Sabtu, 2 September 2017

PENJELASAN UNDANG2 BERHUBUNG KEDUDUKAN KES FITNAH HADI AWANG (PAS) vs CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) DI LONDON



1. Sebenarnya, sebelum ini, saya telah diminta untuk memberi pandangan saya berhubung kesan dan efek Perintah 02.08.2017 yang dibuat oleh MAHKAMAH TINGGI di United Kingdom itu, selepas pendengaran permohonan bertarikh 16.06.2017, seperti yang dilaporkan oleh MALAYSIAN INSIGHT bertarikh 06.08.2017 bertajuk “Pengarang Sarawak Report diperintah bayar RM84,000 kepada Hadi”, yang mana saya telah berikan pandangan saya melalui Siri : 1005 bertarikh 07.08.2017, sebelum ini.
2. Namun, pada hari Khamis, 31.08.2017, telah tertular pula satu lagi Laporan terbaru, yang diterbitkan oleh THE THIRD FORCE, seperti yang juga diterbitkan semula oleh MALAYSIATODAY pada 31.08.2017 dan bertajuk “SARAWAK REPORT GAGAL MENGEMUKAN PEMBELAAN”, di mana antara lain dilaporkan :
“Pada jam 4.00 petang, masa United Kingdom (UK), Ketua Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, gagal mengemukan bukti kepada Mahkamah di London bahawa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak menyogok Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebanyak RM90 juta. Kegagalan beliau untuk berbuat demikian melanggar perintah Mahkamah bertarikh 2 Ogos 2017 (lihat di bawah) yang memerlukan beliau untuk memfailkan serta mengemukan pembelaan beliau mengikut tarikh yang ditetapkan.”
3. Ramai yang telah bertanyakan saya berhubung kandungan Laporan itu, yang menyebabkan saya memberi pandangan saya melalui tulisan saya di sini, setakat dan terhad cuma melalui maklumat yang tertera pada apa yang tampak seolah-olah satu PERINTAH MAHKAMAH TINGGI di United Kingdom bertarikh 02.08.2017, yang turut sama ditampilkan dalam Laporan itu.
4. Dari segi undang-undang, menurut kandungan PERINTAH MAHKAMAH bertarikh 02.08.2017, jika Perintah itu adalah Perintah yang sah dan tidak disalahubah oleh mana-mana pihak ketiga :
(a) Pihak HADI AWANG (PAS) adalah dimestikan untuk membayar deposit kos sebanyak Pound Sterling 14,350 kepada Pejabat Dana Mahkamah (Courts Funds Office) pada atau sebelum jam 4 petang (waktu United Kingdom) pada 23.08.2017, dan
(b) Pihak CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) pula adalah dimestikan, pada atau sebelum jam 4 petang (waktu United Kingdom) pada 23.08.2017, untuk :
(i) membayar kos berkaitan pendengaran permohonan bertarikh 16.06.2017 terdahulu sebanyak Pound Sterling 15,000 kepada pihak HADI AWANG (PAS), dan
(ii) memfailkan ke Mahkamah dan meyerahkan kepada pihak HADI AWANG (PAS) akan PENYATA PEMBELAAN dalam tindakan itu.

Membangun kekuatan ummah melalui kisah pengorbanan keluar Ibrahim as


makam ibrahim
Hari raya Aidil Adha diciptakan oleh Allah untuk kita mengenang sebuah keluarga yang berjiwa besar. Contoh teladan dan pengorbanan yang luar biasa ditunjukkan oleh keluarga Nabi Ibrahim AS.
Bangsa Melayu atau umat Islam pada hari ini masih bercelaru dilanda pelbagai musibah dan krisis sosial. Banyak persoalan kehidupan datang bertalu-talu.
Ini membuktikan betapa signifikannya untuk membina kekuatan umat Islam daripada ibrah ibadat haji dan meneladani kehidupan Nabi Ibrahim as. Kekuatan harus dibina untuk menghadapi cabaran dan untuk membangunkan kehidupan umat islam.
Membangun Kekuatan Umat Islam
1.Kekuatan Akidah
Nabi Ibrahim as menunjukkan contoh dan teladan dari sudut keimanan dan aqidah yang tinggi kepada Tuhan. Nabi Ibrahim as berdepan dengan ayahnya yang bukan islam dan melalui pelbagai mehnah dalam menghadapi kaumnya.
“Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada ayahnya dan kaumnya, “Sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa yang kamu sembah” (Surah al-zukhruf:26)
Ayat ini jelas menunjukkan ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim as yang berdepan dengan ayahnya yang tidak mahu beriman. Nabi Ibrahim as berlepas diri dari kesyirikan dan beliau lulus dari ujian ini dengan bekalan kekuatan aqidah. Mukmin akan menjadi kuat apabila mempunyai kekuatan aqidah. Nabi Ibrahim AS tidak berputus asa apabila ditimpa musibah, dugaan dan cabaran sebaliknya melalui dengan penuh sabar.
Umat Islam pada hari ini harus memiliki kekuatan aqidah ini yang menjadi senjata untuk menghadapi fitnah dunia yang mencabar. Ancaman serangan pemikiran, ideologi yang merosakkan terus mengasak umat islam. Tanpa kekuatan aqidah umat Islam akan hanyut dibawa ombak kejahilan dan kesesatan.
2. Kekuatan Akhlak dan Budi Pekerti Mulia
Ini jelas ditunjukkan oleh Nabi Ismail as iaitu kesabarannya yang tinggi dalam menghadapi cabaran dan ujian apabila diperintahkan oleh Allah untuk disembelih oleh ayahnya sendiri.
"Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, (Ibrahim) berkata, “Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka pikirkanlah bagaimana pendapatmu!” Dia (Ismail) menjawab, “Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu; insya Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar.” (Surah As-soffat: 102)
Ayat ini jelas menunjukkan Nabi Ismail tidak sombong dan angkuh. Nabi Ismail as berkata moga-moga dia termasuk antara yang sabar dan tidak mendakwa dirinya yang paling sabar. Ini adalah akhlak mulia yang ditunjukkan oleh Nabi Ismail as yang seharusnya menjadi teladan untuk umat islam hari ini supaya tidak angkuh dan sombong.
Rasulullah saw juga hadir untuk memperbaiki akhlak. Baginda bersabda: “Aku diutuskan utk menyempurnakan akhlak yang mulia”.

Ibadat haji juga sarat dengan akhlak. Jemaah haji tidak dibenarkan berkata keji, melakukan perbuatan fasik, perbalahan dan berbantahan antara satu sama lain. Umat islam perlu kaya dengan akhlak yang mulia, ia adalah kunci asas untuk membina semula kekuatan umat islam. 3. Kekuatan Ukhwah Islamiyah
Walaupun umat islam pada hari ini mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza, namun apabila kesatuan dan perpaduan menjadi asas ia cukup untuk membina kekuatan.
Barangkali ada saja perbezaan antara kelompok-kelompok, organisasi sosial, parti politik dan sebagainya tetapi ini tidak seharusnya menjadi penghalang untuk kita bersatu atas dasar akidah yang sama dan kita harus mengelakkan daripada menjadi puak ekstrim yang merasakan kelompok sendiri sahaja yang betul.
Sebagai umat Islam, inilah kewibawaan kita. Musuh Islam akan takut melihat umat Islam yang bersatu teguh. Kita harus mengambil pelajaran daripada kesan perpecahan negara islam. Kita tidak mahu umat Islam semakin mundur dan umat Islam menjadi pelarian di negara lain. Sifat toleransi juga harus menjadi pegangan kita dan persepakatan bukti kekuatan iman umat Islam.
“Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu yang berselisih dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat” (Surah al-hujuraat: 10)
Ibrah dari Semangat Pengorbanan

Armada BERSATU Perak teguh sokong pengerusi HARAPAN negeri

Sayap pemuda Armada BERSATU Perak berdiri teguh dibelakang kepimpinan negeri parti itu dan pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Ahmad Faizal Azumu, walau pun keadaan dalam parti didakwa sedang bergelora.
"InsyaAllah, segala badai yang mendatang akan diharungi bersama demi perjuangan membela nasib rakyat," kata ketua Armada BERSATU Perak Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh dalam kenyataan beliau hari ini.
Sokongan terbuka beliau dibuat sehari selepas sebuah kenyataan dibuat bekas pendaftar BERSATU negeri Perak Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar yang membantah pelantikan Faizal sebagai pengerusi negeri HARAPAN.
Azrul Suhadi mendakwa Faizal tidak dapat dipercayai kerana hubungan rapat kekeluargaannya dengan Umno.
"Saya bimbang kerahsiaan Pakatan Harapan mudah bocor kerana beliau merupakan menantu Datuk Radzi Manan iaitu ketua bahagian Umno Kampar merangkap pengerusi biro latihan BN Perak dan abang ipar kepada ecxo kerajaan negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi," kata beliau.
Azrul Hadi juga mendakwa Faizal tidak benar-benar peduli dalam urusan BERSATU di Perak.
Azrul Hadi pada bulan Mei lalu mengepalai ahli-ahli BERSATU keluar parti secara besar-besaran kerana tidak setuju dengan presiden parti Muhyiddin Yassin.
Pelantikan Ahmad Faizal sebagai pengerusi HARAPAN Perak diumumkan majlis presiden gabungan itu pada hari Rabu lalu.
Parti-parti komponen telah menyuarakan sokongan padu ke atas pelantikan Faizal dengan keputusan sebulat suara.

DAP paling selamat pada PRU14: Penganalisis

DAP
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan berlangsung pada masa akan datang akan menyaksikan DAP sebagai parti paling selamat dan selesa berhadapan dengan lawan di kawasan mereka.
Ini kerana menurut penganalisis politik Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib, potensi undi orang Cina masih dilihat sebagai penyumbang utama kepada mereka.
"DAP akan menang besar kali ini, sementara PKR akan mati serta ia akan mendorong kepada dominasi mutlak DAP dalam Pakatan.
"PKR akan mati akibat tidak ada jentera kempen menyeluruh. PKR bukan sahaja akan hilang jentera, malahan undi penyokong Pas juga hilang jika bertanding pelbagai penjuru," katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Menurutnya lagi, sekiranya Selangor dan Pulau Pinang kekal di tangan Pakatan, beliau juga menjangkakan DAP akan menguasai kerajaan negeri itu secara mutlak, meskipun tanpa PKR dan Amanah.
"Andaian politik memperlihatkan kaum Cina sebagai pengundi mutlak DAP walaupun mereka terdiri dari ahli parti yang lain.
"Kawasan majoriti kaum Cina akan terus dikuasai secara mutlak oleh DAP," ujarnya.
Menurutnya lagi, kerusi yang melibatkan pengundi Cina melebihi 50 peratus dijangka hanya akan melibatkan pertembungan antara calon BN dan DAP, sementara kerusi majoriti Melayu dan campuran akan menyaksikan pertarungan pelbagai parti.
"Pertarungan paling sengit mungkin akan melibatkan kerusi-kerusi di  Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah serta Johor.
"Paling panas saya jangkakan di Selangor, kerana ianya lebih melibatkan 'gusti' antara Pas dengan parti yang dianggap proksi DAP," katanya lagi.

Semoga Anwar berjaya pujuk Pas, kata MP Amanah



Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin sedikitpun tidak meragui hasrat Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR untuk menjalinkan kerjasama dengan Pas.
Beliau berpandangan, dengan kenyataan Anwar mengenai hubungan PKR dan parti suci yang dipercayai merujuk kepada Pas itu, ia mungkin dilihat akan berjaya.
Hanipa Maidin "Personally I am wiling to give DSAI or PKR any benefit of doubt dalam menyatakan pendirian beliau atau PKR tentang parti suci meskipun saya tidak pernah optimis ia mungkin berhasil...anyway, kita sama sama tunggulah..apa pun, don't under estimate skill DSAI. Good luck DSAI," ujar Hanipa dalam status yang dimuat naik di facebooknya petang ini.
Hanipa mengulas mengenai kenyataan Anwar hari ini antara lain tidak keberatan jika partinya ingin mengendalikan Kongres Khas sebagaimana di cadangkan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
Anwar memohon pertimbangan dan kerjasama rakan-rakan untuk memberikan sedikit ruang kepada presiden dan pimpinan untuk memberi penjelasan dan menentukan dasar dan arah selanjutnya selaras dengan pendirian PKR dan muafakat Pakatan Harapan.

Mengulas lanjut kenyataan Anwar itu, Hanipa berkata, apa yang beliau fahami kenyataan Anwar mengenai hubungan dengan Pas itu, ujarnya, AMANAH  sentiasa menghormati dan tidak pernah meragui kejuruan Anwar selama ini dalam mengetuai pakatan pembangkang. "Saya dan kawan-kawan dalam AMANAH sentiasa respect dengan DSAI dan tidak pernah ragu dengan 'his innocence' hatta ketika kami di dalam parti suci dulu sehingga we paid heavy price and sanggup digelar dengan pelbagai gelaran oleh puak-puak suci daripada parti suci.
"Sama ada dalam Parlimen, luar parlimen, dalam parti atau luar parti saya dan kawan-kawan sentiasa pertahan DSAI dan PKR meskipun puak-puak suci tertentu dalam parti suci, saya berterus terang, tidak pernah senang dengan DSAI atau PKR. Bila DSAI dibebaskan oleh mahkamah tinggi kami turun ke court bagi sokongan padu kepada DSAI tapi puak-puak suci tidak mahu turun dan kami arif kenapa mereka tidak mahu turun," ujarnya.
Justeru Hanipa berkata apa yang berlaku terhadap Anwar dan PKR hari ini Amanah ujarnya, sentiasa menghormati mereka.
"Sebab itu sebagai contoh kecil kami pertahan habis-habisan Kak Wan (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) sebagai calon Permatang Pauh, calon pertama MB Selangor, calon ketua pembangkang walau pun ada rakaman video ucapan yang menghina KaK Wan,isu kekalkan kerusi PKR di Kota Damansara meskipun kami tahu wujudnya penyeludupan baiah daripada pintu belakang oleh orang tertentu dengan kerjasama yang amat tidak beradab daripada pemimpin tertinggi parti suci itu," terangnya.

Reformasi

Reformasi 1998 - A New Hope #BebasAnwar Officials

Reformasi 1998 #BebasAnwar Officials

Black 14-SEJARAH REFORMASI

In remembrance of 'Reformasi 1998'

REFORMASI 98 Parti Keadilan Rakyat

Anwar Ibrahim: Kamu Hukum Aku 5 Tahun Penjara, Lagi Kuat Aku Semangat Nak Berjuang

Anwar Ibrahim: Saya Tak Salah, Jangan Hantar Saya Ke Penjara

Anwar Ibrahim: Reformasi! Kebangkitan Rakyat Malaysia

Anwar Ibrahim - Karismamu Mencetus Gerakan Reformasi

Amanat terakhir DSAI sebelum ditangkap 1998

SUASANA REFORMASI TAHUN 99 DI MASJID NEGARA

VIDEO NOSTALGIA REFORMASI 1998

Laungan Reformasi - Siri 4

Laungan Reformasi - Siri 3

Laungan Reformasi - Siri 2

Laungan Reformasi - Siri 1

Reformasi 1998 - 2000

Ledakan Reformasi 1998

Reformasi 1998 - Bukit Damansara

Beri pengundi elaun perjalanan bukan beli undi, kata menteri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Paul Low menolak kenyataan SPRM yang tindakan menerima elaun perjalanan tidak bermaka pengundi akan menyokong penajanya.
paul-low_pengundi_600KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low hari ini menolak kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemberian elaun perjalanan kepada pengundi untuk balik kampung mengundi ialah satu bentuk rasuah.
Ini kerana, katanya, pengundi tidak wajib menyokong parti atau individu yang menaja perjalanan mereka, melainkan ada bukti menunjukkan pengundi itu diberikan wang dengan syarat untuk mengundi calon tertentu.
“Adakah itu mempengaruhi seseorang mengundi anda? Saya tak fikir begitu.
“Jadi, kecuali orang itu beritahu pengundi ‘saya beri anda wang dengan syarat anda undi saya’, maka pemberian dana itu tidak boleh dianggap tindakan merasuah,” katanya yang bertanggungjawab terhadap tadbir urus, integriti dan hak asasi manusia.
Beliau berkata demikian di luar Persidangan Serantau mengenai Demokrasi di Asia Tenggara, anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Yayasan Kofi Annan hari ini.
Low yang pernah mengetuai Transparency International-Malaysia mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki yang dipetik Sin Chew Daily berkata, penawaran sebarang bentuk dorongan, tidak kira wang tunai atau hadiah, dianggap rasuah.
Tetapi, katanya, ia bukan satu bentuk rasuah jika ahli politik memberi bantuan kepada golongan miskin.
“Contohnya, jika pemimpin politik tertentu mengagihkan beras atau bantuan kepada orang miskin di kawasannya, ini tidak dianggap rasuah,” katanya.

Kumpulan pemantau beri keabsahan pilihan raya

Badan pemantau pilihan raya dapat membantu mengesahkan dan memperbaiki proses pilihan raya di sesebuah negara, kata pengerusi Asian Network for Free Elections (Anfrel) Dammy Magbual.
"Badan pemantauan pilihan raya dapat menyumbang untuk membina proses pilihan raya yang lebih berkualiti dengan ketelusan yang lebih besar.
"Selain itu kumpulan pemantau pilihan raya dapat menyumbang apabila ia bekerja sama dengan badan-badan pengurusan pilihan raya. Jadi anda akan mendapat proses pilihan raya yang lebih berwibawa dengan penerimaan dan keabsahan," Magbul berkata dalam sebuah persidangan mengenai demokrasi di Asia Tenggara.
Beliau ialah salah seorang pembicara dalam diskusi bertajuk 'Bagaimana pengurusan pilihan raya dapat membina kepercayaan dan keabsahan dalam proses politik.'
Para pemantau pilihan raya juga dapat meningkatkan keyakinan dalam proses pilihanraya dan membantu calon-calon untuk menerima keputusan pilihan raya, kata beliau.
Kerjasama pemantau dan kerajaan
Kumpulan pemantau pilihan raya, jelas beliau, dapat mencadangkan syor-syor kepada pihak berkuasa yang relevan setelah pemerhatian dibuat semasa pilihan raya.
Hal ini akan membantu badan pengurusan pilihan raya memperbaiki proses pilihan raya.
Namun, kata beliau, tidak semua badan pengurusan pilihan raya terbuka untuk bekerja dengan kumpulan-kumpulan pemantau antara bangsa kerana sikap tidak percaya.
Beliau menekankan jika kesemua pihak berkaitan, termasuklah badan pengurusan pilihan raya dan kumpulan pemantau dapat bekerja sama dalam satu pakatan sebaliknya bukan melihat satu sama lain sebagai musuh, maka mereka dapat membuat proses pilihan raya lebih bermakna dan sah.
Manakala itu, seorang pesuruhjaya Komisi Pemilihan Umum Indonesia Hasyim Asy'ari menjelaskan bagaimana proses pilihan raya di negara beliau.
Tidak seperti negara lain, beliau berkata Indonesia memiliki tiga buah badan pengurusan pilihan raya dengan fungsi berbeza.
Bukan itu saja, semua badan-badan pengurusan pilihan raya ini bebas bahawa ia secara institusinya terpisah daripada pihak eksekutif dalam kerajaannya.
Mereka juga dapat meraih keyakinan orang ramai dengan bersikap terbuka dan telus terhadap proses (pilihan raya), kata beliau.

PDEA: 'Akta belanja politik tak dibentang sebelum PRU14'

Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik (PDEA) yang dicadangkan tidak akan dibentangkan di parlimen sebelum pilihan raya umum ke-14, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan hari ini.
Beliau berkata jawatankuasa teknikal mengenai perkara itu sedang dalam proses menggubal akta baharu itu.
"Ia akta yang baharu dan memandangkan ia baharu sudah tentu penggubalannya mengambil masa. Satu perkara yang baik mengenai akta tersebut ialah kami telah berbincang dengan masyarakat dan parti politik mengenainya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa taklimat kepada media mengenai Persidangan Serantau mengenai Demokrasi di Asia Tenggara, anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Yayasan Kofi Annan di Kuala Lumpur hari ini.
Persidangan dua hari itu dirasmikan oleh bekas presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono sementara bekas Menteri Luar Thailand Surin Pitsuwan akan menutup persidangan tersebut esok.
Turut hadir Pengerusi Suhakam Tan Sri Razali Ismail.
Persidangan itu dihadiri oleh wakil dari kerajaan, parti politik, pertubuhan masyarakat sivil, ahli akademik dan media.
Negara-negara yang menyertai persidangan ialah Malaysia, Indonesia, Singapura, Timor Leste, Filipina, Thailand, Myanmar, Vietnam dan Kemboja.
Pada persidangan itu, enam panel akan membincngklan isu-isu pembangunan dan pendemokrasian, hubungan antara pertumbuhan ekononi dan pendemokrasian, badan-badan pengurusan pilihan raya sebagai satu cara untuk membina kepercayaan dan legitimasi dalam proses politik.
Isu-isu lain ialah pembiayaan pilihan raya tanpa menjejaskan legitimasi, pluralisme dan politik identiti dalam demokrasi, dan peranan organisasi masyarakat awam dalam memastikan hak-hak politik dihormati.

2 September 19 tahun lalu, pada kaca mata rakyat biasa


2 SEPT: Tarikh sama pada 19 tahun lalu, kini menjadi satu lipatan sejarah yang tidak dapat dilupakan. Bertitik tolak daripada tarikh inilah segala-galanya bermula. Di sinilah permulaan perubahan landskap politik negara.
Menyingkap kembali sejarah 19 tahun lalu, berita pemecatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada semua jawatan kabinet amat mengejutkan banyak pihak khususnya rakyat yang tidak mengetahui pergolakan dalaman yang sedang berlaku di dalam Umno.

Tidak terkecuali penulis sendiri yang pada masa itu masih muda belia dan hanya mengikuti perkembangan politik negara melalui media arus perdana yang ada pada masa itu.
Masih segar diingatan penulis, pada malam itu, kira-kira jam 11.00 malam, satu pengumuman yang menimbulkan seribu tanda tanya ke udara di kaca televisyen.
Reformasi2
Pengumuman yang meminta rakyat bertenang itu amat menghairankan, seolah-olah ada kejadian besar sedang berlaku di negara ini. Perasaan penulis sedikit cemas pada masa itu apabila membayangkan perkara tidak diingini berlaku.
Setelah dirisik-risik dengan beberapa teman, rupa-rupanya Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang disiarkan pada awal malam tadi mengumumkan bahawa Anwar dipecat. Bagaimanapun tiada sebarang alasan dinyatakan.
Menjelang pagi, ketika menuju ke pejabat, penulis bergegas singgah di beberapa kedai akhbar. Nampaknya pagi itu jualan surat khabar sungguh luar biasa larisnya hinggakan penulis terpaksa singgah di beberapa kedai untuk membelinya.
Di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia terpampang gambar besar Anwar dengan tajuk utama ‘Anwar dilucutkan jawatan’ bersama berita pemecatannya itu.
“Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan selepas 16 tahun empat bulan berada dalam kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.
“Kenyataan tiga perenggan Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan tepat pukul 8 malam ini mengumumkan, perlucutan jawatan tersebut yang berkuat kuasa pukul 5.30 petang hari ini telah dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
ANWAR MALAYSIA“Anwar, yang genap 51 tahun pada 10 Ogos lalu, menerima surat perlucutan jawatan itu pada pukul 7.05 malam di kediamannya yang terletak kira-kira 50 meter dari kediaman rasmi Perdana Menteri, Sri Perdana di Jalan Damansara di sini,” dipetik daripada akhbar berkenaan.
Pada sebelah petangnya, melalui seorang teman, penulis diberitahu sejak semalam lagi orang ramai berbondong-bondong memenuhi rumah Anwar bagi menyatakan sokongan.
Sehari selepas itu, ketika menonton berita, pada sidang medianya di kediaman barunya, Anwar menegaskan berlakunya konspirasi politik dalam Umno dan kerajaan untuk menamatkan karier politiknya.
Bermula tarikh keramat itu, semangat reformasi ditiup ke dalam jiwa anak-anak muda yang bangkit.
Hari ini, selepas 19 tahun berlalu, karier politik Anwar bukan sahaja tidak dapat dilenyapkan, malahan nama Anwar kekal disebut sebagai salah seorang pencatur utama pentas politik negara.
Walaupun dua kali dipenjarakan dan berhadapan dengan pelbagai fitnah, namun nama Anwar tetap berpengaruh dan digeruni Umno-Barisan Nasional (BN) di mana dalam sejarah politik moden dunia keadaan seperti ini bukanlah sesuatu yang biasa-biasa tetapi hanya individu yang bukan calang-calang semangat sahaja mampu lakukannya.

TIDAK MENGHAIRANKAN JIKA ANWAR DAN TUN MAHATHIR TIDAK DIPANGGIL OLEH RCI FOREX

Pada 30 Ogos 2017, peguam saya di Suruhanjaya Siasatan Di-Raja (RCI) ke dalam kerugian matawang asing Bank Negara Malaysia memohon pengesahan bahawa saya akan dipanggil sebagai saksi.

Saya cukup terkejut apabila pengerusi Tan Sri Sidek menjawab bahawa mereka 'belum memutuskan' sama ada akan memanggil saya atau tidak.

Memandangkan saya merupakan Menteri Kewangan pada ketika kejadian tersebut berlaku, sudah pasti ini bukan suatu keputusan yang sukar untuk dibuat!

Amat menyedihkan jika siasatan ini ditutup tanpa mendengar keterangan saya.

Oleh kerana sepanjang pendengaran ini diadakan nama saya telah dipetik beberapa kali, maka amatlah mustahak untuk saya dibenarkan memberi keterangan.

Suruhanjaya ini telah beberapa kali berkata bahawa ianya mahu menegakkan kebenaran dalam isu ini. Oleh itu, mereka pasti tahu bahawa cara terbaik adalah dengan membenarkan saksi-saksi kritikal seperti saya dan Tun Dr Mahathir, yang merupakan perdana menteri ketika itu, untuk memberi keterangan.

Tugas dan matlamat sesebuah Suruhanjaya Siasatan Di-Raja bukanlah untuk membuat kesimpulan atau keputusan pramatang atau memfitnah mana-mana pihak, tetapi untuk menegakkan kebenaran.

Anwar Ibrahim
2 September 2017

Sejak awal lagi tujuan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja atau RCI berkaitan forex ini memang sudah diragui. Ia bukan untuk mencari kebenaran, tetapi semata-mata untuk menggali kesalahan Tun Mahathir Mohamad.

Jika bersama kesalahan Tun Mahathir itu, kesalahan Anwar Ibrahim dapat dicari sama , ia tentulah lebih menggembiran Najib kerana kedua-duanya kini merupakan gandingan yang sudah menjadi musuhnya.

Oleh itu, tidak menghairankan jika Anwar dan Tun Mahathir tidak akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada RCI forex. Tahu-tahu nanti, kedua mereka terus diputuskan bersalah atas kerugian urusniaga forex itu.

Maka dengan keputusan itu dapatlah Najib dan seluruh jentera UMNO menggunakannya sebagai modal kempen pilihanraya nanti. Lalu, dalam masa yang sama terlupalah rakyat kepada skandal 1MDB, kemasukan wang beribu-ribu juta ke dalam akaun Najib, hubungannya dengan Jho Low, kekayaan mee segera Riza Aziz,  himpunan barang kemas yang diterima Rosmah sebagai hadiah, cukai GST yang mencekik setiap hari, beban kos sara hidup kian melambung dan pelbagai isu lainnya lagi.

Ayah mertua pemimpin Umno tak halang usaha pengerusi PH Perak jatuhkan BN

Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau sudah melafazkan sumpah rahsia menggunakan kalimah Allah dan yakin hubungan kekeluargaannya tidak akan menjejaskan perjuangan politiknya.
Faizal-Azumu-bnPengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak berikrar berjuang habis-habisan menumbangkan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), walaupun ahli keluarganya merupakan pemimpin tertinggi Umno Perak.
Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau sudah melafazkan sumpah rahsia menggunakan kalimah Allah dan yakin hubungan kekeluargaannya tidak akan menjejaskan perjuangan politiknya.
“Saya menghormati ayah mertua saya, Datuk Radzi Manan. Saya kasihkan Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi sebagai adik ipar. Saya percaya mereka juga menghormati serta mengasihi saya sebagai keluarga.
“Perkara ini tidak ada kaitan politik. Selaku ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, saya melafaz sumpah rahsia menggunakan kalimah Allah,” katanya ketika dihubungi FMT.
Radzi merupakan ketua Umno Bahagian Kampar merangkap pengerusi Biro Latihan BN Perak, manakala Nolee ialah exco Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Komunikasi Perak.
Faizal berkata, mereka yang mempercayai kekuasaan Allah pasti memahami kepentingan memegang amanah selepas bersumpah.
“Saya tidak akan tunduk dan melayan pihak yang cuba melemahkan PH dengan menyerang saya dengan tohmahan.
“Saya akan fokus kepada usaha memantapkan jentera pilihan raya PH menjelang PRU14.”
Pelantikan Faizal mengetuai PH Perak dikritik beberapa pemimpin, termasuk bekas pendaftar PPBM Perak, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar yang bimbang kerahsiaan PH dibocorkan.
Bagaimanapun, Faizal berkata, beliau tidak dimaklumkan mengenai bantahan terhadap pelantikannya.
“Saya dapati semua kepimpinan Majlis Presiden PH Perak menerima pelantikan (saya) dengan amat baik dan kami akan bekerjasama sebagai satu pasukan,” katanya.

SPRM: Tambang pulang mengundi adalah rasuah

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan bahawa pemberian elaun perjalanan kepada pengundi untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka adalah suatu kesalahan rasuah.
"Sebagai contoh, jika seorang pengundi ditawarkan elaun untuk perjalanan pulang dan mengundi, atau dibayar RM50 supaya dia mengundi calon tertentu," katanya memberitahu Sin Chew Daily dalam satu wawancara.
Pilihan raya terdahulu sering-kali menyaksikan pembangkang mengaturkan perjalanan untuk pengundi di luar kawasan pulang untuk mengundi. Ini sebagai satu cara untuk meningkatkan jumlah pengundi.
Pengundi luar kawasan yang lebih tinggi sering dianggap memberi faedah kepada pembangkang.
Menurut laporan dalam The Star, Azam berkata, pemberian sebarang bentuk dorongan kepada pengundi, sama ada wang atau hadiah, dianggap sebagai rasuah mengikut undang-undang.
Laporan itu menambah, "Jika ahli politik menawarkan bantuan seperti beras atau sumbangan kepada rakyat miskin, ini bukan rasuah" kata timbalan ketua pesuruhjaya itu.
Walau bagaimanapun, Azam berkata janji pilihan raya tidak dianggap sebagai rasuah kerana ia sebahagian daripada kempen untuk menarik pengundi.
"Sepanjang tempoh kempen, parti politik biasanya akan menabur segala janji, seperti membina lebih banyak rumah," lapor The Star yang memetiknya.
Azam berkata apabila tarikh pilihan raya umum ditetapkan, SPRM akan menubuhkan sebuah pasukan yang terdiri daripada anggotanya dan polis untuk memantau aktiviti rasuah pilihan raya.

Isu rundingan kerusi PKR-PAS tamat

ISU rundingan kerusi dengan PAS sudah tamat, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, dan ini masa untuk semua pihak memberi perhatian yang sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Rafizi berkata beliau membuat anggapan itu berdasarkan pada keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menutup pintu kepada PAS sudah dipersetujui oleh Biro Politik PKR dan keputusan sama juga dihormati Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang juga Menteri Besar Selangor.
“Saya mengalu-alukan kenyataan Azmin untuk patuh kepada keputusan Majlis Presiden PH dan saya yakin sebagai pengarah pilihan raya PH, beliau ada ruang besar untuk menyumbang memperkasakan persediaan PH menghadapi BN, walaupun jika berlaku pertembungan tiga penjuru,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
“Oleh itu, ini masa untuk menjaga kawasan masing-masing dan menumpukan perhatian kepada kempen akar umbi untuk menghadapi PRU14 yang boleh dipanggil bila-bila masa dari sekarang.”
Rafizi sehubungan itu menyeru semua ahli PKR, dari pucuk pimpinan sampai ke akar umbi, untuk tidak melayan berita politik yang tidak membantu mengalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN), yang katanya berpunca daripada “dua, tiga ahli Biro Politik” PKR.
Rafizi berkata beliau selama ini sengaja berdiam diri agar perlakuan “dua, tiga ahli Biro Politik” itu tidak sampai ke pengetahuan media ketika pimpinan parti sedang mengusahakan perbincangan dengan PAS.
Katanya, beliau juga mengambil keputusan tidak hadir ke mesyuarat Biro Politik “untuk mengurangkan kebarangkalian saya terpaksa membetulkan versi keputusan Biro Politik yang kerapnya diberikan tafsiran berbeza”.
Sebaliknya, sepanjang dua bulan lalu katanya, beliau menumpukan perhatian berkempen di 46 kerusi marginal di peringkat Parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) di seluruh negara, melibatkan tujuh, lapan kerusi setiap minggu atau 61 ceramah keseluruhannya antara Julai dan Ogos.
“Saya yakin tanggungjawab berjumpa pengundi di bawah dan menyampaikan maklumat sebegini adalah lebih penting daripada melayan berita tidak sah yang direka oleh sumber yang tidak berani menerbitkan nama mereka sendiri,” kata Rafizi.
Rafizi minggu lalu mengeluarkan satu kenyataan terbuka mendesak PKR mengadakan satu kongres khas bagi membincangkan kedudukan rundingan kerjasama antara parti itu dengan PKR, yang digerakkan oleh Azmin.
Penasihat PKR Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan rundingan yang diketuai oleh Azmin itu dalam pengetahuan beliau merestuinya.
Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin dalam menjawab kenyataan Rafizi, mendedahkan Rafizi sudah lama tidak hadir ke mesyuarat biro politik dan sekiranya hadir beliau boleh membuat cadangan kepada setiausaha agung parti dan bukannya mengemukakan cadangan terbuka.

Ekonomi ikan kembung


Ekonomi ikan kembung
Harga ikan yang semakin naik mengakibatkan pengguna terpaksa menyesuaikan pemakanan mereka selain membeli dengan kuantiti yang kurang.
SUATU masa dahulu, ia dikenali sebagai ikan hidangan orang miskin. Tetapi apabila ada cakap-cakap mahu meletakkannya sebagai barang kawalan, ikan kembung barangkali petunjuk ekonomi yang lebih realistik bagi rakyat Malaysia terbanyak dan bukannya angka-angka pertumbuhan yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Harga ikan daripada keluarga tuna itu meningkat sejak kebelakangan ini berdasarkan pada kunjungan biasa ke pasar, sejak pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 2015. Satu lagi faktor lain kenaikan harga minyak. Sebelum GST, ikan kembung di pasar dijual pada sekitar RM8 sekilogram.
Sejak setahun lalu, harga ikan kembung, ikan yang menentukan paras harga ikan pelbagai jenis yang lain, turun naik antara RM16 hingga RM22 sekilogram di serata negara. Ini mengakibatkan pengguna terpaksa menyesuaikan pemakanan mereka selain membeli dengan kuantiti yang kurang.
“Kalau dulu beli sekilo, sekarang beli setengah kilo. Kami tinggal berdua, bolehlah tahan tiga hari,” kata pesara Zainal Abidin Ayob sambil bersarapan dengan isterinya, Siti Zahara Ismail selepas berbelanja di pasar Pekan Lama Petaling Jaya (PJ) awal minggu ini.
Dalam beg plastik mereka ternampak ikan kembung, sedikit sayur dan ulam. Ada juga bungkusan santan, cendol dan gula merah. Untuk semua ini saja, mereka sudah berbelanja RM60.
“Anak-anak nak balik cuti raya korban, cadang nak buat cendol makan-makan. Semangkuk sekarang sudah RM2. Murah lagi buat sendiri di rumah,” kata Siti Zahara.
Indeks harga pengguna (TCPI) pada Jun 2015 selepas GST diperkenalkan ialah 2.5%, sedikit naik berbanding tempoh yang sama setahun sebelumnya. CPI pada Julai tahun ini melonjak ke 3.2% berbanding tempoh yang sama pada 2016, dengan kumpulan makanan dan minuman tidak beralkohol mencatatkan peningkatan 4.2%.
Siti Zahara yang ada penyakit kurang darah berkata ada masanya dia membeli kerang tetapi itu pun sekarang terpaksa dikurangkan kerana yang naik bukan saja harga ikan tetapi makanan laut keseluruhannya.
“Doktor nasihat saya makan kerang atau hati (untuk ganti zat besi) kerana keadaan kurang darah ini.
“Sebelum GST, kerang RM4 sekilo. Sekarang lebih kurang RM10. Jadi saya beli setengah kilo. Boleh bayangkan tidak berapa banyak saja yang ada apabila dimasak,” katanya.
Ayam, sebagai pilihan sumber protein, bukan pilihan utama bagi pasangan itu tetapi Zainal mengaku ayam sekarang jadi pilihan yang menjimatkan kerana seekor ayam boleh dikerat-kerat dan dimasak macam-macam untuk beberapa hari.
Inilah yang dilakukan oleh Omar Shafiee dari Desa Mentari untuk anak beranak 10 orang: mereka sekeluarga lebih banyak makan ikan berbanding ayam.
“Saya beli dua ekor ayam setiap kali ke pasar sebab kami ramai. Kami boleh masak dua jenis. Kalau saya beli ikan untuk semua, mahu kena beli dalam dua kilo.
“Ikan kembung segar lebih kurang RM16. Yang beku murah lagi lebih kurang RM11 atau Rm12 tetapi tak berapa elok.
“Ada juga ikan sardin yang dijual selonggok RM5 tetapi tak elok,” katanya.
Kata Omar, dia juga sudah berhenti membeli daging kerana daging sudah jadi terlalu mahal untuk mereka sekeluarga. Sekilo daging harganya lebih kurang RM22.
“Kami tunggu hari raya korban nak makan daging,” katanya.
Awal bulan ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna berkata ia mungkin meletakkan ikan kembung dalam senarai harga kawalan, dengan syarat bekalannya konsisten dan stabil sepanjang tahun.

Bantuan beras masa pilihan raya bukan rasuah, kata SPRM


Bantuan beras masa pilihan raya bukan rasuah, kata SPRM
SPRM berkata bantuan seperti beras atau sumbangan kepada golongan miskin bukan rasuah. 
BANTUAN seperti beras atau sumbangan kepada golongan miskin bukan rasuah, tetapi elaun perjalanan untuk pengundi dianggap sebagai rasuah, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Azam Baki berkata tawaran kepada pengundi dalam bentuk wang tunai atau hadiah adalah rasuah, lapor The Star Online hari ini.
“Contohnya, jika pengundi ditawarkan elaun untuk pulang dan mengundi, atau dibayar RM50 supaya dia mengundi calon tertentu,” katanya.
Bagaimanapun, SPRM berkata bantuan tulen seperti beras atau sumbangan tidak akan dianggap rasuah.
Perayu undi juga tidak dianggap sebagai rasuah, katanya.
“Sepanjang tempoh kempen, parti politik biasanya akan membuat pelbagai janji, seperti bina lebih banyak rumah. Itu bukan rasuah.”
Azam berkata SPRM dan polis akan menubuhkan satu unit untuk memantau aktiviti rasuah sepanjang tempoh pilihan raya umum ke-14.
“Jika pasukan itu menerima sebarang laporan daripada orang awam, kes seumpama itu akan disiasat di bawah Akta Suruhanjaya Pilihan Raya, Akta Anti Rasuah dan Kanun Keseksaan,” katanya dipetik sebagai berkata.
Beliau berkata SPRM juga tidak akan meminda undang-undang itu untuk calon secara mandatori perlu mengisytiharkan aset mereka.

Selepas 60 tahun, kenapa masih ada warga tercicir?


Selepas 60 tahun, kenapa masih ada warga tercicir?
Nor Ajemah Ismail bersama suami, Abu Hassan Ismail ketika ditemui di kediamannya di Bandar Tasik Selatan. Beliau melahirkan kekesalan ada rakyat Malaysia yang masih tidak dapat menikmati perkara asas walaupun negara merdeka sejak 60 tahun lalu.
Citra sebuah negara dilihat pada cerita-cerita rakyatnya. The Malaysian Insight bertemu dengan warga yang lahir pada 1957 dan sebaya dengan usia Malaya merdeka. Mereka berkongsi cerita untuk kita melihat apa maknanya jadi warga Malaysia.
Kisah Nor Ajemah adalah cerita tentang perubahan landskap Malaysia, tentang orang yang berpindah dari pinggir luar bandar ke pekan baru untuk menikmati pembangunan tetapi kemudiannya menyedari betapa pembangunan itu tidak sama rata untuk semua orang.
Dia masih ingat lagi bagaimana keadaan hidup sebelum hijrahnya itu: seorang anak kecil dari sebuah kampung di Kuala Selangor yang teruja datang ke Kuala Lumpur untuk ikut sama menyambut ulang tahun merdeka pada 1967.
"Umur saya 10 tahun masa itu. Tempat itu penuh sesak,” katanya, mengenang perarakan Merdeka di sepanjang Jalan Kuching.
"Saya tidak ingat betul siapa pemimpin yang ada, tetapi saya ingat aksi lagak ngeri motosikal. Untuk budak kampung macam saya, ini pengalaman baru,” katanya.
Menurut laporan yang tersimpan di arkib, lebih kurang 50,000 menghadiri sambutan itu, berdiri di tepi jalan menyaksikan perarakan yang melibatkan 4,000 anggota polis, tentera dan sukarelawan.
Bagi Ajemah, pengalaman itu cukup asing kalau dibandingkan dengan kehidupanya di Bukit Belimbing, Kuala Selangor, sebuah daerah perkampungan nelayan di tebing Sungai Selangor.
Ayahnya nelayan dan seperti orang lain di kampung, hidup bergantung pada cuaca untuk membawa balik sedikit makanan.
“Ayah pakai bot kecil. Kalau musim hujan, dia tak dapat bekerja. Ikan yang ditangkapnya bukan untuk dijual, untuk kami anak beranak makan. Ayah hanya jual kerang di kampung.
“Sebab tak mampu beli peti sejuk, semua ikan itu sama ada diasin atau dijemur kering, boleh simpan lama.
“Tetapi ada hari-harinya kami hanya makan ubi kayu yang kami tanam sendiri sebab ayah tak boleh pergi menangkap ikan,” katanya.
Ajemah turut mengenang zaman keluarganya masih menimba air dari telaga.
“Tak ada air paip di kampung kami. Kerajaan hanya sediakan paip setiap beberapa kilometer untuk air minum. Air telaga kami guna untuk basuh baju dan mandi,” kata pesara itu.
Dia ingat lagi bagaimana waktu hendak mengambil air pada suatu petang, dia terjatuh ke dalam telaga.
“Saya jatuh dengan timba. Saya berpaut pada timba dan jerit minta tolong. Masa orang datang selamat, saya dah pengsan.
“Saya tidak lupa apa yang jadi kerana saya hampir mati. Macam itulah susahnya hendak dapat air dulu,” katanya.
Berpindah untuk sekolah
“Tidak ada sekolah menengah di kampung. Kalau saya nak sambung sekolah menengah, saya kena ambil bas atau naik basikal empat kilometer ke Kuala Selangor dan ambil feri kecil untuk ke sekolah yang letaknya di seberang sungai.
“Makcik ada ajak duduk dengan dia di Petaling Jaya. Mak tak kisah sebabnya kalau tidak kami kena beli basikal. Mana nak mampu masa itu,” kata anak ketiga daripada 14 beradik itu.
Begitu Ajemah melangkah turun pada umurnya 13 tahun pada 1970, dia tidak berpatah balik.
Dia menghabiskan zaman remajanya di Petaling Jaya, tinggal di rumah ibu saudaranya yang kemudian jadi tapak untuk lebih ramai lagi saudara mara duduk menumpangkan anak bersekolah menengah. Petaling Jaya pada masa itu sebuah bandar satelit yang mula dibuka pada 1952 untuk menampung penduduk yang melimpah dari Kuala Lumpur.
“Rumah makcik tak besar, cuma tiga bilik,” katanya, merujuk pada sebuah rumah di Jalan 229, Petaling Jaya tempat sepupu-sepupunya dan saudara mara lain menumpang. Makcik dan pakcik Ajemah ketika itu cikgu sekolah.
Ajemah masuk dua sekolah aliran Bahasa Inggeris di Petaling Jaya sebelum pindah ke sekolah Melayu di Datuk Keramat dan Kampung Baru.
“Saya rasa macam tak boleh nak ikut belajar English pada masa itu, mungkin sebab saya datang dari sekolah kampung.
“Kami belajar English tapi standardnya tak begitu tinggi. Saya pun tak ada duit nak masuk kelas tuisyen.
“Saya beritahu pakcik saya mahu tukar sekolah. Jadi saya pindah duduk dengan makcik seorang lagi di Datuk Keramat sebelum duduk dengan kakak di Kepong,” katanya.
Ajemah menambah dia masuk sekolah swasta selepas Tingkatan Tiga sebab terpaksa mengulang Sijil Pelajaran Rendah (LCE) kalau mahu menyambung bersekolah.
“Kelas swasta masa itu tidaklah mahal. Lagi pun saya hendak ulang LCE sebab keputusan tak berapa baik. Saya pakai duit sendiri yang dapat masa kerja kilang, masa cuti sekolah,” katanya.

Anwar setuju kongres khas bincang hubungan PAS-PKR, tetapi…

Ketua umum PKR itu mengesahkan menyokong meneruskan rundingan dengan PAS bukan sahaja di peringkat Selangor tetapi juga di seluruh negara.
anwar_pas_pkr_6001
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan memberi persetujuannya supaya PKR mengadakan rundingan bersama PAS, tetapi berkata beliau tidak menentang sebuah kongres khas bagi mendapatkan mandat akar umbi sama ada rundingan itu perlu diteruskan.
“Secara peribadi, memahami semangat demokrasi PKR, saya tidak keberatan jika ingin dikendali Kongres Khas,” kata ketua umum PKR itu hari ini, di tengah-tengah perang mulut melibatkan beberapa pemimpin PKR mengenai rundingan dengan PAS.
Menurut Anwar, beliau “tidak dapat meremehkan” kerisauan beberapa pemimpin PKR mengenai rundingan bersama PAS, disebabkan persepsi hubungan erat PAS dan Umno.
Anwar bagaimanapun berkata apa yang menjadi masalah ialah sama ada sebarang keputusan kongres khas boleh dilaksanakan segera disebabkan pilihan raya umum (PRU) yang boleh berlaku bila-bila masa.
“Kemusykilan saya adalah keperluannya memandangkan tiada perubahan dasar yang berlaku. Malah dengan kemungkinan PRU 14 diadakan dalam tempoh terdekat, segala keputusan perlu dimuktamadkan segera,” katanya dalam kenyataan.
Bulan lalu, Ahli Parlimen Selayang William Leong meletak jawatan sebagai anggota Biro Politik PKR kerana kecewa langkah parti mengadakan rundingan dengan PAS.
Susulan itu, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli secara terbuka mempersoalkan Datuk Seri Azmin Ali kerana mengadakan rundingan dengan PAS, walaupun parti Islam itu sebelum ini membayangkan akan memaksa pertandingan 3 penjuru melibatkan komponen Pakatan Harapan (PH).
Azmin mempertahankan rundingan dengan PAS, dengan berkata ia berdasarkan keputusan parti.
Rafizi kemudian mendedahkan kepincangan di peringkat tertinggi PKR sejak Anwar dihukum penjara 5 tahun pada awal 2015.
“Jika pun telah ada persetujuan di peringkat Biro Politik, jika itu tidak disukai oleh seseorang maka keputusan itu tidak dihormati malah akan dibuka balik di dalam mesyuarat Biro Politik yang seterusnya untuk ditukar kembali,” kataa Rafizi pada 29 Ogos.
Rafizi turut menamakan pemimpin yang pro dan kontra dalam soal menjalinkan kerjasama dengan PAS, dan berkata kekeliruan itu hanya boleh diselesaikan sekiranya isu itu diserahkan kepada akar umbi parti dalam kongres khas.
Dasar ‘tidak musuhi PAS’
Anwar hari ini berkata walaupun PKR berunding dengan PAS, parti itu komited dalam kerjasama Pakatan Harapan, gabungan 4 parti yang tidak disertai PAS.
Menurutnya, dasar PKR adalah untuk “tidak memusuhi PAS”.
“Apa yang diusulkan dan dipersetujui Biro Politik sebelum ini adalah tidak memusuhi PAS, mengkaji kemungkinan mengelak pertarungan 3 penjuru. Pertimbangannya adalah menggembeleng seluruh kekuatan dalam menghadapi Umno-BN dalam PRU 14,” kata Anwar.

Rafizi selar 2-3 pemimpin PKR menyamar sebagai ‘sumber dalaman’

Naib presiden PKR itu turut menganggap perselisihan pendapat mengenai rundingan dengan PAS sudah 'tamat'.
rafizi-ramlii_pkr_sin-chew-daily_600
PETALING JAYA: Sehari selepas penafian PKR ia mengambil tindakan disiplin terhadap Rafizi Ramli kerana mendedahkan masalah dalaman parti kepada umum, naib presiden PKR itu hari ini menggesa tindakan diambil ke atas beberapa pemimpin yang menurutnya kerap memberikan maklumat tidak benar kepada media.
“Selagi 2-3 orang ahli Biro Politik ini tidak berdisiplin dan memberikan maklumat yang salah kepada pihak media dan anggota parti, keadaan akan terus bercelaru,” katanya merujuk badan pembuat keputusan tertinggi dalam PKR.
Rafizi berkata wujud pemimpin parti yang bercakap kepada media sambil “berselindung di balik nama ‘sumber dalaman parti'”.
Rafizi yang sebelum ini mendedahkan kepincangan pada peringkat Biro Politik PKR susulan bantahannya terhadap usaha Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali berunding dengan PAS, berkata perkara itu bukan pertama kali berlaku.
Menurutnya, akhbar “yang jelas memusuhi PKR” kerap memetik “sumber dalaman parti” membekalkan berita tidak sah seperti pada 2014, ketika PKR mengarahkan menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melepaskan jawatannya.
Rafizi berkata perkara sama berulang pada tahun lalu ketika pilihan raya negeri Sarawak, di mana pemimpin PKR menghantar mesej berlainan kepada pimpinan PKR negeri walaupun Biro Politik sudah memuktamadkan keputusan pembahagian kerusi.
Akhbar Sin Chew Daily baru-baru ini memetik “sumber” sebagai berkata Rafizi dikenakan tindakan disiplin kerana mengkritik pimpinan parti.
“Berdasarkan nasihat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, parti hanya memberi amaran lisan kepada Rafizi ketika ini. Jika beliau terus berdegil, tiada orang boleh menjamin beliau tidak akan dipecat kelak,” menurut akhbar berbahasa Cina itu memetik sumber.
Ia susulan kenyataan panjang lebar Rafizi menceritakan kepincangan dalaman parti, termasuk mendakwa keputusan Biro Politik kerap diabaikan beberapa pemimpin sejak Anwar dihukum penjara 5 tahun pada awal 2015.

Iakah Azizah

Pagi masih basah ketika itu. Kami 'bermalam' di luar rumah kampung dua tingkat di Cherok Tok Kun itu. Kata bermalam itu tidaklah bermaksud tidur, sebaliknya menghabiskan malam itu di situ.
Ada yang tidur, ada yang tidak. Tapi yang ramainya ialah tidur-tidur ayam. Kami percaya polis - pada bila-bila masa saja - mungkin tiba-tiba menderu ke rumah itu untuk membuat tangkapan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam berkenaan berceramah di Pondok Tuan Guru Niamat Yusoff di Derang, Pokok Sena di Kedah. Selain ulama, tokoh itu - juga dikenali dengan nama Ustaz Niamaty - adalah seorang 'seniman'. Beliau adalah penulis.
Kepulangan Anwar dari Derang disambut dengan debar. Tapi malam itu berlalu dengan tidak ada apa-apa berlaku.
Paginya seorang peguam - berseluar jeans, berkemeja T lengan pendek dan berketayap - keluar dari rumah itu ke tempat kami berkampung di depannya.
Dia ialah peguam yang dikenali serta dikagumi ramai. Namanya Zulkifli Nordin. Kami bertegur seadanya. Bayang polis berpakaian seragam atau menyarung balaclava tidak ada. Kalau polis cawangan khas, kami yakin sudah lama ada.
Berbaris dengan Anwar
Akhirnya kami dibenarkan masuk ke rumah itu. Kami masuk ke dapur. Ada meja dengan hidangan sarapan di situ. Juga sofa sederhana di tepinya.
Kami menemu bual Anwar. Sudah tentulah di sana ada juga isterinya yang setia itu, Dr Wan Azizah Wan Ismail. Kebanyakan wartawan sekadar duduk di lantai.
Soalan ditanya, soalan dijawab. Anwar adalah Anwar. Cekap dan petah memberikan pandangan dan kami mencatit. Keluar atau tidak berita itu, ia adalah hal yang lain.
Kami kemudian bergambar beramai-ramai dengan Anwar. Untuk makluman, 1998 bukanlah zaman kamera digital. Dia berdiri di tengah kumpulan wartawan pelbagai akhbar.
Secara berseloroh dan dengan senyumnya yang tersendiri, dia mengisyaratkan ia mungkin kesempatan terakhir kami bergambar dengannya.
"Saya pun tak tau apa akan jadi lepas ni," katanya - lebih kurang - disambut ketawa kami.
Anwar ketika itu adalah musuh kerajaan. Dalam keadaan begitu dia terus melawan dengan gerakan reformasi. Detik-detik awal pelawanan Anwar ramai juga penyokong kerajaan di belakangnya.
Masih terbayang semasa Anwar berucap dari bawah beranda rumahnya itu ada bekas exco Pulau Pinang di kerumunan belakang. Ada Dr Toh Kin Woon dan Datuk Abdul Latiff Mirasa.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ketika itu ialah ACP Ismail Omar (foto, atas, kiri) yang kemudian menjadi ketua polis negara.
Namun Anwar kemudian pulang ke Kuala Lumpur tanpa ditahan. Selebihnya adalah sejarah yang lebam.
Meletakkan garis pemisah
Kini hampir 20 tahun kemudian susuk Anwar yang bebas tidak ada buat masa ini. Apa yang wujud adalah namanya yang disebut-sebut dari semasa ke semasa.
Pada sesetengah keadaan, Anwar yang satu itu menjadi lembaga keramat yang diletakkan pada dua sisi yang sangat bertentangan.
Jika istilah "komunis" "mengancam keselamatan negara" pernah menjadi serapah paling mujarab untuk menahan seseorang, bagi PKR ungkapan "Anwar" adalah serapah sangat mujarab untuk mengabsahkan perbuatan masing-masing.
Dan itulah yang nampaknya berlaku sekarang.
Pertembungan antara kumpulan Rafizi Ramli dan Datuk Seri Azmin Ali bukanlah rahsia lagi. Suatu ketika dulu ia menjadi rahsia umum. Maksudnya rahsia yang bukan rahsia. Hinggalah Rafizi menulis kenyataan panjang dan meletakkan garis pemisah antara dia dan kumpulan digelar "kartel" itu.
Dan di tengah mereka ialah Wan Azizah. Seorang wanita bernama Azizah itu adalah suatu kekuatan buat PKR. Namun dalam lingkaran dalaman parti Wan Azizah sekali gus kelemahan.
Sebagai seorang presiden - di mata umum - Wan Azizah adalah simbol ketabahan seorang wanita merangkap isteri dan ibu. Namun dalam lingkaran dalaman parti wanita yang sama itu sesekali dianggap beban.
Justeru, khabarnya sudah ada cakap-cakap dalaman untuk menggerakkan usaha mencari presiden baru buat PKR.
Dan ketika nama Anwar dijadikan azimat, difahamkan sebahagian daripada pimpinan atasan PKR sudah pernah meminta beliau bersara saja daripada politik supaya ada orang lain boleh mengambil tempatnya.
Tapi itulah, biasanya maklumat itu akan dinafikan banyak pihak. Politik, biasalah dan begitulah.
Bukan minta jadi diktator
Dalam keadaan kalut begitu tidak nampak bagaimana Wan Azizah menggunakan ketegasan bagi mengawal keadaan partinya yang ketika ini diperlukan benar-benar kompak dan boleh diyakinii.

TIADA AMARAN ATAU TINDAKAN DARI BIRO POLITIK, TUMPU KEPADA PERSEDIAAN PILIHANRAYA

Saya dihubungi berkali-kali oleh rakan-rakan media pada Hari Raya Aidiladha mengenai satu laporan yang disiarkan Sin Chew Daily kononnya saya diberi amaran keras oleh Biro Politik kerana memburukkan nama baik parti dan akan dipecat dari KEADILAN jika terus bersuara. Berita itu ditulis berdasarkan satu sumber dari Biro Politik yang tidak dinamakan.

Saya ingin mengesahkan bahawa tidak ada sebarang keputusan Biro Politik yang begitu. Saya tidak diberi sebarang amaran oleh sesiapa dan tiada sebarang keputusan mengenai tindakan tatatertib dibuat oleh Biro Politik. Sudah tentu berita yang saya boleh dipecat juga direka-reka.

Semua ini telah disahkan oleh Setiausaha Agung, Dato’ Saifuddin Nasution Ismail.

Saya tidak terkejut dengan perkara ini kerana ia pernah berlaku beberapa kali sebelum ini setiap kali ada perbezaan pendapat yang ketara di dalam kepimpinan. Ada beberapa orang pimpinan KEADILAN yang gemar memberikan gambaran yang salah kepada pihak media dengan berselindung di sebalik nama “sumber dalaman parti” untuk memastikan pandangan mereka diambil sebagai pandangan umum, walaupun itu bertentangan dengan perbincangan atau keputusan sebenar Biro Politik atau Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Ini pernah berlaku semasa pelantikan Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim, apabila berita-berita yang tidak sahih terus dibekalkan kepada pengamal media yang jelas memusuhi KEADILAN seperti Jocelyn Tan dari The Star. Walaupun mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat dengan secara jelas memutuskan hanya satu calon untuk jawatan Menteri Besar iaitu Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ada sahaja berita-berita dari sumber tidak rasmi kononnya ada keputusan yang berbeza.

Perkara yang sama berlaku menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak. Sedang Biro Politik berkali-kali memutuskan untuk mempertahankan perjanjian pembahagian kerusi yang telah dipersetujui di peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan, ada segelintir ahli Biro Politik yang menghantar mesej yang berlainan kepada pimpinan KEADILAN di Sarawak, yang akhirnya sampai kembali kepada saya sebagai Setiausaha Agung apabila mereka (pimpinan akar umbi) mahu mengesahkan berita itu.

Selagi 2-3 orang ahli Biro Politik ini tidak berdisiplin dan memberikan maklumat yang salah kepada pihak media dan anggota parti, keadaan akan terus bercelaru.

Oleh sebab itulah saya mengambil keputusan (sejurus selepas Pilihanraya Negeri Sarawak dan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar) bahawa masa dan tenaga saya lebih dimanfaatkan bergelumang dengan kempen KEADILAN dan Pakatan Harapan di kerusi-kerusi marginal berbanding cuba membetulkan maklumat yang salah yang disebarkan secara berterusan oleh 2-3 orang ahli Biro Politik ini.

Sebelum ini, saya mengambil keputusan untuk berdiam diri agar perkara ini tidak sampai ke pihak media tatkala pimpinan-pimpinan yang sama sedang mengusahakan perbincangan dengan PAS. Untuk tidak terus bertembung akibat maklumat yang salah disebarkan, saya mengambil keputusan lebih baik tidak turut serta di dalam mesyuarat Biro Politik untuk mengurangkan kebarangkalian saya terpaksa membetulkan versi keputusan Biro Politik yang kerapnya diberikan tafsiran berbeza.

Kini, kita sudah terlalu dekat dengan Pilihanraya Umum ke-14 dan sewajarnya kita memberi fokus kepada persediaan PRU14 (bukannya berita-berita dalaman sebegini).

Saya mengalu-alukan kenyataan Dato’ Seri Azmin Ali untuk patuh kepada keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan dan saya yakin sebagai Pengarah Pilihanraya PH, beliau ada ruang besar untuk menyumbang memperkasakan persediaan PH menghadapi BN, walaupun jika berlaku pertembungan 3 penjuru.

Saya juga menyeru keseluruhan pimpinan KEADILAN dari yang tertinggi di Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat, sehinggalah kepada pimpinan akar umbi untuk memberi tumpuan kepada persediaan PRU14 dan tidak melayan berita politik yang tidak membantu mengalahkan Umno/BN.

Misi mustahil AMANAH tawan Kelantan, Terengganu

Pakatan Harapan meletakkan misi yang dianggap cukup sukar jika tidak mustahil bagi AMANAH - untuk merampas Kelantan dan Terengganu pada pilihan raya akan datang - daripada bekas parti induknya, PAS.
Kelantan adalah kubu kuat PAS sejak ditawan daripada Umno pada tahun 1990.
Sementara, di Terengganu, PAS hampir memenangi negeri itu tanpa bantuan mana-mana sekutunya pada tahun 2013, jika ia berjaya merampas tiga lagi kerusi dari Umno.
PAS juga merupakan antara parti pembangkang utma di negara ini, sementara AMANAH ditubuhkan oleh pemimpinnya yang disingkirkan dari parti Islam itu pada tahun 2015. Parti serpihan itu kini bergelut untuk mendapatkan momentum.
"Kemungkinan tidak menyebelahi kami (AMANAH), tetapi kami parti terbaik untuk mencabar PAS," kata Pengarah Strategi AMANAH Dr Dzulkefly Ahmad kepada Malaysiakini.
Pemilihan AMANAH untuk menerajui kempen HARAPAN di Kelantan dan Terengganu, adalah sentimen yang dikongsi oleh rakan gabungan parti pembangkang itu.
Walau bagaimanapun, AMANAH benar-benar berdepan jalan yang sukar.
Ketika PAS dan AMANAH bertembung dalam pertandingan tiga penjuru dengan BN, tahun lalu semasa pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, keputusannya menyaksikan kemenangan besar berpihak kepada BN.
Keadaan sama nampaknya akan berulang pada pilihan raya umum ke-14, dengan PAS nekad mahu menjadi kuasa ketiga, tindakan yang menurut pemerhati politik akan memecahkan undi pembangkang, sekali gus memberi kelebihan kepada BN.
Menurut Dzulkefly, keputusan seumpama itu adalah alasan mengapa AMANAH dipilih untuk bertarung dengan PAS.
"Ini adalah untuk mengelisahkan mereka supaya kembali ke realiti.
"Ini adalah untuk menunjukkan bahawa dalam pertandingan tiga penjuru, AMANAH mungkin tidak akan menang, tetapi begitu juga dengan PAS, dan prospek kemenangan Umno adalah benar," katanya.
PRU-14, katanya, akan mencatatakan keputusan yang sangat berbeza jika PAS bersama pembangkang.
"Pilihan raya ini, akan dengan mudah dimenangi pembangkang jika PAS mencapai persetujuan menjadi sahabat semula," katanya.
Dzulkefly mendakwa terdapat insentif bagi PAS untuk bekerjasama, kerana kemungkinan mereka akan kehilangan Kelantan kepada Umno.
"Bagi saya, analisis terakhir kami, mereka mungkin kehilangan Kelantan tetapi mampu menawan Terengganu.
"Kami (HARAPAN) berharap dapat membawa mereka kembali ke meja rundingan.
"Tetapi PAS mahu membuktikan bahawa mereka adalah bijak, tetapi mereka tidak menyedari bahawa mereka telah kehilangan plot," kata Dzulkefly.
Beliau berkata jika PAS benar-benar bijar, mereka boleh mengikat perjanjian supaya AMANAH tidak bertanding di pantai timur.
Malah, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan mereka yang rapat dengannya telah berulang-kali cuba berunding dengan PAS, tetapi ini juga ditolak berulang kali.
Baru-baru ini, Majlis Presiden HARAPAN juga memutuskan bahawa tidak akan ada kerjasama pilihan raya dengan PAS.
Walau bagaimanapun Dzulkefly masih menaruh harapan tetapi berkata, kerjasama tidak boleh dilakukan pada minit-minit terakhir.
Dalam pada itu, AMANAH bertekad untuk merampas pantai timur untuk HARAPAN dan percaya parti itu mempunyai pemimpin yang bersesuaian untuk melaksanakan tugas berkenaan.
Di Kelantan, kempen HARAPAN akan diketuai oleh Naib Presiden AMANAH, Datuk Husam Musa (foto, atas, kiri).
Husam adalah seorang anak didik bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat yang cukup dihormati oleh pelbagai pihak.
Sementara itu di Terengganu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (foto, bawah, kanan) - adalah kerabat diraja - yang diserahkan tanggungjawab tersebut.
Selain Kelantan dan Terengganu, HARAPAN juga meletakkan AMANAH untuk mengetuai jenteranya di Melaka.

RCI Forex diminta tegakkan kebenaran panggil Anwar sebagai saksi



Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) diminta untuk tidak membuat kesimpulan atau keputusan pramatang atau memfitnah mana-mana pihak, tetapi untuk menegakkan kebenaran, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menegaskan keengganan Pengerusi RCI Bank Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan memanggil beliau sebagai saksi ke atas siasatan kerugian matawang asing Bank Negara Malaysia (BNM) adalah tidak wajar.
"Saya cukup terkejut apabila pengerusi Tan Sri Sidek menjawab bahawa mereka 'belum memutuskan' sama ada akan memanggil saya atau tidak.
"Memandangkan saya merupakan Menteri Kewangan pada ketika kejadian tersebut berlaku, sudah pasti ini bukan suatu keputusan yang sukar untuk dibuat!
"Amat menyedihkan jika siasatan ini ditutup tanpa mendengar keterangan saya," ujar Anwar dalam kenyataan hari ini.
Menurut Anwar pada 30 Ogos lalu, peguamnya memohon pengesahan bahawa beliau akan dipanggil sebagai saksi.
Oleh kerana sepanjang pendengaran diadakan namanya telah disebut beberapa kali, Anwar berpandangan amat mustahak beliaudibenarkan memberi keterangan.
"Suruhanjaya ini telah beberapa kali berkata bahawa ianya mahu menegakkan kebenaran dalam isu ini.
"Oleh itu, mereka pasti tahu bahawa cara terbaik adalah dengan membenarkan saksi-saksi kritikal seperti saya dan Tun Dr Mahathir, yang merupakan perdana menteri ketika itu, untuk memberi keterangan," ujarnya.

Selain Mohd Sidek, RCI itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md. Said, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad Datuk Seri Tajuddin Atan dan Pengerusi Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan Tan Sri Saw Choo Boon. Turut terlibat Ahli Institut Akauntan Malaysia, K. Pushpanathan dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Yusof Ismail yang juga setiausaha suruhanjaya siasatan itu.
Sebelum ini, Pakatan Harapan, walaupun mengalu-alukan RCI itu, mempersoalkan motif di sebalik penubuhannya ketika Tun Dr Mahahir Mohamad yang merupakan perdana menteri ketika skandal itu kini berada disebelah pembangkang.
Sementara Anwar yang kini menjalani hukuman penjara, adalah menteri kewangan pada 1991 hingga 1998, ketika skandal kerugian itu berlaku.

Undi pentaksub Pas macam mengharap kucing berhenti makan ikan goreng


Berusaha untuk memikat Pas dengan hasrat untuk mendapat undi pentaksub parti itu menjadikan Pakatan Harapan kehilangan undi kritikal yang lebih besar, tegas Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH, Ustaz Zolkharnain Abidin.
Menurut bekas pegawai di Jabatan Hal Ehwal Agama di Perlis itu, undi pentaksub Pas perlu diyakini sebagai sangat kecil tetapi jika dapat meraihnya pada pilihan raya umum akan datang dianggap sebagai baik.
"Tapi nampaknya sehingga kini, harapan itu seperti mengharap kucing berhenti makan ikan goreng. Undi pentaksub Pas sangat kecil berbanding undi pengundi kritikal.
zolkharnain Abidin PAS"Jika berlaku pertandingan dua penjuru BN - PH (Pakatan Harapan), saya percaya pentaksub Pas tak akan beri undi kepada PH.
"Sama ada mereka undi BN, buat undi rosak atau tak keluar mengundi," jelasnya dipetik daripada status yang dimuat naik di Facebook beliau hari ini.
Terdapat kelompok dalam PKR secara terbuka menyokong untuk terus berunding dengan Pas ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) semakin hampir.
Selain Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali seramai 17 lagi pimpinan parit itu terdiri daripada Naib-naib Presiden, Ketua Wanita, ahli-ahli Biro Politik dan ahli-ahli MPP termasuk dalam kumpulan tersebut seperti didedah Naib Presdien PKR, Rafizi Ramli pada 27 Ogos lalu.
Zolkharnain yang juga Timbalan Pengerusi AMANAH Perlis itu berkata, terdapat pentaksub Pas enggan mengundi calon daripada komponen parti di bawah Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
"Tentulah semua parti mahukan undi semua orang, termasuk undi pentaksub Pas. Namun soalannya, bagaimana nak dapatkan undi pentaksub Pas, sebab pentaksub Pas hanya undi Pas sahaja.
"Dalam PR (Pakatan Rakyat) dulu pun, ada pentaksub Pas tidak beri undi kepada PKR atau DAP, walaupun kedua-dua parti itu rakan Pas, bahkan Pas masuk bertanding di kerusi Kota Damansara dan Sungai Acheh atas kemahuan pentaksubnya," jelas beliau.

PH ada peluang selepas Pas dan Umno juga berpecah



Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, ketika perhatian pemerhati politik tertumpu kepada kesan pertandingan pelbagai penjuru kepada PH, mereka terlepas pandang perkara paling nyata.
Beliau berkata, walaupun undi pembangkang akan terpecah dalam pertandingan tiga penjuru,pada pilihan raya umum akan datang juga bakal menyaksikan sokongan kepada Umno dan Pas juga berpecah.
“Sokongan kepada Pas dan Umno sudah pun terpecah dengan pembentukan parti serpihan Amanah dan PPBM,” katanya seperti dilapor FMT semalam.
Kesimpulannya, pada hari pengundian nanti, sama ada diadakan tahun ini atau tahun depan, penyokong yang menjadi tempat Pas dan Umno bergantung pada pilihan raya umum 2013 akan lebih kecil.
Malah, ada juga yang akan meninggalkan mereka untuk bersama dengan pemimpin Amanah dan PPBM yang diundi mereka sebelum ini, kata Atory.
“Di atas kertas memang nampak seperti pertandingan pelbagai penjuru menentang BN akan menyukarkan peluang PH untuk menang.
“Namun tidak mustahil kerana pengundi Pas akan berpecah dua dan begitu juga dengan Umno.
“Kalau ia seperti plihan raya lepas, di mana PPBM dan Amanah tidak wujud, pertandingan 3 penjuru akan menyaksikan DAP dan PKR melawan Pas dan Umno.”
Bagaimanapun, Atory mengakui masih banyak yang perlu dilakukan PH untuk menjamin kemenangan pada pilihan raya umum akan datang kerana Pas menyukarkan keadaan untuk gabungan itu.
Ditanya apakah yang boleh dilakukan oleh gabungan yang dipimpin bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meningkatkan peluang mereka pada pilihan raya nanti, Atory berkata, antara langkah boleh diambil ialah mengumumkan calon menteri besar mereka untuk setiap negeri.
“Beritahu pengundi siapakah orangnya yang kamu tawarkan sebagai pemimpin mereka – iaitu mereka akan ada seorang pemimpin yang baik dan boleh diterima.”
“PH juga mesti pastikan manifesto pilihan raya gabungan itu sampai kepada pengundi dan mudah difahami,” katnya.
Majlis presiden PH malam tadi membuat keputusan tegas untuk tidak bekerjasama dengan Pas pada pilihan raya umum akan datang.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas bermesyuarat selama 3 jam, pemimpin PH berkata gabungan itu akan menyediakan strategi untuk menghadapi pertandingan 3 penjuru.

GAH: Azmin diberi tempoh 14 hari usir Pas dari kerajaan negeri Selangor

Kumpulan aktivis Gerakan Aktivis Harapan (GAH) menuntut Datuk Seri Azmin Ali mengusir Pas daripada kerajaan negeri Selangor dalam tempoh 14 hari jika benar Menteri Besar itu komited untuk memacu kekuatan Pakatan Harapan.
Zanirun BabaJurucakap GAH, Zanirun Baba (gambar kiri) berkata, Timbalan Presiden PKR itu juga dicabar untuk menyegerakan pembentukan Sekretariat Pakatan Harapan di Selangor dan menolak dominasi parti di mana-mana posisi dalam sekretariat tersebut.
Menurutnya, Azmin sebagai Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan mesti mengutamakan kesamarataan antara kesemua komponen parti dalam sekretariat itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bahawa Azmin akur dengan keputusan Pakatan Harapan untuk menolak sebarang perbincangan dengan Pas dan janjinya akan mengukuhkan jentera pilihan raya bagi menghadapi tiga penjuru.
Sehubungan itu, GAH, ujarnya, turut mendesak Azmin memaklumkan kepada kelompok kartelnya untuk menolak lantikan politik dalam kerajaan negeri Kelantan serta menerima secara inklusif penyokong Pakatan Harapan dalam keputusan dasar siasahnya.
"Tanpa sebarang tindakan daripada Azmin, kenyataannya hanyalah auta dan sandiwara sahaja yang tidak bersandarkan kepada kesungguhan dan realiti.
"Maka adalah berhak untuk semua pihak menperlecehkannya dan menolaknya dalam PRU (Pilihan Raya Umum) nanti," tegas Zanirun bersama lima jurucakap GAH lain.

Mereka berpendapat kenyataan terbaharu Azmin yang sebelum ini umum dikenali mahu terus berunding dengan Pas sekadar melepas batuk ditangga serta memperlihatkan keikhlasan yang amat lemah daripada pemimpin yang mulai menceburi politik pada 1987 atas peluang yang diberi Tun Mahathir itu. "Oleh itu, GAH masih berpendirian bahawa kelompok Azmin atau Kartel adalah parasit yang membawa barah kepada PH jika tidak berhati-hati. Kelicikan tindak tanduknya harus dihadam secara tersirat," tambah kumpulan aktivis Pakatan Harapan itu lagi.
Turut bersama dalam kenyataan itu Othman Ismail, Annuar Ismail, Mohd Saad Ismail, Lee Thian Soo dan Dr Maniam.