Sabtu, 9 September 2017

Jemputan Trump kepada Najib satu idea yang buruk

JEMPUTAN Presiden Amerika Syarikat Donald Trump kepada Perdana Menteri Najib Razak untuk melawat White House merupakan satu idea yang buruk, kata aktivis anti rasuah Malaysia dalam artikel yang diterbitkan Washington Post hari ini.
Pengarah Eksekutif Pemantau Anti Rasuah (C4) Cynthia Gabriel berkata, rakyat Malaysia terkejut kerana Najib diberi penghormatan itu ketika Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan saman untuk merampas aset yang didakwa dibeli menggunakan wang yang dicuri daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Cynthia berkata, masa lawatan itu dipersoalkan memandangkan DoJ mengumumkan bulan lalu pihaknya akan meneruskan siasatan jenayah ke atas1MDB dan menggantung saman sivil.
Katanya, sistem autoritarian Malaysian menyukarkan lagi untuk memohon kebertanggungjawaban berhubung skandal itu, dan media arus perdana negara sudah berhenti melaporkan mengenainya.
“Jadi mengapa White House menggangap sesuai untuk menjemput pemimpin yang berpotensi terbabit dalam kes skandal rasuah yang paling besar yang dijalankan Jabatan Keadilan?” soalnya.
Menurutnya, kepentingan geopolitik AS di Asia adalah sebab mengapa White House cuba menjadikan Najib sebagai sekutu.
“Kini ada pula Korea utara. Pentadbiran Trump bergelut untuk cuba membina konsensus di rantau ini untuk mengatasi ancaman daripada  Kim Jong-Un dan Trump melihat Malaysia, yang dijadikan Korea Utara sebagai pusat kewangannya, sebagai sekutu dalam pertikaian itu.
“China meningkatkan pengaruhnya itu satu faktor. Apabila Setaiusaha Negara AS Rex Tillerson melawat negara Asia Tenggara baru-baru ini, dia menyedari bahawa polisi “Amerika Pertama” pentadbiran Trump menghakis pengaruh Amerika di rantau ini, dan kedudukannya terguga dnegan China yang kini sibuk meluaskan pengaruh.”
Cynthia berkata standard Trump berhubung konflik kepentingan dan amalan yang boleh dipersoalkan lain sejak mengambil alih pentadbiran, dan keinginannya untuk mencari sekutu menentang Korea Utara dan China sudah “berkomplot untuk membebaskan Najib daripada sebarang

ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM…


LAPORAN KHAS Di kalangan pemimpin Umno sama ada di peringkat tinggi ataupun di peringkat akar umbi, terus menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin, bermakna mereka bukan sahaja berisiko kehilangan jawatan, tetapi juga akses kepada kesenangan yang dikecapi.
Begitulah realitinya. Bagaimanapun, ada yang tetap memilih untuk kekal setia kepada Muhyiddin, yang kini mengetuai parti serpihan Umno – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Bagi para penyokong setia ini, mereka terpaksa membayar harga kerana membuat pilihan tersebut.
Antaranya ialah bekas ketua pemuda Umno cawangan Panchor, Hanafi Md Taib (gambar), yang terpaksa menyesuaikan diri dengan realiti baru itu.
Pendapat syarikatnya turun 30 hingga 40 peratus apabila dia keluar dari Umno. Hanafi mengendalikan sebuah syarikat pembinaan.
Bertukar realiti
Hanafi juga dilucutkan daripada jawatannya sebagai setiausaha JPP dan sebagai pengerusi masjid yang dihormati.
Sebagai setiausaha JPP, dia menerima elaun sebanyak RM400 setiap bulan.
“Saya pengerusi masjid, ia dianggap sebagai jawatan besar (di kalangan masyarakat tempatan). Mereka lantik orang baru tapi tak diberi surat pecat,” kata Hanafi kepada Malaysiakini.
Selain kehilangan elaun bulanan dari pelbagai jawatan yang pernah dipegangnya kerana aksesnya sebagai ahli Umno, Hanafi juga terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk acara BERSATU.
Tidak seperti acara Umno, penajaan jarang diperolehi, apatah lagi jentera kerajaan.
“Saya terpaksa mengeluarkan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan,” kata Hanafi, yang mempunyai dua orang isteri dan sembilan anak.
Bulan lepas, Hanafi, yang kini menjadi ahli jawatankuasa BERSATU Pagoh, membantu mengatur satu perhimpunan untuk Muhyiddin di sebuah kampung Melayu di Pagoh.
Hanafi, yang bangga berkata, beliau juga membenarkan rumah bapanya digunakan oleh Muhyiddin ketika dia mula-mula mengumumkan penubuhan BERSATU di Pagoh tahun lepas.
“Apabila Muhyiddin memberi ucapannya (di rumah bapa saya). Masa Muhyiddin bercakap, bapa saya dengar. Lepas itu saya lihat hati bapa saya sikit berubah. Lama-lama sampai sekarang bapa sudah faham,” kata Hanafi sambil menunjukkan rakaman video majlis itu di telefon bimbitnya.
Hanafi telah menjadi penyokong kuat Muhyiddin selama lebih daripada 20 tahun, dan walaupun adanya halangan yang dia hadapi, namun dia tetap berhasrat untuk terus menyokong presiden BERSATU itu.
Seorang lagi penyokong setia Muhyiddin, Atiman Kadar, 58, turut berkongsi dengan Malaysiakini bagaimana nasibnya begitu cepat berubah sejak memilih untuk bersama Muhyiddin.

Selamat datang TSMY ke Johor...

Pemimpin pembangkang di Johor mula cemas. Pelbagai perkara saat ini sedang meresahkan kem pembangkang di Johor.
Sejak diumumkan kepimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor, satu demi satu perbalahan serta percakaran sesama sendiri berebut kerusi-kerusi Parlimen dan Dun bagi PRU-14 kelak.
Tambah menarik, PKR sendiri sedang terperangkap dalam konflik yang mereka cipta sendiri bersama PAS.
Pergolakkan PKR juga secara terang mencerminkan bahawa parti yang diasaskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini sedang bergolak di lautan bergelora tanpa nakhoda kapal yang mampu mengawal situasi hari ini.
Sudah tentu jika dilihat, seruan dan setiap arahan Anwar Ibrahim sentiasa dituruti oleh kepimpinan PKR.
Apa yang mengejutkan, warkah kali ini bukan sahaja tidak diendahkan malah membuka mata rakyat pada hari ini bahawa PKR sudah tidak lagi memerlukan suara Anwar Ibrahim.
Bukan sahaja ahli PKR berani ingkar, malah Tun Mahathir Mohamad selaku Pengerusi HARAPAN sudah mempunyai kuasa veto untuk menidakkan sebarang cubaan bergabung semula bersama PAS.
Senang kata, mesej yang HARAPAN mahu sampaikan kepada Anwar Ibrahim ialah; Duduk penjara diam-diamlah, jangan kacau kerja kami dalam Pakatan Harapan!
Gelombang pemberontakan pembangkang kini merebak sehingga ke negeri Johor.
Pengumuman struktur HARAPAN Johor benar-benar mengejutkan.
Jika dilihat pada gerak kerja pembangkang di Johor, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) antara parti yang bekerja keras bagi membuktikan mereka layak menerajui pembangkang Johor.
Selepas dibuang rakyat Kelantan, Salahuddin Ayub kembali semula ke Johor dengan harapan mendapat tempat di sini.
Malangnya, selepas berhempas pulas, beliau bukan sahaja tidak dipilih sebagai pengerusi HARAPAN Johor.
Malah lebih malang, hanya diletakkan sebagai pengarah pilihan raya HARAPAN Johor sahaja.
Selain itu, DAP juga sudah mula mencetuskan suasana tegang bersama PKR apabila secara terbuka mahukan kerusi PKR di Parlimen Johor Bahru, Pasir Gudang dan Tebrau.
Langkah ini seolah-olah menunjukkan DAP sedang cuba menguasai kerusi-kerusi di bandar besar Johor.
Langkah tersusun DAP bagi menjadikan Johor sebagai Pulau Pinang kedua dengan sudah tentu orang Melayu yang tinggal di bandar Johor bakal terjejas jika ‘pembersihan’ bakal dilaksankan jika kerusi-kerusi ini jatuh ke tangan DAP.
Kepulangan Muhyiddin
Hari ini. Malam ini. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bakal menyambut ulang tahun pertama parti tersebut di Bakri, Muar, Johor.
Maka pada malam ini akan berkumpul pemimpin-pemimpin yang sentiasa menghina dan tidak senang dengan kemajuan dan pembangunan Johor.
Datang dengan niat dan tujuan mahu menghasut dan memecah belahkan keharmonian dan muafakat rakyat Johor.
Paling penting, gerakan ini bakal diketuai oleh bekas menteri besar yang kini presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kepulangan semula Tan Sri Muhyiddin sebagai ketua pembangkang Johor juga disambut penuh dendam oleh rakyat Johor.
Bangsa Johor rasa begitu dikhianati dengan segala pengkhianatan beliau sepanjang tempoh beliau mentadbir negeri ini.
Johor tidak pernah lupa, apatah lagi aman dengan segala apa yang telah beliau lakukan ini kepada negeri Johor,

Setahun Bersatu: Mahathir berseloroh KLCC 'ada ka takda'


Setahun Bersatu Mahathir
 
Beliau diminta untuk menandatangani sebuah poster yang dipaparkan wajahnya dan bangunan KLCC, terus beliau berkata,"ada ka takda" sambil beliau menutup dan mengkalihkan tangannya dua kali di poster tersebut,  disambut derai tawa dalam kalangan penyokong parti itu yang mengiringi beliau dalam sesi walkabout petang ini.
 
Cuaca yang gerimis  dari pagi hingga tengah hari tidak mengendurkan kehadiran ahli dan penyokong parti itu menghadiri sambutan ulang tahun pertama yang diadakan di Dewan Y Square Connextion, Jalan Bakri Muar hari ini.
 
Kehadiran  Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Siti Hasmah Mohd Ali, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir  pada jam 3 petang menjadi acara kemuncak pada sesi pada petang ini.
 
 Setahun Bersatu Muhyiddin
 
Pelbagai acara diatur sejak dari jam 11 hingga 6 petang ini sebelum acara pada sebelah malam nanti.
 
Antaranya seperti demo masakan, bengkel kesihatan, persembahan buskers, lukisan karikator, persembahan kebudayaan, street soccer, sudut usahawan muda dan indoor games, mini bazar karat dan pertandingan mewarna kanak-kanak.
 
Pengarah Program Pengisian Waktu Siang Nurul Azarul Abu Samah berkata, terdapat pengisian utama acara seperti Motor Cup Mania, Indoor Games, pameran usahawan dan  Hardtalk bersama Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
 
Setahun Bersatu Mukhriz
 
Katanya, kemuncak majlis akan bermula pada jam 9 malam ini dengan dimulakan ucapan oleh Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, diikuti ucapan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Mukhriz selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sambutan dalam sidang media semalam turut berkata, pada acara malam akan diumumkan penganugerahan tiga bahagian parti parti yang mempunyai penambahan keahlian terbanyak diberikan penghargaan dan pelancaran rasmi sayap Srikandi dan Armada.

'HARAPAN bakal tawan Putrajaya, Johor dan Melaka'

Dengan spekulasi pilihan raya umum ke 14 (PRU 14) semakin dekat, pemimpin parlimen DAP Lim Kit Siang menggariskan tiga matlamat beliau buat gabungan pembangkang Pakatan Harapan (HARAPAN).
"Saya ada tiga matlamat peribadi dalam PRU14 iaitu bagi HARAPAN menguasai Putrajaya, Johor dan Melaka," kata Lim dalam ceramah di sebuah kedai kopi di Melaka pagi tadi.
Lim turut mengenang apabila beliau meninggalkan negeri itu untuk bertanding parlimen Tanjong, sasaran DAP hanyalah mencuba untuk menawan kerajaan Pulau Pinang.
"Ia merupakan cita-cita politik paling besar DAP tiga dekad lalu
"Tapi kami tidak berjaya menawan kerajaan negeri Pulau Pinang pada pilihan raya 1990 dan 1995, walaupun kami menyediakan asas kemenangan DAP pada pilihan raya 2008 dan 2013," kata beliau.
Hanya sepuluh tahun lalu, kata Lim adalah mustahil untuk membayangkan Umno dan Barisan Nasional dapat ditumbangkan semasa pilihan raya.
"Namun terdapat perubahan dalam landskap politik di Malaysia dan kami mensasarkan bukan hanya untuk perubahan kerajaan persekutuan di Putrajaya tetapi juga bercakap tentang perubahan kerajaan di beberapa negeri," tegas beliau.
Parlimen ke 13 ini akan dibubarkan secara automatik pada 24 Jun tahun hadapan tetapi perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak masih berteka teki berhubung tarikh PRU14.
Beliau berkata pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Salahuddin cadang JK khas pantau bakal calon PRU14


Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin mencadangkan satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi memantau integriti calon-calon parti itu yang akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Beliau berkata, jawatankuasa itu bagi memastikan AMANAH menyediakan calon-calon terbaik bagi menjaga nama baik pemimpin dan calon yang akan dipertaruhkan.
Salahuddin Ayub konvensyen AMANAH Johor"Mereka yang ada amalan berhutang dan tak mahu bayar hutang, juga akan diteliti oleh jawatankuasa ini. Mungkin tidak salah dari sudut mahkamah tapi salah dari sudut moral.
"Jawatankuasa ini mungkin terdiri daripada tokoh yang berpengalaman dalam perundangan dan hal-hal sebegini," katanya ketika merasmikan Konvensyen AMANAH Johor di IOI Palm Villa, Kulai, hari ini.
Beliau berkata, sebagai parti yang ditubuhkan berasaskan perjuangan Islam, pemimpin-pemimpin AMANAH mesti menjaga integriti sebaik mungkin.
"Pemimpin-pemimpin AMANAH bukan bertaraf malaikat Jibril AS. Oleh kerana kita manusia biasa Amanah mengharapkan kekuatan nama AMANAH pada parti ini mesti dijaga sebaik mungkin.

"Pemimpin-pemimpin utama mesti mengamalkan integriti dalam menjalankan keamanahan parti kita," katanya yang juga Naib Presiden Pakatan Harapan (PH).
Sementara itu, Salahuddin dalam ucapannya turut mengingatkan AMANAH sebagai parti yang bermula kecil dan sedang berkembang harus belajar daripada orang Melayu Singapura yang bangkit mencipta kejayaan.
Beliau memberi contoh bekas Speaker Singapura Halimah Yacob yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Presiden (EP).
"Walaupun ada orang kata ini bukan perkara baru kerana sebelum ini sudah ada Yusof Ishak.
"Tetapi Halimah tidak harus dilihat sebagai perempuan Melayu Islam sahaja tapi bagaimana beliau mendapatkan tempat di Singapura melalui proses yang panjang.
"Mungkin ada media dan bilik gerakan Umno yang memutar belit kenyataan saya tapi saya harus nyatakan pandangan saya tentang bagaimana suatu kelomopok yang kecil boleh berjaya," katanya.

'Perjuangan4all perlu benarkan rakyat soal isu 1MDB'

Program jelajah Perjuangan4all anjuran Umno perlu membenarkan rakyat bersoal jawab berkaitan isu kenaikan kos sara hidup dan skandal 1MDB, kata penolong setiausaha publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali.
Kenyataan ini dibuat susulan pengumuman terbaru oleh ketua penerangan Umno Tan Sri Anuar Musa yang akan menganjurkan sesi dialog berbentuk townhall bertajuk Perjuangan4all ke seluruh negara.
"Saya simpati, Annuar begitu naif. Biar saya beritahu, rakyat pada ketika ini bukan mahu dengar tentang transformasi Najib.
"Rakyat sedang bergelut dengan kenaikan kos sara hidup yang cukup menekan.
"Rakyat juga keliru kerana pada saat poket rakyat 'kering', pemimpin Umno BN diketuai Datuk Seri Najib Razak terpalit dengan pelbagai dakwaan skandal demi memenuhkan tembolok masing-masing," kata Sheikh Omar dalam kenyataan media hari ini.
Sheikh Omar memetik kajian firma penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE) Ogos lalu yang menunjukkan 76% rakyat di negara ini amat prihatin terhadap isu kenaikan harga barangan disamping 82% menganggap perlaksanaan cukai GST sebagai punca kenaikan kos sara hidup.
"Selain itu, 69% rakyat berpendapat isu skandal 1MDB yang gagal dijawab oleh Najib Razak telah menjatuhkan reputasi beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.
"Inilah kerunsingan sebenar rakyat dibawah," jelas Sheikh Omar.
Beliau menggesa program jelajah Umno itu wajar menjadikan isu sebenar rakyat sebagai asas utama.
"Jika tidak, program tersebut tidak lebih sekadar satu bentuk jelajah propaganda 'Perjuangan4Umno', untuk memanipulasi rakyat demi kepentingan Najib dan kroni-kroninya sahaja," kata Sheikh Omar.
Dialog anjuran Penerangan Umno Malaysia itu akan bermula dengan parlimen Wangsa Maju pada hari Ahad ini.
Ketua penerangan Umno, Annuar Musa berkata pendekatan baharu itu bertujuan memberikan penjelasan kepada masyarakat umum dan akar umbi mengenai kejayaan dasar transformasi Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan dasar pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

DALAM RCI BANK NEGARA, SIAPA MAHU CEDERAKAN SIAPA SEBENARNYA?


KENYATAAN bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram bahawa “kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia, Mohd. Puad Zarkashi boleh mendatangkan kesalahan mengancam, menghina atau mencederakan saksi” amat pelik dan melucukan.
Bagaimanakah pertanyaan Dr Mohd Puad boleh dianggap ‘mengancam, menghina atau mencederakan’ saksi. Setidak-tidaknya Sri Ram sedar bahawa komen Dr Mohd Puad itu bukan suatu ‘penghinaan’ di bawah Seksyen 14 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.
Dr Mohd Puad memulakan kenyataan beliau dengan pertanyaan, “apakah penjelasan Nor Mohamed Yakcop kepada RCI melalui kenyataan bertulisnya itu menandakan bahawa dia bersedia menjadi kambing hitam dalam skandal yang sudah lama tertutup?”
Menggunakan, kenyataan Nor Mohamed sendiri, Dr Mohd Puad, menyatakan, “dia (Nor Mohamed) mengaku bertanggungjawab di atas kerugian besar itu, tetapi menafikan semua keputusan berkaitan urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara sekitar 1990an itu ditentukan oleh dia secara bersendirian. Maksudnya ada orang lain terlibat. Siapakah orang itu?”
Soalan Dr Mohd Puad itu adalah mengenai siapakah pihak yang layak dan berkuasa memberi kelulusan kepada Nor Mohamed, seorang pengurus bahagian biasa di Bank Negara membuat dagangan melebihi had, iaitu melebihi AS$1 bilion sehari (berdasarkan kenyataan saksi Azman Mat Ali). Tidak masuk akal seorang pengurus biasa mempunyai kuasa membuat dagangan melebihi AS$1 bilion sehari dan boleh meneruskan dagangan sebesar ini bertahun-tahun lamanya biarpun selepas mengalami kerugian.
Sejak bila suatu “pertanyaan” dari orang awam boleh mengancam dan mencederakan saksi?
Sebenarnya sikap Nor Mohamed sendiri yang bakal meletakkan dirinya dalam bahaya. Lebih-lebih lagi selepas lebih ramai saksi, termasuk Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan kenyataan.
Berdasarkan kenyataan saksi-saksi semasa prosiding RCI, setakat hari ini, umum mengetahui bahawa:-
i. Urus niaga mata wang asing Bank Negara tidak mematuhi peruntukan mengikut Akta Bank Negara Malaysia 1958 (P Kanason Pothinker dan Tan Sri Ainum Mohamed Saaid)
ii. Terdapat arahan ‘orang atasan’ agar Ketua Audit Negara tidak campur tangan dalam urus niaga tersebut (P Kanason)
iii. Jumlah dagangan melebihi AS$1 bilion (bukan RM1 bilion) sehari melanggar had maksimum, iaitu AS$30 juta (Azman Mat Ali)
iv. Sejak 1988-1994, Bank Negara hanya untung sekali, iaitu RM2.47 bilion pada tahun 1990, tetapi rugi RM35 bilion (1988,1989, 1991,1992,1993 dan 1994) (Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz)
v. Kerugian dilaporkan kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir (Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Clifford Francis Herbert)

SELEPAS RCI FOREX MENIKAM DIRI, BERANIKAH NAJIB TUBUH RCI MEMALI?


Atas keinginan untuk memperlihatkan Tun Mahathir Mohamad juga melakukan banyak kesalahan sewaktu menjadi Perdana Menteri, selain RCI forex yang sedang menjalankan pendengaran sekarang ini, kerajaan juga tidak menolak kemungkinan untuk mewujudkan RCI bagi tragedi Memali.
Mula dibangkitkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi yang mengatakan kerajaan sedia menimbang perkara itu jika ada permintaan daripada individu, pertubuhan atau parti-parti politik, Najib Razak kemudiannya pada 24 Ogos lalu menyambut positif kemungkinan tersebut dengan tujuan utama, tambahnya, ialah untuk mencari kebenaran mengenai tragedi Memali.
Kerajaan, bagaimanapun katanya, masih menunggu reaksi masyarakat mengenai kemungkinan mewujudkan RCI bagi tragedi berdarah itu yang mengorbankan 14 nyawa, termasuk 4 anggota polis.
Sama seperti sewaktu berlakunya kerugian forex, ketika terjadinya tragedi Memali juga Tun Mahathir hanyalah Perdana Menteri saja. Ketika kerugian forex, Menteri Kewangan adalah Tun Daim Zainuddin dan Anwar Ibrahim, manakala ketika Memali, Menteri Dalam Negeri pada waktu ialah Musa Hitam.
Najib yang terpalit dengan skandal 1MDB dan didesak oleh banyak pihak agar sedia menubuhkan RCI bagi menyiasat syarikat yang ditubuhkannya itu, terlihat tiada pilihan lain selain menubuhkan RCI forex dan mungkin seterusnya bagi Memali untuk mengelabui wajah hitamnya serta mengalihkan pandangan masyarakat terhadap dirinya yang sebenar.
Melalui RCI forex, selain Najib, jentera propaganda beliau dengan sendirinya tiba-tiba ada modal baru dan kerja tambahan untuk dilakukan bagi terus memperlekehkan Tun Mahathir yang semakin mendapat sambutan memberangsangkan daripada masyarakat.
Melalui RCI Memali pula, meskipun tujuan Zahid Hamidi membangkitkannya barangkali dengan tujuan agar Najib terus bersengketa lebih parah dengan Tun Mahathir, Perdana Menteri dalam masa yang sama tidak mampu menolak kemungkinan ada laba politik di sebaliknya, terutamanya dalam usaha beliau menjinakkan lagi Pas agak kekal dalam dakapan UMNO dan BN.
Apa pun pertimbangan mengenai RCI Memali, sama ada akan diwujudkan atau sebaliknya, mahu tidak mahu ia tentunya bergantung kepada hasil RCI forex terlebih dahulu yang diberi tempoh selama tiga bulan untuk membentangkan keputusannya.
Jika RCI forex berjaya menghasilkan sesuatu yang positif dan melaluinya nama Tun Mahathir dapat diburukkan serta wajah Najib diperlihatkan harum mewangi, tentunya tidak mustahil RCI Memali pula akan menyusul selepasnya.
Namun demikian, tanpa disangka-sangka, RCI forex nampaknya telah mengalami “pancutan awal”  berikutan keterangan Nor Mohamed Yakcop yang mengaku bertanggungjawab sepenuhnya atas segala kerugian urusniaga matawang asing itu, selain beliau juga membersihkan Tun Mahathir daripada dikaitkan dengan kerugian tersebut.
Ini membuatkan RCI forex sudah boleh dikatakan anti klimaks jadinya. Tun Mahathir yang disasarkan, tetapi akhirny nama beliau telah dibersihkan oleh Nor Mohamed Yakcop.
Jika dijangka lebih awal Nor Mohamed Yakcop akan membuat pengakuan sedemikian rupa, tentunya mustahil bagi Najib setuju mewujudkan RCI forex.
Tidak berbaloi menubuhkan RCI forex jika hanya kesalahan Nor Mohamed Yakcop yang menjelma. RCI forex ditubuhkan kerana Tun Mahathir, bukan disebabkan Nor Mohamed Yakcop yang sudah diberikan Najib jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional.

Pakatan Harapan ‘muhajirin’ tentang BN puak ‘jahiliah’, kata Muhyiddin

Kerana pembangkang menentang pentadbiran BN yang banyak membawa kerosakan kepada negara, kata Pengerusi PH Johor.
muhyiddin-barisan-nasional
KULAI: Pengerusi Pakatan Harapan Johor Tan Sri Muhyiddin Yassin menyamakan perjuangan pembangkang menentang kerajaan Barisan Nasional (BN) ibarat kumpulan Muhajirin menentang puak Jahiliah ketika zaman Nabi Muhammad.
Muhyiddin berkata, ini kerana Pakatan Harapan menentang pentadbiran BN yang banyak membawa kerosakan kepada negara dan mereka akan menentang mana-mana pihak yang bersama dengan BN termasuk PAS.
“Kita ini kumpulan muhajirin kerana menghadapi tentangan puak jahiliah yang nampak cerdik tapi bodoh yang membawa kerosakan besar kepada institusi dalam negara,” katanya, ketika berucap merasmikan Konvensyen Parti Amanah Negara (Amanah) Johor di IOI Palm Villa di sini.
muhyiddin
Presiden PPBM itu bagaimanapun mengakui sukar untuk menumpaskan BN dengan kekuatan dan sokongan yang ada pada parti pemerintah itu.
“Kita berada dalam situasi agak sukar. Misi kita bukan misi kecil, kekuatan dari segi undang-undang disalahgunakan, negara kita yang dikenali mengamalkan ‘rule of law’ tapi tidak lagi, sebaliknya undang-undang melindungi puak tertentu dan bukan kita orang terbanyak.
“Oleh itu kita kena buat persiapan rapi. Kita nak menumbangkan kerajaan yang memerintah selama 60 tahun dengan kekuatan kuasa dan wang ringgit,” kata bekas timbalan perdana menteri itu lagi
Beliau juga turut menyeru ahli-ahli akar umbi Pakatan Harapan agar merancang dan duduk bersama bagi mengatur rancangan rapi dan mengenepikan sengketa antara satu sama lain.
“Bersihkan hati kita, setiap yang ada ini adalah sahabat seperjuangan kita.
“Kalau PAS tidak bersama kita itu pun kita lawan,” kata Muhyiddin lagi.

PRU14: Hampir 50% calon PAS golongan muda

Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pihaknya akan memberi fokus di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Selangor pada PRU14 kali ini.
Muhammad-Khalil-Abdul-Hadi-ALOR SETAR: PAS akan meletakkan hampir 50% calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti terdiri daripada golongan muda yang diyakini mampu mendapat sokongan rakyat.
Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, disebabkan keyakinan itu, parti berkenaan bersedia untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru kerana sudah tidak terikat lagi dengan pakatan pembangkang seperti sebelum ini.
“Kami memberi fokus di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Selangor pada PRU14 kali ini,” katanya kepada pemberita pada Himpunan Jentera Pemuda PAS Kedah di Kompleks PAS Kedah, di sini, hari ini.
Beliau berkata fokus berkenaan kerana negeri-negeri tersebut mempunyai ramai pengundi Melayu beragama Islam tetapi pada masa yang sama tidak mengabaikan Perlis, Pahang dan Perak.
Katanya PAS sama sekali tidak bergantung pada kelemahan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional tetapi bergantung kepada kekuatan yang ada pada PAS sendiri.

Masa depan Malaysia suram jika PAS-Umno bersatu?

Bagaimanapun penganalisis-penganalisis politik berpandangan mimpi ngeri Kit Siang itu tidak mungkin akan berlaku.
Kit Siang  fears a darker and less tolerant society under the two most dominant Malay parties.
Kit Siang fears a darker and less tolerant society under the two most dominant Malay parties.
PETALING JAYA: Di sebalik cakap-cakap Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) wujud tanggapan Malaysia kemungkinan berhadapan dengan masa depan yang suram sekiranya hubungan mesra PAS-Umno pada masa sekarang berakhir dengan kerajaan campuran kelak.
Itulah masa depan yang diramalkan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, yang turut bimbang bakal lahir masyarakat lebih malap dan kurang bertoleransi di bawah pentadbiran kedua-dua parti Melayu yang paling dominan.
Bagaimanapun penganalisis-penganalisis berpandangan mimpi ngeri Kit Siang itu tidak mungkin akan berlaku.
Berdasarkan kenyataan dibuat pemimpin PAS baru-baru ini, Kit Siang merumuskan pentadbiran bersama kedua-dua parti terbabit “akan menafikan dan bertentangan dengan prinsip-prinsip Malaysia yang telah dibina.”
“Saya fikir apa yang PAS mahu sangat jelas. Oleh itu, kita tidak lagi dianggap sebagai negara yang sederhana.
“Dan negara akan berhadapan dengan pelanggaran prinsip-prinsip pengasas negara kita. Kita akan bergerak ke arah lebih tidak bertoleransi, kekaburan, ketidakpercayaan dan perpecahan.
“Semua ini di atas kleptokrasi yang lebih besar. Jadi, kita akan melihat perubahan negatif dari semua aspek: ekonomi, sosial dan proses pembinaan negara,” kata beliau kepada FMT.
Kit Siang tidak bersendirian dalam pendiriannya. Bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim, yang kini bersama DAP, mengemukakan gambaran yang lebih malap di mana beliau menyamakan PAS dan pemimpin Umno dengan pemerintahan ala Taliban.
zaid
Datuk Zaid Ibrahim.
Mengulangi kepercayaannya, Zaid memberitahu FMT, pentadbiran Umno-PAS masih pada dasarnya akan menjadi kerajaan Umno, “dengan Islam konservatif yang tegar.”
“Ciri yang sama dalam tadbir urus yang buruk, salah urus dan akauntabiliti sifar akan diteruskan. Undang-undang yang ketat – baik awam mahupun Islam – akan dilaksanakan, dan penghijrahan rakyat Malaysia ke tempat lain akan meningkat dengan ketara.
“Bagi umat Islam yang lebih sederhana dan liberal, mereka secara senyap-senyap akan hilang kerana takut akan pendakwaan dan ugutan.”
Adakah ketakutan sedemikian munasabah?
Pentadbiran PAS-Umno abad ke-21 sama sekali tidak dapat dibayangkan. Ia bukan yang pertama.
Kembali kepada era 1973, Presiden PAS ketika itu Datuk Asri Muda telah bergabung dengan BN dan, pada hakikatnya, membawa parti itu ke dalam gabungan pemerintah. PAS bertanding pada pilihan raya umum 1974 di bawah bendera BN.

Khalil serang DAP, lupa Amanat Hadi?

Muhammad Khalil Abdul Hadi Abdul Hadi Awang
Ketua Pemuda Pas Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi seharusnya menuntut Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik Amanat Hadi pada tahun 1981 yang secara jelas menyatakan bahawa Malaysia ialah negara sekular.
"Dakwaan Khalil tentang perjuangan mengsekularkan negara ini seolah-olah menunjukkan beliau lupa akan Amanat Hadi yang disampaikan dalam satu ceramah di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 yang secara jelas menyatakan bahawa negara ini adalah negara sekular.
Faiz Fadzil 2"Jika Khalil memahami dakwaan tersebut, beliau seharusnya mengusulkan supaya Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik Amanat Hadi," kata Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional Faiz Fadzil (gambar kiri).
Beliau mengulas kenyataan Khalil yang juga anak kepada Abdul Hadi baru-baru ini bahawa DAP mempengaruhi parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) untuk mengsekularkan negara ini dan menyemarakkan hasutan kebencian dan tuduhan terutama terhadap usaha agama dibawa Pas.
"Ketika sama, pergerakan DAP turut dibayangi agenda Evangelis Kristian dan bercita-cita menawan untuk mengsekularkan negara ini. Bahkan tindak-tanduk DAP jelas mahu menjadi dominan dalam Pakatan Harapan, sekali gus menentu arah setiap tindakan pakatan itu.
"Keadaan itu mendedahkan hakikat bahawa undi kepada parti dalam Pakatan Harapan bermakna memberi undi kepada DAP. DAP sebenarnya menyelindungi wajah hipokrit dengan menyelinap serta mempengaruhi Parti Amanah Negara, Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan PKR untuk dicengkam sebagai proksi dalam melaksanakan pelbagai misinya," katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, Faiz menyifatkan dakwaan itu sebagai suatu usaha terdesak Pas bagi mengaburi mata orang Melayu Islam di negara ini daripada membuat perubahan dalam pilihan raya umum Ke-14.
"Khalil yang terus-menerus mendendangkan isu yang sama seolah-olah membaca skrip yang ditulis Umno yang tidak lagi mempunyai peluru bagi menangkis segala isu rasuah dan salah tadbir urus Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak dan Umno dalam negara selain daripada bergantung kepada sentimen perkauman," katanya.

Faiz turut menegaskan, AMANAH yang juga meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan tidak sesekali menjadi proksi kepada DAP.

Hadi hanya 'bertaubat' kafirkan Umno


Abdul Hadi Awang 1
Ketua Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK), Wan Ji Wan Hussin (gambar kiri di bawah) berpendapat Presiden Pas tidak bertaubat atas kenyataan yang diluahkan pada 36 tahun lalu yang kemudiannya dikenali sebagai Amanat Haji Hadi.
Sebaliknya, kata beliau, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang itu dilihat hanya 'bertaubat' daripada mengkafirkan Umno.
Wan Ji Wan Hussin"Dia tidak bertaubat daripada takfir (menghukum seseorang Muslim dengan kekufuran), cuma dia bertaubat daripada mentakfirkan Umno saja.
"Amalan takfir itu masih ada lagi," tegasnya dalam program The Usrah Show anjuran Invoke Malaysia baru-baru ini.
Beliau berkata, pendirian Abdul Hadi menerusi ceramah di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 itu menerima tempias daripada pemikiran anggota utama Ikhwanul Muslimin Mesir, Sayyid Qutb yang meninggal dunia pada 1966.
"Saya nampak memang pengaruh pemikiran Sayyid Qutb. Amanat Haji Hadi dipengaruhi pemikiran Sayyid Qutb yang lebih bersifat menghukum antaranya menuduh orang kafir.
"Golongan teroris (pengganas) hari ini juga terpengaruh dengan pemikiran Sayyid Qutb.
"Paling bahaya apabila Haji Hadi menyebut, 'Kita tidak perlu masuk Buddha. Kita tidak perlu masuk Hindu. Kita tidak perlu masuk Kristian tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku, agama suku’," ujar pendakwah yang pernah melanjutkan pengajian di Karachi, Pakistan itu.

Menurutnya, Abdul Hadi banyak mendapat pengaruh Ikhwanul Muslimin melalui pembacaan dan usrah daripada tokoh-tokoh pertubuhan tersebut.
"Amanat Haji Hadi tidak jauh beza dengan apa yang pernah dibahas oleh Syed Qutb tentang konsep masyarakat iaitu apabila satu masyarakat itu mesti masyarakat Islam dan lawannya adalah kafir sehingga berkembang sikap kafir-mengkafirkan," jelasnya.
Syed Qutb adalah penulis Mesir dan anggota utama Ikhwanul Muslimin pada era 50-an sebelum meninggal dunia di Mesir pada usia 59 tahun.

KONVENSYEN PARTI AMANAH NEGARA NEGERI JOHOR 2017 (FULL)

SALAHUDDIN AYUB: UCAPAN PERASMIAN KONVENSYEN PARTI AMANAH NEGARA NEGERI JOHOR 2017

MUHYIDDIN YASSIN: UCAPAN DI KONVENSYEN PARTI AMANAH NEGARA NEGERI JOHOR 2017

RAFIZI RAMLI : MUAR- JELAJAH BINA SEMULA NEGARA

PULAI: CERAMAH PAKATAN HARAPAN "BN JOHOR CEMAS"

RAFIZI RAMLI: MUAR:JELAJAH BINA SEMULA NEGARA

PRU14: Hanya BN lawan HARAPAN kata Muhyiddin

PRU14: Rakyat Akan Humbankan UMNO@BN

Fakta atau Auta -"PM Najib kata,"Tanpa GST, ekonomi Malaysia akan lumpuh"

NAJIB RAZAK PENING HUTANG BANYAK, LARI KENA KEJAR DENGAN ALONG

Najib Bakal Tersungkur Selepas Kembali Dari USA

PRU sudah datang, JANGAN LUPA UNDI ya....

Khalil Hadi Pemuda PAS Atau Pemuda UMNO...