Ahad, 13 Ogos 2017

Tabur wang, sokongan warga Felda kepada BN tidak terjejas



Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, sokongan warga Felda terhadap BN tidak akan terjejas selagi kerajaan meneruskan pemberian insentif.
Menurutnya, peneroka dilihat lega apabila Perdana Menteri mengumumkan enam insentif untuk mereka baru-baru ini walaupun diakui Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) menjadi isu besar kepada warga tanah rancangan tersebut.
"Oleh itu, saya berpendapat ia berkaitan isu kewangan.
Peneroka Felda"Jika ada sedikit sebanyak pemberian daripada kerajaan, langkah itu akan melegakan rakyat dan mereka akan tertarik dengan kita (BN).
"Jika pemberian seperti enam insentif itu dilakukan dari semasa ke semasa, insya-Allah sokongan warga peneroka terhadap BN tidak terjejas," ujarnya.
Pengerusi BN Pahang itu bagaimanapun tidak menolak kemerosotan sokongan generasi muda Felda terhadap parti tersebut.
"Kalau terjejas pun mungkin sedikit melihat sokongan daripada generasi X atau Y, tetapi secara keseluruhan sokongan tidak akan lari," katanya.
Dipetik dari wawancara di akhbar Mingguan Malaysia hari ini, beliau berpendapat isu kos sara hidup lebih mendapat perhatian berbanding kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Apabila saya sebut isu 1MDB jatuh ke tangga 17, maknanya ada isu lain seperti kos sara hidup. Di tanah rancangan Felda, ia isu besar kalau kita (BN) tidak menanganinya," akui Adnan.
Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan akhbar dimiliki Umno itu tentang pendekatan BN menghadapi pembangkang yang menyasarkan kawasan Felda pada pilihan raya umum akan datang.
"Memang Felda adalah tulang belakang politik BN di Pahang khususnya Umno," tambah Adnan lagi.
Pahang satu-satunya negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia yang tidak pernah dikuasai parti pembangkang dengan memiliki kawasan Felda paling banyak di negara ini.

Najib: 'Parti bunga' tak dapat tandingi Umno

Sebuah parti yang berjuang demi nafsu, dendam dan sebab peribadi tidak dapat menandingi roh perjuangan demi kesejahteraan rakyat yang telah menjadi asas Umno sejak ia ditubuhkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presiden Umno itu berkata sebuah parti di negara ini yang dinamakannya sebagai 'parti bunga' tidak mempunyai roh perjuangan jelas seperti Umno dan parti itu yang hanya berlandaskan kepada nafsu, dendam serta sebab peribadi tidak akan dapat berdiri kukuh demi perjuangan membela rakyat.
"Parti politik hendak berjaya kena ada hala tuju yang jelas, roh perjuangan (yang) membakar, mengaum (dan) roh perjuangan itu ada (pada Umno) berbanding dengan sehari dua ini parti bunga itu apa dia hala tuju, apa roh perjuangan (mereka), kalau semata-mata nak balas dendam bertujuan peribadi (dan) perjuangan seperti itu percayalah takkan bertahan lama.
"Perjuangan kerana nafsu dendam nak tolak sesuatu kerana ada kelompok kecil tidak puas hati, tidak boleh tandingi perjuangan Umno yang dibawa sekian lama untuk rakyat," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Bukit Katil di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron; bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Katil serta kira-kira 20,000 perwakilan dan orang ramai.
Najib berkata dalam usaha Umno meneruskan roh perjuangan itu pada masa kini dan masa hadapan, anggotanya perlu menyemat semangat terus berjuang dan berkhidmat untuk rakyat walaupun tiada jawatan dalam politik.
Beliau berkata kesetiaan sepanjang hayat terhadap Umno oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba yang terus berkhidmat untuk parti dan rakyat tanpa memegang jawatan politik perlu diteladani semua anggota parti.
"Melihat Allahyarham sebagai simbol kesetiaan sepanjang hayat, ketaatan yang sejati dan pejuang Umno yang tulen dan saya masih ingat lagi Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman pernah menyebut Abdul Ghafar kata jawatan tidak penting yang penting adalah parti Umno.
"Sikap seperti ini yang perlu ada dalam diri setiap daripada kita dan lebih-lebih lagi kita nak berjuang untuk menebus maruah kita di Bukit Katil ini. Kita mesti ambil iktibar daripada pejuang seperti Tun Abdul Ghafar," katanya.
Katanya sikap kesetiaan Abdul Ghafar itu dilihat turut ada pada diri Mohd Ali meskipun beliau tiada jawatan dalam politik, namun tetap bekerja dan berkhidmat untuk rakyat.
Perdana menteri berkata Melaka merupakan bukti jelas keringat Umno dalam memperjuangkan nasib rakyat melalui pelbagai inisiatif terbaharu projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang bakal mempunyai sebuah stesen di negeri ini seterusnya memberi limpahan ekonomi kepada rakyat Melaka.
"Kita nak teruskan perjuangan, kita nak lihat Melaka lebih maju lebih berjaya. Nak bawa HSR untuk orang Melaka, nak pastikan Melaka Gateway dan pembangunan Sungai Melaka berjaya.

PERUBAHAN2 NAJIB SEJAK BERKAWAN DENGAN PAS

Sejak berkawan dengan Pas, salah satu perubahan paling ketara pada Najib Razak ialah beliau didapati gemar menggunakan perkataan-perkataan Arab dalam ucapannya.
Mula-mula kita mungkin hanya selalu mendengar beliau mengucapkan perkataan “wassatiyah” saja, tetapi lama-kelamaan semakin banyak perkataan Arab yang dilafazkannya.
Untuk mengajak ahli parti setia kepada pemimpin, Najib kemudian beberapa kali menyebut perkataan “wala'” dalam ucapan atau tulisan di blog dan media sosial yang lain.
Sebelum ini, perkataan “wala'” adalah sinonim dengan Pas dan para pemimpinnya hampir tidak lekang daripada bibir menyebut perkataan tersebut setiap kali berdepan dengan isu perpecahan dalam parti itu.
Kini, selain “wassatiyah” dan “wala'”, Najib maju setapak lagi dengan sudah pandai menyebut “tabayyun” pula yang bermakna sikap ingin menyelidik atau mencari kepastian terlebih dahulu tentang sesuatu perkara sebelum menyatakan pendirian.
Yang menariknya, dalam menyebut perkataan “tabayyun” itu, Najib juga menujukannya kepada Pas yang dianggapnya memiliki sifat tersebut dalam isu 1MDB kerana sedia mengadakan pertemuan dengan Arul Kanda Kandasamy terlebih dahulu untuk mendapat maklumat sebenar mengenai syarikat pelaburan sarat hutang itu sebelum menyatakan pendirian berpuas hati terhadap pelan rasionalisasinya.
Dalam lawatannya di Kelantan semalam pula, berhubung bantuan kerajaan Pusat terhadap kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang, Najib berkata, beliau tidak memikirkan undi mengenainya, sebaliknya hanya mengharapkan pahala daripadanya.
Sekurang-kurangnya, walaupun tak dapat undi, saya akan dapat pahala di akhirat. Semoga dengan tindakan itu juga lebih memajukan lagi negara ini, tambah beliau.
Dengan tidak mengharap undi, tetapi hanya mengharap akhirat, sekali lagi apa yang dilakukan Najib ini juga mirip dengan tindakan Pas yang selalu menyebut, perhitungan perjuangan mereka ialah untuk menang di akhirat dan bukannya menang pilihanraya semata-mata.
Tetapi, kenapa Najib tiba-tiba saja lebih memikirkan akhirat daripada undi?
Adakah ia petanda beliau sudah menjangka UMNO dan BN akan kalah pilihanraya?

ARMADA: Serangan sistematik, perusuh memang berniat cederakan Tun M

Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) percaya kumpulan perusuh hadir pada program Nothing To Hide 2.0 (NTH 2.0) petang tadi memang berniat khusus mencederakan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketua ARMADA, Syed Saddiq Syed Abd Rahman berkata, hal itu dibuktikan apabila perusuh terbabit membaling objek merbahaya ke arah pentas ketika Mahathir sedang menjawab soalan hadirin.

IMG_20170813_192211-1024x683“Sabotaj ini dibuat secara sistematik, mereka memang menujukan objek yang dibaling seperti botol, kasut, kerusi dan suar ke arah Tun Dr Mahathir tapi mujur tidak kena dan petugas keselamatan kita berjaya melindungi Tun Mahathir.
“Tindakan mereka membawa dua batang suar juga bukti mereka memang merancang untuk sabotaj program ini sejak awal lagi dan bukan rancangan secara tiba-tiba,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program NTH 2.0 di Dewan Raja Muda Musa di sini, petang tadi.
Jelasnya, siasatan awal pihak polis mendapati perusuh memakai baju berwarna merah berlogo PPBM.
Bagaimanapun katanya, baju yang dipakai perusuh itu bukan dikeluarkan oleh PPBM apabila terdapat beberapa perbezaan ketara dengan baju yang dikeluarkan PPBM.
“Setakat ini sudah ada yang ditahan dan dalam siasatan polis di mana semasa mereka melarikan diri mereka membuka baju yang dipakai,” katanya lagi.

‘Nothing to Hide 2.0’ kecoh, Najib perlu jawab


‘Nothing to Hide 2.0’ kecoh, Najib perlu jawab
Kekecohan timbul apabila beberapa orang melemparkan suar, membaling kerusi dan kasut menyebabkan hampir 2,000 hadirin bergegas meninggalkan dewan. 
PERDANA Menteri Najib Razak harus bertanggungjawab atas kekecohan yang berlaku semasa forum "Nothing to Hide 2.0" hari ini kerana kegagalan pihak berkuasa untuk menjaga keselamatan, kata pemimpin pembangkang.
Mereka berkata, ini membuktikan Pakatan Harapan (PH) yang bersatu di bawah Dr Mahathir Mohamad dan jelajah penerangan mengenai skandal 1MDB ditakuti "pihak tertentu."
"Najib harus bertanggungjawab kerana pentadbirannya gagal menjaga keselamatan forum itu dan negarawan seperti Dr Mahathir," kata Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar kepada The Malaysian Insight.
"Sekiranya Najib berani datang untuk berdepan dengan Dr Mahathir dalam forum itu hari ini, mungkin kekecohan sebegini tidak akan berlaku."
Forum yang padanya awalnya berlangsung dengan aman hari ini bertukar kecoh apabila terdapat peserta yang melemparkan kasut dan membaling suar ketika acara itu sedang berlangsung.
Forum yang bermula pada jam 4 petang itu bertukar menjadi tidak terkawal selepas Dr Mahathir menjawab soalan peserta mengenai insiden Memali.
Menurut Mahfuz, tindakan provokasi tidak akan berani dilakukan hari ini sekiranya tiada jaminan dan perlindungan daripada pihak berkuasa.
"Biasanya begitu, budak-budak muda itu tidak akan berani buat kacau macam tu sekiranya tiada jaminan dan perlindungan," kata bekas ketua penerangan PAS itu.
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, selepas pembangkang menjadi semakin kuat dengan PH dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semakin difahami rakyat, banyak provokasi akan dilakukan.
"Tetapi kami tidak takut. Kami akan teruskan jelajah 1MDB dan segala aktiviti selagi ianya masih dalam kerangka demokrasi," kata bekas ahli Parlimen Kubang Kerian itu.
"Cuma saya nak nasihatkan supaya kita lebih berhati-hati kerana lebih banyak provokasi sebegini akan berlaku."
Sementara Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, PH akan meningkatkan kawalan keselamatan selepas keganasan yang berlaku semasa forum hari ini.
"Sangat jelas, ada pihak yang tidak tahan dengan tekanan sehingga terpaksa menggunakan samseng.
"Kami tidak akan berhenti, tetapi akan meningkatkan keselamatan dan patuh kepada undang-undang," kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.
Semua pihak harus kecam keganasan
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil menggesa semua pihak tanpa mengira parti politik untuk mengecam tindakan ganas yang berlaku di Shah Alam hari ini.
"Saya gesa pihak PDRM untuk segera mengenalpasti mereka yang terlibat dalam kekacauan ini dan menghadapkan mereka ke muka pengadilan.
"Puak-puak desperado dan taksub kuasa yang tidak senang dengan forum seperti ini adalah mereka yang bersifat 'Too Much to Hide' (terlalu banyak untuk disembunyikan)," katanya.
Fahmi berkata, seharusnya forum hari ini dibenarkan berjalan kerana Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi.

Insiden serang NTH2.0 bukti pendukung kleptokrasi anti debat

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengecam sekeras-kerasnya tindakan beberapa individu yang mengancam keselamatan awam dan mencetuskan kekecohan pada Program Nothing To Hide 2.0 (NTH 2.0), petang tadi.
Menyifatkan ia sebagai tindakan pengecut daripada pelaku yang diyakini mewakili pihak tertentu, Mohamed Azmin mengesa pihak polis segera melakukan siasatan dan mengambil tindakan tegas.

IMG_20170813_192211-1024x683“Saya mahu @PDRMsia melakukan siasatan segera dan mengambil tindakan tegas terhadap insiden yang jelas menggangu ketenteraman awam,” katanya dalam catatan beliau di laman Twitter.
Terdahulu, NTH 2.0 berlangsung tanpa kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti program sulung NTH dua tahun lalu.
Najib sekali lagi gagal memenuhi undangan Tun Dr Mahathir yang ingin menjadikan pentas tersebut sebagai medan perdana menteri dan beliau menjawab segala isu yang berlaku di bawah pentadbiran kedua-dua pemimpin itu.
Bagaimanapun, program yang berjalan lancar di Dewan Raja Muda Musa di Kompleks Belia & Kebudayaan, Shah Alam itu bertukar menjadi kecoh apabila beberapa individu bertindak membaling kasut, kerusi dan ‘flare’ ke arah Tun Dr Mahathir yang sedang berucap.
Bagaimanapun beberapa petugas keselamatan berjaya melindungi bekas perdana menteri itu.
Mengulas lanjut, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN menyifatkan kekacauan di program NTH 2.0 itu bukti sikap ganas mendukung kleptokrasi yang anti perdebatan sihat.
“Kami meminta debat sivil yang teratur dan mereka bertindak balas dengan melontar kasut dan selipar dan menembak suar,” katanya.

Kecoh di forum: Tiga suspek ditahan dua daripadanya pelajar kolej


Kecoh di forum: Tiga suspek ditahan dua daripadanya pelajar kolej
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat bercakap kepada pemberita selepas kekecohan semasa forum 'Nothing to Hide 2.0' di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam. 
SEKURANG-kurangnya tiga orang suspek yang mencetuskan kekecohan ketika forum Nothing To Hide  2.0 ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan, kata Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat.
Beliau berkata tiga yang ditahan adalah daripada kalangan umur 17 hingga 19 tahun dan dua daripadanya merupakan pelajar kolej di Selangor.
"Setakat 5.45 petang tiga orang ditahan dan tangkapan dibuat orang awam dan diserahkan kepada pihak polis," katanya kepada media di Dewan Raja Muda Musa.
Bagaimanapun beliau berkata pihak polis masih menentukan siasatan kerana tiada pihak yang masih belum membuat laporan.
Beliau juga mengesahkan tiada pihak yang cedera ketika kekecohan itu berlaku.
Terdahulu, kekecohan berlaku sewaktu program Nothing To Hide 2.0 yang berlangsung Dewan Raja Muda Musa Shah Alam .
Ia tercetus sejurus Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan seorang peserta itu mengenai insiden Memali.
Ketika itu secara tiba- tiba beberapa selipar dan botol di baling dari tengah dewan ke arah Dr Mahathir.
Kerusi juga dicampak dan serentak dengan itu dua suar turut dibaling oleh suspek.
Forum yang dianjurkan Pemuda Bersatu itu adalah platform kepada Dr Mahathir dan Najib Razak berdebat tentang masalah yang menyelubungi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bagaimanapun Najib yang dijemput menghadiri program tersebut tidak hadir.

SELEPAS INI KESELAMATAN TUN MAHATHIR HARUS JADI KEUTAMAAN

Kekecohan yang berlaku dalam program Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam petang tadi, walaupun tidak dihadiri oleh Najib Razak, ia adalah manifestasi ketakutan UMNO dan BN terhadap kehilangan kuasa dalam pilihanraya umum akan datang.

Dalam konteks tersebut, ancaman terbesar yang paling ditakuti sudah tentu ialah Tun Mahathir Mohamad. 

Tun Mahathir, dengan aura dan pengaruhnya yang tersendiri bukan saja ditakuti kerana kemampuannya menarik sokongan rakyat, tetapi juga keupayaannya menukar musuhnya selama ini seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan lain-lain menjadi sahabat untuk sama-sama sehati sejiwa menyingkirkan Najib.
Ketidakhadiran Najib dalam Nothing To Hide 2.0 memang sudah dijangka daripada awal, malah ketika Armada Bersatu mahu menghantar jemputan kepada beliau pun telah dihalang sehingga  berlaku pertembungan dan kekecohan kecil dengan Pemuda UMNO.

Maka, berlakunya kekecohan di Shah Alam petang tadi, apa pun hujah untuk menafikannya, sukar untuk menyisihkan daripada dikaitkan dengan kekecohan ketika menghantar jemputan kepada Najib, kira-kira dua minggu yang lalu.

Setelah menghantar jemputan pun dihalang dengan kekerasan dan meski tanpa kehadiran Najib, kemudian Armada Bersatu tetap ingin meneruskan program Nothing To Hide 2.0 itu dengan Tun Mahathir bersedia menjawab apa saja soalan yang ditanyakan kepadanya, menimbulkan kekecohan adalah pilihan terakhir untuk menggagalkan program tersebut.
Jika program itu berjalan dengan lancar dan sudah tentu, seperti biasa, apabila Tun Mahathir mampu menjawab dengan penjelasan yang baik dan meyakinkan, kelebihan akan berpihak kepada Pakatan Harapan sama ada oleh kalangan mereka yang menghadiri program tersebut ataupun yang menontonnya secara live melalui Facebook.

Dengan mencetuskan kekecohan, semua jawapan dan penjelasan Tun Mahathir akan terpadam dengan sendirinya kerana semua orang akan lebih ghairah bercakap mengenai apa yang berlaku itu.

Kemungkinan kekecohan berlaku sebenarnya dapat dirasai apabila muncul beberapa soalan provokasi yang dikemukakan kepada Tun Mahathir, antaranya berkaitan penyingkiran Anwar pada 1998, mengungkit peristiwa Memali dengan mempersoalkan mengapa Ibrahim Liba dibunuh, bolehkah Anwar yang dikaitkan dengan kesalahan liwat menjadi Perdana Menteri, kenapa seorang Ahli MPT Bersatu, Zahid Md Arip yang disiasat SPRM baru-baru ini masih dikekalkan dan benarkah penentangan Tun Mahathir terhadap UMNO adalah demi cita-cita politik anaknya, Mukhiz.
Soalan-soalan tersebut jelas berbentuk provokatif dan tidak mungkin mereka yang menganggotai mana-mana parti dalam Pakatan Harapan atau penyokongnya akan bertanyakan soalan sedemikian kepada Tun Mahathir.

Nothing to Hide: Pemuda disyaki buat kecoh dipukul lebih 10 lelaki?

Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu polis menyiasat kekecohan yang tercetus dan mengambil tindakan ke atas mereka yang cuba menegakkan keadilan sendiri.
mob-2
SHAH ALAM: Seorang pemuda yang disyaki mencetuskan kekecohan ketika bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap pada forum Nothing to Hide 2.0 dipercayai dipukul sekumpulan lelaki berbaju merah PPBM.
Sekumpulan lebih 10 lelaki itu mengejar pengacau disyaki itu dan menumbuknya berulang kali, sebelum menolaknya ke sebuah bilik yang dikunci dari dalam.
Wartawan FMT cuba memasuki bilik itu, tetapi diarah meninggalkan tempat berkenaan. Kedengaran bunyi seseorang dipukul dari dalam bilik terbabit yang dikawal ketat.
Kira-kira sejam kemudian, polis membawa dan mengiringi 2 suspek dari bilik VIP itu. Mereka kelihatan lemah dan tidak responsif.
Seorang daripada mereka memakai baju merah Pemuda PPBM.
Ketika ditanya mengenai pengacau disyaki pada sidang media kemudian, Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagaimanapun berkata, beliau tidak tahu mengenainya.
“Saya benar-benar harap anda boleh serahkan video itu kepada polis. Ini bukan isu politik, ini ialah isu jenayah.
“Jika ada ahli yang didapati cuba menegakkan keadilan sendiri, kami harap polis akan mengambil tindakan terhadap mereka.
“Kerana apa yang salah tetap salah,” katanya.
Kekecohan tercetus sekitar 5.30 petang tadi, pada forum Nothing to Hide 2.0 yang berlangsung di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Shah Alam, ketika Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan hadirin mengenai tragedi Memali yang berlaku ketika beliau menjadi perdana menteri.

Penganjur syukur Dr M tak cedera

Pengarah program berkenaan Ashraf Mustaqim berkata walaupun program tersebut berakhir dalam keadaan huru-hara, Mahathir langsung tidak berkecil hati malah memuji pihak penganjur.
"Saya orang terakhir dengan Tun Mahathir semasa beliau menaiki kereta, saya cium tangan Tun, syukur Tun tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kita tidak jangka benda ini berlaku, kami kata kami minta maaf dengan Tun, tapi Tun kata tak apa ini perjuangan demi negara, demi agama, bangsa kita untuk selamatkan negara," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam.
Sementara itu Ketua Pemuda BERSATU (ARMADA) Syed Saddiq Abdul Rahman berkata pihaknya percaya suspek yang membuat kekecohan berniat untuk mencederakan Mahathir.
Ini kerana katanya, suspek sudah membuat perancangan dengan teliti untuk menyerang bekas perdana menteri itu dengan sengaja membaling kasut, selipar dan malah suar ke arahnya.
“Elemen itu kami rasa dan kami percaya ditujukan untuk sabotaj pogram ini dan mencederakan Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam.
Dalam kejadian hari ini, Program Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam bertukar ganas apabila beberapa individu mula menimbulkan kekacauan.
Insiden berkenaan bermula ketika Mahathir menjawab soalan peserta mengenai tragedi Memali, apabila tiba-tiba kasut dan selipar dibaling ke arahnya.
Bagaimanapun beberapa petugas keselamatan berjaya melindungi bekas perdana menteri keempat itu.
Susulan itu, Mahathir dibawa keluar dari dewan dan pihak polis tiba tidak lama selepas itu.
Kekecohan hari ini turut menyaksikan beberapa objek dilempar termasuk kerusi, kasut serta botol, manakala suar dibakar dalam dewan tempat berlangsungnya program berkenaan.

Program Nothing To Hide kecoh, cubaan sabotaj



Program Nothing to hide yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa di Kompleks Belia & Kebudayaan, Shah Alam petang ini digganggu sehingga memaksa ia ditamatkan segera.
Kejadian berlaku apabila salah seorang hadirin bertanyakan berkaitan isu Memali kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mahathir Nothing to Hide 2Sejurus selepas Mahathir menjawab pertanyaan tersebut terdengar pekikan yang tidak berpuas hati dengan jawapan Mahathir.
Lantaran itu terdapat dalam kalangan hadirin yang membaling kerusi dan bom asap dilontarkan di hadapan hadirin dan ada yang mencampakkan botol air mineral ke arah pentas.
Ada seorang suspek di tahan di luar kawasan dewan ketika melarikan diri dan id kejar armda dlm kejadian berlaku.
Orang ramai panik lalu berlari keluar dewan dan merempuh sesama sendiri apabila bom asap yang sama dicampakkan ke arah kerusi media.
Berlaku pertempuran antara Armada dan suspek yang dipercayai melontarkan bom asap ke arah hadirin.
Manakala pergelutan turut berlaku antara Armada dan suspek yang berjaya ditangkap.
Supek didesak memberikan kenyataan terhadap khianat yang dilakukan.
Difahamkan, dua suspek ditangkap polis dan dibawa ke IPD Shah Alam.
Sabotaj dirancang 
Sementara itu, Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sidang medianya berkata, bom asap dan beberapa benda lain dibaling ke arah Mahathir oleh pihak tertentu untuk mencederakan beliau dan mensabotaj forum.
Beliau berkata, ia seperti telah dirancang awal dan pihaknya mengesan beberapa individu yang menyamar sebagai ahli Armada dengan memakai baju rasmi mereka.
"Daripada siasatan polis mereka ini pakai baju Armada tetapi bukan secara rasmi dari Armada kerana sambil lari mereka tanggalkan baju Armada.
"Mereka diberi baju percuma di kalangan pelajar yang diguna untuk sabotaj program ini," katanya.
Justeru pihaknya akan membuat laporan polis dengan menyerahkan bahan bukti seperti rakaman video dan baju yang diatnggalkan.

Nothing To Hide 2.0 : Cerita Dari Wartawan Bertugas...

Nothing To Hide: Apa yang berlaku sebelum kekecohan

PAS tidak akan kerjasama dengan PKR pada PRU14 tapi masih boleh berbincang

TUN MAHATHIR (TUN M) FULL: NOTHING TO HIDE 2

Nothing To Hide 2.0: Penganjur titis air mata, mohon maaf dekat Tun M

Nothing to Hide 2.0: 'Mereka memang nak cederakan Tun M' - Armada

Gagal pastikan keselamatan, Polis panggil penganjur Nothing To Hide 2.0

Armada: Fracas a systematic sabotage

Nothing2Hide 2.0 : Balingan Kerusi Punca Cetus Pergaduhan

#Nothing2Hide 2.0 : Kekecohan Bersambung Sehingga Ke Luar

Dr M: ‘Jika nak menang, jangan ungkit kisah Anwar dipenjara masa saya’

#Nothing2Hide 2.0: Kecoh Dengan Kerusi Terbang Dan 'Flare'

Nothing To Hide 2.0 : Tun Mahathir - Malaysia bawah Najib Negara demokrasi atau kleptokrasi"?

Nothing to Hide 2.0 : Dua ditahan bantu siasatan baling suar

Galeri foto: Saat-saat tegang di forum Nothing to Hide

NOTHING TO HIDE 2:PANAS!!CUBAAN MENCEDERAKAN TUN MAHATHIR (TUN M) DAN MEMBAKAR DEWAN

Tegang! Suar dan kerusi terbang kearah Tun M

Nothing 2 Hide: Kecoh dalam dewan, bertumbuk diluar

Kemuncak Tun M bakal 'bongkar' rahsia bermula

Mahfuz gesa PAS insaf dan sertai Pakatan


Mahfuz gesa PAS insaf dan sertai Pakatan
Mahfuz Omar menggesa PAS bekerjasama semula dengan Pakatan Harapan dan mencari titik persamaan yang dapat menyatukan mereka semasa berucap di Permatang Pauh, Pulau Pinang malam tadi. 
PEMIMPIN PAS Mahfuz Omar malam tadi menggesa ahli partinya sedar dan menyertai semula parti pembangkang untuk bersama-sama menentang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata demikian semasa berucap di hadapan pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan (PH) di kubu kuat PKR Permatang Pauh, Pulau Pinang malam tadi dalam ceramah yang dihadiri hampir 1,000 orang.
Beliau mengakui menghadiri banyak acara PH, malah mesyuarat meja bulat yang membentuk PH, kerana beliau percaya mereka perlu bekerjasama dan mencari titik persamaan yang dapat menyatukan mereka.
Mahfuz berkata pada masa lalu, beliau menentang bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, yang menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA); dan melawan pemimpin de facto PH Anwar Ibrahim bagi kerusi Permatang Pauh pada 1990.
"Kita tidak boleh menafikan sejarah, tetapi dalam politik, demi rakyat dan negara, kita mesti baik hati dan berfikiran terbuka, seperti Anwar yang menerima semuanya.
"Kita sepatutnya cukup matang untuk menerima sesiapa yang mahukan perubahan masa depan yang lebih baik," katanya.
"Jika Dr Mahathir, bekas presiden Umno yang mengetuai negara selama 22 tahun, menjemput saya menyertai perjuangan menentang Umno dan membawa perubahan kepada negara, saya mesti menerimanya.
"Ia adalah sesuatu yang pelik bagi saya untuk menolak peluang sedangkan saya berjuang menentang Umno begitu lama," katanya.
Mahfuz berkata tiada siapa akan mengundi parti yang tidak menjadikan matlamat menang untuk membentuk kerajaan, merujuk kepada ucapan pemimpin partinya mengenai bilangan kerusi yang mereka ingin tandingi.
"Ketika mereka pertama kali mengatakan mahu memenangi 40 kerusi, mereka mengatakan ia akan menjadi 'kingmaker'. Dalam politik, anda tidak boleh memberitahu orang yang anda mahu menjadi 'kingmaker'.
"Orang akan menuduh anda cuba membuat perjanjian. Ia menimbulkan persepsi buruk, kerana pengundi hari ini mendapat maklumat lebih baik. Mereka mengundi berdasarkan ilmu bukan pada sentimen.
"Anda mahu menjadi 'kingmaker', tetapi anda memutuskan hubungan dengan DAP dan PKR, sambil memanggil Amanah pengkhianat. Jadi, persepsi yang ada adalah anda menjadi 'kingmaker' untuk Barisan Nasional (BN)," katanya.
Mahfuz berkata ia tidak baik untuk PAS, mendesak semua ahlinya insaf dan bekerjasama dengan PH demi negara.
Bekas pesuruhjaya PAS Kedah itu juga mengkritik yang tindakanPAS mengisytiharkan ia ingin merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh daripada PKR sebagai langkah yang tidak bijak.
"Mengisytiharkan hasrat menawan Permatang Pauh adalah strategi politik yang tidak bijak.
"Mengatakan mereka akan bertanding di kerusi pembangkang lain memberi persepsi PAS tamak dan memberi alasan kepada rakyat menolak parti," katanya.
Ucapan Mahfuz dismabut sorakan, ketawa dan tepukan apabila beliau mempersendakan rasa gembira pemimpin PAS yang berpuas hati dengan penjelasan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy mengenai firma pelaburan negara itu.

DR.MUJAHID: ALASAN APA TAK BOLEH TERIMA TUN MAHATHIR (TUN M) DALAM PAKATAN HARAPAN??

Dato Husam Musa: " Amanah & PH Perintah Kelantan, Bilangan peserta Ladang Rakyat akan ditingkatkan"

RAFIZI RAMLI : (PANTAI MERDEKA) JELAJAH BINA SEMULA NEGARA

Rafizi Puji MP UMNO Tanya 1MDB Di Parlimen

MAHFUZ OMAR: LAWAK,NAJIB RAZAK PUJI PAS MATANG SEBAB PUAS HATI DENGAN 1MDB

PERMATANG PAUH:CERAMAH PERDANA PAKATAN HARAPAN (DR.MUJAHID,NURUL IZZAH,MAHFUZ OMAR)

RAFIZI RAMLI: (KULIM BANDAR BARU) JELAJAH BINA SEMULA NEGARA

SALAHUDDIN AYUB: TUN MAHATHIR MEMUDAHKAN ORANG KAMPUNG FAHAM SKANDAL NAJIB RAZAK &1MDB

TONY PUA: MENJEJAKI KEMANA HILANGNYA WANG 1MDB YANG DIROMPAK NAJIB RAZAK

TONY PUA: MENJEJAKI KEMANA HILANGNYA WANG 1MDB YANG DIROMPAK NAJIB RAZAK

NURUL IZZAH: DIFITNAH OLEH IGP SEBAGAI DALANG PERISTIWA LAHAD DATU

PRU14 Masa Untuk Hapuskan Kerajaan Kleptokrasi