Isnin, 21 Ogos 2017

Kenyataan “Rakyat Malaysia Derma Kepada Saudi” Disiasat Di Bawah Akta SKMM dan Kanun Keseksaan

Saya baru selesai memberi kenyataan di IPD Dang Wangi atas 2 kenyataan (dan satu rakaman video) mengenai pelaburan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengendalikan sistem keretapi metro di Mekah yang mengalami kerugian yang diunjurkan boleh mencecah RM142 juta.
Kenyataan saya ini dibuat berdasarkan jawapan yang diberikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri baru-baru ini yang boleh dibaca di http://rafiziramli.com/2017/07/projek-prasarana-di-arab-saudi-kerugian-ratusan-juta-ringgit-bagaimana-mahu-menanggung-beban-kewangan-mrt/
Saya disiasat dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (atas tuduhan memfitnah) dan Akta SKMM (atas tuduhan menyalahgunakan rangkaian dengan mengeluarkan sesuatu yang menyakitkan hati).
Saya telah menjawab semua soalan dan berpendapat pihak Peguam Negara akan mendakwa saya dalam masa terdekat sama ada di bawah Kanun Keseksaan atau Akta SKMM atau kedua-duanya sekali.
Saya faham perkara ini sensitif kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana saya menimbulkan persoalan bagaimana rakyat Malaysia terpaksa menanggung kerugian gara-gara nama keluarga diraja Saudi digunakqn untuk menutup perkara sebenar berhubung wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun Perdana Menteri.
Hakikat bahawa saya terus disiasat kerana memuatnaik kenyataan itu dan menyatakan bahawa “rakyat Malaysialah yang menderma kepada Saudi, bukannya Raja Saudi memberi derma kepada Dato’ Seri Najib” sebenarnya membantu meyakinkan lebih ramai rakyat Malaysia bahawa wang RM2.6 bilion itu bukanlah satu derma.
Saya yakin saya ada kes yang kukuh di mahkamah nanti dan kes ini hanya menambahkan jumlah kes terhadap saya dari 12 menjadi 13 yang akan mengajak lebih ramai rakyat Malaysia untuk menolak BN dalam PRU14 nanti.

Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan
Naib Presiden PKR

Polis siasat Rafizi dakwa urus niaga Malaysia-Arab rugi RM142 juta

Naib presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, polis menyiasat dakwaan itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana memfitnah.
rafizi
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli disoal siasat polis hari ini susulan dakwaannya berhubung urus niaga kerajaan Malaysia dan Arab Saudi membabitkan kerugian sebanyak RM142 juta.
Naib presiden PKR itu berkata, polis menyiasat dakwaan itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana memfitnah.
“Saya dipanggil untuk disoal siasat mengenai 2 kenyataan dan 1 rakaman video mengenai pelaburan Prasarana di Arab Saudi yang saya bongkarkan rugi RM142 juta berdasarkan jawapan diberikan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak.
“Saya faham kenapa kontroversi (ini timbul) kerana kenyataan dan rakaman video saya itu menyentuh walaupun Najib mengaku Arab Saudi menderma kepada dia, tetapi sebenarnya berdasarkan rekod, yang bagi derma ialah rakyat Malaysia kepada Arab Saudi,” katanya kepada FMT di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Beliau hadir ke balai polis pada jam 5.15 petang tadi dan menghabiskan sejam setengah untuk merekodkan keterangannya.
Pada 27 Julai lalu, Rafizi mendakwa Malaysia terpaksa menanggung kerugian dalam urus niaga dengan Arab Saudi, sejak isu derma RM2.6 bilion didedahkan.
Najib sebelum ini berkata, RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya adalah sumbangan kerabat diraja Arab Saudi untuk jentera pilihan raya Umno pada 2013, walaupun ada pihak mendakwa ia ada kaitan dengan skandal 1MDB.

Auta vs Fakta


Sekali lagi Zahid dah semakin terdesak utk ampu bodek Najib sehingga terpaksa perbodohkan rakyat & wartawan dgn kenyataan auta syok sendirinya..

TAHUKAH.. Mengikut Indeks Kebebasan Media Dunia kita dapat lihat bhw di era Najib lah sebenarnya kebebasan media semakin teruk dan tidak bebas.

DARI MANA Zahid Hamidi buat kajian & kutip data itu yg mengatakan di era Najib media lebih bebas berbanding sebelum Tun M ??!

Lidah siar milik Umno & MCA serta kuncu2nya SEKALI LAGI KANTOI FITNAH !!!

Dah byk kali Utusan kalah saman fitnah di mahkamah TETAPI MASIH TAK SERIK-SERIK buat kerja terkutuk fitnah yg sudah jadi lumrah makanan ruji Utusan, kenapa ??!

Utusan Dan Fitnah Berpisah Tiada..

Biar Gambar Berbicara..

MASIH INGAT..
"Selama 55 tahun kita berjuang nak tenggelamkan Umno, apabila Umno hampir lemas kenapa kita nak pergi tolong..?" -Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz.

  Rakyat menyokong penuh kenyataan Allahyarham TGNA utk menentang Umno..

TETAPI selepas ketiadaan Allahyarham TGNA, PAS kini sudah... dot dot dot

~ Al-Fatihah buat Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Semoga Allah SWT sentiasa mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan Allahyarham di kalangan orang-orang yang beriman.

Zahid serang ‘bekas PM’ lagi…

Timbalan PM berkata media arus perdana mendukung etika kewartawanan.
ahmad-zahid-hamidi-mahathir-mohamad-malaysiaKUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini sekali lagi menyasarkan bekas perdana menteri tanpa menyebut namanya, walaupun jelas serangan beliau kali ini ditujukan kepada lawan utama kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya, bekas perdana menteri itu menetapkan dan mengawal agenda agensi berita tempatan.
Sebaliknya, Zahid berkata perdana menteri selepasnya memberi kebebasan kepada media untuk melapor.
“Dalam disertasi kedoktoran saya, saya membuat kajian perbandingan antara Berita Harian dan Utusan, dalam 5 kali pilihan raya Malaysia di bawah seorang pemimpin yang paling lama memerintah negara ini.
“Saya perhatikan agenda media pada masa itu ditetapkan oleh seorang individu.
“Agenda media dibuat oleh seseorang. Apa yang dilakukan ketika itu, tetapan tidak banyak bergantung pada agensi media, tetapi ditentukan oleh seseorang itu,” kata Zahid ketika berucap pada sambutan ulang tahun ke-60 Berita Harian.
Zahid berkata kebebasan media lebih baik selepas “bekas perdana menteri” yang tidak dinamakan itu.
“Tiada kawalan, tiada agenda ditentukan terlebih dahulu.”

Siasat Najib beri dana RM8 juta kepada Umno Sabah

Saya terkejut dengan kenyataan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang mengakui sejumlah RM8 juta peruntukan yang diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada empat kawasan Umno iaitu Bahagian Pensiangan, Ranau, Keningau dan Tenom.
Pengumuman ini dibuat melalui sidang media oleh Datuk Seri Musa Aman dan maka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak boleh menafikannya sama sekali. Dijelaskan juga bahawa dana tersebut akan digunapakai bagi membiayai perlaksanaan projek kecil yang diuruskan oleh Ketua-Ketua Umno Bahagian.
Angkatan Muda KEADILAN ingin bertanya tiga soalan kepada kedua-dua pemimpin Umno yang terlibat secara langsung dalam hal penyaluran dana politik tersebut iaitu Najib Razak dan Musa Aman:

1. Daripada manakah sumber dana politik RM8 juta telah diperolehi oleh Perdana Menteri? Adakah sumbangan diterima daripada Raja Arab lagi atau individu lain ataupun dana 1MDB?
2. Di manakah Perdana Menteri menyimpan dana RM8 juta tersebut itu selama ini dan adakah dana tersebut dikenakan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)?
3. Umno Bahagian manakah yang layak dapat sumbangan dana politik tersebut selain daripada empat Umno Bahagian di Sabah, dan adakah parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional mendapat dana yang sama?
Budaya “You help me, I help you” telah dimulakan oleh Perdana Menteri pada tahun 2010 menjelang pilihanraya negeri Sarawak. Ini pula diikuti dengan skandal RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau dan skandal-skandal lain yang berkait rapat sama ada dengan Perdana Menteri sendiri mahupun keluarganya. Budaya wang yang dipupuk oleh Perdana Menteri semakin menular dan kini berlaku siang hari tanpa rasa segan silu oleh pimpinan Umno BN yang lain.
Transaksi dana yang terlibat sebanyak RM8 juta ini sepatutnya dapat dikesan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ini menimbulkan tanda tanya bahawa dana tersebut mungkin dikaitkan dengan penggubahan wang haram. Namun, pengumuman oleh Ketua Menteri Sabah tersebut seolah-olahnya mencabar kewibawaan BNM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
BNM dan SPRM seharusnya mengambil langkah membuka siasatan terhadap kes ini samada ia mengandungi unsur-unsur yang melanggari Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram ataupun akta-akta lain. Jika BNM dan SPRM membiarkan perkara ini berlaku, kewibawaan kedua-dua agensi kerajaan tersebut bakal menjadi pertikaian sekali lain selepas skandal RM2.6 bilion dan 1MDB.

YB Tan Kar Hing
Naib Ketua AMK Malaysia
ADUN Simpang Pulai

SPRM: Isa Samad suspek beli hotel di London, Kuching

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, seseorang yang ditahan dan direman agensi itu akan disiasat sebagai suspek.
isa-samad-sprmPUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bekas pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad disiasat sebagai suspek dalam pembelian 2 hotel di London dan Kuching oleh Felda Investment Corporation (FIC).
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, mana-mana individu yang ditahan agensi itu ialah suspek.
“Jika anda ditahan, anda adalah suspek kami,” katanya selepas majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Kementerian Luar hari ini.
Ahad lalu, peguam Isa, Datuk K Kumaraendran berkata, anak guamnya mungkin dipanggil semula sebagai saksi, jika ada pihak yang dituduh dalam kes itu.
Kumaraendran berkata, Isa dipanggil SPRM untuk membantu siasatan, bukannya sebagai suspek.
Mengulas lanjut, Azam berkata, Kumaraendran perlu belajar tentang kajian jenayah.
“Apabila kami menahan dan reman seseorang, itu menunjukkan dia sedang disiasat.”
Ditanya mengenai penafian Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh mempunyai RM2 juta dalam akaun banknya, Azam berkata, beliau tidak tahu mengenai laporan itu.
“Saya tidak tahu mengenai berita itu. Di pihak kami, kami tidak pernah membocorkan mana-mana maklumat siasatan kami.
“Saya tak tahu dari mana media atau wartawan mendapat semua perkara ini. Jadi, saya tak mahu mengulas mengenai itu,” katanya.
Hari ini, Phee menafikan laporan media yang mendakwa beliau memiliki RM2 juta dalam akaun banknya.
Katanya, beliau akan menyaman akhbar “menerbitkan laporan palsu” yang disifatkannya “konspirasi politik jahat” terhadapnya serta kerajaan Pulau Pinang.

Panel RCI pelik kerugian BNM ‘senyap’

Bagaimana kerugian itu tidak dicatatkan dalam laporan BNM, soal pengerusi panel RCI.
Mohd-Sidek-Hassan_rci_600PUTRAJAYA: Hari pertama Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal 1990 menyaksikan pengerusi panel meluahkan rasa pelik bagaimana kerugian itu tidak dicatatkan dalam laporan bank pusat itu.
Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata pihaknya mendapati sememangnya wujud kehilangan jumlah wang yang besar.
“Namun ia dihilangkan dalam laporan BNM. Kita harus kenal pasti siapa yang meminta agar ia disembunyikan. Sedikit pelik, apabila semua pihak tidak tahu mengenai perkara ini.
“Bahkan, tidak ada sesiapa ambil sebarang tindakan atau membuka sebarang siasatan. Adakah mereka tutup mata dalam hal ini,” katanya dalam kamar mahkamah di Istana Kehakiman hari ini.
Suruhanjaya berkenaan ditubuhkan pada bulan lalu bagi menyiasat kerugian bank pusat sebanyak AS$10 bilion dalam urus niaga perdagangan mata wang sekitar 1990-an.
Selain Sidek, RCI itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md. Said, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad Datuk Seri Tajuddin Atan dan Pengerusi Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan Tan Sri Saw Choo Boon.
Turut terlibat Ahli Institut Akauntan Malaysia, K. Pushpanathan dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Yusof Ismail yang juga setiausaha suruhanjaya siasatan itu.
Sementara itu, Tajuddin selepas mendengar keterangan bekas penolong gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Murad Khalid, pegawai BNM Abdul Aziz Abdul Manaf dan Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin, menyatakan mahu mengetahui perkara ini lebih mendalam.
“Berdasarkan keterangan saksi, banyak yang tidak mengetahui perkara ini secara mendalam. Bahkan, isu ini disimpan terlalu lama,” katanya.

Bekas gabenor BNM ‘tidak tahu magnitud kerugian forex’


Bekas gabenor BNM ‘tidak tahu magnitud kerugian forex’
Lima panel RCI menyiasat kerugian forex Bank Negara Malaysia yang diketuai pengerusi Petronas, Mohd Sidek Hassan. 
BEKAS Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Jaafar Hussein tidak menyedari “magnitud” kerugian tukaran wang asing, yang didakwa bekas penolong gabenor BNM Abdul Murad Khalid sekurang-kurangnya AS$10 bilion.
Murad yang mengambil alih pengurusan jabatan perbankan bank pusat itu pada April 1992 memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) hari ini yang beliau hanya mengetahui kerugian besar dialami jabatan tukaran wang asing bank pusat itu pada Jun tahun yang sama.
Katanya, beliau sudah memaklumkan Jafar berhubung kerugian itu pada Mei.
“Saya hanya mengetahuinya secara peribadi berhubung kerugian forex,” katanya kepada lima panel RCI yang diketuai pengerusi Petronas Mohd Sidek Hassan.
Murad berkata bank pusat itu mempunyai AS$20 bilion dalam simpanannya namun mempunyai pendedahan “tujuh hingga lapan kali ganda simpanan”.
Murad mengulas mengenai perdagangan forex yang dilakukan oleh peniaga-peniaga BNM.
“Ini lebih kurang pertaruhan, mengharapkan apa sahaja yang dibeli meningkat harganya sebelum menjual.”
“Transaksi itu ditutup kepada pengurusan. Gabenor tidak tahu. Hanya seorang atau dua individu yang tahu pendedahan itu,” kata Murad.
Murad berkata kerugian tidak semestinya tercatat dalam kenyataan untung rugi bank pusat.
“Sepuluh transaksi mungkin berjaya (menjana keuntungan), tetapi 90 lagi transaksi disembunyikan. Kamu sembunyikan transaksi sebenar daripada gabenor,” kata Murad.
“Saya boleh nyatakan gabenor tidak dimaklumkan langsung berhubung magnitud transaksi,” tambah Murad.
Panel RCI Tajudin Atan berkata, beliau “enggan menerima bahawa institusi magnitud itu” tidak mengetahui kerugian dan berkata mesti ada prosedur untuk maklumkan gabenor dan timbalan gabenor mengenainya.
“Gabenor tahu tentang ini (kerugian), namun tidak tahu mengenai magnitud,” kata Murad.
Murad berkata, ketika beliau mengambil alih, beliau mendapati perdagangan bank pusat itu mempunyai RM150 bilion dalam kedudukan terbuka.
“Urusniaga hadapan tidak dilaporkan dalam akaun jabatan. Peniaga hanya meneruskan sahaja. Jadi lubang itu bertambah besar dan besar.

RCI Forex: 'Salah Dr M seorang, yang lain makan gaji buta?'

Apa yang dilakukan menteri kabinet ketika berlaku peristiwa Memali pada 1985 dan skandal tukaran wang asing (forex) pada sekitar 1990-an, soal laman Facebook Mukhriz Mahathir FC hari ini.
Ia berikutan cadangan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi membongkar peristiwa Memali selepas suruhanjaya sama ditubuhkan untuk menyiasat kerugian Bank Negara.
“Semua salah Tun? Selepas RCI forex, RCI Memali pula akan dibuat. Makin pelik dan agak jelik tindakan dari pimpinan kerajaan sekarang ni.
“Kedua-dua tu salah Tun seorang saja. Bukan salah kerajaan, jemaah menteri, menteri dalam negeri, Bank Negara, IGP, PDRM dan lain-lain.
"Kalau macam tu, apa menteri dan yang lain-lain buat pada waktu tu? Makan gaji butakah?"soal laman berkenaan.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan sedia mempertimbangkan penubuhan RCI bagi menyiasat insiden yang mengakibatkan 18 terkorban di Memali, Baling Kedah pada tahun 1985.
Susulan itu PAS turut menubuhkan jawatankuasa khas bagi membela nasib mangsa Memali dan bercadang membawa waris mangsa tragedi itu bertemu Zahid.
Hari ini Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang mengetuai RCI forex hari ini pula "membuat kesimpulan" bahawa Bank Negara kerugian sekurang-kurangnya RM31.5 bilion antara tahun 1991 hingga 1994.
Mahathir menjadi perdana menteri ketika kedua-dua peristiwa itu berlaku.
“Apakah selama 22 tahun ayahanda Tun mentadbir, buat kerja seorang-seorang saja.
“Bila Umno berjaya di zaman Tun, dikatakan itu kejayaan Umno.
"Bila Umno cetus kontroversi, dikatakan itu hanya kesalahan Tun,” kata laman Facebook Muhkriz FC.

Pas anggap DAP cauvinis, Mahathir punca politik celaru


Datuk Wan Abdul Mutalib Embong dalam temubual di Harakah baru baru ini
Bukan sahaja pimpinan sedia ada, veteran Pas turut memusuhi DAP selain menganggap penglibatan Tun Mahathir dalam politik tanah air menimbulkan kekeliruan dalam parti pembangkang.
Bekas Pengerusi Lembaga Disiplin Pas Pusat, Datuk Wan Abdul Mutalib Embong mengaitkan DAP yang dianggapnya menguasai pembangkang bersifat cauvinis iaitu berkaitan kepercayaan yang berlebihan.
"Kita pada hari ini ada pembangkang dan terkuat sekarang ini DAP. Tetapi DAP ini menggambarkan cauvinisme dia lebih daripada kepentingan rakyat secara keseluruhannya," ujarnya dipetik daripada temubual di akhbar rasmi Pas, Harakah baru-baru ini.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Kongres Rakyat di Shah Alam, Selangor pada 12 September 2015 turut menegaskan pendirian parti itu menolak sikap cauvinis yang diamalkan oleh pihak tertentu.
"Islam telah mensyaratkan kemampuannya untuk menyelesaikan masalah masyarakat majmuk bukan kerana fanatik, bukan kerana oportunis.
"Tetapi kerana tiada tempat bagi ajaran Islam dalam kalangan yang fanatik, kalangan yang berfahaman cauvinis dan kalangan yang oportunis," ujar Abdul Hadi tanpa menyebut DAP secara langsung.

Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia itu berkata sedemikian selepas Muktamar Dewan Ulama Pas pada 3 Jun tahun yang sama meluluskan usul tergempar membatalkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan DAP serta memutuskan hubungan dengan parti berkenaan.
Selanjutnya, Abdul Mutalib berpendapat wujud banyak pihak yang sekarang mahu menunjukkan kelebihan masing-masing.
Bekas exco sepenggal kerajaan Pas Terenganu (1999-2004) tersebut berkata, Mahathir khususnya telah diberi kepercayaan memerintah selama 22 tahun bagaimanapun seolah-olah tidak percaya kepada Perdana Menteri pada masa ini.

Rundingan PKR-Pas mesti dilapor kepada Pakatan Harapan



Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menegaskan sebarang rundingan antara PKR dan Pas perlu dimaklumkan kepada Pakatan Harapan.
Menurutnya, PKR boleh berunding dengan mana-mana pihak sekalipun tetapi apa yang dibincangkan itu harus turut diketahui AMANAH, Bersatu dan DAP.
"Dia berunding dengan siapa pun boleh berunding tapi mesti lapor pada mesyuarat Pakatan Harapan.
Mohamad Sabu konvensyen Amanah Wilayah Persekutuan 2"Kita akan tentukan had masa (perbincangan PKR-Pas)," katanya ketika ditanya Malaysia Dateline semasa sidang media sempena Konvensyen AMANAH Wilayah Persekutuan di Central Plaza, Bukit Bintang semalam.
Walaupun Pas pada Mei lalu memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail baru-baru ini dilapor tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan parti di luar Pakatan Harapan itu.

Mohamad selanjutnya berpendapat Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang sebagai detik paling sesuai untuk rakyat memberi mandat kepada Pakatan Harapan.
"Suasana sekarang memihak kepada (Pakatan Harapan) nak ambil alih pemerintahan (kerajaan pusat). Kalau tidak berlaku juga kita musykil di mana yang perlu kita buat lagi," ujarnya.
Beliau turut memberitahu siri jelajah menjelang himpunan 'Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi' di Petaling Jaya, Selangor pada 14 Oktober nanti sedang giat berlangsung.
Terbaharu, di Ipoh, Perak malam tadi dan di Bera, Pahang kelmarin yang menyaksikan kehadiran tokoh-tokoh utama pemimpin AMANAH, Bersatu, DAP dan PKR.
"Harap puluhan ribu hadir dan sedang dimobilisasikan," katanya lagi ketika ditanya pemberita tentang anggaran peserta himpunan yang hadir dalam unjuk rasa secara aman itu.

Pakatan Harapan, Pas perlu bersatu kata PKR Kelantan


KOTA BHARU - Cita-cita pembangkang mahu menawan negara hanya boleh terlaksana sekiranya pertandingan dua penjuru berlaku dalam PRU14 nanti.
Ketua Angkatan Muda PKR  Kelantan, Dr Mohd Hafidz Rizal berkata, kajian Institut Darul Ehsan (IDE) menunjukkan jika berlaku pertembungan tiga penjuru pada, kemenangan akan berpihak kepada BN sekali gus menyebabkan kesengsaraan rakyat Malaysia.
Ketua Angkatan Muda PKR  Kelantan, Dr Mohd Hafidz Rizal "Melihat kepada kajian itu, kami dari PKR  cuba membuka rundingan bersama  Pas untuk memartabatkan Islam dan Melayu di negeri-negeri Pantai timur bagi merealisasikan pertembungan 1 lawan 1, akhirnya kemenangan berpihak kepada barisan pembangkang iaitu Pakatan Harapan dan Pas," katanya dalam satu kenyataan.
Hafidz turut menyeru pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Harapan dan Pas meredakan tohmahan sesama sendiri dan membuka pintu rundingan untuk pilihan raya akan datang atas prinsip membela rakyat dan menumbangkan kleptokrasi Najib dan BN.
"Oleh itu kami mengajak rakyat Kelantan hadir dalam Pelancaran Pakatan Harapan Kelantan pada 25 Ogos ini di Machang untuk menunjuk keserasian dan kesungguhan sesama pemimpin Pakatan Harapan Kelantan," katanya.
Terdahulu, Hafidz berkata, PKR menghormati dan akur dengan arahan yang disampaikan oleh pengerusi Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Kadir  dan Biro Politik Pusat yang mengarahkan semua lantikan politik di Kelantan kekal.
"Kami melaksanakan tugas  semata-mata untuk berbakti kepada rakyat dan sekali gus menafikan dakwaan hanya menerima elaun atau kata-kata popular sekarang  iaitu dedak," kata beliau dalam kenyataan itu.
Beliau dalam masa yang sama berkata, pihaknya tetap memegang janji untuk memperkuatkan dan memperkasakan Pakatan Harapan Kelantan sekali gus merealisasikan agenda reformasi yang dicetuskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam fokus menumbangkan Umno dan BN.
"Sejarah selama 18 tahun berlakunya pertembungan politik yang hebat dan tajam antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anwar sehingga beliau meringkuk di Sungai Buluh selama 8 tahun dan hari ini kita semua dapat melihat rapatnya dua negarawan ini mengetepikan sengketa lama malahan bersatu padu di dalam pakatan harapan untuk menumbangkan Najib," katanya.

'Isa masih ketuai SPAD kerana belum terbukti salah' - Nancy Shukri

Poligami: Wanita Pakatan Harapan perjuang nasib isteri pertama

DR.MUJAHID: YANG CURI DUIT NAJIB RAZAK,TAPI TUN MAHATHIR YANG JADI KHADAM DAP

Tun M buat aksi dedak 'sagun' masuk dalam mulut

DAP cadang adakan pemilihan semula 10 Sept

RCI Forex: Peguam dakwa tak diberi salinan dokumen kes

Skandal FIC: Isa memang suspek SPRM

Wanita Pakatan Harapan umum 4 lantikan baharu

Wanita Pakatan Harapan umum 4 lantikan baharu
PETALING JAYA - Ketua Angkatan Wanita Pakatan Harapan, Zuraida Kamaruddin mengumumkan empat pelantikan tambahan Wanita Pakatan Harapan.
Menurutnya, pelantikan tersebut dibuat untuk melengkapkan organisasi parti tersebut.
"Sukacita dimaklumkan Biro Guaman akan dipegang oleh G Sivamalar, Biro Komunikasi pula, Kasthuri Patoo.
"Manakala, Ketua Hal Ehwal Sabah, Jannie Lasimbang dan Ketua Hal Ehwal Sarawak, Voon Shaik Nee,"katanya dalam satu sidang media Wanita Pakatan Harapan di Ibu Pejabat PKR, hari ini.
Sebelum ini, Majlis Presiden Pakatan Harapan mengumumkan tiga pelantikan baru dalam memperkukuh struktur organisasi parti tersebut.
Pelantikan baru tersebut melibatkan Pengarah Pilihanraya adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi memperkukuhkan Jawatankuasa Pilihanraya yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Mobilisasi pula disandang oleh Mohamad Sabu manakala Ketua Angkatan Wanita Pakatan Harapan pula dipegang oleh Zuraida.

RCI Forex: Bank Negara rugi RM31 bilion, kata bekas pegawainya

BANK Negara Malaysia rugi sekurang-kurangnya RM31 bilion daripada urus niaga mata wang asing yang dibuat dalam tempoh tujuh tahun antara 1988 hingga 1994, kata bekas pegawai bank pusat itu kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja hari ini.
Abdul Aziz Abdul Manaf bagaimanapun memberitahu suruhanjaya itu tiada butiran yang jelas bagaimana kerugian tersebut dijumlahkan.
Pegawai pengendali RCI Suhaimi Ibrahim bagaimanapun enggan berkongsi dengan media kenyataan yang dibacakan oleh Abdul Aziz kepada suruhanjaya itu selama lebih 30 minit.
Ditanya oleh panel suruhanjaya, Aziz, bekas pengurus akaun di BNM berkata beliau hanya “menyediakan akaun” dan tidak dapat memberikan butiran lanjut bagaimana kerugian itu berlaku.
“Tetapi sudah tentu ia ditunjukkan dalam penyata kira-kira,” kata pengerusi suruhanjaya, Mohd Sidek Hassan.
“Saya tidak nampak… kerana sekiranya anda semak penyata kira-kira, itu tidak kelihatan.”
Anggota panel suruhanjaya Tajuddin Attan juga meminta Aziz menjelakan kenapa rezab BNM kelihatan tidak terjejas dengan kerugian itu pada tahun-tahun berikutnya.
Kerugian BNM pada 1992, 1993 dan 1994 masing-masing dicatatkan sebanyak RM8.496 bilion, RM17.522 bilion dan RM2.686 bilion.

Merdeka Center: Walaupun terpalit kontroversi, warga Felda tetap pilih UMNO@BN

Pengarah Merdeka Center berkata walaupun pembangkang meningkatkan kunjungan ke Felda tetapi mereka kekurangan pemimpin yang meyakinkan dan mesej yang jelas.
ibrahim-sufian-felda-bn-bendera-1Walaupun Felda dan anak syarikatnya terpalit kontroversi 3 bulan kebelakangan ini dengan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa, Barisan Nasional (BN) akan menang pada pilihan raya umum (PRU) nanti, kata penganalis politik.
Pengarah Eksekutif Pusat Kajian Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata walaupun laporan mengatakan warga Felda mula hilang kepercayaan pada BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, BN masih ada kelebihan yang jelas.
“Walaupun pembangkang meningkatkan kunjungan ke penempatan Felda, peluang untuk mereka menang terhad kerana mereka kekurangan pemimpin yang meyakinkan dan mesej yang jelas,” kata Ibrahim memetik Asean Today.
Daripada 222 kerusi parlimen, terdapat 54 kerusi di mana majoriti pengundinya adalah peneroka Felda. Pada PRU 2013, BN hanya kalah 6 daripada 54 kerusi, menekankan peranan mereka sebagai “deposit tetap” kerajaan yang memerintah.
Di Semenanjung Malaysia, terdapat 96 kerusi di kawasan di mana kebanyakan penduduknya peneroka Felda.
ADUN Kuala Sentul, Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin percaya walaupun Najib cuba “menenangkan” isu itu, “ia belum reda sepenuhnya” dan peneroka Felda masih tidak berpuas hati dengan pengurusan tersebut.
Shahaniza yang juga timbalan ketua Umno Maran memberitahu Asean Today bahawa pengundinya masih berpendapat BN boleh bantu menyelesaikan isu Felda.
“Dengan penglibatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kami berharap penyelesaian untuk masalah Felda Global Ventures (FGV),” katanya.
Isu salah pengurusan, salah guna kuasa dan rasuah dalam Felda dan anak syarikatnya termasuk FGV dan Felda Investment Corporation (FIC) menjadi tumpuan sejak Jun.
Pada 6 Jun, FGV menjadi berita hangat apabila 4 eksekutifnya termasuk Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zakaria Arshad diarah bercuti sementara menunggu penyiasatan dalaman melibatkan bayaran lewat daripada syarikat Afghanistan di Dubai, Safitex Trading kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products.
Pada 8 Jun, SPRM merampas dokumen di ibu pejabat FGV sehari selepas perjumpaan dengan Zakaria di pejabat SPRM.
Akhir bulan lalu, Tan Sri Isa Samad meletak jawatan sebagai pengerusi FGV. Kemudian, pada 15 Ogos, beliau ditahan oleh SPRM untuk memberi kenyataan berkenaan penyiasatan pembelian hotel di London oleh FIC pada 2014.
Isa direman 5 hari dan dibebaskan daripada tahanan semalam. Isa ialah pengerusi Felda ketika hotel itu dibeli dan sehingga tempoh jawatannya berakhir tahun lepas.

Wanita PH gesa kerajaan negeri, persekutuan lihat semula kebenaran berpoligami


Wanita Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan negeri Kedah dan kerajaan Persekutuan melihat semula kebenaran berpoligami di setiap negeri yang memerlukan satu mekanisme berteraskan prinsip keadilan untuk pasangan yang membabitkan perkahwinan umat Islam di negara ini.
Wanita PH 1Ketua Wanita PH Zuraida Kamaruddin berkata, PH tidak menolak undang-undang Islam membenarkan  poligami di kalangan lelaki Islam namun beberapa fakta penting perlu dipertimbangkan sebelum kebenaran berpoligami diberikan kepada suami.
"Satu mekanisme perlu digubal agar perkahwinan kali kedua di mana sahaja berlaku sama ada di dalam atau di luar negara harus berpra-syarat dengan persetujuan isteri pertama.
"Mereka (isteri pertama) harus dibenarkan hadir di  mahkamah untuk memastikan suami mereka telah menjalankan tugas seadil-adil, selengkap-lengkapnya dan sesempurnanya sebagai seorang suami dengan isteri pertama dan anak-anak sebelum membenarkan suami berpoligami.
"Lepas itu barulah mahkamah syariah boleh menentukan sama ada kemampuan suami itu sama ada boleh atau tidak dibenarkan berpoligami.
"Ini penting sama ada mereka dalam kedudukan isteri pertama atau isteri kedua agar nasib mereka terbela dari segi pemberian nafkah dan keperluan anak-anak," ujarnya.
Beliau bercakap dalam sidang media yang diadakan di ibupejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dihadiri dikalangan pimpinan wanita parti gabungan dalam Pakatan Harapan di Damansara hari ini.

 Wanita PH mengulas berkaitan dengan kenyataan Pengerusi Hal Ehwal Agama Negeri Kedah Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid pada Jumaat, yang dipetik berkata, Kerajaan negeri Kedah akan memaklumkan isteri pertama jika suami mereka berkahwin lagi di luar negara, tetapi persetujuan atau kelulusan isteri pertama tidak diperlukan untuk perkahwinan itu disahkan. Ini adalah sebahagian daripada program perundangan negeri bagi lelaki Muslim yang bernikah di Thailand atau negara lain dan tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di negara ini.
Program yang dianggap sebagai usaha 'pembersihan status' oleh kerajaan negeri dijangka bermula bulan depan dan kerajaan negeri turut mengumumkan mengurangkan denda kerana gagal mendaftarkan perkahwinan antara RM300 dan RM400 berbanding RM3,000 pada masa ini.
Naib Ketua Wanita PH Dr Siti Mariah Mahmud pula berpandangan keputusan yang dibuat kerajaan negeri Kedah itu walaupun dianggap wajar tetapi ia perlu adil kepada isteri pertama dan mendahului perundangan dalam negara.
"Bagamana mahkamah nak tentukan keadilan ini? apabila suami dengan mudah mendapat pengiktirafan (tanpa merujuk isteri), apa guna kita ada undang-undang di negara ini?
"Denda RM300 dan RM400 bagi yang berkahwin di luar negara maka berduyun-duyunlah nak pergi ke Thailand, adakah ini proses pemutihan sebelum 2017 atau denda itu akan terus dikurang selepas ini?

RCI Forex: Bank Negara gagal halang dokumen OSA didedah

Bank Negara gagal menghalang dokumen yang dikelaskan sebagai rahsia negara daripada didedahkan dalam suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berkaitan kerugian Bank Negara dalam dagangan pertukaran wang asing.
Dalam pendengaran hari ini, RCI tidak menerima hujah bank pusat itu berkaitan penggunaan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

“Jika itu OSA, ini OSA, tak perlu buat inkuiri ini.

“Saya tidak mahu debat lagi, Suhami (Ibrahim), teruskan,” kata pengerusi RCI Tan Sri Mohd Sidek Hassan kepada seorang pegawai suruhanjaya itu.
Peguam Bank Negara Tan Hock Chuan sebelum itu berkata laporan audit dan kerugian dalam urus niaga itu dikelaskan bawah OSA dan tidak terbuka untuk penelitian semua pihak.
Sidek yang menganggotai panel enam anggota kemudian menegaskan prosiding itu adalah inkuiri dan bukan perbicaraan.
“Kami ditugaskan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menjalankannya... Justeru, saya akan teruskan inkuiri tanpa tertangguh lagi,” katanya.
Memetik Seksyen 8 Akta Suruhanjaya Siasatan, Tan membangkitkan kebimbangan berkaitan prosedur dan kebolehterimaan bukti.
“Saksi-saksi daripada Bank Negara – mereka tidak dilindungi oleh akta itu.
“Kami ada kekebalan, kesemua pesuruhjaya ada kekebalan penuh. Dua saksi Bank Negara tidak ada kekebalan terhadap OSA.
“Hari ini mereka tidak didakwa. Tetapi 10 tahun lagi siapa yang tahu,” katanya.
Meminta kandungan laporan-laporan itu tidak diberikan kepada orang awam dan media, Tan berkata suruhanjaya itu memaksa saksi-saksi untuk melanggar OSA.
Sidek bagaimanapun berkata Perkara 21(2) akta itu menyebut bahawa bukti-bukti diberikan ada tujuannya.
RCI dibentuk selari dengan Akta Suruhanjaya Siasatan dan pelantikan anggotanya mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Pejabat Perdana Menteri pada 18 Julai berkata RCI itu akan diselesaikan dalam tempoh tiga bulan bermula tarikh pembentukannya tiga hari sebelum itu.
RCI itu bertujuan menyiasat kerugian Bank Negara pada era 90-an ketika pentadbiran Tun Dr Maharhir Mohamad sebagai perdana menteri.

Pengkritik melihat usaha itu sebagai tindak balas terhadap sikap Mahathir yang lantang mengkritik dan berusaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN.

SEKARANG MUSIM RCI, JIKA TUN M BOLEH DIKAITKAN, TIDAK MUSTAHIL LEBIH BANYAK RCI AKAN DITUBUHKAN LAGI


Jika boleh dikata sebagai musim, selain musim panas, musim hujan atau musim durian, sekarang ini wajar juga disebut sebagai musim RCI atau musim Suruhanjaya Siasatan Diraja.
Semua perkara yang menjadi perbualan umum atau pertikaian awam, penyelesaian yang dinampak ialah perlunya RCI ditubuhkan sebagai jawapannya.
Ia bermula dengan permintaan banyak pihak agak RCI ditubuhkan untuk menyelesaikan skandal 1MDB. Tetap, oleh kerana Najib Razak sedang berkuasa dan beliau bimbang jika RCI ditubuhkan, bukan saja mungkin dirinya terkait, malahan juga rakan karib keluarganya, Jho Low dan anak tirinya, Riza Aziz, maka desakan itu “dibutakan mata” dan “ditulikan telinga” begitu saja.
Sebaliknya, akibat kemerosotan sokongan rakyat dan beliau sendiri sedang berhempas pulas untuk memastikan kemenangan dalam pilihanraya akan datang, RCI lain iaitu berkaitan kerugian urusniaga forex yang telah berlaku hampir 25 tahun dulu pula yang dipersetujuinya.
RCI forex itu tidak lain ialah semata-mata bertujuan untuk mengenakan Tun Mahathir Mohamad yang kini merupakan musuh nombor satu kepada Najib. Jika hari ini Tun Mahathir masih menyokong Najib dan tidak menjadi Pengerusi Bersatu dan Pakatan Harapan, tentulah tidak mungkin RCI forex tersebut ditubuhkan.
Selepas RCI forex, bermula dengan Zahid Hamidi melambung isu Memali untuk perbualan awam dan sekali lagi menyalahkan Tun Mahathir berkaitan tragedi itu, ia juga akhirnya menjurus kepada desakan agar ditubuhkan RCI mengenainya.
Oleh kerana tragedi Memali boleh dikaitkan dengan Tun Mahathir dan mungkin Najib percaya dapat menambahkan bantuan untuk memenangi pilihanraya, tidaklah mustahil RCI Memali akan menyusul ditubuhkan selepas ini.
Tambahan lagi, memandangkan Pas sekarang tidak lagi menganggap UMNO sebagai kafir, perlembagaan UMNO serta perlembagaan negara tidak lagi dilihat sebagai perlembagaan jahiliyah, malah Hadi Awang sudah “bercium mulut”  dengan Najib, menubuhkan RCI Memali tentu saja merupakan hadiah yang dapat menggembirakan parti Islam tersebut.
Hari ini, 21 Ogos, RCI forex akan memulakan penyiasatan awamnya dan mereka diberi tiga bulan untuk menyiapkan laporan untuk diserahkan kepada kerajan.
Tidaklah sukar menjangka kenapa tempoh tiga bulan itu diberikan. Ia barangkali bersesuaian untuk Najib mengadakan pilihanraya umum selepas RCI forex itu mengumumkan hasil penyiasatannya nanti.
Sekiranya dua isu iaitu forex dan Memali yang ditubuhkan RCI, tetapi masih belum mampu memastikan kemenangan dalam pilihanraya, tidak mengejutkan jika Najib juga akan turut menubuhkan beberapa RCI yang lain berkaitan isu-isu yang boleh dikaitkan Tun Mahathir dengannya.
Najib tidak akan peduli walau berapa banyak sekali pun RCI yang perlu ditubuhkan. Matlamatnya ialah mahu menang pilihanraya. Jika tanpa banyak RCI dan Tun Mahathir terus memacu sokongan rakyat ke arah kemenangan Pakatan Harapan, sudah tentu pilihan Najib ialah menubuhkan seberapa banyak RCI lagi.
Tidak mustahil perkara seperti Perwaja, kos pembinaan KLCC, KLIA, Litar F1 Sepang, Cyberjaya, Putrajaya, Lebuhraya Utara Selatan dan banyak lagi yang berlaku ketika era kepimpinan Tun Mahathir dulu, termasuk kekayaan anak-anaknya, akan diwujudkan RCI sama.
Selain itu, jika dalam sehari dua ini kucing kesayangan Najib mati, antaranya yang dinamakan Kiki dan Leo,  pasti ada macai-macai yang mendesak agar ditubuhkan RCI juga.

Tuduhan fitnah Tabung Haji cacat, kata peguam Rafizi

Peguam Gobind Singh Deo mahu mahkamah majistret di Kuala Lumpur untuk mempertimbangkan mengketepikan pertuduhan fitnah jenayah terhadap Naib Presiden Parlimen PKR dan Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli atas alasan ia cacat.
Gobind berkata tuduhan fitnah jenayah terhadap anak guamnya itu cacat dan langsung tidak jelas dengan aduan kata-kata fitnah Tabung Haji terhadap kenyataan Rafizi.
Beliau berkata pihak pendakwaan hanya menyediakan lampiran kepada pertuduhan itu, yang merujuk kepada hampir 50 halaman sbuah artikel yang mengandungi pelbagai laporan dan surat daripada blog anak guamnya.
"Bagaimanapun, pihak pendakwaan tidak menjelaskan atau menunjukkan bahagian kata-kata yang didakwa adalah memfitnah itu.
“Pihak pendakwaan tidak seharusnya serkap jarang kerana pertuduhan itu perlu khusus. Ini tidak adil bagi pembelaan," katanya.
Gobind berkata demikian di hadapan majistret Umar Aul Nur Umar sebelum permulaan pendengaran hari ini.

Ringgit lemah halang PNB buat pelaburan agresif dizaman Najib & Rosmah....

HASRAT pengurus dana terbesar negara, Permodalan Nasional Bhd (PNB) untuk membuat pelaburan terhalang oleh nilai ringgit yang lemah dan kekurangan peluang pelaburan berdaya maju, kata Pengerusi PNB Abdul Wahid Omar memberitahu Bloomberg.
Aset kelima PNB bernilai RM266 bilion yang di bawah pengurusan adalah dalam tunai dan pasaran wang, dan pengurangan mata sebanyak 5% yang dicadangkan Wahid akan melibatkan pelaburan RM13.3 bilion.
Bagaimanapun, dengan ringgit yang "agak lemah", menjadi faktor penghalang PNB daripada pemerolehan lebih agresif.
"Perkara terakhir yang kita mahukan ialah melabur dalam aset dolar AS pada kadar 4.30 dan dalam setahun, ringgit kembali kukuh, mungkin 5%," kata Wahid.
Awal tahun ini, ringgit merosot ke paras yang tidak pernah dilihat sejak krisis kewangan Asia pada akhir 1990-an. Ia pulih dan berada pada 4.29 berbanding dolar.
"Pada masa dan peluang yang tepat, maka kami akan membuat pelaburan itu," kata Wahid.
Namun, PNB tidak mungkin memegang lebih daripada 1/10 asetnya di luar negara kerana liabilitinya dalam ringgit, katanya.
PNB masih meneruskan sebahagian besar pelaburannya di Malaysia dengan jumlah 98% daripada keseluruhan asetnya.

PRU14: Umno dijangka hilang undi

Sebuah badan pemikir, Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) menjangkakan Umno bakal kehilangan undi kaum Melayu pada pilihan raya umum akan datang, susulan perselisihan faham di antara pemimpinnya dengan bekas pemimpinnya.
Pengarah eksekutif KPRU, Ooi Heng berkata, perkara tersebut mungkin berlaku ekoran dua siri perselisihan faham di antara bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan dua anggota tertinggi partinya ketika menghadapi dua pilihan raya pada tahun 1990 dan 1996.
“Apabila Umno mengalami krisis politik, undi orang Melayu akan merosot dan ini sekali gus membuatkan mereka kehilangan beberapa kerusi Parlimen. (Ini terbukti) apabila Tengku Razaleigh Tengku Hamzah mengambil keputusan untuk menubuhkan parti Semangat 46, Umno kehilangan 12 kerusi iaitu daripada 83 kerusi yang dimenanginya pada tahun 1986, mereka hanya memperoleh 71 kerusi pada tahun 1990.
“Situasi yang sama berlaku apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998, beberapa ahli Umno telah mengambil keputusan untuk bersama beberapa NGO untuk menubuhkan PKR. Akibatnya, 17 kerusi Parlimen Umno hilang iaitu daripada 89 kerusi yang dimenangi pada tahun 1995 kepada 72 kerusi pada 1999,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Dengan Mahathir mengambil keputusan untuk menubuhkan Bersatu, Ooi berpendapat, Umno ketika ini dalam situasi kritikal bagi memastikan dua situasi tersebut tidak akan berulang, dengan parti itu menjadi tonggak utama kepada BN.
Beliau menjangkakan parti tersebut akan kehilangan 15 ke 20 kerusi Parlimen lagi, iaitu daripada 88 kerusi pada PRU13, kepada 73 atau 68 kerusi, berdasarkan kepada situasi terkini sekiranya Umno tidak mencari cara untuk memikat pengundi Melayu lari daripada mengundi mereka.
“Dengan Mahathir yang bakal mengetahui pihak pembangkang serta pengalamannya menerajui kerajaan selama 22 tahun dan senario pilihan raya umum tahun 2008 dan 2013, rakyat boleh melihat bahawa landskap politik di negara ini sudah banyak berubah,” ujarnya.

23 kerusi parlimen sekarang belum pasti ada PRU14, tiba-tiba Pas perasan jadi ‘king maker’

Pas tidak realistik apabila mendakwa parti itu boleh menjadi ‘king maker’, kata Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa.
Beliau berkata, dalam situasi Pas tidak bersama Pakatan Harapan (HARAPAN) parti itu tidak diyakini dapat mengekalkan 23 kerusi parlimen yang disandang jika berlakunya pertandingan tiga penjuru.
“Pas mendakwa dia boleh bertanding 100 kerusi parlimen dan 40 kerusi dalam tangan. Tambah lagi jadi 80, tambah lagi jadi 100 dan dia boleh jadi ‘king maker’.
“Sekarang Pas ada 23 kerusi dalam parlimen. Adakah boleh dijamin selepas pilihan raya akan datang Pas ada 23 kerusi? Kerusi Temerloh (Pas) tiga penjuru, Bukit Gantang, tiga penjuru, selesai, Kota Raja Pas jangan bermimpi.
“Saya kira-kira tinggal tiga atau lima kerusi Pas. Kalau dapat lima kerusi Parlimen siapa nak lantik dia jadi ‘king maker’?
“Ini bahasa yang tidak logik yang dilontar oleh Pas. Tapi bagi orang Pas yang tak faham, dia anggap Pas ‘king maker’,” katanya sewaktu merasmikan Konvensyen AMANAH Perak di Ipoh, semalam.
HARAPAN boleh menang di Perak
Beliau juga yakin HARAPAN mampu mengambil alih Perak dari BN jika mengekalkan formula yang digunakan pada tahun 2008 iaitu pembangkang meletakkan satu calon sahaja menjadi perlawanan satu lawan satu.
“Seingat saya formula pada 2008 ialah antara lain bagi mengelakkan pembaziran kekuatan kita walaupun kita tidak dalam satu platform yang sama kita setuju supaya pembangkang hanya meletakkan satu calon di satu-satu tempat untuk membolehkan kita mendapat undi maksimum rakyat bagi mengalahkan Umno.
“Oleh itu satu lawan satu diwujudkan. DAP pun bersetuju walaupun bukan dalam pakatan. PKR setuju kerana dia rakan Pas ketika itu. Ketika itu temanya bukan menjatuhkan kerajaan tapi mengurangkan majorti BN,” katanya.
Beliau berkata, HARAPAN di Perak perlu menyusun strategi untuk mengambil kerusi tradisional Umno-BN.
“Kita ingin mengulangi pencapaian ini tinggal lagi bagaimana kita mahu menyusun. Sekarang ada Bersatu, tapak BN harus kita tugaskan kepada Bersatu untuk meningkatkan undi kerusi tradisional kepada HARAPAN. Saya yakin ini boleh dilakukan,” katanya.

Kerajaan patut tubuh RCI 1MDB siasat penyelewengan terbesar yang memalukan negara



Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) paling wajar ditubuhkan, tegas Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.
Menurutnya, isu berkaitan syarikat pelaburan negara sarat hutang itu tidak harus didiamkan memandangkan telah menjejaskan nama baik Malaysia.
“Apa-apa pun termasuk RCI 1MDB. Kenapa didiamkan? Itu paling besar. Malu pada dunia,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen AMANAH Wilayah Persekutuan kali kedua di ibu negara kelmarin.
Terdahulu, beliau ditanya pemberita berkenaan desakan Pas supaya RCI berkaitan peristiwa berdarah Memali di Baling, Kedah pada tahun 1985 ditubuhkan.
“Tiada masalah (ditubuhkan),” jawabnya ringkas sambil berkata hal tersebut bagaimanapun tidak bererti AMANAH menyokong Pas, lapor Malaysia Dateline.
Berhubung keperluan Tun Mahathir untuk memohon maaf ekoran tragedi yang mengorbankan 14 orang awam dan empat anggota polis itu, Mohamad berkata, hal tersebut terpulang kepada bekas Perdana Menteri berkenaan.
Bekas Timbalan Presiden Pas itu bagaimanapun tidak dapat memberikan pandangan lanjut bagi pihak Tun Mahathir.
Beliau menyifatkan tragedi Memali sengaja dimainkan setiap kali menghampiri pilihan raya serta ketika berlaku peristiwa tertentu sebelum kemudiannya lenyap begitu sahaja.
“Ini polemik pilihan raya. Bila Tengku Razaleigh Hamzah tubuhkan Semangat 46 (Parti Melayu Semangat 46 pada 1988), isu ini dimainkan, selepas itu diam.
“Terserah kepada dia (Mahathir). Dia orang yang bijak,” ujar Mohamad lagi yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu.
Sementara itu, Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan, Dr Hatta Ramli dalam sidang media sama menambah, isu lain turut dibangkitkan kembali ekoran penglibatan Mahathir di pihak Pakatan Harapan.
‘Isu (kumpulan) al-Maunah (pada 2000) ditimbulkan, (sebab) berkaitan Tun Mahathir. Itulah menunjukkan betapa gerunnya mereka (Umno-BN) kepada Tun Mahathir,” ujarnya.

1MDB masih isu tarikan pilihan raya

SKANDAL 1Malaysian Development Berhad (1MDB) masih menjadi isu utama pengundi yang melihat masalah kerugian dan hutang berbilion ringgit itu memberi kesan kepada negara.
Pakatan Harapan (PH) turut mengambil peluang memberikan pencerahan mengenai syarikat sarat hutang itu kepada masyarakat luar Lembah Klang menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Rata-rata hadirin ceramah di Ipoh memberitahu The Malaysian Insight mereka mendapat gambaran lebih jelas mengenai 1MDB selepas ceramah perdana "Selamatkan Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi" di Medan Klebang Restu, Ipoh semalam.
Acara kemuncak jelajah dijangka diadakan pada 14 Oktober ini di Petaling Jaya yang bakal menghimpunkan pemimpin utama PH antaranya Dr Mahathir Mohamad dan Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Habibah Khalid, 53, seorang suri rumah mengakui memahami isu 1MDB selepas mendengar ceramah mantan perdana menteri itu lewat malam semalam.
"Dia (Dr Mahathir) punya penjelasan pasal 1MDB boleh kami terima. Pasal Najib dalam isu itu kami tak berapa nak faham sebelum ini. Dr Mahathir turun kita dapat bayanganlah," katanya yang datang dari Tambun.
Dr Mahathir sebelum itu dalam ucapannya mendakwa Najib menubuhkan 1MDB untuk mendapatkan sumber kewangan bagi membeli kesetiaan orang bawahan parti.
"Najib (Razak) tubuhkan 1MDB konon untuk bangunkan negara kita. Bukan kerajaan yang pinjam duit kerana untuk pinjam ada limit yang kena ditentukan di parlimen.
"Jadi Najib tak pinjam duit. Dia tubuh syarikat sebab syarikat boleh pinjam banyak," kata Dr Mahathir yang mendakwa duit tersebut telah dicuri.
Pembayaran hutang RM42 bilion itu juga kini terpaksa ditanggung rakyat, katanya lagi.
Beh Hooi Luan, 53, pula datang ke ceramah berkenaan semata-mata mahu mendengar ucapan mantan perdana menteri dan mahu Malaysia diselamatkan daripada masalah hutang.
"Kita mahu tukar kerajaan sebab BN (Barisan Nasional) sudah lama. Isu 1MDB lagi, Dr Mahathir ada sebut tadi dalam ceramah. Negara juga sudah banyak hutang," kata jurujual di sebuah pasar raya di Ipoh itu.

Apabila yang keliru berbicara mengenai Akta 164

Perbahasan berhubung pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Membaharui (Perkahwinan Dan Perceraian)(Pindaan) 2017 atau Akta 164 selesai beberapa hari lalu. Yang terlibat membahasnya di dewan rakyat memahami sebab mengapa pindaan itu dikemukakan.
Malangnya sehari dua selepas selesai perbahasan, timbul pula berbagai tafsiran dan dakwaan dari yang tidak terlibat. Kononnya kepentingan Islam terjejas dengan pindaan yang telah diluluskan.
AMANAH pula dikutuk kerana tidak menolak pindaan tersebut.
Jika ditolak maka yang sedia ada akan kekal. Baik sangatkah yang sedia ada? Syariie sangatkah yang sediada sehingga pindaan yang dibawa wajib ditolak?
Hakikatnya yang sedia ada banyak sangat kelompangannya dan walaupun pindaan yang dibawa tidak sempurna, namun ia dianggap mampu menghasilkan keadaan yang lebih adil dari yang sedia ada.
Kelompangan sedia ada
Pokoknya pindaan ini bertujuan untuk mengatasi masalah yang timbul apabila salah seorang dari pasangan suami isteri memeluk agama Islam. Asalnya kedua-dua mereka tidak beragama Islam.
Apabila salah seorang dari mereka memeluk agama Islam, maka dia sudah tidak boleh ke mahkamah sivil kerana dia beragama Islam. Sedangkan perkahwinannya pada zaman dia bukan Islam dan didaftarkan di mahkamah sivil. Ia perlu dibatalkan di mahkamah sivil.
Sekiranya perkahwinannya tidak dibatalkan di mahkamah sivil ia akan terus dianggap sah oleh mahkamah sivil.
Maka segala persoalan yang terbabit dengan perceraian yang telah berlaku, sama ada berhubung harta sepencarian, penjagaan dan kos tanggungan terhadap anak-anak sekiranya ada, dan sebagainya tidak boleh dituntut atau ditetapkan oleh mahkamah sivil. Perkahwinan itu akan tetap dianggap sah oleh mahkamah sivil.
Sekiranya perkahwinan itu dibatalkan di mahkamah sivil oleh pasangan yang kekal dengan agama asalnya, maka mahkamah sivil akan dituntut membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman berhubung segala isu berkaitan perceraian tersebut tanpa kehadiran pasangan yang telah memeluk agama Islam.
Sudah pasti mahkamah sivil tidak mampu menentukan semuanya secara adil kerana hanya dapat mendengar dari satu pihak.
Pada masa yang sama, pasangan yang telah memeluk agama Islam akan ke mahkamah syariah. Dia mendaftarkan dirinya sebagai orang Islam dan dengan sendirinya perkahwinan sivilnya dibatalkan sekiranya pasangannya tidak turut memeluk agama Islam. Akan tetapi pembatalan perkahwinan sivil oleh mahkamah syariah tidak diambil-kira oleh mahkamah sivil.
Pasangan yang kekal dengan agama asal tidak boleh pula dibawa ke mahkamah syariah untuk menyelesaikan persoalan yang timbul hasil perceraian mereka!
Ini adalah kerana dia tidak beragama Islam! Maka segala persoalan berhubung perceraian mereka terpaksa diputuskan oleh mahkamah syariah tanpa kehadiran bekas pasangan yang bukan Islam.
Sepertimana mahkamah sivil, mahkamah syariah juga tidak mampu menjamin keadilan kerana hanya dibenarkan mendengar dari satu pihak.
Akhirnya yang beragama Islam ke mahkamah syariah dan yang bukan islam ke mahkamah sivil. Dua mahkamah ini dengan bidang kuasa dan peraturan mereka masing-masing dan tidak saling berhubung satu sama lain.
Maka timbullah keadaan di mana mahkamah syariah memutuskan sesuatu dan mahkamah sivil memutuskan sesuatu yang lain. Kedua-dua mahkamah bertindak berdasarkan dakwaan hanya satu pihak.

Kenyataan Hadi berbaur perkauman....

Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Jumaat lalu yang menyarankan bahawa Melayu /Islam perlu menjadi tunggak kepimpinan negara dilihat sebagai suatu kenyataan yang berbaur perkauman.
Beliau meletakkan syarat tersebut sahaja semata-semata tanpa menghuraikan sifat yang perlu ada pada seseorang pemimpin yang harus dipilih rakyat.
Walaupun Abdul Hadi menghuraikan nas-nas al-Quran di bahagian awal kenyataan tersebut dengan baik dan betul, namun pemakaian nas-nas tersebut kepada ekosistem politik Malaysia di bahagian kedua kenyataan tersebut dianggap kurang tepat dan longgar.
Ini adalah kerana nas-nas tersebut tidak mewajibkan umat manusia memilih pemimpin berdasarkan kaum, sedangkan nas al-Quran menekankan pemilihan pemimpin berasaskan dua faktor iaitu kemampuan dan amanah. Firman Allah SWT di surah al-Qasas:26:
"Sesungguhnya sebaik orang yang engkau ambil untuk bekerja ialah orang yang al-qawiy (berkemampuan) dan al-amin (amanah)".
Tugas hakiki seorang pemimpin adalah menguruskan negara untuk kepentingan rakyat dan oleh itu, khidmat yang ditagih daripada seorang pemimpin perlu bertunggakkan prinsip kemampuan dan amanah.
Terpalit pelbagai korupsi
Apabila ditelusur kepimpinan negara yang ada pada hari ini, tidaklah mereka berkemampuan dan amanah apabila wang negara diuruskan dengan salah sehingga terpalit dengan pelbagai skandal korupsi seperti 1MDB, Felda dan bermacam lagi yang akhirnya menekan hidup rakyat dengan cukai GST dan kenaikan kos sara hidup.
Demografi negara ini yang berlatarbelakangkan kemajmukan kaum dan struktur pentadbiran negara bertunjangkan demokrasi beperlembagaan menuntut perkongsian kuasa di antara kaum agar kestabilan pentadbiran negara dan kehidupan rakyat sentiasa dilestarikan.
Amalan perkongsian kuasa ini telah kita warisi sejak merdeka dan perlu diteruskan. Begitulah struktur kepimpinan yang ada pada BN dan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Melayu Islam tanpa mengetepikan prinsip perkongsian kuasa dengan kaum lain.
Namun, garis pemisah antara kedua-dua koalisi ini haruslah dinilai atas premis kemampuan dan amanah.
Acap kali rakyat Malaysia bukan Islam diberi amaran oleh pemimpin politik dan institusi awam Islam supaya menjaga sensitiviti orang Islam dan begitu juga orang Islam disaran menjaga sensitiviti orang bukan Islam.
Inilah prinsip rukun negara kelima yang diterapkan kepada semua rakyat Malaysia selama ini.
Tetapi, apabila diteliti hujah Abdul Hadi dalam kenyataan tersebut yang mengandungi unsur-unsur yang boleh menyinggung perasaan rakyat Malaysia bukan Islam, ia menimbulkan kerisauan.
Malah, hujah beliau yang menyiratkan perhubungan di antara orang Islam dan bukan Islam adalah bersamaan dengan perhubungan Tuan dan Hamba dalam konteks Malaysia adalah sesuatu yang wajib diperbetulkan supaya tidak menimbulkan persepsi negatif kepada Islam yang bersifat 'rahmatan lil a'lamin'.
Isu ketuanan Melayu
Malaysia adalah sebuah 'Nation State' yang berpaksikan Perlembagaan Persekutuan. Dalam hal-hal duniawi, kemasyarakatan, sosial, politik dan ekonomi, Perlembagaan Persekutuan adalah undang undang tertinggi kepada kesemua warganegaranya.
Pada waktu yang sama, Perlembagaan Persekutuan merupakan satu kontrak sosial rakyat Malaysia yang mengikat kesemua rakyat sebagai warga sebuah negara berdaulat tanpa mengira agama dan keturunan.
Di samping mengiktiraf kedudukan istimewa rakyat berketurunan Melayu, rakyat bukan Melayu tetap rakyat tulen berhak saksama. Tidak sepatutnya timbul ketuanan mana mana kumpulan keturunan mahupun agama ke atas yang lain.

Terima kasih, selain Memali PAS mahu RCI 1MDB juga

PAS mengalu-alukan kesediaan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat tragedi Memali tetapi pada masa sama tetap menuntut tindakan serupa bagi skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti Islam itu sudah menuntut RCI bagi menyiasat skandal 1MDB sejak 2015.
"Desakan menubuhkan kedua-dua RCI ini bagi melakukan siasatan rapi dan memberikan keadilan kepada semua pihak," katanya seperti dilaporkan Harakahdaily hari ini.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan bersedia menubuhkan RCI bagi menyiasat tragedi Memali yang berlaku pada November 1985.
Katanya RCI itu akan ditubuhkan jika ada permintaan daripada mana-mana pihak termasuk pembangkang bagi mendapatkan maklumat sebenar kejadian itu demi kepentingan mangsa dan keluarga mereka.
"Walaupun (permintaan) dari parti berbeza, undang-undang tetap ditegakkan.
"Orang yang bertanggungjawab mesti dipertanggungjawabkan," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bukit Gantang semalam.
Peristiwa Memali pada 19 November 1985 menyaksikan 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.

PAS desak laksana tujuh tuntutan isu Memali


  Desak laksana tujuh tuntutan isu Memali BALING - Pas Kedah mengulangi tujuh desakan terhadap kerajaan dalam menyelesaikan isu tragedi Memali pada 1985.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pertama, kerajaan mengakui kesilapan dan memohon maaf kepada semua mangsa dan waris Memali.
“Pas juga mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat peristiwa Memali secara adil dan telus di luar pengaruh politik seterusnya mendakwa pihak terbabit di mahkamah,” Katanya.
Beliau berkata demikian selepas ceramah isu Memali: Luka Lama Bukan Luka Kecil di Parit Panjang, kelmarin.
Menurutnya, desakan ketiga fakta kerajaan melalui Kertas Putih Memali diperbetulkan.
“Pas Kedah berpendirian, peristiwa berdarah mengorbankan 14 syuhada dan empat anggota polis adalah satu kesilapan besar pihak pemerintah.
“Kesilapan ditutup dengan laporan direka dalam Kertas Putih Memali (Kertas Perintah 21 tahun 1986- Peristiwa Memali) dan dibentang dalam Parlimen tahun itu,” katanya.
Tegasnya, semua waris syuhada dan ahli keluarga terlibat dalam peristiwa itu perlu dibayar pampasan yang munasabah.
Katanya, selepas tiga dekad, kerajaan hanya membayar wang sagu hati sekali beri kepada keluarga 14 penduduk terkorban.
“Kes ini dibicara di Mahkamah Tinggi Alor Setar sebelum ke Mahkamah Tinggi Ipoh.
“Setiap keluarga hanya dibayar RM23,000,” katanya.
Tambahnya, dua lagi desakan perlu diberi perhatian ialah harta benda dan wang ringgit madrasah dirampas perlu dikembalikan. Manakala nama-nama mangsa perlu dibersihkan.

Bebaskan Islam daripada cengkaman pelampau


zolkharnain Abidin


Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH, Ustaz Zolkharnain Abidin menegur pihak yang sekadar menjadikan Islam di mulut tidak benar-benar dihayati.
Beliau berkata, golongan sedemikian akan menyingkirkan mereka yang dianggap bercanggah dengannya ekoran sikap menjadikan Islam hanya eksklusif buat kelompoknya sahaja.
"Tak lekang kalimah Islam dari mulut. Dasar Islam, parti Islam, berjuang Islam sejak dulu sehingga kini, hanya retorik saja.
"Ketika lidah bergulung-gulung menyebut Islam, jika ada orang Islam lain yg berbeza pandangan dengannya, orang itu dilontar keluar drpd kelompok orang Islam," ujarnya dipercayai merujuk kepada Pas.
Menurutnya, golongan tersebut turut menyebelahi pihak penindas sekalipun Islam memerintahkan penganutnya menentang ketidakadilan.
"Islam yang dilaungnya mengikut acuan dia dan partinya, bukan acuan Pencipta dan penurun Islam. Bukan acuan langit luas, tapi acuan langit wilayahnya.
"Pencipta dan penurun Islam mahukan orang Islam menyanggah penindas, tapi dia dan partinya yg meratib kalimah Islam di sana-sini memberi nafas kepada sang penindas," bidasnya.

Pas sejak dua tahun lalu dilihat lebih banyak berpihak kepada kerajaan Umno-BN bahkan turut serta dalam majlis dihadiri Presiden Umno tetapi sebaliknya bertindak memutuskan kerjasama politik dengan PKR dan DAP. Paling dimusuhi adalah AMANAH, parti Abdul Hadi itu semakin mesra rejim Umno-BN yang terpalit dengan pelbagai kepincangan tadbir urus termasuk skandal syarikat pelaburan negara sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ku Li tetap yakin BN akan kekal memerintah

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meletakkan keyakinan bahawa BN yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan terus kekal memerintah dan mendapat sokongan rakyat di sebalik asakan demi asakan oleh pembangkang.
Katanya, semangat kerjasama dan strategi yang ditonjolkan seluruh jentera parti akan memastikan kemenangan tetap milik BN.
“Saya meletakkan keyakinan BN akan terus kekal memerintah dan mendapat sokongan rakyat pada pilihan raya nanti,” katanya yang dipetik oleh akhbar Utusan Malaysia.
Malah, katanya, tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berterusan menyerang kerajaan tidak akan berjaya tetapi sebaliknya hanya akan memakan dirinya sendiri.
“Kita akui Dr Mahathir sudah berada dalam senario politik negara begitu lama dan beliau memang berjasa dengan apa yang dilakukan.
“Tetapi kalau beliau ungkit benda-benda yang kadangkala tidak ada penjelasan dan jawapan, kita memang mempersoalkannya juga,” katanya.
Tengku Razaleigh yang juga adalah bekas anggota kabinet pada zaman Dr Mahathir menerajui negara selama 22 tahun berkata, rakyat tidak mempunyai sebab untuk menolak kerajaan sedia ada kerana mereka telah disediakan dengan pelbagai kemudahan.
Menurut beliau, kerajaan tidak akan melakukan sesuatu yang boleh merugikan rakyat, sebaliknya lebih mengutamakan kebajikan mereka termasuk penduduk di kawasan pedalaman.
“Adakalanya perkara itu tak sengaja berlaku dan kita berdepan dengan masalah. Pada zaman Dr Mahathir pun ada masalah dan zaman siapa pun tetap ada masalah yang berlaku.
“Tak ada sesuatu pemerintahan yang boleh dilakukan tanpa masalah. Semuanya berhadapan dengan masalah mengikut peredaran zaman dan juga pengaruh luar,” katanya.
Tengku Razaleigh berkata, apa yang paling penting pada masa ini adalah kerjasama rakyat dan kerajaan dalam mencari jalan penyelesaian setiap masalah yang dibangkitkan itu.

Jentera Pilihan Raya Pas ramai masuk AMANAH tetapi Hadi nafi


 Dewan TKP
Walaupun Presiden Pas dilihat cuba menafikan tetapi sebahagian besar jentera pilihan raya parti yang sedang bertaawun atau berkerjasama dengan Umno itu sudah berhijrah kepada AMANAH.
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu ketika merasmikan Konvensyen AMANAH Wilayah Persekutuan semalam berkongsikan situasi tersebut sepanjang pengalamannya selama 40 tahun bersama Pas.
"Berpuluh tahun bersama parti lama (Pas) bila saya merasmikan, tidak pernah lihat ahli-ahli di Wilayah Persekutuan yang hadir begini ramai di muktamar seperti yang ada dalam dewan ini sekarang.
"Yang datang dalam AMANAH ini hampir semuanya dulu menggerakkan jentera pilihan raya. Merekalah dalam AMANAH sekarang," katanya di depan perwakilan dan pemerhati di dewan TKP, Tingkat 21, Central Plaza di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, Mohamad menyeru supaya jentera pilihan raya di peringkat akar umbi masing-masing saling membantu bagi mengukuhkan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini.
"Kita saling menampung. Kita saling bekerjasama, kalau tempat itu tiada jentera (pilihan raya), AMANAH akan bantu," ujarnya.
Beliau berkata, Wilayah Persekutuan dan semua negeri lain harus menyumbang sebanyak mungkin kerusi kemenangan pada pilihan raya akan datang untuk mendapat mandat di Putrajaya.
"Mahu perintah perlu 120 (kerusi Parlimen), 112 paling sedikit, 130 agak selesa. Boleh sampai (menang 130). Kita harus menang semua di Wilayah (Persekutuan).
"Pulau Pinang kena menang 15 kerusi. Selangor begitu juga. Johor sekurang-kurangnya 12 daripada 26," jelas Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan itu.
Walau bagaimanapun, beliau berpendapat hasrat itu hanya akan tercapai sekiranya segenap lapisan rakyat Malaysia melakukan perubahan dengan menolak Umno-BN.
"Mood rakyat (undi Pakatan Harapan) memang ada. Sokongan Cina janganlah kita kalih. Jangan mana-mana kaum lari. Memang kita boleh dapat (menang pilihan raya)," katanya.
Tambah Mohamad, rakyat hanya mempunyai dua pilihan iaitu Pakatan Harapan atau BN untuk diangkat sebagai pemerintah kecuali segelintir penyokong taasub yang tegar dengan partinya sendiri.
"Kita kuat kerana parti. Dalam pilihan raya, orang akan pilih siapa nak jadi pemerintah. BN atau Pakatan Harapan? Yang mana hendak memerintah, sebab itulah kita kena bekerjasama.
"Pilih Pakatan Harapan tolak BN melainkan ahli 'hardcore' atau pun istilah orang sebut sekarang 'walaun'," ujarnya lagi dalam nada berseloroh.

Azmin , Azizah , Cermin Diri Dahulu Sebelum Cuba Test PAS



Oleh  Alang Ibn Shukrimun

Walaupun Azmin menyatakan kunjungan beliau ke atas Presiden PAS tempoh hari sekadar ziarah biasa, tetapi amatlah naif bagi yang mempercayainya. Setiap tindak tanduk politikus tidak boleh dibaca di atas permukaan sahaja, lebih-lebih lagi mereka yang sudah dikenali latarbelakang dan kelicikannya.

Azmin merupakan Pengarah Pilihanraya PH. Beliau datang bersama Presiden PKR Wan Azizah. Umum mengetahui kedua mereka bukan dari kem yang sama. Sengketa Langkah Kajang dahulu masih membengkak di dalam PKR. Justeru apabila kedua pihak dari kutub berbeza ini hadir bersama atas nama ziarah kosong, ia adalah sesuatu yang amat pelik.

Umum juga mengetahui hubungan PAS dan PKR tegang akhir-akhir ini. PKR telah melanggar syarat-syarat tahaluf yang diletakkan PAS. PKR tidak mengendahkan saranan PAS untuk tidak menyokong PAN di Kelantan yang terang-terangan mahu menjatuhkan kerajaan negeri. PAS mengambil langkah besar memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.

Apa yang pelik, desas-desus PKR mahu berbaik semula dengan PAS sangat kuat dimainkan oleh media pro-PKR dengan naratif yang pelbagai. Ada cerita konon 3 negeri mahu autonomi untuk bekerjasama dengan PKR. Wan Azizah pula keluarkan kenyataan tidak tolak kemungkinan berbaik. Tarik balik arahan untuk keluar dari kerajaan Kelantan.

Gambar pertemuan antara Azmin dan Presiden PAS menambah persepsi ini. Seolah matlamat utama pertemuan tersebut adalah gambar itu sahaja, bukan isi perbincangannya. Azmin dan Wan Azizah sendiri tahu memang sukar untuk mematahkan ketegasan Presiden PAS. Dapat bergambar merupakan kejayaan Azmin, bagi membuktikan kepada PH dia buat kerja, selain membentuk persepsi yang disebutkan.

Tanpa kerjasama dengan PAS, PKR lah pihak yang paling rugi. Mereka selama ini menyertai PRU dengan bantuan PAS. Mereka tidak memiliki jentera di peringkat akar umbi melainkan dua tiga kerat sahaja. Undi pun tumpang sokongan PAS. (Nak bertanding pun minta PAS bayarkan deposit. Selepas itu lesap.)

Adakah PAS juga rugi? Tidak sekali-kali. Kerana matlamat perjuangan PAS adalah membela agama Islam. Soal kuasa dan kerusi no.2. Bila bertembung antara kepentingan agama dan kuasa, agama didahulukan. Jika Islam untung, untunglah PAS walau tanpa 1 kerusi pun. Apa guna bersama PH tapi membuat DAP yang membenci Islam itu tambah berkuasa?

Lagipun, kajian terkini mana-mana badan menunjukkan sokongan kepada PAS meningkat naik, terutama di kalangan orang Islam dan melayu. Terbaru sokongan popular kepada PAS sudah mengatasi Umno! Justeru amat dangkal untuk memikat PAS, dengan hujah data-data perbandingan dulu antara bertahaluf dan bersendirian semata-mata. Perubahan realiti harus diambil kira.

PKR boleh berangan untuk berbaik dengan PAS. Tetapi untuk menjadikan ianya realiti, PKR harus cermin diri dahulu. Muhasabah dan tanya diri beberapa perkara ini:

Sikap kebertanggungjawaban, penafian pemimpin dalam isu Memali, 1MDB


Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris) dalam kenyataannya baru-baru ini mahu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak bertanggungjawan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagaimana bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam bertanggungjawab dalam menangani isu Memali pada 1986.
Najib MusaDalam kenyataan itu ProWaris mendedahkan pertubuhan itu telah mengkaji Kertas Perintah 21 Tahun 1986 yang berkaitan dengan Peristiwa Memali yang ditandatangani oleh Tun Musa Hitam pada tarikh 25 Februari 1986.
Menurut kenyataan itu ProWaris telah menganalisa pengakuan peribadi Tun Musa sendiri dan rentetan perdebatan Pas di Dewan Rakyat.
"Ternyata ia berpunca dari 'fatwa sesat' Datuk Seri Haji Hadi Awang yang berfahaman ekstrimis lagi teroris terhadap kerajaan BN-UMNO.
"Berdasarkan penelitian kami ke atas Kertas Perintah 21 Tahun 1986 tersebut.
"ProWaris memberi penghormatan tertinggi kepada Tun Musa Hitam kerana sanggup mengaku bertanggungjawab (accountable) dengan menggariskan secara terperinci sebab-musabab di atas tindakan yang terpaksa diambil bagi mengelakkan kerosakan dan kemusnahan yang lebih besar demi menjamin keselamatan negara pada ketika itu," ujarya kenyataan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan pada 17 Ogos lalu,  susulan  insiden yang berlaku membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam program anjuran Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (bersatu) pada 13 Ogos dalam insiden  baling kerusi, suar, kasut dan botol air ke arah pentas berlaku sejurus soalan berkaitan kejadian Memali ditanya oleh salah seorang hadirin.
Menurut ProWaris lagi, persoalan yang lebih utama dan menjadi tanda tanya adalah, sekiranya Tun Musa Hitam mampu untuk mengaku bertanggungjawab (accountable) terhadap peristiwa berdarah Memali, mengapa masih ada sindrom penafian (denial) oleh pemimpin-pemimpin negara yang lain terhadap skandal, krisis atau salahlaku pada zaman pentadbiran mereka?
"Dalam kes Memali, sangat jelas bahawa arahan dan tindakan ke atas perusuh itu sebenarnya adalah daripada IGP dan OCPD, namun Tun Musa Hitam secara budiman (gentleman) mengaku bertanggungjawab terhadap peristiwa Memali tersebut.
"Sikap bertanggungjawab (accountable) ini adalah kunci kepada proses meletakkan jawatan secara terhormat, yakni satu amalan terpuji kepimpinan antarabangsa yang tidak dipraktikkan langsung di Malaysia.
"Jika sikap Tun Musa ini dapat dicontohi oleh para pemimpin negara pada era terdahulu, mereka tidak perlu risau untuk bertanggungjawab sekiranya mereka dipalitkan dengan skandal pada zaman pentadbiran mereka kerana mereka tidak lagi mentadbir dan berkuasa," ujar kenyataan itu.

Justeru kenyataan menyebut pihak yang jelas berhadapan dengan masalah yang sangat besar adalah Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang masih mengelak, menafi dan tidak mahu mengaku bertanggungjawab terhadap skandal berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). "Beliau masih mentadbir negara dan nampaknya mahu terus mengekalkan kuasanya selama mungkin.
"Yang lebih kritikal dan perlu mendapat perhatian semua Rakyat adalah sindrom penafian (denial) ini yang menular di dalam pentadbiran UMNO-BN setelah sekian lama.
"Pada hari ini kita dapat menjadi saksi bagaimana perdanamenteri yang memegang punca kuasa utama negara sentiasa menafikan penglibatan beliau di dalam skandal 1MDB.

Asal saja keluar dari mulut AMENO PASTI BODOH, kenapa ?

"Dahulu, sewaktu kita mengamalkan Dasar Pandang ke Timur, tidak pula dikatakan jual negara kepada Jepun malah Menara Berkembar Petronas (KLCC), satu menara dibina oleh syarikat Jepun, satu lagi oleh kontraktor dari Korea Selatan, tidak pula dikatakan jual kedaulatan negara pada masa itu," - Ismail Sabri

Kenapa perlu nak dibandingkan projek ECRL dgn KLCC ?

Adakah Tun M buat hutang berpuluh2 bilion ringgit pada Jepun & Korea Selatan pada projek KLCC berbanding ECRL dgn jelas buat hutang RM55 bilion dgn komunis-China ??!

Di Langkawi, Dr Mahathir turut berpengaruh di kalangan anak muda

WALAUPUN sudah lama bersara sebagai perdana menteri, pengaruh Dr Mahathir Mohamad masih lagi kuat di Pulau Langkawi, termasuk dalam kalangan anak-anak muda di bawah 30 tahun.

Mereka yang ditemui The Malaysian Insight berkata, walaupun masih kecil ketika Dr Mahathir masih perdana menteri, buku sejarah dan cerita daripada ibu bapa menjadi tarikan untuk menyokong pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu itu.

Farah, 21, yang masih menuntut di sebuah universiti awam berkata, Pulau Langkawi yang dahulunya hanya mempunyai "jalan tanah merah" kini menjadi destinasi pelancongan dunia kerana jasa Dr Mahathir.

"Saya banyak baca tentang jasa Dr Mahathir daripada buku-buku sejarah. Ramai kawan-kawan saya di Langkawi menghormati Dr Mahathir walaupun ketika beliau perdana menteri, kami masih lagi kecil," katanya

"Kalau Dr Mahathir bertanding pada PRU14 di Langkawi, saya rasa dia pasti dapat sokongan besar."
Farah yang kini bekerja sambilan kerana sedang bercuti berkata, apa yang dibimbangkan ialah Malaysia yang dipimpin Perdana Menteri Najib Razak kini mempunyai banyak hutang.

"Macam-macam cerita saya dengar, skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), boros dalam berbelanja dan macam-macam lagi.

"Berbeza ketika Dr Mahathir perintah Malaysia. Banyak jasa beliau, bukan sahaja di Langkawi tetapi di seluruh negara," katanya.

Langkawi diberikan status bebas cukai pada tahun 1987 semasa Dr Mahathir masih perdana menteri. Dr Mahathir pernah bertugas sebagai seorang doktor di Pulau Langkawi selepas lulus dari Universiti Malaya di Singapura.

Kerusi Parlimen Langkawi dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya Kiah dan Ayer Hangat kini disandang Umno dan tidak pernah jatuh ke tangan pembangkang.

Ima, 26, berkata, ramai kawan-kawannya menyertai Bersatu yang dipimpin Dr Mahathir berbanding Umno.

'Jentera PAS menangkan calon PKR, DAP pada PRU13'

Pakatan Harapan adalah gabungan pembangkang yang rapuh serta tidak memberi keuntungan kepada Islam dan tidak akan berjaya mendapat undi teras Melayu, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, PAS mempunyai kekuatan akar umbi sendiri yang tidak ada pada parti pembangkang lain dan sebagai contoh mereka mempunyai 195 kawasan dari 222 kerusi Parlimen dan 7,063 cawangan di seluruh negara.
“Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, kebanyakan jentera adalah jentera PAS yang membantu memenangkan calon pakatan pembangkang daripada PKR dan DAP,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu wawancara dengan wartawan Berita Harian. Transkrip penuh wawancara itu disiarkan dalam Harakahdaily, hari ini.
Diajukan soalan mengenai jangkaan secara realistik untuk PRU-14 selepas menyatakan hasrat untuk bertanding di 120 hingga 140 kerusi termasuk kerusi Permatang Pauh, Abdul Hadi berkata, beliau yakin PAS akan mencatatakan prestasi lebih baik.
Ketika bersama Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu, PAS menawan 21 kerusi Parlimen tetapi kehilangan penguasaannya di Kedah, walaupun kekal di Kelantan.
“Apabila saya menyebut PAS akan mencapai sasaran menang 40 kerusi, ia adalah satu sasaran yang realistik dan berpijak di bumi nyata berdasarkan kajian yang kita buat di peringkat akar umbi melalui analisis terperinci sehingga ke peringkat Unit Peti Undi (UPU).
“Kekuatan jentera PAS di seluruh negara sedang bergerak aktif dengan kerja pilihan raya dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan pembubaran Parlimen dan pengisytiharan tarikh pilihan raya,” katanya.
Sebaliknya, beliau berkata, kekuatan PAS tidak boleh diukur dengan keputusan pilihan raya semata-mata tetapi berdasarkan perkembangan ahli, kawasan dan cawangan.
Mengambil kira pengalaman, katanya, prestasi PAS pernah menurun kepada satu kerusi saja pada 1986 dan hilang dua kerajaan negeri.
“Keadaan ini tidak pernah dialami oleh parti lain, tetapi kita terus semakin kuat. Kita juga tidak buat kajian atas meja saja tetapi kita buat kajian di lapangan.
“Dengan pendekatan baharu Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang kita gerakkan, sudah menampakkan hasil, kini PAS mudah didekati dan disenangi oleh penjawat awam, NGO, agensi kerajaan dan tokoh masyarakat,” katanya.

Menunggu saat ‘feel-good’ untuk umum PRU

Berdasarkan zaman Dr Mahathir, banyak peluang BN terlepas. Contohnya, Sukan SEA yang dapat membantu menjana perasaan 'feel-good' rakyat tercemar dengan insiden bendera.
BN-undi
Barisan Nasional (BN) masih menunggu masa yang sesuai untuk diadakan pilihan raya umum ke 14, dan ini boleh dilihat melalui “resipi” kemenangan di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.
Antara resipi wajib ada yang menjamin kejayaan BN ketika di zaman Dr Mahathir ialah persempadanan semula, perpecahan pembangkang dan faktor “feel good” di kalangan rakyat.
Namun, ketiga-tiga resipi kini semakin tergelincir daripada tangan BN sejak pentadbiran Tun Abdullah Badawi.
Tanpa ketiga-ketiga resipi ini, BN kehilangan 2/3 majoriti di Parlimen pada 2008 dan tewas undi popular di 2013.
BN terus menghadapi PRU14 tanpa ketiga-tiga resipi ini, sudah tentunya keseluruhan kepimpinan BN akan terasa gelisah.
Oleh itu, dalam menghadapi PRU14, BN berusaha keras cuba mendapatkan kembali ketiga-tiga resipi ini. Namun setakat ini, ia belum berjaya.
Resipi pertama iaitu persempadanan semula, kini terhalang. Ini ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan kerajaan Selangor untuk menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyerahkan laporan persempadanan semula kepada perdana menteri.
Resipi kedua iaitu di mana BN mengharapkan pembangkang yang berpecah menemui cabaran baharu ekoran munculnya Dr Mahathir yang diangkat sebagai pengerusi Pakatan Harapan.
Resipi yang tinggal
Memandangkan resipi pertama dan kedua semakin susah dikembalikan, BN kini terpaksa mengharapkan resipi ketiga sahaja iaitu menjana perasaan “feel-good” di kalangan rakyat terhadap kerajaan.
Antara usaha yang jelas ke arah menyediakan resipi ketiga ini ialah tindakan perdana menteri mengumumkan ganjaran melebihi RM1 bilion kepada para peneroka Felda dan juga insentif kepada tentera, terutama kepada tak berpencen dan yang tergolong dalam kumpulan B40 baru-baru ini.
Di sebalik serangan pembangkang yang menyatakan bahawa Malaysia sedang menuju ke arah negara gagal, Gabenor Bank Negara Datuk Seri Muhammad Ibrahim mengumumkan ekonomi negara tumbuh melebihi jangkaan iaitu pada 5.8% pada suku kedua tahun ini dan melebihi pertumbuhan suku pertama sebanyak 5.6%.
Cuma apakah berita positif ini mampu membantu BN menjana perasaan “feel-good” di kalangan rakyat yang boleh menutup perasaan negatif rakyat yang timbul daripada berita-berita buruk mengenai 1MDB dan kenaikan kos sara hidup?
Peluang Sukan SEA yang tercemar
Sepatutnya Sukan SEA menjadi satu acara yang dapat membantu menjana perasaan “feel-good” di kalangan rakyat.
Namun, nasib nampaknya tidak menyebelahi BN. Acara pembukaan Sukan SEA yang dirancang dengan sebegitu cemerlang sekali dicemarkan dengan berita kecuaian memaparkan bendera negara Indonesia secara terbalik dalam buku cenderamata Pembukaan Rasmi Sukan SEA 2017.
Belum perkara itu reda, timbul sekali lagi insiden bendera terbalik yang melibatkan negara Brunei di atas papan skor digital.
Kedua-dua kecuaian tersebut menyebabkan nama Malaysia tercemar di media sosial terutamanya Twitter, hatta hancurnya perasaan “feel-good” yang diharap dapat dijana melalui acara Sukan Sea.
Nampaknya resipi ketiga ini kini perlu menanti pengumuman Bajet 2018.