Selasa, 22 Ogos 2017

Muhyiddin yakin PRU14 ini PH rampas Johor

Muhyiddin yakin PRU14 ini PH rampas Johor
Berdasarkan kepada kajian semasa terhadap pengundi di Johor, PH yakin akan dapat merampas Johor daripada BN, kata Muhyiddin Yassin.
PAKATAN Harapan (PH) yakin akan dapat merampas Johor daripada Barisan Nasional (BN) kerana rakyat negeri itu sudah bersedia untuk menukar kerajaan negeri dalam pilihan raya umum nanti, kata Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang mempengerusikan jawatankuasa pilihan raya pakatan pembangkang itu berkata, keyakinan pihaknya itu berdasarkan kepada kajian semasa terhadap pengundi di Johor.
"Kita lihat keadaan dan situasi di negeri Johor sekarang berada di tahap yang matang untuk PH ambil alih sampai pilihan raya akan datang. Ini berdasarkan fakta, data dan tinjauan kita buat beberapa bulan (dan tahun) kebelakangan.
"Sebab itu kita lancarkan strategi menawan negeri Johor daripada BN. Kita tumpu masa untuk gerakkan jentera parti kita di semua peringkat negeri Johor," katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook.
Muhyididn yang juga Pengerusi PH Negeri Johor sebelum itu mempengerusikan mesyuarat pertama parti gabungan PH di Johor Bharu.
Pada sidang media itu, Muhyiddin mengumumkan pelantikan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub sebagai pengarah jentera pilihan raya Johor selain penubuhan beberapa biro yang diwakili oleh parti-parti gabungan iaitu PKR, DAP, Bersatu dan Amanah.
Mesyuarat itu tambah Muhyiddin turut membincangkan pembahagian kerusi di Johor antara parti-parti dalam PH.
“Kita akan pertahankan kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat dahulu, dan strategi (kita) menumpukan kerusi pilihan yang kita yakin sokongan PH meningkat dan peluang untuk cipta kemenangan amat jelas dan nyata," katanya.
Ditanya apakah beliau akan jadi calon menteri besar di Johor, Muhyiddin berkata itu terserah kepada pucuk pimpinan PH.
"Itu soalan cepu mas, tapi saya fikir keputusan muktamad adalah di peringkat pusat dan ia terserah kepada budi bicara tentang siapa yang akan mengepalai negeri ini. Apabila sampai masa pasti akan diumumkan," katanya.

Serbuan SRPM mahu jejaskan imej kerajaan Selangor, kata pegawai MB

Yin Shao Loong berkata serbuan ke atas Unisel dan MBI tindakan terancang untuk menjejaskan imej kerajaan Selangor.
azmin-ali_sprm_6001
SHAH ALAM: Serbuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Universiti Selangor (Unisel) dan Menteri Besar Diperbadankan (MBI) sebagai tindakan terancang untuk menjejaskan imej kerajaan Selangor, kata seorang pegawai Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.
Pengarah Komunikasi Strategik di Pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Long berkata tekanan politik ke atas SRPM hanya akan mencalar persepsi dan menghakis keyakinan rakyat terhadap agensi anti-rasuah itu.
“Ia secara terang-terangan menunjukkan tindakan terancang bertujuan menjejaskan imej kerajaan Selangor yang tuntas berpegang kepada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban.
“Meskipun kerajaan Selangor mengalu-alukan siasatan oleh SPRM berhubung laporan yang dibuat oleh mana-mana pihak terhadap kerajaan negeri, SPRM dituntut supaya menyiasat secara profesional dan tidak dipengaruhi oleh tekanan politik,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu SPRM menyerbu pejabat MBI dan Unisel bagi menyiasat pertikaian kontrak membabitkan universiti itu dengan bekas kontraktor, Jana Niaga Sdn Bhd, dan dakwaan rasuah membabitkan RM10 juta.
Anggota SPRM dari Putrajaya berpakaian seragam memulakan serbuan pada 10.00 pagi di kampus Unisel di Seksyen 7, Shah Alam dan Bestari Jaya, Kuala Selangor; pejabat MBI di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam; dan pejabat Jana Niaga di Bestari Jaya dan Desa Pandan, Kuala Lumpur.
Penyiasat juga dipercayai bertemu Naib Canselor Unisel Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman selama lebih 2 jam.
Yin berkata kerajaan Selangor akan bekerjasama dengan siasatan SPRM, namun dalam masa yang sama mempertahankan keputusan yang dibuat kerajaan negeri berkaitan pertikaian itu.
“Tindakan kerajaan Negeri Selangor berhubung perkara ini adalah berdasarkan keputusan mahkamah, yang mana pihak yang terbabit telah bersetuju untuk penyelesaian luar mahkamah.
“Penyelesaian yang dimuktamadkan antara Unisel dan Jana Niaga adalah berdasarkan urus tadbir yang baik dan langsung tidak membabitkan menteri besar secara peribadi atau atas kapasiti individu yang membuat keputusan penyelesaian pertikaian berkenaan,” katanya.

Isu Jana Niaga: Kerajaan Negeri,Unisel, MBI sedia bekerjasama dengan SPRM



Kerajaan Negeri Selangor, Universiti Selangor dan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor bersedia memberi kerjasama penuh dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap isu membabitkan Jana Niaga dan Unisel.
Nik Nazmi Nik Ahmad Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan,Sains, Tekologi dan Inovasi Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pendekatan penyelesaian pertikaian yang diambil oleh Jana Niaga dan Unisel adalah diputuskan di peringkat Lembaga Pengarah.
"Setiap proses yang dilaksanakan telah diambil dengan mengutamakan kepentingan universiti dan terutamanya pelajar.
"Oleh itu, kami serahkan kepada pihak SPRM untuk melakukan siasatan ke atas perkara ini, dan pada masa yang sama akan memberikan segala bukti serta keterangan yang diperlukan," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Pagi tadi Pegawai SPRM menyerbu Unisel, Kampus Shah Alam, pejabat Jana Niaga Sdn Bhd, Desa Pandan dan pejabat Menteri Besar Diperbadankan (MBI), Selangor di Shah Alam.
Ia dipercayai ada kaitan dengan siasatan pembayaran oleh MBI kepada Jana Niaga bagi projek di Unisel.
Seramai enam pegawai SPRM memasuki UNISEL Kampus Shah Alam dipercayai membabitkan siasatan terhadap isu pertikaian kontrak antara universiti itu dengan sebuah syarikat kontraktor.
Mereka memasuki bahagian pentadbiran Uunisel di Seksyen 7 di sini, dengan diiringi pegawai universiti itu.

Amanah isi kubu tersendiri hadapi PRU14



Kewujudan Parti Amanah Negara berbeda dengan kelahiran parti-parti baru lain. Misalnya, Parti Semangat 46 lahir daripada konflik dalaman Umno selepas proses pemilihan parti April 1987 mencetuskan pertikaian berpanjangan. Aktor utamanya Tengku Razaleigh Hamzah dan Dr Mahathir Mohamad. Kedua-duanya dikenali umum dan popular; seorang bekas menteri kewangan dan seorang lagi perdana menteri.
Logo HarapanParti Keadilan Nasional muncul selepas Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri. Anwar dilihat sebagai pewaris terdekat takhta Dr Mahathir. Gagasan Reformasi yang dipimpin Anwar mudah difahami rakyat. Isu mata lebam Anwar mendapat perhatian segera masyarakat.
Semangat 46 mula bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1990, menjadikan pertembungan pembangkang dengan Umno-BN tambah tajam, yang sebelumnya hanya menyaksikan Pas sebagai pencabar terkuat di kalangan pengundi Melayu di lokasi tertentu sahaja. Laluan untuk Semangat 46 memperolehi kerusi agak mudah, terutama apabila mendapat restu Pas yang sama-sama membentuk Angkatan Perpaduan Ummah.
Begitu juga dengan Keadilan, yang turut didukung Pas, dalam Barisan Alternatif, dalam PRU1999. Ketika itu tidak wujud lagi Semangat 46 yang berkubur selepas PRU1995 apabila diserap masuk semula secarfa en blocke dalam Umno. Persaingan sesama parti pembangkang tidak begitu ketara.
Krisis dalaman
Keadaan agak berbeda dengan Amanah, yang lahir ekoran krisis dalaman Pas yang tidak berjaya diuruskan dengan baik dan bijaksana. Umum tidak begitu mengetahui punca perbalahan, malah sebahagian ahli-ahli Pas sendiri jahil mengenainya. Lagi pun masyarakat luar tidak peduli dengan segala pertikaian dalaman sebuah parti pembangkang.
Orang ramai beranggapan pergeseran di antara pemimpin mana-mana pertubuhan politik adalah perkara biasa. Justeru, pemilihan kepemimpinan Pas pada 2015 walaupun digambarkan media sebagai pertarungan yang sengit di antara kumpulan ulamak dan profesional, masyarakat luar tidak memberi perhatian kepadanya.
Malah, ketika itu, kumpulan yang dianggap profesional dalam Pas, tidak mengisytiharkan secara terbuka penentangan terhadap Presiden, Ustaz Abdul Hadi Awang. Jadi apabila mereka kalah secara berkelompok dalam pemilihan itu, maka ditohmah pembentukan parti baru Amanah hanya kerana rasa kecewa tidak dapat menerima keputusan muktamar.
Kelahiran Semangat 46 dan Keadilan tentu lebih mendapat perhatian masyarakat disebabkan ia tumbuh dan membesar di atas konflik parti pemerintah. Justifikasi kewujudannya mudah difahami, apatah lagi tokoh kepemimpinannya adalah figura popular nasional yang mempunyai daya karismatik tersendiri. Titik pertembungan mereka adalah dengan perdana menteri, yang melibatkan polisi dan isu-isu kepentingan awam.
Jadi, tidak pelik jika masyarakat umum kurang mengenali kewujudan Parti Amanah Negara berbanding parti-parti serpihan Umno, termasuk yang terbaru Parti Pribumi Bersatu Malaysia, yang dipimpinan Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin. Bersatu yang lebih muda usianya berbanding Amanah, mudah dikenali kerana faktor negarawan ulung Dr Mahathir dan isu besar yang dibawanya iaitu skandal mega 1MDB.

Wadah alternatif
Amanah walaupun menampilkan bekas pemimpin kanan dalam Pas dahulu, misalnya Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan Husam Musa, tetapi mereka tidak pernah memegang jawatan awam yang strategik. Mereka mungkin popular tetapi hanya dalam kalangan aktivis dan penyokong pembangkang, manakala Husam sebagai pembantu rapat Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih dikenali di negeri Kelantan. Apa pun tokoh-tokoh Amanah ini mengisi keunikan tersendiri bagi "menyempurnakan" satu kebangkiran rakyat yang menyeluruh.
Amanah juga lahir sebagai parti Islam yang progresif dan inklusif; bertindak untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Pas dalam pakatan pembangkang. Ia mengamalkan pendekatan lebih sederhana dan bersikap terbuka, terutama untuk menangani realiti kemajmukan di Malaysia.

DAP akan abaikan pembangunan luar bandar, sembang Najib depan JKKK

DAP tidak akan mengutamakan pembangunan luar bandar sekiranya parti itu memerintah Malaysia, kata Perdana Menteri Najib Razak
Bercakap pada Konvensyen Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP), Najib berkata walaupun wakil DAP tidak diletakkan pada barisan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan, ia masih lagi parti dominan dalam pakatan pembangkang.
“Kerajaan sentiasa mengambil berat masalah komuniti luar bandar. Kita jangan termakan hasutan mereka.
“DAP memiliki kuasa mutlak, bukan yang satu lagi. DAP tidak akan mengutamakan pembangunan masyarakat luar bandar,” katanya pada ucapan pembukaan kepada lebih 10,000 wakil JKKKP, JKKK dan JKKOA.

Saya kini ancaman negara, kata Dr Mahathir


Saya kini ancaman negara, kata Dr Mahathir  
Dr Mahathir Mohamad berkata negara kini sudah masuk ke fasa baru yang menyaksikan penyokong Najib akan memastikan tiada penentangan terhadap kepimpinannya. 
SAYA kini ancaman kepada negara, kata Dr Mahathir Mohamad, sambil menarik perhatian kepada peningkatan siasatan terhadap pentadbirannya dan keganasan politik di Malaysia.
“Orang tidak lagi selamat. Saya sekarang ancaman kepada negara.
“Jadi selongkar balik tiga dekad lalu dan bangkitkan semula jenayah yang boleh disalahkan pada saya.
“Kalau ini gagal mencapai maksud untuk memburuk-burukkan saya, maka kita akan lihat lebih banyak lagi keganasan,” tulis bekas perdana menteri itu di blog Chedet, hari ini.
Dr Mahathir sejak beberapa bulan lalu berdepan serangan daripada barisan pemimpin Umno selepas beliau menarik sokongan kepada Perdana Menteri Najib Razak dan keluar daripada parti yang pernah dipimpinnya selama 22 tahun itu ekoran skandal 1Malaysia Development Berhad.
Menurut Dr Mahathir, negara kini sudah masuk ke fasa baru yang menyaksikan penyokong Najib akan memastikan tiada penentangan terhadap kepimpinannya.
“Nampaknya akan ada lebih banyak samseng untuk rakyat Malaysia. kita sekarang dapat laporan pemimpin Hindraf, Waythamoorty dipukul dan diancam dengan pisau oleh samseng kerana tidak sokong kerajaan,” katanya.
Dr Mahathir juga mempersoalkan pemimpin Umno yang tidak hadir pada forum Nothing to Hide 2.0 yang cepat menyalahkan Armada, sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia, parti yang kini beliau pimpin.
“Kalau mereka ada, kenapa mereka hendak merusuh kalau jelas forum itu tidak memihak pada Najib. Mereka merusuh apabila soalan yang ditanya tidak juga mendapat jawapan yang memihak pada mereka. Jelas, mereka merusuh untuk menghentikan forum, untuk melindungi Najib.

JKKK diarah jadi benteng pertahan Najib

Presiden gabungan ketua kampung Malaysia mengarahkan setiap ketua kampung dan penduduknya menyerang fitnah pembangkang terhadap Najib.
jkk-1
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKKP) diarah mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada serangan pembangkang dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Presiden Gabungan Persatuan Ketua Kampung Malaysia Datuk Shahaimi Othman berkata arahan itu dikeluarkan kerana fitnah dan pembohongan yang dilemparkan terhadap perdana menteri dan pentadbirannya.
“Kita kesal dengan pembohongan dan fitnah yang dibuat bekas perdana menteri itu dan kuncu-kuncunya terhadap Najib dan kerajaan.
“Kita tidak rela membiarkan perkara itu dan kita akan tentang provokasi dan fitnah mereka habis-habisan.
“Kita akan serang (pembangkang) dan arah setiap orang kampung. Ini kerana fitnah adalah musuh nombor 1 negara,” katanya di Perhimpunan JKKK/JKKKP & Anugerah Desa Perdana 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Shahaimi juga berharap Najib bertabah menghadapi serangan pembangkang dan terus usaha untuk membangunkan negara.

Dr M: Samseng Nothing to Hide 2.0 cuba lindungi Najib

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad yakin bahawa mereka yang mencetuskan kekecohan pada forum Nothing to Hide 2.0 adalah penyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Sambil menolak dakwaan pemimpin Umno kononnya bahawa mereka yang mengamuk itu adalah Pemuda BERSATU, bekas perdana menteri tersebut berkata tidak ada alasan untuk mereka berbuat demikian.
"Jika mereka (dari Pemuda Bersatu), kenapa harus merusuh apabila sudah jelas bahawa forum itu tidak memihak kepada Najib.
"Mereka merusuh apabila soalan mereka tidak mendapat jawapan yang diharapkan. Jelas, mereka merusuh untuk menghentikan forum itu untuk melindungi Najib.
"Memandangkan mereka jelas pro-Najib dan cuba tanpa berjaya untuk memalukan saya, mereka sudah tentu bukannya dari parti yang saya pimpin atau dari sayap pemuda BERSATU.
"Pemimpin Umno boleh menafikan samseng ini daripada Umno, tetapi hakikatnya mereka penyokong Najib, yang adalah presiden Umno," katanya dalam satu catatan di blog.
Mahathir berkata meskipun pihak polis bebas menyoalkan pihak penganjur, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak seharusnya menggunakan bahasa yang mengugut mereka.
Katanya, Khalid harus mengelakkan dirinya daripada menggunakan bahasa yang memberi bayangan bahawa Pemuda BERSATU selaku penganjur tidak mematuhi syarat-syarat polis.
"Jika pihak polis mempunyai keraguan bahawa pihak penganjur terbabit dalam sebarang salah laku, mereka boleh dipanggil untuk disoal-siasat.
"Polis mesti mendengar cerita dari pihak mereka. Perusuh telah dirakamkan sepenuhnya melalui video. Wajah mereka akan membantu mengenal pasti siapa perusuh dan apa yang mereka lakukan," katanya.
Pemimpin Umno dan PAS mendakwa kemarahan berpunca akibat rasa tidak puas hati berhubung jawapan Mahathir terhadap insiden Memali sehingga mencetuskan kekecohan dengan menyaksikan suar, kerusi dan selipar dilemparkan.
Penyokong BERSATU dan Mahathir mendakwa bahawa kekecohan itu sebenarnya adalah percubaan untuk menyerang bekas perdana menteri.

RCI Forex: 'Taklimat' Murad untuk Anwar setahun terlambat, kata peguam

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi taklimat kepada Parlimen pada tahun 1993, dalam kapasitinya sebagai menteri kewangan, berhubung kerugian Bank Negara di pasaran pertukaran asing, kata peguamnya, R Sivarasa.
Ini, kata Sivarasa, adalah rekod awam dan akan menjejaskan kredibiliti bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) semalam.
Abdul Murad memberitahu RCI bahawa beliau memberi taklimat kepada Anwar mengenai kerugian itu pada tahun 1994 semasa lawatan ke Hawaii.
Sivarasa berkata beliau terkejut bahawa panel RCI tidak menyoal Abdul Murad mengenai perkara tersebut memandangkan mereka seharusnya arif dengan urutan kejadian.
"Saya terkejut kerana anggota panel itu tidak menoalnya dengan betul kerana sesiapa sahaja yang sudah biasa dengan apa yang berlaku di Parlimen pada tahun 1993 dan 1994 akan mengetahui bahawa isu ini pernah dibangkitkan pada tahun 1993.
"Anwar selaku menteri kewangan telah mengulas isu itu di Parlimen pada tahun 1993 sementara Abdul Murad mendakwa memberi taklimat kepadanya hanya pada tahun 1994," kata Sivarasa kepada Malaysiakini.
Justeru, kenyataan Abdul Murad itu "tidak masuk akal", kata Sivarasa.
"Mungkin dia bukan yang pertama atau satu-satunya orang yang memberi taklimat kepada Anwar (mengenai perkara itu). (Tetapi) sebagai rekod, anda boleh semak Hansard.

Beranikah Pas menuntut RCI memali secara menyeluruh?



 Pemuda AMANAH Nasional menuntut Pas agar mendesak kerajaan supaya telus dalam mendedahkan punca dan elemen asas yang mendorong berlakunya tragedi Memali pada 1985 jika Suruhanjaya Penyiasat Diraja (RCI) itu ditubuhkan kelak.
Shazni Munir MemaliNaib Ketua Pemudanya Shazni Munir Mohd Ithnin mempersoalkan pula sejauh mana keberanian Pas untuk berbuat demikian.

"Persoalannya, beranikah Pasmenuntut suatu RCI yang telus dan menyeluruh - merangkumi aspek punca dan elemen-elemen asas yang mendorong ke arah tragedi tersebut?
"Pada hemat kami, keseluruhan aspek ini penting untuk disiasat memandangkan pihak kerajaan telah pun membentangkan Kertas Putih Peristiwa Memali di Parlimen pada tahun 1986.
"Melalui perenggan 15, 16 dan 17 Laporan Kertas Putih berkaitan tragedi Memali dipercayai daripada ketaksuban terhadap 'Amanat Haji Hadi' yang erujuk kepada pidato Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Banggol Peradong pada 1981," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Shazni turut menjelaskan lebih spesifik dalam perenggan ke-17, Muhamad Yusof bin Husin mengakui bahawa dirinya berpegang teguh dengan amanat itu dan berfahaman bahawa orang-orang Umno itu kafir.
"Pemuda AMANAH juga berpendirian, jika RCI tersebut tetap mahu ditubuhkan, siasatan perlu meliputi aspek-aspek penting berikut: a) Punca yang mendorong ke arah tangkapan allahyarham Ibrahim Libya. b) Punca yang menyemarakkan kegiatan takfiri ketika itu. c) Keganasan tindakan polis. d) Langkah kerajaan membendung fenomena takfiri. e) Kesan 'Amanat Haji Hadi' dan langkah pencegahan," ujarnya.
Justeru Pemuda Amanah mengharapkan agar RCI ini mampu meleraikan segala kekusutan dan tidak akan dibangkitkan lagi.
"Sejarah adalah tentang keteladanan dan iktibar daripada satu-satu peristiwa.
"Kami bertekad agar tiada lagi episod takfiri, termasuklah pengulangan insiden 'tanam jirat' yang telah mencarik keharmonian rakyat.Kita tolak takfiri dan bina semula masa depan negara," ujarnya.

Skandal MARA & Felda: "Saya tak ingat," kata Muhyiddin

'Saya tidak ada penyokong? Umno dibuai mimpi' - Muhyiddin

MUHYIDDIN YASSIN: STRUKTUR JAWATANKUASA & PERSIAPAN PRU 14 PAKATAN HARAPAN JOHOR

Semua aduan ke SPRM mesti dirahsiakan

Pendakwa pinda tuduhan terhadap Rafizi

Digelar 'musuh utama' Melayu? Tun M senyum

Duit Tabung Haji: Pendakwa pinda tuduhan terhadap Rafizi



Pihak pendakwaan telah meminda pertuduhan fitnah jenayah terhadap Ahli Parlimen Pandan dan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.
Perkara itu dilakukan selepas Rafizi menimbulkan kemungkinan bahawa pertuduhan itu cacat.
Rafizi Ramli Timbalan pendakwaraya (DPP) Mohd Abazafree Mohd Abbas memberitahu majistret Umzarul Ain Nur Umar dalam prosiding hari ini bahawa pihak pendakwa bersetuju bahawa terdapat kekeliruan dalam pertuduhan itu tahun lalu dan berusaha meminda pertuduhan itu.
Abazafree dari bahagian pendakwaan di Jabatan Peguam Negara, kemudian memohon supaya pindaan itu dibacakan kepada Rafizi.
Rafizi didakwa pada April lepas atas fitnah jenayah terhadap Tabung Haji yang disiar melalui Facebooknya, selepas kakitangan lembaga itu memfailkan aduan pada 18 Februari tahun lepas.
Terdapat empat perenggan yang dianggap memfitnah dalam posting Facebook berkenaan.
Dalam dua perenggan, Rafizi mempersoalkan rizab Tabung Haji bagi tahun kewangan berakhir tahun 2015 dan keuntungan yang diperoleh Tabung Haji berjumlah RM3.5 bilion, yang telah diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Dua lagi perenggan berkaitan dengan tuduhannya bahawa jumlah deposit baru mengatasi pengeluaran dan pembayaran bonus bagi tahun 2012 diumumkan kerana hampir menjelang pilihan raya, manakala bonus pada tahun 2014 diberikan untuk meredakan skandal 1MDB seperti dilapor Malaysiakini.

Pakatan Harapan Johor akan cabar semua kerusi Umno-BN



Pakatan Harapan (PH) Johor sudah pun bersiap siaga untuk merampas negeri Johor dengan mencabar semua kerusi Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
PH Johor PC 2Dalam sidang media diadakan di ibupejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Taman Kempas Utama Johor, hari ini,  Pengerusi Bersatu Muhyiddin Yassin berkata PH Johor berpendapat situasi dan keadaan di Johor sudah sampai ke tahap matang untuk PH ambil alih negeri itu daripada kepimpinan Umno-BN.
"Ini berdasarkan fakta data tinjauan yang telah dibuat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
"Stratgegi PH Johor menawan Johor daripada Umno-BN untuk mengerakkan jentera parti di semua peringkat di bawah Tuan Salahuddin, untuk menyusun dengan strategi tepat dan ingin tentukan persiapan PRU disetiap kawasan Parlimen dan Dun.
"Kesemua kerusi akan dicabar terutama kerusi di  BN.
"Kita mahu persiapan sampai ke PDM (Pusat Daerah Mengundi) dalam kerangka yang diputuskan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya). Jentera parti diperingkat akar umbi di bilik gerakan sudah disediakan bagi meninjau tahap kesiap siagaan setiap parti iperingkat negeri Johor," ujarnya.
Muhyiddin turut berkata, proses rundingan kerusi PH di negeri itu sudahpun dimulakan di peringkat Parlimen dan sebahagiannya sudah diputuskan dan akan mula berunding bagi kerusi Dun di negeri itu.
"Hari ini (mesyuarat hari ini) kita ada bincang untuk segerakan perundingan itu (pembahagian kerusi Dun) untuk memudahkan parti beri perhatian di kawasan berkenaan.
"Secara rasmi sudah diputuskan dan menunggu di bawa rundingan di peringkat nasional.Jika ada pertindihan antara parti kita akan selesaikan bersama.
"Semangat yang kita mahu wujudkan dalam perbincangan adalah persefahaman
"Saya fikir keputusan muktamad akan dibuat pucuk pimpinan PH di peringkat pusat dan pimpinan parti yang ada untuk menentukan siapa yang akan mengepalai negeri ini kelak," ujarnya yang menolak tanggapan bahawa berkemungkinan beliau akan memimpin negeri itu sekiranya PH menang PRU akan datang.

J/K PH Johor dibentuk:  Muhyiddin dilantik Pengerusi, Salahuddin Pengarah Pilihan Raya
Hari ini diadakan mesyuarat pertama Pakatan Harapan Negeri Johor  yang turut mengumumkan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Johor dan Salahuddin Ayub dilantik Timbalan Pengerusi Negeri dan Pengarah Pilihan Raya Negeri manakala Timbalan Pengarah Pilihan Raya dilantik Ir Mad Nasir Hashim dari Bersatu.
Setiap parti gabungan telah melantik tiga wakil untuk berada dalam jawatankuasa di peringkat negeri.
Bagi jawatan Setiausaha Pakatan Harapan dilantik Datuk Osman Sapian (Bersatu) dan Bendahari Gan Tek Cheng (DAP).

Orang Melayu suka jumpa ‘musuh’ mereka, sindir Dr M

Dr Mahathir persoal jika benar beliau musuh orang Melayu, mengapa beribu-ribu orang Melayu datang mendengar ceramahnya.
Khairul-Azwan-HarunPUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini secara menyindir berkata berbondong-bondong orang Melayu hadir ke majlisnya, mengulas kritikan bahawa beliau adalah musuh utama orang Melayu.
“Sebab itulah ketika saya bagi ceramah dan ucapan, ramai orang Melayu datang kerana mereka suka melihat musuh mereka,” kata bekas perdana menteri itu dalam temu bual dengan FMT.
Tindakan Dr Mahathir bekerjasama dengan gabungan parti pembangkang seperti DAP menyebabkan seorang pemimpin Umno baru-baru ini mengisytiharkannya sebagai “musuh utama” orang Melayu.
Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun juga berkata bekas pemimpin Umno itu memusnahkan parti yang pernah dipimpinnya.
Dr Mahathir yang kini pengerusi gabungan 4 parti Pakatan Harapan (PH) berkata, jika benar beliau musuh orang Melayu, mengapa beribu-ribu orang Melayu datang mendengar ceramahnya.
“Seperti ceramah yang saya di Ipoh beberapa hari lalu, beribu-ribu yang datang, kebanyakannya orang Melayu, adakah mereka datang untuk melihat musuh mereka?” soal beliau sambil menambah orang ramai mendengar ceramahnya hingga lewat tengah malam.
“Ini bermakna ‘musuh orang Melayu’ ini sangat popular dalam kalangan orang Melayu. Itu sangat kelakar,” katanya.
Dr Mahathir keluar Umno tahun lalu untuk membentuk PPBM selepas mengisytiharkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak layak memerintah negara berikutan kontroversi melibatkan 1MDB.

PM jangan guna agensi kerajaan alih isu

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diingatkan tidak menyalahgunakan agensi kerajaan demi mengalihkan isu negatif yang dilemparkan terhadap dirinya.
Ahli Dewan Negeri Balakong, Ng Tien Chee berkata, dakwaan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Exconya, Phee Boon Poh, membuktikan Najib semakin buntu serta merancang penangkapan pemimpin pembangkang.

Bagaimanapun, katanya, perancangan dilakukan bagi mewujudkan persepsi negatif terhadap pemimpin pembangkang diyakini tidak akan berhasil kerana rakyat bijak menilai dan membuat keputusan.
“Saya ingin mengingatkan Najib dan konconya supaya jangan menganggap rakyat tidak tahu bagaimana membezakan kenyataan serta fitnah.
“Fakta yang tidak dapat dinafikan iaitu kedua pemimpin DAP itu berani menafikan tuduhan dengan jelas dan kuat, manakala Najib tidak berani membuat penafian kerana tuduhan terhadapnya berasas,” katanya dalam kenyataan media.
Guan Eng menghadapi pertuduhan SPRM berkaitan isu pembelian banglo di bawah harga pasaran, manakala Boon Poh berhubung kilang haram yang beroperasi selama 10 tahun di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.
Setiausaha Organisasi DAP Selangor itu berkata, seharusnya Perdana Menteri mengambil pendirian sama dan membuktikan dirinya tidak terbabit dengan pelbagai skandal termasuk isu 1Malaysia Development Berhad.
Beliau berkata, bagaimanapun Najib didakwa lebih berminat menuding jari kepada pihak lain dengan pelbagai tuduhan melalui agensi kerajaan serta media arus perdana dikuasai pentadbirannya.
“Najib satu-satunya pemimpin yang berjaya membawa negara kita ke pentas antarabangsa tetapi dengan impak negatif.
“Malaysia kini menjadi bahan ketawa di seluruh dunia,” katanya.

Rakyat tunggu RCI skandal 1MDB, bukannya Memali

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin berkata, 1MDB adalah isu yang sedang diperkatakan di seluruh dunia, manakala tragedi Memali yang berlaku pada November 1985 sudah melebihi 30 tahun.
muhyiddin,1mdb
Rakyat sedang menunggu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan 1MDB, bukannya tragedi Memali, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presiden PPBM itu berkata, 1MDB adalah isu yang sedang diperkatakan di seluruh dunia, manakala tragedi Memali yang berlaku pada November 1985 sudah melebihi 30 tahun.
“Hal ini sudah berlarut 30 tahun, apa pun ia sudah cukup lama. Saya sendiri diberitahu sudah ada kenyataan, Kertas Putih dan pernah dibahas di Dewan Rakyat.
“Hal seperti itu tidak banyak orang yang mahu ingat semula. Apa yang rakyat tuntut, RCI berkaitan 1MDB. Saya tidak kata kes Memali isu kecil.
“Dalam isu 1MDB, negara kehilangan wang dengan jumlah besar, bahkan turut dibicarakan di pelbagai negara,” katanya pada sidang media di pejabat PPBM Johor di Johor Bahru, hari ini.
Ahad lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, kerajaan sedia mempertimbangkan penubuhan RCI untuk mengkaji tragedi Memali pada 1985, jika ada permintaan daripada individu, pertubuhan atau parti politik.
Menteri dalam negeri itu berkata, bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam menerusi bukunya bertajuk “Frankly Speaking” mendakwa beliau diarah menghapuskan Kampung Memali kerana terdapat unsur keganasan dan militan oleh pemimpin PAS.
Susulan itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS sudah menubuhkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, beberapa individu sudah dinyatakan secara jelas dalam laporan saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), namun kerajaan seolah-olah mengabaikan kepentingan negara.
“Saya bukan hendak alihkan pandangan (daripada RCI Memali kepada 1MDB), tetapi ia kejadian paling serius. Riza Aziz, Low Taek Jho dan Malaysian Official 1 disebut, tetapi tindakan sewajarnya tidak diambil.

Skandal 1MDB: Kerajaan Umno@BN mohon batal saman AS$3.66 bilion Ezam

1MDB, pengarahnya, bekas pengarah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman AS$ 3.66 bilion yang difailkan bekas senator Datuk Mohd Ezam Mohd Noor di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga memfailkan permohonan yang sama pada bulan lepas.
Peguam Ezam, Farez Jinnah berkata kesemua defendan memfailkan permohonan mereka dan permohonan menangguhkan prosiding terhadap saman Ezam hari ini, sementara menunggu permohonan bagi pembatalan itu didengar.
"Berikutan itu, hakim Nik Hasmat Nik Mohamad, menetapkan 9 Oktober untuk pengurusan kes," kata Farez.
Pihak-pihak berkenaan sebelum itu telah bertemu dengan Hakim Nik Hasmat di kamarnya.
Pada 14 Julai, peguam Najib, yang diketuai oleh Mohd Hafarizam Harun, memfailkan permohonan perdana menteri untuk membatalkan saman itu dan permohonan menangguhkan prosiding.
Hafarizam kemudian menyatakan bahawa defendan-defendan lain akan memfailkan permohonan yang sama.
Ezam, bekas ketua Pemuda PKR yang kemudian menyertai Umno sebelum meninggalkan parti itu, telah memfailkan samannya terhadap Najib pada 14 April, atas kapasiti sebagai menteri kewangan dan ketua eksekutif kerajaan.
Beliau juga menamakan 15 yang lain sebagai defendan, termasuk Irwan, presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy, dua pengarah dan sembilan bekas pengarah 1MDB dan kerajaan.

Dr Sivamurugan Pandian: ‘Jangan biar hingga jadi budaya’


SEKIRANYA amalan politik anarki mula membenih dalam senario politik negara dan gagal dikikis, tidak mustahil ia akan menjadi budaya absah dan diterima.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, politik ganas boleh mengganggu keselamatan negara jika dibiarkan bermaharajalela.
“Hal ini kerana jika ia merebak menjadi perancangan yang besar dan kelompok terlibat kian bertambah, maka pemerhati akan menganggap seolah-olah ia satu budaya yang diterima.
‘Jangan biar hingga jadi budaya’ “Pelbagai strategi boleh digunakan untuk mempengaruhi emosi penyokong. Ia boleh diupah untuk menganggu dan memberi mesej buruk kepada penganjur," katanya.
Tambah beliau, pada waktu sama puak taksub dengan parti dan kepimpinan tidak boleh ditolak untuk sehati dengan nilai pemberontakan songsang tanpa mengira kesannya.
Menurut Sivamurugan, tujuannya pelbagai, barangkali untuk menghantar mesej ugutan, melemahkan sesuatu pergerakan dengan isyarat ia boleh mengancam karakter yang terlibat serta ia juga boleh menaikkan semangat keazaman pihak yang ditentang seolah-olah lemah dan hak mereka diketepikan.
“Amalan politik anarki ini berlaku di mana-mana, tetapi politik ganas ini juga menguji kematangan berpolitik yakni sejauh manakah ideologi dan fahaman politik diutamakan dan bukan politik personaliti.
“Pengikut mesti boleh dididik sifat rasional dan praktikal ia tidak terikut-ikut dengan gerak kerja politik keterlaluan.
“Mereka wajar meletakkan proses ketamadunan membina negara bangsa diutamakan dengan melihat kesan politik ganas yang berlaku di negara-negara lain. Jangan marahkan nyamuk kelambu dibakar,” jelasnya.

Dr Jeniri Amir.: Jangan izin politik ekstrem!

Jangan izin politik ekstrem!
POLITIK ekstrem, ganas dan keras seharusnya tidak boleh dibiarkan berkembang kerana ia bukan sahaja memberi keburukan kepada negara malah boleh mencetuskan konflik yang dahsyat dalam kalangan rakyat.
Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak, Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, sebagai negara yang mengamalkan prinsip demokrasi, setiap parti politik perlu meraikan pendapat dan pandangan orang lain walaupun berlainan ideologi politik.
“Kita tidak seharusnya mengizinkan politik ganas, ekstrem dan keras tumbuh dan berkembang di negara ini kerana jika kita biarkan, bukan sahaja tercetus konflik dahsyat dalam kalangan parti politik, tetapi juga penyokong serta rakyat di negara ini.
“Pemimpin yang bertanggungjawab harus mengekalkan pendekatan politik yang sesuai dengan tuntutan demokrasi, bukannya dengan politik ganas, ekstrem dan keras,” katanya.
Penganalisis politik itu berkata, dalam sesebuah sistem demokrasi, ruang seluas-luasnya harus diberikan kepada rakyat bagi mengemukakan pendirian, pandangan dan juga ideologi politik mereka.
“Asalkan pandangan itu tidak menuju ke arah kekerasan, lebih-lebih lagi berlandaskan prinsip-prinsip demokrasi dalam kerangka undang-undang, maka sebarang pertemuan termasuk forum, persidangan dan sebagainya berkaitan dengan politik harus dibenarkan.
“Kayu ukur kepada demokrasi dan politik matang ini adalah sejauh mana kita membenarkan wacana yang diadakan oleh pihak-pihak yang mempunyai pendirian dan ideologi politik berbeza,” katanya.
Jeniri berkata, tidak dinafikan dalam sesebuah parti politik di negara ini mempunyai ahli politik lantang sehingga mencetuskan suasana tidak sihat sekali gus memberi ruang untuk politik ekstrem berkembang.
“Individu-individu sedemikian, sama ada wujud atas kehendak sendiri atau ditanam oleh parti tidak harus dibiarkan mengambil undang-undang di atas tangan mereka sendiri. Ini boleh merosakkan imej parti.
“Individu seperti ini tidak harus diberikan seinci peluang untuk bergerak dan bertindak sedemikian. Jadi, ujian terakhir kepada demokrasi, saya fikir bukan sejauh mana individu itu bertindak ekstrem atau keras, tetapi sejauh mana para pemimpin dan parti terbabit dapat mengekalkan had politik serta perkara terbaik untuk membawa parti itu ke hadapan,” katanya.

Dr Nik Ahmad Kamal: Politik anarki halang kebebasan bersuara

RENCAH utama dalam tindakan politik anarki yang bersifat ganas ini ialah keengganan menerima kebenaran yang dibincangkan di khalayak.
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, politik anarki sentiasa menjadi gangguan kepada kebebasan bersuara dan berpolitik yang dibenarkan oleh undang-undang.
Politik anarki halang kebebasan bersuara “Sukar nak agak punca, mungkin juga sengaja nak ganggu. Taksub pun boleh jadi juga atau tidak mahu sesuatu kebenaran dibincangkan depan khalayak.
“Politik anarki ini boleh menjadi punca kepada tercetusnya demonstrasi dan rusuhan kerana potensi untuk balas dendam antara penyokong parti lawan akan sentiasa ada. Selain menghalang orang bersuara ia juga bertujuan menakut-nakutkan orang lain,” katanya kepada Sinar Harian.
Nik Ahmad Kamal menegaskan, intimidasi sering digunakan utk mengekang kebebasan bersuara. 
“Kita sedang menghampiri era negara berpendapatan tinggi dan memasuki lebih separuh abad. Politik kita seharusnya lebih matang dan lebih ‘gentleman’. Sepatutnya kita boleh terima perbezaan pendapat dan membenarkan hujah lawan. Malah kita seharusnya percaya kepada kedaulatan undang-undang.
“Kalau ucapan yang didakwa mengandungi unsur fitnah kita heret ke mahkamah, jadi jika politik stail anarki ini masih diamalkan di mana minda maju kita? Di mana politik matang kita?" Soalnya.
Tambahnya, dalam erti kata lain,  politik anarki membunuh kesucian demokrasi itu sendiri.                  
“Masalahnya kita masih lagi menganggap politik itu menjatuhkan lawan politik ikut apa cara pun termasuk secara anarki.
“Ahli politik dan  penyokong mereka hendaklah keluar dari kepompong partisan yang berlebih-lebih sehingga hilang hormat kepada kebebasan memilih dan menyokong parti atau pemimpin pilihan mereka sendiri.

MEMALI: UMNO, PAS TERMALU SENDIRI

Dua bekas Ketua Polis Negara akhirnya bersuara mengenai ura-ura kerajaan, dan kemudian disokong oleh Pas untuk mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja atau RCI berhubung tragedi Memali.

Tun Hanif Omar melontarkan tiga persoalan berhubung hasrat menubuhkan RCI Memali itu - apa lagi yang mahu dicari, apa yang masih tidak puas hati dan apakah perkara penting yang belum terjawab berkaitan tragedi tersebut?

Selain mungkin kerana kertas putih peristiwa Memali sudah pun dibentangkan di Parlimen pada 26 Februari 1986 oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tun Hanif juga mengingatkan bahawa setiap RCI akan mempunyai kos tersendiri yang akan ditanggung oleh rakyat.
Seorang lagi bekas Ketua Polis Negara, Rahim Nor pula mengingatkan RCI Memali, jika ditubuhkan, hanya akan mendedahkan peranan Presiden Pas, Hadi Awang dalam peristiwa berdarah itu.

Kata beliau, Amanat Hadi tidak dapat dielakkan adalah memainkan peranan utama sehingga tercetusnya peristiwa Memali.

"Ada dua elemen penting dalam Amanat Hadi. Pertama, dia kata orang-orang Islam tidak perlu menjadi Kristian, Yahudi atau Nasrani untuk menjadi kafir, sebaliknya cukup dengan mengamalkan politik suku dan agama suku.

"Kedua, Hadi juga kata perjuangan yang mereka lakukan adalah jihad dan sekiranya terkorban dalam perjuangan, mati mereka adalah syahid," ujar Rahim lagi.

Sekarang macam mana?
Setelah membaca kenyataan Tun Hanif, masihkah UMNO, terutamanya Zahid Hamidi yang ternampak galak membangkitkan isu itu yang dilihat satu lagi cubaan meletakkan kesalahan sesuatu peristiwa kepada Tun Mahathir Mohamad, mahu meneruskan hasrat menubuhkan hasrat RCI berkaitan Memali itu?

Mahu tidak mahu, beliau kini patut berasa malu terhadap dirinya sendiri kerana tidak dinafikan bahawa kenyataan Tun Hanif adalah pukulan paling pedih terhadap kewibawaannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

22% atau 7.12 juta orang tidak bekerja di Malaysia dizaman Najib & Rosmah

Peningkatan sebanyak 510,000 orang dalam tempoh 4 tahun itu terdiri daripada mereka yang melanjutkan pelajaran, suri rumah, pesara, orang kelainan upaya atau tidak berminat bekerja.
malaysia-1 Seramai 22% atau 7.12 juta daripada 32 juta populasi Malaysia tidak bekerja ketika ini, peningkatan sebanyak 510,000 orang dalam tempoh 4 tahun, kata Jabatan Perangkaan.
Bagaimanapun, kumpulan itu tidak boleh dianggap penganggur kerana ada di kalangan mereka yang melanjutkan pelajaran, suri rumah, pesara, orang kelainan upaya atau tidak berminat bekerja.
Sin Chew Daily memetik Bahagian Perangkaan Tenaga Manusia dan Sosial di Jabatan Perangkaan sebagai berkata, kadar penyertaan tenaga buruh meningkat secara stabil sehingga 67.7% dan 7.12 juta orang yang tidak bekerja itu ialah tergolong dalam baki 32.3%.
Mengikut definisi Jabatan Perangkaan, populasi sesuai bekerja berada dalam lingkungan 15 hingga 64 tahun dan populasi tenaga buruh di Malaysia meningkat setiap tahun dengan suku ke-2 tahun ini mencecah 14.93 juta orang.
Daripada jumlah itu, seramai 14.41 juta orang mempunyai pekerjaan, dengan lelaki terdiri daripada 8.88 juta atau 62% dan selebihnya 38% atau 5.53 juta orang ialah wanita.
Seramai 511,600 orang hilang pekerjaan membabitkan penurunan seramai 2,600 orang berbanding suku pertama tahun ini.
Kadar pengangguran di kalangan generasi muda berusia 15 hingga 24 tahun tertinggi dan secara keseluruhan, wanita yang hilang pekerjaan lebih ramai daripada lelaki.
Walaupun dua pertiga daripada orang hilang pekerjaan berjaya mendapat kerja baru dalam tempoh 6 bulan, tetapi masih ada 8.5% yang menganggur selepas lebih setahun.
Daripada 5 sektor ekonomi terbesar negara, sebanyak 61.9% populasi bekerja dalam sektor perkhidmatan, pembuatan 16.9%, pertanian 11.8%, pembinaan 8.7% dan perlombongan 0.7%.
Dalam sektor perkhidmatan pula terbahagi kepada 10 industri dengan industri peruncitan mempunyai paling ramai tenaga kerja, iaitu 17.2% manakala 9.2% berkhidmat dalam industri makanan dan minuman (F&B).

Siasatan RCI forex boleh 'siap 3 hari', kata Zaid

Suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiiasat kerugian Bank Negara memulakan sesi pertama mereka semalam.
Berdasarkan apa yang dilaporkan, Datuk Zaid Ibrahim berkata, RCI itu hanya perlukan masa tiga hari untuk melengkapkan siasatan dan tidak perlu sehingga tiga bulan seperti yang diperuntukkan.
Kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, pada hari pertama RCI bersidang enam anggotanya diberitahu kerugian Bank Negara daripada aktiviti perdagangan mata wang asing (forex) antara 1991 hingga 1994 berjumlah RM31.5 bilion.
"Selepas hari pertama RCI mendapati kerugian sebanyak RM31 bilion tidak didedahkan; pada hari kedua Tun M didapati bertanggungjawab dan hari ketiga laporan penuh boleh didedahkan," katanya secara sinis melalui Twitter hari ini.
Zaid juga bertanya mengapa kerajaan perlu memperuntukkan tempoh sehingga tiga bulan bagi RCI itu menjalankan siasatan dan ia hanya akan membazirkan lebih banyak dana awam.
Semalam Pengerusi RCI Tan Sri Mohd Sidek Hassan mendedahkan pihaknya menemui kerugian sebenar dialami Bank Negara akibat aktiviti forex itu - semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri - disembunyikan daripada laporan.
Justeru kata bekas ketua setiausaha negara itu, RCI terbabit perlu memastikan siapa bertanggungjawab mahu jumlah berkenaan disorokkan.

Nasir Razak: Rakyat Malaysia dinasihati bersedia hadapi ekonomi yang lemah

PENGERUSI CIMB Group Holdings Nasir Razak berkata rakyat Malaysia perlu bersedia untuk menghadapi ekonomi yang lemah pada separuh kedua tahun ini, lapor The Star.
"Saya fikir kita jangan meletakkan harapan yang tinggi untuk separuh kedua tahun ini.
"Kalau anda melihat kepada jangkaan para penganalisis, mereka menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah kira-kira 5% bagi 2017, iaitu kalau mengikut definisi akan sama sama dengan separuh kedua yang lebih perlahan," Nazir dipetik sebagai berkata dalam laporan itu.
Bagaimanapun, beliau berkata Malaysia mendapat manfaat tahun ini menerusi pemulihan ekonomi dunia yang serentak, mengatakan Malaysia mempunyai kepelbagaian sumber yang kukuh.
Ekonomi meningkat dengan kukuh sebanyak 5.6% pada suku pertama berakhir 31 Mac, berbanding suku yang sama pada tahun lepas. Sementara bagi suku kedua, ekonomi berkembang sebanyak 5.8%, melebihi anggrana konsensus sebanyak 5.4%.
"Separuh pertama mununjukkan asas-asas ekonomi masih lagi kukuh," kata Nazir, sambil menambah CIMB mengekalkan unjuran KDNK pada 5.4% bagi 2017.

Kalau ada suruhanjaya siasat Memali, Hadi mesti jadi saksi

HADI Awang mesti menjelaskan hubung kait amanat politiknya dengan peristiwa Memali yang membunuh 18 orang, sekiranya kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi membongkar semula apa yang berlaku 32 tahun lalu, kata pemimpin DAP Lim Kit Siang.
Katanya, kalau suruhanjaya siasatan diraja itu ditubuhkan, Hadi mesti dipanggil sebagai saksi bukan saja untuk itu tetapi menjelaskan kedudukan amanat itu sekarang setelah beliau menjalinkan hubungan baik dengan Umno.
“Biar Hadi tampil di hadapan RCI tragedi Memali untuk memberi keterangan kesan Amanat Hadi atas kehilangan 18 nyawa pada 1985 itu dan letak duduk Amanat Hadi dalam hubungan mesranya sekarang dengan Najib dan skandal 1MDB,” kata Lim dalam satu kenyataan media, hari ini.
Jelas Lim, apa yang dilakukan oleh Hadi sebagai presiden PAS selepas Pakatan Rakyat berpecah, bertentangan dengan pendirian pemimpin kanan PAS sebelumnya seperti Nik Abdul Aziz Nik Mat, Fadzil Noor dan Yusof Rawa.
Katanya, tidak susah hendak membayangkan Nik Aziz, Fadzil Noor dan Yusof Rawa mengetuai kempen membongkar skandal 1MDB dan membersihkan nama Malaysia di mata dunia, tetapi bukan Hadi.
“Kenapa jadi begini?” tanya Lim.
Ketua Parlimen DAP itu mengulas laporan The Malaysian Insight yang memetik bekas ketua polis negara, Abdul Rahim Noor berkata tindakan kerajaan menubuhkan RCI hanya akan mendedahkan peranan Hadi sebagai punca berlakunya tragedi berdarah Memali.
Rahim menarik perhatian kepada ucapan Hadi dalam sebuah ceramah pada 1981 yang mempengaruhi Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya sehingga terjebak melakukan kegiatan yang mengancam keselamatan negara. Ucapan itu terkenal dengan gelaran "Amanat Hadi".
Amanat Hadi merupakan petikan ucapan presiden PAS itu dalam ceramah di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 yang dipegang ahli parti Islam itu di seluruh negara pada ketika itu.

'Sokong RCI Memali jika jelaskan amanat Hadi'


Che Ibrahim


Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Memali harus memfokuskan siasatannya terhadap dakwaan bahawa tindakan Ustaz Ibrahim Mahmood dan pengikutnya ini adalah didorong oleh Amanat Banggol Peradong yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Benarkah ini yang meyakinkan mereka dan mempengaruhi mereka untuk menentang Kerajaan BN sebagai jihad, dan kalau mati, mati mereka adalah syahid," kata Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed.
Jika Amanat Banggol Peradong ini betul mengikut hukum syarak katanya, maka wajarlah seluruh umat Islam (bukan Pas sahaja) memuji dan berbangga dengan peristiwa Memali ini, keluarga mangsa tidak perlu berdukacita dan menuntut apa apa pembelaan kerana mangsa telah mencapai anugerah dan maqam tertinggi di sisi Allah.
"Tidak ada gunanya kita meratap hiba dan bersedih dengan apa yang berlaku di dunia ini, sedangkan mangsa telah mendapat anugerah yang tidak ternilai di sisi Allah," katanya.

Sebaliknya menurutnya, jika didapati amanat ini tidak betul, maka kerajaan hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas Abdul Hadi kerana amanatnya yang menyalahi hukum syarak dan membahayakan keselamatan negara dan ketenteraman awam.
"Jika didapati tindakan Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya adalah salah di segi hukum syariah dan undang undang, Pas hendaklah bertanggungjawab dengan membayar diyat kepada keluarga anggota polis yang terbunuh kerana pembunuhan secara khilaf (qatl al khata') oleh penyokong tegar Pas akibat terpengaruh dengan kata kata pemimpin utama Pas," katanya.
Walaupun peristiwa Memali sudah 32 tahun berlalu, Amanah Kelantan katanya bersetuju RCI ini ditubuhkan demi keadilan kepada mangsa mangsa dari kedua dua belah pihak yang terlibat meskipun di segi kewajarannya sudah amat terlewat.
"Peristiwa ini hendaklah ada satu penyelesaian dan keputusan yang muktamad dari segi undang undang dan hukum syariah ke atas semua perkara yang ada kaitan dengan peristiwa ini supaya ianya tidak lagi ditimbulkan dan diungkit kembali secara bermusim bila ada kepentingan politik bagi Pas ataupun Umno," katanya.
Beliau berpendapat siasatan ini hendaklah memfokuskan dalam mencari jawapan sama ada tindakan kerajaan dalam peristiwa ini menyalahi undang undang negara.
"Atau apa yang dilakukan oleh Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya adalah mewajarkan kerajaan mengambil tindakan sedemikian?

Apa tujuan RCI Memali, soal bekas ketua polis

Hanif Omar berkata, beliau tidak berada dalam negara ketika tragedi Memali berlaku dan input daripada timbalannya serta pengarah keselamatan dalam negeri amat penting, tetapi mereka sudah meninggal dunia.
Hanif-Omar-rci2PETALING JAYA: Bekas ketua polis negara, Tun Hanif Omar mempersoalkan objektif cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas tragedi Memali pada 1985.
Hanif yang menerajui pasukan polis dari 1974 hingga 1994 berkata, beliau tiada dalam negara semasa kejadian itu berlaku kerana sedang mengambil cuti belajar di United Kingdom.
“Ketika itu, Tan Sri Mohamed Amin Osman bertindak sebagai pemangku ketua polis negara dan Datuk Yahya Yeop (Ishak) ialah pengarah keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam,” katanya kepada FMT.
Hanif berkata, Amin dan Yahya yang sudah meninggal dunia, adalah 2 pegawai polis utama yang merancang cubaan menahan Ibrahim Libya.
Katanya, RCI ke atas tragedi Memali akan kekurangan input langsung daripada Amin dan Yahya, walaupun mereka berdua mempunyai kakitangan sokongan yang sesetengahnya masih hidup.
“Saya rasa mereka yang mahukan RCI perlu menjelaskan mengapa mereka mahukannya. Kenapa Kertas Putih yang dikeluarkan kerajaan tidak mencukupi? Apakah objektifnya?”
Beliau berkata, penjelasan itu perlu untuk mengelakkan duplikasi Kertas Putih itu, selain penubuhan RCI memerlukan wang dan sumber.
Ahad lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, kerajaan sedia pertimbangkan penubuhan RCI untuk mengkaji tragedi Memali pada 1985, jika ada permintaan.

FAHAMAN HADI AWANG TAHUN 1981 DAHULU SAMA SEPERTI FAHAMAN ISIS & AL QAEDA?


“Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku”.
Di atas adalah Amanat Haji Hadi yang diucapkan olehnya di dalam tahun 1981. Ini penting untuk mempelajari kesannya terhadap Peristiwa Memali yang berlaku di dalam tahun 1985. Tambahan pula, perkara ini patut diketahui oleh para penyokong UMNO sekarang ini, kerana kini rata-rata kita dapati mereka cuba menyalahkan kerajaan terhadap Peristiwa itu.
Bayangkan, penyokong UMNO sendiri cuba menyalahkan Tun Dr. Mahathir, perdana menteri kerajaan UMNO mengenai kejadian di dalam tahun 1986 tersebut! Walhal, sejak dari tahun 1985 hinggalah ke tahun 2015, hampir kesemua ahli politik di dalam UMNO mempertahankan UMNO di dalam peristiwa Memali ini.
Akibat Amanat Hadi Awang inilah, salah seorang ahli PAS bernama Ibrahim Mahmood, atau nama popularnya, Ibrahim Libya mati terbunuh di dalam peristiwa berdarah yang terjadi di Kedah kira-kira 32 tahun dahulu.
Cuba tanya Najib, cuba tanya Zahid Hamidi, dan cuba tanya Anwar Ibrahim. Adakah mereka pernah berucap mempertahankan kerajaan UMNO mengenai peristiwa Memali ini?  Sudah tentu mereka pernah. Takkan lah sejak tahun 1985 dan selama lebih 3o tahun mereka bergelumang di dalam UMNO, mereka mahu mengaku bahawa UMNO lah yang bersalah? Tidak mungkin.
Oleh itu amat pelik tiba-tiba Zahid baru-baru ini berkata Tun Dr. Mahathir berbohong mengenai kisah Memali? Pelik bin Ajaib! Zahid terlebih makan pil bodohkah? Adakah Tun Mahathir ketika itu bukan pemimpin UMNO? Dan adakah ketika itu Zahid meletakkan jawatan kerana tidak puas hati bagaimana Musa Hitam menggepalai tragedi itu? Tidak sama sekali.
Pelik juga apabila Hadi Awang tiba-tiba terhuyung-hayang masuk gelanggang sambil mengambarkan bahawa yang bersalah adalah Tun Dr. Mahathir sebagai penyebab utama peristiwa itu. Wah, seperti orang baling batu sembunyi tangan, Hadi Awang berdegar-degar berkokok tapi tak sedar ekor bergelumang tahi. Jika bukan kerana amanatnya dan fahaman fanatiknya yang mengkafirkan UMNO, tidak mungkin kejadian berdarah itu berlaku.
Kita boleh baca kertas putih yang disediakan sendiri oleh Musa Hitam yang ketika itu adalah Menteri Dalam Negeri. Ini penting supaya kita semua tidak terperangkap dengan dakyah palsu dan pernyataan yang berteraskan pembohongan yang cuba diterapkan oleh rejim yang tidak bertanggungjawab.
Mereka yang membawa semula isu ini seperti Musa Hitam (untuk menyelamatkan dirinya), Zahid Hamidi (untuk menunjukkan dia setia pada Najib), Hadi Awang (untuk menunjukkan dia suci dari kesalahan) dan beberapa orang macai upahan UMNO (kerana mereka miskin ilmu) sudah kehilangan isu untuk dibangkitkan.
Peristiwa ini tidak patut diungkit kerana mereka yang meninggal dunia telah pergi meninggalkan kita selama lebih 30 tahun. Seramai 4 orang anggota polis meninggal dunia kerana dibunuh pihak pelampau agama di Memali.
Kita dan seluruh dunia di masa kini sedang melawan fahaman extremis agama seperti ISIS dan Al-Qaeda, mengapa pula rejim-rejim kleptokrat kini dengan semberono mahu mempertahankan pengganas dan puak pelampau agama suatu ketika dulu? Mengapa kita memanggil mereka sebagai pengganas agama? Sama-sama kita bacakan kertas putih di bawah:
(Rujukan yang lebih jelas boleh dibaca di sini – http://library.perdana.org.my/Digital_Content/PLF/WHITE-PAPERS/1006335.pdf)

Kertas putih ini dibentangkan di parlimen pada bulan Februari 1986.



Kertas putih ini ditandatangani oleh Musa Hitam sendiri. Ketika itu dia adalah Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab ke atas polis dan keselamatan negara.

RCI Forex: Ambil tahu faktor wujud suruhanjaya siasat Bank Negara


Ambil tahu faktor wujud suruhanjaya siasat Bank Negara
Pendedahan urus niaga tukaran mata wang asing oleh Bank Negara yang melibatkan kerugian RM31 bilion, selepas puluhan tahun berlalu mencetuskan pelbagai persoalan.
KENAPA? Rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia (BNM) mesti selalu berpegang pada soalan ini sepanjang siasatan dan apabila keputusannya diumumkan nanti.
Kenapa penolong gabenor BNM Abdul Murad Khalid, selepas membisu selama berpuluh tahun, tiba-tiba muncul dengan cerita kerugian bank pusat versinya itu? Kenapa beliau memilih untuk bercakap bagi pihak kerajaan?
Bank pusat itu dikatakan rugi AS$10 bilion ketika itu, atau kira-kira RM31 bilion pada masa itu berbanding RM43 bilion mengikut nilai tukaran sekarang. Gabenor BNM Jaafar Hussein dan penolong gabenor Nor Mohamed Yakcop meletak jawatan pada 1994 berhubung kerugian itu.
Tanyakan juga apakah kenyataan Murad itu perlu dipertimbanglan, berdasarkan prestasinya membuat perisytiharan menggemparkan apabila ditekan oleh kerajaan yang memerintah.
Ingat lagi pendedahannya tentang akaun-akaun yang dikatakan menyimpan berbilion ringgit untuk timbalan perdana menteri yang dipecat Anwar Ibrahim; ada apa-apakah daripada pendedahan itu? Tidak ada.
Ingatlah bahawa kerajaan akan mengheret orang tertentu dengan satu tujuan untuk melengkapkan cerita dan menyalahkan Dr Mahathir Mohamad, Anwar dan lain-lain yang sudah beralih kem politik sejak beberapa tahun ini.
Kenapa tuju mereka sekarang? Adakah kerana mereka sudah terlalu menjengkelkan bagi kerajaan Najib Razak? Adakah kerana dua orang ini sudah berkawan dan semakin popular di kalangan rakyat bagi menuju pilihan raya akan datang?
Apakah tuduhan terhadap mereka ini melekat dan masuk akal pada orang ramai? Adakah ini sebabnya mereka mesti dihina biarpun terpaksa berpatah balik jauh ke belakang? Bukankah pembangkang pernah mendesak penubuhan suruhanjaya yang sama tetapi tidak dipedulikan?
Rakyat Malaysia mesti bertanya setiap kali ada orang yang tampil entah dari mana dengan dakwaan yang menjahanamkan dalam suruhanjaya itu. Kenapa? Kerana versi episod itu tidak dicabar oleh peguam bela.

PRU14: Kejayaan Sukan SEA tidak akan alih undi kepada BN


Kejayaan Sukan SEA tidak akan alih undi kepada BN, kata penganalisis
Temasya Sukan SEA ke-29 kembali semula ke Stadium Nasional Bukit Jalil selepas 16 tahun dalam suasana gilang gemilang dan penuh berwarna-warni. 
KEJAYAAN penganjuran Sukan SEA 2017 tidak cukup untuk memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya umum nanti, kata penganalisis politik.
Mereka percaya Perdana Menteri dan Pengerusi BN Najib Razak mungkin akan membubarkan parlimen selepas sidang Parlimen pada Oktober ini yang bakal menyaksikan pembentangan Bajet 2018 dan persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Mereka membuat penilaian ini ketika desas-desus kuat mengatakan Najib mungkin akan mengadakan pilihan raya pada tahun ini untuk meraih tempias daripada semangat patriotisme yang memuncak susulan penguasaan Malaysia dalam temasya sukan serantau itu yang akan disusuli dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-60.
Prestasi skuad negara yang mengagumkan di Sukan SEA dan keadaan pakatan pembangkang yang kucar-kacir adalah dua alasan yang boleh membantu BN. Tetapi itu tidak cukup untuk mengalih perhatian umum daripada isu-isu seperti inflasi, gaji yang tidak naik serta pengangguran dalam kalangan belia.
“Semangat patriotisme mungkin akan memuncak,” kata penganalisis Hisomuddin Bakar dari Ilham Centre.
“Tetapi ia tidak cukup untuk memberikan uumph atau jadi faktor ‘wow’ yang boleh meraih undi. Ini kerana walaupun dapat jumlah pingat yang banyak, orang akan tetap bertanya, mereka dapat apa?”
Malaysia kini mendahului pungutan pingat antara 11 negara ASEAN dengan 24 emas, 19 perak dan 15 gangsa. Pesaing terdekatnya Singapura dengan 12 emas, 12 perak dan 11 gangsa.
Dengan berbaki sembilan hari sebelum upacara penutup pada 30 Ogos, Malaysia selaku tuan rumah dijangka muncul juara keseluruhan pada temasya dwitahunan kali yang ke-29 ini.
Prestasi memberangsangkan kontinjen negara memikat ribuan peminat sukan yang memenuhi semua gelanggang acara di Lembah Klang.
Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tidak menolak kemungkinan pilihan raya akan diadakan tidak lama selepas temasya sukan itu selesai.
Faktor lebih besar
Keterujaan daripada acara sukan nasional yang kemudiannya diterjemahkan menjadi sokongan padu kepada pemerintah lebih relevan pada dekad-dekad sebelum 1980-an, kata penganalisis politik Ibrahim Suffian.
Kesatuan Soviet misalnya sering menggunakan sukan dan pencapaian luar biasa atletnya di Olimpik untuk menyebarkan sikap positif terhadap kerajaan yang menekan, katanya.
“Sebelum 80-an tidak ada ada Internet, jadi semua orang akan bertumpu pada saluran kerajaan. Sekarang kita ada banyak pilihan,” kata Ibrahim dari Merdeka Centre.
“Sekarang ini saya tidak fikir sukan boleh mengubah pilihan politik rakyat.”
Pengundi yang lebih celik politik hari ini sudah tentu akan melihat jauh melampaui semangat ceria daripada Sukan SEA dan mendesak jawapan yang lebih utuh kepada masalah mereka sehari-hari, tambah Hisomuddin.
Faktor lain yang lebih besar daripada Sukan SEA, yang mungkin akan diguna pakai oleh BN, ialah Bajet 2018 apabila pelbagai ganjaran, janji dan insentif dijangka akan diumumkan, katanya.

RCI TAKTIK BARU MELENCONGKAN PERHATIAN RAKYAT JELATA


PEMBURUAN musuh politik oleh kerajaan kleptokrasi Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, telah bermula secara rasmi.

Banyak janji PRU 2013 tidak tertunai
(Kleptokrasi daripada bahasa Greek kuno yang membawa maksud pemerintahan oleh pencuri iaitu kerajaan yang dipimpin oleh ketua yang rasuah yang menggunakan kuasa mereka untuk memperalatkan rakyat jelata dan sumber alam negara demi memperkayakan diri sendiri dan membolot kuasa. Lazimnya sistem ini melibatkan penggelapan wang tanpa mempedulikan kebajikan rakyat. “Rule by thieves”)[1][2] is a government with corrupt leaders (kleptocrats) that use their power to exploit the people and natural resources of their own territory in order to extend their personal wealth and political power. Typically this system involves embezzlement of funds at the expense of the wider population).
Kalau sebelum ini ia menggunakan propaganda politik dan putar-belit media terkawal, sekarang ia menggunakan kaedah   Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pula. RCI pertama adalah untuk menyiasat kerugian perniagaan mata wang (forex) Bank Negara pada tahun 1980-an.
Bank Negara rugi AS$10 bilion. Waktu itu kadar tukaran ringgit ialah sekitar RM2.5 bagi satu dolar Amerika. Perniagaan itu bertujuan mempertahankan nilai ringgit dengan menggunakan beberapa mata wang Eropah khususnya pound Inggeris dan mark Jerman.
Kecenderungan ke arah “witch hunting” (memburu ahli sihir) ini menjadi lebih nyata apabila Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan bersedia menimbangkan kemungkinan menubuhkan RCI bagi peristiwa Memali.
Saya rasa RCI Memali adalah baik untuk memahami bagaimana radikalisme, keganasan dan kultus (cult) boleh tercetus akibat dakwah songsang seperti perbuatan PAS mengkafirkan ahli dan penyokong Umno mulai PRU 1969 yang kemudiannya dimaktubkan menjadi doktrin dalam bentuk Amanat Haji Hadi tahun 1981.
Janji Tidak Ditepati
Nampaknya RCI adalah cara terbaru kerajaan kleptokrasi menakut-nakutkan rakyat jelata dan pada masa yang sama mengalih perhatian masyarakat daripada isu-isu pokok seperti kos sara hidup yang melambung akibat GST dan kejatuhan nilai ringgit, pemotongan peruntukan kesihatan dan pendidikan yang amat menyusahkan rakyat jelata, pengangguran yang semakin meningkat, khususnya di kalangan siswazah, skandal 1MDB, skandal Felda-FGV, Tabung Haji, KWSP, KWAP dan skandal-skandal lain yang menunggu untuk didedahkan.
Kerajaan kleptokrasi tajaan Umno/BN menjadi semakin terdesak dengan menjelangnya pilihan raya umum ke-14. Apa tidaknya. Boleh dikatakan semua janji utama dalam manifesto PRU 2013 bukan sahaja gagal dipenuhi sebaliknya yang bertentangan berlaku.
Misalnya janji 500,000 unit kediaman Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) menjelang 2018. Pada 10 Ogos lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim, memberitahu Parlimen bahawa sehingga Jun lepas hanya 8,4756 unit siap dibina. Maknanya tidak sampai dua peratus atau lebih tepat hanya 1.7 peratus daripada yang dijanjikan.
Sama juga dengan janji menurunkan harga kenderaan bermotor 20 hingga 30 peratus dalam masa lima tahun, menambah bilangan Kedai 1Malaysia dan menjual satu juta barangan 1Malaysia di stesen minyak dan pasar raya hyper.

80 peratus ahli Bersatu Tasek Gelugor bekas ahli Umno


Melihat kepada senario politik terkini, Umno-BN di Parlimen Tasek Gelugor tidak lagi mampu untuk mendapat kemenangan sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Malah rekod kemenangan mereka dalam PRU13 yang lalu dengan kemenangan tipis di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Teluk Air Tawar yang dimenangi oleh Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang, Datuk Jahara Abdul Hamid dengan majoriti 840 undi serta Dun Sungai Dua dengan kemenangan hanya 357 undi bukan lagi suatu imaginasi.
Demikian dizahirkan oleh Timbalan Ketua Bahagian, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tasek Gelugor, Azmi Alang ketika ditemui semalam.
Jelas beliau lagi, keahlian Bersatu yang telah mencecah lebih 3,000 ahli kini merupakan tamparan hebat kepada Umno Bahagian Tasek Gelugor yang diterajui oleh Shabudin Yahaya selaku Ahli Parlimen.
"Lebih 80 peratus ahli Bersatu di Parlimen Tasek Gelugor kini adalah terdiri dari pimpinan Umno cawangan dan penyokong tegar mereka.
"Selain itu terdapat juga ahli Pas yang telah muak dengan permainan politik pemimpin atasan mereka menyertai Bersatu dan juga Parti Amanah Tasek Gelugor.
"Yang terbaru ialah penyertaan 120 orang lagi ahli Umno yang menyerahkan borang kemasukan mereka yang mewakili cawangan Permatang Tok Bidan, Permatang Binjai, Permatang Tok Jaya dan Pekan Darat," ujarnya lagi.

Umno gagal bela orang kampung
Menurut Azmi lagi, kegagalan Umno Bahagian memberi pembelaan terhadap golongan miskin dan orang kampung menyebabkan mereka semakin tertekan dan menyertai pembangkang.
"Umno di Parlimen Tasek Gelugor hanya mementingkan temolok pemimpin dan mengkayakan kroni-kroni mereka secara melampau.
"Dahulu semasa Datuk Seri Shariff Omar memimpin Umno Tasek Gelugor, beliau telah berjaya melaksanakan pengambilan tanah untuk pembinaan Masjid Simpang Tiga yang berdiri megah kini.
"Namun kini, Umno Tasek Gelugor sudah tidak lagi mempunyai keupayaan untuk memberi pembelaan kepada golongan marhaen khususnya yang semakin bercambah miskin di kampung-kampung," tegasnya lagi.
Beliau juga berkata, kesedaran yang ada pada golongan luar bandar kini menyebabkan mereka mulai bangkit dan menolak kepimpinan Umno.
"Kehadiran Zahid Hamidi dengan program kenduri rakyat di Tasek Gelugor minggu lalu tidak mampu untuk menambah keahlian Umno di Parlimen ini.
"Sebaliknya kehadiran beliau selepas kenduri rakyat yang sama dianjurkan oleh Najib di Permatang Pauh itu tidak akan memberi apa-apa manfaat kepada pengundi dan rakyat di kedua-dua buah Parlimen tersebut.
"Mereka kerahkan semua agensi kerajaan, pelajar sekolah, maktab dan penjawat awam untuk hadir bagi menunjukkan sokongan kepada kedua-dua pemimpin Umno tersebut, bukanlah kehadiran atas kerelaan tetapi kerana terpaksa, " katanya lagi.

Mahathir bangkit lepas sindir tak jalan, tegur tak jalan

Seseorang ahli politik yang sebati dengan dunia itu tidak akan dapat membisu melihat sesuatu yang dirasakannya salah atau tidak normal.
Seperti allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, wartawan veteran Subky Latif melihat Tun Dr Mahathir juga mempunyai sikap sama.
Suatu ketika dulu perdana menteri pertama Malaysia itu "mempelupuh" pentadbiran penggantinya Tun Abdul Razak Hussein.
"Apabila diganti, Tun Hussein Onn dipelupuhnya juga.
"Ketika semua jongos kata Tun Dr Mahatahir Mohamad sebagai perdana menteri yang kelas, Tunku saja yang terus membalunnya. Orang tak boleh buat apa kepadanya," tulis Subky melalui kolumnya di Harakahdaily hari ini.
Beliau yang pernah berkhidmat bersama Utusan Melayu suatu ketika dulu berkata selepas berundur daripada jawatan sebagai perdana menteri Dr Mahathir berdiam diri agak lama juga.
Ketika pelbagai kemudahan dan jawatan diberikan kepadanya oleh kerajaan dan Datuk Seri Najib Razak "naik tocang", Dr Mahathir menjadi seperti Tunku Abdul Rahman.
"[...] Tidak dapat didiamkan cacing mencolok mata.
"Selepas sindir tak jalan, tegur tak jalan, dia bangkit dan tentang," katanya.
Dr Mahathir masih sedar, kata Subky, bahawa rekod kerajaannya juga tidaklah bersih daripada masalah.
Bagi rezeki pada 'sawa'
Bagaimanapun, katanya, "penyakit" yang ada dalam kerajaan Dr Mahathir dulu tidak menghalangnya untuk berpakat dengan pelbagai pihak untuk menjatuhkan perdana menteri sekarang.
Katanya, diyakini pada awalnya kerajaan dan Umno sendiri tidak mahu menyerang Dr Mahathir seperti apa yang mereka lakukan sekarang.
"Tapi kerana Dr Mahathir tak mahu diam, degil mengancam Najib dan Umno, maka baru mereka mula suruhanjayakan dia. Bisnes anaknya juga dikacau.
"Mengapa Dr Mahathir mereka kacau? Kerana Dr Mahathir kacau mereka!
"Jika Dr Mahathir reda dengan kepincangan yang ada, mereka biarkan Dr Mahathir jadi sawa kenyang. Lambakkan sawa itu dengan macam-macam rezeki.
"Tetapi Dr Mahathir sedia habis segala-galanya. Menangis adalah biasa baginya, tapi menangis itu tidak akan menghalangnya membangkitkan kelemahan Najib dan kerajaan.
"Tidak pelik jika dia sedia dipenjara. Itulah Mahathir," katanya.
Dr Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab menonjolkan Najib sebagai perdana menteri bagi menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Diktator berkuasa sampai mati
Walaupun begitu, Dr Mahathir menjadi antara pengkritik lantang terhadap kerajaan Najib, terutama selepas isu 1MDB didedah dan dikaitkan dengan perdana menteri.
Dr Mahathir kemudian meninggalkan Umno - parti yang pernah dipimpinnya selama lebih 20 tahun - dan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Kerajaan baru-baru ini pula bersetuju menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk menyiasat skandal kewangan yang merugikan negara semasa Dr Mahathir menjadi perdana menteri.

Najis di negara orang, tengik di negara sendiri

Insiden perkelahian melibatkan anak-anak muda di Osaka, Jepun seperti yang tular engundang perhatian awam.
Ramai yang membela si baju biru dan jutaan netizen mengutuk tindakan ala samseng si baju hitam. Insiden itu benar-benar menimbulkan persoalan: sebaik mana sikap kita - rakyat Malaysia - di negara orang?
Hakikatnya, kita yang kadangkala berasa suci ini tidak dapat lari daripada tindakan yang buruk, sama ada menjejaskan orang lain atau tidak.
Apatah lagi jika wujud perasaan bebas daripada aturan biasa dan undang-undang negara. Mungkin persis perasaan seorang anak yang pertama kali beroleh kebenaran ibu bapa untuk keluar berseorangan.
Bezanya kita tidak tertangkap kamera, manakala mereka di Osaka telah dirakam aksinya dan menjadi tular ke seantero alam.
Lantas pelajaran apa yang boleh diambil daripada insiden itu? Satu sahaja - konsistensi sikap. Si baju biru dibela dan dikagumi dek kesabaran yang wujud sepanjang insiden. Sikap sedemikian pastinya tidak terbina sehari dua.
Wajah kita semasa marah
Mereka yang pernah mengenali dirinya rata-rata bercerita tentang kebaikan peribadi beliau. Maka tidak pelik apabila beliau dengan tenang mampu menangani keadaan segenting itu.
Sementara si baju hitam yang tidak disukai ramai orang itu sangat sedikit coretan kisah dan latar belakangnya. Mungkin risau kalau bercerita dikaitkan pula dengan tindakan lelaki tersebut.
Panas baran, samseng, gemuk - semua istilah itu terhambur tanpa bertapis. Seolah-olah memang itulah perangainya sejak lahir.
Akaun Facebooknya ditular dan dia dihamun semahunya. Tidak termasuk nombor telefon peribadi yang berlegar. Pasti dipenuhi mesej-mesej yang tidak sopan bahasanya.
Hakikat yang kadangkala kita tidak nampak ialah - si baju hitam itu adalah wajah kita ketika marah atau berseorangan. Realitinya, perilaku baik dalam situasi biasa bukanlah perkara susah.

Peluang mansuh DEB hanya ketika Dr Mahathir berkuasa, kata Razak Baginda

Sebaliknya Abdul Razak Baginda berkata sekiranya DEB dimansuhkan Najib Razak, beliau akan kalah pada pilihan raya umum.
razak
Abdul Razak Baginda berkata DEB lebih bersifat psikologi dan tidak memberikan sebarang faedah kepada orang Melayu
KUALA LUMPUR: Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda mendakwa ahli politik enggan mencadangkan pemansuhan Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun tahu ia memudaratkan orang Melayu.
Katanya, punca mereka mendiamkan diri kerana tidak mahu memusnahkan kerjaya politik sendiri.
Beliau memberitahu FMT, satu-satunya orang yang mempunyai kekuatan politik untuk memansuhkan DEB ialah Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau menjadi perdana menteri.
“Satu-satunya orang yang saya fikir boleh berbuat demikian ialah Dr Mahathir ketika beliau berkata orang Melayu tidak bersyukur.
“Beliau orang paling kuat dan boleh memansuhkan tindakan afirmatif dalam negara ini. Jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbuat demikian, beliau akan kalah pada pilihan raya akan datang,” katanya.
Awal bulan ini, akhbar Singapura, The Straits Times melaporkan pemansuhan tindakan afirmatif untuk golongan Bumiputera adalah mustahil dari segi politik kerana ramai pemimpin Umno dan orang Melayu masih merasakan mereka memerlukannya.
Menurut laporan itu, masyarakat Cina terus mendapat gaji lebih tinggi dan lebih kaya, walaupun DEB berjaya membantu golongan pertengahan kaum Melayu.
Razak menyokong laporan itu dengan berkata, malangnya DEB melebarkan jurang antara orang Melayu dan Cina yang ironiknya menyaksikan orang Melayu tewas.
Beliau berkata, keadaan itu berpunca daripada kekayaan yang memberi peluang kepada orang Cina memasuki universiti swasta, tetapi kualiti universiti awam tidak diberikan tumpuan secukupnya.
“Kami terjerat dalam perangkap DEB dan ia lebih bersifat psikologi berbanding keadaan sebenar kerana ia tidak memberikan sebarang faedah.