Selasa, 15 Ogos 2017

Perbezaan pandangan tidak halalkan keganasan

KEGANASAN sama sekali tidak boleh diterima, kata pemimpin badan masyarakat dalam reaksi terhadap kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menyalahkan “jawapan tidak memuaskan hati” Dr Mahathir Mohamad  sebgaai punca kekecohan semasa forum Nothing To Hide 2.0 pada Ahad.
Pengarah Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme  (C4) Cynthia Gabriel menyifatkan kenyataan Hadi sebagai “kurang sopan” manakala Presiden Hakam Ambiga Sreenevasan berkata keganasan itu reaksi yang “tidak setimpal”.
Hadi hari ini berkata forum “Nothing to Hide 2.0” pada Ahad bertukar kecoh kerana jawapan Dr Mahathir berkenaan isu Memali yang membunuh seorang pemimpin PAS, tidak memuaskan. Hadi juga memuji individu yang mengemukakan soalan itu.
Ambiga bagaimanapun mempersoalkan logik kenyataan Hadi dengan mengatakan beliau tidak hadir pun dalam forum berkenaan.
“Pertama, agak janggal untuk Hadi membuat kenyataan seperti itu kerana beliau tidak ada di situ melihat apa punca kekecohan.
“Keduanya, dalam apa juga keadaan adakah mana-mana pemimpin akan merestui keganasan. Bertindak ganas kerana jawapan yang diberikan tidak memuaskan hati adalah satu reaksi yang sangat tidak setimpal. Adakah Hadi hendak mengatakan keganasan seperti ini boleh diterima?”
“Saya kira beliau cuba mempertahankan sesuatu yang tidak boleh dipertahankan.”
Cynthia sementara itu mempertahankan hak untuk berbeza pandangan.
“(Hadi) tidak dapat menerima bahawa pandangan dan pendapat yang berbeza sepatutnya digalakkan dalam masyarakat. Biar apapun, keganasan tidak boleh dibenarkan! Tidak boleh sama sekali!” katanya.
Anggota G25 Tawfik Islam dalam satu mesej khidmat pesanan ringkas menyatakan sebarang bentuk keganasan tidak boleh diterima. 
“Tidak boleh terima sebarang bentuk keganasan,” katanya.
Forum Nothing to Hide 2.0 anjuran Bersatu sepatutnya mempertemukan Dr Mahathir dan Perdana Menteri Najib Razak untuk berdebat mengenai isu berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad. Najib tidak hadir dan berada di Melaka merasmikan mesyuarat bahagian Umno di Melaka.
Forum itu sempat berlangsung selama sejam sebelum bertukar kecoh selepas individu yang tidak dikenali membaling kasut ke arah pentas tempat Dr Mahathir berucap. Mahathir ketika itu sedang menjawab soalan mengenai peristiwa Memali.
Peristiwa berdarah itu berlaku semasa Dr Mahathir jadi perdana menteri dan merupakan satu titik hitam dalam sejarah PAS apabila kehilangan seorang pemimpinnya Ibrahim Mahmud yang dikenali dengan nama Ibrahim Libya.
Allahyarham bersama 400 pengikutnya dikepung oleh 200 anggota polis di Kampung Memali di Baling, Kedah pada 19 November 1985. Ibrahim dan 13 pengikutnya serta empat anggota polis terbunuh.

‘Nothing to Hide 2.0’: Siapa sebenarnya yang bersalah?

MERUJUK kejadian yang berlaku di forum Nothing To Hide 2.0 tempoh hari, saya pun turut merasa marah dan bersedih atas perbuatan biadap dan kurang ajar belia kita.
Naluri mendesak supaya saya turut serta dengan suara di luar sana yang saling menuding jari ke puak politik bertentangan. Tidak kurang juga suara yang menghentam belia tersebut di atas perbuatan mereka.
Tetapi, sejenak saya berfikir, siapakah sebenarnya yang bersalah?
Jika kita ketepikan retorik politik sebentar, dan fikir dengan mendalam, kita harus akui bahawa retorik politik di Malaysia sekarang inilah yang meracuni fikiran generasi muda kita.
Fikirkan.
Tak berapa minggu sahaja sebelum ini kita mendengar cemuhan timbalan perdana menteri kita ke atas mantan Perdana Menteri Dr.Mahathir hanya kerana berdarah campuran.
Dan siapa antara kita yang tidak kenal Jamal (Yunos), yang perangai samsengnya sering mencetuskan keganasan di kalangan rakyat sehingga ada yang cedera.
Siapa yang boleh lupakan juga demonstrasi jalanan yang seringkali bertukar menjadi ganas sehingga mencederakan orangramai dan hartabenda awam.
Kebenarannya adalah kita sebagai masyarakat telah menjadi begitu lali dengan politik kebencian sehingga keganasan dan cemuhan serta cacian sudah menjadi sebati dengan jiwa kita.
Sehingga kita lupakan bahawa politik kebencian dan tidak matang ini, mendidik anak-anak kita agar tidak mempedulikan yang Bathil dan yang Haq.
Anak-anak kita membesar di dalam suasana di mana perbezaan dicemuh, perbezaan pendapat dicaci, dan perbezaan agama dan bangsa bezanya antara Syurga dan Neraka.
Anak-anak kita membesar di dalam suasana di mana yang tua dan matang sibuk berpolitik atau mencari nafkah hinggakan tiada masa mendengar permasalahan belia kini.
Tidak hairanlah jika ini yang menyebabkan anak-anak kita kehilangan pedoman moral dan terus tiada tempat mengadu.
Seharusnya masyarakat mendengar keluhan mereka dan menunjukkan jalan yang benar kepada anak-anak ini, lalu membimbing mereka agar kesilapan dan kekhilafan yang lalu tidak berulang lagi.
Sepatutnya, masyarakat memeras otak memikirkan bagaimana hendak membantu belia ini melalui ranjau hidup di dalam suasana mencabar kini.
Tetapi masyarakat lalai sehingga kejadian seperti ini menimbulkan tanda tanya, apakah salah kita dan di mana hilangnya peradaban Melayu kini.
Kita mesti mengorak langkah yang lebih positif dan mulakan dengan tidak mempolitikkan masa depan anak-anak kita.
Ini bermakna semua pihak bekerjasama menjana solusi yang mantap untuk masa depan anak-anak kita dari segi moral dan jasmani.
Jadikan kejadian terbaru ini sebagai satu pembelajaran, di mana kegagalan kita hampir membawa kepada kehancuran sebuah peradaban. Keadaan masih belum terlambat.

Nothing to Hide: Dakwaan suspek dibayar RM50 hanya laporan media, kata polis

Polis tidak mahu mengesahkan laporan 'sumber' itu kerana kes keganasan di forum 'Nothing to Hide 2.0' masih dalam siasatan.
Fadzil-Ahmad-pesalah-nothing2hide-rm50Polis berkata laporan yang mendakwa 3 remaja yang disyaki terlibat dalam kekecohan di forum “Nothing to Hide 2.0” Ahad lepas menerima bayaran RM50 hanyalah laporan media.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata masih terlalu awal untuk mengesahkan laporan media itu kerana kes tersebut masih dalam siasatan.
“Dakwaan mengatakan mereka dibayar RM50 itu masih lagi dalam siasatan dan polis tidak membuat sebarang pengesahan,” katanya kepada FMT.
“Itu hanya pihak media yang melaporkan bukan kita melaporkan. Soal mereka diberi duit ke apa kita tidak nak sahkan lagi,” tambahnya.
Semalam, portal The Malaysian Insight memetik sumber yang rapat dengan siasatan polis berkata trio berusia 17 hingga 19 tahun yang ditangkap polis Ahad lepas dibayar untuk menghadiri forum itu.
Mereka disyaki mencetuskan kekecohan di program itu dengan membaling suar dan objek lain ke arah pentas, ketika ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut laporan itu, mereka sebahagian dari kumpulan yang berkumpul di Setiawangsa sebelum acara bermula. Terbaharu 7 lagi individu ditahan reman 4 hari sehingga 18 Ogos ini untuk siasatan.
“Pihak polis sedang sedaya upaya melakukan siasatan supaya pihak yang terlibat dikenakan hukuman yang sewajarnya.
“Terbaharu kita tahan 7 lagi individu dan akan direman sehingga 18 Ogos ini, malah sekiranya perlu membuat tangkapan baru, kita akan buat tangkapan baru,” katanya.
Semua suspek disiasat di bawah Seksyen 15(2)d Akta Perhimpunan Aman, Seksyen 153 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan dan Letupan dan Senjata Berbahaya.

NOTHING TO HIDE 4.0, SEDIAKAH HADI AWANG SEPENTAS DENGAN TUN MAHATHIR MENJAWAB PERSOALAN MEMALI?

Presiden Pas, Hadi Awang menyalahkan jawapan Tun Mahathir Mohamad yang tidak memuaskan hati mereka yang hadir sebagai punca berlakunya kekecohan dalam program Nothing To Hide 2.0, Ahad lalu.

Kata beliau, tragedi berdarah pada 1985 itu memberi kesan kepada Pas kerana seorang pemimpinnya, Ibrahim Mahmud turut terkorban dalam kejadian itu.

Semua pihak menuding jari menyalahkan pihak lain dengan melupai punca asas tercetusnya kekecohan apabila jawapan yang diberi mengenai peristiwa Memali tidak memuaskan hati, ujarnya dalam satu kenyataan.

Untuk makluman Hadi Awang, Tun Mahathir hanya memberikan jawapan dari segi persepektif tindakan polis dan kerajaan berdasarkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri ketika kejadian itu berlaku.

Tetapi, Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap polis pada waktu kejadian ialah Tun Musa Hitam.

Pada awalnya, dilaporkan Tun Mahathir berada di luar negara ketika itu, namun Tun Musa dalam bukunya, Frankly Speaking mendedahkan bahawa bekas Perdana Menteri itu berada di dalam negara ketika tercetusnya peristiwa Memali.
Soalnya, apakah hanya kerana Tun Mahathir berada di dalam negara, kesalahan mesti diletakkan sepenuhnya ke atas bahu beliau?

Apakah Tun Musa yang menjadi Menteri Dalam Negeri terlepas sama-sekali daripada pertanggungjawaban semata-mata kerana Tun Mahathir berada di dalam negara?

Adakah kerajaan dan pihak polis saja yang bersalah sepenuhnya dalam peristiwa Memali itu?

Dalam konteks Memali, sejak dahulu lagi sudah ada dakwaan dan cakap-cakap yang meluas bahawa dikatakan sebab lain terjadinya peristiwa tersebut ialah kerana sikap fanatik Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya dan para pengikutnya yang begitu totok memusuhi UMNO dan kerajaan dan ianya didakwa berpunca daripada Amanat Hadi sendiri yang dilafazkannya pada 1981.

Bolehkah Hadi menjelaskannya secara jujur dan tanpa berselindung perkara itu?

Untuk menjernihkan kekeruhan yang berpanjangan selama ini, mahu tidak mahu, bermakna satu satu lagi program Nothing To Hide perlu diadakan. Mungkin sebuah NGO bebas perlu tampil sebagai penganjurnya.

Nothing To Hide 1.0 pernah diadakan tidak lama dulu dan dianjurkan oleh sebuah NGO, tetapi Najib membatalkan kehadiran di saat-saat akhir sebaik mengetahui Tun Mahathir turut sama menghadirinya. 

Akhirnya hanya Tun Mahathir seorang yang hadir dan diberi kesempatan berucap sebelum diarahkan oleh pihak polis menghentikan ucapannya.

AZMIN JANGAN BERPERAHU DALAM GELOMBANG


1, Azmin Ali mengakui ada rundingan tidak rasmi antara beliau dengan parti agama (Pas). Beliau tidak menjelaskan bila rundingan itu berlangsung dan melibatkan sesiapa. Katanya dia akan memberi tahu apa-apa perkembangan mengenai rundingan berkenaan kepada rakan dalam Pakatan Harapan (PH).
2. Usaha itu katanya untuk mengelakkan berlaku pertandingan tiga penjuru. Azmin menginsafi kalau berlaku pertandingan tiga penjuru (di Selangor) ia boleh mengugatkan stabiliti kerajaan dipimpiannya kini.
3. Usaha Azmin itu baik dan semua orang bersetuju Pas dibawa ke dalam Pakatan Harapan kalau mahu melihat Selangor kekal di bawah Pakatan Harapan. Juga kalau mahu memastikan kesemua 15 kerusi dimenangi Pas dalam Piraum 13 lalu di Selangor dapat dikekalkan. Jika berlaku pertandingan tiga penjuru dan Pas bersendirian 13 kerusi dimenangi itu hangus.
4. Kata Azmin, rundingan — usaha untuk bawa Pas itu akan dikongsi bersama dengan parti komponen Pakatan Harapan. Yang melaksanakan rundingan itu kini hanya dia bersendirian. Dia juga akan memaklumkan apa-apa perkembangan dan progresnya.
5. Sedikit konfius macam mana Azmin boleh melakukan rundingan tanpa penyertaan bersama parti komponen lain khasnya DAP dan Amanah di Selangor. Apakah formula yang bakal dikemukakan Azmin kepada Pas? Apakah tanpa bersama dua parti itu Pas sedia untuk akur dengan apa-apa isi dirundingkan. Rundingan atau usaha Azmin itu dilihat bukan mudah untuk mencapai kejayaan. Ia sangat kompliketed.
6. Apa perlu dielakkan, jangan usaha Azmin itu menimbulkan keraguan di kalangan komponen Pakatan Harapan yang lain. Kerja Azmin itu secara bersendirian dan bersembunyi itu juga boleh menjejaskan kesepaduan Pakatan Harapan untuk bergerak menghadapi pilihan raya. Orang ramai juga keliru dengan apa dilakukan Azmin tanpa persetujuan bersama itu.
7. Apakah kesediaan Pas melayani Azmin itu sebahagian daripada tektik dan strategi parti itu untuk melemahkan perpaduan dalam Pakatan Harapan melambat-lambat kerja menyusun jentera pilihan raya dalam Pakatan? Ada kebenaran kemungkinan ini kerana sampai sekarang struktur PH Selangor masih belum wujud. Azmin perlu bertegas dalam hal ini dan tidak terus bermain dengan “perahu” buruk di air bergelombang. Silap-silap hari bulan arus itu bukan sahaja menenggelamkannnya tetapi Pakatan seluruhnya.

Persatuan anak Felda gesa Najib tamatkan khidmat Isa di SPAD

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan berkata Isa Samad perlu dilucutkan jawatan agar individu yang dikaitkan dengan isu integriti tidak menjadi beban kepada kerajaan.
mazlan-aliman
PETALING JAYA: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menamatkan khidmat Tan Sri Isa Samad sebagai pemangku pengerusi di Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Presiden ANAK Mazlan Aliman berkata, Isa Samad perlu dilucutkan jawatan agar individu yang dikaitkan dengan isu integriti tidak menjadi beban kepada kerajaan.
“Tentu sekali boleh memulihkan semula kepercayaan rakyat,” kata Mazlan kepada FMT hari ini, selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahana bekas pengerusi Felda itu dalam siasatan ke atas pembelian hotel di London dan Kuching oleh Felda Investment Corporation (FIC).
“Jadi (bagaimana) kalau orang yang dituduh dengan amalan korupsi itu berada di situ sedangkan SPAD adalah agensi besar negara membabitkan pengangkutan awam. Biarlah mereka yang tidak terpalit dengan amalan tuduhan itu berada di situ.”
Isa meletak jawatan sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd dan dilantik sebagai pemangku pengerusi SPAD 19 Julai lalu.
Anak mengalu-alukan penahanan Isa namun “amat sedih” kerana tindakan berlaku hari ini selepas desakan demi desakan daripada pelbagai pihak sebelum ini.
“Kerosakan yang berlaku ini begitu dahsyat, kerana situasi kewangan Felda akan memberi kesan kepada kehidupan masyarakat. Kita harus akui skandal yang berlaku di Felda yang terburuk selain daripada 1MDB,” katanya.
Ditubuhkan pada 2013, FIC adalah cabang pelaburan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dengan tumpuan kepada sektor hartanah, keraian dan minyak dan gas.
FIC dilaporkan membeli sebuah hotel 4 bintang di Kensington, London pada £60 juta (RM330 juta) pada 16 Disember 2014.
Isa selaku pengerusi Felda ketika itu dilaporkan berkata pembelian pembelian Grand Plaza Kensington itu sebahagian daripada “langkah strategik” FIC untuk mempelbagaikan aset dan memastikan ia dapat “memaksimumkan pulangan pelaburan” syarikat.
Selain pembelian hotel di London, kertas siasatan turut dibuka terhadap pembelian sebuah hotel di Kuching, susulan maklumat yang diterima oleh pasukan penyiasat ketika menjalankan siasatan terhadap pembelian hotel di London.

NGO Felda: Jangan jadikan penahanan Isa ‘wayang’ PRU

Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan berkata trend sebelum ini menunjukkan kes seperti itu dilupakan selepas pilihan raya.
generasi-felda
Badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan isu warga Felda menggesa kerajaan tidak menjadikan penahanan bekas pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sebagai wayang politik untuk mengaburi mata rakyat menjelang pilihan raya.
Apatah lagi tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dan menyiasat Isa, yang ditahan untuk siasatan kes pembelian 2 buah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC), merupakan berita gembira buat warga Felda, kata Presiden Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi) Roslan Md Isa.
Berdasarkan maklumat siasatan awal SPRM, FIC dipercayai membeli sebuah hotel 4 bintang di London pada harga £60 juta (RM330 juta) pada 16 Disember 2014, dan sebuah lagi hotel di Kuching, pada harga lebih tinggi daripada harga asal sehingga mengakibatkan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit.
“Kita tidak mahu ada tangan-tangan ghaib yang mengawal daripada belakang. Sebab trendnya memang sebelum ini dekat pilihan raya memang ada tangkapan dibuat tetapi selepas pilihan raya kes itu dilupakan sahaja,” katanya kepada FMT.
Sementara itu, NGO kesedaran anti-rasuah, Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) menyifatkan penahanan Isa sebagai luar biasa.
Pengarah Eksekutif C4 Cynthia Gabriel berharap siasatan ke atas Isa akan membawa kepada penahanan individu lain yang berkait rapat dengan pembelian itu.
“Kami mengesyorkan penubuhan sebuah tribunal khas yang terdiri daripada individu bebas untuk membedah isu berbangkit dan menyeru keseluruhan sistem tadbir urus Felda dirombak,” katanya kepada FMT.
Isa ditahan ketika hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada jam 2.40 petang untuk memberi keterangan lanjut berhubung pembelian 2 hotel oleh FIC antara tahun 2014 dan 2015 itu.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata penahanan itu merupakan tindakan susulan hasil daripada keterangan yang dirakam oleh pasukan penyiasat berhubung pembelian hotel tersebut sebelum ini.
Ditubuhkan pada 2013, FIC adalah cabang pelaburan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dengan tumpuan kepada sektor hartanah, keraian dan minyak dan gas.
FIC dilaporkan membeli sebuah hotel 4 bintang di Kensington, London pada £60 juta (RM330 juta) pada 16 Disember 2014.

Khairuddin saman Rosmah, tuntut kembalikan berlian

Bekas ketua bahagian Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memfailkan pernyataan tuntutan terhadap isteri perdana menteri Rosmah Mansor supaya mengembalikan berlian merah jambu bernilai AS$23 juta dan rantai AS$4.3 juta kepada 1MDB.
Khairuddin juga memohon perintah supaya hartawan Pulau Pinang Jho Low untuk membayar wang yang didakwa digelapkan, dicuri atau disalah guna dari 1MDB.
Rosmah dan Low juga dituntut membayar pampasan munasabah daripada segi ekuiti terhadap 1MDB, kos tuntutan dan relif lanjut dan lain-lain relif yang ditentukan mahkamah.
Pernyataan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam tetapi difahamkan ia akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Rantai dan berlian itu menjadi perhatian selepas disebut dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat sebelum ini.
Khairuddin memfailkan saman itu sebagai seorang pembayar cukai dan demi kepentingan awam.
Dalam saman itu, beliau berkata Rosmah sebagai defendan pertama tidak membayar apa-apa untuk barangan kemas itu dan justeru itu tidak tidak mempunyai hak milik daripada segi undang-undang dan ekuiti.
Beliau juga berkata walaupun barang itu bukan milik Rosmah, tiada pihak yang akan mendapatkannya kembali memandangkan suaminya (Najib) “mempunyai kuasa untuk tidak membenarkan apa-apa tindakan dilakukan”.

Dr M: Cara ganas akan digunakan jika Najib kalah

Kekecohan pada forum Nothing to Hide 2.0 Ahad lalu adalah tanda kemungkinan keganasan lebih masa masa hadapan sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tewas pada pilihan raya umum yang akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya takut ini adalah satu petanda yang cara ganas ini akan digunakan pada masa depan.

“Saya harap tidaklah, saya harap kita akan ada pilihan raya umum dengan tertib. “(Namun) kemungkinan ini, kita mesti buat persediaan, kita tidak mahu lihat negara kita ni berada dalam keadaan huru-hara yang tidak dingini,” katanya menerusi sebuah klip video yang dimuat naik di laman Facebook.
Mahathir berkata beliau khuatir jika Najib ditumbangkan semasa pilihan raya umum nanti, beliau akan mencetuskan huru-hara dalam negara ini supaya darurat boleh diisytiharkan dan parlimen digantung.
“(Apabila) darurat diisytiharkan dan parlimen ditangguh, undang-undang juga akan diketepikan.
“Saya takut ini adalah satu petanda yang cara ganas ini akan digunakan pada masa depan,” katanya.
Program Nothing to Hide Ahad lalu yang bermula pada jam 3 petang itu kemudian bertukar menjadi ganas pada kira-kira jam 5.30 petang, ketika Dr Mahathir sedang menjawap soalan mengenai isu Memali.

PRU14: Pakatan Harapan tidak terlibat berbincang dengan Pas



Hanya PKR mengadakan perbincangan dengan Pas tanpa melibatkan penyertaan tiga komponen parti dalam Pakatan Harapan, tegas Pengarah Pilihan Raya AMANAH Nasional, Dr Mohd Hatta Ramli.
Menurutnya, Pakatan Harapan setakat ini tidak mempunyai agenda berkaitan rundingan dengan Pas menjelang pilihan raya umum akan datang.
"Pakatan Harapan tidak membincangkan perkara tersebut (rundingan dengan Pas) dan yang berbincang itu mungkin hanya Azmin. Tiada kaitan dengan Pakatan Harapan.
Hatta Ramli"AMANAH menganggap itu sebagai perbincangan eksklusif Azmin atau PKR dan tidak ada kaitan dengan Pakatan Harapan," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengakuan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali semalam bahawa wujud perbincangan 'sangat tidak rasmi' antara Pakatan Harapan dengan Pas sejak beberapa bulan terakhir ini.
Namun, Menteri Besar Selangor itu memberitahu belum ada perbincangan secara rasmi dengan Pas sepanjang tempoh tersebut.
Azmin yang baru dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan pada 10 Ogos lalu turut dipetik berkata, perbincangan dengan Pas perlu ditingkatkan bagi mencari titik pertemuan dan merangka kerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Mengulas lanjut, Dr Hatta menegaskan perbincangan yang dikatakan 'tidak rasmi' antara PKR dengan Pas itu bagaimanapun tidak menyentuh dan memberi kesan kepada Pakatan Harapan.
Ditanya tentang kemungkinan perlunya kesemua komponen parti di bawah Pakatan Harapan berbincang dengan Pas, Ahli Parlimen Kuala Krai itu berkata, hal tersebut sama sekali tidak timbul.
"Tidak pernah ada keputusan untuk Pakatan Harapan berbincang dengan Pas. Perbincangan dengan parti itu (Pas) tidak termasuk dalam perkara yang diberi tumpuan dalam Pakatan Harapan," jelas beliau.
Sebaliknya, Dr Hatta berkata, fokus Pakatan Harapan ketika PRU-14 semakin hampir ini adalah perbincangan tentang agihan pembahagian kerusi bertanding.
"Jawatankuasa Pilihan Raya pun sudah mengadakan perbincangan termasuk merangka gerak kerja pilihan raya. Urusan-urusan lain termasuk perbincangan dengan Pas tidak termasuk dalam fokus Pakatan Harapan," tambahnya lagi.

PRU14: Pas akan jadi kuda tunggangan jika bersama PH, selar Khairuddin



Sebarang kerjasama pilihan raya antara Pas dan Pakatan Harapan (PH) untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) akan sekali lagi menjadikan jentera pilihan raya Pas sebagai kuda tunggangan, kata Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman facebook, Dr Khairuddin mengakui negara perlu diselamatkan daripada pelbagai kerosakan ekonomi, politik dan sosial namun PH bukan wadah untuk menyelesaikan masalah negara berasaskan Islam.
"Sebarang perbincangan kerjasama pilihan raya yang kononnya untuk menjatuhkan BN hakikatnya hanya untuk menyelamatkan kerusi parti tertentu dengan menjadikan jentera pilihanraya Pas sekali lagi kuda tunggangan seperti mana yang berlaku dalam Pakatan Rakyat," ujarnya.
Beliau dipercayai mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung rundingan dengan Pas bagi menghadapi pilihan raya umum.
Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan dalam sidang media semalam tidak menolak pertemuan itu berlaku dan turut berkata, PKR masih membuka pintu kerjasama dengan Pas untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, melalui perbincangan tidak rasmi Pakatan Harapan dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Bagaimanapun kenyataan Azmin seusai mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Raya Pakatan Harapan itu mendapat reaksi berbeza daripada beberapa pimpinan parti dalam gabungan Pakatan Harapan.
Mengulas lanjut, Dr Khairuddin yakin sekiranya PH memenangi  pilihan raya akan datang, agenda Islam sekali lagi akan dikesampingkan.
"Apabila mereka berjaya memenangi kerusi sekali lagi agenda Islam akan ditendang dan diperangi.Pas akan diserang lagi dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan," ujarnya.
Justeru katanya lagi, Pas akan terus komited mencanangkan kepada rakyat penyelesaian Islam menerusi 'Budaya Politik Matang Sejahtera' dan dokumen 'Wawasan Induk Negara Sejahtera'.

Ritorik politik Malaysia hancurkan moral belia, kata MPT Bersatu


Tariq Ismail PPBM
Ritorik politik Malaysia hari ini yang meracuni fikiran generasi muda untuk bertindak kurang ajar dan tidak beradab, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu, Tariq Ismail.
"Jika kita ketepikan retorik politik sebentar, dan fikir dengan mendalam, kita harus akui bahawa retorik politik di Malaysia sekarang inilah yang meracuni fikiran generasi muda kita.
"Berapa minggu sebelum ini kita mendengar cemuhan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Zahid Hamidi) ke atas mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir hanya kerana berdarah campuran.
"Dan siapa antara kita yang tidak kenal Jamal (Datuk Seri Jamal Md Yunos), yang perangai samsengnya sering mencetuskan keganasan di kalangan rakyat sehingga ada yang cedera.
"Siapa yang boleh lupakan juga demonstrasi jalanan yang seringkali bertukar menjadi ganas sehingga mencederakan orangramai dan hartabenda awam,' soalnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas insiden baling kerusi, botol, kasut ke arah pentas Dr Mahathir berucap yang berlaku di program Nothing To Hide 2.0 pada Ahad, yang membawa kepada penahanan reman tiga suspek yang dipercayai terlibat dengan sekumpulan belia lain yang hadir di program sama.
"Saya pun turut merasa marah dan bersedih atas perbuatan biadap dan kurang ajar belia-belia kita.
"Naluri mendesak supaya saya turut serta dengan suara-suara di luar sana yang saling menuding jari ke puak politik bertentangan.
"Tidak kurang juga suara-suara yang menghentam belia-belia tersebut di atas perbuatan mereka.
"Tetapi, sejenak saya berfikir, siapakah sebenarnya yang bersalah?
"Kebenarannya adalah kita sebagai masyarakat telah menjadi begitu lali dengan politik kebencian sehingga keganasan dan cemuhan serta cacian sudah menjadi sebati dengan jiwa kita.
"Sehingga kita lupakan bahawa politik kebencian dan tidak matang ini, mendidik anak-anak kita agar tidak mempedulikan yang Bathil dan yang Haq.

Dr Mahathir tidak gentar, seru PH terus perjuangan


Mahathir MohamadPengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru parti-parti gabungan dalam Pakatan Harapan supaya menereuskan eprjuangan dan tidak gentar dengan insiden yang berlaku dalam program Nothing to Hide 2.0 Ahad lalu.
Malah bekas perdana menteri ini juga menjelaskan beliau tidak gentar dengan insiden berlaku atau sekiranya ia berlaku lagi di masa akan datang.
"Saya telah hadapi macam-macam masalah dalam politik...memanglah kalau kita nak berada dalam politik kita mesti bersedia untuk hadapi cabaran seperti ini.
"Saya tidak gentar kerana rusuhan ini.Jika lebih besar daripada itu tidak akan seidkitkan mengecewakan atau mematahkan semangat saya.
"Penyokong saya dan parti lawan yang berhasrat menjatuhkan Najib juga tidak harus gentar. Mereka harus berani kerana benar.Jika tidak berani kita tidak benar atau tidak berani pertahankan kebenaran," ujarnya  yang bercakap dalam rakaman video berdurasi 5 minit itu yang diedarkan oleh media PPBM lewat petang ini.
beliau turut  melahirkan rasa sedih terhadap insiden berlaku kerana berpendapat ia bukan mencerminkan budaya rakyat negara ini.
"Saya berasa sedih kerana bukanlah ini satu budaya kita untuk merusuh seperti itu. Tapi dikalangan parti Melayu perkara ini jarang jadi,"ujarnya.
Dr Mahathir juga berpendapat insiden berlaku itu terdapat usaha untuk mengagalkan perjuangan Pakatan Harapan.
"Saya khuatir sama ada cara ini (rusuhan) dengan lebih besar akan diadakan. Jika Najib (Datuk Seri Mohd Najib Razak) kalah dan dia ingin isytihar darurat dicetuskan rusuhan huru hara dalam negara... bolehlah darurat di isytiharkan dan Parlimen ditangguh dan undang-undang diketepikan.
"Saya takut ini petanda cara ganas yang akan digunakan pada masa depan. Saya harap kita akan ada pilihan raya dengan tertib dan kemungkinan ini kita kena buat persediaan.
"Kita tidak mahu lihat negara berada dalam keadaan huru-hara yang tidak dingini," ujarnya.
Ditanya insiden berlaku itu berpunca daripada soalan yang diajukan oleh bekas Exco Armada Taufiq Abas berkaitan isu Memali disambut perasaan tidak berpuashati sebilangan kecil hadirin dengan jawaban diberikan oleh beliau, sebelum insiden baling kerusi, kasut, botol dan suar ke arah beliau dilakukan.
"Saya tidak fikir ia akan menjadi lebih buruk. Saya masih lagi ingin nak menjawab kepada soalan mereka. Berkenaan SOP (Standard Operation Prosedure), saya baru bagi jawapan separuh saja berkaitan SOP polis.
"Jika awak datang dengan parang dan bunuh pegawai polis mereka mestilah sanggup terima balasan daripada polis kerana polis pasti akan mempertahankan diri mereka.
"Saya ingat saya masih boleh menjawab sehingga tamat tapi malangnya mereka tidak mahu dengar jawaban saya dan cetuskan rusuhan di situ," terangnya.

MODAL PRU14...!!!

Ketika hampirnya #PRU14 kita lihat agensi2 k'jaan di bawah Najib masing2 begitu hebat & agresifnya mereka buat tangkapan & tahan suspek2 rasuah, kaki penyangak mahupun songlap duit rakyat...

UNTUK APA ??.. supaya rakyat akan lihat betapa seriusnya pemerintahan Najib benteras rasuah & seumpama dgnnnya..

TETAPI adakah segala tangkapan & tahanan itu didakwa, dibicara itu berakhir dipenjara ??!

PERNAH KAH kita dengar lihat pemimpin2 'jerung' Ameno telah didakwa & dipenjara ??!

Selepas kena serang di forum, ini jawab Mahathir

RASIONALISASI 1MDB, APA KATA DR DZUL?

Masih jawab isu Memali ketika diserang? Ini kata Mahathir

Komen Terbaru Tun Mahathir Berkenaan Insiden Nothing To Hide

Jangan gigit tangan yang beri makan, Zahid pesan pesara kerajaan....

Pesara dan bakal pesara sektor awam diingatkan supaya supaya berterima kasih kepada kerajaan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Kebersamaan kita pada hari ini dan hari akan datang bagi pastikan berterima kasih kepada organisasi dan kerajaan Malaysia yang selama ini memberikan perlindungan dan terus bagi perlindungan kita selama ini,” kata timbalan perdana menteri itu ketika merasmikan Hari Perhimpunan 1Pesara Malaysia 2017 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini.
“Insya Allah, kita takkan pernah menggigit tangan yang pernah memberi makan pada kita,” katanya kepada lebih 7,000 kalangan pesara dan bakal pesara kerajaan termasuk anggota tentera.
Zahid ketika berucap turut meminta mereka yang hadir memberikan tepukan gemuruh kepada kerajaan dengan laungan “Hidup Malaysia” sebanyak 3 kali.
“Sebagai tanda penghargaan kepada kerajaan yang melindungi kita selama ini, sila bagi ‘standing ovation’ kepada kerajaan,” katanya.
Zahid mengingatkan pesara dan bakal pesara supaya tidak melayani perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan, dan menambah ia akan hanya menyebabkan hati diselubungi rasa benci yang tiada noktah.

“Maka realiti ini harus kita dakapi untuk menentukan bahawa kita harus bersyukur pada Allah dengan cara berterima kasih kepada yang memberi kehidupan kepada kita selama ini iaitu kerajaan Malaysia.
“Walaupun sudah terkeluar daripada ‘Saya Yang Menurut Perintah’ (SYMP) dan berbeza pendapat, ada caranya iaitu dengan tatacara yang tertib,” katanya.
Zahid juga mengulangi kepada pesara dan bakal pesara untuk menyanyangi orang lama.
“Bila usia lebih 60 tahun, kita lebih sensitif, jiwa halus, cukup terasa kalau ada yang tidak setuju dengan kita.
“Hakikatnya kita sebagai orang lama, kita perlu dihormat. Yang baru hormat yang lama dan yang lama menyayangi yang baru,” katanya.

Retorik politik racun anak muda, kata cucu Dr Ismail


Retorik politik racun anak muda, kata cucu Dr Ismail
Retorik politik meracuni pemikiran anak muda sehingga politik kebencian sebati dalam jiwa mereka, kata Taufiq Ismail Mustafa.
RETORIK politik di negara ini sudah meracuni fikiran generasi muda sehingga mereka sanggup bertindak biadab dan kurang ajar merusuh dalam forum “Nothing to Hide 2.0” di Shah Alam Ahad lepas, kata cucu bekas Timbalan Perdana Menteri Dr Ismail Abdul Rahman.
Dalam satu kenyataan media, Tariq Ismail Mustafa berkata masyarakat sudah jadi begitu lali dengan politik kebencian sehingga semua tindakan ganas, cemuhan dan cacian sebati dengan jiwa mereka.
Katanya, politik kebencian dan tidak matang inilah yang “mendidik anak-anak kita agar tidak mempedulikan yang batil dan yang hak”.
“Siapakah sebenarnya yang bersalah?
“Jika kita ketepikan retorik politik sebentar, dan fikir dengan mendalam, kita harus akui bahawa retorik politik di Malaysia sekarang inilah yang meracuni fikiran generasi muda kita.
“Fikirkan,” katanya, yang juga ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu.
Beliau merujuk kepada beberapa insiden sebelum ini yang menunjukkan politik kebencian termasuk cemuhan terhadap Dr Mahathir Mohamad yang berdarah campuran serta budaya politik samseng dan demonstrasi jalanan yang seringkali bertukar ganas.
Kenyataan Tariq ini senada dengan keluhan bekas pemimpin kanan Umno Rafidah Aziz semalam yang membuat pemerhatian budaya politik Malaysia sudah dipengaruhi budaya kurang ajar dengan pemimpinnya hilang adab dan sopan sehingga perangai buruk itu dicontohi oleh pengikut mereka.
Tariq menyertai Bersatu pada September tahun lalu setelah kecewa dengan Umno yang katanya ternampak lebih seperti sebuah syarikat berkaitan kerajaan, dan bukannya parti politik, kerana semua orang mengejar wang.
“Anak-anak kita membesar dalam suasana yang mana perbezaan dicemuh, perbezaan pendapat dicaci, dan perbezaan agama dan bangsa bezanya antara syurga dan neraka.
“Anak-anak kita membesar dalam suasana yang mana yang tua dan matang sibuk berpolitik atau mencari nafkah hinggakan tiada masa mendengar permasalahan belia-belia kini.
“Tidak hairanlah jika ini yang menyebabkan anak-anak kita kehilangan pedoman moral dan terus tiada tempat mengadu,” katanya.
Tariq berharap masyarakat akan lebih mendengar suara anak muda dan seterusnya membantu dan membimbing mereka mengharungi hidup yang mencabar kini, dan bukannya mempolitikkan masa depan mereka.
Ketegangan timbul ketika beberapa remaja didakwa dibayar RM50 pihak tertentu mula membaling kerusi dan kasut serta membakar suar ketika Dr Mahathir Mohamad berucap menyebabkan majlis dihentikan serta merta. – Gambar fail The Malaysian Insight , 15 Ogos, 2017.
Ketegangan timbul ketika beberapa remaja didakwa dibayar RM50 
pihak tertentu mula membaling kerusi dan kasut serta membakar suar 
ketika Dr Mahathir Mohamad berucap menyebabkan majlis dihentikan serta merta.
“Tetapi masyarakat lalai sehingga kejadian seperti ini menimbulkan tanda tanya, apakah salah kita dan di mana hilangnya peradaban Melayu kini.
“Kita mesti mengorak langkah yang lebih positif dan mulakan dengan tidak mempolitikkan masa depan anak-anak kita,” katanya.
Sambil menyeru insiden kekecohan di Shah Alam pada Ahad dijadikan sempadan, Tariq berharap semua pihak dapat bekerjasama mencari penyelesaian yang mantap demi masa depan generasi muda itu.

Kecoh dalam program Dr M: 7 lagi ditahan polis

Polis menahan tujuh orang lagi susulan kekecohan dalam acara dialog Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam, Ahad lalu.

Suspek yang kesemuanya lelaki dan berumur antara 20 hingga 30 itu ditangkap pada hari Isnin, lapor The Star.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata, termasuk yang terbaru, setakat ini keseluruhan 10 orang telah ditahan.
“Kami akan mohon reman untuk tangkapan terbaru hari ini.
“Kami percaya mereka mungkin terlibat dalam kekecohan semasa forum,” beliau dipetik sebagai berkata pada hari Selasa.
Beliau juga ditanya berkaitan laporan tiga orang yang ditahan sebelum ini dibayar RM50 dan berkata pihak polis masih menyiasatnya.
Video-video yang dirakam semasa acara itu juga telah diteliti, katanya lagi.
Tiga remaja lelaki yang ditahan sebelum ini berumur 17, 18 dan 19 tahun.

Forum melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad itu menyaksikan keadaan huru-hara apabila selipar, kasut, botol air dan kerusi berterbangan.
Ia berlaku selepas Dr Mahathir ditanya soalan berkaitan peristiwa berdarah Memali lebih 30 tahun lalu yang menyaksikan pertembungan antara pasukan keselamatan dan penduduk kampung di Baling, Kedah.
Peristiwa yang memakan korban nyawa itu berlaku di tahun-tahun awal pentadbiran Dr Mahathir sebagai perdana menteri keempat.

Skandal 1MDB: Johari tidak terlibat urus janji hutang 1MDB-IPIC

Menteri kewangan ke-2 tidak tahu mengenai isu sekitar kegagalan membayar hutang dan meminta soalan diajukan kepada setiausaha Perbendaharaan.
Johari-Abdul-Ghani_1mdb_ipic_600
GEORGE TOWN: Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani tidak mahu mengulas mengenai kemungkinan negara tidak dapat membayar hutang selepas 1MDB gagal membayar hutangnya kepada sebuah syarikat di Abu Dhabi dalam tempoh yang dijanjikan.
Johari berkata beliau “tidak mengambil bahagian” dalam perkara itu.
Dilaporkan 1MDB gagal membayar hutang kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) pada 31 Julai. Seterusnya, IPIC memberi tempoh sehingga 31 Ogos ini untuk melangsaikan bayaran pertama sebanyak AS$600 juta.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng baru-baru ini khuatir kegagalan 1MDB membayar hutang dalam tempoh yang diberikan itu boleh dianggap sebagai kerajaan tidak dapat membayar hutang, yang akan menjejaskan rating kredit negara.
“Saya cadangkan kamu bercakap dengan Pengerusi 1MDB Tan Sri Irwan Serigar Abdullah mengenai IPIC, kerana saya tidak mengambil bahagian dalam perbincangan mengenainya, ok? Bye,” kata Johari ketika diminta memberikan komen kepada kemungkinan negara gagal membayar hutang 1MDB.
Kebanyakan negara cuba mengelakkan kegagalan membayar hutang kerana ia akan menjadi sukar dan mahal untuk meminjam dana luar negara selepas peristiwa lalai.
Johari terdahulu bercakap kepada pemberita selepas pelancaran Persidangan Akauntan Awam ke-28 di Hotel Equatorial, Bayan Lepas hari ini.
Dalam urus janji yang dicapai pada April, 1MDB bersetuju untuk membayar AS$1.2 bilion kepada IPIC secara ansuran 2 kali. Ansuran pertama sebanyak AS$600 juta perlu dibayar pada 31 Julai lepas, sementara AS$600 juta seterusnya perlu dibayar pada hujung tahun ini.
Namun oleh kerana 1MDB gagal membayar ansuran pertama, IPIC melanjutkan tempoh bayaran kepada 1MDB sehingga 31 Ogos ini, tetapi dengan syarat 1MDB membuat bayaran “tidak kurang dari AS$310 juta” pada 12 Ogos.
1MDB membayar AS$350 juta sebelum tamat tarikh akhir itu.

Skandal FIC: Isa ditahan SPRM

Bekas menteri besar Negeri Sembilan dan pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) , Tan Sri Isa Abdul Samad, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebentar tadi.
Menurut sumber, penahanan Isa ada kaitan dengan siasatan agensi antirasuah itu terhadap pembelian dua hotel oleh syarikat Felda Investment Corporation (FIC).
Menurut sumber, Isa ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan kepada SPRM di ibu pejabat agensi terbabit di Putrajaya kira-kira jam 2.40 petang tadi.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, mengesahkan penahanan Isa.
Katanya tindakan menahan bekas naib presiden Umno itu adalah tindakan susulan penyiasat SPRM yang memperoleh keterangan-keterangan daripada pelbagai pihak sebelum ini.
"Justeru, SPRM yakin mempunyai asas kukuh untuk membuat penahanan tersebut supaya beliau dapat membantu melengkapkan siasatan kes berkenaan," tambah beliau.

Budaya samseng menular, sebab BN bakal tewas?

Parti Amanah mengutuk insiden provokasi dan kekecohan petang semalam dalam program Nothing To Hide 2.0 yang menampilkan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Presidennya, Mohamad Sabu berkata,kejadian insiden kekecohan itu dianggap telah melanggar peraturan dan norma demokrasi negara.
"Himpunan dan program-program di Malaysia biasanya berlangsung secara aman dan tenteram. Jikapun ada pihak yang mahu berhentikan ceramah atau dialog, hendaklah datang dari pihak berkuasa, bukan orang awam biasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Program Nothing To Hide 2.0 yang sepatutnya mempertemukan Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pentas tidak menjadi kenyataan apabila kelibat pemimpin nombor satu negara itu tidak kelihatan.
Bagaimanapun, program tersebut bertukar kecoh apabila berlaku adegan membaling kerusi dan suar ketika Mahathir menjawab soalan peserta.
Kekecohan tercetus ketika seorang peserta mengajukan soalan kepada Mahathir mengenai tragedi memali yang berlaku ketika zaman pemerintahan bekas perdana menteri itu.
Mengulas lanjut, Mohammad Sabu berkata, apa yang lebih membimbangkan, jika peristiwa itu dirancang oleh pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan kekecohan dan akhirnya menggagalkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
"Ini memandangkan kedudukan Barisan Nasional begitu cemas sekarang ini di atas sambutan rakyat terhadap Pakatan Harapan dan juga sokongan rakyat kepada Tun Mahathir yang menjelaskan segala skandal dan penyelewengan yang berlaku di Malaysia," katanya.
Justeru, ujarnya, beliau meminta pihak keselamatan mengambil tindakan segera supaya rakyat kembali yakin kepada sistem demokrasi sekaligus bebas membuat pilihan kepada kerajaan yang mereka kehendaki memerintah selepas PRU14 nanti.

Awang Adek dilantik sebagai pengerusi MARA

Bekas timbalan menteri kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dilantik sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkuat kuasa 1 September depan.
Pelantikan itu dibuat setelah mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ia diumumkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui kenyataan hari ini.
"Saya percaya dengan pengalaman yang dimiliki Datuk Dr Awang Adek beliau akan dapat memimpin MARA dalam melaksanakan dasar dan perancangan oleh kementerian demi mencapai objektif Transformasi Negara," katanya.
Ismail sebelum ini berkata telah menyerahkan “dua atau tiga nama” untuk dipertimbangkan Najib setelah Tan Sri Annuar Musa, yang tidak mahu menyambung jawatannya itu.
Annuar, yang juga anggota parlimen Ketereh dan ketua penerangan Umno tidak mahu menyambung jawatan itu yang tamat pada 11 Ogos dengan alasan untuk memberi tumpuan terhadap parti.
Beliau yang dilantik sejak 2013 digantung jawatan sejak Januari lepas berikutan dakwaan salah guna kuasa dalam isu penajaan bola sepak Kelantan menggunakan wang majlis itu.

PH ‘menang besar’ kalau tambah 10% undi Melayu

Pemimpin veteran DAP berkata kemenangan itu bukan sahaja di peringkat pusat, tetapi juga menumbangkan BN di 3 negeri.
lim-kit-siang-pengundi-melayu-beraturDAP hari ini berkata penambahan 10% sokongan pengundi Melayu dan 5% bukan Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan menjamin kemenangan besar gabungan itu.
“Tsunami Malaysia ini akan berlaku sekiranya 10% orang Melayu dan 5% bukan Melayu beralih sokongan daripada BN kepada PH, dan pengundi tahu membezakan PH dan PAS.
“Kemenangan ini bukan sahaja di peringkat pusat, tetapi juga menumbangkan Barisan Nasional (BN) di 3 negeri,” kata veteran DAP, Lim Kit Siang kepada wartawan di sini.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu menambah negeri yang bakal ditawan PH ialah Perak, Negeri Sembilan dan Johor, selain mengekalkan Pulau Pinang dan Selangor dengan majoriti lebih besar berbanding PRU13.
“Jika PH boleh mengawal kerajaan 5 negeri yang paling dinamik ekonominya dan membentuk kerajaan persekutuan, ini akan membuka jalan bagi transformasi ekonomi dan politik tulen negara.
“Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor telah membuka jalan itu sejak 8 tahun lalu dengan memperkenalkan pembaharuan di pelbagai peringkat dan menunjukkan apa itu tadbir urus yang baik.”
Malah, katanya, jika pemerintahan 60 tahun BN tumbang, PH akan memulakan kerajaan baharu dan pengundi di negeri lain dapat melihat perbezaan jelas antara PH dan BN.
“Tsunami Malaysia akan membuka jalan untuk masa depan lebih baik untuk semua, baik di peringkat negeri mahu pun persekutuan,” katanya.

‘Surat Sungai’ untuk Umno Johor

Sekali lagi Umno Johor menggunakan Bangsa Johor sebagai retorik politik mereka. Jika sudah demikian, saya rasa sudah sampai masanya polemik ini menjadi wacana yang subur kepada rakyat, bukan hanya untuk orang-orang politik.
Saya mengambil iktibar sejarah Johor yang suatu waktu dahulu membawa masuk secara pukal peniaga-peniaga China dari Singapura untuk berdagang dinegeri Johor.
Hari ini, langkah tersebut boleh dianggap sebagai ‘Foreign Direct Investment’ (FDI) atau pelaburan langsung asing menerusi sistem Kangchu yang diperkenalkan pada 1884.
Ketika itu, negeri Johor mempunyai saiz tanah luas yang terbiar, yang belum diteroka dan subur, ini menjadikan ia sebagai aset penting untuk memulakan penerokaan aktiviti ekonomi.
Manakala pedagang dari China yang berniaga di Singapura pula mempunyai keupayaan modal wang dan jaringan pasaran.

Kedua kapital ini digabungkan hingga aktiviti ekonomi dapat dijalankan dan seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan hingga membawa kemakmuran ekonomi buat semua. Amat berbeza dengan keadaan hari ini apabila kemasukan modal daripada China, telah mengabaikan pengusaha tempatan. Inilah beza yang amat ketara antara zaman sebelum Umno dengan zaman ketika Umno memerintah.
Pedagang China
Ketika 1800an, pedagang China ini diberi lesen berhijrah menerusi ‘Surat Sungai’ untuk menjalankan aktiviti perladangan mereka dengan mematuhi syarat dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan, antaranya mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Johor serta berkongsi keuntungan dengan negeri.
Berduyun-duyun peniaga China yang berada di Singapura ini berhijrah ke negeri Johor membuka ladang Gambir dan Lada Hitam.
Menerusi sistem kangchu ini jugalah struktur sosial mula berubah. Dari sinilah konsep Bangsa Johor muncul.

Waris-waris peniaga tersebut, hari ini diiktiraf sebagai sebahagian daripada ‘Bangsa Johor’ kerana telah bersama dan bersatu padu menyumbang kepada kemakmuran negeri. Maka tidak timbul lagi isu identiti. Hari ini, konsep Bangsa Johor kembali berkumandang, namun kali ini slogan tersebut dijadikan modal politik oleh sesetengah pihak yang sudah gementar akan kehilangan kuasa politik dan pengaruhnya.
Ketua Pemuda Umno mengatakan bahawa, identiti Bangsa Johor ini tidak boleh diukur dengan angka atau semurah wang ringgit, saya bersetuju.
Namun, apalah maknanya identiti tersebut dilaung-laungkan oleh Pemuda Umno tetapi pada masa mereka terus membiarkan Bangsa Johor hidup terjerut dengan kenaikan kos sara hidup yang melampau dek kecuaian pentadbiran Najib Tun Razak, perdana menteri kesayangan mereka.
Kesan GST
Bangsa Johor ‘sakit’ nak hidup akibat kesan daripada cukai GST. Adakah cukai ini diperkenalkan oleh Lim Guan Eng? atau Tun Mahathir?

Kesefahaman Politik Menjelang PRU14

Oleh : Onn Ismail

Setelah Pakatan Rakyat ditalkinkan, lanskap politik seakan bungkam. Ianya seolah-olah membenarkan kemenangan parti ketuanan Melayu menyusup masuk mengadu domba pemikiran pemimpin Parti Islam.

 Maka terbarailah ukhuwah yang terjalin sekian lama yang suatu ketika dulu cukup digeruni oleh kawan dan lawan.

 Kronologi perbalahan antara parti yang dicop sebagai cauvanist iaitu DAP dan Parti Islam itu mengisi ruang vakum kelemahan dan kenazakan UMNO khasnya. Di kala UMNO sedang lemas dengan isu-isu gadang, seakan ada pula tangan-tangan yang mungkin berfahaman nasionalis berhaluan agama menzahirkan bantuan hayat.

 Ini dapat disaksikan ketika berlangsungnya Muktamar PAS ke 62 seusai perceraiannya dengan Pakatan Rakyat yang mana pemimpin-pemimpinnya mengenakan tengkolok dan berkeris lagak pahlawan Melayu.

Mungkin itu merupakan terjemahan sinikal, bilamana bekas rakan-rakan lama dalam front Pakatan Rakyat kerap mengasak PAS dari pelbagai sudut dan melihat ianya sebagai satu kecurangan amanah yang diterjemahkan rakyat dalam PRU12 dan 13.

Dari sudut tarbiyah, sebenarnya PAS seakan berundur setapak ke belakang dalam usaha dakwah bagi mendekati pengundi-pengundi bukan Islam.

Ketika era Pakatan Rakyat, kita begitu terkesan dengan penyertaan rakyat berbilang kaum yang memegang dan mengibar panji Islam (bendera PAS). Bukan itu sahaja, pemimpin-pemimpin yang dianggap cauvanist juga mula mendekati Islam dan menyantuni tokoh-tokoh Islam seperti Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz dalam mendepani isu-isu maslahat rakyat umumnya. Mereka juga berjinak-jinak meneladani prinsip-prinsip Islam yang mana sebelumnya tidak pernah terjadi. Petikan dari terjemahan ayat-ayat al-Quran juga digunakan dalam perbahasan bukan sahaja di Parlimen, bahkan di gelanggang-gelanggang rakyat! Peristiwa bersejarah ini tidak pernah berlaku di era-era sebelumnya baik di era APU atau Gagasan Sejahtera yang dianggotai oleh tokoh-tokoh hebat seperti Tengku Razaleigh Hamzah, Rais Yatim dan Allahyarham Utz Fadzil Noor.

 Ianya merupakan satu kerugian yang bukan kepalang dari sudut dakwah dan tarbiyah yang merupakan dasar PAS itu sendiri. Sedar atau tidak, era itu dilihat sebagai satu wadah pembentukan negara bangsa yang begitu tinggi nilainya. Berbeza dengan zaman sebelumnya, masyarakat bukan Islam melihat PAS sebagai satu momokan yang wajib dijauhi. Maka zaman gelap itu kembali lagi ketika ini. Kredit buat Najib dan UMNO.

PAS yang dilihat mesra UMNO dengan cetusan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) serta melahirkan blok ke 3 sebenarnya bukanlah satu tindakan bijak. Ini adalah hasil daripada kecurangan politik ketika PRU12 lagi dan dapat dihidu oleh Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz. Tokoh –tokoh yang terlibat secara langsung dalam kelahiran ideologi yang agak tidak matang ini merupakan bekas pemimpin-pemimpin kanan PAS sendiri seperti Nasarudin Md Isa dan Hassan Ali.

 Momokan berbaur nasionalis dan perkauman yang menolak sama sekali tahaluf siyasi dengan DAP atas dasar Ketuanan Islam mirip kepada ketuanan Melayu.

 Ketika dalam pakatan Rakyat lagi, PAS sebenarnya sudah menunjukkan kecurangan dengan menandingi kawasan-kawasan pilihanraya seperti Bukit Damansara dan Sungei Acheh yang menyebabkan kedua-dua kerusi itu bertukar tuan.

Sudah tentu ianya merugikan front Pakatan itu sendiri. Belum lagi dengan isu Unity Government yang digembar-gemburkan seusai PRU12. Disini PAS dilihat sebagai watak antagonis yang meruntuhkan satu kesepakatan yang dimetrai bersama.

GUNA LOGO PAKATAN HARAPAN BERTANDING PRU14

Pakatan Harapan hari ini mengumumkan akan bertanding hanya menggunakan satu logo dan nama Pakatan Harapan pada PRU14 akan datang.
Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tidak ada calon yang akan bertanding menggunakan logo parti sendiri.
“Majlis Presiden Pakatan Harapan minggu lalu sebulat suara melantik Datuk Seri Moahamed Azmin Ali sebagai pengarah pilihanraya.
“Ini bersandarkan kekuatan serta kejayaan beliau sebelum ini,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata, Pakatan Harapan akan memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan tertentu bagi memastikan kemenangan milik mereka.
“Kita juga sudah siap dengan bilik operasi serta penubuhan jawatankuasa bagi peringkat Parlimen dan juga negeri.
“Dengan sokongan rakyat hari ini, kita yakin akan menang di kawasan yang telah ditetapkan,” ujarnya.
Muhyiddin berkata, dengan kerjasama yang erat semua parti dalam Pakatan Harapan, ia akan mengetepikan perbezaan dalam parti.

Zaid: HARAPAN mesti anjur lagi forum Nothing to Hide

Datuk Zaid Ibrahim hari ini menggesa pemimpin Pakatan Harapan untuk menganjurkan lebih banyak forum ‘Nothing to Hide’ untuk "menewaskan penyangak yang mempunyai segala-galanya untuk disembunyikan".
Dalam catatan blog terbarunya, mantan menteri undang-undang itu turut menggesa pemimpin HARAPAN lain untuk menjejaki langkah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang tanpa rasa takut untuk menjawab soalan-soalan panas secara terbuka dan telus.
"Ketakutan dan kejahilan adalah hanya senjata mereka (penyanggak), dan rakyat tidak perlu takut kepada mereka. Rakyat akan bersenang hati mempunyai kepimpinan gaya alternatif.
“Selama bertahun-tahun, mereka menjadi terbiasa dengan pemimpin yang cenderung menggunakan taktik buli dan bercakap merapu tetapi selalu memberi wang sebagai ganti untuk sokongan politik. Hasilnya, kita dapat samseng dan penyangak.
"Bagi rakan-rakan ahli politik saya, biar saya katakan ini: mari kita hentikan perkara ini dan mula melayan rakyat dengan hormat, beri mereka maklumat betul dan perspektif betul, rakyat lebih bijak daripada apa yang difikirkan oleh ahli politik," kata Zaid.
Zaid juga mengimbas kembali "detik-detik menakutkan" yang dilaluinya pada Ahad lalu.
"Apabila suar dilemparkan dari belakang dewan dan botol melayang ke arah Mahathir, saya fikir ada orang yang mahu mencederakannya.
"Terlintas di fikiran saya bahawa mereka mungkin mahu membakar dewan, saya bergegas ke pintu sebelah tetapi ia terkunci dari luar.
“Ada yang cuba menendang pintu tetapi kami tidak dapat membukanya. Adakah mereka mahu membakar dewan dengan kami di dalam?" soalnya, sambil menambah bahawa beliau akhirnya berjaya keluar melalui pintu belakang.

Dr M mahu berlagak pejuang, ini akibatnya, sembang Nazri

Nazri Aziz turut mempersoalkan pihak berkuasa membenarkan program Nothing to Hide sedangkan debatnya bersama Dr Mahathir dilarang polis.
nazri-mahathir
Datuk Seri Nazri Aziz hari ini berkata kekecohan pada forum “Nothing to Hide” anjuran PPBM Ahad lepas adalah sesuatu yang dapat dijangka, sambil berkata ia berpunca daripada Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.
“Dia mahu jadi pejuang jalanan, dia nak berlagak kuat, inilah akibatnya,” kata ahli Majlis Tertinggi Umno itu.
Nazri turut menolak dakwaan Umno terlibat dalam kekecohan itu.
“Semuanya dituduh ke atas Umno. Mengapa perlu buang masa pertunjukan bodoh seperti ini?” katanya.
Forum anjuran Pemuda PPBM di Shah Alam 2 hari lalu terpaksa ditamatkan selepas suar dan objek lain dibaling ke arah Dr Mahathir.
Ia disusuli aksi baling kerusi dan tumbuk menumbuk melibatkan penyokong PPBM dan beberapa remaja yang dituduh mencetuskan huru hara.
Polis menahan 3 remaja yang diberkas penganjur, dan kecederaan ringan melibatkan beberapa hadirin dilaporkan.
Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Abdul Rahman sebelum ini berkata pihaknya menjumpai baju T palsu yang dipakai sekumpulan remaja yang berkelakuan meragukan pada forum itu.
Nazri mempersoalkan bagaimana forum tersebut dibenarkan pihak berkuasa, sedangkan debat bersama Dr Mahathir tidak lama dulu gagal mendapatkan permit polis.
“Tetapi untuk sesuatu yang bodoh macam ini, polis beri permit.”
Nazri turut berkata Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos perlu dibenarkan menganjurkan program “Nothing to Hide 3.0”, seperti diumumkan semalam.
“Kalau pembangkang boleh, mengapa tidak Jamal?”

K'jaan UMNO@BN bantah permohonan Dr M singkirkan 2 anggota RCI

Kerajaan membantah permohonan semakan kehakiman Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mencabar keputusan melantik dua anggota suruhanjaya diraja (RCI) berkaitan kerugian Bank Negara akibat perdagangan tukaran asing sekitar 90-an di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Mahathir, bekas perdana menteri, cuba menyingkirkan Pengerusi Petronas Mohd Sidek Hassan yang juga bekas ketua setiausaha kerajaan dan Pengerusi Pemudah Tan Sri Saw Choo Boon.
RCI diketuai oleh Sidek.
Peguam kanan persekutuan Amarjeet Singh dan Suzana Atan mengetengahkan isu bahwa cabaran Mahathir tidak memberikan apa-apa kesan dan semakan kehakiman tidak boleh dibuat untuk mendapatkan perintah certiorari.

“Keputusan RCI dalam menolak permohonan membatalkan lelayakan Sidek dan Saw, benar atas alasan ia tidak mempunyai bidang kuasa atau kuasa untuk membatalkan pelantikan itu,” kata mereka.

PRU14: Pakatan Harapan tumpu Semenanjung

PAKATAN Harapan perlu menumpukan perhatian bagaimana memenangi lebih banyak kerusi parlimen di Semenanjung pada PRU akan datang.
Menurut penganalisis politik, Wong Chin Huat Pakatan Harapan jangan hanya mahu sasar untuk memenangi 112 daripada 222 kerusi parlimen sekali gus membentuk kerajaan baharu.
"Pakatan Harapan sepatutnya memenangi seberapa banyak kerusi parlimen yang boleh.
Sekiranya Pakatan Harapan dapat menang 95 daripada 165 kerusi parlimen yang ada di Semenanjung, kemungkinan parti-parti dari Sabah dan Sarawak akan meninggalkan BN dan menyertai pembangkang untuk bentuk kerajaan baharu," katanya seperti disiarkan dalam Oriental Daily.
Chin Huat menjelaskan, sekiranya Pakatan Harapan dapat memenangi 95 kerusi parlimen di Semenanjung, pakatan pembangkang hanya perlu meraih 17 kerusi lagi di Sabah dan Sarawak untuk menjadikan 112 kerusi, sebagai melengkapkan majoriti mudah menggantikan BN menerajui kerajaan pusat.
Pada PRU lalu, daripada 165 kerusi parlimen yang dipertandingkan di Semenanjung, BN memenangi 85 kerusi dan pembangkang, 80 kerusi.
Menurut beliau lagi, Pakatan Harapan perlu melakukan pembaharuan dan transformasi sekiranya mampu mengambil alih tampuk pemerintahan daripada BN terutama sekali sistem pilihan raya, parlimen dan jemaah Kabinet.
"Bagaimana pun, tiga dasar utama seperti ekonomi, pendidikan dan bahasa masih memerlukan masa untuk dibincangkan dan mencapai kata sepakat antara parti-parti dalam Pakatan Harapan sekiranya dapat menerajui kerajaan baharu," katanya.
Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik tanah air, Dr Phoon Wing Keong meramalkan, sekiranya BN dapat mengekalkan kuasa pemerintahan dalam PRU akan datang, adalah sukar bagi Pakatan Harapan merampas kuasa dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

HARAPAN persiap jentera hadapi PRU14

Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini bersetuju membentuk sekretariat yang terdiri daripada setiap parti komponen bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Perkara itu diumumkan Presiden HARAPAN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di sini, sebentar tadi.
HARAPAN juga, katanya, sebulat suara bersetuju untuk menyediakan bilik operasi sepenuh masa yang akan menyediakan segala maklumat dan data berhubung persiapan pilihan raya.
“Di samping itu, kita juga memutuskan untuk memberikan tumpuan khusus kepada kawasan-kawasan pilihan raya tertentu.
“(Ia) untuk memastikan supaya kita boleh mendapat sejumlah kerusi-kerusi yang boleh kita menangi untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya akan datang,” katanya yang juga Presiden PPBM.
Gabungan itu, katanya lagi, turut memutuskan untuk membentuk jawatankuasa pilihan raya di peringkat negeri dan di peringkat kawasan-kawasan Parlimen yang bakal ditandingi kelak.
“Ini bertujuan untuk kita mendapat tahu tentang segala persiapan yang telah dan akan dilakukan oleh parti kita di peringkat negeri dan kawasan-kawasan di seluruh negara.
“Dan kita nanti akan memantau persiapan itu dan akan menghantar pasukan-pasukan untuk membuat penaksiran tentang sejauh mana persiapan itu telah dibuat, apakah kelemahan, dan usaha penambahbaik yang perlu dilakukan,” ujarnya.
Tiada dominasi satu parti
Mantan timbalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu berkata, segala gerak kerja adalah berdasarkan persetujuan secara bersama dan bukan didominasi oleh mana-mana parti komponen dalam HARAPAN.
“Segala gerak kerja kita adalah atas nama Pakatan Harapan. Bukan atas nama PPBM, ataupun Keadilan, Amanah, ataupun DAP,” tegasnya.
Katanya, matlamat utama HARAPAN ketika ini adalah untuk memperolehi kemenangan dalam pilihan raya akan datang bagi mengantikan kerajaan Barisan Nasional (BN)
“Sebab itu kita mengenepikan apa-apa perbezaan, apa lagi penekanan pada soal parti-parti tertentu sahaja.
“Apa yang penting sekarang ini adalah kita bertanding menggunakan satu simbol, satu logo, yang telah diputuskan majlis presiden,” ujarnya.

Hadi ucap terima kasih soalan Memali diajukan kepada Dr Mahathir

Presiden PAS berkata partinya berjaya mengatasi sikap mengkafirkan Umno sehingga kedua-dua parti itu kini dapat bekerjasama.
abdul-awang-hadi-mahathir-mohamad-forum-nothing2hideDatuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini merakamkan penghargaan kepada pihak yang bertanyakan soalan berkaitan peristiwa berdarah Kampung Memali ketika forum “Nothing to Hide” Ahad lalu, sambil berkata PAS kini menolak sikap mengkafirkan orang lain sehingga dapat bekerjsama dengan Umno.
“Terima kasih diucapkan kepada mereka yang meminta penjelasan berkenaan peristiwa Memali,” kata presiden PAS itu dalam reaksi pertamanya mengenai kekecohan di forum anjuran Pemuda PPBM baru-baru ini.
Ahad lalu, Dewan Raja Muda Musa di Shah Alam bertukar menjadi huru hara selepas suar dan objek lain dilontarkan ke arah pentas. Polis mereman 3 remaja yang disyaki memulakan serangan itu.
Forum itu memberi peluang kepada Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan daripada hadirin.
Sejurus sebelum serangan suar ke arah pentas, Dr Mahathir baru selesai menjawab soalan berkenaan insiden Memali yang mengorbankan 14 penduduk kampung dan 4 anggota polis baru.
Dr Mahathir merupakan perdana menteri ketika peristiwa Memali berlaku pada 1985. Dalam kejadian itu, pertempuran tercetus apabila penduduk kampung mempertahankan guru agama, Ibrahim Mahmud, daripada ditahan pihak berkuasa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ketika itu. Antara tuduhan kerajaan ketika itu ialah Ibrahim, yang kerap tampil dalam program agama anjuran kerajaan ketika itu, menyebarkan ajaran sesat, dakwaan yang ditolak penduduk kampung.
Hadi berkata PAS merupakan mangsa dalam peristiwa Memali, sebuah kampung terletak di Baling, Kedah.
“Ketika peristiwa itu masih panas darah yang mengalir, para ulama PAS mengisytiharkan syahidnya mereka yang menjadi mangsa kerana dibunuh dengan zalim dan mereka mempertahankan Islam yang ditegakkan,” kata Hadi.
Bagaimanapun, Hadi berkata sejarah hitam Memali itu tidak guna diungkit sekiranya mereka yang bersalah tidak meminta maaf.
“Tiada guna mengungkit cerita lama sejarah hitam itu tanpa bertaubat dan meminta maaf sekiranya bersalah, dan tanpa membetulkan keadaan dengan membayar yang perlu dibayar dan mengganti yang perlu diganti,” katanya.
Hadi pada masa sama mengakui sikap segelintir umat Islam ketika itu yang suka mengkafirkan umat Islam lain, tetapi menambah ia berjaya diatasi PAS.

Mat Sabu: Ahli PAS akan undi parti anti-BN

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu mendakwa terdapat anggota PAS yang rela tidak memilih parti sendiri dan memberi sokongan kepada “pihak yang tidak menyokong BN” dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Ya (begitulah), saya berkeyakinan begitu.

“Kita ada menemui semua ahli-ahli PAS, semua kawan-kawan kita, adik beradik kita, sahabat-sahabat kita banyaknya memberi komitmen akan mengundi parti yang mencabar BN.
“Terutama dari segi boleh mengambil alih kuasa negeri dan parlimen.

“Saya tidak berani sebut berapa peratus, tapi peratusnya amat tinggi,” kata Mohamad dalam wawancara bersama Sinar Harian hari ini.
Mohamad ditanya mengenai spekulasi hanya pemimpin PAS sahaja yang akan mengundi parti itu pada PRU14, manakala sokongan ahli akar umbi pula akan menyokong parti pembangkang lain.
Bekas timbalan presiden PAS itu turut berkata beliau melihat PAS tidak jelas arah tujuan kerana turut menyebut akan terus berkawan dengan BN.
“Pada masa yang sama juga, sasaran serangan mereka ialah kepada pembangkang, terutamanya AMANAH dan DAP. Jadi posisi mereka yang sebenar, mereka lebih mengetahui.
“Bagi kami (dalam HARAPAN), empat parti ini akan terus membina kekuatan menjelang PRU14," katanya.
Mohamad berkata PAS dilihat tidak konsisten dan justeru itu undi mereka akan pergi kepada pembangkang yang lain.
Beliau juga membangkitkan sikap PAS puas hati dengan penjelasan 1MDB.

Nothing to Hide 2.0: Hadi dakwa jawapan Memali Dr M punca kekecohan

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata mereka yang menunding jari menyalahkan pihak lain berhubung kekecohan pada forum Nothing to Hide 2.0 Ahad lalu, lupa bahawa punca asas adalah jawapan yang tidak memuaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kejadian Memali.
Beliau berkata PAS adalah mangsa kejadian yang menyaksikan parti Islam itu kehilangan beberapa pemimpin dan ahlinya, termasuk Ibrahim Mahmud.

“Terima kasih diucapkan kepada mereka yang meminta penjelasan berkenaan peristiwa Memali. “Kepada yang tidak mampu menjawab sepatutnya tidak marah dan orang lain tidak membuat kekecohan. Anak-anak muda sahaja tidak sepatutnya dipersalahkan, sepatutnya juga dipersalahkan yang menjadi penyebabnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Konfrontasi Memali di Baling, Kedah tercetus pada bulan November 1985 ketika polis mengepung penduduk kampung bersama kira-kira 400 pengikutnya.
Dalam pertembungan itu, 14 penduduk kampung dan empat anggota polis terbunuh. Ibrahim, yang juga dikenali sebagai Ibrahim Libya, juga terbunuh dalam serangan berkenaan.
Forum Nothing to Hide 2.0, Ahad lalu menyaksikan suar dinyalakan serta kerusi dan kasut dilemparkan ke arah Dr Mahathir ketika bekas perdana menteri itu menjawab pertanyaan mengenai peristiwa Memali.
Pembangkang kemudian menuding jari ke arah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno. Namun parti Melayu itu mendakwa ketidakpuasan hati dalam gabungan parti pembangkang terhadap Dr Mahathir sebagai punca kejadian.
Susulan kejadian itu, polis menahan tiga orang pemuda.

Mengulas lanjut, Hadi berkata selepas kejadian Memali, PAS mengisytiharkan mereka yang terbunuh sebagai mati syahid kerana mempertahankan Islam. “Ketika itu Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan-rakannya dipersalahkan, bukan pula dipersalahkan orang yang selalu menghina Islam dan hukumnya yang sangat dimarahi oleh Ustaz Ibrahim dan rakan-rakan.
“Ramai kakitangan kerajaan, polis dan Umno tidak bersetuju dengan pendekatan yang dilakukan sehingga mengorbankan polis yang dipaksa dan Ustaz Ibrahim dan rakan-rakannya yang diserang. Kita mengharapkan yang dipaksa juga mendapat syahid, inilah hukum Islam,” katanya.
Dalam rujukan yang jelas kepada Dr Mahathir, presiden PAS berkata mereka yang “melempar batu menyembunyikan tangan" ketika bercakap tentang kejadian Memali.
“Tiada guna mengungkit cerita lama sejarah hitam itu tanpa bertaubat dan meminta maaf sekiranya bersalah, dan tanpa membetulkan keadaan dengan membayar yang perlu dibayar dan mengganti yang perlu diganti,” katanya.

Mahathir lebih berani banding Najib

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad lebih berani berdepan dengan audien untuk menjawab soalan ‘panas’, selain bersedia mengambil risiko berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak muncul di pentas Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam, kelmarin.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pelbagai soalan diajukan kepada Mahathir sebaik forum bermula, namun provokasi berterusan dilakukan terhadapnya ketika menjawab soalan.
“Soalan berkaitan peristiwa Memali pun belum habis dijawab, ketika Mahathir memperjelas jawapan, ketika itu juga individu terbabit melakukan provokasi. Namun beliau berani berdepan berbanding pihak satu lagi yang tak hadir,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Persidangan Dun Kedah.
Menurutnya, penganjuran program bertujuan memberi peluang kepada kedua-dua pihak memperjelas isu dibangkitkan, namun bertukar kecoh selepas Mahathir diasak dua isu panas, iaitu Memali dan tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Sepatutnya ia program ilmiah dan panel diberikan peluang berucap secara intelektual dalam suasana aman, dan digalakkan bertanya apa jua soalan kepada kedua pihak supaya rakyat sendiri buat pilihan, siapa antara mereka beri jawapan paling meyakinkan. Malangnya Najib tak hadir,” katanya.
Katanya, Mahathir tetap memberi jawapan walaupun diajukan soalan panas.
“Mahathir turut sentuh beberapa perkara yang sebelum ini diulas termasuk isu salah laku Najib, mungkin pihak sana tak dapat beri respons ilmiah, kerana wakilnya tak hadir, maka cara protes adalah dengan baling kerusi dan lontar suar,” katanya, yang turut nafikan isu Memali dan Anwar antara punca ahli Pas dan PKR masih tidak dapat menerima Mahathir.
Menurutnya, pihaknya yakin provokasi itu bukan dilakukan ahli Armada sendiri, sebaliknya pihak luar yang menyamar sebagai ahli.
“Mereka pakai baju Armada yang berbeza, untuk program itu penganjur bekalkan baju rekaan baharu, di mana baju dipakai sekumpulan yang buat kecoh berbeza. Saya nampak  kumpulan anak muda itu membuka baju dan buang baju merah itu di tepi jalan selepas forum,” katanya.

PRU14: Ulama PAS bantah hasrat autonomi 3 negeri


Ulama PAS bantah hasrat autonomi 3 negeri
Dewan Ulama PAS percaya Pakatan Harapan bukan wadah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah negara dengan Islam. 
DEWAN Ulama PAS Pusat menolak sebarang usaha kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sebagaimana dirancang oleh beberapa pemimpinnya di Selangor, Kedah dan Kelantan, kerana tidak ingin menjadi "kuda tunggangan" lagi.
"Negara perlu diselamatkan daripada pelbagai kerosakan ekonomi, politik dan sosial dengan Islam. PH bukan wadah untuk menyelesaikan masalah negara dengan Islam," kata bendaharinya, Dr Khairudin Aman Razali.
Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, sebarang perbincangan kerjasama pilihan raya yang kononnya untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) hakikatnya hanya untuk menyelamatkan kerusi parti tertentu, "dengan menjadikan jentera pilihan raya PAS sekali lagi kuda tunggangan sepertimana yang berlaku dalam Pakatan Rakyat."
"Apabila mereka berjaya memenangi kerusi sekali lagi, agenda Islam akan ditendang dan diperangi. PAS akan diserang lagi dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan," kata ahli Parlimen Kuala Nerus itu dalam satu kenyataannya.

Najib pun mahu tunggu Charlottesville?

Akhirnya Presiden Donald Trump membuka mulutnya mengecam semua tindakan kumpulan ekstremis dan perkauman haluan kanan.

Ini berlaku selepas beliau dikritik hebat kerana tidak mengecam tindakan demonstrasi agresif puak haluan kanan dan tindakan ganas yang mengakibatkan kematian dan kecederaan ramai di Charlotesville.

Sebelum pada ini pun, sejak kempen pilihan raya, Trump membela dan tidak mengkritik pihak supremecist ketuanan kulit putih yang menyasarkan bangsa dan agama lain termasuk umat Islam.

Atas kepentingan awam, Trump mengeluarkan kenyataan sebagai ketua negara untuk semua yang sepatutnya menjaga kepentingan semua rakyatnya.

Ini satu pencapaian demi kebaikan umum.
Bagaimana pula dengan perdana menteri kita dengan situasi masalah perkauman dan pandangan ekstrim keagamaan di Malaysia hari ini serta tindakan merusuh di forum bekas perdana menteri Tun Mahathir baru-baru ini?

Bukankah Najib melaungkan konsep wasatiah (kesederhanaan) dan mempelopori pertubuhan Pergerakan Kesederhanaan Global.
Kenapa sehingga kini masih cakap tidak serupa bikin?

Kalau Trump yang dilihat begitu agresif sanggup mengeluarkan kenyataan menegur kumpulan ekstrim dan ganas, kenapa tidak Najib?
Soalnya mengapa?

Isu pihak yang menyatakan halal darah, wajib dihapuskan dan kafir harbi tidak pernah ditegur oleh Najib!

Ini boleh dan telah pun ditafsirkan sebagai Najib merestui semua itu. Soalnya mengapa? Kepentingan politik?
Adakah Najib menunggu peristiwa berdarah seperti Charlottesville sebelum bersuara atau beliau akan terus mengisytiharkan "darurat" apabila ia berlaku?
Inilah pertanyaan di mulut dan minda rakyat Malaysia hari ini apabila memerhati budaya keganasan dan ekstrim yang makin merebak hari ini.

Hari ini kita mempunyai perdana menteri yang bisu tentang isu puak pelampau bangsa dan agama serta keganasan setempat.
Najib perlu ingat yang dia adalah perdana menteri untuk seluruh Malaysia dan bukan hanya untuk Umno dan BN.

Oleh itu tindakan beliau mesti menunjukkan watak seorang negarawan dengan sikap seorang ayah yang perlu menjaga kebajikan dan keselamatan semua di bawah tanggungjawabnya seperti yang dituntut oleh Islam.

Kalau Trump boleh berubah pendirian dan menunjukkan sikap yang lebih bertanggungjawab, kenapa tidak Datuk Seri Najib Razak, seorang Islam dengan pendekatan wasatiah?

RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH

Walaupun dipimpin ‘orang tua’, Bersatu berjaya tarik anak muda


Walaupun dipimpin ‘orang tua’, Bersatu berjaya tarik anak muda
Gandingan 3M, Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin dan Mukhriz berjaya menarik golongan muda menyertai Bersatu. 
BAGI sebuah parti yang diasaskan oleh Dr Mahathir Mohamad yang berusia 92 tahun dan Muhyiddin Yassin, 70, sebagai presiden, Bersatu memeranjatkan kerana berjaya menarik penyertaan ramai anak muda.
Parti yang akan menyambut ulang tahun pertamanya bulan ini sudah mempunyai lebih 200,000 ahli dan 55% daripadanya terdiri daripada golongan muda.
Karisma dan pembangunan yang dibawa Dr Mahathir di Malaysia semasa jadi perdana menteri antara 1981 hingga 2003 antara “magnet” yang menarik golongan muda menyertai Bersatu.
Abdul Mutalib Hasan, 26, bekas ahli Umno, menyertai Bersatu kerana merasakan parti itu sebagai landasan untuk memperjuangkan kebenaran.
“Saya ahli Umno dahulu tetapi sekarang dilihat parti Umno hanya menolong Presiden Najib Razak dan pemimpin mereka sahaja.
“Rakyat? Anak muda? Mereka hanya akan cari empat tahun sekali,” kata Mutalib kepada The Malaysian Insight.
Graduan institut pengajian tinggi awam yang bekerja sebagai jurutera itu berkata, gandingan 3M (Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz) antara faktor yang menarik beliau menyertai Bersatu.
“Mukhriz Mahathir ketika menjawat jawatan menteri besar Kedah dilihat sebagai 'yang bekerja'.
“Banyak idea tercetus antaranya Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dan lain-lain lagi. Pemimpin sebeginilah yang anak muda perlukan,” katanya merujuk kepada timbalan presiden Bersatu.
Muhamad Hanif Abdul Latif, 34, dari Kedah pula tertarik dengan Bersatu kerana parti itu memberikan peluang kepada golongan muda untuk bersuara dan berdikari.
“Di samping itu golongan muda mendapat peluang tunjuk ajar daripada pemimpin-pemimpin senior dalam Bersatu yang sudah lama berkecimpung dalam politik,” katanya yang bekerja di sebuah kilang sebagai jurutera elektrik.
Sebelum ini, Hanif tidak pernah menyertai mana-mana parti politik tetapi kini menyertai Bersatu kerana ingin memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.
Sementara Mohd Iqbal Amel Hamzah, 27, merasakan Bersatu ada keunikannya tersendiri dan dilihat “suci dan ikhlas”.
“Dua pemimpin utama Bersatu dibuang daripada kerajaan kerana memperjuangkan nasib rakyat,” katanya merujuk kepada Muhyiddin dan Mukhriz yang dibuang daripada pentadbiran Najib kerana mengkritik skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Apa lagi alasan untuk saya tidak sertai Bersatu?”
Peluang memimpin

MUHYIDDIN: ORANG PAGOH SEDAR UMNO SUDAH DI PENGHUJUNG


Menafikan majoriti pengundi Pagoh sudah bersedia melupakan dirinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaliknya mendakwa, mereka sedar bahawa masa depan Umno di situ dan Johor secara amnya sudah hampir sampai ke penghujung.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berkata jika BN mendakwa pengundi di kawasan yang diwakilinya selama tujuh penggal itu boleh move on, mereka juga boleh move up.
“Banyak petanda menunjukkan rakyat Pagoh dan Johor sudah mengetahui situasi sebenar, iaitu nasib dan masa depan parti itu sudah sampai hampir-hampir ke penghujung,” katanya kepada media di Ibu Pejabat BERSATU di Petaling Jaya hari ini.
Untuk rekod Muhyiddin mula menjadi anggota parlimen Pagoh pada 1978 dan memenanginya dengan 15,610 undi.
Beliau mengekalkan kerusi itu pada 1982, 1995, 1999, 2004, 2008 dan 2013 dengan setiap satu memperoleh majoriti lebih daripada 10,000.
Muhyiddin yang pernah menjadi menteri besar ke-13 Johor antara Ogos 1986 hingga Mei 1995 berkata demikian selepas mengumumkan penubuhan sekretariat pilihan raya Pakatan Harapan (HARAPAN) sebagai persediaan gabungan itu memberi saingan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.
Pada 12 Ogos lalu Pengerusi Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meminta Umno Pagoh jangan dibelenggu nostalgia kepimpinan Muhyiddin.
Menurut menteri besar ke-15 Johor itu negeri berkenaan beruntung kerana gelora di Pagoh tidak melarat dan membawa kepada keretakan Umno di ‎negeri berkenaan.
“Krisis yang melanda (Umno) Pagoh tidak merebak. Ia hanya sementara dan telah reda. Kita tidak melihat berulangnya kelumpuhan seperti Umno di Permatang Pauh 20 tahun dahulu,” katanya.