Jumaat, 25 Ogos 2017

Menipu Dan Terus Menipu.....

Satu-satunya Perdana Menteri dalam sejarah Malaysia yg kerap menipu dan putar belit terhadap rakyatnya.

BONGKAR PEMBOHONGAN NAJIB !!

TAHUKAH ANDA..
Kelmarin (22/8/2017) Najib kata.. "turun naik harga minyak saya tak ada kuasa"

TETAPI kenapa pada November 2016 Najib 'ada kuasa' telah mengurangkan 5 sen harga petrol yg sepatutnya kenaikan 20 sen berkurang jadi 15 sen.

NAMPAK TAK !!!.. Bila dah sekali menipu putar belit selama2nya akan tetap terus menipu rakyat.

Hari Demi Hari Najib Terus Menipu Rakyat..

TERKINI, pekerja POS pula jadi mangsa..

Kami nak tanya KERAjaan.. kat TV3suku siang malam dakwa ekonomi negara berkembang pesat, pelabur berebut2 beratur nak melabur di M'sia, modal asing mencecah TRILLION ringgit tertinggi dlm sejarah M'sia, ekonomi M'sia dicemburui oleh negara maju...

TETAPI.. masih lagi kedengaran berhentikan pekerja, pengangguran masih tinggi malah terus meningkat cecah 500,000 DAN rakyat terus dibebani dengan peningkatan kos..??!

TETAPI.. MASIH LAGI NAK SOKONG & UNDI BN, kenapa ?

SEKARANG... Pertahan Putrajaya di bawah pimpinan BN dianggap jihad !!!

DAHULU...
Bayar Tol Satu Jihad !!!

Dah keluar AMANAT Shahidan ka atau AMANAT Najib ??!

Insentif RM5,000: Apa perlunya geran hak milik?



Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mempersoalkan tindakan Felda yang mensyaratkan peneroka menunjukkan geran hak milik sebelum diberi insentif RM5000 yang diumumkan perdana menteri.
Peneroka FeldaPresidennya Mazlan Aliman mengakui dihubungi ramai peneroka Felda dan waris atau pentadbir kebun yang ragu dan keliru dengan arahan Felda itu termasuk diminta melengkapkan semua dokumen merangkumi geran hak milik kebun dan rumah.
"Ia antara syarat bagi membolehkan mereka layak mendapatkan insentif RM5,000 seperti di umumkan YAB Perdana Menteri.
"Anak mohon penjelasan Pengarah Besar Felda, mengapa dokumen yang penting seperti hak milik diperlukan, walhal ketika durian runtuh RM 15,000 sebelum PRU 13, dokumen yang sama telah diserahkan kepada Felda," katanya.
Menurutnya, rekod dan maklumat peneroka telah sedia disimpan di Ibu Pejabat Felda maupun Felda peringkat rancangan dan arahan supaya dokumen itu diserahkan sebelum peneroka menerima insentif amat meragukan.
Di saat Felda bermasalah, ujarnya pemberian dokumen dan salinan hak milik tanpa alasan kukuh tentu sekali menimbulkan kebimbangan.
"Ia boleh terdedah kepada manipulasi yang akhirnya menjerat peneroka," katanya.

Sentimen rakyat penentu PRU14



Pada rencana yang lalu, saya telah menjelaskan bagaimana skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sangat berkaitan atau relevan dengan kesejahteraan kehidupan rakyat.
Akibat pengurusan dan tatakelola yang pincang lagi menyeleweng, ditambah pula dengan cukai GST, kenaikan harga barang, kenaikan kos sara hidup, pendapatan yang rendah dan peluang pekerjaan yang kurang maka derita rakyat dikhuatiri tiada penghujungnya.
logo BN PHSoalnya, apakah ini hanya mainan politik pembangkang atau sentimen sebenar rakyat? Apakah rakyat akan ditipu dengan janji popular pembangkang? Apakah pembangkang boleh membiaya perbelanjaan tambahan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan akibat janji-janji itu?
Menurut Exco Pemuda Umno Malaysia Shahril Sufian Hamdan seperti yang dilaporkan media, ada tiga kebarangkalian buruk sekiranya pembangkang diberi mandat oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Tiga kebarangkalian itu ialah sama ada janji (dalam bajet) tidak akan ditunaikan langsung; atau janji ditunaikan dan GST dimansuhkan tetapi cukai lain dinaikkan; atau janji ditunaikan dan GST dimansuhkan tetapi hutang pula mencapai jumlah yang besar mencecah sehingga RM150 bilion.
Saya boleh terima pendapat beliau ini kerana ia ialah kebarangkalian. Kebarangkalian ialah suatu ukuran kemungkinan berlakunya sesuatu peristiwa yang nilainya bergantung kepada darjah kepercayaan seseorang terhadap sesuatu peristiwa itu akan berlaku.
Maknanya, kalau darjah kepercayaan seseorang itu tinggi terhadap sesuatu peristiwa maka kebarangkalian terjadinya peristiwa itu juga tinggi. Contohnya yang berkait dengan ramalan cuaca atau jual beli saham. Barangkali hujan, barangkali tidak. Barangkali harga saham naik, barangkali turun.
Amalan kebarangkalian digunakan secara meluas dalam bidang seperti statistik, matematik, kewangan, sains dan falsafah untuk mendapat kesimpulan berkaitan kebarangkalian peristiwa terjadi. Dalam hal cuaca, mungkin ramalan cuaca tidak begitu kuat pengaruhnya kerana cuaca dianggap kejadian alam yang diluar kawalan manusia tetapi dalam hal saham, penilaian kebarangkalian atau kemungkinan oleh penganalisis kewangan boleh mempengaruhi keputusan.
Dalam kebarangkalian Shahril tadi, beliau kemukakan “kebarangkalian buruk”. Senang kata kemungkinan buruk. Risiko negatif. Sudah tentu beliau memiliki darjah kepercayaan yang tinggi terhadap kemungkinan yang dinyatakan sebab beliau mewakili parti pemerintah. Sudah tentu beliau mahu melakarkan persepsi negatif kepada janji pembangkang sebab beliau parti pemerintah. Justeru tidak hairanlah beliau gagal mengukur kebarangkalian baik akibat daripada janji-janji pembangkang. Dan lebih penting lagi beliau gagal menilai melalui kaca mata rakyat.
Apakah tidak mungkin kebarangkalian baik berikut berlaku? Janji pembangkang ditunaikan, GST dihapuskan dan harga barang terkawal; atau janji ditunaikan, GST dihapuskan dan kos sara hidup terkawal; atau GST dihapuskan dan kutipan cukai dapat ditampung oleh kerajaan melalui pertama: potensi penjimatan daripada pembaziran, ketirisan dan kerugian kerajaan; kedua: potensi penjimatan dengan penurunan 1% kadar bunga pinjaman negara dan ketiga: potensi kutipan daripada cukai keuntungan modal (jual beli saham) dan cukai jualan dan perkhidmatan.
Kebarangkalian atau kemungkinan baik ini bukan berdasarkan kepada populariti atau janji manis tetapi berpandukan sentimen sebenar yang dihadapi oleh rakyat namun diabaikan oleh parti pemerintah. Ia juga berasaskan penyelesaian yang sudah mula dikongsi oleh pembangkang sedikit demi sedikit melalui penerangan, jerayawara (jelajah), risalah dan media sosial.

Baru-baru ini Invoke di bawah Pusat Inisiatif Dasarnya (selalu disebut sebagai INVOKE Centre for Policy Initiatives atau I-CPI) telah mendedahkan kaji selidiknya yang berkait dengan kefahaman mengenai tahap puas hati pengundi mengenai prospek ekonomi. Kaji selidik berkenaan dikatakan cukup penting sebagai lanjutan daripada penemuan terdahulu bahawa isu-isu paling penting yang mempengaruhi pilihan pengundi adalah isu ekonomi rakyat, terutamanya mengenai kenaikan harga barang dan gaji yang dilihat tidak setimpal dengan kenaikan kos sara hidup.

SELAGI TUN MAHATHIR SIHAT, SELAGI ITU UMNO TERUS SAKIT


Tun Mahathir Mohamad adalah ketakutan utama bagi Najib Razak dan UMNO. Selagi beliau sihat, cergas,  boleh bertemu rakyat dan menyampaikan ucapan, selagi itulah ketakutan terhadapnya tidak akan padam.
Diserang, dihina, dikecam, disiasat dan kini mahu dicari kesalahannya melalui RCI, tetapi keyakinan dan pengharapan rakyat terhadapnya sentiasa menggunung tinggi.
Di Kepala Batas dan Ipoh baru-baru ini, melaut rakyat hadir untuk mendengar ucapannya.
Hujung minggu mendatang ini, beliau dijadualkan berceramah di Kelantan, Terengganu dan Port Dickson. Dijangka, ribuan lagi akan hadir mendengar ucapannya.
Minggu-minggu seterusnya sehinggalah tibanya tarikh pilihanraya, lebih banyak program akan diatur untuknya.
Hakikatnya, sudah pelbagai usaha dilakukan untuk mengekang kemaraan Tun Mahathir bersama Pakatan Harapan dalam menuju Putrajaya, tetapi segala-galanya tampak tidak berjaya.
Apabila beberapa hari lalu tiba-tiba disebarkan khabar angin di media sosial kononnya beliau sesak nafas dan dikejarkan ke hospital, sebenarnya itulah harapan mereka yang bermusuh dengannya.
Memang ramai yang berharap saya mati, demikian reaksi Tun Mahathir mengenai berita tersebut.
Makin diserang, dihina, dikecam dan bakal dihadapkan dengan pelbagai kesalahan melalui RCI yang sengaja diwujudkan, sama-sekali tidak membuatkan sokongan rakyat terhadapnya berkurangan.
Sokongan rakyat kian bertambah kerana beliaulah dilihat satu-satunya harapan untuk memulihkan negara yang rosak ketika ini. Bersama Pakatan Harapan, Tun Mahathir kini adalah lambang pemulihan kepada imej dan maruah negara.
Hanya kematiannya merupakan satu-satunya berita gembira bagi mereka.
Biar pun pihak di sana ramai yang mengharapkannya agar mati cepat, dalam usia 92 tahun ketika ini, kesihatan dan kecergasannya yang terus stabil, adalah rahmat tak terhingga bagi kita semua.
Bayangkan apa jadi kepada negara ketika ini jika Tun Mahathir tiada?
Tuhan pasti tidak memanjangkan usianya dengan percuma. Jika kita yakin ada kebenaran melalui apa yang diperjuangkannya, di sebalik ramai yang mengharapkan Tun Mahathir mati cepat, marilah pula kita mendoakan agar beliau terus sihat dan cergas untuk tempoh yang lebih lama.
Hanya Tun Mahathir yang sihat dan boleh terus berkempen saja akan membuatkan UMNO bertambah sakit, derita dan mudah kita hantar ke pusara.

Gagal majukan Kelantan, PH sedia gulingkan PAS, kata Dr M

Kelantan negeri kaya dengan sumber alam dan rakyat tetapi kerana PAS ramai warganya terpaksa bekerja di negeri lain, kata Dr Mahathir.
mahathir-mohamad-harapan-kelantanMACHANG: Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yakin gabungan pembangkang pada pilihan raya akan datang mampu menggulingkan kerajaan PAS di Kelantan, yang menurutnya kaya dengan sumber alam dan rakyat tetapi warganya terpaksa bekerja di negeri orang.
“Kemajuan Kelantan terhalang kerana kita perlu ada kecekapan,” kata bekas perdana menteri itu membidas kebolehan pentadbiran PAS sekarang ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian PH Kelantan di Machang hari ini. Kira-kira 1,000 orang hadir ke majlis itu.
“Kelantan negeri termiskin sebabnya sumber alam memang ada, tenaga manusia memang ada dan cukup baik, tapi oleh kerana pemerintah tidak tahu bangunkan Kelantan, ramai orang Kelantan terpaksa bekerja di negeri lain.”
Beliau berkata tadbir urus kerajaan memberi kesan kepada peluang pekerjaan di satu-satu tempat, dan ketiadaan peluang antara sebab penghijrahan keluar rakyat.
“Saya dapati sekarang ini ramai juga orang Melayu yang tak suka tinggal di negara mereka. Sekarang ini berada di Australia bekerja sebagai buruh kerana di sini tiada peluang,” katanya.
Dr Mahathir hari ini menjejakkan kaki ke Kelantan yang merupakan kubu kuat PAS, bagi melancarkan penubuhan gabungan pembangkang.

Pertahankan Prinsip: William rela kerjaya politik jadi abu

Anggota Parlimen PKR, William Leong menceritakan bagaimana seorang sami Buddha telah membakar dirinya untuk menyampaikan mesej.
Walaupun Anggota Parlimen Selayang itu tidak akan berbuat demikian, namun beliau bersedia untuk melihat kerjaya politiknya "menjadi abu" atas dasar mempertahankan prinsip.
Dalam temu bual dengan Malaysiakini hari ini,  William berkata beliau tiada ruang untuk mempertimbangkan semula keputusan keluar daripada biro politik PKR berikutan rundingan berterusan parti itu dengan PAS.
"Sekiranya saya serius menegaskan tentang isu ini. Saya tidak boleh mengatakan esok bahawa saya telah mengubah fikiran saya, saya tidak boleh membunuh diri tetapi saya boleh membakar kerjaya politik saya," katanya.
Leong berharap keputusannya akan meyakinkan kepimpinan PKR untuk menimbangkan semula kerjasama dengan PAS.
"Ia bukan seperti tuntutan atau ugutan - ia dibuat atas dasar untuk memberitahu PKR bahawa ini adalah isu penting, dan mereka perlu memikirkannya sekali lagi," jelasnya yang telah berkhidmat selama dua penggal.
William, 60 menegaskan bahawa walaupun kompromi penting dalam politik, namun ia harus berasaskan prinsip.
"Pada 2008, kompromi datang dari PAS- mereka memutuskan untuk berubah kepada negara berkebajikan (Dari objektif awal untuk menubuhkan negara Islam).
"Bagaimanapun, sekarang mereka telah membawanya kembali. Sekarang , tiada konsesi dan tiada tanda akan terjadi sebarang perubahan dalam pendirian mereka," jelas beliau.
William berkata, PKR tidak boleh mengorbankan prinsipnya demi memenangi pilihan raya umum akan datang.
"Orang akan mengatakan bahawa kamu tiada pendirian.
"Selama 14 tahun ini, PAS telah buat apa yang mereka kata. Mereka mempunyai keberanian lakukan ini. Saya secara peribadi fikir bahawa PKR perlu mengambil langkah itu juga," tambah beliau.
William berkata, dua tahun lalu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Datuk Seri Azmin Ali bersedia melakukan kompromi berkaitan hubungan dengan PAS, dan ada harga besar yang perlu dibayar untuk itu.

Straits Times bukan macam Saiful, tak boleh percaya sembang Zuhdi

Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Samad menolak dakwaan terdapat usaha membentuk pakatan Umno-PAS untuk merampas Selangor bawah pentadbiran menteri besar PKR Datuk Seri Azmin Ali.
“Tidak mungkin pakatan PAS-Umno dapat merampas Selangor.
“Kajian yang dilakukan menunjukkan majoriti rakyat Selangor menyokong kerajaan sekarang,” katanya yang juga exco negeri.
Katanya, tidak sampai 10 peratus rakyat negeri itu yang tidak bersetuju dengan dasar kerajaan negeri sedia ada.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor sedang mengusahakan pakatan pilihan raya untuk merampas Selangor dalam pilihan raya umum akan datang.

Memetik sumber, Straits Times Singapura mendakwa kedua-dua pemimpin Melayu itu “berhubung hampir setiap hari untuk tempoh beberapa bulan”.
Laporan itu juga menyebut bahawa mereka sering berbual dalam telefon selepas Hadi selesai menjalani pembedahan jantung Mei lalu.
Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Iskandar berkata laporan itu hanya spekulasi tanpa bukti yang kukuh.
“Tujuan laporan itu adalah dicurigai,” katanya.
Ditanya sama ada PAS mempertimbangkan kerjasama dengan PKR, terutamanya di Selangor, beliau berkata beliau tidak tahun tetapi yakin kepimpinan PAS Selangor akan membuat keputusan terbaik.

Khairuddin: Selangor patut ditadbir PAS
Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Khairuddin Aman Razali juga menolak dakwaan Straits Times yang menurutnya “berulang kali membangkitkan dakwaan Pakatan Harapan terhadap PAS.”
Katanya, PAS tetap melawan kedua-dua pihak tidak kira BN atau HARAPAN.
“Islam patut diberi peluang untuk menang, Selangor patut ditadbir oleh PAS,” katanya.
Sementara itu Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki pula memberikan jawapan tersendiri ketika berdepan soalan sama.

Ketua AMK Kelantan didesak letak jawatan


Ketua AMK Kelantan didesak letak jawatan
Antara Jawatankuasa AMK Kelantan yang menghadiri sidang media bagi mendesak Mohd Hafidz meletakkan jawatannya.
KOTA BHARU – Ketua AMK Kelantan, Dr Mohd Hafidz Rizal Amran didesak supaya melepaskan jawatannya kerana hilang sokongan majoriti daripada ketua-ketua AMK cabang di negeri ini.
Naib Ketua AMK Kelantan, Mohd Khairul Amin Abdul Rahman berkata, satu memorandum ditandatangani majoriti ketua-ketua cabang dan jawatankuasa AMK Negeri dikeluarkan mengenai desakan tersebut.
Malah katanya, Ketua AMK Pusat, Nik Nazmi Nik Ahmad meminta supaya Ketua AMK Kelantan yang baharu dilantik.
“Kami juga mengisytiharkan komitmen penuh dan kerjasama utuh bersama rakan-rakan dari Pemuda Amanah Kelantan dan Armada Bersatu Kelantan serta Dapsy DAP Kelantan atas semangat Pemuda Pakatan Harapan negeri ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini.
Ditanya mengenai sebab utama desakan peletakan jawatan tersebut, Mohd Khairul Amin bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan menegaskan AMK Kelantan akan menyokong penuh kepimpinan Presiden, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan akan mempertahankan segala keputusan pucuk pimpinan parti.
Beliau berkata, AMK juga akan bersama dan menyokong kepimpinan Abd Aziz Kadir selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kelantan.
“Atas semangat sahabat seperjuangan bersama rakan-rakan Pemuda dalam Pakatan Harapan Negeri Kelantan ini, kami akan terus komited berusaha bekerja ke arah menumbangkan Kerajaan Kleptokrasi BN atas semangat kesefahaman dalam Pakatan Harapan,” katanya.

Pengerusi PKR Kelantan tolak tuduhan mesra PAS

Ia selepas memorandum mendesak Ab Aziz Ab Kadir melepaskan jawatan.
ab-aziz-ab-kadir-pkr-bendera-kelantan-1MACHANG: Pengerusi PKR Kelantan hari ini menolak desakan dari dalam partinya supaya beliau berundur susulan dakwaan lebih cenderung bekerjasama dengan PAS yang bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH).
Ia susulan memorandum supaya Ab Aziz Ab Kadir melepaskan jawatannya, yang turut disokong Pengarah Pilihan Raya PKR Kota Bharu, Ahmad Syauqey Abdul Ghani.
“Kalau dia kata memorandum itu benar, itu masalah peribadi dia dan saya kira dia menjadi tali barut Umno,” kata Aziz kepada FMT hari ini.
Ahmad Syauqey berkata tindakan ahli PKR menghantar memorandum adalah demi kepentingan parti dalam usaha menyekat pihak memecah belah PKR Kelantan.
Bagaimanapun, Aziz berkata memorandum itu hanya “surat layang”.
“Kalau memorandum, ia mesti ada tanda tangan, tanda nama, ini tak ada,” katanya.
Aziz sebaliknya berkata beliau akan menghantar laporan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail supaya tindakan diambil.
Aziz berkata alasan beliau mesra PAS tidak sepatutnya dibangkitkan kerana ia berdasarkan arahan pimpinan pusat.
“Kita masih lagi dalam kerajaan dan ada perhubungan tapi dalam politik, memang tak adalah. Malah kalau ceramah pun tidak dijemput dan kita pun tidak hadir,”.

PKR Kelantan mula retak kerana hubungan dengan PAS

Pada Mei lalu, PAS mengisytiharkan parti itu sebulat suara memutuskan untuk menamatkan tahaluf siyasi mereka dengan PKR. Namun di sebalik keputusan itu, kerjasama politik kedua-dua parti khususnya di Selangor dan Kelantan terus menjadi persoalan.
Isu itu memuncak apabila Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendedahkan minggu lalu bahawa perbincangan tidak formal masih dijalankan dengan PAS.
Keesokan harinya, PKR Kelantan mengumumkan bahawa semua lantikan politik parti itu di negeri itu akan mengekalkan jawatan masing-masing dalam kerajaan negeri yang diterajui oleh PAS.
Ini mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan puak yang mahu PKR memutuskan hubungan dengan PAS.
Rabu lalu, Ahli Parlimen PKR bagi kerusi Selayang, William Leong meletak jawatan dari Biro Politik parti itu, dengan alasan pembabitan berterusan parti berkenaan dengan PAS.
Di Kelantan, anggota akar umbi dilaporkan sedang mengumpul tandatangan dalam usaha menyingkirkan ketua PKR negeri itu, Ab Aziz Ab Kadir dan ketua Pemuda (AMK) negeri Hafidz Rizal Amran. Pasangan itu dilihat rapat dengan PAS.
Malaysiakini difahamkan bahawa buat masa ini, tandatangan yang mencukupi telah dikumpulkan untuk menyingkirkan Hafidz tetapi kurang jumlahnya untuk Ab Aziz.
Menurut naib ketua AMK Kelantan Md Khairul Amin Ab Rahman, tandatangan telah dikumpulkan dari lapan daripada 14 ketua pemuda bahagian untuk menuntut kepimpinan pusat supaya menyingkirkan Hafidz.
Bahagian berkenaan adalah dari Pasir Mas, Tumpat, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian, Bachok, Kota Baru, Pasir Puteh dan Machang.
Khairul Amin adalah bekas setiausaha PKR Kelantan. Beliau meletak jawatan sebagai bantahan terhadap PKR negeri yang masih meneruskan hubungan dengan PAS.
Bercakap kepada Malaysiakini, beliau mendakwa majoriti anggota akar umbi PKR di negeri itu enggan bekerjasama dengan PAS.
“AMK Kelatan kiranya ramai tidak sehaluan dengan PAS, majoritinya desak kita meletak jawatan dan ubah semua jawatan kuasa.
“Ketua AMK selalu memihak PAS, dia gagal menangani isu lantikan politik. Kita sayap Pemuda majoriti bersetuju untuk bersama Pakatan Harapan.
“PAS putus tahaluf siyasi - mereka tidak mahu bersama dengan kita. Dia keluar usul bukan kita,” katanya.
Beliau berkata PKR tidak sepatutnya bekerja dengan PAS melainkan jika mereka bersedia menyertai Pakatan Harapan, dan perbincangan dengan PAS tidak seharusnya menjejaskan pakatan pembangkang.
Malaysiakini difahamkan, Timbalan Ketua AMK Afif Bahardin dan setiausahanya, Chang Lih Kang pada Rabu lalu menerima tandatangan bagi pihak Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad yang berada di luar negara.

TUN MAHATHIR,NURUL IZZAH: FORUM ON THE IMPACT OF CHINA'S INVENSTMENT IN MALAYSIA

TUN MAHATHIR: PELANCARAN PAKATAN HARAPAN NEGERI KELANTAN

MAT SABU: PELANCARAN PAKATAN HARAPAN NEGERI KELANTAN

HUSAM MUSA: PELANCARAN PAKATAN HARAPAN NEGERI KELANTAN

'Terima hadiah Umno, BN tapi undi HARAPAN'

Rafizi mengorak langkah sendiri

PKR sepatutnya memuktamadkan sikap parti itu terhadap cubaan bekerjasama dengan PAS, kata salah seorang pemimpin kanan parti itu hari ini.
Menegaskan ia perlu dibuat segera Rafizi Ramli berkata jika melihat keadaan semasa, perbezaan pandangan antara pemimpin PKR di pelbagai peringkat tidak akan bertemu titik penyelesaian.
Oleh itu, katanya, beliau akan menggerakkan rundingan dengan seberapa ramai pemimpin PKR bagi mencari persetujuan mengenai pendirian muktamad parti itu dengan PAS serta komitmen terhadap Pakatan Harapan (HARAPAN).
"Keputusan sebesar ini hanya boleh dimuktamadkan dengan mengambil kira suara akar umbi PKR yang lebih besar, bukannya diputuskan oleh beberapa kerat pimpinan kanan parti semata-mata," katanya.
Kenyataan Rafizi itu dibuat selepas ada pemimpin PKR mengakui sedang mengakui wujud perbincangan antara parti itu dengan PAS.
Bagaimanapun Datuk Seri Azmin Ali menegaskan perbincangan itu berlangsung secara tidak rasmi bagi mencari titik pertemuan sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14 berlangsung.
Memetik kenyataan timbalan presiden PKR itu Malaysiakini melaporkan Azmin sebagai berkata, sekarang adalah masa terbaik untuk pembangkang membentuk kerajaan menggantikan BN.
"Matlamat utama kami ialah mengetepikan BN. Justeru mana-mana parti politik yang bersedia untuk meletakkan agenda reformasi dan menyelamatkan negara (sebagai keutamaan), kami bersedia untuk berbincang," katanya pada 14 Ogos lalu.
Tak boleh biar terbuka
PKR dan PAS pernah menjadi rakan sekutu secara rasmi selepas PRU ke-12 lalu dengan terbentuknya Pakatan Rakyat. Satu lagi anggota gabungan itu ialah DAP.
Namun selepas PRU ke-13 hubungan PAS dengan DAP menjadi tegang dan akhirnya berpatah arang. Kumpulan yang cenderung kepada usaha berbaik-baik dengan DAP pula disingkir secara besar-besaran daripada PAS.
Mereka kemudian menubuhkan Parti Amanah Negara.
Kerjasama PKR - PAS sempat bertahan seketika sebelum terkubur secara rasmi selepas muktamar ke-63 parti berkenaan Mei lalu.
Bagaimanapun di sebalik tamatnya kerjasama politik itu perkembangan di peringkat bawahan tidak sekata. Ketika sebahagian daripada pemimpin parti berseteru, sebahagian yang lain pula dilihat masih mesra.
Untuk rekod PAS melancarkan jentera pilihan raya di Permatang Pauh iaitu kawasan sangat signifikan kepada perjuangan reformasi PKR.
PAS juga secara terbuka menyatakan mahu merampas pelbagai kerusi parlimen serta dewan undangan negeri yang kini diwakili PKR, termasuk Gombak yang dimenangi Azmin dan Batu - kini diwakili naib presiden parti itu, Tian Chua.

PRESIDEN PAS PERLU PERJELAS LAPORAN STRAITS TIMES MENGENAI KERJASAMA DENGAN UMNO RAMPAS SELANGOR, PERBEZAAN PENDAPAT DALAM KEADILAN PERLU DISELESAIKAN SECARA MUKTAMAD

Saya merujuk kepada laporan Shanon Teoh (Ketua Biro akhbar Straits Times di Kuala Lumpur) yang disiarkan hari ini bertajuk “Umno, PAS plan assault on Selangor, woo former chief minister”.
http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/umno-pas-working-on-plan-to-take-over-selangor

Laporan itu dengan secara jelas menyatakan perkara-perkara berikut:

1.   Bahawa Dato’ Seri Hadi Awang, Presiden PAS berhubung dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri “hampir setiap hari sejak beberapa bulan” mengenai rancangan kerjasama PAS-Umno untuk merampas negeri Selangor

2.   Bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim, mantan Menteri Besar Selangor disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar yang ingin diangkat melalui kerjasama ini dan telah dilihat mengunjungi pejabat Dato’ Seri Najib beberapa kali


3.   Dato’ Seri Najib kerap bercakap dengan Dato’ Seri Hadi melalui telefon termasuk semasa Dato’ Seri Hadi sedang berehat selepas menjalani rawatan pembedahan dalam bulan Mei lalu


4.   Satu dari perancangan ialah supaya PAS bertanding 42 kerusi untuk memastikan undi Melayu kepada Pakatan Harapan berkurangan


Ini adalah satu laporan yang membawa tuduhan berat kepada kredibiliti PAS dan Dato’ Seri Hadi sendiri. Saya faham bagaimana wartawan kanan seperti Shanon begitu teliti dengan etika kewartawanan dan hanya akan menulis laporan sebegini selepas bercakap dengan sumber-sumber sahih yang dekat dengan kedua-dua pimpinan PAS dan Umno itu.

Oleh yang demikian, saya meminta supaya Dato’ Seri Hadi membuat penjelasan segera mengenai laporan ini kerana ia ada kesan besar kepada negara dan juga mempengaruhi perkembangan politik dalaman di peringkat KEADILAN dan PH. Jika laporan ini tidak benar, maka samanlah Straits Times sepantas kilat dan buat sidang media tergempar menafikan perkara-perkara di atas (seperti kekerapan beliau berbincang dengan Dato’ Seri Najib di telefon).

Jika benar, saya mohon beliau tidak berdolak dalih dan mengesahkan sama ada kerjasama dengan Umno untuk merampas Selangor pernah ada dalam pertimbangan politik PAS sebelum ini.

Sebagai satu-satunya Naib Presiden KEADILAN yang telah menyatakan secara terbuka pendirian saya bahawa KEADILAN sebagai tonggak pakatan pembangkang nasional iaitu Pakatan Harapan (yang diumumkan oleh Presiden KEADILAN sendiri) mesti bersiap sedia untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru dengan PAS, saya merasakan masanya telah tiba agar perbezaan pendapat di antara pimpinan kanan KEADILAN mengenai perkara ini diselesaikan secara muktamad.

Saya menghormati usaha-usaha sahabat pimpinan lain sebelum ini yang masih cuba untuk memujuk PAS walaupun saya yakin tidak ada satu bukti pun yang sahih yang menunjukkan pertandingan tiga penjuru akan menyebabkan kekalahan besar-besaran KEADILAN (dan hilangnya tampuk pemerintahan Selangor) seperti yang diwar-warkan sebagai alasan paling kukuh memujuk PAS.

Malah, segala kajiselidik yang dijalankan secara telus dan terbuka oleh INVOKE yang kaedahnya menepati piawaian antarabangsa menunjukkan sokongan rakyat akan berpihak kepada KEADILAN dan Pakatan Harapan dalam pertandingan 3 penjuru kerana kehendak rakyat ialah untuk menukar kerajaan pimpinan Dato’ Seri Najib dengan segera.

Sebelum ini, saya mengimbangi keperluan untuk memberikan ruang kepada sahabat-sahabat pimpinan lain di dalam KEADILAN untuk menjayakan rundingan mereka dengan PAS dengan kebimbangan saya tindakan itu dilihat sebagai tidak berprinsip dan mementingkan diri dalam keadaan apa-apa kemenangan yang hendak dicapai mestilah berpasakkan prinsip (bukannya strategi bergabung dengan sesiapa asalkan boleh menang).

PAS MESTI DIBUANG SEGERA DARIPADA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Semalam ,Pas Selangor mengumumkan untuk bertanding di 42 daripada 56 kerusi DUN di negeri itu. 

Selain itu, Pas juga nampaknya sudah tidak berganjak lagi untuk benar-benar memastikan berlakunya pertandingan tiga penjuru.

Dalam masa yang sama, Pas juga terlihat amat ghairah untuk turut serta bertanding di Parlimen Gombak, DUN Bukit Antarabangsa dan DUN Kajang.

Gombak dan Bukit Antarabangsa adalah kawasan yang diwakili oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, manakala Kajang pula diwakili oleh Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Kenapa Pas, selain beria-ia untuk berlawan tiga penjuru di Selangor, mereka hanya bersungguh-sungguh di kawasan yang diwakili oleh wakil rakyat Pakatan Harapan saja?

Kenapa tidak pernah kita dengar Pas menunjukkan kesungguhan yang sama di kawasan yang sedia diwakili oleh UMNO?

Pernahkah kita dengar Pas mahu merampas Parlimen Tanjung Karang yang diwakili oleh Noh Omar?

Semua ini dengan sendirinya mengesahkan Pas dan UMNO memang bekerjasama untuk menghadapi pilihanraya akan datang, meskipun ketika ini mereka sedang "makan setalam" dengan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor.
Apakah jenis politik Pas ini, di ketika berkeras tak mahu keluar daripada jawatan bergaji lumayan dalam kerajaan Selangor, tetapi dalam masa yang sama berpakat dengan UMNO untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan?

Pendedahkan oleh akhbar Singapura mengenai perkara itu di mana Hadi Awang dan Najib Razak dikatakan berhubung hampir setiap hari dengan Najib Razak dan sedang merangka kerjasama untuk menawan Selangor,  tidak sukar diterima kebenarannya.

Kecondongan politik dan arah tuju Pas memang jelas ke arah itu, walaupun wajah politik Najib adalah yang terburuk berbanding semua Perdana Menteri yang kita ada sebelum ini.

Pas nyata tidak peduli semua itu. Mereka bukan mahu menang pilihanraya, sebaliknya hanya ingin membantu UMNO dan Najib mencapai cita-citanya.

Akhirnya, apa mesti Pakatan Harapan lakukan kepada Pas?

Pertama, lupakan Pas dan tidak harus buat sebarang rundingan lagi dengan mereka. Jangan buang masa, sebaliknya tumpukan kepada usaha mengukuhkan lagi Pakatan Harapan dan memberi penerangan mengenai isu-isu lebih besar yang berlaku dalam negara.

HADI AWANG SUDAH HILANG ARAH


Presiden PAS, Datuk Seri abdul Hadi Awang masih dalam proses penyembuhan masalah jantungnya. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendoakan kesembuhan beliau.
Kesabaran seseorang itu ada hadnya.
Dengan berterima kasih kepada tiga ejen provokasi di “Nothing to Hide 2”, Hadi menunjukkan
bahawa kebenaran tidak penting, yang penting ialah politik.
Dan tiada yang lebih hina daripada mengarahkan budak-budak, dengan upah serendah RM50 untuk baling selipar dan kerusi kepada seorang pakcik tua yang banyak jasanya termasuk mempopularkan perbankan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan keharmonian sejagat.
Kita boleh pilih untuk mendiamkan diri terhadap kesalahan pengurusan, korupsi dan
penyalahgunaan jawatan di Malaysia, atau membentuk satu bentuk kerjasama tidak suci bersama
perdana menteri Malaysia sebagai dalang politik dalam politik tanah air.
Kata-kata rakan beliau, ahli parlimen Pokok Sena berkata “Tiada siapa pun masuk politik untuk
menjadi dalang, melainkan dikaburi oleh ketamakan.”
PAS, di bawah kepimpinan Hadi, Islam menjadi tunggangan untuk membawa kepentingan politik yang mana sepatutnya didahului oleh maqasid syariah dalam maqasid penjagaan dan pemeliharaan agama (deen), nyawa (nafs), intelek (aqal), keturunan (nasab) dan harta.
Masih segar dalam ingatan saya, akan pertemuan bersama Hadi tahun lalu di Hilton Kuala Lumpur, beliau ditemani dua orang tokoh yang hebat.
Saya bertanya beliau satu soalan dengan nada berterus terang, macam mana boleh PAS bekerjasama dengan Umno yang pimpinan atasannya telah lakukan banyak kekejaman mengundang kesusahan rakyat.
Mengapa? Mengapa PAS bekerjasama dengan Umno yang terlalu banyak skandal? Jawapan Hadi
sangat memeranjatkan.
“Kita bekerjasama dengan Umno untuk merungkai Umno,” kata Hadi dengan senyum sinis.
Sungguh saya tidak tahu ingin kata apa melainkan Hadi adalah “lebih ahli politik daripada ustaz”.
Saya pulang dengan rasa seram, dengan bebanan kebenaran bahawa PAS itu lebih berorientasikan politik daripada agama, tetapi ia sukar dipercayai kerana luaran mereka yang dilihat memakai jubah dan kopiah hijau.
Semua itu hanyalah, pakaian bagi meyakinkan asas mereka dan pengikut mereka mirip kultus.
Benar banyak pengikut-pengikut PAS di peringkat akar umbi juga di peringkat barisan kepimpinan yang membenci apa yang didokong Umno.
Tetapi selagi mana lima tembikai (Ahmad Samsuri Mokhtar, Nik Abduh Nik Aziz, Mohd Zuhdi Marzuki, Nasrudin Hassan dan Khairuddin Aman Razali)  mempertahankan dan mengiyakan Hadi, tidak ada yang boleh mereka lakukan walaupun oleh tokoh yang peramah dan baik seperti Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS.
Ayat-Ayat al-Quran
Sepatutnya kita merasa hairan mengapa Hadi tergopoh-gapah menyelak kembali kisah Memali tanpa memahami apa yang sebenarnya berlaku di program Nothing to Hide 2? Bukankah Islam ajarkan kita mencari kebenaran dalam setiap sesuatu? Adakah Hadi telah melupakan ayat al-Quran yang mengatakan:
[6]
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
[7]
Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam
kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak
menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang
beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; –
[8]
(Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(49: 6 – 8)
Adakah Hadi juga telah melupakan firman Allah dalam al-Quran:
Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (4: 135)
Namun, Hadi tidak mengecam lansung perbuatan budak-budak itu di forum Nothing to Hide 2.
Adakah itu cara mendidik anak muda kita?
Kalau diikutkan hati, Mahathir dan BERSATU boleh sahaja mendakwa budak tiga orang itu di mahkamah. Tetapi dalam Islam, memaafkan orang lain adalah kebenaran dan keadilan.

PAS tidak serius tumbangkan BN

Beliau memberi amaran BN akan menang PRU14 jika pembangkang berpecah, menjawab pengumuman PAS akan bertanding kerusi beliau dan Azmin Ali.
wan-azizah-pasKUALA LUMPUR: Hasrat PAS untuk bertanding di beberapa kerusi PKR di Selangor menunjukkan parti Islam itu tidak serius menumbangkan Barisan Nasional (BN), kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.
Ditemui di tepian forum tentang pelaburan China di ibu negara, Adun Kajang menjawab PAS Selangor hari ini yang mengumumkan mereka pada pilihan raya umum ke-14 akan bertanding di Kajang dan Bukit Antarabangsa, yang diduduki Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali, meskipun PKR sedang berusaha memujuk PAS.
Wan Azizah berkata matlamat utama pembangkang ialah menumbangkan BN dan jika pembangkang berpecah, BN akan menang.
“Kalau pendirian PAS dilihat menyokong Umno, maka mereka akan kehilangan sokongan bukan sahaja dari masyarakat bukan Melayu tetapi juga masyarakat Melayu.”
Semalam, Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi berkata PAS sebenarnya sangat berminat bertanding di banyak kerusi di Selangor, tetapi memberikan beberapa kerusi kepada PKR.
Langkah itu termasuk membenarkan Azmin, yang juga menteri besar Selangor, bertanding di kerusi Parlimen Gombak pada pilihan raya umum 2008 dan 2013, katanya.
Adun Sabak itu berkata PAS akan meletakkan calon di sekurang-kurangnya 42 kerusi negeri di Selangor pada PRU14.
Beliau berkata PAS juga bersedia menghadapi pertandingan pelbagai penjuru.
Beliau menambah keputusan untuk bertanding di sekurang-kurangnya 42 kerusi negeri di Selangor diluluskan kepimpinan pusat PAS, dan beliau yakin partinya akan berjaya di kerusi berkenaan.
Pada pilihan raya kecil Kajang 2014, Wan Azizah memenangi kerusi negeri itu dengan majoriti 5,379 undi.
Pada PRU13, Azmin bertahan di kerusi Bukit Antarabangsa dengan marjin 4,044 undi. Azmin menang kerusi Parlimen Gombak pada 2008 dan mengekalkan kerusi itu pada PRU13 dengan majoriti 4,734 undi.

Najib-Hadi bincang pakatan rampas S'gor

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor sedang mengusahakan pakatan pilihan raya untuk merampas Selangor dalam pilihan raya umum akan datang.
Memetik sumber, Straits Times Singapura mendakwa kedua-dua pemimpin Melayu itu “berhubung hampir setiap hari untuk tempoh beberapa bulan”.
Laporan itu juga menyebut bahawa mereka sering berbual dalam telefon selepas Hadi selesai menjalani pembedahan jantung Mei lalu.
Untuk merampas Selangor, kedua-dua parti itu dilapor memerlukan calon berwibawa untuk memimpin pentadbiran negeri itu.
Percubaan juga dikatakan telah dibuat untuk membawa kembali bekas menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang dipecat daripada PKR.
“Beliau telah beberapa kali dilihat di Pejabat Perdana Menteri (PMO) akhir-akhir ini,” kata sumber.
Dalam reaksi bertulis Straits Times, Khalid mengesahkan memang ada bertemu dengan pemimpin PAS dan Umno dan parti-parti lain juga.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan itu berkata “perbincangan dibuat adalah demi kebaikan rakyat”.
“Sebagai (wakil) bebas, saya ada kebebasan berjumpa dengan mana-mana parti. Untuk saya sendiri tiada rancangan untuk bertanding dalam pilihan raya depan.
“Saya berterima kasih PAS berdiri bersama saya sehingga habis. Tetapi buat masa ini tiada rancangan masuk parti lagi,” katanya.
PAS masih bergabung membentuk kerajaan Selangor walaupun di peringkat pusat, kedua-dua parti tidak lagi mempunyai kerjasama politik secara rasmi.
Sebelum ini Hadi berkata PAS tiada masalah bekerjasama dengan Umno dalam isu berkaitan Islam dan perpaduan Melayu.

Zuraidah dakwa Anwar mahu teruskan formula 1-lawan-1



Tanpa menghiraukan bantahan beberapa pemimpin parti dan perisytiharan Pas untuk bertanding di 42 kerusi Dun Selangor termasuk Dun Kajang yang diwakili presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Dun Bukit Antarabangsa yang diwakili timbalan presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali, ketua wanita PKR Zuraidah Kamaruddin masih komited untuk meneruskan rundingan dengan Pas.
Zuraidah yang juga ketua wanita Pakatan Harapan (PH) mendakwa rundingan satu lawan satu telah menjadi formula yang diolah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam gabungan pembangkang sewaktu siri-siri pilihan raya umum lalu dan ianya terbukti ampuh menentang jentera BN.
"Keadilan telah berusaha keras meneruskan rundingan dengan Pas walaupun parti tersebut tidak menyertai gabungan Pakatan Harapan. Mengelak pertembungan tiga penjuru adalah tidak mustahil dilakukan walaupun mungkin bukan untuk semua kerusi, tetapi sekurang-kurangya cukup bagi menumpaskan BN dan mengambil-alih Putrajaya," katanya dalam satu kenyataan media semalam.
Kenyataan media itu dikeluarkan setelah ahli parlimen Selayang William Leong mengumumkan meletakkan jawatan sebagai ahli biro politik PKR kerana kecewa dengan sikap parti yang mahu meneruskan rundingan dengan Pas.
Naib presiden PKR Rafizi Ramli dan ahli majlis pimpinan nasional PKR Datuk Johari Abdul pula mahu tarikh akhir (deadline) ditetapkan dalam rundingan dengan Pas.
Zuraidah menambah, Wanita PKR melihat adalah lebih strategik untuk menyertakan Pas dalam blok pembangkang daripada turut menentangnya dalam pilihan raya.
"Walaupun Pas tidak bersama Pakatan Harapan, Keadilan (PKR) mempunyai peranan untuk memastikan pertembungan tiga penjuru dielakkan atas usaha menawan 130 kerusi Parlimen.
"Di kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Muslim, pecahan undi hanya bermakna BN akan menang mudah," katanya yang banyak terpengaruh dengan kajian dibuat Institut Darul Ehsan (IDE), agensi penyelidikan di bawah kerajaan negeri Selangor.

Menurutnya, walaupun ada 'segelintir' rakan-rakan dalam parti dan PH yang mungkin tidak menghargai usaha rundingan itu, manfaat besarnya adalah untuk semua parti dalam gabungan PH sekiranya Pas bersetuju untuk tidak bertembung tiga penjuru.
"Perkara ini bukanlah berkaitan dengan usaha menarik Pas agar bersetuju dengan
ideologi dan polisi bersama Pakatan.
"Keutamaan terbesar rundingan ini sekarang ialah berkaitan dengan angka-angka dan misi memenangi pilihan raya umum kali ini.
"Dengan PRU yang semakin hampir, ahli akar umbi Pas masih jelas bersama dengan pembangkang. Kami optimistik bahawa penyelesaian praktikal adalah segalanya yang kita perlukan kini untuk meningkatkan peluang Pakatan untuk memenangi PRU akan datang," katanya.

Kerjasama dengan PAS hanya jika mereka ikhlas, kata akar umbi PKR

KEPIMPINAN PKR hanya perlu bekerjasama dengan parti Islam PAS sekiranya menunjukkan keikhlasan dalam bekerjasama dengan pembangkang kata pimpinan akar umbi PKR Chee Chu Seng.
Kenyataannya itu timbul selepas peletakan jawatan ketuanya ahli Parlimen PKR Selayang William Leong dua hari lalu.
Leong berkata surat peletakan jawatan itu dihantar kepada pimpinan PKR pada Isnin.
“Saya tidak setuju sekiranya parti meneruskan kerjasama dengan PAS kerana sudah jelas PAS sudah ada urusan dengan Umno,” kata Leong yang juga ahli Majlis Tertinggi PKR kepada The Malaysian Insight.
“Saya sudah jelaskan kenapa saya tidak setuju dengan kerjasama dengan PAS dalam surat peetakan jawatan saya.”
Bagi menunjukkan sokongan terhadap Leong dan pendiriannya, Chee dan 30 ahli PKR lain dan Amanah mengadakan sidang media hari ini.
Walaupun menyatakan sokongan pendirian Leong dan akar umbi, Chee berkata dia bagaimanapun tidak menolak idea kerjasama dengan PAS keseluruhannya.
Katanya, parti itu boleh bekerjasama dengan PAS dengan syarat parti itu mulakan tindakan mahu bekerjasama dengan pembangkang dan ikhlas dalam mengejar agenda yang sama.
Mereka juga mahukan pimpinan PKR untuk menetapkan tarikh akhir dalam memujuk PAS.
“Kami mahu parti berikan bila perbincangan itu akan berakhir. Ia tidak boleh diteruskan selepas itu,” katanya.
Sementara itu, Adun Rawang Gan Pei Nei berkata sukar untuk meletakkan masa untuk perbincangan kerana  ia bukan pebincangan secara terus.
Dia bagaimanapun menghormati dan memahami pendirian Leong berhubung kerjasama dengan PAS.
“Dia mahukan perubahan dan dia mahukan kita semua bersatu tumbangkan Umno dan Barisan Nasional,” kata Gan.

Hadi perlu satu jam jawab 'Amanat Hadi'

Mereka doakan saya mati - Tun M

Mahathir sokong RCI Memali, akui banyak bukti

Tun M: Trump boleh sokong Najib

Bangkit bantah politik toksik, seru isteri Tun M

Bila PRU14? Ini kata Najib

'Kalau tak boleh dapat Proton, saya ada idea lain' - Tun M

Saya tak pernah 'sampahkan' Wawasan 2020 - Izzah

PAS sedia tanding 42 kerusi DUN Selangor

"Saya mungkin tak terima peletakan jawatan beliau" - Kak Wan

Aksi Tun M-Izzah 'sepentas', Kak Wan-Siti Hasmah 'mesra'