yang sebenar daripada perkataan al-din yang merangkumi segala aspek cara hidup bermasyarakat. Tafsiran yang berbeza dengan kehendak wakil penjajah dalam Suruhanjaya Reid yang sudah pergi, apabila mereka meletakkan Islam dalam ruang perkataan ‘religion’ yang jauh bezanya dengan ‘al-din’.
Para pemimpin bukan Islam yang terlibat bersama dalam Perikatan pula menerima kedudukan agama masing-masing yang dibebaskan mengikut Perlembagaan yang digubal oleh Suruhanjaya Reid itu. Adapun kalangan Islam teguh berkonsepkan tiada paksaan beragama dan Islam mewajibkan adil terhadap semua kaum dan penganut berbagai agama.
Islam dengan objektif mengikut takrifnya yang tepat, mempunyai pendekatan dari segi kedudukan Islam dengan maksud yang dipercayai umat Islam mengikut kitab suci al-Quran. Bersama dengannya adalah konsep raja berperlembagaan yang diperkasakan oleh Islam mengikut kedaulatannya dalam proses pembinaan yang belum selesai sebelum kedatangan penjajah lagi.
Masyarakat majmuk
Namun menjadi kewajipan untuk disempurnakan selepas kemerdekaan dengan meletakkan Islam yang mampu menangani perkembangan semasa yang berubah dan tetap mampu menyelesaikan semua masalah di sepanjang zaman. Beginilah apabila Islam yang sebenar ditegakkan pentadbirannya yang berasaskan akidah, berkonsepkan syariat dan akhlaknya.
Walaupun PAS hanya satu-satunya kerusi pembangkang, namun tetap bersepakat mempertahankan kedudukan Islam dalam perlembagaan negara dan kaitannya dengan raja berperlembagaan dan terus mendesak perubahan mengikut konsep kerajaan Islam. Maka PAS tidak menyokong pindaan perlembagaan yang dilakukan di zaman Tun Mahathir dahulu, kerana sebenarnya sekadar mengambil kuasa sahaja tanpa konsep Islam yang sebenar.
Kebebasan beragama bagi penganut agama lain telah dijamin oleh undang-undang yang dinaungi dalam perlembagaan yang menjadi undang-undang dasar negara, sepatutnya tidak lagi membimbangkan mereka, setelah penerimaan pemimpin MCA dan MIC yang bergabung dalam Perikatan di masa itu.
Lebih sepatutnya mereka berterima kasih kepada umat Islam yang menerima mereka dari segi saudara kemanusiaan dan hidup bersama dalam masyarakat majmuk yang sama-sama ditindas pejajah. Mereka telah menyaksikan betapa satu kelompok kecil keluarga bukan Islam boleh hidup aman di tengah masyarakat Melayu yang majoriti penduduk Islam. Walaupun syariat Islam belum lagi diberi peluang sepenuhnya dilaksanakan, tetapi inilah bayangan syariat yang mencipta akhlak Islam dalam hubungan masyarakat majmuk.
Iktiraf demokrasi
PAS menerima kemerdekaan dengan satu kerusi dalam PRU pra kemerdekaan pada tahun 1955, tetap mengiktiraf konsep demokrasi dan terus menyertai PRU selepasnya bersama Islam yang dihayati oleh kepimpinan ulama. Walaupun tidak memuaskan kerana masih ada kelemahan dalam sistem demokrasi Barat yang tidak beriman dan budiman, namun tetap menerima konsep tersebut dengan positif yang masih ada bersamanya.
Maka PAS dengan sabar, rebah dan bangun, menang dan kalah, sehinggalah jatuh kerajaan negeri yang dikuasainya di Kelantan dan Terengganu, kembali semula memerintah di Kelantan dan kembali semula di Terengganu dan jatuh semula, namun tetap mengambil pendekatan demokrasi dan berundur daripada gerakan yang boleh merosakkan, contohnya tindakan di atas nama BERSIH yang tidak bersih lagi terhadap Islam dan kedaulatan negara secara umum, serta ada dalang di belakangnya.
Kekuatan PAS tidak bergantung kepada ukuran kerusi seperti parti lain yang boleh mati kalau tidak ada kerusi. Namun pengaruh PAS terus berkembang dan makin kuat jati diri ahli dan pengikutnya makin bertambah dan berkualiti. Adapun yang bersifat sampah dalam PAS boleh merosakkan perjuangannya, sama ada terbuang atau dibuang. PAS juga tidak rebah kalau ada pemimpin yang rebah dalam perjalanan perjuangannya.
PAS terus tegak bersama Islam yang ditegaskan dalam perlembagaan yang telah diterima oleh semua parti politik yang ada di masa awal kemerdekaan.
PAS tidak boleh dikuburkan
Maka PAS memandang adanya parti yang baru lahir selepas kemerdekaan yang cuba untuk merungkai perlembagaan yang berkonsep kontrak sosial di antara rakyat dan kerajaan, khususnya terhadap Islam dan kedaulatannya. Adapun kepada PAS ditambah kuat lagi dengan perjanjian di hadapan Allah bagi menegakkan Islam yang sempurna.
Kalangan yang cuba mengugut PAS berasaskan kerusi pilihan raya atau kedudukannya dalam kerajaan, sepatutnya mengenali siapa PAS dalam sejarahnya. Bahawa PAS tidak boleh dikuburkan dengan jatuh kerajaan atau hilang kerusinya, bahkan PAS bangkit semula setelah ditendang keluar daripada BN pada tahun 1978 yang dikatakan tinggal dua kerusi batu nisan di Kelantan dan kosong kerusi di Terengganu.

Muhyiddin selar PAS sokong 'perompak'

PRU14 hanya medan untuk Pakatan, BN


PRU14 hanya medan untuk Pakatan, BN: Mat Sabu AMPANG - PRU akan datang akan menjadi medan pertemuan antara Pakatan Harapan dengan BN sahaja.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, parti lain sebaliknya dijangka kehilangan deposit di awal perebutan kerusi.
Mohammad, yang dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau yakin parti lain tidak akan mendapat sokongan rakyat.
"Saya yakin (calon) bekas parti saya, Pas, akan kehilangan simpanan mereka di semenanjung barat.
"Kami hanya peroleh kemenangan di kawasan di mana kami berkempen dengan DAP dan PKR (dengan Semangat 46) terdahulu," katanya menerusi ucapan di Konvensyen Amanah Negeri Selangor, di sini, hari ini.
Selepas ucapannya, Mat Sabu memberitahu wartawan yang kenyataannya itu berdasarkan pengalamannya dalam Pas, ketika parti Islam itu berkempen sendirian di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
"Kebanyakan daripada kami kehilangan deposit kami.
"Bila Pas berkempen sendirian, hanya penyokong setia Pas akan mengundi parti itu," katanya lagi.
Mat Sabu turut menyangkal dakwaan BN akan mendapat manfaat paling banyak dalam pertarungan tiga penjuru.
"Terdapat tempat di mana pertembungan tiga penjuru akan dimanfaatkan oleh Pakatan.
"Undi Melayu dipecah, tetapi undi bukan Melayu kekal di belakang Pakatan," jelasnya.

Mat Sabu antara ‘senjata utama’ ditimbang Amanah Selangor lawan BN, PAS

Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim berkata pihaknya komited untuk menawarkan yang terbaik melalui Pakatan Harapan (PH) bagi rakyat Selangor demi memastikan kesinambungan kerajaan negeri Selangor dan juga di peringkat pusat.
Izham-Hashim-amanahKUALA LUMPUR: Amanah berkata pihaknya sedang mempertimbangkan untuk meletakkan beberapa pemimpin kanan parti itu bertanding kerusi parlimen dan negeri di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Nama-nama yang dicadangkan termasuk Presiden parti itu, Mohamad Sabu, naib presiden Hasanuddin Mohd Yunus, pengarah komunikasi Khalid Samad, pengarah strategi Dzulkefly Ahmad, Ketua Wanita Siti Mariah Mahmud dan Ahli Parlimen Sepang Mohd Hanipa Maidin.
Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim berkata kehadiran “senjata-senjata besar” di Selangor bertujuan untuk mengukuhkan Amanah dan Pakatan Harapan (PH).
“Mereka akan bergabung dengan pemimpin Amanah Selangor Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin, bersama-sama dengan nama-nama besar lain yang akan kami umumkan kemudian,” kata beliau dalam ucapan pembukaan pada Konvensyen Amanah Selangor di sini hari ini.
“Dengan kata lain, Amanah Selangor komited untuk menawarkan yang terbaik melalui PH bagi rakyat Selangor untuk memastikan kesinambungan kerajaan PH Selangor dan juga kerajaan persekutuan PH masa depan,” katanya.
Turut hadir ialah Mohamad dan pemimpin parti komponen PH yang lain termasuk Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, naib pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin dan Pengerusi PPBM Selangor, Abdul Rashid Asari.
Izham juga menyeru semua pemimpin, ahli, aktivis dan penyokong Amanah Selangor agar memberi tumpuan ke atas usaha untuk mengukuhkan parti dan jentera pilihan raya di semua peringkat.
Beliau berkata isu pengagihan kerusi dan calon akan diselesaikan dengan sewajarnya.
“Jangan membuang masa untuk berdebat dan berdebat tentang kerusi dan calon supaya anda tidak menghiraukan untuk menguatkan parti dan jentera,” katanya.

Dua Merdeka impikan kebebasan dari kepayahan hidup

Citra sebuah negara dilihat pada cerita-cerita rakyatnya. The Malaysian Insight bertemu dengan warga yang lahir pada 1957 dan sebaya dengan usia Malaya merdeka. Mereka berkongsi cerita untuk kita melihat apa maknanya jadi warga Malaysia.
Doktor yang menyambut kelahirannya pada awal pagi 31 Ogos 1957 menamakannya Wang Merdeka tetapi ketika umurnya kini 60 tahun, warga emas itu terus memerah keringat menyara kehidupan kerana kos sara hidup yang tinggi.
"Kita hendak bercakap tetapi rasa perit dan sakit hati. Malaysia banyak duit dan banyak perkara kita boleh buat. Kenapa sekarang masih susah. Dulu gaji tiga ribu (RM3,000), boleh sara satu keluarga enam beranak.
"Sekarang untung lapan ribu (RM8,000) kenapa tak cukup? Ada sikitlah gaji lebih kalau campur sama gaji isteri," kata Wang Merdeka yang berasal dari Johor.
Pengusaha kedai makan di Batu Pahat itu mengakui agak sukar untuk menjalankan perniagaan lebih-lebih waktu sekarang dengan kos yang tinggi.
"Sekarang saya masih boleh berniaga tetapi berapa banyak kamu dapat untung kamu kena simpan.
"Kos sara hidup meningkat, kita hidup susah.Jangan cakap banyak, kita kena kerja sampai tua,” keluhnya kepada The Malaysian Insight.
Bukan Wang Merdeka saja yang bekerja sendiri terpaksa bekerja sampai tua, mereka yang bekerja dalam sektor awam juga kini digalakkan untuk bekerja lama-lama apabila tempoh persaraan dilanjutkan daripada 55 tahun kepada 56 tahun pada 2001 manakala daripada 56 tahun kepada 58 tahun pada 2008. Ia kemudian ditingkatkan kepada 60 tahun pada tahun 2012.
Hampir 30 tahun berniaga, Wang Merdeka masih tidak ada rumah. Bersama isteri dan dua anak perempuannya, mereka tinggal di rumah kedai yang juga pintu rezeki.
Harapannya hanya satu iaitu mahu kos sara hidup diselesaikan dan tiada lagi kemiskinan dalam negara tercinta.
Tidak sekadar berkongsi tarikh kelahiran, Mohd Merdeka Che Soh juga mempunyai harapan sama dengan Wang Merdeka.
Pesara guru mata pelajaran Sejarah itu juga mahu ekonomi Malaysia terus maju terutamanya di negeri pantai timur.

Rancangan ganjaran untuk lapor rasuah tidak akan berhasil

Pengarah Eksekutif Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme Cynthia Gabriel berkata langkah itu tidak akan berjaya tanpa perlindungan tukang adu.
Cynthia-Gabriel-sprm-give-money-reward-malaysiaPETALING JAYA: Sebuah NGO anti-rasuah tidak yakin rancangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menawarkan ganjaran kepada penjawat awam yang melaporkan kes rasuah akan berhasil.
Pengarah Eksekutif Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme Cynthia Gabriel berkata rancangan itu tidak akan berjaya tanpa meletakkan langkah-langkah perlindungan tukang adu yang secukupnya.
“Ganjaran itu bagus, tetapi hanya akan berhasil jika tukang adu diberi perlindungan secukupnya selepas membuat laporan itu,” katanya, dan menambah sesetengah orang mungkin tidak berminat dengan ganjaran itu kerana mereka benar-benar ikhlas mahu mengekang rasuah.
Aktivis itu berkata demikian selepas Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Salbi berkata penjawat awam yang melaporkan kes rasuah kepada agensi itu akan diberi ganjaran dalam bentuk insentif tunai, menyamai nilai rasuah yang ditawarkan.
Ganjaran itu akan diberikan sekiranya tertuduh disabit jenayah itu.
Sazali menambah setakat ini seorang kakitangan imigresen dan polis sudah menerima ganjaran kerana melaporkan rasuah.
“Ganjaran itu bagi menggalakkan penjawat awam melaporkan kegiatan rasuah sekali gus mampu menghapuskan rasuah dalam kalangan penjawat awam di negara ini.”
Cynthia sebelum ini berkata budaya melaporkan salahlaku berisiko dan tidak mengalakkan kerana tukang adu diganggu dan ditahan.

Benarkan rasuah ‘pemikiran celaka’ kepada agama

SESETENGAH ulama Islam didakwa dipengaruhi oleh 'pemikiran celaka' apabila mereka tidak memerangi rasuah dan penyelewengan sedangkan ia ditolak oleh Islam dengan jelas, kata presiden Amanah, Mohamad Sabu.
"Saya tak faham kenapa golongan agama yang faham dan kenal Umno dan BN menyokong BN. Ini pemikiran celaka yang masuk dalam pemikiran sedangkan rasuah dan penyelewengan perkara yang ditolak oleh Islam," katanya.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu hairan, kenapa DAP yang menjadi juara melawan rasuah bukannya umat Islam.
"Kenapa DAP yang jadi juara melawan rasuah yang sepatutnya dilakukan oleh umat Islam kerana kita diajar bahawa memberi dan menerima rasuah akan masuk neraka.
"Sepatutnya orang Islam yang jadi juara tetapi kita cari ayat-ayat untuk membolehkannya...ini bukan rasuah ini habuan," kata Mat Sabu ketika merasmikan Konvensyen Amanah Selangor hari ini.
Beliau juga merasa hairan kenapa model Australia, Miranda Kerr, yang lebih berintergriti dalam menentang rasuah berbanding wanita Islam sendiri.
"Cuba kita lihat seorang model Autsralia. Kadang-kadang dia pakai baju, kadang-kadang tak pakai, banyak hal yang kita tak suka tentang dia tetapi nilai intergritinya, adakah ia boleh berlaku kepada kita.
"Bila dia dapat hadiah permata dari teman lelakinya, Jho Low bernilai AS$9 juta, tentu dia gembira tetapi apabila didapati ia wang curi dari rakyat Malaysia, dia bagi balik hadiah itu," katanya.
Menurut Mat Sabu, inilah perjuangan parti Amanah negara sekarang melalui konsepnya rahmatan lil 'alamin (rahmat untuk semua).
"Islam rahmatan lil 'alamin ini bukan hanya slogan tetapi betul-betul diamalkan. Ia bukan alasan untuk kita buat kesilapan dan akhirna bawa kecelakaan kepada orang Islam," kataya.
Bagi beliau, pembaikan atau pengislahan yang cuba dibuat ini rumit tetapi ia perlukan dilakukan.
"Kita mahu nilai yang ditunjukan oleh Khalifah Islam pertama, Abu Bakar Al-Siddiq perlu dijadikan panduan," katanya memberikan ingatan kepada ahli-ahli Amanah.
Kata Mat Sabu, dalam ucapan pertamanya selepas menjadi khalifah, Abu Bakar berkata, "Sokonglah aku jika aku betul dan jika aku buat silap tegurlah aku."
"Inilah sifat yang kita mahu terap dalam masyarkat supaya tertanam dalam dalam jiwa rakyat. Jika kita perintah nanti dan buat silap, rakyat akan cepat-cepat bangun dan jatuhkan kita semula," katanya.

'Fahaman celaka' rosakkan negara

Tugas melawan amalan rasuah yang sepatutnya dipikul golongan agamawan kini kelihatan terpaksa diambil oleh DAP, kata Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu.
Membidas sikap pihak yang tidak dinamakannya itu, Mohamad berkata beliau tidak faham mengapa keadaan sedemikian berlaku.
“Saya tak faham kenapa pemimpin agama yang pergi pertahankan Umno BN? Ini fahaman celaka yang masuk dalam pemikiran (mereka), sedangkan rasuah dan penyelewengan tak boleh ditolak ansur oleh orang Islam.
“Kenapa DAP pula jadi juara dalam hal melawan rasuah?Sepatutnya orang Islam (melakukan tugas itu), kerana kita diajar bahawa pemberi dan penerima rasuah hukumnya masuk neraka,” kata Mohamad dalam ucapan utama ketika merasmikan Konvensyen AMANAH Selangor di Bangunan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hari ini.
Turut hadir pemimpin kanan komponen Pakatan Harapan seperti Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.
Ajar rakyat cepat bangkit
Mohamad berkata, pihak yang cenderung untuk menyokong amalan rasuah dan salah guna kuasa itu juga sanggup mencari ayat-ayat suci dari al-Quran bagi menukar maksud rasuah kepada habuan.
Pada masa sama, Mohamad berkata, AMANAH komited mendidik masyarakat bagi memahamkan mereka bahawa rasuah adalah perkara yang dilarang.
Malah katanya parti itu telah bersiap sedia dijatuhkan sekiranya terlibat dengan penyelewengan tersebut.
“Kita kena tanam dalam jiwa kita, nilai amal makruh nahi mungkar. Kita tanam dalam jiwa rakyat supaya jika kita memerintah kelak, jika kita melakukan rasuah, rakyat akan lebih cepat bangun dan menjatuhkan kita. Ini yang perlu kita didik, bukan menyalahkan orang itu atau orang ini.
“Bila kita jatuhkan BN, kita bersedia apabila kita melakukan kesilapan kita mudah dijatuhkan sebab itulah HARAPAN ambil alih kerajaan,” katanya.

Umno, BERSATU macam langit dan bumi

Tidak seperti selalu, Muar dibanjiri dengan bendera bunga raya dengan latar belakang merah malam tadi.
Perubahan itu terjadi kerana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menjadikan bandar itu sebagai tapak mereka memperingati kemunculan pertubuhan berkenaan setahun lalu.
Ia dibidani sejumlah bekas pemimpin kanan Umno termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassing - masing-masing pernah menjadi presiden dan timbalan presiden kepada Umno.
Kemeriahan tapak sambutan itu mula dirasai seawal jam 11 pagi. Pelbagai acara disusun, termasuk demonstrasi memasak, bengkel pemasaran atas talian dan bola sepak jalanan.
Seperti selalu ada banyak gerai menawarkan pelbagai produk, terutama makanan. Satu daripadanya dikendalikan Pengerusi BERSATU Terengganu Datuk Razali Idris.
Ahli politik berusia 51 tahun itu berkata beliau menjual 100 helai samping bertenun edisi terhad dengan logo BERSATU. Setiap helai berharga RM500 dan wang berkenaan akan disumbangkan kepada tabung parti itu di Terengganu
Kini aktif bersama BERSATU Razali berkata beliau merasai perbezaan besar berbanding ketika masih bersama Umno dulu.
"Kita (BERSATU) tak sama dengan Umno. Umno bagi peruntukan semua tetapi BERSATU datang ke sini dengan satu perjuangan.
"Parti tak bagi satu sen pun duit belanja tetapi anggota parti datang sendiri. Ada yang datang lebih awal dari Terengganu.
"Saya sendiri memandu tujuh jam dari rumah di Kuala Nerus, termasuk singgah di KL terlebih dulu," katanya.
Ditanya sama ada keadaan itu memenatkan, Razali yang sebelum ini menjadi orang kuat Umno Marang berkata hal itu perlu diketepikan dulu demi perjuangan menumbangkan BN.
"Letih, masalah kewangan - kita letak ke tepi. Kita buat apa yang patut," katanya yang mendakwa semangat sama turut dapat dilihat di negeri-negeri lain.
Ajak lawan sama-sama
Ditanya mengenai keadaan semasa politik Razali berkata tidak pernah ada perdana menteri yang "mempunyai wang RM2.6 bilion" dalam akuan persendiriannya.
"Tak pernah ada. Jadi perdana menteri sekarang sudah pecah rekod, jadi saya rasa tak boleh dah.
"Ada sahabat yang bagi nasihat pada dia, sahabat itu pulak kena pecat," katanya.
Justeru katanya jalan yang ada ialah menubuhkan sebuah parti baru yang lebih kurang sama dengan Umno.
"Siapa yang tak suka Umno, kita persilakan masuk BERSATU, kita akan lawan BN," katanya
Pengerusi BERSATU Negeri Sembilan, Kamarulzaman Kamdias (gambar), pula berkata perbezaan antara Umno dan parti yang disertainya kini ibarat langit dengan bumi.
"Dulu dalam Umno semuanya berkaitan wang tetapi sekarang bersama BERSATU ni, kami keluar duit sendiri, bersusah payah. Tidak ada siapa yang bantu," katanya.
Namun katanya ia dilakukan atas kesedaran sendiri dan keazaman mahu mengubah kerajaan.

Bolehkah tsunami Melayu berlaku pada PRU14?

PERALIHAN undi orang Melayu secara besar-besaran atau "tsunami Melayu" kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) masih jauh daripada realiti, kata penganalisis.
Mereka berkata, walaupun ramai orang Melayu menghadiri program anjuran PH terutamanya selepas Dr Mahathir Mohamad mengetuai gabungan itu, belum tentu kehadiran tersebut akan diterjemahkan sebagai undi.
Timbalan Pengerusi Insititut Darul Ehsan (IDE) Prof Dr Redzuan Othman berkata, sehingga kini, gelombang pengundi Melayu terutamanya di luar bandar masih belum kelihatan.
“Saya masih belum nampak tsunami Melayu nak berlaku pada masa ini.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar berkata pengundi Melayu cenderung mengundi kerana parti berbanding faktor calon mahupun isu yang diperjuangkan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 September, 2017.
“Dalam pemerhatian saya di ceramah-ceramah PH di luar bandar yang menampilkan Dr Mahathir Mohamad seperti di Bera, Pahang, ramai yang hadir tetapi masih belum kelihatan mereka nak bagi komitmen untuk bersama PH,” kata Redzuan kepada The Malaysian Insight.
Katanya, keadaan ini berbeza ketika tsunami politik berlaku pada 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hilang majoriti dua pertiga buat pertama kalinya sejak tahun 1969.
“Pada ketika itu memang sudah boleh nampak komitmen rakyat untuk bersama pembangkang. Walaupun ramai yang hadir ke program ceramah sekarang, euforia seperti 2008 dalam kalangan orang Melayu masih belum kelihatan.
“Kalau nak kata peningkatan kos sara hidup bakal mengubah undi mereka saya tengok sukar juga, sebab walaupun ramai orang terkesan disebabkan peningkatan kos sara hidup, tapi belum sampai tahap tak makan.
“Saya tengok Raya Haji baru ini, di Perak dan Pahang, lembu yang dikorbankan banyak juga, ada yang sampai 10 ekor satu kampung,” kata bekas pensyarah Universiti Malaya itu.
Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) itu berkata, mengikut kajian yang dilakukan IDE pada 11-16 Ogos 2017 melibatkan 4,486 responden di 130 daripada 165 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, 50% daripada pengundi sudah pun membuat keputusan parti mana bakal diundi pada PRU14.
Domino Semenanjung
Tsunami Melayu mula diperkatakan oleh Ahli Strategi DAP Liew Chin Tong dalam tulisannya bertajuk “Domino Semenanjung” pada Julai 2015, dengan meletakkan asas peralihan undi Melayu di kawasan yang dikuasai Umno.
“(Pada PRU13) Umno memenangi 88 kerusi di peringkat nasional, termasuk 14 kerusi dari Sabah dan satu dari Labuan, manakala 73 kerusi selebihnya datang dari Semenanjung Malaysia.
“Daripada 73 kerusi di Semenanjung, Umno dijangka menang sekurang-kurangnya 30 kerusi di kawasan kampung, yang sememangnya disediakan untuk Umno dengan campuran undi Felda, undi pos, dan kerahan jentera kerajaan.
“Daripada 39 kerusi marginal yang dimenangi Barisan Nasional (BN) dengan majoriti kurang daripada 10% dalam PRU yang lalu, 32 kerusi itu dimiliki Umno. Inilah gelanggang pertaruhan untuk PRU akan datang,” tulis ahli Parlimen Kluang itu.
Istilah tsunami Melayu menjadi popular tahun ini dan turut diperkatakan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin. Ahli Parlimen Pagoh itu menjangkakan tsunami Melayu akan melanda Malaysia pada PRU14 menyebabkan Umno dan BN tersingkir dari Putrajaya.
Kajian dilakukan firma Politweet mendapati BN mendapat 51% undi Melayu di Semenanjung Malaysia pada PRU13. Kajian itu juga mendapati PAS mewakili 21% undi Melayu di Semenanjung Malaysia.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar berkata, istilah tsunami Melayu dilontarkan untuk memberikan harapan dan pemikiran optimis kepada PH untuk memecahkan dominasi Umno di kawasan majoriti Melayu terutamanya di luar bandar.
“Namun begitu, untuk mewujudkan satu gelombang luar biasa sehingga mencecah skala magnitud tsunami dalam pola politik Melayu satu misi yang berat dan mencabar malah hampir mustahil sifatnya.
“Tsunami pada istilahnya ialah berpunca daripada rekahan lapisan bumi bawah permukaan lautan menghasilkan gelombang besar dan membadai secara mengejut. Skala impaknya besar,” kata Hisommudin kepada The Malaysian Insight.
Katanya, melihat kepada pola pengundi Melayu dalam sejarah politik, ada sedikit “gegaran” semasa era Reformasi selepas Dr Mahathir memecat Anwar Ibrahim pada 1998.
“Sehebat goncangan Melayu ketika itu tidak berlaku pada skala nasional kerana pengundi Melayu di zon tengah dan selatan Semenanjung Malaysia tidak mencukupi di samping undi bukan Melayu masih kekal dengan BN ketika itu. Tidak wujud tsunami Melayu.

'Yang tengah-tengah jarang dapat undi'



Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mengingatkan tumpuan sepenuhnya perlu diberi dalam usaha Pakatan Harapan (PH) menentang Umno-BN pada pilihan raya akan datang kerana rakyat jarang memilih pihak yang kabur pendirian.
Sebaliknya, pengundi jelas memilih calon bertanding dari blok parti yang diyakini dapat mentadbir negara ini bukannya bersendirian seperti dapat dilihat dalam siri-siri pilihan raya lalu.

"Kita dalam PRU (pilihan raya umum) akan datang antara Pakatan Harapan lawan BN. Jangan kita 'dok uk ek ek' mana lagi dah.
"Selalunya, rakyat pilih kumpulan mana yang boleh memerintah sama ada pilih Pakatan Harapan atau tolak BN. Dua itu saja sama ada tolak BN atau pilih Pakatan Harapan.
Mohamad Sabu rasmi Konvensyen AMANAH Selangor"Yang tengah-tengah jarang mendapat undi," tegasnya dengan memetik perbezaan jumlah undi yang diperoleh Datuk Ibrahim Ali sebagai calon Bebas dan ketika bertanding di bawah Pas yang dahulunya bersama Pakatan Rakyat.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen AMANAH Selangor kali kedua di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), hari ini.

Tanpa menyebut nama Pas, beliau selanjutnya yakin parti yang bertanding tetapi tidak lebih hanya merosakkan keputusan undi akan ditolak berdasarkan pengalamannya selama 40 tahun dalam pembangkang.
"Parti itu kebanyakannya akan hilang wang pertaruhan di seluruh pantai barat. Sebab itu, pengikut parti lama saya (Pas) datanglah bersama-sama Pakatan Harapan.
"Kalah tidak mahu AMANAH, pilih Keadilan. Tidak mahu Keadilan pilih Bersatu. Tidak mahu Bersatu, pilih DAP," ujarnya.
Mengulas dakwaan pihak Pas kononnya mengundi Pakatan Harapan bererti memberi undi kepada DAP, Mohamad mengakui berbangga dengan bentuk kempen tersebut kerana Pas dilihat tidak akan mendapat undi lagi.
"Saya berbangga, sebab kita juga boleh berkempen undi DAP bererti undi Pakatan Harapan. Undi Keadilan undi Pakatan Harapan.
"Undi AMANAH dan Bersatu bererti mengundi Pakatan Harapan. Mana ada undi untuk mereka (Pas) lagi?" katanya dalam nada berseloroh.

Songkok tinggi, baju Melayu Merah ikrar tentang Umno

Kira-kira 5,000 hadirin berikrar menyelamatkan negara daripada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sempena ulangtahun pertama PPBM malam tadi.
mahathir-mohamad-ppbm-ulangtahunMUAR: Bersongkok tinggi, baju Melayu dan berkain sampin merah memperlihatkan semangat perjuangan Melayu yang sinonim dengan Umno oleh kira-kira 5,000 hadirin di Dewan Y Square Connexion malam tadi.
Bezanya tidak kelihatan “keris” yang menjadi lambang Umno, sebaliknya deretan bendera “bunga raya” PPBM tersusun di sepanjang jalan pintasan Muar-Bakri.
Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini merupakan presiden Umno kini berucap atas kapasiti pengerusi PPBM menggesa agar parti lama ditumbangkan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Laungan “Hidup Umno” dan nyanyian lagu “Bersatu Bersedia, Berkhidmat” di dalam dewan, digantikan dengan laungan “Hidup Bersatu” dan lagu “Perjuangan Kita” yang merupakan lagu rasmi PPBM.
Menjadi parti tunggal untuk Bumiputera dalam blok pembangkang Pakatan Harapan, Dr Mahathir menyeru agar ahli-ahli PPBM bersamanya memulihkan negara daripada “dibinasakan” Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Kami ikrar akan pulih semula negara tercinta ini untuk rakyat semata-mata.
“Kami seru pribumi dan bukan pribumi bersatu untuk jayakan hasrat kita semua,” kata Dr Mahathir dalam ucapannya malam tadi.

'Jangan wala' membuta tuli kepada pemimpin'



Perbuatan tikam belakang, adu domba untuk mendapat habuan dan kedudukan adalah permainan politik lama yang sudah tidak sesuai untuk dijadikan budaya dalam situasi politik kini.
"Malah wala' dan taat setia kepada pemimpin secara membuta tuli serta menganggap pemimpin sentiasa benar adalah antara amalan yang sudah tidak boleh digunakan," kata Setiausaha Agung AMANAH Mohd Anuar Tahir semasa merasmikan Konvensyen AMANAH Pulau Pinang di Dewan Yayasan Aman, Penanti, semalam.
Mohd Anuar TahirMenurut beliau lagi, amalan seperti mengkafirkan orang lain adalah amalan yang tidak akan menambahkan pemikiran baru serta tidak harus dijadikan teladan oleh Amanah.
"Amanah merupakan parti yang tubuh dalam zaman alaf baru dan tidak harus berada pada tahap pemikiran politik lama.
"Politik alaf baru kini harus tidak lagi dikuasai oleh amalan khianat mengkhianati antara satu sama lain.
"Kita harus keluar dari kepompong yang mengamalkan politik lama serta mewujudkan kelompok baru Islam yang tidak kelaskan orang pada kelas 1, 2 dan sebagainya," jelas beliau lagi.
Sehubungan itu katanya, bagi menghadapi perubahan tersebut, seluruh negara telah pun menubuhkan Pakatan Harapan (PH) secara rasmi.
Ujarnya lagi, setakat ini PH telah pun membentuk lebih dari 100 kerusi Parlimen di seluruh negara.

"Insya Allah, pada penghujung September 100 Parlimen PH akan dilancarkan.
"Kejayaan ini dalam tempoh yang amat singkat membuktikan bahawa PH mempunyai kekuatan dan mendapat sokongan yang amat memberangsangkan dari golongan akar umbi.
"Justeru itu kita akan mereaslisasikan aspirasi yang amat diharapkan oleh rakyat bagi PH mengambil alih pentadbiran negara dalam pilihan raya umum ke 14 yang akan datang," tegasnya lagi.
Tambah Anuar lagi, kekuatan yang ada pada komponen PH amat meyakinkan kemenangan yang bakal dicapai melalui beberapa pendekatan dan strategi yang telah diatur.
Oleh kerana itu katanya, menolak politik kebencian seperti yang menjadi amalan BN kini sudah tidak relevan lagi.
"Rakyat kini amat dahagakan pembaharuan dalam tempoh segera.
"Reformasi yang akan berlaku dengan amalan demokrasi menjelang pilihan raya yang akan datang, amat dinanti oleh majoriti rakyat dalam negara ini.
"Rentetan itu, ayuh kita bangkit dan pastikan PH mampu untuk menjadi pentadbir negara bagi menggantikan Umno dan BN tidak lama lagi, " saran beliau lagi.

Bersatu bukan saingan parti dalam Pakatan Harapan



Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang ditubuhkan tidak sekali-kali menjadi saingan kepada parti gabungan dalam Pakatan Harapan tetapi kewujudannya akan menjadi sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) meraih kejayaan dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, tujuan penubuhan partinya setahun lalu bukan kerana kepentingan peribadi sebaliknya hanya berkepentingan negara, bangsa dan agama yang menjadi matlamat rakyat dan parti.
"Diantara parti lawan ialah parti DAP, parti yang kami dahulu bermusuh ketat. Tetapi parti DAP juga sedar mereka tidak mungkin kalahkan BN tanpa kerjasama dengan semua parti lawan Melayu (PKR, AMANAH dan Bersatu).
"DAP tidak mungkin mendominasi gabungan parti lawan kerana wakil rakyat DAP tidak lebih ramai dari wakil rakyat Melayu, demikian juga kawasan dan wakil rakyat bukan Melayu tidak melebihi Melayu.
"Tiga buah parti Melayu dalam Pakatan Harapan jauh lebih ramai. Tetapi Pakatan Harapan tidak akan mengabaikan tanggungjawab dan keadilan terhadap bukan Melayu. Layanan terhadap mereka akan menjadi sebahagian dari dasar kami.
"Sepertimana Umno tidak didominasi oleh MCA dan MIC. Demikian jugalah parti-parti Melayu dalam Gabungan Pakatan Harapan tidak akan didominasi oleh DAP," ujarnya ketika berucap dihadapan lebih kurang 3,000 ahli-ahli Bersatu yang hadir dalam Himpunan Rakyat sempena sambutan ulang tahun pertama Bersatu yang diadakan di dewan Y Square Connexion, Bakri Muar malam tadi.
Turut hadir dikalangan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan antaranya Presiden Amanah Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan pimpinan negeri parti dalam gabungan.
Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan turut menyentuh mengenai kerosakan moral, budaya dan maruah bangsa dan penghapusan nilai mulia yang selama ini menjadi amalan pemimpin negara sebelum ini.
Bagaimanapun ia telah dicemari dengan kerosakan yang dakwanya dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
"Kerosakan yang dilakukan oleh Najib kepada negara adalah terlalu banyak untuk disenarai semuanya. Apa yang disebut hanyalah satu per tiga atau satu per empat sahaja daripada perbuatan Najib yang merosakkan negara.

'Paling aneh Umno dianggap kawan baru'



Pengerusi AMANAH Selangor, Ir Izham Hashim menganggap sikap mutakhir Pas yang membenci DAP bertambah aneh apabila boleh berbaik dengan Umno yang merupakan musuh tradisinya selama ini.
Menurutnya, situasi tersebut menjadikan Pas tidak relevan lagi dalam kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) memandangkan tempoh pembubaran Parlimen bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) semakin suntuk.
Izham Hashim"Tidak ada kerjasama lagi dengan Pas untuk PRU-14 walaupun Pakatan Harapan berharap kerjasama lebih luas dengan pembangkang. Kita lihat Pas punya banyak dolak-dalih.
"Antaranya, menganggap DAP musuh tegar Islam tetapi yang anehnya DAP yang sama boleh jadi kawan dalam dua pilihan raya umum lalu dan sekarang masih bersama dalam kerajaan negeri Selangor.

"Malah Pas sebelum ini telah menandatangani perjanjian untuk turut sama menjaga Islam. Lebih aneh, Umno yang ditentang berpuluh tahun lalu pula dianggap kawan baru," tegasnya hari ini.
Berucap dalam Konvensyen AMANAH Selangor kali kedua di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), beliau berkata, kejayaan PH di negeri itu yang sebelum ini dikenali sebagai Pakatan Rakyat adalah hasil kesepakatan politik.
Izham berkata, gabungan mantap keempat-empat parti dalam Pakatan Harapan dilihat berupaya menjatuhkan rejim Umno-BN pada PRU14.
"Walaupun kami baru dalm parti tetapi berpengalaman dalam politik dan pilihan raya. Pakatan Harapan tidak kurang dari segi kepimpinan dalam menggantikan Umno-BN yang hilang arah," ujarnya lagi.
Turut hadir di konvensyen yang dirasmikan oleh Presiden AMANAH Mohamad Sabu ini ialah Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin merangkap Ahli Parlimen Ampang; Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua merangkap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara; Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari serta wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh pimpinan masyarakat.

BERSATU mahu hadkan kuasa PM untuk melantik

Mat Sabu, 'Top Dog' AMANAH bertanding di Selangor?

Fahaman celaka!, Mat Sabu bidas 'agamawan' pertahan UMNO@BN

MAT SABU: KONVENSYEN PARTI AMANAH NEGARA SELANGOR 2017

ISU ALAT PENJIMAT MINYAK YANG DIPERKENALKAN DATO' HUSAM MUSA

Lebih 50 peratus PPBM merupakan anak muda 35 tahun ke bawah

Ucapan Penuh TS Muhyiddin Di Sambutan Setahun PPBM

Gambar pakai baju lokap lebih utama, kata Dr M

Teka-teki Pendirian PAS Dalam PRU Ke-14

Oleh A Kadir Jasin 

FRASA yang digunakan oleh Pakatan Harapan (PH) dalam kenyataan akhbarnya selepas mesyuarat Majlis Presidennya pada 28 Ogos lalu ialah “tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-14”.

Itu adalah bahasa lembutnya. Dalam pengertian sebenar, maksud yang hendak disampaikan ialah mustahil bagi PH kerjasama dengan PAS.

Hatta parti-parti dan pemimpin-pemimpin PH yang bersedia tertolak ansur dengan PAS pun akhirnya mengaku kalah. Pendirian luar biasa pemimpin-pemimpin PAS membingungkan mereka.

Kelmarin cakap lain. Hari ini cakap lain. Esok entah apa akan dicakapkan. Lain pemimpin lain cakapnya. Malah pemimpin yang sama pun bertukar cara dan selera mengikut apa yang lebih popular dan selesa.

Mohon maaflah kalau saya kata, amat sukar membezakan yang mana satu cakap orang agama dan yang mana satu cakap gedebe politik.

Ramai pemimpin PH pada awalnya memberi muka kepada PAS. Malah ada beberapa orang yang sanggup berjumpa, berbincang dan bersetuju itu dan ini dengan PAS.

Dalam proses itu mereka mengorbankan kelancaran, perluasan dan perjalanan PH.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) misalnya menangguhkan keputusan menyertai PH kerana mahu memberi masa dan peluang kepada PAS membuat kata putus.

Penyokong kerjasama dengan PAS dalam PKR dan PPBM mengambil risiko kerana bukan semua dalam parti mereka mahu bekerjasama dengan PAS. Malah ramai yang daripada awal lagi menolak kerjasama dengan PAS.

Setelah melihat perceraian dalam rumah tangga PAS pada Muktamar 2015 yang disusuli dengan cerai talak tiga dengan DAP dan perpisahan tanpa talak dengan PKR, ramai pemimpin PPBM berasa adalah sukar menjalin kerjasama dengan PAS.

Namun begitu, sampai hari ini pun masih ada sisa-sisa harapan bahawa PAS boleh dibawa berunding. Pintu rundingan mungkin sudah tertutup tetapi, seperti kata sesetengah pemimpin PH, tingkap masih terbuka.

Dalam politik tidak ada istilah mustahil. Misalnya, PAS boleh berpecah mengikut negeri dan menjalin kerjasama dengan PKR atau PPBM.

Misteri Agamawan

Saya yakin banyak orang dan pihak cuba mendalami dan memahami apa yang sebenarnya berlegar di dalam benak kepimpinan PAS yang kini didominasi oleh golongan agama.

Walaupun saya sudah mengenali PAS sejak zaman remaja saya pada tahun 1960-an, ikhlas saya katakan bahawa adalah lebih rumit memahami tindak-tanduk agamawan PAS daripada memahami golongan bukan agama yang telah ditendang keluar pada pemilihan pucuk pimpinan 2015.

Mungkin saya terlalu jahil untuk memahami roh suci agamawan PAS maka saya keliru dengan usik-mengusik dan cinta berahi yang semakin semerbak di antara ketua-ketua PAS dengan para pembesar Umno/Barisan Nasional.

Saya faham tindakan agamawan PAS menggunakan ortodoksi dan retorik agama untuk menyingkirkan golongan profesional. Mereka berasa terancam oleh kecanggihan golongan ini dan peningkatan pengaruh mereka di kalangan ahli dan penyokong parti.

Selepas kematian Tok Guru (Datuk Seri) Nik Abdul Aziz Nik Mat pada bulan Februari 2015, golongan agamawan PAS yang diketuai Tuan Guru (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang bimbang mereka tidak dapat lagi mengawal golongan profesional yang semakin berpengaruh.

Kumpulan profesional ini amat berjaya menjalin kerjasama dengan parti-parti Pakatan Rakyat (PR) dan pada masa yang sama menarik sokongan golongan bukan agama untuk menjadi ahli dan penyokong PAS.

Apa sebenarnya sudah jadi dengan PKR?

KETIKA Pakatan Harapan (PH) semakin tersusun selepas Dr Mahathir Mohamad menjadi pengerusi, parti komponennya PKR dilanda krisis besar.


Oleh
 
Krisis dalaman PKR ini dikatakan sudah bermula sebelum Ketua Umumnya Anwar Ibrahim dipenjarakan pada 2015 akan tetapi meletus baru-baru ini selepas pemimpin-pemimpin kanannya berperang secara terbuka menggunakan media.

Krisis dalaman PKR bermula apabila Langkah Kajang yang digerakkan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution pada 2014 untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor dan menobatkan Anwar tergendala kerana akhirnya Mohamed Azmin Ali dilantik Sultan Selangor sebagai ketua negeri itu.

Langkah Kajang ini juga dikatakan sebagai punca perpecahan Pakatan Rakyat (PR) yang turut dianggotai PAS sebelum ini.

Ini kerana PAS mahu Khalid terus menjadi menteri besar Selangor dan alasan diberikan PKR untuk menyingkirkan Adun Pelabuhan Klang itu tidak meyakinkan mereka.

Sementara DAP pula yang sebelum itu turut terkejut dengan pengumuman Langkah Kajang oleh PKR akhirnya akur dan menyokong langkah parti pimpinan Anwar itu.

Selepas Azmin dilantik sebagai menteri besar Selangor perpecahan dalaman PKR semakin jelas dan wujudnya kem Rafizi-Saifuddin dan kem Azmin.

Keadaan menjadi semakin buruk selepas Anwar dipenjarakan apabila pemimpin-pemimpin dari kem berbeza yang bertemu ketua umum PKR itu sama ada di penjara atau mahkamah membawa pulang maklumat berbeza-beza.

Apabila Anwar dipenjarakan pada 2015, PKR turut kehilangan tokoh yang penyatu kepada pelbagai kumpulan di dalam parti itu.

Perlu diingat, PKR merupakan satu-satu parti yang mempunyai pebagai kumpulan berbeza latar belakang ideologi seperti dari Umno, Parti Rakyat Malaysia (PRM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Jemaah Islah Malaysia (JIM), pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis reformasi.

Selepas Anwar dipenjarakan, pemimpin-pemimpin PKR dari pelbagai latarbelakang ideologi tidak lagi mempunyai penyatu dan mereka mula bergerak mengikut kumpulan masing-masing.

Siapa yang terlibat?

Watak utama dalam perpecahan PKR ini ialah kumpulan Rafizi-Saifuddin dan kumpulan Azmin.
Dalam satu kenyataan sebelum ini, Rafizi menyenaraikan dua kem berbeza dalam PKR:

Kem Azmin: Chua Tian Chang, Shamdul Iskandar dan Xavier Jeyakumar, Dr Shaharuddin Badaruddin, Zuraida Kamaruddin (ketua wanita), anggota biro politik Sivarasa Rasiah, Saifuddin Abdullah, Kamaruddin Jaafar, Fahmi Fadzil (pengarah komunikasi), N Surendren, serta pemimpin utama parti Elizabeth Wong, Hee Loy Sian, Siti Aishah Sheikh Ismail, Mohamad Nur Manuty, Latheefa Koya, Dr Afif Bahardin dan Haniza Talha.

Kem Rafizi: Sim Tze Tzin (pengarah strategik), Fariz Musa (ketua setiausaha pengelola), Abdul Hadi Al-Khatab (pengerusi Lembaga Disiplin) dan Christina Liew (pengerusi Sabah), pemimpin exco negeri Abdullah Sani Abdul Hamid, Wong Chen, Rodziah Ismail, Fuziah Salleh, S Manivannan, Gooi Hsiao Loong, Azan Ismail, Dr Idris Ahmad, Dr Azman Ismail, Hassan Karim dan Aminuddin Haron.
Kesan perpecahan PKR

Apa nasib Bersatu kalau Dr Mahathir tiada....

Oleh Noor Azam Shairi, Bede Hong 

KEPIMPINAN Dr Mahathir Mohamad menuju Pilihan Raya Umum Ke-14 adalah antara kesan besar yang dibawa oleh Bersatu selepas setahun parti itu muncul dalam gelanggang politik Malaysia, kata penganalisis.

Bagaimanapun penganalisis berpendapat kekuatan Bersatu sangat bergantung dan menumpang kepada personaliti Dr Mahathir sehingga timbul tanda tanya, apa akan jadi pada parti itu sekiranya pengerusi mereka itu sudah tiada.

Penganalisis mengakui belum nampak gambaran jelas bagaimana parti serpihan Umno itu boleh bertahan sekiranya berlaku sesuatu kepada pengerusi parti itu yang kini berumur 92 tahun.

“Jelas kalau kita tengok, Bersatu ini menumpang atas faktor Dr Mahathir. Dr Mahathir ini ibaratnya tiang seri Bersatu. Kalau tidak ada Dr Mahathir, kita tidak tahu apa yang boleh berlaku pada Bersatu,” kata Pengarah Ilham Centre, Hisommudin Bakar

“Itulah sebabnya sekarang ini kita tengok betapa hebatnya serangan dilakukan terhadap Dr Mahathir. Ini semata-mata adalah untuk mengurangkan atau mengendurkan pengaruh Dr Mahathir yang seterusnya akan melemahkan sokongan rakyat kepada Bersatu,” tambahnya.

Hisommudin merujuk kepada isu masa lalu yang dibangkitkan semula dan dikaitkan dengan pentadbiran 22 tahun bekas perdana menteri itu, termasuk peristiwa berdarah Memali 1985 dan kerugian Bank Negara Malaysia akibat urus niaga mata asing antara 1988 dan 1994.

Kerugian Bank Negara Malaysia itu sedang disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) manakala baru-baru ini, kerajaan turut menyatakan kesediaan menubuhkan RCI untuk menyiasat peristiwa Memali.

Bersatu yang diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 8 September 2016 merayakan ulang tahun pertama dengan rapat umum yang digelar Himpunan Rakyat Bermaruah di Muar, Johor, hari ini.

Hisommudin menambah kepimpinan dan personaliti dua lagi pemimpin kanan Bersatu, Presiden Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Mukhriz Mahathir belum cukup kuat pengaruhnya di peringkat nasional berbanding Dr Mahathir.

“Muhyiddin dan Mukhriz masing-masing nampak lebih berpengaruh di negeri, di Johor dan di Kedah,” tambahnya.

Menurut Hisommudin, faktor Dr Mahathir bukanlah sesuatu yang boleh diremehkan dan Barisan Nasional (BN), katanya, cukup menyedari pengaruh bekas perdana menteri itu dalam PRU14 akan datang.

Beliau membandingkan bagaimana Dr Mahathir menggerakkan kempen menjatuhkan penggantinya Abdullah Ahmad Badawi dengan kempen yang sekarang sedang beliau terajui bersama Pakatan Harapan (PH).

“Dulu masa lawan Pak Lah (Abdullah), Dr Mahathir hanya menulis di blog, mendapat sokongan daripada blogger dan tidak ada parti politik.

“Tetapi sekarang, beliau sudah ada parti politik dan ada jentera, media juga sudah berkembang dengan lebih pesat dan beliau juga mengetuai pembangkang,” kata Hisommudin, merujuk kepada kedudukan Dr Mahathir sebagai pengerusi PH.

“Saya yakin, ini tentunya menggusarkan Umno,” tambahnya.

Parti Warisan Sabah menggugat?

“SAYA bukan wakil keluarga. Saya adalah wakil rakyat”.
Demikian antara kata-kata penting yang mengandungi banyak makna tersirat yang diungkapkan oleh Shafie Apdal dalam satu pertemuan baru-baru ini, setelah hampir setahun selepas Parti Warisan Sabah ditubuhkan.
Shafie keluar Umno kira-kira dua minggu selepas Majlis Tertinggi Umno menggantung keahliannya dalam parti. Penyokong Shafie percaya pemimpin mereka itu tidak diberikan peluang membela diri dengan surat tunjuk sebab sebelum MT Umno membuat keputusan. Mereka juga percaya penggantungan itu dicadang dan disokong oleh ahli politik kanan Umno Sabah.
Shafie digantung pada hari yang sama MT Umno mengambil keputusan memecat timbalan presiden parti, Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah, Mukhriz Mahathir.
Shafie sebelum ini ialah naib presiden Umno dan ketua Umno Bahagian Semporna.
Pada pemilihan Umno 2014 beliau berjaya memperoleh 174 undi, yang kedua tertinggi selepas Ahmad Zahid Hamidi yang mendapat 185 undi. Kerusi ketiga naib presiden Umno diduduki oleh Hishammuddin Hussein yang hanya dapat 100 undi.
Keputusan pemilihan itu membayangkan pengaruh, populariti dan sokongan Shafie dalam Umno. Namun sejauh manakah populariti Shafie selepas keluar Umno dan menubuhkan Parti Warisan Sabah?
Kias Shafie
Selepas Shafie digantung, Naib Ketua Umno Bahagian Semporna Jaujan Sambakong pula mengumumkan keluar parti bersama tiga ketua sayap Pemuda, Wanita dan Puteri serta penyokong-penyokong mereka.
Keputusan Shafie meletak jawatan parti amat mengejutkan. Walaupun katanya ada usaha dalam kalangan kepimpinan Umno untuk memujuk agar beliau membatalkan hasratnya meninggalkan Umno, Shafie tegas dan muktamad dengan keputusan dan pendiriannya.
Pendiriannya itu ada kaitan dengan kata-katanya secara berkias pada satu pertemuan baru-baru ini: “Sekiranya imam tidak betul, makmum berhak menegur, menasihat dan mengingatinya. Saya dalam barisan makmum di barisan hadapan. Sudah tentu saya lebih tahu dan lebih dekat akan kekhilafan imam berbanding makmum yang berdiri di saf belakang.”
Parti Warisan yang beliau tubuhkan mencatat sejarah, ada lima wakil rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum walaupun parti itu belum berdaftar.
Struktur partinya menyerupai struktur Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak yang melibatkan perwakilan pelbagai etnik dalam setiap peringkat.
Dalam konteks politik Sarawak, acuan ini sangat berjaya berbanding parti yang didominasi oleh satu etnik sahaja. Struktur parti yang kukuh seumpama ini mampu melonjakkan kemenangan kepada Parti Warisan dan ini sudah pasti suatu cabaran besar kepada BN di Sabah.

BERSATU mahu hadkan kuasa PM untuk melantik

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bercadang meletakkan had terhadap kuasa perdana menteri untuk melantik ketua-ketua dalam berbagai institusi kerajaan.
"BERSATU akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan HARAPAN beberapa perubahan dan reformasi besar yang akan kita laksanakan jika berjaya ke Putrajaya.
"Antaranya kuasa perdana menteri dalam pelantikan ketua-ketua institusi utama negara seperti peguam negara, ketua polis negara, ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia akan dihadkan.
"Perlembagaan Persekutuan akan dipinda untuk memastikan perdana menteri tidak mempunyai kuasa untuk melantik atau memecat ketua-ketua institusi ini dengan sewenang-wenangnya," kata presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Beliau berkata demikian kepada sekitar 2,500 hadirin dalam majlis sambutan ulang tahun pertama BERSATU di Muar, Johor malam ini
Kuasa untuk melantik dan memecat para pegawai tinggi intitusi awam telah dikritik dengan hebat setelah perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak secara tiba-tiba menyingkirkan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara atas 'sebab-sebab kesihatan' pada Julai 2015.
Pada waktu itu, Gani sedang mengetuai pasukan petugas khas yang menyiasat skandal 1MDB.
Pengganti beliau Tan Sri Mohamad Apandi Ali telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku pada Januari 2016. Keputusan tersebut dipertikaikan para pengkritik perdana menteri.
Muhyiddin berkata skandal 1MDB menunjukkan bagaimana kuasa dan pengaruh perdana menteri mengekang kebebasan institusi-institusi awam seperti SPRM, pasukan polis dan pejabat peguam negara.
"Akibatnya banyak kes-kes berprofil tinggi terutamanya yang melibatkan perdana menteri dan orang-orang di sekelilingnya tidak diambil tindakan walaupun terdapat bukti kukuh untuk mensabitkan mereka dengan kesalahan jenayah," kata beliau lagi.
Sebelum ini HARAPAN berjanji akan membataskan jawatan perdana menteri untuk hanya dua penggal sahaja, jika gabungan itu membentuk kerajaan baru.
Muhyiddin dalam ucapan beliau malam ini juga berkata BERSATU akan mendesak perubahan yang akan menghalang perdana menteri daripada menjadi menteri kewangan.

BERSATU TERUS MENGGEGAR, GAMBARAN POSITIF UNTUK MENJADI KERAJAAN

Semalam telah diadakan majlis sambutan ulangtahun pertama kelahiran Bersatu. Majlis diadakan di Muar, Johor.

Sambutannya sungguh-sungguh di luar jangkaan. Di dalam dan di luar dewan penuh sesak dengan kehadiran yang menggambarkan rakyat begitu dahagakan perubahan.

Bukan saja rakyat Johor yang hadir, tetapi juga pendokong dan pencinta perubahan daripada seluruh negara.

Yang penting, mereka hadir tidak dibekalkan duit poket, tidak disediakan wang tambang, jauh sekali dipaksa hadir dengan dipaksa menaiki bas-bas percuma.

Semuanya hadir kerana sayangkan negara, diiringi semangat perubahan yang tidak pernah padam selagi kejayaan tidak berada dalam genggaman.

Gambar ini adalah saksi nyata bahawa  Bersatu bersama rakan-rakan Pakatan Harapan akan terus menggegar untuk menghalau pendurjana dan kleptokrat yang selama ini merosakkan negara serta membuatkan rakyat sengsara.

Pakatan Harapan umum janji 100 hari tawan Putrajaya

PAKATAN Harapan (PH) akan menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), membaik pulih institusi kerajaan dan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat 1MDB dalam 100 hari pertama, kata Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin malam ini.
Bersatu menyambut ulang tahun pertamanya di Muar malam ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 9 September, 2017.“Kami berjanji dalam tempoh 100 hari selepas membentuk kerajaan, Pakatan Harapan akan menghapuskan GST, menstabilkan harga petrol, memberi fokus kepada usaha meringankan beban kos sara hidup rakyat, memulakan reformasi institusi secara menyeluruh, memerangi rasuah hingga ke akar umbi, menubuhkan Suruhanjaya DiRaja Skandal 1MDB dan memulihkan Felda," kata Muhyiddin dalam ucapan pada sambutan ulang tahun pertama Bersatu di Muar malam ini.
"Tujuh perkara utama ini akan kita laksanakan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat, mengembalikan maruah negara yang tercalar di mata dunia dan meletakkan semula Malaysia pada landasan yang betul untuk mencapai kegemilangan buat bangsa dan negara kita," tambahnya.
Muhyiddin berkata Bersatu juga akan mencadangkan kepada PH untuk mengkaji semula dasar mengenai upah dan pengambilan pekerja asing  di Malaysia.
"Kemasukan pekerja asing secara haram yang dianggarkan berjumlah 6 juta orang pada masa ini atau 40 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja negara kita adalah antara punca kelembapan dalam peningkatan upah pekerja di Malaysia," kata Muhyiddin.
Katanya, dengan pengurusan ekonomi yang lebih cekap dan ketiadaan ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan, berbilion ringgit wang negara dapat diselamatkan. Ia akan disalurkan semula kepada rakyat dalam bentuk subsidi untuk keperluan asas beras, minyak masak dan gas.
"Kami percaya ini akan memastikan harga makanan kekal rendah."
Menghadkan tempoh PM kepada 2 penggal
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata 1MDB telah menunjukkan yang institusi-institusi penting negara – Pejabat Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)– gagal berfungsi secara bebas, adil dan saksama Ini kerana kesemua institusi ini berada di bawah pengaruh dan kuasa perdana menteri.
"Akibatnya, banyak kes-kes berprofil tinggi terutamanya yang melibatkan Perdana Menteri dan orang-orang sekelilingnya tidak diambil tindakan walaupun terdapat bukti kukuh untuk mensabitkan mereka dengan kesalahan jenayah di bawah undang-undang negara.
"Jadi Bersatu akan mencadangkan kepada PH untuk pinda Perlembagaan Persekutuan supaya perdana menteri ttidak mempunyai kuasa untuk melantik atau memecat ketua-ketua institusi ini dengan sewenang-wenangnya.
"Di samping itu, tempoh seorang perdana menteri memegang jawatannya juga akan dihadkan kepada 2 penggal sahaja untuk memastikan perdana menteri tidak menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan peribadi."
"Selain itu, jawatan Perdana Menteri juga akan diasingkan daripada jawatan Menteri Kewangan untuk mengelakkan pemusatan kuasa mengurus kewangan negara pada seorang individu yang boleh membawa malapetaka kepada negara," katanya.
Beliau berkata ini adalah sebahagian tawaran PH kepada pengundi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.

Benteng Umno-BN Johor tidak sekukuh dulu



Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meyakini benteng Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak lagi kukuh di negeri Johor dengan lahirnya parti itu sejak setahun lalu dan kini bersama dalam Pakatan Harapan.
Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, negeri Johor amat simbolik dan bersejarah antara sebab sambutan ulang tahun pertama parti itu diadakan di negeri Johor.
"Ini kerana negeri Johor dikatakan negeri benteng Umno dan BN.Saya percaya benteng Umno dan BN di Johor ini tidak sekukuh dahulu.
Bersatu setahun majlis 1"InsyaAllah, dengan berkat doa dan perjuangan kita semua serta dokongan rakyat seluruhnya, PPBM dan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan akan berjaya merobohkan benteng Umno dan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti," ujarnya ketika berucap dalam majlis kemuncak sambutan bersama rakyat meraikan ulang tahun pertama penubuhan parti itu.
Kata beliau walaupun Bersatu baru 'setahun jagung' penubuhannya telah mendapat dokongan rakyat dan berjaya melebarkan sayapnya seluruh negeri.
"Dalam tempoh setahun ini kita telah menggembeleng seluruh tenaga dan kudrat kita untuk mendirikan PPBM yang lahir atas semangat dan kesedaran kita semua untuk membela rakyat, menyelamatkan negara dan mengembalikan maruah bangsa. Walaupun PPBM sebuah parti baharu, dokongan rakyat menjadikan kita kuat dan terus bersemangat untuk berjuang," ujarnya ketika berucap di hadapan 3,000 hadirin yang berada dalam Dewan Y Square Connection di Bakri Muar malam ini.
BN cuak, gerun dengan Pakatan Harapan
BN  juga kini dilihat semakin cuak dan gerun dengan struktur kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan, gerak kerja yang berkesan dan penerimaan rakyat yang luar biasa  terhadap Bersatu dan Pakatan Harapan.
Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir  dalam ucapannya  berkata, ia terbukti apabila program diadakan parti itu telah menjadi mangsa sabotaj pihak yang tidak menyenangi kekuatan Bersatu dan Pakatan Harapan di negeri Johor.
"Sejak pengumuman struktur kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan, gerak kerja kita begitu berkesan, penerimaan rakyat juga luarbiasa.
"Begitu jitu gandingan dan kesepakatan kita hingga pihak lawan mulai cuak. Tentulah mereka tidak akui tetapi dari tindakan-tindakan mereka, jelas mereka menggeruni kita.

Pembangkang hanya mahu undi, bukan nyawa, kata Dr Mahathir

Ucapannya sempena ulangtahun pertama PPBM turut menolak dakwaan orang Melayu akan hilang dominasi politik di bawah Pakatan Harapan.
Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada sambutan ulang tahun pertama PPBM di Muar, Johor.
Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada sambutan ulang tahun pertama PPBM di Muar, Johor.
MUAR: Rakyat tidak perlu berkorban nyawa untuk membolehkan Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN), sebaliknya hanya perlu mengundi blok pembangkang bagi membolehkan perkara itu menjadi kenyataan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi PPBM dan PH itu berkata sekiranya rakyat memberikan mandat kepada mereka, pembangkang berupaya memulihkan negara daripada “kerosakan” yang dilakukan BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Kami dalam PPBM dan PH tidak menuntut apa-apa untuk diri kami dari rakyat.
“Di negara lain, rakyat sanggup mati untuk negara, yang kami pohon hanyalah undi bagi kami pada pilihan raya umum (PRU) ke-14,” katanya berucap di majlis sambutan ulangtahun pertama PPBM di Bakri, malam tadi.
Bekas perdana menteri itu berkata negara akan dijajah semula dan Malaysia akan hilang dari muka bumi jika Najib menang PRU ke-14 dan kekal sebagai perdana menteri.
“Mungkin perdana menteri boneka yang bergerak dan bertutur kata mengikut kehendak dalangnya,” katanya, di hadapan 5,000 penyokong dan ahli PPBM seluruh negara yang berkumpul di Dewan Y Square Connexion di sini.
Dr Mahathir mengakui PPBM ada kelemahan tetapi yakin ia dapat diatasi.
“Ya. Memang PPBM menghadapi masalah. Tetapi hampir semua masalah ini telah dan akan diselesaikan.
“PPBM yakin akan kekuatannya dan keupayaannya memainkan peranan penting dalam gabungan parti lawan, Pakatan Harapan,” katanya.
Dr Mahathir juga menolak dakwaan DAP akan mendominasi gabungan PH, dan berkata wakil rakyat DAP lebih sedikit berbanding wakil rakyat Melayu.
“Demikian juga kawasan dan wakil rakyat bukan Melayu tidak melebihi Melayu.
“Tiga buah parti Melayu dalam PH jauh lebih ramai tetapi PH tidak akan mengabaikan tanggungjawab dan keadilan terhadap bukan Melayu, layanan terhadap mereka akan menjadi sebahagian dari dasar kami,” katanya, di sebalik kenyataan beberapa pemimpin Umno termasuk setiausaha akhbar perdana menteri yang berkata PH dikuasai oleh DAP walaupun tidak ditonjolkan pada barisan kepimpinan gabungan itu.