Jumaat, 18 Ogos 2017

KENAPA ZAHID HAMIDI BIMBANG WUJUDNYA BANYAK KEM DALAM UMNO?

Kewujudan kem-kem dalam UMNO adalah perkara biasa dan ia telah pun berlaku sejak dulu lagi. Ia biasanya diwujudkan oleh mereka yang bercita-cita tinggi untuk menjadi Perdana Menteri.

Dulu pernah ada  kem Musa Hitam, kem Tengku Razaleigh, kem Anwar  Ibrahim, kem Tun Abdullah Badawi, kem Najib Razak dan pelbagai lagi.

Zahid Hamidi yang hari ini menggesa agar tidak diwujudkan kem-kem tertentu kerana perkara itu, katanya boleh menjejaskan harapan UMNO untuk mengekalkan kemenangan dalam pilihanraya, tentu sekali sedar mengenainya lantaran beliau sendiri pernah di dalam kem Anwar dan Najib sebelum ini.

Dalam UMNO sejak kepimpinan Najib pula, semua pihak sedar wujudnya Muhyiddin Yassin, kem Zahid Hamidi, kem Hishammuddin Hussein dan kem Shafie Apdal.
Disebabkan Muhyiddin dan Shafie Apdal sudah dipecat daripada UMNO, yang tinggal dan menjadi sebutan buat seketika ialah kem Zahid Hamidi dan kem Hishammuddin.

Namun demikian, kem-kem yang baru terus wujud kerana sentiasa ada pemimpinnya yang mahu naik ke atas dan tidak cukup sekadar menjadi menteri saja.

Sebab itu, selain kem Zahid Hamidi dan kem Hishammuddin yang sedia ada, sekarang ini sudah wujud pula antaranya kem Khairy Jamaluddin dan kem Ismail Sabri Yaakob.

Kedua-duanya, Khairy Jamaluddin dan Ismail Sabri dilaporkan sudah mula bergerak untuk menawarkan diri merebut jawatan Naib Presiden dalam pemilihan UMNO yang akan datang.

Jika UMNO terus berkuasa selepas PRU 14 (harapnya tidak) dan menjelang pemilihan UMNO 2018, pasti beberapa kem lagi akan wujud di mana ketua kem tersebut biasanya akan menawarkan diri sekurang-kurangnya bertanding jawatan Naib Presiden atau jawatan kanan yang lain.

Umno Johor terkesan jika tidak mohon maaf kepada TMJ

Awang Azman berkata pasti tidak baik untuk Umno jika isu ini diperbesar-besarkan.
Awang-Pawi-tmj-umnoPETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berkata Umno Johor akan terkesan jika individu Umno yang menjadi sasaran teguran Tuanku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak memohon maaf diatas perbuatan mereka.
Prof Madya Awang Azman Awang Pawi di Universiti Malaya berkata parti Umno mesti berlapang dada dan tidak menganggap teguran sebagai cubaan menjatuhkan pemimpin Umno tertentu, kerana pandangan TMJ “mengatasi kepentingan politik”.
“Ia lebih bersifat teguran kepada sesetengah pemimpin politik Umno yang cepat melatah,” kata Awang Azman ketika dihubungi FMT.
“Sekiranya pihak dimaksudkan oleh TMJ tidak memberikan perhatian serius dalam apa yang diperkatakan TMJ, dan tidak memohon maaf, ia bukan sahaja boleh memberikan kesan kepada sukan negara, malah kepada pihak Umno Johor, lebih-lebih lagi nama disebut oleh TMJ.”
Awang Azman menambah isu ini sekiranya diperbesar-besarkan pasti tidak baik untuk Umno dan perkembangan sukan negara.
TMJ hari ini membidas Pemuda Umno kerana menggunakan “cybertroopers” untuk mempersoalkan ketiadaannya sewaktu 2 perlawanan bola sepak Kumpulan A Sukan SEA baru-baru ini yang menyaksikan kemenangan Malaysia menewaskan Brunei dan Singapura.
“Kepada Encik Ibdillah, tidak perlulah sibuk-sibuk dengan ‘cybertroopers’ awak untuk menghentam-hentam saya dan menjulang ‘bos’ awak,” tulis TMJ di Facebook hari ini, dipercayai merujuk kepada Ibdillah Ishak, ahli exco Pemuda Umno yang mempengerusikan Biro Media Sosial sayap itu.
TMJ yang juga presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini pernah mengkritik Menteri Kebudayaan dan Sukan Khairy Jamaluddin kerana tidak menghadiri perlawanan akhir Piala FA di Shah Alam, Mei lepas.
Khairy, yang juga ketua Pemuda Umno, baru-baru ini turut menjadi sasaran TMJ yang menyindir kebolehannya dalam skuad polo negara Sukan SEA.

Pemimpin 'cash is king' musuh nombor satu: Syed Saddiq

Armada Bersatu mengingatkan orang Melayu bahawa pemimpin 'cash is king' merupakan musuh nombor satu Melayu, bukannya  bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketuanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Mahathir mahu membangunkan orang Melayu, tetapi pemimpin 'cash is king' mahu  menghambakan orang Melayu kepada duit.
Menurutnya, banyak perubahan dibawa oleh Mahathir dalam memajukan orang Melayu, namun pemimpin 'cash is king' pula sebaliknya.
"Bangsa yang suatu ketika dijajah, sekarang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pemimpin pemimpin dunia yang lain. Itu berlaku di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir," katanya.
Syed Saddiq berkata, malangnya, pemimpin 'cash is king' menggadaikan maruah Melayu kerana rasuah.
Katanya, beliau berasa amat sedih dengan perkembangan itu.

Najib bimbang pertemuan satu lawan satu, kata Pengarah Komunikasi MB Selangor


Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak bimbang jika permuafakatan membabitkan gabungan pembangkang berlaku akan menyebabkan parti itu kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong berkata, permuafakatan itu membolehkan berlakunya Tsunami Melayu yang terus menghakis penguasaan Umno daripada mentadbir Putrajaya.
Yin Shao Loong Beliau optimis, perkara itu mampu direalisasikan hasil perbincangan rapat Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama gabungan komponen pembangkang, di peringkat Persekutuan.
“Parti pembangkang kini berada dalam keadaan peralihan ketika Umno kini berada pada krisis kepercayaan dan populariti selain dipimpin perdana menteri yang paling tidak popular. Najib bimbang senario partinya akan menghadapi saingan sukar berdepan komponen parti pembangkang yang akan mendatangkan kerugian maksimum kepada Umno.
“Malah, ia sekali gus membolehkan terbentuknya Tsunami Melayu dan membuka jalan bagi perubahan dalam Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, permuafakatan komponen pembangkang sebelum ini juga menjadi landasan terbaik bahawa penyatuan itu berjaya menafikan penguasaan Umno, pada PRU-13.
“Masih wujud peluang bagi permuafakatan itu demi kepentingan semua komponen pembangkang jika ia direalisasikan. Seterusnya, tidak mustahil permuafakatan itu mampu menafikan penguasaan Umno di 20 kerusi atau lebih,” katanya.

RM35.00 SEEKOR...!!!


TU DIA !!!... Ligat betul kepala hotak Ameno pikir bagaimana nak cekau duit rakyat.. Dah terdesak sgt kah bila umat Islam nak lakukan ibadah korban pon kene caj RM35 bg seekor sembelihan..

KERAjaan Umno/BN yg dah kutip cukai GST sehingga lebih RM40 bilion setahun tu hasilnya dah pergi ke kantong mana ??!

MASIH LAGI NAK SOKONG & UNDI BN


Dasar kepala hotak Ameno pikir bagaimana nak cekau duit rakyat.. Sampaikan umat Islam nak lakukan ibadah korban pon kene caj RM35 bagi seekor sembelihan..

KERAjaan Umno/BN yg dah kutip cukai GST sehingga lebih RM40 bilion setahun tu hasilnya dah pergi ke kantong mana ??!

Annuar Musa: 'Perangai Tun M sendiri buat orang lupa jasa beliau'

Mahathir sedang berbohong sekarang ini: Annuar Musa

Menteri Umno: Ada ke netizen marah minyak naik?

Tun M dijemput hadiri forum pelaburan China Malaysia

Akhbar: SPRM siasat hotel ketiga milik Felda di Sabah

"Kepada En. Ibdillah..." tegur TMJ

TMJ sindir isu RM100 juta KBS

'Kenapa baru sekarang kata Tun M ada RM83 bilion?' - Azmin Ali

'Bincang dengan PAS tiada kaitan dengan HARAPAN' - Azmin Ali

"Lokap macam kandang haiwan" - PPIM

'Lokap kotor dan jijik, polis pun pakai topeng' - Yusuf Azmi

Bertahanlah Malaysia

Anak muda perlu membuka mata untuk sedar dan peka dengan keadaan di Malaysia yang dipenuhi prinsip demokrasi dengan menentukan masa depan melalui pengundian.
malaysiaOleh Haissazc Shuqkin Hisham
Ketika membaca berita daripada media elektronik berkenaan tragedi perkauman yang berlaku di Charlottesville, mengingkatkan saya kepada negara kita, Malaysia. Bukan kita tidak pernah melalui tragedi sama seperti ini, malah hari ini ia masih berterusan walaupun kononnya “harmoni” kuat tertanam dalam sanubari setiap rakyat.
Dari zaman DEB hinggalah zaman MEB sekarang, tidak ditemui jalan noktah akan sentimen perkauman dalam negara. Semua orang mahu peluang, tetapi peluang dipolitikkan untuk kepentingan tertentu.
Kata mahu bina “Malaysia Baru”, katakan dan yakinkan kepada saya apakah “Malaysia Baru” yang dimaksudkan? Adakah Malaysia yang tiada sikap prejudis, politik gengsterisme dan perkauman, atau macam mana?
Di saat pemain politik sibuk menjaja mahu wujud “Malaysia Baru”, kita masih bergantung harap kepada parti yang berpaksikan kaum untuk menjadi pemain utama meraih undi bagi membantu blok yang sudah lama menjadi bayangan di bawah pemerintah kerajaan sedia ada. Macam mana kita mahu percaya dan yakin “Malaysia Baru” yang dicanangkan jika permainan seperti ini yang dipamerkan?
Hutang belum selesai
Dari Terengganu, syarikat ini dijenamakan semula menjadi GLC yang kini di bawah kawalan Kementerian Kewangan dengan objektif untuk menjana pendapatan melalui pelaburan menguntungkan, walaupun pada awalnya modal hanya RM1 juta.
Orang tua berkata, tidak salah bermimpi setinggi langit demi kebaikan diri. Apakah itu kata-kata sekadar menyedapkan hati tidak mungkin tercapai dalam realiti, jika tiada bekalan mencukupi untuk merealisasikan mimpi setinggi langit itu?
Sama seperti syarikat itu, modal hanya RM1 juta, tetapi mimpi labur berjuta-juta, berbilion sehingga terpaksa meminjam atau menjual aset demi kepentingan syarikat tersebut yang mana akhirnya menjadi bualan mulut di seluruh dunia kerana saratnya hutang yang ditanggung.
Kepala yang mengetuainya kekal diam membisu untuk jelas menceritakan apa sebenarnya yang berlaku. Ditutupnya mulut kepala sistem keadilan negara mengatakan tiada apa perlu diceritakan, sedangkan kepala luar yang lain sibuk menggali punca, termasuk negara yang kini ditadbir selebriti politik.
Kita sarat dengan hutang, dibeban cukai yang jelas untuk bayar hutang. Mampukah kita kekal bertahan?
Kuala Lumpur ‘licin’
Malaysia, sudah lama kita tidak menjadi tuan rumah acara sukan yang menghimpun sahabat kita dari satu rantau yang sama. Pastinya tahun ini menjadi tahun yang menarik, kita menjadi tuan rumah bagi sukan Asia Tenggara dalam bulan kemerdekaan. Semestinya atlet kita akan berjuang demimu, Malaysia.
Tetapi, Kuala Lumpur licin dengan tiada lagi mereka yang biasanya kelihatan tidur di mana-mana di sekitar ibu kota. Mereka dibawa dan dikumpulkan di sebuah tempat untuk beberapa bulan sepanjang sukan ini berlangsung.
Di manakah mereka dibawa? Apakah sistem operasi yang dijalankan pihak berwajib ke atas mereka? Adakah keadaan mereka dijamin baik? Selepas habis temasya sukan, ke mana mereka akan “dicampakkan”?
Satu demi satu persoalan datang menyinggah akan kenapa diperlakukan tindakan sebegitu. Adakah kita malu ada golongan ini berpeleseran di rumahmu, Malaysia?
Orang lama diserang
Malaysia, masih ingatkah kamu insan yang pernah memegang kunci rumahmu selama 22 tahun sebelum ini? Nampaknya dia cuba mendapatkan kembali kunci itu dengan cara berlainan. Hadirnya kembali bukan dengan keris Melayu, tetapi dengan bunga Melayu.
Minggu lepas, kehadirannya diserang dengan kerusi terbang, suar api merah yang dibaling dengan penuh kemarahan. Tak ubah seperti berada di stadium bola yang kecoh dek kerana puak “hooligans”, begitulah keadaannya.

Hindraf sertai PH: Perlu bincang dalam Majlis Presiden, kata Azmin



Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan beliau tidak dimaklumkan berkaitan  pertemuan antara Pengerusi Pakatan Harapan (PH)  Tun Dr Mahathir Mohamad dan pimpinan Hindraf yang berlaku semalam.
“Saya tidak pasti (pertemuan itu) kerana bertemu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, semalam.
“Saya tidak tahu apa berlaku,” katanya kepada media selepas majlis penyerahan lembu korban sempena Aidliadha peringkat Selangor di Masjid Selayang Baru,hari ini.
pakatan harapan ppbmMenurut laporan media, difahamkan berlaku pertemuan antara mantan perdana menteri itu bersama pimpinan kanan Hindraf bagi menjalin kerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
Mengulas lanjut kemungkinan wujud kerjasama antara Hindraf dan Pakatan Harapan, Azmin menyatakan, perkara itu perlu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang akan diadakan, dalam masa terdekat ini.
“Perkara ini (kerjasama dengan Hindraf) perlu dibincangkan terlebih dahulu degan Pakatan Harapan.
“Kita ada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam masa terdekat dan sekiranya perkara ini ada dalam agenda mesyuarat, maka ia akan dibincangkan,” katanya seperti dilaporkan.

 Semalam Dr Mahathir mengadakan pertemuan luar biasa dengan kumpulan hak asasi Hindraf, dilihat sebagai langkah Pakatan Harapan mengadakan kerjasama dengan kumpulan berpengaruh itu menjelang pilihan raya umum akan datang. Pertemuan antara pengerusi Pakatan Harapan itu dengan Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana itu di mana kedua-dua pemimpin mengadakan perbincangan, Hindraf diterima sebagai rakan komponen ke-5 gabungan pembangkang itu.
Pakatan Harapan kini disertai PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.
Turut hadir dalam pertemuan itu  bekas menteri besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid dan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Umno T'ganu telah kemukakan senarai calon PRU14

Umno Terengganu telah mengemukakan senarai calon bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kepada pucuk pimpinan parti.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata calon yang dipilih adalah daripada kalangan mereka yang berwibawa, dekat di hati rakyat dan boleh memberi kemenangan kepada parti.
"Badan Perhubungan Umno negeri telah menyenarai pendek dan merujuk calon-calon yang terpilih daripada bahagian masing-masing sebelum nama mereka diberikan kepada pucuk pimpinan parti.
"Peratusan muka baharu atau sama ada berapa calon daripada kalangan wanita (yang akan disenaraikan sebagai calon) hanya akan dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan parti kelak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kuala Nerus di Stadium Tertutup Gong Badak, di Kuala Nerus hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus Datuk Basir Ismail, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Nerus Khairuddin Abd Majid dan kira-kira 500 anggota perwakilan daripada bahagian itu.
Sementara itu, Ahmad Razif dalam ucapan perasmiannya meminta semua pihak menerima dan menyokong sesiapa sahaja yang bakal dicalonkan bagi memastikan Umno terus menerajui negeri ini.
"Kita tidak mahu sejarah PRU pada 1999 berulang kembali dan jika kita tewas pada kali ini, kemungkinan untuk menawan kembali negeri ini daripada pihak lawan adalah sukar.
"Tetapi saya percaya dengan semangat waja jentera parti dan sokongan padu kita dapat mencipta cerita kejayaan dengan menjadikan negeri ini kekal milik Umno dan Barisan Nasional," katanya.

Jangan harap BN menang di Permatang Pauh, kata PH

BARISAN Nasional (BN) tidak akan berpeluang untuk memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh. Itu kata pemimpin Pakatan Harapan (PH), menolak seruan Perdana Menteri Najib Razak kepada pengundi di Permatang Pauh supaya mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Tegas mereka, memang sebelum ini Umno menguasai kerusi itu, tetapi ianya hanya disebabkan calon yang mereka letakkan ketika itu adalah Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Bukit Mertajam (DAP) Steven Sim berkata Umno ketika itu hanya semata-mata bergantung kepada Anwar untuk mengekalkan Permatang Pauh. Sim memberi komen kepada seruan Najib kepada pengundi Permatang Pauh semalam supaya membuat pusingan-U dan kembali menyokong BN pada pilihan raya akan datang.
Najib memberitahu pengundi, selepas kerusi itu dirampas pembangkang, "masa seolah-olah telah terhenti".
Dia juga memberitahu mereka supaya jangan berharap kepada pembaharuan oleh pembangkang memandangkan sekarang mereka melantik bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi PH.
Takhta PKR
Anwar merupakan ahli Parlimen Permatang Pauh dari 1982 hingga 1999 ketika masih bersama Umno. Pada 1998, dia disingkirkan dari jawatan timbalan perdana menteri. Anwar kembali menjadi ahli Parlimen pada 2008 hingga 2015 sehinggalah dipenjarakan semula buat kali kedua.
Di antara 1999 dan 2008, dan 2015 hingga ke hari ini, kerusi Permatang Pauh dipegang isterinya, Presiden PKR dan PH Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Memandangkan kawasan parlimennya berjiran dengan Permatang Pauh, Sim sangat arif kepada sentimen akar umbi dan berkata Najib telah memberikan "laporan yang tidak tepat" semasa di Permatang Pauh semalam.
"Ketua bahagian Umno di sini sendiri pun tak berani berjumpa akar umbi dengan memakai baju-T Umno semasa Hari Raya.
"Mereka sangat maklum persepsi akar umbi kepada Umno sangat buruk," kata Sim ketika membuat lawatan ke Sungai Lembu di Penanti, Permatang Pauh awal hari ini.

2 senario yang mungkin berlaku pada PRU14

Umno akan kehilangan kerusi pada PRU14, tetapi persoalannya berapa banyak, kata badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan, yang juga meramalkan pengundi India menjadi penentu kemenangan.
undi_umno_kpru_600
Satu badan pemikir berkata keputusan pilihan raya umm ke-14 (PRU14) akan ditentukan oleh berapa banyak Parlimen yang Umno tewas akibat daripada perpecahan dalaman yang menyebabkan pembentukan PPBM.
Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) berkata di mana Umno berdepan perpecahan yang “besar” – menyebabkan ahli meninggalkan parti – undi Melayu kepada Umno akan menyusut dan kerusi Parlimen Umno akan berkurangan.
Pengarah Eksekutif KPRU Ooi Heng berkata keadaan itu boleh dilihat berlaku pada pilihan raya umum 1990, apabila Tengku Razaleigh Hamzah bertelagah dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan meninggalkan Umno untuk menubuhkan Semangat 46. Akibatnya, jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi Umno berkurangan 12 kerusi, daripada 83 kerusi pada 1986 kepada 71 kerusi pada 1990.
Keadaan itu sekali lagi dilihat berlaku pada pilihan raya umum 1999 selepas peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penubuhan Parti Keadilan Nasional, yang menyaksikan kerusi Parlimen Umno berkurangan 17 kerusi, daripada 89 kerusi pada 1995 kepada 72 kerusi pada 1999.
Oleh itu, Ooi berkata terdapat 2 senario yang mungkin berlaku pada PRU14.
Dalam senario pertama, Umno akan kehilangan 15 hingga 20 kerusi daripada 88 kerusi yang dimenangi pada PRU13, meninggalkannya dengan jumlah antara 68 hingga 73 kerusi.
Beliau berkata senario itu menganggap setiap “perpecahan besar” dalam Umno akan mengakibatkan perpecahan yang lebih parah berbanding sebelum ini.
“Ini mungkin bererti prestasi Umno pada 1999 berbanding 1995 lebih buruk daripada prestasi 1990 berbanding 1986.
“Oleh itu, keputusan pada PRU14 berbanding PRU13 mungkin akan lebih buruk jika dibandingkan dengan keputusan PRU10 (1999) berbanding PRU9 (1995).”
Dalam senario kedua, bukan sahaja prestasi Umno lebih buruk berbanding sebelum ini, ia juga akan menunjukkan “penyusutan kerusi paling buruk dalam sejarah”, iaitu kehilangan 25 hingga 30 kerusi. Katanya, jika keadaan itu berlaku pada PRU14, Umno akan hanya mempunyai 58 hingga 63 kerusi sahaja.
Ooi berkata senario kedua mengambil kira hakikat dalam kalangan bekas pemimpin parti yang menerajui pembangkang untuk mencabar Umno, pemimpin tertinggi mereka ialah seorang bekas timbalan perdana menteri.
“Kali ini, Dr Mahathir ialah bekas perdana menteri yang pernah memerintah negara selama 22 tahun,” katanya.
Beliau menambah pilihan raya pada 2008 dan 2013 juga berjaya mengubah lanskap politik, menggugat sistem dominan 1 parti yang sebelum ini dianggap utuh.

Perbincangan dengan Pas: Inisiatif PKR bukan sekutu, kata Azmin



Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamad Azmin Ali mempertahankan perbincangan partinya dengan Pas walaupun tidak disenangi sekutu lain dalam Pakatan Harapan.
“Pada asasnya, saya sedang berbincang dengan Pas. Ini adalah inisiatif PKR, tidak ada kena mengena dengan Pakatan Harapan.
“Saya tidak boleh mewakili Pakatan Harapan, keputusan ini dibuat oleh PKR untuk mengekalkan dan meneruskan perbincangan dengan PAS,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Lembu Qurban di Masjid At-Taqwa, Selayang Baru, Gombak hari ini seperti dilapor Malaysiakini.
Azmin dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini bertemu dengan Hadi, Sabtu lagi.
Azmin mengakui sedang mengadakan perbincangan “sangat tidak rasmi” dengan parti itu, walaupun PAS telah memutuskan kerjasama politik mereka dengan PKR.

'Bincang dengan PAS tiada kaitan dengan HARAPAN'

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamad Azmin Ali mempertahankan perbincangan partinya dengan PAS, walaupun tidak disenangi sekutu lain dalam Pakatan Harapan.
“Pada asasnya, saya sedang berbincang dengan PAS. Ini adalah inisiatif PKR, tidak ada kena mengena dengan Pakatan Harapan.
“Saya tidak boleh mewakili Pakatan Harapan, keputusan ini dibuat oleh PKR untuk mengekalkan dan meneruskan perbincangan dengan PAS,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Lembu Qurban di Masjid At-Taqwa, Selayang Baru, Gombak hari ini.
Azmin dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini bertemu dengan Hadi, Sabtu lagi.
Azmin mengakui sedang mengadakan perbincangan “sangat tidak rasmi” dengan parti itu, walaupun PAS telah memutuskan kerjasama politik mereka dengan PKR.

Dr M musuh utama Melayu, kata Pemuda Umno

Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun menggelar bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai musuh utama Melayu yang berusaha menghapuskan Umno.
"Hari ini, dalam konteks peperangan, kena lihat siapa musuh kita. Musuh orang Melayu dan sedang berusaha untuk hapuskan parti keramat tidak lain tidak bukan adalah Tun Dr Mahathir.
"Saya terus nyatakan nama beliau kerana tidak mahu jentera kita salah sasaran kerana setiap ungkapan beliau (Mahathir) adalah untuk menghancurkan Umno," katanya seperti dilapor BH Online.
Khairul berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Bharu hari ini.
Mahathir sebelum ini keluar daripada Umno dan mengasaskan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) selepas tidak berpuas hati dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwanya melakukan penyelewengan terutama dalam isu 1MDB.
Dalam usahanya menjatuhkan kerajaan BN, Mahathir bekerjasama dengan PKR, DAP dan AMANAH dalam gabungan pembangkang yang dinamakan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Mengulas lanjut, Khairul Azwan berkata sifat tamak dan ego Mahathir menyebabkan bekas presiden Umno itu lupa akan perjuangan Umno.
"Sepanjang 22 tahun Dr Mahathir memerintah, Umno terpaksa 'menghalalkan' apa sahaja tindakan yang dibuat bekas perdana menteri itu atas kapasitinya sebagai presiden Umno ketika itu selain kesetiaan.
"Suatu masa dahulu, dialah presiden kita, bahkan tindakannya memecat timbalannya ketika itu (Datuk Seri Anwar Ibrahim), kita tetap membenarkan tindakannya.
"Tapi lihat apa yang dibuatnya sekarang. Beliau ingin rosakkan perjuangan Umno, fitnah macam-macam kepada Datuk Seri Najib Razak sehingga ada yang percaya kepada pembohongan itu," katanya.
Justeru, beliau menggesa anggota Umno mempertahankan wadah perjuangan parti itu, sekali gus menentang anasir yang didakwa dibawa Mahathir.

Adakah DAP telah berubah?

Oleh

SEJAK ditubuhkan pada 1966, DAP memilih jalan berparlimen sebagai amalan perjuangannya. Ia bermakna ia berpegang kepada sosialisme secara evolusi, yakni berperingkat, dan tidak bersifat revolusi.

Ini bererti ia menolak sosialisme yang ditentukan oleh politbiro parti seperti yang biasa diamalkan oleh gerakan komunis. Ia juga tidak menyokong gerakan ganas bersenjata.

Mungkin ada orang menganggap DAP skema kerana memilih jalan aman yang tidak menumpahkan darah. Biarlah apa orang nak kata; yang penting, ia berjuang untuk golongan pekerja kolar biru dan putih, petani, nelayan dan peniaga kecil yang merupakan majoriti rakyat Malaysia.

Oleh itu, seruan Malaysia milik rakyat Malaysia adalah sesuatu yang semulajadi untuk DAP kerana ia selaras dengan hasrat ideologi yang berdasarkan kepada asas kebebasan, keadilan dan kesaksamaan.

Malah, berasaskan peredaran zaman, DAP meminda perlembagaannya untuk membolehkan sosialisme demokratik dikembangkan menjadi sosial demokrasi pada 2006.

Ini bererti peralihan untuk menerima kewujudan pasaran tetapi tetap memastikan hak golongan majoriti – pekerja, petani nelayan, peruncit, peniaga kecil – sentiasa dibela melalui usaha reformasi pentadbiran dan amalan perniagaan. Ia menyedari bahawa hasil saksama (equality of outcome) tidak sepatutnya menjadi tumpuan, sebaliknya menyeru kepada usaha mendapat peluang saksama (equal opportunity).

Malah, bantuan dan sokongan kepada golongan yang memerlukan tetap diteruskan. Ia bererti DAP memang memperjuangkan meritokrasi tetapi ia ditambah dengan hak keperluan. Maksudnya, gabungan bersama merit dan keperluan berdasarkan latar belakang pendapatan keluarga menjadi garis penentu kelayakan. Jika berasaskan merit sahaja, dalam banyak bidang termasuk pendidikan dan peluang perniagaan, ia hanya menguntungkan golongan kaya.

Inilah amalan sosial demokrasi DAP yang diasaskan daripada sosialisme demokratik 1966 yang terus dilaksanakan sehingga ke hari ini. Buktinya dapat dilihat di Pulau Pinang di mana DAP menjadi peneraju bersama Pakatan Harapan. Di Selangor pula, DAP memberi input sosial demokrasi kepada kerajaan Pakatan pimpinan PKR.

Di sini jelas prinsip dan amalan DAP kekal progresif sejak penubuhannya. Walaupun ia tidak pernah menyembah sosialisme sebagai ideologi, ia gigih dalam usaha mereformasi pentadbiran kerajaan di semua peringkat.

Pembangkang tak kuat, tetapi Umno lemah akibat berpecah sembang Zahid

Beliau berkata, jika semua pihak bersatu padu, Sungai Petani akan menjadi milik Umno.
zahid-umnoSUNGAI PETANI: Ahli Umno diingatkan tidak lagi berpecah dan mewujudkan kem tertentu dalam parti, jika mahu menang besar dalam pilihan raya umum ke-14.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, cukuplah pembangkang meraih kesempatan memenangi kerusi itu yang selama ini menjadi milik Umno dan Barisan Nasional (BN) disebabkan kelemahan ahli sendiri.
“Pembangkang tidak kuat sebenarnya, tetapi kita yang lemah. Bila kita lemah dan berpecah, depa (pembangkang) ambil kesempatan…cukuplah kita berpecah.
“Masalah di Kedah (pada PRU12), pembangkang ambil alih sebab kita ketika itu mahu padankan muka orang dan lepas itu padan muka kita sebab hilang negeri. Pada PRU14 kena tebus maruah untuk dapatkan semula kerusi yang kalah sebelum ini,” katanya berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Sungai Petani hari ini.
Turut hadir Ahli Parlimen Jerai yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Umno Bahagian Sungai Petani, Datuk Abdul Rahim Saad.
Menyentuh Umno Bahagian Sungai Petani, Zahid berkata, perpecahan berlaku sebelum ini antara punca parti gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Petani, Dewan Undangan Negeri Bakar Arang dan Sidam.
“Kekalahan ini harus ditebus semula dan tidak mustahil untuk menang semula di kerusi berkenaan, jika kita bersatu,” katanya.
Zahid berkata, semua pihak termasuk parti komponen di kawasan Parlimen Sungai Petani diminta menggandakan usaha merampas semula kerusi berkenaan.
“Saya juga tidak campur urusan parti komponen lain, tetapi minta mereka pilih calon tempatan dan Umno akan menolong capai kemenangan,” katanya.
Beliau berkata, Sungai Petani hak Umno dan BN dan sekiranya semua pihak bersatu padu, sudah tentu pembangkang gagal selepas ini.

PPBM: Umno halalkan gengsterisme dengan sindiran ‘kerusi terbang’

Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Umno tidak melihat tindakan melontar kerusi ke arah Dr Mahathir Mohamad sebagai perkara serius.
Syed-Saddiq_kerusi_600
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PPBM berkata, Umno seolah-olah menghalalkan gengsterisme di negara ini apabila Datuk Seri Najib Razak menyindir Tun Dr Mahathir Mohamad dengan kenyataan kerusi dilontar ke arahnya kerana kerap membuat pusingan U.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Umno tidak melihat tindakan melontar kerusi ke arah Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perkara serius.
“Ini jelas menunjukkan Umno menggalakkan gengsterisme, jika ada pihak yang tidak sehaluan dengan mereka. Ini tindakan dan kenyataan salah.
“Jika rakyat Malaysia, termasuk Dr Mahathir tidak menyokong Umno, keganasan yang ditujukan kepada bekas perdana menteri itu adalah halal,” katanya kepada FMT.
Semalam, perdana menteri menyindir Dr Mahathir dengan berkata, kekecohan yang berlaku dalam forum Nothing to Hide 2.0, Ahad lalu di mana kerusi, kasut dan suar yang dilontar ke arahnya, tidak akan berlaku jika beliau tidak membuat pusingan U.
“Buat pusingan U dulu lain, hari ini lain. Sebab banyak sangat buat pusingan U, kerusi pun melayang.
“Dalam politik, ayah saya pernah sebut, mesti ada keikhlasan kerana politik bukan hari ini cakap lain, esok pula cakap lain,” kata Najib di Permatang Pauh, Pulau Pinang semalam.
Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, kenyataan Najib membuktikan Umno dan Barisan Nasional dalam keadaan terdesak sehingga sanggup menghalalkan gengsterisme demi menutup mulut pengkritik mereka.
“Umno atau sesiapapun yang menggunakan gengsterisme untuk mendiamkan pemimpin PPBM, cara ini tidak akan berjaya. Lagi mereka tentang atau tekan, lagi kuat kita akan lawan,” katanya.
Beliau turut menggesa Najib berhenti melabelkan Dr Mahathir sebagai diktator, Mahafiraun dan Mahazalim.

Pistol itu tidak lagi di tangan Dr Mahathir

Ada yang masih mempertikaikan, sehingga hari ini, keperluan untuk berkerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mereka terus menimbulkan isu pertentangan yang dahulu antara pembangkang dan Dr Mahathir semasa beliau masih perdana menteri.
Maka di atas sebab segala yang telah berlaku maka ada yang menganggap kerjasama dengan Dr Mahathir sebagai suatu pengkhianatan terhadap perjuangan yang dibawa sekian lama. Sedangkan kemenangan perlu sekiranya agenda perjuangan ini akan dapat terlaksana.

Kerjasama kontroversial
Saya tidak menafikan bahawa persoalan kerjasama ini merupakan sesuatu yang dianggap ‘kontroversial’.
Sehinggakan ada yang menganggap bahawa sekiranya kita menang sekalipun pilihan raya ke-14 ini dan layak ke Putrajaya, Dr Mahathir mengkhianati Pakatan Harapan dan kembali untuk membentuk kerajaan bersama Umno/BN. Oleh itu kerjasama dengan Dr Mahathir tidak bermakna!
Saya juga tidak menafikan bahawa pengkhianatan yang disebut-sebut itu merupakan satu kemungkinan, namun ia tetap sekadar hanya satu kemungkinan dan tidak lebih dari itu.
Akan tetapi, melalui kerjasama ini, paling kurang, harapan untuk berjaya adalah lebih tinggi! Sama ada pengkhianatan tersebut akan berlaku atau sebaliknya masih tidak tentu lagi tetapi yang boleh ditentukan ialah, tanpa kerjasama ini, harapan untuk menang juga berkurangan.
Hakikatnya undi Melayu yang menjadi masalah pakatan pembangkang selama ini. Walaupun bersama PAS, kita masih gagal mendapatkan jumlah undi Melayu yang diperlukan untuk menang, apatah lagi tanpa PAS!
Masalah undi Melayu
Ya benar, AMANAH menggantikan PAS. Tetapi tidak dapat dinafikan bahawa AMANAH tidak mungkin mampu membawa seluruh undi PAS kepadanya, dan melaluinya kepada HARAPAN.
Maka sudah pasti akan kurang daripada apa yang pernah diperolehi PAS dahulu kerana kali ini ia terbelah kepada dua, iaitu sebahagian kekal bersama PAS dan sebahagian lain bersama AMANAH.
Undi Melayu yang dibawa AMANAH tidak mungkin melebihi undi Melayu yang diperolehi PAS semasa PAS belum berpecah dua.
Melalui penyertaan BERSATU, undi Melayu yang dari blok yang menyokong Umno akan dibawa kepada Dr Mahathir. Ini bermakna HARAPAN akan menerima undi Melayu dari blok PAS melalui AMANAH dan dari blok Umno melalui BERSATU.
Jumlah ini dijangka akan lebih dari jumlah yang dibawa lari PAS.
Pada masa yang sama undi yang dibawa BERSATU adalah dari blok Umno. Ini bermakna sambil undi HARAPAN bertambah, undi Umno akan berkurangan.
Pada dasarnya, undi yang dibawa lari oleh PAS tidak akan menyebabkan undi Umno bertambah, sebaliknya kekal bersama PAS yang bertanding secara bersendirian. Ini akan menambahkan lagi potensi HARAPAN untuk menang.
Oleh itu apabila BERSATU bersama HARAPAN, maka potensi dan kemungkinan menang adalah satu realiti. Tidak mungkin menjadi realiti tanpa mereka.

Pada masa sama BERSATU juga tidak mungkin menang tanpa HARAPAN! Hanya persoalan yang timbul adalah apa yang akan berlaku selepas kemenangan tercapai?
Kebimbangan Mahathir khianati undi rakyat
Apa berlaku sekiranya menang? Tiada yang boleh menjawab soalan ini dengan pasti.
Namun saya merasakan tiada sebab BERSATU perlu kembali kepada Umno/BN sekiranya mereka melihat HARAPAN mempunyai potensi untuk menjadi sebuah kerajaan yang bersih dan cekap tanpa terkorbannya kedudukan orang Melayu yang menjadi asas perjuangan mereka.
Lebih-lebih lagi sekiranya jumlah kerusi yang dimenangi HARAPAN adalah begitu menyeluruh.
Sekiranya BERSATU dan Dr Mahathir tidak mengkhianati undi rakyat dan kekal bersama HARAPAN, maka akan timbul pula soalan kedua, iaitu sejauh mana BERSATU akan akur dengan pimpinan HARAPAN?
Tidakkah mungkin mereka akan ulangi cara kepimpinan lama seperti semasa Dr Mahathir adalah perdana menteri? Apakah perbezaan di antara BN dan HARAPAN jika membentuk kerajaan nanti?
Beza BN dan HARAPAN

TMJ beri peringatan pada 'Encik Ibdillah'

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan mahu menjatuhkan mana-mana pihak.
Menyebut khusus “Encik Ibdillah”, baginda meminta individu itu tidak menggunakan tentera siber untuk menghentamnya.

“Kepada En Ibdillah, tidak perlulah sibuk-sibuk dengan cybertroopers awak untuk menghentam-hentam saya dan menjulang 'bos' awak. Tiada sesiapa yang nak jatuhkan 'bos' awak.

“Awak perlu ingat sokongan terbesar parti politik awak datangnya dari negeri Johor. Fikirlah sebaik-baiknya,” kata baginda.

Johor sentiasa dianggap sebagai kubu kuat Umno.

TMJ tidak merujuk secara jelas Ibdillah mana yang dimaksudkannya tetapi mungkin merujuk kepada exco Pemuda Umno Ibdillah Ishak.

Stadium, bangsa Melayuku, 'cybertroopers' dan RM100 juta duit rakyat

Pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada skuad kebangsaan B-22 atas dua kemenangan mereka dalam peringkat kumpulan A Sukan Sea 2017.
Saya juga ingin menyampaikan pesanan kepada para pemain supaya jangan pedulikan apa yang media cetak atau media sosial perkatakan. Anda harus fokus dan beri tumpuan kepada setiap perlawanan dalam pertandingan tersebut.

Ingatlah bahawa tidak ramai yang dapat menyarung jersi kebangsaan. Anda sepatutnya berasa bangga kerana ia satu penghormatan tertinggi oleh kerana anda terpilih menyarung jersi kebangsaan. Jangan dilayan dengan mereka yang semata-mata mahu mengkritik, kerana anda mewakili dan berkorban demi negara. Walau apa pun keputusan, menang ataupun kalah, biar saya yang tanggung dan berdepan dengan mereka.
Biar saya yang pikul tanggungjawab tersebut di atas bahu saya. Kerana, negara dan keluarga anda tetap bangga dan berterima kasih kepada anda kerana anda sudah cuba yang terbaik dan berjuang untuk negara tercinta.
Keduanya, berkenaan dengan beberapa pihak yang mempertikaikan mengapa saya tiada di stadium untuk memberi sokongan pada skuad kebangsaan di Sukan Sea 2017 ini. Anda mungkin terlupa sumbangan saya kepada FAM sewaktu FAM, liga dan pasukan lain tidak berduit.
Bukan mahu mengungkit tetapi ini satu kenyataan. Baru-baru ini juga, DYMM Sultan Johor mengurniakan RM4 juta kepada FAM untuk membantu struktur skuad kebangsaan dan liga tempatan. Insentif kepada skuad kebangsaan B-22 juga telah diberikan apabila mereka berjaya layak ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China.
Buat masa yang sama saya juga berjumpa dengan Astro untuk mendapatkan penajaan untuk semua pasukan yang bertanding dalam liga Malaysia.
Wahai Melayu bangsaku, walaupun terdesak sangat untuk menjatuhkan orang, tidak perlu untuk membandingkan saya dengan sesetengah individu yang hanya tunjukkan muka di stadium untuk berikan sokongan tetapi tidak menghulurkan satu sen pun untuk membantu bola sepak tanah air.

Tidak perlu ke stadium hanya untuk kepentingan politik. Mana pergi individu ini dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) apabila FAM atau bola sepak Malaysia susah dan memerlukan bantuan kewangan? Walau apa pun Saya tidak salahkan pihak KBS yang tidak berikan duit kepada FAM. Maklumlah, isu duit berjumlah RM100 juta duit rakyat pun tidak dijawab lagi macam mana mereka nak bagi duit kepada kami.
Saya tidak berminat untuk berpura-pura tunjukkan muka di stadium untuk mendapatkan sokongan. Saya tidak perlu sokongan sebab saya bukannya ahli politik.
Jadi, sebelum nak mempertikaikan dan menghukum sesiapa, fikir dulu. Jangan malukan bangsa Melayu dengan sikap busuk hati. Daripada pengalaman saya, jika dibandingkan dengan India atau Cina, kebanyakannya bangsa Melayu sahaja yang menghina Raja mereka setiap hari.
Tetapi apabila susah dan tersempit dengan ahli politik barulah bangsa Melayu ini mencari Raja Raja mereka.
Lagipun siapalah saya kerana apabila saya bersuara saya hanya berseorangan.
Saya juga tidak mempunyai dan membayar 'cybertroopers' parti politik untuk memberi sokongan kepada saya seperti sesetengah individu lakukan. Saya bukan orang yang ingin menjadi popular tetapi ghaib apabila bola sepak negara memerlukan sumbangan.Jika ada pihak yang bertanyakan dimana saya ketika ini, saya berada di luar negara sedang bercuti ketika ini.

Dari awal tahun hingga sekarang, saya belum bercuti lagi bersama keluarga saya wahai encik-encik yang saya hormati sekalian. Tetapi usah risau, kerana saya sudah menghantar wakil saya iaitu Menteri Belia Sukan yang bersemangat berkhidmat untuk negara dah datang memberi sokongan.
Kepada En Ibdillah, tidak perlulah sibuk-sibuk dengan 'cybertroopers' awak untuk menghentam-hentam saya dan menjulang 'bos' awak. Tiada sesiapa yang nak jatuhkan 'bos' awak.
Awak perlu ingat sokongan terbesar parti politik awak datangnya dari Negeri Johor. Fikirlah sebaik-baiknya.

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM

LAMA TAK TABIK PAS, TABIK SEKALI


Suka saya untuk mengangkat tabik tinggi-tinggi kepada Pas yang tegas dan konsisten dalam keputusan yang diambilnya. Ini dirujuk kepada kenyataan dikeluarkan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Zuhdi Marzuki (foto) yang mengatakan Pas sukar untuk menerima ajakan PKR supaya parti itu berkolaborasi dengan PKR (Pakatan Harapan) untuk mengelakkan berlaku pertandingan tinggi penjuru.
Kata Zuhdi seperti dilaporkan, jentera Pas sudah bersiap sedia untuk berhadapan tiga penjuru dalam Piraum akan datang. Kerjasama itu menyukarkan Pas dan tidak mungkin kerana Pas sudah mengatur strateginya. “Kalau Pas menerima pelawaan itu Pas kena pusing 180 darjah,” begitu katanya membayangkan pelawaan PKR itu mustahil dipenuhi.
Zuhdi cukup yakin dengan strategi diambilnya kerana mengikut kajiannya pengundi Melayu mahukan Pas bertanding secara bersendirian. Tidak mungkin Pas mengubah pendirian itu.
Iya, sikap dan pendirian seperti itulah yang kita mahu, tegas dan jelas bukan kelabu dan berbaur-baur. Dalam hal ini Pas tidak menjadi seperti lalang kerana ingin mengejar kemenangan yang belum pasti. Inilah kebabilan Pas.
Soal apakah Pas akan menang dengan tindakan itu, itu soal lain. Apa yang kita hormat ialah Pas tegas dan istiqamah dengan pendiriannya. Sikap sebeginilah tidak menyusahkan ahli dan penyokong bawahan. Syabas.
Tegas dengan keputusan dan pendirian diambil menyebabkan parti akan dihormati, sepadu dan tidak ada dua atau lima kepala dalam parti. Ahli dan penyokong juga tidak pening kepala, teori dan formula mana yang hendak dipakai. Ia juga sejajar dan sesuai dengan wajah parti itu beridentitikan agama.
Zuhdi membuat penegasan demikian sebagai mengulas, kenyataan Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail membayangkan Pas masih boleh diajak berunding untuk bersama pembangkang.
Kenyataan Dr Wan Azizah itu juga dipercayai dikeluarkan ekoran kunjungan beliau bersama Azmin Ali ke atas presiden Pas Abdul Hadi Awang dua tiga hari lepas. Sikap ditunjukkan Dr Wan Azizah itu boleh diterjemahkan beliau (PKR) tidak begitu yakin dengan Dr Mahathir Mohamad?
Jelas Zuhdi lagi sebarang rundingan dengan PKR menyebabkan jentera pilihan raya Pas terpaksa dipusing 180 darjah dan tentunya kerja mengubah keputusan tidak disukai kerana ia sama dengan kerja wanita tua kurang siuman yang disebut dalam Quran yang kerjanya memintal tali kemudian merombaknya kembali.

PAS HANYA MAHU HURU-HARAKAN PAKATAN HARAPAN

Sudah banyak kali saya menulis tentang perlunya Pakatan Harapan berdiri atas kekuatan sendiri dan melupakan terus Pas dalam perjuangan mereka memenangi piliharaya dan menyelamatkan Malaysia.

Hakikatnya, semakin Pas dirindui dan cuba dipikat semula, mereka jadi  semakin "getik" dan "mengada-ngada".

Lihatlah perkembangan sehari dua ini apabila PKR menyatakan tidak mustahil mereka akan memulakan rundingan dan bekerjasama semula dengan Pas. 

Belum apa-apa, sudah diminta PKR bertaubat nasuha dan dikata kononnya kerjasama itu hanya untuk menggunakan jentera Pas semata-mata.
Pemimpin Pas yang lain pula cuba memecah-belahkan Pakatan Harapan dengan mengungkit-ungkit semula apa yang pernah Tun Mahathir Mohamad lakukan kepada Anwar Ibrahim dahulu, sambil dalam masa yang sama meminta bekas Perdana Menteri itu memohon maaf kepada keluarga Anwar.

Siapa Pas untuk mendesak Tun Mahathir meminta maaf sedangkan Anwar dan keluarganya pun tidak meminta demikian, malah mereka dengan lapang dada dapat bekerjasama untuk sama-sama menyingkirkan Najib Razak yang dirasakan lebih besar mudaratnya?

Lagi pula, bukankah Anwar sendiri sudah menjelaskan sebelum ini bahawa derita peribadi yang pernah dialaminya hanyalah luka kecil berbanding nasib dan masa depan negara?

Selain itu, Pas juga bukanlah anggota Pakatan Harapan, jauh sekali pemimpin yang membangkitkan perkara itu bersaudara dengan Anwar, jadi kenapa mereka perlu sibuk-sibuk tentang hal hubungan Tun Mahathir dengan Ketua Umum PKR itu?

Dalam hal ini, Pakatan Harapan seharusnya yakin dengan kekuatan yang mereka ada dan menyedari bahawa kecondongan Pas terhadap UMNO dan Najib Razak bukanlah rahsia lagi.
Kepada PKR, sedarlah bahawa Paslah yang memutuskan hubungan dengan mereka sebelum ini. Maka, berpada-padalah jika ingin berbaik semula, jangan sampai bak kata pepatah, "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong".

Sementara mereka bersikap "getik" dan "mengada-ngada" terhadap rakan-rakan dalam Pakatan Harapan serta terlihat ingin menghembus angin huru-hara agar gabungan itu berpecah, kecondongan Pas kepada UMNO terus rancak berjalan.

Di Lipis sebelum ini, ada pemimpin Pas hadir dalam mesyuarat UMNO yang dirasmikan Najib dan semalam di ketika lawatan Perdana Menteri ke Permatang Pauh, sekali lagi pemimpinnya hadir sama. Ini adalah susulan beberapa pendekatan berbaik-baik yang diamalkan sebelum ini, termasuk Hadi Awang berpakaian sedondon merah jambu bersama Najib.

Mereka selalu mengatakan tindakan berbaik-baik dan bekerjasama, malah menghadiri program UMNO atau kerajaan adalah amalan politik matang dan sejahtera. Kononnya itulah budaya politik baru Pas  ketika ini di ketika pemimpinnya juga kedapatan mulai kenal dengan jenama BMW, Range Rover, Mini Cooper, Velfire, Audi dan sebagainya.

SPRM siasat pembelian hotel FIC ke-3 yang mencurigakan


SPRM siasat pembelian hotel FIC ke-3 yang mencurigakan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat urus niaga FIC yang dilaporkan membayar RM86.4 juta bagi pembelian Hotel Grand Borneo pada 2012.
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat satu lagi kes pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC), lapor NST Online hari ini.
Hartanah yang dipersoalkan ialah Hotel Grand Borneo, yang merupakan sebahagian daripada 1Borneo Hypermall, di Kota Kinabalu. FIC dilaporkan membayar RM86.4 juta bagi pembeliannya pada 2012.
Sumber berkata siasatan baru itu adalah untuk memastikan sama ada FIC terlebih bayar seperti yang didakwa dilakukan dalam urus niaga Park City Grand Plaza di Kensington, London, dan Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching.
"Semasa menyiasat pembelian hotel London, maklumat mengenai Merdeka Palace timbul dan itulah sebabnya kami memulakan siasatan ke atas urus niaga itu.
"Ia sama dengan urus niaga Hotel Grand Borneo," kata sumber itu.
Park City Grand Plaza yang dilaporkan dibeli dengan harga RM330 juta, didakwa melebihi RM220 juta daripada nilai sebenarnya iaitu RM110 juta, sementara Merdeka Palace, hotel lima bintang dengan 213 bilik, didakwa dibeli RM50 juta lebih mahal berbanding nilai pasaran.
SPRM memanggil pelbagai individu untuk disoal siasat mengenai pembelian dan menyerbu pelbagai lokasi termasuk pejabat bekas pengerusi Felda Mohd Isa Samad di Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Isa ditangkap pada Selasa ketika berada di ibu pejabat SPRM untuk direkodkan kenyataannya dan kemudian ditahan pada Rabu selama lima hari.
Sumber berkata isteri Isa, Bibi Sharliza Mohd Khalid, mungkin tidak ditangkap kerana tidak disyaki terlibat secara langsung dengan kesalahan jenayah.
Mengenai mengapa aset Isa tidak dibekukan ketika beliau sedang disiasat dengan dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, sumber berkata penyiasat terlebih dahulu perlu memastikan sumber kekayaan dimilikinya.
"Proses ini tidak semestinya memberi tumpuan kepada sepanjang tempoh beliau bersama Felda," kata sumber.

15 daripada 100 graduan negara menganggur



Sejumlah 23% belia yang menganggur di negara ini mempunyai pendidikan tinggi malah yang lebih membimbangkan 15.3% daripada mereka yang berpendidikan tinggi (tertiary education) tidak bekerja atau menganggur.
Pengangguran di kalangan siswazah membimbangkan.Ini bermakna 15 graduan dari 100 graduan yang dilahirkan negara adalah penganggur, kata pengarah strategi Parti Amanah Negara (AMANAH) Dr Dzulkefly Ahmad.
Menurut Dr Dzulkefly, walaupun kadar pengangguran di negara ini dianggap rendah iaitu 3.1% (atau full employment), pengangguran di kalangan belia telah mencecah 10.57% (sumber Bank Negara Malaysia).
"Ini bermakna belia mengalami tiga kali ganda (pengangguran) melebihi dewasa yang lain. Amat mencemaskan serta membawa kesan sosioekonomi dan gejala yang berat. Tidak perlu saya huraikan," katanya.
Beliau menyorot kembali diskusi 'Bicara Srikandi' oleh Media Oren atas tajuk 'Graduan & Kerjaya' yang disertainya baru-baru ini yang turut menampilkan graduan muda lepasan Universiti Melbourne Australia, Madihah Akmal.
"Saya tekun mengikuti kisah bagaimana Madihah, pastinya bekas pelajar cemerlang yang mendapat biasiswa melanjutkan pelajar telah sangat kecewa setelah menemui kegagalan mendapatkan kerjaya setelah pulang dengan ijazah Ekonomi dari Australia.
"Tidak perlu saya sebutkan kes graduan kejuruteraan dan sains yang hari ini mencuci tandas dan membersih rumah atau berhijrah mencari rezeki ke Australia dan UK untuk buat kerja 'fruit picking' (memetik buah). Tak kurang juga yang hanya jadi juruwang di 7 Eleven atau 99 SpeedMart," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan kerajaan agar merancak industri hiliran di negara ini bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat khususnya para graduan.

Urus niaga dengan China kurang telus cetus kebimbangan, kata Nurul Izzah


Urus niaga dengan China kurang telus cetus kebimbangan, kata Nurul Izzah
Perdana Menteri Najib Razak menghadiri majlis pecah tanah ECRL di Kuantan yang merupakan satu daripada projek usahasama negara dengan China. 
RAKYAT Malaysia perlu mengambil berat soal ketelusan dan akauntabiliti dalam urus niaga yang melibatkan pelaburan bernilai RM140 bilion di antara Putrajaya dengan China, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Bagaimana pelaburan ini akan menjejaskan rakyat Malaysia akan dibincangkan secara panjang lebar dalam forum Institut Rakyat pada 24 Ogos.
Forum yang bakal diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor akan menampilkan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, pakar ekonomi Prof Dr Jomo Kwame Sundaram dan Azrul Azwar Ahmad Tajuddin serta Nurul Izzah.
"Tanpa pengawasan dan analisis sewajarnya, rakyat Malaysia perlu bimbang yang urus niaga dengan China, bagi sesebuah kerajaan dengan skala ini adalah keterlaluan, terlalu cepat dan terlalu awal," kata Nurul Izzah yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai.
Institut Rakyat akan memberi penekanan kepada 14 memorandum persefahaman yang Perdana Menteri Najib Razak tandatangani dengan China pada November lalu yang berjumlah RM143.6 bilion, bersamaan 55% daripada bajet persekutuan Malaysia tahun ini.
"Pelaburan China di Malaysia, jika diterjemahkan akan menjadi kewajipan hutang negara yang besar, memerlukan perbincangan peringkat kebangsaan secara holistik dan menyeluruh.
"Manfaat dan kelemahan bagi kemungkinan kemasukan modal yang cepat dan tidak terkawal dari China akan dibincangkan secara terperinci oleh ahli panel, terutama dari segi politik, ekonomi dan sosial," kata Nurul Izzah, sambil menambah polisi mengenai pelaburan China di Malaysia akan didedahkan di forum.
Beliau berkata projek seperti Forest City dan Bandar Malaysia diumumkan dengan sedikit maklumat tentang potensi kesan buruknya terhadap negara.

Fikir sebelum bercakap, Nurul Izzah beritahu Najib


Fikir sebelum bercakap, Nurul Izzah beritahu Najib
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menegaskan agenda reformasi institusi bagi sistem pemerintahan lebih baik akan diteruskan. 
PERDANA Menteri Najib Razak perlu selidik terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan yang agenda Reformasi sudah mati, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Ia kenyataan balas kepada Najib semalam semasa melawat Permatang Pauh, Pulau Pinang, kubu kubu kuat pemimpin PKR yang dipenjarakan Anwar Ibrahim.
Najib mengkritik agenda Reformasi yang mengatakan gerakan itu sudah tiada lagi kerana ia kini dipimpin seorang diktator, merujuk kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad.
"Kami tidak memulakan Reformasi secara khusus untuk mensasarkan Dr Mahathir. Ia jelas merupakan agenda reformasi institusi, bagi sistem pemerintahan yang lebih baik.
"Saya ingin meminta kepada PM, sila fikir dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan mengutuk intipati agenda yang akan memberi manfaat kepada rakyat," kata Nurul Izzah pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Nurul Izzah menambah, Najib perlu menjadi "lelaki sejati" dan tidak memusnahkan agenda yang penting bagi kelangsungan negara.
Beliau mempersoalkan jika perdana menteri membuat kenyataan itu tanpa memikirkan kebajikan rakyat, yang merupakan agenda pembaharuan.
"Adakah Najib Razak menentang perjuangan membasmi rasuah? Adakah beliau menentang usaha untuk memastikan kita mengurangkan ketidaksaksamaan dan memperbaiki kebajikan rakyat Malaysia?
"Ini adalah sebahagian daripada agenda pembaharuan.
"Najib juga mesti selidik dahulu, baca sejarah dan kemudian memberi komen," katanya.
Semalam, Najib memberitahu orang ramai di Permatang Pauh agar membuat perubahan dan menyokong Barisan Nasional (BN) sekali lagi kerana mempunyai lebih kemampuan untuk menjadi negara lebih baik.
Najib juga mempersendakan bekas perdana menteri, Dr Mahathir dengan menyatakan pusingan U yang dibuat dengan meninggalkan Umno dan menyertai pembangkang.

Gerakan reformasi belum terkubur, kata Izzah

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, reformasi bukan hanya ditujukan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya mahu intitusi negara dan pentadbiran negara diperintah lebih baik
nurulizzah1PETALING JAYA: PKR menasihatkan Datuk Seri Najib Razak membuat kajian sebelum mendakwa reformasi sudah terkubur, sedangkan hakikatnya gerakan itu masih diteruskan.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menjelaskan agenda reformasi bukan hanya ditujukan kepada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya gerakan itu bertujuan menyusun semula institusi dan pentadbiran negara yang lebih baik.
“Najib perlu membuat kajian dulu, baca sejarah lama dan kemudian baru boleh ulas.
“Kami tidak mula reformasi secara spesifik bagi menyasarkan Dr Mahathir sahaja. Ia adalah jelas untuk agenda penyusunan semula institusi dan pentadbiran lebih baik,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Reformasi ialah gerakan yang diketuai bekas ketua pembangkang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menuntut pembaharuan politik dan menyingkirkan Dr Mahathir, susulan pemecatan dramatiknya daripada Kabinet pada September 1998.
Semalam, perdana menteri dilaporkan berkata, sudah tiba masanya bagi pengundi di Permatang Pauh membuat perubahan dengan memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 kerana PKR dilihat gagal membuat perubahan sepanjang berbelas tahun mewakili kawasan itu.
Beliau berkata, parti pembangkang menggerakkan reformasi kira-kira 17 tahun lalu untuk melawan Dr Mahathir, tetapi gerakan itu secara rasmi boleh dikatakan terkubur apabila sasaran mereka membuat pusingan U dan kini bersama mereka.
“Takkan tak boleh buat perubahan di Permatang Pauh sebab reformasi dah tak ada. Reformasi ditubuhkan nak lawan orang yang dikatakan diktator, Mahafiraun, Mahazalim, tetapi orang itu yang didakap pula…dah dakap jadi pengerusi (Pakatan Harapan).

Berunding dengan PKR: Boleh jadi tapi tak mungkin, kata PAS

PAS tidak menolak kemungkinan rundingan peruntukan kerusi dengan PKR untuk pilihan raya umum ke-14, walaupun menyedari ia mungkin tidak dilakukan memandangkan persediaan sudah pun dibuat untuk pertarungan tiga penjuru.
Portal dalam talian Free Malaysia Today memetik pengarah penyelidikan PAS, Mohd Zuhdi Marzuki mengulas kenyataan Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail baru-baru ini bahawa partinya tidak menolak kemungkinan membincangkan peruntukan kerusi dengan sekutu bekas Pakatan Rakyat itu.
"Kami telah menjalankan kajian di seluruh negara dan meminta responden untuk memberi pandangan mereka mengenai PAS dan sama ada kita perlu bekerjasama dengan PH atau Barisan Nasional (BN).
"Kita mendapati mereka, terutama Melayu-Islam, mahu PAS membentuk dan menerajui bloknya sendiri bukannya bekerjasama dengan PH atau BN," Zuhdi dilaporkan berkata, sambil menambah ia penemuan di banyak kawasan.
Dari segi persediaan, Zuhdi dilaporkan berkata jentera pilihan raya PAS hampir 100 peratus siap dan sebarang rundingan kerusi dengan PKR atau HARAPAN hanya akan menyebabkan pusingan 180 darjah dan akan menjejaskan usaha jentera pilihan raya.
Walaupun PKR dilihat mengambil pandangan yang lebih terbuka terhadap rundingan kerusi itu, Zuhdi juga berkata perbincangan dengan parti itu tidak mungkin kerana perwakilan PAS pada muktamar yang lalu, telah membuat pendirian mereka jelas dan mengundi untuk memutuskan hubungan dengan PKR.
Keputusan ini kemudiannya disokong oleh majlis syura sebagai badan pembuat keputusan tertinggi PAS.
Selepas perpecahan bekas pakatan pembangkang Pakatan Rakyat, PAS telah menubuhkan blok ketiga yang digelar "Gagasan Sejahtera" dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia dan NGO lain.
Wan Azizah, yang juga presiden Pakatan Harapan, baru-baru ini berkata matlamat utama dalam PRU14 adalah untuk menjatuhkan BN dan PKR terbuka untuk mencuba apa juga untuk mencapai matlamat itu.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang dilantik sebagai pengarah pilihan raya HARAPAN mendedahkan bahawa perbincangan tidak formal dengan PAS telah berlangsung sejak beberapa bulan yang lalu.

SPRM: Lakukan penahanan kerana rasuah atau politik?

Keaktifan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha memerangi rasuah hanya menjurus kepada pemimpin dan penyokong pembangkang berbanding penyelewengan yang dikaitkan dengan 'Malaysian Official 1' (MO1) dan isteri MO1 dalam isu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Presiden Amanah Mohamad Sabu menegaskan sepatutnya SPRM bertindak kepada sesiapa sahaja bukan dakwaan terpilih.
"Kedengaran sahaja mereka yang ditahan oleh suruhanjaya itu setiap hari dan kita alu-alukan peranan SPRM untuk membongkar salah laku dan rasuah seterusnya memberikan kepada peguam negara untuk didakwa di mahkamah.
"Walau bagaimanapun, menjadi persoalan besar apabila SPRM dilihat seperti mengikut arahan tertentu apabila menahan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Sungai Puyu Phee Boon Poh serta didakwa menggeledah pejabat anak-anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa terlibat rasuah.
"Apa yang menghairankan kita adalah ratusan laporan dibuat terhadap penyelewengan wang membabitkan MARA, penyelewengan Tabung Haji dalam isu pembelian tanah TRX, penyelewengan Tabung Angkatan Tentera, serta penyelewengan dalam FELDA, namun hanya pegawai-pegawai rendah ditangkap.
"Kita mengalu-alukan tindakan SPRM melawan rasuah tetapi jangan sampai dilihat memenuhi nafsu Perdana Menteri untuk membalas dendam kepada lawan politiknya," ujarnya dalam kenyataan.

Sebagai rekod pada 11 Ogos lalu Phee,, ditahan oleh SPRM semasa sedang memberi kenyataan di pejabat agensi itu di Pulau Pinang berhubung dakwaan menggunakan pejabat atau kedudukan untuk mendapatkan ganjaran.

Adakah SPRM berani siasat 1MDB..??

Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad Dr memuji agensi itu menahan bekas pengerusi Felda itu
Dzulkefly-AhmadKUALA LUMPUR: Amanah mempersoalkan kerajaan sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dibenar meningkatkan siasatan ke atas isu 1MDB dan membuat tahanan lebih luar biasa daripada bekas pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Isa Samad.
Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad memuji penahanan Isa, tetapi berkata pemimpin Umno “tidak membuang masa menguar-uarkan” tindakan SPRM itu sebagai keseriusan dan keikhlasan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak menangani rasuah.
“Tetapi, adakah SPRM akan dibenar meningkatkan siasatan dan penahanan pegawai tinggi yang didakwa terlibat dengan penyelewengan dana daripada 1MDB dan bekas anak syarikatnya, SRC International Sdn Bhd?” soalnya.
Bagaimanapun, katanya, penahanan Isa menunjukkan SPRM semakin berani dan mereka perlu memastikan pendakwaan akan dilakukan jika wajar.
Isa ditahan SPRM, selepas hadir di ibu pejabat suruhanjaya itu Selasa lalu, bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian 2 hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di London dan Kuching, antara 2014 dan 2015.
Bulan lepas, SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian sebuah hotel 4 bintang di Kensington, London, pada harga £60 juta (RM330 juta), pada 16 Disember 2014, dan sebuah lagi hotel di Kuching, pada harga lebih tinggi daripada pasaran sehingga mengakibatkan anak syarikat Felda itu mengalami kerugian jutaan ringgit.

‘Rakyat Johor hilang jutaan wang akibat tadbir urus lemah’

Ketika Isa direman, Felda beli senyap-senyap saham Eagle High Plantation

Tindakan Felda membeli EHP menimbulkan banyak tanda tanya.
Tindakan Felda membeli secara senyap-senyap saham syarikat perladangan Indonesia, Eagle High Plantation (EHP) walaupun dibantah pelbagai pihak dan ketika mantan pengerusinya Tan Sri Isa Samad diambil tindakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menimbulkan pelbagai tanda tanya.
Pengarah Strategi AMANAH Dr Dzulkefly Ahmad melahirkan kecurigaannya terhadap tindakan Felda membeli saham EHP walaupun harga yang ditawarkan melebihi 2.5 kali lebih tinggi dari harga pasaran.
Beliau juga hairan dengan tindakan Felda membelanjakan RM2.3 bilion untuk membeli saham syarikat terbabit dalam keadaan Felda tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membiayai operasinya.

Malah pihak pengurusan Felda, katanya telah dinasihatkan oleh JP Morgan dan Bank of America supaya tidak membeli 37% saham EHP milik Peter Sondakh yang menerajui Kumpulan Rajawali itu.
"Saya tahu isu positif dan negatif debat pembelian ini. Ya, saya akur tentunya ada baik-buruknya dalam 'cost-benefit analysis'nya.
"Yang diperlukan Felda dan negara, khasnya graduan di negara ini adalah pekerjaan! Ya, bukan menambah pekerjaan untuk warga asing dalam perladangan dan pembinaan.
"Najib pernah secara megah menguar-uarkan tentang 1.8 juta pekerjaan yang beliau kononnya telah jana setelah program transformasi ekonomi (ETP) dan segala program membangun ekonomi," ujarnya.
Menurut beliau, Felda dan entiti perniagaannya Felda Global Ventures Holding (FGV) tidak perlu menambah ladang atau membeli hotel di Kensington atau New York, tetapi perlu melabur dalam industri hiliran (downstream activities) yang berteraskan kelapa sawit.
Beliau merujuk kontroversi pembelian dua hotel mewah melebihi harga pasaran oleh anak syarikat FGV, Felda Investment Corporations (FIC) di London dan Kuching.
Mantan Pengerusi Felda dan FGV Tan Sri Isa Samad direman lima hari oleh SPRM berkaitan isu pembelian dua hotel mewah itu yang turut menyaksikan beberapa pegawai FIC disoal siasat.
Semalam, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mempersoalkan peranan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pembelian aset Felda di London memandangkan setiap pelaburan entiti berkaitan kerajaan di luar negara perlu diluluskan Majlis Ekonomi yang dipengerusikan olehnya.

"Kaji dulu sebelum komen," kata Izzah pada Najib

Izzah sambut baik kerjasama Harapan, Hindraf

Kurang 2 minggu, mana bendera sambut Merdeka 60 tahun?

Sejarawan Khoo Kay Kim berkata ia kesan daripada sikap ahli politik kedua-dua pihak yang tidak menunjukkan teladan.
Khoo-Kay-Kim-benderaKUALA LUMPUR: Kurang 2 minggu Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-60, tetapi semangat dan suasana sambutan itu langsung tidak dirasai melalui kibaran Jalur Gemilang, menurut tinjauan FMT.
Hampir kesemua bangunan di ibu negara juga tidak mengibarkan bendera, berbeza dengan keadaan 2 dekad lalu apabila bendera Malaysia membanjiri seluruh pelusuk negara sama ada kampung atau bandar.
bangunan
Tiada Jalur Gemilang kelihatan di hampir semua bangunan di pusat bandar raya Kuala Lumpur.
Bagi sejarawan Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, ia menandakan rakyat Malaysia terutama generasi Y semakin “buta sejarah”, sesuatu yang disebabkan mereka tidak terdedah secara langsung dengan sejarah perjuangan menentang penjajah.
“Mereka tidak faham apa itu kemerdekaan, golongan muda terutamanya, mereka tidak terdedah kepada apa yang sudah berlaku,” katanya kepada FMT.
“Kalau tanya mereka maksud negara bangsa, mereka tidak tahu, apa maksud perlembagaan mereka tidak tahu.
lebuhraya
Berbeza daripada suasana 2 dekad lalu, kenderaan persendirian juga tidak mengibarkan Jalur Gemilang.

"Antara Abdul Hadi dan Mahathir, aku tak setuju dengan Hadi"



Pengarah Syariah AMANAH, Zolkharnain Abidin mempunyai perbandingan menarik antara dua pemimpin sekarang, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Pakatan Harapan.
Tun Mahathir dan Abdul HadiBagi bekas Adun Pas di Perlis itu, kedua-duanya ada kelebihan masing-masing tetapi beliau menegaskan, "Aku tak setuju dengan Abdul Hadi sebab mesra Umno. Dan aku setuju dengan Mahathir sebab lawan Umno. Itu saja."
"Jika Abdul Hadi dipanggil tuan guru, Mahathir dipanggil doktor. Jika Abdul Hadi pernah jadi MB, Mahathir pernah jadi PM," tulisnya dengan bahasa yang santai.
"Jika Abdul Hadi pandai cakap Arab, Mahathir pandai cakap Inggeris. Jika Abdul Hadi pernah mengajar orang di masjid, Mahathir pernah merawat orang di klinik," katanya lagi.
"Jika Abdul Hadi Presiden Pas, Mahathir pernah jadi Presiden Umno. Jika Abdul Hadi ada Khalil, Mahathir ada Mukhriz," katanya.

Dan yang pastinya kata beliau, mereka berdua orang Islam.
"Kedua-duanya pernah buat dosa, dan kedua-duanya pernah buat jasa. Kedua-duanya (dan kita juga) wajib bertaubat drpd dosa," jelas beliau.
Sehubungan itu, beliau menasihati agar tidak taksub kepada sesiapa sama ada Abdul Hadi atau Tun Mahathir kerana kedua-dua individu itu ialah manusia yang ada akal dan juga nafsu.
Namun di penghujung tulisannya, Zolkarnain menegaskan, "Peringatan: Ini cuma draf."
Ia dipercayai menyindir ahli jawatankuasa Pas Pusat, Dr Riduan Mohd Nor yang menarik balik tulisannya mengenai Akta 164 dengan alasan ia hanya draf selepas menerima teguran dan kritikan pelbagai pihak.

'Mengapa Isa jadi pilihan Najib?'

Pada hari kedua Tan Sri Isa Samad berada dalam tahanan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), PAS hari ini mengajukan soalan: mengapa beliau yang menjadi pilihan perdana menteri untuk diletakkan di Felda?
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata turut menjadi tanda tanya ialah, mengapa Isa terlalu lewat dikeluarkan dari Felda.
"Selepas diketepikan daripada Felda, mengapa pula Isa dilantik untuk menerajui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)?" katanya dalam kenyataan media hari ini.
Tuan Ibrahim mengulas penahanan bekas menteri besar Negeri Sembilan dan naib presiden Umno itu oleh SPRM kelmarin.
Isa ditahan untuk membantu siasatan agensi antirasuah berkenaan berhubung pembelian sebuah hotel mewah di London oleh Felda Investment Corp (FIC) pada 2013.
Kata Tuan Ibrahim memang masih awal untuk membuat sebarang kesimpulan daripada penahanan reman Isa buat masa ini, namun ia tetap tidak dapat menyelesaikan masalah Felda.
Pak Lah menang bergaya
"Penahanan Isa bukan petanda Felda sudah selamat. Jika ada wang yang diseleweng, ia telah pun diselewengkan.
"Apakah langkah untuk memulihkan Felda dan Felda Global Venture (FGV) yang pincang pada era Isa dan Datuk Seri Najib Razak?" katanya.
Kata Tuan Ibrahim, perkara itu yang perlu dituntut oleh peneroka Felda dan bukan berpuas hati terhadap tindakan semasa ke atas Isa yang dianggap masih jauh untuk diketahui penamatnya.

Menurut beliau keputusan Najib melantik Isa - yang pernah dibuktikan bersalah atas amalan politik wang dalam Umno - mengetuai Felda dan FGV menjejaskan masa depan peneroka Felda. Timbalan presiden PAS yang menjalankan tugas presiden itu kemudian mengingatkan kes tuduhan rasuah yang dikenakan ke atas bekas menteri kabinet suatu ketika dulu.

Buat pusingan-U untuk pastikan BN kalah, kata AMK Kelantan



Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan menyifatkan usaha PKR untuk membuka pintu rundingan dengan Pas adalah untuk membela rakyat dan menumbangkan kleptokrasi Najib BN.
"Kami menyeru pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) dan Pas meredakan tohmahan sesama sendiri berhubung langkah ini," kata ketuanya, Mohd. Hafidz Rizal dalam satu kenyataan yang ditularkan di media sosial malam tadi.
PKR dan PasBeliau menegaskan langkah itu selaras dengan usaha 'memperkasakan' Pakatan Harapan (PH) sekaligus merealisasikan agenda reformasi yang dicetuskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Ketua Umum PH dalam fokus menumbangkan Umno dan BN.
AMK Kelantan katanya menghormati dan akur dengan arahan yang disampaikan oleh pengerusi MPN Ab. Aziz Kadir dari presiden dan Biro Politik PKR pusat yang bersidang pada 15 Ogos lalu yang mengarahkan semua lantikan politik Kelantan kekal bagi melaksanakan tugas dalam semata-mata untuk berbakti kepada rakyat.
"Ini sekaligus menafikan dakwaan hanya menerima elaun atau kata-kata popular sekarang 'dedak'," katanya.
Beliau membangkitkan semula sejarah selama 18 tahun berlakunya pertembungan politik yang hebat dan tajam antara Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sehingga meringkuknya Anwar Ibrahim di Sungai Buluh selama 8 tahun dan hari ini kita semua dapat melihat rapatnya dua negarawan ini mengenepikan sengketa lama.
"Kini mereka sanggup bersatu padu di dalam PH untuk menumbangkan Najib, kleptokrasi Umno BN," katanya
Dengan merujuk kajian Institut Darul Ehsan (IDE), sebuah badan penyelidikan dibiayai kerajaan Selangor, menurut Hafidz BN akan menang apabila berlaku pertembungan tiga penjuru pada PRU akan datang.
"Akhirnya bertambahlah kesengsaraan rakyat Malaysia dibawah Kleptokrasi Najib.
"Inilah asas kami dari PKR cuba membuka rundingan bersama Parti Pas untuk memertabatkan Islam dan Melayu di negeri-negeri pantai timur bagi merealisasikan pertembungan 1 lawan 1, akhirnya kemenangan berpihak kepada barisan pembangkang iaitu Pakatan Harapan dan Pas," katanya.
Hafidz bagaimanapun tidak mengulas hasrat Pas untuk menjadi 'king maker' iaitu kemungkinan membentuk kerajaan sama ada dengan PH ataupun BN selepas PRU akan datang.

PEMUDA PAS: BUKA PINTU RUNDINGAN, PKR BERSATU


KOTA BHARU – Susulan tindakan PKR mengekalkan lantikkan politik di Kelantan, Pemuda Pas mencadangkan pintu rundingan dengan PKR dan Bersatu boleh diwujudkan kembali.
Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, rundingan itu boleh berlaku dengan syarat ia tidak melibatkan DAP dan Amanah.
“Saya secara peribadi mencadangkan (membuka) pintu rundingan dengan PKR dan Bersatu, syarat yang paling penting ialah tidak berkaitan dengan DAP dan Amanah. Saya optimis dengan perkara tersebut,” katanya.
Semalam, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir mengesahkan 67 lantikkan politik PKR di Kelantan dikekalkan dalam satu tempoh yang tidak dinyatakan.
Aziz berkata, keputusan yang dibuat Mesyuarat Biro Politik Pusat itu berdasarkan alasan keperluan kerjasama parti itu dalam pentadbiran kerajaan negeri sebagaimana yang telah dinyatakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
Fadhli yang juga Naib Ketua Pemuda Pas Pusat merakamkan ucapan tahniah kepada kepimpinan PKR negeri ini dalam mengekalkan lantikan politik mereka di Kelantan.
Katanya,  tindakan tersebut melambangkan kematangan parti itu dalam membuat keputusan yang tepat untuk perjuangan menjelang PRU14.
“Keputusan itu juga bagi menghormati hak pengundi iaitu rakyat kelantan yang memberi amanah kepada PKR pada PRU13 sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, keputusan tersebut juga membuktikan yang PKR tidak menjadi ‘pak turut’ kepada parti-parti lain dalam Pakatan Harapan yang sudah pastinya menekan mereka dalam isu tersebut.
Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda Pas Pusat berkata, malah ia membuktikan PKR mempunyai harga diri dalam mengekalkan pendirian mereka berhubung isu tersebut.
Mengulas mengenai program-program yang akan diadakan bersama antara PKR dan Pas negeri selepas ini, Ahmad Fadhli berkata, pihaknya akan meneruskan segala perancangan yang telah dibuat termasuklah yang melibatkan PKR negeri ini.
“Buat masa sekarang ini kita tidak mempunyai apa-apa halangan dengan PKR, kecuali dengan DAP dan Amanah,” katanya.
Lantikan politik PKR Kelantan melibatkan Penyelia Dun, Penyelia Parlimen, Anak syarikat GLC, Penghulu dan Ahli Majlis.