Selasa, 5 September 2017

SELAMAT DATANG MO1......

MASIH INGAT !!
Pada September tahun lepas Rahman Dahlan sendiri akui #MO1 memang Najib..

“Tidak ada misteri tentang Malaysian Official 1, hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu,” kata Datuk Abdul Rahman Dahlan (1/9/2016).

TAMBAH SORANG LAGI DUTA KHAS/ penasihat Najib ??!

Terdahulu terdapat 3 'punahsihat' Najib yg bergaji lebih dari PM sendiri iaitu Samy Vellu, Shahrizat Jalil & Noh Omar dgn bergaji RM27,227.20 sebulan !!!

KINI berapa pula gaji & elaun bekas KPN Khalid sbg DUTA KHAS & Pengerusi Prasarana ??!!

TAK CUKUP-CUKUP KAH negara kita dah disumbat dengan bilangan Menteri Kabinet hampir 40 orang (Menteri Kabinet paling ramai didunia) DITAMBAH LAGI Duta-duta Khas & 'Punahsihat' Najib !!!

Gaji2 dan elaun2 mereka itu dibayar guna dana2 Umno ka atau dana2 awam hasil 'tax-payer' rakyat DAN JUGA HASIL KUTIPAN GST ??!

Utamakan kepentingan rakyat, Pakatan Harapan mesti bersatu, kata Ambiga


Utamakan kepentingan rakyat, Pakatan Harapan mesti bersatu, kata Ambiga
Ambiga berkata Pakatan Harapan mesti sedar bahawa impian Malaysia milik rakyat dan bukan hanya pakatan itu semata-mata. 
AMBIGA Sreenevasan hari ini menyelar tuduhan kononnya beliau anti Pakatan Harapan (PH) dan menyifatkannya satu “gangguan” ketika seluruh usaha dan tenaga sedang ditumpukan untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-14.
Kata beliau, inilah masanya untuk PH mengotakan janji kepada rakyat mahu membawa demokrasi baru di Malaysia, dengan belajar mendengar suara yang tidak semestinya senada dengan pandangan mereka.
Beliau menyifatkan apa yang berlaku sekarang sebagai "ujian berat" untuk pakatan pembangkang itu tetapi pada masa yang sama ia juga akan menyerlahkan kedudukan sebenar PH.
“Menerima pandangan orang lain dan kadang kala menyemak semula keputusan yang dibuat demi kepentingan rakyat adalah tanda kematangan.
“Bukannya dengan berkelakuan seolah-olah orang lain tidak berhak berkata apa-apa,” kata Ambiga dalam satu kenyataan media hari ini.
Ambiga mengulas kritikan Rafizi terhadapnya selepas beliau menegur PKR membuka pekung di dada dengan membawa perselisihan pendapat dalam parti itu ke khalayak umum menjelang PRU14.
Rafizi dalam kritikannya mendakwa bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 itu sebagai berat sebelah dan hanya mengulangi pandangan pengkritik PKR yang menyokong rundingan kerjasama PH dengan PAS biarpun idea itu sudah ditolak oleh parti-parti dalam gabungan pembangkang itu.
Kritikan Rafizi itu turut diselar oleh aktivis Bersih 2.0, Mandeep Singh yang berkata kenyataan ahli Parlimen Pandan itu mendedahkan sikapnya yang tidak boleh ditegur oleh orang lain.
Peguam Syahredzan Johan juga menepis Rafizi dan menyifatkan kenyataannya itu sebagai “sangat tidak masuk akal”, dan menambah adalah tidak wajar untuk “bermusuh dengan kawan”.
Ambiga dalam kenyataannya bagaimanapun menjelaskan beliau bukannya mahu berbalas hujah dengan Rafizi sebaliknya hanya mahu mengingatkan pakatan pembangkang itu akan janji-janjinya mengembalikan idea demokrasi yang sebenar di Malaysia.
Untuk itu katanya, PH mesti meletakkan kepentingan negara mengatasi segala-galanya, melampaui mana-mana individu atau parti, dan meletakkan sebarang perbezaan pandangan demi kepentingan yang jauh lebih besar daripada semua perkara.
“Dan mereka (Pakatan Harapan) mesti sedar bahawa impian Malaysia bukan milik mereka sahaja. Ia milik rakyat,” katanya.
Ambiga juga menjelaskan kritikannya terhadap PH bukan bermakna beliau meremehkan segala sumbangan serta cabaran yang dihadapi oleh semua ahli parlimen pembangkang, termasuk Rafizi.
Tetapi katanya, beliau bimbang melihat pemimpin pembangkang saling bercakaran antara satu sama lain menjelang pilihan raya. Beliau juga bimbang melihat strategi pertembungan tiga penjuru dianjurkan ketika ia tidak pernah membuahkan hasil.
“Melihat kurangnya usaha di akar umbi juga membimbangkan,” kata Ambiga.
Tambah beliau, semua pihak mesti berusaha ke arah satu matlamat dan hanya satu matlamat sahaja: “Perubahan mesti berlaku dalam PRU14. Bukan PRU15 atau PRU16, tetapi PRU14.”
Untuk itu, Ambiga berkata, PH mesti merapatkan barisan dan bangkit menyahut tuntutan zaman, untuk tampil sebagai pilihan alternatif kepada BN.
“Mereka mesti menambat hati dan imaginasi rakyat, sama seperti yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat,” katanya, merujuk kepada pakatan yang dibentuk selepas PRU12 tetapi bubar selepas PRU13.

Sungai Siput: PKR, DAP dan PSM perlu duduk semeja, kata Rafizi

Satu 'persefahaman' dalam membincangkan kerusi ditandingi dalam pilihan raya umum ke-14 perlu walaupun PSM bukan dalam PH
rafizi-psm-pkr-dap
SUNGAI BESI: PKR, DAP dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) perlu duduk semeja dan membincangkan status kerusi Parlimen Sungai Siput yang menjadi pertikaian antara 3 parti itu, kata Rafizi Ramli.
Naib presiden PKR itu juga berkata satu perbincangan antara ketiga-tiga parti akan dilakukan dalam masa terdekat, namun mengingatkan PSM perlu faham calon mereka memenangi kerusi itu di bawah bendera PKR.
“Perlu ada satu bentuk bersefahaman sebagai menghormati kerusi itu sebenarnya kerusi Pakatan Harapan, boleh saja ditandingi parti dalam PH.
“Jadi kalau PSM diberi laluan bertanding di Sungai Siput atas logo PKR, maka PSM kena ada ruang untuk berunding supaya boleh kurangkan kerusi bertindih dengan PH,” katanya kepada FMT ketika ditemui di pejabat Invoke Malaysia.
Beliau berkata demikian mengulas hasrat PSM yang mahu bertanding di Sungai Siput menggunakan logo parti sosialis itu.
Terdahulu, DAP melalui Pengerusi Perak Nga Kor Ming mengumumkan partinya mahu meletakkan calon untuk bertanding di kerusi Parlimen itu.
Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh hari ini berkata masih belum ada perbncangan serus dengan PSM mengenai kerusi Sungai Siput sehingga ke hari ini, ketika gabungan pembangkang sedang bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Keyakinan PAS tanpa Nik Aziz

Bau sayur, ikan, beras dan kuih-muih yang bersatu dalam Pasar Siti Khadijah masih sama seperti selalu. Ia adalah bau yang mesra pada deria peraih, peniaga dan rakyat.
Sibuk peniaga di Pasar Borong Wakaf Che Yeh, geger ayam itik lembu kerbau atau bola di kedai kopi, sesak di jalan stadium dan keluar-masuk orang dari Golok ke Rantau Panjang atau sebaliknya juga tidak banyak berubah.
Namun, landskap politik negeri Cik Siti Wan Kembang ada hiruk-pikuk tersendiri mengiring rutin golongan marhaen yang masih mewarnai sebahagian penduduknya.
Perkembangan terkini negeri ini adalah dalam fasa peralihan pascapemergian bekas menteri besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Tanggal 12 Februari 2015 pastinya meninggalkan kesan mendalam buat rakyat Kelantan yang kehilangan seorang murabi tercinta.
Tokoh yang menabur segala kudrat untuk Kelantan dengan begitu banyak ilmu agama dicurahkan pada setiap kesempatan yang ada, dan berwawasan menjaga pertadbiran negeri. Sentuhan itu tiada galang gantinya.
Walaupun PAS berjaya mengekalkan pentadbirannya di Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) lalu, menjelang detik mengundi akan datang situasinya bakal berbeza.
Perkembangan politik Malaysia khususnya mutakhir ini tidak dapat memisahkan Kelantan daripada menerima tempias sama ada dalam skala suam-suam kuku, hangat pijar atau sejuk membeku sekalipun.
Mata dan telinga pemerhati tidak akan terlepas pandang untuk menjadikan Kelantan sebagai kayu ukur, khususnya sebagai satu-satunya negeri yang berjaya mempertahan pemerintahan PAS.
PAS adalah buah hati majoriti anak jati tanah serendah sekebun bunga ini yang dibuktikan saban pilihan raya sejak lebih 20 tahun lalu.
Dan kini, waktu untuk menguji ketahanan PAS sebagai pemerintah negeri yang bersih daripada kedai mesin judi, rumah urut, jualan arak di kedai serbaneka, dan pelbagai lagi punca penyakit sosial kembali lagi.
Bukan segala-gala unsur itu tidak ada secara mutlak, tetapi wujudnya terlindung, atau dalam bahasa mudah aktiviti tidak sihat itu tidak berlaku secara terbuka.
PAS Kelantan sentiasa kuat
Kita sedia maklum, PAS secara umumnya kini bersendirian selepas keluar dari Pakatan Rakyat dan tidak menyertai Pakatan Harapan (HARAPAN). Dan wujudnya perpecahan dengan tertubuh Parti Amanah Negara (AMANAH) sedikit sebanyak memberi kesan kepada parti itu sendiri.
Di Kelantan, PAS dilihat sudah tentu mahu mengekalkan penguasaan mereka walau apa jua situasi yang berlaku di peringkat nasional. Mustahil untuk parti itu melepas 'anak butir' mereka pada PRU ke-14 kelak.
PAS Kelantan masih kuat walaupun sedikit sebanyak terkesan dengan kewujudan AMANAH khususnya.
Sayangnya, jika dilihat momentum pentadbiran PAS selepas PRU ke-13 lalu, tiada pencapaian yang besar dan boleh dibanggakan dalam aspek pembangunan ekonomi, infrastruktur awam, sosial dan seumpamanya.
Atau mungkinkah Kelantan menerima projek-projek pelaburan impak tinggi yang tidak didedah secara umum?
PAS secara holistik mentadbir Kelantan dengan meneruskan rangka sedia ada yang ditinggalkan daripada hasil tangan Nik Abdul Aziz.
Tidak dapat dipastikan setakat sebab-musababnya. Mungkinkah mereka kekeringan idea? Atau kering kantung selain mengharap belas ihsan kerajaan persekutuan dan syarikat-syarikat swasta yang pastinya mengutamakan keuntungan.
Kenyataan itu mungkin dipandang sebagai 'bias' yang boleh disangkal, namun hakikatnya sukar ditolak.
Dalam politik PAS, mereka yakin parti itu akan tetap bertakhta di hati pengundi Kelantan yang sentiasa mahukan sentuhan syurgawi, dan menolak pelampau duniawi.
Bagi PAS di situlah kekuatan mereka yang berjaya dipupuk secara tradisi.
Sentuhan halus AMANAH
Sementara itu, parti AMANAH yang lahir daripada serpihan PAS menjadikan Kelantan sebagai tumpuan utama mereka.
Setakat ini keberadaan dan pengaruh AMANAH di Kelantan masih kabur. Terlalu awal untuk memberi jangkaan mudah betapa mereka dapat menawan hati pengundi negeri ini.
Bukan tidak ada, tetapi ia terlalu subjektif. Lawan terkuat kepada PAS Kelantan masih lagi Umno. AMANAH hanya hal kecil yang mungkin tidak perlu terlalu berada dalam khayalan parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.
Namun, PAS sendiri perlu ingat bahawa AMANAH akan bergerak sebagai entiti dalam HARAPAN. Justeru, pengundi mungkin tidak menilai AMANAH semata-mata sebaliknya membuka mata terhadap gabungan HARAPAN itu sendiri.
PAS tidak boleh terlalu sedap duduk di tempat sekarang kerana AMANAH bakal menjadi ancaman dan membuka peluang kepada Umno untuk meraih kelebihan undi jika berlaku pertandingan tiga penjuru.
Tidak mustahil keadaan itu berlaku jika pecahan undi antara PAS dan AMANAH atau mana-mana parti kompenan HARAPAN terlalu ketara.
Cap bunga yang melankolik
Dalam wacana kedai kopi rakyat kebanyakan di negeri ini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) adalah paling tidak popular.

NAJIB AKAN 'PANAS' DI AMERIKA?


Ini adalah antara beberapa reaksi awal yang "menyambut" lawatan Najib Razak ke Amerika Syarikat bertemu Donald Trump pada 10 hingga 12 September depan.

Menjelang hari-hari mendatang, reaksinya pasti lebih "panas" dan "membahang" lagi dengan pelbagai laporan serta analisa oleh pelbagai media yang pasti sukar ditolak tentang fakta dan kebenarannya.
Bagaimana agaknya perasan Najib mahu ke Amerika kali ini?

Selesa dan tenangkah jiwanya?

Mampukah beliau berdepan dan menghadapi semua situasi itu?

Atau mungkinkah dalam kunjungan kali ini, Najib dan Trump sama-sama setuju ia tidak perlu disusuli dengan sebarang media dengan wartawan Amerika?
Apakah nanti hanya Menteri Luar Negeri, Anifah Aman atau Duta Malaysia ke Amerika, Zulhasnan Rafique saja yang akan muncul berdepan dengan media dan memperincikan sebarang perkembangan mengenai lawatan Najib itu?

Rafizi cabar ‘pakar pusing BN’ debat ekonomi, kutipan cukai

Naib presiden PKR mahu melihat sendiri bagaimana Eric See-To 'menggoreng sotong' bila berdepan angka ekonomi sebenar.
rafizi-invoke
SUNGAI BESI: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mencabar Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Eric See-To berdebat mengenai pertumbuhan ekonomi negara dan kutipan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), selepas Eric minggu lepas menyifatkan kenyataan Rafizi sebagai “temberang sotong goreng”.
“Saya menjemput beliau untuk berdebat dengan saya supaya saya boleh melihat sendiri bagaimana pakar pusing dari BN ini ‘menggoreng sotong’ bila berdepan dengan angka-angka ekonomi yang sebenar,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Invoke Malaysia hari ini.
Rafizi sebelum ini mendakwa kutipan cukai pendapatan tumbuh tidak seimbang berbanding pertumbuhan ekonomi negara, menunjukkan kerajaan mengenakan cukai lebih daripada sepatutnya ketika rakyat tidak merasai kenaikan gaji dan perniagaan tdak membuat keuntungan.
Rafizi berkata kenaikan kutipan cukai tahun ini, yang dijangka mencecah RM112.3 bilion berbandiing RM60.3 bilion pada 2010, bermakna Lembaga Hasil Dalam Negeri menjalankan audit secara agresif ke atas perniagaan yang dikaitkan dengan Pakatan Harapan dan mengutip cukai dari orang mati.
Eric bagaimanapun mendakwa kutipan cukai pendapatan melepasi pertumbuhan ekonomi negara bukan sesuatu yang luar biasa, dan membidas Rafizi kerana tidak mendedahkan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Australia ketika membandingkan pertumbuhan kutipan cukai berbanding pertumbuhan ekonomi antara Australia dan Malaysia bagi tempoh 2010.
Rafizi hari ini berasa gembira “jurucakap utama” Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyambut isu kutipan cukai yang “menekan rakyat”.
“Ramai yang berpandangan Eric See-To ini sebenarnya adalah Lim Sian See, iaitu mahaguru yang didewa-dewakan oleh tentera siber Umno selama ini untuk memusing kembali kritikan mengenai prestasi pentadbiran ekonomi Najib,” kata naib presiden PKR itu.
“Dengan beranggapan bahawa Eric See-To adalah Lim Sian See, maka saya ingin menjawab analisa mengenai percukaian oleh beliau.”
Rafizi pula jawab BN
Eric sebelum ini mengajukan 3 senario yang menyumbang kepada kutipan cukai lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan negara, antaranya peningkatan keuntungan perniagaan, kenaikan taraf pendapatan dan pertambahan pembayar cukai.
Eric berkata syarikat seperti Tenaga Nasional Berhad mencatatkan keuntungan sebelum cukai meningkat dari RM1.5 bilion dari 2009 kepada RM8.1 bilion pada 2016, dan Maybank dari RM1.7 bilion kepada RM8.5 bilion bagi tempoh yang sama.
Eric juga menambah taraf pendapatan rakyat bagi tempoh sama juga meningkat secara ketara, lalu menyumbang kepada kutipan cukai lebih tinggi, apabila lebih ramai individu menjadi pembayar cukai.
Eric akhirnya berkata cukai pendapatan dan korporat yang meningkat juga boleh menyumbang kepada kutipan cukai lebih tinggi namun itu tidak berlaku kerana sejak Najib menjadi menteri kewangan pada 2008, kadar cukai korporat yang tinggi turun daripada 27% pada 2007 kepada 24% manakala cukai bagi perusahaan kecil dan sederhana kini hanya 18%.
Tambahnya, cukai pendapatan bagi mereka yang memperolehi pendapatan RM100,000 setahun dan di bawah kumpulan pembayar cukai turut turun daripada 28% kepada 21% bagi tempoh yang sama.
Rafizi bagaimanapun menunjukkan angka yang berbeza. Menurut naib presiden PKR itu, kutipan pendapatan perseorangan sebenarnya turun mendadak dari RM51,288 juta pada 2012 kepada RM27,566 juta pada 2016.

Mahathir penghalang PAS pulang ke gagang pembangkang

Tun Dr Mahathir Mohamad sememangnya tidak senang dengan PAS dan tidak akan bersetuju untuk bekerjasama dengan parti itu, kata wartawan veteran Subky Latif.
Selain DAP dan Amanah, kata bekas anggota jawatankuasa Pusat PAS itu lagi, Dr Mahathir yang disifatkannya sebagai "pemimpin de facto" Pakatan Harapan (HARAPAN) turut menjadi penghalang kepada PAS untuk kembali bersama gabungan pembangkang.
"Dr Mahathir tidak susah untuk bersama semula dengan Anwar, tetapi mungkin payah untuk bersama PAS. Dia boleh bersama DAP dan Anwar, tetapi tidak mungkin boleh bersama kedua-duanya jika PAS ada bersama DAP.
"Jika PAS dan DAP boleh dipisahkan, tiada masalah baginya untuk bersama DAP. Dan jika Najib boleh ditumpaskan, kalau Mahathir hendak kembali kepada Umno, dia boleh bawa DAP bagi menggantikan MCA, Gerakan dan BN.
"Yang menghalang PAS kembali ke pangkuan Pakatan bukan DAP dan (Presiden Parti Amanah Negara) Mat Sabu sahaja, tetapi pemimpin de facto Mahathir," katanya dalam kolum disiarkan Harakahdaily hari ini.
Isu kerjasama antara PAS dan HARAPAN panas kembali apabila terdapat perbalahan dalam PKR, dengan satu pihak ingin terus mengadakan perbincangan dengan PAS bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, dan satu pihak lagi membantah tindakan itu.
Pada 29 Ogos lalu, HARAPAN dalam satu kenyataan ringkas berkata majlis presidennya memutuskan tidak akan ada sebarang kerjasama dengan PAS.
Namun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan 2 September lalu berkata parti itu akan terus berusaha bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru, termasuk berunding dengan PAS.
Kata Subky lagi, ini bukan kali pertama Mahathir enggan bekerjasama dengan PAS, apabila cuba menentang parti itu ketika bersama BN antara 1972 dan 1977.
Pada ketika itu, dakwanya, Dr Mahathir yang menjadi timbalan perdana menteri membuat perancangan menyebabkan PAS terkeluar daripada gabungan itu.

Walaupun dengan usaha terbaru PKR, PAS hari ini menerusi Ketua Penerangannya Nasruddin Hassan hari ini menegaskan tidak akan ada lagi kerjasama dengan PKR dan HARAPAN pada PRU akan datang.

Bersatu Pulau Pinang tumpu kerusi gagal ditawan PKR, PAS pada PRU13


Bersatu Pulau Pinang tumpu kerusi gagal ditawan PKR, PAS pada PRU13
DAP dan PKR dijangka akan mengekalkan status quo pada pilihan raya umum akan datang dengan mengambil kerusi Parlimen dan negeri yang dimenangi pada PRU-13.
KETIKA Pakatan Harapan bersedia untuk berdepan pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya akan datang, parti komponennya di Pulau Pinang perlu memutuskan kerusi yang akan ditandingi parti di negeri yang hampir pasti akan kekal milik pakatan pembangkang.
Sementara parti lama DAP dan PKR dijangka akan mengekalkan status quo – mengambil kerusi Parlimen dan negeri yang dimenangi pada pilihan raya umum ke 13, selebihnya akan diberikan kepada Bersatu dan Amanah.
Timbalan pengerusi PH Pulau Pinang yang juga ketua Bersatu negeri itu Marzuki Yahya berkata, PH Pulau Pinang mengadakan mesyuarat pertama pada 25 Ogos bagi membincangkan peruntukan 40 kerusi negeri dan 13 kerusi Parlimen.
Mesyuarat peringkat negeri itu menyaksikan Bersatu memohon untuk bertanding di semua kerusi yang kini dipegang oleh Barisan Nasional – bermakna mereka ingin bertanding di kerusi yang pernah ditandingi dan tewas oleh PAS dan PKR.
Ia termasuk kerusi Parlimen Balik Pulau dan tiga kerusi negeri iaitu Bayan Lepas, Teluk Bahang dan Pulau Betong di mana PKR hampir tewas pada pilihan raya 2013 dengan majoriti antara 395 dan 801.
“Ya kita minta untuk bertanding di kerusi Balik Pulau dan semua kerusi yang dipegang Umno,” kata Marzuki kepada The Malaysian Insight.
Di peringkat persekutuan, PH hari ini mengumumkan sudah menyelesaikan rundingan bagi 100 kerusi Parlimen untuk Pilihan Raya Umum ke-14. Setiausaha Agung PH, Saifuddin Abdullah bagaimanapun berkata, beliau tidak boleh umumkan kerusi berkenaan. https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/13566
Umno menyandang kerusi Parlimen Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Balik Pulau. Kecuali Kepala Batas, yang berjaya dikekalkan Umno dengan majoriti lebih 4,000 undi pada 2013, Balik Pulau dan Tasek Gelugor dimenangi dengan majoriti lebih 1,500 dan 1,600 undi.
Umno turut menyandang sembilan kerusi negeri yang kesemuanya terletak di tiga kawasan Parlimen, dengan majoriti antara 357 kepada lebih 1,600 undi.
Parti itu yang turut memenangi kerusi Sungai Aceh di Parlimen Nibong Tebal yang dikuasai PKR, menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada 2013 selepas PKR dan PAS meletakkan calon masing-masing. Calon Umno Mahmud Zakaria menang dengan majoriti 808 undi manakala calon PAS, Yusni Mat Piah hilang deposit.
PKR bertanding di 15 kerusi negeri namun tewas empat kerusi kepada Umno pada pilihan raya lepas. Manakala PAS yang bertanding kerusi Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor serta lapan kerusi negeri, tewas kesemuanya kepada Umno kecuali kerusi negeri Pematang Pasir di kubu kuat pembangkang Permatang Pauh.

Bukan Pas yang mulakan tiga penjuru sembang Nasrudin Hassan


Pertembungan tiga penjuru yang bakal berlaku dalam PRU14 ini bukan dimulakan oleh Pas memandangkan terdapat parti-parti lain yang mengisytiharkan untuk bertanding di beberapa kerusi asal parti Islam itu.
Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, pada asasnya, semua pihak boleh bersetuju untuk pertembungan satu lawan satu namun realiti politik mutakhir kini dilihat sukar untuk menggelak perkara berkenaan.
Bukan Pas yang mulakan tiga penjuru “Sebagai contoh di Temerloh, kerusi Dun Semantan dimenangi oleh Pas sejak bertanding dahulu lagi dan saingannya hanyalah Umno-BN. Apabila Pas menang dan calon ini pula masuk Parti Amanah Negara (Amanah), sudah pastinya ia kawasan kita dan kami akan kekal bertanding untuk melawan BN.
“Tapi malangnya mereka pun nak bertanding di sana dengan meletakkan calon Amanah dan dari situ kita nampak wujud tiga penjuru bukannya dari Pas kerana sejak tradisi kita bertanding menentang BN di sana,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Pas, hari ini.
Nasrudin berkata, memandangkan Pas kini tidak lagi mempunyai hubungan dengan Pakatan Harapan, parti Islam itu berhak untuk bertanding di semua kerusi asal mereka sebelum ini termasuk Parlimen Permatang Pauh.
Bagi pembahagian kerusi di seluruh negara, Nasrudin yang juga merupakan Ahli Parlimen Temerloh memaklumkan bahawa perkara itu masih belum dimuktamadkan dan prosesnya akan selesai tidak lama lagi.
“Secara umumnya, kalau kita tak ada hubungan dengan parti lain, maka kita tidak terikat dengan mana-mana kerusi.
“Pas bukan masuk secara membuta tuli, (kerana) kita ada asas, kajian, dan sebagainya. Bukan main letak (calon) saja,” katanya.
Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu Memali, Nasrudin berkata, Pas konsisten dengan penubuhan badan siasatan itu bagi memastikan keadilan dapat diberikan kepada keluarga mangsa.
Beliau berkata, Pas akan memberi kerjasama penuh dan saksi-saksi yang hidup perlu dipanggil untuk memberi kenyataan mengenai insiden pada tahun 1985 itu.
“Dahulu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga pernah minta masa satu jam kepada stesen-stesen penyiaran untuk menjelaskan maksud sebenar amanat beliau dan kami tak gentar untuk terus desak penubuhan RCI ini,” katanya.

Audit dalaman selesai, Mara tunggu apa kata menteri

PRU14 giliran 'gelombang hijau' - Nasrudin

HARAPAN sambut Hari Malaysia di Alor Setar

'Bukan salah PAS jika berlaku tiga penjuru'

HARAPAN sambut Hari Malaysia di Alor Setar

Pakatan Harapan (HARAPAN) mengajak rakyat negara ini berkunjung ke Alor Setar, Kedah untuk memeriahkan sambutan Hari Malaysia versi mereka pada pertengahan September ini.
Dijanjikan sebagai program yang penuh dengan kemeriahan, majlis itu akan diisi dengan pelbagai makanan dan permainan tradisional, konvoi motosikal berkuasa besar dan demonstrasi dron.
Pengisian itu adalah tambahan kepada penampilan orang besar-besar HARAPAN yang - seperti selalu - akan menyampaikan ucapan berapi masing-masing.
Mereka ialah Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden PK Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, serta Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tidak ketinggalan wakil parti dari Sabah dan Sarawak yang turut dijadual menyampaikan ucapan di situ.
Mengumumkan mengenai majlis itu Setiausaha HARAPAN Datuk Saifuddin Abdullah berkata AMANAH menjadi tuah rumah kepada sambutan Hari Malaysia pada 15 September itu.
Saifuddin juga menyatakan sambutan Hari Malaysia seumpama itu juga mungkin akan diadakan di Kota Kinabalu dan Kuching pada tarikh yang akan ditentukan Majlis Presiden HARAPAN kelak.
Katanya sambutan di Alor Setar itu dibuat sehari sebelum sambutan peringkat kebangsaan kerana AMANAH mengadakan kongres mereka di ibu negeri Kedah berkenaan.
Setiausaha Agung AMANAH Mohd Anuar Tahir pula berkata sambutan itu adalah program besar yang dijangka dihadiri kira-kira 20,000 orang rakyat Malaysia pelbagai golongan dan lapisan.

Rafizi tidak bimbang kedudukannya

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak rasa bimbang kedudukannya dalam parti akan terjejas kerana segala pandangan diberikan adalah suara yang telus daripada peringkat akar umbi.
Ketika ini, pucuk pimpinan PKR mempunyai pandangan berbeza sama ada ingin terus bekerjasama dengan Pas atau tidak dalam menghadapi PRU akan datang.
Minggu lalu, Rafizi telah mencadangkan satu kongres khas di peringkat kebangsaan diadakan bagi memutuskan sama ada rundingan dengan Pas perlu diteruskan atau tidak.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan PKR akan terus mengadakan rundingan dengan Pas bagi mengelakkan berlakunya pertandingan tiga penjuru.
Menurut laporan China Press, kenyataan Azmin ini lalu mencetuskan kontroversi yang mendorong banyak pihak beranggapan hubungan di antara Rafizi dengan timbalan presiden PKR itu semakin tegang.
"Mungkin pihak luar merasakan pengaruh Azmin amat besar. Tetapi sama ada pengundi ataupun akar umbi, pendirian mereka cukup jelas ialah berharap PKR jangan lagi bekerjasama dengan Pas.
"Oleh itu, saya tidak bimbang mengenai diri saya dalam parti kerana saya cuma bercakap benar," katanya kepada akhbar itu.
Mengenai cadangan mengadakan kongres khas, Rafizi berkata, beliau yakin ia akan dapat diadakan dengan menerima persetujuan daripada sejumlah 872 perwakilan sebagai memenuhi kuota minimum.
Sedia hadapi pertandingan tiga penjuru Pakatan Harapan perlu menerima hakikat bahawa gabungan pembangkang ini tidak boleh lagi bekerjasama dengan Pas, malahan perlu bersiap sedia untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru pada PRU akan datang.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjelaskan, sekiranya Pakatan Harapan masih belum bersedia membuat persiapan menghadapi PRU akan datang, pengundi dan penyokong sudah tentu akan rasa keliru mengenai kesungguhan mereka untuk menentang BN.
"Walaupun akan berlaku pertandingan tiga penjuru, tetapi sebenarnya adalah pertandingan satu lawan satu kerana Pas jelas dilihat akan berada di pihak Umno," katanya seperti yang dipetik dalam Oriental Daily.
Menurut Guan Eng, ada ura-ura menyatakan Pas akan meletakkan calon untuk menentangnya pada PRU akan datang.
"Biasanya sesebuah parti akan hanya tanding di kawasan yang mempunyai harapan untuk menang. Jelas sekali Pas mempunyai kewangan yang banyak.
"Mereka tidak kisah walaupun akan hilang wang pertaruhan," katanya

Pakatan Harapan tidak akan kerjasama dengan Pas


Datuk Saifuddin Abdullah KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan berpegang teguh pada keputusan Majlis Presiden parti tersebut mengenai isu Pas dan PKR.
Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pihaknya tidak mempunyai komen mengenai perkara tersebut.
"Kita berpegang pada keputusan Majlis Presiden tempoh hari mengenai isu itu kenyataan saya.
"Melalui kenyataan-kenyataan lain sebelum ini, tidak ada percanggahan pun," katanya ketika sidang media Pakatan Harapan di Wisma Amanah Negara, hari ini.
Sebelum ini, tindakan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan Pas untuk menghadapi PRU14 telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan ahli komponen Pakatan Harapan dan pemimpin kanan PKR lain.
Bagaimanapun, Majlis Presiden Pakatan Harapan kelmarin, memutuskan Pakatan Harapan tidak akan bekerjasama dengan Pas pada PRU14.
Sementara itu, Pas menegaskan keputusan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan tidak memberi sebarang kesan terhadap parti itu.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata, isu kerjasama politik dibangkitkan Pakatan Harapan itu telah lama diputuskan oleh Pas melalui Majlis Syura pada Mei lalu.

Sungai Siput: Belum ada perbincangan serius dengan PSM, kata PKR

Ketua Penerangan Syed Ibrahim Syed Noh berkata PKR akan umumkan sama ada kerusi Sungai Siput akan terus kekal sebagai kerusi mereka atau ditandingi PSM.
Syed-Ibrahim-Syed-Noh-Michael-Jeyakumar-bendera-pkrKUALA LUMPUR: PKR hari ini berkata belum ada perbincangan serius dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengenai status kerusi Parlimen Sungai Siput sehingga ke hari ini, ketika gabungan Pakatan Harapan sedang bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-14 yang boleh diadakan bila-bila masa mulai sekarang.
“Sebenarnya secara jujur tidak ada perbincangan serius dengan PSM. Parti akan umumkan sama ada kerusi Sungai Siput akan terus kekal kerusi PKR atau ditandingi PSM,” kata Ketua Penerangan Syed Ibrahim Syed Noh.
“Mengenai PKR atau PSM akan bertanding menggunakan logo PH atau gunakan logo PSM semua itu belum lagi, tidak lagi sampai ke situ,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat urusetia PH di Wisma Amanah hari ini.
Malah, status kerusi Parlimen Sungai Siput, yang dimenangi PSM pada pilihan raya 2008 dan 2013 atas tiket PKR, juga belum dibincangkan di peringkat sekretariat gabungan.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar semalam yang mendakwa dihubungi PKR meminta beliau mempertahankan kerusi itu buat kali ke-3 menggunakan logo PKR.
Michael berkata tawaran itu menggembirakannya kerana ia membuktikan PH memberikan perhatian kepada PSM.
“PSM mempunyai ruang yang sedikit untuk bergerak,” katanya ketika dihubungi FMT.
Terdahulu, DAP melalui Pengerusi Perak Nga Kor Ming mengumumkan partinya mahu meletakkan calon untuk bertanding di kerusi Parlimen itu.
Michael pernah bertanding kerusi tersebut atas tiket DAP pada 1999 menentang presiden MIC ketika itu, Samy Vellu namun tewas dengan majoriti 5,259 undi.
Atas tiket PKR, Michael sekali lagi mencabar Samy Vellu pada 2004 dan menang dengan majoriti selesa 10,349 undi, dan berjaya mempertahankan kerusi itu dari Samy Vellu pada 2008 dengan majoriti tipis 1,821 undi, dan dari Timbalan Presiden Devamany S Krishnasamy pada 2013 dengan majoriti tipis 2,793 undi.

Pemuda AMANAH harap IGP baharu siasat 1MDB



Pemuda AMANAH Nasional berharap Ketua Polis Negara (IGP) baharu, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dapat melakukan siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhada (1MDB) termasuk Malaysian Official 1 (MO1).
Mohd Fuzi Harun Sany HamzanKetuanya Mohd Sany Hamzan berkata, pelantikan Mohamad Fuzi diharap dapat memberikan sinar baharu terhadap perkembangan kes 1MDB yang sebelum ini seolah 'disucikan' dan dilepaskan walaupun pelbagai pihak sama ada dalam dan luar negara mendesak siasatan secara adil dan menyeluruh dijalankan.
"Ketua Polis Negara yang merupakan jawatan kanan dalam negara ini sudah pasti mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan dan kertas siasatan bagi mendakwa individu-individu yang terlibat dalam skandal 1MDB ini.
"Kami berharap agar Mohamad Fuzi bersama dengan aspirasi rakyat Malaysia yang mahukan individu dan pihak yang tidak bertanggungjawab menjarah harta negara ini didakwa seadilnya," katanya sambil mengucapkan tahniah atas pelantikan bekas Pengarah Cawangan Khas itu.
Beliau menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara wajib.

Sany berkata, bukti skandal melibatkan wang negara ini telah didedahkan oleh banyak negara dan menjadi buah mulut seluruh dunia menyebabkan Malaysia dipandang hina, termasuklah pendedahan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ).
"Pendedahan dan dakwaan yang dilakukan oleh banyak negara termasuklah Amerika Syarikat dan Singapura membuktikan skandal tersebut benar-benar wujud dan ia melibatkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.
"Adalah menjadi tugas pihak polis menyiasat secara telus biarpun yang disyaki terbabit itu adalah perdana menteri itu sendiri.
"Individu-individu yang terlibat dalam skandal mega ini termasuklah Jho Low dan Riza Aziz masih bermaharaja biar pun pelbagai bukti yang didedahkan secara terperinci.

'Sebut ada GST baru ada program, Najib hina wanita'

Beliau berkata, wanita merupakan golongan pembeli terbesar di negara ini tetapi dibebankan dengan cukai berkenaan.
"Ini adalah satu kenyataan yang sangat ironi sebab sebenarnya wanita adalah pengguna yang paling besar sebab mereka terpaksa membeli barang untuk keluarga, jadi the biggest spender (pembeli terbesar) in Malaysia.
"Kerana itu wanita dibebankan dengan begitu teruk sekali kerana kenaikan harga dan akibat GST. Maka sekarang perdana menteri kata ada GST baru ada program wanita.
"Itu saya rasa suatu yang menghina golongan wanita. Sebenarnya, wanita dimangsakan dalam isu ini kerana mereka terpaksa membeli barang bagi membiayai semua," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Anggota Parlimen Bayan Baru itu mengulas ucapan Najib pada sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersempena Hari Wanita Kebangsaan 2017 semalam.
Dalam ucapannya, Najib berkata cukai pengguna adalah sumber utama kerajaan, dan memansuhkan akan menjejaskan program Kementerian Wanita serta program kesihatan dan pendidikan.
“Sebab itu, jika anda mengkritik GST, jika anda memburukkan GST, tolong ingat, bahawa ia (GST) adalah sumber mendapatkan peruntukan program anda.
“Jika anda memansuhkan hasil RM42 bilion yang ia (GST) sumbangkan kepada ekonomi negara, semua program di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak akan dapat dilaksanakan. Sama juga halnya dengan program kesihatan dan pendidikan," katanya.

'Tiada kerjasama walau direstui Anwar' - PAS

PAS mengulangi pendirian untuk tidak akan bekerjasama dengan PKR dan Pakatan Harapan (HARAPAN) meskipun ketua umum pakatan pembangkang itu Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘merestui rundingan’.
Ketua Penerangannya Nasruddin Hassan berkata pandangan yang dikemukakan Anwar sekadar sokongan sahaja namun PAS tetap dengan pendirian bahawa tidak ada lagi sebarang kerjasama dengan HARAPAN.
“Sokongan itu hak mereka, kita ada sikap yang ditentukan pimpinan, kita konsisten dengan ketetapan yang kita tak ada kerjasama politik dengan HARAPAN sebab sukar kita hadapi pilihan raya umum (PRU) dengan sikap tidak konsisten.
“Kita kena konsisten supaya ahli dan rakyat jelas sikap parti, (meski) kita juga ambil pandangan ahli lain kita,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS hari ini.
Sebelum itu, Nasruddin diminta mengulas mengenai kenyataan Anwar yang seolah-olah bersetuju rundingan antara PKR dan PAS diadakan bagi menghadapi PRU akan datang.
Anwar berkata Biro Politik PKR telah bersetuju bahawa parti itu tidak memusuhi PAS, mengkaji kemungkinan mengelak pertarungan tiga penjuru bagi menghadapi Umno-BN pada PRU ke-14.
Anwar turut berkata beliau konsisten menyuarakan pendirian beliau kepada parti-parti dalam HARAPAN, tetapi "pimpinan berhak membuat penilaian dari semasa ke semasa."

1MDB, Rompakan Terbesar Kepada Rakyat?

Sidang Media Majlis Setiausaha Pakatan HARAPAN

Muktamad! Tiada kerjasama PAS-PKR

Jamal 'berang', hentak meja dengan tukul besar

"Itu gaya bahasa Mr Arrogant," kata PAS pada Guan Eng

Tiada alasan PM mahu tunggu lepas PRU14 untuk pinda Perlembagaan


Tiada alasan PM mahu tunggu lepas PRU14 untuk pinda Perlembagaan
Perdana Menteri Najib Razak tidak ada alasan untuk menunggu sehingga lepas PRU14 untuk meminda Perlembagaan Persekutuan, bagi menyelesaikan isu pertukaran agama sebelah pihak. 
PERDANA Menteri Najib Razak tidak ada alasan untuk menunggu sehingga lepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk meminda Perlembagaan Persekutuan, bagi menyelesaikan isu pertukaran agama sebelah pihak, kerana semua ahli Parlimen DAP menyokong langkah itu, kata wakil rakyat.
Penolong Setiausaha Publisiti Nasional DAP Teo Nie Ching berkata ketua Parlimen parti itu Lim Kit Siang sudah mengumumkan semua 36 ahli Parlimennya akan menyokong pindaan itu, dan wakil rakyat PKR dan Amanah juga menunjukkan kesanggupan berbuat demikian.
“Jika Najib benar-benar rasa pindaan perlembagaan diperlukan untuk menyelesaikan isu itu, kenapa perlu ditunggu hingga selepas PRU14,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian susulan Najib semalam berkata majoriti dua pertiga di Parlimen diperlukan untuk meminda perlembagaan berhubung Rang Undang-undang Pembaharuan Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) (LRA).
Najib berkata beliau memerlukan kematangan dan majoriti dua pertiga.
Teo yang juga ahli Parlimen Kulai berkata Barisan Nasional mempunyai 134 wakil rakyat dalam 222 kerusi Dewan Rakyat, 14 kerusi kurang daripada majoriti dua pertiga.
“Jadi apa alasan Najib untuk tidak dapat membentangkan pindaan perlembagaan itu?
“Dan bagaimana jika Najib tidak dapat majoriti dua pertiga dalam PRU14? Adakah rakyat perlu menunggu lagi lima tahun? Hanya Tuhan tahu berapa banyak penggal terpaksa kami tunggu hingga gabungan itu dapat majoriti dua pertiga di Parlimen.”
Pada 7 Ogos, kerajaan menarik balik LRA, yang dijadualkan untuk bacaan kedua selepas dibentangkan kali pertama November tahun lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said berkata RUU baharu akan dibentangkan tanpa Klausa 88A.
Klausa 88A menyatakan agama seorang anak perlu kekal dalam agama dia dibesarkan sebelum salah seorang ibu bapa memeluk Islam, dan anak itu boleh memilih agamanya sendiri ketika berusia 18 tahun.
Azalina berkata pindaan itu juga akan selari dengan keputusan mahkamah dalam menterjemahkan Artikel 12(4) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan agama seseorang di bawah 18 tahun perlu diputuskan oleh ibu bapa atau penjaganya.

Rundingan 100 kerusi Parlimen selesai, kata Saifuddin

Rundingan kerusi kini masuk fasa ke-2 iaitu fasa rundingan di peringkat negeri.
Saifuddin-Abdullah-pakatan--harapan-bendera-logoKUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) ketika ini sudah hampir menyelesaikan keseluruhan rundingan kerusi Parlimen dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah berkata, rundingan kerusi kini masuk fasa ke-2 iaitu fasa rundingan di peringkat negeri.
“Rundingan kerusi berjalan lancar semua kerusi Parlimen kini akan selesai pada akhir bulan ini. Kita sekarang ini ke fasa kedua. Sebab itu saya berani umum 100 kerusi.
“Apa yang PH berikan perhatian adalah rundingan kerusi berdasarkan parti bukannya calon bertanding dan sudah tentu akan ada muka baru yang akan diperkenalkan,” katanya pada sidang media di Wisma Amanah hari ini.
Saifuddin berkata, dalam pembahagian kerusi itu sudah termaktub PH tidak akan bekerjasama dengan PAS dan segala perancangan strategik sudah dilakukan.
“Kita hendak masuk PRU sudah tentu hendak menang. Hakikatnya kita kena praktikal, kita sudah lihat semua faktor, kerusi yang kita tandingi ada peluang untuk kita menang,” katanya.
Saifuddin berkata, berdasarkan analisa dilakukan, kerusi di Sabah dan Sarawak lebih unik dan mencabar berbanding kerusi yang selalu diperkatakan iaitu di Selangor.
“Yang unik bukan di Selangor, tetapi Sabah dan Sarawak. Kerusi Selangor sama sahaja seperti negeri lain,” katanya.

PAS: Putus sudah tiada hubungan dengan PKR

PAS sekali lagi menafikan rundingan kerjasama dengan PKR.

Ketua penerangannya Nasruddin Hassan berkata masih tidak ada rundingan rasmi kedua-dua parti yang tercetus selepas Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan timbalannya Datuk Seri Azmin Ali menziarahi Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang.
“Sehingga hari ini tidak ada rundingan rasmi PAS dan PKR, yang ada pun apa yang berlaku bersifat pertemuan dan ziarah.
“Apa yang saudara lihat tempoh hari, timbalan presiden PKR dan presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah ziarah presiden PAS selepas pembedahan jantung, ia ziarah biasa.
“Kalau berkait politik, atau PRU tak ada, kami ada keputusan dan ketetapan yang diputuskan oleh PAS pusat yang kita tak ada hubungan dengan DAP, PKR dan Pakatan Harapan.
“Soal pihak mereka nak anggap pertemuan tersebut sebagai apa terpulang pada mereka, pada kita tak ada hubungan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur.
Nasruddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ziarah yang dilakukan oleh pimpinan PKR serta perkara itu membangkitkan perbincangan hangat di kalangan pemimpin HARAPAN.

Ketirisan ekonomi ibarat tempayan yang bocor, tetap akan bocor walau ada GST


Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebenarnya menjadi punca kepada ketirisan ekonomi negara hari ini kerana kegagalan tadbirurus negara hingga kerajaan terpaksa melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada rakyat, demikian pandangan  ahli Majlis Setiausaha Pakatan Harapan hari ini.
Majlsi Setiausaha PHMajlis Setiausaha  Pakatan Harapan hari ini  membincangkan beberapa perkara antaranya sebulat suara mengecam kenyataan di buat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak selaku Menteri Kewangan semalam, bahawa bagi mengukuhkan ekonomi negara antaranya pelaksanaan GST ke atas rakyat negara ini.
Menurut Pengarah Strategi AMANAH Dr Zulkifly Ahmad kenyataan perdana menteri sebelum ini dengan kutipan RM42bilion cukai ke atas rakyat hanya semata-mata untuk menyelamatkan ekonomi negara sudah pun jelas menunjukkan kegagalan pentadbiran kewangan kerajaan.
“Mengapa GST dilaksanakan kerana kegagalan pengurusan pentadbiran kewangan di era Datuk Seri Najib sebagaimana kegagalan menguruskan 1MDB dan Felda.
“Jika beliau mengatakan jangan dengar dakyah pembangkang mengenai GST beliau telah buat penafian jelas kerana kelemahan pentadbiran beliaulah telah dikenakan GST sebanyak 6 peratus,” ujarnya.

Dr  Dzulkifly memetik  kajian yang pernah dibuat oleh (Malaysian Institiut Ekonomic Research (MIER) beliau berkata, sentimen pengguna menunjukkan kemerosotan  ke paras 86 pertus kerana tekanan hidup rakyat kesan daripada pelaksanaan GST ke atas rakyat.
“Sama ada golongan miskin, kaya, warga emas, kanak-kanak telah dikenakan cukai. Ini kerana kegagalan urus tadbir kewangan negara.
“Jika dilihat pada 2006 hutang kerajaan RM306 bilion tetapi di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib melonjak RM655 bilion setiap tahun beliau kembali ke Parlimen untuk minta tambahan bajet.
“Pandangan kami dalam PH selagi ketirisan tidak ditangani, macam tempayan bocor...macamana pun kita cuba tingkatkan ekonomi dengan pengenalan cukai GST tidak dapat memenuhi tempayan itu kerana ia tetap bocor. Dan bebanan akan ditanggung rakyat,” ujarnya.
Majlis Setiausaha PH  merujuk kepada kenyataan Najib semalam, ketika bercakap pada sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) dipetik berkata, antara lainnya kerajaan tidak boleh membelanjakan kesemua wang yang ada kerana jika kerajaan berbuat demikian, ia bakal berdepan masalah kewangan.
"Kalau semua nak tambah peruntukan, duit bukan datang dari langit. Kita perlukan hasil untuk negara, sebab itu kita laksanakan GST (cukai barang dan perkhidmatan).
"Kalau kita hapuskan GST yang banyak digunakan untuk (membiayai) keperluan rakyat terutama wanita seperti program kesihatan dan kemahiran, apa lagi yang boleh kita buat?" kata Najib.
Justeru, Najib meminta rakyat supaya tidak termakan dengan kata-kata pembangkang yang mahu hapuskan GST kerana ia hanya cakap kosong untuk meraih sokongan.
Bagi Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin pula menjelaskan, kenyataan Najib itu begitu ironi terhadap golongan wanita kerana golongan wanita memegang kuasa pembeli terbesar berbanding golongan lelaki.
“Ini satu kenyataan ironi daripada Datuk Seri Najib kerana wanita adalah pengguna terbesar kerana terpaksa membiayai kos membeli barangan pengguna untuk keperluan keluarga.

60 tahun Merdeka, tapi apa yang ditinggalkan untuk anak cucu?


60 tahun Merdeka, tapi apa yang ditinggalkan untuk anak cucu?
Rosilawati Sabdin yang seusia dengan negara merdeka berkata sedih bila melihat masih ada orang susah di negara ini hingga terpaksa curi makanan. 
Citra sebuah negara dilihat pada cerita-cerita rakyatnya. The Malaysian Insight bertemu dengan warga yang lahir pada 1957 dan sebaya dengan usia Malaya merdeka. Mereka berkongsi cerita untuk kita melihat apa maknanya jadi warga Malaysia.
ROSILAWATI Sabdin yang seusia dengan negara merdeka, sudah melihat banyak perkara dan melalui pelbagai peristiwa. Tiga anaknya, masing-masing berumur 34, 30 dan 27 tahun sudah berkahwin. Dia juga sudah menimang seorang cucu. Namun merenung nasib yang menimpa negara sekarang, dia cukup bimbang akan masa depan anak cucunya dan bertanya Malaysia seperti apakah yang akan diwariskannya nanti kepada mereka.
Biarpun cukup makan pakai dan selesa melewati usia sebagai pesara, Rosilawati tidak boleh memejamkan mata terhadap apa yang dia lihat di sekelilingnya: kemiskinan masih melata, anak lulusan universiti belum lagi dapat kerja dan hidup yang segala-galanya hari ini semakin mahal. Dia membaca berita tentang hutang negara yang bertompok dan nilai ringgit yang mengecil. Dia melihat ini semua.
Sebagai orang yang sudah cukup makan garam, dia memahami kesan akibatnya yang nanti akan dipikul oleh seluruh generasi anak cucunya. Dia bertanya: Malaysia yang suatu ketika pernah digelar antara negara Harimau Ekonomi Asia ini sedang muncul sebagai negara maju atau sebaliknya?
“Saya sedih apabila baca surat khabar negara masih ada orang susah sampai sanggup mencuri makanan sebab tak cukup duit, ada miskin bandar.
“Negara kita ini kaya. Kalau kewangan negara diurus dengan baik, kita tak akan dengar berita macam ini,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Rosilawati bimbang mengenangkan harga rumah yang tidak terjangkau oleh generasi yang sebaya anak-anaknya, yang katanya terlalu mahal dan melambung tidak terkawal.
“Kalau setakat gaji RM5,000 pun belum tentu mampu beli,” katanya.
Dia berharap kerajaan dan pemimpin yang ada memberi perhatian kepada masalah ini supaya tidak melarat, atau mereka nanti sebenarnya menyumbang kepada melebarnya jurang ekonomi antara golongan berada dan kurang mampu di negara ini.
Apa yang berlaku pada negara sekarang, kesannya bakal ditanggung generasi akan datang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 September, 2017.
Apa yang berlaku pada negara sekarang, kesannya bakal ditanggung
generasi akan datang.
Merenung apa yang berlaku sekarang, Rosilawati mengimbau pengalamannya mengharungi zaman payah, krisis kewangan Asia genap dua dekad yang lalu.
Katanya, apa yang berlaku pada masa itu tidak patut berulang lagi sekarang. Ketiga-tiga anaknya ketika itu masih bersekolah. Suaminya pula bukan saja hilang pekerjaan tetapi hilang juga pelaburan dalam pasaran saham.

PRU14: Pilih BN sama seperti korbankan negara

Penyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) disaran mengutamakan kepentingan negara pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti dengan tidak memberi undi kepada parti yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Tian Chua, berkata, keputusan memilih Umno-BN pada pilihan raya itu nanti sama seperti mengorbankan negara demi kelangsungan politik Najib dan Umno-BN.
“Bukan sahaja Najib, Umno dan BN yang merupakan tiga elemen penting merosakkan masa depan negara tetapi Umno dan BN sendiri turut berpontensi besar membuatkan ekonomi negara dan rakyat jatuh ke tahap lebih buruk pada masa akan datang,” katanya kepada SelangorKini.
Jelasnya, ini terbukti apabila berlaku pelbagai penyelewengan bernilai berbilion ringgit termasuk dalam skandal 1 Malaysia Develompent Berhad (1MDB) yang menggugat kestabilan ekonomi dan matawang negara selepas Umno-BN sekali lagi menang pada PRU-13 lalu.
Katanya, ketidakstabilan ekonomi dan kejatuhan matawang yang semakin buruk akibat diuruskan secara tidak bertanggungjawab itu memberi kesan besar terhadap kesejahteraan kehidupan rakyat terbanyak.
Bagaimanapun, katanya lagi, pemimpin Umno-BN gagal menyelami kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat kesan kemelesetan ekonomi itu.
Ujarnya, rakyat perlu mengambil iktibar kesilapan memilih Umno-BN pada PRU-13 lalu sekali gus negara terus ditadbir oleh golongan yang tidak amanah dan bertanggungjawab.

Siapa sebenarnya yang tidak matang?


Siapa sebenarnya yang tidak matang?
Najib mengatakan perlu ada kematangan dan majoriti dua pertiga untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan seorang kanak-kanak kekal dalam agamanya biarpun ibu bapanya bercerai ketika ketika menjawab isu berkenaan dalam dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama kumpulan wanita bersempena Hari Wanita Kebangsaan semalam. 
PERDANA Menteri Najib Razak semalam membuat satu kenyataan yang menimbulkan tanda tanya berhubung pindaan ke atas Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) apabila beliau mengatakan perlu ada kematangan dan majoriti dua pertiga untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan seorang kanak-kanak kekal dalam agamanya biarpun ibu bapanya bercerai.
"Kita perlukan kematangan untuk ubah Perlembagaan dan kita perlukan dua pertiga majoriti. Tapi itu saya tidak ada," katanya ketika menjawab isu berkenaan dalam dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama kumpulan wanita bersempena Hari Wanita Kebangsaan.
Kenyataan itu menimbulkan tanda tanya kerana Najib boleh dapat majoriti itu berdasarkan bantahan pembangkang semasa kerajaan menarik balik cadangan pindaan ke atas LRA pada 7 Ogos lalu, ketika rang undang-undang pindaan itu dijadual dibaca buat kali kedua selepas dibentang kali pertama November tahun lalu.
Kenyataan itu tampak kurang jujur kerana perdana menteri membayangkan pembangkang tidak matang dan tidak akan menyokong sebarang pindaan terhadap Perlembagaan untuk membenarkan agama yang dianuti kanak-kanak terlibat kekal.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman dilaporkan menarik balik rang undang-undang pindaan untuk mengelak sebarang pertindihan dengan Perlembagaan. Beliau kemudian membentangkan rang undang-undang yang sama tanpa Klausa 881, yang menyatakan seorang kanak-kanak kekal dalam agama asalnya sebelum salah seorang ibu atau bapanya memeluk Islam dan boleh memilih agamanya sendiri pada usia 18 tahun.
Menurut Azalina pindaan baharu itu juga selaras dengan keputusan mahkamah berhubung tafsiran Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut agama seseorang yang berumur di bawah 18 tahun ditentukan oleh ibu bapa atau penjaganya.
Rang undang-undang itu diluluskan pada 10 Ogos lepas tanpa Klausa 88A dan mengundang kritikan dalam kalangan pembangkang.
Kalau ada pun satu-satunya parti pembangkang yang menentang Klausa 88A, ia tentulah PAS yang hanya ada 14 Ahli Parlimen dan tidak akan dapat menyekat pindaan ke atas Perlembagaan sekiranya Barisan Nasional yang diterajui Najib mencadangkannya.
Realitinya, langkah kerajaan Najib menggugurkan klausa itu tanpa mengemukakan cadangan pindaan ke atas Perlembagaan membayangkan kurangnya keazaman politik dalam hal ini.

DI SEBALIK SEJARAHNYA CUBA DIPADAM, NAJIB SENDIRI TAK MAMPU MELUPAKAN TUN MAHATHIR

Kebelakangan ini terdapat kecenderungan yang semakin ketara di pihak UMNO dan kerajaan untuk memadam sejarah berkaitan bekas Perdana Menteri keempat, Tun Mahathir Mohamad. 

Diberitakan dan menjadi heboh diperkatakan bahawa antara yang berlaku ialah di buku teks, di galeri pameran, ketika sambutan kemerdekaan dan di latar belakang siaran berita sebuah stesen televisyen.

Jika teks sejarahnya tidak dipadamkan, gambar beliau atau bangunan yang menjadi ikon ketika pentadbirannya selama 22 tahun akan dihilangkan.

Semua itu dilakukan tidak lain adalah bertujuan agar rakyat melupakan Tun Mahathir atau tujuannya yang lebih sadis ialah untuk menggambarkan Tun Mahathir tidak pernah melakukan apa-apa untuk negara ini.

Segala-galanya bagi golongan pengampu, penjual propaganda dan penagih dedak ialah untuk menonjolkan Najib jauh lebih baik,  jauh lebih lebih hebat berbandingTun Mahathir dan satu-satunya peneraju unggul dalam membangunkan Malaysia.

Soalnya, dapatkah sejarah Tun Mahathir dipadamkan?

Tidak dipastikan sama ada segala usaha tersebut dalam pengetahuan dan mendapat restu Najib atau sebaliknya. Jika ia semata-mata usaha golongan pengampu, penjual propaganda dan penagih dedak, tindakan cuba memadam sejarah Tun Mahathir sebenarnya adalah kerja bodoh dan sia-sia.

Tidak perlu disenaraikan satu persatu, harus diakui jasa dan sumbangan Tun Mahathir terlalu besar untuk negara ini. Malah, lagi cuba dipadam, lagi segar ingatan rakyat terhadap segala sumbangannya.

'Selamat datang ke Amerika, kami tahu siapa MO1'

Selain kritikan keras media tempatan, lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat (AS) minggu depan juga 'dialu-alukan' oleh bekas dutanya ke Malaysia John R Malott.
“Selamat datang ke Washington, perdana menteri.

“Kami tahu siapa kamu dan kami tahu apa yang kamu dan anggota keluarga serta kroni kamu didakwa lakukan.

“Semua pakar dasar luar di negara kami tahu siapa Malaysian Official 1,” katanya.
Dalam artikel hari ini, Malott menulis lawatan itu tidak akan membantunya, termasuk dalam usaha Jabatan Keadilan (DOJ) AS menyita aset berkaitan 1MDB yang didakwa 'dicuci' ke dalam sistem kewangan negara itu.
Katanya, semua pihak tahu berkaitan dakwaan skandal Najib di Malaysia dan perkara itu tergambar dalam laporan-laporan media AS.
Media AS, katanya, merujuk Najib sebagai “perdana menteri Malaysia yang terpalit skandal” (The Wall Street Journal), “pemimpin Malaysia yang terlibat skandal berbilion dolar” (The New York Times) dan “perdana menteri Najib, antara pemimpin Asia paling kontroversi” (The Washington Post).
Najib dijadual mengadakan lawatan rasmi ke Rumah Putih pada 12 September depan bagi memenuhi undangan Trump.

Malott menjadi duta ke Malaysia antara tahun 1996 hingga 1998.

Wanita PH sokong, akan turun ke himpunan bantah politik toksik


Wanita Harapan sokong himpunan politik toksik
Wanita Pakatan Harapan (Wanita Harapan) menyokong dan akan bersama dalam Himpunan Aman "Wanita Bantah Politik Toksik" anjuran sekumpulan aktivis wanita berpengaruh yang menggelarkan diri mereka Wanita-Wanita Malaysia Prihatin.
Himpunan itu akan diadakan pada 10 September ini di Kuala Lumpur untuk menyatakan penolakan terhadap politik toksik.
"Wanita Harapan percaya bahawa usaha yang baik ini merupakan satu mesej jelas yang dilontar oleh entiti wanita Malaysia bahawa kita menolak apa jua wajah, gaya dan cara politik bangkrap nilai yang kini semakin parah menyelubungi negara," kata mereka dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Kenyataan itu atas nama Ketua Wanita Harapan Zuraida Kamaruddin yang juga Ketua Wanita PKR; Timbalan-timbalan Ketua Wanita, Chong Eng yang juga Ketua Wanita DAP; Ketua Wanita AMANAH Dr Siti Mariah Mahmud; dan Ketua Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Rina Mohd Harun.

Menurut mereka, usaha memerangi politik toksik khususnya oleh kalangan wanita yang tugas hakikinya sebagai pendidik dan membangunkan manusia adalah satu tindakan tepat dan bertanggungjawab.
Usaha ini bukan sahaja untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat bahkan penting dan sangat relevan dalam memastikan penyediaan sebuah negara yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Walau bagaimanapun, kata mereka, perjuangan ini bukan hanya terletak di atas bahu wanita sahajatetapi semua rakyat Malaysia, lelaki dan wanita, daripada pelbagai kaum, agama serta latar belakang politik yang berbeza harus bersama, berganding tenaga membantah sekaligus memerangi politik toksik.
"Toksik adalah fenomena beracun yang sangat berbahaya kepada kesihatan bahkan upaya mengundang kematian.
"Ia boleh merebak ke setiap ruang sama ada pada diri individu, masyarakat sekaligus seluruh tanahair yang kita cintai ini.

Politik jahiliah: Malaysia mesti memilih

Cinta kepada Umno adalah cinta yang lain daripada yang lain, hanya setandingan dengan jahiliah, era pra-Islam. Walaupun begitu, untuk mendapatkan sisa-sisa sokongan yang ada, kepimpinan dalam Umno membuatkan ahlinya tetap percaya.
Ini sama dengan bagaimana perdana menteri gagal untuk menghalang sikap remaja yang hadir ke forum “Nothing to Hide 2” daripada cubaan menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin lain yang turut hadir termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Walaupun keahlian yang kian surut dalam Umno, yang mana kebanyakan mereka kini bersama Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), terdapat sejumlah besar yang setia kepada Umno atau rakan baik mereka PAS.
Di sinilah kebenaran patut diutarakan: bahawa parti politik bukanlah tangkal dan azimat.
Bila mana kepimpinan tertinggi mengkhianati prinsip, maka ahli parti mempunyai tugas untuk menegur atau meninggalkan parti.
Ingat kembali apa yang dikatakan oleh Khalifah Abu Bakr (RA). Ia adalah pidato klasik yang sangat memotivasikan. Ia menyentuh banyak elemen kritikal termasuk tadbir urus negara, keadilan, hubungan antara pemimpin dan rakyat, hubungan luar dan dalam.
Mempertahan maslahat umum
Ia adalah pidato yang mudah difahami dan tidak rugi disebutkan di sini:
“Amma ba’du, wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku telah diangkat sebagai pemimpin kalian meski aku bukan yang terbaik di antara kalian. Jika aku berbuat baik, dukunglah saya. Sebaliknya jika aku berbuat salah, luruskanlah saya. Kejujuran itu merupakan amanah, sedangkan dusta itu merupakan pengkhianatan. Kaum yang lemah menempati posisi yang kuat di sisiku hingga aku dapat mengembalikan padanya haknya dengan izin Allah. Sedangkan, kaum yang kuat menempati posisi yang lemah di sisiku hingga aku dapat mengambil darinya hak orang lain dengan izin Allah. Jika suatu kaum meninggalkan perkara jihad di jalan Allah, mereka akan ditimpakan kehinaan oleh Allah. Jika kemaksiatan telah meluas di tengah-tengah suatu kaum, Allah akan menimpakan bala’ kepada mereka secara menyeluruh. Taatlah kepadaku selama aku taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika aku bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka kalian tidak wajib taat kepadaku. Bangunlah untuk melaksanakan shalat, semoga Allah merahmati kalian.” [al-Bidaayah wan-Nihaayah (6/305.306)]
Dr Mahathir, Muhyiddin, Tan Sri Sanusi Junid, Tun Dr Siti Hasmah Mohammad Ali, Mukhriz dan saya sendiri telah mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno.
Memang mudah untuk meletakkan seluruh kesalahan kepada 1MDB. Tetapi kerosakan dalam Umno jauh lebih mendalam. Daripada mempertahankan maslahat umum di Malaysia, kita boleh kira sekurang-kurangnya terdapat lima kes memalukan terhadap negara ini.
Satu, daripada menyalahkan Goldman Sachs kerana memberikan caj lebih dari patut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membenarkan entiti kewangan tersebut untuk memberikan caj komisyen tujuh peratus ke atas semua pinjaman yang disusun oleh Goldman Sachs – sepatutnya harga caj sebenar sekitar satu hingga dua peratus sahaja.
Dua, dengan melantik Tan Sri Isa Abdul Samad, seorang bekas pemimpin Umno yang didapati bersalah dalam penyalahgunaan duit politik dalam Umno, bukan sekali tetapi dua kali – menerusi Felda dan SPAD – Najib menunjukkan tidak pedulinya beliau kepada undang-undang.
Hampir semua orang yang menipu dan mengelat rapat dengan Najib. Apa yang Najib dapat?
Ketiga, dalam ucapan-ucapan Najib, beliau tidak bekerja dengan staf dalam negara. Banyak kerja luar diberikan kepada Paul Stadlen, yang memiliki latarbelakang yang boleh dipersoalkan dari UK dan US.

Pas soal PKR: Selepas serang, mahu berunding?



Pas PKR putusPKR perlu menarik semua tuduhan yang dibuat pimpinan parti itu kepada Pas sebelum mahu berunding semula dengan mereka, kata Bendahari Dewan Ulamak Pas Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Beliau mempersoal sebab PKR mahu berunding semula selepas menyerang Pas dan Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menimbulkan banyak tanda tanya.
"Setakat ini, tidak ada sebarang perbincangan dengan PKR. Pas kekal seperti keputusan sebelumnya iaitu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) untuk berhadapan dengan Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang.
"Kita akan bertegas dengan agenda Islam bagi menyelamatkan negara," katanya seperti dipetik Berita Harian.

Beliau mengulas kemungkinan Pas dan PKR akan berunding semula menjalinkan hubungan kerjasama untuk PRU14.
Baru-baru ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam suratnya mahu hubungan PKR dengan Pas diteruskan selagi parti Islam itu bersedia untuk meneruskan perbincangan.
Pada minggu lalu, Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Pas. Keputusan itu dibuat sebelum kenyataan Anwar dikeluarkan.
Ditanya sama ada Pas bersedia berunding jika PKR bertegas mahu menjalinkan kerjasama, Mohd Khairuddin berkata; "Berkahwin tak boleh seorang atau bertepuk sebelah tangan. Selepas menyerang Pas dengan pelbagai tuduhan, tiba-tiba hendak berunding?"

Kemerdekaan itu bukan mewarisi hutang tetapi mewarisi kesejahteraan anak bangsa

Kemeriahan sambutan kemerdekaan negara ke-60 bertemakan “Negaraku Sehati Sejiwa” memberikan pelbagai konotasi bagi beberapa pemimpin muda negara dalam menghayati dan memahami erti kemerdekaan yang sebenar dalam konteks Malaysia hari ini.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional (AMANAH) Faiz Fadzil berkata, kemerdekaan sebenar difahami pada asasnya sebagai sebuah negara yang tidak lagi dijajah dari sudut ekonomi dan politiknya.
Katanya, hari ini negara Malaysia berhadapan saat yang sukar dari sudut kepentingan ekonomi, politik dani urus tadbirnya.
“Walaupun sudah 60 tahun kita merdeka negara semakin hari semakin berhadapan dengan cabaran yang mana rakyat semakin diuji dengan peningkatan kos sara hidup, cukai yang regresif dan kekangan demokrasi,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Lantas beliau memetik kata-kata Presiden Indonesia Sukarno yang pernah menyebutkan bahawa: “kemerdekaan itu ibarat rakyatnya mewarisi kemasyuran bukan mewarisi hutang.”
Faiz merujuk kepada jumlah hutang negara yang kini mencecah RM908bilion itu menunjukkan rakyat negara ini seolah-olah tidak berada dalam erti kata “kemerdekaan” yang sebenar.
“Ditambah ekonomi yang agak tidak menentu hari ini, kejatuhan nilai ringgit, skandal 1MDB yang tidak selesai membawa kepada peningkatan hutang dan tidak mungkin mampu dilunaskan dalam masa singkat.
“Apa yang diwarisi generasi muda hari ini dan masa depan adalah hutang negara,” ujarnya.
Justeru bagi beliau tema “Negaraku Sehari Sejiwa” seperti yang beliau impikan adalah sebuah negara yang dimiliki oleh rakyat negara ini. Tetapi ujarnya jika melihat dari sudut ekonomi sahaja “negaraku” ini ibarat milikan orang asing.
“Sepatutnya tema “Negaraku” ialah negara yang kita miliki. Kita tidak merasakan negara yang kita miliki dalam konteks ekonomi hari ini kerana kebanjiran warga asing hampir 6 juta orang mengisi segala peluang rakyat tempatan yang sebenarnya turut menjejaskan sektor perniagaan kecil dan sederhana.
“Hari ini kita maklumi hutang kerajaan bergantung kepada kuasa besar seperti negara China dengan tujuan untuk menampung hutang negara bukan dalam bentuk FDI (Pelaburan Lansung Asing) tetapi ia dijalinkan dalam bentuk hutang jangka panjang oleh negara.
“Sebagai rakyat negara ini, bagi saya ‘negaraku’ itu mestilah membawa rahmat kepada rakyat negara ini.
“Ia mestilah bebas daripada sebarang bentuk rasuah, kerajaan membina negara mementingkan aspek pembangunan insan, memberikan pendidikan percuma dan kebolehupayaan ekonomi negara menjana pendapatan rakyatnya, itulah Malaysia negaraku,” ujarnya.

Ganti kerajaan demi kedaulatan undang-undang, kata peguam


Ganti kerajaan demi kedaulatan undang-undang, kata peguam
Syahredzan Johan (kiri sekali) bersama ahli panel dalam forum “Apa Anak Muda Mahu untuk Malaysia Baharu” di Pulau Pinang, malam tadi.
MALAYSIA baharu patut menjadi negara yang menegakkan kedaulatan undang-undang, kuasa tertinggi dalam negara, bukannya diperintah oleh undang-undang, kata peguam Syahredzan Johan.
“Diperintah oleh undang-undang bermaksud menggunakan undang-undang untuk kekal berkuasa. Ini yang berlaku di Malaysia sekarang,” kata peguam hak asasi manusia itu pada forum “Apa Anak Muda Mahu untuk Malaysia Baharu” di Pulau Pinang, malam tadi.
Beliau berkata kerajaan perlu digantikan bagi membolehkan kedaulatan undang-undang ditegakkan di Malaysia kerana pentadbiran pada masa ini tidak mempunyai kemahuan kuat berbuat demikian.
“Bagi saya, Malaysia baharu perlu mempunyai kerajaan yang melindungi kedaulatan undang-undang.
“Ahli politik akan buat pelbagai janji tetapi rakyat perlu memastikan kerajaan baharu terus komited pada agenda perubahan.
“Tetapi realitinya ialah kita perlu ubah kerajaan sedia ada, yang tidak ada kemahuan politik untuk berubah, jika kita hendak ada peluang bercakap mengenai perkara ini,” katanya.
Syahredzan memetik bagaimana Akta Hasutan digunakan untuk menafikan hak kebebasan bersuara rakyat dan menangani pendapat yang berbeza.
Moderator forum itu, aktivis Adam Adli Abdul Halim berkata beliau didakwa menghasut kerana kerajaan tidak suka beliau mengajak rakyat turun ke jalanan untuk menukar kerajaan pada ulang tahun 13 Mei pada 2013, tidak lama selepas Barisan Nasional memenangi pilihan raya pada 5 Mei.
Syahredzan berkata anak guamnya Fahmi Reza, seorang artis grafik turut didakwa atas kesalahan menghasut kerana melukis gambar Perdana Menteri Najib Razak seperti badut, tahun lalu.
Katanya, Akta Media Cetak dan Penerbitan digunakan untuk menggantung lesen penerbitan seperti dua akhbar oleh The Edge Media Group kerana membuat laporan mengenai skandal 1Malaysia Development Bhd pada 2015.
Malah, katanya perlembagaan turut tercemar dengan pelantikan semula Ketua Hakim Negara Raus Sharif, baru-baru ini untuk tempoh tiga tahun lagi selepas mencapai umur bersara wajib 66 tahun enam bulan.
“Institusi juga dipergunakan untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya. Contohnya, persempadanan semula yang tidak masuk akal. Ia hanya salah guna kuasa untuk memastikan kerajaan tidak diubah,” katanya pada forum anjuran gerakan Malaysia Baru itu.
Syahredzan berkata undang-undang yang dibuat di Malaysia juga bermasalah dan proses itu perlu diubah.
Katanya, rang undang-undang (RUU) untuk menggubal undang-undang baharu atau meminda undang-undang sedia ada hanya dibahaskan beberapa jam saja di Dewan Rakyat, tanpa memberikan ahli Parlimen peluang mencukupi mengkaji RUU itu dan isi kandungannya.
“Dalam masa kurang seminggu, undang-undang boleh diluluskan. Lihat saja Akta Majlis Keselamatan Negara, ‘Akta Hasutan 2.0’ yang diluluskan pada 2015 tetapi masih belum dilaksanakan. Perbahasan terhadap RUU itu hanya beberapa jam saja.
“Ia masalah besar. Dari mula, ahli Parlimen terima RUU itu sudah lewat dan tidak ada masa mengkaji dan membuat penyelidikan. Malah, mereka tidak ada masa untuk membaca kenapa perlunya RUU seperti itu.

Masalah Kewangan: Putrajaya tidak akan berfungsi tanpa GST, sembang Najib


Putrajaya tidak akan berfungsi tanpa GST, kata perdana menteri
Perdana Menteri Najib Razak pada sesi dialog TN50 bersama wanita yang diadakan di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
PUTRAJAYA tidak akan berfungsi tanpa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang mana cuba dihapuskan pembangkang sekiranya memenangi Putrajaya pada pilihan raya akan datang, kata Perdana Menteri Najib Razak.
Bercakap pada program dialog TN50 bersama wanita sempena Hari Wanita Kebangsaan di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, Najib berkata GST merupakan sumber pendapatan negara dan tanpanya banyak program yang dicadangkan orang ramai tidak dapat dilaksanakan.
“Saya tak cakap main-main, saya ini menteri kewangan saya tahu kalau kita tolak RM42 bilion daripada hasil negara, anda tak akan ke mana dan kerajaan tidak akan berfungsi.
“Ini kerana tiada apa yang boleh kita lakukan jika kita menolak pendapatan negara RM42 bilion, semua program wanita tidak dapat dijalankan,” katanya dan menambah rakyat jangan mudah percayakan pembangkang.
“Jangan percayakan pembangkang. Cakap memang mudah. Sebagai perdana menteri saya boleh buat apa yang saya katakan. Saya bukan hanya bercakap untuk sedapkan hati anda semua.
“Saya tahu sekiranya ada perkara yang tidak boleh dilakukan atau realistik,” kata Najib kepada kira-kira 1,000 hadirin.
Antara perkara yang dibangkitkan wanita dari pelbagai latarbelakang adalah keperluan kemudahan di sekolah di Kuala Langat, kemudahan golongan kelainan upaya di sektor kerajaan serta usaha kerajaan untuk menyediakan pusat perlindungan kepada gelandangan.
"Nak menguruskan belanjawan ini macam urus rumah tangga, prinsipnya kita berbelanja apa saja. Kalau terpaksa kita pinjam dari ah long.
"Tapi itu akan menyebabkan  masalah untuk kita, dan begitu juga dengan kita ( kerajaan) kita juga tidak akan ada pendapatan negara.
"Ingat nak lakukan segala program ini daripada mana (dana)ia tak datang daripada langit ia datang dari punca hasil negara (GST)," katanya.

Bajet 2018: GST perlu untuk tambah peruntukan, sembang Najib



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi meningkatkan hasil dalam negara dan menambah peruntukan dalam pelbagai bidang.
"Kalau semua nak tambah peruntukan, duit bukan datang dari langit. Kita perlukan hasil untuk negara, sebab itu kita laksanakan GST (cukai barang dan perkhidmatan).
Najib Bajet 1"Kalau kita hapuskan GST yang banyak digunakan untuk (membiayai) keperluan rakyat terutama wanita seperti program kesihatan dan kemahiran, apa lagi yang boleh kita buat?" katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi dialog TN50 dan sambutan Hari Wanita Kebangsaan di ibu negara semalam.
Justeru, Najib meminta rakyat supaya tidak termakan dengan kata-kata pembangkang yang mahu hapuskan GST kerana ia hanya cakap kosong untuk meraih sokongan.

Bajet 2018 yang bakal dibentangkan Oktober ini akan merangkumi aspirasi rakyat yang disampaikan menerusi siri dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Beliau berkata kerajaan tidak akan menunggu sehingga 2050 untuk melaksanakan input-input yang disuarakan menerusi siri dialog TN50, tetapi berusaha merealisasikannya secara berperingkat.
"Dialog TN50 ini (membincangkan hal-hal) bagi membuat perubahan pada masa akan datang, tetapi ada aspek tertentu yang kita perlu laksanakan pada masa ini.
"Sebagai contoh, perubahan dilakukan dalam bidang pendidikan hanya akan dapat dilihat hasilnya pada dua tiga generasi akan datang," katanya.
Turut hadir ialah isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut memberikan bayangan beberapa berita baik akan diumumkan khusus bagi wanita pada pembentangan belanjawan itu, yang dijadual pada 27 Okt.
"Saya tidak mahu beritahu sekarang," katanya.
Beliau berkata Bajet 2018 mengambil kira hasil pendapatan negara sebelum memutuskan untuk mengeluarkan sebarang peruntukan.

MAHATHIR SEDANG BAYAR HARGA SANGAT MAHAL PADA METERIALISME


Apapun pandangan negatif  luar dan dalam terhadap Malaysia sekarang ini tetapi saya tidak dapat hapuskan  keyakinan  saya terhadap kekuatan asas ekonomi negara yang terbina dari sejak awal kemerdekaan  sehingga ke era Tun Dr.Mahathir.
Kekuatan  ini terbina  atas kesedaran kepimpinan awal negara  tentang perlunya perimbangan ekonomi kampung dengan bandar yang bermula dengan pembinaan infrastruktur asas utama kecil-kecilan di luar bandar seperti jalan,surau, sekolah,klinik dan lain-lain yang membawa kepada revolusi ekonomi  yang radikal dan dinamik di bawah Tun Abdul Razak.
Maka itu setiap kali saya melawat  keluar  negara terutama negara- negara ASEAN  saya semakin sedar akan kekuatan ekonomi negara kita dan tidak yakin pembangunan pesat  sesebuah ibu negara sebagai gambaran  kemajuan menyeluruh yang merentasi bandar seperti di negara kita.
Di Malaysia  tidak hanya orang bandar memiliki kereta sendiri  tetapi juga orang kampung dan kampung  sesak dengan kenderaan di Hari Raya Aidilfitri yang menampakkan limpahan rezki kepada anak-anak yang berjaya menerusi pelajaran atau sosial mobility. Kemajuan negara memberikan kemampuan untuk menampung perkerjaan kepada mereka.
Ada anak yang membeli kereta untuk ibubapa mereka.
Memasuki semula negara kita, samaada menerusi udara atau jalan darat, saya dapat merasakan denyut nadinya yang lebih berkualiti dari jalan raya, lebuh raya dengan kehijauan sekitarnya  kepada kualiti  kereta persendirian mewah kecil dan besar di jalan-jalan  raya, condominium yang cantik, kawasan kediaman yang teratur mewah  dan sederhana serta deretan kedai yang berbagai.
Restoran penuh dengan pelanggan selain dari kedai runcik   yang penuh dengan barang keperluan harian.
Sepanjang lebuhraya beratus kilometer di negara kita  diindahkan oleh kehijaun pokok-pokok besar  dan rumput- rumput ditepi jalan dipotong  rapi tanpa lalang memanjang. Segar dan nyaman mata memandang.
Tiada  bandar baru  seperti Putrajaya atau Cyberjaya  di Indonesia, Thailand apatah lagi di Philipina. Tanpa  Mahathir mungkin wang Petronas telah dibazirkan kepada pembangunan yang tidak akan dapat dibanggakan sebagai  warisan bangsa. Tiada bandar yang dibangunkan oleh bangsa sendiri selain dari berbangga dengan Kuala Lumpur.
Semua ini tidak dapat dipadamkan dengan memadamkan atau menurunkan gambar Mahathir di mana-mana.
Sekalipun terdapat jenayah dan penjenayah di negara ini tetapi kita merasa terkawal kerana jarang benar penjenayah yang terlepas kecuali perasuah, penipu, pencuri dan penyamun wang negara. Bagaimanapun rasuah di kalangan pegawai kerajaan dan ahli politik bukanlah perkara baru malah sudah  sebati dengan negara ini.
Bagaimanapun di sebalik kekuatan ekonomi dan kekebalan menghadapi keruntuhan ringgit , situasi politik dan kehilangan keyakinan kepada pucuk pimpinan negara, menyebabkan saya bertanya apakah warisan kekuatan  dari pemimpin-pemimpin terdahulu yang masih dapat dirasakan ini  akan dapat dikekalkan? Apakah kemakmuran rakyat akan berpanjangan?.
Saya telah berkhidmat sebagai wartawan dari sejak umur 18 tahun di bawah lima perdana menteri tetapi secara jujur saya ingin menyatakan saya  tidak pernah merasa hilang keyakinan kepada pucuk pimpinan negara seperti yang saya rasakan sekarang ini.
Kejatuhan ringgit tidak dapat dinafikan demoralise harga diri  apabila membuat pertukaran dengan wang asing terutama dengan baht yang dulu seringgit 10 bath tetapi sekarang hanya tinggal 7 baht. Bagaimanapun  ini tidak mudah menghilangkan keyakinan saya terhadap kemampuan asas ekonomi atau  fundamental ekonomi negara.