Sabtu, 26 Ogos 2017

Najib pikat PAS untuk kekal berkuasa


Najib pikat PAS untuk kekal berkuasa
Najib dikatakn cuba menjadi wira bagi masyarakat Islam berikutan pilihan raya umum yang akan berlangsung pada bila-bila masa sahaja. 
TERDESAK untuk menangi undi Melayu, Perdana Menteri Najib Razak dilihat cuba berbaik dengan musuh tradisinya PAS, sebuah parti Islam yang mahu undang-undang syariah dilaksanakan di Malaysia, lapor Bloomberg hari ini.
Walaupun ia tidak mungkin berlaku, kerjasama itu akan memberi kelebihan kepada Umno dan PAS. Jalinan kerjasama antara parti itu memberi kelebihan kepada Najib untuk Umno mempengaruhi undi masyarakat Islam, manakala Presiden PAS Abdul Hadi Awang kini lebih banyak peluang untuk mempengaruhi kerajaan berhubung polisi.
Najib membenarkan Hadi bentangkan rang undang-undang untuk memperkasakan mahkamah syariah, satu tindakan yang menimbulkan kebimbangan segelintir pihak ia akan membuka laluan kepada hudud di Malaysia.
Najib juga bekerjasama dengan pemimpin PAS untuk membantu minoriti Rohingya yang beragama Islam di Myanmar.
Isu kaum, etnik, bahasa Melayu dan terutamanya Islam sangat dekat di hati rakyat Malaysia, kata Mohamed Mustafa Ishak yang merupakan pensyarah pengajian politik dan antarabangsa di Universiti Utara Malaysia.
Najib sedar perkara itu. Malah beliau cuba untuk menjadi wira kebajikan masyarakat Islam berikutan pilihan raya umum yang semakin hampir.
Namun memberi keutamaaan kepada pengundi Islam adalah berisiko, jika tidak "sangat berbahaya" di negara dengan minoriti Cina dan India yang besar dan sejarah keganasan etnik.
“Ia juga boleh secara tidak langsung mengalakkan ekstremis agama dan fundamentalis untuk

Protes senyap melanda kubu Umno di Terengganu


Protes senyap melanda kubu Umno di Terengganu
Penduduk di Besut, Terengganu tetap setia mendengar ceramah pemimpin Pakatan Harapan walaupun hujan lebat, malam tadi. 
PEMBERONTAKAN secara senyap di kubu Umno di Besut mungkin akan memberi Pakatan Harapan (PH) tempat di Terengganu ketika parti dominan di negeri itu, Umno dan PAS berdepan persaingan sengit.
Aktivis akar umbi dan penduduk berkata bagaimana cara PH tawan Besut, satu kawasan yang terpencil, bersempadan dengan Kelantan itu, akan menjadi petanda untuk pencapaiannya di keseluruhan Terengganu.
Ini memandangkan Besut dan kerusi berjiran dengannya, Setiu dimenangi oleh Umno pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 walaupun kemenangan pembangkang di seluruh negara agak besar pada 2013.
Logiknya ialah jika PH boleh memenangi hati penduduk luar bandar, yang secara tradisionalnya penyokong tegar Umno atau PAS, ini bermakna ia boleh menang di mana saja sekalipun kerana ia sudah pun mendapat sokongan teguh dalam kalangan masyarakat bandar.
Sesetengah penduduk menjangkakan suasana di Besut sama seperti sebelum PRU10 pada 1999, ketika negeri itu jatuh kepada PAS.
“Ia rasa seperti 1999 sekali lagi berdasarkan kepada apa yang orang ramai beritahu saya,” kata Alias Ahmad, 69, bekas guru agama dan ahli PAS ketika ditemui di ceramah PH bertajuk “Selamatkan Malaysia”.
“Pada 1999 ia tentang reaksi mereka terhadap mata hitam (bekas timbalan perdana menteri) Anwar Ibrahim. Kali ini fasal mereka ditekan oleh GST (cukai barangan dan perkhidmatan) dan peningkatan kos sara hidup.
“Kami harap gelombang protes senyap ini akan bantu kami di Besut dan seluruh Terengganu,” katanya selepas ceramah yang menampilkan Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin gabungan pembangkang di negeri itu.
Pada PRU 2013, Umno memenangi Besut dan empat kerusi DUN di negeri itu dengan majoriti antara lebih 8,000 kepada 960 undi. Ia menangi Setiu dan empat lagi kerusi DUN dengan majoriti antara lebih 7,900 hingga 782.
“Pembangkang, Pakatan Rakyat menang semua kerusi bandar dari Kuala Terengganu ke Dungun ke Kemaman,” kata aktivis akar umbi Umno di Setiu, daerah berjiran dengan Besut.
“Kerusi seperti Setiu dan Besut yang membantu Umno. Jika ia kalah di sini, keseluruhan Terengganu boleh jatuh,” katanya kepada The Malaysian Insight, tetapi enggan mendedahkan nama.
Walaupun ceramah itu diadakan di kubu kuat Umno, lebih 1,000 orang datang untuk mendengar ucapan Dr Mahathir di padang di Kampung Raja, Besut.

Skandal ‘1MDB kecil’ Terengganu susahkan rakyat



Skandal ‘1MDB kecil’ Terengganu susahkan rakyat
Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad (tiga dari kiri) bersama barisan pemimpin pakatan itu pada ceramah “Selamatkan Malaysia” di Besut, Terengganu, malam tadi. 

KETIKA semua pihak fokus kepada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), orang ramai tidak sedar yang Terengganu juga ada “1MDB kecil” sendiri, kata wakil rakyat pembangkang.
Defisit bajet negeri yang tidak dijelaskan sepanjang 10 tahun lalu dan projek terbengkalai adalah skandal yang sama dengan 1MDB dalam bentuk penyalahgunaan kuasa dan mencuri duit rakyat, kata mereka.
Dakwaan itu didedahkan Adun Bandar Azan Ismail dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dalam ceramah Pakatan Harapan (PH) bertajuk “Selamatkan Malaysia” di Besut, malam tadi.
Azan berkata tahun lalu, kerajaan negeri Terengganu membelanjakan RM2 bilion tetapi hanya mengutip pendapatan RM1 bilion.
Beliau mempersoalkan percanggahan antara dua angka itu, berkata tidak dapat dijelaskan yang kerajaan negeri membelanjakan RM2 bilion untuk populasi hanya 1.2 juta.
Pengerusi PKR Terengganu itu berkata di sebalik semua wang yang dibelanjakan itu, keluarga nelayan di Terengganu masih memperoleh purata pendapatan bulanan RM400 hingga RM460.
“Ada kemungkinan besar yang separuh daripada wang yang dibelanjakan itu, dibazirkan kerana salah urus, salah guna atau mungkin ia dicuri.
“Kerana kerajaan negeri tidak memberi penjelasan, terdapat banyak syak wasangka bagaimana sebenarnya mereka belanjakan duit kita,” katanya.
Dalam persembahan slaid, Raja Bahrin membangkitkan tiga projek kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) yang gagal, secara kolektifnya menyebabkan kerugian pembayar cukai sebanyak RM900 juta.
Pertama ialah pembinaan stadium di Gong Badak dengan kos RM300 juta tetapi tidak boleh digunakan kerana bumbungnya runtuh.
“Kemudian kawasan bebas cukai di Kenyir dengan kos RM300 juta, tetapi ia juga gagal,” kata Raja Bahrin.
Projek terbengkalai yang terbaru ialah hab kolej Taman Ilmu bernilai RM300 juta di Besut yang masih lagi belum digunakan kerana berlaku kerosakan.
Katanya, kontrak RM45 juta untuk membaiki projek itu terpecah di antara 17 sub kontraktor yang semuanya ada rekod yang bermasalah.
“Ada antara syarikat itu di luar Terengganu, jadi persoalannya ialah mengapa mereka beri pada orang luar. Lebih teruk lagi, sesetengahnya syarikat RM2,” katanya.

DR MAHATHIR DESAK PAS JANGAN JADI PENGACAU


DR Mahathir Mohamad merayu kepada PAS supaya jangan jadi “pengacau” ketika gabungan yang diketuainya, Pakatan Harapan (PH) cuba untuk menembusi Terengganu –kubu musuh parti pembangkang.
“Tolonglah, jangan jadi pengacau,” kata Dr Mahathir ketika lawatan pertamanya ke negeri pantai timur sebagai pengerusi Pakatan Harapan (PH).
“Saya sedih dengan PAS ini. Tak pernah menang, tak boleh jadi kerajaan. Tapi masuk jadi pengacau. Nak pecah belah orang Melayu supaya BN menang,” katanya.
PAS mengumumkan ia akan mengetuai gabungannya sendiri, Gagasan Sejahtera Rakyat pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Memandangkan ia tidak mengadakan kerjasama pilihan raya sama ada dengan Barisan Nasional (BN) atau PH, ia akan bertanding menentang kedua-duanya di sekurang-kurangnya 100 kerusi di seluruh negara.
Penganalisis berkata mengikut sejarah, BN hampir pasti selalu menang di mana berlakunya pertandingan banyak penjuru kerana undi pembangkang akan berpecah.
Impian PH untuk mengambil alih kuasa persekutuan terancam jika ia tidak dapat membentuk pakatan dengan PAS yang sudah pun berkata ia mahu menjadi “kingmaker” pada PRU akan datang.

Zaid: Amanah lawan PAS ialah pemikiran Nik Aziz lawan Hadi

Bekas wakil rakyat Kota Bharu itu berkata Amanah terbentuk kerana PAS sekarang ini sudah lari daripada perjuangan yang dibentuk Nik Aziz.
zaidKOTA BHARU: Datuk Zaid Ibrahim malam ini berkata perlawanan antara Amanah dan PAS di bawah Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebenarnya perlawanan antara pemikiran bekas mursyidul am PAS Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan fahaman Hadi.
Bekas menteri undang-undang itu, yang juga bekas wakil rakyat Kota Bharu berkata, Amanah terbentuk kerana PAS sekarang ini sudah lari daripada perjuangan yang dibentuk Nik Aziz.
“Pilihan raya kali ini bukan Wan Rahim Wan Abdullah (pengerusi Amanah Kelantan) lawan Nik Amar Nik Abdullah (timbalan menteri besar), bukan Husam Musa (penasihat Amanah Kelantan) lawan Ahmad Yakob (menteri besar). Orang Islam Kelantan kena ingat ini pertandingan antara pemikiran dan kehendak Nik Aziz dan Hadi Awang,” katanya di majlis makan malam anjuran DAP di sini.
Nik Aziz merupakan menteri besar Kelantan dari 1990 hingga 2013 dan mursyidul am PAS dari 1991 hingga 2015. Hadi mengambil alih jawatan presiden dari Datuk Fadzil Noor pada 2002, dan dilihat sebagai pemimpin paling dominan dalam PAS dengan kematian Nik Aziz pada Februari 2015.
Selepas Nik Aziz, PAS dikatakan mendekati Umno dan bekerjasama dalam agenda bersama.
“Saya tidak rela orang Melayu Kelantan kononnya atas nama Islam memilih pendekatan politik Hadi Awang dan konco-konconya. Politik yang memusnahkan bangsa kita, agama kita, memecah-belahkan rakyat. Jangan kita sia-siakan legasi tok guru Nik Aziz,” kata Zaid.
Sementara itu, Zaid berkata beliau faham sekiranya ada segelintir individu kaya di Kelantan gembira dengan Umno, tetapi meluahkan rasa hairan mengapa rakyat biasa di negeri itu yang masih dihimpit kemiskinan turut menyokong parti itu.
Beliau memberi contoh bagaimana umat Islam berpusu-pusu ke masjid “bagaikan peminta sedekah” setiap kali menjelang Hari Raya bagi mendapatkan bantuan tunai.
Menurutnya, Datuk Seri Najib Razak lebih mementingkan golongan kaya, dan cuba mengaburi mata rakyat dengan memberi sedikit bantuan kepada rakyat miskin termasuk melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“Adakah orang Melayu sebenarnya berpuas hati dan hidup bahagia sehingga akhir hayat dengan BR1M, dan lupa bahawa si pemberi tu adalah perdana menteri yang mesra kepada orang kaya?” soal Zaid yang juga bekas ahli Parlimen Kota Bharu dalam ucapannya di majlis makan malam anjuran DAP di sini.
“Tidakkah anda berasa sedih bahawa dalam negara yang kaya ini, beratus-ratus orang Islam berbaris di masjid semasa Hari Raya bagaikan peminta sedekah berharap menerima wang hanya beberapa ringgit? ”
Zaid berkata rakyat biasa di Kelantan tidak mempunyai alasan kukuh untuk menyokong Umno pada pilihan raya akan datang, melainkan mereka “diselubungi rasa takut bahawa hidup anda tanpa BN akan menjadi lebih teruk”.

Tubuh tiga lagi RCI selain siasat peristiwa Memali



Kerajaan digesa menubuhkan tiga lagi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan kepentingan negara selain RCI Memali.
Tiga RCI tersebut termasuklah bagi meneliti khabar angin yang mendakwa bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa bagi melindungi dirinya daripada skandal membabitkan syarikat pelaburan milik negara, 1MDB.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang membuat desakan itu dengan merujuk kepada peristiwa pemecatan Tan Sri Gani Patail selaku Peguam Negara dan digantikan dengan Tan Sri Mohamad Apandi Ali ketika ada cakap-cakap bahawa Gani akan mendakwa Najib.
Lim Kit Siang MemaliApandi, sejurus lantikan itu, bertindak membebaskan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan 1MDB dan mendakwa RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi pemimpin itu adalah derma daripada keluarga diraja Arab Saudi.

“RCI adalah alat yang berguna untuk menggali kebenaran mengenai sesuatu isu sambil mengalakkan sikap telus, kebertanggungjawaban dan pentadbiran yang baik,” kata Kit Siang dalam kenyataan.
Selain itu, menurut Ahli Parlimen Gelang Patah itu, kerajaan Persekutuan juga harus dengan segera menubuhkan RCI bagi menyiasat skandal melibatkan 1MDB, serta menyiasat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) serta anak syarikatnya Felda Global Ventures Berhad (FGV).
“Jika Najib tidak bersedia membentuk RCI terhadap tiga isu penting ini, rakyat akan melihat dia menyalahgunakan kuasa sebagai Perdana Menteri dengan menubuhkan RCI terhadap isu lapuk yang sudahpun menjadi sejarah demi kepentingan politik,” katanya.
Pelbagai pihak termasuk Pas mendesak RCI berkaitan Memali ditubuhkan dan disambut baik oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi meneliti semula peristiwa berdarah Memali di Kedah pada 1985 yang telah meragut 18 nyawa termasuk empat daripadanya anggota polis.

FORUM: PAS Rakan Kongsi Berisiko Tinggi

KHALID SAMAD: FEKAH POLITIK TG HADI "HANYA PAS & UMNO BOLEH MENDOMINASI KERAJAAN"

TUN MAHATHIR: (BESUT) SELAMATKAN MALAYSIA DARI PENYAMUN BUGIS (NAJIB RAZAK)

Jangan 'hina', kata MP PKR pada PAS

"Teruskan bincang dengan PAS, Selangor mungkin jatuh ke tangan BN"

'Peletakan jawatan saya muktamad!' - William Leong