Isnin, 4 September 2017

MEMO BUAT SALLEH SAID KERUAK - NAJIB, JIKA BERKUASA LAGI, LEBIH MENAKUTKAN BERBANDING DAP

Entah untuk kali yang ke berapa, Salleh Said Keruak, atas kedudukannya sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia, terus memainkan peranan berusaha menghasut orang-orang Melayu tentang bahayanya DAP dan kemungkinan parti itu menguasai negara selepas pilihanraya umum akan datang.

Secara tidak langsung, usaha keras beliau itu memberi gambaran UMNO dan BN semakin cemas menanti detik ketibaan PRU 14 yang bakal menjadikan mereka kehilangan kuasa sebagai kerajaan.

Salleh memberi gambaran bahawa DAP akan bertanding 60 kerusi Parlimen dan jika pengundi Melayu berpecah, parti itu akan meningkatkan jumlah kemenangannya dan seterusnya memungkinkan Pakatan Harapan menguasai Putrajaya.

Bagi Salleh, jika Pakatan Harapan memerintah nanti, DAPlah yang paling berkuasa dalam negara ini.

Namun, tambahnya, agenda DAP untuk menguasai negara ini tidak akan berjaya jika pengundi Melayu tidak bersama mereka.
Pertama, daripada mana Salleh mendapat maklumat DAP akan bertanding 60 kerusi Parlimen pada pilihanraya akan datang sedangkan dalam PRU 13 yang lalu, mereka cuma bertanding 51 kerusi saja?

Adakah jumlah yang kononnya DAP akan bertanding itu sengaja ditambah bagi tujuan untuk lebih menakutkan orang Melayu kepada DAP?

Dengan DAP hanya bertanding cuma 51 kerusi dalam PRU 13 lalu,  adalah mustahil jumlahnya akan meningkat kepada 60 dalam pilihanraya akan datang kerana mereka perlu berbahagi kerusi bukan Melayu dengan PKR dan juga lain-lain parti.

Malah, sebagai tanda kompromi dan untuk meningkatkan peluang menuju Putrajaya, tidak mustahil DAP akan mengurangkan jumlah kerusi yang ditandinginya bagi membolehkan lebih banyak pihak terlibat dan saling bekerjasama dalam pilihanraya.

Dengan bertanding sama ada kekal di 51 kerusi atau cuma 50 kerusi, tentulah tidak mungkin DAP mampu memenangi kesemuanya, kecualilah jika lawannya daripada MCA, MIC atau Gerakan langsung tidak berguna dan ditolak secara total oleh pengundi.

Dalam hal ini, barangkali jumlah yang akan dimenangi DAP ialah hanya 40 atau 42 kerusi saja. 

Lagi pula, jika DAP kalah di kerusi yang ditandinginya, pihak lain yang menang daripada BN ialah sama ada calon MCA, MIC atau Gerakan. 

Apa bezanya?

Untuk membentuk majoriti mudah menguasai Putrajaya, Pakatan Harapan memerlukan kemenangan sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen, maka adakah jumlah 40 atau 42 kerusi itu boleh menjadikan DAP begitu berkuasa dan menentukan hala tuju negara dalam segala hal?

Jangan 'kunyah' propaganda Myanmar, seru aktivis Rohingya


Rohinya demo
Masyarakat Malaysia dinasihati supaya tidak terperdaya dengan propaganda kerajaan Myanmar yang bersikap prejudis sekali gus menafikan hak etnik Rohingya untuk meneruskan hidup.
Tengku Emma ZurianaAktivis kemanusiaan Rohingya, Tengku Emma Zuriana Tengku Azmi (gambar kanan) berkata, rakyat di negara ini harus celik bahawa penindasan ke atas etnik tersebut sebenarnya merupakan krisis kemanusiaan dengan menyaksikan pembunuhan besar-besaran yang dahsyat.
"Kita tidak harus sewenang-wenangnya menganggap mereka yang menjadi pelarian itu sebagai mengundang masalah di negara ini pula.
"Kenapa sebahagian masyarakat kita suka sangat kunyah propaganda Myanmar? Apa yang kita dapat?
"Sepatutnya, masa-masa genting ini, bijak pandai negara kita harus lebih faham dan menyokong dan menggesa kerajaan mengambil tindakan yang lebih keras terhadap Myanmar bukannya membenci dan mengkritik mangsa (pelarian Rohingya)," tegasnya.
Beliau diminta mengulas tentang tanggapan sebahagian masyarakat Malaysia yang mencemuh pelarian Rohingya termasuk menggesa supaya diusir selain menuduh mereka terbabit sebagai pengotor dan bermasalah.
Menurutnya, Malaysia secara umumnya masih belum mempunyai perancangan rapi dengan pihak Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) dalam mengurus kehadiran mereka terbabit termasuk etnik Rohingya.
Akibatnya, jelas beliau, muncul dakwaan yang mengaitkan masalah sosial dengan kehadiran pelarian Rohingya di negara ini sehingga disalah anggap sebagai sikap keseluruhan etnik malang terbabit.
"Kalau mereka diberi peluang dalam sektor ekonomi sebenarnya kita yang lebih untung. Sebab pendidikan, kesihatan semua bawah UNHCR, tapi mereka menyumbang pada ekonomi.
"Selama ini, banyak NGO yang bantu (pelarian) Rohingya di Malaysia ini. Mereka tidak pakai duit kerajaan pun kerana mereka tiada hak pendidikan, kesihatan dan sebagainya kecuali yang ada kad UNHCR, dapatlah 50 peratus diskaun," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Untuk rekod, terdapat 150,460 pelarian berdaftar di Malaysia dengan 139,200 daripadanya dari Myanmar, sementara yang lain berasal dari Sri Lanka, Pakistan, Somalia, Yemen, Sudan dan negara lain.

RCI Memali boleh jejaskan Pas

Kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat semula tragedi Memali bakal beri kesan kepada parti itu.
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, sekiranya wujud kekeliruan dan percanggahan dalam keterangan yang diberikan, ia akan melemahkan sokongan akar umbi Pas.
“Walaupun ada penafian Amanat Hadi  punca tragedi, tetapi dalam Kertas Putih Memali yang dibentangkan di Parlimen ada mengaitkan amanat itu dengan tragedi.
“Bila RCI ditubuhkan, mereka yang berada dalam jawatankuasa itu adalah dalam kalangan mereka yang pakar dalam satu-satu isu. Saya yakin lebih banyak perkara-perkara akan terbongkar dan berkait,” katanya kepada Sinar Harian.
Ahmad Marthada berpendapat, kesediaan Abdul Hadi untuk memberikan kerjasama kepada RCI sekiranya ia ditubuhkan adalah kesediaan personalitinya.
“Saya lihat kesediaan beliau ini ada kaitannya dengan kesediaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini bersedia untuk bekerjasama jika RCI ditubuhkan,” katanya.
Ahmad Marthada  berkata, RCI juga tidak seharusnya menumpu kepada mencari pihak mana yang salah.
“Ia pastinya beri kesan kepada pemimpin terdahulu. Pas perlu tahu apa rasionalnya penubuhan RCI ini. Kertas Putih Memali telah dibentangkan sebelum ini dan rakyat telah membacanya.
“Jika ada yang berpendapat ada rahsia di sebalik tragedi itu dan mahu menyelongkarnya sehingga terjawab, saya fikir itu akan beri kesan kepada rakyat. Dalam peristiwa itu orang yang meninggal dan saya rasa cadangan penubuhan itu perlu diperhalusi terlebih dahulu,” katanya.

Bahas isu Rohingya di sidang Parlimen tergempar


Ini masa paling sesuai untuk memanggil sidang Parlimen tergempar untuk membincangkan dasar luar negara yang perlu diambil oleh Malaysia untuk mengakhiri malapetaka ini, demikian menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Katanya, semua rakyat Malaysia pastinya begitu terkesan dengan keganasan dan kesengsaraan yang berlaku ke atas wilayah Rakhine di Myanmar, terutamanya segala tindakan ganas yang dikenakan ke atas kaum Rohingya.
Dewan Rakyat “Keganasan dan krisis kemanusiaan yang berlaku ke atas Rohingya bukan sahaja berkemungkinan mengganggu kestabilan Myanmar dan negara jiran, tetapi juga kepada rantau Asia Tenggara dan Asia Selatan.
“Saya berharap agar Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan membenarkan ahli Parlimen untuk membahaskan isu ini apabila Dewan bersidang semula nanti.
“Sememangnya ini masa paling sesuai untuk memanggil sidang Parlimen tergempar untuk membincangkan dasar luar negara yang perlu diambil oleh Malaysia untuk mengakhiri malapetaka ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, pihak berkuasa perlu lebih berhemah ketika berurusan dengan penunjuk perasaan Rohingya yang ditahan tempoh hari berdekatan Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur, di dalam lunas undang-undang.
“Suatu ketika dahulu, beberapa tokoh daripada Kerajaan Persekutuan dan parti politik tertentu telah mengambil bahagian di dalam satu perhimpunan yang sama untuk menegakkan hak Rohingya.
“Oleh itu seluruh rakyat Malaysia haruslah bersatu untuk menggesa kerajaan, dan masyarakat antarabangsa, termasuklah institusi seperti PBB, OIC dan Asean untuk mengambil segala tindakan diplomatik yang boleh mengakhiri keganasan di Rakhine.
“Pada masa sama, penyelesaian yang berkekalan ke atas status kaum Rohingya juga mestilah dicapai, termasuklah mempertahankan hak kerakyatan mereka di negara Myanmar dengan segera,” jelasnya.

Terdahulu, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menafikan berlaku rusuhan membabitkan sekumpulan warga Rohingya di sekitar Kuala Lumpur seperti rakaman video yang tular.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kejadian itu tidak berlaku seperti yang didakwa dan tidak benar sama sekali.

Masalah Kewangan.: Kerajaan laksana GST kerana wang tak jatuh dari langit

Perdana menteri menyifatkan pengurusan belanjawan negara seperti menguruskan perbelanjaan rumah tangga, dan semua wang tidak boleh dibelanjakan bagi mengelakkan negara berdepan masalah kewangan.
najib-gst
Bajet 2018 yang bakal dibentangkan Oktober ini akan merangkumi aspirasi rakyat yang disampaikan menerusi siri dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata, kerajaan tidak akan menunggu sehingga 2050 untuk melaksanakan input yang disuarakan menerusi siri dialog TN50, tetapi berusaha merealisasikannya secara berperingkat.
“Dialog TN50 ini bagi membuat perubahan pada masa akan datang, tetapi ada aspek tertentu yang kita perlu laksanakan pada masa ini.
“Sebagai contoh, perubahan dilakukan dalam bidang pendidikan hanya akan dapat dilihat hasilnya pada 2, 3 generasi akan datang,” katanya pada sesi dialog TN50 dan sambutan Hari Wanita Kebangsaan hari ini.
Turut hadir ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Najib yang juga menteri kewangan turut memberi bayangan beberapa berita baik akan diumumkan khusus bagi wanita pada pembentangan belanjawan itu yang dijadualkan 27 Oktober nanti.
“Saya tidak mahu beritahu sekarang,” katanya.
Perdana menteri berkata, Bajet 2018 mengambil kira hasil pendapatan negara, sebelum memutuskan untuk mengeluarkan sebarang peruntukan.
Menyifatkan pengurusan belanjawan negara seperti menguruskan perbelanjaan rumah tangga, Najib berkata, kerajaan tidak boleh membelanjakan semua wang yang ada kerana jika berbuat demikian, ia bakal berdepan masalah kewangan.
“Kalau semua nak tambah peruntukan, duit bukan datang dari langit. Kita perlukan hasil untuk negara, sebab itu kita laksanakan GST (cukai barang dan perkhidmatan).
“Kalau kita hapuskan GST yang banyak digunakan untuk (membiayai) keperluan rakyat, terutama wanita seperti program kesihatan dan kemahiran, apa lagi yang boleh kita buat?” katanya.
Justeru, Najib meminta rakyat tidak termakan dengan janji pembangkang mahu menghapuskan GST kerana ia hanya cakap kosong untuk meraih sokongan.

Sejarah Tak Pernah Menipu..

Disuruh siasat...

TETAPI..
Selepas Gani Patail memaklumkan ada bukti berkaitan 'derma' RM2.6 bilion Najib itu.. TUP-TUP beliau dipecat..

SIAPA YANG MEMECATNYA ??!..

Asal keluar saja dari mulut anak Maslan pasti bau bodoh..

JANGAN BOHONG LAH..
Semasa jualan murah 'SALE' sebelum cukai GST dilaksanakan pon boleh saja kurangkan harga barang..

Jangan nak perbodohkan rakyat dgn menghalalkan cukai GST itu sehingga membebankan & menindas golongan miskin..

Tak abes2 nak menipu rakyat.

Asal UMNO@BN Mesti BODOH...!!!

Inilah senjata utama & terakhir Ameno guna modus operandi isu2 perkauman, rasis bila kedudukan serta sokongan mereka mula merosot.. berkurangan sikit demi sedikit..

Derma 2.6bilion: Kehebatan Najib Tiada Tolok Bandingannya.


Anwar punca PKR berpecah sehingga jejaskan Pakatan, kata aktivis


Anwar punca PKR berpecah sehingga jejaskan Pakatan, kata aktivis
Cara dan pendekatan Anwar mengendali dan mengurus pimpinan menjadi punca kepada perpecahan teruk PKR. 
CARA Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim mengurus kepimpinan semenjak dipenjarakan punca mengapa parti itu berpecah teruk hari ini sehingga menjejaskan Pakatan Harapan (PH), kata aktivis sosial Hishamuddin Rais.
Bekas pemimpin gerakan mahasiswa era 70-an itu berkata, walaupun perbezaan pendapat dirayakan dalam demokrasi, apa yang berlaku dalam PKR hari ini akan mengganggu Pakatan Harapan pada saat dan masa kritikal menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
“Pada hemat saya perbezaan pendapat ini berpunca dari cara dan pendekatan atau method Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim mengendali dan mengurus pimpinan,” katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insight.
“Contohnya: Dalam satu perkara yang sama Anwar memberi pandangan, memberi arahan yang berbeza-beza dari satu sosok kepada yang lain.
“Misalnya kepada Si Polan A Anwar telah memberi  pandangan lain dari yang diberi kepada kepada Si Polan B. Dan agak berbeza juga dari yang diterima oleh Si Polan C.”
Hishamuddin yang merupakan narasumber kepada Bersih 2.0 mengulas pergolakan terbaru PKR dalam isu kerjasama dengan PAS.
Menurut Hishamuddin, pendekatan kepimpinan Anwar yang memberikan arahan berbeza kepada setiap pemimpin bukanlah satu pendekatan baik.
“Cara atau method dan pendekatan memimpin seperti ini tidak baik. Ianya tidak melahirkan keputusan yang kompak dan tuntas.
“Hasilnya ialah cerai berai,” kata Hishamuddin yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2001 kerana menyokong gerakan reformasi anjuran Anwar.
Anwar pada Sabtu mengeluarkan kenyataan bagi menenangkan penyokong PKR dalam isu kerjasama dengan PAS.
Disebabkan kenyataan Anwar tidak begitu jelas, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengeluarkan “tafsirannya” mengenai apa yang beliau fahami.
Sementara itu,  peguam PKR Latheefa Koya juga mengeluarkan tafsirannya mengenai kenyataan Anwar melalui laman sosial Facebook.
Hishamuddin berkata, disebabkan Anwar berada dalam penjara, maklumat diperolehinya terhad bagi membuat keputusan politik yang tepat.
“Penjara memustahilkan Anwar daripada dapat membuat keputusan dan mengeluarkan pandangan tentang politik harian yang betul dan tepat.
“Dalam penjara maklumat sampai terputus-putus. Pengalaman dalam penjara membuktikan bahawa maklumat yang sampai bukan saja tidak tuntas malah ada kemungkinan dimasuki oleh ‘aji-no-moto’,” katanya.

Selesaikan isu MO1 dan Pastor Koh, gesa DAP kepada KPN baharu


Selesaikan isu MO1 dan Pastor Koh, gesa DAP kepada KPN baharu
Mohamad Fuzi Harun mengambil alih tugas KPN daripada Khalid Abu Bakar yang bersara hari ini.
SALAH  satu tugas yang perlu diselesaikan oleh Ketua Polis Negara (KPN) baharu selepas mengambil alih jawatan itu adalah penculikan Pastor Raymond Koh dan penglibatan Malaysian Official 1 (MO1) dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata ahli parlimen DAP.
Polis juga masih belum memberi sebarang penjelasan berhubung penculikan Koh selepas 200 hari kehilangannya, kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong.
Polis Malaysia turut mengabaikan skandal 1MDB yang mempunyai kaitan dengan MO1, walaupun kes itu disiasat oleh negara lain, katanya.
Kenyataan Sim dikeluarkan beberapa jam selepas bekas Ketua Cawangan Khas Mohamad Fuzi Harun mengambil alih tugas KPN daripada Khalid Abu Bakar yang bersara hari ini.
“Seluruh negara melihat rakaman CCTV penculikan Pastor Koh yang berlaku siang hari dan ia diihat seperti dilakukan individu yang terlatih sehingga menimbulkan persoalan sama ada terdapat “ejen pengganas” yang beroperasi dalam negara ini,” kata Sim dalam kenyataan hari ini.
Koh diculik di Petaling Jaya pada 1 Februari oleh 15 lelaki yang menaiki SUV hitam. Penculikan itu berlaku pada siang hari dan ia dilihat sangat terancang.
Kamera keselamatan penduduk merakam keseluruhan penculikan itu yang mengambil masa kurang daripada 60 saat. Identiti penculik dan mereka yang terlibat masih belum dikenal pasti.
Khalid sebelum ini berkata polis percaya penculikan itu dilakukan oleh sindiket yang membabitkan kumpulan di selatan Thailand.
Isteri Koh, Susanna Liew dalam satu kenyataan Rabu lalu mendakwa Khalid “kabur, hanya mahu sensasi,  tidak konsisten hingga menimbulkan banyak persoalan daripada jawapan sehingga mencetus keraguan terhadap komitmen pihak berkuasa untuk menyiasat kes itu dengan telus.”
Sim dalam satu kenyataan hari ini menambah selain Koh, tiga lagi individu turut dilaporkan hilang iaitu Pastor Joshua Hilmy dan isterinya Ruth Hilmy, serta aktivis sosial Amri Che Mat.
“Kita tidak tahu sekiranya kes mereka berkait, tetapi rakyat Malaysia hari ini bimbang dengan keganasan yang berlaku di kejiranan kita sekiranya kes ini tidak diselesaikan segera,” kata Sim.
Ahli parlimen DAP itu juga turut menyentuh isu skandal yang menyelubungi 1MDB yang kini disiasat Amerika Syarikat dan negara lain.

Zaid mahu bertanding PRU14, tetapi tidak akan sertai kerajaan

Zaid Ibrahim berkata, walaupun Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya, beliau akan menjadi suara untuk memujuk dan meyakinkan pemimpin mengenai isu utama yang perlu ditangani.
zaid-ibrahim-DAPPETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim hari ini menyuarakan hasratnya untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) “kerana ada terlalu banyak perkara salah di negara kita”.
“Ia sangat tidak bertanggungjawab untuk sesiapa tidak terbabit dalam usaha mengubah kerajaan ini melalui beberapa cara, walaupun sekadar bersuara tanpa rasa takut bagi membangkitkan isu penting yang menjejaskan rakyat,” tulisnya di blognya.
Bagaimanapun, bekas menteri itu menolak kemungkinan menjadi sebahagian daripada kerajaan, walaupun Pakatan Harapan memenangi PRU14 dan mengambil alih Putrajaya.
“Saya tidak nampak diri saya dalam kerajaan, tetapi saya berharap dapat menjadi suara yang boleh memujuk dan meyakinkan pemimpin mengenai isu teras yang perlu kita tangani.
“Saya tidak boleh tunggu Pakatan Harapan menangani isu sebenar dihadapi rakyat kerana mereka sibuk berunding dengan PAS dan (Datuk Seri) Azmin Ali,” katanya merujuk timbalan presiden PKR dan rundingan dengan parti Islam itu bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru pada PRU14.
‘Negara Taliban’
Zaid menyuarakan harapannya untuk pembentukan kerajaan pusat berjiwa rakyat, dengan memberi 1 senarai idea untuk kerajaan seterusnya.
Ia termasuk memastikan kuasa perdana menteri diperiksa, Malaysia tidak menjadi “negara Taliban” yang ditadbir teokrasi dan Malaysia menjadi negara kebajikan bertanggungjawab serta berdaya maju.
“Negara ini perlu kekal bebas, bahkan untuk umat Islam. Mereka perlu dilindungi daripada individu yang mahu menjadi pemimpin Taliban.
“Umat Islam di sini perlu menjadi seperti umat Islam di England, Amerika Syarikat dan negara lain di mana mereka boleh memilih menjadi moden sera progresif, malah berdosa jika itu yang mereka mahu.
“Mereka perlu cemerlang dalam perniagaan dan pendidikan. Umat Islam di sini tidak boleh mundur dan bodoh, seperti sesetengah umat Islam di tempat lain.”
Beliau juga berharap Malaysia tidak akan terus menjadi syurga bagi kuasa dan syarikat besar untuk mengawal serta memonopoli sumber negara.
“Malaysia tidak boleh terus menjadi syurga kepada orang terlalu kaya mengaut keuntungan besar, dan satu-satunya pengorbanan mereka ialah menjaga pemimpin berkuasa.

Banyak jualan murah bukti GST boleh kurangkan harga barang sembang Ahmad Maslan


Banyak jualan murah bukti GST boleh kurangkan harga barang
Ulasan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Ahmad Maslan mengenai GST yang menurutnya mampu mengurangkan harga barangan. 
BANYAKNYA jualan murah diadakan pusat membeli-belah dalam satu tahun bukti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) boleh mengurangkan harga barang, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Ahmad Maslan.
"Kenapa ada jualan murah? Banyak bulan dlm setahun.
"Itu 1 bukti #GST boleh mengurangkan harga barang," kata Ahmad menerusi akaun Twitter @ahmadmaslan hari ini.
Ahmad mengulas laporan sebuah portal tentang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan jualan murah empat kali setahun.
"Jika sale 30% tolak GST 6% maka untung 24%," tulis Ahmad lagi menguatkan hujahnya.
Ahmad pada 2015 menimbulkan kontroversi apabila mengatakan pelaksanaan GST boleh menurunkan harga barang seperti kereta, perabot dan juga barangan elektrik.
Ahmad berhujah, harga bagi sesetengah barangan mampu diturunkan kerana sebelum ini ia dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berjumlah 10%, tetapi hanya dikenakan GST sebanyak 6%.
Selain itu, katanya barangan yang dalam stok pada 1 April 2015 yang dikenakan SST pada kadar 5% dan 10% boleh dibuat tuntutan melalui Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam masa enam bulan serta dibayar secara berperingkat.
Ahmad berkata, pembekal dan peniaga juga boleh memilih untuk menurunkan harga barangan jualan mereka kerana mereka boleh menuntut cukai input sebanyak 6%.
Kenyataan itu menyebabkan Ahmad dikritik pengguna media sosial kerana realitinya, sejak GST diperkenalkan, kos kehidupan meningkat naik.

Dr Mahathir diserang bukti BN panik


Dr Mahathir diserang bukti BN panik, kata Guan Eng
Dr Mahathir Mohamad adalah bekas perdana menteri paling lama berkhidmat dan kini menerajui pembangkang untuk menumpaskan Umno dan BN. 
SERANGAN yang ditujukan kepada Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad adalah petanda Barisan Nasional (BN) sedang kelam kabut, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Katanya PH memberikan “ancaman nyata” kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berasaskan serangan yang dilakukan kepada Dr Mahathir yang juga merupakan bekas perdana menteri paling lama mentadbir negara.
“Ada peluang cerah PH kalahkan BN. Sebab itulah sekarang kita nampak banyak serangan ditujukan kepada Dr Mahathir,” kata Guan Eng yang juga merupakan ketua menteri Pulau Pinang.
Dia memberikan contoh misalnya ketiadaan poster bekas perdana menteri itu ketika sambutan Hari Kebangsaan serta serangan peribadi yang ditujukan kepada legasi dan keturunan Dr Mahathir.
Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi pada akhir Julai lalu memberitahu ahli Umno yang ayah Dr Mahathir berbangsa India yang bernama Iskandar Kutty. Tetapi dijelaskan kemudian yang Iskandar adalah datuk kepada Dr Mahathir.
Guan Eng berkata tanpa Dr Mahathir dalam Umno, parti utama BN itu berpotensi kehilangan undi orang Melayu pada pilihan raya akan datang.
“BN akan hilang undi. Parti itu memperolehi 58% atau 59% pengundi Melayu pada pilihan raya lepas, tetapi ia tidak akan mendapat jumlah itu lagi kali ini, tidak lagi selepas Dr Mahathir tinggalkan Umno.
“Umno dan BN tidak boleh meningkatkan undi mereka. Jumlah undi mereka akan jatuh. Soalnya sekarang, berapa banyak?” katanya pada satu sidang media hari ini.
Dr Mahathir yang sudah berusia 92 tahun itu adalah bekas perdana menteri Malaysia keempat dan pengerusi Barisan Nasional selama 22 tahun. Beliau keluar daripada Umno pada 2016 sebagai tanda protes kepada tuduhan korupsi Perdana Menteri Najib Razak dalam skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau kini adalah pengerusi Bersatu, parti pembangkang baru yang kini berganding bahu dengan PKR, DAP dan Amanah untuk membentuk PH.
Guan Eng juga menjangkakan yang parti Islam, PAS akan berdepan masalah meraih sokongan termasuklah di kubu kuat mereka, Kelantan.
“Sokongan PAS sentiasa datang daripada mereka yang mahukan kerajaan baru. Jika PAS tak boleh bentuk kerajaan baru, sokongan mereka hanya datang daripada penyokong tegar mereka.
“PAS akan hilang undi di semua kawasan. Kemungkinan PAS hilang Kelantan juga semakin nyata,” katanya.

PAS berisiko hilang Kelantan

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata PAS berdepan risiko kehilangan Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) berikutan keengganan parti itu kembali menyertai pakatan pembangkang.
"PAS akan masih mempunyai sokongan penyokong tegarnya tetapi mereka akan berdepan “kekalahan” di semua tempat (ditandinginya pada PRU14 nanti)” dan malah berisiko kehilangan Kelantan,” katanya.
Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang mendakwa PAS tidak boleh membentuk sebuah kerajaan baru kerana parti itu tidak mempunyai cita-cita untuk menjadi kerajaan.
Beliau berkata demikian pada sidang media ketika diminta mengulas kenyataan Pakatan Harapan baru-baru ini yang memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan PAS pada PRU14.
Sehubungan itu, Lim mengingatkan parti-parti gabungan dalam Pakatan Harapan untuk tidak berharap PAS akan kembali menyertai pakatan pembangkang.
Beliau mendakwa PAS kini dilihat lebih cenderung untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan berikutan itu Pakatan Harapan perlu bersedia untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru pada PRU14.

Pas dakwa politik angkuh DAP punca tiga penjuru



Pas mendakwa pertembungan tiga penjuru akan berlaku dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kerana DAP mengamalkan politik angkuh dan oportunis.
Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pas tidak akan berdiam diri terhadap strategi yang cuba dilakukan DAP untuk menjatuhkan Pas dengan meracuni pemikiran ahli-ahli Pas mengenai dakwaan tidak tepat mengenai sokongan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Najib.
Mohd Amar Nik Abdullah“Pas akan berusaha meyakinkan pengundi-pengundi Islam betapa selama ini mereka diperbodohkan oleh DAP dengan strategi politik sesumpah yang bertukar warna mengikut keadaan dan tempat.
"Para pengundi mesti menolak Dap yang ultra sekular dan anti Islam ini,” katanya seperti dipetik Sinar Harian Online.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang mendakwa Pakatan Harapan (PH) perlu menerima kenyataan yang mereka terpaksa bertembung tiga penjuru dengan Pas dan BN.
Kit Siang juga memberitahu, mereka perlu menjelaskan kepada 3.5 juta anggota Umno bahawa Datuk Seri Najib Razak mesti ditewaskan bagi menyelamatkan Malaysia daripada kleptokrasi global.
Ia juga termasuklah untuk menjelaskan kepada jutaan ahli Pas bahawa sokongan Abdul Hadi Awang untuk Najib dan kleptokrasi globalnya merupakan sesuatu yang tidak akan dipersetujui oleh kepimpinan sebelumnya seperti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan lain-lain.

Maklumat diterima Anwar ditambah Ajinomoto

Merujuk kepada apa yang sedang berlaku dalam PKR sekarang, wujudnya perbezaan pandangan di antara beberapa sosok pimpinan parti itu.
Perbezaan pendapat dalam parti politik, NGO atau dalam apa sahaja badan atau persatuan adalah perkara biasa. Malah perbezaan pendapat wajib digalakkan untuk melahirkan percambahan pendapat. Ini agak berbeza daripada apa yang berlaku dalam PKR sekarang.
Perbezaan pendapat dan pandangan dalam PKR ini telah, sedang dan akan mengganggu Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam saat dan masa yang amat kritikal - ketika menghadapi PRU14.
Pada hemat saya perbezaan pendapat ini berpunca daripada cara dan pendekatan atau metode Ketua Umum PKR, saudara Anwar Ibrahim mengendali dan mengurus pimpinan.
Contohnya: Dalam satu perkara yang sama saudara Anwar Ibrahim telah memberi pandangan, memberi arahan yang berbeza-beza dari satu sosok kepada yang lain.
Misalnya kepada si polan A Saudara Anwar telah memberi pandangan lain daripada yang diberi kepada si polan B. Dan agak berbeza juga daripada yang diterima oleh si polan C.
Agenda kerjasama PKR-PAS
Ini menimbulkan kekeliruan. Buktinya apa yang sedang berlaku sekarang dalam agenda memutuskan kerjasama PKR dengan Parti Islam, PAS.
Cara atau metode dan pendekatan memimpin seperti ini tidak baik. Ia tidak melahirkan keputusan yang kompak dan tuntas. Hasilnya ialah cerai-berai.
Wajib disedari bahawa Najib memenjarakan Anwar untuk tujuan menafikan PKR pimpinan dan buah fikiran Anwar. Penjara telah memisahkan Anwar dari nadi fikrah rakyat yang sentiasa berubah dan bergerak setiap detik.
Penjara telah memustahilkan Anwar dari dapat membuat keputusan dan mengeluarkan pandangan tentang politik harian yang betul dan tepat.
Dalam penjara Saudara Anwar tidak menerima semua pandangan dengan jelas. Dalam penjara maklumat sampai terputus-putus. Pengalaman dalam penjara membuktikan bahawa maklumat yang sampai bukan saja tidak tuntas malah ada kemungkinan dimasuki oleh Ajinomoto.
Dalam penjara kita memiliki masa yang banyak. Justeru kita boleh membaca. Kita boleh menulis. Malah berangan-angan dan berkhayal dalam penjara bukan satu jenayah. Mengelamun dan bernostalgia juga boleh dilakukan tanpa gangguan dalam penjara.

Malaysia akan kerjasama dengan China untuk pertingkat pelabuhan....

Menteri pengangkutan berkata kerjasama ini membuka laluan untuk masa depan baik dalam memanfaatkan sumber dan potensi rakyat
Liow-Tiong-Lai-malaysia-port-1KUALA LUMPUR: Lima pelabuhan baharu di Malaysia dan China kini sebahagian daripada Perikatan Pelabuhan China-Malaysia (CMPA), kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Pelabuhan yang terlibat adalah Pelabuhan Jing Tang dan Pelabuhan Tianjin (China) serta Pelabuhan Kemaman, Sabah dan Kuching (Malaysia) yang bertujuan meningkatkan kerjasama pelbagai bidang.
Ini termasuklah sebagai pelabuhan pendidikan, latihan dan perantisan, bantuan teknikal, pertukaran maklumat dan perkembangan trafik, serta penggalakkan perkhidmatan perdagangan antara pelabuhan.
“China mempunyai pelabuhan terbaik di dunia dan kerjasama ini akan membuka laluan untuk masa depan yang baik bagi kedua-dua negara dalam memanfaatkan sumber dan potensi rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan CMPA kali kedua di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Beliau berkata, pakatan pelabuhan itu turut bertujuan memudahkan perdagangan dengan menggunakan pelabuhan di Malaysia dan China sebagai pintu masuk.
“Dalam usaha menghubungkan perniagaan Malaysia dan China, penggiat logistik perlu memperluas penerokaan mereka ke kedua-dua negara,” katanya.
Liow berkata, pihak berkuasa Malaysia sedang memperluas pelabuhan utama, khususnya Pelabuhan Klang untuk memudahkan jumlah kapal yang dijangka meningkat pada masa depan.
“Kementerian juga merancang membuka Melaka Gateway untuk digunakan kapal persiaran sebagai destinasi dok serta perkhidmatan penyelenggaraan. Ketika ini, hanya Pelabuhan Pulau Pinang mempunyai kemudahan itu,” katanya.

Iakah Anwar

Kecuali almarhum Datuk Fadzil Noor, dua pemimpin tertinggi PAS selepas era beliau melalui pola yang sama.
Secara umumnya mereka bukanlah tidak bagus atau kekurangan wibawa sebagai pemimpin. Bahkan proses pemotretan - pedulilah sama ada dirancang atau secara spontan - mereka berlangsung dengan jayanya.
Lelaki bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat itu kemudian menjadi seorang tokoh yang tegas dan dikagumi ramai, sama ada Melayu atau bukan, sama ada Muslim atau sebaliknya.
Hal yang sama juga boleh dikatakan begitu pada tokoh bernama Abdul Hadi Awang.
Berbanding Nik Aziz, Abdul Hadi muncul sebagai pemidato yang mempesona kebanyakan orang. Ucapannya dikagumi, kata-katanya dihayati dan intonasinya diikuti kalau pun tidak ditiru para pengagum tegarnya.
Sedangkan Nik Aziz adalah seorang tokoh yang garangnya sesekali, ucapannya tidak sentiasa berapi. Selalunya ucapan atau tazkirahnya boleh saja ditamatkan secara tiba-tiba apabila masa yang diperuntukkan padanya berakhir.
Tidak seperti kebanyakan ahli politik yang berahinya lain macam apabila diletakkan mikrofon di depan mulut mereka.
Nik Aziz dan Abdul Hadi adalah tokoh politik kepartian yang mengalami proses perubahan yang mengejutkan. Daripada seorang tok lebai atau tuan guru yang membawa imej konservatif menjadi moderat yang mesra semua rakyat.
Bersama imej jubah dan semutar mereka diterima ramai dengan selesa. Justeru pada pilihan raya umum (PRU) ke-12 masyarakat melihat ada gadis cina berseluar sendat bangga membawa bendera PAS.
Hanya selepas PRU ke-13 berlaku perubahan ketara pada kedua-dua mereka. Nik Aziz - yang dikekang masalah kesihatan - dan Abdul Hadi mula menampakkan diri mereka bukan lagi Nik Aziz atau Abdul Hadi yang pernah dikenali ramai sebelum itu.
Peralihan sikap mereka - jika pun tidak 180 darjah - mungkin 160 darjah.
Dalam konteks sekarang, PKR juga nampaknya menunjukkan perubahan. Daripada sebuah parti yang boleh diyakini pengalaman dan sejarahnya - berbanding pembangkang lain - ia sudah menjadi seperti parti dakwah.
Lihat saja kenyataan Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin, mengenai kesungguhan kumpulannya menyokong supaya rundingan dengan PAS diteruskan.
Katanya bagi PKR, PAS bukanlah musuh mereka walau apa yang sudah mereka lakukan terhadap partinya.
"PKR ini, orang kata (macam) orang yang banyak bersabar," katanya.

Di dasar kekalutan
Afif juga menukilkan bagaimana Nabi Muhammad tetap lunak dengan kebencian seorang Yahudi yang melontarkan najis kepada baginda saban hari.
Bagi Afif kesabaran adalah cara dakwah terbaik untuk mengubah nasib Malaysia ini.
Dengan penjelasan begitu dapat kita bayangkan bagaimana kesabaran PKR ketika berurusan dengan parti rakan dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).

Warga China mungkin ketuai Proton.....

Proton Geeley
Rakyat China dikatakan bakal mengetuai Proton selepas syarikat pengeluar kereta terbesar di China, Zhejiang Geely Holdings Group Co Ltd (Geely) pada Mei lalu membeli 49.9 peratus saham pengeluar kereta nasional Malaysia itu.
Tokoh automotif China, Li Chunrong (Gambar bawah) secara rasmi telah menyertai kumpulan pengurusan kanan Geely serta menduduki jawatan Ketua Eksekutif Proton, lapor Berita Harian hari ini memetik pendedahan portal China, Automotif Review.
Li ChunrongChunrong sebelum ini menyertai Dongfeng Automobile pada 1987 dan dilantik sebagai Pengarah dan Timbalan Pengurus Besar Eksekusif Dongfeng-Honda Engine Co Ltd pada Julai lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan tidak campur tangan dalam soal pelantikan individu untuk menerajui Proton seperti diakui Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada awal Ogos lalu.
 Menurutnya, Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) kekal berstatus syarikat Malaysia walaupun melantik warga asing untuk memimpin syarikat tersebut.
Sementara itu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilapor Utusan Malaysia pada Mei lalu bahawa kerajaan tidak mempunyai kepentingan dalam perjanjian dengan Geely kerana melibatkan urus niaga antara syarikat swasta.
Langkah penjualan Proton itu ekoran kerugian besar yang dialami sejak beberapa tahun lalu sehingga memaksa Proton meminjam daripada kerajaan RM1.5 bilion bagi membolehkan pembayaran dibuat kepada vendor dan pembekal yang telah tertunggak selama lapan bulan.
Pada 2015 misalnya, Proton dicatat mengalami kerugian menghampiri RM650 juta manakala hampir RM150 juta pada tahun berikutnya dengan pada masa ini hanya mampu menjual kira-kira 5,000 unit sebulan.
Sejak Januari 2012, Proton yang mulai diwujudkan pada 1985 bukan lagi syarikat kerajaan sebaliknya syarikat persendirian apabila dibeli oleh DRB-Hicom.

SATU LAGI SUARA BERHARGA DARI ISTANA

Negara punya institusi yang lebih baik dan memiliki lebih kebebasan pada 'zaman awalnya' ketika ia dipimpin golongan penguasa yang tidak menyalahgunakan kuasa mereka, kata Tunku Zain al-Abidin Tuanku Muhriz, presiden Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas).
"Saya fikir sangat penting untuk mengenal pasti golongan elit yang menyalahgunakan instrumen dan jentera kerajaan untuk memperkaya diri mereka.
"Saya kira jika melihat kembali pada sejarah, saya fikir kita akan bersetuju pada zaman awalnya, ketika kita dipimpin oleh golongan elit (yang tidak berhasrat untuk memperkaya diri mereka), kita memiliki semak dan imbang yang lebih baik, kepimpinan yang lebih baik, intitusi yang lebih baik. Kita memiliki kebebasan yang lebih," kata beliau dalam dalam satu sidang demokrasi di Kuala Lumpur semalam.
Siapa Tunku Zain al-Abidin Tuanku Muhriz?
Beliau adalah anakanda kepada Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.
Bermakna, satu lagi suara daripada Istana telah muncul yang jelas memperlihatkan keadaan negara ketika ini tidaklah sebaik seperti yang digembar-gemburkan oleh media propaganda.
Keadaan negara, hakikatnya bukan saja tidak diyakini akan menjadi lebih baik pada masa depan dengan kepimpinan sedia ada, malah ternyata lebih buruk jika dibandingkan dengan era-era terdahulu.
Sebelum ini, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim adalah dua suara keramat dan berdaulat daripada Istana yang kerap tampil memperkatakan tentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam negara.
Sesungguhnya, kemunculan suara-suara daripada Istana seperti ini adalah pedoman paling berharga buat rakyat untuk memastikan negara ini sentiasa menjadi lebih baik, lebih baik dan terus lebih baik di masa-masa hadapan.
Lalu, marilah kita bersatu mewujudkan kerajaan baru untuk masa depan Malaysia yang lebih jitu dan tidak haru-biru.

Penjuru politik di Malaysia

KATA orang, nilai-nilai murni sering dikompromi dalam politik apabila pelakunya mula mengamalkan pendekatan "matlamat menghalalkan cara".
Dalam politik demokrasi, mencapai kemenangan melalui pilihan raya tentulah satu matlamat yang dijangkakan. Namun, menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), parti-parti pembangkang masih kelihatan tidak teratur.
Puncanya ialah kerana kerjasama yang dijalin antara parti-parti pembangkang tidak pernah stabil melebihi tiga penggal. Manakala Barisan Nasional (BN) dilihat begitu stabil sejak sekian lama, meskipun berdepan dengan pasang surut pergolakan dari semasa ke semasa.
Kestabilan lawan kebebasan
Dari satu sisi, beza pendapat di kalangan parti pembangkang sebenarnya amat baik untuk demokrasi di Malaysia. Dengan perbezaan pendapat itu, kita tahu dasar-dasar yang ingin dijalankan jika mereka berkuasa, akan disaring dengan lebih ketat.
Kita akan lebih berpeluang untuk mendengar wakil-wakil rakyat daripada parti pemerintah bersikap kritikal terhadap dasar-dasar kerajaan sendiri. Ini dizahirkan dari semasa ke semasa dalam pentadbiran di Selangor dan Pulau Pinang khususnya.
Namun, sikap kritikal bukan bermaksud menggantung keputusan sampai bila-bila. Kata orang putih, kita boleh berhujah sampai lembu pulang ke rumah.
Namun, tugas utama pemimpin ialah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Apa juga perdebatan boleh diteruskan, namun mesti ada keputusan yang jelas dan tegas dari semasa ke semasa.
Mengambil kira sudut pandangan ini, tidak hairanlah bila ketidakstabilan parti-parti politik pembangkang begitu merimaskan ramai pihak. Mungkinkah ini faktor utama kemenangan BN? Apakah ia petunjuk orang ramai (baca: pengundi) cenderung memilih kestabilan berbanding kebebasan?
Hala tuju parti pembangkang
Tidak keterlaluan jika dikatakan ketidakstabilan parti-parti pembangkang sejak dulu berpunca daripada kegagalan mereka bekerja berorientasikan misi.
Apa yang digambarkan sebagai misi ialah mengalahkan BN. Walaupun ini boleh dijangkakan dengan mudah, ia bukanlah misi sebenar. Mengalahkan BN hanyalah langkah awal untuk mencapai misi kerjasama parti-parti pembangkang.
Apakah misi Pakatan Harapan (PH)? Jika kita membuat carian maya, ia hampir sukar ditemukan. Walhal inilah yang patut diberi penekanan seia sekata oleh semua pemimpin parti-parti pembangkang.
Namun, umum boleh membayangkan perjuangan parti-parti pembangkang ialah untuk mewujudkan Malaysia yang lebih bebas, adil, maju dan bersatu selaras dengan cita-cita kemerdekaan dan prinsip-prinsip umum Perlembagaan.
Cabaran seterusnya ialah menghidupkan semangat kebersamaan dalam mencapai misi ini. Dengan itu, tidak banyak perbezaan akan kelihatan lebih menonjol.
Selain PH, PAS juga merupakan parti pembangkang berpengaruh dan mengambil sikap untuk berada di luar kerjasama itu, sebaliknya membentuk sebuah kerjasama baru yang dinamakan sebagai Gagasan Sejahtera.
Tidak banyak maklumat yang kita dengar mengenai Gagasan Sejahtera berbanding PAS sendiri. Tidak dapat dipastikan sudah berapa kali mereka bermesyuarat, dasar-dasar bersama kerjasama mereka mahu pun persediaan menghadapi PRU14.
Biar apa pun pandangan yang ada terhadap PAS, kekuatan mereka sebenarnya ada pada sandaran kepada misi untuk menubuhkan negara Islam melalui perlaksanaan hukum syariah sebagaimana yang diyakini.
Sama ada ia merupakan dasar bersama Gagasan Sejahtera, itu tidak jelas.
Pergolakan pembangkang
Sebenarnya, pergolakan parti-parti pembangkang memang boleh dijangka. Sejak Reformasi 1998, kerana tuntutan keadaan, mereka kurang memberi perhatian kepada misi yang ingin dicapai.
Apa yang dinamakan sebagai kerjasama hanya terhad kepada menghadapi pilihan raya. Maka tidak hairanlah akhirnya Barisan Alternatif (BA) terkubur.
Pembentukan Pakatan Rakyat (PR) selepas kejutan semasa PRU12 nampak semakin baik. Namun, jika kita melihat konvensyen PR dan konvensyen Menteri-Menteri Besar-Ketua Menteri PR dan komitmen terhadap apa yang dibincangkan, kita boleh mengagak ia tidak cukup utuh. Kesannya, PR lumpuh dan berkubur tanpa nisan.

China melabur, Malaysia melebur

PROJEK Landasan Keretapi Pantai Timu (ECRL) dicanang oleh Perdana Menteri Najib Razak sebagai "game changer" untuk pembangunan Malaysia terutamanya di negeri pantai timur.
Ia mempunyai laluan sepanjang 688km bermula dari Gombak sehingga ke Kota Bharu. Mengikut data rasmi daripada pihak kerajaan, projek ini akan menelan belanja sebanyak RM55 bilion dan 85% daripada kos ini akan dibiayai China melalui Exim Bank manakala baki 15% akan dibiayai oleh program sukuk.
Pelaburan daripada China ini dalam erti kata mudah membawa maksud kerajaan Malaysia meminjam duit dengan kerajaan China bagi membiayai projek ini dengan kadar faedah sebanyak 3.25%.
Ia juga berserta syarat 70% daripada kontraktor mestilah daripada syarikat China iaitu China Communications Construction Company Ltd (CCCC) manakala baki 30% akan diisi oleh kontraktor tempatan. Projek ini dijangka siap pada tahun 2024.
ECRL sebagai "game changer"
Najib dan kerajaan Barisan Nasional (BN) mencanang ECRL sebagai "game changer" berdasarkan beberapa perkiraan, antaranya ialah ia akan memendekkan masa perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Kota Bharu kepada kurang empat jam berbanding menggunakan kereta atau bas iaitu 8 hingga 12 jam sewaktu musim perayaan.
Janaan pendapatan bagi projek ECRL ini akan menumpukan kepada kargo sebanyak 70% (53 juta kargo setahun) berbanding dengan penumpang yang hanya akan menyumbang sebanyak 30% (5.4 juta penumpang setahun) sahaja.
Bagi mempersiapkan fasiliti ke arah sasaran itu, pelabuhan Kuantan akan ditambah baik dengan mempertingkatkan kapasiti bagi membolehkan menerima kapal kargo jenis 18,000 TEU.
Terdapat juga kerjasama antara kerajaan Malaysia dan China bagi membolehkan 3,600 pelajar Malaysia menjalani latihan di bawah program seliaan beberapa buah universiti tempatan termasuk dua universiti China.
Melalui program ini, mereka yang menamatkan latihan akan terus diserapkan sebagai pekerja ke dalam syarikat MRL, CCCC Ltd atau sub-kontrator bagi kedua-dua syarikat ini.
Kerajaan menjangkakan Grow Domestic Product (GDP) akan meningkat sebanyak 1.5% setahun bagi negeri-negeri pantai timur apabila laluan ECRL ini mula beroperasi.
Asas kritikan terhadap ECRL
Projek ini mendapat kritikan banyak pihak, terutamanya di kalangan pihak pembangkang. Nada yang sama diluahkan ramai pakar ekonomi yang menyuarakan kebimbangan sama mengenai projek ini.
Profesor Jomo KS, (bekas penolong setiausaha agung bagi pembangunan ekonomi PBB) mengkritik keras projek ECRL dengan mempersoalkan data daripada pihak kerajaan yang kononnya projek ini mensasarkan 53 juta kargo setahun.
Menurut beliau, kapasiti kargo diseluruh negara seperti yang dibawa oleh KTM hanyalah sekitar 6 juta kargo setahun.
Beliau juga melahirkan kebimbangan projek ini akan berakhir seperti yang berlaku pada laluan kereta api Kemaman-Kuantan yang telah siap bertahun-tahun lamanya namun amat jarang sekali digunakan.
Profesor Hoo Ke Ping (pakar ekonomi) pula membentangkan persoalan yang menarik apabila beliau memberikan gambaran mengenai industri kapal kargo yang mana lebih 60% daripada pemain industri kargo akan beralih kepada kapal kargo yang mempunyai kapasiti kargo yang lebih besar iaitu daripada 10,000 TEU kepada 18,000 TEU.
Menurutnya, kapal bersaiz gergasi ini lebih gemar untuk memilih perlabuhan yang berkala lebih besar seperti Pelabuhan Tuas di Singapura yang mana mampu menerima 65 juta kargo setahun dan tidak berlabuh di perlabuhan kecil.

Saifuddin: PKR terikat keputusan HARAPAN

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau maklum berkaitan warkah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggesa parti itu tetap berunding dengan PAS.

Bagaimanapun, katanya, parti-parti Pakatan Harapan, termasuk PKR terikat dengan beberapa kenyataan berkaitan perundingan kerusi pilihan raya.
"Sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) boleh membuat gesaan untuk membuka rundingan dengan PAS, hakikatnya HARAPAN telah membuat keputusan dan keadilan (PKR) sendiri terikat dengan keputusan Pakatan Harapan.
"Hampir dua tahun gesaan DSAI (Anwar) dan rundingan dengan PAS dibuat oleh beberapa pimpinan PKR namun tidak sampai kepada rundingan pembahagian kerusi.
"Pimpinan PAS sendiri mengumumkan akan bertanding lebih 100 kerusi parlimen termasuk (kerusi PKR) di Gombak, Permatang Pauh dan Lembah Pantai," kata Saifuddin kepada Malaysiakini.

Beliau berkata PAS telah meletakkan syarat-syarat, malah sebelum parti itu mahu terlibat dalam rundingan dengan PKR.
"Manakala pimpinan (PKR) yang berunding dengan PAS pula memaklumkan bahawa PAS letak syarat jangan usik kerusi PAS, pimpinan PKR jangan turun berkempen di Kelantan dan lain-lain lagi sebagai syarat untuk PAS sedia bincang dengan PKR," kata beliau.
Dengan latar yang sedemikian, Saifuddin berkata HARAPAN akan meneruskan rundingan kerusi, mengagihkan kerusi PAS di kalangan empat parti komponen gabungan itu.
"Dalam proses ini semua kerusi PAS turut dibuat tuntutan oleh semua parti tanpa kecuali. Masih ada pertindihan tuntutan antara parti dan ada yang telah bersih tidak bertindih.
"Yang bertindih sedang diselesaikan secara bilateral dan trilateral. Langkah ini bertepatan dengan keputusan majlis presiden HARAPAN yang tidak lagi berurusan dengan PAS.
"Adalah sukar untuk PKR membuat rundingan dengan PAS soal pembahagian kerusi kerana proses yang sedang berlangsung hanya melibatkan parti-parti dalam Pakatan Harapan," kata Saifuddin yang terlibat rundingan kerusi itu.
Setakat ini, Saifuddin berkata HARAPAN telah selesai pusingan pertama rundingan untuk kerusi parlimen di semenanjung Malaysia dan kesemua parti telah menyatakan kerusi yang dituntut untuk ditandingi.
"Apakala selesai rundingan kerusi bertindih parlimen, keadilan dan parti-parti dalam HARAPAN akan teruskan dengan kerusi-kerusi dewan undangan negeri di setiap negeri. Kerusi-kerusi ditandingi PAS akan turut diagihkan," kata beliau.
Saifuddin berkata pesan yang ingin disampaikan beliau adalah di sebalik gesaan untuk berunding dengan PAS, para pemimpin yang mewakili PKR merundingkan kerusi dalam HARAPAN perlu meneruskan tugasan itu tanpa mengambil kira 'faktor PAS'.
"Masa makin suntuk. Langkah yang lebih realistik adalah bekerja dalam kerangka HARAPAN," kata beliau.

Nilai Maruah Melayu Amat Murah

A Kadir Jasin
SEMUA bangsa mengaku ia bermaruah. Begitu jugalah dengan Melayu.
Nilai maruah Melayu hanya beberapa ringgit
Malah kalau kita dengar ketua-ketua Umno bercakap, jalan ceritanya amat menakutkan - Melayu akan hilang maruah dan jadi bangsat kalau parti mereka kalah pilihan raya.
Tetapi berapakah nilai maruah dan kebumiputeraan Melayu?
Jawapan yang sepatutnya ialah “tidak ternilai” (priceless). Maruah dan kebumiputeraan Melayu tidak boleh atau tidak akan dijual beli.
Tetapi ketua-ketua Umno dan konspirator bukan Melayu mereka dari MCA, Gerakan, MIC dan PPP telah meletakkan tanda harga kepada maruah dan kebumiputeraan Melayu dalam  beberapa bentuk.
Ikut nilai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), harganya di antara RM450 hingga RM1,200 satu kepala setahun. Bagi yang tertinggi, jumlahnya RM100 sebulan atau bersamaan RM3.33 sehari.
Kalau di Lembah Klang, ikut harga runcit Fama, bolehlah beli dalam 800 gram kangkung dan 500 gram daging ayam.
Tapi ikan kembung nampaknya tak mampu. Kalau harga RM20 sekilo, bolehlah beli hanya 166.5 gram sehari.
Itu nilai maruah dan kebumiputeraan orang Melayu ikut ukuran BR1M yang kononnya dicadangkan oleh Bank Negara.

Tapi sekarang ada satu lagi ukuran iaitu penanak nasi (rice cooker).

Hal ini menjadi tular dalam media sosial apabila tiga orang ketua Umno Perlis – (Datuk Seri) Shahidan Kassim, (Datuk) Zahidi Zainul Abidin dan (Datuk) Rozabil Abdul Rahman – dikenakan saman oleh seorang peniaga kelengkapan elektrik, Florence Lee Jye Wen, atas tuduhan mungkir janji.
Lee mendakwa tiga watak itu membuat tempahan dengannya bagi membeli 60,000 unit penanak nasi elektrik ukuran 1.8 liter dengan logo “DSSK” dicetak di atasnya.
Pembaca boleh mendapat maklumat lanjut di sini. Mohon maaf pautan dalam bahasa Inggeris. Tak jumpa berita dalam bahasa Melayu.
Kalau ikut butir dakwaan wanita Cina itu, harga maruah dan kebumiputeraan Melayu hanyalah RM74. Itulah harga seunit penanak nasi tersebut.
Itu pun untuk tempoh empat atau lima apabila berlaku pilihan raya umum (PRU).

Menjelang PRU14, tragedi 1999 hantui Umno di Terengganu

Menjelang PRU14, tragedi 1999 hantui Umno di Terengganu
Kebanyakan penduduk Terengganu tidak berpuas hati terhadap parti pemerintah Barisan Nasional yang diketuai Umno dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup. 
SELAMA bertahun-tahun dalam beberapa pilihan raya umum (PRU), Salmah Mahmud, 56, menyokong Umno di Terengganu kerana kata orang, kalau dikelar lengannya, darah keluar biru. Tetapi dalam PRU10 pada 1999, beliau tidak keluar mengundi; marahkan Umno kerana insiden mata lebam Anwar Ibrahim.
Menjelang PRU14, Salmah dan suaminya sekali lagi berazam untuk tidak juga keluar mengundi. Kali ini beliau marah kerana partinya yang memerintah negara dan negeri Terengganu gagal mengawal kenaikan harga barangan.
Bagi Salmah, salah kerajaanlah harga barang dan kos sara hidup meningkat kerana memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan sistem baru harga petrol yang turun naik setiap minggu.
"Malas saya nak keluar mengundi kali ini. Biar dia kalah sekali lagi. Baru mereka sedar apa yang kami alami di bawah ni," katanya semasa ditemui ketika sama-sama menyertai majlis sembelihan korban sempena Hari Raya Aidil Adha di Marang, Terengganu, tempat terletaknya kawasan parlimen Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Kerana tindakan Salmah dan rakan-rakannya dalam Umno pada tahun 1999, PAS menguasai Terengganu apabila mendapat 28 daripada 32 kerusi negeri. Hadi pada masa itu dilantik jadi menteri besar tetapi PAS hanya jadi kerajaan negeri untuk sepenggal.
"Masa itu kami marah kerana kes Anwar. Lagi pun masa itu Wan Mokhtar sudah lama jadi menteri besar (MB). Kami nak berubah juga kerana bosan MB yang sama saja," katanya merujuk kepada MB Terengganu sebelum Hadi, Wan Mokhtar Ahmad.
Apa yang dirasai Salmah turut dirasai oleh jentera Umno di kampungnya dan juga di kebanyakan tempat di Terengganu.
Selalunya menjelang pilihan raya macam sekarang, mereka sangat sibuk menguruskan pelbagai program parti. Setiap hujung minggu bas biasanya keluar masuk ke kampung untuk membawa pengundi "makan angin" ke pelbagai destinasi, misalnya ke Langkawi atau Kuala Lumpur.
Namun tahun ini, walaupun angin pilihan raya bertiup kencang, aktiviti Umno tidak menampakkan mereka bersedia untuk menghadapi pilihan raya.
Cakap-cakap kononnya Umno hendak menyerahkan Terengganu kepada PAS juga mula sampai ke telinga mereka. BN kini hanya mempunyai majoriti tipis dalam Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 32 kerusi itu. BN hanya ada 17 manakala pembangkang 15, yang 14 daripadanya dimiliki PAS manakala PKR satu kerusi.
Suami Salmah, Mokhtarudin Ahmad, 60, juga tertanya-tanya betulkah cerita yang mula tersebar di Terengganu itu.
"Takkan kerana nak kerjasama dengan PAS kita serah Terengganu kepada mereka," katanya yang jelas tidak puas hati kalau benar berita yang sampai ke telinganya itu.
Kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Annuar Musa baru-baru ini bahawa Umno menyerahkan kepada budi bicara presiden parti, Najib Razak untuk menentukan urusan kerjasama dengan PAS menghangatkan lagi desas desus itu: kononnya ada kata sepakat Terengganu dan Kelantan akan diserah kepada PAS kalau dua parti itu bekerjasama.
Bagi Naib Ketua Umno Kuala Nerus, Apli Yusof, agak payah juga untuk penyokong kuat Umno dan PAS menerima kerjasama itu kerana bukan sedikit luka dan parut kesan pertelagahan dua parti Melayu itu sejak sekian lama.
Namun, beliau mengaku hubungan antara Umno dan PAS di Terengganu memang semakin rapat sejak kebelakangan ini.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Khairudin Aman Razali dari PAS baru-baru ini dilihat naik kereta bersama Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman, yang juga Adun Seberang Takir, kerusi yang terletak dalam kawasan Parlimen itu.
Gambar itu menjadi tular di laman sosial dan hangat jadi buah mulut antara penyokong kedua-dua parti yang selama ini tidak berlaga angin itu.
Perangkap Umno
PAS sebelum ini mengumumkan akan membentuk pakatan pembangkang kedua yang dikenali dengan nama Gagasan Sejahtera Rakyat dan akan ikut bertanding dalam pilihan raya menentang Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
Tetapi ada dalam kalangan pencatur strategi PAS yang percaya kalau parti Islam itu bertembung tiga penjuru, ia sebenarnya sedang masuk ke dalam perangkap yang disediakan oleh Umno. Dalam keadaan Umno yang tidak kuat di negeri itu, perangkap ini diyakini cara untuk mengekalkan Umno di Terengganu.
Walaupun menguasai negeri, Umno Terengganu terdera dengan konflik dalaman setelah berlaku perebutan kerusi menteri besar selepas PRU12 pada 2008. Kerusi MB bertukar tangan kepada Ahmad Said apabila Sultan Terengganu tidak berkenan dengan Idris Jusoh yang jadi pilihan Umno di Kuala Lumpur.
Selepas PRU13, Ahmad Said pula tidak berpuas hati apabila cuba diberhentikan sebagai MB kerana kononnya tempoh beliau hanya untuk sepenggal saja. Beliau kemudian meletak jawatan, membuka jalan kepada Ahmad Razif Abdul Rahman menjadi menteri besar.
Ahmad kemudian memukul canang mengatakan beliau “diturunkan kerusi” kerana enggan bersetuju mencagarkan hasil gas dan minyak Terengganu untuk 1Malaysia Development Berhad yang asalnya dikenali sebagai Terengganu Investment Authority (TIA).
Ahmad Said tahun lalu mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif dengan sokongan lapan Adun Umno dan wakil tunggal Adun PKR.
Namun 14 Adun PAS diketuai Hadi enggan memberikan sokongan. Kerajaan negeri kekal di bawah Umno, Ahmad Razif kekal jadi MB tetapi pergeseran dalaman parti itu tidak dapat disembunyikan lagi.
Sekarang ini pula, timbul lagi desas desus ada nama lain yang sudah disebut-sebut akan jadi pengganti Ahmad Razif selepas PRU14 nanti.
Tetapi pada masa sama, baik bekerjasama atau tidak, kedua-dua parti itu harus juga berdepan dengan parti serpihan PAS, Amanah yang kini mengepalai usaha PH menawan negeri itu. Ketua Amanah Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah baru-baru ini diumumkan sebagai pengerusi PH negeri.

Trump bakal tekan Najib beli senjata AS, kata diplomat veteran

Bekas duta Malaysia ke Kanada berkata Trump hanya mahu mengimbangi kuasa dan pengaruh AS di rantau Asia Timur.
trump-najib
Seorang diplomat veteran menyifatkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengundang Datuk Seri Najib Razak ke Rumah Putih minggu depan antara lain kerana mahu mengawal “kemesraan ketara” perdana menteri dengan China kebelakangan ini.
Di sebalik dakwaan pihak tertentu undangan itu berkaitan dengan usaha menangani isu Korea Utara dan keganasan, Dennis Ignatius percaya Trump hanya mahu mengimbangi kuasa dan pengaruh AS di rantau Asia Timur dengan memfokus hubungan Malaysia-China pada masa sekarang.
“Alasan sebenar jemputan itu mungkin lebih berkaitan dengan peningkatan hubungan Najib dengan China berbanding apa jua perkara lain,” kata bekas duta Malaysia ke Kanada itu.
Dalam penulisannya, Dennis berkata, tentera AS dan industri ketenteraan negara itu juga dilihat tidak berpuas hati dengan kecenderungan Malaysia yang semakin meningkat ke arah Beijing selain pembelian kelengkapan ketenteraan daripada China.
Menurut beliau, tentera laut AS juga tidak selesa atas prospek roket pelancar buatan China, radar dan kemudahan risikan yang dipasang di Johor, bersebelahan kedudukan sensitif tentera laut mereka di Singapura.
“Ia juga bimbang mengenai peningkatan akses China kepada pangkalan tentera laut Malaysia dan kelemahan Malaysia dalam menyelesaikan (isu) tuntutan maritim membabitkan China di Laut China Selatan,” tambah beliau.
Dennis berkata Washington berharap untuk terus menekan Najib dengan harapan sekurang-kurangnya boleh membentuk hubungan yang lebih seimbang antara AS dan China.
Najib akan mengadakan pertemuan dengan Trump pada 12 September ini di White House.
Pertemuan itu berlaku di sebalik tindakan Jabatan Kehakiman (DoJ) berusaha merampas aset mewah dan harta yang didakwa menggunakan dana yang dicuri daripada syarikat milik kerajaan Malaysia 1MDB yang ditubuhkan Najib.
DoJ sebelum ini memfailkan saman sivil untuk merampas sejumlah aset bernilai AS$1.7 bilion yang menurutnya dibeli menggunakan dana dilarikan daripada 1MDB.
Dennis berpandangan untuk “bertindak” ke atas Najib yang sudah “terlalu banyak berhutang dengan China supaya menarik diri (daripada terlalu mesra)”, Trump, yang memulakan tempoh perkhidmatan sebagai presiden Januari lalu, akan meminta Putrajaya supaya membeli kelengkapan senjata AS, mungkin pesawat pejuang negaranya untuk menggantikan armada jet pejuang Rusia.
Menurutnya, Trump boleh berbangga dapat membantu menyelamatkan pekerjaan rakyat AS serta meminta Malaysia menawarkan AS lebih banyak akses kepada tentera laut, angkatan udara dan kemudahan tenteranya.