Jumaat, 8 September 2017

Umno di titik yang dekat dengan Pas sembang Mokhtar Senik



Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Mokhtar Senik berpandangan dasar Umno yang memperjuangkan Melayu dan Islam menjadi titik paling dekat dengan Pas berbanding DAP dalam menjalinkan kerjasama.
Beliau mendakwa DAP sangat takut jika ada ta'awun politik antara Pas dan Umno.
Mokhtar Senik "Kerjasama tersebut akan membunuh cita-cita DAP. Sebenarnya perlu diketahui antara Umno dan DAP, Umno berada di suatu titik yang lebih dekat dengan Pas.
"Pertama sama-sama Muslim kedua sama-sama Melayu
"Jangan lupa bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan Melayu adalah bangsa yang menjadi tuan asal kepada Negara ini. Perlu diingat bahawa keutuhan dan perpaduan Melayu mempunyai pengaruh yangg besar ke arah ketuanan dan kedaulatan Islam," katanya.
Mokhtar berkata, walaupun Islam untuk semua manusia dan qabilah di jazirah Arab. Namun keutamaan Qurayish tetap disebut oleh Rasulullah s.a.w. sebagai kabilah yg mendominasi jazirah tersebut.
Islam ujarnya lagi, akan lebih kukuh jika disokong oleh kuasa politik. Dan politik akan lebih kuat jika didokong oleh bangsa yang paling berpengaruh di dalam sesebuah negara.
Justeru itu ujarnya,  Melayu dan Islam perlu di rangkum bersama dalam agenda mendaulatkan Islam.
Beliau turut mempersoalkan tindakan DAP dan AMANAH dakwanya, kerap menyerang parti itu jika ada program sepentas dengan Umno.
"Mengapa DAP dan PAN selalu menyerang Pas jika ada program Pas sepentas dgn Umno? atau jika ada 'statement' Pas yang Umno setuju dan sebaliknya?," soalnya di dalam status yang dimuat naik di laman facebooknya pada Rabu lalu itu.

Alang-alang PAS meniru hujah UMNO, umumkan sahaja walimahnya

Kenyataan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi bahawa satu undi untuk HARAPAN bermakna satu undi untuk DAP pastinya membuatkan ramai semakin keliru yang mana satu PAS yang mana satu UMNO.
Strategi memfokuskan serangan ke atas DAP dan memburuk-burukkan DAP dengan mempergunakan isu kaum dan agama tidaklah asing kepada UMNO. Malangnya kini, PAS juga turut bermain propaganda yang sama, mengangkat politik kebudak-budakan dan politik huru-hara. Sehingga sudah sukar membezakan yang mana PAS dan yang mana UMNO.
Sepertinya kini, undi untuk PAS bermakna mengundi untuk meneruskan gaya politik UMNO.
Kristian dan Sekular
Terdesaknya PAS mengikut jejak langkah UMNO menyebabkan mereka mencapai apa saja propaganda yang ada lalu dilambakkan kepada umum. Sehingga meracau mengatakan DAP menggerakan gerakan Kristian untuk mensekularkan negara ini.
Suatu masa dahulu, penceramah-penceramah PAS sendiri yang mengajar bahawa sekular itu bermakna ‘agama suku negara suku’, dalam erti kata lain negara tidak lagi beragama. Nah, sekarang bagaimana pula PAS boleh mengatakan sebuah gerakan agama Kristian mahu mewujudkan sebuah negara tidak bergama seperti mana yang PAS fahami?
Politik menghasut api kebencian antara umat Islam dan Kristian ini merupakan politik kebudak-budakan dan politik huru-hara.
Cita-Cita PAS Indah Khabar Dari Rupa
Muhammad Khalil perlu berhenti menabur janji yang hanya indah khabar dari rupa. Beliau menceritakan tentang mahu mengubah Malaysia supaya menurut kepada ideologi PAS dengan sasaranya memenangi 40 kerusi parlimen. Sesiapa yang waras boleh nampak dengan jelas, sekiranya PAS memenangi 40 kerusi parlimen, mustahil PAS boleh membentuk kerajaan Persekutuan lantas mengubah Malaysia menjadi lebih PAS.
Pencapaian terbaik PAS memenangi 27 kerusi Parlimen adalah melalui pakatan pembangkang manakala pencapaian terburuk PAS pula jika dicermati adalah sewaktu mereka mereka bertanding secara sendirian.
Bagaimanakah Muhammad Khalil membayangkan kemungkinan sedemikian, adakah beliau sebenarnya merasakan 40 kerusi itu mencukupi mengambil kira sekali kerusi yang mungkin dimenangi UMNO lantas membentuk satu gabungan UMNO-PAS?
Jika tidak, maka jelas itu hanya merupakan strategi igauan di siang hari.
PAS dan Sifat Ujub
Kenyataan Muhammad Khalil itu juga memperkukuhkan lagi tanggapan bahawa PAS sememangnya tidak mengerti akan semangat sesebuah pakatan. Dan itulah puncanya mengapa suatu masa dahulu mereka bertindak memutuskan hubungan dengan PKR dan DAP.
Oleh kerana sifat ujub (kagum terhadap diri sendiri) kebanyakan pimpinan PAS, mereka merasakan mereka yang paling kuat, lalu mula bertindak mengikut kepala sendiri sehingga akhirnya berseteru dengan PKR dan DAP.

MUNGKIN LAWAK JENAKA...TAPI INILAH CARA PAS MEMPERDAYA PENYOKONGNYA

Government in waiting....kah kah kah....

Ada sesiapa nak percaya atau ini satu lagi lawak jenaka daripada penjual-penjual agama?

Rasanya ramai yang ketawa sambil geleng-geleng kepala dengan kenyataan terbaru pemimpin Pas ini.

Macam mana Pas nak menang pilihanraya dan jadi kerajaan masa depan sedangkan mereka melalui Gagasan Sejahtera adalah gabungan paling kecil, selain hanya bertanding di kawasan Melayu semata-mata?

Lebih lucu target kemenangan pun 40 kerusi Parlimen saja.

Jadi, nak bersiap-siap untuk jadi government in waiting buat apa?

Lawak kan!!

Sebenarnya ini adalah satu lagi penipuan dan cara Pas memperdaya dan menipu para penyokong mereka.

Dulu,  mereka menjanjikan perjuangan menentang UMNO dan BN adalah jihad, bersamanya terkumpul banyak pahala dan syurga bakal menanti sebagai balasannya.

Kini, apabila apabila Pas menjadi mesra UMNO dan BN, semakin kurang kedengaran Pas mengatakan perjuangan mereka untuk mencari syurga.

Sebaliknya, apa yang dilakukan kini kononnya adalah matang dan sejahtera.

Namun, matang dan sejahtera Pas hanyalah kepada UMNO, BN dan Najib Razak saja. 

Kepada yang lain-lain...semuanya pantang belaka.

Bersendiriannya Pas atau bergebang atas nama Gagasan Sejahtera, tujuannya hanyalah sebagai alat dan perkakas untuk menjadi penyendal dan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN terus berkuasa.

RAFIZI: KEWANGAN FELDA BAKAL SATU KATEGORI DENGAN 1MDB


Kerugian terkumpul Kumpulan Felda yang mencecah RM8.7 bilion setakat 2015 disebabkan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) bakal meletakkannya dalam kategori sama dengan 1MDB, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Semalam, beliau membuat unjuran bahawa Kumpulan Felda bakal menanggung dan mempunyai hutang terkumpul sebanyak RM12.6 bilion setakat Disember tahun ini.
“Sejak FGV disenaraikan dalam tahun 2012, Kumpulan Felda telah mencatatkan kerugian komprehensif yang melebihi satu bilion ringgit setiap tahun iaitu RM1.670 bilion (2013), RM1.109 bilion (2014) dan RM1.112 bilion (2015).
“Jika Kumpulan Felda adalah sebuah syarikat biasa yang tidak dijamin Kerajaan, syarikat Felda sudah pun diisytiharkan muflis, katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, katanya, dividen yang dibayar oleh FGV kepada Kumpulan Felda menurun secara mendadak dari 2013 kepada 2015, iaitu dari RM256 juta pada 2013 kepada hanya RM49 juta pada 2015.
Menuritnya, jumlah kerugian atas kertas itu akan bertukar menjadi kerugian sebenar sekiranya Kumpulan Felda menjual saham-saham FGV.
“Saya lebih bimbang dengan krisis kewangan Kumpulan Felda (berbanding 1MDB) kerana ia melibatkan kemampuan Felda (dan kerajaan persekutuan) menguruskan kehidupan lebih 100,000 keluarga peneroka yang boleh melibatkan lebih satu juta rakyat Malaysia.
“(Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak boleh berdiam diri mengenai perkara ini tetapi beliau tahu bahawa dengan pendedahan berterusan sepanjang minggu depan, krisis kewangan Kumpulan Felda ini tidak lagi boleh didiamkan dan perlu dijawab oleh beliau,” katanya.

Rafizi: 'Saya tidak pernah jumpa syarikat rugi satu bilion ringgit setiap tahun'



 Sepanjang kira-kira dua dekad terlibat dalam bidang kewangan, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengakui tidak pernah beliau menemui sebuah syarikat yang mencatatkan kerugian mencecah sehingga RM1 bilion setiap tahun.
Menurutnya, sejak Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2012, kumpulan Felda telah mencatatkan kerugian tahunan pada jumlah yang besar berturut-turut sehingga 2015.
Rafizi Ramli 3"Kumpulan Felda telah mencatatkan kerugian komprehensif yang melebihi satu bilion ringgit setiap tahun tanpa gagal iaitu RM1.67 bilion tahun 2013, RM1.1 bilion (2014) dan RM1.112 bilion (2015).
"Pengalaman saya lebih kurang 20 tahun dalam bidang kewangan, saya tidak pernah jumpa syarikat rugi RM1 bilion setiap tahun. (Kerugian) Tak masuk tahun 2016, 2017. Mungkin lagi teruk?
"Namun, setakat ini yang dikeluarkan sehingga 2015, kerugian terkumpul daripada itu saja hampir RM3.9 bilion," dedahnya pada sidang media di Sungai Besi, Selangor hari ini.
Sehubungan itu, pengasas Invoke Malaysia berkenaan mahu memaklumkan kepada orang ramai terutama generas baru Felda yang antaranya menjadi golongan profesional selain akauntan bertauliah dan penganalisa kewangan tentang status Felda pada masa ini.
"Jika kumpulan Felda adalah sebuah syarikat biasa yang tidak dijamin kerajaan, dengan prestasi kewangan yang rugi lebih satu bilion ringgit setiap tahun, syarikat itu sudah tentu diisytihar muflis," tempelaknya.
Walaupun impak kejatuhan mendadak harga saham FGV tidak akan memberi kesan segera terhadap status kewangan kumpulan Felda, Rafizi berkata, masalah akan berlaku apabila kumpulan Felda tiba satu tahap terpaksa menjual kesemua saham FGV.
"Sebarang perubahan harga saham FGV tidak serta-merta mempengaruhi prestasi kewangan Felda. Ia hanya akan ditunjukkan sekaligus apabila Felda menjual saham-saham tersebut.

'Ini bukan magik, ini sains'

Gara-gara memperkenalkan alat yang dikatakan boleh menjimatkan penggunaan petrol motosikal, pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan Datuk Husam Musa menerima kecaman netizen di Facebook.

Semuanya bermula apabila laman pseudosains PW Community memuat naik video menunjukkan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu sedang memperkenalkan sejenis alat kepada beberapa pemuda di halaman sebuah rumah.

"Pagi ni kita akan masukkan alat ni dalam tangki motor. Tujuannya untuk jimatkan penggunaan minyak motor, sekarang ini harga minyak pun mahal. Budak-budak motor duit dia tak banyak.
"Yang kedua alat ini boleh kurangkan asap. Asap ini adalah tanda bahawa minyak tidak dibakar habis.

“Kerana itu jadi asap dan kemudian ada bekas asap yang hitam dipanggil karbon," katanya dalam mukadimah ketika menjelaskan keupayaan alat itu lima orang pemuda yang hadir bersama motosikal masing-masing.
Video kita-kira lima minit itu dikongsi hampir 500 pengguna Facebook dan mencapai hampir 50, 000 kali tontonan selepas 12 jam disiarkan.

Penjelasan 'ke laut'

Pentadbir laman itu dalam nota iringan bersama video menjelaskan mereka tidak dapat memberikan penjelasan saintifik kerana tidak tahu komposisi kimia dalam alat yang dipromosikan Husam.
“Namun apa yang boleh kami katakan ialah penjelasan Datuk YB (Husam) mengenai molekul minyak menjadi bulat dan solid memang ke laut,” katanya.
Sementara itu, terdapat pengguna Facebook mengambil kesempatan menyindir Husam yang bergaya seperti jurujual yang sedang memperkenalkan produk itu.

"Masukkan bongkah besi atau batu. Nanti minyak dalam tangki akan jadi penuh, " kata pengikut Facebook PW Community, Sharizal Muhammad.

"Terpaksa jual produk macam ini pula. Sebab dia dah tahu bakal kehilangan kerusi PRU14 nanti," kata Khuram Ji pula.
Alat yang kelihatan seperti pintalan tali itu menurut pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan, akan membantu menjaga ekologi dan alam sekitar.

115 kuasa kuda
Katanya, apabila alat tersebut dimasukkan ke dalam tangki motosikal ia akan menyebabkan keseluruhan minyak dibakar.
"Insya-Allah secara 100 peratus. Ini bukan magik, ini adalah alat sains. Di mana molekul-molekul minyak (petrol) menjadi bulat, menjadi solid lalu dibakar sepenuhnya sehingga meningkatkan prestasi motosikal.
"Kita tidak boleh meningkatkan kuasa kuda motosikal tapi bila minyak tidak dibakar habis sebahagian daripadanya, kuasa motor itu tidak di dijanakan sepenuhnya.
"Walaupun 115 kuasa kuda tetapi kita hanya boleh laju mungkin boleh sampai 90 kuasa kuda atau 100," jelasnya merujuk kepada kapasiti enjin (cc).

Setahun Bersatu: Johor,Kedah, Selangor keahlian tertinggi



Negeri Johor, Kedah dan Selangor mempunyai keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) paling tinggi berbanding negeri lain, dedah Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir
Walaupun tidak dinyatakan angka sebenar,  beliau berkata, negeri Johor menjadi antara negeri dengan jumlah keahlian paling tinggi antara sebab negeri itu  dipilih untuk meraikan ulang tahun pertama penubuhan Bersatu yang akan diadakan pada esok 9 September 2017.
"Johor mempunyai keahlian sangat ramai dan di negeri ini PH diketuai Presiden PPBM (Tan Sri Muhyiddin Yassin) jadi kita rasakan negeri ini sangat sesuai untuk tujuan tersebut( sambutan) diadakan.
"Sebelum ini kita telah adapan pelancaran PPBM di Shah Alam jadi kita rasakan sesuai sekiranya kali ni, negeri Johor dipilih bagi sambutan ulang tahun pertama sekaligus melancarkan gerak kerja kita di negeri ini," ujarnya dalam sidang media diadakan hari ini.
Dijadualkan sambutan ulangtahun pertama Bersatu akan diadakan di Dewan Y Square Connexion, Jalan Bakri, Muar bermula jam 11 pagi hingga 11 malam.
Menurut Mukhriz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sambutan berkata,pelbagai acara telah diatur sepanjang hari membabitkan masyarakat setempat di sekitar Muar.
Selain penyerahan anugerah 3 bahagian parti yang mempunyai penambahan keahlian terbanyak diberikan penghargaan dan pelancaran rasmi sayap Srikandi dan Armada.
Turut dijemput pimpinan parti gabungan dalam Pakatan Harapan seperti Presiden PH Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, dua Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng dan rakan-rakan parti dalam gabungan di negeri-negeri.
"Kita menjangkakan kehadiran 10,000 dalam sambutan ulang tahun PPBM ini.
"Walaupun Umno-BN menganggap Johor kubu kuat mereka, PH nak tunjukkan satu sambutan yang sangat meriah dengan kehadiran luar biasa yang akan memberi gambaran mengenai tahap sokongan yang kami terima di johor," ujarnya.
Dijangkakan Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad akan  hadir menyampaikan amanatnya sempena sambutan pertama parti itu esok.

Mampukah BERSATU hadap Umno tawan Pagoh?

Wacana politik konservatif alih isu, kata Maszlee

"Sama la juga," sindir Tun M pada PAS

Kenapa Zahid senyap dalam kes Tamil Malar?

Bila PRU? Najib nak tengok bintang dulu

RAFIZI RAMLI : SIDANG MEDIA TERGEMPAR FELDA RUGI 9 BILION

Tolak tawaran Dr Mahathir kerana sayangkan Umno, kata Ahmad Said


Tolak tawaran Dr Mahathir kerana sayangkan Umno, kata Ahmad Said 
BEKAS Menteri Besar Terengganu Ahmad Said mendedahkan Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad pernah beberapa kali memberi ‘tawaran’ kepadanya tetapi beliau menolak kerana terlalu sayangkan Umno.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal  dan Ketua Umno Bahagian Kemaman itu berkata demikian ketika meluahkan kesetiaan terhadap Umno meskipun menurutnya beliau dihujani pelbagai dugaan selepas meletak jawatan sebagai menteri besar pada 2014.
Beliau dalam nada berseloroh menggelar dirinya ‘bekeng’ (garang) dan tidak mahu lagi mengungkit peristiwa lama, namun dirinya umpama ular, boleh mengeluarkan bisa apabila terancam.
Ahmad berkata demikian ketika berucap pada perasmian Persidangan Umno Bahagian Kemaman hari ini yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman dan Menteri Pengajian Tinggi Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut.
“Sejarah telah mengajar mereka… saya harap kita pastikan mulai saat ini segala tohmahan dan hinaan diabaikan… kita pentingkan kekuatan kita, perbetulkan kesilapan kita, apa pun yang berlaku kita tetap ahli Umno,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh perwakilan yang hadir.

Guan Eng lagi sekali dihalang masuki sekolah Cina


Guan Eng lagi sekali dihalang masuki sekolah Cina
Lim Guan Eng sebelum ini pernah cuba untuk mengadakan lawatan ke sekolah yang sama sebelum ini namun ia juga gagal.
BUAT kali kedua dalam tempoh dua minggu, ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendapati dirinya dihalang memasuki sebuah sekolah rendah Cina di Sungai Lembu, Pulau Pinang dan dimaklumkan agar meminta kebenaran daripada kementerian pendidikan.
Lim mahu mengadakan lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kampung Sungai Lembu di Penanti hari ini bagi menyampaikan cek RM10,000 kepada ahli lembaga pengarah sekolah terbabit.
Ini merupakan kali kedua cubaan melawat sekolah terbabit selepas lawatan pada 26 Ogos lalu gagal di mana dia tidak dibenarkan masuk ke sekolah berkenaan pada saat akhir.
Sekolah terbabit telah mencetak banner dan membuat persediaan untuk menerima kunjungan Lim namun dibatalkan pada saat akhir.
Exco Pulau Pinang Chong Eng, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Hal Ehwal Sekolah Cina dan Sekolah Mubaligh berkata, jabatan pendidikan negeri yang menulis surat kepada kerajaan negeri dua hari lepas memberitahu ia memerlukan kebenaran menteri pendidikan.
“Jabatan itu berkata, mana-mana ketua menteri atau menteri besar perlu mendapatkan kebenaran daripada menteri.
“Dalam erti kata lain, ketua menteri tidak dibenarkan lagi melawat sekolah,” katanya pada sidang media di Komtar hari ini.
Chong mempersoalkan mengapa menjadi isu kepada ketua menteri untuk melawat sekolah bagi melihat masalah yang mereka hadapi dan bagaimana kerajaan negeri boleh membantu dengan memberikan peruntukan.
Katanya, pihak lembaga sekolah sepatutnya dibenarkan untuk membuat keputusan mereka sendiri untuk menerima sesiapa ke sekolah mereka.
“Kita ada tujuan yang sama menjalankan kerajaan. Kerajaan pusat perlu menunjukkan contoh yang baik. Walaupun kita dalam parti berlainan yang bertanding menentang antara satu sama lain, pertandingan itu harus adil.
Sekolah di Sungai Lembu itu terletak berdekatan dengan kampung yang terkesan dengan kilang haram memproses karbon yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ini bukanlah kali pertama, bagaimana pun, SJK(C) Kampung Sungai Lembu tetap akan menerima dana daripada kerajaan negeri yang diterajui DAP. Sejak 2008, sekolah berkenaan menerima RM360,000 daripada kerajaan negeri.
Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, layanan yang diterimanya berbeza dengan apa yang diterima ketua Umno bahagian berkenaan yang turut melawat sekolah yang sama sebelum ini.

RCI mata wang asing kejar KPI apa?


RCI mata wang asing kejar KPI apa?
Suruhanjaya Siasatan Diraja ke atas skandal forex seolah-olah mempunyai satu tujuan: Menyerang Dr Mahathir Mohamad. 
KALAU sebelum ini tidak terang, sekarang tentunya sudah bersuluh: bahawa Panel Sidek atau Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap Kerugian Mata Wang Asing Bank Negara sudah ada keputusan dalam kepala — memburuk-burukkan Dr Mahathir Mohamad dalam seluruh tegak batang tubuhnya.
Secara khusus, ketua RCI Mohd Sidek Hassan dan kini Majlis Tertinggi Umno mahukan keputusan tertentu daripada siasatan panel itu.
Jadi apabila tidak dapat apa mereka mahu, mereka melompat. Dalam kes Sidek, pengakuannya bahawa beliau seorang broker yang jujur terdengar bagai canang tong kosong.
Dalam kes Majlis Tertinggi Umno, sikap tidak sedia menerima naratif orang mereka sendiri membayangkan kelompok pemimpin ini hanya berminat dengan cerita versi mereka sendiri. Mereka hanya hendak kenakan Dr Mahathir.
Begitulah kata ahli Majlis Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi yang juga ketua propaganda kerajaan apabila menuduh bekas penasihat Bank Negara Malaysia Nor Mohamed Yakcop cuba melindungi Dr Mahathir daripada didakwa atas kerugian mata wang bank pusat itu.
“Dia mengaku bertanggungjawab di atas kerugian besar itu, tetapi menafikan semua keputusan berkaitan urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara sekitar 1990an itu ditentukan oleh dia secara bersendirian,” kata Ahli Majlis Tertinggi itu dalam satu kenyataan hari ini.
“Maksudnya ada orang lain terlibat. Siapakah orang itu? Apakah dia bermaksud Gabenor BNM?
“Yang pasti Nor Yakcop cuba mengelak daripada mengaitkan Perdana Menteri (Dr Mahathir) dan Menteri Kewangan ketika itu (Anwar Ibrahim),” katanya.
Bagi Sidek, pertikaman lidahnya dengan Anwar semalam menunjukkan segala-galanya tentang apa yang beliau mahu semua orang tahu — bahawa Dr Mahathir dalang urus niaga mata wang asing ini dan selama ini tahu apa yang berlaku.

RCI: Kenyataan JASA boleh 'ancam' saksi

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, kenyataan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang kononnya bekas penasihat Bank Negara Tan Sri Nor Mohamed Yakcop cuba melindungi Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung skandal forex boleh mendatangkan kesalahan mengancam, menghina atau mencederakan saksi.
Beliau merujuk kenyataan Ketua Pengarah JASA Datuk Mohd Puad Zarkashi semasa pendengaran Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) hari ini yang menuduh Nor Mohamed cuba melindungi bekas perdana menteri itu.
Sri Ram memetik Seksyen 12 (2) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 yang menyatakan bahawa "mana-mana orang yang mengancam, menghina atau mencederakan orang lain yang memberikan keterangan, atau berdasarkan keterangan yang telah diberikannya kepada pesuruhjaya, melakukan suatu kesalahan dan boleh dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun."
Bekas hakim itu, bagaimanapun, berkata komen Mohd Puad itu mungkin tidak termasuk dalam definisi penghinaan di bawah Seksyen 14 akta yang sama.
"Tetapi dia boleh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12 (2). Sama ada dia akan didakwa adalah soalan lain," katanya kepada Malaysiakini.
Sri Ram adalah seorang peguam sebelum beliau dilantik sebagai hakim Mahkamah Rayuan pada tahun 1994. Selepas bersara pada tahun 2010 sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan, beliau menubuhkan firma undang-undangnya sendiri

Audit 1MDB: Dedah sebelum PM terbang, kata Azizah

Kerajaan dituntut mendedahkan laporan siasatan audit negara berkaitan 1MDB sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terbang ke Amerika Syarikat (AS).
Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail berkata langkah itu perlu diambil sebelum Najib bertemu Presiden AS Donald Trump minggu depan.
Gesaan itu dibuat susulan wujudnya khabar angin bahawa lawatan itu adalah sebahagian usaha untuk menutup siasatan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS terhadap aset berkaitan 1MDB yang didakwa melibatkan individu yang rapat dengan "Malaysian Official 1" (MO1).
“Jika laporan tersebut tidak diterbitkan, pertemuan Datuk Sri Najib dengan Presiden Trump mungkin akan dilihat sebagai satu usaha 'membersihkan' nama MO1 dalam siasatan DOJ terhadap 1MDB,” katanya.
Najib akan terbang ke AS pada 12 September depan.

Beliau dijadual melawat Rumah Putih bagi memenuhi undangan Trump.

Khairy hipokrit mahu bahas isu Rohingya di PBB, tolak di Parlimen



Gesaan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin agar Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) memanggil sidang tergempar bagi membahaskan isu Rohingya amat aneh dan berbau hipokrasi, kata Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.
Khairy Jamaluddin Raja Kamarul BahrinPengerusi Biro Antarabangsa AMANAH berkata, beliau sebelum ini pernah membawa usul ke Parlimen membahaskan isu pembunuhan etnik Rohignya tetapi ditolak oleh Speaker Parlimen dan tidak disokongan dikalangan ahli Umno-BN dan Pas.
" Tidak seorang pun ahli Umno-BN atau Pas menyokong usul tersebut. Mereka semua berdiam diri. Hanya ahli Parlimen Pakatan Harapan sahaja berdiri mendesak usul tersebut di terima.
"Sekarang seolah ingin menjadi juara pula, Khairy minta PBB di New York panggil sidang khas sementara sidang biasa Parlimen Malaysia sendiri yang sedang bersidang dahulu tidak dibenarkan perbahasan.
"Apakah sandiwara serta hipokrasi untuk memainkan isu tragedi umat Rohingya yang sedang dibunuh beramai-ramai di PBB yang jauh di New York sementara di Dewan Parlimen Malaysia sendiri perbahasan ditolak.," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata,dunia tidak sepatutnya berdiam diri dan membiarkan pembunuhan etnik ini terus berlaku saban tahun dengan bantahan demi bantahan dilakukan tanpa sebarang penyelesaian muktamad.
Justeru beliau menggesa PBB perlu mengadakan satu sidang khas tergempar bagi mencari penyelesaian muktamad berhubung krisis kemanusiaan yang melanda etnik Rohingya di Myanmar.
Raja Bahrin yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, sewajarnya Khairy menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang ke Washington dijangka 12 September ini untuk bertemu Trump disaat Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat sedang menyiasat 1MDB serta MO1.

Sedangkan ujarnya lagi, Paderi besar Vatican Pope Francissedang merancang untuk ke Myanmar bagi menyelesaikan isu Rohingya. "Khairy patut menasihati bosnya sendiri untuk memperbetulkan keutamaan tanggungjawab serta prioritinya terhadap umat Islam yang sedang dibunuh beramai ramai di Negara jiran," ujarnya yang turut mempertikaikan tindakan sebuah NGO iaitu Global Movements of Moderates yang diasaskan oleh Najib sendiri apabila golongan ektremis kaum dan agama di Myanmar menjalankan pembersihan ethnik di negara jiran.
Tambahnya lagi,"kalau Ketua Negara Islam yang jauh seperti Presiden Erdogan dari Turki serta Pemimpin utama Iran sedang bersiap sedia menghantar bantuan rasmi kepada kaum Rohingya yang sedang di korbankan oleh junta Myanmar, Najib lagi berminat bersiap sedia melawat Trump seorang yang telah menunjukkan sikap perkauman dan anti Islam itu.

Taktik Umno momokkan DAP bukan suatu fenomena baharu, kata MPT Bersatu



Apakah Umno begitu terancam dan tergugat kedudukan mereka di hati masyarakat Melayu sehingga sanggup memperbodohkan masyarakat Melayu kononnya parti-parti Melayu di dalam Pakatan Harapan bagai lembu dicucuk hidungnya oleh DAP, soal Tariq Ismail.
Tariq Ismail PPBM 1AHli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mengulas kenyataan Setiausaha Media kepada perdana menteri, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad semalam, yang mendakwa kepimpinan Pakatan Harapan berbangsa Melayu termasuk pucuk pimpinan Bersatu, PKR dan Amanah sebagai terlalu lemah sehingga boleh dipermainkan oleh DAP.
"Sedarkah mereka bahawa pujian palsu mereka yang melangit bahawa masyarakat Melayu terlalu cerdik dan tidak akan termakan cakap DAP, adalah sebenarnya suatu penghinaan kepada peradaban dan intelektualisma Melayu dan Islam?
"Mereka mengandaikan masyarakat Melayu akan terus menerus menyokong kebatilan pemimpin negara yang sekarang hanya kerana terlalu cerdik untuk diperdayakan oleh DAP.
"Saya ingin memetik seorang tokoh agama baru-baru ini yang mengingatkan masyarakat Melayu akan tanggungjawab mereka menilai antara pemimpin yang terbukti batil dan pemimpin yang berkemungkinan bukan Islam.
"Seorang adalah terbukti, sementara yang seorang lagi hanya kemungkinan dan tertakluk kepada kuasa Allah.
"Sememangnya taktik Umno memomokkan DAP bukan suatu fenomena baru," ujarya dalam kenyataan hari ini.

 Ketua Bahagian Bersatu Sri Gading itu turut berkata, Umno berulang kalicuba mempermainkan emosi masyarakat Melayu dan memainkan sentimen perkauman kononnya tampuk kepimpinan negara bakal diambil alih oleh DAP sekaligus mengganggu gugat kedudukan istimewa orang Melayu. "Saya di sini ingin menegaskan sekali lagi, hukum matematik tidak membenarkan DAP mengambil alih tampuk kepimpinan negara.

BILA RCI FOREX NAK PANGGIL TUN MAHATHIR? DAPATKAH BELIAU DIPERSALAHKAN JIKA KETERANGANNYA TIDAK DIAMBIL?


Berpegang kepada prinsip berani kerana benar, takut kerana salah, Tun Mahathir Mohamad telah hadir sebanyak dua kali secara sukarela dalam sessi pendengaran Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan forex.
Setelah melakukannya kali pertama dua minggu lalu, semalam ketika Anwar Ibrahim memberi keterangannya kepada RCI forex, beliau sekali lagi hadir di galeri awam untuk menyaksikan sessi pendengaran yang dijalankan.
Kehadiran secara sukarela, ikhlas dan tanpa takut itu adalah gambaran keberanian untuk sedia dipanggil sebagai saksi seterusnya jika betul RCI forex yang ditubuhkan Najib Razak itu benar-benar berpaksikan keinginan mencari kebenaran.
Namun, sehingga ini nama Tun Mahathir belum lagi disenaraikan sebagai saksi dan tidak dapat dipastikan sama ada beliau akan dipanggil untuk memberi keterangan atau sebaliknya.
Berdasarkan banyak kenyataan pemimpin UMNO, termasuk Najib sendiri serta jentera propaganda kerajaan yang sebelum ini seolah-olah memberi gambaran Tun Mahathir bersalah dalam isu kerugian urusniaga forex kira-kira 25 tahun lalu, mengenepikan beliau sebagai saksi jelas suatu perbuatan yang berniat jahat dan seolah-olah mahu menjatuhkan hukuman tanpa memanggilnya mempertahankan diri dengan hujah-hujah pembelaan.
Lebih dari itu, tanpa diduga oleh sesiapa, berikutan keterangan Nor Mohamed Yakcop yang telah mengaku bertanggungjawab sepenuhnya dalam kerugian urusniaga tersebut, sekaligus membersihkan nama Tun Mahathir daripada sebarang kaitannya, jika RCI forex masih berpegang kepada falsafah mencari kebenaran, memanggil bekas Perdana Menteri itu sebagai saksi adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan lagi.
Dengan memanggil Tun Mahathir sebagai saksi,  RCI forex dengan sendirinya boleh secara terbuka menyoal dan berhujah dengan beliau, bukan saja behubung keterangan Nor Mohamed Yakcop, bahkan apa jua isu berkaitan kerugian urusniaga forex itu.
Tetapi, jika beliau tidak dipanggil sebagai saksi, bagaimanakah relevannya agar segala kesalahan mahu dibebankan kepada Tun Mahathir?
Jika Tun Mahathir dipersalahkan tanpa memanggilnya sebagai saksi, tidakkah RCI forex itu sendiri dan Najib yang setuju menubuhkannya, di sebalik desakan paling rasional  supaya 1MDB juga diwujudkan RCI, akhirnya akan menjadi bahan ketawa seluruh dunia?
Dalam hal ini, mungkinkah dengan perkembangan terbaru yang tidak dijangka oleh sesiapa, khususnya setelah keterangan Nor Mohamed Yakcop, beban kesalahan bakal beralih daripada Tun Mahathir kepada Anwar?

Pas kitar semula propaganda Umno momokkan Melayu



Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad menyifatkan Pas pada masa ini tidak lebih hanya mengitar semula tohmahan dan propaganda Umno untuk memomokkan pengundi Melayu.
Menurutnya, Pas jauh berbeza dengan pendiriannya sebelum ini yang turut tegas menafikan dakwaan kononnya DAP bersifat 'along' atau menguasai blok pembangkang.
"Saya kecewa Pas sebaliknya sekarang sanggup menipu orang Melayu dengan menggunakan propaganda Umno.
"Pas sekadar memperalat ketakutan, tidak bercakap hal yang benar, (Pas) hilang kredibiliti apabila berubah-ubah (pendirian) mengikut kepentingan politik," ujarnya.
Khalid Samad Pas UmnoBeliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi kelmarin yang mengaitkan undi kepada Pakatan Harapan adalah undi kepada DAP.
"Pergerakan DAP turut dibayangi agenda Evangelis Kristian dan bercita-cita menawan untuk mengsekularkan negara ini.
"Bahkan tindak-tanduk DAP jelas mahu menjadi dominan dalam Pakatan Harapan, sekali gus menentu arah setiap tindakan pakatan itu," dakwa anak Presiden Pas itu lagi.

Walau bagaimanapun, Khalid berpendapat DAP tidak mungkin menjadi parti yang menguasai Pakatan Harapan malah tidak pernah muncul paling dominan ketika dalam Pakatan Rakyat sebelum ini. "Jumlah kerusi (Parlimen) yang ditandingi DAP (pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu) adalah paling kecil berbanding PKR 99 kerusi, Pas (73) dan DAP bertanding 51 kerusi.
"Angka 51 kerusi itu kecil berbanding rakan-rakan (pembangkang) lain, kurang daripada separuh. Bagaimana DAP boleh jadi paling dominan?

HUTANG FELDA DIUNJURKAN CECAH RM12.6 BILION


Untuk pengetahuan umum, sehingga sekarang Felda masih lagi belum mematuhi kehendak akta agar penyata kewangannya dihantar ke Dewan Rakyat bagi tahun-tahun selepas 2014. Penyata kewangan Felda yang telah diaudit yang masih tertunggak sehingga kini ialah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 dan 31 Disember 2016.
Perkara ini telah ditimbulkan oleh pihak media sejak awal tahun 2017 setelah isu kedudukan kewangan Felda mula mendapat perhatian orang ramai.
Semakan saya ke atas laporan-laporan berita mendapati setakat 11 Februari 2017, penyata kewangan Felda yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 belum lagi dibentangkan kepada Lembaga Pengarah (seperti laporan NST https://sg.news.yahoo.com/feldas-delayed-2015-financial-sta…)
Menurut laporan NST itu juga, Tan Sri Shahrir Samad yang baru dilantik sebagai Pengerusi Felda ketika itu berjanji untuk membentangkan penyata kewangan Felda yang diaudit bagi tahun 2015 itu pada sesi parlimen Mac 2017.
Saya membangkit perkara ini sekali lagi dalam satu kenyataan media pada 24 Ogos 2017 yang lalu untuk mendapat pengesahan dari pihak Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Shahrir Samad bahawa penyata kewangan Felda yang diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 dan 31 Disember 2016 akan dibentangkan di sidang parlimen Oktober ini.
Sehingga kini masih tiada jawapan.
Saya tahu Dato’ Seri Najib dan Tan Sri Shahrir mengambil pendekatan mendiamkan diri dengan harapan perkara ini akan mati begitu sahaja. Saya juga faham bahawa penyata kewangan Felda yang diaudit bagi tahun-tahun 2015, 2016 dan 2017, jika dibentangkan, akan mendatangkan masalah politik kepada Dato’ Seri Najib.
Oleh kerana mereka memilih untuk tidak menjawab, maka saya mengambil jalan baru iaitu membuat analisa kewangan mengenai kedudukan kewangan terkini Felda (berdasarkan penyata kewangan diaudit yang terakhir iaitu 31 Disember 2014 dan pelbagai laporan media dan jawapan menteri di Parlimen). Daripada analisa kewangan ini, saya boleh mengunjurkan beberapa penunjuk kewangan penting seperti jumlah hutang terkini, jumlah keuntungan dan lain-lain.
Sila rujuk lampiran yang disertakan bersama.
Berdasarkan penyata kewangan Felda yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 dan maklumat-maklumat lain mengenai jumlah hutang yang diambil oleh Felda dan anak syarikatnya dalam tahun 2015 hingga 2017 (rujuk laporan Malaysiakini https://www.malaysiakini.com/news/393696 dan laporan berita perniagaan Indonesia http://m.kontan.co.id/…/felda-dikabarkan-incar-porsi-mayori… ), saya mengunjurkan bahawa hutang terkumpul Felda dan anak syarikatnya akan mencecah RM12.6 bilion menjelang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.
Ini mengambil kira kedudukan kewangan Felda dan anak syarikatnya yang mengalami kerugian sejak tahun 2012 dan pendapatan kumpulannya dijangka tidak melebihi RM1 bilion setiap tahun. Dalam keadaan ini, saya mengunjurkan Felda dan anak syarikatnya tidak berkemampuan untuk membayar hutang pokok dan hanya membayar faedah tahunan di antara tahun 2015 hingga 2017.

Kewangan Felda bakal satu kategori dengan 1MDB

Kerugian terkumpul Kumpulan Felda yang mencecah RM8.7 bilion setakat 2015 disebabkan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) bakal meletakkannya dalam kategori sama dengan 1MDB, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Semalam, beliau membuat unjuran bahawa Kumpulan Felda bakal menanggung dan mempunyai hutang terkumpul sebanyak RM12.6 bilion setakat Disember tahun ini.
“Sejak FGV disenaraikan dalam tahun 2012, Kumpulan Felda telah mencatatkan kerugian komprehensif yang melebihi satu bilion ringgit setiap tahun iaitu RM1.670 bilion (2013), RM1.109 bilion (2014) dan RM1.112 bilion (2015).
“Jika Kumpulan Felda adalah sebuah syarikat biasa yang tidak dijamin Kerajaan, syarikat Felda sudah pun diisytiharkan muflis, katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, katanya, dividen yang dibayar oleh FGV kepada Kumpulan Felda menurun secara mendadak dari 2013 kepada 2015, iaitu dari RM256 juta pada 2013 kepada hanya RM49 juta pada 2015.
Menuritnya, jumlah kerugian atas kertas itu akan bertukar menjadi kerugian sebenar sekiranya Kumpulan Felda menjual saham-saham FGV.
“Saya lebih bimbang dengan krisis kewangan Kumpulan Felda (berbanding 1MDB) kerana ia melibatkan kemampuan Felda (dan kerajaan persekutuan) menguruskan kehidupan lebih 100,000 keluarga peneroka yang boleh melibatkan lebih satu juta rakyat Malaysia.
“(Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak boleh berdiam diri mengenai perkara ini tetapi beliau tahu bahawa dengan pendedahan berterusan sepanjang minggu depan, krisis kewangan Kumpulan Felda ini tidak lagi boleh didiamkan dan perlu dijawab oleh beliau,” katanya.

Parti mana tidak mahu satu lawan satu?

SEJAK bermulanya isu perundingan di antara PKR dan Bersatu yang cuba untuk mengadakan perundingan dengan PAS di atas perhitungan politik mengelakkan pertembungan tiga penjuru dalam PRU14 akan datang, Parti Amanah Negara(Amanah) mengambil sikap positif terhadap usaha rakan-rakan dalam PH ini sementara memerhati dan mendengar dengan baik segala perkembangan perundingan yang berlarutan hampir dua tahun.
Di samping menghormati hak rakan-rakan dalam PH untuk merealisasikan niat murni untuk memastikan berlakunya pertandingan satu lawan satu, Amanah sebagai rakan dalam PH sekadar memberikan pandangan dan nasihat bila diminta berbuat demikian oleh pimpinan PKR dan Bersatu sama ada secara rasmi di dalam mesyuarat PH atau perbincangan tidak rasmi.
Bagaimanapun, masa tidak menunggu kita semua. Kepantasan waktu berlari menuntut kepimpinan utama PH untuk membuat keputusan penting sekali gus mengatur strategi kemenangan bagi menghadapi berlakunya PRU14 pada bila-bila masa dari sekarang.
Umum mengetahui, setelah hampir 2 tahun usaha keras dan bersungguh rakan-rakan parti PH untuk membawa PAS ke gelangang satu lawan satu, akhirnya rakyat di luar sana boleh menghakimi dengan jelas, adil dan saksama tentang parti manakah sebenarnya yang sedang menggagalkan segala niat dan usaha murni ini.
Amanah yakin dan percaya keputusan Majlis Presiden PH secara kolektif yang telah memutuskan untuk tidak lagi mengadakan sebarang perundingan dengan PAS bukanlah satu keputusan yang mudah, terburu-buru atau pra matang. Keputusan Majlis Presiden PH telah dengan cermat, teliti dan sabar memperhitungkan segala kebijakan politik dan meraikan sepenuhnya perbezaan pandangan dikalangan pimpinan utama PH.
Melalui keputusan Majlis Presiden PH sajalah yang berhak dan berkemampuan untuk merumus segala pendirian parti-parti dalam PH. Membina persepsi rakyat bahawa PH adalah tempat mereka bergantung harapan adalah keutamaan semua pimpinan utama PH.
PH telah membuka jendela perundingan dan ruang waktu yang mencukupi untuk pertarungan satu lawan satu bagi menumpaskan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang. Kini, biarlah rakyat berbicara parti manakah yang membuat durjana.

Bekas bos Malakoff kini pengerusi FGV

Azhar Abdul Hamid yang merupakan akauntan bertauliah mengambil alih daripada Isa Samad.
Wira-Azhar-fgvKUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Datuk Wira Azhar Abdul Hamid sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) berkuat kuasa hari ini.
“Saya yakin dengan pengalaman luas yang dimilikinya, beliau akan dapat menerajui FGV dengan cemerlang, sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur dan seterusnya dapat diterjemahkan dengan harga saham FGV yang lebih kukuh,” kata perdana menteri.
Azhar merupakan pengarah urusan Malakoff Corp Bhd sebelum meletak jawatan pada 30 Jun lalu.
Julai lalu, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob dilantik sebagai pemangku pengerusi FGV, bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Tan Sri Isa Abdul Samad.
Sebelum ini, akhbar mingguan perniagaan The Edge Malaysia melaporkan Azhar merupakan antara 3 calon yang disebut-sebut akan menjadi pengerusi FGV. Dua yang lain ialah bekas ketua pegawai eksekutif Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail, dan presiden Sime Darby Tan Sri Mohd Bakke Salleh.
Azhar, 56, mempunyai kelayakan sebagai akauntan bertauliah, dan pernah bertugas sebagai auditor di British Telecoms.
Beliau juga pernah bertugas di Pernas International Holdings Bhd, Sime Darby dan Tractors Malaysia.
Daripada 2011 hingga 2014, beliau merupakan ketua pegawai eksekutif Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd.

PAS perlu sedia jadi kerajaan, sembang Nasrudin

Meskipun hanya bertanding 40 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum akan datang tetapi Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan percaya parti itu harus bersedia menjadi sebuah kerajaan.
"PAS bersama Gagasan Sejahtera sedang mengorak langkah ke gerbang pilihanraya umum ke-14 dengan siap dan sedia untuk memenangi kerusi yang ditandingi. Galas tanggungjawab membina negara berkebajikan, sejahtera dan maju bersama Islam.
"Minda, spiritual dan fizikal pimpinan PAS, ahli dan seluruh penyokongnya perlu diletakkan dalam posisi "government in waiting".
"Justeru itu, PAS menggagaskan budaya politik matang dan sejahtera dalam pendekatan dan gerak kerja parti," kata Nasrudin dalam satu catatan Facebook hari ini.
PAS kini merupakan sebahagian daripada gabungan kuasa ketiga bersama parti serpihan Umno Parti Ikatan Negara (IKATAN).
Bagaimanapun IKATAN dilihat tidak mempunyai signifikan dalam politik nasional.
Parti Islam itu sejak muktamar tahun ini menyatakan akan memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen dan menawan lima kerajaan negeri - Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak dan Selangor.
Parti-parti dalam Pakatan Harapan menggambarkan PAS sebagai sekutu yang berpotensi dalam kerajaan pimpinan Umno.
PAS menafikan bahawa ia akan bekerjasama secara politik dengan Umno, walaupun kedua-dua parti itu bekerjasama dalam hal-hal melibatkan kepentingan agama Islam.

DAP dilanda virus anjing gila, sembang Pemuda PAS

DAP diibaratkan bersikap seperti dijangkiti virus ‘rabies’ atau ‘anjing gila’ dalam usahanya untuk kekal sebagai parti yang "menguasai" dalam Pakatan Harapan, kata Ketua Penerangan Pemuda PAS, Hishamuddin Abdul Karim.
Dalam artikelnya di Harakahdaily, beliau berkata, ini terbukti dalam serangan bertali arus terhadap PAS.
“PAS yang gagal diproksikan DAP melalui agen-agen mereka (di mana kemudiannya menubuhkan AMANAH), kini dihadapkan serangan bertali arus termasuk menggunakan BERSATU dan PKR.
“Namun, AMANAH, BERSATU dan PKR tidak menggigit PAS seperti diharapkan menyebabkan DAP kini seperti dijangkiti virus ‘rabies’. DAP akhirnya menzahirkan juga kerakusan dan nafsu besar mereka untuk berkuasa.
“(Pemimpin veteran DAP) Lim Kit Siang dalam beberapa kenyataan terbarunya bukan sahaja dilihat telah mengabaikan AMANAH, malah langsung tidak mempedulikan pengaruh BERSATU.
“Bahkan beliau secara terangan meminta dan menyebut pula kerusi-kerusi untuk DAP, sedangkan ia ditandingi PKR sebelum ini,” kata Hishamuddin.
Beliau berkata bahawa pengaruh dan cengkaman oleh Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng dalam DAP bakal menyebabkan parti itu berkubur tidak lama lagi.
“Ia ditambah dengan keangkuhan mereka yang sering menunjukkan sikap anti Islam serta memperlekehkan syariat. Malah, mereka juga biadab mempertikai pelbagai status-quo negara ini terutama menyentuh berkaitan hak keistimewaan Bumiputera,” katanya.
Menurut Hishamuddin, DAP juga mampu “mengikat” Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas diktator yang pernah berkuasa selama 22 tahun.
Hishamuddin juga menganggap kenyataan Guan Eng bahawa PAS berisiko kehilangan Kelantan dalam PRU akan datang jika tidak bersama Pakatan Harapan sebagai ungkapan yang angkuh dan berbaur ugutan kebudak-budakan.
“Jika Guan Eng merasakan bahawa PAS masih punyai sisi untuk diperkuda atau dimainkan, ingin ditegaskan bahawa seorang Mukmin tidak dipatuk dua kali di lubang yang sama.
“Hakikatnya, dua beranak ini sedang dihantui oleh kebimbangan kehilangan Pulau Pinang serta sebahagian besar kerusi dimiliki sekarang.
“DAP ghairah menggalak wakil rakyat dari BN melompat parti, merasa sakit bila ADUN sendiri menyeberang. Mereka menjulang wakil rakyat yang keluar parti menyertai mereka sebagai wira, tetapi melabel wakil rakyat sendiri pengkhianat bila keluar DAP.

PH Selangor akhirnya bermesyuarat, bentuk jawatankuasa


PH Selangor 01
Setelah lama ditunggu-tunggu, akhirnya Pakatan Harapan (PH) Selangor selesai mengadakan mesyuarat kali pertamanya di saat kewajaran perundingan PKR-Pas diteruskan menjadi perbahasan hangat di kalangan para pemimpin gabungan parti pembangkang itu.
Mesyuarat yang dipengerusikan timbalan presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali itu turut membentuk barisan kepimpinan PH Selangor.
Selain Azmin yang dilantik Majlis Presiden PH sebagai Pengerusi PH Selangor, mesyuarat pertama itu melantik empat timbalan pengerusi iaitu Tony Pua yang mewakili DAP, Ir Izham Hashim (Amanah), Datuk Abdul Rashid (PPBM) dan Sivarasah Rasiah (PKR).
Setiausaha PH negeri disandang Zuraidah Kamaruddin (PKR) manakala penolong setiausaha Kamarul Hisham (Amanah).
Mesyuarat turut melantik Adun DAP Subang Jaya Hannah Yeoh sebagai bendahari, pengarah pilihanraya Dr Xavier Jayakumar (PKR), pengarah penerangan Datuk Sukiman (PPBM), pengerusi manifesto negeri Saari Sungip (Amanah) dan pengerusi biro guaman Gobind Singh Deo (Dap).

Kelewatan pembentukan sekretariat PH Selangor menimbulkan keresahan ahli dan penyokong akar umbi gabungan parti pembangkang itu memandangkan Selangor dianggap negeri paling berpotensi bagi PH.
Malah Azmin dicabar untuk menyegerakan pembentukan Sekretariat Pakatan Harapan di Selangor dan menolak dominasi parti di mana-mana posisi dalam sekretariat tersebut.
Kumpulan aktivis Gerakan Aktivis Harapan (GAH) turut menuntut Azmin sebagai pengarah pilihan raya PH untuk mengutamakan kesamarataan antara komponen parti dalam sekretariat yang bakal dibentuk.

Islam DAP ikut versi sendiri, bukan syariat sembang anak Hadi

PAS mendakwa DAP hanya mahukan melaksanakan Islam di negara ini berdasarkan versi sendiri dan tidak mengikut syariat yang sebenar.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata Islam yang akan dilaksanakan oleh DAP akan membelakangkan syariah.
“DAP hanya mahu supaya orang lain mengikut Islam versinya sendiri yang membelakangkan syariah.
“Bahkan DAP juga secara konsisten menentang apa sahaja usaha memperkasakan Islam di negara ini,” kata Muhammad Khalil yang dipetik oleh akhbar Utusan Malaysia, hari ini.
Rabu lalu, anak kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu mengisytiharkan bahawa satu undi kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) bererti satu undi kepada DAP.
Menurut Muhammad Khalil, DAP dibayangi evangelis Kristian dan bercita-cita menawan untuk mengsekularkan negara ini.
Kenyataan itu muncul selepas gabungan pembangkang baru-baru ini mengisytiharkan PKR tidak lagi boleh berunding dengan PAS berhubung pengagihan kerusi pada pilihan raya umum akan datang.
Muhammad Khalil turut mendakwa DAP sudah mencengkam PKR, Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dan menjadikan mereka sebagai proksi.
Beliau turut berikrar akan mengalahkan gabungan pembangkang itu, dan BN, pada PRU14 nanti sebagai misi menyelamatkan negara.
Beliau juga menuduh terdapat pihak daripada HARAPAN berhubungan dan mengundang entiti asing justeru merisikokan negara kepada campur tangan luar, dan menyerang Islam dengan mempertikai dan menghina serta membibitkan pelbagai rasa tidak puas hati.

Mungkinkah sejarah berulang di Pagoh

Penduduk Pagoh tidak dilihat sebagai masyarakat yang memberontak memandangkan BN mencapai kemenangan dalam setiap pilihan raya bagi kerusi parlimen tersebut.
Namun bercakap dengan veteran politik tempatan, mereka akan bercerita mengenai seseorang yang pernah cuba untuk memecahkan genggaman Umno di Pagoh.
Dia adalah Tan Sri Othman Saat - yang kedua paling lama berkhidmat sebagai menteri besar Johor - yang mana kerjaya politiknya ditamatkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, anggota parlimen Pagoh sekarang.
Othman berkhidmat sebagai menteri besar Johor dari tahun 1967 hingga 1982. Beliau tewas kepada Muhyiddin dalam pertandingan untuk jawatan ketua Umno Pagoh pada tahun 1985 dan kemudiannya memilih untuk bersara.
Muhyiddin, yang adalah ahli Parlimen Pagoh sejak tahun 1978, kemudian beralih kepada kerusi DUN di Pagoh dan berkhidmat sebagai menteri besar Johor dari tahun 1986 hingga 1995. Beliau kembali menjadi ahli Parlimen Pagoh pada tahun yang sama.
Othman muncul semula berikutan perpecahan Umno pada tahun 1988, untuk mengetuai parti serpihan Umno ketika itu - Semangat 46 - di Johor.
Othman bertanding dan memenangi kerusi negeri di Pagoh, dan memutuskan untuk menentang Muhyiddin di Pagoh semasa pilihan raya umum 1990. Namun dia tidak menyerahkan borang pencalonan.
Lari ke Muar?
Sebab mengapa Othman memutuskan untuk tidak bertanding di Pagoh pada saat-saat akhir tidak pernah diketahui tetapi penentangnya akan mengatakan bahawa Othman dapat meramalkan nasib Semangat 46 tidak lama. Parti itu dibubarkan pada tahun 1996.
Hampir tiga dekad kemudian, cerita mantan menteri besar Johor yang cuba menggulingkan Umno berulang lagi - kali ini dalam bentuk Muhyiddin dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), di mana beliau menjadi presidennya.
Tetapi persamaan Muhyiddin dengan Othman bukan sahaja mengenai nasib mereka, tetapi juga masa depan mereka - kemungkinan tersepak keluar dari kerusi Parlimen Pagoh.
Ini yang dimainkan oleh pihak-pihaknya yang rapat dengan Umno, termasuk blogger Datuk Ahiruddin Attan, yang berpandangan Muhyiddin mungkin berpindah ke kerusi Parlimen Muar, dikatakan disebabkan oleh kelemahannya di Pagoh.
Ini juga diulangi oleh ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim, yang memenangi kerusi itu dalam persaingan sengit dengan calon PKR, Nor Hizwan Ahmad, dengan hanya majoriti 1,646 undi.
Bagaimanapun, seorang pemimpin BERSATU tempatan yang tidak mahunya namanya disebut, memberitahu Malaysiakini bahawa idea berpindah ke kerusi Muar bukan hanya propaganda BN tetapi telah disampaikan kepada Muhyiddin oleh beberapa orang kuatnya.
Daerah Muar terdiri daripada tiga kerusi Parlimen - Muar, Bakri dan Pagoh.

Apa yang pengundi wanita mahukan


Apa yang pengundi wanita mahukan
Undi pengundi wanita amat penting pada PRU14 kerana mereka membentuk 50.5% daripada 14.4 juta pengundi di negara ini. 
DALAM kaji selidik pendapat umum berhubung penarafan kelulusan kerja perdana menteri dijalankan Merdeka Centre pada 2014, pengundi lelaki didapati kurang gembira dengan pencapaian Najib Razak, berbanding wanita.
Kaji selidik dijalankan dalam kalangan pengundi di semenanjung pada Jun tahun itu mendapati hanya 39% pengundi wanita tidak berpuas hati dengan Najib, berbanding 54% pengundi lelaki. mereka dari kawasan campuran bandar dan luar bandar.
Dalam negara di mana wanita membentuk 50.5% daripada 14.4 juta pengundi – berdasarkan kepada daftar pengundi 2016 – wanita ialah kumpulan yang perlu dipikat oleh parti bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Untuk melihat sekilas di mana sentimen mereka, The Malaysian Insight bertanya sedozen pengundi wanita mengenai kebimbangan utama mereka mengenai negara ini, dan hampir semua berkata mereka bimbang tentang ekonomi, kenaikan kos sara hidup dan pendidikan anak.
Ada yang kata isu perkauman terlalu berlebihan. Malah ada juga yang nampak seperti cenderung kepada pembangkang berkata mereka tidak tahu apa yang Pakatan Harapan mampu lakukan bagi mengubah keadaan itu.
Ibu vs kenaikan harga
Pengundi di Pulau Pinang, P.M. Lim bimbang mengenai kenaikan kos sara hidup akibat cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan kira-kira sembilan bulan selepas kaji selidik itu. Dia juga bimbang tentang potongan subsidi minyak yang menyukarkan lagi kehidupan golongan berpendapatan rendah dan sederhana, seperti isi rumahnya.
Suaminya seorang kerani, sementara ibu dua anak dari Bukit Gelugor itu suri rumah. Lim, 44, tidak dapat bekerja sepenuh masa kerana anak bongsunya berusia lapan tahun, autistik dan memerlukan penjagaan khas.
“Duit sangat sempit. Kami terpaksa tidak menghantar terapi yang diperlukan anak seperti terapi percakapan sejak awal tahun ini. Saya juga ada seorang lagi anak perempuan berusia 11 tahun,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Lim berkata di Australia, kerajaan membantu ibu bapa bekerja yang mempunyai anak berkeperluan khas dengan menyediakan pusat jagaan.
Katanya, Malaysia tidak cukup membantu mereka yang memerlukan penjagaan khas.
“Barisan Nasional (BN) membantu menangani isu nasional tetapi sudah tentu terlalu banyak yang perlu dilakukan. Saya tidak tahu apa yang PH boleh buat sehinggalah mereka berjaya berada di Putrajaya.
“Ahli politik akan cakap saja tetapi pelaksanaan programnya, mereka ambil masa terlalu lama. Itu tidak termasuk birokrasi yang terpaksa diikuti,” katanya.
Seorang lagi ibu, Shazana Shabuddin mempunyai anak berusia dua tahun menghidap ekzema. Dia membelanjakan RM600 sebulan membeli susu dan ubat untuk anaknya.
“Sebelum ada GST, barang tidak semahal ini tetapi sejak dua tahun lalu keadaan jadi susah. Semua harga naik,” katanya.
Shazana yang berusia lewat 20-an akan mengundi kali pertama pada PRU14. Katanya, dia masih belum buat keputusan.
Kerani, Yana Mohamed, 30-an, dari Kelantan bimbang gajinya tiada kenaikan sementara harga barang semuanya terus naik.
Ibu dua anak yang tinggal di Shah Alam itu membelanjakan RM700 sebulan – sejumlah besar daripada gajinya – untuk membayar yuran jagaan anak dan tadika.
“Saya sangat terasa bebanannya. Saya suka hendak jadi suri rumah dan jaga anak sendiri. tetapi itu mustahil,” katanya.
Norwati Abdul Ghani, 49, dari Perak menjual goreng pisang di Seberang Jaya, Pulau Pinang bersama suami. Katanya, dia bimbang tentang kenaikan harga barangan kerana pendapatannya berniaga di tepi jalan bukannya banyak.
Pasangan itu mempunyai tiga anak remaja dan menetap di flet PPR Ampang Jajar di mana sewanya ialah RM100 sebulan.
Katanya, persekolahan sekarang juga semakin mahal, dengan buku teks berubah setiap beberapa tahun dan anak memerlukan komputer bagi menyiapkan projek kelas.
“Tidak semua keluarga mampu beli komputer riba,” katanya yang mengundi di Batu Kurau, Larut.
Kos pendidikan tinggi juga membimbangkan Norwati yang mempunyai seorang anak lelaki yang mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang kejururawatan selepas tamat tingkatan lima tetapi gagal mendapat tempat dalam program kerajaan.
Keluarga itu tidak mampu menghantar anak mengikut program swasta dengan kos lebih RM50,000.
Penjual gerai makanan ringan Devi Gopal di Shah Alam juga berkata ekonomi sangat terus apabila pendapatannya turun 60% berbanding tahun lalu selepas perniagaannya semakin merosot.
“Harga petrol naik dan turun. Harga semua benda juga naik. Gaji masih sama. Jadi saya tidak boleh naikkan harga jika mahu pelanggan terus datang.
“Saya harap kerajaan boleh buat sesuatu untuk bangunkan semula ekonomi. Tempat ini jadi senyap lepas 3 petang. Ia tidak seperti ini dulu,” katanya ketika ditemui di gerainya di bangunan PKNS.
Dengan kos sara hidup semakin meningkat, penjawat awam Siti Aishah Idris berkata dia tidak dapat memewahkan anaknya seperti dulu.
Pengundi kali pertama Annabelle Ahmad, 23, seorang pembantu jualan berkata dia berharap kerajaan akan mengembalikan subsidi minyak dan mengkaji semula peningkatan harga barang sejak GST diperkenalkan.
Kebajikan, penjagaan kesihatan dan keselamatan
Sementara itu, ibu tunggal mahu kebajikan lebih baik dan kerajaan yang memahami keperluan mereka, kata Latifah Hussainsa, 63, dari Bayan Baru, Pulau Pinang.
Aktivis sosial yang juga seorang ibu itu berkata, kumpulan wanita ini yang kebanyakannya berpendapatan rendah dan sederhana risau dengan kos sara hidup dan penjagaan kesihatan.
Katanya, ramai terpaksa bergelut dengan kesukaran dan mencari pendapatan selepas perceraian.
“Sesetengahnya masih mahu mendapatkan hak jagaan anak walaupun diri sendiri tidak tertanggung. Ada yang mempunyai anak yang sakit.
“Kebanyakannya Melayu. Terabai, miskin dan tanpa bantuan. Mereka tidak dapat rumah PPR pun.
“Tetapi kagumnya ialah kebanyakannya terus mengundi BN walaupun kerajaan pemerintah gagal membantu mereka. Sebelum ini, 80% ibu tunggal mengundi BN,” katanya.
Latifah berkata trend itu mula berubah tetapi mereka di kawasan luar bandar masih menyokong BN.
Katanya, pemberian wang tunai dan sumbangan sangat membantu ibu tunggal, tetapi wanita itu juga perlu diberikan bimbangan menerusi jaringan sokongan.

Wacana politik konservatif alih isu, kata Maszlee

Wacana politik konservatif yang dibawa sesetengah pihak mengalihkan mengalihkan isu daripada masalah yang lebih penting, kata ahli akademik, Dr Maszlee Malik.
Bercakap dalam forum di Petaling Jaya malam tadi, Maszlee berkata pihak berkenaan mahu mengalih perhatian daripada masalah kos sara hidup, isu rasuah, integriti dan pemberdayaan.
Ketika ditemui kemudian, Maszlee menjelaskan bahawa beliau tidak bermaksud mereka yang mendorong agenda konservatif, termasuk mahu memperkuatkan undang-undang jenayah Islam adalah tidak ikhlas.
"Keikhlasan adalah sesuatu yang tidak dapat kita lihat, tetapi apa yang saya maksudkan dengan pengalihan isu adalah isu-isu (wacana) ini beralih daripada isu-isu yang lebih besar, bahkan isu-isu Islam seperti integriti dan rasuah," katanya kepada Malaysiakini.
Profesor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu bercakap pada forum Pempolitikan Islam di Malaysia dan Indonesia: Perspektif perbandingan anjuran Gerakbudaya.
Ahli panel lain dalam forum itu ialah pengarah eksekutif Iman Research, Dina Zaman dan pengarah penyelidikan Institut Penyelidikan Indonesia, Hendro Prasetyo.
Menggambarkan pempolitikan Islam sebagai sesuatu yang telah berlaku sejak pilihan raya 2008, Maszlee berkata ramai golongan muda Muslim di negara ini, berasakan bahawa cara hidup Islam akan membawa kepada kerajaan dan kualiti hidup yang lebih baik.
"Tapi apabila berlaku rasuah depan mata, apabila parti Islam dengan gembira bekerja bersama-sama dengan rejim kleptokrasi, bagi golongan muda, ia tidak ada harapan," katanya.

Protes harga minyak naik ke seluruh negara


Shazni Munir Mohd IthninKecewa dengan kenaikan mingguan harga minyak, Pemuda Amanah merancang mengadakan siri protes di seluruh negara bagi mendesak kerajaan menstabilkan harga bahan bakar itu dan mengembalikan subsidi.
Naib ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, pihaknya kesal dengan sikap berwewenang kerajaan yang terus menaikkan harga petrol untuk minggu ke-10 dalam tempoh 3 bulan, bermula 6 Julai lalu.
Kenaikan berterusan ini, katanya langsung tidak mengambil kira keadaan semasa rakyat yang telah sedia sesak dengan bebanan GST, ditambah dengan pendapatan boleh guna yang kian meruncing.

"Lantas rakyat diseru untuk lawan dan bersama-sama protes terhadap kenaikan kali ini, yang dijangka menambah buruk kesan domino terhadap kenaikan harga barang-barang keperluan harian yang telah pun sedia mahal.
"Bersama-sama NGO dan gerakan sivil yang lain, Pemuda Amanah akan melancarkan protes di seluruh negara bagi menuntut agar harga semasa minyak diturunkan," ujar beliau.
Menurutnya, protes ini akan dibuat serentak di seluruh negara mulai Isnin, 11 September akan datang.
Waktu dan lokasi spesifik protes, katanya akan dikeluarkan oleh Pemuda Amanah negeri-negeri.
"Kita mengharapkan agar masyarakat sentiasa prihatin terhadap kenaikan mingguan ini dan bersama-sama mendesak kerajaan kembali bertanggungjawab untuk mengembalikan subsidi sebagaimana yang telah dituntut ramai pihak," tegas beliau.

Hancurkah Pakatan Harapan tanpa PAS?

ADAT orang bercinta – ada kala manis, ada kala pahit, dan kadangkala terpaksa berpisah. Namun, mungkin muncul kekasih baru atau bertemu seteru lama. Kita tahu begitulah kitarannya walau tak selalunya begitu.
Dalam arena politik tempatan, PAS kini intim dengan Umno. Walaupun PAS tidak menyertai Barisan Nasional, mereka sangat akrab. Atas nama agama, ruang kerjasama kedua-dua parti Melayu itu amat luas.
Persoalannya, di pihak pembangkang Pakatan Harapan, masih ada yang mahu bekerjasama dengan PAS yang sudah jelas riang gembira bersama Umno. Mengapa begitu?
1.Siapa kawan dan lawan PAS hari ini?
Sebenarnya ia berpunca daripada naratif lama, iaitu tanpa PAS, pembangkang akan sukar mendapat undi Melayu. Fahaman bersifat hitam putih ini masih dipegang walaupun sudah wujud alternatifnya, iaitu dua parti majoriti Melayu yang baru, iaitu Bersatu dan Amanah.
Walaupun Amanah masih dianggap kurang sokongan akar umbi – mungkin kerana masih bersaing dengan PAS yang hampir serupa sifat luarannya – ia membawa hasrat PAS era Pakatan Rakyat, iaitu mengutamakan perjuangan rakyat Malaysia berbanding agenda peribadi parti.
Kelahiran Bersatu pula menggugat Umno yang selama ini selesa tanpa lawan yang gagah sejak matinya Semangat 46 kira-kira 20 tahun dahulu. Apatah lagi Bersatu dipimpin oleh Dr Mahathir Mohamad, tokoh besar yang dikagumi ramai rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu, walaupun dibenci sesetengah NGO serta segelintir ahli politik veteran.
Tidak mengejutkan kebencian mereka terhadap bekas Perdana Menteri itu kerana mereka menjadi mangsa tekanan pentadbiran Mahathir sejak akhir 1980-an hingga awal alaf baru. Namun, ramai pula kalangan muda yang lahir selepas 1990-an yang memandang Mahathir sebagai wira yang membawa kemegahan nama Malaysia. Ditambah pula beliau kini menjadi peneraju utama Pakatan Harapan dalam usaha mengakhiri era pentadbiran Najib Razak.
Di sini jelas menunjukkan bahawa selepas kematian Pakatan Rakyat, penggantinya adalah Pakatan Harapan yang mempunyai parti-parti yang sudah mampu mengisi kekosongan PAS.
PAS pula tidak melahirkan blok ketiga. Walaupun ada cakap-cakap tentang Gagasan Sejahtera, ia hanya sekadar PAS dan beberapa parti kecil. Pimpinan PAS dilihat lebih senang hati bersama Najib dan para pemimpin Umno lain.
Jadi, memang sukar untuk difahami mengapa ada pihak dalam Pakatan Harapan yang masih mahu bekerjasama dengan PAS untuk melawan sahabat PAS, iaitu Umno-BN. Adakah tidak yakin dengan kekuatan sendiri dan mood rakyat sekarang?
2. Adakah PAS hari ini sama dengan PAS dahulu?
PAS menang di banyak kerusi pada PRU 2013 kerana sokongan pelbagai kaum, hasil kerjasama Pakatan Rakyat. Malah, DAP dan PKR juga menang atas sokongan yang sama. Jika mana-mana pihak mahu mendabik dada ia adalah kejayaan diri sendiri, ia hanya mencerminkan keangkuhan dan sikap mudah lupa diri.
Kini apabila PAS bersama dengan Umno, ia menyukarkan usahanya mengekalkan kerusi-kerusi yang dimenangi dengan undi bukan-Islam. Malah pengundi Islam yang sebelum ini tidak selesa dengan PAS kerana dasar agama yang dianggap keras dan konservatif juga tidak akan memilih parti itu.
Ini bererti PAS hanya bakal mendapat undi daripada penyokong tegarnya. Pada masa yang sama, ini bererti pihak yang dianggap musuh oleh PAS, iaitu Amanah dan DAP, juga tidak akan mendapat lagi undi daripada para penyokong tegar tersebut. Namun, tidak bererti Bersatu dan PKR tidak akan mendapat undi daripada pengundi yang pernah memilih PAS dalam PRU 2013 lalu.

PH yakin PAS dan BN kalah di Selangor walaupun 3 penjuru

Ini kerana kerusi PAS meningkat pada PRU lepas disebabkan kerjasama Pakatan Rakyat, kata DAP.
pua-khalid
PETALING JAYA: Amanah dan DAP menyuarakan keyakinan Pakatan Harapan (PH) dapat merampas kerusi yang dimenangi PAS di Selangor pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata PAS meningkat bilangan kerusin pada PRU lalu bukan disebabkan mereka menang atas sokongan penyokong tegar PAS sahaja tetapi atas bantuan parti pembangkang lain seperti PKR dan DAP di bawah Pakatan Rakyat (PR) ketika itu.
“Tiada istilah penyokong tegar PAS menangkan PAS ketika itu. Rata-rata sokong PAS sebab mahu tumbangkan BN,” katanya dalam bual bicara “Selangor ada harapan” yang disiarkan menerusi Facebook.
“Jadi apabila PAS ubah arah lebih mesra Umno, kita yakin sokongan itu akan beralih kapada mana-mana parti dalam PH yang akan bertanding di Selangor,” kata wakil rakyat Petaling Jaya Utara itu.
PAS masih menjadi sebahagian daripada kerajaan campuran di Selangor yang disertai PKR dan DAP, walaupun parti Islam itu enggan mengadakan sebarang kerjasama politik pada PRU akan datang.
Sebelum ini, PAS Selangor berkata ia akan meletakkan calon di 42 daripada 56 kerusi di negeri itu, termasuk di kerusi yang disandang PKR dan DAP.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata PH tidak boleh menunggu PAS untuk berunding dan rakyat perlu disedarkan PAS bukan sebahagian gabungan pembangkang itu.
“PAS tak beritahu perkara sebenar bahawa akan wujud 3 penjuru selepas umum akan bertanding 42 kerusi DUN Selangor.

Kerana 1MDB, Muhyiddin batal hasrat bersara awal


Kerana 1MDB, Muhyiddin batal hasrat bersara awal
Saya mungkin tidak lagi muda dan kuat seperti dahulu, tetapi saya perlu lakukan apa yang perlu dilakukan, kata Muhyiddin Yassin dalam wawancara ekslusif bersama The Malaysian Insight semalam. 
MUHYIDDIN Yassin sebenarnya sudah bersedia untuk bersara daripada politik dan penggal ini adalah yang terakhir buatnya tetapi beliau membatalkan hasrat itu selepas melihat Perdana Menteri Najib Razak merosakkan negara dengan skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB).
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata beliau membisikkan hasrat persaraannya itu kepada Najib, “ketika hubungan (kami) masih lagi baik”, pada majlis angkat sumpah ahli Parlimen di Dewan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.
“Saya beritahu Najib ini penggal saya yang terakhir. Dia tengok saya dan kata ‘saya ingat kita akan sama-sama menyambut tahun 2020’, lebih kurang begitulah.
“Saya tidak pasti apakah dia akan menyambut tahun 2020 (sebagai perdana menteri),” kata Muhyiddin kepada The Malaysia Insight dalam wawancara di pejabatnya, semalam.
Muhyiddin merujuk pada tahun Malaysia sepatutnya menjadi negara maju mengikut Wawasan 2020 yang digagaskan Perdana Menteri Malaysia Keempat, Dr Mahathir Mohamad.
Menurut Muhyiddin, beliau membatalkan hasrat persaraan itu bukan kerana dipecat daripada kabinet dan kemudiannya daripada Umno tetapi kerana apa yang berlaku pada negara dengan skandal 1MDB.
“Kerana apa yang berlaku, saya bertanya soalan yang sama (semula). Bolehkah saya bersara? Tidak boleh. Saya mesti lakukan sesuatu demi negara,” katanya.
“Kalau saya tidak buat, bolehkah orang lain buat? Ya, Anwar (Ibrahim) boleh tetapi saya mahu jadi sebahagian daripada perjuangan ini dan itulah sebabnya saya sedia untuk meneruskan (tidak jadi bersara).
“Saya mungkin tidak lagi muda dan kuat seperti dulu tetapi saya sedia untuk melakukan apa yang harus saya lakukan,” katanya.
Muhyiddin disingkirkan daripada kabinet pada Julai 2015 sebelum setahun kemudian, dipecat pula daripada Umno. Beliau kemudian ikut sama menubuhkan Bersatu, yang akan merayakan ulang tahun pertamanya di Muar, Johor, esok.
Muhyiddin, 70, mula menyertai politik pada 1971. Beliau bertanding pilihan raya umumnya yang pertama pada 1978 dan menang kerusi Parlimen Pagoh.
Kerusi itu beliau pertahankan sehingga 1982 sebelum berpindah ke kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang pada Pilihan Raya Umum 1986. Selepas pilihan raya itu, Muhyiddin dilantik menjadi Menteri Besar Johor, sehinggalah berpindah semula ke kawasan Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum 1995.
Biarpun memasuki dekad kelima dalam politik, presiden Bersatu itu berkata beliau hairan dengan sikap rakyat Malaysia yang tidak acuh dengan masalah yang melanda negara.
“Saya tidak mahu membandingkan keadaan dengan negara lain di rantau ini. Saudara tahu bagaimana keadaan di negara-negara itu, tetapi di sini ada sikap tidak acuh.
“Apabila kita bercakap dengan mereka, mereka akan cerita bermacam masalah tetapi mereka tidak mahu tampil ke depan,” katanya.
Berikut adalah petikan wawancara berkenaan:
TMI: Orang kata Tan Sri perkauman kerana dulu pernah kata “saya Melayu dahulu, rakyat Malaysia kemudian.” Apa komen?
Muhyiddin: Jangan salah faham. Saya tidak fikir ada orang mengatakan saya ini racist. Saya pernah tanya, sewaktu saya dalam kerajaan, memegang semua jawatan, sewaktu jadi menteri besar, ada tak satu tindakan yang saya lakukan yang dilihat sebagai perbuatan racist? Saya tanya orang berkenaan, dia tidak boleh jawab.
Yang saya sebut itu satu kenyataan, satu fakta. Kita kalau Melayu, Melayulah; kalau Cina, Cinalah. Itu satu kenyataan. Tetapi sebagai bangsa Malaysia atau rakyat Malaysia, yang penting ialah perbuatan kita, bukannya apa yang kita katakan.
Di mana kementerian sekali pun (semasa saya jadi menteri), adakah kerana dia Cina, saya tidak tolong dia ataupun kerana dia Melayu, saya beri dia lebih. Saya hendak berlaku adil.
Orang harus menilai saya bukan atas apa yang saya sebut tetapi tindakan dan perbuatan saya. Ada sumbangan atau tidak ada sumbangan, itu penilaian masing-masing.
Saya tidak melihat ada tindakan saya yang berbaur perkauman. Menantu saya Cina dan ramai kawan saya pun orang Cina.
Sebagai rakyat Malaysia dan sebagai seorang pemimpin, kita mesti bersikap adil, mesti bertimbang rasa, faham tentang cita rasa bukan saja kaum you saja, kaum lain juga. Ini saya lakukan sejak mula saya terlibat dalam politik.
Jadi saya fikir kenyataan itu tidak payah nak diungkit-ungkitkan lagi, untuk brand saya sebagai seorang racist. Itu taktik pihak yang tidak ada modal hendak brand saya atas satu kenyataan yang pernah saya buat suatu ketika dahulu.
TMI: Bolehkah Bersatu mewakili orang Melayu seperti Umno?
Muhyiddin: Saya percaya boleh tetapi akan ambil masa. Umbo tidak lagi boleh mendakwa ia menguasai sokongan orang Melayu atau hanya dia saja parti yang mempertahankan hak orang Melayu atau dia satu-satunya parti yang mempertahankan Islam sebagai agama orang Melayu. Ini tidak betul, dan saya fikir salah juga sebenarnya untuk buat dakwaan seperti itu.
Bersatu bukan perkauman kerana kita berjuang untuk semua rakyat Malaysia. Kita sudah buktikan melalui banyak kenyataan dan perkara yang kita lakukan.
Ini bukan hanya sekadar soal taktik. Selama ini, pembangkang boleh menang kerana mereka boleh menembusi kawasan Melayu yang dikuasai Umno. Kenapa PKR tidak menang pilihan raya yang lalu atau PAS pun tidak boleh walaupun pernah menang di Kelantan dan Terengganu? Ini kerana faktornya sama.
Semua kerusi milik Umno ialah kerusi di kawasan majoriti Melayu. Sebab kenapa kita tubuh parti ini ialah kerana kita hendak menembusi dan memecahkan monopoli itu.
TMI: Pada umur seperti sekarang ini, Tan Sri tak perlu buat semua ini. Apa sebab hendak tubuh parti politik baru?
Muhyiddin: Saya sudah buat keputusan sebenarnya lebih awal dulu lagi, (selepas berbincang) dengan keluarga dan kawan-kawan. Saya kata masanya sudah sampai untuk saya bersara.
Saya masih ingat lagi ketika itu hubungan saya dengan Najib masih lagi baik. Dia duduk di sebelah kiri saya di Parlimen sewaktu mengangkat sumpah (sebagai ahli Parlimen). Saya beritahu Najib ini penggal saya yang terakhir.
Dia tengok saya dan kata “saya ingat kita akan sama-sama menyambut tahun 2020” (ketika Malaysia sepatutnya diisytiharkan sebagai negara maju mengikut Wawasan 2020), lebih kurang begitulah. Saya tidak pasti apakah dia akan menyambut tahun 2020 (sebagai perdana menteri).
Itu empat tahun yang lalu. Saya kata kalau saya sambung sampai ke akhir penggal ini, umur saya akan jadi 71. Jadi saya fikir, sudah, sudahlah.
Saya tidak pasti sejauh mana saya sudah menyumbang kepada negara. Saya sudah berkhidmat untuk beberapa tahun. Saya serahkan kepada rakyat untuk menilai sumbangan saya. Jadi, saya rasa masa sudah tiba untuk saya bersara dan kemudian, ini berlaku.

Perjuangan ini bukan sekadar soal singkirkan Najib, kata Muhyiddin



Perjuangan ini bukan sekadar soal singkirkan Najib, kata Muhyiddin
Muhyiddin Yassin dalam wawancara ekslusif bersama The Malaysian Insight mengatakan perjuangan kini sudah melampaui soal menyingkirkan Najib tetapi bermatlamat untuk selamatkan Malaysia yang kini sistemnya toksik di bawah BN. 

PERJUANGAN Bersatu bukan lagi setakat menyingkirkan Perdana Menteri Najib Razak tetapi jauh daripada itu, parti yang minggu ini merayakan genap setahun penubuhannya, mahu mengubah sistem dan institusi negara yang sudah rosak teruk, kata Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.
Dalam wawancaranya yang pertama sejak mendirikan Bersatu, Muhyiddin berkata menurunkan Najib semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah negara.
“Ini bukan hanya soal personaliti. Ini soal apa yang sudah beliau lakukan, dasar-dasar yang dimulakannya, kerosakan yang beliau buat pada negara, dan saki-baki masalah yang akan terpaksa diuruskan oleh generasi akan datang.

“Hutang berjuta-juta ringgit yang terbeban oleh negara dan masalah 1MDB masih perlu diselesaikan. Kalau Najib letak jawatan sekalipun, ia tidak akan menyelesaikan semua masalah ini ,” kata Muhyiddin kepada The Malaysian Insight dalam wawancara di pejabatnya, semalam.
Bekas timbalan presiden Umno itu menjawab soalan apakah sekiranya Najib letak jawatan sebelum pilihan raya umum akan datang, rakyat akan kembali menyokong Barisan Nasional (BN).
Beliau ditanya soalan itu dalam konteks perbandingan senario Pilihan Raya Umum 1999 dan 2004. Susulan pemecatan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 1998, prestasi BN terjejas dalam pilihan raya umum yang diadakan setahun kemudian.
Terengganu yang selama hampir empat dekad diperintah secara berterusan oleh BN akhirnya tumbang kepada PAS dalam Pilihan Raya Umum 1999. BN juga kehilangan 42 kerusi Dewan Rakyat kepada pembangkang yang bergabung sebagai Barisan Alternatif.
Undi popular BN juga merosot kepada 56.53% berbanding 65.16% pada 1995.
Bagaimanapun, selepas Dr Mahathir Mohamad bersara dan persempadanan semula pada 2003, pengganti bekas perdana menteri itu, Abdullah Ahmad Badawi mendapatkan kembali 63.85% undi popular untuk BN dan berjaya menakluk 198 kerusi Dewan Rakyat pada PRU 2004.
Muhyiddin menjelaskan isu besar yang dihadapi oleh negara, di bawah pentadbiran BN, ialah sistemnya kini sudah jadi toksik.
“Apabila sesuatu benda itu jadi toksik, apa saja yang bersentuhan dengannya jadi beracun.”
Dalam wawancara satu jam itu, Muhyiddin juga berkata Bersatu mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh PAS dalam pakatan pembangkang.
"Kita tak mahu bersaing dengan PAS dan bukan isunya apakah Bersatu melawan PAS."
Tetapi kalau kita kaji apa yang berlaku dalam PAS dan jumlah ahlinya yang tidak berpuas hati (dengan parti Islam itu), ia tidak sekuat dulu lagi.”
Muhyiddin mendedahkan ramai juga ahli PAS yang keluar daripada parti Islam itu dan menyertai Bersatu.
“Saya ke Sik, Kedah beberapa bulan lalu untuk terima borang keahlian daripada lebih 400 bekas ahli PAS yang mahu masuk Bersatu.
“Mereka tidak masuk Umno atas alasan yang kita semua tahu. Mereka juga tidak masuk parti yang lagi satu (Amanah) kerana alasan sama tetapi apabila Bersatu ditubuhkan, mereka tidak rasa janggal untuk bersama-sama dengan kita. Kita bukan Umno.”
Berikut adalah petikan wawancara berkenaan:

TMI: Apakah Umno kini membilang hari-hari akhirnya?
Muhyiddin: Saya tidak melihat apa-apa pun sesuatu langkah proaktif yang diambil oleh pimpinan Najib untuk memperbetulkan keadaan. Malahan saya mengatakan (dalam ucapan di Perhimpunan Agung Umno) bahawa Umno sudah sampai ke tahap yang sukar untuk diperbaiki, sebuah parti yang sudah ditubuhkan selama (71 tahun) tetapi sudah melalui satu zaman malap kerana bukan saja tempoh (usianya) yang panjang tetapi kerana tidak ada penambahbaikan.
Ia dikaitkan dengan masalah-masalah yang kita hadapi hari ini — masalah penyelewengan, masalah rasuah, sehingga cash is king, dan ini terbukti nyata berlaku bukan saja di atas tetapi sampai ke akar umbi di bawah.
Jadi sebab itu saya fikir ia tak boleh sustain lama dan kita melihat sejarah politik negara-negara lain pun, parti sebegini walaupun ia pengasas membentuk negara merdeka pada waktu itu tetapi lama-kelamaan ia sudah lari dari landasannya. Apabila ia sudah lari, rakyat sudah mula kurang yakin lagi kepadanya. Lama-kelamaan, sokongan akan merosot, merosot dan merosot.
Saya yakin masa bagi Umno sudah sampai hampir-hampir ke penghujung. Mungkin pilihan raya yang akan datang jadi penentu sama ada ia kekal berkuasa atau tidak.