Rabu, 16 Ogos 2017

Reformasi Malaysia : Rakyat Penentu Nadi Negara

Reformasi Malaysia: Reformasi pemangkin kehidupan insan

Reformasi Malaysia: Kesengsaraan hidup asas kebangkitan rakyat

TAK SERIK-SERIK MENIPU RAKYAT !!

Akan kami ingat sampai UMNO/BN terkubur pupus nnti..

Hakikatnya, menipu makanan ruji dlm Ameno !!!

FAKTA kenaikan harga RON95:
1) Sebelum guna kaedah mingguan - 16 kali naik (Sept. 2009 - Mac 2017)

2) Kaedah penentuan harga mingguan - 11 kali naik (April 2017 - 23 Ogos 2017)

FAKTA VS AUTA

KANTOI !!!.. punyalah temberang menteri Ameno yg juga MP BN-Sri Gading, Johor nak tokok tambah daripada angka 52.6 juta kepada 89 juta ??!

ANGKA 89 JUTA MANA YANG KAMU KUTIP TU !!!.. Sedangkan S'pore pon baru 58.7 juta.. KLIA dah dpt mengatasi Changi Airport ??!!

HAR HAR HAR... Asal kluar dari mulut Ameno mesti menipu.

Boleh check di sini kebenarannya:

https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_busiest_airports_by_passenger_traffic

http://www.panynj.gov/airports/pdf-traffic/ATR2016.pdf

Amanah Kelantan pilih model Nabi Yusuf bila dapat tadbir negeri


Negeri Kelantan akan menggunakan model yang ditunjukkan Nabi Yusuf alaihissalam dalam mengurus khazanah negeri bila dipilih mentadbir negeri, kata Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa.
Beliau berkata ketelusan dan usaha meningkatkan keupayaan ekonomi rakyat adalah teras utama yang akan digunapakai nanti.
Husam Musa calon MB Kelantan"Sikap tidak peduli terhadap pekerja dan golongan daif yang jadi amalan kerajaan sekarang akan diganti dengan perancangan khas meningkatkan taraf hidup mereka," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau  turut menyentuh mengenai guru-guru Yayasan Islam Kelantan dan  penerima bantuan ladang rakyat. Beliau berkata penyelesaian dapat dibuat jika kerajaan benar-benar mengambil langkah wajar.
"Isu guru-guru YIK yang tidak dapat diserap ke jawatan tetap telah berlarutan begitu lama.
"Saya sendiri amat faham masalah ini kerana ayah saya mengajar di sekolah YIK dan ramai adik beradik saya bersekolah di situ.
"Sebenarnya jika khazanah hasil negeri diurus dengan betul dan sistem YIK diubahsuai sedikit satu penyelesaian amat mudah dilakukan.
Beliau yang juga Adun Salur  enggan mendedahkan semua kaedah mengenai hal itu,  berjanji kepada semua guru di YIK  mereka akan diserap ke jawatan tetap bila AMANAH mentadbir kelak.
"Kita tak perlu terangkan semua sekarang nanti mereka tiru.
"Tapi kirim salam kepada semua guru YIK kita janji akan selesaikan masalah mereka," katanya.

Berkaitan Ladang Rakyat beliau amat kesal kerana pihak kerajaan seperti tersepit dengan kaedah pembangunan ladang oleh pihak swasta yang berjalan sekarang. "Apabila saya dedahkan semua anak syarikat ladang rakyat kerugian dan ada yang tutup mereka kata saya fitnah.
"Akhirnya seorang Exco kerajaan menjawab Ladang Rakyat rugi kerana saya tak datang mesyuarat.
"Memang betul apabila saya dilantik menjadi ahli lembaga Ladang Rakyat hanya sekali saya hadir.
"Saya ambil pendirian tidak mahu terus duduk di situ kerana perjalanannya terpesong dari rancangan asal.
"Asalnya Ladang Rakyat dirancang untuk dimajukan sendiri oleh pihak kerajaan melaui anak syarikat tetapi apa yang terjadi ialah ia diurus pihak swasta," katanya.
 Kini katanya yang mengaut untung adalah pengusaha swasta yang ditaksirkan mengumpul keuntungan tahunan sekurang-kurang RM11 juta.
"Sedangkan apa yang diperolehi kerajaan sekarang hanya RM2 juta setahun.
"Dari hasil ini 4500 peserta ladang Rakyat mendapat imbuhan bulanan RM200.
Jika AMANAH bersama Pakatan Harapan menerajui kerajaan menurutnya, Menteri Besar bahari boleh mengkaji semula perjanjian berat sebelah ini.

SIAPA LAGI BAKAL DITANGKAP SELEPAS ISA SAMAD ATAU INI SATU LAGI PEMENTASAN WAYANG OPERA UNTUK KITA?

Berikutan penahanan bekas Pengerusi Felda Global Ventures atau FGV, Isa Samad oleh SPRM untuk disiasat berhubung pembelian dua hotel, satu di London dan satu lagi di Kuching yang dikatakan melebihi harga pasaran, beberapa persoalan kini berlegar di perbincangan umum.

Ada yang bertanya, apakah Isa Samad saja yang ditahan atau beberapa nama lagi yang diketahui pernah disiasat SPRM, akan turut menerima nasib yang sama?

Seperti yang diketahui umum, antara pemimpin UMNO yang pernah diambil keterangan oleh SPRM sebelum ini ialah Pengerusi Felcra, Bung Mokhtar Radin dan bekas Pengerusi Mara merangkap Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa.

Bung Mokhtar diambil keterangan selama beberapa jam berhubung penggunaan dana Felcra untuk membeli saham amanah yang didakwa melibatkan kepentingan isterinya, manakala Annuar pula berkaitan penajaan anak syarikat Mara terhadap pasukan bolasepak Kelantan.
Kedua-dua kes itu masih tiada khabar berita sehingga ini dan persoalan ramai, apakah selepas Isa Samad, gilliran mereka akan menyusul tiba?

Jika tiada sesiapa ditahan selepas Isa Samad, persoalan lain ialah apakah juga beliau benar-benar akan didakwa di mahkamah selepas ini atau penahanannya hanya sekadar untuk memaksanya bersara dan melepaskan jawatan sebagai Pemangku Pengerusi SPAD yang disandangnya sekarang?

Tidak kurang yang meragui penangkapan Isa yang kini ditahan reman selama lima hari hanyalah sekadar wayang opera Cina semata-mata untuk menunjukkan kepada rakyat kerajaan pimpinan Najib Razak kononnya benar-benar serius dan tegas memerangi rasuah.

Yang meragui itu berkata, Najib tidak mungkin berani memanjangkan kes rasuah melibatkan Isa Samad sehingga kepada pendakwaan, apatah lagi sampai kepada hukuman penjara.

SPRM serbu rumah Isa Samad di Nilai

Rumah bekas pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Nilai, Negeri Sembilan diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Menurut pengawal keselamatan yang enggan dikenali dan bertugas di kawasan perumahannya, tiga buah kenderaan SPRM tiba di kediaman Mohd Isa kira-kira pukul 4.30 petang tadi dan pulang kira-kira dua jam kemudian.
Serbuan itu difahamkan untuk mendapatkan fail-fail serta dokumen berkaitan kes yang sedang disiasat.
Sementara itu, usaha Bernama untuk mendapatkan pengesahan berhubung serbuan itu dari pihak SPRM, gagal.
Tinjauan di sekitar rumah Isa mendapati kawalan ketat dilakukan pengawal keselamatan dan pihak media yang berkumpul di situ tidak dibenarkan masuk ke kawasan rumahnya.
Semalam, Isa ditahan SPRM selepas hadir di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian dua buah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di London dan Kuching.
Berikutan itu, SPRM melakukan serbuan ke atas rumah Isa di Selangor pada hari yang sama.

Khalid tersilap salahkan Bersatu punca huru-hara forum, kata peguam


Khalid tersilap salahkan Bersatu punca huru-hara forum, kata peguam
Bukan salah penganjur kekecohan tercetus di forum, kata Eric Paulsen. 
KETUA Polis Negara sudah tersilap memetik Akta Perhimpunan Aman 2012 apabila menyalahkan Bersatu sebagai tidak bertanggungjawab kerana gagal mengawal keselamatan sehingga tercetus keadan huru-hara semasa penganjuran forum Nothing to Hide 2.0 pada Ahad lalu, kata seorang peguam.
Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen berkata akta itu tidak harus digunakan terhadap penganjur rapat acara kerana orang yang membuat kekacauan semasa forum itu adalah penjenayah.
“Akta Perhimpunan Aman tidak terpakai dalam kes ini kerana ia untuk rapat umum dan pihak berkuasa boleh mengenakan syarat, sedangkan yang ini forum. Sesiapa boleh datang untuk bercakap, bertanya soalan dan menjawab. Apa yang berlaku adalah di luar jangkaan dan di luar kawalan penganjur.
“Dalam insiden Nothing to Hide, itu perlakuan jenayah dan menjadi tanggungjawab polis untuk menangkap, menyiasat dan mendakwa mereka di mereka sekiranya ada bukti.
“Kita bukan bercakap tentang benda tidak sengaja. Kita bercakap tentang satu perbuatan jenayah yang dilakukan dengan niat untuk buat huru-hara, seperti samseng,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Menurut Paulsen mereka yang terlibat tidak harus dibiarkan untuk menentukan batas-batas kebebasan bersuara dan berhimpun. Beliau juga bimbang pihak berkuasa akan menggunakan alasan keselamatan dan tanggungjawab penganjur sebagai syarat untuk mengajurkan perhimpunan seperti ini.
“Sudah tentu penganjur mesti bertanggungjawab juga tetapi untuk melepaskan beban tanggungjawab itu sepenuhnya kepada penganjur, salah. Misalnya, kalau pentas runtuh kerana ramai orang, itu memang salah penganjur,” katanya.
Beliau juga menarik perhatian kepada Seksyen 3(3) Akta Polis yang mengkehendaki polis mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia.
Khalid hari ini menyalahkan Bersatu selaku penganjur dengan mengatakan forum seumpama itu tertakluk di bawah Akta Perhimpunan Aman dan akta itu jelas memperuntukkan penganjur bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka yang hadir, keselamatan tempat, keselamatan acara berkenaan.
Beliau juga menyatakan polis hanya membuat kawalan di luar dewan kerana “tidak dijemput” ke forum tersebut.
Forum itu sepatutnya jadi pentas debat antara Dr Mahathir Mohamad, yang kini mengetuai Pakatan Harapan (PH), dan Perdana Menteri Najib Razak, mengenai isu 1Malaysia Development Berhad  (1MDB). Najib bagaimanapun tidak hadir kerana merasmikan mesyuarat Umno bahagian di Melaka.
Dr Mahathir sempat menjawab lapan soalan pada forum "Nothing to Hide 2.0" sebelum majlis bertukar kecoh apabila ada hadirin bertindak membaling selipar, botol air dan mencampak suar, ketika beliau menjawab soalan mengenai peristiwa Memali.
Sejak Ahad, pemimpin PH dan Umno saling menyalahkan antara satu sama lain sebagai punca kekecohan yang tercetus.
Sementara itu, Ketua Penerangan Bersatu Kamaruddin Mohd Nor berkata syarat kelulusan polis untuk perhimpunan awam seharusnya dimansuhkan jika penganjur akan dipersalahkan kalau berlaku perkara yang tidak diingini.

Belanja sekolah meningkat, ibu bapa terbeban...pemimpin terus bermewah....!!!


Belanja sekolah meningkat, ibu bapa terbeban, kata kajian
Kajian Invoke itu mendedahkan majoriti ibu bapa terutama kaum Cina merasai peningkatan belanja sekolah anak-anak mereka. 
BELANJA sekolah anak-anak terbukti semakin meningkat apabila majoriti ibu bapa tiga kaum utama Malaysia sedang bergelut dengan peningkatan belanja lebih 10%, dedah kajian Invoke Centre for Policy Initiatives hari ini.
Kajian dalam kalangan pengundi berdaftar itu menunjukkan majoriti responden yang terdiri daripada tiga kaum utama di Malaysia mengatakan yang perbelanjaan untuk persekolahan anak-anak mereka meningkat sejak tahun lepas
Majoriti responden iaitu sebanyak 64%, terpaksa mengeluarkan belanja sekolah lebih 10% daripada perbelanjaan sebelum ini, sementara 27% responden pula mengatakan perbelanjaan sekolah anak-anak mereka meningkat 6% hingga 10%.  Hanya 19% mengatakan peningkatan belanja itu pada kadar 1% hingga 5%.
Keseluruhan perbelanjaan responden dalam belanja sekolah anak-anak menunjukkan peningkatan.
Peningkatan belanja lebih 10% ini banyak berlaku dalam kalangan ibu bapa Cina, sebanyak 82%, berbanding hanya 57% ibu bapa Melayu dan 58% ibu bapa India.
Rafizi menjelaskan yang angka itu tinggi dalam kalangan responden Cina kerana 92% daripada mereka menghantar anak ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
Disebabkan ini, ibu bapa terpaksa mengeluarkan belanja lebih kerana SJKC hanya menerima peruntukan kerajaan untuk pembayaran gaji guru dan bil kemudahan sekolah.
Sekolah Cina juga terpaksa bergantung lebih banyak kepada sumbangan ibu bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), katanya lagi.
Ketua Invoke dan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata hasil kajian memberi gambaran awal kepada tindakan pemotongan bajet yang dilakukan Kementerian Pendidikan sehingga mengurangkan peruntukkan kepada sekolah.
“Ini menyebabkan banyak sekolah terpaksa mengutip duit melalui PIBG, dan ibu bapa kini menanggung kos yang sebelum ini ditanggung kerajaan.
“Sekolah tidak ada pilihan lain dan terpaksa memindahkan kos belanja sekolah seperti kertas, mencetak (untuk proses pembelajaran dan lain-lain) dan program latihan kepada keluarga (pelajar). Keluarga pula terpaksa membayar beberapa ratus ringgit setiap tahun untuk setiap anak dan kerana itulah anda dapat lihat peratusan tinggi (ibu bapa) terkesan,” kata Rafizi.

Tidak cukup bukti teruskan reman terhadap Exco dan dua lagi, kata Mohd Azam

Mohd Azam Baki
Timbalan KetuaPesuruhjaya  Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohd Azam Baki berkata suruhanjaya itu kekurangan bukti untuk meneruskan tahanan reman terhadap terhadap anggota Exco Kerajaan negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh bersama pengarah dan pengurus kilang haram.
“Saya jangka tiada tangkapan lagi kerana kita dah tangkap tiga orang namun setakat ini kami kekurangan bukti yang jelas akibat pelepasan mereka.
"Namun SPRM akan menjalankan siasatan untuk melengkapkan siasatan dan kita akan appeal (rayu) bergantung kepada DPP,” katanya.
Katanya, Pejabat Peguam Negara bersetuju untuk menfaikan rayuan terhadap keputusan sama ada esok atau lusa.
Hari ini Mahkamah Tinggi Pulau Pinang  membenarkan permohonan semakan semula untuk membatalkan perintah reman terhadap anggota exco kerajaan negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh dan dua beranak yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Pulau Pinang, Sabtu lepas.
Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas meneliti hujah daripada pihak SPRM dan peguam tertuduh.
Abdul Wahab berkata perintah reman terhadap exco kanan kerajaan negeri dan dua lelaki itu yang merupakan pengarah dan pengurus sebuah kilang haram di Kampung Sungai Lembu, Bukit Mertajam adalah bertentangan dengan Seksyen 117(5) Kanun Prosedur Jenayah.

Pengerusi Hindraf diserang, diberi amaran jangan kritik kerajaan

P. Waythamoorthy percaya serangan itu ada kaitan dengan sokongannya kepada pembangkang.
waytha-1
SEREMBAN: Dua lelaki tidak dikenali hari ini menyerang pengerusi kumpulan hak asasi Hindraf, P. Waythamoorthy di pejabatnya di sini.
Mereka turut mengugut aktivis itu dengan pisau di lehernya, sebelum menumbuk beliau, sambil memberi amaran supaya berhenti mengkritik kerajaan.
Kejadian berlaku kira-kira 3.50 petang tadi dan turut disaksikan isteri Waytha Kedua-dua lelaki tiba di pejabatnya.
“Isteri Waytha merayu lelaki itu tidak mengapa-apakannya tetapi turut diserang manakala rantai emas dan telefon bimbitnya dirampas,” kata peguam Hindraf, Karthigesan Shanmugam kepada FMT.
waytha-3
Menurutnya, penyerang turut melepaskan sejenis cecair yang mengeluarkan bau kuat di ruang pejabatnya.
Waytha percaya serangan hari ini mungkin ada kaitan dengan pendiriannya untuk menyokong pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.
“Beliau sekeluarga masih terkejut dengan kejadian itu,” kata Karthigesan.
waytha-4

DAP gesa Khalid henti salahkan penganjur Nothing to Hide 2.0

Pemuda DAP berkata, penganjur sudah memaklumkan polis mengenai forum itu dan aspek keselamatan dalam program itu sepatutnya menjadi tanggungjawab semua pihak, termasuk polis.
dapsy-pc-nothing2hideKUALA LUMPUR: Pemuda DAP hari ini mengkritik ketua polis negara kerana menyalahkan penganjur forum Nothing to Hide 2.0 pada Ahad lalu atas kekecohan yang berlaku.
Setiausahanya, Lee Fu Haw yang mengetuai pasukan keselamatan di forum itu berkata, penganjur sudah memaklumkan polis mengenai program berkenaan.
“Kami sudah memaklumkan polis dan mereka sepatutnya menjalankan tugas mereka. Saya tidak fikir sebarang jemputan diperlukan,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat DAP.
Beliau mengulas kenyataan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang penganjur forum itu bertanggungjawab memastikan keselamatan hadirin terjamin.
Khalid berkata, penganjur sepatutnya tahu mengenai Akta Perhimpunan Aman yang jelas menyatakan keselamatan hadirin adalah tanggungjawab mereka.
Beliau berkata, penganjur perlu memeriksa peserta sebelum membenarkan mereka memasuki Dewan Raja Muda Musa di Shah Alam.
Setakat ini, seramai 13 lelaki ditahan membantu siasatan kekecohan yang tercetus pada forum anjuran Pemuda PPBM.
Ketua Pemuda DAP, Wong Kah Woh berkata, tidak adil untuk polis menuding jari ke arah penganjur terhadap kekecohan yang berlaku.
“Tiada penganjur mahu perkara sedemikian berlaku.
“Ia adalah jelas keselamatan dalam mana-mana aktiviti sama ada anjuran Barisan Nasional atau Pakatan Harapan, ialah tanggungjawab semua orang, termasuk polis,” katanya.
Beliau meminta Khalid tidak menuding jari kepada mana-mana pihak sebelum siasatan selesai.
Adun Balakong, Eddie Ng berkata, polis bertanggungjawab menjaga keselamatan keseluruhan, bukan hanya di luar dewan.
“Adakah ini bermakna apa-apa yang berlaku (di dalam dewan) bukan tanggungjawab polis?” soal wakil rakyat DAP itu.
“Ketua polis daerah Shah Alam memaklumkan 42 anggota polis berada dalam acara itu. Ini lawak jenaka tahunan.”
Ng berkata, penganjur sudah memberitahu polis forum itu terbuka kepada sesiapa sahaja untuk hadir.
Katanya, ada 150 ahli Pakatan Harapan yang menjaga keselamatan forum itu dan tidak adil untuk menyalahkan penganjur atas kekecohan itu.

Najib tidak akan adakan PRU14 tahun ini....

Naib presiden PKR itu memetik tinjauan sentimen ekonomi yang menunjukkan pengundi tidak berpuas hati dengan cara Perdana Menteri, Najib Razak menguruskan ekonomi negara.
rafizi-najib
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak tidak akan mengadakan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tahun ini ekoran sentimen ekonomi yang tidak baik, kata Rafizi Ramli.
Naib presiden PKR itu berkata, berdasarkan tinjauan Invoke ke atas 3,783 pengundi berdaftar di seluruh negara, lebih 60% pengundi berpendapat ekonomi negara berada di laluan salah dan keadaan Malaysia lebih teruk daripada 4 tahun lepas.
“Masa untuk mengadakan pilihan raya umum ialah selepas pembentangan Bajet 2018 dan tarikhnya mungkin pada November. Jika beliau berbuat demikian, beliau ada September dan Oktober untuk memperbaiki keadaan.
“Bagaimanapun, Najib tidak mungkin menjelmakan apa-apa dalam 2 bulan ini, walaupun dengan bajet mesra rakyat yang boleh memperbaiki sentimen ekonomi secara drastik.
“Mengadakan pilihan raya umum pada November ialah risiko amat besar dan Najib bukan orang yang akan mengambil risiko besar.
“Sebab itu saya tidak rasa pilihan raya akan diadakan tahun ini. Kemungkinan tahun depan,” katanya pada sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan hasil tinjauan Invoke.
Tinjauan interaktif menerusi temu bual telefon yang diadakan selama sebulan dari 10 Jun sehingga 14 Julai lalu, memfokuskan keadaan ekonomi negara, kos sara hidup dan harga kenaikan harga barang.
Sebanyak 59% daripada 3,783 responden itu ialah orang Melayu, Cina (26%), Bumiputera Sabah dan Sarawak (8%) serta India (7%).
Antara soalan dikemukakan dalam tinjauan itu:
– Jika rakyat berpendapat ekonomi negara di laluan betul;
– Jika ekonomi keluarga lebih baik sekarang berbanding 4 tahun lalu;
– Peratus kenaikan dalam perbelanjaan bulanan untuk makanan dan barangan;
– Peratus kenaikan bil utiliti bulanan;
– Peratus kenaikan perbelanjaan untuk petrol dan diesel; serta
– Peratus kenaikan dalam perbelanjaan keperluan seperti baju dan perbelanjaan berkaitan sekolah.
Rafizi berkata, kadar respons terhadap tinjauan itu rendah kerana ia dilakukan kira-kira 2 minggu sebelum dan selepas Aidilfitri.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, Najib bergelut dengan sentimen pesimistik terhadapnya kerana ramai pengundi mengadu kehiduapan mereka semakin susah.
“Mereka tidak dipengaruhi retorik atau skandal politik, tetapi bimbang dengan kos sara hidup.
“Jika Najib memperbaiki ekonomi dan mampu mengubah ke arah lebih baik, anda akan lihat sentimen itu berubah.

Polis akan ambil tindakan terhadap penganjur ‘Nothing to Hide’

Khalid Abu Bakar berkata keselamatan sesuatu majlis adalah di bahu penganjur.
KUALA LUMPUR: Polis berkata pihak penganjur forum “Nothing to Hide” yang bertukar ganas Ahad lalu akan turut diambil tindakan kerana gagal menjamin keselamatan seperti mana dikehendaki di bawah Akta Perhimpunan Aman.
“Jangan penganjur ingat dia boleh lepas tangan begitu sahaja. Baca balik Akta Perhimpunan Aman itu,” kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada wartawan hari ini.
“Jadi pada saya adalah tidak elok kerana penganjur cuba menyalahkan polis dan dan sebagainya,” katanya.
Polis setakat pagi tadi menahan reman 13 orang disyaki mencetuskan kekecohan pada program anjuran Pemuda PPBM itu, selepas suar dan objek lain di ke arah pentas di Dewan Raja Muda Musa, ketika ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ia disusuli aksi tumbuk menumbuk melibatkan kumpulan yang dituduh mencetuskan kekacauan, memaksa penganjur menamatkan forum tersebut serta merta.
“Sepatutnya penganjur kena buat peraturan terhadap orang yang nak masuk, apa yang boleh dibawa, apa yang tak boleh dibawa dan sebagainya. Kerana dia bertanggungajwab ke atas keselamatan majlis itu,” kata Khalid.
Menurutnya, Akta Perhimpunan Aman menyebut secara jelas tanggungjawab penganjur dan tanggungjawab hadirin.
Khalid berkata polis tidak mengawal keselamatan di majlis Nothing To Hide sebaliknya mengawal di luar kerana tidak dijemput pada majlis berkenaan.
“Kalau kalau nak buat apa-apa majlis, faham dulu undang-undang itu. Kalau tak faham, mari bincang dengan kita, tanyalah polis.
“Dah jadi apa-apa, tanggunglah,” katanya.

‘Flashmob’ PKR bakal sambut Najib di kubu Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual melawat Pulau Pinang esok dan sekali gus menggempur kubu kuat bekas pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Permatang Pauh.
Menurut laporan, perdana menteri akan ke program ‘Makan Bersila Bersama PM” di Padang Politeknik Seberang Perai bersama kira-kira 20,000 hingga 25,000 orang.
Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata orang ramai dijemput menyertai Najib untuk menjamu nasi kandar dan masakan Melayu tradisional bagi mencipta rekod kebangsaan dari jam 10 pagi hingga 3 petang.
Bagaimanapun, Pemuda PKR merancang untuk mengadakan satu ‘flashmob’.
Bercakap kepada Malaysiakini, Timbalan Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang, Asrul Sani berkata kumpulan itu akan berhimpun di luar perkarangan politeknik itu.
"Kami bukan mahu cari gaduh.
"Kami hanya mahu bawa sepanduk 'Bebaskan Anwar Segera'," katanya.
Asrul berkata kumpulannya yang dijangka berjumlah kira-kira 30 orang itu akan mula berkumpul di sebuah stesen minyak bertentangan dengan politeknik itu pada jam 9 pagi sebelum menuju ke lokasi mereka.
Najib dijadualkan tiba pada jam 11pagi.
Ketika ini, kerusi parlimen Permatang Pauh dipegang oleh isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga adalah presiden PKR.
Anwar sedang menjalani hukuman lima tahun atas kesalahan meliwat yang dinafikannya berulang kali. Beliau sebaliknya mendakwa tuduhan itu adalah rekayasa Najib dan pentadbirannya manakala kerajaan menafikan bahawa kes itu adalah berdasarkan bukti palsu.

Hampir 60% responden ragu hala tuju ekonomi Najib, kata Invoke

HAMPIR 60% responden kajian mengatakan hala tuju ekonomi Perdana Menteri Najib Razak berada dalam landasan yang salah, kata Invoke Centre for Policy Initiatives hari ini.
Institut pemikir PKR itu berkata hanya 41% menyokong hala tuju ekonomi kerajaan Barisan Nasional (BN).
“65% juga mengatakan yang ekonomi kini lebih teruk berbanding empat tahun lalu,” kata ketua Invoke yang juga merupakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pada sidang media hari ini.
Kajian itu yang dilakukan menerusi panggilan telefon menghubungi 1.9 juta orang menggunakan sistem maklum balas interaktif tetapi hanya mengutip 3,783 jawapan.
Kajian itu dilakukan bermula 10 Jun sehingga 14 Julai yang kebetulan bertembung dengan cuti Hari Raya, dikatakan Rafizi sebagai punca jumlah responden yang rendah.
Walaupun banyak usaha seperti Pelan Tindakan Untuk Masyarakat India dan pelancaran MRT dilakukan Najib dan pentadbirannya sejak beberapa bulan lepas, tiada perubahan sentiment di peringkat akar umbi menurut kajian itu.
“Najib bertarung dengan sentimen pesimis. Ada ramai pengundi yang tidak berpuas hati merasakan kehidupan semakin sukar, menyalahkan GST dan usaha beliau (Najib) tidak cukup. (Kelompok) Pengundi ini penting kerana mereka tidak mudah dipengaruhi dengan retorik, skandal seperti 1MDB atau (isu) perkauman. Mereka adalah kelompok terbesar pengundi.
“Jika Najib menambah baik situasi ekonomi atau apa yang Najib umumkan setakat ini berkesan, sepatutnya (kajian) mampu melihat sentimen yang lebih baik,” kata Rafizi.
Jadi ada kemungkinan Najib tidak akan mengadakan pilihan raya umum pada November ini kerana beliau memerlukan masa untuk memperbaiki sentiment ini.
Kajian itu juga menunjukkan perbezaan antara kadar inflasi rasmi dikeluarkan kerajaan sekitar 2% hingga 3% berbanding dengan peningkatan harga yang dirasai majoriti responden kajian yang merasakan inflasi meningkat lebih 10%.
“Ini memberikan kelebihan besar kepada pembangkang kerana (jika) Najib dan pentadbirannya terus mengumumkan kadar inflasi yang rendah, rakyat akan merasakan mereka ditipu kerana kadar kerajaan dan peningkatan harga barangan tidak sepadan,” kata Rafizi yang turut menambah kadar inflasi merupakan ukuran ekonomi yang paling mudah difahami rakyat.

Zaid selar pemimpin pembangkang masih rindui PAS

Bekas menteri itu turut mempersoalkan 'Taliban berkereta mewah' yang gemar berfatwa tetapi terputus daripada keluhan rakyat bawahan.
zaid-ibrahim-pas-bendera-rakyat-malaysia-islamPETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim menyeru umat Islam membebaskan pemikiran mereka daripada dibelenggu agamawan yang sempit, sambil menyelar usaha pihak tertentu untuk terus berdamping dengan PAS yang disifatkannya dalang perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini.
“Saya sedia maklum mengenai pemimpin pembangkang Melayu yang bercita-cita tinggi dan cuba melamar PAS, kerana ingin kekal berkuasa. Mereka sanggup tidur sekatil dengan pihak yang menyebabkan kekeliruan dan perpecahan di kalangan Melayu sejak 35 tahun lalu,” kata bekas menteri itu dalam penulisan blognya hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak menamakan pihak yang dimaksudkannya.
Zaid menyeru umat Islam menyokong Amanah dalam usaha untuk “memerangi PAS habis-habisan”.
“Amanah perlu memberikan harapan kepada jutaan umat Islam bahawa Islam boleh kekal relevant dan menawarkan kepimpinan bersifat penyayang di negara ini,” katanya.
Amanah ditubuhkan 2 tahun lalu oleh sekumpulan pemimpin PAS yang tidak senang dengan perubahan dialami pucuk pimpinan parti yang konservatif dan dilihat lebih mesra Umno.
Tak peduli rakyat bawahan
Zaid berkata pemimpin umat Islam di Malaysia terlalu asyik dengan soal hukum dalam berdepan pelbagai masalah sosial, dan tidak berminat mencari punca sebenar gejala seperti sumbang muhrim dan kandungan luar nikah di kalangan penganut.
Menurutnya, reaksi pemimpin Islam dalam isu penamaan anak luar nikah baru-baru ini menunjukkan mereka tidak peduli realiti kehidupan susah yang terpaksa dilalui mereka yang terlibat.
Zaid merujuk bantahan beberapa agamawan termasuk pemimpin Umno terhadap penghakiman Mahkamah Rayuan baru-baru ini, yang mempersoalkan amalan membinkan bayi Islam yang dilahirkan luar nikah dengan “Abdullah”.
Khutbah Jumaat di Selangor minggu lalu, misalnya, menggesa umat Islam mematuhi fatwa yang melarang anak luar nikah daripada dibinkan dengan nama bapa kandungnya.
Zaid berkata ia mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab golongan agamawan.
“Tanpa nama bapa yang sebenar, seseorang itu tidak tahu asal usulnya, bermakna mereka mungkin tersilap berkahwin dengan saudara sendiri. Siapa yang patut dipersalahkan di atas kelakuan sumbang muhrin yang tidak disengajakan itu? Apakah mereka sudah fikir mendalam mengenai fatwa itu? Apakah mereka ambil kira kesan fatwa itu terhadap kehidupan orang?” soal Zaid.
Menurutnya, ia menyerlahkan betapa pemimpin Islam negara ini tidak mahu mengambil peduli masalah dihadapi rakyat, sebaliknya lebih berminat berbincang soal teori dan membelanjakan dana Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menghadiri pelbagai forum.

Adakah Isa akan terlepas seperti 18 ‘jerung’ lain?

Apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih kepimpinan dari Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003, beliau berikrar akan bertindak tegas terhadap mereka yang mengamalkan rasuah.
Mengimbas kembali tempoh ketika itu susulan penahanan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari ini, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang tertanya-tanya sama ada ini adalah ulangan taktik sebelum pilihan raya.Sebelum pilihan raya umum 2008, Lim berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Rais Yatim mengumumkan bahawa pentadbiran Abdullah (foto, kanan) akan menangkap "18 jerung” kerana terbabit dengan rasuah.

"Tetapi tidak ada satu 'jerung' yang ditangkap dan dituduh atau dijatuhkan hukuman sepanjang lima tahun pentadbiran Abdullah dan semua 'kilat dan guruh' mengenai pembasmian rasuah berakhir tanpa sebarang hasil," katanya dalam satu kenyataan media.
"Adakah satu lagi sandiwara keadilan yang sama akan berulang menjelang pilihan raya umum ke-14?" soalnya sambil merujuk kepada kes Mohd Isa.
Menurut Lim, pelantikan Mohd Isa sebagai pengerusi Felda dan Felda Global Ventures (FGV) dan sekarang sebagai pemangku pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menjadikan ini satu soalan yang penting.
Pemimpin DAP itu berkata, Mohd Isa sebelum ini telah digantung selama enam tahun dari Umno selepas lembaga disiplin parti mendapati beliau bersalah atas politik wang."Dengan latar belakang sedemikian, pelantikan Mohd Isa memegang jawatan awam adalah sangat dipersoalkan dan menimbulkan tanggungjawab berat ke atas perdana menteri untuk sentiasa berjaga-jaga bahawa lantikannya itu seharusnya sentiasa mematuhi prinsip-prinsip tadbir urus yang baik, integriti dan akauntabiliti.

"Adakah Najib melaksanakan tugas tambahan itu dalam kes ini?" soalnya.
Lim juga menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan alasannya untuk melantik Mohd Isa sebagai pengerusi Felda dan FGV, dan sejak Julai, dan kemudian sebagai pemangku pengerusi SPAD.

'Isa dirosakkan kawan sendiri'

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Isa Samad berdepan masalah dengan undang-undang ketika ini kerana kesilapan rakan-rakan beliau, kata seorang wartawan veteran.
Menurut Subky Latif mereka tidak belajar daripada kesilapan yang pernah dilakukan Isa dulu.
Justeru, katanya, ia sudah menyusahkan lagi Isa serta keluarganya.
Subky yang pernah menjadi pemimpin kanan PAS berkata orang ramai perlu melihat secara luas apakah yang menyebabkan Isa "rosak".
"Jangan tuding Isa saja, tetapi siapa yang merosakkannya? Sistem di sekelilingnya," kata Subky melalui tulisan disiarkan Harakahdaily hari ini.
Isa, 67, kini ditahan reman lima hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas kebenaran mengenainya dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.
Bekas pemimpin kanan Umno itu kini disiasat berhubung pembelian hotel mewah Grand Plaza Kensington di London oleh Felda Investment Corp (FIC) pada 2013.
Beliau ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya petang semalam.
Raja jerung belum kena ambil
Untuk rekod, selain menjadi menteri besar selama 22 tahun Isa juga pernah diberi kepercayaan oleh anggota Umno untuk menjadi naib presiden parti itu.
Walaupun begitu 'jodoh' Isa dengan jawatan berkenaan tidak panjang apabila siasatan lembaga disiplin parti mendapati beliau terbabit dalam politik wang pada 2004. Keanggotaan Isa dalam Umno kemudian digantung.Di sebalik sabitan itu Isa masih diberi pelbagai amanah oleh Umno, termasuk menjadi anggota dewan undangan negeri Bagan Pinang (2009 hingga 2013) serta pengerusi Felda sebelum meletak jawatan baru-baru ini.

Menurut Subky mengambil sikap berwaspada kepada orang yang mempunyai rekod moral bukanlah menafikan peluang kedua kepada individu terbabit.

Lantikan politik PKR Kelantan dikekalkan



Lantikan politik PKR Kelantan dikekalkan walaupun Pas memutuskan kerjasama politik dengan parti itu atas alasan kerajaan negeri di bawah Pas masih memerlukan kerjasama PKR dalam pentadbiran negeri.
Ab. Aziz Ab. Kadir berkata, beliau masih dikekalkan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan.
abdul aziz abdul kadir Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Biro Politik parti itu semalam.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Presiden PKR dan Biro Politik Pusat yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk terus memimpin MPN Negeri Kelantan.
"Saya bersama MPN Negeri Kelantan akan terus komited untuk memperkukuh kedudukan PKR di Negeri Kelantan khususnya dalam menghadapi PRU-14," katanya dalam kenyataan hari ini.
Krisis kerjasama politik PKR dan Pas tercetus apabila Majlis syura Pas Pusat telah memutuskan hubungan dengan PKR sejurus selepas muktamar Pas 2017.
Ekoran keputusan tersebut PKR melalui keputusan Biro Politik parti telah bermesyuarat dan bersetuju mengarahkan semua lantikan politik PKR negeri Kelantan meletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta.
Keputusan ini telah disampaikan melalui surat Setiausaha Agung PKR bertarikh 17 Mei 2017.

MPN Kelantan telah mengadakan mesyuarat khas pada 17 Mei dan sekali lagi pada 5 Jun 2017 dengan mengambil ketetapan bersetuju menerima keputusan Biro Politik PKR. Walau bagaimana pun, keputusan untuk meletak jawatan dipersetujui untuk dilaksanakan pada 31 Julai 2017.

Pas Kedah tolak kerjasama Umno - PH pada PRU14


Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi 1Pesuruhjaya Pas Kedah Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi menafikan dakwaan kononnya parti itu akan bekerjasama dengan blok pembangkang lain atau pun Umno dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
Bahkan Pas Kedah konsisten dengan pendirian untuk bertanding 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan 15 kerusi Parlimen pada Pilihan raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
"Sehingga ke saat ini, Pas Kedah bersedia untuk bertanding semua kerusi Dun dan Parlimen namun ia terpulang kepada kata putus Pas Pusat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menyifatkan dakwaan kononya Pas Kedah akan bekerjasama dengan mana-mana parti gabungan dalam  Pakatan Harapan (PH) mahupun Umno sebagai satu jenaka.
"Ia sebagai usaha untuk mengelirukan ahli-ahli Pas serta menghakis kepercayaan ahli kepada kepimpinan parti," katanya.

Ahmad Fakhrudin berkata keputusan parti itu untuk tidak mempunyai hubungan politik dengan mana-mana parti dalam BN mahupun PH adalah selaras dengan keputusan Majlis Syura Ulamak Pas.
Katanya sebagai contoh tidak mungkin Pas akan bekerjasama dengan PH yang ini sedang dibelenggu dengan pelbagai masalah.
Bulan lalu Pas Kedah mengumumkan untuk bertanding semua kerusi Dun dan Parlimen negeri ini selepas pengisytiharan DAP bahawa Pakatan Rakyat telah berkubur selain tindakan PKR yang sering membelakangkan tahaluf siyasi sewaktu bersama PAS.
Pada PRU13, Pas Kedah bertanding 24 kerusi Dun sementara DAP bertanding dua kerusi Dun dan PKR 10. Pas menang sembilan kerusi dalam PRU13, bagaimanapun parti itu hilang satu kerusi setelah wakil rakyat Pengkalan Kundur, Datuk Phahrolrazi Zawawi menyertai Amanah.

Asal UMNO@BN Mesti Nak Kelentong..!!!

Setiap kali dibuat perbandingan hutang KERAjaan BN, SUDAH PASTI Singapura dijadikan mangsa perbandingannya..

TAHUKAH ANDA, wpun hutang kerajaan S'pore tinggi berbanding M'sia tetapi hutang Singapura beransur makin menurun, BUKANNYA HUTANG MALAYSIA MAKIN NAIK DI BAWAH PENTADBIRAN NAJIB RAZAK !!!

#Sebarkan.. demi melawan penyelewangan fakta pemimpin2 Umno yg kerap perbodohkan rakyat.

Rakyat Didahulukan Tanggung Kos Sara Hidup Tinggi.

Kenapa harga ikan utk rakyat marhaen spt ikan kembung naik melambung tinggi ??!

MASIH INGAT kata menteri bebuih ini..

"Cuaca punca harga ikan kembung jadi mahal" - Datuk Seri Shabery Cheek, (14/3/2017)..

Kesilapan Teknikal..4 Minggu Berturut-Turut Naik...!!

TAHUKAH ANDA.. slps saja KERAjaan BN bayar denda/ hutang RM1.5 bilion (US$350 juta) minggu lepas kpd #IPIC.. TUP-TUP HARGA MINYAK TERUS DINAIKKAN..


KERAjaan bukan tak mampu nak turunkan harga. Kenaikan minyak hanya #KesilapanTeknikal

INVOKE: KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI MENGENAI EKONOMI, KOS SARA HIDUP DAN KENAIKAN HARGA BARANG