Ahad, 20 Ogos 2017

Khairuddin: ‘Kalut’ dengan RCI Memali, mana RCI 1MDB?

Khairuddin Abu Hassan tertanya mengapa Zahid Hamidi tidak mahu menubuhkan RCI menyiasat skandal 1MDB walaupun ada permintaan daripada pelbagai pihak.
Khairuddin_1mdb_600
Penyelaras Deklarasi Rakyat Datuk Khairuddin Abu Hassan akan menulis surat sekali lagi kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat skandal 1MDB.
Beliau berkata demikian selepas timbalan perdana menteri hari ini berkata kerajaan sedia pertimbangkan penubuhan RCI untuk menyiasat peristiwa Memali 1985 jika ada permintaan dari individu, pertubuhan dan parti politik.
“Zahid Hamidi kata kerajaan sedia pertimbangkan mana-mana permintaan dari individu, pertubuhan atau parti-parti politik untuk menubuhkan RCI; macam mana pula dengan permintaan kami selama ini untuk menyiasat kes skandal 1MDB,” kata Khairuddin dalam kenyataan hari ini.
Khairuddin berkata RCI membongkar skandal 1MDB wajar ditubuhkan kerana skandal itu menyebabkan keadaan politik, ekonomi dan sosial negara menjadi kemelut dan tegang, dan menjadi masalah undang-undang di Singapura, Switzerland, London, Luxembourg dan Amerika Syarikat.
“Zahid Hamidi tak mahu tubuh RCI tetapi kes Memali yang berlaku pada tahun 1985 dia kalut mempertimbangkan untuk tubuh RCI bagi menyiasatnya. Nampak sangat pemimpin-pemimpin Umno begitu terdesak untuk mengaibkan kredibiliti Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.
Sekiranya ditubuhkan, RCI Memali itu merupakan suruhanjaya siasatan kedua yang ditubuhkan untuk menyiasat peristiwa yang berlaku di bawah pentadbiran Dr Mahathir. RCI menyiasat kerugian akibat dagangan mata wang asing 1990-an akan bersidang esok.
PAS pada 16 Ogos lalu menggesa kerajaan menubuhkan RCI dan menggesa kerajaan memohon maaf di atas konfrontasi antara pihak berkuasa dan pengikut penceramah agama Ibrahim Mahmud 32 tahun lalu di Kampung Memali di Baling, Kedah, yang menyaksikan Ibrahim, 13 pengikutnya dan 4 anggota polis terbunuh.

PAS, PEMBANGKANG YANG TIDAK MAHU PEMBANGKANG MENANG PILIHANRAYA

Selama ini, di sebalik sikap berbaik-baik dengan UMNO dan kerajaan, malah berbaju sedondon, makan sehidang dan mencari teh tarik sampa ke London, Pas tetap mengatakan hasrat sebenar mereka ialah tetap untuk menumbangkan BN dalam pilihanraya akan datang.

Tetapi, kali ini pendirian sebenar Pas semakin sukar untuk dinafikan dan ia dinyatakan sendiri oleh Presidennya, Hadi Awang melalui sebuah wawancara dengan akhbar arus perdana milik UMNO dan kerajaan.
Kata orang, sudah terang lagi bersuluh sikap dan pendirian Pas melalui apa yang diluahkan oleh Hadi sendiri ini.

Pas adalah parti pembangkang. Walaupun tidak bersama Pakatan Harapan, mereka sebaliknya menubuhkan Gagasan Sejahtera bersama  beberapa parti kecil yang lain. Kononnya sebagai alternatif kepada BN dan Pakatan Harapan.

Selayaknya, sebagai parti pembangkang, Pas harus bertindak dengan watak yang jujur sebagai pembangkang, bukan mengajak rakyat menolak sesama pembangkang.

Kalau sebagai pembangkang, tetapi mengajak rakyat menolak pembangkang, bermakna Pas bukan saja mahukan rakyat menolak Pakatan Harapan, tetapi juga mahu pengundi mengenepikan sama Gagasan Sejahtera yang diterajuinya sendiri.

Maknanya juga, walaupun sebagai pembangkang, Pas dengan sendirinya hanya mahukan UMNO, BN dan Najib Razak terus kekal berkuasa selepas PRU 14 akan datang.
Apa pulak sampai begitu jadinya? Tidakkah ia pelik?

Apakah yang menyebabkan Pas sampai begitu sekali jauh melencong perjuangannya sekarang ini?

Hmmmm....

Kemudian, tanpa segan silu pula Hadi Awang mengatakan beliau hanya menyambung perjuangan Almarhum Nik Aziz Nik Mat dalam perkara ini.

Kecuali mungkin Nik Abduh, siapakah lagi agaknya yang mahu percaya apa yang dikatakan Hadi itu? 

Dan kenapa sampai Hadi terpaksa menjual nama Nik Aziz yang sudah meninggal dunia dalam hal ini?

RCI Memali: Rakyat tahu kerajaan Najib ‘gabra’ dengan Dr M

Beliau mempertikaikan niat di sebalik kesediaan kerajaan menubuhkan satu lagi RCI selepas satu suruhanjaya siasatan ditubuhkan untuk menyiasat skandal kerugian dagangan mata wang 1990-an.
hanif-najib-memali
PETALING JAYA: Rakyat sebenarnya tahu kesediaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kedua untuk menyiasat satu lagi peristiwa semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad kerana pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tidak tentu arah dengan faktor Dr Mahathir pada pilihan raya umum nanti, kata seorang peguam.
Haniff Khatri, peguam kepada bekas perdana menteri itu, berkata demikian selepas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini berkata kerajaan sedia pertimbangkan penubuhan RCI untuk mengkaji tragedi Memali jika ada permintaan daripada individu, pertubuhan atau parti politik.
“Walau beribu RCI ditubuhkan tentang apa isu sekalipun terhadap Dr Mahathir, pada hakikatnya, rakyat yang prihatin sedar dan tahu ia sebenarnya menzahirkan ‘gabra’ kerajaan Najib Razak dengan faktor Dr Mahathir dan Pakatan Harapan menjelang PRU14,” kata Haniff dalam kenyataan hari ini.
Beliau mempertikaikan niat di sebalik kesediaan kerajaan menubuhkan satu lagi RCI selepas satu suruhanjaya siasatan ditubuhkan untuk menyiasat kerugian akibat dagangan mata wang asing pada 1990-an. RCI ke atas kerugian itu akan bersidang esok.
“Cuba mencari ‘semut hitam dalam kegelapan malam’ berkaitan isu Memali pula,” kata Haniff.
Beliau mengambil maklum kesediaan kerajaan itu selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang 15 Ogos lalu dilaporkan berkata tiada guna mengungkit sejarah hitam itu jika orang yang bersalah tidak meminta maaf dan membayar pampasan dan ganti rugi.
PAS pada 16 Ogos lalu menggesa kerajaan menubuhkan RCI dan menggesa kerajaan memohon maaf di atas konfrontasi antara pihak berkuasa dan pengikut penceramah agama Ibrahim Mahmud 32 tahun lalu di Kampung Memali di Baling, Kedah, yang menyaksikan Ibrahim, 13 pengikutnya dan 4 anggota polis terbunuh.

PRU14: Orang Melayu mesti undi parti pembela Islam, kata Hadi Awang

ORANG Melayu mesti memilih parti politik yang benar-benar serius mempertahankan Islam dalam pilihan raya umum akan datang kerana mulianya orang Melayu itu bukan kerana ia Melayu tetapi “kerana bersama-sama Islam,” kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
Katanya, Islam akan dapat memimpin masyarakat yang majmuk seperti Malaysia dengan adil dan saksama kerana urusan pemerintahan juga diperhitungkan dalam agama sebagai ibadah serta ada dosa dan pahala.
“Maka sokonglah parti yang benar-benar serius mempertahankan Islam dengan segala halangan dan rintangan, moga-moga rakyat selamat dan sejahtera bersama Islam,” katanya dalam satu wawancara dengan akhbar BH Ahad.
Hadi ditanya tentang dilema orang Melayu sama ada memilih gabungan parti dominan Melayu Islam iaitu Umno dan PAS atau gabungan pembangkang yang kata akhbar itu dikuasai dan dipandu oleh DAP.
Dalam wawancara itu, Hadi turut ditanya tentang kerjasama antara PAS dan Umno serta kedudukan parti Islam itu selepas ia bersendirian setelah tidak lagi bersama dengan pakatan pembangkang.
Menurut Hadi, hubungan PAS dengan Umno tidak lebih daripada kerjasama dalam perkara kebaikan dan keutamaan rakyat.
“PAS tidak akan masuk Umno, itu jelas. Dalam politik, kita tidak ulang strategi lama,” katanya, dipercayai merujuk kepada sejarah kerjasama dua parti orang Melayu itu pada tahun 1970-an.
Katanya, benda baik yang dibuat oleh Umno, PAS akan sokong dan beri kerjasama seperti pindaan ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU355 dan pembelaan ke atas etnik Rohingya.
Tetapi katanya, benda salah yang Umno buat PAS tentang dan tidak bersetuju seperti Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), cukai barang dan perkhidmatan (GST), Program Dwibahasa (DLP) di sekolah dan pindaan ke atas Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraiaan) 1976.
“Pendirian saya sama dengan pendirian PAS dan Majlis Syura Ulama. Bekerjasama atas konsep taawun (penyatuan atau kerjasama) dalam perkara kebaikan bukan perkara kejahatan,” katanya.
Jelas Hadi, hala tuju PAS dalam suasana politik negara hari ini adalah mengajak rakyat menyelamatkan negara bersama Islam.
Katanya, PAS bukan seperti parti politik lain yang “bersedia menjadi khadam kepada sesiapa termasuk musuh Islam” untuk menang pilihan raya dan jadi kerajaan di Putrajaya.
“PAS mahu ke Putrajaya dengan Islam menjadi asas penyelesaian segala masalah yang berlaku,” katanya.
Hadi juga mengatakan PAS tidak hilang hala tuju walaupun tidak lagi bersama pakatan pembangkang malah parti Islam itu semakin kuat dan sudah meluaskan pengaruhnya.
Katanya, kekuatan PAS tidak boleh diukur dengan keputusan pilihan raya semata-mata tetapi juga ahlinya yang bertambah. PAS kini katanya lebih mudah didekati dan disenangi oleh penjawat awam, badan masyarakat, agensi kerajaan dan tokoh masyarakat.

PRU14: 'Kalau Azmin sertai Pas, barulah boleh runding'


KUALA LUMPUR - Pas kekal dengan pendirian tidak akan mengadakan sebarang bekerjasama politik dengan PKR, khususnya dalam menghadapi PRU14.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata, tindakan itu selaras dengan keputusan dan strategi parti itu yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulamak pada Mei lalu.
Menurutnya, kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa parti itu bersedia membuka pintu untuk berunding bersama Pas dianggap sebagai satu usahanya sahaja.
Mohd Khairuddin Aman Razali "Kita masih tetap dengan strategi kita. Kecuali apabila beliau (Mohamed Azmin) keluar PKR dan sertai Pas, barulah kita boleh bincang dan bekerjasama," katanya pada sidang media selepas program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden Peringkat Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.
Baru-baru ini, Mohamed Azmin dilaporkan berkata, masih belum terlambat untuk Pas dan PKR berunding demi masa depan bersama.
Sementara itu, mengulas berhubung Pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164], beliau berkata Pas konsisten menentangnya.
"Tindakan kita yang seterusnya adalah mengemukakan resolusi dan cadangan kita kepada menteri berkaitan iaitu Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Kita juga akan bertemu secara rasmi mereka berdua pada Isnin nanti," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, Pas juga akan melibatkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membawa isu itu lebih jauh kepada pihak berkepentingan seperti Majlis Raja-raja.
"Selain itu kita juga menggerakkan masyarakat untuk memahami isu ini supaya dapat bersama dengan kami.
"Perjuangan ini bukan hanya pandangan Pas, tapi juga NGO Islam bahawa pindaan Akta 164 adalah pindaan yang bercanggah dengan Perlembangaan dan peruntukan udang-undang sedia ada," katanya.
Beliau turut mencadangkan satu jawatankuasa ditubuhkan untuk melihat kembali perkara ini daripada pelbagai sudut.
"Jawatankuasa ini perlu melibatkan semua pihak berkepentingan termasuklah orang Islam dan bukan Islam, kerajaan dan Majlis Raja-raja.
"Ini dapat memastikan supaya apa yang dirumuskan lebih harmoni dan tidak bercanggah dengan Perlembangaan dan menguntungkan semua pihak," katanya.

PRU14: Pas yakin menang sembilan kerusi di WP


KUALA LUMPUR - Pas Wilayah Persekutuan sekali lagi mengumumkan hasrat untuk bertanding di sembilan kerusi pada PRU14.
Pesuruhjayanya, Mohamad Noor Mohamad berkata, kawasan disenaraikan adalah Titiwangsa, Putrajaya, Labuan, Batu, Lembah Pantai, Wangsa Maju, Setiawangsa, Segambut dan Bandar Tun Razak.
“Kita sudah buat keputusan daripada 13 kawasan parlimen, kita akan bertanding di sembilan kerusi ini.
Pas “Walau bagaimanapun, dari segi keputusan mutakhir, ia masih lagi bergantung kepada keputusan Pas pusat untuk menentukannya.
"Tetapi dari segi hasrat, kita mahu bertanding di sembilan kerusi ini,” katanya pada sidang media selepas program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden Peringkat Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.
Menurutnya, beliau yakin Pas mempunyai peluang untuk menang di kawasan-kawasan yang dinyatakannya berdasarkan sokongan masyarakat terhadap parti itu.
“Jika kita dapat bertanding di kawasan-kawasan tersebut, inilah sejarah paling banyak Pas bertanding dalam PRU dalam negara kita.
“Dengan berlakunya beberapa isu di negara ini, kita melihat masyarakat sudah dapat menerima kehadiran Pas sebagai wakil kepada masyarakat dalam menghadapi PRU akan datang,” katanya.
Beliau berkata, diperingkat terkini, Pas sedang memperkemas jentera parti bagi memastikan tanggungjawab semua pihak dapat dilaksanakan dengan baik.
“Persiapan jentera kita telah lakukan sejak dulu lagi dan kita sudah bersiap sedia memandangkan masanya juga semakin dekat,” katanya.

PRU14: Hisham mahu jentera Umno dekati 600,000 alumni PLKN

Hishammuddin berkata terdapat kira-kira 600,000 alumni PLKN berdasarkan pangkalan data Kementerian Pertahanan dan setakat ini hanya 400,000 dapat dijejaki.
hishamuddin-umno-plkn
SEREMBAN: Jentera Umno perlu mendekati alumni Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang berpotensi menjadi pengundi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata terdapat kira-kira 600,000 alumni PLKN berdasarkan pangkalan data Kementerian Pertahanan dan setakat ini hanya 400,000 dapat dijejaki.
“Bagi saya penting kita dekati mereka kerana dah 10 tahun kita mengadakan program PLKN ini, yang terasnya banyak berkisar kepada patriotisme.
“Sekarang ini mereka telah pun sampai kepada tahap yang mana mereka akan mengundi. Sebab itu penting kalau kita dapat menjejaki dan mendekati mereka serta mengingatkan kepada mereka bahawa ini bukan politik kosong,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Rembau di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi di sini hari ini.
Hishamuddin yang juga menteri pertahanan berkata, selain almuni PLKN, kementeriannya juga mensasarkan untuk terus mendekati warga Kementerian Pertahanan yang terdiri daripada tentera, wataniah dan veteran.
“Ini merupakan tanggungjawab kita, anaggota Umno, untuk menerangkan dan membantu mereka,” katanya.

4 Umno bahagian Sabah terima peruntukan RM8 juta wang rakyat..??

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman hari ini mengumumkan peruntukan berjumlah RM8 juta yang diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, untuk membiayai pelaksanaan projek kecil di kawasan Umno Bahagian Pensiangan, Ranau, Keningau dan Tenom.
Peruntukan yang akan disalurkan melalui ketua-ketua Umno empat bahagian berkenaan diumumkan oleh Musa ketika merasmikan persidangan serentak Perwakilan Umno Bahagian Ranau, Pensiangan, Tenom dan Keningau hari ini, dengan setiap bahagian akan memperoleh RM2 juta.
"Bagi pihak Bahagian Umno Zon 4 (Ranau, Tenom, Pensiangan dan Keningau), saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kebaikan hati presiden parti kita memberi peruntukan RM8 juta pada hari ini. Begitulah pemimpin Umno dan BN.
"Perdana Menteri yang juga pengerusi BN sentiasa sedar bahawa negeri Sabah mempunyai kawasan yang kedua terbesar di negara kita ini dan sentiasa memberi peruntukan besar kepada kita hari demi hari," katanya.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Setiausaha Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Yahya Hussin, masing-masing ketua Umno Bahagian Ranau, Pensiangan, Tenom dan Keningau iaitu Datuk Seri Masidi Manjun, Datuk Abdul Ghani Yassin, Datuk Rubin Balang dan Datuk Sairin Karno.
​​​​​​​Justeru, kata Musa, rakyat perlu terus memberi sokongan kepada Umno dan BN serta kepimpinannya kerana mereka sentiasa bekerja untuk menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat tanpa mengira sama ada pada musim pilihan raya ataupun tidak.
Katanya anggota dan kepimpinan Umno dan BN tidak perlu gentar untuk berhadapan dengan pembangkang kerana Umno dan BN mempunyai bukti kukuh mengenai pelbagai bentuk pembangunan yang dilaksanakan untuk kesejahteraan hidup rakyat.

Selepas bendera Indonesia terbalik, bendera Brunei pula tersalah


Kecuaian pihak jawatankuasa pengelola Sukan SEA membabitkan bendera negara jiran dilihat memalukan nama MalaysiaBelum reda kemarahan Indonesia ekoran bendera negara mereka dicetak secara terbalik pada buku cenderamata sempena upacara pembukaan rasmi Sukan SEA 2017 semalam, giliran rakyat Brunei Darussalam pula dilihat naik angin.
Tular di media sosial hari ini satu kenyataan yang mengecam pihak Malaysia sebagai penganjur sukan dwitahunan ke-29 itu ekoran pemilihan bendera Brunei yang salah pada skrin markah membabitkan nama pemain negara berkenaan.
Individu tersebut mendakwa paparan jalur merah di tengah-tengah bendera tersebut adalah lambang bendera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Sehubungan itu, beliau mendesak supaya Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menghantar semula pegawai terbabit ke sekolah rendah.
"Bendera Brunei pun tak tahu ke? Ini bendera Angkatan Bersenjata kitorang lah bodoh. Cakap tak serba bikinlah organizer Sukan SEA Malaysia ni. Stupid idiot!" ujarnya berang.
Imej yang tersebar di media sosial itu memaparkan nama pasangan duet acara renang berirama dari Brunei, Nur Hafizah Ahmad dan Jacqueline Lim Guan Fan di sebelah lambang yang dianggap pihak penganjur itu sebagai bendera Brunei.
Semalam, Jawatankuasa Pengelola KL 2017 (Masoc) menerusi satu kenyataan memohon maaf kepada rakyat Indonesia ekoran kesilapan bendera republik itu yang dicetak secara terbalik dengan warna merah di bahagian bawah dan putih di atas.
“Pengerusi, Khairy Jamaluddin akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Imam Nahrawi (Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia) esok (hari ini) untuk sekali lagi memohon maaf bagi pihak Masoc.

“Kesilapan ini adalah amat dikesali dan kami percaya hubungan erat antara kedua-dua negara akan diperkukuhkan di bawah semangat Sukan SEA,” dipetik daripada kenyataan yang turut silap mengeja perkataan cenderamata pada perenggan pertama sebagai 'cendermata'.

SILAP ATAU....???

KANTOI LAGI !!!.. Sejak bila ada negara baru 'Tentera Laut Diraja Brunei' dalam Sukan SEA ??!.. ker staf2 (berkaitan dgnnya) & menteri Khairy Jamaluddin dlm Kementerian Belia dan Sukan #KBS makan gaji buta.

1 kali silap (pada bendera Indonesia) org boleh terima maaf.. TETAPI DAH 2 kali silap ini apa cerita !!

Jangan lah memalukan kami & perbodohkan satu Asia Tenggara.

SELAGI UMNO@BN MEMERINTAH..SISWAZAH MEREMPAT DAN TERUS BERHUTANG UNTUK KRONI..!!!

Inilah realitinya jika k'jaan Umno/BN terus bermaharajalela pegang tampuk pemerintahan negara pengangguran terus meningkat w'pon Najib berulang2 kali katanya.. ekonomi negara bertambah kukuh, mapan, berada di landasan yang betul & pelabur2 dari luar negara berebut nak melabur di Malaysia..

HAKIKATNYA.. berpuluh2 IPT gelojoh diwujudkan dlm negara demi mengayakan kantong2 kroni. Maka penyangak PTPTN pon diwujudkan kononnya utk bantu pelajar2 BUAT HUTANG BERPULUH-PULUH RIBU RINGGIT !!!

MASIH LAGI NAK SOKONG & UNDI BN, kenapa ?

Bagaimana Isa Samad boleh menyawit kelapa sawit sampai boleh ada RM100 RIBU 'CASH' DI RUMAHNYA ??!.. Buah sawit jenis emas ka !!!

TAK MUSTAHIL jika ada peneroka masih kata..
"...SYUKUUUURR..!! POKOK SAWIT MASIH BERBUAH.
BN MENANG, RAKYAT SENANG..."

FOTO (atas): Projek perumahan untuk Generasi kedua di Felda Bukit Tajau, Maran Pahang bernilai RM10.5 juta ini dibiar tenggelam dalam semak samun. Bila Perdana Menteri umum peruntukan RM1.4 bilion pada tahun 2012 untuk menyediakan 20 ribu unit rumah seluruh negara.

FOTO (bawah):
Bila terbukti ketirisan byk berlaku dalam FELDA, terus letak jawatan. Kehidupan bertambah mewah. SPRM & pihak berkuasa buat apa?

Penganalisis tak setuju kos sara hidup tidak jejas undi BN

Penganalisis Wan Saiful Wan Jan dan Mohamad Hisomuddin Bakar bagaimanapun ragu-ragu adakah rungutan rakyat cukup untuk menukar kerajaan.
wan-saiful
Badan pemikir tidak setuju dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang mendakwa isu kos sara hidup yang sering dimainkan pembangkang tidak akan menjejaskan undi untuk Barisan Nasional.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata pemimpin veteran Umno itu tersilap jika menganggap warga kota dan kampung akan terus setia kepada BN.
“Haikatnya orang di bandar dan kampung bergelut dengan kos sara hidup,” katanya.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre Mohamad Hisomuddin Bakar turut tidak bersetuju dengan Tengku Razaleigh, berdasarkan kepada tinjuan di lapangan yang menunjukkan orang ramai tidak berpuas hati dengan kerajaan.
“Mungkin itu persepsi beliau, menganggap pengundi terutamanya orang Melayu setia dengan BN.”
Tengku Razaleigh semalam berkata isu yang dibangkitkan pembangkang tidak akan melemahkan BN, dan menambah orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan isu yang disifatkan sebagai perkara biasa dalam politik.
Beliau akui rakyat merasai kesan kenaikan harga barang namun itu bukan alasan untuk menolak BN pada pilihan raya umum ke-14 nanti.
Bagaimanapun, 2 penganalisis itu ragu-ragu rungutan dan ketidakpuasan hati orang ramai itu akan mempengaruhi pembuangan undi nanti.
Wan Saiful berkata ada kebenaran pada pandangan bekas menteri kewangan itu yang masalah kos sara hidup tidak cukup untuk menyebabkan pengundi menyokong pembangkang.
“Masyarakat mahu tengok apa yang mampu ditawarkan pembangkang, dan sama ada tawaran itu cukup meyakinkan mereka untuk melakukan perubahan,” katanya.

Tiba-tiba kerajaan Umno@Bn sedia pertimbang RCI kaji tragedi Memali

Sekiranya ditubuhkan, RCI itu merupakan suruhanjaya siasatan kedua yang ditubuhkan untuk menyiasat peristiwa yang berlaku di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
zahid-memali
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan sedia pertimbangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji tragedi Memali 1985 jika ada permintaan.
Sekiranya ditubuhkan, RCI itu merupakan suruhanjaya siasatan kedua yang ditubuhkan untuk menyiasat peristiwa yang berlaku di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Kerajaan sedia mempertimbangkan penubuhan RCI terhadap Tragedi Memali sekiranya terdapat individu, pertubuhan atau parti politik yang meminta,” katanya di Twitter hari ini.
PAS pada 16 Ogos lalu menggesa kerajaan menubuhkan RCI dan menggesa kerajaan memohon maaf di atas konfrontasi antara pihak berkuasa dan pengikut penceramah agama Ibrahim Mahmud 32 tahun lalu di Kampung Memali di Baling, Kedah, yang menyaksikan Ibrahim, 13 pengikutnya dan 4 anggota polis terbunuh.
Kerajaan pernah menerbitkan kertas putih Peristiwa Memali yang dikemukakan dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada 1986.
Namun Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata saksi kejadian mendakwa Kertas Perintah 21 itu satu “pembohongan”.
Isu ini kembali hangat selepas kekecohan yang berlaku di forum “Nothing to Hide 2.0” Ahad lepas, selepas objek dilontarkan ke pentas semasa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan hadirin mengenai peristiwa itu.
Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata PAS sengaja menimbulkan isu Memali demi meraih undi orang Melayu untuk pilihan raya umum ke-14 nanti.

'PRU14 penentuan jatuh, bangun Umno' sembang Puteri Umno

Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) merupakan penentu kepada jatuh bangun Barisan Nasional yang ditunjangi Umno dan ekoran itu semua anggota Umno termasuk Puteri perlu bekerja keras membantu memenangi PRU kali ini, kata Naib Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Zahida Zarikh Khan.
Beliau berkata zaman Umno dan Barisan Nasional (BN) mampu menang mudah pada setiap PRU sebelum ini telah berlalu malahan kini Umno serta BN terus diasak dari pelbagai penjuru.
"Tuntutan rakyat kini juga sangat berbeza dengan yang dahulu, pandangan orang muda kini tidak sama dengan orang dahulu, karekter pengundi juga jauh berbeza kerana terdedah dengan pelbagai media baru yang menjadi pemangkin kepada cara mereka berfikir dan bertindak," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan pergerakan puteri Umno Bahagian Silam di Lahad Datu, Sabah hari ini.
Sehubungan itu, Zahida berkata dalam memenangi undi golongan muda itu anggota Puteri juga perlu seiring malah perlu lebih bijak, matang dan pantas mengawal cara pemikiran dan tindakan pengundi kini.
Dalam pada itu, Zahida ketika ditemui pemberita berkata kira-kira 400,000 anggota Puteri di seluruh negara perlu lebih aktif dalam menjadi agen untuk menangkis serangan musuh dan membantu mempertahankan parti dan presiden.

'Di Malaysia lagi bohong lagi laku'

Berbeza di negara Barat yang mengutamakan nilai integriti seperti kejatuhan Bill Clinton sebagai Presiden Amerika Syarikat ekoran ‘Skandal Lewinsky’ pada 1998, lain pula keadaannya di negara ini.
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berpendapat individu yang terbukti berbohong di Malaysia dilihat tidak terjejas kedudukannya.
"Bill Clinton mulanya tak mengaku ada skandal dengan Monica. Akhirnya selepas disiasat dia mengaku. Di Barat itu tidak salah, yang salahnya berbohong.
"Di Malaysia, lagi bohong lagi laku. Seorang ustaz kata azan diharamkan di Pulau Pinang. Tapi kuliahnya semakin laku," katanya.
Shaharuddin IbrahimTahun lalu, Yang Dipertua Pas Padang Serai, Shaharuddin Ibrahim dalam tazkirahnya mengeluarkan kenyataan yang dipetik, "Kalau DAP menguasai negara... nuu Pulau Pinang tuan-tuan, bang (azan) dah tak boleh dah, bang (azan) tak boleh dah tuan-tuan."
Sehubungan itu, Mohamad menyifatkan hal tersebut berlaku kerana soal maruah tidak diberi penekanan dalam masyarakat Islam.
"Ada seorang ustaz kata masjid di Singapura sekarang ditutup sebab Cina memerintah. Padahal, masa Ramadan lalu masjid di Singapura dibuka. Tapi, lagi laku kuliahnya sekarang.
"Kenapa orang Islam jadi begini?" soal Mohamad yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu itu dalam ucapan perasmian Konvensyen AMANAH Wilayah Persekutuan di Central Plaza, Jalan Sultan Ismail hari ini.
Lantaran itu, beliau menyeru supaya ahli AMANAH mengamalkan prinsip Rahmatan Lil 'Alamin dengan mencontohi negara luar yang dilihat menghampiri akhlak Islam.
Menurutnya, beberapa negara Scandinavia memiliki integriti dan amalan baik yang menuntut tanggungjawab setiap ahli AMANAH untuk mengembalikan nilai-nilai tersebut.
"Bukan kita memuja mereka di negara Barat. Kita kena kembalikan zaman keemasan Islam itu walau mengambil masa. Di negara Eropah, NGO mereka melempar makanan (kepada pelarian).
"Di negara Islam, kita jumpa kubur menanam mayat pelarian secara beramai-ramai di sempadan Malaysia-Thailand," ujar Mohamad lagi.

Kenapa RCI 1MDB didiamkan, soal Mat Sabu



Mohamad Sabu konvensyen Amanah Wilayah PersekutuanSuruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) paling wajar ditubuhkan, tegas Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.
Menurutnya, isu berkaitan syarikat pelaburan negara sarat hutang itu tidak harus didiamkan memandangkan telah menjejaskan nama baik Malaysia.
"Apa-apa pun termasuk RCI 1MDB. Kenapa didiamkan? Itu paling besar. Malu pada dunia," katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen AMANAH Wilayah Persekutuan kali kedua di ibu negara hari ini.
Terdahulu, beliau ditanya pemberita berkenaan desakan Pas supaya RCI berkaitan peristiwa berdarah Memali di Baling, Kedah pada tahun 1985 ditubuhkan.
"Tiada masalah (ditubuhkan)," jawabnya ringkas sambil berkata hal tersebut bagaimanapun tidak bererti AMANAH menyokong Pas.
Berhubung keperluan Tun Mahathir untuk memohon maaf ekoran tragedi yang mengorbankan 14 orang awam dan empat anggota polis itu, Mohamad berkata, hal tersebut terpulang kepada bekas Perdana Menteri berkenaan.
Bekas Timbalan Presiden Pas itu bagaimanapun tidak dapat memberikan pandangan lanjut bagi pihak Tun Mahathir.
Beliau menyifatkan insiden Memali sengaja dimainkan setiap kali menghampiri pilihan raya serta ketika berlaku peristiwa tertentu sebelum kemudiannya lenyap begitu sahaja.
"Ini polemik pilihan raya. Bila Tengku Razaleigh Hamzah tubuhkan Semangat 46 (Parti Melayu Semangat 46 pada 1988), isu ini dimainkan, selepas itu diam.
"Terserah kepada dia (Mahathir). Dia orang yang bijak," ujar Mohamad lagi yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu.
Sementara itu, Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan, Dr Hatta Ramli dalam sidang media sama menambah, isu lain turut dibangkitkan kembali ekoran penglibatan Mahathir di pihak Pakatan Harapan.
'Isu (kumpulan) al-Maunah (pada 2000) ditimbulkan, (sebab) berkaitan Tun Mahathir. Itulah menunjukkan betapa gerunnya mereka (Umno-BN) kepada Tun Mahathir," ujarnya.

Perumahan Awam: Bangunkan sendiri bukan serah kepada swasta


AMANAH Wilayah Persekutuan menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membangunkan sendiri Perumahan Awam (PA) di lot tanah rizab sedia ada bagi mengelak harga unit baharu yang ditawarkan melambung di luar kemampuan warga kota.
Pengerusinya, Dr Hatta Ramli berkata, tanah-tanah PA sedia ada disaran dijadikan bank hartanah yang dibangunkan pihak DBKL bukannya diserah kepada pemaju swasta.
Konvensyen Amanah Dr Hatta RamliMenurutnya, projek pembangunan semula PA difahamkan akan berserta komponen komersial dengan meruntuhkan struktur yang pada masa ini didiami penghuni yang majoritinya adalah menyewa.
"Saya dimaklumkan bagi yang telah menjadi tuan punya di rumah PA dulu, mereka dapat unit percuma. Tiga bilik tidur dengan keluasan 800 kaki persegi.
"Tapi kebanyakan yang ada di perumahan awam pada masa ini adalah penyewa. Ada yang menyewa lebih 30 tahun dan hampir 40 tahun kerana DBKL konsepnya adalah menyewa tidak jual.
"Mereka ini akan diberi unit yang diberi pada harga diskaun," ujarnya pada sidang media sempena Konvensyen AMANAH Wilayah Persekutuan di ibu negara hari ini.
Bulan lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilapor memberitahu terdapat 45,000 unit rumah yang disewakan di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA).

Sehubungan itu, Dr Hatta khuatir jika harga kediaman bagi segmen komersial yang ditawarkan terlalu tinggi memandangkan pembangunan semula PA akan dilakukan pihak swasta.
"Tanah-tanah perumahan awam sedia ada akan diberi kepada syarikat swasta untuk dibangunkan. Tentulah ada komponen keuntungannya maka harga rumah (walaupun) mampu milik tetapi terlalu mahal.

NAJIB SEMAKIN TERDESAK

DAP mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin terdesak  memenangi hati rakyat, apabila dilihat kerap menyindir ahli dan parti pembangkang sejak kebelakangan ini.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata, tindakan Najib itu amat lucu kerana membuat perbandingan skandal melibatkan parti pembangkang, sedangkan beliau sendiri juga terpalit dengan beberapa skandal.
“Memetik tulisan di dalam blog beliau mengatakan, yang lucunya baru-baru ini sudah mula terbongkar di negeri-negeri mereka tentang skandal banglo, harga terowong, pintu gerbang dan lebuh raya yang dibina berlipat ganda lebih tinggi daripada sepatutnya. Ke mana hilangnya wang ini? Apakah skandal kewangan mereka ini tujuan untuk membina MRT dengan lebih murah?
“Ini amat jelas, Najib seorang pemimpin paling ‘shameless’ seluruh dunia. Beliau berani membandingkan fitnah terhadap kes pembelian banglo Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan skandal peribadi dan keluarga beliau yang berkaitan 1MDB dan SRC International,” ujarnya dalam kenyataan, semalam.
Katanya, Najib tidak sepatutnya membandingkan skandal rumah Guan Eng dengan skandal peribadinya kerana skandal rumah itu tercetus hasil tohmahan pemimpin BN, selain Guan Eng sudah beberapa kali menafikan dakwaan itu.

PERKASA terkejut PM mahu pahala, bukan undi

PERKASA melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini yang tidak mengharapkan undi daripada rakyat Kelantan sebaliknya hanya mahukan pahala.
Presidennya, Datuk Dr Ibrahim Ali berkata hal ini kerana ia berbeza dengan apa yang dilakukan perdana menteri itu sebelum ini.
"Isunya ialah dia tetapi akan bagi walaupun rakyat Kelantan tak undi dia, tak ada masalah sebab dia nak pahala saja, terkejut saya dengar sebab saya tengok di peringkat pusat banyak dasar yang diubah.
"Banyak permintaan Dong Zong, Hindraf dan golongan-golongan tertentu minta perkara yang kita tengok bertentangan dengan perlembagaan termasuk biasiswa dilaksanakan hanya kerana nak ambil hati, untuk dapatkan undi, sampai ke peringkat itu.
"Tapi berbeza di Kelantan, jadi saya tak faham dengan Najib ini atau pun dia fikir apa pun dia buat di Kelantan mereka tetap tak bagi undi," kata Ibrahim mengulas lawatan Presiden Umno itu baru-baru ini ke Kelantan.
Beliau berkata dalam sidang media selepas merasmikan Kongres Melayu Wilayah Persekutuan anjuran PERKASA Wilayah Persekutuan, di Kuala Lumpur hari ini.
Najib ketika berucap merasmikan bangunan tambahan Hospital Jeli, Kelantan pada 12 Ogos berkata kerajaan pusat tidak pernah menghukum rakyat Kelantan hanya semata-mata kerana tidak menyokong BN.

Nong Chik tawar tanding di Lembah Pantai tebus kekalahan PRU13

Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, ketua Umno Lembah Pantai berkata, perjuangan beliau belum lagi selesai sebab gagal menawan semula kerusi tersebut dalam PRU13.
nong-chik
Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hari ini berkata beliau menawarkan diri sebagai calon kawasan Lembah Pantai dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana berasa bertanggungjawab atas kekalahan lepas.
Dipetik Bernama, Ketua Umno Lembah Pantai berkata, perjuangan beliau belum lagi selesai sebab gagal menawan semula kerusi tersebut dalam PRU13.
“Untuk PRU kali ini, saya mendapat sokongan daripada akar umbi dan pengundi juga mahukan saya kembali dicalonkan.
“Walaupun kita perlu pastikan kita menang dan yakin dengan kekuatan jentera kita kali ini tetapi jangan pandang senang meskipun sekiranya bersaing dengan pencabar yang tidak dikenali… kali ini BN ‘underdog’ di Lembah Pantai,” kata beliau kepada pemberita selepas Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Lembah Pantai hari ini.
Pada PRU13, Nurul Izzah Anwar menewaskan Raja Nong Chik dengan majoriti 1,847 undi. Dalam PRU 2008 Nurul Izzah merampas kerusi itu dari tangan Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Persidangan itu dirasmikan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani.
Dalam pada itu, Johari yakin Barisan Nasional (BN) akan dapat merampas semula kerusi Parlimen Lembah Pantai yang disandang Nurul Izzah, naib presiden PKR, berdasarkan maklum balas daripada komuniti setempat, selain komitmen padu yang ditunjukkan BN.

Johari: GST kekal tapi kelemahan akan dibaiki

Johari berkata antara cadangan penambahbaikkan adalah memperketatkan aspek penguatkuasaan bagi mengesan peniaga yang cuba mengelak daripada membayar GST.
Johari-Abdul-Ghani_gst_new_600
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menambah baik kelemahan dalam pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), yang diperkenalkan sejak 1 April 2015, bagi menjadikan sistem percukaian itu lebih efisien, kata Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani.
Beliau berkata antara cadangan penambahbaikkan adalah memperketatkan aspek penguatkuasaan bagi mengesan peniaga yang cuba mengelak daripada membayar GST.
“Kita tidak akan ubah sistem ini tetapi kita akan perbaiki banyak benda agar ia lebih efisien, baik bagi kerajaan dan baik bagi generasi akan datang.
“Kita kena buat penguatkuasaan yang begitu teliti dari segi pembayaran GST kerana ada peniaga yang berdegil dan cuba lari daripada membayar GST sedangkan ia tidak adil buat peniaga dan rakyat yang membayar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Lembah Pantai di sini hari ini.
Johari berkata demikian semasa mengulas tindakan pembangkang yang berterusan memainkan isu GST dan menabur janji akan memansuhkan GST bagi meraih sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

Laporan siasatan skandal FGV akhir bulan ini

Felda Global Venture Holdings Bhd (FGV) dijangka menerima laporan daripada panel siasatan dalaman ke atas empat orang bekas ahli lembaga pengarahnya pada penghujung bulan ini, kata Pemangku Pengerusi FGV, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob.
Bercakap kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika menghantar seramai 76 jemaah haji yang diuruskan Felda Travel hari ini, beliau berkata lembaga pengarah FGV akan membuat keputusan berdasarkan penemuan dan laporan panel siasatan.
"Sama ada (empat orang yang disiasat) bersalah atau tidak, kita buat keputusan (selepas terima laporan panel siasatan).
"Lembaga pengarah akan fikir apa tindakan selanjutnya. Ini siasatan dalaman jadi ia adalah hak mutlak lembaga pengarah," katanya lagi.
Tambah Sulaiman, pada masa ini tiga daripada empat bekas ahli lembaga pengarah sudah selesai disoal dan hanya berbaki seorang lagi.
Siasatan ke atas setiap seorang bekas ahli lembaga pengarah mengambil masa seminggu.
“Proses siasatan ini masih berterusan dan setakat ini semua yang terlibat bekerjasama yang baik kepada ahli panel.
"Panel siasatan berkenaan yang dianggotai oleh tiga ahli adalah bebas kerana mereka tidak terlibat dalam keputusan untuk mengambil tindakan,” katanya.

Laporan sebelum ini menyebut empat orang yang disiasat ialah bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulan FGV Datuk Zakaria Arshad, bekas ketua pegawai kewangan kumpulan Ahmad Tifli Mohd Talha serta dua lagi pegawai pengurusan kanan.
FGV dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia sebelum ini berkata, lembaga pengarah FGV memutuskan untuk merujuk Zakaria dan Ahmad Tifli kepada panel siasatan dalaman selepas menilai dan menimbang surat tunjuk sebab mereka berhubung isu berkaitan dengan hutang tertunggak Safitex Trading LLC kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd.

SKANDAL FELDA & FGV: SUDAH DIJANGKA...

Akhirnya Isa Samad bebas daripada tahanan reman hari ini selepas ditahan selama 5 hari bagi membantu dalam siasatan kes pembelian 2 hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) yg berjumlah RM490 juta..

TAHUKAH ANDA.. Terkini, SPRM sedang siasat pembelian hotel FIC ke-3 yang mencurigakan iaitu Hotel Grand Borneo di mana FIC dilaporkan bayar RM86.4 juta bagi pembeliannya pada 2012.

Jika pada siasatan pembelian 2 hotel oleh FIC Isa Samad ditahan, direman & telah dibebaskan.. adakah pada siasatan hotel ke-3 nnti Isa samad AKAN DITAHAN, DIREMAN SEKALI LAGI ??!

Siapakah Zahid sebenarnya ??!

WOWW !!.. Hanya dalam tempoh dua tahun Zahid duduki kerusi nombor dua dalam kerajaan, sekurang-kurangnya beliau sudah mengucapkan 5 atau 6 kali ikrar taat setia TERMASUKLAH YANG TERKINI wala' kepada Najib hingga ke hujung nyawa pula.

TAHUKAH ANDA.. tak pernah mana2 TPM sebelum ini buat sekerap yang Zahid 'komedi' lakukan, malah tiada juga yang pernah berwala' hingga ke hujung nyawa dengan mana2 PM.

7 hari selepas selipar dan suar dibaling

Seminggu lalu, pada hari ini ia berlalu. Namun selepas tujuh hari bau asap suar seakan-akan masih melekat di pakaian. Imej-imej kasut, selipar dan kerusi terbang masih jelas terbayang dalam kepala seolah-olah ia baru semalam terjadi.
Sebagai wartawan ditugaskan untuk melaporkan program Nothing To Hide 2.0 itu, ia adalah tanggungjawab yang berat, berdasarkan pengalaman melaporkan Nothing To Hide pertama di PWTC dulu.
Dua tahun lalu, bekas perdana menteri selama 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad hanya sempat berucap kira-kira lima minit sebelum polis menamatkan ucapannya dan diiring keluar dari forum itu.
Hati berbisik: sesuatu akan berlaku.
Hari ini pada minggu lalu rupa-rupanya aku akan menulis sejarah buat tokoh yang digelar pengagumnya sebagai Bapa Pembangunan Negara.
Pada hari kejadian, aku tiba lebih awal ke lokasi forum di Seksyen 7 Shah Alam. Disebabkan masih ada waktu, aku memerhatikan peserta yang hadir dan mendaftar.
Biasa-biasa saja mereka, kecuali sekumpulan remaja yang aku jangka berusia lingkungan 20 tahun.
Ia agak pelik kerana pada usia begitu mereka hadir. Pada tangan sesetengah mereka kelihatan gumpalan kain merah yang kemudian kulihat adalah baju T bertulis ARMADA.
Sebahagian daripada mereka pula lebih pelik - berkaca mata tanpa cermin.
Aku sempat tergelak kecil kerana fesyen rambut yang digayakan mereka pelik dan jelik. Ada yang botak di depan tapi berekor di belakang, ada juga yang berambut namun dibuat beberapa garisan halus dikepala.
Ah fesyen anak muda masa kini, dugaku.
Tak ada reaksi
Kira-kira jam 3.30 petang, aku masuk ke dewan. Semua peserta sudah siap mengambil tempat. Aku anggarkan sekitar 500 orang memenuhi dewan yang disusun ala dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) idea Datuk Seri Najib Razak.
Beberapa ruang dipecah-pecah, dengan satu ruang khas untuk delegasi tetamu undangan; satu bahagian lagi, ruang khas untuk pengamal media; manakala beberapa baris kerusi kelabu disusun di belakang pentas, untuk pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Dr Mahathir yang mengenakan baju warna tema Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) mengambil tempat di bahagian tengah manakala sebuah kerusi lagi ditandakan dengan nama “Najib Razak” dibiarkan kosong.
Dr Mahathir, usianya sudah 92 tahun, tapi dia tetap kelihatan sihat, bersemangat dan tiada tongkat menyokongnya. Dia masih dapat berdiri dengan tegap.
Sesi soal jawab itu pada mulanya berlangsung dengan aman dan santai. Dr Mahathir menjawab setiap persoalan dengan bersahaja.
Namun, aku sempat memerhatikan gelagat anak muda yang aku jumpa di meja pendaftaran sebentar tadi. Mereka tidak memberi sebarang reaksi terhadap jawapan Dr Mahathir sehinggalah soalan berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim diajukan kepadanya.
Tiba-tiba penyelaras program itu Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir menghampiriku dan memaklumkan, terdapat kumpulan remaja yang bukan dari parti itu di situ.
Dia juga memintaku untuk memerhati keadaan sekeliling.
Pada ketika itu, individu bernama Fariz Hadi bertanyakan soalan mengenai Anwar dan apakah Dr Mahathir sedia untuk meminta maaf kerana memenjarakan bekas timbalannya itu.
Tak dapat dibendung
Selepas soalan diajukan kepadanya, kedengaran tepukan tangan dari kumpulan remaja pelij tadi meskipun Dr Mahathir masih belum memberikan jawapan.
"Saya jumpa dengan Anwar. Yang peliknya dia tidak tanya soalan itu. Anwar tidak tegur saya buat aniaya kepada dia atau tidak. Itu (isu tuduhan mahkamah) perkara lama.
"Kalau kita nak ungkit perkara lama, sampai sudah tak habis. Saya jumpa Anwar banyak kali, Anwar tak minta pun saya minta maaf,” kata Dr Mahathir, menyebabkan keadaan sedikit tegang.
Kemuncaknya tiba apabila bekas exco ARMADA Mohamad Taufik Abas bertanyakan mengenai kejadian Memali yang berlaku 32 tahun dahulu.
Dr Mahathir mempertahankan tindakan polis dalam tragedi pada 1985, menyebabkan 'kemarahan' sebahagian peserta forum itu tidak dapat dibendung.
Maka terjadilah aksi baling kasut, suar dan kerusi kepada bekas perdana menteri itu.
Pada ketika itu aku yang berada dari arah kanan pentas melihat kasut bewarna hitam terbang ke arah Dr Mahathir, diiukuti selipar dan akhirnya suar, menyebabkan petugas keselamatan program berkerumun kearah Dr Mahathir dan cuba membawanya keluar dari situ.
Dewan kecoh, pihak keselamatan cuba menangkap orang yang mula-mula membaling kasut, selipar dan suar itu. Maka berlaku pergaduhan di dalam dewan itu.
Di sebelah kawasan pengamal media pula, jurufoto dan juruvideo berlari laju kearah suar tersebut bagi mengambil imej terbaik, manakala wartawan pula turut memerhatikan keadaan sekeliling.
Siapa halang pintu
Dalam keadaan yang kecoh itu itu, asap dari suar mula memenuhi dewan kecil itu, dan aku dan rakan wartawan meja bahasa Cina, Yap Jia Hee, tidak ada pilihan yang banyak selain cuba keluar dari pintu yang paling hampir dengan kami, iaitu pintu belakang.
Ketika itu, pengawal keselamatan cuba menolak daun pintu bagi membolehkan kami serta suami isteri yang membawa anak lelaki berumur dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun keluar.
Pelik lagi - ada beberapa individu yang menghalang kami dari keluar dengan menahan daun pintu.
Maka berlakulah tolak-menolak dari dua arah.

Tok Him: 'Saya raja rasis Malaysia, so what?'

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Dr Ibrahim Ali mengakui dirinya "Raja Rasis Malaysia".
Malah, ketua gerakan NGO pendesak Melayu itu berkata beliau tidak peduli sedikit pun kecaman dan cemuhan yang dilemparkan orang kepadanya.
Kata Ibrahim, semua kecaman dan cemuhan itu hanya menjadikan beliau dan PERKASA semakin kuat.
Tegas Ibrahim lagi, ini kerana pihaknya hanya bergerak mengikut lunas perundangan dan mempertahankan hak-hak yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
"Saya nak maklumkan kepada tuan, puan, saya sangat bangga dan nak mengaku saya raja rasis Malaysia, so what? So what?
"Siapa yang kata kita rasis, siapa kata kita kecil, siapa yang menghina kita, persetankan mereka," kata Ibrahim.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kongres Melayu Wilayah Persekutuan anjuran PERKASA Wilayah Persekutuan, di Kuala Lumpur hari ini.

Pas perasan jadi 'king maker', kata Husam



Pas tidak realistik apabila mendakwa parti itu boleh menjadi 'king maker', kata Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa.
Beliau berkata, dalam situasi Pas tidak bersama Pakatan Harapan (PH) parti itu tidak diyakini dapat mengekalkan 23 kerusi parlimen yang disandang jika berlakunya pertandingan tiga penjuru.
Husam Musa Konvensyen Amanah Perak"Pas mendakwa dia boleh bertanding 100 kerusi parlimen dan 40 kerusi dalam tangan. Tambah lagi jadi 80, tambah lagi jadi 100 dan dia boleh jadi 'king maker'.
"Sekarang Pas ada 23 kerusi dalam parlimen. Adakah boleh dijamin selepas pilihan raya akan datang Pas ada 23 kerusi? Kerusi Temerloh (Pas) tiga penjuru, Bukit Gantang, tiga penjuru, selesai, Kota Raja Pas jangan bermimpi.
"Saya kira-kira tinggal tiga atau lima kerusi Pas. Kalau dapat lima kerusi Parlimen siapa siapa nak lantik dia jadi 'king maker'?
"Ini bahasa yang tidak logik yang dilontar oleh Pas. Tapi bagi orang Pas yang tak faham apa dia anggap Pas 'king maker'," katanya sewaktu merasmikan Konvensyen AMANAH Perak di Ipoh, hari ini.
PH boleh menang di Perak
Beliau juga yakin PH mampu mengambil alih Perak dari BN jika mengekalkan formula yang digunakan pada tahun 2008 iaitu pembangkang meletakkan satu calon sahaja menjadi perlawanan satu lawan satu.
"Seingat saya formula pada 2008 ialah antara lain bagi mengelakkan pembaziran kekuatan kita walaupun kita tidak dalam satu platform yang sama kita setuju supaya pembangkang hanya meletakkan satu calon di satu-satu tempat untuk membolehkan kita mendapat undi maksimum rakyat bagi mengalahkan Umno.
"Oleh itu satu lawan satu diwujudkan. DAP pun bersetuju walaupun bukan dalam pakatan. PKR setuju kerana dia rakan Pas ketika itu. Ketika itu temanya bukan menjatuhkan kerajaan tapi mengurangkan majorti BN," katanya.
Beliau berkata, PH di Perak perlu menyusun strategi untuk mengambil kerusi tradisional Umno-BN.
"Kita ingin mengulangi pencapaian ini tinggal lagi bagaimana kita mahu menyusun. Sekarang ada Bersatu, tapak BN harus kita tugaskan kepada Bersatu untuk meningkatkan undi kerusi tradisional kepada PH. Saya yakin ini boleh dilakukan," katanya.

KOMITED UNTUK DAPATKAN DUIT YANG HILANG – SYED SADDIQ


KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan akan terus komited untuk mendapatkan berbilion wang kerajaan yang didakwa hilang.
Ketua sayap Bersatu, Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, komitmen tersebut akan dizahirkan setelah mengumumkan lapan garis panduan untuk perangi rasuah, bulan lalu.
“Kalau kita membaca laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini, kira-kira RM2 bilion telah hilang dipercayai daripada aktiviti penyelewengan wang. Kami dari Pakatan Harapan amat komited untuk membanteras gejala ini.
“Sekiranya kami menjadi kerajaan, Insya-ALLAH kami akan cuba dapatkan semula wang yang hilang  dan kerajaan akan dapat semula semua wang ini,” katanya semasa Debat Perdana anjuran Pusat Pengajian United Kingdom (UKEC) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, semalam.
Secara peribadi, Syed menegaskan bahawa sekarang adalah masa yang kritikal untuk rakyat Malaysia mengetahui ke mana wang tersebut telah hilang.
Selain itu, pengenalan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus telah membebankan kebanyakan isi rumah untuk berbelanja sambil mengambil kira purata pendapatan isi rumah rakyat Malaysia sebanyak RM3,500 sebulan.
“Oleh demikian, kita perlukan kerajaan baru yang untuk memperbetulkan keadaan ini, sekaligus untuk meletakkan Malaysia semula ke arah sebuah negara maju.
“Jadi, saya harap pemuda Malaysia menjadi golongan yang akan memulakan perubahan ini, dengan mengundi parti yang betul bagi merealisasikan perkara ini,” tegasnya.
Dalam pada itu, Syed mendedahkan bahawa Harapan sedang merangka sebuah manifesto bersempena dengan pilihan raya umum yang akan datang, namun beliau enggan mendedahkan apa yang terkandung dalam manifesto itu.
“Saya adalah salah satu komuniti yang membuat manifesto itu dan kami akan dedahkan manifesto tersebut apabila merasakan sudah sampai masanya,” katanya.

Memali: Presiden Pas mesti jelaskan Amanat Hadi


Husam Musa Konvensyen Amanah Perak 2
Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa berkata, Pas mengungkit kembali kisah tragedi Memali yang berlaku pada tahun 1985 untuk mencari kesalahan musuh politiknya.
Sedangkan katanya, Pas tidak boleh berlepas diri daripada peristiwa itu selagi isu Amanat Hadi tidak dijelaskan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Pas membawa cerita Memali, adakah Pas boleh berlepas tangan sepenuhnya? Bukankah Amanat Hadi ada ditampal di rumah Ustaz Ibrahim Libya?
"Sampai hari ini Abdul Hadi tidak dapat menjelaskan tentang Amanat Hadi secara terbuka kepada rakyat padahal ia memberikan kesan politik yang sangat dalam kepada kedudukan politik orang Melayu khususnya di Kelantan dan Terengganu," katanya di Konvensyen AMANAH Perak di sebuah hotel di Ipoh, hari ini.
Bekas Naib Presiden Pas itu juga berkata, kegagalan Abdul Hadi menjelaskan isu Amanat Hadi yang dikeluarkannya dahulu menyebabkan sukar untuk beliau dipercayai lagi jika mengeluarkan sebarang fatwa atas nama Islam.
"Kalau zaman dahulu Abdul Hadi boleh mengeluarkan amanat ini yang sampai hari ini tidak diberikan justifikasi, tidak pernah ditarik balik, tidak pernah dibetulkan, adakah Abdul Hadi boleh dipercayai apabila beliau membawa fatwa baru atas nama Islam?
"Pada pendapat saya semua yang datang dari Abdul Hadi dipolitikkan. Cukuplah Malaysia disengsarakan dengan mempolitikkan Islam," katanya.
Teks yang dikenali sebagai Amanat Hadi Awang 1981 adalah sedutan daripada ucapan Presiden Pas itu di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.
Amanat Hadi ini dicetak dan disebarkan ke merata pelosok negara oleh Pas.
Antara isi kandungannya adalah:

Kecewa harga mahal, pemuda bina rumah dari peti besi


Kecewa harga mahal, pemuda bina rumah dari peti besi
Rumah kontena Azree bermodalkan hanya RM75,000 dibina di atas sebidang tanah seluas 80x30 kaki persegi atau lebih kurang 222 meter persegi di Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang di Kuala Langat, Selangor. 
KERANA kecewa dengan harga rumah yang mencecah sampai ratusan ribu ringgit, seorang anak muda membina rumah kontena bermodalkan hanya RM75,000 – jauh dari hiruk-pikuk kota.
Rumah dari peti besi terpakai yang digunakan untuk mengangkut barang itu dibinanya di atas sebidang tanah seluas 80x30 kaki persegi atau lebih kurang 222 meter persegi.
Hampir separuh daripada kos membina rumah itu sebenarnya adalah harga tanah. Bakinya kos membeli kontena terpakai yang banyak dijual di sekitar Klang.
“Saya tidak mahu terikat dengan pinjaman bank sampai berpuluh-puluh tahun,” katanya yang sudah tiga tahun mendiami rumah peti besi itu.
The Malaysian Insight menjenguk kediaman uniknya di Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang di Kuala Langat, Selangor, lebih kurang 60 kilometer dari Kuala Lumpur dan menempuh perjalanan dengan kereta hampir sejam.
Rumah peti besi ini dicat dengan warna hitam pada dinding luarnya, hijau di dalam. Semua ruang di dalam rumah ini sama saja seperti rumah biasa: ruang tamu, ruang makan, dapur dan bilik mandi dengan pancuran. Di lamannya, ditanam rumpun buluh di sebelah kiri dan kanan.
“Saya anak orang kampung, membesar di Felda dan sudah biasa dengan tanaman, ternakan dan pemandangan hijau. Duduk di KL sesak dengan bangunan. Saya lebih selesa duduk di sini,” kata anak peneroka Felda Kahang Barat di Kluang, Johor ini kepada The Malaysian Insight.
Semua ruang di dalam rumah ini sama saja seperti rumah biasa: ruang tamu, ruang makan, dapur dan bilik mandi dengan pancuran. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 19 Ogos, 2017.
Semua ruang di dalam rumah ini sama saja seperti rumah biasa: 
ruang tamu, ruang makan, dapur dan bilik mandi dengan pancuran.
Mahligai idaman
Namanya Muhamad Azree Abd Rahim. Umurnya 28 tahun. Di atas kertas, apabila umurnya mencecah 35 tahun nanti, pinjaman bank yang dibuatnya untuk membangunkan mahligai impian itu akan langsai dibayar. Ketika rakan-rakan sebayanya masih bergelut sibuk bekerja untuk membayar hutang, dia nanti sudah boleh bersenang-lenang.
“Dari segi komitmen (hutang) saya hanya tinggal 7 tahun lagi. Kita tetap juga kena berhutang untuk miliki rumah tetapi dengan rumah kontena ini pinjaman lebih sedikit dan tempoh pinjamannya singkat,” katanya.
Anak muda yang berfikir di luar kotak ini memang tidak seperti orang lain. Ketika orang membeli rumah siap, dia membuat rumah sendiri – daripada kontena. Ketika orang berpindah duduk di bandar, dia lari mencari damai di kampung. Ketika orang selesa makan gaji, dia memilih jalan berani bekerja sendiri.
“Tidak semua peluang kerja ada di bandar. Anak muda patut juga melihat apa yang ada di luar bandar. Tidak usah sangat memilih kerja atau memilih tempat kerja,” katanya, dan menambah kebanyakan orang yang bekerja di bandar itu hanya makan gaji.
“Kita kena keluar dari zon selesa. Intai peluang yang ada. Hidup ini tidak hanya makan gaji. Memang akan ada masalah tetapi masalah tidak akan selesai sendiri. Masalah itu ada untuk kita hadapi.”
Azree memiliki sebuah syarikat mereka cipta laman web bersama dua rakan kongsinya. Sekarang ini dia bekerja di satu sudut dalam rumah kontenanya yang dijadikan ruang pejabat. Tidak lama lagi, sebahagian daripada rumah kontena itu akan diubah suai jadi sebuah pejabat untuk syarikatnya beroperasi.

Mat Sabu: Memali hanya isu masa PRU, tenggelam timbul

Mat Sabu yang merupakan pengkritik Dr Mahathir khususnya mengenai isu Memali sebelum ini berkata, isu berkaitan tragedi itu telah lama reda tetapi ditimbulkan semula menjelang PRU14.
mat-sabu-memali-peristiwaKUALA LUMPUR: Presiden Amanah Mohamad Sabu hari ini menyifatkan isu tragedi Kampung Memali yang kini muncul kembali sebagai 1 polemik yang dibangkitkan menjelang pilihan raya.
“Isu ini dimain bila dekat dengan pilihan raya atau suatu majlis misalnya dulu bila Tengku Razaleigh (Hamzah) tubuhkan Semangat 46.
“(Tan Sri) Rais Yatim, menteri penerangan masa keputusan Memali, isu ini dimainkan. Kemudian hilang begitu. Kemudian isu ini timbul semula sekarang,” kata beliau pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Amanah Wilayah Persekutuan di ibu negara hari ini.
Tragedi berdarah itu muncul semalam kebelakangan ini termasuk dibangkitkan ketika program Nothing To Hide 2.0 Ahad lalu.
Mengulas mengenai desakan agar Dr Mahathir meminta maaf mengenai insiden Memali yang berlaku pada 32 tahun lalu, Mat Sabu berkata, ia terserah kepada pengerusi Pakatan Harapan terbabit.
Beliau yang juga merupakan pengkritik Dr Mahathir khususnya mengenai isu Memali sebelum ini berkata, isu berkaitan Memali telah lama reda.
“Dah reda lama dah. Timbul hanya dekat pilihan raya. Tak ada apa isu itu,” kata beliau yang turut dikenali sebagai Mat Sabu.
Ditanya mengenai desakan PAS yang mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat insiden Memali, Mat Sabu berkata parti itu tidak mempunyai masalah jika ia dibentuk.

PAS ‘suicide bomber’ bukan ‘king maker’ PRU14

TERLALU awal bagi PAS memikirkan yang mereka boleh menjadi “king maker” pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana mereka sebenarnya tidak ubah seperti boneka atau “suicide bomber” dalam pertandingan tiga penjuru, kata Husam Musa di Konvensyen Amanah Perak hari ini.
"Jika berlaku pertandingan tiga penjuru, mengikut kiraan saya, PAS akan menang 3 hingga 5 kerusi sahaja.
"Jadi bagaimana dia hendak jadi 'king maker', ini hanya 'boneka' atau 'suicide bomber' saja," kata naib presiden Amanah itu.
Husam dipercayai mengulas pendekatan PAS mahu menjadi “king maker” yang bakal menentukan siapa boleh memerintah negara selepas pilihan raya umum jika Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai kerusi mencukupi untuk memerintah.
PAS berharap akan menjadi penentu siapa yang patut memerintah ketika itu.
Pada sidang media selepas majlis perasmian, Husam berkata jika PAS bersendirian, PAS hanya akan menjadi “pengebom bunuh diri” saja.
Katanya, “king maker” selepas pilihan raya memerlukan kerusi mencukupi tetapi kini terlalu awal untuk parti itu menyebut untuk menjadi “king maker”.
"Dengan pendekatan sekarang, tidak ada sebab PAS akan mendapat banyak kerusi. Tanpa kerusi, anda tidak boleh jadi ‘king maker’," kata bekas naib presiden PAS itu.
Husam berkata dengan bersendirian, PAS hanya memainkan peranan perosak undi saja bagi menghalang pembangkang lain menang.
"Jika tiga penjuru PH juga mungkin tewas. Jadi bagi saya, ini hanya mainkan peranan agar BN lebih peluang untuk menang," katanya.
Bagaimanapun, katanya jika berlaku pertandingan tiga penjuru, ia memberikan kesan positif kepada PH untuk menang.
"Di sesetengah tempat lebih baik untuk PH menang jika tiga penjuru. Kerusi seperti Seremban misalnya. Bila calon parti lain masuk, undi DAP akan meningkat. Namun ada juga yang beri kesan negatif kepada pembangkang," katanya.
Tetapi, katanya apa yang lebih penting adalah memberikan kesedaran kepada rakyat ada dua kumpulan utama iaitu BN dan PH.

Mustahil PRU14 November ini, kata penganalisis

Pensyarah Universiti Malaya Awang Azman Pawi ketidakmungkinan itu berkaitan dengan tarikh pembentangan Bajet 2018 pada akhir Oktober, bukannya kerana sentimen negatif ekonomi negara.
Awang-Azman-Pawi-general-election14-ge14-1PETALING JAYA: Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak mungkin akan diadakan November ini memandangkan Bajet 2018 hanya akan dibentangkan akhir Oktober dan ia tidak ada kaitan dengan sentimen negatif ekonomi negara.
Demikian menurut pensyarah Universiti Malaya Awang Azman Pawi yang mengatakan tempoh PRU14 akan dipanggil ketika itu terlalu dekat selepas pengumuman belanjawan pada 27 Oktober oleh Datuk Seri Najib Razak.
“Ada yang berpendapat akan ada pengumuman bonus sekurang-kurangnya 1 bulan untuk penjawat awam. Banyak projek pembangunan untuk 2018 juga akan diumumkan bagi menarik lebih ramai pengundi.
“Bagaimanapun, pandangan ini tidak begitu tepat kerana anggaran belanjawan perlu dibahaskan sebelum diluluskan oleh ahli Parlimen. Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung dari 23 Oktober hingga 30 November.
“Dewan Negara, sebaliknya, hanya akan berlangsung dari 4 November hingga 19 Disember. Berdasarkan hal ini, tidak mungkin akan diadakan pada bulan Oktober, apalagi November dan Disember,” katanya kepada FMT.
Awang Azman mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa Najib, selaku perdana menteri, tidak mungkin memanggil pilihan raya tahun ini kerana sentimen ekonomi yang tidak memihak kepada kerajaan yang memerintah.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata Najib tidak akan mengadakan PRU14 tahun ini ekoran sentimen ekonomi yang tidak baik.
Katanya, berdasarkan tinjauan Invoke ke atas 3,783 pengundi berdaftar di seluruh negara, lebih 60% pengundi berpendapat ekonomi negara berada di laluan salah dan keadaan Malaysia lebih teruk daripada 4 tahun lepas.
“Masa untuk mengadakan pilihan raya umum ialah selepas pembentangan Bajet 2018 dan tarikhnya mungkin pada November. Jika beliau berbuat demikian, beliau ada September dan Oktober untuk memperbaiki keadaan.
“Bagaimanapun, Najib tidak mungkin menjelmakan apa-apa dalam 2 bulan ini, walaupun dengan bajet mesra rakyat yang boleh memperbaiki sentimen ekonomi secara drastik.
“Mengadakan pilihan raya umum pada November ialah risiko amat besar dan Najib bukan orang yang akan mengambil risiko besar.
“Sebab itu saya tidak rasa pilihan raya akan diadakan tahun ini. Kemungkinan tahun depan,” kata Rafizi.
Tinjauan interaktif menerusi temu bual telefon yang diadakan selama sebulan dari 10 Jun sehingga 14 Julai lalu, memfokuskan keadaan ekonomi negara, kos sara hidup dan harga kenaikan harga barang.
Ketika mengulas lanjut, Awang Azman berkata, sentimen ekonomi sekarang tidak memihak kepada BN tetapi menegaskan faktor itu akan menjadi “modal terbesar” bagi pembangkang tidak kira bila PRU14 akan dipanggil.

Sayang Dr Mahathir, tetapi pengundi Kubang Pasu masih pilih Umno


Sayang Dr Mahathir, tetapi pengundi Kubang Pasu masih pilih Umno
Walaupun masih menyanjung tinggi Dr Mahathir Mohamad yang kini menyertai pembangkang, pengundi di Kubang Pasu mengatakan Umno tetapi paling utama. 
PEMIMPIN akar umbi Umno di bekas perwakilan Dr Mahathir Mohamad di Kubang Pasu, Kedah walaupun masih menyanjung tinggi bekas perdana menteri itu, tetapi masih meletakkan parti mereka melebihi segalanya.
Rata-rata ahli Umno yang ditemui The Malaysian Insight berkata mereka tidak pernah melupakan jasa Dr Mahathir yang mengubah landskap Kubang Pasu ketika menjadi ahli Parlimen di kawasan itu sejak 1974 hingga 2004.
Namun akui mereka rasa sayang dan hormat kepada perdana menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu tidak sesekali melebihi kesetiaan mereka terhadap Umno.
"Walau apa juga berlaku, walau apa jua keadaan kita tetap menghormati Dr Mahathir sebagai rakan dan bekas pemimpin cuma sekarang ini kita berbeza perjuangan dalam parti, beliau berada di sebelah sana (pembangkang)," kata ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kubang Pasu, Saiful Nizam Mahmud.
Malah jika bertembung dengan bekas perdana menteri itu yang kini mengetuai Pakatan Harapan (PH) pemuda berusia 37 tahun itu mengakui tidak mempunyai masalah untuk bertegur sapa dan bersalaman dengan Dr Mahathir.
"Kalau jumpa memang tidak ada masalah kita boleh sahaja bersalam dan bersembang walau perjuangan kita berlainan.Bagaimanapun kita tetap setiia dengan parti kita ini kalau kita toreh (badan) kita keluar darah pun boleh nampak darah Umno, punya nak cakap perjuangan kita memang sentiasa dengan Umno," katanya.
Seorang lagi Pewakilan Kubang Pasu, Che Royah Abdullah, 66,  turut mempunyai sentimen sama sekaligus mengakui pengaruh Dr Mahathir walau tidak banyak tapi masih boleh dilihat.
"Dr Mahathir ini ramai sayang dia di Kubang Pasu, tapi memang sayang bila keluar parti, kita memang sedih (sebab) kalau dia masih dalam Umno, ramai yang sayang dia. Dia banyak buat pembangunan dekat Kubang Pasu," katanya yang tinggal di Kampung Gelung.
Beliau berkata antara jasa yang dilakukan Dr Mahathir ialah menjadikan Kubang Pasu sebagai pusat pendidikan dengan membina universiti dan politeknik.
"Memanglah ramai sayang dia, anak dia pun Mukhriz orang Kedah memang sayang. Mukhriz ini tak kedekut, kebajikan sekolah pondok pun dia jaga. Dia selalu turun ke sekolah pondok, memang baguslah dia, Orang PAS pun ramai sayang dia," kata wanita itu yang bertutur dengan loghat Kedah pekatnya.
Saad Abdullah kecewa dengan tindakan Dr Mahathir sertai pembangkang apatah lagi kerjaya politik bekas perdana menteri itu bermula di Kubang Pasu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 20 Ogos, 2017.
Saad Abdullah kecewa dengan tindakan Dr Mahathir sertai 
pembangkang apatah lagi kerjaya politik bekas perdana menteri
 itu bermula di Kubang Pasu.
Beliau turut mengakui pengaruh Mukhriz juga merupakan punca Barisan Nasional berjaya merampas kembali Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13).
"Tapi walau macam mana pun sekarang ini saya memang memihak pada parti. Saya masih setia dan sokong parti saya. Dan saya juga tidak mempercayai segala dakwaan Dr Mahathir kepada Najib sebab dia dah biasa sangat buat begitu," katanya.
Hafizul Zahari Othman, 36, dari Umno Cawangan Taman Mahsuri akur dengan istilah “hero datang dan pergi” merujuk kepada perbuatan bekas perdana menteri itu yang beralih kepada pembangkang.
"Selama 22 tahun, sumbangannya amat banyak bersama dengan Siti Hasmah. Kenangan itu masih ada dan kita memang hormat dia tetapi parti tetap utama, kita akan mempertahankan parti tidak kira apa berlaku.

Azmin cukuplah jangan letihkan rakyat

MSO

Bila PKR tidak serit dan seakan mengalpakan apa yang berlaku dan terus memujuk Pas untuk bersama dalam satu ketumbukan bagi menentang BN, orang yang masak politik bersetuju dengan usaha berkenaan. Itulah politik matang, dan mengesahkan bahawa politik adalah sebuah games.

Sebab itu, bila ada orang menolak Dr Mahathir Mohamad untuk bersama Pakatan Rakyat (kini Harapan) saya merasakan tindakan itu kurang cerdik dan mereka bukan berada dalam sebuah games politik. Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Izzah Anwar pada mulanya juga menolak huluran tangan Dr Mahathir.

Tetapi setelah diberi pencerahan dan jaminan Dr Wan Azizah akur dengan huluran salam Dr Mahathir. Tetapi sebahagian kumpulan Orai masih marah dan tidak mahu memaafkan Dr Mahathir atas kesalahan lampau. Tidak mengapa kerana mereka bukan berada dalam games, tetapi di luar pentas politik yang menuntut kebijaksanaan. Orang yang berada di luar politik memang begitu.

Dalam politik kalau ada dendam ia tidak akan membawa kemenangan. Menghitung hal masa lampau menyebabkan gelap masa depan.

Kita faham kenapa itu berlaku kerana emosi mengatasi rasional politik. Dalam politik rasional lebih baik dari emosi kalau mahu menang dan berjaya.

Bagaimana pun senario itu berlainan dengan usaha Azmin Ali yang beriya-iya untuk mengajak Pas untuk bersama PKR - Harapan. Perlu disedari keadaan Pas berbeza jauh dengan keadaan Dr Mahathir. Ini perkara yang perlu di dignosiskan.

Dr Mahathir tidak bersalah kepada PKR, tetapi dia bersalah dengan sebilangan orang dalam PKR seperti Dr Wan Azizah Nurul Izzah dan sanak saudaranya yang kecewa dan sedih dengan perilaku sadis politiknya terhadap Anwar sebelum ini. Sebaliknya Dr Mahathir tidak bersalah dengan Pakatan Rakyat, DAP, Amanah.

Sepatutnya kesilapan dilakukan Dr Mahathir itu termaaf dengan apa yang dilakukan Najib Razak selepas itu. Bukankah episod pemenjaraan Anwar yang pertama sudah selesai dan pemenjaraan kedua beliau kini adalah episod kedua yang tidak ada kena mengena lagi dengan Dr Mahathir? Di bawah Dr Mahathir, Anwar terhukum kerana penyalahgunaan kuasa, di bawah Najib kerana liwat.

Desakan terbaru RCI Memali suratan dan kebetulan

PAS yang mempromosi amalan politik matang dan sejahtera berkata Tun Dr Mahathir Mohamad perlu ke Memali untuk meminta maaf jika bekas perdana menteri itu memang tidak terlibat dalam insiden yang menyebabkan hampir 20 orang terbunuh lebih tiga dekad lalu.
Kata timbalan presiden parti itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata buat masa ini "masing-masing" sedang membuat tuduhan.
"Dia (Dr Mahathir) kata Tun Musa Hitam, Tun Musa kata Mahathir, dan bagi PAS, Suruhanjaya Siasatan Diraja mesti ditubuhkan,” katanya seperti dilaporkan Harakahdaily.
Tuan Ibrahim yang kini melaksanakan tugasan presiden PAS berkata gesaan sekali lagi parti itu supaya RCI ditubuhkan selepas berlaku kekecohan semasa forum Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam baru-baru ini juga bukan serangan peribadi kepada Dr Mahathir.
Sebaliknya kata beliau, secara kebetulan PAS Pusat mengadakan mesyuarat pada hari yag sama kekecohan berlaku.
Forum Nothing To Hide 2.0 anjuran Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (ARMADA) itu diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan di Seksyen 7 Shah Alam pada 13 Ogos lalu.
Diuar-uarkan sebagai debat antara Dr Mahathir dan seteru utamanya ketika ini - Datuk Seri Najib Razak - ia berlangsung dengan lancar sehinggalah ada penonton membangkitkan isu Memali di Baling, Kedah yang berlaku pada 1985.
Nampak mesra Umno
Ia detik signifikan kepada PAS kerana membabitkan pemimpin dan penyokong parti itu. Seramai 18 orang terbunuh dalam insiden berkenaan, termasuk empat anggota polis.
Pengkritik menyalahkan Dr Mahathir - yang menjadi perdana menter ketika itu - sebagai orang yang bertanggungjawab atas kematian Ibrahim Mahmud serta mangsa lain.
Bagaimanapun seorang lagi tokoh yang dituding ialah Musa yang ketika itu menjadi menteri dalam negeri.
Dr Mahathir kini menjadi pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) yang menggabungkan PKR, DAP, Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
PAS pada masa sama memilih jalan lain untuk menjadi pembangkang dengan membentuk Gagasan Sejahtera bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) pimpinan bekas menteri serta anggota Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Lebih 54,000 siswazah menganggur, malapetaka buat negara

OLEH: Dato’ Hj. Abdul Halim Hussain
Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh menyatakan seramai 54,103 siswazah universiti menganggur dalam tempoh enam bulan selepas mereka menamatkan pengajian pada tahun 2016.
Kadar pengangguran yang tinggi adalah satu malapetaka besar bahkan satu tragedi nasional bagi sesebuah negara. Isu pengangguran di kalangan siswazah merupakan satu masalah besar yang perlu ditangani segera.

Adakah kita hendak lihat anak cucu berterusan menjadi mangsa pengurusan ekonomi yang gagal?
Kadar pengangguran sebenar sudah tentu lebih tinggi lagi daripada apa yang didedahkan Datuk Idris Jusoh, kerana, pengangguran bukan sahaja terdiri daripada siswazah lepasan ijazah, tetapi, siswazah ijazah kedua ( Sarjana, Phd) pelajar lepasan diploma daripada kolej-kolej, pelajar lepasan institusi-institusi kemahiran dan juga pelajar lepasan sekolah menengah.
Penganggur siswazah dan bukan siswazah juga boleh ditakrifkan mereka yang bekerja sambilan, bekerja secara kontrak dan mereka yang sudah berputus asa mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka.
Siswazah yang gagal mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran yang dimiliki, ramai di antara mereka cuba mendapatkan pekerjaan di peringkat yang lebih rendah.
Baru-baru ini kita dikejutkan oleh media online The Malaysian Insight tentang dua beradik Siti Nursyazalina Zailani siswazah dalam bidang kejuruteraan bahan dan adiknya Siti Nurdiyana pelajar ACCA Intec College yang bekerja sebagai ‘domestic cleaners’ di ‘agency cleaning Maideasy’.
Nursyazalina sanggup sebagai ‘cleaner’ kerana telah gagal mendapat pekerjaan yang sesuai setelah banyak permohonan pekerjaan ditolak. Nurdiyana pula bekerja sambilan untuk menampung kos perbelanjaan harian sebagai pelajar dan membantu ibu mereka yang merupakan seorang ibu tunggal.
Jika siswazah gagal mendapatkan pekerjaan yang sesuai dan dengan pendapatan yang setimpal maka harapan Malaysia untuk mencapai status negara maju sukar terlaksana.
Kita kesal kerana kerajaan gagal untuk fokus dan memberi perhatian kepada kerjaya masa depan generasi muda yang akan datang. Lebih teruk lagi pengangguran bakal membawa kepada masalah sosial seperti kemiskinan dan jenayah di kalangan mereka yang menganggur akibat kesempitan hidup.

'Jangan buang masa pujuk pihak tiada pendirian' - Asmuni Awi

Asmuni Awi Konvensyen Amanah Perak
Sejarah Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada tahun 2008 yang menyaksikan tumbangnya BN di Perak boleh diulangi kembali dengan syarat Pakatan Harapan (PH) bersatu hati dan saling mempercayai.
Pengerusi AMANAH Perak Asmuni Awi berkata, tidak boleh ada agenda tersembunyi dalam kalangan parti komponen PH termasuk membuang masa memujuk pihak yang tidak konsisten untuk menentang Umno-BN.
"Apa sahaja yang kita lakukan di peringkat negeri akhirnya adalah untuk mengukuhkan Pakatan Harapan. Hari berlalu masa beredar. Jangan buang masa memujuk pihak-pihak yang tegaknya tiada tulang belakang, duduknya rapuh di pinggang.
"Sekejap ber’kluk’ ke kanan sekejap ber’klik’ ke kiri. Pinar mencari arah. Tak tahu ke mana nak dituju. Sekadar ingatan, kami lebih mengenali ‘mereka’ dari orang lain mengenalinya," katanya dalam ucaptama Konvensyen AMANAH Perak kali ke-2 di Ipoh, hari ini.
Asmuni Awi Konvensyen Amanah Perak 2
Beliau berkata demikian dipercayai merujuk kepada usaha PKR untuk terus berunding dengan Pas, parti yang dianggotainya dahulu.
Asmuni menegaskan, AMANAH harus memperkukuh muafakat dengan PH di Perak kerana BN sedang mencari nafas baru untuk terus mendapatkan mandat rakyat.
"Bagi BN Perak, Pilihan Raya Umum Ke-14 ibarat bahtera tanpa nakhoda. BN Perak sedang mencari ‘nafas’ baru untuk terus mendapatkan mandat rakyat dan Pakatan Harapan Perak wajar perkukuhkan muafakat antara kita sebagai sebuah kerajaan negeri yang diharapkan oleh rakyat," tegasnya yang juga Bendahari Agung AMANAH.
Liberalisasi kuasa
Menurut Asmuni juga, AMANAH dan PH sedang memikul tugas yang berat untuk merungkai tembok perkauman akibat politik perkauman yang dimainkan Umno-BN khususnya setiap kali menjelang PRU, apabila mereka menghadapi saingan getir dengan parti-parti pembangkang.

SUDAH-SUDAHLAH TU BUAT KOMEDI, KATA BUDAK 9 TAHUN KEPADA ZAHID HAMIDI

Ini cerita yang disampaikan oleh seorang sahabat mengenai anak perempuannya yang baru berusia 9 tahun.

Dua malam lalu, beliau bersama keluarganya sedang berehat-rehat di ruang tamu selepas menikmati makan malam sambil menonton siaran berita di televisyen.

Ketika itu terpampang di kaca televisyen berita mengenai Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi yang disusuli dengan siaran petikan ucapannya sambil berbaju Melayu ketika merasmikan mesyuarat UMNO.

Sahabat saya itu tidaklah menumpukan sangat perhatiannya kepada siaran berita tersebut ketika itu, sebaliknya hanya menonton secara sambil lewa saja.

Beliau lebih sibuk melayan telefon pintar dalam genggamannya yang dirasakannya lebih bermanfaat untuk mendapatkan berita yang benar, tepat, sahih serta pantas.

Ketika petikan ucapan Zahid Hamidi sedang tersiar itu, anak perempuannya yang sedang membelek-belek buku sekolahnya tiba-tiba bangun lalu mengalih siaran televisyen sambil berkata, "sudah-sudahlah tu buat komedi...."

Selepas mengalih siarannya, anak perempuannya itu kemudian kembali menatap buku-buku sekolahnya semula seolah-olah ucapan Zahid Hamidi itu begitu mengganggunya.

Sahabat saya tergamam dan memandang wajah isterinya, kemudian mereka senyum dan ketawa sesama sendiri.

Beliau segera terfikir, bagaimana anaknya yang baru berusia 9 tahun sudah ada penilaian sedemikian rupa?