Selasa, 29 Ogos 2017

Siapakah penyangak sebenar dalan negara kita..??


60 Tahun UMNO@BN Berkuasa....!!!

Kami menyokong penuh titah Tuanku Sultan berkenaan apa yg telah berlaku dlm negara kita di antaranya perpaduan rakyat berbilang kaum sedang dirosakkan oleh oleh pemimpin politik yg semakin cenderung memilih untuk menyalakan bara-bara sensasi isu agama dan isu kaum.

ANDA SENDIRI TAHU BUKAN parti mana yg kerap memainkan isu2 sensitif perkauman & agama bila kedudukan parti tersebut di ambang krisis kehilangan sokongan rakyat/ pengundi LAGI-LAGI BILA HAMPIR PILIHANRAYA !!!

Pendaftaran portal berita serangan terhadap media pra PRU14

CADANGAN untuk mewajibkan pendaftaran portal berita dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) adalah satu serangan ke atas media sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pendaftaran portal berita ini bakal bertindak sebagai “permit penerbitan” bagi media digital. Ini akan mengancam kebebasan media online kerana dipercayai portal berita yang menerbitkan berita tidak disukai atau tidak sehaluan dengan Putrajaya boleh ditutup atau dihalang akses, seperti yang pernah berlaku sebelum ini kepada The Malaysian Insider.
Oleh itu, pendaftaran portal berita melanggar semangat Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kebebasan bersuara termasuk untuk media online khususnya portal berita.
Langkah ini akan lebih menyukarkan PKR dan Pakatan Harapan menyampaikan mesej dan maklumat kepada pengundi, memandangkan media arus perdana sedia ada juga dimiliki dan dikawal rapi Umno-BN.
Oleh itu, ini akan mengakibatkan gelanggang pertandingan PRU14 menjadi lebih tidak adil dari yang sedia ada, dan akan mengukuhkan persepsi umum PRU14 bakal menjadi pilihan raya paling kotor yang pernah kita saksikan.
Media merupakan tiang seri demokrasi, dan perlu dipertahankan dan diperkukuh – bukan dihalang sebegini rupa.

'Tugas pengarah pilihan raya bukan berunding dengan musuh'



Gerakan Aktivis Harapan (GAH) mengingatkan Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan, Datuk Seri Azmin Ali bahawa peranannya bukan berbincang dengan Pas.
Jurucakap GAH, Zanirun Baba berkata, Menteri Besar Selangor berkenaan juga gagal mengumumkan Sekretariat Pakatan Harapan di negeri dikuasai blok pembangkang sejak 2008 itu.
Zanirun Baba tengah dalam sidang media di ibu negara malam tadi"GAH ingin menyatakan kepada Azmin bahawa tugas Pengarah Pilihan Raya bukannya seorang perunding (negotiator) dengan musuh politik.
"Bukan sahaja Azmin gagal membentuk sekretariat PH (Pakatan Harapan) di negerinya (Selangor), malah dia juga gagal menguruskan jentera pilihan raya PH dengan baik pada saat ini," tegas kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Turut disokong bersama Othman Ismail, Annuar Ismail dan Mohd Saad Ismail, mereka mendakwa wujud percaturan jawatan pimpinan Pakatan Harapan di beberapa negeri.
"GAH menyedari beberapa jawatan-jawatan PH kini sedang dicatur di beberapa negeri. Mereka cuba menempatkan dirinya seolah-olah wujud peranan penting sungguhpun selama ini merekalah yang tidak mempedulikan kewujudan PH.
"Hakikatnya penglibatan mereka di dalam program bersama komponen parti PH sangat minima dan mendukacitakan," kata kenyataan itu lagi.
GAH turut menyokong keputusan Ahli Parlimen Selayang, William Leong melepaskan jawatan dalam Biro Politik PKR kerana menolak keputusan partinya meneruskan perbincangan kerjasama dengan Pas.
"GAH bersama-sama William dalam perkara ini malah memandang bahawa Azmin Ali dan beberapa kerat kelompoknya gagal berfungsi sebagai seorang Pengarah Pilihan Raya yang baik," ujarnya.
Pada 23 Ogos lalu, William juga memberitahu kepada PKR untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang tetapi kekal sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) kerana telah dipilih oleh perwakilan.
Mengulas pertandingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), GAH menyifatkan hal itu sebagai pilihan terbaik bagi Pakatan Harapan tetapi realitinya pada masa ini Pas tidak dilihat sebagai menentang keangkuhan Umno-BN.
"PH tidak punya opsyen lain, melainkan bergerak terus melawan BN dan mereka yang membantu BN seperti PAS dan Kartel," ujarnya.
Sehubungan itu, GAH menasihatkan Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR supaya sedar bahawa Pakatan Harapan telah wujud sebagai sebuah keluarga besar dan mengukuhkan sokongan.
"Dia (Azmin) mahu atau tidak, harus menerima kondisi sekarang, jika tidak kelompoknya akan dilabel sebagai entiti yang tidak punyai maruah kerana masih mahu bersenggama dengan bekas pasangan selepas bercerai," bidas GAH.
Kumpulan pendesak itu turut mengulangi pendirian sebelum ini bahawa kelompok Azmin sangat tidak membantu Pakatan Harapan sebaliknya akan merosakkan gabungan AMANAH, Bersatu, DAP dan PKR itu dari dalam.
"Oleh itu, PH harus menimbangkan secara serius untuk menjarakkan diri daripada kelompok kartel memandangkan pendekatan mereka akan merugikan PH," tambah mereka lagi.

Kukuhkan Pakatan Harapan 
Dalam perkembangan berkaitan, kumpulan Anti Kartel Movement (PAKM) juga bernada sama menuntut supaya rundingan dengan Pas dihentikan sebaliknya memberi tumpuan untuk mengukuhkan Pakatan Harapan.

Sukan SEA, merdeka, Najib akan bubar parlimen?



Negara akan menyambut Hari Kebangsaannya pada hari Khamis 31 Ogos ini di sebalik latar belakang kemenangan dan kejayaan Sukan SEA yang ke-29. Tahniah kepada rakyat Malaysia dan mereka yang menjayakannya!
Sebagaimana boleh diramalkan, kedua-dua peristiwa penting ini bakal menaikkan imej negara di mata rakyat kerana semangat kemerdekaan dan mood positif yang mahu ditonjolkan. Maka apakah Datuk Seri Najib akan bubar parlimen dengan segera untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14?
Soalan yang tidak kurang pentingnya ialah apakah rakyat kaitkan mood positif Hari Kebangsaan dan Sukan SEA dengan sokongan kepada Umno BN dalam PRU14?
Logo Hari Kebangsaan 2017Pada pendapat saya, ia tidak semudah itu kerana rakyat bijak menilai. Sementara faktor mood positif itu tidak dinafikan boleh memihak kepada Umno BN sebagai parti pemerintah namun banyak lagi faktor lain yang perlu diambil kira.
Malah soal apakah mood positif itu boleh diterjemahkan kepada undi juga perlu dijawab dengan jujur bukan dengan “hooha”.

Sukan bukan pentas politik
Lagi pun, bukan sewajarnya pentas sukan boleh dipolitikkan dengan kemasukkan Menteri Belia dan Sukan dalam acara polo Sukan SEA apatah lagi menagih sokongan undi atas kesungguhan atlet mencipta kemenangan.
Secara peribadi, saya kagum dengan komitmen Khairy Jamaluddin tetapi saya percaya sebagai seorang bertaraf Menteri dan tuan rumah Sukan SEA, beliau seharusnya tidak terlibat sebagai peserta. Lebih baik tumpu kepada penganjuran dan penyelesaian masalah yang timbul.
Selain isu bendera Indonesia yang terbalik, antara lain terdapat rungutan tentang urusan pengangkutan skuad sukan, kesukaran media mendapatkan maklumat pertandingan dan keputusan terkini.
Hakikatnya, isu keperitan hidup rakyat belum terungkai dengan masalah kos sara hidup yang tinggi, harga barang yang melambung dan cukai GST yang menekan. Begitu juga isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang masih menjadi misteri bagaimana wang dana strategik boleh mengalir keluar ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Jho Low, Riza Aziz dan ramai lagi. Ini semua tidak boleh dilupakan dan tidak akan hilang daripada radar rakyat dan antarabangsa.
Justeru walaupun mood positif itu benar atau “real” dan atlet Sukan SEA negara bakal berjaya meraih emas terbanyak dalam sejarah negara, namun saya percaya mereka lakukannya bukan kerana Datuk Seri Najib atau Khairy Jamaluddin atau mana-mana ahli politik. Mereka lakukannya kerana mereka sayangkan negara dan sumbangan mereka boleh menaikkan imej negara yang telah rosak akibat kepincangan pemimpin politik khususnya Umno BN. Untuk itu sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada atlet, jurulatih dan penyokong.
Atas sebab itu juga, saya percaya jika Malaysia ditadbir urus dengan baik oleh kepimpinan negara yang amanah dan berwibawa tanpa rasuah dan penyelewangan, dengan wujudnya semak dan imbang yang berkesan, dengan pengurusan ekonomi yang mampan serta agihan kekayaan yang saksama di mana keselamatan, kesihatan dan kebajikan rakyat terpelihara, maka rakyat akan lebih-lebih lagi berbesar hati memberi sumbangan tidak kira dalam sukan, pendidikan atau sains dan teknologi. Malah saya yakin, negara dan rakyatnya boleh mencapai kecemerlangan yang lebih baik dalam sukan atau apa juga bidang lain.

APAKAH ADA ALASAN YANG LEBIH BAIK UNTUK TERUS MENGEKALKAN NAJIB?

Hancur luluh hati Tun Razak kalau hari ini beliau masih hidup - ini bukan kata-kata yang diucapkan oleh orang biasa, tetapi oleh Sultan Nazrin Shah, Sultan bagi Negeri Perak.

Beliau menggariskan empat sebab luluhnya hati Tun Razak itu.

Pertama, perpaduan rakyat yang telah dirosakkan oleh pemimpin-pemimpin politik.

Kedua, Dasar Pelajaran Kebangsaan gagal menjadikan sekolah sebagai taman asuhan untuk menyatu-padukan rakyat.
Ketiga, penyelewengan dan pembahagian kekayaan Bumiputera yang tidak adil sehingga menimbulkan kemarahan kaum Bumiputera sendiri.

Keempat, kecewa dengan amalan rasuah dan tahap integriti dalam negara ketika ini.

Sebelum ini, anak bongsu Tun Razak sendiri, Nazir Razak pernah berkata, jika bapanya masih hidup, beliau pasti terkejut melihat bagaimana negara ini ditadbir.
Nazir adalah adik bongsu kepada Najib Razak dan beliau sudah beberapa kali  bersuara melahirkan kebimbangan, menyindir dan mempunyai nada yang berbeza, terutama berkaitan isu ekonomi dan 1MDB.

Selain itu, Tun Mahathir Mohamad dalam banyak ucapannya juga turut melahirkan kekecewaan terhadap kepimpinan Najib dan menyifatkan ia amat bertentangan dengan gaya kepimpinan Tun Razak yang amat dikaguminya.

Rakyat biasanya, tentunya lebih ramai, sama ada yang bersuara secara terbuka atau menunggu masa tibanya tarikh pilihanraya, mempunyai pandangan yang serupa, sama ada dengan apa yang diluahkan oleh Sultan Nazrin Shah, Tun Mahathir atau Nazir itu.
Kenapa semakin ramai yang bersuara?

Kenapa ketika Tun Mahathir atau Tun Abdullah Badawi berkuasa dahulu, tidak pernah timbul suara yang mengatakan ada Perdana Menteri terdahulu yang kecewa, terkejut atau luluh hati dengan kepimpinan mereka?

Jika bapa Najib sendiri digambarkan pasti kecewa, terkejut dan luluh hati, apakah sebahagian daripada kita ada alasan yang lebih baik untuk terus mengekalkan lagi anaknya itu sebagai Perdana Menteri?

‘Andai Tun Razak masih bernafas, pastinya kecewa melihat negara’

Tun Razak pasti kecewa melihat kegagalan kaedah pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, permainan isu kaum dan agama oleh parti politik, dan rasuah yang membelit penjawat awam.
Perak-Sultan-Sultan-Nazrin-Muizzuddin-Shah-1
KUALA LUMPUR: Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Raja Azlan Shah mendakwa sekiranya bekas perdana menteri ke-2, Tun Abdul Razak Hussein masih hidup, beliau pasti kecewa dengan senario Malaysia sekarang.
Sultan Nazrin berkata terdapat 4 sebab yang boleh mendukacitakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, antaranya perpaduan negara yang kian merosot.
Katanya, parti politik cenderung “menyalakan” isu perkauman dan agama dalam keghairahan mereka meraih sokongan.
“Masa depan negara bergantung kepada satu perkara penting iaitu perpaduan rakyat berbilang bangsa,” tegas Sultan Nazrin, memetik wawasan Razak.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran buku “Fulfilling A Legacy – Tun Abdul Razak” di Hotel Shangri-La hari ini.
Selain daripada permainan isu perkauman dan agama, Sultan Nazrin juga berkata kaedah pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan semakin gagal memenuhi matlamat menjadikan sekolah sebagai taman asuhan menyatu padukan negara.
“Dasar Pelajaran Kebangsaan menurut yang terkandung di dalam Penyata Razak menggariskan peranan penting sekolah untuk memupuk perpaduan warga melalui aliran pengajiran kebangsaan.
“Generasi muda daripada pelbagai kaum pada hari ini,, yang melalui pelbagai aliran persekolahan, tidak akan mempunyai peluang untuk berinteraksi dan saling mengenali antara satu sama lain, di sebaliknya mereka membesar secara berasingan dalam kelompok kaum masing-masing.”
Sultan Nazrin turut menyentuh mengenai mengenai pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang tergelincir daripada landasan sebenar terutama penyalahgunaan peluang pembahagian kekayaan.
“Hingga mengakibatkan berlaku ketirisan pegangan ekonomi Bumiputera secara besar-besaran, bukan sahaja mencetuskan salah faham kaum, kemarahan turut disuarakan dalam kalangan Bumiputera.”
DEB merupakan program sosioekonomi yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia ke-3 (1976-1980) untuk merapatkan jurang perbezaan ekonomi dan sosial kaum di Malaysia akibat dasar pecah dan perintah British.

Rafizi 'berlapang dada' dengan tuduhan Latheefa Koya



Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata dirinya berlapang dada dengan tuduhan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Latheefa Koya yang mengaitkannya sebagai seorang ajen Umno atau "Ponorogo".
Latheefa Koya dan Rafizi RamliLatheefa yang juga peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak berpuas hati dengan Rafizi susulan gesaan supaya satu kongres khas diadakan bagi menentukan hala tuju hubungan dengan Pas semalam dan membidas Ahli Parlimen Pandan itu sambil mendakwanya ‘barah’ kepada pembangkang.
"Mengenai tuduhan saya ialah seorang ejen Umno dan rujukan kepada “Ponorogo” seperti yang dituduh oleh Saudari Latheefa Koya, kempen mengaitkan saya sebagai ejen Umno bukanlah satu perkara yang baru.
"Saya sedia maklum sejak lebih setahun yang lepas ada cerita yang dibawa di bawa kononnya saya telah dibeli oleh Umno (melalui Datuk Seri Zahid Hamidi, sebab itu nama jolokan disebut “Ponorogo”) untuk menghancurkan Keadilan dari dalam sebagai pertukaran kepada tidak ke penjara (kerana saya ada banyak kes di mahkamah).

"Saya berlapang dada dan tidak akan menjawab tuduhan-tuduhan itu kerana kita kesuntukan masa. Masa dan tenaga saya lebih baik ditumpukan kepada membina kempen di kerusi-kerusi marginal yang dibantu Invoke  dengan turun ke bawah berkempen setiap minggu," ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Ahli PArlimen Pandan itu juga berkata, beliau boleh mengesahkan bahawa tidak pernah berjumpa dengan mana-mana menteri atau pemimpin Umno-BN. "Saya hanya bertemu Datuk Seri Zahid sekali sahaja di mahkamah dalam tahun 2012 untuk menyelesaikan kes saman beliau terhadap saya.
"Saya mengisytiharkan harta setiap tahun secara berkanun dan saya yakin rakyat tahu saya tidaklah ada kekayaan yang disyaki hasil dari sogokan.

"Saya memaafkan Saudari Latheefa Koya dan semua yang membuat pelbagai tuduhan terhadap saya.
"Saya tahu pandangan politik selalunya penuh dengan emosi, namun kita semua mempunyai niat yang sama iaitu untuk menewaskan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Umno/Barisan Nasional.

Latheefa Koya 'serang' pemimpin kanan PKR?


Latheefa KoyaAhli Majlis Pemimpin Pusat PKR, Latheefa Koya semalam memuat naik beberapa status di laman sosial, Facebook miliknya yang dipercayai ditujukan kepada seorang pemimpin kanan PKR.
"Sejak dia masuk-dia sudah bergaduh dengan hampir semua pimpinan utama. Dia lah krisis," tulisnya.
Beliau berkata, parti itu hanya menyaksikan 'krisis selepas krisis' sejak itu akibat 'kerja jahatnya', menggesa para pembaca untuk mengingati bahawa dia adalah sebahagian daripada 'geng Ponorogo'.
Ponorogo adalah sebuah Daerah di Jawa Timur, Indonesia.
Peguam itu mendakwa, pemimpin terbabit menggunakan wang yang dikutipnya untuk memecahbelahkan cabang dalam PKR.
"Yang marah-marah saya sebab 'posting' ini, sila lihat apa yang dibuat oleh barah ini sekarang.
"Sekarang ni guna dia punya NGO- kutip duit pastu - dia guna duit ni untuk memecahbelahkan cabang. Bukan untuk memantapkan parti tapi sebaliknya bagi huru-hara sebagai strategi ponorogo," tulisnya.
Dakwanya lagi, pemimpin itu kini sedang mengaturkan agar PKR berpecah menjadi dua.
"Dia sedang memaksa parti pecah dua. Dia tak hadir mesyuarat.Tetapi dia berani hanya bagi kata dua melalui media.
"Ini namanya tindakan bacul. Dia bertanding dulu dalam parti - bawa cerita palsu, minta pertolongan dari orang-orang berpengaruh- tetap kena tolak oleh anggota," katanya.
Beliau berkata, pemimpin itu pernah mengugut partinya sendiri.
"Dia pernah ugut, kalau dia dipecatkah, disingkirkah, dia akan menang sebab media alternatif sembah dia.
“Dia tak dapat kawal Selangor. Dia telah berjanji akan musnahkan dalam apa cara pun. Tengah kotakan janji itu," dakwanya.
Dalam pada itu, Latheefa mengingatkan pembaca bahawa pendedahannya itu, bukanlah bermakna berlaku perpecahan kem dalam PKR.
"Percayalah ini bukan isu dua kem dalam parti, ini isu seorang bertindak seperti barah dalam parti," tegasnya.

PKR komited kepada usaha kukuhkan PH



Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kenyataan ringkasnya menjelaskan,  Biro Politik PKR yang telah mengadakan mesyuarat mingguannya petang ini telah membuat ketetapan bahawa parti itu komited kepada usaha mengukuhkan Pakatan Harapan serta menyusun strategi untuk menewaskan Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Ia susulan kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini, yang menjelaskan sebab ketidakhadirannya dalam mesyuarat Biro Politik parti itu dan sehingga timbulnya cadangan agar diadakan Kongres Khas untuk wujudkan kerjasama PKR-Pas.
Rafizi menjelaskan isu ketidakhadirannya ke mesyuarat Biro Politik PKR digunakan sebagai alasan kononnya beliau tidak mengetahui keputusan berunding dengan Pas adalah keputusan parti yang diputuskan oleh Biro Politik PKR.

Katanya, beliau telah membuat keputusan untuk tidak hadir ke mesyuarat Biro Politik sejak Ogos 2016 selepas jelas perbezaan pendapat di Biro Politik yang berpanjangan akan membantutkan persediaan parti menjelang PRU14.
Ia berikutan rentetan peristiwa-peristiwa berikut seperti yang dinyatakan Rafizi:

1.Pertembungan 3 penjuru di pilihanraya Sarawak (Mei 2016) walaupun keputusan Biro Politik adalah jelas mengekalkan persetujuan pembahagian kerusi yang diputuskan di peringkat Majlis Presiden PH pada ketika itu dan ditandatangani sendiri oleh Timbalan Presiden parti

2.Tindakan melengah-lengahkan penyertaan PH di dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar sehingga ke saat akhir sehingga beliau terpaksa mengeluarkan satu Pekeliling Setiausaha Agung mengarahkan jentera parti turun membantu jentera PH (dari AMANAH dan DAP ketika itu) tanpa menunggu keputusan Biro Politik yang tidak kunjung tiba.
Rafizi turut menerangkan sejak Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, keputusan di peringkat Biro Politik menjadi sukar untuk dicapai bila ada perbezaan pendapat.
"Jika pun telah ada persetujuan di peringkat Biro Politik, jika itu tidak disukai oleh seseorang maka keputusan itu tidak dihormati malah akan dibuka balik di dalam mesyuarat Biro Politik yang seterusnya untuk ditukar kembali (seperti yang berlaku dengan keputusan perletakan jawatan pimpinan parti di dalam Kerajaan Kelantan). Akibatnya mesyuarat Biro Politik menjadi tempat polemik politik yang berpanjangan tanpa menghasilkan gerakan yang berkesan di bawah.

"Keadaan ini semakin menjadi-jadi dalam isu yang paling sensitif iaitu kerjasama dengan Pas kerana ia melibatkan Kerajaan Selangor. Oleh kerana pandangan Timbalan Presiden ialah untuk terus membuka pintu kepada PAS sehingga ke saat akhir untuk memastikan kemenangan di Selangor, sebarang langkah yang dilihat tidak disukai oleh Pas ditolak.

"Maka keputusan untuk menubuhkan Pakatan Harapan (yang mana saya menjadi tulang belakangnya sebagai Setiausaha Agung pada ketika itu) melebarkan lagi perbezaan pendapat antara saya dan Timbalan Presiden. Peristiwa-peristiwa di Pilihanraya Sarawak dan Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah berpunca dari pandangan yang mengaitkan sebarang inisiatif yang membabitkan Pakatan Harapan akan menguntungkan saya secara politik, maka ia tidak wajar disokong.

Mustahil PAS kerjasama dengan PH, Zuhdi jawab kaji selidik Selangor

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Zuhdi Marzuki berkata kerjasama pilihan raya antara PAS dan PH tidak mungkin berlaku kerana mereka mahu menafikan peluang DAP di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
zuhdi
Pusat Penyelidikan PAS (PPP) hari ini berkata mustahil PAS akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan kerana mereka berhasrat untuk menyerang parti komponen gabungan pembangkang itu pada pilihan raya umum ke-14 nanti.
Pengarah PPP Mohd Zuhdi Marzuki berkata PAS mahu menafikan peluang DAP memerintah semula Pulau Pinang, dan mengalahkan DAP di beberapa kerusi Parlimen dan DUN di Perak dan Selangor.
“Oleh yang demikian, sekiranya DAP dan Amanah terus berada dalam PH, tidak mungkin akan berlaku ‘electoral pact’ dengan PAS,” katanya kepada FMT hari ini.
Beliau menjawab tinjauan yang dijalankan badan kaji selidik milik kerajaan negeri Selangor, Institut Darul Ehsan (IDE) baru-baru ini, yang mendapati pembangkang berpeluang memenangi 7 negeri di Malaysia Barat, jika PH dan PAS bekerjasama menentang BN pada PRU14.
Timbalan Pengerusi IDE Datuk Mohamad Redzuan Othman berkata negeri yang berpotensi ditawan PH-PAS ialah Kedah, Perak, Melaka dan Pahang, selain Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang yang dikuasai pembangkang ketika ini.
Beberapa pemimpin pembangkang menuduh PAS mempunyai suatu bentuk kerjasama dengan Umno, kerana pertandingan pelbagai penjuru dikatakan hanya akan memberi manfaat kepada BN.
Zuhdi berkata 89 kerusi Parlimen yang dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU13 lalu bilangan kerusi maksimum yang boleh dicapai PH sekiranya bergabung dengan PAS.
“Tiada kerusi lagi yang mampu ditambah oleh PH bersama PAS setelah sokongan pengundi-pengundi bukan Melayu sampai ke tahap maksimum.

Hancur luluh hati Tun Razak kalau masih hidup hari ini, titah Sultan Nazrin

Hancur luluh hati Tun Razak kalau masih hidup hari ini, titah Sultan Nazrin
Titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini menyentuh empat perkara utama negara meliputi aspek perpaduan rakyat, pendidikan, ekonomi dan moral. 
MAJLIS pelancaran buku tentang Tun Abdul Razak hari ini sepatutnya jadi acara mengenang 40 tahun pemergian beliau, sebaliknya ia jadi tempat bercermin diri melihat sejauh mana Malaysia sudah berubah daripada cita-cita dan nilai budi yang ditinggalkan oleh perdana menteri kedua itu.
Dan sekiranya Tun Abdul Razak masih hidup, perdana menteri Malaysia kedua itu pasti akan “kecewa dan ralat” melihat keadaan yang sedang berlaku dalam negara sekarang, titah Sultan Nazrin Shah.
Baginda menyenaraikan empat perkara yang akan mengecewakan Tun Abdul Razak, menyentuh soal perpaduan rakyat, pendidikan, ekonomi dan moral.
“Tun Abdul Razak, andai kata masih bernafas, pastinya pada hari ini akan kecewa dan ralat melihat empat senario yang sedang berlaku di dalam negara,” titah baginda pada majlis pelancaran buku Fulfilling a Legacy: Tun Razak Foundation di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini.
Teks penuh titah Sultan Nazrin.
Merujuk kepada wawasan Tun Abdul Razak bahawa masa depan negara ini bergantung pada satu perkara iaitu perpaduan rakyat berbilang kaum, Sultan Nazrin bertitah ia sedang dirosakkan oleh oleh pemimpin politik.
“Sedangkan dalam keghairahan mahu mendapat sokongan, parti-parti politik pada masa ini, semakin cenderung memilih untuk menyalakan bara-bara sensasi isu agama dan isu kaum,” titah baginda.
Tun Abdul Razak juga, titah baginda, pasti kecewa dan ralat melihat bagaimana Dasar Pelajaran Kebangsaan gagal menjadikan sekolah sebagai “taman asuhan menyatupadukan warga”.
“Generasi muda daripada pelbagai kaum pada hari ini, yang melalui pelbagai aliran persekolahan, tidak akan mempunyai peluang untuk berinteraksi dan saling mengenali antara satu sama lain, di sebaliknya mereka membesar secara berasingan dalam kelompok kaum masing-masing.
Ketiga, Tun Abdul Razak akan kecewa melihat penyelewengan pembahagian kekayaan sehingga berlakunya ketirisan besar-besaran pegangan ekonomi bumiputera yang menyebabkan kaum bukan bumiputera menyifatkan Dasar Ekonomi Baru diskriminatif, malah mencetuskan kemarahan dalam kalangan bumiputera sendiri.
Dan yang keempat, titah baginda, Tun Abdul Razak akan kecewa dan ralat melihatkan amalan rasuah dan tahap integriti di Malaysia pada hari ini.

Mengenang Tun Razak

BERIKUT adalah teks penuh ucapan Sultan Nazrin Shah pada majlis pelancaran buku “Fulfilling a Legacy- Tun Razak Foundation” di Kuala Lumpur pada 29 Ogos 2017.
Firman Allah Subhanahu wata’ala dalam ayat 35 Surah Al-Anbiya bermaksud:
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.”
2. Pada 14 Januari 1976, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, menghembus nafas terakhir di London ketika berusia 53 tahun. Seorang isteri kehilangan suami, lima orang anak kehilangan bapa, rakyat kehilangan pemimpin, dan Malaysia kehilangan seorang negarawan yang kaya dengan sifat-sifat keinsanan.
3. Tun Abdul Razak (Allahyarham) menerima tanggungjawab Perdana Menteri Kedua Malaysia pada 22 September 1970; bekerja dengan segala keikhlasan dan penuh dedikasi selama tempoh memegang amanah tersebut. Tanggungjawab berat tersebut diterima dalam keadaan negara sedang berhadapan lima senario berikut:
Pertama: negara berada dalam inkubator pemulihan politik, setelah berlaku peristiwa hitam perselisihan kaum pada 13 Mei 1969. Parlimen digantung, Majlis Gerakan Negara (Mageran) ditubuhkan untuk memberi ruang kepada negara memikirkan formula perimbangan politik yang lebih sesuai diguna pakai, dalam sebuah negara yang warganya begitu pelbagai, sarat dengan isu-isu sensitif menyentuh agama, kaum, budaya dan bahasa.
Kedua: parti politik yang dianggotai dan dipertanggungjawabkan kepimpinan kepadanya, Umno dan Perikatan serta barisan pemimpin Umno dan Perikatan menghadapi defisit keyakinan yang besar, ketara semakin pupus sokongan rakyat apabila hilang majoriti dua pertiga dalam Pilihanraya Umum Ketiga yang berlangsung pada 10 Mei 1969.
Ketiga: Orang Melayu dan bumiputera yang paling didiskriminasikan pada era pentadbiran Kolonial Inggeris, sedang dalam mood membantah dan memberontak, kerana kemerdekaan negara tidak memberi makna kepada mereka yang majoriti hidup kais pagi-makan pagi, bagaikan itik haus di air – bagaikan ayam lapar di kepuk. Rata-rata orang Melayu dan bumiputera kecewa kerana merasakan tidak ada kesungguhan kerajaan membela nasib mereka dan melaksanakan langkah untuk

Kenapa Azmin tak muncul dalam mesyuarat HARAPAN?

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali menjadi pemain utama dalam rundingan dengan PAS.

Justeru itu kegagalannya hadir dalam mesyuarat Pakatan Harapan malam tadi terus menjadi perbualan.
Mesyuarat itu banyak membincangkan kerjasama tersebut, terutamanya selepas PKR mengumumkan menjalankan rundingan tidak langsung dengan sekutu lamanya itu.
Beberapa sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Azmin yang juga pengarah pilihan raya HARAPAN ditunggu-tunggu untuk membentangkan cadangan kerjasama dengan PAS.
Malah, dakwa sumber-sumber lagi, mesyuarat malam tadi digambarkan bagi memenuhi jadual Azmin yang berada di luar negara pada 23 Ogos lalu.
“Tetapi dia masih tidak muncul,” kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli kepada Malaysiakini.
Rafizi juga mengesahkan Azmin sepatutnya membentangkan cadangan keempat untuk kerjasama dengan PAS.
Bagaimanakah, seorang lagi naib presiden Tian Chua pula berkata “tidak ada perkara itu” ketika ditanya sama ada Azmin patut membentangkan cadangan kerjasama dengan PAS malam tadi.
“Macam mana mesyuarat dijadualkan untuk seorang individu? Ia supaya semua orang dapat hadir, bukan Azmin saja,” katanya.
Malaysiakini juga menghubungi Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkaitan perkara itu tetapi beliau berkata tidak mempunyai maklumat.
Mesyuarat malam tadi berakhir dengan keputusan menolak kerjasama dengan PAS dan bersedia berdepan dalam persaingan tiga penjuru dalam pilihan raya umum akan datang.
Minggu lepas Azmin bekata rundingan PKR dengan PAS tiada kena mengena dengan HARAPAN.
Sementara itu, biro politik PKR pula dijadual berlangsung petang ini yang dijangka hangat dengan isu itu.

Ahli akar umbi Bersatu Teluk Kemang dakwa Cikgu Kamarul 'pengkhianat parti'


Ahli Bersatu Teluk Kemang
Ahli akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Teluk  Kemang mengecam tindakan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi  Bersatu Kamarulazman  Habibur Rahman  sebagai 'pengkhianat parti' kerana mengetuai 250 ahli  di Bahagian Dungun keluar parti  kembali menyertai Umno  pada Jumaat lalu.
Junaidy JamaludinAhli seumur hidup Bersatu Junaidy Jamaluddin (Gambar kiri) berkata, tindakan Kamarulazman yang juga bekas ahli Bersatu Bahagian Teluk Kemang yang lebih dikenali sebagai Cikgu Kamarul bertindak keluar parti itu telah mencalarkan imej parti.
"Pada pandangan saya dan rakan-rakan di Bahagian Teluk Kemang , Cikgu Kamarul adalah seorang yang tidak berintegriti dan tiada pegangan dalam perjuangan.
"Pada kami semua ahli PPBM Bahagian Teluk Kemang beranggapan pada mulanya Cikgu Kamarul adalah seorang pejuang bangsa, akan tetapi kami semua tertipu dengan kata-kata manis dan jualan ayat-ayat perjuangan bangsa dan Negara.Rupa-rupanya, semua bunga bahasa dan perjuangan beliau adalah palsu dan ianya adalah menjurus ke arah kepentingan peribadi semata-mata.
"Cikgu Kamarul merupakan seorang yang tidak boleh dipercayai dan mementingkan diri sendiri dari kepentingan rakyat marhaen, justeru itu Cikgu Kamarul tidak layak di panggil perjuang tetapi beliau lebih sesuai dipanggil 'Pengkhianat parti'." ujarnya kepada Malaysia Dateline.
 Beliau mengulas mengenai tindakan keluar parti yang diketuai Kamarulazman, bekas Ketua Penaja Bahagian Dungun Mastura Othman dan bersama 250 ahli di bahagian itu memutuskan untuk keluar parti menyertai semula Umno-Barisan Nasional (BN).
Kamarulazman telah mengetuai penyerahan borang keahlian Umno kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan disaksikan Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus merangkap Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dalam Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kuala Nerus bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak pada 25 Ogos lalu.

Menurut Junaidy lagi, sebelum ini ahli-ahli Umno di Bahagian Teluk Kemang telah bertindak keluar Umno beramai-ramai untuk menyertai Bersatu semata-mata tidak percaya dengan kepimpinan Umno-BN yang memerintah  sekarang dan ujarnya, mereka mahu perubahan secara menyeluruh demi masa depan negara. "Bagi kami PPBM adalah satu-satunya, wardah baru yang sangat baik untuk orang-orang Melayu khususnya.
"Saya dan rakan-rakan di PPBM Telok Kemang menyeru ahli-ahli PPBM di lain-lain Bahagian supaya menolak dakyah Cikgu Kamarulazman Habiburrahman
dan rakan-rakan beliau.

Adakah China sedang jajah Malaysia? Tidak, tapi...

Kolonialisme berdasarkan sejarah, berbeza dengan kepercayaan kebanyakan orang, tidak bermula dengan sebuah peperangan . Kolonialisme British, adalah salah satu manifestasi kolonialisme yang paling agresif dapat disaksikan oleh sejarah, namun permulaannya sangat naif.
Ia bermula dengan pembinaan stesyen batu arang di pelbagai benua di seluruh dunia. Sebermulanya pergolakan domestik di negara-negara Afrika, India, Asia Tenggara dan tempat-tempat lain, Syarikat Hindia Timur Inggeris memohon pertolongan dan campurtangan.
Kemudian, apa yang kita tahu seterusnya, Empayar British mula terbentuk dan semakin meluas pada pertengahan kurun ke-18, sehingga memerlukan campur tangan London untuk mempertahankan semua stesen arang batu mereka.
Apa sebabnya? Supaya kepentingan perniagaan British dalam menguasai perdagangan antarabangsa tercapai.
Kita ada pelbagai alasan untuk mempercayai bahawa imperialisme China – andai dan bila ia terbentuk – akan bermula dan membentuk sebuah empayar secara “kebetulan” jua.
Moto “One Belt One Road” (OBOR) mempunyai citra menghubungkan China dengan lebih daripada 62 negara, sejauh Kenya dan Djibouti, dan mensasarkan Kenya mampu menyediakan fasiliti yang dapat menampung armada laut China.
Secara keseluruhan, China mensasarkan akan mengeluarkan tidak kurang dari AS$5 trilion untuk semua aset-aset ini.
Udang sebalik batu
Sebanyak AS$3 trilion tersimpan di rizab China, apa-apa sahaja pengeluaran satu pertiga atau lebih daripada jumlah rezab itu, China akan mempertahankannya. Tetapi, dengan perbelanjaan OBOR di tahun dan dasawarsa mendatang, andai tidak menjadi, mengapa China tidak akan mempertahankan AS$5 trilion yang mereka belanjakan?
Ini berlaku secara semula jadi. Kalau tidak, bagaimana mereka mahu justifikasikan pembaziran secara diplomasi? Mereka tidak boleh.
Satu jalan sahaja untuk China mempertahankan OBOR – daripada mengharapkan “kuasa lembut” – hanyalah dengan “kuasa keras”.
Namun, apa yang berlaku kini, belum ada kata putus dan tujuan ‘udang di sebalik batu’ tentang China dan OBOR. Malaysia mengalu-alukan pelaburan luar tanpa gagal.
Sebaliknya, mereka dialu-alukan sebagai kuasa Asia dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), terutamanya oleh Majlis Keselamatan PBB (UN Security Council), di mana hanya China sahaja wakil Asia sejak berakhirnya perang dunia kedua.
Benar, semasa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berjaya dapatkan Tokyo untuk mewakili kepentingan Malaysia dan ASEAN di G7, di mana Jepun satu-satunya wakil Asia, adalah dari buah fikiran Dr Mahathir untuk membentuk East Asian Economic Group (EAEG) kepada Perdana Menteri Li Peng.
Matlamat Dr Mahathir pada waktu itu, sama juga sekarang, untuk memberi laluan China bagi mengetuai rantau ini.
Setiausaha Amerika Syarikat, James Baker telah bersusah payah cuba untuk merencatkan Dr Mahathir, sehinggakan sanggup memberi amaran kepada Korea Selatan dan Jepun untuk tidak menerima pendekatan Dr Mahathir.
Benar, Baker memberi amaran kepada kedua-dua negara ini bahawa Amerika Syarikat lah yang telah membantu mereka “dengan darah dan peluh” semenjak berakhirnya perang dunia kedua.
Baker betul. Sama juga Dr Mahathir. Dalam menggesa Asia untuk membentuk sebuah kumpulan ekonomi bersama, dengan China sebagai ketuanya, beliau hanya memberi tindak balas kepada kuasa di Eropah.
Rakyat tanggung hutang
Sehingga 1990, usaha untuk membetuk Kesatuan Eropah (EU) telah bermula. Andai China dan Asia Timur tidak dapat berdiri tegak bersama, rantau ini akan terdedah dengan ragam polisi sesama sendiri.
Dan yang benar belaku, krisis ekonomi Asia pada 1997 sehingga 1998 membuktikan ramalan beliau benar.
Sehingga 1998, ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan telah bulat suara untuk sama-sama mempertahankan diri mereka ke atas apa-apa spekulasi kewangan antarabangsa.
Dalam masa yang sama, jikalau China tetap memperluaskan OBOR, lebih cepat daripada ASEAN dan Timur Asia dapat lakukan, Beijing mungkin yang pertama dapat mengambil alih kepentingan rantau juga kepentingan antarabangsa.
Inilah yang dikatakan dengan posibiliti sebuah empayar China secara “kebetulan” sangat tinggi. Meyakinkan lagi, bayangannya dapat dilihat di Malaysia – dengan komplikasi yang dihadapi Umno.
Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ditetapkan pada RM55 bilion. Ini didakwa lebih RM25 bilion daripada bajet sebenar. Terdapat indikasi yang China didakwa membenarkan Umno dan kontraktor tempatan untuk menaikkan bajet bagi membayar wang saku mereka sendiri.
Dengan Malaysia memiliki projek tersebut, projek ini perlu berjaya, yang mana pembayar cukai mestilah mengganggap diri mereka akan menanggung hutang kira-kiranya tujuh tahun dengan kadar faedah sebanyak 3.25 peratus, bukan sebuah kontrak bilateral di antara dua kerajaan.
3.25 peratus ini, adalah sangat tinggi. Kalau tidak cukup bayaran tanan dan volum dapat dikumpulkan, seluruh projek ini akan jatuh dan gagal.
Jadi koloni China

Najib perlu batal jumpa Trump, ikut Pope ke Myanmar


Najib di perhimpunan Rohingya
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seharusnya menolak jemputan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk melawat Rumah Putih bulan depan sebaliknya menyertai Pope Francis melawat Myanmar dan Bangladesh berikutan krisis terbaharu ke atas rakyat Islam Rohingnya.
Ketua Biro Antarabangsa AMANAH Raja Kamarul Bahrin Shah mempersoal keprihatinan Najib terhadap penderitaan umat Islam di negara jiran sedangkan akhir tahun lalu Najib mengadakan himpunan solidariti untuk Rohingya bersama Pas di Stadium Titiwangsa.
"Malangnya Najib lebih berminat untuk ke Amerika berjumpa Presiden Trump yang terkenal dengan sikap perkauman dan anti Islamnya.
"Di manakah keperhatinan Najib dalam penderitaan umat Islam dalam negara jiran kita di Myanmar? Isteri Presiden Turkey yang datang dari jauh dekat benua Europah pun pernah menyertai sendiri rombongan kapal bantuan untuk Rohingnya.

"Adakah Rosmah isteri Najib berminat berbuat demikian walaupun beliau pernah terbang menggunakan jet kerajaan untuk hanya menerima piala anugerah di Turkey tahun lepas? soalnya.

Rafizi jelaskan ketidakhadiran, dakwa bukan ejen Umno

Saya berterima kasih kepada semua pandangan dari dalam dan luar parti mengenai cadangan saya supaya kebuntuan mengenai kerjasama dengan PAS diselesaikan melalui kaedah pengundian perwakilan akar umbi PKR di Kongres Khas yang boleh dipanggil mengikut peruntukan Perlembagaan Fasal Fasal 19(1)(c).
Dari pelbagai pandangan itu, ada beberapa perkara yang ditimbulkan yang mengundang pelbagai soalan dari pihak media dan orang ramai.
Pertama, isu ketidakhadiran saya ke mesyuarat Biro Politik PKR yang digunakan sebagai alasan kononnya saya tidak mengetahui keputusan berunding dengan PAS itu adalah keputusan parti yang diputuskan oleh Biro Politik PKR.
Saya telah membuat keputusan untuk tidak hadir ke mesyuarat Biro Politik sejak Ogos 2016 selepas jelas perbezaan pendapat di Biro Politik yang berpanjangan akan membantutkan persediaan parti menjelang PRU14.
Ia berikutan rentetan peristiwa-peristiwa berikut:
  • Pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya Sarawak (Mei 2016) walaupun keputusan Biro Politik adalah jelas mengekalkan persetujuan pembahagian kerusi yang diputuskan di peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada ketika itu dan ditandatangani sendiri oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali.
  • Tindakan melengah-lengahkan penyertaan HARAPAN pada pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar sehingga ke saat akhir sehingga saya terpaksa mengeluarkan satu pekeliling setiausaha agung mengarahkan jentera parti turun membantu jentera HARAPAN (dari AMANAH dan DAP ketika itu) tanpa menunggu keputusan Biro Politik yang tidak kunjung tiba.
Perbezaan pendapat dengan Azmin
Sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, keputusan di peringkat Biro Politik menjadi sukar untuk dicapai bila ada perbezaan pendapat. Jika pun telah ada persetujuan di peringkat Biro Politik, jika itu tidak disukai oleh seseorang maka keputusan itu tidak dihormati malah akan dibuka balik di dalam mesyuarat Biro Politik yang seterusnya untuk ditukar kembali (seperti yang berlaku dengan keputusan perletakan jawatan pimpinan parti di dalam kerajaan Kelantan).
Akibatnya mesyuarat Biro Politik menjadi tempat polemik politik yang berpanjangan tanpa menghasilkan gerakan yang berkesan di bawah.
Keadaan ini semakin menjadi-jadi dalam isu yang paling sensitif iaitu kerjasama dengan PAS kerana ia melibatkan kerajaan negeri Selangor.
Oleh kerana pandangan timbalan presiden ialah untuk terus membuka pintu kepada PAS sehingga ke saat akhir untuk memastikan kemenangan di Selangor, sebarang langkah yang dilihat tidak disukai oleh PAS ditolak.
Maka keputusan untuk menubuhkan Pakatan Harapan (yang mana saya menjadi tulang belakangnya sebagai setiausaha agung pada ketika itu) melebarkan lagi perbezaan pendapat antara saya dan timbalan presiden.
Peristiwa-peristiwa ketika pilihan raya Sarawak dan pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah berpunca dari pandangan yang mengaitkan sebarang inisiatif yang membabitkan Pakatan Harapan akan menguntungkan saya secara politik, maka ia tidak wajar disokong.
Orang kepercayaan Anwar
Menyedari hakikat ini, selepas kekalahan di plihan raya Sarawak dan pilihan raya kecil Sungai Besar/Kuala Kangsar, saya tahu bahawa masa dan tenaga saya lebih baik digunakan untuk berkempen di bawah daripada bertempur di dalam bilik mesyuarat yang tidak berkesudahan.
Seawal Ogos 2016, saya tahu kemungkinan besar saya akan dijatuhkan hukuman penjara kerana saya didakwa di bawah Akta OSA pada April 2016, maka saya telah membuat keputusan untuk melepaskan jawatan setiausaha agung kepada Datuk Saifuddin Nasution Ismail apabila dijatuhkan hukuman kerana pertukaran itu tidak menimbulkan kontroversi di mata rakyat.
Sebab utama keputusan itu (selain dari soal dijatuhkan hukuman) ialah kerana saya percaya tenaga dan masa saya lebih baik digunakan untuk memastikan kempen dan persediaan PKR/HARAPAN di kerusi-kerusi penting (kerusi marginal yang kalah tipis) berjalan baik; daripada dihabiskan di dalam pertempuran politik di atas.
Tambahan pula, Saifuddin adalah orang kepercayaan Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan juga diplomat PKR di dalam Pakatan Harapan yang paling kanan (sejak Pakatan Rakyat lagi).
Maka saya membuat keputusan untuk mengambil tanggungjawab menyediakan jentera dan kempen pilihanraya di kerusi-kerusi marginal yang saya telah usahakan melalui INVOKE sejak Ogos 2016 lagi.

Kami ‘seronok’ PKR berpecah, kata Umno

Keadaan semasa PKR memberi peluang cerah untuk BN rampas kembali Selangor daripada pembangkang, kata seorang ahli MT Umno.
tajuddin-pkr-1
PUTRAJAYA: Seorang pimpinan Umno berkata perbezaan pandangan pimpinan PKR berhubung kerjasama dengan PAS memberi peluang yang cerah untuk Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata walaupun Umno sebenarnya tidak perlu bergantung kepada kelemahan dalam pembangkang, parti Melayu itu gembira melihat keadaan semasa PKR.
“(PKR) berpecah, pecahlah. Memang kita seronok. Harapan kita lebih cerah untuk pilihan raya umum akan datang.
“Biar dia orang berpecah lagi. Semua dalam (PKR) semua keras kepala, tunjuk pandai.
“Rafizi (Ramli) tunjuk pandai, (Datuk Seri Mohamed) Azmin Ali ingat dia hebat. Tak ada satu kepala nak pimpin kerajaan kalau pemimpin tidak bersatu padu,” katanya ketika ditemui di sini.
Beliau mengulas kenyataan berbeza-beza pimpinan PKR berhubung isu kerjasama dengan PAS.
Beberapa pemimpin PKR dilapor mengadakan rundingan pembahagian kerusi dengan PAS yang menurut Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin turut direstui ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Biro Politik parti itu.
Sabtu lalu, Azmin mendakwa rundingannya dengan PAS mendapat mandat parti, selepas timbul spekulasi PKR cuba mengadakan perjanjian berasingan dengan parti Islam itu bagi memastikan pertandingan satu lawan satu menentang BN pada PRU14.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution pada Isnin menafikan parti itu berbincang dengan PAS, sebaliknya rundingan pembahagian kerusi hanya membabitkan parti komponen PH.
Rabu lalu, Ahli Parlimen Selayang, William Leong meletak jawatan dalam Biro Politik PKR, badan tertinggi yang memutuskan hala tuju parti itu, kerana tidak bersetuju partinya berunding dengan PAS.
Ia selepas Azmin bersama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menemui Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, 3 minggu lalu.
Mengulas lanjut, Tajuddin berkata Umno harus memperkuatkan jentera parti dan memberi penjelasan kepada pengundi terutama di Selangor bahawa pembangkang “gagal memerintah” selepas 2 penggal di negeri itu.

Untung-rugi Pakatan tolak kerjasama dengan PAS pada PRU14


Untung-rugi Pakatan tolak kerjasama dengan PAS pada PRU14
Pakatan Harapan memutuskan kerjasama dengan PAS tidak akan menjadi kenyataan walaupun berdepan risiko pertandingan tiga penjuru yang boleh memberi kelebihan kepada Umno dan Barisan Nasional. 
AGENDA mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) semalam mudah iaitu untuk menentukan kerjasama dengan PAS tetapi perbincangan itu tetap mengambil masa empat jam.
PH dalam satu kenyataan awal pagi ini mengumumkan menolak sebarang kerjasama dengan PAS dan akan bersedia untuk pertembungan tiga penjuru.
The Malaysian Insight difahamkan, dalam membincangkan topik ini, PH mengambil masa lebih dua jam selain membincangkan isu seperti pelantikan pengerusi negeri, laporan rundingan kerusi, laporan jawatankuasa pilihan raya dan perkara berbangkit.
Mesyuarat malam tadi dipengerusikan Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad dan dihadiri pemimpin kanan setiap parti seperti Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Muhyiddin Yassin (Bersatu), Mohamad Sabu (Amanah) dan Lim Guan Eng (DAP).
Selain itu turut dilihat hadir pemimpin PKR seperti Nurul Izzah Anwar, Chua Tian Chang, Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution Ismail, Zuraida Kamaruddin dan Fahmi Fadzil.
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali tidak dilihat hadir pada mesyuarat malam tadi.
Bersatu turut menghantar Mukhriz Mahathir, Dr Rais Hussin dan Syed Saadiq Abdul Rahman.
DAP pula diwakili Tan Kok Wai, Teresa Kok, Gabind Singh Deo, Chong Chieng Jen dan Liew Chin Tong.
Manakala Amanah menghantar Salahuddin Ayub, Husam Musa, Anuar Tahir dan Khalid Samad.
Mesyuarat PH malam tadi antara lain memperlihatkan Bersatu, Amanah dan DAP dengan jelas menolak sebarang bentuk kerjasama dengan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Manakala PKR berpecah dengan sekumpulan pemimpin menolak kerjasama dengan PAS manakala sekumpulan lagi mahu masa diberikan untuk berunding dengan parti Islam itu.
Berikut adalah antara hujah mengenai untung dan rugi PH menolak sebarang kerjasama dengan PAS pada PRU14 seperti diberitahu pelbagai sumber yang hadir dalam mesyuarat itu kepada The Malaysian Insight:
Untung:
- Menolak kerjasama dengan PAS memberikan isyarat yang jelas kepada pengundi pada PRU14 dan PH masih mempunyai masa untuk memberikan penerangan kepada pengundi di seluruh negara.
- Kerjasama dengan PAS akan menyebabkan PH kehilangan undi bukan Melayu. Dalam pertembungan tiga penjuru bersama Barisan Nasional (BN) dan PAS yang menyebabkan undi Melayu berpecah kepada tiga, undi bukan Melayu bakal menjadi penentu.
- Jika meneruskan kerjasama dengan PAS, pengundi Cina yang menjadi penentu kepada kemenangan kepada negeri seperti Selangor akan menolak PH.
- PH masih boleh menang dalam pertembungan tiga penjuru walaupun dengan margin lebih kecil 2-3%.
- Jika PKR meneruskan kerjasama dengan PAS dan mengumumkannya secara terbuka, ia akan menjejaskan parti PH lain seperti Bersatu, DAP dan Amanah.
- PAS semakin rapat dengan Umno dan tiada jaminan dapat dikawal jika kerjasama diteruskan.
- Sejarah pengkhianatan PAS dalam Pakatan Rakyat pada PRU13, PAS mengkhianati persahabatan dengan meletakkan calon di kerusi PKR seperti Kota Damansara sehingga menyebabkan kerusi itu dimenangi BN.

Guan Eng tak kisah MCA fitnah anti-Islam, anti-Cina

Skandal 1MDB: Bank serah 900 dokumen berkaitan Jho Low, Yousef Al Otaiba, 1MDB

Pakatan Harapan selesai pembahagian negeri menjelang PRU14


Pakatan Harapan selesai pembahagian negeri menjelang PRU14
Mesyuarat Majlis Presiden PH yang berakhir tengah malam tadi turut menyelesaikan pembahagian kepimpinan mengikut negeri kepada parti komponen. 
PAKATAN Harapan (PH) kini mengerahkan semua kekuatan parti komponen untuk bekerja dan mengetuai kempen di negeri yang sudah pun diagihkan menjelang pilihan raya umum, selepas menutup rapat pintu kepada PAS.
Mesyuarat Majlis Presiden PH yang bermula pada 9.30 malam sehingga tengah malam tadi turut menyelesaikan pembahagian kepimpinan mengikut negeri kepada parti komponen.
PKR dan Bersatu masing-masing mendapat empat negeri manakala kedua-dua DAP dan Amanah diberikan tanggungjawab untuk memimpin tiga negeri.
“PKR akan menjadi pengerusi PH di Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Sabah.
“Manakala Bersatu diberi kepercayaan mengetuai PH di Johor, Perak, Kedah dan Perlis,” kata sumber yang menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden PH semalam kepada The Malaysian Insight dengan syarat tidak dinamakan.
Seorang lagi sumber yang turut menghadiri mesyuarat itu berkata DAP ditugaskan untuk memimpin PH di Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Sarawak.
“Amanah pula ditugaskan untuk memimpin PH di Kelantan, Terengganu dan Melaka,” kata sumber.
The Malaysian Insight difahamkan, Mukhriz Mahathir akan diberi kepercayaan untuk mengetuai PH Kedah.
Pada 10 Ogos lalu, Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pelantikan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai pengerusi Pulau Pinang, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai pengerusi Selangor dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi Johor.
Dr Mahathir turut mengumumkan Azmin yang juga naib presiden PH dilantik sebagai pengarah pilihan raya PH bagi membantu Muhyiddin dalam jawatankuasa pilihan raya.
Sementara itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu yang juga timbalan presiden PH dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa komunikasi dan mobilisasi.
Tengah malam tadi, PH dalam satu kenyataan mengumumkan menolak kerjasama dengan PAS dan bersedia untuk pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"PH tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam PRU14.

Sikap 'kluk klek' Pas tiada tempat dalam PH


Sany Hamzan Pakatan Harapan
Pendirian rasmi Pakatan Harapan (PH) yang tidak akan bekerjasama dengan Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan memudahkan lagi perancangan gerak kerja bersama antara keempat-empat parti sama ada di peringkat nasional mahupun negeri.
Menyambut baik keputusan PH selepas mesyuarat Majlis Presiden malam tadi, Ketua Pemuda AMANAH Nasional Mohd Sany Hamzan berkata, pendirian tegas itu amat dinanti-nanti.
"Rakyat sangat memberi harapan yang menggunung kepada Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP, AMANAH dan Bersatu untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada kerajaan kleptokrasi yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak.
"Oleh yang demikian rakyat mahukan satu gabungan yang ampuh bagi menghadapi PRU14 yang akan datang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mesyuarat Majlis Presiden malam tadi mengeluarkan kenyataan menolak sebarang kerjasama dengan Pas sebaliknya bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru dalam PRU14.
Kenyataan itu turut ditandatangani Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.

Ia timbul apabila Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali minggu lalu mengumumkan sedang ada usaha berbincang dengan Pas secara tidak rasmi, sebagai persediaan PKR menghadapi PRU14.
Beliau yang juga Menteri Besar Selangor bagaimanapun menjelaskan, perbincangan dengan Pas itu tiada kaitan dengan PH sebaliknya atas inisiatif PKR sepenuhnya.

7 daripada 10 rakyat Malaysia setuju 1MDB cemar imej Najib

TUJUH daripada 10 rakyat Malaysia percaya yang skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) merosakkan reputasi Perdana Menteri Najib Razak, menurut kajian terbaru yang dijalankan oleh Institut Darul Ehsan (IDE).
Menurut tinjauan "Malaysia: Mood of the Nation", yang dijalankan antara 11 hingga 15 Ogos, hanya 14% rakyat Malaysia tidak bersetuju skandal yang 1MDB telah merosakkan imej Najib manakala 17% tidak pasti.
Kaji selidik itu juga menunjukkan 64% rakyat Malaysia mahu Najib berdebat dengan perdana menteri pilihan pembangkang seperti diamalkan di negara lain.
Hanya 15% tidak bersetuju dengan cadangan itu manakala 21% yang lain tidak pasti.
Pemerintahan Barisan Nasional (BN) juga menerima kadar kepuasan daripada pemilih yang rendah dengan hanya 29% yang berpuas hati dengannya.
Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, 41% daripada responden merasakan pencapaian BN sederhana sahaja manakala 31% mendapati kerajaan persekutuan yang dipimpin oleh BN semakin teruk.
Sebaliknya, 49% daripada pengundi di Selangor berpuas hati dengan kerajaan pimpinan PKR. Hanya 6% tidak berpuas hati manakala 45% mendapati kerajaan di Selangor pada tahap sederhana.
Pulau Pinang yang diketuai DAP memperoleh kedudukan penerimaan sebanyak 40% dengan 12% tidak berpuas hati dengan kerajaan manakala 49% yang lain mengatakan ia sederhana.
Di Kelantan, pentadbiran yang diterajui PAS memperoleh penerimaan sebanyak 39% dengan hanya 8% tidak berpuas hati dengannya.
Pada PRU13, BN memperoleh 4.315 juta undi atau 46.2% undi popular manakala pembangkang 5.035 juta undi atau 53.5% undi popular.
Kaji selidik terkini IDE itu dijalankan secara bersemuka dengan 4,486 pengundi berdaftar. Sampel secara rawak diambil daripada 12.08 juta pengundi berdaftar di Semenanjung.
Menurut IDE margin ralat adalah sekitar 2%.

Skandal 1MDB: Bank Switzerland serah dokumen mengenai duta UAE berkait Jho Low

Yousef Al Otaiba dilaporkan melakukan urusan kewangan dengan Jho Low.
Low-Taek-Jho Bank Switzerland, Lombard Odier dilaporkan menyerahkan kepada pihak berkuasa dokumen setebal 900 muka surat mengenai duta Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Amerika Syarikat, yang dikatakan ada kaitan dengan 1MDB dan ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho, atau Jho Low.
Akhbar Switzerland, Le Temps, memetik kandungan emel yang bocor di antara duta Yousef Al Otaiba dan Jho Low.
Menurut akhbar itu Otaiba melakukan urusan kewangan dengan Jho Low tetapi berhati-hati terhadap ahli perniagaan itu.
Otaiba pernah enggan menulis surat sokongan kepada Jho Low berhubung operasi Goldman Sachs di Switzerland.
Dalam salah satu emel, Otaiba berkata Jho Low perlu “bertenang dan hentikan berpesta”, merujuk kepada tabiat Jho Low yang suka menghadiri pelbagai acara Hollywood.
Laporan yang dipetik portal berita kewangan finews.com berkata Otaiba merupakan pelanggan bank Lombard Odier sehingga tahun lalu, apabila bank itu menutup akaunnya.
Pertalian Otaiba dan Jho Low dibangkitkan awal bulan ini apabila akhbar The Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan kandungan emel menunjukkan Otaiba dan rakan kongsi dari Jordan, Shaher Awartani pernah berbincang mengenai siasatan pihak berkuasa AS, Switzerland dan Singapura berhubung transaksi yang mereka terima daripada entiti yang berkait Jho Low.
Jho Low merupakan antara individu dinamakan Jabatan Kehakiman AS (DoJ) dalam siasatannya terhadap sejumlah AS$4.5 bilion aset yang didakwa dilarikan daripada 1MDB.
Menurut WSJ, syarikat dikaitkan dengan Otaiba didakwa menerima AS$66 juta daripada entiti yang menurut penyiasat menjadi saluran wang dilarikan daripada 1MDB.
WSJ berkata kandungan emel yang bocor itu menunjukkan Otaiba menggunakan kuasa diplomatiknya untuk meyakinkan bank memberikan pinjaman demi hubungan baik UAE-Malaysia.

SEMUANYA TAK BOLEH PAKAI!!

Satu pihak bercakap tiada lagi sebarang rundingan, tetapi satu pihak yang lain seolah-olah merasakan mereka sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor.

Mana satu nak diikut?

Atau adakah Pas sekarang sudah terbelah dua?

Untuk kesekian kalinya, diingatkan kepada PKR khususnya dan Pakatan Harapan amnya, mereka tidak perlu lagi membuang masa  terus melayan karenah dan telatah Pas dalam menghadapi pilihanraya akan datang.
Baik yang mengatakan sedia berunding, pintu rundingan telah tertutup atau memberi gambaran sama-sama ingin mempertahankan Selangor atau apa saja kenyataan lainnya, semuanya tak boleh pakai. Ia palsu belaka.

Selalunya begitulah, setiap kali ada kenyataan daripada pemimpin tertentu Pas bahawa mereka sedia berunding, ia kemudian akan dibalas oleh satu pihak lagi yang mengatakan tiada lagi kerjasama perlu diadakan.

Bila satu pihak mengatakan tiada lagi rundingan, muncullah pula kenyataan lain yang seolah-olah Pas tetap ingin bersama, terbuka kepada perundingan atau setidak-tidaknya mahu bersama dalam mempertahankan kerajaan negeri Selangor.

Sebenarnya, semua itu adalah wayang belaka.
Ia hanyalah kenyataan yang mahu melengah-lengahkan kesepakatan dan menjadikan Pakatan Harapan tidak bersedia sepenuhnya menghadapi PRU 14.

Kalau pun ada yang berbeza pandangan, selagi Hadi Awang lebih cintakan Najib Razak daripada kebenaran, tiada apa yang dapat pemimpin Pas lain lakukan. Mereka pula tentu saja tidak sedia meninggalkan Pas.

Jadi, akhirnya mereka akhirnya akan tetap wala' kepada Hadi dan Pas. Buang masa saja melayan mereka.

Lebih penting bagi PKR dan Pakatan Harapan ialah terus bergerak ke hadapan dan meyakinkan pengundi bahawa UMNO dan Pas atau Pas dan UMNO adalah gabungan yang satu.

Mengundi atau memilih salah satu daripadanya, yang kekal berkuasa nanti tetap seorang kleptokrat yang akan memusnahkan segala impian rakyat Malaysia untuk membina kehidupan masa depan yang lebih baik lagi.

PKR KINI PERLU SEIRING DENGAN PAKATAN HARAPAN DAN TIDAK PERLU LAGI TERUS MELAYAN PAS

KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN

Pendirian Majlis Presiden Pakatan Harapan berkenaan kerjasama dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah seperti berikut:

1) Pakatan Harapan tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14); dan

2) Pakatan Harapan sedang merangka strategi untuk kemungkinan menghadapi pertandingan tiga penjuru dalam PRU-14.


YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad
Pengerusi Pakatan Harapan

YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Pakatan Harapan

YB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Presiden Pakatan Harapan

YAB Lim Guan Eng
Timbalan Presiden Pakatan Harapan

YBhg Hj Mohamad Sabu
Timbalan Presiden Pakatan Harapan

29 Ogos 2017


Di atas adalah kenyataan media Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dikeluarkan lewat malam tadi selepas mesyuarat diadakan yang antara lain membincangkan kewujudan pertembungan pemikiran dalam PKR tentang perlu atau tidaknya parti itu terus bekerjasama dengan Pas.

Satu pihak dikatakan masih mahu meneruskan kerjasama dengan Pas dengan tujuan mengelakkan pertandingan tiga penjuru dan bagi mempertahankan Selangor, sementara satu pihak lain, sesuai dengan Pas sendiri yang memutuskan hubungan dengan PKR, merasakan tidak perlu lagi diwujudkan sebarang bentuk kerjasama dengan parti itu.

Keputusan Majlis Presiden malam tadi adalah pendirian paling jelas dan mudah difahami. Bermakna,  semua pemikiran dalam PKR perlu memahami dan menghormati keputusan tersebut. Mereka kini perlu bersatu dan bergerak seiring dengan pendirian rasmi Pakatan Harapan.

Tidak perlu dan tidak harus wujud lagi sebarang keinginan untuk terus bekerjasama dengan Pas selepas ini. Sebagaimana yang kerap ditulis dalam blog blog ini - lupakan Pas dan Pakatan Harapan perlu maju ke depan dengan keyakinan sendiri untuk menghadapi pilihanraya akan datang.

Dengan keputusan Majlis Presiden itu juga, jika Pakatan Harapan terus bergerak dengan kesepakatan yang jitu melalui gabungan PKR, DAP, Amanah dan Bersatu serta Hindraf untuk menumbangkan UMNO dan BN, maka pengundi tidak lagi keliru atau terasa dipermain-mainkan dengan gambaran wujudnya ketidaktentuan dan tidak konsisten dalam pendirian perjuangan mereka.

PRU14: Pakatan Harapan tidak akan kerjasama dengan PAS

Selepas mesyuarat lebih 4 jam, Majlis Presiden Pakatan Harapan turut memaklumkan ia sedang merangka strategi bagi menghadapi pertandingan 3 penjuru pada PRU14.
MahathirPETALING JAYA: Empat parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) memutuskan tidak akan bekerjasama dengan PAS bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Majlis Presiden PH ketika mengumumkan keputusan itu dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat lebih 4 jam malam tadi turut memaklumkan ia sedang merangka strategi bagi menghadapi pertandingan 3 penjuru dengan PAS dan Barisan Nasional (BN) pada PRU14.
Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad juga berkata: “Kami berjaya menyelesaikan masalah berhubung pelantikan pemimpin negeri.”
Kebanyakan pemimpin tertinggi PH, termasuk Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menghadiri mesyuarat itu, kecuali Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.
Sementara itu, Naib Presiden PH, Salahuddin Ayub menyifatkan keputusan itu sebagai berita baik dan keputusan tegas.
Beliau yang juga timbalan presiden Amanah berkata, keputusan itu dibuat bersama 4 parti komponen PH dan ia akan dilaksanakan di semua negeri, termasuk Selangor yang dipimpin Azmin.
Beberapa pemimpin PKR dilapor mengadakan rundingan pembahagian kerusi dengan PAS yang menurut Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin turut direstui ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Biro Politik parti reformasi itu.
Sabtu lalu, Azmin mendakwa rundingannya dengan PAS mendapat mandat parti, selepas timbul spekulasi PKR cuba mengadakan perjanjian berasingan dengan parti Islam itu bagi memastikan pertandingan satu lawan satu menentang BN pada PRU14.
“Mereka selalu kata rundingan itu inisiatif saya, tetapi sebenarnya bukan inisiatif peribadi saya. Rundingan itu keputusan PKR. Saya mewakili parti,” kata Azmin yang menyifatkan perbincangan “tidak rasmi” itu hanya melibatkan PKR dan PAS.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution pada Isnin menafikan parti itu berbincang dengan PAS, sebaliknya rundingan pembahagian kerusi hanya membabitkan parti komponen PH.

Mesyuarat Biro Politik PKR, 'pertempuran' dijangka meletus

Biro politik PKR akan mengadakan mesyuarat mingguannya di ibu pejabat parti itu. Bagaimanapun mesyuarat jam 3 petang itu dijangka panas dengan perbincangan sama ada mahu meneruskan rundingan dengan PAS atau tidak.
Mesyuarat tersebut disahkan oleh kumpulan pro-PAS dan anti-PAS kepada Malaysiakini.
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempengerusikan mesyuarat majlis presiden gabungan itu malam ini, memberitahu akan mendapatkan penjelasan tentang hal ini.
Bagaimanapun, pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dijangka tidak akan melakukan lebih daripada memberikan kata-kata nasihat untuk perkara berkaitan urusan dalaman PKR.
Pertempuran sebenar akan terjadi esok hari apabila pihak yang setuju rundingan dengan PAS dijangka akan menyerang naib presiden PKR Rafizi Ramli.
Kumpulan ini memang telah retak hubungannya dengan Rafizi, malah marah dengan MP Pandan itu kerana menyukarkan keadaan dengan menuntut diadakan kongres khas untuk mengundi sama ada PKR perlu terus berunding dengan PAS.
Esei Rafizi lawan FB Latheefa
Setelah Rafizi mengeluarkan esei beliau sepanjang 2000 patah perkataan yang menentang rundingan berterusan dengan PAS, ahli majlis tertinggi PKR Latheefa Koya melemparkan kemarahan beliau terhadapnya.
Rafizi telah menamakan mereka yang bersetuju dengan rundingan PAS dan mengambil pendekatan pragmatik.
“Sila lihat apa yang dibuat oleh barah ini sekarang. Dia sedang memaksa parti pecah dua. Dia tak hadir mesyuarat. Tetapi dia berani hanya bagi kata dua melalui media. Ini namanya tindakan bacul," kata beliau dalam posting Facebook merujuk kepada Rafizi.
Beliau juga membayangkan Rafizi sebagai agen Umno.
Rafizi sememangnya sudah agak lama tidak hadir mesyuarat biro politik PKR disebabkan tidak bersetuju dengan sesetengah pemimpin termasuklah Latheefa.
Tidak jelas jika Rafizi akan memutuskan untuk muncul dalam mesyuarat besok.
Rafizi tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan maklum balas beliau semasa penulisan berita ini dibuat.