Rabu, 6 September 2017

RAFIZI RAMLI: LAGI PENDEDAHAN TERBARU SKANDAL MARA

WACANA SINAR: Kuasa Undi Wanita PRU14

FBI: Individu mungkin jadi saksi siasatan terhadap 1MDB takut bercakap

'Perlu cukai jualan jika GST dimansuhkan'

'Warkah Anwar undang masalah'

RCI Forex: Anwar dijangka beri keterangan esok

Apa Kata Tun Daim Zainuddin Tentang 1MDB

Apa Pas dah buat di Kelantan, Kedah?

Wanita Melayu jangan takut sertai DAP

Umno tak serius angkat isu wanita

Apa anehnya 'cinta berahi' Najib, Hadi?

Frasa yang digunakan oleh Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam kenyataan akhbarnya selepas mesyuarat majlis presiden pada 28 Ogos lalu ialah “tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Itu adalah bahasa lembutnya. Dalam pengertian sebenar, maksud yang hendak disampaikan ialah mustahil bagi HARAPAN kerjasama dengan PAS.
Hatta parti-parti dan pemimpin-pemimpin HARAPAN yang bersedia tertolak ansur dengan PAS pun akhirnya mengaku kalah. Pendirian luar biasa pemimpin-pemimpin PAS membingungkan mereka.
Kelmarin cakap lain. Hari ini cakap lain. Esok entah apa akan dicakapkan. Lain pemimpin, lain cakapnya. Malah pemimpin yang sama pun bertukar cara dan selera mengikut apa yang lebih popular dan selesa.
Mohon maaflah kalau saya kata, amat sukar membezakan yang mana satu cakap orang agama dan yang mana satu cakap gedebe politik.
Ramai pemimpin HARAPAN pada awalnya memberi muka kepada PAS. Malah ada beberapa orang yang sanggup berjumpa, berbincang dan bersetuju itu dan ini dengan PAS.
Dalam proses itu mereka mengorbankan kelancaran, perluasan dan perjalanan HARAPAN.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) misalnya menangguhkan keputusan menyertai HARAPAN kerana mahu memberi masa dan peluang kepada PAS membuat kata putus.
Penyokong kerjasama dengan PAS dalam PKR dan BERSATU mengambil risiko kerana bukan semua anggota dalam parti mereka mahu bekerjasama dengan PAS. Malah ramai yang daripada awal lagi menolak kerjasama dengan PAS.
Setelah melihat perceraian dalam rumah tangga PAS pada Muktamar 2015 yang disusuli dengan cerai talak tiga dengan DAP dan perpisahan tanpa talak dengan PKR, ramai pemimpin BERSATU berasa adalah sukar menjalin kerjasama dengan PAS.
Namun begitu, sampai hari ini pun masih ada sisa-sisa harapan bahawa PAS boleh dibawa berunding. Pintu rundingan mungkin sudah tertutup tetapi - seperti kata sesetengah pemimpin HARAPAN - tingkap masih terbuka.
Dalam politik tidak ada istilah mustahil. Misalnya, PAS boleh berpecah mengikut negeri dan menjalin kerjasama dengan PKR atau BERSATU.
Misteri agamawan
Saya yakin banyak orang dan pihak cuba mendalami dan memahami apa yang sebenarnya berlegar dalam benak kepimpinan PAS yang kini didominasi oleh golongan agama.
Walaupun saya sudah mengenali PAS sejak zaman remaja saya pada tahun 1960-an, ikhlas saya katakan bahawa adalah lebih rumit memahami tindak-tanduk agamawan PAS daripada memahami golongan bukan agama yang telah ditendang keluar pada pemilihan pucuk pimpinan 2015.
Mungkin saya terlalu jahil untuk memahami roh suci agamawan PAS maka saya keliru dengan usik-mengusik dan cinta berahi yang semakin semerbak di antara ketua-ketua PAS dengan para pembesar Umno/BN.
Saya faham tindakan agamawan PAS menggunakan ortodoksi dan retorik agama untuk menyingkirkan golongan profesional. Mereka berasa terancam oleh kecanggihan golongan ini dan peningkatan pengaruh mereka di kalangan ahli dan penyokong parti.
Selepas kematian Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Februari 2015, golongan agamawan PAS yang diketuai Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang bimbang mereka tidak dapat lagi mengawal golongan profesional yang semakin berpengaruh.
Kumpulan profesional ini amat berjaya menjalin kerjasama dengan parti-parti Pakatan Rakyat dan pada masa yang sama menarik sokongan golongan bukan agama untuk menjadi ahli dan penyokong PAS.
Ini mencetuskan kebimbangan di kalangan agamawan bahawa pengaruh mereka mungkin terhakis dan pada satu masa nanti PAS akan diambil alih oleh golongan bukan agama.
Dalam kaitan ini, amat jelas perbezaan martabat ilmu, pegangan agama dan keyakinan diri di antara Nik Abdul Aziz dengan Abdul Hadi. Nik Abdul Aziz mengamalkan dasar keterangkuman ummah manakala Abdul Hadi mengamalkan dasar eksklusif golongan agamawan.
Sama bau sama warna
Kekacauan dalam Pas ini disedari oleh kepemimpinan Umno, khususnya Datuk Seri Najib Razak.
Dasar dan pendekatan Abdul Hadi dan Najib sama. Kedua-duanya telah menyingkir golongan yang tidak sebulu dengan mereka daripada pucuk pimpinan parti dan menjadikan parti masing-masing khusus untuk yang setia dan dengar kata saja.
Kedua-dua mereka memimpin parti yang pecah dan menghadapi pencabar baru yang tahu kelemahan mereka. PAS ditentang oleh Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Umno oleh BERSATU.
PAS lega Umno berpecah dan Umno lega PAS berpecah. PAS yakin Umno lemah dan Umno yakin PAS lemah. Atas dasar itu, mereka yakin mereka kini boleh bekerjasama.

Kuasa terlalu besar musuh sebenar Melayu

Musuh sebenar orang Melayu bukanlah kemungkinan kehilangan kuasa, tetapi dengan memegang kuasa yang terlalu besar, kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim.
Beliau berkata, kuasa yang dipegang orang Melayu selama ini hanya sia-sia akibat dipegang oleh pemimpin yang tidak meningkatkan keadaan mereka.
"Orang Melayu pegang kuasa yang besar, tetapi mengapa bahagian kita dalam ekonomi semakin mengecil jika dibandingkan ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri? Mengapa kita tidak menghasilkan usahawan Melayu yang berjaya dengan kadar seperti dulu?
"Lihat sistem pendidikan kita. Orang Melayu ada kuasa yang besar dan boleh mendaftarkan seramai mungkin orang Melayu di pengajian tinggi, malah memaksa profesor tunduk kepada Umno...Tetapi ramai yang menganggur dan menanggung hutang," kata Zaid di blognya hari ini.
Katanya, ini menunjukkan kuasa politik yang besar adalah sia-sia jika pemimpin tidak tahu bagaimana untuk meningkatkan taraf dan kedudukan masyarakatnya.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata DAP akan menguasai negara hanya dengan memenangi 60 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Justeru, Salleh menggesa orang Melayu agar memikirkan masa depan mereka dan bersatu bagi mengelakkan ia berlaku.
Menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak berasas, Zaid yang menyertai DAP Februari lalu berkata Salleh perlu berhenti daripada bercakap tentang meningkatkan kuasa politik Melayu.
"Anda sudah ada cukup (kuasa) untuk melakukan kebaikan tetapi mengapa mengambil jalan mudah dan terus menyerang parti saya sedangkan ia langsung tidak meningkatkan keadaan orang Melayu?
"Membina masyarakat yang makmur dan berdikari perlukan usaha keras. Kuasa politik yang besar tidak berguna jika ia menyebabkan masyarakat itu semakin merosot," katanya.

HARAPAN pertaruh parti setempat di Sabah, Sarawak

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) menyatakan keyakinan beliau bahawa pembangkang boleh mencatat kejayaan besar di Sabah dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.
Kata Tun Dr Mahathir Mohamad, sasaran itu boleh dicapai dengan sokongan sebuah parti tempatan.
Bercakap dalam sesi dialog di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini, beliau berkata HARAPAN tidak bercadang untuk mendominasi politik setempat sama ada di Sabah atau Sarawak.
Sebaliknya kata Dr Mahathir HARAPAN cenderung untuk bekerjasama dengan parti-parti tempatan di setiap negeri terbabit.
"Di Sabah kita ada sebuah parti yang sangat menyokong kami.
"Buat masa ini saya fikir kita boleh memenangi separuh daripada kerusi parlimen di Sabah," katanya lagi.
Pendirian untuk memulakan kerjasama antara HARAPAN dengan parti setempat itu, kata Dr Mahathir, dibuat berdasarkan kefahaman bahawa Sabah dan Sarawak pernah menyatakan rasa tidak senang mereka dengan dominasi parti dari semenanjung.
Walaupun bekas perdana menteri itu tidak menamakan parti terbabit, dipercayai HARAPAN sedang berunding dengan Parti Warisan Sabah yang diasaskan bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

PH akan hentikan rundingan PAS-PKR, kata Dr Mahathir

Pengerusi Pakatan Harapan berharap gabungan itu dapat menghentikan usaha PKR berpakat dengan PAS selepas Anwar sendiri mengaku menggesa PKR berbuat demikian.
mahathir-pas-pkr
PUTRAJAYA: Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan gabungan itu akan menghentikan rundingan PKR dan PAS, selepas ketua umum PH Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui menggesa partinya berpakat dengan parti Islam itu.
“Kita telah memutuskan sebagai satu gabungan, tidak ada rundingan lagi dengan PAS.
“Kenyataan yang dibuat oleh Anwar bahawa dia yang menggesa mereka untuk cuba dan berbincang dengan rakan lama. Kita akan hentikan itu. Saya harap kami dapat lakukannya,” katanya pada sesi pertemuan bersama pengundi di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata PKR mahu berpakat dengan PAS bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru di Selangor dan meningkatkan peluang kemenangan parti pembangkang pada pilihan raya nanti. Anwar dari dalam penjara berkata beliau menyokong usaha tersebut.
Dr Mahathir bagaimanapun berkata gabungan mungkin tidak akan dapat menerima PAS kerana persetujuan mengenai kerusi pilihan raya dengan PAS akan menjejaskan Amanah dan PPBM – 2 lagi parti komponen dalam Pakatan Harapan, selain DAP dan PKR.
“Jika kita menerima PAS di dalam gabungan, akan ada 5 parti kongsi (kerusi),” kata Dr Mahathir, menjelaskan pendiriannya.
“PAS akan berkeras mahukan semua kerusi yang ditandinginya dan ia dianggarkan berjumlah hampir 60 kerusi. Jika mereka ambil semua itu, apa yang tinggal untuk Amanah dan kami yang hanya ada 1 kerusi sahaja di Pagoh?”
Selepas Azmin mendedahkan rundingan dengan PAS itu dilakukan dengan mandat parti, Pakatan Harapan bermesyuarat dan memutuskan tiada kerjasama dengan PAS, dan akan menyediakan strategi menghadapi pertandingan 3 penjuru.
Sementara itu, mengulas mengenai “pergaduhan” DAP dan PSM mengenai kerusi di Sungai Siput, Dr Mahathir berkata perkara berkenaan akan diselesaikan secara tertutup.
“Perkara itu kita akan selesaikan antara kita, kita bukan selesaikan dengan awam,” katanya.

Islam tidak selamat di bawah DAP, kata Khairuddin

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali mengingatkan DAP agar tidak perlu berlakon untuk menyokong Islam sedangkan perjuangan parti itu adalah Malaysia sebagai negara sekular.
Katanya, tindakan dan perlakuan DAP sejak tahun 2015, jelas menunjukkan penentangan mereka terhadap Islam.
“Para pengundi Islam tidak perlu terpedaya dengan kata-kata manis DAP bagi memenangi PRU ke-14.
“Kegagalan Umno/BN menguruskan negara secara berhemah berasaskan prinsip Islam telah menjadi modal DAP untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
“Namun, percayalah Islam tidak akan selamat di bawah pemerintahan DAP,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Mohd Khairuddin yang juga adalah anggota parlimen Kuala Nerus merujuk kepada laporan bertajuk "DAP sokong Islam" dalam sebuah akhbar dengan memetik pemimpin veterannya, Lim Kit Siang berkata "DAP menyokong prinsip Islam dalam perlembagaan".
Beliau mempersoalkan jika benar sedemikian, mengapa DAP menentang pengislaman anak oleh salah seorang ibu atau bapa yang memeluk Islam yang telah ditetapkan dalam perlembagaan dan selaras dengan fatwa-fatwa peringkat kebangsaan dan fatwa negeri.
“Ketika pindaan Akta 164 berlangsung di Dewan Rakyat lalu sangat ketara, yang dipertikaikan oleh ahli-ahli Parlimen DAP ialah kenapa tidak dimasukkan cadangan pindaan 88A yang membolehkan agama anak ditentukan secara bersama oleh ibu dan bapa sedangkan mereka tahu cadangan pindaan itu bercanggah dengan perlembagaan dan bercanggah dengan Islam?
“DAP tidak perlu berlakon untuk menyokong Islam. Pemikiran itu sudah tentu bercanggah dengan prinsip Islam dalam pemerintahan,” katanya.
Seksyen 88A dalam Akta Perkahwinan dan Perceraian 1976 (Akta 164) yang digugurkan sebelum ini memperuntukkan amalan penukaran agama anak-anak dengan cara mendapat persetujuan ibu bapa..
“Usaha memperkasakan RUU 355 bagi memperkasakan mahkamah syariah yang hanya melibatkan orang Islam juga ditentang keras oleh DAP,” katanya sambil menambah parti dominasi Cina itu menunjukkan penentangan terhadap usaha menegakkan undang-undang jenayah Islam di Kelantan.
PAS, PKR dan DAP sebelum ini membentuk gabungan politik yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun selepas pilihan raya 2013, Pakatan Rakyat tumbang kerana beberapa parti, khususnya PAS dan DAP tidak sehaluan.
Parti-parti pembangkang kemudiannya bersatu di bawah Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP, BERSATU dan parti serpihan PAS, AMANAH.

PKR nafi Saifuddin letak jawatan SU

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil tidak tahu siapa yang mulakan khabar angin itu.
Fahmi-Fadzil_saifuddin-nasution_600
PETALING JAYA: PKR menepis khabar angin mendakwa Datuk Saifuddin Nasution Ismail meletakkan jawatan setiausaha agung parti.
“Tidak benar. Saya tak tahu siapa yang mulakan khabar angin itu,” kata Pengarah Komunikasi Fahmi Fadzil kepada FMT.
Awal hari ini tersebar khabar angin mengatakan Saifuddin meletakkan jawatan selepas dikecam ahli parti kerana melanggar arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Khabar angin itu timbul tidak lama selepas Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh membidas pemimpin parti yang menyamar sebagai “sumber dalaman” dan memberi maklumat palsu kepada media.
Khabar angin itu tidak mendedahkan arahan apa yang didakwa dilanggar Saifuddin, namun bekas ahli Parlimen Machang itu berada di tengah-tengah pertikaian dalaman antara kumpulan penyokong dan penentang rundingan dengan PAS.
Beliau sebelum ini menafikan kenyataan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali yang mendakwa beliau mengadakan rundingan dengan PAS atas mandat parti. Menurut Azmin, PKR mahu mengelakkan pertandingan 3 penjuru di Selangor.
Saifuddin juga menafikan khabar angin mengatakan PKR memberi amaran kepada Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, yang mendedahkan biro politik PKR sering tidak sealiran dan keputusan yang dicapai juga tidak dihormati, susulan pertikaian mengenai rundingan PKR-PAS itu.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dari dalam penjara mengesahkan beliau merestui rundingan itu, selepas Pakatan Harapan mengumumkan keempat-empat parti komponen memutuskan tidak akan bekerjasama dengan PAS.
Saifuddin dilantik setiausaha agung selepas Rafizi melepaskan jawatan itu pada November lepas berikutan pensabitan di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana membocorkan maklumat dalam laporan ketua audit negara mengenai 1MDB.

Pas tetap kuat walau tidak bersama PH, kata MT Umno



Pas tidak akan lemah kerana krisis parti atau kerana tidak lagi bersama parti pembangkang lain yang membentuk Pakatan Harapan, kata Bendahari Umno Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata walaupun Pas ada jatuh bangunnya, anggota parti itu tetap setia dengan parti dan jentera akar umbinya juga tetap kuat.
Salleh KeruakSeperti sekarang, apabila Pas berpecah dan Parti Amanah Negara (Amanah) ditubuhkan, adakah Pas lemah?
Saya tidak nampak begitu, kata Salleh menerusi catatan terbaru di laman blognya sskeruak.blogspot.my, hari ini.
Baru-baru ini, wujud usaha daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan rundingan tidak rasmi dengan Pas bagi mengelakkan pertembungan pada pilihan raya umum ke-14 sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan sekutu Pakatan Harapan, terutamanya Amanah.
Tindakan Mohamed Azmin, yang dilakukan atas saranan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bercanggah dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan yang mengekalkan pendirian tidak akan bekerjasama dengan Pas dan juga pendirian Pas, melalui pimpinan tertingginya yang menolak sebarang kerjasama dengan mana-mana parti dalam pakatan pembangkang itu.
Salleh, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata melihat kepada rekod Pas, perjuangan Pas akan terus kekal walaupun berlaku perpecahan dalam parti dan pemimpinnya silih berganti.

Katanya ini kerana wujud pemahaman dalam kalangan anggotanya dan rakyat yang menyokong Pas bahawa ia bukan hanya sebagai parti politik tetapi juga sebagai perjuangan menegakkan agama.
Menurut Salleh, kajian Institut Darul Ehsan (IDE), sebuah badan penyelidikan kerajaan negeri Selangor, bahawa Amanah hanya mendapat satu peratus sokongan daripada rakyat manakala Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Dr Mohd Zuhdi Marzuki menyatakan sokongan kepada Amanah menurun kepada 0.5 peratus.

Warkah Anwar undang masalah, kata Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan menamatkan semua cubaan PKR berunding dengan PAS menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Pada masa sama bekas perdana menteri itu juga mengakui sepucuk surat daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan masalah kepada gabungan itu kerana ia memberi lampu hijau kepada PKR terus berhubung dengan PAS.
"Kami akan letakkan tanda noktah untuk (rundingan) itu. Saya harap kita boleh buat begitu," katanya semasa menghadiri sesi dialog anjuran pertubuhan bukan kerajaan, Pro-Waris, di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.
Sebelum itu pengerusi HARAPAN berkenaan ditanya peserta mengenai kenyataan berbeza-beza pemimpin PKR mengenai hubungan mereka dengan PAS.
Keadaan itu berlaku ketika HARAPAN secara kolektif bersetuju untuk menghentikan usaha mengajak PAS ke meja rundingan bagi mengelakkan pertembungan lebih daripada dua penjuru semasa PRU14 nanti.
Keadaan dilihat semakin mengelirukan apabila pemimpin umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menulis surat dari penjara yang bukan mengurangkan masalah, sebaliknya menambahkan lagi kekusutan isu berkenaan.
Hanya Pagoh yang ada
Kata Dr Mahathir HARAPAN sebagai suatu gabungan empat parti pembangkang bersetuju bahawa tiada lagi rundingan akan diusahakan dengan PAS.
"Tetapi kenyataan oleh Anwar ialah dia menggesa supaya mereka (PKR) cuba terus berunding dengan rakan lama mereka," katanya.
Usaha memujuk PAS kembali ke meja rundingan oleh sebahagian pemimpin PKR menyebabkan parti itu berdepan dengan perbezaan pendapat dan kedua-dua pihak dilihat berbalah secara terbuka.
Secara umum usaha itu adalah bagi mengelakkan pertembungan tiga - atau lebih - penjuru semasa PRU14 sekali gus mengurangkan potensi pembangkang mengetepikan BN buat kali pertama dalam sejarah negara ini.
Bagaimanapun langkah itu kurang disenangi parti komponen lain dalam HARAPAN. Pada masa sama PAS kekal dengan keyakinan sangat tinggi bahawa parti itu mampu mencapai keputusan cemerlang dengan sikap semasa mereka.
Mengulas lanjut Dr Mahathir berkata, tidak mungkin HARAPAN akan menerima PAS menyertai gabungan berkenaan kerana mereka bertegas untuk kekal meletakkan calon di semua kerusi yang dipertandingkan sebelum ini.
"Ia bukan saja kerusi yang mereka menangi, tetapi yang mereka tandingi. Dan itu berjumlah kira-kira 60 kerusi.
"Kalau mereka kekalkan bertanding di semua 60 kerusi itu, di mana kita nak letakkan calon AMANAH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kecuali satu untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya.
Muhyiddin adalah presiden BERSATU yang kini menjadi anggota parlimen Pagoh.

Wan Ji: PAS perlu buang ‘Amanat Hadi’

Wan Ji berkata kafir-mengkafir merupakan langkah awal sebelum ia menjurus kepada keganasan ala IS.
Wan-Ji-Wan-Hussin_hadi-awang_600
KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin PKR hari inin berkata “Amanat Hadi” yang baru-baru ini timbul kembali perlu dijauhi PAS kerana ucapan itu boleh menyemai keganasan seperti yang dilakukan IS.
“Implikasi amanat itu banyak keburukan dalam masyarakat. Lebih-lebih lagi ia bercanggah dengan Majlis Fatwa Kebangsaan,” kata Ketua Biro Agama PKR, Wan Ji Wan Hussin kepada FMT, merujuk petikan ucapan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih 3 dekad lalu yang antara lain mempersoalkan keimanan ahli Umno.
Isu “Amanat Hadi” kembali menarik perhatian selepas insiden berdarah Kampung Memali 1985 dibangkitkan baru-baru ini, di mana ada pihak yang mengaitkannya dengan seruan Hadi membidas ahli Umno.
Wan Ji yang juga bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS Selangor, berkata beliau pernah menyarankan ahli PAS mengabaikan Amanat Hadi.
Menurutnya, sikap kafir-mengkafir merupakan langkah awal sebelum keganasan berlaku.
“Ini kerana amanat itu bercanggah dengan Islam,” katanya.
Amanat Hadi adalah sedutan daripada ucapan Hadi di Kuala Terengganu pada 7 April 1981, yang kemudiannya dicetak dan disebarkan ke pelosok negara oleh PAS ketika itu.
Antara lain, ia membidas Umno kerana mengekalkan perlembagaan penjajah, dan menganggap perjuangan PAS sebagai jihad yang menjanjikan syahid sekiranya mati dalam perjuangan itu.
“Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku, agama suku,” menurut petikan ucapan itu.
Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1984 menyifatkan ucapan itu mendorong kafir-mengkafir dan bertentangan dengan Islam.

'Bahasa tubuh orang Johor cerminkan gelombang perubahan' - Salahuddin Ayub

Johor sentiasa dikenali sebagai kubu kuat bagi BN tetapi perkembangan terkini di negeri itu dilihat telah mengubahnya.
Berikutan langkah ADUN Jorak, Datuk Shahruddin Salleh meninggalkan Umno untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Oktober tahun lepas, BN buat kali pertamanya, kehilangan majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri Johor.
Memetik masa ketika bersama pengundi di negeri itu setakat ini, Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub berkata beliau boleh "merasakan penerimaannya yang baik".
"Saya dapat melihat bahasa tubuh mereka, bagaimana mereka mendekati kami pada masa kini, (ia) lebih mesra.
"Berdasarkan pengalaman saya dalam politik, saya dapat merasakan tanda-tanda perubahan kali ini," kata penasihat AMANAH Johor itu dalam satu temubual dengan Malaysiakini.
Dalam pilihan raya umum lepas, daripada 56 kerusi DUN, BN telah menang 38 sementara gabungan Pakatan Rakyat ketika itu hanya berjaya memenangi 18 kerusi.
Salahuddin mengaitkan perubahan itu dengan konsep "hanya berlian boleh memotong berlian", dengan memetik pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad serta presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang masih mempunyai pengaruh besar di negeri itu.
Dengan wujudnya Pakatan Harapan, katanya, ditambah pula dengan perpecahan dalam Umno, ia memudahkan pihaknya untuk meyakinkan orang Melayu mengenai isu-isu penting, seperti 1MDB dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
"Tetapi saya bersetuju dengan (Naib Presiden PKR) Rafizi Ramli bahawa isu 1MDB tidak begitu berkesan di kawasan luar bandar, kerana mereka lebih prihatin terhadap GST, (mereka) terasa kos sara hidup telah meningkat," katanya.
Sokongan untuk HARAPAN
Salahuddin, yang telah menumpukan perhatiannya di Johor sejak setahun yang lalu, yakin sokongan yang akan diperolehi HARAPAN dalam pilihan raya umum akan datang.
"Saya yakin kita boleh dapat lebih daripada 50 peratus sokongan kerana kita tidak memerlukan majoriti besar. Untuk menang di Johor, sudah cukup bagi kita untuk mendapat majoriti mudah untuk perubahan di negeri itu," katanya.
Tidak seperti pada masa lalu, HARAPAN kini dapat menembusi kampung-kampung tradisional dan kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) - kawasan yang dianggap sebagai kubu terakhir untuk BN, dakwa Salahuddin.

Projek mega Najib tidak jana pendapatan kerajaan



Kerajaan tidak dapat mengutip cukai daripada pelbagai projek mega pada era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang tidak menguntungkan walaupun membabitkan perbelanjaan besar.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, projek tersebut termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menelan belanja berbilion wang rakyat tetapi tidak menjana pendapatan kepada kerajaan.
Rafizi Ramli 2"Bila tidak jana pendapatan, kerajaan tidak boleh kutip cukai maka sebab itu kerajaan kena potong peruntukan dan rakyat juga terpaksa menanggung dalam bentuk bayaran cukai-cukai yang lain.
"Cukai dikutip daripada keuntungan bukan daripada perbelanjaan. Orang berbelanja bayar GST (cukai barang dan perkhidmatan) saja tapi syarikat untuk kerajaan dapat hasil pendapatan, syarikat itu mestilah untung baru kerajaan dapat kutip cukai.
"Kalau buat projek besar tapi tidak untung maka sudah tentu ekonomi nampak berkembang, tapi kutipan tidak bertambah malah berkurang," tegasnya pada sidang media di Sungai Besi semalam.
Menurut pengasas Invoke Malaysia itu, nisbah hasil cukai keseluruhan bagi Malaysia berbanding Australia telah berkurangan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut sejak 2014.

Walaupun ekonomi Malaysia berkembang lebih konsisten berbanding Australia pada kadar pertumbuhan yang lebih tinggi antara empat hingga enam peratus di antara 2010 hingga 2016, jelasnya, pertumbuhan ekonomi yang diuar-uarkan itu sebenarnya tidak menyumbang kepada peningkatan hasil cukai negara.
"Sepatutnya jika ekonomi itu baik dia tumbuh lima hingga enam peratus maka ekonomi tumbuh, syarikat lebih banyak untung, rakyat lebih banyak gaji maka kutipan cukai kerajaan juga keseluruhannya patut naik sama.

'Kalau boleh terima BERSATU, kenapa tidak PSM?' - Dr Michael Jeyakumar

Pakatan Harapan mungkin hampir menyelesaikan rundingan agihan kerusi dalam gabungan itu, tetapi bekas rakan seperjuangan, Parti Sosialis Malaysia (PSM), merasa tidak senang kerana ia telah dipinggirkan dalam rundingan tersebut.
Ia adalah satu situasi yang membuat MP tunggal PSM, Dr Michael Jeyakumar Devaraj menjadi bingung, memandangkan sokongan parti itu telah diberikan kepada parti komponen HARAPAN pada masa lalu.
"Kami telah bersama mereka dalam semua perjuangan utama, menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)... Kami adalah sekutu mereka.
"Sekiranya anda boleh memasukkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), yang pemimpinnya yang anda tentang selama bertahun-tahun, (dalam gabungan dan rundingan anda), kenapa tidak PSM?
"Apa yang telah dilakukan oleh PSM yang begitu teruk sehinggakan anda tidak boleh menimbang untuk bekerjasama dengan kami dalam gabungan anda?" kata Jeyakumar kepada Malaysiakini.
PSM kini bersedia untuk bertembung dengan HARAPAN dalam pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya umum akan datang, dengan DAP sudah mengumumkan rancangan untuk bertanding di kerusi Sungai Siput yang diwakili Jeyakumar.
Pada 2013, PSM bertembung dengan DAP di Jelapang, dan dengan PKR di Semenyih. Ia juga bertembung dengan PAS - sekutu Pakatan Rakyat ketika itu - di Kota Damansara. PSM kalah dalam ketiga-tiga pertandingan tersebut.
Kali ini PSM telah menambah jumlah kerusi yang ia rancang untuk bertanding hingga 20 kerusi, dan jika tidak ada pilihan, parti itu akan memaksa pertandingan tiga penjuru.
"Bola berada di gelanggang mereka, pilihan kita sama ada untuk tutup kedai atau bertanding dalam pilihan raya... Jika kami hanya mahu jadi aktivis, kami tidak akan tubuh parti," kata Jeyakumar.
'Boleh berkompromi'

Pembantaian etnik Rohingya langgar undang-undang antarabangsa



Presiden AMANAH Mohamad Sabu menyifatkan kekejaman tentera Myanmar terhadap etnik Rohingya sebagai pelanggaran nilai-nilai kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa.
Beliau menegaskan, kebiadaban regim Myanmar perlu diambil tindakan segera oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
Mohamad Sabu konvensyen Amanah Wilayah Persekutuan 2"Ayuh masyarakat antarabangsa, bertindaklah segera untuk selamatkan masyarakat Rohingya yang sedang teraniaya," katanya dalam kenyataan.
Mengulas mengenai laporan terkini mengatakan bahawa ada kumpulan militan Rohingya bertindak menyerang balai-balai polis di Myanmar, beliau berkata pihak pemerintah Burma berhak memerangi dan melawan kumpulan bersenjata.
Namun kata beliau, anehnya yang diperangi adalah rakyat awam mirip kepada penghapusan etnik Rohingya.
"Setiap negara yang berdaulat, merdeka dan mengamalkan demokrasi, maka negara itu adalah negara yang bermaruah dan berintegriti.
"Sebarang usaha untuk menjatuhkan pemerintah berdaulat dengan cara mengangkat senjata perlu ditentang sekeras-kerasnya oleh pemerintah dan rakyat," katanya.

Etnik Rohingya diburu dan dibunuh, rumah-rumah dibakar hangus dan dihalau keluar kampung sehelai sepinggan tanpa perikemanusiaan dan membelakangi undang-undang antarabangsa.
Dilaporkan sudah lebih 80 ribu warga Rohingya menyeberangi sungai, menggadai nyawa ke Bangladesh.

Semua portal dalam talian tertakluk kepada Akta 588, kata menteri Umno


Semua portal dalam talian tertakluk kepada Akta 588, kata menteri
Kandungan portal dalam talian dan media sosial dikawal Akta 588. 
TIMBALAN Menteri Komunikasi dan Multimedia Jailani Johari berkata akta khusus telah lama diperkenalkan bagi mengawal laporan berita berunsur fitnah terutamanya yang disebarkan portal online.
Beliau berkata Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) mempunyai dua peruntukan utama yang membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil ke atas aduan berkaitan kandungan jelik di internet seperti Seksyen 211, (larangan terhadap pemberian kandungan jelik) dan Seksyen 233 (bagi penggunaan tidak wajar kemudahan dan perkhidmatan rangkaian).
“Apa sahaja kesalahan di alam maya adalah kesalahan di alam nyata jadi pengamal media dalam talian atau netizen harus lebih bertanggungjawab menguruskan kandungan yang dimuat naik di portal mereka.
“Bezakan kandungan yang mengkritik dan yang bersifat menghina, membenci dan menghasut ataupun palsu supaya tidak dikenakan tindakan kelak,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Terengganu hari ini.
Turut hadir Pengarah GPMS Negeri Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera.
Jailani yang juga ahli Parlimen Hulu Terengganu mengulas isu yang dikemukan Timbalan Presiden GPMS, Ezaruddin Abd. Rahman pada 2 September lalu meminta kerajaan memperkenalkan akta untuk mengawal laporan berita berunsur fitnah terutama yang disebarkan portal atau media sosial.
Untuk rekod sejak 2016 hingga 1 Febuari lepas, 167 kes salah guna internet dan media sosial disiasat SKMM termasuk penyebaran kandungan dan maklumat palsu melalui platform WhatsApp, Facebook dan Twitter.
Dalam tempoh sama, sejumlah 1,375 laman web turut disekat atas kesalahan kandungan palsu.

Kita miskin sama-sama


Kita miskin sama-sama
Timbalan Presiden Persatuan Hindi Pulau Pinang P. Murugiah berkata semangat kekitaan dan perpaduan lebih kuat pada zaman dulu dan mereka macam watak pelbagai kaum dalam filem P. Ramlee. 
Citra sebuah negara dilihat pada cerita-cerita rakyatnya. The Malaysian Insight bertemu dengan warga yang lahir pada 1957 dan sebaya dengan usia Malaya merdeka. Mereka berkongsi cerita untuk kita melihat apa maknanya jadi warga Malaysia.
TIMBALAN presiden Persatuan Hindi Pulau Pinang (PHA) P. Murugiah, 60, menghabiskan seumur hidupnya memperjuangkan nasib golongan miskin dan pengguna. Daripada cebis-cebis pengalaman yang dihimpunkannya selama itu, dia sedar negara ini terbelah kerana politik, dan bukan kerana kaum.
Dia anak ketujuh daripada sembilan beradik. Ayahnya mandur di sebuah syarikat percetakan dan setiap hujung bulan, ayahnya dapat gaji hanya secotet.
“Gaji akhirnya hanya $400. Dengan 11 orang dalam keluarga, macam mana hendak hidup.” Mata wang pada masa itu dolar Malaya British Borneo, yang kemudian ditukar menjadi Ringgit Malaysia atau ringgit pada 1967.
Seperti keluarga kelas pekerja yang lain pada 1960-an, mereka bersusah payah mengharungi dekad penuh getir itu, ketika peluang pekerjaan tidak terlalu banyak dan perdagangan dengan Indonesia terjejas teruk ekoran kempen Ganyang Malaysia antara 1963 hingga 1966. Pada 1969, Pulau Pinang hilang taraf sebagai pelabuhan bebas.
Pulau Pinang pada ketika itu belum ada Komtar tetapi kawasan rumahnya di Jalan Datuk Keramat, George Town, yang berseberangan dengan tapak pasar raya Gama sekarang, sibuk dengan orang berniaga. Di kawasan itu dulu penuh dengan gerai di tepi jalan, kedai kopi India, kedai buku, kedai Cina dan panggung wayang Wembley.
Ibu Murugiah akan bangun awal setiap pagi, menyiapkan thosai untuk dihantar ke gerai dan kedai berdekatan rumah. Murugiah dan adik-beradiknya akan bergilir-gilir menghantar air tangan ibunya itu.
“Kami semua tolong ibu. Itu zaman susah. Kami selalu tidak cukup makan di rumah.
“Ada masanya langsung tak ada apa untuk dimasak. Kami maka thosai yang tak habis dijual,” katanya.
Kalau Murugiah mahukan sepasang kasut baharu, ibunya akan menyuruh dia menyimpan 20 sen sehari. Cukup enam bulan, dapatlah dia sepasang kasut baharu.
Ada satu pengalaman masa kecil yang tidak dapat dia lupa, melihat seorang abangnya dibelasah oleh pengawal keselamatan kerana membuka tingkap semasa perintah berkurung.
Timbalan Presiden Persatuan Hindi Pulau Pinang P. Murugiah bersama isteri dan tiga anak mereka dalam satu acara keagamaan pada 2007. – Gambar P. Murugiah, 6 September, 2017.
Timbalan Presiden Persatuan Hindi Pulau Pinang P. Murugiah bersama isteri dan tiga anak mereka dalam satu acara keagamaan pada 2007.
Murugiah ingat samar-samar bila sebenarnya kejadian itu tetapi dia percaya ia berlaku tidak lama selepas rusuhan Hartal Pulau Pinang yang pecah pada 24 November, 1967. Rusuhan itu meletus selepas penurunan nilai mata wang dollar Malaya British Borneo berbanding pound sterling Britain selepas pengenalan mata wang baru Ringgit Malaysia. Rusuhan itu membunuh 17 orang dan menyebabkan sehingga 137 orang cedera.

Bajet pendidikan tak cukup, ibu bapa tanggung belanja sekolah


Bajet pendidikan tak cukup, ibu bapa tanggung belanja sekolah
Perbelanjaan sekolah meningkat disebabkan potongan bajet kerajaan memaksa sekolah meminta bantuan ibu bapa menerusi PIBG.
IBU bapa di sesetengah sekolah awam terpaksa membayar lebih untuk pendidikan anak-anak mereka, malah ada sekolah yang terpaksa meminta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk membiayai kos percetakan kertas peperiksaan.
Beberapa ibu bapa yang ditemubual The Malaysian Insight menyifatkan masalah ini berlaku disebabkan kekurangan peruntukan daripada Kementerian Pendidikan. Ibu bapa juga merasakan mereka semakin sukar untuk membayar yuran tahunan PIBG.
Menurut kajian Invoke Centre for Policy Initiatives yang dijalankan pada 10 Jun hingga 14 Julai lalu, perbelanjaan sekolah semakin meningkat saban tahun. Kajian itu juga mendapati yang ibu bapa daripada tiga kaum terbesar negara- Melayu, Cina dan India- mengatakan kos perbelanjaan sekolah anak mereka meningkat 10%.
64% responden lagi mengatakan perbelanjaan sekolah anak mereka meningkat lebih 10% berbanding sebelum ini. 27%  lagi mendapati perbelanjaan sekolah meningkat antara 6% hingga 10%, dan hanya 19% ibu bapa merasakan perbelanjaan sekolah hanya naik antara kadar 1%-5%.
Bagi Azman Ahmad, 40, yang menyekolahkan anaknya di kawasan luar bandar di Sepang, katanya perkara ini lebih dirasai apabila saban tahun lebih ramai ibu bapa di sekolah itu gagal membayar yuran PIBG.
Mempunyai empat orang anak dan tiga darinya masih bersekolah, Azman yang juga ahli PIBG sekolah anaknya, mengakui perbelanjaan bulanannya sedikit terjejas 10%-20% apabila pihak sekolah kadang-kala tanpa diduga memerlukan bantuan kewangan dari pihak PIBG.
“Kalau nak ikutkan memang terjejas. Dari belanja sekolah anak saya, yang nasi lemak sebungkus pun RM1.50 sama macam kat luar, duit fotostat lagi dan derma untuk program aktiviti sekolah.
“Contohnya untuk sambutan merdeka hari tu, sekolah perlu adakan sambutan merdeka, tapi nak anjur tak ada duit sebab tak dapat bajet yang cukup dari kementerian. Jadi, sekolah minta dana dari PIBG,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Tak cukup duit cetak kertas ujian  
Azman bekerja sebagai seorang pemandu berkata, dek kerana tidak mempunyai dana yang mencukupi, pihak sekolah pernah meminta bantuan PIBG untuk mendermakan wang untuk mencetak kertas ujian peperiksaan akhir tahun.
“Ini bukan benda baru. Bila saya buat dengan group PIBG dari sekolah lain di Sepang ni juga, mereka hadapi benda sama. Ada sekolah yang sampai buat program kumpul kertas A4 – satu murid, sehelai kertas A4 untuk kertas soalan peperiksaan,” katanya.
Katanya, kebanyakan ibu bapa dari sekolah itu dari kalangan mereka yang gaji di bawah RM3,000 dan menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Tambahnya, sekolah itu mengalami kesempitan peruntukan apabila lebih ramai ibu bapa tidak membayar wang PIBG, iaitu sekitar RM50 setiap tahun untuk setiap keluarga di sekolah itu.
“Yuran PIBG ni tak wajib sebenarnya. Hanya sumbangan. Tetapi bila tak cukup wang nak buat program sekolah dan tak ada tajaan daripada mana-mana pihak, sekolah kena cari dana sendiri, minta datuk sana sini,” katanya.
Ada yang mendakwa sambutan Merdeka perlu diadakan di sekolah tetapi disebabkan tiada bajet, sekolah terpaksa meminta bantuan ibu bapa. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 September, 2017.
Ada yang mendakwa sambutan Merdeka perlu diadakan di sekolah 
tetapi disebabkan tiada bajet, sekolah terpaksa meminta bantuan ibu bapa.
Sekolah di bawah kerajaan negeri Selangor dipinggirkan  
“Apa yang buatkan kami lagi tertekan bila kami di bawah kerajaan negeri pembangkang.
“Isu tak cukup dana sepatutnya hal kerajaan persekutuan. Kami memang boleh minta bantuan dari kerajaan negeri tapi mereka tak boleh masuk sekolah,” katanya.
Menurut Azman, apa yang lebih memeranjatkan, mereka juga perlu menanggung kos pembayaran gaji guru gantian.
“Tapi ini mungkin tak berlaku di negeri lain seperti di Melaka dan Negeri Sembilan contohnya kerana kawan saya mengajar di Negeri Sembilan dan Melaka, saya tanya, mereka kata tak ada jadi sampai macam tu sekali,” katanya.
Ketua Invoke dan juga Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, hasil kajian memberi gambaran awal kepada tindakan pemotongan bajet yang dilakukan Kementerian Pendidikan sehingga mengurangkan peruntukan kepada sekolah.
Tuisyen anjuran sekolah bukan untuk semua peringkat murid

Saksi bimbang bantu siasatan jenayah 1MDB, kata FBI

Saksi bimbang keselamatan diri dan keluarga mereka, menurut dokumen difailkan di mahkamah Los Angeles.
fbi-1mdb-3
LOS ANGELES: Beberapa individu yang boleh menjadi saksi kepada dakwaan kecurian berbilion dolar melibatkan dana 1MDB tidak berani membantu penyiasat di Amerika Syarikat (AS) kerana bimbang tindakan balas terhadap mereka, menurut Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Individu di “beberapa negara asing” yang kini membantu pihak berkuasa dalam siasatan jenayah bimbang akan keselamatan mereka, manakala sebahagian mereka menganggap adalah terlalu bahaya untuk mereka memberi kerjasama.
Ia merupakan antara kandungan permintaan FBI supaya nama pemberi maklumat mengenai dalang di sebalik konspirasi 1MDB dirahsiakan.
Individu yang sepatutnya bersedia memberikan maklumat berkata mereka bimbang “keselamatan diri dan keluarga mereka”, kata FBI dalam kenyataan difailkan di mahkamah di Los Angeles.
Jabatan Kehakiman AS (DoJ) bulan lalu memohon hakim menangguhkan permohonan sivil merampas pelbagai aset bernilai lebih AS$1 bilion di negara itu, United Kingdom dan Switzerland sementara ia menjalankan siasatan jenayah terhadap dana yang dilarikan daripada 1MDB.
Aset yang menjadi sasaran DoJ diperolehi oleh ahli perniagaan kelahiran Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low; Riza Aziz, anak tiri Datuk Seri Najib Razak; dan Khadem al Qubaisi, bekas pengarah urusan syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co.
Badan amanah yang bertanggungjawab terhadap harta Jho Low, Riza, dan al Qubaisi serta keluarga mereka bagaimanapun mencabar permohonan DoJ.
Menurut FBI, wakil Jho Low menuntut pihak berkuasa AS memberitahu siapa saksi yang akan dipanggil, sumber bukti dan beribu-ribu dokumen berkait siasatan itu.
Pihak FBI juga memetik laporan berita Malaysia mengenai penangkapan mereka yang terlibat menyiasat salah laku 1MDB.
Pada 30 Ogos, media Malaysia melaporkan pemandu kepada Tan Sri Abdul Gani Patail, cedera ditembak, kemungkinan ia suatu amaran kepada bekas peguam negara itu supaya tidak bekerjasama dengan pihak berkuasa AS, menurut FBI.
Gani terlibat dalam siasatan awal terhadap 1MDB, menurut maklumat difailkan FBI.
Siasatan di AS merupakan sebahagian daripada usaha antarabangsa menjejak wang sebanyak AS$6 bilion daripada 1MDB yang dilarikan atau terlibat dalam pengubahan wang haram.

KPN janji pendekatan pro aktif tangani isu penting



Ketua Polis Negara yang baharu, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berikrar untuk mengamalkan pendekatan pro aktif dalam menangani isu-isu penting di negara ini termasuk kematian semasa dalam tahahan.
Mohamed Fuzi HarunMohamad Fuzi, yang menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara wajib pada Isnin, memberi komitmen itu selepas mengkaji secara serius perkara-perkara yang sering dikemukakan oleh Amnesty International Malaysia dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang lain.
"Sebagai permulaan, kita telah meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) membuat pengesahsahihan dan bekerjasama dengan kita untuk mengemukakan cadangan-cadangan tertentu mengenai isu ini (kematian semasa dalam tahanan). Kita akan mengkaji cadangan ini.
Bagaimanapun, kita menghadapi kekangan seperti keperluan memasang kamera litar tertutup (CCTV) dalam lokap dan bajet, yang perlu direktifikasi,\" kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran Impact Driven Enterprises Accreditation (IDEA) di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) hari ini.
IDEA dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. Turut hadir Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC, Ashran Ghazi.

Ketika ditanya mengenai harapan tinggi oleh NGO dan pihak pembangkang untuk membersihkan pasukan polis, Mohamad Fuzi beliau sedar sepenuhnya perkara itu dan sudah pasti akan mengkaji apa yang perlu dilakukan untuk menangani apa-apa isu yang dibangkitkan oleh rakyat di jalanan.

DAP: Mengapa PSM mahu kerusi pembangkang, bukan kerusi BN

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berkata jika PSM tdak menyasarkan kerusi DAP, partinya tidak akan bertanding di Sungai Siput
nga-kor-ming-psm-3
PETALING JAYA: DAP Perak mempersoalkan logik PSM yang pada pilihan raya umum ke-14 mahu bertanding di kerusi yang sebelum ini dimenangi pembangkang.
“Kalau kamu mahu bantu pembangkang, mengapa mahu timbulkan masalah di kerusi yang dimenangi DAP?” kata Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming ketika dihubungi mengenai strategi PSM.
Ahli Parlimen Taiping itu berkata piimpinan PSM tidak berunding dengan beliau mengenai keputusan untuk bertanding di kawasan milik DAP.
Beliau menambah langkah itu tidak adil, terutamanya apabila DAP mengizinkan pemimpin PSM Dr Michael Jeyakumar bertanding di kerusi Parlimen Sungai Siput pada pilihan raya sebelum ini.
Awal hari ini Pengerusi PSM Nasir Hashim melaporkan partinya akan bertanding atas tiket sendiri pada PRU14, dan bukan lagi bawah bendera parti lain seperti sebelum ini.
Beliau berkata penggunaan logo parti lain oleh PSM hanya membawa kepada “kemungkiran janji” mengenai susunan kerusi.
Beliau juga mengesahkan PH belum mendekati PSM untuk berunding mengenai kerusi pilihan raya, sambil menambah parti sosialis itu pernah “ditikam belakang” pada pilihan raya sebelum in dan biasanya didekati parti pembangkang lain pada “minit terakhir”.
Nga bagaimanapun mempertikaikan motif PSM bertanding di kawasan milik pembangkang dan bukan di kerusi milik Barisan Nasional.
Beliau berkata DAP tidak nampak keperluan untuk tidak bertanding di Sungai Siput jika PSM tidak terbuka kepada perbincangan untuk menghalang perpecahan undi pembangkang.
“Sebab itu DAP merancang untuk bertanding di Sungai Siput. Kalau mereka tak ganggu, kamu rasa kami akan ganggu mereka?”
Nga menambah DAP tidak mahu bertanding kerusi tu kerana mereka menghormati Jeyakumar dan sedia membantu beliau.
“Tetapi perasaan hormat tidak boleh diberikan begitu sahaja. Kalau beliau menghormati kami, kami juga sedia berdamai.”

'Pas membelai, mengasuh bayi PKR' - Dr Azman


 logo Pas PKR
 Pemimpin Pas dilihat secara sinis mengungkit 'sumbangannya' kepada PKR dengan menegaskan tanpa Pas, PKR tidak akan berupaya wujud seperti pada masa ini.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Azman Ibrahim (Gambar bawah) bahkan berkata, Timbalan Presiden PKR, Datuk Azmin Ali tidak berpeluang menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya pemimpin Pas tidak berjiwa besar.
Dr Azman IbrahimKenyataan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Pas Terengganu yang dipetik dari portal rasmi Pas, Harakahdaily itu juga memaklumkan Pas mempunyai 'kisah panjang' berkaitan kepimpinan partinya.
"Kalau nak bercakap tentang soal bagaimana seorang pemimpin perlu berjiwa besar dan meletakkan kepentingan rakyat dan negara di hadapan, maka kita mempunyai kisah panjang untuk dinukilkan bagaimana jiwa besar yang dimiliki oleh pemimpin Pas dalam berfikir dan bertindak.
"Tanpa jiwa besar pemimpin Pas, Azmin Ali tak akan duduk di kerusi Menteri Besar seperti sekarang. Tanpa jiwa besar pemimpin Pas yang membelai dan mengasuh bayi PKR dengan penuh kesabaran selama ini, PKR tak akan mampu berada dalam kedudukan seperti sekarang," tegasnya.
Dr Azman juga menyifatkan PKR boleh mencari haluan sendiri memandangkan Pas, jelasnya, sudah pun 'melepaskan' parti diterajui Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu.
"Tak ada masalah kalau jasa besar Pas dinafikan sebab Pas pun dah lepaskan PKR bina kehidupan sendiri.
"Pandai-pandailah hidup sendiri dan cari makan sendiri. Kalau berbalah sesama sendiri pun janganlah sampai heboh seantero dunia. Malu kokram! (Malu kat orang)," sinisnya dalam loghat pantai timur.
Dilihat lebih ketara menyindir PKR, Dr Azman memberitahu Pas juga tidak memerlukan 'warkah dari penjara' dan mengingatkan Pas 'tak pandai berbelit-belit'.
"Dalam apa jua rundingan, syarat Pas ialah sama ada kepentingan Islam terjaga atau terabai. Jaga Islam maka perkara lain akan terjaga. Abaikan Islam maka kita akan lihat betapa kucar-kacirnya semua urusan.

"Kita tak perlukan warkah dari penjara untuk mengajar kita tentang politik. Cukup dengan warkah dari Allah dan Rasul untuk mengajar kita jalan mana yang perlu dipilih," ujarnya.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berada di Penjara Sungai Buloh umum diketahui mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa berhubung pendirian parti itu termasuk terbaharu pada 2 September lalu. Anwar dalam kenyataannya sehari selepas Hari Raya Aidiladha itu memaklumkan 'tidak keberatan' untuk parti tersebut mengadakan rundingan dengan Pas berhubung isu kerusi selain tidak menentang satu kongres khas diadakan.

Kerajaan Umno@BN teruskan GST kerana hutang negara lebih RM600 bilion


Tindakan kerajaan BN meminjam wang yang banyak sehingga mengakibatkan negara menanggung hutang yang tinggi adalah sebab utama cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, hutang yang ditanggung kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak 114 peratus daripada RM306.4 bilion pada 2008 kepada RM655.7 bilion pada hujung tahun 2016.
Tony PuaPeningkatan itu, katanya, adalah lebih tinggi berbanding peningkatan peratusan keuntungan yang dikutip kerajaan Persekutuan sebanyak 77 peratus sebelum pelaksanaan GST iaitu daripada RM123.5 bilion pada 2006 kepada RM219.1 bilion pada 2015.
Oleh itu, jelasnya, kerajaan terpaksa melaksanakan cukai regresif itu bagi menampung bebanan hutang yang ditanggung negara dan kian bertambah dari tahun ke tahun.
“Soalan seterusnya yang perlu ditanya, mengapa kerajaan Umno-BN meminjam begitu banyak wang dan ke manakah wang itu dilaburkan?”
“Jawapannya mudah – ketirisan, rasuah, dan kleptokrasi di bawah pentadbiran UMNO-BN yang wujud melalui skandal 1MDB yang akan menyebabkan rakyat Malaysia selaku pembayar cukai kerugian sekurang-kurangnya RM42 bilion," katanya.

Setiasuaha Publisiti itu juga berkata, selagi budaya ketirisan, rasuah dan kleptokrasi tidak dihapuskan, apa juga bentuk cukai yang dikenakan terhadap rakyat Malaysia tidak akan mencukupi untuk menampung perbelanjaan negara.
“Bak kata pepatah Melayu, ‘besar periuk, lagi besar keraknya’,” katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam sesi dialog TN50 dan sambutan Hari Wanita Kebangsaan di ibu negara Isnin lalu mendakwa kerajaan Persekutuan tidak akan berfungsi tanpa pelaksanaan GST yang dikuatkuasakan sejak April 2015.

RAFIZI RAMLI: PENDEDAHAN TERBARU SCANDAL MARA & CUKAI RAKYAT

RAFIZI RAMLI: DISKUSI TRAGEDI ROHINGYA,APA SIKAP KITA???

MUKHRIZ TUN MAHATHIR: MELAYU JADI BANGSAT KERANA NAJIB RAZAK & UMNO

AZIMI DAIM: NAJIB RAZAK YAKIN BN AKAN MENANG SEBAB DIA DAH BERSEDIA DENGAN BANYAK HELAH