Khamis, 7 September 2017

'Baki pendapatan negatif Datuk Seri Najib'


Najib 3
Rata-rata cadangan rakyat Malaysia di laman web khas https://bajet2018.najibrazak.com untuk Bajet 2018 dilihat terkesan dengan tempias kenaikan mendadak kos sara hidup.
Walaupun wujud kategori 'Kos Sara Hidup' sebagai antara 14 kategori yang disediakan, isu harga barangan yang mahal dan pendapatan rendah turut ketara dibangkitkan di dalam 13 kategori yang lain.
Semakan Malaysia Dateline hari ini turut mendapati isu tersebut menerima undian 'paling disukai' antara tertinggi berbanding syor lain hampir dalam setiap kategori.
Wan Norlail Saad dalam kategori 'Pekerjaan' contohnya, menyarankan kerajaan agar menaikkan gaji penjawat awam memandangkan dengan pendapatan bulanan diperoleh pada masa ini jauh daripada mampu menampung pelbagai jenis kos.
Menurutnya, gaji penjawat awam bagi gred 41 iaitu memiliki ijazah kira-kira RM3,000 tetapi ramai lebih rendah daripada angka itu tidak mencukupi kerana harga barangan naik setiap tahun.
"Tolak sewa rumah RM500, insuran RM150, bil eletrik dan air RM250, telco RM100, bagi ibu ayah RM300, kereta RM500, minyak kereta RM400, tol RM150.
"(Tolak) belanja makan dan barangan dapur sebulan (isteri dan seorang anak) RM1,000; barang anak, kecemasan, ubat RM750. Bakinya, NEGATIF Dato," luahnya.

Sementara itu, Alif Nazmi bagi kategori 'Perumahan dan Kehidupan Bandar' menggesa kerajaan mengawal harga kediaman yang melampaui batas pada masa ini selain menaikkan gaji minimum kepada RM1,500 sebulan. "Ini kerana, kadar gaji dan kos kehidupan tidak stabil sama sekali manakala harga rumah perlu dikawal sama sekali terutama kawasan bandar. Kadar gaji rendah tapi harga rumah makin melampau.
"Rumah apartment sahaja sudah mencecah RM 250,000 dan gaji minimum rakyat sungguh rendah. Sampai bila pun rakyat tidak akan ada rumah sendiri jika harga melambung tinggi tanpa kawalan yang ketat oleh pihak kerajaan," bidasnya.
Bahkan, bagi kategori 'Ekonomi Digital', Daniel Rayappen berharap agar Perdana Menteri mempertimbangkan cadangan supaya menurunkan caj internet yang terlalu mahal pada masa ini.
"Saya mencadangkan supaya harga internet diturunkan supaya semua boleh menikmati internet. Harga TM Streamyx bagi 1Mbps terlalu tinggi dan murid-murid sekolah terpaksa menggunakan khidmat internet bagi projek sekolah buat masa kini," katanya.
Terdapat juga saranan agar cukai barang dan perkhidmatan (GST) diteliti semula yang kemudiannya menyaksikan mendapat banyak undian 'paling disukai' daripada pembaca lain.
"Kurangkan GST dari 6 peratus kepada 4 peratus sahaja supaya dapat menurunkan kenaikan kos sara hidup," tegas Faraniza dalam kategori 'Kos Sara Hidup' yang meraih 111 undian cadangan 'paling disukai'.

Tindakan samseng pengikut Timbalan Menteri suburkan gangsterisme



Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan digesa memohon maaf di atas tindakan samseng, yang dipercayai dilakukan para pengikutnya terhadap petugas akhbar Tamil Malar Daily.
M SaravananKetua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam sidang media di pejabat akhbar itu turut menggesa Timbalan Menteri Belia dan Sukan terbabit bertanggungjawab terhadap kejadian itu.
“Sangat jelas, bahawa dia (Saravanan) bertanggungjawab di atas apa yang berlaku.
“Ia adalah tindakan gengsterisme yang bertentangan dengan prinsip Rukunegara. Bagaimana anda boleh jadi timbalan menteri tetapi bertindak bertentangan dengan Rukunegara?
“Rakyat Malaysia mahukan demokrasi. Demokrasi adalah menyakinkan rakyat dengan hujah dan perbahasan, bukannya dengan cara ganas,” tegas Kit Siang.

Kekecohan yang tercetus di pejabat akhbar itu kelmarin dipercayai mempunyai hubung kait dengan laporan muka hadapan akhbar Tamil Malar Daily mengenai penyelewengan yang dilakukan Saravanan terhadap kutipan wang sewaan bangunan milik MIC Wilayah.
Saravanan yang berada di lokasi kejadian, seperti dilaporkan Bernama, menafikan terlibat dalam insiden keganasan berkenaan.
Selain Presiden MIC, Datuk Seri Dr. Subramaniam, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian berhubung insiden berkenaan.
“Sebelum berangkat ke Rumah Putih, saya gesa supaya Perdana Menteri menyatakan pendirian terhadap insiden keganasan yang berlaku semalam,” ujarnya.
Dalam pada itu, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Prof P Ramasamy dalam satu kenyataan berharap pihak berkuasa dapat bertindak adil dalam menyiasat kejadian berkenaan.
“Saya difahamkan bahawa laporan polis telah dibuat dan berharap Ketua Polis Negara yang baru akan mengarahkan siasatan dilakukan tanpa pilih kasih dan rasa takut.
“Beliau tidak harus ‘menyembunyikan’ insiden seumpama itu seperti apa yang pernah dilakukan KPN terdahulu,” katanya.

Bekas gabenor Bank Negara bimbang kemarau etika dan intergriti



"Wujud keperluan untuk memperkukuhkan piawaian etika dan integriti individu serta organisasi dalam persekitaran dengan keadaan ekonomi menjadi tidak menenti bagi tempoh yang berpanjangan, kata bekas Gabenor Bank Negara Malaysia," Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Zety AzizBeliau berkata, perkembangan di peringkat dunia itu menyebabkan berlakunya kekurangan kepercayaan dan keyakinan dalam sistem serta kerajaan bagi menangani isu tersebut serta hasilnya.
Zeti, yang juga Pengerusi Bersama Lembaga Gabenor-gabenor di Asia School of Business, berkata, antara faktor asas yang menyebabkan peningkatan ketidakpercayaan itu adalah kegagalan nilai etika, kekurangan kebertanggungjawapan peribadi dan organisasi serta kelemahan tadbir urus dan kawalan dalaman.
Kepercayaan adalah penting terutama ketika berdepan tempoh kritikal, apabila anda berada di tahap paling tidak berdaya. Bagaimanapun, membangunkan kepercayaan adalah usaha yang berpanjangan.
Oleh itu, usaha nyata dan berterusan diperlukan untuk membina kepercayaan ini. Ia mesti ada ketika anda perlukannya, katanya semasa menyampaikan ucaptama di majlis Anugerah Bina Kepercayaan PwC Malaysia kali kedua di sini, malam tadi.
Zeti berkata, pematuhan undang-undang perlu diperkukuhkan melalui budaya nilai etika yang tinggi.

Selain itu, ia memerlukan perubahan kepada insentif dan kod profesional, serta pada masa sama mempunyai penentuan jelas mengenai had tanggung jawab dan akauntabiliti bagi menyediakan asas kepada kemajuan budaya organisasi yang tinggi, katanya.
Beliau berkata, peningkatan mendadak salah laku korporat di peringkat global dan pelbagai skandal yang melanda dunia telah memusnahkan kepercayaan dan keyakinan secara ketara.

PPBM, DAP gesa PAS henti guna politik perkauman pecah belahkan rakyat

Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, PAS tidak ubah seperti Umno menggunakan strategi lapuk menakut-nakutkan orang Melayu terhadap DAP supaya mereka tidak mengundi pembangkang.
syed-saddiq_edry-faiza_pas_dap_ppbm_600
PETALING JAYA: Pemuda PPBM dan DAP hari ini menyelar tindakan PAS menggunakan politik perkauman untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu dan memecah belahkan rakyat berbilang kaum menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Kita sepatutnya menggunakan politik sebagai alat perpaduan, tetapi sekarang ahli politik yang memecahkan kita.
“Kita perlukan pemimpin daripada pelbagai kaum, tapi masih ada hasutan berunsur perkauman yang dilakukan. Hentikanlah politik perkauman, bawa politik yang matang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Ketua Pemuda PAS, Muhamamad Khalil Abdul Hadi menyifatkan satu undi untuk Pakatan Harapan bererti satu undi kepada DAP yang turut dibayangi Evangelis Kristian mahu menawan negara ini.
Beliau turut dilaporkan mendakwa DAP mencengkam PKR, PPBM dan Amanah sebagai proksi kerana tindak-tanduk parti itu jelas menunjukkan mereka mahu menjadi dominan dalam Pakatan Harapan serta menentukan arah setiap tindakan gabungan pembangkang berkenaan.
Ia susulan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 28 Ogos lalu untuk tidak bekerjasama dengan PAS pada PRU14.
Syed Saddiq berkata, PAS dahulu menentang habis-habisan politik perkauman, tetapi kini parti Islam itu membangkitkan api perkauman dengan menggunakan isu kaum bagi meraih sokongan.
Beliau mendakwa PAS tidak ubah seperti Umno yang menggunakan strategi lapuk menakut-nakutkan orang Melayu terhadap DAP supaya mereka tidak mengundi pembangkang.
Beliau menegaskan bukan DAP yang mendominasi Pakatan Harapan kerana gabungan pembangkang itu masih mempunyai PKR, Amanah dan PPBM dengan majoriti ahli parti terdiri daripada orang Melayu.
“Walaupun DAP memenangi semua kerusi yang dipertandingkan dalam PRU14 ini, mereka tidak akan mampu membentuk sebuah kerajaan persekutuan tanpa parti-parti komponen Pakatan Harapan.”
Beliau turut mempersoalkan logik Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai pengerusi Pakatan Harapan jika beliau diperkudakan DAP.
“Dulu semasa PAS berada dalam Pakatan Rakyat, merekalah yang memanggil Tun M ‘Ultras Melayu’, tapi sekarang mereka kata Tun M diperkudakan DAP.
“Saya nak tanya kepada Pemuda PAS, yang mana satu betul, Dr Mahathir ‘Ultras Melayu’ atau ‘kuda DAP’?”

Hutang Felda diunjur mencecah RM12.6 bilion



Kegagalan Felda membentangkan laporan kewangannya bagi tahun kewangan 2015 dan 2016 mendorong ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli melakukan unjuran hutang ditanggung agensi terbabit yang kini dianggarkan berjumlah RM12.6 bilion.
FeldaMalah naib presiden PKR itu berjanji akan menghuraikan analisa kewangan yang mengunjurkan kedudukan tunai, prestasi untung rugi dan hal-hal lain bagi kumpulan Felda sehingga tahun kewangan 31 Disember 2017 dalam tempoh seminggu akan datang.
"Selagi Felda dan Kerajaan Persekutuan tidak mengeluarkan penyata kewangan Felda yang diaudit bagi tahun 2015 dan 2016, analisa kewangan saya ini akan menjadi rujukan majoriti rakyat dan menyukarkan Datuk Seri Najib untuk berdepan dengan kemarahan rakyat terutamanya peneroka Felda.
"Oleh itu, cara terbaik untuk Datuk Seri Najib mempertahankan janji-janji yang dibuat kepada peneroka Felda adalah dengan memastikan penyata kewangan yang diaudit bagi tahun 2015 dan 2016 dibentangkan dengan segera di sesi Parlimen akan datang yang bermula pertengahan Oktober 2017," kata Rafizi dalam satu kenyataan media.
Menurut Rafizi, beliau membuat analisa kewangan mengenai kedudukan kewangan terkini Felda berdasarkan penyata kewangan diaudit berakhir 31 Disember 2014, laporan media dan jawapan menteri di Parlimen bagi melakukan unjuran.
Daripada analisa kewangan itu, beliau mengunjurkan beberapa penunjuk kewangan penting seperti jumlah hutang terkini, jumlah keuntungan dan lain-lain.
Tambah beliau, jumlah hutang terkini Felda bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 boleh diunjurkan dengan mengambil baki hutang terakhir yang diaudit setakat 31 Disember 2014 dan dicampur dengan hutang-hutang baru yang diambil selepas itu.
Rafizi RamliBerdasarkan jumlah hutang Felda dan anak syarikatnya dalam tahun 2015 hingga 2017, beliau mengunjurkan hutang terkumpul Felda dan anak syarikatnya akan mencecah RM12.6 bilion menjelang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.
Kesemua ini, ujar Rafizi mengambil kira kedudukan kewangan Felda dan anak syarikatnya yang mengalami kerugian sejak tahun 2012 dan pendapatan kumpulannya dijangka tidak melebihi RM1 bilion setiap tahun.
"Dalam keadaan ini, saya mengunjurkan Felda dan anak syarikatnya tidak berkemampuan untuk membayar hutang pokok dan hanya membayar faedah tahunan di antara tahun 2015 hingga 2017," jelas beliau.
Rafizi mengulangi kekesalannya terhadap kegagalan Felda menghantar penyata kewangan bagi tahun 2015 dan 2016 seperti dikehendaki akta ke Dewan Rakyat.
"Penyata kewangan Felda yang telah diaudit yang masih tertunggak sehingga kini ialah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 dan 31 Disember 2016.

SEDIH LAGI MENYEDIHKAN....!! MASALAH KEWANGAN...??

Kejadian seorang anggota polis diserang dan ditetak sehingga menyebabkan kematiannya di sebuah balai kecil di Subang Jaya, baru-baru ini tentunya sesuatu yang menyedihkan kita semua.

Tugas pihak polis ialah menjaga keselamatan rakyat, tetapi nampaknya anggota polis sendiri turut terancam kedudukannya.

Ketika kejadian, balai polis tersebut tidak dilengkapi kamera litar tertutup atau CCTV sehingga mendatangkan sedikit kesukaran kepada pihak polis mengesan pelaku yang melakukan jenayah itu.

Dalam hal ini, jika anggota pasukan keselamatan sendiri tidak dilindungi oleh persekitaran yang terkawal, tentulah sukar bagi mereka menjalankan tugas dengan lebih berkesan.

Harapan kita tentunya agar kejadian di balai polis itu adalah yang pertama dan terakhir. Kita tidak mampu melihatnya berulangnya lagi di masa dan tempat yang lain.

Semalam, kita tentunya bertambah sedih apabila membaca kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed yang menyebut ketiadaan CCTV di balai-balai polis ialah kerana kerajaan tidak cukup wang untuk memasangnya.

Aduhhh...kenapa sampai begitu sekali?

Di sebalik tranformasi sana, transformasi sini, ekonomi tumbuh sihat, KDNK makin meningkat, cukai GST RM42 bilion setahun dan nama Perdana Menteri sendiri dicatat sebagai penerima derma terbanyak dalam sejarah dunia,mrupa-rupanya negara masih ketiadaan wang untuk memasang CCTV di balai-balai polis.

Tidakkah ini sangat-sangat memalukan dan menyedihkan kita semua? 

Apakah Najib Razak juga berperasaan seperti kita?

Sembunyi penyata kewangan Felda elak bebankan Najib, dakwa Rafizi

Rafizi Ramli mengunjurkan Felda akan menanggung hutang sebanyak RM12.6 bilion sehingga akhir tahun ini, termasuk RM2.22 bilion hutang baru ekoran pembelian 37% saham PT Eagle High Plantations Tbk, April lalu.
rafizi-najibKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa kerajaan Barisan Nasional menyembunyikan penyata kewangan tahunan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi mengelakkan ia menjadi beban politik Datuk Seri Najib Razak.
Naib presiden PKR itu menyamakan tindakan tidak menyerahkan penyata kewangan Felda berakhir 31 Disember 2015 dan 2016 di Dewan Rakyat dengan syarikat pelaburan strategik Kementerian Kewangan, 1MDB.
“Sama seperti 1MDB, sekarang ia seolah-olah sudah menjadi satu trend dan helah daripada menjadi beban politik Najib.
“Najib cuba melengah-lengahkan laporan kewangan Felda daripada dibentangkan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Invoke, hari ini.
Walaupun tidak terikat kepada undang-undang untuk mengumumkan laporan kewangan tahunan mereka, tetapi Felda perlu menyerahkan laporan itu kepada ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
Ini kerana, kata Rafizi, Felda tidak menggunakan dana awam, sebaliknya wang sendiri untuk beroperasi.
“Mereka lupa kami akauntan dan akan gunakan maklumat yang ada untuk membuat unjuran. Walaupun akan lari sedikit, tetapi tidak lari jauh sangat,” kata bekas setiausaha agung PKR itu.
Rafizi mengunjurkan Felda akan menanggung hutang sebanyak RM12.6 bilion sehingga akhir tahun ini, termasuk RM2.22 bilion hutang baru ekoran pembelian 37% saham syarikat perladangan Indonesia, PT Eagle High Plantations Tbk daripada Rajawali Group, April lalu.

WSJ nasihatkan Trump agar tak jumpa ‘pemimpin tercemar'

Wall Street Journal yang mencetuskan keberangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan penyokong BN berhubung laporannya mengenai 1MDB, kini menjadikan lawatan pemimpin negara itu ke White House dan perjumpaan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebagai sasarannya.
Dalam rencana pengarangnya, WSJ mengingatkan pentadbiran Trump berhadapan risiko jika berjumpa dengan Najib.
Akhbar itu mendakwa Trump akan menyebabkan dirinya "dihina" dengan cara yang sama seperti Presiden Barack Obama, sebelum ini.
WSJ mendakwa bahawa "penghinaan" itu adalah dalam bentuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dihumban ke dalam penjara hanya dua bulan selepas Obama bermain golf dengan Najib di Hawaii dan lawatan bersejarah presiden Amerika itu ke Malaysia pada April 2014.
Anwar berulang-kali mendakwa bahawa tuduhan meliwat terhadapnya direkayasa oleh saingan politiknya tetapi pihak berkuasa menafikannya.
WSJ berkata walaupun Najib boleh meningkatkan popularitinya dengan berjumpa dengan Trump, White House, bagaimanapun, tidak akan mendapat sebarang manfaat daripada mesyuarat itu, yang dijadualkan pada 12 Sept.
"Tidak jelas bahawa Trump dan Setiausaha Negara Rex Tillerson (yang melawat Malaysia bulan lalu) mendapat sebarang manfaat dengan menyekutukan diri mereka bersama seorang pemimpin yang sedang disiasat sendiri oleh Jabatan Keadilan (DOJ)," katanya.
Rencana pengarang itu juga mencadangkan beberapa alasan yang boleh digunakan untuk membatalkan perjumpaan berkenaan sekiranya Trump diberitahu bahawa sudah terlambat untuk membatalkanya.
"Amerika Syarikat boleh memberi alasan diplomatik menggunakan Taufan Harvey dan Irma ataupun sengketa kongres. Sebarang tindakan memalukan adalah lebih baik daripada memberi peluang kepada pemimpin yang tercemar bergambar di White House," kata WSJ.

Di mana kematangan dan sejahteranya politik PAS

KENYATAAN Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi semalam bahawa undi kepada Pakatan Harapan (PH) adalah undi kepada DAP merupakan satu kenyataan berbaur perkauman dalam usaha PAS membantu Perdana Menteri Najib Razak dan Umno mengekalkan 'survival' politik mereka. 
Kenyataan tersebut begitu meleset kerana perjuangan PH adalah bagi menyelamatkan negara daripada pemerintahan kleptokrasi Najib Razak dan Umno yang banyak melakukan jenayah rasuah dan salah urustadbir wang negara sehinggakan skandal-skandal korupsi berskala mega seperti 1MDB dan Felda mendapat perhatian antarabangsa.
Pada masa yang sama, tawaran 100 hari pemerintahan PH seperti pemansuhan GST, penyiasatan skandal 1MDB melalui penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja (RCI) dan kestabilan harga petrol serta tawaran Pemuda PH dalam isu pendidikan, pekerjaan dan perumahan adalah objektif dan hala tuju yang positif dan konkrit oleh PH dalam usaha membina semula negara bagi membebaskan rakyat daripada kezaliman dan bebanan kos sara hidup.
Ironinya, PAS hanya bergantung kepada sentimen perkauman dalam berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Keengganan PAS untuk bersama PH untuk membentuk satu barisan bersatu (united front) adalah bukti kegagalan PAS untuk bersama-sama menyelamatkan negara.
Membangkitkan isu campur tangan kuasa asing terhadap usaha PH menentang korupsi terutama skandal 1MDB adalah suatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan naif tentang jenayah penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin utama negara. PAS dilihat lebih rela membiarkan kleptokrat terus berkuasa walaupun ianya bertentangan dengan syariat.

Mengundi PAS sama macam mengundi BN, Dr M jawab PAS

Pengerusi PH itu menjawab ketua Pemuda PAS yang menganggap satu undi untuk gabungan itu sama seperti undi untuk DAP.
mahathir-khalilPUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad membidas kenyataan seorang pemimpin PAS semalam yang menyifatkan satu undi kepada Pakatan Harapan seperti satu undi kepada DAP.
Sebaliknya, pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata memberi undi kepada PAS sebenarnya memberi undi kepada Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
“Undi kepada PAS sama dengan undi kepada BN sama juga,” kata bekas perdana menteri itu kepada wartawan ketika menghadiri prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia (BNM) di Istana Kehakiman di sini.
Semalam, Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata mengundi untuk PH sama seperti memberikan undi kepada DAP, yang menurutnya dibayangi “evangelis Kristian” yang mahu menawan negara ini.
“Tindak tanduk DAP jelas mahu menjadi dominan di dalam PH, sekali gus menentu arah setiap tindakan pakatan itu,” kata Khalil.
Kenyataan itu di sebalik perdebatan di kalangan beberapa pemimpin PKR sama ada mahu meneruskan kerjasama dengan PAS, sesuatu yang ditentang keras oleh Dr Mahathir.

Sampai bila mahu cuba pikat PAS, soal setiausaha agung PKR

Saifuddin Nasution berkata jelas PAS lebih selesa berdampingan dengan Umno.
Saifuddin-Nasution-pkrPETALING JAYA: Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution hari ini mempersoalkan sampai bila PKR akan membuka pintu rundingan dengan PAS, selepas timbul percakaran dalaman parti itu mengenai keputusan untuk terus berbincang dengan parti Islam itu yang bukan sebahagian daripada gabungan Pakatan Harapan (PH).
Saifuddin berkata PKR sudah 2 tahun berusaha untuk mendapatkan kerjasama PAS menentang Barisan Nasional (BN) tetapi masih gagal.
“Pendirian saya ialah setiap usaha dan ikhtiar harus ada garis masanya supaya ada kepastian dan ini memudahkan semua pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini untuk menafikan spekulasi beliau sudah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai setiausaha agung.
PKR semalam menafikan Saifuddin, dilihat antara pemimpin parti yang tidak bersetuju kerjasama dengan PAS, meletak jawatan.
Saifuddin berkata walaupun pelbagai usaha dibuat, adalah jelas PAS lebih berkenan kepada Umno, dan ini memaksa parti lain dalam PH membuat keputusan untuk tidak lagi bekerjasama dengan PAS.
“Rakyat dapat melihat dengan jelas usaha ini dan rakyat dapat melihat saban hari PAS menunjuk sikap dingin dengan PKR dan Pakatan Harapan sebaliknya semakin lunak dengan Umno/BN,” kata Saifuddin.

Memangkah bulan di dada dacing

Beberapa tahun sudah, ketika Parti Islam Semalaysia mula bermanja secara terbuka dengan Umno, suatu sesi bergambar melibatkan sayap pemuda parti itu diadakan.
Seingat saya, ia berlaku beberapa ketika sebelum muktamar yang menampilkan pertunjukan silat, memotong kek dengan keris dan pimpinan parti berbusana Melayu tradisional itu berlangsung di Kota Bharu.
Sesi bergambar tersebut, saya kira dilakukan bertujuan menampilkan sisi Melayu Pemuda PAS pada muktamar berkenaan, selepas muktamar sebelumnya memperlihatkan segerombolan besar pimpinan tunjang parti berkenaan disingkirkan.
Beberapa keping gambar daripada sesi tersebut dikongsikan ke media sosial. Salah satunya memperlihatkan anak kepada Tuan Guru Presiden PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi sedang berkeris dengan timbalannya di Pemuda PAS kini, Khairil Nizam Khirudin.
Khalil memperlihatkan langkah menangkap tikaman keris Khairil, sambil kerisnya sendiri ditusukkan ke rusuk rakannya itu.
Khairil bagaimanapun, menampan serangan itu dengan hanya telapak tangan. Mungkin Khairil ada ilmu kebal, dan tikaman itu tidak lut pada tapak tangannya. Kita tidak tahu. Namun jika itu bukan lakonan, Khairil pastinya cedera terkena tikaman rakannya itu.
Politik juga bukan sekadar lakonan, meski lakonan adalah sebahagian daripada politik. Seperti juga aksi bertikam Khalil, PAS dan Umno juga boleh berlakon.
PAS boleh sahaja bersahaja seolah-olah ia tidak punya hubungan dengan Umno. PAS juga boleh berlakon seolah-olah ia tidak tahu bahawa Umno sedang mempermainkan hati dan perasaannya. Tetapi seluruh negara tahu, malah anggota PAS - di peringkat akar rumput - juga tahu bahawa hubungan PAS dan Umno tidak banyak beza dengan pertarungan ‘sengit’ Khalil dan Khairil tadi.
Dalam PRU ke-13, arwah Pakatan Rakyat gagal menawan Putrajaya apabila PAS gagal memenangi sebanyak kerusi yang sepatutnya mereka menangi.
Aneh sekular tapi Kristian
Sebahagian besar khabarnya digagalkan oleh jentera PAS sendiri yang dalam diam-diam menanam ranjau, menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri dan mengatur langkah menggagalkan usaha calon mereka sendiri yang cenderung memihak Anwar.
Gerombolan yang sama juga kini gigih menyuarakan bantahan terhadap usaha Pengarah Jentera Pilihanraya Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Azmin Ali untuk berunding dan memastikan tidak terjadi pertembungan tiga penjuru.
Tembikai-tembikai ini (yang luarnya hijau, dalamnya merah Umno) masih jelas menjalinkan hubungan sulit dengan Umno meski beriya menafikannya.
Tidak sedikit sumber tiris di Putrajaya yang memberitahu betapa akrabnya hubungan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sejak ‘muktamar keris’ itu, PAS dengan terang dan nyata menolak serta membuang sahabat-sahabat lama mereka demi persahabatan baru yang menurut mereka lebih menguntungkan agama, kononnya.
Demi persahabatan baru itu, juak-juak PAS terpaksa mengeyakan fatwa dan ijtihad tanzim menggunakan hujah-hujah lama Umno bagi menyerang HARAPAN dengan membingkainya sebagai "dikemudi demi kepentingan DAP".

'Senjata' PAS kini memakan diri

Kenyataan dibuat pemimpin Pemuda PAS mengenai Pakatan Harapan (HARAPAN) menunjukkan pergerakan itu kini panik apabila mereka dipinggirkan rakyat, kata seorang pemimpin PKR.
Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, dengan kecenderungan pemimpin PAS cuba bekerjasama - sama ada secara langsung atau tidak - dengan rejim yang ada, rakyat tidak lagi menyokong mereka.
"Kepimpinan PAS sekarang mula nampak strategi yang mereka gunakan memakan diri sendiri," katanya kepada Malaysiakini.
Saifuddin mengulas dakwaan dibuat Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi yang mengaitkan undi kepada HARAPAN adalah tanda sokongan buat DAP.
DAP adalah salah satu parti komponen dalam HARAPAN dan pernah menjadi rakan PAS semasa era Pakatan Rakyat dulu. Bagaimanapun kedua-dua parti menjadi seteru selepas itu.
Pada keadaan tertentu pula pemerhati dan ahli politik melihat kemarahan PAS kepada DAP melebihi kesungguhan mereka melawan BN.
Kata Saifuddin PAS kini seperti sedang menekan butang panik apabila menyedari sokongan yang diterima mereka semakin merosot.
Bersatu jatuhkan BN
PAS juga, katanya, sedang mencontohi strategi Umno dengan menakut-nakutkan orang Melayu serta Muslim negara ini kepada DAP.
"Nampak macam PAS sedang menyertai flotila untuk membawa rakyat menyokong rejim sedia ada," katanya.
Sebelum ini Naib Presiden Parti Amanah Negara Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa turut menempelak Pemuda PAS yang dianggapnya kini bersuara seperti Pemuda Umno.
Terdahulu salah seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Dr Rais Hussin mendakwa setiap undi yang diberikan kepada PAS adalah tanda sokongan buat Umno.
Menurut Saifuddin sebelum ini DAP serta parti pembangkang lain - termasuk PAS - bersetuju untuk mendukung prinsip penting yang terkandung dalam perlembagaan negara.
Persefahaman itu, katanya, terbukti apabila DAP, PAS dan PKR menandatangani manifesto bersama di Shah Alam pada 2009.

Mujahid: Kenyataan anak Hadi macam pemimpin Pemuda Umno

Parti Amanah Negara (AMANAH) membidas kenyataan Ketua Pemuda PAS berhubung dakwaan memberi undi kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) bererti memberi undi kepada DAP.
Menurut naib presidennya, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, beliau tidak terkejut dengan kenyataan Muhammad Khalil Abdul Hadi - anak kepada presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang - yang seolah-olah seperti kenyataan pemimpin Pemuda Umno.
“Saya tidak terkejut (kenyataannya) berbunyi seperti Pemuda Umno memandangkan prinsip PAS telah dikompromi sehingga menjadikan sayap pemuda parti itu menjadi sidekick Umno dalam memerangi isu sebenar rasuah dan kleptokrasi.
“Kenyataan terbaru ketua Pemuda PAS itu membuktikan bahawa PAS tidak lagi berani dan kuat untuk membuat perubahan yang bermakna di negara ini.
“Bagaimana dia boleh kata memerangi rasuah dan menyelamatkan kerajaan kleptokrasi adalah satu tindakan yang menimbulkan kebencian? Siapa dia? Tukang cakap kepada menteri BN?” katanya kepada Malaysiakini.
Semalam, Muhammad Khalil mendakwa, tindakan DAP yang dilihat ingin menjadi dominan dalam HARAPAN membawa makna bahawa memberi undi kepada gabungan pembangkang berkenaan sama seperti memberi undi kepada DAP.
Beliau turut mendakwa, pergerakan DAP turut dibayangi agenda evangelis Kristian dan bercita-cita untuk menawan negara ini dan menjadikannya sebagai negara sekular.
Malah, Muhammad Khalil berkata, HARAPAN yang dilihat kemaruk kuasa juga berhubung dan mengundang entiti asing yang didakwa merisikokan negara.

Satu undi untuk Pas sebenarnya satu undi untuk Umno


Kerjasama Pas Umno
Tulisan ketua Pemuda Pas Muhammad Khalil Abdul Hadi yang melemparkan pelbagai tuduhan kepada DAP dan Pakatan Harapan (PH) mendapat reaksi anggota Melayu DAP yang menyifatkan parti bekas rakan politik pembangkang itu sudah terperangkap dengan mainan politik Umno.
Menurut mereka, tindak tanduk Pas setelah berpisah dari Pakatan Rakyat jelas menunjukkan parti itu cenderung memenangkan Umno-BN yang terpalit dengan skandal rasuah mega negara khususnya 1MDB.
Nor Miswary RamliPengerusi DAP Subang Jaya Nor Miswary Ramli (foto) berkata, setiap undi kepada Pas pada pilihan raya umum (PRU) akan datang pasti memberi keuntungan kepada BN.
“Ketika seluruh dunia mempersoalkan isu skandal 1MDB ciptaan BN, Pas pula melakukan yang sebaliknya. Mereka malah menyambut baik dan berpuas hati pula dengan pelan rasionalisasi 1MDB yang diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Arul Kanda Kandasamy,” katanya.
Hubungan baik Pas-Umno juga semakin ketara apabila menolak kerjasama politik dengan PH dan mengisytihar untuk meletakkan calon di 100 kerusi parlimen.
Apa yang lebih ketara adalah kenyataan angkuh pemimpin Pas untuk menawan Selangor termasuk menawan kerusi milik Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.
“Pas hanya mahu cuba kekal berkuasa di wilayahnya sendiri seperti di Kelantan dan rela Umno/BN kekal di Putrajaya berbanding PH.
“Mereka lebih memerlukan Umno dalam strategi 'king maker' ini. Strategi ini jelas kepada rakyat bahawa satu undi kepada Pas adalah satu undi untuk membuka jalan kepada BN kekal bertahan,” katanya kepada Roketkini.
Dalam komentarnya, Adry Faizal menyifatkan kenyataan Khalil bahawa satu undi untuk PH bermakna satu undi untuk DAP pasti membuatkan ramai semakin keliru yang mana satu Pas yang mana satu Umno.
Dalam tulisan bertajuk 'Alang-alang Pas meniru hujah Umno, umumkan sahaja walimahnya', Adry menganggap strategi Pas memfokuskan serangan ke atas DAP dan memburuk-burukkan DAP dengan mempergunakan isu kaum dan agama tidaklah asing kepada Umno.
"Malangnya kini, Pas juga turut bermain propaganda yang sama, mengangkat politik kebudak-budakan dan politik huru-hara. Sehingga sudah sukar membezakan yang mana Pas dan yang mana Umno.
"Sepertinya kini, undi untuk Pas bermakna mengundi untuk meneruskan gaya politik Umno," kata ahli jawatankuasa DAP Selangor itu.

Mahathir Ziarah DSAI Di RCI, Anggap Isu Warkah Boleh Selesai

Kenyataan macam Pemuda Umno, kata Mujahid pada anak Hadi

Anwar beri lambaian 'mencuit hati' selepas beri keterangan RCI Forex

Mahathir jawab teguran Azmin

Anwar tidak bohong - Tun M

PENDEDAHAN PANAS!! JUMLAH TERKINI HUTANG FELDA & MRT3 DANA UNTUK PRU 14

PAS guna skrip lapuk Umno

DAHULU PAS yang menentang habis-habisan dan menolak politik perkauman tetapi sekarang ia pula yang mewujudkan api perkauman.
PAS kini tidak ubah seperti Umno yang cuba menggunakan isu kaum untuk menarik undi dengan menakut-nakutkan orang Melayu terhadap DAP supaya mereka tidak mengundi pembangkang.
Dahulu semasa PAS berada dalam Pakatan Rakyat, merekalah yang memanggil Dr Mahathir Mohamad "ultra Melayu" tapi sekarang mereka kata beliau diperkudakan oleh DAP.
Betapa mudahnya seseorang yang dikenali sebagai "ultra Melayu" tapi sekarang ini difitnah sebagai kuda DAP.
Secara logiknya, mana mungkin seseorang yang diperkudakan oleh DAP mampu menjadi pengerusi Pakatan Harapan (PH).
Saya hendak bertanya kepada Pemuda PAS, yang mana satu betul, Dr Mahathir ultra Melayu atau pun kuda DAP?
Walaupun DAP menang semua kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini, mereka tidak akan mampu membentuk sebuah kerajaan persekutuan tanpa parti komponen PH. Ini kerana kerusi yang akan ditandingi DAP tidak banyak.
Bersatu adalah parti pribumi yang memperjuangkan hak-hak orang Melayu Islam tanpa mengenepikan hak kaum lain.
Bukan DAP yang mendominasi PH, kita juga ada PKR dan Amanah yang majoriti ahli mereka adalah Melayu dan Islam.
Kita sepatutnya menggunakan politik sebagai alat perpaduan tetapi sekarang ahli politik yang memecahkan kita.
Kita perlukan pemimpin daripada pelbagai kaum tapi masih ada hasutan-hasutan berunsur perkauman yang dilakukan. Hentikanlah politik perkauman dan bawa politik yang matang.
Lagi PAS gunakan skrip lapuk Umno, lagi jelas kepada rakyat yang satu undi untuk PAS sama dengan satu undi untuk Umno.
Mungkin betul apa yang dikatakan selama ini, PAS selepas zaman Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah hilang arah. Sangat sayang sekali. Sangat-sangat sayang sekali.

Sampai bila mahu cuba pikat PAS, soal setiausaha agung PKR

Saifuddin Nasution berkata jelas PAS lebih selesa berdampingan dengan Umno.
Saifuddin-Nasution-pkrPETALING JAYA: Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution hari ini mempersoalkan sampai bila PKR akan membuka pintu rundingan dengan PAS, selepas timbul percakaran dalaman parti itu mengenai keputusan untuk terus berbincang dengan parti Islam itu yang bukan sebahagian daripada gabungan Pakatan Harapan (PH).
Saifuddin berkata PKR sudah 2 tahun berusaha untuk mendapatkan kerjasama PAS menentang Barisan Nasional (BN) tetapi masih gagal.
“Pendirian saya ialah setiap usaha dan ikhtiar harus ada garis masanya supaya ada kepastian dan ini memudahkan semua pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini untuk menafikan spekulasi beliau sudah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai setiausaha agung.
PKR semalam menafikan Saifuddin, dilihat antara pemimpin parti yang tidak bersetuju kerjasama dengan PAS, meletak jawatan.
Saifuddin berkata walaupun pelbagai usaha dibuat, adalah jelas PAS lebih berkenan kepada Umno, dan ini memaksa parti lain dalam PH membuat keputusan untuk tidak lagi bekerjasama dengan PAS.
“Rakyat dapat melihat dengan jelas usaha ini dan rakyat dapat melihat saban hari PAS menunjuk sikap dingin dengan PKR dan Pakatan Harapan sebaliknya semakin lunak dengan Umno/BN,” kata Saifuddin.
Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau sendiri bersetuju supaya usaha berunding dengan PAS diteruskan.

Saifuddin kata Anwar hormati keputusan kolektif

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seseorang yang sangat menghormati keputusan yang dibuat secara bersama atau kolektif, kata setiausaha agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau mengulas warkah Anwar dari penjara yang ditafsirkan oleh sesetengah pihak sebagai menyokong usaha untuk meneruskan rundingan dengan PAS bagi mencari jalan mengelakkan pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum akan datang.
Surat itu dikeluarkan empat hari selepas Majlis Presiden Pakatan Harapan memutuskan untuk menamatkan sebarang rundingan dengan PAS dan memberi tumpuan untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru.
“Mengenali beliau secara dekat, Anwar seorang yang sangat menghormati setiap keputusan yang dibuat secara bersama dan tidak sukar untuk beliau faham kenapa Pakatan Harapan membuat keputusan tersebut.
“Tidak sukar juga dilihat setelah diusahakan demikian lama, PAS tetap memilih jalannya sendiri. Adalah lebih utama PKR menumpukan sepenuh usaha dan tenaga membantu mengukuhkan Pakatan Harapan dan menerima hakikat PAS telah ada pilihannya,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Saifuddin, yang pulang dari lawatan enam hari ke kota London semalam berkata beliau mengeluarkan kenyataan media ini selepas bercakap dengan presiden PKR dan isteri Anwar Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang menemani suaminya di mahkamah.
Semalam, pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa warkah Anwar dari penjara itu telah menyebabkan pelbagai masalah, tetapi berkata, bahawa beliau berharap rundingan dengan PAS itu dapat ditamatkan.
Sementara itu, Saifuddin berkata PKR berusaha mendekati dan menyantuni PAS dengan melakukan usaha dan ikhtiar selama hampir dua tahun. Ini berterusan walaupun parti itu memutuskan untuk menamatkan hubungan dengan PKR.
“Pendirian saya ialah setiap usaha dan ikhtiar harus ada garis masanya supaya ada kepastian dan ini memudahkan semua pihak.
“Rakyat dapat melihat dengan jelas usaha ini dan rakyat dapat melihat saban hari PAS menunjuk sikap dingin dengan PKR dan Pakatan Harapan sebaliknya semakin lunak dengan Umno/BN.
“Di sebalik latar politik inilah Pakatan Harapan yang PKR adalah komponennya membuat keputusan untuk mengukuhkan kerjasama pakatan menghadapi pilihanraya umum ke-14 dan tidak lagi bekerjasama dengan PAS,” katanya.
Saifuddin juga mengulangi komitmennya kepada PKR dan HARAPAN sebagai mengulas khabar angin bahawa beliau telah melepaskan jawatannya.

OH MALAYSIAKU…KOMUNIS CHINA AKHIRNYA SUDAH MARI


Dulu kata mereka, Geely dari China hanya membeli 49.9 peratus saja saham Proton dan selebihnya iaitu 50.1 peratus masih lagi dimiliki oleh pemegang saham dari Malaysia.
Dalam ertikata lain, 49.9 peratus yang dijual kepada syarikat China itu hanyalah mewakili minoriti dan kita tidak perlu bimbang apa-apa dengannya kerana majoriti masih berpihak kepada kita.
Proton, kononnya tetap milik kita, walaupun hakikatnya perbezaan 0.01 peratus itu lebih nipis daripada kulit bawang.
Sekarang apa sudah jadi?
Seorang warga China, Li Chunroong diberitakan akan  dilantik sebagai CEO Proton dalam tempoh terdekat ini.
Beliau yang sebelum ini adalah Timbalan Pengurus Besar Dongfeng  Honda Engine Co telah menyertai Geely pada 22 Ogos lalu dan pemindahannya ke Geely dikatakan adalah dengan tujuan khusus untuk dilantik sebagai CEO Proton.
Selepas Li Chunrong dilantik menjadi CEO, apa lagi bakal terjadi kepada Proton?
Untuk mengetahui kemungkinan apa jadi seterusnya, bacalah tulisan di bawah ini yang disebarkan secara meluas melalui Whatsapp sejak malam tadi.
Tidak dipastikan siapa penulisnya, tetapi sepertinya beliau seorang yang berpengetahuan dalam industri pengeluaran atau perkilangan, kalau pun tidak dalam bidang berkaitan automotif.
Oleh kerana tulisan tersebut mungkin bermanfaat sebagai renungan kita bersama, maka disiarkan sepenuhnya tanpa sebarang pindaan untuk bacaan semua di blog ini.
Bacalah dengan lapang dada,  hati terbuka dan sebagai anak Malaysia yang merdeka.
 
Mula mula ganti CEO at Proton Holding.
Step kedua ganti GM GM anak tempatan di semua plant Proton. Ganti dengan GM GM dari China.
Step ketiga terminate vendor vendor tempatan. Ganti vendor vendor dari China untuk hidupkan ekonomi di China menggunakan resources di Malaysia melalui plant Proton bawah Proton Holding.
Akibatnya banyak kilang tempatan yang daftar dengan IKS-Industri Kecil Sederhana akan gulung tikar dan pembuangan kerja tenaga tempatan akan berlaku dan meningkat.
Step keempat terminate perlahan lahan tenaga kerja anak anak tempatan dalam Proton Plant Production Assembly Lines dan gantikan dengan tenaga kerja dari China.
Kadar pengangguran dalam negara akan menjadi tinggi. Banyak pinjaman bank akan jadi NPL-Non Performing Loan(rumah, kereta dan saham asb) kerana ramai yang akan di buang kerja dan susah mencari perkerjaan baru kerana FDI baru yang masuk ke Malaysia tidak menguntungkan negara tapi menguntungkan negara yang menbawa FDI itu ke sini.
Contoh projek ECRL. Semua limpahan kerja utk projek tersebut patah balik pada contractor negara tersebut kerana semua bahan dan tenaga perkerja utk membuat projek itu datang dari negara China.
Step kelima mengedar kereta buatan China dengan guna semua bahan mentah dari China tapi produksi di kilang kilang Proton dan jual ke Malaysia melalui rangkaian pemasaran perniagaan Proton yang kita telah bina semenjak dari 1985.  Kita semai benih tapi orang lain yang nikmati hasil. Ekonomi China pesat berjalan tapi ekonomi automotif Malaysia melingkup.
Step keenam China akan tukar nama Proton ke Ploton.
Step terakhir masa persidangan Umno semua perwakilan akan diajak Najib untuk nyanyi ramai ramai Lagu Anak Kecil Main Api-Bumi di pijak milik orang, sambil nangis tersedu sedu.
Juga semua perkara yang akan berlaku berkenaan isu ini akan di salahkan pada Dap dan Tun Dr Mahathir.
Harga yang Najib senang senang jual demi nak lenyapkan satu legasi. Tiada langsung rasa patriotik pada aset negara.
Kongsi tulisan ini jika anda sayang pada negara.
Bagaimana perasaan kita selepas membaca tulisan di atas?
Kuasa China sudah mari….itu baru di Proton. Belum lagi di pelbagai projek lain seperti ECRL, pelabuhan, pembinaan dan sebagainya yang sudah sekian banyak diserahkan kepada syarikat China.
Ke mana tersisih akhirnya rakyat Malaysia di negara mereka sendiri?

Pemimpin PKR tak sehaluan sembang bekas PJ Terengganu


KUALA TERENGGANU - Sikap tidak sehaluan pemimpin-pemimpin PKR berhubung kerjasama dengan Pas memperlihatkan mereka sedang berhadapan masalah sesama sendiri.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Satiful Bahari Mamat berkata, bagi Pas, pihaknya tetap dengan keputusan dibuat Muktamar Pas baru-baru ini yang memutuskan hubungan dengan PKR dan sehingga kini tiada kerjasama politik dibuat dengan mana-mana parti kecuali pihak yang menyertai Pas bersama blok ketiga.
Bagaimanapun katanya, berbeza dengan PKR, isu kerjasama PKR dan Pas dilihat masih belum selesai dalam parti itu apabila beberapa pihak inginkan kerjasama dengan Pas manakala sebahagian yang lain menolak.
“Kita sendiri pun tidak faham kerana sebahagian (pemimpin PKR) ‘pulas telinga’ Pas manakala sebahagian yang lain pula mahukan Pas,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Satiful Bahari Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai perbezaan pendapat yang berlanjutan melibatkan kerjasama parti itu dengan Pas sehingga memperlihatkan PKR terbahagi kepada dua kumpulan yang menyokong manakala yang lain menolak.
Terdahulu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama tersebut andainya berlaku, akan tetap berada dalam kerangka komitmen PKR dengan Pakatan Harapan.
Sementara itu, Satiful Bahari yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Terengganu bagaimanapun enggan meramalkan sebarang perubahan pada masa depan khususnya berhubung sebarang perundingan dan kerjasama politik dalam kaedah lain bersama parti itu.
Apa yang jelas katanya, tahalluf siyasi atau kerjasama politik antara kedua-dua parti telah putus walaupun terdapat kaedah lain seperti ‘ta’awun’ atau bantu-membantu yang merupakan salah satu kerjasama antara parti.
“Setakat ini, dari segi kerjasama politik, kita tidak bersama mana-mana pihak...Masih ada kaedah politik seperti ta’awun tetapi sebarang keputusan berhubung perkara itu kita serahkan kepada kepimpinan,” katanya.
Bagaimanapun katanya, Pas mempunyai pengalaman luas dalam bekerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini dan mengenal rapat parti-parti dalam komponen PR.
Jelasnya, walaupun masing-masing mengetahui prinsip perjuangan Pas, pendirian Pas dalam beberapa isu tidak dihormati.
“Sebagaimanapun beberapa peristiwa besar seperti PRK Kuala Kangsar dan usaha Pas meminda RUU 355, mereka tentang secara berterusan,” katanya.

Dicaci, ugut cabaran Rara 'bergelumang' dalam politik


Lemparlah dengan kata-kata nista dan jelik sekalipun wanita ini terus utuh berjuang dalam parti disertainya.
Wanita kental yang mesra disapa Rara, atau nama sebenarnya Young Syefura Othman itu kini menjawat jawatan sebagai Penolong Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan.
Katanya, memilih DAP sebagai wadah perjuangan politik bukan sedikit cabaran dan dugaan terpaksa dilaluinya.
Young Syefura Othman atau Rara "Saya pernah digelar pelacur, anak haram, murtad dan kafir, dan sampai ada yang mengugut mahu merogol saya," katanya kepada Sinar Online.
Menurutnya, walaupun dilemparkan dengan pelbagai kata-kata nista, beliau tetap kuat untuk terus 'bergelumang' dengan dunia politik pilihannya itu.
"Bagi saya kalau kita hendak menyertai politik kita perlu kuat.
"Jangan layan sangat kata-kata negatif orang, sebab kalau kita layan kita akan terus jadi lemah," katanya.
Rara ditemui selepas menjadi panel Wacana Sinar Siri 49 Menjelang PRU14: Kuasa Undi Wanita di Dewan Karangkraf, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini hari ini.
Selain Rara, panel lain  Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Ketua Srikandi PKR, Senator Siti Aishah Sheik Ismail dan Pengarah Ameerah Malaysia (Pas), Husna Hashim.
Rara berkata, beliau sedikit pun tidak terkesan dengan cemuhan diterima dab ugutan menerusi akaun media sosial palsu terhadapnya kerana yakin mereka yang melakukannya tiada kerja.
"Saya tidak pernah layan, kalau komen di FB, atau di mana-mana media sosial saya abaikan dan ambil yang positif sahaja.
"Untuk saya jadi lebih kuat, saya buktikan dengan hasil kerja saya," katanya.

‘Pas juga sebenarnya mangsa’ sembang Dr Azman

KUALA TERENGGANU – Pihak tertentu yang menuding jari menyalahkan Pas semasa era pertembungan keras Pas-Umno disifatkan seakan-akan lupa mangsa sebenarnya ketika itu adalah ahli dan penyokong Pas.
‘Pas juga sebenarnya mangsa’ Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Azman Ibrahim menyelar sikap beberapa pihak yang ghairah menyalahkan parti itu berkata bahawa ahli-ahli dan penyokong parti itu menjadi sasaran tekanan dan tindakan zalim pihak kerajaan yang tercetus akibat perbezaan politik.
Menurutnya, tindakan keras pihak kerajaan waktu itu sudah tentu mengundang reaksi keras dari Pas walaupun ahli dan penyokong Pas berada di pihak yang lemah.
“Kita dizalimi dan kita berlapang dada untuk memaafkan dan mengajak orang yang pernah menzalimi kita untuk bersama mencari kesejahteraan bersama Islam. Inilah kehebatan Pas,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Ketika mengimbau pertembungan antara Pas-Umno suatu ketika dahulu, Azman berkata, banyak perkara tragis berlaku yang menjadikan Pas sebagai sasaran, petugas pilihan raya Pas diserang, dipukul dan dicederakan sehingga seorang terkorban semasa Pilihan Raya Kecil Lubuk Merbau dan juga tragedi Memali yang menyaksikan 14 orang terkorban dan ramai pemimpin Pas meringkuk dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Jelasnya, diskriminasi kerana perbezaan politik berleluasa apabila orang kampung yang layak mendapat bantuan dinafikan hanya kerana mereka adalah orang Pas, tidak mendapat agihan bantuan seperti zakat dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM), guru yang menyokong Pas ditukar ke sana ke mari, borang persekolahan anak-anak turut menjadi masalah untuk mendapat tandatangan pemimpin kampung dan orang Pas di jabatan kerajaan dinafikan naik pangkat walau jauh lebih baik dari Umno.
Lebih teruk lagi, penggunaan media yang terhad tidak memberikan ruang kepada Pas untuk memberi penjelasan balas sehinggakan Pas menjadi sasaran politik fitnah dan kebencian, ceramah Pas diganggu, penceramah dibaling telur busuk, jalan ke tempat ceramah disekat, jambatan dirosakkan serta penceramah diugut dengan kekerasan fizikal.
“Tak cukup dengan itu, gas pemedih mata dari FRU juga biasa menjadi habuan pengunjung ceramah Pas. Orang lama di Besut masih ingat peristiwa gas pemedih mata ketika ceramah di Kampung Keluang, Besut,” katanya.

Ramon: Pelantikan Khalid di Prasarana cepat sangat...

Pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai pengerusi Prasarana Malaysia Berhad telah menarik perhatian beberapa pihak, terutamanya berhubung pengalaman beliau dalam sektor pengangkutan awam.
Pengarah Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), Tan Sri Ramon Navaratnam berkata walaupun bukan sesuatu yang luar biasa bagi penjawat awam dilantik memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) selepas bersara, namun beliau melihat pelantikan Khalid itu "cepat" sangat, selepas persaraan rasminya daripada pasukan polis Isnin lalu.
Sambil berkata Khalid sepatutnya diberi masa untuk berehat, beliau bertanya "kenapa mereka (kerajaan) tidak tunggu sedikit lagi masa?"
"Juga, orang ramai perlu diberitahu mengapa (Khalid dilantik), jika tidak, akan timbul banyak spekulasi. Bekas IGP itu boleh diberi jawatan yang lebih berkaitan dengan keselamatan. Kekurangan penjelasan mendorong timbul spekulasi yang tidak perlu," kata bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan itu kepada Malaysiakini.
Ramon juga merupakan pengerusi Pusat Pengajian Dasar Awam (CPPS).
Sementara itu, pengarah Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), Cynthia Gabriel berkata pelantikan ke dalam GLC, seperti Khalid, perlu lebih telus.
"Apakah kriteria dalam memberi Khalid pakej persaraan ini? Apakah pengalamannya dalam pengangkutan awam dan bas?" soalnya.
Menurutnya, pelantikan mesti dibuat dengan lebih ketelusan kerana ia berurusan dengan jutaan dana awam.
Beliau menambah bahawa Khalid harus "memberi contoh yang baik" dan mengisytiharkan asetnya selepas beliau bersara sebagai IGP dan sebelum memulakan peranan barunya.
"Selain itu, sebuah jawatankuasa pilihan parlimen juga perlu diwujudkan untuk menentukan tadbir urus dan kepimpinan dalam GLC," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelantikan Khalid dalam satu kenyataan pada hari Selasa, dengan berkata, beliau yakin Khalid akan meneruskan misi dan visi Prasarana untuk membina dan menawarkan perkhidmatan pengangkutan awam bertaraf dunia serta meningkatkan penggunaan pengangkutan awam.
Khalid juga dilantik sebagai duta khas bagi meningkatkan hubungan dalam usaha perangi keganasan, fahaman pelampau dan pemerdagangan manusia.
Prasarana mengendalikan kebanyakan infrastruktur pengangkutan awam negara termasuk MRT, LRT, KL Monorail dan perkhidmatan bas Rapid di ibu negara, Pulau Pinang, Kuantan dan Kamunting.
Ia dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan, entiti yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

'Takkan minta maaf dulu baru boleh lawan Najib?'

Selama lebih dua dekad Tun Dr Mahathir menjadi perdana menteri dan beliau menjadi sasaran pelbagai kritikan, termasuk tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan kuku besi.
Selepas memilih untuk "menyelamatkan negara" daripada Datuk Seri Najib Razak, beliau berpakat dengan pengkritiknya dan disambut baik.
Namun tidak semua dapat melakukan itu. Sesetengah pihak bersikap mahu melupakan detik silam Dr Mahathir. Malah sebahagian daripadanya bertanya sama ada beliau bersedia meminta maaf atas tindakannya sebelum ini.
Semasa ditemubual sebuah portal berita pagi tadi, ahli politik berusia 92 tahun itu sekali lagi menepis isu berkenaan.
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu memberitahu, ada isu lebih penting untuk ditangani ketika ini berbanding berkisah tentang waktu silam.
"Kita kini berdepan dengan sebuah negara yang di ambang kemusnahan disebabkan seorang individu. Justeru, mana lebih penting?
"Adakah saya perlu meminta maaf terlebih dulu dan kemudian barulah saya boleh melawan Najib?
"Sebenarnya ini adalah hal kecil. Perkara utama ialah melawan kleptokrasi di Malaysia," katanya dipetik Sinar Online daripada sesi temubual Malaysian Insight.
Sementara itu tokoh veteran DAP Lim Kit Siang menyeru rakyat Malaysia berfikiran terbuka untuk melakukan perubahan.
Bekas seteru ketat Dr Mahathir itu mendakwa jika pembangkang gagal mengambil alih kuasa daripada BN pada pilihan raya umum akan datang, Malaysia akan terperangkap untuk tempoh sedekad akan datang.

Pakatan Harapan sasar 16 kerusi Parlimen menang mudah di Johor



Pakatan Harapan (PH) Negeri Johor mensasarkan 10 kerusi Parlimen dimiliki BN akan beralih ke tangan pembangkang dan mengekalkan 6 kerusi yang pernah dimenangi dalam pilihanraya umum yang lalu di negeri itu.
Timbalan Pengerusinya Liew Chin Tong berkata, semua kerusi PH yang akan ditandingi adalah di kawasan majoriti Melayu termasuk kawasan campuran.
"Saya rasa di Johor ada 10 kerusi parlimen bagi peluang cerah untuk PH rampas daripada BN, selain 6 yang telah dipegang dalam pilihan raya umum yang lalu.
Liew Chin Tong"Ini kerana terdapat 55 peratus pengundi Melayu dan selebihnya adalah campuran dengan isu-isu yang menekan rakyat, saya yakini PH boleh meraih 16 kerusi keseluruhannya dengan menang mudah," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Dimaklumkan 10 kerusi yang disasarkan PH kelak ujarnya, di parlimen Labis, Segamat, Sekinjang, Medan, Muar, Pontian, Pulai, Pasir Gudang, Johor Bharu dan Tebrau.
Manakala enam kerusi yang dimenangi pembangkang oleh beliau sendiri di Parlimen Keluang, Lim Kit Siang (Gelang Patah), Teo Ni Ching
(Kulai), Er Teck Hwa (Bakri) Datuk Mohd Idris Jusi (Batu Pahat) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh).

 Chin Tong yang juga Pengerusi DAP Negeri berkata, untuk PH menawan Johor dalam PRU ke-14, formula yang diguna pakai di negeri Selangor dan Perak boleh dilaksanakan di Johor. "Kalau kita mahu tumbangkan Johor saya fikir fomula yang pernah digunakan di Selangor dan Perak sesuai digunakan di Johor.
"Di Johor ini kawasan majoriti Melayu seperti Mersing, Penggerang, Kota Tinggi dan Tenggara manakala kawasan lain walaupun peratusannya majoriti Melayu tetapi ia adalah kerusi campuran," ujarnya.
Kedudukan kerusi di negeri Johor BN memiliki 20 kerusi Parlimen, Pas (8), DAP (4), PKR (1) Bersatu (1) dan kerusi Dun BN (37), Pas (4), DAP 13 dan PKR (1) dan Bersatu (1).

MURAHNYA HATI NAJIB….


Pada 3 September lalu, sehari sebelum hari persaraannya sebagai Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar berkata, beliau akan mengisi hari-hari tuanya dengan belajar memasak.
Saya sudah bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai orang awam dengan mengikuti kelas memasak di Institut Bakeri  Malaysia di Petaling Jaya, katanya yang telah mengabdikan selama 41 tahun berkhidmat dalam pasukan polis.
Pada 4 September, Khalid mengakhiri tugasnya sebagai Ketua Polis Negara dan tempatnya diambil oleh bekas Pengarah Cawangan Khas PDRM, Fuzi Harun.
Semalam, 5 September, sehari selepas bersara, Najib Razak mengumumkan perlantikan Khalid sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd dan Duta Khas bagi meningkatkan hubungan dan kerjasama negara dengan masyarakat antarabangsa dalam usaha memerangi keganasan, fahaman pelampau dan pemerdagangan manusia.
Daripada sebelum ini hanya ada satu kerja, sebaliknya setelah bersara, beliau kini ada dua kerja, dua jawatan, dua gaji serta serta mungkin lebih sibuk berbanding sebelumnya.
Maka, bila beliau mahu mengikuti kelas memasak yang sudah dirancangnya itu?
Najib jelas begitu pemurah terhadap Khalid sehingga sanggup memberikannya dua jawatan serentak dan hanya sehari selepas hari persaraannya.
Perkara ini jarang-jarang, malah mungkin tidak pernah berlaku kepada sesiapa sebelum ini.
Kenapa agaknya Najib begitu murah hati terhadap Khalid?

Eric tolak cabaran debat Rafizi..Tak berani..!!!

Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN Eric See-To berkata debat itu hanya cubaan Rafizi Ramli mengalihkan pandangan orang ramai daripada pertelingkahan dalaman pembangkang.
eric-rafizi-3
PETALING JAYA: Timbalan pengarah komunikasi strategik BN hari ini menepis cabaran debat Naib Presiden PKR Rafizi Ramli sebagai cubaan untuk mengalihkan pandangan orang ramai daripada pertelingkahan dalaman pembangkang.
Ketika menolak cabaran Rafizi itu, Datuk Eric See-To menjelaskan tiada keperluan segera untuk menganjurkan debat itu, malahan juga beliau tidak mahu “mengganggu” Rafizi yang sedang bertelingkah dengan penyokong pembangkang.
“Ajak saya berdebat sekali lagi dalam masa sebulan. Mungkin dalam masa sebulan lagi, pergaduhan dalaman Rafizi itu mungkin akan berakhir atau dia akan tinggalkan parti atau dipecat,” katanya dalam kenyataan, merujuk kepada pertelingkahan Rafizi dengan ahli parti, dan aktivis Datuk Ambiga Sreenevasan.
Rafizi semalam mencabar Eric berdebat isu pertumbuhan ekonomi negara dan kutipan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Cabaran itu menyusuli hujah Eric yang berkata kutipan cukai pendapatan melepasi pertumbuhan ekonomi negara bukan sesuatu yang luar biasa.
Eric berkata demikian selepas Rafizi mendakwa kutipan cukai pendapatan tumbuh tidak seimbang dengan pertumbuhan ekonomi negara sejak Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri pada 2009.
“Saya menjemput beliau untuk berdebat dengan saya supaya saya boleh melihat sendiri bagaimana pakar pusing dari BN ini ‘menggoreng sotong’ bila berdepan dengan angka-angka ekonomi yang sebenar,” kata Rafizi.
Pada 31 Ogos lalu, Eric mengkritik Rafizi kerana membandingkan purata pertumbuhan kutipan cukai di Malaysia pada 2010 dengan purata pertumbuhan cukai sebanyak 5.3% di Australia bagi tempoh yang sama.
Menurut Eric, Rafizi tidak mendedahkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Australia bagi tempoh tersebut hanya 2.7%, bermakna di negara itu kutipan cukai juga melepasi pertumbuhan ekonomi.
Eric tidak faham mengapa Rafizi menjadikan penurunan kutipan cukai pendapatan perseorangan daripada RM51.3 bilion pada 2012 kepada RM27.6 bilion pada 2016.

Kita hidup dalam ketakutan di negara ini, kata Dr Mahathir


Kita hidup dalam ketakutan di negara ini, kata Dr Mahathir
Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad berkata negara ini tidak lagi selamat dan rakyat hidup dalam ketakutan akibat semakin banyak berlaku insiden keganasan. 
NEGARA ini tidak lagi selamat dan rakyat hidup dalam ketakutan akibat semakin banyak berlaku insiden keganasan, kata Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata ada orang ditembak, dibunuh dan diculik dan mereka yang menentang kerajaan akan diganggu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“Jadi rakyat takut kerana mereka tidak tahu apa boleh jadi pada mereka,” katanya kepada The Malaysian Insight semalam.
“Kita tidak kata ini disebabkan oleh kerajaan, tetapi orang ditembak, dibunuh dan diculik. Negara ini tidak selamat lagi.”
Dr Mahathir berkata demikian ketika mengulas laporan Bloomberg mengenai dalam satu permohonan di mahkamah di Los Angeles, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berkata beberapa individu di “negara luar tertentu” bimbang keselamatan mereka jika bekerjasama dalam siasatan jenayah FBI terhadap syarikat pelaburan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat melancarkan siasatan jenayah terhadap dana yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB dan memohon penangguhan tuntutan saman untuk menyita lebih AS$1 bilion (RM4.3 bilion) hartanah dan aset lain.
Bloomberg berkata saksi yang tampil memberikan maklumat memberitahu FBI mereka risau untuk “membahayakan keselamatan diri dan keluarga”.
Dalam permohonannya, FBI memetik laporan berita Malaysia di mana beberapa pegawai ditahan kerana dikatakan memainkan peranan dalam siasatan penyelewengan 1MDB.
Ia memetik pada 29 Ogos, kes tembak pemandu bekas peguam negara Malaysia Abdul Gani Patail, yang membuka siasatan awal 1MDB, sebagai kemungkinan amaran supaya tidak bekerjasama dengan AS. Dakwaan itu dinafikan oleh polis Malaysia.

Dr Mahathir, Anwar tidak dimaklumkan mengenai forex, kata Nor Mohamed Yakcop


Dr Mahathir, Anwar tidak dimaklumkan mengenai forex, kata Nor Mohamed Yakcop
Bekas penolong gabenor dan penasihat Bank Negara Malaysia (BNM) Nor Mohamed selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai kerugian urus niaga mata wang asing BNM bersidang hari kelima hari ini di Istana Kehakiman, Putrajaya. 
DR Mahathir Mohamad tidak pernah diberitahu mengenai urus niaga perdagangan mata wang asing Bank Negara Malaysia (BNM) apabila ia mengalami kerugian besar, kata bekas menteri kewangan kedua, Nor Mohamed Yakcop.
"Saya pada bila-bila masa, dari tahun 1986 hingga 1993, tidak berbincang dengan perdana menteri Malaysia (Dr Mahathir) mengenai urus niaga forex oleh BNM," katanya dalam kenyataan 42 halamannya hari ini.
Nor Mohamed, 70, juga memberitahu panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang Anwar Ibrahim, yang merupakan menteri kewangan dari tahun 1991 hingga 1998, juga tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.
Nor Mohamed berkata beliau ditugaskan melaksanakan dasar pengurusan rizab luar seperti ditentukan oleh lembaga bank pusat dan melaporkannya kepada gabenor BNM Jaffar Hussein dan Jawatankuasa Rizab Luar (ERC) mengenai urusan forex bank.
Antara yang menganggotai ERC ialah gabenor, timbalan gabenor dan penasihat. Terdapat juga mesyuarat pegawai kanan mingguan, yang kadang-kala membincangkan mengenai hal rizab luar negara.
"Saya tidak melaporkan sama ada kepada menteri kewangan atau perdana menteri mengenai sebarang isu pengurusan rizab luar, kerana itu bukan garis termasuk dalam aturan laporan saya," katanya, sambil menambah beliau tidak terlibat dalam menentukan tindakan perakaunan bagi kerugian itu.
“Malah sebenarnya saya langsung tidak tahu tentang tindakan perakaunan itu,” katanya.
Suhaimi Ibrahim, pegawai mengendalikan RCI menimbulkan persoalan mengenai urus niaga forx bank pusat itu yang semakin banyak dilakukan pada penghujung 1980-an yang menggambarkan perubahan dasar.
Suhaimi bertanya, “bukankah sepatutnya perdana menteri dimaklumkan” tentang perubahan dasar itu.
Nor Mohamed berkata beliau tidak “tahu apa-apa” tentang apa yang dikatakan mengenai perubahan dasar itu kepada Dr Mahathir oleh Jaffar semasa tempoh itu.
Suhaimi kemudian merujuk kepada laporan dalaman oleh pengurus Jabatan Audit Dalaman Bank Negara, Wong Yew Sen yang mengatakan terdapat spekulasi melampau dalam pasaran masa depan tukaran asing itu.
“Jika saya tidak mengambil pendirian spekulasi, (mata wang lain mungkin mengatasi ringgit) dan saya juga akan dituduh tidak bersiap sedia lebih awal,” kata Nor Mohamed.
Ditanya mengapa beliau membenarkan urus niaga spekulasi itu, Nor Mohamed menjawab, “Kerana itu adalah kerja saya. Mengapa? Untuk negara saya.
“Kita perlu belajar daripada kesilapan. Bank Negara belajar daripada kesilapan saya.”
Nor Mohamed berkata bank pusat itu melakukan kesilapan dalam pasaran dalam tempoh itu.
“(Saya) akui kami tersilap menafsir pasaran. Selaku kakitangan bank pusat, kami percaya yang Bank of England akan menang bila berlawan (spekulasi) dengan Soros. Kami percaya yang rakan sekerja bank pusat di sana dan membeli pound sterling.

Undi HARAPAN bermakna mengundi DAP sembang anak Hadi

Pemuda PAS di seluruh negara kini bersiap siaga menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang bakal diadakan pada bila-bila masa dari sekarang, terutama sebagai jentera utama di semua kerusi dewan undangan negeri (DUN) dan parlimen yang akan ditandingi.
Jentera Pemuda PAS akan bertindak selaku pelincir utama yang ‘supportive’ terhadap tugas-tugas pilihan raya, termasuk bersedia selaku calon untuk merealisasikan peranan memimpin.
Kami juga siap siaga menempuh cabaran pertembungan berapa penjuru sekali pun yang mungkin berlaku dengan strategi diolah sesuai lunas demokrasi serta peraturan pilihan raya.
Dalam pertarungan yang berlaku nanti, parti mana jua kami hadapi atau menentang kami, bererti mereka adalah musuh untuk kami tewaskan.
Oleh itu, kami tegaskan, tiada sebarang kompromi kepada BN mahupun Pakatan Harapan (HARAPAN).
Kami melihat PRU14 sebagai medan yang semakin unik dan penuh cabaran, kesan daripada pelbagai perubahan dalam negara, terutama keterbukaan minda rakyat, selain perpecahan parti pemerintah.
Ini menjadikan potensi setiap parti turut berubah dan PAS yakin dapat mencapai kejayaan memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen dan empat negeri, dengan izin Allah.
Selama 62 tahun di bawah pemerintahan BN (dahulu Perikatan), negara masih diselimuti oleh pelbagai kebejatan, salah urus tadbir, kepincangan, penyelewengan dan ketidakadilan.
Malaysia kini menanggung pelbagai bebanan, risiko dan ancaman dalam keadaan perpaduan dan integriti paling lemah.
BN gagal mempertahankan sebegitu banyak lunas penting dalam Perlembagaan Malaysia dan kontrak sosial.
Mahu jadi dominan
Kini kerap kali Islam sebagai agama persekutuan; kedaulatan raja-raja Melayu; hak keistimewaan Melayu; bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; tanah rizab Melayu; dan hak bangsa serta penganut agama lain; dicabar dan diremehkan.
Ia menyebabkan gugatan kepada keharmonian dalam negara yang berpunca daripada pencabulan pernah dilakukan Umno-BN sendiri.
Pada ketika sama, pertembungan politik dalam negara menjadi semakin tajam dan lebih menjurus kepada penguasaan kedudukan serta bermotif untuk saling menjatuhkan.
Kesannya wujud sikap melampau yang dilatari dengan kontroversi, sensasi, manipulasi dan provokasi termasuk kebiasaan fitnah dan ugutan. Semua ini menjadikan suhu politik sentiasa panas, tegang dan memualkan rakyat.
Malah, kemaruk kuasa menyaksikan terdapat pihak dari HARAPAN yang berhubungan dan mengundang entiti asing. Ia merisikokan campur tangan luar yang boleh menjahanamkan negara seperti terjadi pada beberapa negara di Timur Tengah.
Paling dikesali apabila menjadikan Islam sebagai mangsa dan sasaran serangan dengan mempertikai dan menghina serta membibitkan pelbagai rasa tidak puas hati.

Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah !!!

Nak dibatalkan dgn alasan REMEH ??!.. takut nak masuk kandang mahkamah nnti ka jika ia benar berlaku ??!

ATAU takut akan terbongkar satu persatu yg berkaitan dua akuan berkanun dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu itu kah !!!

BN Menang, Rakyat Senang !!!

Kerajaan BN amat prihatin terhadap rakyatnya..

Biar minyak naik tak turun-turun supaya dapat menjana ekonomi negara. Rakyat dapat hidup aman damai tidak seperti negara Palestin yg sentiasa berperang.

JANGAN LUPA...
"Harga minyak masih murah di Malaysia berbanding negara lain terutama Singapura" !!!

"Kesesuaian Najib Bertemu Presiden USA Dalam Suasana Dunia Islam Hari Ini"

Dato Husam Musa ~ "Pas & UMNO ada perbincangan di Terengganu bulan Julai Lepas????"