Khamis, 17 Ogos 2017

PKR pertaruh Selangor cuba kerjasama dengan PAS, kata penganalisis


PKR pertaruh Selangor cuba kerjasama dengan PAS, kata penganalisis
PKR ambil risiko besar berunding dengan PAS kerana ia boleh merugikan parti itu sendiri terutama di Selangor. 
PKR ambil risiko besar berunding dengan PAS kerana ia boleh merugikan parti itu sendiri terutama di Selangor, kata penganalisis politik, mengulas usaha parti itu cuba memastikan pertembungan satu lawan satu antara pembangkang dengan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Hisomuddin Bakar dari Ilham Centre berkata usaha PKR berbaik-baik semula dengan PAS boleh menyinggung perasaan pengundi Cina, yang tentu akan menjejaskan sokongan terhadapnya.
Kemarahan pengundi Cina terhadap PAS sudah tidak boleh diperbetulkan lagi bahkan kajian terbaru di Selangor turut mengesahkan pandangan itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Ogos, 2017.
Kemarahan pengundi Cina terhadap PAS sudah tidak boleh 
diperbetulkan lagi bahkan kajian terbaru di Selangor turut 
mengesahkan pandangan itu.
"Jika PKR berbaik semula dengan PAS besar kemungkinan pengundi Cina akan lari meninggalkan parti itu. Jika 20% saja mereka lari, PKR akan kalah di semua kerusinya di Selangor," kata Hisomuddin.
Hisomuddin berkata kemarahan pengundi Cina terhadap PAS sudah tidak boleh diperbetulkan lagi bahkan kajian terbaru badan pemikir strategik di bawah kerajaan negeri Selangor, Institut Darul Ehsan (IDE), turut mengesahkan pandangannya itu.
"IDE hanya memberikan 1% saja pengundi Cina akan memberikan sokongan kepada PAS di Selangor sekarang. Jika mereka yang marah kepada PAS ini juga marah kepada PKR kerana bekerjasama dengan PAS, PKR juga akan habis," kata Hisomuddin.
Pada PRU13, ketika PKR mendapat 80% undi Cina di Selangor, PAS hanya memperoleh purata 60% dan kini hanya tinggal 1% saja, kata Hisomuddin.
The Malaysian Insight pada Isnin melaporkan PAS di tiga negeri – Selangor, Kedah dan Kelantan sedang cuba mendapatkan mandat autonomi daripada PAS Pusat untuk memberi restu kepada mereka bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membolehkan parti Islam itu bertanding satu lawan satu dengan BN dalam PRU14 nanti.
PAS dalam muktamar tahunannya di Alor Setar pada Mei lalu memutuskan kerjasama politiknya dengan PKR.
Kerjasama itu bagaimanapun tidak terjejas di Selangor apabila menteri besarnya Azmin Ali tidak cenderung mahu memutuskan kerjasama yang sedia terjalan selepas dua PRU itu.
Azmin mengekalkan hubungan PKR dengan PAS di Selangor kerana dikatakan mahu mengelak pertandingan tiga penjuru yang boleh menyebabkan PKR terjejas teruk di negeri itu.
Dalam pada itu, Hisomuddin melihat selain risiko kehilangan undi daripada pengundi Cina, PKR juga berhadapan dengan penentangan daripada ahlinya sendiri jika ia terus berunding dengan PAS.
"Golongan reformis atau pejuang reformasi, atau anti apa yang dinamakan 'kartel' dalam PKR ini akan menentang kerjasama dengan PAS. Jangan mengecilkan peranan dan pengaruh mereka ini," katanya.
Amanah, Bersatu kurang kerusi
Sementara itu, Hisomuddin bersetuju Amanah dan Bersatu adalah pihak yang paling terkesan dengan usaha PKR mahu berbaik-baik dengan PAS ini.

Kami boleh dapatkan undi India, kata Hindraf kepada Dr M

Waythamoorthy berkata selepas pengalamannya dengan BN, beliau sedia bersama pembangkang mengubah nasib masyarakat India.
waytha-harapan-15PUTRAJAYA: Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy hari ini yakin gerakan hak asasi itu mampu mengembleng masyarakat India untuk menyokong Pakatan Harapan pada pilihan raya umum akan datang, selepas berbincang dengan pengerusi gabungan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bercakap kepada FMT, Waytha berkata Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu akan memainkan peranan yang penting dalam membawa undi orang India kepada PH, malah undi mereka akan menjadi penentu dalam pertandingan melawan Barisan Nasional di kerusi majoriti tipis.
“Kami mahu membantu PH di kerusi-kerusi luar bandar ini, di mana masyarakat India boleh beri kesan yang besar,” katanya.
Waytha berkata sokongan meluas terhadap Hindraf dalam kalangan orang India kebanyakan akan memberi kelebihan kepada PH sekiranya gabungan itu menerima mereka sebagai ahli komponen.
Beliau berkata kerjasama itu antara isi perbincangan dengan Dr Mahathir dalam mesyuarat yang turut dihadiri bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dan Tan Sri Sanusi Junid.
Mesyuarat selama 1 jam itu berlangsung di pejabat bekas perdana menteri di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.
“Saya hadir untuk bercakap dengan Tun dan meyakinkan beliau mengenai bagaimana kami boleh bantu bawa perubahan pada pilihan raya akan datang,” kata Waytha kepada FMT.
Menurut Waytha, jumlah pengundi orang India di kawasan Parlimen luar bandar yang dimenangi tipis oleh calon Umno pada pilihan raya lalu “mungkin kira-kira 5 hingga 6 kali lebih ramai daripada undi majoriti”.
“Kami bercakap mengenai Kedah, Johor, Perak dan Selangor,” kata Waytha, yang meletak jawatannya di Kabinet pada 2014, kurang dari setahun selepas dilantik sebagai seorang timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebahagian daripada persefahaman pilihan raya antara Hindraf dan BN.
Waytha mengambil kerusi Parlimen Merbok, Kedah sebagai contoh, di mana BN menewaskan PKR dengan 4,122 undi pada pilihan raya umum 2013.
“Sebenarnya ada seramai 15,000 pengundi India di situ,” katanya. “Jadi saya percaya kita boleh masuk dan yakinkan pengundi India supaya menyokong PH.”
Hindraf menerjah ke arus perdana pada 2007 selepas puluhan ribu orang India menunjuk perasaan di Kuala Lumpur, menuduh kerajaan meminggirkan masyarakat India tempatan.
Kumpulan itu dianggap memberikan kelebihan kepada pembangkang pada pilihan raya umum 2008, apabila calon BN ditewaskan di kawasan yang mempunyai jumlah pengundi India yang ramai.
Bagaimanapun, Hindraf menyokong BN sebelum pilihan raya 2013, selepas menandatangani memorandum persefahaman dengan gabungan pemerintah yang berjanji akan mengangkat nasib masyarakat India.

Nafsu gajah pada Mahathir, nafsu semut buat MO1

Seorang anggota parlimen Parti Amanah Negara (AMANAH) berpendapat, 'nafsu' PAS menempelak Tun Dr Mahathir Mohamad dan 'Malaysian Official 1' (MO1) pada ketika ini menampakkan perbezaan sangat ketara.
Menurut Hanipa Maidin, pendekatan PAS menyerang Dr Mahathir melalui pelbagai isu tidak setanding dengan kegigihan mereka menempelak MO1 - dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak.
"Saya rasa something is really really wrong somewhere (ada sesuatu yang sangat tak kena di mana-mana).
"Lagi satu, nampak sangat perbezaan nafsu (PAS) melawan Dr Mahathir dengan nafsu melawan MO1 dan kerosakan yang dibuatnya sekarang, khususnya (berkaitan) isu 1MDB.
"Yang satu nampak besar macam gajah, yang satu lagi nampak kecil macam semut," katanya hari ini.
PAS menegaskan parti itu tetap bergerak sebagai pembangkang dan menganggap pilihan raya umum (PRU) akan datang sebagai sangat kritikal.
Alasan disebut naib presiden parti itu, Idris Ahmad, PAS bukan saja berdepan BN malah (HARAPAN).
Kata Idris untuk kali pertama dalam sejarah, pembangkang menentang pembangkang dalam pilihan raya umum dan pihak lawan sepatutnya tahu di mana peluru hendak disasarkan.
Kenyataan itu dibuat ketika PAS dilihat sesetengah pihak semakin lunak kepada kepimpinan Najib dan kemunculan bersama pemimpin tertinggi kedua-dua parti di beberapa majlis menjadi sandaran anggapan itu.
image: https://i.malaysiakini.com/1064/2485b451085d7d42e0a9345ec8322e1b.jpg
Pada 17 Januari 2016 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, menjadi hak parti itu untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Umno. Abdul Hadi bagaimanapun berkata kerjasama dengan Umno lebih tertumpu kepada usaha untuk menegakkan syiar Islam demi kepentingan umat Islam di negara ini.
Katanya, jalinan kerjasama itu itu bukan atas kepentingan politik.
Pada 20 Jun lalu pula Najib berkata prinsip dan perjuangan Umno ke arah memartabatkan umat dan agama Islam selama ini menyebabkan PAS 'suka' kepada parti itu.
Sekarang tunjuk taring
Berucap di Jitra Najib berkata sebab lain PAS suka kepada Umno ialah kerana parti itu "dibuli" DAP dalam pakatan pembangkang sebelum ini, selain mereka melihat Umno dari aspek kebajikan dan pentadbiran yang banyak menguntungkan umat Islam.
"Macam mana pun kita ada berbeza pendapat, kerajaan pimpinan Umno ada prinsip perjuangan dan dia (PAS) nampak perjuangan kita ke arah kepentingan memartabatkan umat Islam.
"PAS sudah serik dengan DAP... bila PAS bersama DAP dia kena buli, sampai PAS pun angkat tangan dan lari," katanya.

Zahid, belajarlah hormati orang lebih berjasa...

Tutur kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan Perhimpunan 1Pesara Malaysia 2017 kelmarin sudah cukup menggambarkan betapa songsangnya cara berfikir orang nombor dua negara.
Ungkapan seperti "gigit tangan (orang) yang pernah memberi makan pada kita", "sila bagi standing ovation kepada kerajaan" - semuanya adalah bahasa angkuh di depan pesara yang telah menyumbangkan sebahagian besar umur mereka untuk berbakti kepada negara.
Dengan tempoh perkhidmatan warga pesara itu yang mencecah 30 tahun atau lebih, Zahidlah yang sepatutnya memberikan standing ovation kepada seluruh pesara ini.
Tidak malukah Zahid - sebagai orang politik yang tempoh perkhidmatan sepenggal sahaja sudah beroleh pencen (mengikut Akta 237, pindaan 2015) - untuk meminta standing ovation kepada mereka yang telah berkhidmat jauh lebih lama daripada beliau?

Golongan pesara ini tidaklah naif. Malah jika ditelusur dengan lebih adil, apa masalahnya jika pesara-pesara itu memang mahu "menggigit tangan" kerajaan yang korup dan rosak? Dengan pengalaman luas sepanjang tempoh perkhidmatan bersama kerajaan, teramat jelas di mata mereka betapa teruknya kepimpinan negara ketika ini berbanding zaman mereka masih berkhidmat dulu.
Tidak keterlaluan untuk kita sebut, warga pesara ini jauh lebih berhak untuk "menggigit" - kalau mereka mahu - demi kepentingan negara yang mereka cintai.
Maka selepas ini, eloklah Naib Presiden Umno itu berbahasa lebih cermat dan sedar diri. Ungkit-mengungkit dan ugut-mengugut sebagai modal politik ini sudah tidak laku dalam dunia sekarang.
Atuk, nenek, ayah dan ibu kami yang telah menyerahkan sepenuh jiwa raga dalam perkhidmatan awam bukan budak-budak suruhan Umno yang boleh diarah-arah Ahmad Zahid.
Beliau perlu segera belajar untuk menghormati orang lebih berjasa kalau tidak mahu namanya diludah generasi terkemudian.

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN

YDP Pas Permatang Pauh makan bersila bersama Najib


Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan hadir sama meraikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam program makan bersila sempena Majlis Kenduri Pemimpin Bersama Rakyat di Politeknik Seberang Perai, tengahari tadi.
Omar (dua dari kiri) makan bersila bersama Najib di Politeknik Seberang Prai.Omar dirakam duduk bersila bersama Najib dan para pemimpin Umno dalam majlis tersebut sebelum juadah dihidangkan.
Najib dalam lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang hari ini.
Beliau tiba di Pangkalan Udara TUDM Butterworth pagi tadi disambut Pengerusi Barisan Nasional negeri, Teng Chang Yeow dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.
Atur cara perdana menteri dimulakan dengan menghadiri mesyuarat bersama kepimpinan Barisan Nasional dan Umno negeri di sebuah hotel di Seberang Jaya.
Selepas itu, beliau menyertai ribuan hadirin dalam Majlis Kenduri Pemimpin Bersama Rakyat di Politeknik Seberang Perai.
Pada sebelah petang, Najib akan menyempurnakan Majlis Pelancaran Rangka Tindakan 2.0 Wilayah Ekonomi Koridor Utara di Relau sebelum mengakhiri lawatannya dengan melawat Projek Perumahan Kos Sederhana di Sungai Nibong.
Omar (kanan) dan Idris (tengah) ketika majlis pelancaran jentera pilihan raya Pas Pulau Pinang 17 Julai lalu.
Pas Pulau Pinang 17 Julai lalu menyatakan hasrat untuk bertanding semula di Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Hari Demi Hari Najib Terus Menipu Rakyat..

WOWW !! Lebih dari setengah juta rakyat Malaysia masih menganggur.. tu blom lagi yg kene buang kerja.

Kami nak tanya KERAjaan.. kat TV3suku siang malam dakwa ekonomi negara berkembang pesat, pelabur berebut2 beratur nak melabur di M'sia, modal asing mencecah TRILLION ringgit tertinggi dlm sejarah M'sia, ekonomi M'sia dicemburui oleh negara maju...

TETAPI.. kenapa pengangguran masih tinggi malah terus meningkat DAN rakyat terus dibebani dengan peningkatan kos..??!

TETAPI.. MASIH LAGI NAK SOKONG & UNDI BN, kenapa ?

Kenapa BANK Tak Yakin Dengan TRX Najib....???

Bukankah Najib sebelum ini dah kata ekonomi negara kita berada di landasan yang betul kukuh, mapan dan antara yang terbaik di rantau Asia Tenggara..

TAHUKAH ANDA.. TRX City Sdn Bhd dan sekutunya sedang berusaha nak cari lebih RM2.5 bilion untuk pembangunan projek di Tun Razak Exchange (TRX) tetapi sambutan daripada bank tempatan digambarkan sebagai "suam-suam kuku", menurut laporan oleh The Edge Markets.

TIBA-TIBA bank tempatan sendiri tak 'confident' dgn projek TRX itu sendiri, jenapa ??!

KENAPA Najib kerap sangat duduk bersimpuh yang dipelopori oleh kaum wanita ??!

Untuk masuk dalam Malaysia Book of Records, perlu berdasarkan kepada indikator, jadi program MAKAN BERSILA BERSAMA PM memerlukan penglibatan ramai manusia.. AKHIRNYA PELAJAR-PELAJAR (Tahun 4, 5 & 6) DAN PENJAWAT AWAM DIKERAHKAN KE PROGRAM TERSEBUT !!

TAHUKAH ANDA.. Dalam laporan Bernama dianggarkan sejumlah 21,380 orang menyertai acara kenduri tersebut.

BERAPA PULUH/ RATUS RIBU RINGGIT duit rakyat diperhabiskan bazir utk capai catatan pada Malaysia Book of Records itu ??!

SIASATAN KE ATAS PEMBELIAN HOTEL DI LONDON: BUKANKAH PELABURAN DI LUAR NEGARA MESTI DILULUSKAN MAJLIS EKONOMI YANG DIPENGERUSIKAN PERDANA MENTERI?

Saya adalah ahli parlimen pertama yang menyatakan bahawa Tan Sri Isa Samad akan dijadikan “kambing hitam” untuk dikorbankan bagi menyelamatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak, seawal 17 Februari 2017 seperti yang dilaporkan Malaysiakini https://www.malaysiakini.com/news/372808#8S8OqMvHCWxQPA2l.97

Oleh itu, sementara saya lega kerana akhirnya ada siasatan ke atas penyelewengan wang Felda yang akan membebankan rakyat Malaysia untuk berpuluh tahun akan datang, saya juga tidak mudah terpedaya bahawa siasatan ini adalah ikhlas dan menyeluruh. Saya sudah dapat menghidu seawal Februari 2017 lagi bahawa ini akan berlaku kerana memang perkiraan itu telah dibuat lebih awal.
Sebab itu, saya menyeru rakyat Malaysia dan rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan agar tidak ghairah bertepuk tangan dengan penahanan Tan Sri Isa Samad kerana itu belum tentu akan dapat merungkai kesemuanya sekiranya penyelewengan ini tidak disiasat secara menyeluruh.
Satu perkara yang membimbangkan saya ialah bagaimana budaya pertanggungjawaban di Malaysia ini (baik dalam politik, di tempat kerja, di jabatan kerajaan dan lain-lain) hanya memberi tumpuan kepada “kambing hitam” yang menjadi korban. Jika ada sesuatu penyelewengan atau pelaburan yang merugikan, hanya “kambing hitam” itu yang disiasat dan dihukum. Ketua atau badan yang bertanggungjawab mengawal selia dan meluluskan tindakan-tindakan “kambing hitam” itu yang akhirnya menyebabkan kerugian tidak disentuh langsung dan mereka kekal di jawatan mereka.
Sebab itu apabila sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) rugi besar, yang dihukum hanyalah Ketua Pegawai Eksekutifnya sedangkan Lembaga Pengarah yang turut bertanggungjawab membuat kesemua keputusan besar yang dilaksanakan oleh CEO tidak dikenakan tindakan.
Dalam kes pembelian hotel-hotel mewah di Kuching dan London oleh Felda yang menjadi tumpuan siasatan SPRM dan punca Tan Sri Isa Samad ditahan, beliau bukanlah individu yang tertinggi yang membuat keputusan pembelian. Ada lagi badan yang lebih tinggi yang sepatutnya telah lebih awal menolak dan membatalkan hasrat Felda untuk membeli hotel-hotel ini.
Saya merujuk pengalaman saya mengendalikan skandal pembelian tiga unit hartanah di Australia oleh MARA yang harganya dinaikkan hampir dua kali ganda. Kes itu sekarang sudah menjadi siasatan pihak berkuasa (walaupun belum ada seorang pun yang didapati bertanggungjawab) dan saya sudah pun menang saman dengan Timbalan Ketua Pemuda Umno yang menuduh saya memfitnah dalam kes itu.
Dalam kes tersebut, menteri yang bertanggungjawab ketika itu (Dato’ Seri Shafie Afdal) dan pengerusi MARA ketika itu (Tan Sri Anuar Musa) dengan secara jelas mengesahkan bahawa cadangan pembelian hartanah luar negara oleh MARA itu telah dibentangkan dan diluluskan oleh Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Berita-berita yang melaporkan perkara ini boleh dibaca di capaian berikut:
Harian Metro:
https://www.hmetro.com.my/node/60550
Astro Awani:
http://www.astroawani.com/…/pembelian-hartanah-di-australia…
Malaysiakini: https://www.malaysiakini.com/news/303181#pgsM5TCP9Vo3us8x.97
Malah, laporan Astro Awani dengan secara jelas juga memetik Tan Sri Anuar Musa sebagai mengesahkan bahawa “kelulusan dari Perdana Menteri (melalui Majlis Ekonomi) adalah sebahagian dari prosedurnya”.
Saya telah menyemak laman web Majlis Ekonomi untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai keanggotaannya, fungsinya dan terma rujukannya di capaian http://www.epu.gov.my/ms/seksyen/urus-setia-majlis-ekonomi

Serbu pejabat: SPRM rampas dokumen kewangan peribadi Isa Samad

Menurut sumber, tiada rampasan duit dalam serbuan ini.
isa-samad-sprm Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas dokumen kewangan peribadi Tan Sri Isa Samad dalam serbuan ke atas pejabatnya di Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pagi tadi.
“Tiada rampasan duit dilakukan,” kata sumber.
SPRM pagi tadi menyerbu pejabat bekas pengerusi Felda di tingkat 4 SPAD yang terletak di kompleks Kuala Lumpur Sentral, ibu negara. Menurut sumber, kira-kira 10 anggota SPRM – 3 pegawai penyiasat dan 7 pengiring keselamatan – memasuki premis itu pada 11.00 pagi tadi. Serbuan berakhir sekitar 12.30 tengah hari.
“SPRM hanya memasuki pejabat Isa sahaja dan mengambil beberapa dokumen berhubung siasatan pembelian hotel,” kata sumber.
Isa dilantik pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan anak syarikat Felda, Felda Global Ventures Bhd (FGV) pada 1 Januari 2011. Tan Sri Shahrir Samad menggantikan tempat Isa sebagai pengerusi Felda pada 6 Januari lepas, dan berundur dari FGV pada 19 Jun lalu, dan dilantik sebagai pemangku pengerusi SPAD pada hari yang sama.
Beliau ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya kelmarin dalam siasatan agensi anti-rasuah ke atas pembelian 2 hotel oleh anak syarikat Felda, Felda Investment Corportion (FIC) antara 2014 dan 2015.
SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian hotel di London dan Kuching itu yang dipercayai dibeli pada harga yang lebih tinggi daripada pasaran, mengakibatkan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit.
Terdahulu SPRM menyerbu rumah Isa di Selangor dan Negeri Sembilan.

Ayah, Armada itu apa?


Ayah, Armada itu apa?
Tiga remaja yang ditahan selepas diperayai terbabit dalam insiden kekecohan pada forum Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam pada Ahad lalu. 
SEORANG remaja yang ditahan reman susulan kekecohan semasa forum Nothing to Hide 2.0 pada Ahad lalu tidak tahu menahu satu apa pun tentang politik dan berfikir dia sebenarnya hendak dibawa menghadiri sebuah konsert, kata seorang ahli keluarganya.
Ahli keluarga itu, yang bercakap kepada The Malaysian Insight dengan syarat tidak didedahkan identitinya berkata, remaja itu malah bertanya kepada ayahnya apa itu “Armada” ketika keluarganya datang menjenguknya di balai polis Shah Alam pada Ahad, beberapa jam selepas dia ditangkap.
“Dia tanya ayahnya soalan itu. Mungkin polis bertanya soalan kepadanya berkaitan hal itu,” kata ahli keluarga remaja tersebut.
Armada ialah sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), parti baru yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir Mohamad.
Sayap pemuda itu adalah penganjur forum Nothing to Hide 2.0 yang diganggu oleh sekumpulan remaja yang bertindak membaling kasut dan botol air ke arah pentas tempat Dr  Dr Mahathir sedang menjawab soalan daripada hadirin. Mereka juga membaling kerusi dan membakar suar.
Forum itu sepatutnya jadi pentas debat antara Dr Mahathir dan Perdana Menteri Najib Razak mengenai isu 1Malaysia Development Berhad  (1MDB). Najib bagaimanapun tidak hadir kerana merasmikan mesyuarat Umno bahagian di Melaka.
Dr Mahathir sempat menjawab lapan soalan sebelum majlis bertukar kecoh.
Menurut sumber yang sama, remaja itu memberitahu ibu bapanya yang dia ingat dia akan pergi ke sebuah konsert dan sewaktu tiba di Dewan Raja Muda Musa di Kompleks Belia dan Kebudayaan, Shah Alam, forum itu sudah pun bermula.

PKR mesti taubat nasuha sebelum ajak kerjasama, sembang PAS

PKR sombong, berlagak seolah parti terkuat, berterusan memfitnah PAS terima dedak Umno, kata Khairuddin Aman Razali.
khairudin-pas-pkrPKR mesti “bertaubat nasuha” dulu sebelum berhasrat menjalin kerjasama dengan PAS, kerana keangkuhan dan fitnah berterusan terhadap parti Islam, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Khairuddin Aman Razali hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkata partinya masih terbuka kepada kerjasama dengan PAS dalam soal penentuan kerusi pada pilihan raya umum akan datang, hampir 3 bulan selepas parti Islam itu memutuskan kerjasama.
PKR, dan gabungannya, Pakatan Harapan berhasrat memastikan pertandingan 1 lawan 1 menentang Barisan Nasional, namun PAS sebelum ini pernah membayangkan pertandingan 3 penjuru di kerusi yang ditandingi pembangkang.
“Macam mana nak bekerjasama jika pimpinan PKR berterusan menyerang PAS dengan pelbagai tuduhan termasuk fitnah PAS menerima dedak Umno?” kata Khairuddin kepada FMT.
Beliau berkata PKR menghulurkan kerjasama kerana merasakan kedudukan mereka, khususnya di Selangor, yang ditadbir bersama PAS tergugat.
“Ini hanyalah cubaan PKR menagih simpati PAS,” jawab Khairuddin. “Sebelum ini mereka sombong dan berlagak seolah merekalah parti terkuat di dunia.”
PAS memiliki 13 kerusi DUN di Selangor, bersama dengan PKR (13), DAP (14) dan Amanah (2) untuk membentuk sebuah kerajaan gabungan. Kerusi DUN Bukit Antarabangsa, yang diduduki Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali, berkongsi kawasan Parlimen Ampang dengan Adun Lembah Jaya Khasim Abdul Aziz dari PAS. Kerusi Parlimen Gombak turut mempunyai seorang Adun PAS, Hasbullah Mohd Ridzwan di DUN Gombak Setia.
Sementara kerusi Parlimen Permatang Pauh, yang diduduki Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mempunyai seorang Adun PAS, Salleh Man di DUN Permatang Pasir.
“Ahli dan pimpinan PAS tidak sesekali akan dipatuk ular 2 kali dalam hubungan dengan PKR,” kata Khairuddin.

Tun Hamid: Suhakam pelik, PAS tak faham

Tun Abdul Hamid Mohamad berkata beliau pelik dengan sikap Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang kecewa dengan pengeluaran Seksyen 88A daripada pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (LRA), yang diluluskan Dewan Rakyat, minggu lalu.
Bekas ketua hakim itu mempersoalkan sama ada Suhakam mahukan peruntukan yang memihak kepada orang bukan Islam.
“Saya tidak hairan jika NGO-NGO seperti Hindraf dan parti-parti politik seperti DAP dan MCA menentangnya,” kata bekas ketua hakim negara itu.
“Tetapi saya hairan membaca bahawa Suhakam juga turut kecewa kerana seksyen 88A digugurkan.

“Adakah Suhakam mahu satu peruntukan yang memihak kepada orang bukan Islam dan bercanggah dengan Perlembagaan dijadikan undang-undang,” soalnya.
Seksyen 88A dikatakan mampu memberhentikan penukaran agama anak secara sepihak oleh itu atau bapa.
Gembira tapi PAS tak faham
Sementara itu, dalam tulisan yang boleh dimuat turun di laman webnya turut menyatakan rasa gembira dengan tindakan PAS menyokong usul itu.
Bagaimanapun, katanya, parti itu masih tidak faham berkaitan undang-undang dalam isu itu.

“Saya gembira melihat PAS menyokong RUU itu. Tetapi, saya dukacita bahawa PAS masih tidak faham dan menghendaki kes-kes tersebut dibicarakan oleh mahkamah syariah,” katanya.
Hamid berkata penceraian akan dibuat melalui undang-undang sivil jika perkahwinan mengurut cara yang sama.

Penahanan Isa: Adakah Pengerusi Majlis Ekonomi hanya 'tunggul kayu'?



Penahanan reman bekas pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran kes pembelian hotel di London dan Kuching yang didakwa melebihi harga pasaran menimbulkan persoalan berhubung peranan Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Majlis Ekonomi yang sepatutnya meluluskan pembelian itu.
Ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli ketika membangkitkan persoalan ini yakin Isa hanya dijadikan 'kambing hitam' bagi menyelamatkan kedudukan orang yang lebih atas.
Tan Sri Isa Samad"Sementara saya lega kerana akhirnya ada siasatan ke atas penyelewengan wang Felda yang akan membebankan rakyat Malaysia untuk berpuluh tahun akan datang, saya juga tidak mudah terpedaya bahawa siasatan ini adalah ikhlas dan menyeluruh.
"Saya sudah dapat menghidu seawal Februari 2017 lagi bahawa ini akan berlaku kerana memang perkiraan itu telah dibuat lebih awal.
"Sebab itu, saya menyeru rakyat Malaysia dan rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan agar tidak ghairah bertepuk tangan dengan penahanan Tan Sri Isa Samad kerana itu belum tentu akan dapat merungkai kesemuanya sekiranya penyelewengan ini tidak disiasat secara menyeluruh," ujar beliau dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Rafizi, kes Isa menjadi contoh bagaimana budaya pertanggungjawaban di negara ini hanya memberi tumpuan kepada 'kambing hitam yang menjadi korban' sedangkan ketua atau badan yang bertanggungjawab mengawal selia dan meluluskan tindakan-tindakan individu yang didakwa tidak disentuh dan kekal di jawatan mereka.
"Sebab itu apabila sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) rugi besar, yang dihukum hanyalah Ketua Pegawai Eksekutifnya sedangkan Lembaga Pengarah yang turut bertanggungjawab membuat kesemua keputusan besar yang dilaksanakan oleh CEO tidak dikenakan tindakan," jelas beliau.
Menurut Rafizi, Isa bukanlah individu akhir yang membuat keputusan pembelian hotel-hotel mewah di Kuching dan London oleh Felda kerana terdapat badan lebih tinggi yang sepatutnya menolak dan membatalkan hasrat Felda untuk membeli hotel-hotel tersebut.
Beliau memberi contoh pengalamannya mengendalikan skandal pembelian tiga unit hartanah di Australia oleh MARA yang harganya dinaikkan hampir dua kali ganda

Kecoh 'flashmob' AMK sambut Najib

'PAS patut fokus ubah kerajaan, baru siasat balik Memali'

'Bila tragedi Memali berlaku pada 1985, saya gesa RCI ditubuhkan' - Kit Sian

"Jangan 18 tahun kemudian buat U-turn, kona baring," sindir Najib

Mana ada 'wayang'... - Ku Nan

RM100,000 dirampas dalam peti besi Isa

"Selangor kata tak nak 'sign', I am speechless" - SPRM

Isu baju lokap oren SPRM, ini kata Dzulkifli

Lawak : Umno dah lama perjuang mansuh tol....ah..ha..ha...!!!

Bank tempatan berwaspada dengan projek TRX

TRX City Sdn Bhd dan sekutunya sedang berusaha untuk mendapatkan lebih RM2.5 bilion untuk pembangunan projek di Tun Razak Exchange (TRX) tetapi sambutan daripada bank tempatan digambarkan sebagai "suam-suam kuku", menurut laporan oleh The Edge Markets.
Memetik sumber, laporan itu berkata beberapa bank telah dihubungi, tetapi jenis instrumen belum diputuskan.
Bank gergasi UK, HSBC dan beberapa bank Singapura dikatakan menunjukkan minat, manakala bank tempatan seperti RHB, Malayan Banking Bhd dan CIMB Bank Bhd kurang bersemangat.
Menurut laporan itu, kementerian kewangan kurang senang dengan "sambutan suam-suam kuku” dari bank tempatan.
"Sesetengah (bank tempatan) berkata pasaran hartanah, baik komersial dan kediaman, masih lembab manakala yang lain pula ragu-ragu kerana syarikat induk TRX sebelum ini adalah 1MDB," kata sumber lain.
Laporan itu menyebut bahawa HSBC telahpun memberi komitmen kepada projek TRX dengan memperolehi sebidang tanah untuk membina ibu pejabat baru bank itu.
Pada tahun 2010, Putrajaya menjual sebidang tanah seluas 70 ekar, yang dikenali pada masa itu sebagai Dataran Perdana, berhampiran Bulatan Pandan kepada 1MDB pada harga RM230 juta, atau kira-kira RM75 satu kaki persegi.
Ketika itu, 1MDB menamakan projek itu sebagai Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur, yang berasaskan model Canary Wharf di London. Ia kemudiannya dikenali sebagai Tun Razak Exchange (TRX) sempena nama bapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Selepas 1MDB menghadapi masalah aliran tunai, projek TRX dipindahkan ke Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) dan dikendalikan di bawah nama TRX City Sdn Bhd.
Susulan itu, 70 ekar tanah diasingkan dan dijual kepada enam syarikat, termasuk Mulia Property Development Sdn Bhd, Affin Bank Bhd, Lembaga Tabung Haji, WCT dan Australia Lendlease.
Putrajaya belum menamakan syarikat keenam yang terlibat, sekadar menyatakan bahawa ia dimiliki oleh MOF Inc.

‘Penjawat awam patut setia kepada raja dan negara, bukan parti politik’

Oleh Vanesha Shurentheran
 PETALING JAYA: Seorang bekas penjawat awam kanan mengkritik seruan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada pesara kerajaan supaya berterima kasih dan tidak “menggigit tangan yang pernah memberi makan kepada mereka”.

“Penjawat awam sepatutnya setia kepada tuhan, raja dan negara, bukannya mana-mana parti politik,” kata Tan Sri Ramon Navaratnam yang kini mengetuai Institut Strategi dan Kepimpinan Asia.
Bekas ketua setiausaha Kementerian Pengangkutan itu berkata, seruan timbalan perdana menteri kepada pesara kerajaan itu tidak wajar kerana perkhidmatan awam sepatutnya bebas daripada pengaruh politik.

Semalam, Zahid ketika merasmikan Hari Perhimpunan 1Pesara Malaysia 2017 di Serdang menyeru pesara dan bakal pesara kerajaan berterima kasih dan sentiasa menyokong kerajaan sebagai balasan kepada bantuan diberikan selama ini.

“Kebersamaan kita pada hari ini dan hari akan datang bagi pastikan berterima kasih kepada organisasi dan kerajaan Malaysia yang selama ini memberikan perlindungan dan terus bagi perlindungan kita selama ini.

“Insya Allah, kita takkan pernah menggigit tangan yang pernah memberi makan pada kita,” kata Zahid kepada lebih 7,000 pesara dan bakal pesara kerajaan, termasuk anggota tentera, semalam.
Navaratnam berkata, kenyataan Zahid mampu menghakis perpaduan dan profesionalisme perkhidmatan awam.

Saari: Pengkhianat atau penyelamat

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Memang dia tidak pernah menganggap dirinya hero tetapi keputusan drastik beliau telah melakar sejarah. Dia tidak sanggup menunggu lebih lama untuk bertindak nekad. Bersedia mengharung umpat-keji demi prinsip yang dipertahan. Nuraninya menunjuk jalan yang jelas, menjadi penyelamat ke atas simpulan yang berkecamuk.

"Tindakan yang saya fikirkan terpuji dan benar rupa-rupanya telah membangkitkan amarah pemimpin nombor wahid Parti Islam dengan memanggil kami 'dicuri, dibeli broker barua'. Saya bukan hero.

Saya anggap kewajipan saya adalah pertahankan prinsip," Saari Sungib, Adun Hulu Kelang mengimbas kembali kenangan berkaca semasa krisis pertukaran Menteri Besar Selangor 2014.

Langkah jitu-berani Saari bersama seorang lagi Adun Pas-Morib, Hasnul Baharuddin, menandatangani akuan bersumpah menyokong Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB menggantikan Khalid Ibrahim -- tanpa restu Pas -- menamatkan spekulasi ura-ura pembentukan kerajaan baru bersama Umno di Selangor. Sebenarnya, motif Saari lebih kepada menolak usaha mengekalkan Khalid berbanding menyokong Wan Azizah.

Bagi ramai orang, khususnya penduduk Selangor yang memberi sokongan luar biasa kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13, aksi proaktif Saari dan Hasnul itu, disambut penuh kelegaan. Ruang untuk Umno-BN mengambil kesempatan di atas krisis yang nampak membengkak itu tertutup rapat.

Bagaimanapun, dua wakil rakyat tersebut berdepan risiko besar dalam parti sendiri, membawa
kepada penggantungan keahlian dan kecaman keras tidak terduga oleh Presiden Pas dalam muktamar di Batu Pahat, September 2014.

Saya turut menghadiri perhimpunan tahunan itu atas kapasiti ketua pengarang Harakah. Semasa Ustaz Abdul Hadi Awang membuat ucapan penggulungan di hari akhir muktamar, saya dan keluarga dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Dalam hujan renyai, meredah Lebuh Raya Utara Selatan yang agak sibuk, saya mendengar pidato keras Presiden Pas melalui radio internet. Belum reda dengan kontroversi doa laknat perwakilan Wilayah Persekutuan pada hari kedua muktamar, ketua parti menutup persidangan secara "menikam lebih berbisa".

Secara peribadi, kekaguman saya terhadap sosok Saari bukan hanya bermula dengan langkah penyelamat kerajaan Pakatan Rakyat Selangor itu. Dari jauh saya menghormatinya sebagai tokoh awal gerakan Islam tanahair yang mengasaskan Jamaah Islah Malaysia, 1990; pendakwah gigih di sebalik kewujudan IRC, pertengahan 1980-an; reformis tulen pada era pemecatan Anwar Ibrahim; penulis prolifik khususnya ketika dua kali dikurung ISA.

Justeru, apabila mendengar suara lantang Ustaz Hadi membuat dakwaan liar kepada Saari, tiga tahun lalu, saya terkedu. "Mereka curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat kita. Yang jadi broker, yang jadi barua pun ada." Tuduhan kesat bahawa dua Adun Pas itu telah "dibeli" adalah kenyataan serius yang boleh merosakkan reputasi dan nama baik Saari dan Hasnul.

Bukan hanya itu, saya kira ungkapan broker atau barua tidak ditujukan kepada Saari dan Hasnul; ia mungkin lebih dikhususkan kepada pihak ketiga yang menjadi orang tengah. Mungkin saja dihalakan kepada dua tiga kerat p[impinan tertinggi Pas yang diragui kesetiaan mereka. Satu teka-teki yang belum terjawab hingga kini.

Menyingkap kembali krisis pertukaran MB Selangor itu, Saari bercerita panjang: "Sekitar Jun–Ogos 2014, saya difahamkan daripada rakan-rakan reformis dalam Pas dan KeADILan, hubungan Presiden Pas dengan Ketua Umum KeADILan merudum teruk. Ustaz Hadi mempersalahkan Anwar hampir semua kegagalan dalam Pakatan Pakyat.

"Ustaz Hadi juga secara berdepan memanggil Anwar dengan gelaran tak sepatutnya. Pada masa itu cukup tanda dan isyarat Ustaz Hadi tidak mahu kekalkan tahaluf Pakatan. Dia mula bertindak unilateral.

Rekod menunjukkan Najib adalah diktator kleptokrat, kata Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad melebelkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai diktator kleptokrat berbanding dirinya yang pernah dilebelkan sebagai diktator ketika menjawat jawatan perdana menteri dan  lebel  itu  kekal sehingga ke hari ini.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu hari ini menulis berkaitan pelabelan yang sering diberikan pihak tertentu terhadap pemimpin politik yang memerintah.
Dr Mahathir berkata, pelebelan adalah salah satu cara berkesan untuk digunakan bagi mengalahkan musuh politik apabila melabel seseorang itu sebagai lebel yang buruk.
Sebagaimana dirinya yang pernah diberikan beberapa label ketika menjadi perdana menteri 22 tahun dan menghadapi lima kali pilihan raya umum dalam negara.
Beliau menceritakam bagaimana pernah dilebelkan sebagai 'ultra Melayu' yang mana beliau anti kepada Cina dan seorang pelampau.
"Tidak kira apa yang saya katakan atau lakukan, mereka semua beranggapan saya sebagai melampau, sebagai ultra, sebagai tipikal ekstremis.
"Saya banyak alami dugaan dengan pelebelan ini.
"Sebaik sahaja label diberi semua orang akan secara automatik menyebutnya ketika bercakap atau menulis tentang anda dan bahkan ketika bercakap dengan anda. Anda tidak akan diberi peluang untuk membantah kerana mereka akan meneruskan soalan atau berbincang seolah-olah label itu benar-benar menggambarkan anda.
"Saya mengambil masa bertahun-tahun untuk menghentikan orang ramai, terutamanya orang Cina daripada memikirkan saya sebagai seorang ultra Melayu dan seorang cauvinist.
"Sekali saya berjaya menyingkirkan lebel saya ini dan saya dapat mendapat sokongan Cina yang kuat pada Pilihan Raya 1999 walaupun orang Melayu menolak saya, saya dapat memenangi undi Cina.
"Tetapi malangnya label lain pula tersekat kepada saya oleh pengkritik saya. Saya dilebel sebagai diktator," tulisnya di blognya.

 Beliau dipercayai mengulas kenyataan Presiden Umno itu ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Masjid Tanah pada Selasa. Najib dipetik berkata, pada zaman kepimpinan Dr Mahathir, bekas perdana menteri itu menggunakan mekanisme undi kuota dan undi bonus setiap kali tiba pemilihan parti untuk kekal berkuasa dan mempersoalkan siapa yang lebih diktator ketika menjadi perdana menteri?

Pelan Rasionalisasi 1MDB yang dicanang telah menjadikan ramai orang tidak rasional

Dr Dzulkefly Ahmad

Saya terpanggil untuk membuat komentar perihal pertemuan tertutup pimpinan Pas Pusat dengan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, Isnin lalu, 7 Ogos 2017.
2. Mutakhir ini tersebar luas Pas ‘berpuas hati’ dengan penjelasan Arul Kanda. Lebih besar impaknya lagi buat rakyat adalah komentar Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) yang turut hadir.
3. Tentunya insiden ini perkukuh persepsi kerjasama Pas dengan seteru tradisinya, Umno. ‘Puashati’ dengan penjelasan isu 1MDB ini sangat sukar untuk ditutur olih sebuah parti pembangkang mentelahan yang berlabel Islam. Namun ini amat ironis.
4. Mengapa? Sebab isu 1MDB adalah kemuncak segala kemaksiatan dan kemungkaran tadbir-urus kewangan dan pemangsaan khazanah kekayaan negara pada skala yang terlalu mega. Sekaligus negara dinobatkan selaku memilikki ‘kerajaan kleptokrasi (perompak-pencuri) di sisi pandangan masyarakat antarabangsa.
5. ‘Puashati’ adalah reaksi amat tidak ‘rasional’ walaupun apa pun rasionalnya. Kalau pun ‘puashati’ terhadap pelan rasionalisasi sahaja, pastinya ia menyimpan seribu satu tandatanya lagi dan kegusaran terutama di kalangan pendukung Pas sendiri dan pencinta Islam. Mereka bingung dan bertanya apa dah jadi Pas ini?
6. Umum memperhatikan Timb Presiden Pas segera menyusul pernyataannya untuk ‘damage control’. Seperti katanya, 1MDB, ia semacam nasi dah jadi bubur. Terlajak perahu mudah sikit. Perlu barhati2…
7. Pun begitu, saya singgung ringkas bab puashati tentang pelan rasionalisasi dan kemudian menumpu reaksi tokoh korporat tersohor TSKI. Saya cuba memahami tujuan komentarnya secara objektif. Namun perhatian saya bermula dengan insinuasinya bahawa ‘amat malang 1MDB telah menjadi mangsa drama politik’ dan ‘mangsa penyebaran fakta-fakta dan maklumat salah terutama melalui media sosial’. Mungkin juga benar. Kita bincang dulu.
8. Pertama, sebelum berpuas-hati atau tidak, persoalan maha pentingnya ialah, apa itu pelan rasionalisasi 1MDB dan mengapa ia diperlukan? Mungkin ramai tak tahu pun dalam bahasa Inggeris ini adalah ‘rescue plan’ untuk menyelamatkan 1MDB. Dalam bahasa hodohnya ‘bailout’ kerana akhir yang tanggung adalah kerajaan (MoF) dan rakyat (tax-payers).
9. Pelan Rasionalisasi, mudahnya adalah Rakyat (kerajaan atau MoF) mengambil alih hutang 1MDB! Atau bahasa mudah ini ‘Bailout Terbesar Najib’ untuk menyelamatkan 1MDB!
10. Ringkasnya, pelan ini melibatkan penjualan aset-aset negara milik 1MDB kepada syarikat swasta dan asing, agar hasil jualan tersebut akan dapat membayar dan mengurangkan hutang 1MDB.
11. Untuk rekodnya, pada 1hb Januari 2016, Najib mengisytiharkan bahawa pelan rasionalisasi telah berjaya. Namun ketika gagal membayar hutang IPIC dengan lanjutan mass diberikan baru-baru ini, baru rakyat bertanya apa yang dimaksudkan dengan berjaya dulu?
12. Secara ringkas, tiga langkah untuk menjual aset 1MDB melibatkan:
i. 60% kepentingan dalam Bandar Malaysia kepada konsortium lWH-CREC.
ii. Pertukaran hutang kepada aset dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) akan mengurangkan hutang sebanyak RM16bilion dan
iii. Penjualan aset tenaga Edra Global Energy kepada China Nuclear Power Corporation (CGN).
13. Untuk ingatan semua, apa yang terjadi ialah secara paling ringkas:

SPRM dilihat ikut arahan tertentu, lawan rasuah atau lawan musuh politik BN soal AMANAH

Sejak kebelakangan ini SPRM dilihat begitu aktif untuk melawan rasuah. Kedengaran sahaja mereka yang ditahan oleh suruhanjaya itu setiap hari dan kita alu-alukan peranan SPRM untuk membongkar salah laku dan rasuah seterusnya memberikan kepada peguam negara untuk didakwa di mahkamah.
Walau bagaimanapun, menjadi persoalan besar apabila SPRM dilihat seperti mengikut arahan tertentu apabila menahan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sungai Puyu Phee Boon Poh serta didakwa menggeledah pejabat anak-anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa terlibat rasuah.
Apa yang menghairankan kita adalah ratusan laporan dibuat terhadap penyelewengan wang membabitkan MARA, penyelewengan Tabung Haji dalam isu pembelian tanah TRX, penyelewengan Tabung Angkatan Tentera, serta penyelewengan dalam FELDA, namun hanya pegawai-pegawai rendah ditangkap.
Tindakan sebegini hanya memperlihatkan SPRM memerangi pembangkang sedangkan sepatutnya SPRM bertindak kepada siapa sahaja termasuk penyelewengan wang negara berbilion ringgit oleh MO1 dan isterinya dari dana 1MDB.
Kita mengalu-alukan tindakan SPRM melawan rasuah tetapi jangan sampai dilihat memenuhi nafsu Perdana Menteri untuk membalas dendam kepada lawan politiknya.

SPRM jangan berdalih siasat dakwaan RM230 juta Zahid

Satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibuat pada 12 Ogos lalu terhadap aset bernilai RM230 juta dikaitkan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Laporan itu dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAPSY, Jenny Choy susulan pendedahan Tun Dr Mahathir Mohamad dua minggu lalu terhadap bekas Ketua Pemuda UMNO tersebut.
Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Zulkifli Ahmad setelah itu dilaporkan berkata pihaknya hanya akan membuat siasatan sekiranya laporan itu mempunyai asas.
“DAPSY nak mengingatkan Datuk Zulkefli bahawa beliau bukan private defence council kepada Zahid Hamidi.

“Kita sudah buat laporan, beliau kata hanya akan siasat jika ada asas (walhal) sama ada benar atau tidak, SPRM kena jalankan siasatan,” kata Ketua DAPSY Wong Kah Woh dalam sidang media hari ini.
Tambahan lagi, Zahid sehingga saat ini masih belum menafikan dakwaan Tun Mahathir.
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu pada 1 Ogos lalu mengeluarkan kenyataan dalam blognya menyelar Zahid dengan mengingatkan aset RM230 juta yang dimilikinya ketika mengepalai Pemuda UMNO.

Akta Rahsia Rasmi jadi alat lindungi perasuah

Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) yang sering dilihat menjadi pelindung kepada aktiviti rasuah dan salah guna kuasa hanya boleh dimansuhkan dengan menukar kerajaan dalam pilihanraya akan datang.
Tanpa memansuhkan akta tersebut, media dan rakyat negara ini akan terus dibelenggu ketakutan untuk mendapatkan maklumat yang benar dalam urustadbir kerajaan.
Demikian kesimpulan yang boleh dibuat dalam forum ‘OSA: Time to Renew or Repeal?’ malam tadi di sini yang menampilkan empat ahli panel iaitu Ketua Parlimen DAP, Lim Kit siang; Syahredzan Johan, peguam dan aktivis hak asasi manusia; Jahabar Sadiq, CEO The Malaysian Insight dan Ezam Mohd Noor, bekas tahanan OSA.
Menurut Kit Siang, DAP sentiasa komited kepada perjuangan kebebasan bermaklumat yang telah diperjuangkan sejak berdekad-dekad lamanya.
Beliau berkata, sudah tiba masanya agenda pemansuhan OSA diperjuangkan Pakatan Harapan (HARAPAN).
“Saya akan mencadangkannya dalam mesyuarat HARAPAN supaya ia boleh menjadi salah satu daripada manifesto HARAPAN.
“Tidak mungkin kerajaan sedia ada akan buat perubahan, ia mesti dijadikan manifesto HARAPAN untuk mansuhkan OSA dan gantikan dengan Akta Kebebasan Maklumat,” ujarnya
Sepanjang kerjaya politiknya, Kit Siang pernah disabitkan dengan lima pertuduhan di bawah OSA melibatkan skandal rasuah jualbeli senjata melibatkan kerajaan dengan sebuah syarikat Swiss.
“38 tahun lalu, saya telah mengusulkan sebuah Rang Undang-Undang Persendirian untuk memansuhkan OSA.

54,103 siswazah menganggur 6 bulan lepas tamat pengajian

Seramai 54,103 siswazah universiti menganggur dalam tempoh enam bulan selepas mereka menamatkan pengajian masing-masing pada tahun lepas, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.
Jumlah itu adalah berdasarkan kepada Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang menyaksikan 238,187 siswazah menamatkan pengajian tahun lepas.
Beliau berkata kursus-kursus yang membabitkan kadar pengangguran paling tinggi ialah pendaftaran perniagaan, sains gunaan, pengurusan sumber manusia, perakaunan, sastera dan sains sosial.
"Jumlah itu bukan sahaja daripada Universiti Awam (UA) tetapi digabungkan bersama daripada institusi pengajian tinggi dan kolej swasta yang lain," katanya ketika menjawab soalan Datuk Ng Chiang Chin yang ingin tahu jumlah kadar pengangguran dalam kalangan siswazah universiti di negara ini.
Idris berkata bagi menangani isu berkenaan, Kementerian Pengajian Tinggi melaksanakan beberapa program antaranya Purata Nilai Gred Keseluruhan Berintegrasi (iCGPA), program Dua Universiti + Dua Industri (2u2i) dan Fakulti CEO.
"Program-program ini kita wujudkan mengikut pelan pembangunan pendidikan negara dan (negara lain) di dunia yang tidak ada (program berkenaan), mereka sedang memerhatikannya. Sistem ini mampu melahirkan pelajar-pelajar yang lebih holisitik apabila mereka berada di alam pekerjaan," katanya.

MALAYSIA BOLEH !!! UMNO BOLEH !!!

BOLEH Rompak..
BOLEH Boros..
BOLEH Menipu..

BOLEH Rasuah..
BOLEH Rasis..
BOLEH Perbodohkan Rakyat..

KE MANA HASILNYA KEKAYAAN BUMI NEGARA KITA PERGI ??!

Bagaimana sebuah negara tiada hasil buminya S'pore berbanding M'sia yang kaya hasil buminya yang tidak terkira banyaknya boleh mengatasi M'sia dari segi pendapatan per kapita rakyatnya.

TAHUKAH ANDA.. pendapatan per kapita rakyat S'pore yg terkini adalah US$52,960 berbanding M'sia hanya US$9,502.

BERMAKNA pendapatan per kapita rakyat S'pore hampir 6 kali ganda besarnya dgn M'sia !!!

KENAPA HAL INI TERJADI ??!.. KE MANA HASILNYA KEKAYAAN BUMI NEGARA KITA PERGI ??!

KERAJAAN PENYAMUN..!!

TAHUKAH ANDA.. Ketika pendapatan per kapita rakyat S'pore US$20,248 k'jaan mereka kenakan cukai GST bermula dgn 3 peratus dahulu.. TETAPI negara kita yg baru setakat pendapatan per kapitanya US$11,386 awal-awal k'jaan Umno-BN TAMAK GELOJOH BANTAI 6 PERATUS !!!

Tidak salah jika nak laksana cukai GST. Nak laksana GST tu lihatlah kemampuan pendapatan rakyat terlebih dahulu..

INI TIDAK saat rakyat tengah perit tanggung kos sara hidup yg semakin tinggi, rakyat dikenakan GST.

TAK HERANLAH jika ada menteri kata.. "Dengan GST dapat kurangkan hutang negara"

KERAjaan buat hutang gila2 dan SONGLAP DUIT DALAM 1MDB.. RAKYAT YG KENA TANGGUNG BAYAR GST !!!

Golongan pesara jauh lebih berhak jika mahu 'menggigit'

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dinasihatkan supaya menjaga bahasa yang lebih cermat ketika berucap di hadapan golongan pesara  tanpa mengungkit dan mengugut sebagai modal politik sudah tidak relevan lagi, kata Shazni Munir Mohd Ithnin.
Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional ini menjelaskan, cara  Ahmad Zahid itu tidak sewajarnya ditonjolkan dihadapan pesara kerajaan.
"Cara pemangku Timbalan Presiden Umno itu berbahasa harus lebih cermat dan sedar diri.
"Ungkit-mengungkit dan ugut-mengugut sebagai modal politik ini, sudah tidak laku.
"Atuk, nenek, ayah dan ibu kami yang telah menyerahkan sepenuh jiwa raga dalam perkhidmatan awam bukan budak-budak Umno yang boleh diarah-arah Zahid.
"Beliau perlu segera belajar untuk hormat orang lebih berjasa, kalau tidak mahu namanya diludah generasi terkemudian," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas mengenai ucapan Timbalan Perdana Menteri itu ketika merasmikan Hari Perhimpunan 1Pesara Malaysia 2017 kelmarin.
Ketika bercakap dihadapan pesara Ahmad Zahid telah mengeluarkan kenyataan yang didakwa Pemuda Amanah sebagai tidak menghormati pengorbanan warga pesara di negara ini.
Antaranya seperti "'Gigit tangan (orang) yang pernah memberi makan pada kita" dan "sila bagi 'standing ovation' kepada kerajaan." yang mana Pemuda Amanah beranggapan ia tidak wajar diucapkan.

 "Tutur kata Datuk Seri Zahid sudah cukup menggambarkan betapa songsangnya cara berfikir orang nombor dua negara. "'Gigit tangan (orang) yang pernah memberi makan pada kita', 'sila bagi standing ovation' kepada kerajaan, ini semua bahasa angkuh di depan pesara yang telah menyumbangkan sebahagian besar umur mereka untuk berbakti kepada negara.
"Golongan pesara ini tidak naif. Malah jika ditelusur lebih adil, apa masalahnya jika pesara-pesara ini memang mahu 'gigit tangan' kerajaan yang korup dan rosak?
"Dengan pengalaman luas sepanjang tempoh perkhidmatan, teramat jelas di mata mereka betapa teruknya kepimpinan negara kini berbanding zaman perkhidmatan mereka dahulu. Tidak keterlaluan untuk kita sebut, warga pesara ini jauh lebih berhak untuk 'menggigit' (kalau mereka mahu) - demi kepentingan negara yang mereka cintai," jelasnya.

Reman 3 remaja terlibat kekecohan forum dilanjutkan


Reman 3 remaja terlibat kekecohan forum dilanjutkan
Tiga remaja ini adalah antara yang awal ditangkap oleh polis bagi membantu siasatan kejadian pada Ahad lalu.
PERINTAH reman bagi tiga remaja yang didakwa terlibat dalam kekacauan forum Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam hujung minggu lalu dilanjutkan empat hari lagi, susulan tamat tempohnya hari ini.
Majistret Khairul Nizam Abu Bakar membenarkan permohonan pihak polis.
Tiga remaja berumur 17,18 dan 19 tahun adalah antara yang awal ditangkap oleh polis bagi membantu siasatan kejadian pada Ahad lalu.
Mereka dibawa ke kompleks mahkamah di Shah Alam pada jam 11 ​​pagi.
Beberapa ahli keluarga kelihatan di sana dengan harapan dapat bertemu anak-anak mereka tetapi dihalang oleh pihak polis.
"Tolong jangan ambil gambar mereka. Mereka masih pelajar," kata seorang ahli keluarga suspek.
Suspek adalah antara 13 yang ditangkap oleh polis Selangor setakat ini untuk membantu siasatan terhadap kekecohan semasa forum itu.
Polis juga merampas telefon bimbit mereka untuk membantu siasatan.
Dalam kejadian itu, kasut, selipar, kerusi dan botol air dilemparkan ke arah pentas di mana Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad berada.
Suar juga dinyalakan di sekitar dewan menimbulkan panik kepada orang ramai yang hadir.
Sumber memberitahu The Malaysian Insight suspek dibayar RM50 untuk hadir di program itu dan bonus jika berjaya menyebabkan kekacauan.
Mereka diminta berkumpul di satu lokasi di Setiawangsa dan juga diberi kemeja-T untuk dipakai.
Difahamkan mereka dibawa ke forum dengan kereta.

‘Tangkapan AMK bukti Najib begitu panik dan takut’

PEMUDA PKR mempersoalkan penahanan ahlinya yang berkumpul pagi ini di luar Politeknik Seberang Prai untuk “mengalukan” kedatangan Perdana Menteri Najib Razak.
Najib dalam lawatan sehari ke Pulau Pinang. Salah satu majlis yang dihadirinya berlangsung di kampus itu untuk menyertai ratusan rakyat dalam acara kenduri rakyat.
Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin berkata yang beliau dimaklumkan 31 orang ditahan pagi ini selepas mereka berkumpul di jalan menunggu ketibaan Najib.
“Saya rasa ini lah cara rakyat mengalukan kedatangan perdana menteri yang datang ke kawasan mereka. Mengapa pula mereka ditahan?
“Mereka berkumpul dengan aman. Mereka tak cuba buat apa-apa. Tiada pergaduhan. Mereka ditahan sebelum ketibaan PM jadi bagaimana mereka (polis) tahu yang kami tak bawa kompang?
‘Bukankah mereka pun rakyat negara ini?” katanya ketika dihubungi.
Dilaporkan yang Pemuda PKR Pulau Pinang menganjurkan himpuan mengejut itu sempena lawatan Najib ke majlis yang diadakan di kampus tersebut.
Antara yang ditahan polis ialah Ketua PKR Pulau Pinang Asril Sani Abdul Razak dan Ahli Jawatankuasa Majlis Perbandaran Seberang Prai Ong Jing Cheng.
Sebelum himpunan mengejut itu diadakan, mereka meletakkan sepanduk di sekitar kawasan mendesak pembebasan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim yang merupakan bekas ahli Parlimen Permatang Pauh yang kini merengkok dalam penjara Sungai Buloh.
Permatang Pauh adalah kubu kuat PKR. Kerusi itu kini dipegang Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga merupakan isteri Anwar.
Dr Afif yang merupakan ketua perhubungan Pemuda Pakatan Harapan berada di Balai Polis Seberang Prai Tengah di Bandar Perda, Bukit Mertajam di mana ahli Pemuda PKR itu sedang ditahan.
Katanya, semua yang ditahan berada dalam keadaan baik dan sudah disoal siasat oleh polis, dan peguam PKR dalam perjalanan ke situ untuk bagi memberikan bantuan guaman.

ISA SAMAD TAK JANGKA DITAHAN SPRM, KEYAKINANNYA "TAKKAN NAJIB NAK TANGKAP SAYA?"

Penahanan reman selama lima hari melibatkan bekas Pengerusi Felda dan FGV semalam bukan saja mengejutkan keluarga dan rakan-rakannya, tetapi juga dikatakan Isa Samad sendiri.

Isa Samad, walaupun sedar beliau mungkin perlu memberi keterangan kepada SPRM berikutan beberapa orang yang dipercayai ada kaitan dengan pembelian hotel di London dan Kuching sudah ditahan sebelumnya, tetapi jangkaannya hanyalah sekadar memberi keterangan di pejabat SPRM saja.

Beliau tidak percaya akan direman dan akhirnya perlu bermalam di lokap SPRM selama lima hari.

Kepada rakan-rakan dan sahabatnya, selain mengatakan beliau tidak terlibat dalam urusan pembelian hotel itu, Isa Samad juga diberitakan selalu menyebut, "Takkan Najib nak tangkap saya".

Tidak pasti apakah yang menyebabkan Isa Samad terlalu yakin dengan perkara itu, tetapi dipercayai kerana hubungan rapat dan mesranya dengan Najib Razak selama ini.
Pada hari Selasa lalu di mana beliau perlu hadir memberi keterangan pada jam 2.30 petang di pejabat SPRM di Putrajaya, Isa Samad sebenarnya sudah pun dimaklumkan beberapa hari lebih awal mengenai perkara itu

Beliau sedar hakikat itu dan sudah bersedia untuk memberikan kerjasama sebaiknya sebagaimana yang diperlukan SPRM, tetapi menjangkakan beliau hanya perlu diambil keterangannya selama dua atau tiga jam saja.

Ahli Parlimen Jempol dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dikatakan sama sekali tidak menyangka, apatah lagi bersedia, untuk ditahan reman, memakai baju oren yang bertulis "Lokap SPRM"  serta akhirnya menghuni lokap agensi pencegah rasuah itu selama lima hari.

Apatah lagi, dalam usianya yang mencecah hampir 70 tahun,  beliau tidak menjangka nasib sebegitu akan menimpa dirinya dan Najib seperti tidak cuba melindunginya.

SPRM serbu pejabat baru Isa di SPAD

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu pejabat baru Isa Samad di Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) , sebahagian daripada proses siasatan yang dilakukan ke atas bekas pengerusi Felda itu yang kini terlibat dalam dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.
Serbuan itu berlaku pagi ini selepas agensi pencegahan rasuah negara itu menyerbu dua rumah Isa di Petaling Jaya dan Nilai semalam.
“Saya diberitahu yang ada lawatan ke pejabat SPAD pagi ini,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad.
“Ini proses normal untuk siasatan yang sedang berlaku,” katanya lagi

Ditahan SPRM tak bermakna Isa Samad bersalah sembang Ku Nan

Tengku Adnan Tengku Mansor turut menafikan penahanan Isa Samad ialah wayang dirancang BN kerana ia tiada kaitan dengan parti itu, sebaliknya ia dilakukan SPRM untuk menyiasat pembelian 2 hotel oleh FIC.
kunan-isa-samadSetiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, penahanan Tan Sri Isa Samad oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak bermakna bekas pengerusi Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) itu bersalah.
Beliau turut menepis dakwaan sesetengah pihak, termasuk pembangkang kononnya penahanan Isa ialah wayang dirancang Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-14, sebaliknya pembangkang yang bermain wayang.
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, penahanan Isa tiada kaitan dengan Umno dan BN kerana ia dilakukan SPRM.
“Mana ada wayang kerajaan? Ini tidak pernah wayang, yang wayang adalah pembangkang, kita akur kepada apa yang dilakukan SPRM.
“Kalau ada masalah, dia akan ambil tindakan untuk buat siasatan dan saya percaya Isa akan memberi segala bantuan untuk mereka menyiasat apa yang berlaku.
“Dan memberi kerjasama kepada SPRM bukan bermaksud Isa bersalah, walaupun dia ditahan dalam reman, SPRM sedang menyiasat, jadi dia buat siasatlah,” katanya selepas merasmikan The Park 2 Pavilion Bukit Jalil hari ini.
Kelmarin, Presiden Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan, Roslan Md Isa menggesa kerajaan tidak menjadikan penahanan Isa sebagai wayang politik untuk mengaburi mata rakyat menjelang pilihan raya.
“Kita tidak mahu ada tangan-tangan ghaib yang mengawal daripada belakang. Sebab trendnya memang sebelum ini dekat pilihan raya memang ada tangkapan dibuat tetapi selepas pilihan raya kes itu dilupakan sahaja,” katanya pada Selasa.
Isa direman 5 hari bagi membantu siasatan SPRM berhubung pembelian 2 hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) antara 2014 dan 2015.

Peti besi Isa dibongkar, RM100,000 dirampas

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) me­rampas wang tunai dianggarkan sebanyak RM100,000 selepas menyerbu rumah bekas pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) Tan Sri Isa Samad malam tadi.
Menurut sumber, serbuan di Senawang, Negeri Sembilan dibuat bagi meneruskan siasatan berhubung isu pembelian hotel oleh anak syarikat FGV, Felda Investment Corporation (FIC) di London dan Kuching.
“Wang berkenaan ditemukan dalam sebuah peti besi milik beliau yang kemudiannya dirampas bagi tujuan siasatan lanjut,” sumber itu dipetik sebagai berkata kepada Utusan Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.
Setakat ini, tiga rumah Isa, termasuk di Nilai dan Liggi, Negeri Sembilan dilapor telah diserbu.

SPRM juga menyerbu pejabat barunya di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini.
Sebelum ini, FIC dilapor membelanjakan jutaan ringgit pada 2013 hingga 2015 bagi membeli dua buah hotel empat bintang namun pembayaran dipercayai dibuat melebihi harga pasaran.
Isa sedang menjalani perintah reman lima hari setelah ditangkap semalam.

Penyokong tegar BN Felda semakin beralih kepada PH, kata akademik UUM

Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata tangkapan terhadap Isa Samad masih belum memadai memulihkan keyakinan peneroka dan pelabur Felda.
Kamarul-Zaman-felda
Akademik Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata “penyokong tegar Barisan Nasional” di kawasan Felda kini beralih semakin mengalih sokongan mereka kepada Pakatan Harapan (PH).
Kamarul berkata sentimen dalam kalangan peneroka Felda mungkin meletakkan Barisan Nasional (BN) di kedudukan rumit buat masa ini.
“Peneroka Felda sedang memastikan suara mereka diambil kira. Peneroka dulunya dikenali sebagai penyokong tegar BN, kini beralih arah kepada Pakatan Harapan,” katanya kepada FMT.
Pandangan itu berlawanan daripada beberapa dapatan sebelum ini yang menganggap PH masih menghadapi jalan sukar di kawasan Felda yang selama ini dianggap deposit tetap Umno setiap kali pilihan raya.
Kamarul berkata tindakan menangkap bekas pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad tidak cukup kerana peneroka Felda masih bimbang kerajaan gagal memulihkan kerugian daripada pelaburan hartanahnya, yang menjadi sasaran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
“Jika mereka hanya menuduhnya (Isa), maka tidak cukup kerana menuduhnya tidak akan mengembalikan kerugian itu. Menuduh seseorang hanyalah sebahagian daripada langkah meraih semula kepercayaan pengundi.
“Mereka perlu pastikan langkah substantif diambil untuk mengurangkan sebarang kebimbangan peneroka Felda. Kerugian dihadapi Felda dan peneroka perlu diselesaikan,” katanya.
Isa kini ditahan reman bagi membantu siasatan SPRM dalam pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation di London dan Kuching.
Kamarul berkata menuduh Isa satu langkah besar dan dapat membantu peneroka lebih percaya kerajaan.

Tidakkah Najib sedari pembelian hotel oleh Felda?

Saya adalah ahli parlimen pertama yang menyatakan bahawa Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad akan dijadikan “kambing hitam” untuk dikorbankan bagi menyelamatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, seawal 17 Februari 2017 seperti yang dilaporkan Malaysiakini.
Oleh itu, sementara saya lega kerana akhirnya ada siasatan ke atas penyelewengan wang Felda yang akan membebankan rakyat Malaysia untuk berpuluh tahun akan datang, saya juga tidak mudah terpedaya bahawa siasatan ini adalah ikhlas dan menyeluruh.Saya sudah dapat menghidu seawal Februari 2017 lagi bahawa ini akan berlaku kerana memang perkiraan itu telah dibuat lebih awal.

Sebab itu, saya menyeru rakyat Malaysia dan rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan agar tidak ghairah bertepuk tangan dengan penahanan Mohd Isa kerana itu belum tentu akan dapat merungkai kesemuanya sekiranya penyelewengan ini tidak disiasat secara menyeluruh.
Satu perkara yang membimbangkan saya ialah bagaimana budaya pertanggungjawaban di Malaysia ini (baik dalam politik, di tempat kerja, di jabatan kerajaan dan lain-lain) hanya memberi tumpuan kepada “kambing hitam” yang menjadi korban.
Jika ada sesuatu penyelewengan atau pelaburan yang merugikan, hanya “kambing hitam” itu yang disiasat dan dihukum.
Ketua atau badan yang bertanggungjawab mengawal selia dan meluluskan tindakan-tindakan “kambing hitam” itu yang akhirnya menyebabkan kerugian tidak disentuh langsung dan mereka kekal di jawatan mereka.
Bukan individu tertinggi
Sebab itu apabila sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) rugi besar, yang dihukum hanyalah Ketua Pegawai Eksekutifnya sedangkan Lembaga Pengarah yang turut bertanggungjawab membuat kesemua keputusan besar yang dilaksanakan oleh CEO tidak dikenakan tindakan.
Dalam kes pembelian hotel-hotel mewah di Kuching dan London oleh Felda yang menjadi tumpuan siasatan SPRM dan punca Mohd Isa ditahan, beliau bukanlah individu yang tertinggi yang membuat keputusan pembelian.Ada lagi badan yang lebih tinggi yang sepatutnya telah lebih awal menolak dan membatalkan hasrat Felda untuk membeli hotel-hotel ini.

Saya merujuk pengalaman saya mengendalikan skandal pembelian tiga unit hartanah di Australia oleh MARA yang harganya dinaikkan hampir dua kali ganda.
Kes itu sekarang sudah menjadi siasatan pihak berkuasa (walaupun belum ada seorang pun yang didapati bertanggungjawab) dan saya sudah pun menang saman dengan Timbalan Ketua Pemuda Umno yang menuduh saya memfitnah dalam kes itu.
Dalam kes tersebut, menteri yang bertanggungjawab ketika itu (Datuk Seri Mohd Shafie Afdal) dan pengerusi MARA ketika itu (Tan Sri Anuar Musa) dengan secara jelas mengesahkan bahawa cadangan pembelian hartanah luar negara oleh MARA itu telah dibentangkan dan diluluskan oleh Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Najib.
Berita-berita yang melaporkan perkara ini boleh dibaca di capaian berikut:
Harian Metro, Astro Awani dan Malaysiakini.
Malah, laporan Astro Awani dengan secara jelas juga memetik Anuar sebagai mengesahkan bahawa “kelulusan dari Perdana Menteri (melalui Majlis Ekonomi) adalah sebahagian dari prosedurnya”.
Saya telah menyemak laman web Majlis Ekonomi untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai keanggotaannya, fungsinya dan terma rujukannya di capaian berikut.Najib telah menetapkan bahawa Majlis Ekonomi mengambil alih tugas Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaburan yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal pelaburan negara.

Ini disahkan juga oleh laporan Malaysiakini yang memetik penerangan Anuar bagaimana pembelian di luar negara (atau) yang melibatkan pinjaman luar negara perlu dibawa ke Majlis Ekonomi yang dipengerusikan perdana menteri.
Oleh yang demikian, pembelian hotel di London oleh Felda sudah tentu perlu melalui proses kelulusan yang sama iaitu perlu dibawa dan diluluskan oleh Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh perdana menteri sendiri di samping menteri kanan yang lain.
Jika Mohd Isa direman dan disiasat atas dakwaan menerima suapan dari pembelian hotel tersebut yang menyeleweng duit Felda, maka Najib dan anggota Majlis Ekonomi yang lain juga perlu disiasat untuk menentukan sama ada mereka juga menerima habuan/suapan kerana merekalah (perdana menteri dan anggota Majlis Ekonomi) yang turut meluluskan pembelian hotel di London (yang perlu dibawa ke Majlis Ekonomi kerana ia melibatkan pelaburan luar negara).
Gaji buta
Jika ada bukti mereka tahu bahawa pembelian itu ada unsur penyelewengan kerana harganya lebih mahal tetapi mereka tetap meluluskannya, mereka perlu disiasat pula sama ada mereka mendapat habuan.
Jika ada bukti mereka mendapat habuan, mereka juga perlu ditahan seperti Mohd Isa.
Jika mereka tidak tahu ada unsur penyelewengan dalam pembelian itu tetapi gagal mengenal pasti risiko pelaburan dan gagal menyemak bahawa harga yang perlu dibayar Felda adalah terlalu tinggi, maknanya mereka tunggul yang makan gaji buta kerana gagal/cuai menjalankan amanah sebagai anggota Majlis Ekonomi.
Mereka perlu dipecat atau jika mereka bermaruah, mereka perlu meletakkan jawatan.
Budaya rasuah menjadi begitu mendalam dan parah di negara kita bukan disebabkan dua tiga orang yang ditangkap terlibat di dalam penyelewengan.

KEADILAN DI KELANTAN MACAM KOKIOK YANG TERPISAH KEPALA DENGAN TUBUH

MSO

Dengan mengambil perhatian kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Keadilan Kelantan Ab Aziz Kadir hari ini yang menerima keputusan Biro Politik parti itu agar beliau dan anggota Keadilan kekal dengan jawatan dalam kerajaan Kelantan, saya mengira elok kalau Pakatan Harapan (PH) mengambil ketetapan tegas sama ada untuk meneruskan kerjasama dengan parti itu atau pun membuat satu sikap tegas.
Bagi PH tidak fasal-fasal lagi untuk terus bersama dengan Keadilan kerana parti itu sudah tidak menunjukkan semangat untuk bersama. Kenyataan yang dibuat oleh Aziz itu jelas bahawa parti itu dan ahlinya di Kelantan lebih mementingkan kepuasan mereka daripada kepuasan rakan komponen PH. Mereka sudah hilang nilai setiakawan.

Sikap “cocoh jilat” Keadilan itu bukan satu sikap mulia dalam politik, walaupun politik itu bersikap rencam. Bukan sekali rakan dalam PH terutama Amanah dan DAP, memerhati sikap Keadilan yang tidak selari dengan semangat PH dan menimbulkan persoalan. Sikap ditunjukkan Keadilan itu juga semacam mereka tidak yakin dengan keupayaan PH.
Mungkin pandangan saya ini berat untuk dilaksanakan dan bersifat tidak bijak politik. Namun yang pentingnya PH tidak perlu bermain tarik tali terlalu lama kerana akhirnya yang boleh memedihkan jari jemari dan telapak tangan. Politik ada kalanya perlu kepada “ding dong ding”, adakalanya memerlukan ketegasan.
Sikap PKR Kelantan bagi saya bukan suatu kebijaksanaan tetapi sikap yang boleh memberi kemarahan kepada orang ramai. Ia boleh melemahkan PH sendiri dalam bergerak untuk memperkasakan PH itu. Sikap PKR itu menjejaskan kerja PH untuk menguruskan jentera pilihan raya dan menyusunkan organisasi PH di semua peringkat di Kelantan.
Memadangkan pilihan raya sudah hampir tiba Pakatan Harapan tidak perlu menyelesaikan masalah dibikin Keadilan itu kerana ia semacam “Kokiok” (white ant) yang sudah terpisah kepala dengan tubuh saja. Tubuhnya sudah hilang ke mana yang terlekat di betis hanya kepala saja. Pakatan Harapan harus bergerak ke depan dengan penuh yakin dan geserkan kepala “Kokiok” tu. Apa dilakukan oleh PKR di Kelantan, semacam sengaja menaruh ulat bulu di kaki dan mahu melihat rakan Pakatan Harapan mengelupur kegelian. Walhal perbuatannya mencemarkan dan menyebabkan musuh Pas akan ketawa bergerekek.
Kenyataan dikeluar oleh Ab Aziz hari ini, juga seakan merombak semula simpulan PH yang dilihat sudah mulai mahu kejap sebelum ini. Kalau sebelum ini Aziz kelihatan waspada untuk mendekati podium Pakatan Harapan, tetapi akhir-akhirnya dia sudah berani mendekatinya.
Perkembangan itu disambut baik oleh rakyat yang mahu melihat Pakatan Harapan menjadi juara baharu di Kelantan. Dan Pas sendiri yang sebelum ini “agah” dan sombong juga mula sudah sedikit mengendur. Tiada kenyataan-kenyataan keras dan bengis lagi dikeluarkan. Ini kerana Pas sudah mula menyedari kekuatan yang ada kepada dirinya dan sudah merasai langit tinggi dan rendah.
Namun kenyataan Aziz hari ini seakan mengembalikan semula keadaan kepada sebelum ini yang celaru dan membimbangkan. Bagi orang atau parti yang tiada pendirian tegas begitu tidak boleh dijadikan rakan dalam sebuah pasukan.