Ahad, 3 September 2017

BN, PAS bakal menderita jika persaingan PRU14 3 penjuru

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong mendakwa pertarungan 3 penjuru antara Pakatan Harapan, BN dan PAS dalam PRU14 akan memberi kesan buruk kepada BN, dengan PAS bakal mengalami nasib paling buruk.
liew-chin-tong-bnp
PETALING JAYA: Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong mendakwa pertarungan 3 penjuru antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan memberi kesan buruk kepada BN, dengan PAS bakal mengalami nasib paling buruk.
Ahli Parlimen Kluang berkata, pengundi-pengundi yang menyokong Umno pada pilihan raya umum lalu kini beralih kepada PH kerana tidak bersetuju dengan parti itu dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Ada juga yang mengundi PAS dalam pilihan raya lalu beralih kepada PH kerana tidak bersetuju dengan idea PAS bekerjasama dengan Umno apabila pemimpinnya Najib dibebani dengan skandal terburuk negara,” kata beliau merujuk kepada isu 1MDB.
Beliau juga memetik faktor ekonomi seperti pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), nilai ringgit yang susut dan pemansuhan subsidi memberi kesan kepada rakyat Malaysia dalam pilihan mereka di peti undi.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas ucapannya pada bengkel pilihan raya DAP Johor di Batu Pahat hari ini, Chin Tong berkata, tanggapan bahawa persaingan 3 penjuru akan memberi manfaat kepada Umno dan BN hanya 1 tanggapan semata-mata.
Beliau berkata persaingan sedemikian akan memberi manfaat kepada BN dan PAS sekiranya PH lemah dan tidak ada sasaran.
“Tetapi PH adalah kerajaan alternatif yang kuat dan menarik bagi mereka yang menentang pemerintahan kleptokrat Najib dan mereka yang ingin melihat permulaan baharu untuk Malaysia.
“Kedua-dua Umno dan PAS hanya akan ditinggalkan dengan penyokong mereka yang paling tegar, manakala yang lain beralih kepada PH.”
Beliau berkata PH perlu memberi penerangan kepada pengundi untuk membezakannya daripada Umno yang diketuai Najib dan PAS.
Beliau berkata adalah perlu untuk menjelaskan bahawa mengundi PAS akan menjadi undi bagi Najib.
“Malah penyokong PAS dapat disedarkan yang pemimpin mereka yang tercinta sekarang bersekongkol dengan Najib untuk melakukan lebih banyak kerosakan kepada negara,” katanya.
Chin Tong juga berkata Najib dan isu 1MDB telah menyebabkan perpecahan dalam Umno, dengan mengakibatkan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal dari Kabinet pada Julai 2015. Ia akan memberi kesan kepada pengundi.
Muhyiddin kemudiannya membantu membentuk PPBM manakala Shafie menubuhkan Parti Warisan Sabah untuk mencabar BN.

Ideas: Institusi Malaysia nikmati lebih banyak kebebasan sebelum ini

Presiden pengasas Ideas Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz berkata pada tahun-tahun awal perjalanan negara, rakyat diketuai golongan elit di mana mempunyai sistem "periksa dan imbang yang lebih baik dan kepimpinan yang lebih baik."
Tunku-Zain-Al-Abidin-Tuanku-Muhriz-4
KUALA LUMPUR: Institusi-institusi Malaysia pernah berada dalam kedudukan lebih baik dan menikmati lebih banyak kebebasan sebelum ini, demikian menurut presiden pengasas Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz.
“Sekiranya kita melihat sejarah, saya fikir … akan bersetuju bahawa pada awal tahun … kita mempunyai institusi-institusi yang lebih baik,” kata beliau ketika bercakap pada persidangan serantau bertajuk “Keadaan Demokrasi di Asia Tenggara: Pencapaian, Cabaran, Prospek”.
Bercakap di bawah tajuk “Bagaimana Mengurus Pluralisme dan Identiti Politik Dalam Demokrasi”, beliau memberitahu, golongan elit juga mempunyai peranan yang relevan dalam aspek tersebut.
Justeru beliau menambah, adalah penting untuk menyedari bahawa terdapat golongan elit yang menyalahgunakan kuasa untuk memperkaya diri dan terdapat juga mereka yang tidak berbuat demikian.
Tambah beliau, pada tahun-tahun awal perjalanan negara rakyat diketuai golongan elit di mana mempunyai sistem “periksa dan baki yang lebih baik dan kepimpinan yang lebih baik.”
Beliau berkata elit atau keluarga elit mengambil berat tentang kebebasan dan mereka mahu melihat peluang anak mereka selamat juga.
“Saya fikir ia sangat penting untuk mengenal pasti golongan elit yang menyalahgunakan instrumen dan jentera kerajaan untuk memperkayakan diri mereka dan orang lain yang tidak,” katanya.

'Terima kenyataan pertembungan 3 penjuru'


Pemimpin parlimen DAP Lim Kit Siang berkata Pakatan Harapan (HARAPAN) perlu menerima kenyataan yang mereka terpaksa bertembung tiga penjuru dengan PAS dan BN.
"Pimpinan dan parti-parti HARAPAN mesti berdepan dengan realiti politik bahawa pertembungan tiga penjuru melibatkan PAS, malah di Selangor akan terjadi juga dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 nanti.
"Sebab itulah lebih awal kita menerima realiti politik ini, lebih besar peluang HARAPAN untuk menewaskan Umno BN malah dalam pertembungan tiga penjuru bagi membawa perubahan ke atas kerajaan persekutuan di Putrajaya dan kerajaan Johor di Nusajaya untuk kali pertama dalam sejarah," kata beliau dalam kenyataan media hari ini.
Memandangkan HARAPAN 'sedang berlawan dengan masa', Lim menekankan kepentingan gabungan itu untuk menyediakan penjelasan.
"Terdapat keperluan untuk kejelasan terhadap keadaan politik tanpa tangguh lagi dan ia sangat penting untuk memperuntukkan masa bagi menyampaikan kepada 3.5 juta anggota Umno bahawa Datuk Seri Najib Razak mesti ditewaskan bagi menyelamatkan Malaysia daripada kleptokrasi global.
"Masa juga diperlukan untuk menjelaskan kepada jutaan ahli PAS bahawa sokongan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk Najib dan kleptokrasi globalnya merupakan sesuatu yang tidak akan dipersetujui oleh kepepimpinan sebelumnya seperti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Fadhil Noor atau Haji Yusof Rawa," kata beliau.
Lim turut berkata anggapan pertembungan tiga penjuru akan menguntungkan BN tidak semestinya benar dengan dinamika baru politik negara.
"Saya percaya jika ada pertembungan tiga penjuru dalam PRU14 di Johor, PAS tidak akan mesang satu pun kerusi dewan undangan negeri Johor dan peratusan undi yang diraih calon PAS diperingkat DUN akan berkurangan di antara 5 peratus ke 8 peratus.
"Ini kerana saya tidak percaya majoriti pengundi PAS akan bersetuju dengan sokongan politik Hadi kepada NAjib, 1MDB dan Malaysia menjadi negara kleptokrasi global," kata beliau.

PRU14: INILAH GAMBARAN PALING TEPAT!!

Apa yang disebut oleh Lim Guan Eng ini mungkin merupakan keadaan sebenar yang akan berlaku dalam PRU 14 akan datang iaitu PH lawan BN dan bukannya BN, PH dan Pas saling berebut untuk menjadi pemenangnya.

Meskipun Pas akan bertanding bersendirian, tetapi mereka jelas sudah menjadi sekutu BN dan bukan bertanding untuk menang pilihanraya bagi diri mereka sendiri.

Ini juga menjadikan buat pertama kali Pas bertanding untuk memenangkan pihak lain iaitu BN. Tidak kedapatan lagi UMNO dan BN dimusuhi oleh Pas seperti sebelumnya, sebaliknya sasaran mereka ialah DAP, Amanah dan Tun Mahathir Mohamad.

Najib Razak yang sedang berkuasa dan  semakin membawa kerosakan kepada negara tidak lagi "cacat" di mata Pas.

Di atas kertas, memang nampak seperti pertandingan tiga penjuru yang berlaku, namun hakikatnya hanya pertembungan dua penjuru saja yang wujud. 

Satu untuk mengekalkan BN berkuasa dan satu lagi untuk menjadikan PH mampu mengalahkan BN dan seterusnya dapat membentuk kerajaan yang baru. Pas adalah sekutu bantuan untuk mengelakkan BN dan Najib kehilangan kuasa.

Oleh yang demikian, ada baiknya dilupakan terus polemik mengenai perlu atau tidak bekerjasama dengan Pas, sama ada oleh PH atau mana-mana parti mahu pun individu tertentu dalam gabungan tersebut.

Lupakan saja parti tersebut, sebaliknya perkuatkan kempen dan penerangan kepada rakyat dan pengundi bahawa mengundi Pas atau BN akan menghasilkan keputusan yang sama - menjadikan Najib  terus berkuasa.

Segalanya sudah terang lagi bersuluh. PH tidak harus terus meraba-raba berjalan di dalam cahaya yang sudah terang. 

Sudah tiba masa bagi SPR guna sistem e-undi, kata ISIS

Sambil menyifatkan pengundian elektronik bakal menjadi amalan masa depan, Pengerusi dan Ketua Eksekutif ISIS, Tan Sri Rastam Mohd Isa berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seharusnya mula melaksanakan sistem itu.
rastam-e-vote-4
KUALA LUMPUR: Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) mahu Putrajaya mengkaji pelaksanaan pengundian elektronik (e-mengundi) dengan menggunakan kelebihan ledakan teknologi di sebalik kebimbangan sesetengah pihak mengenai jaminan keselamatan.
Sambil menyifatkan pengundian elektronik bakal menjadi amalan masa depan, Pengerusi dan Ketua Eksekutif ISIS, Tan Sri Rastam Mohd Isa berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seharusnya mula melaksanakan sistem itu.
“Jika India boleh mula melaksanakan e-mengundi, kenapa tidak kita boleh?
“Jika anda melihat agensi perbankan dan kerajaan, mereka masuk ke dalam perbankan dalam talian dan penyerahan borang,” kata beliau kepada FMT hari ini.
Kata beliau, sekiranya banyak agensi sudah mula menggunakan urusan atas talian dalam menyediakan perkhidmatan sistem pilihan raya wajar menggunakan aspek itu dalam mengurusakan proses pengundian.
“Orang mengatakan ia tidak selamat untuk mengundi dalam talian. Tetapi bagaimana dengan perbankan dan agensi kerajaan? Mereka tahu ada risiko tetapi mereka telah mengambil langkah yang betul.
“Orang boleh mengundi dengan santai di Starbucks, stesen kereta api atau tempat lain. Tetapi ada risiko dan keperluan ini perlu dipertimbangkan.”
Dua tahun lalu, SPR berkata tidak kepada kepada sistem pengundian secara elektronik.
Pengerusi SPR ketika itu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata lebih baik untuk negara berpegang kepada kaedah konvensional di mana pengundi perlu secara fizikal membuang undi di atas kertas di tempat-tempat mengundi di seluruh negara.
Beliau berkata sistem yang digunakan di Malaysia telah diuji dari masa ke semasa dan tidak ada sebab untuk negara untuk mengikut langkah negara-negara yang telah memperkenalkan e-voting.
“Tidak ada bukti kukuh lagi yang menunjukkan bahawa e-voting adalah satu sistem yang terjamin dan tidak boleh dimanipulasi.
“Sistem semasa masih terbaik. Tidak ada keperluan untuk kita melaksanakan e-voting kerana ia bukan sahaja tidak perlu tetapi sangat berisiko dari segi keselamatan,” katanya.
Penyokong e-mengundi berkata kerajaan akan menjimatkan berjuta-juta ringgit dari segi percetakan kertas undi, pengedaran, keselamatan dan logistik jika teknologi digunakan bagi menggantikan sistem pengundian tradisional yang rumit.

Ia pertembungan PH lawan BN dan sekutunya PAS

WALAUPUN PAS menarik diri daripada Pakatan Harapan, pertandingan pada pilihan raya umum akan datang masih lagi antara pakatan pembangkang dan parti memerintah Barisan Nasional, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Ini kerana PAS sudah menjadi “sekutu” kepada BN, katanya yang juga ketua menteri Pulau Pinang.
“Walaupun dalam pertembungan tiga penjuru, ia jelas bahawa PAS bersama dengan Umno. Sebenarnya, ianya adalah pertembungan satu lawan satu antara BN dan sekutunya PAS dengan PH,” katanya kepada pemberita di Pulau Pinang.
Minggu lalu, PH memutuskan untuk tidak mengadaan perbincangan dengan PAS mengani kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14, dan ini bermakna parti komponen pembangkang DAP, PKR, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan berdepan dengan kedua-dua PAS dan BN untuk kerusi bagi mendapatkan Putrajaya.
Sebelum ini, terdapat kumpulan dalam PKR yang cuba mendekati PAS untuk berbincang bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru, terutamanya di negeri di bawah PKR Selangor, di mana PAS mewakili 13 kerusi.
PKR terbuka untuk berbincang dengan PAS, namun parti Islam itu tidak berminat dan dilihat semakin condong kepada Umno menyebabkan perpecahan dalam parti dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan parti PH yang lain.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang dilaporkan sering berhubung dengan presiden Umno yang juga Perdana Menteri Najib Razak – iaitu orang yang bertanggungjawab memutuskan sama ada untuk jadikan musuh tradisi kepada rakan.
Bagaimanapun PAS menafikan sebarang perbincangan dengan Umno, timbalan presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menyangkal dakwaan mereka mengadakan rundingan dengan Umno untuk merampas Selangor daripada PH dan mendakwanya sebagai “fitnah besar”.
Lim berkata PAS, yang akan bersendirian pada PRU14, tiada harapan untuk menubuhkan kerajaan pada kedua-dua peringkat negeri dan persekutuan.

'Dulu negara ada semak dan imbang yang lebih baik' - Tunku Zain al-Abidin Tunku Muhriz

Negara punya institusi yang lebih baik dan memiliki lebih kebebasan pada 'zaman awalnya' ketika ia dipimpin golongan penguasa yang tidak menyalahgunakan kuasa mereka, kata Tunku Zain al-Abidin Tunku Muhriz, presiden Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas).
"Saya fikir sangat penting untuk mengenal pasti golongan elit yang menyalahgunakan instrumen dan jentera kerajaan untuk memperkaya diri mereka.
"Saya kira jika melihat kembali pada sejarah, saya fikir kita akan bersetuju pada zaman awalnya, ketika kita dipimpin oleh golongan elit (yang tidak berhasrat untuk memperkaya diri mereka), kita memiliki semak dan imbang yang lebih baik, kepimpinan yang lebih baik, intitusi yang lebih baik. Kita memiliki kebebasan yang lebih," kata beliau.
Beliau bercakap dalam panel perbincangan berjudul 'How to manage pluralism and identity politics in democracies’ pada suatu sidang mengenai demokrasi di Asia Tenggara di Kuala Lumpur hari ini.
Sebelumnya, beliau berkata Asean tidak boleh terus dipimpin oleh golongan elit politik dan birokrat.
"Satu-satunya cara kita dapat mengatasi kekurangan demokratik ini dengan menggalakkan kesemua komuniti, terutamanya anak-anak muda untuk mengambil kepemilikan dalam agenda Asean (dan) menyemainya dengan keluhuran undang-undang dan hak asasi manusia.
"Inilah satu-satunya cara kita dapat mengatasi percambahan politik identiti," kata beliau.
Hal ini menurut beliau kerana 'para aktor politik' di setiap negara akan mengekploitasi perbezaan bagi manfaat pilihan raya, seperti perbezaan dalam kaum, agama, bahasa, kelas, kasta, rantau geografi dan jurang usia antara generasi.
Beliau juga memberi amaran kegagalan untuk menangani isu-isu ini akan terpercik memberi kesan ke negara-negara jiran.
Namun, beliau juga berkata 'golongan elit ini' memiliki tanggung jawab dalam demokrasi juga.
"Mereka mengambil berat tentang kebebasan, mereka mahu menjaga peluang buat anak-anak mereka juga," kata beliau.

Ekonomi negara dijangka perlahan, 'kokok' Najib dipintas adiknya


Dr Dzulkefly Ahmad
Belum sempat perdana menteri dan Putrajaya hendak 'berkokok' selepas pengumuman pertumbuhan 5.8% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku kedua tahun ini, tokoh perbankan Datuk Nazir Razak yang juga adik Datuk Seri Najib Razak mengingatkan bahawa pertumbuhan ekonomi bagi separuh kedua tahun 2017  dijangka lebih perlahan.
Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan dalam suku pertama (1Q) 2017 sebanyak 5.6% dengan purata pertumbuhan pada separuh tahun 2017 (1H 2017) di tahap 5.7%.
"Nazir dan juga penganalisis dari bank-bank pelaburan lain, meramalkan suku ketiga (3Q) dan keempat (4Q) tahun 2017 ini, ekonomi akan tumbuh lebih perlahan.
"Ini menjadikan separuh tahun kedua (2H 2017) purata pertumbuhan lebih rendah. Pun begitu, pertumbuhan KDNK tahun 2017 pastinya lebih tinggi berbanding pencapaian 4.2% untuk 2016," ulas pengarah strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad.
Menurut Dr Dzulkefly, disamping faktor 'pertumbuhan' (growth) sebagai target 'ekonomi makro' (macroeconomy), dua lagi aspek ekonomi makro yang tidak kurang pentingnya bagi sesebuah negara adalah inflasi dan kadar pengangguran.
Sehubungan itu, beliau menasihati Datuk Seri Najib Razak agar tidak semata-mata bergantung kepada angka-angka pertumbuhan ekonomi apabila menjelaskan kepada rakyat tentang ekonomi negara.
"Amat menasabah Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), merakamkan bahawa data ekonomi pertumbuhan ini tidak pula diterjemahkan dalam realiti kehidupan rakyat.
"Wujud satu 'disconnect' atau 'kesenjangan' antara data ekonomi dan sentimen serta realiti rakyat," katanya.
Perkara ini, tambah Dr Dzulkefly disahkan oleh kajian tentang Indeks Sentimen Pengguna (ISP) oleh Malaysian lnstitute Economic Research (Mier).
ISP negara, jelas beliau masih berada di bawah 'aras optimistik' 100 dengan 76.6% pada suku tahun pertama kepada 80.7% pada suku tahun kedua.
Namun pada pada suku tahun ke-4 2016, ujarnya lSP jatuh ke paras 69.8% menunjukkan kegusaran rakyat dan pengguna.

Merujuk kepada inflasi, Dr Dzulkefly berkata tahap inflasi negara dianggarkan berada pada 3% hingga 4% sepanjang tahun ini ketika kenaikan gaji adalah amat minima dan kenaikan harga rumah sebagai contoh berlipat kali ganda.
"Kumpulan belia dan golongan muda sememang tidak tertarik dengan angka pertumbuhan ini. Mereka mahu tahu, bagaimana angka ini memberi kesan dan kebaikan kepada mereka di segi peluang pekerjaan dan mendapat gaji yang munasabah dan 'bermaruah'.
"Pertumbuhan 4.2% KDNK tahun 2016 lalu, tidak menjamin kesejahteraan hidup serta gaji atau tahap upah mereka. Sesungguhnya, kenaikan gaji secara 'penengah' (median) dan bukan purata (average) tahun 2016 adalah hanya RM20 sebulan (setelah diambil kira faktor inflasi).
"Sesungguhnya gaji purata golongan graduan baru dari 2007-2015, mengambil faktor inflasi, tidak banyak berubah," ujarnya.

Rafizi: PAS belum nafikan pertemuan Hadi-Najib

Saya mengalu-alukan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu rundingan kerusi di antara PKR dengan PAS yang banyak membantu menjelaskan latar belakang persetujuan beliau mengenai rundingan tersebut (ketika isu ini timbul dua tahun lalu) dan pandangan mutakhir beliau setelah dua tahun perkara ini berlanjutan.
Saya ada pilihan untuk tidak mengulas lanjut kenyataan tersebut, namun saya khuatir ia disalah erti sehingga menyebabkan Anwar menjadi sasaran cemuhan rakyat apabila kenyataan itu ditafsirkan secara sekerat-sekerat sehingga ia keluar dari konteks sebenar.
Sejak semalam, saya lihat ada pihak yang mendakwa kenyataan Anwar itu menjadi bukti bahawa strategi berunding dengan PAS hingga ke saat akhir itu datangnya dari Anwar sendiri.
Ramai penyokong PKR dan Pakatan Harapan serta rakyat terbanyaknya yang kecewa, tidak kurang juga yang menyerang Anwar.
Dengan keterbatasan yang beliau ada kerana terpenjara, pandangan Anwar selama ini pun (dalam sesuatu perkara) memang berbentuk panduan umum yang memberi garisan jelas pertimbangan-pertimbangan yang mesti diambil kira dalam membuat keputusan.
Beliau menyenaraikan sempadan-sempadan (“parameters”) supaya keputusan yang dibuat mengambil kira perkara-perkara penting yang ditetapkan oleh sempadan-sempadan itu.
Pertandingan tiga penjuru
Namun akhirnya, keputusan diserahkan untuk dibincangkan dan dimuktamadkan oleh pimpinan PKR dan Pakatan Harapan kerana beliau ada keterbatasan dari segi maklumat terkini yang diperolehi.
Dalam isu rundingan kerusi dengan PAS ini, keterbatasan maklumat itu lebih meruncing kerana satu-satunya saluran maklumat beliau yang paling kerap ialah melalui peguam-peguam Sivarasa Rasiah, Latheefa Koya dan N Surendren yang ketiga-tiganya adalah pendokong kepada cadangan bekerjasama dengan PAS untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru.
Sebab itu saya menyambut baik kenyataan Anwar semalam kerana ia mengulangi perkara-perkara prinsip yang telah beliau tegaskan sejak dua tahun lalu apabila isu-isu ini mula-mula timbul.
Perkara-perkara prinsip yang dirujuk oleh Anwar dalam kenyataan beliau adalah:
1. Segala bentuk kerjasama dengan PAS, kalau pun berlaku, mestilah dalam bentuk kerangka komitmen PKR dengan Pakatan Harapan (dan bukannya atas dasar PKR bersendiri dengan PAS)
2. Segala bentuk kerjasama dengan PAS, kalau pun berlaku, mestilah dalam konteks strategi pilihanraya nasional (yang merangkumi semua parti di dalam Pakatan Harapan dan semua kerusi di seluruh negara) dan bukannya terbatas kepada Selangor semata-mata
3. Pendekatan PKR untuk tidak memusuhi PAS bagi tujuan berunding adalah bersyarat kepada kesediaan PAS untuk saling berunding; dan (penilaian sama ada PAS masih bersedia untuk berunding itu) tertakluk kepada penilaian pimpinan PKR dan Pakatan Harapan dari semasa ke semasa
4. Kebimbangan mengenai sikap PAS terhadap Umno dan kemungkinan kerjasama di antara dua parti itu adalah satu pertimbangan penting; dan Anwar berpegang kepada penafian Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini
5. Tempoh masa rundingan yang lama yang tidak membuahkan hasil membawa risiko besar kepada persediaan menjelang Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14)
Semua perkara di atas adalah panduan-panduan yang telah digariskan oleh Anwar sejak dua tahun lalu. Oleh sebab itulah, PKR mengambil pendekatan untuk membidani penubuhan Pakatan Harapan dan pada masa yang sama terus mengekalkan hubungan dengan PAS selepas itu.
Kongres Khas
Seruan saya supaya keputusan mengenai rundingan dengan PAS dimuktamadkan segera oleh pimpinan (dan jika tidak, wajar diserahkan kepada pimpinan akar umbi untuk diputuskan melalui Kongres Khas mengikut peruntukan Perlembagaan parti) sebenarnya mengambil kira banyak perkembangan terkini yang telah menyentuh garis-garis sempadan yang ditentukan oleh Anwar sejak dua tahun lalu.

Rundingan PKR-Pas: Anwar hanya beri garis panduan, bukan arahan, tegas Rafizi



Penasihat umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya memberi garis panduan berhubung rundingan antara PKR dan Pas dan bukannya merestui usaha itu sehingga menjejaskan kepentingan Pakatan Harapan (PH).
Anwar IbrahimMalah naib presiden PKR Rafizi Ramli menjelaskan, dalam isu rundingan kerusi dengan Pas, Anwar yang menjalani hukuman penjara mempunyai keterbatasan maklumat dan satu-satunya saluran maklumat adalah melalui para peguam beliau iaitu Sivarasa Rasiah, Latheefa Koya dan N Surendren yang diketahui pendokong kepada cadangan bekerjasama dengan Pas untuk mengelak pertandingan 3 penjuru.

Sehubungan itu, katanya kenyataan Anwar semalam tidak boleh disalahertikan sebagai persetujuan untuk terus menggantung rundingan kerusi di peringkat Pakatan Harapan demi memujuk Pas sehingga ke saat akhir penamaan calon.
Rafizi menjawab kritikan pelbagai pihak terhadap kenyataan Anwar yang dilihat sebagai merestui rundingan Pas-PKR yang diusahakan timbalan presiden parti itu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan dakwaan bahawa usaha itu direstui Anwar.
"Saya mengalu-alukan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu rundingan kerusi di antara KEADILAN dengan Pas yang banyak membantu menjelaskan latar belakang persetujuan beliau mengenai rundingan tersebut (ketika isu ini timbul dua tahun lalu) dan pandangan mutakhir beliau setelah dua tahun perkara ini berlanjutan.
"Saya ada pilihan untuk tidak mengulas lanjut kenyataan tersebut, namun saya khuatir ia disalah erti sehingga menyebabkan Datuk Seri Anwar menjadi sasaran cemuhan rakyat apabila kenyataan itu ditafsirkan secara sekerat-sekerat sehingga ia keluar dari konteks sebenar.
"Sejak semalam, saya lihat ada pihak yang mendakwa kenyataan Datuk Seri Anwar itu menjadi bukti bahawa strategi berunding dengan Pas hingga ke saat akhir itu datangnya dari Datuk Seri Anwar sendiri. Ramai penyokong Keadilan (PKR) dan PH serta rakyat terbanyaknya yang kecewa, tidak kurang juga yang menyerang Datuk Seri Anwar," ujar Rafizi dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut Rafizi,  pandangan Anwar dalam sesuatu perkara ketika beliau terpenjara adalah berbentuk panduan umum yang memberi garisan jelas pertimbangan-pertimbangan yang mesti diambil kira dalam membuat keputusan.
Anwar, jelas Rafizi menyenaraikan sempadan-sempadan (parameters) supaya keputusan yang dibuat mengambil kira perkara-perkara penting yang ditetapkan oleh sempadan-sempadan itu.
Bagaimanapun tambah beliau, keputusan diserahkan untuk dibincangkan dan dimuktamadkan oleh pemimpin PKR dan Pakatan Harapan kerana Anwar mempunyai keterbatasan dari segi maklumat terkini yang diperolehi.

Ketua penerangan: Pemimpin menyamar ‘sumber’ jejaskan PKR

Ketua penerangan PKR menyifatkan tindakan bercakap kepada media sebagai 'sumber' tidak bertanggungjawab.
Syed-Ibrahim-Syed-Noh-rafizi-ramli-bendera-pkr-logo-malaysiaKetua penerangan PKR menggesa pemimpin parti itu supaya berani menamakan diri untuk pendapat mereka, selepas Rafizi Ramli mendakwa “2 hingga 3” pemimpin memberi maklumat palsu kepada media dengan menyamar sebagai “sumber dalaman”.
“Jika anda mahu bercakap sesuatu, buat secara jujur. Biar semua orang tahu itu pendirian dan pendapat anda. Tanpa sebarang keraguan,” kata Syed Ibrahim Syed Noh kepada FMT.
Beliau berkata, tindakan bercakap kepada media mengenai hal ehwal parti dengan menyamar sebagai “sumber” akan menjejaskan PKR.
Semalam, Rafizi menggesa PKR mengambil tindakan ke atas beberapa pemimpin yang menurutnya kerap memberikan maklumat tidak benar kepada media sambil “berselindung di balik sumber dalaman parti”.
“Selagi 2-3 orang ahli Biro Politik ini tidak berdisiplin dan memberikan maklumat salah kepada pihak media dan anggota parti, keadaan akan terus bercelaru,” katanya merujuk badan pembuat keputusan tertinggi dalam PKR.
Selasa lalu, Rafizi mendedahkan wujud kemelut serius di kalangan ahli Biro Politik PKR.
Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa pemimpin atasan yang menganggotai Biro Politik PKR berkuasa menentukan hala tuju parti sering tidak sealiran, malah keputusan yang dicapai juga tidak dihormati.

Dilema setinggan, dapat rumah baru tapi hilang tanah luas


Dilema setinggan, dapat rumah baru tapi hilang tanah luas
Penduduk Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Kerinchi terpaksa belajar menyesuaikan diri untuk hidup dalam kawasan yang terhad. 
DI tengah-tengah kota, sebuah penempatan bertingkat berwarna-warni di antara Lebuh Raya Pantai (NPE) dan Sungai Klang, dihuni segenap lapisan manusia. Rata-rata mereka adalah penduduk setinggan di Lembah Klang puluhan tahun dulu.
Lebih sedekad meninggalkan kediaman setinggan, minat bercucuk tanam tidak terhakis. Boleh dilihat di setiap sudut dan ruang di antara blok 94 dan 96, Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau dipenuhi tanaman.
Malah, ada juga beberapa kawasan dijadikan kebun dan rumah burung merpati.
Namun, bagi penduduk segala masih terbatas kerana ruang terhad selain kawasan tidak sesuai kerana kurangnya pancaran cahaya matahari.

Rosliza Darus mengakui perpindahan ke Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Kerinchi, Kuala Lumpur turut menyebabkan kenaikan kos hidup kerana semuanya perlu dibeli berbanding ketika tinggal di kawasan setinggan yang membolehkannya bercucuk tanam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 3 September, 2017.
Rosliza Darus mengakui perpindahan ke Perumahan Rakyat (PPR) 
Kampung Limau, Kerinchi, Kuala Lumpur turut menyebabkan 
kenaikan kos hidup kerana semuanya perlu dibeli berbanding ketika
tinggal di kawasan setinggan yang membolehkannya bercucuk tanam.
Keadaan itu dihadapi Rosliza Darus, 52, yang kini tidak lagi begitu aktif sebagaimana 30 tahun dahulu. Dahulu, terdapat pokok cili api tumbuh subur di laman rumah, kini pemandangan di luar rumah hanyalah pasu-pasu bunga yang kering.
“Makcik dulu pernah tanam cili depan rumah ini, tetapi mati sebab sini tak kena cahaya matahari. Sekarang tanam pokok limau dan letak dalam bilik yang kena cahaya matahari. Di setinggan dulu, segala macam sayur kami tanam.
“Di bawah kami ada buat kebun tetapi sekarang makcik sudah tak larat nak kerjakan sebab kena turun naik. Mujur, ada abang ipar jaga.
Dulu petik sayur, sekarang kena beli
Rosliza, ibu anak tiga berasal dari Kampung Limau berpindah di blok 96 pada 2006. Suri rumah itu akui banyak perubahan hidup yang dihadapi terutamanya dari segi kos sara hidup.
Semangat kejiranan juga semakin terhakis kerana masing-masing sibuk bekerja.
“Kos hidup di bandar memang tinggi. Dulu sayur, cili kita petik depan rumah. Sekarang kita ke pasar borong beli seminggu sekali.
“Tetapi kalau cili masak habis nak masak beli di kedai runcit, seringgit dapatlah dua batang,” katanya yang turut menjaga dua cucunya di rumah.
“Bila duduk di sini, bagusnya dah tak hadapi masalah banjir. Cuma sekarang, kita tidak berbual sangat dengan jiran macam dulu. Semuanya balik kerja tutup pintu. Buat kerja masing-masing.
Dua kanak-kanak lelaki asyik bermain di Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Kerinchi, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 3 September, 2017.
Dua kanak-kanak lelaki asyik bermain di Perumahan Rakyat (PPR) 
Kampung Limau, Kerinchi, Kuala Lumpur.
Ruang sempit bataskan aktiviti
Sementara itu, adiknya Asman Darus, 40, berkata persekitaran amat berbeza berbanding dahulu yang lebih mesra alam.
“Kalau dulu waktu saya kecil, kami lebih kreatif membuat mainan daripada bahan semula jadi. Kami bina pondok kecil. Anak-anak sekarang, semua barang mainan dibeli.
“Dulu di Sungai Klang ini tempat kami bermain, bersih airnya. Sekarang ini tengoklah betapa kotornya.

Pakatan kerja keras siapkan manifesto akhir PRU14


Pakatan kerja keras siapkan manifesto akhir PRU14
Presiden Pakatan Harapan Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata penambahbaikan manifesto PRU14 sedang dibuat memandangkan segala kepincangan dilakukan kerajaan seolah-olah ditutupi selepas temasya Sukan SEA ke-29 dan sambutan kemerdekaan.
PAKATAN Harapan (PH) kini bekerja keras dalam mempersiapkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang kini berada pada peringkat terakhir dengan melakukan beberapa penambahbaikan seiring perubahan semasa.
Menurut presidennya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, kerja keras dalam melaksanakan manifesto itu adalah satu keperluan memandangkan kepincangan-kepincangan yang telah dilakukan kerajaan seolah-olah ditutupi selepas temasya Sukan SEA ke-29 dan sambutan kemerdekaan.
"Kita sedang memperbaiki, terutamanya di Sabah dan Sarawak kerana mereka juga dalam Malaysia dan kita mesti menyesuaikan dengan manifesto itu.
"Walaupun Sabah dan Sarawak itu jauh, tetapi kita perlu memikirkan juga apa yang mereka perlukan dan lebih menumpukan dalam manifesto kita nanti," katanya lapor akhbar Sinar Harian.
Beliau berkata, manifesto itu juga mampu memberikan peluang yang lebih cerah bagi PH memenangi PRU nanti.
"Insya-Allah ada peluang, tapi kita kena bekerja keras sebab sekarang ini tidak dapat dinafikan selepas Sukan SEA dan sambutan kemerdekaan, ia menaikkan semangat apa yang telah kerajaan buat selama ini dan menutupi segala kepincangan-kepincangan yang berlaku.
"Kita juga mesti buat sesuatu dan mengubah keadaan untuk diri sendiri serta masa depan Malaysia ke arah yang lebih baik," katanya.

The Third Force ialah blog propaganda, kata Rewcastle-Brown

Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown membidas akhbar New Straits Times atas penerbitan semula catatan blog daripada sumber tidak boleh dipercayai, seolah-olah ia betul.
Clare-Rewcastle-Brown-The-Third-Force-malaysiaThe Third Force bukannya sebuah portal berita, sebaliknya ia hanya “blog propaganda dengan catatan lazimnya berunsur fitnah” yang tidak sepatutnya dipetik mana-mana akhbar, kata editor Sarawak Report.
Clare Rewcastle-Brown mengulas satu catatan blog itu yang mendakwa beliau gagal mengemukakan bukti terhadap tuduhannya yang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Saya tidak akan menjawab secara terperinci pada tahap ini kerana peguam saya sedang menguruskan perkara ini,” katanya dalam e-mel kepada FMT.
“Bagaimanapun, laporan ini mewakili putar belit berniat jahat dan amat tidak tepat oleh sebuah blog propaganda tanpa nama dan lazimnya memfitnah, di mana New Straits Times (NST) tidak sepatutnya menerbitkan semula catatan itu seolah-olah ia dianggap sumber maklumat tepat atau boleh dipercayai.”
The Third Force yang catatannya diterbitkan NST sebelum ini turut mendakwa Rewcastle-Brown gagal membuktikan tuduhannya di Mahkamah Tinggi London menjelang tarikh akhir diberikan, yang bermakna beliau perlu kembali ke mahkamah bulan depan.
Menurut blog itu, ia sekadar helah Rewcastle-Brown untuk mencemarkan nama Najib dan mengheret perbicaraan sehingga selepas pilihan raya umum akan datang.
Rewcastle-Brown berkata, wujud “kebimbangan sangat nyata mengenai putar belit maklumat secara sengaja” berkaitan pengurusan standard kes itu.
Beliau mendakwa ia adalah propaganda politik sesetengah pihak “dengan tujuan jelas memberi tanggapan palsu, walaupun sebelum respons terhadap dakwaan Hadi dikemukakan di mahkamah”.
Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown pada April lalu berhubung sebuah artikel yang wanita itu tulis pada Ogos 2016.

HARAPAN serah tugas gempur kubu Najib pada PKR

Dalam banyak-banyak tugas yang diserahkan kepada PKR, tugas paling berat yang diberikan oleh majlis kepimpinan Pakatan Harapan adalah supaya parti itu menggempur kubu kuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pahang pada pilihan raya umum ke-14 akan.
Justeru, ramai yang tertanya-tanya mengapa PKR diberi tanggungjawab itu.
Bagi mereka, selain adalah kubu kuat Umno yang sebahagian besar kerusi terdiri di kawasan peneroka Felda, pilihan lebih bijak adalah menyerahkan tugas itu kepada parti serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Namun menurut sumber HARAPAN yang bercakap dengan Malaysiakini, BERSATU tidak begitu berminat dengan Pahang.
Institut penyelidikan bebas, Ilham Centre sebelum ini melporkan bahawa BERSATU mempunyai kehadiran yang sangat terhad di kawasan Felda di Pahang, dan isu-isu yang ditimbulkan parti itu tidak mendapat sambutan peneroka.
Oleh itu, menurut sumber berkenaan, tugas merampas Pahang diserahkan kepada PKR yang akan diterajui oleh Anggota Parlimen Indera Mahkota, Datuk Fauzi Abdul Rahman yang adalah pemimpin kanan pembangkang.
Buat kejutan
Dengan usaha dan gerakan Najib sekarang yang cuba menyatukan sokongan peneroka Felda dan pengundi Melayu di luar bandar, merampas Pahang dari BN bukannya sesuatu yang mudah.
Namun, bagi Fauzi (foto, kanan), beliau yakin bahawa walaupun HARAPAN mungkin tidak mampu menawan negeri ini, tetapi mereka masih boleh melakukan beberapa kejutan.
"Kita mungkin boleh menafikan mereka majoriti dua pertiga di DUN negeri," katanya kepada Malaysiakini.
Dengan memiliki hanya 12 daripada 42 kerusi DUN negeri, ramai yang beranggapan pembangkang tidak sekuat mana di Pahang.
Walau bagaimanapun, pemerhatian lebih teliti akan menunjukkan bahawa pembangkang sebenarnya semakin mendapat sokongan, setelah berjaya mengurangkan kerusi BN di Pahang daripada 37 pada tahun 2008 kepada 30 pada tahun 2013.
Berdasarkan data pilihan raya negeri, terdapat 27 kerusi negeri di kawasan Felda, Pahang.
Jika HARAPAN mampu memastikan pertandingan satu lawan satu dan meraih 10 peratus undi BN, maka mereka akan berjaya menawan lima kerusi iaitu Dong, Tahan, Panching, Luit, dan Lanchang.
Manakala itu, perubahan 10 peratus sokongan BN kepada HARAPAN akan menyaksikan pembangkang menawan kerusi Parlimen - Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Bentong dan Bera.
Namun, perlu dinyatakan bahawa Dong, Tahan, Panching, Luit, Lipis dan Jerantut adalah kerusi yang sebelum ini diwakili oleh calon-calon PAS yang sebelum ini adalah sekutu Pakatan Rakyat yang kini sudah terkubur.
Perpecahan pembangkang akan menyaksikan BN mengekalkan kerusi-kerusi ini, dan sekali gus merampas semula kerusi yang kini dimiliki mereka.
Kerjasama dengan Warisan
Sementara itu, selain Pahang, PKR juga telah ditugaskan untuk memimpin jentera HARAPAN di Negeri Sembilan, Selangor, dan Sabah.
Malaysiakini difahamkan bahawa Melaka, Negeri Sembilan dan Perak adalah negeri terakhir yang mana pengerusi HARAPAN diputuskan.

Menteri intergriti BN sanggah SPRM, duit tambang hari mengundi bukan rasuah



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low menolak kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemberian 'duit tambang' atau elaun perjalanan kepada pengundi untuk balik mengundi adalah satu bentuk rasuah.
Ini kerana katanya, pengundi tidak wajib menyokong parti atau individu yang menaja perjalanan mereka, melainkan ada bukti menunjukkan pengundi itu diberikan wang dengan syarat untuk mengundi calon tertentu.
“Adakah itu mempengaruhi seseorang mengundi anda? Saya tak fikir begitu.
Paul Low“Jadi, kecuali orang itu beritahu pengundi ‘saya beri anda wang dengan syarat anda undi saya’, maka pemberian dana itu tidak boleh dianggap tindakan merasuah,” katanya yang bertanggungjawab terhadap tadbir urus, integriti dan hak asasi manusia.
Beliau berkata demikian di luar Persidangan Serantau mengenai Demokrasi di Asia Tenggara, anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Yayasan Kofi Annan, semalam, lapor FMT.

Low yang pernah mengetuai Transparency International-Malaysia mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki yang dipetik Sin Chew Daily berkata, penawaran sebarang bentuk dorongan, tidak kira wang tunai atau hadiah, dianggap rasuah.
Tetapi, katanya, ia bukan satu bentuk rasuah jika ahli politik memberi bantuan kepada golongan miskin.
“Contohnya, jika pemimpin politik tertentu mengagihkan beras atau bantuan kepada orang miskin di kawasannya, ini tidak dianggap rasuah,” katanya.

Apa mampu Najib capai dengan ke Amerika Syarikat?

Dengan laawatan rasminya ke Amerika Syarikat pada 12 September ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan bakal menggunakan taktik lama setiap kali menjelang pilihan raya umum.
Sebagai contoh, sebelum Pilihan Raya Umum tahun 2013, Najib membuat lawatan ke Semenanjung Gaza.
Ketika memijak runtuhan bumi Palestin, beliau mengenyit mata melihat teriknya matahari, berakur janji setia bekerjasama dengan HAMAS, juga sanggup mempertahankan seluruh Palestin andai diperlukan. Namun akhirnya apa pun tidak tercapai.
Lawatan sekali ke White House, Amerika Syarikat akan membawa drama ke Gaza, dan hasil yang sama juga akan tercapai, tidak berubah.
Lawatan ke Gaza, yang disusun oleh mantan Timbalan Presiden PAS Datuk Nasharudin Mat Isa, sebenarnya merendahkan tauliah agama oleh Najib.
Ini adalah PAS, mempamerkan hubungan baik mereka dengan Ikhwanul Muslimin, bagi menampakkan Umno lebih terkehadapan.
Namun, Najib sebenarnya dirantai dan digari. Beliau tidaklah sebebas yang beliau sangka.
Sama juga apa yang terjadi pada Presiden Donald Trump. Dengan banyak kesilapan yang dilakukan mereka, kedua-dua pemimpin ini tercalar dengan isu-isu kontroversi.
Kepopularan mereka semakin merundum, bukan meningkat.
Bagaimana agaknya salah satu dari keduanya dapat mendapat manfaat daripada pilihan raya?
Selalu dicerca
Trump adalah seorang sosok politik yang selalu dicerca, kalau bukan di dunia, di negaranya sendiri Amerika Syarikat. Beliau bersenang-senang dalam kontroversi dan kemasyhuran negatif.
Najib pula, semakin hilang genggamannya dalam Umno dan kerajaan. Lawatan ke Washington DC ketika mana White House itu sendiri sedang berpecah hanyalah satu undangan memasuki laman cermin – yang mana Najib sendiri akan melihat refleksi disfungsi yang ada pada dirinya.
Tidak kisahlah isu apa agaknya Najib berhajat hendak berbincang dengan Trump, tidak ada satu pun yang akan sangkut.
Isu Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA), Amerika Syarikat sudah keluar. Malaysia mahu turut serta, tetapi sukar untuk Najib untuk mengubah fikiran Trump ketika mana Najib telah memposisikan Malaysia di bucu China.
Berkenaan isu dengan Korea Utara pula, Malaysia kekurangan kedalaman strategik dan diplomatik dalam ASEAN bagi meyakinkan Pyongyang untuk berkelakuan baik.

U.S. TAK YAKIN PIMPINAN NAJIB BOLEH HADAPI CHINA: RAKYAT TERHINA TRUMP PANGGIL MENGADAP


Berasaskan kepada sekatan  keras  Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terhadap kemasukan rakyat negara Islam tertentu, maka lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib ke negara itu   minggu hadapan (12 September) tidaklah menggembirakan rakyat Malaysia terutama orang Islam sebaliknya mereka memandang serong dan curiga.
Banyak pemerhati politik dan ekonomi lebih melihat lawatan Najib sebagai dipanggil mengadap kerana sikap berbaik Najib yang tidak berhati-hati  dan gopoh gapah dengan Republik Rakyat China terutama dalam kerjasama ekonomi yang melibatkan kawasan keselamatan di Malaysia sendiri.
AS melihat kerjasama ini, akan mengikat Malaysia dengan tekanan politik dan keselamatan  dengan China dalam jangka panjang.
Walaupun beberapa tindakan Trump dilihat sebagai tidak disenangi oleh rakyatnya sendiri tetapi langkah mendekati Russia sebaik sahaja beliau mengambil alih kuasa difahami oleh  negara-negara Eropah dan juga dunia antarabangsa sebagai diperlukan  dengan kemaraan strategi ekonomi China yang telah pun menggugat beberapa negara di Africa begitu agresif dan pantas di Asia Tenggara.
Walaupun Malaysia merupakan negara Asia pertama merintis hubungan deplomatik dengan China ketika keganasan  PKM (Parti Komunis Malaya) masih berjalan di Malaysia tetapi AS mempunyai keyakinan terhadap kebijaksanaan kepimpinan Malaysia masa itu Tun Abdul Razak untuk mengendalikannya  tetapi kepincangan pengurusan negara di bidang keselamatan dan ekonomi di bawah pimpinan anaknya Datuk Sri Najib menimbulkan keraguan, prasangka dan debaran  di AS.

Malaysia dan Singapura yang berlatar belakangkan doktrin keselamatan dan ekonomi  Barat sejak sebelum merdeka  dilihat  sebagai Strategic Partner AS dan Barat  dalam menghadapi China tetapi AS melihat hal ini tidak lagi terjamin di bawah Najib.
Maka itulah kenyataan Kedutaan AS menegaskan lawatan Najib itu akan memperkukuh hubungan dua hala dan akan mengembangkan kerjasama rantau antara rakan Amerika Syarikat di Asia Tenggara.
Najib sedapat mungkin mahu mengelakkan lawatan ke AS kerana takut menghadapi wartawan -wartawan AS yang agresif tetapi beliau tidak dapat menolak panggilan mengadap kuasa besar ini.

'Tiada peluang untuk daftar HARAPAN'

Peluang tipis untuk Pakatan Harapan (HARAPAN) didaftarkan menjadi sebuah gabungan rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), kata setiausaha organisasi DAP Anthony loke.
Dalam laporan di Kwong Wah Yit Poh Loke menggunakan simpulan bahasa Cantonese, menyifatkan peluang itu sebagai 'lebih dingin daripada air' dalam menyampaikan maksud tiada harapan bagi HARAPAN bertanding menggunakan satu logo sahaja.
HARAPAN telah menyerahkan deraf perlembagaannya kepada ROS pada 24 Julai lalu dan logonya pula diserah pada 28 Julai 2017.
Gabungan itu diberikan maklum balas segera berhubung logonya, yang telah dipinda dan diserahkan semula pada 31 Julai lalu.
Tiada perkembangan lanjut selepas itu.
Susulan itu, Loke berkata HARAPAN akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan langkah mereka selanjutnya.
Beliau berkata HARAPAN perlu segera menyiapkan rundingan kerusi. Beliau percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak akan mengumumkan PRU14 pada Oktober mendatang ini.
Loke berkata Najib mungkin akan membuat pengumuman apabila beliau pulang daripada lawatan rasmi di Amerika Syarikat.
Najib akan pergi ke AS bulan ini dan diaturkan akan bertemu Presiden Donald Trump pada 12 September 2017.

MANA SATU YANG BETUL..??

Pengerusi LEMBAGA TH.. cuba perbodohkan rakyat.

Sekejap kata.. 31,400 orang..
Sekejap kata pula.. 42,200 orang..

MANA SATU YANG BETUL..??
Sedangkan kerajaan Arab Saudi hanya lulus kuota haji Malaysia kepada 30,200 sahaja.

Kenyataan/ berita angka 31,400 & 42,200 itu ada pada berita Bernama yg asyik bertukar angka pada hari yang sama.

HAKIKATNYA, angka 42,200 dari Malaysia tidak wujud sama sekali pada fakta 10 negara jumlah jemaah haji terbanyak pada tahun 2017 !!!

TAHUKAH ANDA.. Azeez Rahim bgtau angka 42,200 itu ketika beliau sedang berada di tanah suci Mekah. Hurmmmm

NAMPAK TAK !!!

Asal UMNO@BN Tak Rasuah Pun...!!!


GST: AMENO & Bohong Berpisah Tiada...

"Asas ekonomi Malaysia kekal kukuh" - Najib, 8/4/2015.

"Harga barang akan turun kerana GST" - Ahmad Maslan, 31/3/2015.

"Kadar inflasi masih rendah selepas GST" - Perbendaharaan Negara, 27/3/2015.

Boleh Bermuktamar Di PWTC........

Bila agaknya Umno nak buat kenduri kesyukuran di PWTC...

Selepas 60 tahun politik yang sama, Malaysia mahu ke mana?

DUA kejadian berasingan hanya beberapa minggu sebelum Hari Merdeka menjadi simbol legasi model politik yang diwarisi oleh Malaysia: gelas plastik yang berlainan untuk murid Muslim dan bukan Muslim, dan tawaran status Bumiputera kepada masyarakat India Muslim.

Selepas 60 tahun politik Barisan Nasional (BN), di sinilah kita tercampak.
Biarpun 60 tahun yang lalu relatifnya aman dan harmoni, rakyat Malaysia masih terperangkap dalam petak-petak perkauman dan agama – masing-masing saling curiga dan bersaing untuk mendapatkan keistimewaan.
Model politik kongsi kuasa BN bukan unik, kata ahli akademik. Model itu, yang menjadi tunjang struktur BN, juga diamalkan di negara pascakolonial yang lain yang masyarakat pelbagai etniknya teruk berpecah.
Apa yang istimewanya tentang Malaysia ialah model ini bertahan lama.
Ahli sains politik Dr Meredith L Weiss menulis pada 2013 bahawa model itu berguna buat negara-negara Asia Tenggara, termasuk Malaysia, untuk menangani kerumitan tuntutan masyarakat berbilang kaum.
Tetapi model itu sepatutnya jadi “titik permulaan” dan bukannya “matlamat”, kata Weiss dalam kertasnya “The Consociational Model in Southeast Asia, Is It (Still) Relevant?”
Kongsi kuasa
Secara ringkasnya, kongsi kuasa ialah sebuah model tentang perkongsian kuasa dalam sebuah negara yang terbelah atas garis perkauman, agama atau bahasa yang masing-masing ada parti politik, media dan kumpulan berkepentingan sendiri.
Menurut Arend Lijphart, ahli sains politik yang mencipta istilah itu, sistem tersebut melahirkan “kerajaan oleh kartel elit yang dibentuk untuk menukarkan sebuah demokrasi dengan budaya politik yang berpecah-belah kepada sebuah demokrasi yang stabil.”
Di Malaya, Perikatan yang dibentuk oleh Umno, MCA dan MIC mewakili model ini – setiap kelompok etnik memiliki sebuah parti politik yang akan merundingkan kepentingan masyarakat masing-masing antara satu sama lain.
Pada 1974, BN menggantikan perikatan itu dan memasukkan parti-parti politik yang mewakili kelompok yang pelbagai dari Sabah dan Sarawak.
Pakar hubungan antara etnik, Prof Mansor Mohd Nor berkata model kongsi kuasa itu mudah diterima di Malaysia kerana sejarah negara itu sendiri.
Raja-raja Melayu yang beragama Islam sejak zaman Kesultanan Melaka sudah mengamalkan dasar integrasi kaum, katanya.
Ini berbeza dengan dasar asimilasi apabila kelompok bukan pribumi akan menyerahkan identiti budaya dan etnik sebagai ganti kepada identiti kebangsaan dan kerakyatan.
Perlembagaan Persekutuan, kata Mansor, diasaskan atas integrasi ini.
“Islam jadi agama persekutuan tetapi kepercayaan lain masih boleh diamalkan. Melayu serta pribumi Sabah dan Sarawak mempunyai kedudukan khas tetapi hak-hak kaum lain dilindungi oleh Yang di-Pertuan Agong.
“Dalam politik kongsi kuasa, ada rundingan untuk mencapai konsensus atas setiap isu… demi membina kesatuan sosial antara kumpulan etnik yang pelbagai menjadi negara aman, harmoni dan stabil,” kata Mansor, pensyarah di Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hujah beliau, sekiranya nanti gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan, ia masih terpaksa mengamalkan kongsi kuasa.
Jurang lebar
Namun ketika ia menggalakkan penerimaan dalam kalangan masyarakat yang berbilang etnik, perkongsian kuasa cenderung melebarkan jurang dan bukan merapatkan perbezaan.
Dengan menyusun tadbir urus di sekitar perbezaan sosial, perkongsian kuasa mungkin mengelak atau meremehkan usaha untuk menghapuskan perbezaan itu, tulis Weiss.
Gelas air yang berbeza untuk murid beragama Islam dan bukan Islam di sebuah sekolah di Hulu Langat adalah satu contoh, walaupun tabik kepada BN, menterinya mengarahkan amalan itu dihentikan.
Dalam Laporan Diskriminasi Kaum Malaysia 2016, badan masyarakat sivil Pusat Komas berkata insiden diskriminasi terus meningkat tahun lalu.
“Kerajaan Malaysia tampaknya telah memungkiri beberapa janji substantifnya untuk menggalakkan kesatuan nasional dan perpaduan sosial di negara ini,” kata laporan itu.
Misalnya, konsep 1Malaysia dan pembentukan Majlis Perundingan Perpaduan Negara (MPPN) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk menggalakkan perpaduan nasional sudah tidak lagi wujud, kata laporan itu.
Isu status Bumiputera untuk kaum India Muslim juga menunjukkan bagaimana perpecahan sosial yang membawa bersamanya hak istimewa sering digunakan sebagai alat politik.