Sabtu, 12 Ogos 2017

BUKTIKAN DAHULU TINDAKAN LHDN TIDAK BERMOTIF POLITIK, BUKAN MENCABAR ORANG LAIN MEMBUKTIKANNYA

Kata Menteri Kewangan Kedua, siasatan dan serbuan Lembaga Hasil Dalam Negeri atau LHDN terhadap tiga anak Tun Mahathir Mohamad tidak sesekali bermotif politik.

"LHDN adalah agensi bebas dan bebas daripada pengaruh politik. Ia menyiasat semua orang.

"Selagi mereka mempunyai maklumat, mereka bebas menjalankan siasatan. Tiada siapa boleh mengarah LHDN, jika seseorang itu tidak melakukan kesalahan, tiada sebab mereka perlu risau," tambahnya lagi.

Serentak dengan itu, Johari juga mencabar mereka yang menuduh LHDN  mengambil tindakan kerana faktor politik agar membuktikan dakwaan tersebut.
Macam bagus je kenyataan Johari ini yang pada pilihanraya 2013 lalu hanya menang dengan majoriti 866 undi di Titiwangsa.

Benarkah LHDN tidak dipengaruhi unsur politik dan tiada sesiapa boleh mengarah mereka?

Jika begitu, mengapa hanya setelah Tun Mahathir menjadi musuh politik kepada Najib Razak dan bersama Pakatan Harapan, baru LHDN menjalankan siasatan serta serbuan terhadap anak-anaknya?

Kenapa tidak sebelum ini lagi dijalankan siasatan?

Selain itu, tindakan Johari mencabar pihak lain menunjukkan bukti jika tindakan terhadap anak-anak Tun Mahathir itu berunsur politik, jelas kelihatan kelakar dan hanya membuatkan ramai orang ketawa mendengarnya.

Untuk membuktikan tindakan LHDN tidak berunsur politik bukanlah dengan mencabar orang lain menunjukkan bukti-buktinya, tetapi yang lebih afdal ialah LDHN itu sendiri perlu membuktikannya berdasarkan tindakan mereka.

Jika anak-anak Tun Mahathir boleh disiasat dan diserbu secara serentak, LHDN juga sepatutnya bertindak terhadap semua anak-anak bekas Perdana Menteri, daripada Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj sehinggalah Tun Abdullah Badawi dan kepada anak-anak Najib yang menjadi Perdana Menteri sekarang ini.

WOWW!!! Dah ada kaunter khas pelancong China di KLIA, KLIA2 ??!

KENAPA INI BERLAKU SELEPAS SAHAJA Najib rasmi majlis pecah tanah projek ECRL baru2 ini ??!

MANA DIA 'kaunter khas' utk pelancong dari negara2 arab, sedangkan pak arab bagi derma RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi Najib ??!

NAMPAK TAK !!!..
Mula2 dgn sewa beli PANDA habis berpuluh2 juta ringgit. Kini berhutang plok RM55 bilion projek ECRL.. Selepas ini.. ?

Kurang kesungguhan, undang-undang lemah, halang siasatan terhadap kekayaan Zahid


Kurang kesungguhan, undang-undang lemah, halang siasatan terhadap kekayaan Zahid
Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad dikatakan takut menyiasat mereka di atas berikutan tiada kesungguhan agensi itu untuk menyiasat dakwaan kekayaan luar biasa milik Ahmad Zahid Hamidi.
KEKAYAAN luar biasa yang dimiliki pegawai kerajaan adalah asas yang cukup untuk siasatan ke atas seseorang individu, kata kumpulan anti rasuah hari ini mengulas kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyatakan tiada asas untuk menyiasat dakwaan berhubung kekayaan timbalan perdana menteri.
Peguam yang juga aktivis Ambiga Sreenevasan berkata SPRM hanya boleh memastikan kesahihan dana seseorang menerusi siasatan.
“Sebarang tanda kekayaan luar biasa lebih-lebih lagi ia menimbulkan persoalan rakyat terhadap pejabat kerajaan ialah asas yang cukup untuk siasatan.
“Malangnya Dzulkifli Ahmad menunjukkan dia takut menyiasat mereka di atas,” katanya merujuk kepada ketua pesuruhjaya SPRM.
“Tiada kesungguhan untuk mengejar apa yang rakyat lihat sebagai kecurian dan penyelewengan membabitkan piak atasan adalah memalukan,” katanya ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Dzulkifli.
Ketua SPRM berkata agensi itu akan menjalankan siasatan kekayaan seseorang sekiranya ada asas yang mengesyaki ia diperoleh daripada penyelewengan dan salah guna kuasa. Jumlah duit seseorang individu bukan asas untuk siasatan rasuah, tambahnya ketika menjawab persoalan sama ada agensi itu akan menyiasat dakwaan Zahid miliki RM230 juta ketika memegang jawatan Ketua Pemuda Umno yang didakwa Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad.
Dzulkifli bagaimanapun terikat dengan Seksyen 36 Akta SPRM yang tidak menjadikan pemilikan harta yang tidak boleh dijelaskan dan luar biasa satu kesalahan.
Ini sebabnya Malaysia perlu segera undang-undang pengisytiharan aset dan rangka kerja yang memerlukan semua ahli politik mengisytiharkan aset mereka kata Eksekutif Pemantau Anti Rasuah (C4) Cynthia Gabriel.
“Sementara Seksyen 36 memberi kuasa kepada SPRM mendapatkan maklumat berhubung apa-apa harta yang dipegang individu, kuasa mereka terhad kerana ia perlu berkaitan dengan kesalahan yang diperuntukkan di bawah Akta SPRM,” katanya.
“Kerana tiada rangka kerja dan kerana batasan dalam Seksyen 36, Dzulkifli membuat kenyataan terdapat asas yang tidak mencukupi untuk membuka siasatan terhadap Zahid.

Pembangkang janji bawa balik aset berkait 1MDB disita

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, pembangkang perlu memenangi PRU14 untuk 'berkuasa' supaya aset didakwa berkaitan 1MDB di AS boleh diselamatkan.
izzah-doj-1mdb2PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mahu pembangkang mengambil tindakan menyelamatkan aset didakwa ada kaitan dengan 1MDB di Amerika Syarikat dan memperbaiki reputasi Malaysia di mata dunia.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, imej negara terjejas susulan tindakan Jabatan Kehakiman AS (DoJ) meningkatkan siasatan terhadap aset itu kepada siasatan jenayah.
Beliau berkata, penting untuk Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) untuk “berkuasa” supaya aset di AS yang didakwa ada kaitan dengan 1MDB milik kerajaan pusat, diselamatkan.
“Kami mahu mengambil balik aset tersebut. Jangan lupa aset tersebut sudah ditahan (oleh DoJ). Jadi kita tidak mahu ini berterusan dan kita harus cari jalan kerana ia mempunyai natijahnya sendiri.
“Kami akan bawa, menceritakan kisah benar kepada semua, dalam semua jelajah yang kami akan buat,” katanya hari ini.
Beliau berkata, mereka yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan 1MDB juga perlu dihukum.
“Kenapa lindungi mereka? Saya tak faham. Apa sebabnya mereka perlu dilindungi,” katanya sambil menambah negara berisiko kehilangan banyak dana jika isu 1MDB tidak ditangani.
Beliau juga kecewa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana membiarkan negara berada dalam keadaan itu.
“Pada saya, ia menunjukkan apa yang kami takutkan sebelum ini, amaran yang kami berikan untuk menyelamatkan dana Malaysia dan juga nama Malaysia ternyata dan terbukti,” katanya sambil menambah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mempunyai kebimbangan sama pada 2010.
Izzah berkata demikian selepas perasmian Spera, sebuah aplikasi mudah alih sistem pengurusan data pilihan raya.
Katanya, aplikasi itu membantu pengundi memeriksa status mereka dalam daftar pemilih dan mendapatkan maklumat terkini mengenai kawasan mengundi mereka serta data pengundi baru.
Beliau berkata, aplikasi itu yang dibangunkan Institut Darul Ehsan itu akan membantu menjadikan sistem pilihan raya lebih bersih dan adil.

RAFIZI RAMLI FULL: (JENIANG) JELAJAH BINA SEMULA NEGARA

Husam gesa Pas mohon maaf kepada umat Islam atas fakta tidak tepat berkenaan Akta 164

KUBANG KRIAN: Pas perlu meminta maaf kepada umat Islam di Malaysia ekoran kenyataan pemimpinnya yang berbaur sentimen keagamaan berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Membaharui (Perkahwinan Dan Perceraian)(Pindaan) 2017 (Akta 164).
Naib Presiden AMANAH, Datuk Husam Musa berkata, walaupun Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Riduan Mohd Nor menarik balik tulisannya bertajuk ‘RUU 164: Tragedi Malang Buat Umat Islam di Negara Ini’, namun permohonan maaf terbuka perlu dibuat kerana kandungan tulisan itu yang tidak tepat.
“Saya berharap Pas meminta maaf kepada umat Islam di Malaysia kerana kenyataan Dr Riduan sebelum ini adalah tidak tepat dan berbaur sentimen keagamaan dengan tujuan politik dan kemudian Pas terpaksa tarik balik.
“Penarikan balik ini tidak lengkap kecuali Pas minta maaf atas perkara yang telah mereka bangkitkan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai perkara itu dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen AMANAH Kelantan di Wisma Tok Guru, Salor, hari ini.
Menurut Husam juga, tindakan Ketua Penerangan Pas Nasruddin Hassan yang berterima kasih kepada BN kerana membentangkan RUU itu menunjukkan parti itu pada peringkat awal tidak memahami kebaikan daripada pindaan Akta 164.
“Tulisan Dr Riduan Mohd Nor ditarik balik dan Ketua Penerangan Pas telah mengeluarkan satu kenyataan baru iaitu telah berterima kasih kepada kerajaan kerana membawa pindaan 164 ini.
“Ini menunjukkan bahawa Pas pada peringkat permulaan tidak faham maksud dan kebaikan daripada pindaan ini,” katanya yang juga penasihat AMANAH Kelantan.
“Kemudian Pas telah cuba mengambil ruang untuk mensensasikan sentimen umat Islam negara ini dengan kononnya pindaan akta ini menghancurkan benteng umat Islam yang terakhir di Malaysia,” katanya.

PAS Permatang Pauh Letak Calon Pembela Islam

1. Soal pegangan kepercayaan atau akidah dan hak penjagaan anak adalah antara perkara kritikal implikasi daripada pindaan RUU Perkahwinan dan Perceraian atau Akta 164 yang diluluskan oleh Sidang Dewan Rakyat beberapa hari lalu.

2. Mahkamah Sivil mempunyai kuasa terhadap perkara itu mengatasi Mahkamah Syariah, sekali gus meletakkan autoriti perbicaraan kekeluargaan Islam boleh dicabar lantaran daripada si bapa atau ibu memeluk agama Islam.

3. Berikutan itulah harus disedari rakyat negara ini, khususnya para pengundi untuk tidak memilih secara sebarangan calon wakil rakyat Parlimen atau Dun atas peranan legislatif dalam penggubalan undang-undang seperti dalam isu Akta 164.

4. Wajib bagi pengundi Islam khususnya memilih calon yang akan menjadi pembela Islam dan PAS Kawasan Permatang Pauh secara khusus menawarkannya pada pilihan raya nanti agar ia memikul tujuan selaras ayat 58 surah an-Nisa'.

5. _"Sesungguhnya Allah menyuruhmu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran sebaiknya padamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat."_

DAP Mahu Jadikan Malaysia Negara Sekular sembang PAS

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
Disebalik pergerakan politik dibawa DAP, parti itu sebenarnya mempunyai agenda mahu merubah Malaysia menjadi negara sekular apabila menzahirkan sikap anti Islam dan menghalang pelaksanaan urusan agama Islam, tetapi bersekutu dengan peranan dan doktrin politik oleh pihak Evangelis Kristian.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kerjasama dengan DAP sebelum ini adalah atas tanggungjawab dan keterbukaan dakwah, sesuai dengan peranan PAS yang membawa mesej Islam, tetapi hari ini hubungan tersebut telah putus kerana dari segi politik, parti tersebut telah membawa kerugian kepada Islam.

“Selepas daripada keputusan PRU-13 (lalu), DAP menunjukkan sikap anti Islamnya. DAP beri amaran kepada PAS, kalau PAS nak terus dengan Pakatan Rakyat, jangan bercakap soal perlaksanaan syariat, hudud, qisas, Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan, jangan bercakap.

“(Tetapi) Kita PAS, kita lebih sayangkan Islam daripada hubungan politik ini, (maka) kita putus dengan DAP. Hari ini PAS mengambil sikap bersendirian dan kita bentuk satu gagasan baru,” ujarnya pada program Sembang Santai di Felda Bukit Batu, di sini baru-baru ini.

Tegas beliau, PAS dari dahulu mengambil sikap yang boleh memberi keuntungan kepada Islam dan umatnya, serta ke arah meneguhkan kekuatan politik Islam termasuk bersetuju penyertaan dalam Kerajaan Persekutuan bersama parti Perikatan yang diketuai Umno selepas peristiwa 13 Mei 1969.

Tetapi katanya, Umno sendiri yang telah menyebabkan kelemahan kepada politik Islam dan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad juga telah menendang keluar PAS serta bersikap tutup pintu, selain mengadakan bermacam-macam polisi untuk memastikan PAS tidak mara dalam pilihan raya.

Antaranya jelas beliau, apabila Mahathir bertindak mengekalkan jumlah kerusi Parlimen di negeri-negeri majoriti Melayu Islam, tetapi memperbanyakkannya di negeri lain menyebabkan kuasa politik Islam semakin lemah apabila jumlah kerusinya di Parlimen semakin kecil dan tidak lagi mencapai majoriti dua pertiga.

Sedangkan bentang Ustaz Khalil, pada setiap kerusi Parlimen yang ditandingi calon Islam itu mempunyai atau melibatkan hampir 100,000 pengundi, di mana berbeza dengan kerusi baharu diwujudkan hanya terdapat sekitar 20,000 pengundi dengan diwakili calon bukan Islam.

Pengerusi SPRM jangan bazirkan air liur

Oleh Mohd Sayuti Omar

Kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad suruhanjaya itu boleh menyiasat Zahid Hamidi yang didakwa memiliki kekayaan melampau, RM230 juta sekiranya ada asas. Asas itu dijadikan syarat untuk SPRM menyiasat, tegasnya.

Sebenarnya kalau Dzulkifli tidak bercakap lagi bagus mengenai hal ini kerana orang sudah tahu apakah tindakan dan sikap SPRM terhadap Zahid sebagai seorang penjawat jawatan kedua negara ini. Suruhanjaya itu sama sekali tidak berani untuk menyiasat mana-mana individu berkedudukan setinggi Zahid itu.

Bila beliau bercakap menyebabkan orang ramai naik darah kerana sudah maklum macam mana sikap badan-badan penguasat kuasa yang dibawah kawalan pihak berkuasa, seperti SPRM, Polis Di Raja, Kehakiman, SPR dan lain-lain.


Contoh sudah ada bagaimana Najib Razak boleh tidur lena dan pagar rumahnya tanpa perlu dikunci daripada dimasuki pegawai SPRM walaupun orang sudah kalut seantero dunia mengatakan dia melakukan salah guna kuasa dalam skandal 1MDB. Perjalanan 1MDB dan skandalnya tidak dapat dielakkan daripada dibabitkan dengan Najib.

Kemasukan dana RM2.6 billion ke dalam akaunnya terus menjadi perkara misteri dan SPRM tidak pun mengambil perkara itu sebagai asas. Sebab apa, sebab Najib adalah perdana menteri orang yang bertanggungjawab menunjukkan individu (Dzulkifli) untuk berada di kemuncak suruhanjaya itu.

Lainlah kalau Zahid sudah turun dari kerusinya itu dan dia pula berpaling tadah menyerang Najib, untuk bersama pembangkang, baharulah SPRM berani dan mungkin tidak memerlukan apa-apa asas untuk menyiasat Zahid.

Hal ini sudah pun dilalui Zahid semasa dia menjadi ketua pemuda Umno dan menyokong Anwar Ibrahim dahulu di mana ketika itu Dr Mahathir adalah perdana menteri. Zahid yang kedudukannya jauh lebih rendah dari kedudukan hari ini tidak dilindungi oleh kuasa politik partinya.

SKANDAL 1MDB vs FOREX BNM 80s

Oleh : Onn Ismail 

Kejayaan atau kegagalan sesuatu projek pasti akan menghasilkan kesan. Tidak kiralah, kesan skala kecil atau sederhana. Hal ini berkait rapat dengan jurumudi atau kepala yang merencana dan men diagnosis elemen berkenaan. Kebiasaannya sesuatu perancangan oleh manusia ini akan dibantu oleh sekumpulan manusia lain secara sulit atau terang untuk mendabrak atau menyusun strategi bagi memungkinkan keteberhasilan figura yang dirancang. Apa yang pasti, sesuatu perancangan itu wajib mencapai keuntungan maksimum di atas kertas. Begitu juga hal yang berkaitan dua skandal di atas.

Dalam mengolah dua persoalan mega berkenaan, sebenarnya tidak memerlukan cerdik pandai untuk membuat kalkulasi. Kesan jangka panjang daripada kedua objek berkenaan bersifat subjektif dan kritikal. Kita bermula dengan isu 1MDB. Isu ini bermula apabila dokumen transaksi aliran tunai milik Najib yang bernilai RM2.5 billion telah lolos di kalangan ahli politik. Isu ini menjadi bahan sindiran dan kecaman bagi pihak oposisi apabila Najib menyatakan ianya datang dari derma Pak Arab. Belum usai dengan berita itu, kita sekali lagi dikejutkan pula dengan saman DOJ meng absahkan bahawa dana rakyat telah diseleweng oleh MO1 melalui nama-nama yang disebut sebagai Jho Low dan Reza Aziz. Dana yang terlibat bukan kepalang, menjangkau ratusan jusa USD! Maka, apabila perkara ini mula tersebar ke tanah air, ianya menjadi serangan politik yang berterusan. Kredit untuk Mahathir yang menyerang Najib secara konsisten.

Akibat dari itu, kita dikejutkan pula dengan serangan Skandal Tukaran Asing - BNM sekitar 80an yang menyebabkan kerajaan atau BNM kerugian sekitar RM10-15 billion. Mahu atau tidak Mahathir turut terheret sama dalam kancah peperangan politik sumbing lagi bebal. Ironinya ketika kes berkenaan berlaku, Najib turut berada dalam kabinet Mahathir! Ketirisan yang berlaku lebih dua dekad lalu digali semahunya. Untuk berlaku adil, penulis akan membuat perbandingan kesan kedua skandal berkenaan terhadap masyarakat dan negara tanpa prejudis.

Adalah dianggarkan HUTANG LUAR NEGARA TERKINI PADA SUKU KE 4 TAHUN 2016 bernilai RM908.7 billion manakala RIZAB BANK NEGARA pula hanya RM450.5 billion. (Sumber ; Economic & Financial Data for Malaysia (BNM) 17 MAC 2017) melibatkan hutang kerajaan yang kronik, yang memungkinkan keterlibatan liabiliti 1MDB. Ini bermakna peningkatan berkali-kali ganda semenjak Najib mengambil alih tampuk sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri Malaysia. Tidak perlulah kita bersurah tentang ekonomi mikro dan makro, yang memuingkan otak.

Wanita bekerjaya berhenti kerja, teruskan perniagaan atas talian


 Wanita bekerjaya berhenti kerja, teruskan perniagaan atas talian
Norfadillah M. Nasir sanggup melepaskan jawatan tetap kerana merasakan tidak berbaloi dengan kos tambahan lain dan meneruskan perniagaan secara dalam talian. 
KETIKA ekonomi merosot pada 2015, ditambah pula dengan banyak syarikat yang mengambil langkah mengurangkan pekerja bagi menampung kos operasi, Norfadillah M. Nasir terpaksa mengambil keputusan berhenti kerja ekoran gaji yang diterimanya tidak berbaloi.
Katanya, dia juga mendapati keadaan syarikat penerbitan yang dia bekerja itu dalam keadaan tidak stabil dan akan memberhentikan beberapa pekerja.
Berpendidikan ijazah dalam bidang teknologi percetakan dengan empat tahun pengalaman bekerja, Norfadillah berkata dengan gaji RM1,800 sebulan (sebelum ditolak KWSP) tidak berbaloi, lantas dia memberanikan diri mengambil risiko melakukan perniagaan atas talian sambal hitam dengan bermodalkan RM500.
Pada masa sama dia turut melakukan kerja bebas sebagai pereka grafik.
“Selepas lahirkan anak kedua saya pada 2015, saya berhenti kerja sebab tak rasa berbaloi dengan ekonomi dan gaji.
“Pernah cuba mohon kerja tempat lain tapi pereka grafik sekarang permintaan semakin berkurang,” kata pengusaha Sambal Tun Teja itu kepada The Malaysian Insight.
Menurut Payscale.com, kadar purata kenaikan gaji Malaysia hanya sekitar 3.5% berbanding Indonesia 9.8%, Singapura 12% dan Thailand 5.8% dalam tempoh sama.
Katanya, kos yang dibelanjakan sewaktunya bekerja untuk sebulan; tol – RM160, petrol – RM440, taska anak – RM350, makan tengah hari – RM300.
“Bekerja sendiri pendapatan kita kira bonus. Tak ada tolak apa-apa. Cuma kos internet sahaja. Itu pun baru 64 ringgit,” jelasnya.
Norfadillah berkata, kiraan kasar pendapatan atas taliannya hanya memerlukan kos petrol, bahan basah dan tenaga dan kini menjana untung bersih sekurang-kurangnya RM1,500 daripada penjualan sambalnya itu.
“Tiada kos anak. Minyak kereta pun baru berapa sahaja yang diperlukan - 200 ringgit. Kalau belanja barangan basah semua suami yang uruskan,” katanya.
Tiada gaji bulanan, hampir putus asa
Namun berhenti kerja dan memulakan perniagaan atas talian bukan perkara mudah. Ia bukan seindah membaca kejayaan orang lain di luar sana dan berjaya dengan sekelip mata.
“Pelbagai komen negatif dan positif kita boleh baca dalam komen (media sosial). Ada pelanggan yang bandingkan harga produk saya dan harga produk lain.
“Mereka kata mahal 10 ringgit sebotol. Tapi saya tak boleh nak turunkan harga sebab saya guna produk yang berkualiti,” katanya.
Kini dia mengembangkan produknya ke tiga lagi jenis sambal iaitu sambal tumis ikan bilis, sambal hijau dan pes sambal dan mendapat kepercayaan dari pelanggannya.
“Bila macam-macam dugaan saya pun sampai was-was dengan keputusan saya ‘betul ke apa yang aku buat ni?’ Sebab nak yakinkan orang ramai dengan produk kita memang susah,” katanya.
Ia turut dirasai pengusaha perniagaan atas talian Normadihah Ibrahim yang berkata tahun pertama berniaga merupakan tahun yang mencabar dan penuh tekanan.

Agihan kerusi PH ikut muafakat komponen, kata Azmin



Azmin Ali PKRPerbincangan pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diputuskan menerusi perbincangan secara muafakat dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perbincangan dijalankan membabitkan rundingan komponen semua parti bagi membolehkan Pakatan berjaya menawan Putrajaya pada PRU depan.
“Ini proses berterusan, perlu rasa adanya permuafakatan Pembangkang untuk melihat kemenangan dapat dicapai pada pilihanraya akan datang.
“Strategi perlu diatur melihat kemenangan itu dan telah saya nyatakan bahawa rundingan ini terus berjalan dan akan dilaporkan kepada semua pihak untuk mencapai objektif (kejayaan) itu,” katanya seperti dipetik Selangorkini.
Timbalan Presiden PKR itu diminta mengulas berhubung lantikan Majlis Presiden Pakatan Harapan yang meletakkan beliau selaku Naib Presiden dan bertanggungjawab berkait aspek pilihan raya.
Pakatan Harapan dalam sidang medianya Khamis lalu mengumumkan pelantikan Azmin dibuat bagi mengukuhkan lagi jawatankuasa pilihan raya yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Gabungan itu turut menamakan Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin sebagai Ketua Wanita Pakatan Harapan.
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan, penstrukturan baru tu dibuat bagi mengisi kekosongan dalam struktur kepimpinan semasa.

Skandal 1MDB: Najib puji PAS amal politik matang, tidak semberono

Najib berkata PAS mengamalkan prinsip 'tabbayun' iaitu parti itu membuat siasatan terlebih dahulu dan barulah ia membuat kesimpulan atau keputusan terhadap sesuatu isu.
najib-pasMACHANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata PAS yang kini mengamalkan politik matang dan konstruktif tidak lagi membuat serangan semberono terhadap sesuatu isu.
Beliau berkata PAS mengamalkan prinsip ‘tabbayun’ iaitu parti itu membuat siasatan terlebih dahulu dan barulah ia membuat kesimpulan atau keputusan terhadap sesuatu isu.
“Dalam hal isu 1MDB (1Malaysia Development Bhd) dia (PAS) panggil (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB) Arul Kanda (Kandasamy) dan selepas penjelasan oleh Arul Kanda, baru dia buat pendirian dia.
“Pendirian dia ialah memahami bahawa kita perlu beri peluang kepada 1MDB untuk melaksanakan pelan rasionalisasinya dan apabila berjaya nanti bererti masalah 1MDB boleh selesai,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perdana Menteri Bersama Rakyat dan pelancaran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Parlimen Machang di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Machang di sini, hari ini.
Pada majlis itu, Najib yang juga presiden Umno turut merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Machang.
Perdana menteri yang dalam lawatan kerja sehari ke Kelantan berkata, hasil daripada kematangan dalam berpolitik itu menjadikan PAS parti pembangkang yang konstruktif.
“Kita bersaing (berlawan) tetapi dalam hal-hal tertentu yang boleh memberi manfaat dan kebajikan, kita boleh bekerjasama,” katanya.
Ditanya adakah kerjasama itu akan melangkah lebih jauh iaitu kerjasama politik, Najib berkata: “Itu tak tahu lagi, kita tengok keadaan.”
Baru-baru ini, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata pihaknya berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Arul Kanda mengenai hutang yang ditanggung oleh 1MDB dan pelan rasionalisasi hutang tersebut, hasil sidang meja bulat yang diadakan di Kuala Lumpur.

Rosmah: Kerana Mat Rempit, Najib mengamuk tak boleh tidur

Izzah: Lamanya nak tunggu SPRM...

Kecewa DOJ buka siasatan jenayah kes 1MDB: Izzah

Johor tak akan jadi P Pinang kedua, kata Khaled

RAFIZI RAMLI: (KOTA SARANG SEMUT) JELAJAH BINA SEMULA NEGARA

Exco direman, penyokong laung 'SPRM jangan buli!'

Guan Eng yakin Exco yang direman 'bersih'

RAFIZI RAMLI (FULL): (KOTA SARANG SEMUT) JELAJAH BINA SEMULA NEGARA

Buat kuih pun pakai duit, Rosmah jawab pengkritik


'Gelora Pagoh tak melarat, UMNO Johor tak retak' - Khaled Nordin

AKTA 164 - PAS Terima Kaaih Kepada BN

Skandal 1MDB: Siasatan jenayah wang curi 1MDB bukti isu serius

Tindakan Amerika Syarikat (AS) memulakan siasatan jenayah terhadap wang yang didakwa dicuri daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuktikan, isu itu di tahap lebih serius.
Peguam dan pakar undang-undang, Syahredzan Johan berkata, berkemungkinan AS  menemui dokumen baharu yang diyakini bukti kukuh untuk dikemukakan di mahkamah jenayah.
“Tindakan ini membuktikan AS serius menangani isu 1MDB. Kalau kita lihat, tindakan DOJ (Jabatan Kehakiman) AS memfailkan saman sivil sebelum ini juga disifatkan antara tindakan terbesar DOJ dalam isu ini.
“Mungkin mereka mendapat bukti yang dirasakan cukup kukuh untuk dikemukakan di mahkamah jenayah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mengulas lanjut, Syahredzan berkata, siasatan jenayah itu dilihat sebagai satu tindakan lebih serius berbanding saman sivil yang dikenakan atas 1MDB.
“Saman sivil tidak melibatkan pendakwaan terhadap individu tetapi hanya digunakan untuk merampas harta benda yang didapati terlibat dalam kesalahan jenayah tersebut. Berbanding siasatan jenayah, beberapa individu berkaitan akan didakwa di mahkamah.    
“Bagaimanapun, siapa yang akan didakwa dan apa tindakan yang akan diambil masih belum dinyatakan lagi oleh AS,” katanya.
Beliau berkata, kesan tindakan siasatan itu bergantung kepada individu yang bakal disiasat dan tindakan yang akan dikenakan.
“Sekiranya siasatan jenayah itu ada kaitan dengan individu yang sering dinamakan seperti Jho low dan sebagainya, maka dakwaan yang dilemparkan terhadap 1MDB sebelum ini adalah terbukti.
“Ini akan memberi impak besar terutamanya dari aspek politik. Isu ini sering ditimbulkan terutamanya daripada pembangkang.  Saya kurang nampak isu ini beri kesan secara terus kepada negara,” katanya.

Bidang kuasa tidak jelas punca kontroversi ‘bin Abdullah’


Bidang kuasa tidak jelas punca kontroversi ‘bin Abdullah’
Bekas peguam negara Abu Talib Othman berkata pengasingan bidang kuasa antara mahkamah sivil dan syariah yang kurang jelas menyebabkan kontroversi “bin Abdullah” kepada anak luar nikah. 
PERSOALAN mengenai hak kerajaan memberi nama “bin Abdullah” kepada anak luar nikah berpunca daripada pengasingan bidang kuasa antara mahkamah sivil dan syariah yang kurang jelas, kata bekas peguam negara Abu Talib Othman.
Beliau berkata kontroversi itu juga berlaku kerana keputusan hakim yang berubah-ubah dalam kes hak penjagaan anak yang melibatkan salah seorang ibu bapa yang beragama Islam.
“Mereka tidak mahu membuat keputusan yang jelas. Mereka mengelak, itu sebabnya kita ada keputusan yang saling bercanggah (antara satu sama lain),” katanya dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insight.
Mahkamah Rayuan dalam penghakiman penting pada 27 Julai, menerima rayuan sepasang suami isteri yang memohon kepada ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membenarkan seorang kanak-kanak Islam tidak sah taraf dibinkan dengan nama bapanya.
Ketua pengarah JPN Mohd Yazid Ramli dalam reaksinya berkata jabatan itu akan terus menggunakan nama bapa “Abdullah” untuk mendaftarkan anak luar nikah sehingga kes dimuktamadkan di Mahkamah Persekutuan.
Ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustapha berkata pihaknya akan meneruskan penasaban anak tidak sah saraf orang Islam seperti sedia ada, selaras dengan ketetapan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Badan Peguam Malaysia, ahli Parlimen dan pertubuhan hak asasi manusia mengutuk kedua-dua kenyataan itu sebagai menghina mahkamah.
“Malang sungguh ketua pendaftar tampaknya tidak gembira untuk menerima penghakiman itu. Bagi saya, tindakannya itu jelas menghina mahkamah.
“Macam mana anda boleh tidak hormat keputusan mahkamah ketika mana kerajaan berikrar mematuhi kedaulatan undang-undang,” katanya.
Berikut petikan wawancara berkenaan:
TMI: Apabila Klausa 88A digugurkan daripada rang undang-undang pindaan (Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976), agama anak selepas ibu atau bapanya memeluk agama Islam masih tidak berjawab. Tidakkah undang-undang mengenai hal ini sepatutnya lebih jelas?
Abu Talib: Isunya sekarang Malaysia mengiktiraf sistem dwikehakiman: sivil dan syariah. Ia menimbulkan banyak kekeliruan. Untuk mengatasinya, semasa saya jadi peguam negara, saya cadangkan pindaan kepada Perlembagaan yang menjadikan mahkamah sivil tiada bidang kuasa terhadap hal yang jatuh di bawah bidang kuasa mahkamah syariah.
TMI: Tetapi bagaimana dengan kes apabila salah seorang ibu atau bapa bukan beragama Islam?
Abu Talib: Malangnya, hakim yang mengendalikan kes ini mengelak, tidak membuat keputusan tuntas. Mereka mengelak. Itu sebabnya kita dapat keputusan yang bercanggah (antara satu sama lain).
TMI: Adakah rang undang-undang dibuat tergesa-gesa?
Abu Talib: Saya tidak tahu. Saya kira mereka sudah membincangkannya untuk satu tempoh yang lama, merujuk pakar dan sebagainya. Itu yang saya baca di akhbar. Mereka berunding dengan hakim syarie, ada banyak rundingan. Jakim mengendalikan banyak rundingan sebelum mereka sampai pada cadangan untuk meminda undang-undang. Itu yang saya baca di akhbar.

Ketegangan AS-Korea Utara beri tekanan ke atas Bursa Malaysia

Sentimen berhati-hati berikutan ancaman nuklear di samping kejatuhan harga komoditi serta penyusutan ringgit berbanding dolar AS akan terus menyebabkan pelabur enggan memasuki pasaran.
Nazri-Khan-Adam-Khan-1
KUALA LUMPUR: Trend menurun di Bursa Malaysia dijangka berterusan minggu depan ketika selera risiko untuk ekuiti kekal lembap kerana penggiat pasaran menunggu perkembangan positif daripada ketegangan geopolitik Amerika Syarikat-Korea Utara bagi meningkatkan sentimen.
Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, sentimen berhati-hati berikutan ancaman nuklear di samping kejatuhan harga komoditi serta penyusutan ringgit berbanding dolar US, akan terus menyebabkan pelabur enggan memasuki pasaran.
Bagaimanapun, katanya, keadaan ekonomi yang lembap hanya untuk sementara kerana penganalisis berpendapat, ia hanya retorik dan kewarasan (berkaitan ancaman pelancaran peluru berpandu) akan kekal.
“Di pasaran tempatan, asas ekonomi masih kukuh dengan pertumbuhan eksport yang mantap baru-baru ini, antara prestasi terbaik serta beberapa pengumuman pendapatan korporat yang positif. Saya berpendapat Bursa akan kembali neutral minggu depan,” katanya kepada Bernama.

'Jangan jadikan Malaysia satelit China'


Malaysia China
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diingatkan agar tidak terburu-buru ingin menjadikan Malaysia sebagai satelit China yang baharu dengan menerima tawaran untuk membina Pusat Tindak Balas Perisikan Wilayah yang dilengkapi radar pengawasan dan sistem peluru berpandu.
Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub berkata, penempatan radar dan sistem peluru berpandu itu dikhuatiri akan mengheret negara ke kancah konflik kuasa besar dunia.
Salahuddin Ayub 340"Tawaran itu adalah momentum negara tembok besar itu dalam memperkukuhkan pencerobohannya di Laut China Selatan.
"Pertemuan November ini bersama Presiden China berhubung tawaran China perlu diperhalusi sedalam-dalamnya agar nanti Malaysia tidak akan terheret sama dalam kancah perebutan kuasa besar dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Memetik sumber pegawai kanan kerajaan Malaysia, The Straits Times Singapura melaporkan, cadangan penempatan radar dan sistem peluru berpandu itu disentuh secara ringkas ketika perbincangan antara Najib dan Kaunselor Negara China, Wang Yong, selepas majlis pecah tanah pembinaan rojek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Khamis lalu.
Straits Times berkata, sumber itu memberitahu bahawa perbincangan mengenainya masih berjalan dan keputusan muktamad akan diketahui selepas Najib bertemu Presiden China, Xi Jinping, yang dijangka melakukan lawatan rasmi ke Malaysia, November ini.
Kerajaan komunis China dilaporkan menawarkan sehingga 12 unit sistem pelancar roket pelbagai guna (MLRS) jenis AR3 kepada Malaysia.
Laporan Asia Maritime Transparency Initiative (AMTI) menyatakan bahawa China hampir menyiapkan lebih 20 struktur bangunan di tujuh pulau buatan di lokasi yang menjadi perebutan di sekitar Laut China Selatan.

Amaran pakar hartanah: Pinjaman rumah 2 generasi idea buruk

Ernest Cheong berkata, mengikat seorang anak yang masih belum melalui kehidupan mereka sendiri, adalah serupa dengan tindakan mengikat mereka dengan komitmen yang mereka tidak mahu.
Ernest-Cheong_Property-price_600
KUALA LUMPUR: Sementara pinjaman rumah dwigenerasi kelihatan menawan, pakar hartanah veteran menasihatkan ibu bapa harus menjauhkan diri daripada kemudahan itu sama sekali kerana ia boleh mengikat, sekali gus membebankan anak mereka.
Di negara-negara seperti United Kingdom, Jepun dan Sweden, pinjaman dwigenerasi atau pinjaman antara generasi yang dikenali di sesetengah negara, membolehkan ibu bapa dan anak mereka mengambil pinjaman untuk rumah bagi 1 tempoh gadai janji yang lebih lama.
“Pada dasarnya, generasi muda hari ini mungkin tidak mempunyai cukup wang untuk membeli harta atau layak untuk pinjaman.
“Sebaliknya, ibu bapa mereka mempunyai keupayaan kewangan untuk mendapatkan pinjaman, tetapi mungkin terlalu tua untuk memenuhi syarat untuk mereka sendiri, ” kata Ernest Cheong, juruukur yang mempunyai pengalaman 40 tahun.
Cheong berkata walaupun tempoh gadai janji untuk pinjaman dwigenerasi lebih lama daripada pinjaman konvensional, bayaran balik pinjaman juga lebih tinggi.
Di Malaysia, sekurang-kurangnya sebuah bank menawarkan pinjaman dwigenerasi untuk ibu bapa dan anak-anak berumur 21 tahun yang masih dalam institusi pembelajaran.
“Dengan harga semasa rumah dan ketidakupayaan banyak pihak untuk layak bagi pinjaman mereka sendiri, idea pinjaman dwigenerasi kelihatan baik,” kata Cheong.
Bagaimanapun menurut Cheong, mengikat seorang anak yang masih belum melalui kehidupan mereka sendiri, adalah serupa dengan tindakan mengikat mereka dengan komitmen yang mereka tidak mahu.
“Generasi hari ini, khususnya alaf baharu, membuat pilihan kehidupan yang berbeza daripada generasi terdahulu.
“Mereka cenderung untuk berkahwin lewat, mempunyai anak-anak lewat, mereka mahukan lebih banyak pergerakan dan pengalaman, jadi membeli sesuatu harta bukan keutamaan.”
Tambahan pula, Cheong berkata, ramai graduan sudah mula bekerja dengan pinjaman pengajian.
“Saya percaya mereka yang berfikir tentang mengambil pinjaman dwigenerasi akan mempertimbangkan implikasi penuh tindakan mereka.

Siasatan LHDN bukan motifkan politik, Johari jawab Dr Mahathir

Sehubungan Johari mencabar mereka yang menuduh LHDN mengambil tindakan kerana politik agar membuktikan dakwaan mereka.
Johari-Abdul_mahathir_lhdn_600
KOTA KINABALU: Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menafikan dakwaan kononnya siasatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap 3 anak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini bermotifkan politik.
Sehubungan itu, Johari mencabar mereka yang menuduh LHDN mengambil tindakan kerana politik agar membuktikan dakwaan mereka.
Sumber-sumber memberitahu FMT sebelum LHDN menyerbu syarikat-syarikat milik 3 anak Dr Mahathir Selasa lalu.
Berikutan serbuan itu, ahli keluarga Dr Mahathir dan pembangkang mengkritik langkah tersebut, dengan mengatakan LHDN telah menjalankan siasatan selektif.
Kelmarin, Dr Mahathir berkata siri serbuan yang dilakukan LHDN terhadap beberapa syarikat melibatkan anaknya menunjukkan kerajaan sanggup menyalah guna kuasa yang ada padanya dengan berlaku berat sebelah.
“Mereka ada hak, boleh buat apa sahaja. Kerajaan ada kuasa untuk disalah guna,” kata Pengerusi Pakatan Harapan itu.
Bekas perdana menteri itu berkata tindakan serupa juga mungkin diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dr Mahathir berkata beliau mengalu-alukan tindakan itu tetapi berharap ia akan dipanjangkan kepada Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya.
Pada hari yang sama syarikat Datuk Mokhzani Mahathir, Kencana Capital Sdn Bhd diserbu LHDN, 2 lagi syarikat yang ada kaitan dengan anak Mahathir turut menjadi sasaran, menurut sumber yang rapat dengan keluarga bekas perdana menteri itu.
FMT difahamkan LHDN turut menyerbu Opcom Holdings Berhad dan Crescent Capital Sdn Bhd.
Opcom merupakan sebuah syarikat ditubuhkan pada November 1994 dan terlibat dalam pendawaian fiber optik. Ia dipengerusikan oleh Mokhzani yang juga ketua pegawai eksekutif (CEO), sementara Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah salah seorang pemegang sahamnya.
Seorang lagi anak lelaki Dr Mahathir, Mirzan Mahathir, disenaraikan sebagai CEO Crescent Capital, sebuah syarikat pelaburan dan perunding kewangan.
Mengulas lanjut, Johari berkata: “LHDN adalah agensi bebas dan bebas dari pengaruh parti politik.”
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam mengenai ekonomi Malaysia anjuran Universiti Malaysia Sabah di sini semalam, katanya, “ia menyiasat semua orang.”
“Selagi ia mempunyai maklumat lengkap, ia akan menjalankan siasatan. Tiada siapa yang boleh mengarah LHDN menjalankan siasatan. Jika seseorang tidak melakukan apa-apa kesalahan, maka dia tidak perlu risau.
“(Ia) bukan sesuatu yang LHDN hanya dilakukan pada hari ini. Ia telah menyiasat banyak syarikat besar, industri dan gudang setiap tahun. Ia mempunyai program dan prosesnya sendiri,” kata Johari.
Johari berkata walaupun melibatkan syarikat berkaitan kerajaan LHDN tetap akan menjalankan siasatan jika perlu.

Kaji selidik tunjuk PH mampu ambil alih Kedah, kata Rafizi


Bina semula negara di Kedah
Pakatan Harapan (PH) mampu menerajui Kedah sekali lagi  seperti yang diraih Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum ke-12.
Keyakinan ini adalah berdasarkan kepada sambutan yang amat memberangsangkan kepada PH di negeri Jelapang Padi itu.
Naib Preisiden PKR Rafizi Ramli berkata, keyakinan yang dizahirkan bukan merupakan suatu telahan semata-mata, malah ia adalah bersandarkan kepada kempen, turun padang dan pertemuan dengan rakyat negeri itu.
"Selain itu kita juga optimis berdasarkan kepada gerak kerja yang dilaksanakan oleh jentera PH.
"Ini turut berkait rapat dengan kaji selidik yang dilakukan setiap bulan sejak sekian lama.
"Ia menunjukkan bahawa Kedah mampu untuk dirampas kembali dalam pilihan raya umum yang akan datang tidak lama lagi," katanya dalam program Jelajah Invoke 'Bina Semula Negara' di Alor Setar semalam.
Peluang lebih besar 
Ahli Parlimen Pandan itu juga berkata, walaupun kewujudan pertandingan secara tiga penjuru, PH masih mempunyai peluang bagi memenangi banyak kerusi yang dipertandingkan di Kedah.
"PH akan berusaha semaksima mungkin bagi memastikan lebih banyak kerusi yang akan dimenangi dalam pilihan raya ke-14 nanti.
"Yang menjadi sasaran kita ialah memenangi sebanyak mungkin kerusi sehingga menjadikan Umno dan BN sebagai pembangkang yang baru.
"Kedah bukan saja berpotensi untuk dimenangi oleh PH jika dibezakan dengan negeri-negeri lain, sebaliknya mempunyai peluang yang lebih besar kali ini, " tegasnya lagi.
Selain itu katanya, rakyat Kedah semakin muak dengan pelbagai kerenah dan ketirisan yang menjadi amalan pimpinan Umno dan BN ketika ini.
"Yang hidup dengan kais pagi makan pagi, masih ramai tanpa mendapat pembelaan dari kerajaan.
"Nasib penoreh getah sehingga kini masih lagi tidak dapat dibela oleh kerajaan termasuklah di negeri Kedah.

Muslimat Pas upah 'Ustazah Hamidah', 'Mujahidah Pas'?


Penafian Nasrudin sebelum ini tentang tentera siber Ustazah Hamidah
Tular di media sosial kenyataan yang dikatakan untuk sebaran dalaman berhubung status kumpulan cybertrooper atau tentera siber yang dibayar oleh Dewan Muslimat Pas Pusat.
Kenyataan individu yang dinamakan sebagai Intan Noor Khairani Shamsudin memaklumkan sayap parti tersebut membiayai laman Facebook, Ustazah Hamidah dan Mujahidah Pas.
Beliau yang mendakwa berjawatan sebagai Jabatan Pembangunan Pelajar dan Mahasiswa di Dewan Muslimat Pas memberitahu kedua-dua laman itu sebagai serampang dua mata iaitu menyerang musuh-musuh Pas secara agresif serta bagi mewujudkan psikologi terbalik terhadap penyokong AMANAH dan golongan atas pagar.
Menurutnya, bagi tujuan pertama sasaran ditujukan kepada penyokong tegar AMANAH dan parti pembangkang lain manakala untuk matlamat kedua menumpukan kelompok penyokong AMANAH dan atas pagar yang percaya kedua-dua laman itu dihasilkan pihak mereka sendiri.
Jelas individu itu, penyokong AMANAH dan atas pagar dijangka akan marah kepada AMANAH kerana memfitnah Pas sebelum bertindak kembali menyokong Pas atau sekurang-kurangnya tidak akan aktif lagi dengan AMANAH.
"Terdapat kekeliruan daripada kalangan ahli dan penyokong Pas terhadap posting-posting yang telah dimuat naikkan ke dalam dua halaman tersebut di mana ada yang mengatakan dua halaman tersebut adalah dibuat oleh musuh politik Pas kerana posting-postingnya yang agak keras terhadap parti Pan, PKR, DAP dan PPBM.
"Untuk makluman dua halaman tersebut adalah dikendalikan oleh petugas-petugas cyber berbayar di bawah Dewan Muslimat Pas yang telah mendapat persetujuan daripada pihak pimpinan," akuinya.
Turut memperincikan struktur 'Team Mujahidah Pas', kenyataan tersebut mendedahkan kumpulan itu terdiri daripada beberapa petugas berbayar daripada kalangan penuntut universiti yang beroperasi di sebuah bilik gerakan (War Room).
Menurut individu itu lagi, tugas mereka termasuklah mengendalikan kerja-kerja siber seperti menulis blog, membuat akaun akaun palsu Facebook, sebaran di WhatsApp dan pelbagai hak propaganda mengikut arahan parti dari semasa ke semasa.
'Mungkin Midah akan berhenti'
Pada 9 Ogos lalu, laman Facebook Ustazah Hamidah memberitahu telah mendapat panggilan telefon daripada salah seorang pimpinan Muslimat Pas.
"Beliau mengarahkan Midah jangan membuat posting-posting yang terlalu keras terhadap Pan khususnya dan PH (Pakatan Harapan) amnya.

SPRM jangan jadi ‘pak turut’, perlu bebas!

Gejala rasuah semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini dan ia dibuktikan dengan peningkatan nilai rampasan wang tunai hasil operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ahli Parlimen Kampar, Dr Ko Chung Sen yang membangkitkan kebimbangan itu berkata, sejumlah RM779.66 juta wang rasuah berjaya dirampas SPRM dari tahun 2013 hingga 2017 berdasarkan jawapan kerajaan di Parlimen.
“Ia merupakan peningkatan besar berbanding dalam tempoh 2009-2013 dengan nilai rampasan berjumlah RM17,083,729.91 berdasarkan jawapan kepada soalan yang sama dibangkitkan saya pada Oktober 2013.
“Ia meningkat mendadak sebanyak 4,463 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jumlah nilai rampasan yang dinyatakan itu, katanya lagi, tidak mengambil kira skandal mega membabitkan syarikat dana berdaulat negara, 1MDB dan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).
“Integriti Kewangan Global (GFI) dalam laporannya mendakwa Malaysia pada awal tahun ini kehilangan lebih satu trilion ringgit membabitkan wang haram dalam tempoh 10 tahun dari 2005 hingga 2014 dengan peratusan besarnya adalah wang rasuah,” katanya.
Sehubungan itu, Dr Ko yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Perak berkata, SPRM perlu diberi kebebasan penuh serta lebih kuasa untuk mendakwa lebih ramai individu yang terlibat dengan gejala rasuah.
Katanya, SPRM tidak harus sekadar menjadi badan kerajaan yang hanya melaporkan kepada Perdana Menteri yang diketahui turut terbabit dalam skandal mega.
Sejumlah AS$681 juta dipindahkan secara haram ke akaun peribadi milik “Malaysian Official 1” atau “MO1” yang disebut sebanyak 32 kali dalam dokumen saman sivil yang dikeluarkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) pada Julai 2016.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahmad Dahlan mengesahkan bahawa “MO1” adalah Perdana Menteri.

Forum Nothing to Hide 2.0: Adakah Najib akan bersembunyi lagi?

Forum Nothing To Hide 2.0 yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini akan menjadi saksi sama ada Datuk Seri Najib Razak berani untuk berdepan mentor lamanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini mengepalai pakatan pembangkang.
Perdana Menteri itu sebelum ini gagal menghadiri acara yang sama pada 2015 selepas dinasihati pihak polis yang kononnya bimbang akan keselamatan pemimpin itu, walaupun Presiden UMNO itu pada awalnya telah menyatakan kesungguhan untuk menyertainya.
Forum yang dianjurkan sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), ARMADA itu akan berlangsung selama tiga jam bermula tiga petang pada Ahad ini (13 Ogos 2017) di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor dekat Shah Alam.
Sepucuk surat telah dihantar ke pejabat Najib pada 19 Julai lepas namun sehingga kini tidak dibalas. Pihak penganjur bagaimanapun optimis bahawa pemimpin UMNO itu akan membuat penampilan mengejut di acara berkenaan.
Turut dijangka hadir adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali di samping pimpinan HARAPAN yang lain.
“Kami masih beranggapan Najib akan hadir pada program tersebut kerana beliau ternyata berdiam diri dan mengelak untuk memaklumkan mengenai kehadiran beliau, malah kepada pihak media hingga ke saat ini,” kata Ahli exco ARMADA, Mohd Ashraf Mustaqim.

7 hujah AMANAH bidas dakwaan ‘merapu’ AJK Pas Pusat mengenai RUU 164

KUALA LUMPUR: Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH, Ustaz Zolkharnain Abidin menyifatkan dakwaan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Riduan Mohd Nor kononnya AMANAH menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164) sebagai merapu.
“Dalam tulisannya, Riduan Md Nor (RMN) menyerang AMANAH secara merapu berkaitan isu pindaan Akta 164, apabila dia berkata pindaan akta itu membahayakan kepentingan umat Islam di negara ini, dan AMANAH menyokongnya,” ujarnya.
Menasihatkan pemimpin Pas itu supaya tidak merapu, beliau menyenaraikan tujuh hujah membidas dakwaan Riduan yang menuduh Ahli Parlimen beragama Islam dari AMANAH dan PKR tidak menyertai Ahli Parlimen Pas mengambil bahagian membantah usul pindaan tersebut.
Ustaz Zolkharnain berkata, jika seorang anak dilahirkan oleh ibu bapa Islam, anak tersebut secara langsung beragama Islam memandangkan peruntukan yang dicadang akan dimasukkan ialah jika anak bawah umur yang salah seorang ibu bapanya memeluk Islam, anak itu tidak terus menjadi Islam.
“Mana ada dalam akta itu peruntukan sebaliknya. Tetapi, seksyen itu ditarik balik. Jika tidak ditarik balik sekalipun, seksyen itu dibuat demi maslahah anak di bawah umur itu iaitu mendapat kasih sayang dan penjagaan yang sepatutnya,” jelas beliau.
Menurutnya, tidak boleh berlaku orang bukan Islam yang mahu berkahwin dengan orang Islam tidak perlu memeluk Islam kerana orang Islam yang ingin berkahwin perlu membuat permohonan.
“Jika orang Islam memohon untuk berkahwin dengan orang bukan Islam, permohonannya akan ditolak. Macam mana perkahwinan akan berlaku jika permohonan ditolak?” bidasnya.
Terdahulu, Riduan dalam tulisannya mendakwa orang bukan Islam tidak dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam.
Dakwaan pemimpin Pas berkenaan kononnya orang Islam hendaklah dibenarkan keluar dari Islam jika ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang juga dilihat sebagai merapu.

1MDB tunggu BN kalah sahaja

Oleh Subky Latif 

SISTEM pemerintahan Malaysia berada di jalan buntu bagi mengendalikan skandal 1MDB yang sudah makan masa bertahun-tahun sekarang.
    
Kerajaan BN adalah kerajaan yang sudah sinonim rasuah, tetapi kerajaan Najib lebih teruk sinonim dengan puaka 1MDB, satu rompakan besar kerajaan oleh kerajaan BN yang tiada siapa tahu untuk menyelesaikannya.
     
Semua tahu sejak mulai lagi, sebaik saja Najib mengambil alih kuasa, 1MDB dibentuk sebagai badan pelaburan Kementerian Kewangan, yang tidak menjalankan urusan pelaburan sangat tetapi jadi badan merompak Kementerian Kewangan.
    
Keburukan syarikat Najib itu diketahui oleh semua, rakayt jelata, sekalian pemimpin dan ahli-ahli UMNO, seisi keluarga Njib sendiri, bahkan oleh  setiap keluarga istana. Baunya tidak tercium, mengalahkan bau roh  ahli maksiat yang baru mati, yang malaikat usung ke langit, melentung seisi ruang antara bumi dan langit.
   
Kalau roh yang paling busuk itu Firaun dan Abu Lahab, bau 1MDB lebih teruk. Tiada siapa yang dapat mencegah dan menghukumnya, kerana ketua perompak itu ialah Firaun dan Abu Lahab sendiri, orang paling berkuasa di muka  bumi. Mereka tidak mungkin bertindak atas diri sendiri. Jika Firaun membenarkan tindakan dikenakan ke atasnya, maka tidaklah dia bernama Firaun.
   
Semua sistem semak dan imbang dalam kerajaan telah dibuka untuk menyiasat rompakan itu, tetapi semuanya dibuka bukan untuk menyiasat tetapi untuk ditutup. Semua kaki penyiasat dibebaskan dari kerja menyiasat.
    
Peguam Negara, Gabenor Bank Negara, ketua SPRM, Ketua Audit Negara dan lain-lain tidak menyambung perkhidmatan lagi. Semua usul balik asal, 1MDB tidak diusik langsung, selagi Putrajaya di bawah BN dan selagi Najib Perdana Menteri dan menteri kewangan.
    
Saya terbaca biografi Tun Abdullah Ayub antranya menyebut, Perdana Menteri Tun Razak pernah bercadang untuk menjadi menteri kewangan, nasihat Tun Abdullah, jika menteri kewangan juga Perdana Menteri, nescaya tiada siapa dapat merayu kepada Perdana Menteri atas kelemahan menteri kewangan.
    
Tun Razak membatalkan niatnya.  Punca kerosakan ialah Perdana Menteri juga menteri kewanan.
    
PM Najib tidak menghalang pembentukan badan penyiasat, tetapi membiarkan ia tidak menyiasat. Pakar pendidikan Melayu berseminar membincangkan kerugian pendidikan Melayu jika pengajian terus dalam bahasa Inggeris. Kata Najib masa menutup seminar, kalau tuan-tuan bimbang saya lebih bimbang. Tetapi dia tak buat apa-apa.
     

Rasuah Punca Segala Masalah Negara Tidak Dapat Diselesaikan

Kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa dadah masih dianggap menjadi musuh nombor satu negara berbanding rasuah sesuatu yang amat membimbangkan negara dan rakyat.

Menurut Nur Jazlan, sindiket pengedaran dadah memberi tumpuan terhadap penglibatan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dan pelajar sekolah menengah.

Untuk makluman, sebanyak 78 peratus daripada 52,000 penagih dalam komuniti adalah orang muda berusia antara 19 hingga 39 tahun.

1. Saya percaya bahawa isu penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa dan sehingga kini masih tidak dapat diselesaikan adalah kerana wujudnya amalan rasuah serta salah guna kuasa.

Martabat negara boleh jatuh di mata dunia jika setiap kejadian di negara ini berkait rapat dengan amalan rasuah.

2. Salah satu sebab mengapa isu rasuah terus wujud adalah kerana agensi-agensi penguatkuasaan gagal melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan telus. Penyakit rasuah ini jika tidak dibendung akan menghancurkan negara. Mana mungkin negara menjadi maju kalau pemimpinnya sanggup dijual beli.

Sekarang ini juga serata dunia mengenali Malaysia disebabkan pelbagai skandal rasuah yang terpalit di negara ini termasuk skandal 1MDB yang melibatkan Malaysian Official No 1 (MO1) yang dipercayai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

3. Bagi saya kerajaan seharusnya mengisytiharkan rasuah dan salah guna kuasa sebagai musuh paling utama negara, dalam pada masa sama, jangan mengetepikan isu dadah di kalangan pelajar dan belia yang harus di diberi perhatian serius.

4. Saya amat bimbang segala pencapaian ekonomi negara akan diserang oleh penyakit rasuah yang diibaratkan seperti barah yang memakan sel demi sel secara perlahan yang akhirnya membawa kematian kepada seseorang sekiranya tiada ubat yang sesuai untuk dirawati pada jangkamasa tertentu.

SKANDAL 1MDB: SEDAR TAK SEDAR, AS$50 JUTA WANG KITA MELAYANG BEGITU SAJA

Akibat gagal menepati janji dan menangguhkan bayaran sebanyak dua kali kepada IPIC, sedar tak sedar kita sebenarnya sudah kerugian sebanyak AS$50 juta hanya dalam sekelip mata.

Berdasarkan perjanjian yang dipersetujui, 1MDB perlu membayar kepada 1PIC sebanyak AS$603 juta atau RM2,600 juta sebelum 31 Julai 2017 yang lalu.

Disebabkan gagal menunaikan janji kerana ketiadaan wang, tetapi dikatakan cuma masalah teknikal, 1MDB kemudian diberikan tempoh selama 5 hari lagi.
Selepas 5 hari, 1MDB gagal sekali lagi membuat pembayaran dan akhirnya diberikan tempoh sehingga 31 Ogos  untuk membuat pembayaran tersebut.

Tetapi, penangguhan yang diberi IPIC itu tetap ada syaratnya. Sebagaimana yang disahkan oleh Pengerusi 1MDB, Irwan Siregar Abdullah, lanjutan tempoh sehingga 31 Ogos itu adalah dengan syarat bayaran sebanyak AS$310 juta (kira-kira separuh daripada jumlah hutang AS$603 juta) perlu dibayar sebelum 12 Ogos.

Seperti yang dikehendaki, 1MDB semalam dilaporkan sudah menunaikan janjinya kepada IPIC itu, sehari lebih awal daripada tempoh 12 Ogos yang ditetapkan.

Tetapi, bayaran yang dibuat bukan AS310 juta, sebaliknya AS$360 juta.

Kenapa tiba-tiba ada tambahan jumlah sebanyak AS$50 juta atau lebih RM200 juta?

Dan sepertimana yang ditanyakan oleh Lim Kit Siang, apakah AS$50 juta lebihan itu sebenarnya merupakan faedah lewat bayar atau denda kerana gagal menepati janji?

Harus disedari bahawa 1MDB kini adalah syarikat milik Kementerian Kewangan dan ia bermakna sebarang bebannya adalah ditanggung oleh rakyat Malaysia juga.

Selain beberapa kerugian sebelum ini, kini sekali lagi kita kerugian sebanyak AS$50 juta hanya disebabkan gagal menepati janji.
Bayangkan apa boleh dilakukan dengan wang sebanyak AS$50 juta itu jika dibelanjakan untuk membantu rakyat miskin, program pendidikan, perumahan atau sebagainya?

Namun kerana kita dipimpin oleh pemimpin yang gagal, tak pasal-pasal AS$50 juta melayang begitu saja.

RUMAH UMNO JANGAN DIBIARKAN MUSNAH, SEMBANG ZAHID

TIMBALAN Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menyeru ahli Umno sama-sama mempertahankan “Rumah Umno” daripada dicerobohi oleh pihak, termasuk beberapa bekas pemimpin, yang mahu melihat parti itu musnah.
Menyamakan parti keramat berusia 71 tahun itu sebagai “rumah”, Zahid yang juga naib presiden Umno menjalankan tugas timbalan presiden, berkata sememangnya menjadi tanggungjawab ahli parti untuk mempertahankan rumah itu daripada segala ancaman.
“Kita yang berada di rumah Umno ini, memang tanggungjawab kita menentukan jika rumah kita bertingkapkan kaca, berdindingkan besi, kita tidak mahu mana-mana tokoh atau bekas pemimpin atau individu cuba membaling batu ke cermin tingkap rumah kita,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pulai di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di Johor Baru, malam tadi.
Beliau mengakui bukan mudah untuk mempertahankan “rumah Umno” yang berusia 71 tahun, namun tiang seri parti itu disifatkan masih kukuh dan perlu terus dipertahankan, selain dipermodenkan mengikut peredaran semasa.
“Rumah itu harus dipertahankan dan jangan dirobohkan untuk jadi rumah baru kerana tiang serinya masih kukuh, lantai yang mula bocor itu kita tampal dan jika boleh kita ganti lantai dengan lantai baru,” katanya.
Zahid turut mengingatkan semua ahli Umno Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang dianggap sebagai ibu kepada PRU dan merupakan satu peperangan besar bagi parti keramat itu.

EXCO PULAU PINANG DITAHAN SPRM UNTUK TUTUP SKANDAL RASUAH

PENAHANAN seorang exco Pulau Pinang semalam disifatkan satu usaha “memburu” pembangkang ketika tidak ada tindakan diambil terhadap pemimpin nasional yang didakwa terlibat dalam rasuah dan kleptokrasi, kata ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Ahli Parlimen pembangkang itu berkata penangkapan exco kebajikan, masyarakat penyayang dan alam sekitar Phee Boon Poh, seorang veteran DAP negeri itu, sesuatu yang “sangat mengejutkan”.
“Jelas ini satu usaha cari salah untuk mengalihkan perhatian daripada kleptokrasi global. Saya rasa pemimpin atasan Umno sedang gementar, naik gila.
“Macam mana dia boleh ditangkap atas surat yang didakwa, apa dia surat itu?” katanya kepada The Malaysian Insight malam tadi.
Kira-kira jam 4 petang semalam, Phee, Adun Sungai Puyu, ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa sedang memberi kenyataan di pejabat agensi itu di Pulau Pinang berhubung dakwaan menggunakan pejabat atau kedudukan untuk mendapatkan ganjaran.
Peguamnya RSN Rayer, Adun Seri Delima yang juga dari DAP yang menemani Phee berkata penahanan itu diarahkan oleh ibu pejabat SPRM di Putrajaya.
Katanya, penyiasat SPRM mahu merekodkan keterangan Phee berhubung beberapa surat berkaitan sebuah kilang haram yang beroperasi di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.
Phee sebelumnya sudah menjelaskan semua surat itu ditulis atas kapasitinya sebagai exco alam sekitar dan dia tidak menerima sebarang rasuah, tambah Rayer.
Menurut laporan media, pengurus kilang itu, 70, dan pengarahnya, 37, juga ditahan oleh SPRM pada 6.45 petang semalam apabila anak beranak itu datang ke pejabat agensi berkenaan untuk memberikan keterangan.
Penahanan Phee dibuat ketika Pakatan Harapan mengadakan siri jelajah menjelaskan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada pengundi.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) semalam menangguhkan saman sivilnya untuk menyita sejumlah aset yang didakwa diperoleh menggunakan wang yang diselewengkan daripada 1MDB, bagi memulakan siasatan kes jenayah.
Kit Siang berkata SPRM nampaknya “sedang digunakan untuk menutup amalan rasuah tingkat tertinggi’, yang merupakan satu tindakan merugikan negara.

“Ia mengesahkan ini satu kleptokrasi dan ‘kakistokrasi’ – sebuah negara yang ditadbir oleh orang yang paling teruk, sangat tidak layak, paling tidak berprinsip dan rasuah.
“Mereka akan menggunakan apa saja cara untuk menutup kleptokrasi dan skandal 1MDB,” katanya.
Sebagai pembangkang di Malaysia dengan Barisan Nasional sebagai pemerintah yang tidak pernah kalah pilihan raya, DAP sudah ditindas selama 50 tahun, kata Kit Siang, yang juga ahli Parlimen Gelang Patah.
Naib Presiden DAP Teresa Kok pula berkata beliau menjangka lebih ramai lagi exco kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang akan disiasat dan mungkin didakwa di mahkamah menjelang pilihan raya umum nanti.

Pakar Undang-undang: RUU akta kahwin bukan kekalahan kepada orang Islam

Rang Undang-undang (RUU) berhubung perkahwinan dan penceraian yang diluluskan Dewan Rakyat semalam bukan kekalahan kepada orang Islam seperti dakwaan sesetengah pihak, sebaliknya keadilan kepada orang Islam dan bukan Islam.
Profesor Undang-undang Perbandingan Syariah dan Sivil Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof. Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin berkata RUU Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2017 itu ​​​​ merupakan pengharmonian undang-undang syariah dan undang-undang sivil yang memberi keadilan kepada kedua-dua belah pihak (suami-isteri).
“RUU itu mencerminkan kecantikan Islam sebagai agama yang mengambil berat terhadap hal ehwal dan kebajikan umatnya serta orang bukan Islam,” katanya.
Zaleha yang juga rektor universiti itu berkata RUU itu ​​​harus dilihat di luar perspektif politik kerana ia adalah untuk menegakkan keadilan dan menyelesaikan pertikaian yang dialami pasangan berlainan agama setelah penceraian berlaku dan masalah itu tidak dapat diselesaikan sejak sekian lama sebelum ini.
"Saya kurang faham kenapa ada pihak-pihak yang menolak dan mengatakan ini kekalahan kepada Islam, sama ada dia tak faham atau tak mahu faham.
"Pada kita seperti juga spirit undang-undang Islam...apabila seseorang itu berkahwin, ambil secara baik, berpisah secara baik.
Tunjuk pada saya di mana kekalahan pada orang Islam, ini adalah keadilan pada Islam," katanya kepada para pemberita ketika mengulas dakwaan tersebut yang tersebar di media sosial.
Tegas Zaleha, kerajaan tidak membuat atau meminda undang-undang secara membuta tuli sebaliknya mengambil kira pandangan pelbagai pihak dalam menjamin keharmonian rakyat berbilang agama di negara ini.
Selesai pertikaian
RUU itu bertujuan meminda Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau Akta 164.
Pindaan itu bertujuan memberi ruang kepada pasangan yang berkahwin dan telah memeluk agama Islam atau seorang daripada pasangan itu yang masih berada dalam agama Islam untuk memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan di mahkamah sivil.
Ia bagi mengelak tindakan oleh sama ada suami atau isteri yang tidak mahu menamatkan sesuatu perkahwinan tetapi tidak menjalankan tanggungjawab terhadap pasangannya, anak-anak atau harta mereka.

Akta 164: Pas puji Umno, serang DAP dan AMANAH



Selepas tulisan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Riduan Mohd Nor bertajuk, 'RUU 164: Tragedi Malang Buat Umat Islam di Negara Ini' menerima kecaman banyak pihak, Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan tampil dengan kenyataan yang 'menawarkan cadangan penyelesaian'.
Akta 164Ahli Parlimen Temerloh itu bagaimanapun memulakan kenyataannya berhubung pindaan kepada Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164) dengan memuji kerajaan Umno-BN tetapi pada masa sama menyerang AMANAH dan DAP.
Beliau mendakwa kedua-dua komponen parti Pakatan Harapan itu menentang langkah untuk mengugurkan Fasal 88A yang berkaitan dengan penukaran status agama anak hanya boleh dilakukan selepas mencapai usia 18 tahun dan perlu mendapat persetujuan kedua-dua ibu bapa.
"Terlebih dahulu, saya menyampaikan ucapan penghargaan kepada pihak kerajaan kerana mendengar desakan dan tuntutan Pas, para mufti, alim ulamak, pengamal undang-undang Islam, NGO dan umat Islam untuk mengeluarkan cadangan Seksyen 88A dari draf pindaan Akta 164 baru-baru ini biar pun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak termasuk DAP dan PAN," katanya.
Singkatan 'PAN' digunakan pemimpin dan media Pas bagi merujuk kepada Parti Amanah Negara walaupun Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 1 Oktober 2015 telah meluluskan singkatan 'AMANAH'.
Nasrudin selanjutnya berkata, Pas akan mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman dalam tempoh terdekat bagi mengemukakan beberapa cadangan terhadap pindaan Akta 164 sebelum dibawa ke Dewan Negara 'demi menjaga kemaslahatan agama dan ummatnya'.
Bagi menangani apa didakwanya sebagai 'situasi pertikaian dan perselisihan yang masih wujud', beliau juga menyarankan Kluster Pengharmonian Undang-Undang Sivil-Syariah dijadikan platform untuk membincangkan semula isu berbangkit ekoran pindaan Akta 164.

TAK SERIK-SERIK MENIPU RAKYAT !!

Akan kami ingat sampai UMNO/BN terkubur pupus nnti..

Hakikatnya, menipu makanan ruji dlm Ameno !!!

FAKTA kenaikan harga RON95:
1) Sebelum guna kaedah mingguan - 16 kali naik (Sept. 2009 - Mac 2017)

2) Kaedah penentuan harga mingguan - 10 kali naik (April 2017 - 16 Ogos 2017)

Skandal 1MDB: AG diminta beri kerjasama siasatan jenayah DOJ



Pemuda AMANAH Nasional meminta Jabatan Peguam Negara memberikan kerjasama berhubung siasatan jenayah Amerika Syarikat terhadap skandal kewangan 1MDB.
Department of justice 1mdbTimbalan Ketuanya Faiz Fadzil berkata kenyataan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) yang memohon penangguhan prosiding saman 'civil forfeiture' untuk pelucutan hak aset-aset bernilai AS$1.7 bilion bagi membolehkan siasatan jenayah dijalankan pihak kerajaan Amerika Syarikat menunjukkan skandal penyelewengan 1MDB semakin serius.
"Walaupun saman tersebut dikatakan sesetengah pihak sebagai saman sivil, namun saman tersebut difailkan di bawah undang-undang jenayah Amerika Syarikat iaitu US Code 1956 Title 18 berkaitan rampasan dan penyitaan aset-aset yang diperolehi melanggari undang-undang jenayah pengubahan wang haram.
"Fakta-fakta yang didedahkan di dalam saman tersebut juga jelas suatu fakta prima facie salah laku jenayah pecah amanah, penipuan dan rasuah dilakukan pelbagai individu yang berpengaruh di Malaysia termasuk MO1, Jho Low, Riza Aziz dan beberapa pegawai tinggi 1MDB," kata Faiz dalam kenyataan.
"Kemungkinan untuk nama-nama yang disebut dalam saman tersebut disiasat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) tidak boleh diketepikan memandangkan mereka adalah saksi-saksi penting dan utama skandal 1MDB ini yang disebut dalam saman tersebut.
Justeru, Faiz meminta pihak peguam negara untuk menasihatkan MO1 dan mengarahkan Ketua Polis Negara mencari Jho Low dan Riza Aziz untuk diserahkan kepada FBI bagi membantu siasatan jika diminta berbuat demikian oleh FBI.
"Masa telah tiba untuk Peguam Negara dan Ketua Polis Negara bertindak membersihkan nama negara dan bukannya membela mana-mana individu yang berkepentingan," katanya lagi.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan mengesahkan MO1 merujuk kepada perdana menteri Najib Razak.