Jumaat, 11 Ogos 2017

Skandal 1MDB: Wang Curi 1MDB....MO1 Dan Sekutu Goyang.....

DAHULU, 21 Julai 2016.. kata Najib
"Laporan DOJ hanya tindakan sivil, bukannya jenayah"

KINI, 11 Ogos 2017.. hakikatnya
"AS mulakan siasatan jenayah terhadap wang curi 1MDB berdasarkan laporan #Doj"

Tak sabar rasanya si penyangak2 #MO1, bini MO1, Riza Aziz, Jho Low & kuncu2 yg bersubahat diheret ke muka pengadilan di atas wang curi 1MDB nanti..

Skandal 1MDB: Putrajaya tak perlu gembira ekoran keputusan DoJ

Rewcastle-Brown berkata saman sivil hanya 1 cara untuk menghalang mereka yang disyaki menggelapkan dana 1MDB daripada melupuskan aset yang diperoleh secara haram.
clare-brown-dojPutrajaya tidak perlu gembira berikutan langkah terbaru Amerika Syarikat yang tidak meneruskan saman sivil berkaitan 1MDB, kata editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam menolak saman sivil itu sedar akan ia akan membawa kepada kes jenayah melibatkan firma yang bermasalah itu.
“Ini hanyalah salah 1 daripada banyak tuntutan beliau yang mengelirukan dan palsu, yang sudah banyak kali dibuktikan,” kata Rewcastle-Brown dalam e-mel kepada FMT.
“Akhirnya kes itu akan menjadi pertuduhan jenayah,” kata wartawan yang berpusat di London.
Semalam DoJ meminta mahkamah Los Angeles agar menggantung buat sementara permohonan sivil yang bertujuan merampas aset yang diperolehi ahli perniagaan kelahiran Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low.
Menurutnya, meneruskan permohonan itu akan menjejaskan siasatan jenayah terhadap firma milik kerajaan Malaysia yang kehilangan berbilion dolar.
Seorang ejen FBI pula dilaporkan memberi amaran maklumat yang didedahkan dalam kes sivil itu mungkin mendedahkan “sasaran yang berpotensi dan subjek siasatan serta teknik siasatan yang pernah dan akan digunakan dalam siasatan.”
“Pendedahan sedemikian boleh mengakibatkan kemusnahan bukti, subjek dan sasaran yang berpotensi, atau mengenal pasti dan mengugut saksi yang berpotensi,” kata ejen itu.
Rewcastle-Brown berkata saman sivil hanya 1 cara untuk menghalang mereka yang disyaki menggelapkan dana 1MDB daripada melupuskan aset yang diperoleh secara haram.
“Tujuan penyitaan aset sentiasa menghalang penjenayah daripada membelanjakan harta mereka sebaik sahaja mereka menyedari mereka sedang disiasat dan menghadapi pendakwaan,” katanya.
Rewcastle-Brown berkata apa yang akan berlaku ke atas aset disasarkan DoJ, termasuk harta mewah dan karya seni, kini bergantung kepada hasil prosiding jenayah.
“Sekiranya mereka tidak dapat membuktikannya, maka aset itu akhirnya akan dikembalikan,” katanya.
Dalam saman sivilnya, DoJ mendakwa di antara 2009 dan 2015, lebih AS$4.5 bilion daripada 1MDB diselewengkan kepada beberapa pegawai tinggi 1MDB dan rakan mereka.

PRU14: Ibrahim Ali saran pengundi Kelantan tolak calon poligami

Bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, kebanyakkan wakil rakyat yang berpoligami dilihat lebih banyak tertumpu kepada soal peribadi daripada memikirkan soal kepentingan rakyat yang telah memilih mereka.
Dr.-Ibrahim-Ali-kelantan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Dr. Ibrahim Ali mahu pengundi di Kelantan menolak calon berpoligami yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Dipetik Utusan Online, bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, kebanyakkan wakil rakyat yang berpoligami dilihat lebih banyak tertumpu kepada soal peribadi daripada memikirkan soal kepentingan rakyat yang telah memilih mereka.
Oleh itu menurut beliau, keadaan tersebut menyebabkan rakyat terkontang-kanting ketika mereka sedang berdepan kesukaran.
Bagaimanapun dalam laporan itu tidak menyentuh sama ada saranan yang sama membabitkan bagi negeri-negeri lain. Kelantan ditadbir oleh PAS sejak PRU 1990.
“Bagi saya soal peribadi calon perlu diambil serius oleh rakyat pada pilihan raya dan bukan hanya melihat kepada lambang atau parti sahaja.
“Nak pilih pemimpin, biarlah mereka yang cakna dan sanggup mengorbankan masa pada rakyat,” kata beliau di Pengkalan Pasir, Kelantan hari ini.
Ibrahim sebelum ini pernah berkata undi seluruh ahli Perkasa bakal menjadi penentu kepada kemenangan mana-mana calon yang bertanding dalam PRU14 di negeri Kelantan.
Kata beliau, pihaknya akan mengarahkan ahli pertubuhan itu mengundi calon yang dilihat betul-betul berkualiti dan berwibawa tanpa mengira mana-mana parti politik.
Ibrahim memberitahu, langkah tersebut penting bagi mengelak rakyat di Kelantan memilih calon yang salah seterusnya tidak membawa sebarang kebaikkan kepada mereka pada masa depan.

Mampukah Barisan Nasional Menjuarai PRU14?

Keputusan pilihan raya dewan undangan negeri Tokyo menunjukkan betapa peningkatan ekonomi langsung tiada makna andai kata rakyat tidak mampu menikmati kemajuannya bahkan terpaksa menanggung peningkatan harga barang.
Ramai yang mengaku sebagai pakar dan ahli tertentu tentang perihal Malaysia, namun apabila dibedil dalam medan pertempuran yang sebenar, kelayakan dan pengalaman yang mereka ada hanya menggagalkan mereka.
Salah seorang “pakar” ini ialah Euben Paracuelles, seorang ahli ekonomi kanan di Nomura Research di Jepun.
Ahli ekonomi terkemuka dari Nomura bernama Richard Koo yang mencipta konsep balance-sheet recession. Dalam balance-sheet recession ini, syarikat-syarikat di Jepun mengumpul hutang mereka dalam dan luar negara.
Selalunya semasa tempoh gelembung ekonomi yang telah berlaku berdekad-dekad lamanya, hutang dan pinjaman Jepun akan naik mendadak beberapa ratus peratus, dengan anggapan bahawa Japan Inc, dalam ungkapan bekas perdana menteri Jepun Yasuhiro Nakasone, akan menjadi “pesawat yang tidak akan tenggelam” seperti Amerika Syarikat.
Namun begitu, Japan Inc telah tenggelam pada 1989 dan baru sahaja mula pulih.
Ironinya, meskipun berlaku kenaikan ekonomi Jepun, dengan membetulkan semula balance-sheet recession, sepertimana yang dinasihatkan oleh Richard Koo dari Nomura, dengan melibatkan pemecatan dan pengurangan hutang sektor swastanya, Parti Liberal Democratic (LDP) diketuai oleh Perdana Menteri Shinzo telah dilanda badai kekalahan dalam pilihan raya dewan undangan negeri Tokyo baru-baru ini.
Dalam erti kata lain, kemajuan ekonomi Jepun tidak memberikan apa-apa makna.
Bahkan, apabila kemajuan itu tidak dapat dinikmati dan dialami oleh rakyat secara langsung, para pengundi akan memberontak.
Takdir LDP terkam BN
Tidak hairan lah, Tomin First no Kai (Tokyo Citizens First Party) diketuai Yukiko Koike, bekas pembaca berita yang kini berumur 63, memenangi lebih daripada 176 kerusi, sebaliknya Shinzo Abe dari LDP hanya meraih 26 kerusi.
Jadi jikalau LDP mengalami kekalahan teruk di Jepun, sebuah negara yang purata pengundinya ialah 50%, walaupun terdapat kemajuan ekonomi yang kononnya diambil dari Abe-nomics, apakah terdapat peluang bagi Barisan Nasional?
Siapa Euben untuk mengatakan Barisan Nasional mampu memenangi Pilihan Raya Umum 14? Euben bukan seorang ahli ekonomi Jepun yang pakar dalam ekonomi Jepun pun, jauh sekali Malaysia.
Apa yang lebih penting ialah, analogi LDP adalah tepat. Diantara 1945 dan 1991, LDP tidak dapat dikalahkan.
Namun pada 1992, ia ditolak dengan kuasa rakyat Jepun. Semenjak hari itu sehingga kini, LDP tidak lagi mampu mengekalkan kubu pertahanan utuh di Jepun.
Takdir ini sedang menunggu untuk menerkam Barisan Nasional. Wayang kemajuan ekonomi oleh Barisan Nasional yang ditunjukkan kepada dunia adalah tidak bermakna.
Dengan skandal 1MDB, ditambah lagi keadaan yang memburukkan dan merunsingkan iaitu inflasi Malaysia meningkatkan lebih dari 5 peratus.
Ralat ramalan Euben
Dengan ringgit yang melemah dan harga minyak kurang dari AS$50 per kontena, kerajaan Malaysia sedang menjemput inflasi bertandang ke rumah, bukan sedang menghalangnya.
Dengan rizab persekutuan Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah sebanyak empat kali ganda semenjak tahun lepas, dollar Amerika Syarikat akan sentiasa teguh.
Ramalan Euben tentang RM4.30 per satu US dollar mungkinlah tepat tetapi itu bergantung kepada faktor kitaran pantulan (cyclical rebounds) dan kelestarian yang penuh kesangsian kerana tidak ada perubahan signifikan dalam struktur atau asas.
Ralat Euben tentang kenaikan 5.1% GDP pula merupakan satu lagi pandangan yang diberikan tanpa mengambil kira konteks kenaikan harga barang, dan kerajaan sudah tiada lagi jalan untuk memberikan subsidi dalam ekonomi politik di Malaysia. Ada yang mengeluh bahawa rakyat tidak boleh “makan GDP.”

Altantuya: Balu PI Bala saman semula Najib, Rosmah dan 7 lagi

Keluarga Balasubramaniam kali ini memfailkan saman terhadap Najib, isterinya Rosmah dan 7 yang lain atas alasan mengalami kesengsaraan disengajakan akibat terpaksa meninggalkan Malaysia dan tinggal di India.
A-Santamil-Selvi-najib-rosmah2PETALING JAYA: Keluarga penyiasat bebas mendiang P Balasubramaniam sekali lagi memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan 7 yang lain, kali ini atas alasan mengalami kesengsaraan disengajakan akibat terpaksa meninggalkan Malaysia dan tinggal di India.
A. Santamil Selvi, yang bertindak bagi harta pusaka Balasubramaniam dan anak mereka berkata, kesemua 9 defendan telah memaksa mereka meninggakan rumah mereka di Malaysia dan kehilangan kehidupan normal mereka, selain mengalami kerugian kewangan dan bukan kewangan.
Mereka mendakwa telah mengalami trauma dan penderitaan mental yang disebabkan oleh defendan dan kehilangan tempat berteduh di persekitaran yang biasa.
Santamil bersama-sama dengan 2 anaknya, Kishen dan Menaga menuntut ganti rugi dengan faedah kerugian yang dialami sejak Julai 2008 ekoran persekitaran dilalui mereka selama 5 tahun.
“Defendan masing-masing bertanggungjawab atas kesengasaraan atau kemudaratan disengajakan yang disebabkan dan diderita oleh plaintif,” kata mereka dalam saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bulan lepas.
Peguam Americk Sidhu berkata, peguam bagi kesemua defendan semasa pengurusan kes semalam memohon untuk membatalkan saman itu.

Skandal 1MDB: 'Pendakwaan jenayah DOJ - AG perlu bekerjasama'

Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) gesa Jabatan Peguam Negara untuk memberikan kerjasama berhubung siasatan jenayah Amerika Syarikat terhadap skandal kewangan 1MDB.
Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Faiz Fadzil berkata kenyataan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) yang memohon penangguhan prosiding saman 'civil forfeiture' untuk pelucutan hak aset-aset bernilai AS$1.7 bilion bagi membolehkan siasatan jenayah dijalankan pihak kerajaan Amerika Syarikat menunjukkan skandal penyelewengan 1MDB semakin serius.
"Walaupun saman tersebut dikatakan sesetengah pihak sebagai saman sivil, namun saman tersebut difailkan di bawah undang-undang jenayah Amerika Syarikat iaitu US Code 1956 Title 18 berkaitan rampasan dan penyitaan aset-aset yang diperolehi melanggari undang-undang jenayah pengubahan wang haram.
"Fakta-fakta yang didedahkan di dalam saman tersebut juga jelas suatu fakta prima facie salah laku jenayah pecah amanah, penipuan dan rasuah dilakukan pelbagai individu yang berpengaruh di Malaysia termasuk MO1, Jho Low, Riza Aziz dan beberapa pegawai tinggi 1MDB," kata Faiz dalam suatu kenyataan media hari ini.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan mengesahkan MO1 merujuk kepada perdana menteri Najib Razak.
"Kemungkinan untuk nama-nama yang disebut dalam saman tersebut disiasat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) tidak boleh diketepikan memandangkan mereka adalah saksi-saksi penting dan utama skandal 1MDB ini yang disebut dalam saman tersebut.
Oleh demikian, Faiz meminta pihak peguam negara untuk menasihatkan MO1 dan mengarahkan Ketua Polis Negara mencari Jho Low dan Riza Aziz untuk diserahkan kepada FBI bagi membantu siasatan jika diminta berbuat demikian oleh FBI.

RM230 Juta: Belum siasat sudah buat kesimpulan, kita akan hantar memorandum ke SPRM

Pemuda Amanah Nasional (AMANAH) mempersoalkan bagaimana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh membuat kesimpulan tiada bukti asas yang kukuh untuk mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa memiliki aset RM230 juta ketika memegang jawatan Ketua Pemuda Umno.
Naib Ketua Pemudanya Shazni Munir Mohd Ithin berkata, kedua-dua asas yang dikatakan oleh Ketua Pengarah SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad hanya boleh dikenal pasti setelah siasatan dilakukan terlebih dahulu.
"Bagaimana SPRM boleh buat kesimpulan tiada bukti kukuh tanpa memanggil pihak yang mendakwa dan didakwa? Tidakkah itu kesimpulan pra-matang?
"Kedua-dua asas yang dibangkitkan oleh Datuk Dzulkifli itu hanya boleh dikenal pasti dengan siasatan.
"Masalahnya siasatan pun belum dibuat, bagaimana beliau  boleh pasti bahawa Zahid Hamidi tidak terkait langsung dengan rasuah atau salah guna kuasa?," soalnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Dzulkifli hari ini seperti dilapor Bernama yang dipetik berkata, SPRM hanya akan menyiasat kekayaan seseorang jika dakwaan yang dibuat ke atasnya mempunyai asas di mana pemilikan kekayaan itu bersumberkan unsur rasuah dan salah guna kuasa.
Beliau berkata kekayaan atau berapa banyak duit yang dimiliki seseorang bukan suatu asas yang membawa kepada keperluan siasatan daripada suruhanjaya itu sebagaimana dakwaan Dr Mahathir.
Sebelum ini, Dr Mahathir  mendakwa Ahmad Zahid mempunyai kekayaan mencecah RM230 juta yang dimilikinya ketika memegang jawatan Ketua Pemuda Umno dan kenyataan itu telah disusuli dengan laporan polis oleh DAP.
Mengulas lanjut, Dzulkifli berkata kenyataan itu bukan asas yang boleh membawa kepada siasatan apatah lagi pihak yang mendakwa juga mengakui tidak mempunyai bukti atas apa yang diperkatakannya.
Pemuda Amanah pada 7 Ogos lalu telah memberikan tempoh tiga hari untuk SPRM menyiasat kekayaan Ahmad Zahid seperti yang didakwa Dr Mahathir.
Justeru Shazni dalam kenyataannya hari ini berkata tempoh yang diberikan itu telah tamat hari ini  dan akan meneruskan hasrat untuk mengumpulkan Pemuda Pakatan Harapan dan kumpulan anak muda ke pejabat SPRM pada 14 Ogos ini jam 11.30 pagi.
"Pemuda Pakatan Harapan akan berjumpa dan menyerahkan memorandum kepada SPRM di Putrajaya. Memorandum ini bertujuan menuntut jawapan yang telus dan terbuka daripada pihak SPRM.
"Tempoh 3 hari yang diberikan untuk SPRM bertindak atas dakwaan Tun Dr Mahathir wujudnya RM230 juta dalam akaun Datuk Seri Ahmad Zahid ketika bergelar Ketua Pemuda Umno, telah berakhir.

Peguam nasihat AJK PAS Pusat, jangan fitnah kerajaan


Peguam nasihat AJK PAS Pusat, jangan fitnah kerajaan
Peguam Syahredzan Johan berkata pemahaman dan dakwaan Riduan berhubung kandungan pindaan itu adalah tidak benar dan mengelirukan. 
AHLI Jawatankuasa PAS Dr Riduan Mohd Noor mungkin "jahil" atau sengaja menipu berhubung dengan pindaan ke atas Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) yang diluluskan di Dewan Rakyat pada Khamis, kata peguam Syahredzan Johan.
Syahredzan berkata, pemahaman dan dakwaan Riduan berhubung kandungan pindaan itu adalah tidak benar dan mengelirukan.
"Kenyataan bahawa anak yang dilaporkan oleh ibu bapa Islam tak perlu menganut Islam, tidak perlu memeluk Islam untuk kahwin dengan Muslim dan bahawa orang Islam boleh keluar agama untuk kahwin dengan orang bukan Islam semua langsung tidak terkandung dalam pindaan tersebut," kata Syahredzan dalam tulisan di Facebooknya hari ini.
"Sama ada beliau jahil, atau beliau sengaja menipu. Tragedi sebenar adalah beliau guna perkataan 'Islam' untuk (menjustifikasikan) kejahilannya atau penipuannya."
Riduan menyifatkan kelulusan pindaan ke atas Akta 164 di Dewan Rakyat pada awal pagi Khamis, satu tragedi malang bagi umat Islam di Malaysia.
Riduan berkata selain mewujudkan tanda tanya tentang status agama anak orang Islam yang lahir di bawah perkahwinan sivil, proses kelulusan pindaan itu seharusnya membuka mata rakyat hanya PAS sahaja yang boleh diharapkan untuk membela Islam.
Menurut Syahredzan, walaupun tidak begitu arif tentang isu ini, apa yang pasti  kenyataan Riduan itu langsung tidak menggambarkan pindaan sebenar yang diluluskan di Dewan Rakyat.
"Kerajaan ini banyak yang dia buat salah, tapi janganlah sampai kita fitnah mereka benda yang mereka tidak buat langsung," katanya.
Dewan Rakyat meluluskan pindaan ke atas Akta 164 tanpa klausa 88A paling penting yang akan memberikan definisi lebih jelas terhadap agama seorang kanak-kanak yang terbabit dalam perceraian susulan salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam.

Tidak Sambung Kontrak: Annuar Musa bebas bersuara berkenaan Mara

Mufti Wilayah mahu konsep anak tak sah taraf diperluas

Mahfuz : Sambut Merdeka Dengan Bayar Hutang IPIC - 1MDB

RAFIZI RAMLI (ALOR STAR): JELAJAH BINA SEMULA NEGARA

Skandal 1MDB: Pembekuan saman sivil 1MDB untuk elak kemusnahan bukti, kata FBI

JABATAN Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan penangguhan saman sivil untuk merampas aset berbilion dolar yang dikaitkan dengan kleptokrasi di Malaysia kerana proses penemuan bukti boleh menjejaskan siasatan jenayah yang dijalankan.
“Pendedahan itu boleh menyebabkan kemusnahan bukti, peluang untuk subjek dan sasaran melarikan diri, atau pendedahan dan gangguan terhadap saksi yang berpotensi, kata Ejen Khas Jill Enyart dalam satu deklarasi yang dilaporkan Variety.
Proses penemuan juga akan “menjejaskan keselamatan beberapa kakitangan penguatkuasa undang-undang antarabangsa” ketika  menghalang kerajaan luar campur tangan dalam siasatan yang sedang berjalan.
Saman sivil itu kini ditangguhkan dan pendakwaraya persekutuan akan memaklumkan perkembangannya kepada mahkamah setiap enam bulan.
Syarikat peaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini dalam siasatan pihak kerajaan Amerika Syarikat terhadap dakwaan penyelewengan, penggubahan wang haram dan rasuah di peringkat tertinggi kerajaan.
Bagaimanapun Barisan Nasional, parti yang memerintah di Malaysia mengambil pandangan berbeza berhubung notis pihak pendakwaraya AS untuk menangguhkan saman sivil.
Jurucakapnya, Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN Eric See-to berkata tindakan DoJ itu bermakna pentadbiran AS sebelum ini “mengambil tindakan tanpa bukti yang cukup untuk membawa kes ke depan”.
See-To berkata tindakan untuk menggantung saman itu dibuat DoJ di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump, boleh “membuka jalan untuk perbincangan yang membina” antara Malaysia dan AS, dengan kejayaan lawatan Setiausaha Negara AS Rex Tillerson ke Kuala Lumpur minggu ini.
“Sekiranya Jabatan Kehakiman AS mempunyai bukti yang cukup untuk failkan dakwaan jenayah ke atas individu terbabit, dakwa mereka dan biar mahkamah dan individu terlibat membuktikan sama ada mereka bersalah atau tidak.
“Sebelum dakwaan seperti itu difailkan, kerajaan AS pada dasarnya membekukan banyak perkara tentang saman sivil itu,” katanya.

Skandal 1MDB: Dengan siasatan jenayah, Peguam Negara tidak boleh nafi penemuan DoJ

PEGUAM Negara tidak boleh lagi menafikan penemuan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) sebagai bermotif dan bermotivasi politik berikutan siasatan jenayah dijalankan terhadap wang yang didakwa dicuri daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata kumpulan anti rasuah.
Pengarah Eksekutif Pemantau Anti Rasuah (C4) Cynthia Gabriel berkata, tindakan itu memang dinanti-nantikan kerana kecurian wang daripada syarikat itu sendiri pada dasarnya merupakan jenayah.
“Dan individu yang menjadi dalang kecurian ini perlu berdepan perbicaraan jenayah.
“Beliau (Peguam Negara) terikat dengan tugas untuk bekerjasama dan membantu menyelesaikan skandal rasuah terbesar ini  sebagaimana yang diwajibkan di bawah UNCAC,” katanya merujuk kepada Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Rasuah.
DoJ secara rasminya pada Khamis berkata meminta Mahkamah Los Angeles untuk membekukan saman sivil untuk merampas aset yang diperoleh pembiaya Malaysia Low Taek Jho yang juga dikenali sebagai Jho Low, kerana meneruskannya akan menyebabkan “kesan yang buruk” terhadap liabilitinya untuk menjalankan siasatan jenayah.
Dalam saman sivilnya, DoJ mendakwa antara 2009 dan 2015, lebih AS$4.5 bilion wang milik 1MDB dipindahkan oleh pegawai tertinggi syarikat itu dan sekutunya.
Tahun lalu DoJ memfailkan saman sivil untuk merampas aset lebih AS$1 bilion yang dibeli menggunakan dana yang didakwa diseleweng daripada 1MDB.
Setahun kemudian pada Jun, DoJ memfailkan satu agi saman untuk merampas aset bernilai AS$540 juta (RM2.31 bilion) termasuk kapal layar Equanimity bernilai AS$165 juta milik Jho Low, rantai berlian bernilai AS$27.3 juta untuk isteri Malaysian Official No 1 (MO1) dan hak penyiaran rancangan komedi “Dumb and Dumber To” untuk yang dihasilkan syarikat produksi Red Granite milik anak tiri Najib, Riza Aziz.
The Malaysian Insight cuba menghubungi Apandi Ali berhubung tindakan DoJ itu namun beliau enggan mengulas.
Cynthia berkata walaupun “MO1” tidak dinamakan, individu itu perlu berdepan dengan siasatan jenayah membabitkan 1MDB dan jelaskan kepada rakyat.
Menteri Barisan Nasional Abdul Rahman Dahlan sebelum ini menyatakan MO1 adalah Perdana Menteri Najib Razak, bagamanapun menafikan sebarang salah laku.
Sementara itu Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen berkata kes itu berkembang menjadi perkara yang lebih serius kerana pihak berkuasa AS melihat kes 1MDB dari sudut jenayah.
Katanya mereka yang tahu tentang aliran wang itu boleh ditahan untuk soal siasat, sebagaimana kes yang dikaitkan 1MDB di Singapura, di mana pegawai bank pelaburan Yeo Jiawei dijatuhkan hukuman penjara 4 setengah tahun kerana penggubahan wang haram.

Pindaan Akta 164 panduan Maqasid Syariah bukan sentimen



Asas perbahasan mengenai kontraversi pindaan Akta 164 perlu dihadapi dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap perkara yang lebih besar berpandukan kepada prinsip Maqasid Syariah berbanding sentimen dan perasaan, kata Naib Presiden AMANAH Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa.
Beliau berkata, prinsip Maqasid Syariah yang menentukan apa sahaja keputusan yang dibuat dalam memahami akta ini.
"Tuduhan liar kononnya akta ini menggadaikan Islam dan segala teori konspirasi di sebaliknya adalah tidak berasas malah boleh dianggap keluar dari konteks sebenarnya mengapa akta ini dipinda.
Dr Mujahid Yusof Rawa "Status agama anak dalam pindaan akta 164 bukan soal menggadaikan aqidah ataupun menidakkan kepentingan Islam tetapi ia mesti diletakkan atas piawaian tujuan utama Syariat Islam didatangkan iaitu menjaga 'Agama'. Yang dimaksudkan menjaga 'Agama' ialah memelihara Keadilan, Kerahmatan dan Karamatul Insan.
"Pihak yang menuduh hanya ahli parlimen partinya sahaja yang membela Islam dengan menolak pindaan 164 ini, sekali lagi 'mensucikan' diri mereka dan telah buta hakikat bahawa yang menjadi perbahasan kami di Parlimen ialah memastikan nama baik Islam tidak dicemari dengan sentimen dan emosi pemikiran sempit yang hanya melihat satu sisi," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas mengenai Dakwaan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Riduan Mohd Nor bahawa pindaan Akta 164 menyebabkan satu demi satu hak umat Islam terlucut dan kelulusan pindaan akta tersebut bererti kekalahan besar terhadap kepentingan Islam dan kemenangan moral buat pembenci Islam di negara ini.
Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar menerangkan, ulama muktabar berbeza dalam memahami masalah status agama anak. Mazhab Syafie, Hanafi dan Hambali menetapkan status anak berpandukan keIslaman mana-mana pasangan. Pandangan Malik berbeza dengan menyatakan status agama anak berpandukan nasab (jalur keturunan) maka ia mengikut agama bapa. Imam Al Thawri berpandangan status agama adalah atas pilihan anak terhadap agama ibu atau bapanya setelah akil baligh.
"Walaupun seksyen 88 tentang status agama anak bawah umur ditarik balik pindaannya pada saat-saat akhir, akta ini masih tetap 'separuh masak' kerana tidak menggarap persoalan yang telah menimbulkan berbagai konflik perundangan yang telah memangsakan kebajikan kanak-kanak yang terpaksa membesar dengan penuh tekanan emosi.
"Penulisan seorang AJK Pas Pusat yang bukan ahli parlimen pun menuduh bukan-bukan telah memainkan sentimen agama yang cukup berbahaya dan gagal melihat tugas dan fungsi ahli legaslatif memelihara artikel 8 Perlembagaan Persekutuan," ujarnya.

Skandal 1MDB: IPIC sahkan 1MDB baru bayar RM1.5 bilion

INTERNATIONAL Petroleum Investment Company PJSC (IPIC) mengesahkan menerima pembayaran AS$350 juta (RM1.545 bilion) daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam pemfailan kepada Bursa Saham London.
Bayaran itu dibuat sebelum berakhirnya tarikh akhir yang berakhir esok, selepas 1MDB terlepas tarikh asal pembayaran hutang itu pada 31 Julai lalu untuk membayar AS$605 juta kepada dana pelaburan Abu Dhabi dalam bayaran penuh hutang sebanyak AS$1.2 bilion.
“Susulan pengumuman yang dilakukan pada 8 Ogos 2017, IPIC kini menerima dana yang diperlukan pada 12 Ogos 2017 untuk pelanjutan yang dipersetujui bersama Kementerian Kewangan (Perbadanan) Malaysia (MoF Inc) dan 1MDB.
“Sehubungan itu, MoF Inc dan 1MDB kini mempunyai masa sehingga 31 Ogos 2017 untuk melengkapkan tanggungjawab pembayaran yang sepatutnya dilaksanakan pada 31 Julai 2017 di bawah perjanjian penyelesaian dan pembayaran faedah kerana bayaran lambat,” kata IPIC dalam satu kenyataan.
The Malaysian Insight awal pagi hari ini melaporkan yang 1MDB sudah membayar bayaran pertama yang perlu dilakukan itu.
Ketua setiausaha perbendaharaan dan Pengerusi 1MDB Irwan Siregar Abdullah mengatakan yang IPIC melanjutkan tarikh tamat ke hujung bulan Ogos sekiranya 1MDB boleh membayar AS$310 juta pada atau sebelum 12 Ogos.
Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini menyifatkan kegagalan 1MDB untuk membayar hutang sebanyak AS$600 juta kepada IPIC yang sepatutnya dilakukan pada 31 Julai disebabkan “isu teknikal”, mendakwa kegagalan itu bukan kerana 1MDB tidak mempunyai wang.
"Soal IMDB kita sudah keluarkan kenyataan, maka itu soal teknikal saja, bukan sebab tak mampu bayar balik," kata Najib di Parlimen pada 2 Ogos lalu.
Susulan kegagalan pembayaran itu, 1MDB diberikan tempoh lima hari untuk membuat pembayaran atau akan dikenakan tanggungjawab tambahan.

Skandal 1MDB: Hantar wakil Malaysia sertai siasatan DoJ

Gobindh Singh berkata Malaysia harus sertai penyiasatan jenayah oleh pihak berkuasa AS terhadap aset yang didakwa dibeli menggunakan wang yang digelapkan daripada 1MDB.
gobindAhli Parlimen Puchong Gobindh Singh Deo mahu kerajaan hantar wakil ke Amerika Syarikat mengikuti perkembangan selepas AS mengumumkan mereka menjalankan penyiasatan jenayah terhadap wang yang didakwa dicuri daripada 1MDB bagi membeli hartanah dan aset lebih AS$1 bilion.
Mengatakan Peguam Negara perlu segera menghantar wakil untuk sertai penyiasatan, Gobind menambah: “Laporan penuh kemudian perlu dibentangkan kepada Kabinet, dan kerajaan mesti beri taklimat kepada Parlimen tentang apa yang berlaku, dalam persidangan Dewan Rakyat seterusnya .”
Ahli Parlimen DAP itu beritahu FMT: “Kita tidak boleh mengendahkan perkara yang jelas. Sekarang kita sedang melihat pada penyiasatan jenayah. Ini mewajarkan tindakan segera dan cepat dari pihak kita.”
Seorang lagi Ahli Parlimen DAP, Ramkarpal Singh beritahu FMT langkah AS itu mungkin kerana bimbang pendedahan dalam kes sivil akan memusnahkan bukti, menyukarkan kes jenayah itu.
Beliau berkata: “Nampaknya Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan permohonan penggantungan atau menghentikan buat sementara waktu prosiding sivil berkenaan 1MDB yang dimulakan olehnya atas sebab bukti yang terdedah ketika prosiding sivil mungkin menjejaskan siasatan jenayah yang sedang dijalankan ke atas 1MDB.
“Kebimbangan seperti itu termasuklah pemusnahan bukti yang mungkin berlaku akibat pendedahan pada prosiding sivil yang mungkin menghalang penyiasatan DoJ ke atas hal itu.”
Najib perlu jelaskan peranannya

Skandal 1MDB: KPN akan periksa siasatan jenayah AS terhadap aset berkaitan 1MDB.

Ahli Parlimen pembangkang menyeru Khalid Abu Bakar bekerjasama dangan DoJ untuk mencari kebenaran di sebalik dakwaan melibatkan Jho Low dan 1MDB.
khalid-abu-bakar-1mdb-agc-1
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata hari ini beliau akan semak laporan Amerika Syarikat memulakan penyiasatan jenayah terhadap aset dibeli dengan duit yang didakwa dicuri daripada 1MDB.
Ditanya untuk komen mengenai laporan itu, Khalid beritahu FMT dalam sebuah mesej Whatsapp, “Saya perlu semak”.
Bagaimanapun FMT gagal menghubungi Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali setakat ini.
Awal hari ini, Bloomberg melaporkan pegawai Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) meminta seorang hakim di Los Angeles menangguh permohonan rampasan harta terhadap aset diperoleh pemodal Malaysia Low Taek Jho, lebih dikenali sebagai Jho Low, kerana tindakan tersebut mungkin memberi “kesan buruk” ke atas kebolehan menjalankan penyiasatan jenayah.
Aset tersebut, bernilai lebih AS$1 bilion, termasuk hartanah mewah, lukisan, penerbitan filem dan banyak lagi.
Dalam kes sivilnya, AS mendakwa daripada 2009 sehingga 2015, lebih daripada AS$4.5 bilion kepunyaan 1MDB dilencongkan pegawai tinggi tabung itu dan rakan mereka.
Sementara itu, beberapa ahli Parlimen pembangkang menggesa Khalid, Apandi, dan Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim bekerjasama penuh dengan pihak AS bagi menyiasat dakwaan itu secara mendalam.
Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen berkata mereka bertiga belum melakukan sebarang tindakan yang menunjukkan mereka akan bantu mendapatkan kebenaran hal itu.
“Sikap membutakan mata dan memekakkan telinga ini satu pengabaian ke atas kepercayaan orang awam kepada institusi kita,” tambah ahli parlimen PKR itu.
Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking, yang juga timbalan presiden Parti Warisan Sabah, berkata Apandi harus disoal sekali lagi mengenai apa yang dilakukannya berkenaan hal ini dan mengapa negara lain pula yang menegakkan keadilan untuk rakyat Malaysia.
“Nampaknya langkah terbaru DoJ menunjukkan kepada kita AS sedang bertindak terhadap mereka yang didakwa dan bagi pihak rakyat Malaysia hari ini dan masa depan, yang menjadi mangsa dalam isu ini,” tambah beliau.
Wong dan Leiking menyeru sesi Parlimen khas untuk membincangkan perkembangan terbaharu. Bagaimanapun, dalam masa yang sama, mereka akui perkara itu sukar berlaku.
Wong berkata: “Kita mesti adakan sesi Parlimen khas, tetapi dengan arahan jenaka sekarang, apa yang boleh bahas kalau kita tidak boleh sebut pun 1MDB di Parlimen?”
Di sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak lebih 30 soalan berkenaan 1MDB, mengatakan perbincangan isu itu subjudis kerana berkaitan dengan tuntutan mahkamah DoJ.
Leiking meragui speaker akan memanggil sesi khas kerana Putrajaya mengalami “sindrom penafian” dan terus memberi alasan mengelakan perdebatan mengenai perkara ini di Parlimen.
“Malah, soalan ahli Parlimen yang prihatin pun ditolak atas alasan subjudis, padahal tiada tindakan diambil di Malaysia atas perkara itu.
“Parlimen sebenarnya ialah tempat terbaik untuk mendebatkan isu 1MDB kerana wakil rakyat boleh tanya kerajaan apa yang berlaku, apa penyelesaiannya dan apa hala tuju isu ini.”
Apa seterusnya?

Dakwaan rasuah Zahid:SPRM akan siasat jika ada asas rasuah, salah guna kuasa



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya akan menyiasat kekayaan seseorang jika dakwaan yang dibuat ke atasnya mempunyai asas di mana pemilikan kekayaan itu bersumberkan unsur rasuah dan salah guna kuasa, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad.
Beliau berkata kekayaan atau berapa banyak duit yang dimiliki seseorang bukan suatu asas yang membawa kepada keperluan siasatan daripada suruhanjaya itu.
"Isunya sama ada harta tersebut diperoleh daripada rasuah atau salah guna kuasa...asas itu perlu ada.
"Orang boleh kaya tapi sumbernya yang penting untuk kita lihat kerana kalau sumbernya menjadi rasuah dan salah guna kuasa, barulah menjadi tanggungjawab SPRM untuk menyiasat,\" katanya mengulas sama ada SPRM akan menyiasat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan kekayaan yang dimiliki.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan
Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir di pejabatnya di sini hari ini.
Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad mendawa Ahmad Zahid mempunyai kekayaan mencecah RM230 juta yang dimilikinya ketika memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO dan kenyataan itu telah disusuli dengan laporan polis oleh DAP.
Mengulas lanjut, Dzulkifli berkata kenyataan itu bukan asas yang boleh membawa kepada siasatan apatah lagi pihak yang mendakwa juga mengakui tidak mempunyai bukti atas apa yang diperkatakannya.

Skandal 1MDB: Kes rasuah Red Granite ditangguhkan hingga siasatan jenayah 1MDB selesai


Kes rasuah Red Granite ditangguhkan hingga siasatan jenayah 1MDB selesai
Ketua Pegawai Eksekutif Red Granite, Riza Aziz yang juga anak tiri perdana menteri memeluk pelakon Leornado diCaprio pada satu majlis di Hollywood. 
PENDAKWA Amerika Syarikat (AS) menangguhkan kes rasuah membabitkan Red Granite Pictures sementara mereka meneruskan pendakwaan jenayah berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor majalah hiburan AS Variety.
Pendakwa berkata mereka akan menangguhkan seketika kes sivil berkenaan kerana prosedur pasca perbicaraan akan menjejaskan siasatan jenayah itu, menurut usul yang difailkan di mahkamah persekutuan AS semalam.
“Penemuan seumpama itu boleh menyebabkan kerosakan bukti, subjek dan orang yang disasarkan mungkin melarikan diri, atau identifikasi dan gangguan terhadap saksi,” kata Ejen Khas Jill Enyart dipetik sebagai berkata di Variety.
Proses pasca perbicaraan juga boleh menghalang kerajaan luar daripada bekerjasama dengan siasatan yang sedang dijalankan dan “menjejaskan keselamatan pegawai penguat kuasa undang-undang asing tertentu”.
Dalam saman sivil itu, Douglas Hansen seorang eksekutif hiburan veteran AS baru-baru ini dilantik sebagai fidusiari bebas.
Beliau bertanggungjawab memantau kewangan syarikat itu dan membantu penyelesaian.
Jabatan Kehakiman (DoJ) AS percaya beberapa filem Red Granite termasuk “The Wolf of Wall Street” dan “Daddy’s Home”, dibiayai menggunakan wang yang dicuri daripada syarikat pelaburan Malaysia, 1MDB.
DoJ memfailkan saman sivil untuk merampas hartanah dan aset bernilai AS$1 bilion (RM4.29 bilion) yang didakwa dibeli menggunakan wang dicuri daripada 1MDB.
Ahli kewangan dari Pulau Pinang Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, individu utama dalam saman berkenaan, begitu juga CEO Red Granite, Riza Aziz yang juga anak tiri Perdana Menteri Najib Razak.
Dalam saman itu, DoJ mendakwa antara 2009 dan 2015, lebih AS$4.5 bilion milik 1MDB diselewengkan oleh pegawai tertinggi dan sekutu mereka.
Low, Riza dan Najib menafikan sebarang salah laku.
Red Granite sedang bersedia untuk mengeluarkan filem terbaru “Papillon”.

Skandal 1MDB: Apa tunggu lagi, bawa kes 1MDB ke mahkamah.......


Apa tunggu lagi, bawa kes 1MDB ke mahkamah, kata pemimpin Pakatan
Pakatan Harapan mengadakan jelajah di seluruh negara untuk memberikan kefahaman kepada rakyat Malaysia mengenai skandal 1MDB yang akan menjejaskan hidup mereka. 
KERAJAAN harus memulakan tindakan jenayah berhubung penyelewengan dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan tidak harus membiarkan kes itu hanya diambil tindakan oleh pihak lain di luar negara, kata pemimpin Pakatan Harapan.
Mereka mengulas tindakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) menggantung prosiding sivil untuk memulakan siasatan jenayah terhadap syarikat pelaburan itu.
Bekas ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff berkata kes 1MDB sememangnya ada asas jenayah sejak awal lagi dan tindakan sivil yang dimulakan oleh DoJ sejak lebih setahun lalu hanya proses awal untuk mendapatkan penghakiman mahkamah bagi menyita aset terlibat.
“Amat memalukan sistem keadilan jenayah negara kerana sehingga hari ini tiada tindakan diambil,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Yusmadi berkata sesuatu yang tidak lucu apabila di Malaysia pihak berwajib mengatakan skandal 1MDB tidak perlu diambil apa-apa tindakan.
Media hari ini melaporkan AS memulakan siasatan jenayah terhadap wang yang didakwa dicuri dari 1MDB dan menangguhkan tindakan sivil yang difailkan dua tahun lalu bagi merampas hartanah dan pelbagai aset lain bernilai lebih AS$1 bilion.
Menurut Bloomberg, pegawai DoJ memohon kepada hakim di Los Angeles untuk menangguhkan prosiding sivil terhadap semua aset berkenaan yang diperoleh oleh ahli kewangan rakyat Malaysia Low Taek Jho, yang juga dikenali sebagai Jho Low, kerana mengeruskannya mungkin akan "menjejaskan" kemampuannya mengendalikan siasatan jenayah itu.
Sementara itu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata skandal 1MDB yang kini disiasat di peringkat antarabangsa adalah sebab mengapa PH mengadakan siri jelajah ke seluruh negara.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, rakyat Malaysia di seluruh negara seharusnya diberikan kefahaman mengenai skandal yang akan menjejaskan hidup mereka.
"Sekarang pendakwaan terhadap 1MDB nampaknya akan jadi lebih buruk selepas ia melibatkan kesalahan jenayah.
"Jika kami berjaya menawan Putrajaya, PH akan memastikan wang dan aset yang dicuri didapatkan semula dan mendakwa pihak yang bertanggungjawab," kata Nurul Izzah.
"Ini kerana wang yang dicuri melalui 1MDB akhirnya akan menambahkan beban rakyat dengan cukai seperti GST."

ADAKAH BENAR 1MDB MANGSA DRAMA POLITIK?


Beberapa hari lepas beberapa orang ahli politik telah membuat kunjungan dan berjumpa dengan En Arul Kanda, pengurus 1MDB. Rombongan tersebut termasuk mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Komen-komen berkenaan isu 1MDB oleh Tan Sri Khalid Ibrahim susulan perjumpaan itu telah mendapat liputan meluas di dalam akhbar tempatan termasuk Utusan Malaysia.
TS Khalid Ibrahim dilaporkan berkata kemelut 1MDB telah menjadi *mangsa drama politik* di samping penyebaran fakta-fakta dan maklumat salah terutama melalui media-media sosial. Antara lain beliau menyebut bahawa “…nilai kini bersih (net present value) aset yang dimiliki oleh 1MDB masih mampu membiayai liabiliti semasa dan masa hadapan,”.
TS Khalid juga berkata ” 1MDB boleh membuat pembayaran hutang yang sewajarnya apabila pendapatan dan keuntungan daripada transaksi aset oleh MOF Inc. mengalir ke 1MDB”.
Penulisan ini membentangkan beberapa persoalan yang ditujukan kepada TS Khalid berkaitan komen-komen beliau.
Umum mengetahui bahawa syarikat 1MDB telah gagal membayar hutangnya sebanyak USD 603 juta pada 31 Julai 2017 setelah bersetuju melakukannya dalam satu perjanjian beberapa bulan sebelum itu. Tidakkah ini membuktikan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan syarikat ini? Tambahan pula 1MDB menyatakan bahawa ia mempunyai unit pelaburan (investment units) yang berada dalam simpanan di bank di Singapura yang banyak yang boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang-hutangnya. Kalau begitu kenapakah ianya tidak dapat digunakan untuk membayar hutang 1MDB kepada syarikat IPIC? Tidakkah TS Khalid bertanya kepada Arul Kanda kemungkinan bahawa dakwaan Department of Justice (DOJ) dari Amerika bahawa unit pelaburan itu adalah satu bentuk penipuan adalah benar? Mungkin itu adalah sebab utama kenapa ia tidak dapat dimanfaatkan oleh 1MDB?
Di samping itu kita semua tahu sebenarnya nilai kini bersih aset yang dimiliki oleh 1MDB adalah hanya anggaran oleh pihak pengurusan 1MDB. Ini kerana ia meliputi anggaran aliran tunai ke hadapan (future cash flows) yang dirancang oleh mereka. Anggaran mereka mungkin betul. Tetapi anggaran masa hadapan adalah tetap anggaran dan bukannya sesuatu yang telah berlaku. Oleh itu mungkin anggaran tersebut berbeza dengan realiti di masa hadapan jika sesuatu yang tidak dirancang tiba-tiba berlaku. Banyak faktor boleh mempengaruhi masa hadapan 1MDB termasuk keadaan ekonomi semasa dan juga keadaan kewangan syarikat yang berkait dengan projek-projek yang akan dilaksanakan oleh 1MDB. Oleh itu adalah agak pra-matang (premature) bagi TS Khalid untuk mengandaikan bahawa 1MDB akan semestinya mempunyai keadaan surplus atau lebihan di masa hadapan dan akan dengan senang menyelesaikan masalah hutangnya.
Namun apa yang lebih menghairankan ialah kenapa TS Khalid boleh berasa berpuas hati dengan syarikat 1MDB sedangkan umum mengetahui bahawa beberapa perkara yang luar biasa telah dikaitkan dengan syarikat tersebut. Bahkan ada akhbar antarabangsa termasuk The Guardian dari United Kingdom menggelarkan 1MDB sebagai skandal kewangan terbesar di dunia (World’s Biggest Financial Scandal).
Di samping itu adakah TS Khalid lupa bahawa laporan oleh Ketua Audit Negara berkenaan 1MDB masih tidak boleh dibaca oleh rakyat Malaysia kerana masih di bawah OSA? Kenapakah laporan tersebut perlu diselindungi dari rakyat yang ingin mengetahui selok belok sebenar operasi 1MDB? Adakah kerana telah berlaku perkara-perkara yang kerajaan tidak mahu rakyat ketahui berkenaan operasi 1MDB? Di samping itu 1MDB sekarang adalah di bawah seliaan Kementerian Kewangan. Jika tidak wujud apa-apa masalah dengan 1MDB, kenapakah perlu 1MDB diletakkan di bawah seliaan Kementerian Kewangan? Dan apakah keputusan-keputusan dan tindakan-tindakan pengurusan tertinggi 1MDB sebelum ini yang menyebabkan perlunya dilakukan langkah rasionalisasi ke atasnya?
Seterusnya TS Khalid patut juga bertanya kenapakah hutang 1MDB selama ini begitu tinggi sehingga pernah mencecah RM50 billion? Dan dimanakah dana hutang itu dibelanjakan sebenarnya? Ada
kah benar bahawa banyak transaksi atau urusniaga kewangan 1MDB bermasalah sehinggakan pengerusi eksekutifnya Tan Sri Mohd Bakke Salleh telah meletakkan jawatan pada tahun 2009? Adakah benar bahawa Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan seorang ahli lembaga lain iaitu Tan Sri Azlan Mohd Zainol meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan tindakan pengurus 1MDB memindahkan dana 1MDB berjumlah US$700 million yang telah diperuntukkan kepada projek usahasama 1MDB-PSI dihantar ke syarikat lain tanpa persetujuan lembaga pengarah syarikat? Tidakkah TS Khalid rasa berminat untuk berbincang dengan TS Mohd Bakke Salleh dan TS Azlan untuk mengetahui sebab sebenar mereka meletakkan jawatan sebelum TS Khalid merumuskan bahawa 1MDB adalah mangsa fitnah politik?
Sewajarnya TS Khalid paling kurang cuba dapatkan secebis gambaran mengenai cara 1MDB diurus pada tahun-tahun yang silam dari individu-individu di atas. Apa yang telah berlaku tidak boleh diketepikan dalam membuat penilaian tentang apa yang sedang dilakukan oleh 1MDB. Ini adalah kerana mereka-mereka yang berpengaruh dalam tindaktanduk yang menyebabkan 1MDB perlu dirasionalisasikan masih lagi berpengaruh sekarang. Justeru itu dalam menilai ‘kesihatan’ 1MDB sekarang, adalah perlu bagi kita mempersolkan sama ada langkah-langkah sekarang adalah lebih bermotifkan menutup bangkai gajah yang busuk, atau betul-betul menjaga kepentingan awam.
Seperkara lagi ialah adakah benar dakwaan Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat bahawa wang berjumlah berbillion-billion telah dicuri oleh beberapa individu termasuk Jho Low dan digunakan untuk memperkayakan diri mereka sendiri serta mengadakan majlis harijadi maksiat dengan hidangan arak dan kehadiran wanita-wanita yang separuh bogel? Jika itu telah berlaku, kenapakah pengurusan 1MDB tidak mengambil langkah untuk mendapatkan balik dana tersebut dari mereka atau memastikan mereka ditangkap dan didakwa oleh kerajaan Malaysia. Ini memandangkan pihak berkuasa Switzerland dan Singapura telah mengesahkan bahawa beberapa individu yang rapat dengan Jho Low telah melakukan jenayah pengubahan wang (money laundering) dengan menggunakan dana 1MDB dan ada yang telah ditangkap dan dipenjarakan di Singapura berhubungan dengan kesalahan tersebut.

Sidang Dewan Rakyat ditangguh, usul RUU 355 Marang masih di awangan



Hasrat para penyokong Rang Undang-Undang 355 (RUU355) untuk melihat ianya dibahaskan pada sesi parlimen kali ini sekali lagi tidak kesampaian apabila sidang Dewan Rakyat ditangguhkan semalam.
Himpunan menyokong RUU 355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur.Usul persendirian yang dibawa Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 itu pada asalnya disenaraikan sebagai item ke-10 dalam Kertas Perintah, di belakang urusan kerajaan.
Namun selepas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan bahawa empat rang undang-undang kerajaan akan ditangguhkan kepada sidang parlimen yang akan datang, RUU persendirian ahli parlimen Marang itu berada di kedudukan ke-6.
Bagaimanapun, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim kemudian membentangkan usul supaya sidang Dewan Rakyat berakhir semalam hanya selepas lima rang undang-undang kerajaan diluluskan.
Sidang Dewan Rakyat bagi mesyuarat kedua penggal kelima Parlimen ke-13 ditangguhkan selepas bersidang selama 12 hari dan meluluskan 19 rang undang-undang.
Antara rang undang-undang (RUU) yang menjadi perhatian pada persidangan ini adalah RUU Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2017; RUU Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) 2017 dan RUU Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017.
RUU Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017 yang antara lain bertujuan mempercepatkan proses membuat keputusan oleh Lembaga Pencegahan Jenayah dalam sesuatu kes selain memudahkan pengurusan berkaitan tugas lembaga itu, diluluskan pada 4.05 pagi, 10 Ogos.
RUU itu turut memberi kuasa kepada lembaga untuk mendesak pegawai penyiasat sesuatu kes mempercepatkan penyediaan laporan untuk tindakan selanjutnya.
RUU lain yang diluluskan ialah RUU Perkapalan Saudagar (Pindaan) 2017; RUU Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2017; RUU Bantuan Guaman (Pindaan) 2017; RUU Perihal Dagangan (Pindaan) 2017; RUU Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2017 dan RUU Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan) 2017.
Turut diluluskan RUU Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Pindaan) 2017; RUU Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Pindaan) 2017; RUU Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Pindaan) 2017; RUU Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Pindaan) 2017;
RUU Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017; RUU Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017;
RUU Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2017 dan RUU Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Pindaan) 2017.

Skandal Scorpene: Seksyen 66(1) Akta SPRM beri kuasa siasat Razak Baginda

SPRM boleh mengambil tindakan prosiding jenayah terhadap warganegara yang melakukan kesalahan di bawah akta tersebut di luar negara, kata badan kesedaran anti-rasuah.
Razak-Baginda Badan kesedaran anti-rasuah, Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengggunakan Seksyen 66(1) Akta SPRM untuk melancarkan prosiding jenayah terhadap Abdul Razak Baginda, berikutan pendakwaan oleh tribunal Perancis.
Pengarah Eksekutif C4 Cynthia Gabriel dalam kenyataan hari ini menjelaskan seksyen tersebut memberi kuasa kepada SPRM untuk mengambil tindakan prosiding jenayah terhadap warganegara yang melakukan kesalahan di bawah akta tersebut di luar negara.
“Banyak yang sudah dilaporkan mengenai pendakwaan Razak Baginda oleh tribunal Perancis berkenaan rasuah aktif dan pasif yang dikaitkan kepada pembelian 2 kapal selam Scorpene, tetapi C4 terkejut dengan kebisuan kerajaan berhubung perkembangan terbaharu itu.”
Cynthia berkata penggunaan syarikat kosong harus menarik perhatian serius kerajaan, kerana pendakwaan seorang rakyat Malaysia dalam urusjanji kapal selam itu menunjukkan kepada penggelapan besar-besaran dan rasuah rentas sempadan oleh individu terlibat.
“Oleh itu, C4 merasakan SPRM tidak perlu dan membazirkan dana awam sekiranya menghantar penyiasat ke Perancis untuk mendapatkan maklumat mengenai status kes itu, kerana ternyata SPRM ada kuasa untuk memulakan prosiding jenayah terhadap Razak.
“Sekarang giliran untuk SPRM bertindak. Suruhanjaya perlu bertindak sekarang, tanpa gentar atau pilih kasih,” katanya.
Razak, yang namanya kerap dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak ketika menerajui Kementerian Pertahanan pada masa pembelian itu, didakwa di Perancis 18 Julai lepas kerana bersubahat “secara aktif dan pasif dalam rasuah” dan “penggelapan aset korporat”, berhubung penjualan 2 kapal selam Scorpene kepada Malaysia pada 2002.
Pada masa pembelian Scorpene, Razak merupakan penganalisis politik yang rapat dengan Najib.
Siasatan ke atas urusjanji itu dilancarkan pada 2010 sebagai respon kepada aduan daripada kumpulan hak asasi Malaysia, Suaram.
Di bawah perjanjian itu, DCNI bersetuju untuk membayar €30 juta (RM151.81 juta) kepada unit Thales di Asia, Thales International Asia (Thint Asia).
Siasatan mendedahkan sebuah syarikat lain, Terasasi, di mana Razak mempunyai kepentingan, menerima bayaran untuk kerja perundingan. Penyiasat Perancis bagaimanapun percaya ia sebenarnya wang sogokan.

Skandal 1MDB: ‘Pokoknya, saman sita DoJ beku selama-lamanya’, sembang BN

Ini kerana tempoh penggantungan permohonan membekukan aset dan wang itu tidak ditentukan, kata timbalan pengarah pasukan komunikasi strategik BN.
Eric Tindakan pihak berkuasa Amerika Syarikat meminta mahkamah menggantung sementara permohonan sivil membekukan aset dan wang yang didakwa dilarikan daripada 1MDB bererti saman sitaan Jabatan Kehakiman AS (DoJ) “beku selama-lamanya”, kata Pasukan Komunikasi Strategik BN (BNSC).
Ini kerana tempoh penggantungan itu tidak ditentukan, kata Timbalan Pengarah BNSC Eric See-To kepada FMT.
“Permintaan itu luar biasa kerana lazimnya ada had masa untuk permintaan seperti itu. Pada hakikatnya, saman sivil berkaitan kes itu yang bermula lebih dari setahun lalu yang pada dasarnya tidak ke mana, kini dibekukan.”
Bloomberg hari ini melaporkan pihak berkuasa AS memohon mahkamah menggantung sementara permohonan sivil mereka dan kini memulakan siasatan jenayah terhadap dana yang didakwa dilarikan daripada syarikat milik Malaysia itu.
Kerajaan bagaimanapun tidak terganggu dengan laporan tersebut, kerana menurut Eric, ini kerana tiada pendakwaan jenayah difailkan DoJ setakat ini.
“Jika Jabatan Kehakiman AS mempunyai asas yang mencukupi untuk memfailkan tuduhan jenayah terhadap individu terbabit, maka dakwalah mereka dan biarkan mahkamah dan individu terlibat buktikan sama ada mereka bersalah atau tidak.
“Selagi pertuduhan tidak failkan, kesannya ialah kerajaan AS pada asasnya sudah membekukan saman sivil yang digembar-gemburkan itu selama-lamanya,” katanya.
Bloomberg hari ini melaporkan permohonan DoJ semalam tanda-tanda AS meningkatkan siasatan untuk mengesan berapa banyak wang yang dihasilkan 1MDB untuk projek pembangunan digunakan untuk hartanah, karya seni, pembikinan filem dan banyak lagi.
Laporan itu mendakwa pegawai DoJ meminta seorang hakim di mahkamah Los Angeles untuk menggantung sementara permohonan sivil yang mahu merampas aset yang diperolehi ahli perniagaan kelahiran Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low.
Menurutnya, meneruskan permohonan itu akan menjejaskan usaha melakukan siasatan jenayah.
Menurut Bloomberg lagi, seorang ejen FBI memberi amaran maklumat yang didedahkan dalam kes sivil itu mungkin mendedahkan “sasaran yang berpotensi dan subjek siasatan serta teknik siasatan yang pernah dan akan digunakan dalam siasatan”.

AZALINA OTHMAN: MENTERI MENGGULUNG AKTA 164(RUU PERKAHWINAN DAN PENCERAIAN)

Pejabat exco P Pinang pula diserbu SPRM

Laporan: Siasatan jenayah DOJ terhadap dakwaan salahguna dana 1MDB

Forex: "Saya tahu," kata Pak Lah

"Masa Susah Ambil Ringan, Masa senang kaut semua pada rakyat"

Bahas RUU Baharui Perkahwinan & Perceraian - AMANAH Parit Buntar

Rafizi : Jangan Curi Duit LTAT Pencen Tentera Setelah Saya Dipenjara

SKANDAL 1MDB: SIASATAN JENAYAH DI AMERIKA SUDAH BERMULA!!!

Amerika Syarikat kini bergerak selangkah lagi, seiring dengan harapan serta doa jutaan rakyat Malaysia apabila dilaporkan akan memulakan siasatan jenayah berhubung wang 1MDB yang diselewengkan.

Untuk tujuan itu, DOJ telah memfaikan permohonan kepada Mahkamah Los Angelas untuk menangguhkan buat sementara saman sivil untuk merampas pelbagai aset dan harta yang difailkan sebelum ini.

Alasan penangguhan saman sivil dan mendahulukan siasatan jenayah ialah kerana DOJ berpendapat meneruskannya mungkin akan menjejaskan kemampuannya dalam mengendalikan siasatan jenayah itu.

Bloomberg melaporkan, dokumen mahkamah yang difailkan DOJ jelas memperlihatkan AS sedang mempergiatkan siasatannya di seluruh dunia bagi mengesan wang 1MDB yang diselewengkan yang keseluruhannya dianggarkan berjumlah AS$4.5 bilion atau kira-kira RM19,000 juta.

Adakah laporan Bloomberg ini boleh dipercayai?

Jika pada 29 Jun lalu Bloomberg  melaporkan kedudukan ringgit Malaysia adalah paling kukuh di Asia dan ramai gembira serta terloncat-loncat kegirangan dengan laporan itu, maka tiada sebab mereka mesti menolak serta mempertikaikan laporannya berkaitan siasatan jenayah 1MDB ini

Jangan pula ada yang kata Bloomberg sebagai pembawa fitnah atau agen Yahudi untuk menjatuhkan kerajaan melalui laporannya kali ini.
Daripada AS$4.5 bilion wang 1MDB yang didakwa diselewengkan itu, jumlah pelbagai aset dan hartanah yang sedang diusahakan untuk kembalikan kepada rakyat Malaysia oleh DOJ ialah berjumlah AS$1.7 bilion atau melebihi RM7,000 juta.

ABIM dukacita isu pindaan Akta 164 jadi ancaman


Angkatan Belia Islam Malaysia
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyifatkan perbahasan dalam menguruskan perbezaan agama harus bersifat menyeluruh serta praktikal dalam merungkai krisis antara agama di negara ini termasuk isu besar Rang Undang-Undang (RUU) 164 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan Dan Perceraian) 1976.
Muhammad Faisal Abdul AzizSetiausaha Agungnya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, isu pindaan Akta 164 dilihat menjadi tembok yang membuntukan usaha perpaduan dan pembentukan bangsa Malaysia.

"Agak mendukacitakan apabila ramai yang melihat isu RUU 164 ini sebagai ancaman antara satu sama lain dan pandangan tersebut telah menutup mata kita untuk melihat peluang besar yang terhidang di hadapan iaitu mengangkat agama sebagai medium menyelesaikan krisis dan salah faham," ujarnya.
Beliau berkata, sebelum ini banyak kes membabitkan akta tersebut berlarutan dan pastinya kes sedemikian akan timbul dari semasa ke semasa.
"Bermula apabila salah seorang pasangan suami isteri yang asalnya bukan Islam memeluk Islam dan seterusnya membawa kepada pertikaian hak jagaan anak, nafkah, dan status agama anak," jelasnya dalam satu kenyataan.
Mengulas pihak yang membantah pindaan Akta 164 tanpa mengemukakan alternatif ke arah jalan penyelesaian, beliau berpendapat sikap tersebut bercanggah dengan pendirian bahawa Islam menyelesaikan pelbagai masalah.
"Ironinya, mereka sendiri yang sering melaungkan slogan 'Islam sebagai penyelesaian kepada semua masalah' tetapi dengan sengaja membiarkan isu ini berlanjutan malah menghalang usaha-usaha untuk mencari jalan penyelesaian," bidasnya.
Muhammad Faisal berkata, pindaan Akta 164 antara lain mencadangkan pindaan Seksyen 51 (1) untuk membuka pintu kepada pasangan yang memeluk Islam memfailkan petisyen perceraian di Mahkamah Sivil.

Gaji RM9,000 sebulan belum tentu dapat beli rumah dizaman Najib & Rosmah..!!

Rakyat tidak mampu beli rumah kerana harga 'tidak masuk akal', bukan disebabkan syarat ketat pinjaman bank, kata sebuah pertubuhan mewakili pembeli rumah.
Chang-Kim-Loong-hba
PETALING JAYA: Harga “tidak masuk akal” menjadi penyebab sebenar ramai rakyat Malaysia tidak mampu memiliki harta, dan mereka termasuk isi rumah berpendapatan RM9,000, kata sebuah badan kebangsaan mewakili pembeli rumah.
Persatuan Pembeli-pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) turut menolak pendapat bahawa syarat ketat pinjaman bank patut dipersalahkan kerana hartanah tidak terjual.
Sebelum ini, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) berkata isu pembiayaan akhir dan penolakan pinjaman adalah sebab utama hartanah tidak terjual dengan kadar penolakan setinggi 60%.
Bagaimanapun, HBA mempersoalkan pandangan itu.
“Jika anda melihat laporan tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2016, anda dapat melihat sejak 2012, kenaikan harga rumah melebihi tahap pendapatan,” kata Setiausaha Agung HBA, Chang Kim Loong.
Beliau berkata ini menunjukkan rakyat Malaysia tidak mampu memiliki rumah berdasarkan pendapatan mereka.
Chang menjelaskan konsep penarafan kemampuan iaitu penanda aras yang disyorkan untuk menentukan kemampuan membeli rumah. Penarafan ini, katanya, berdasarkan pembahagian harga rumah dengan pendapatan isi rumah tahunan peminjam.
“Pada asasnya, menurut penanda aras ini, sebuah rumah mampu milik tidak boleh bernilai lebih 3 kali pendapatan isi rumah tahunan peminjam.
“Jadi jika pendapatan isi rumah tahunan peminjam RM10,000 sebulan atau RM120,000 setahun, maka peminjam hanya layak meninjau hartanah yang berharga RM360,000 ke bawah.”
Chang berkata penanda aras ini disahkan oleh badan antarabangsa terkemuka termasuk Bank Dunia dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu serta Bank Negara dan badan pemikir tempatan seperti Institut Penyelidikan Khazanah.
Kiraan matematik mudah
“Sebagai contoh, mengapa anda tidak mampu dimiliki rumah sekarang, anda hanya perlu melihat angka-angka ini.
“Berdasarkan kiraan dari Jabatan Perangkaan, anda dapat melihat pendapatan bulanan isi rumah pertengahan pada 2014 di Kuala Lumpur ialah RM7,705.
“Katakanlah, secara purata, seseorang itu mengalami kenaikan tahunan 6% dalam pendapatan isi rumah bulanan dari 2015 hingga 2017. Ini bermakna purata pendapatan isi rumah bulanan mereka pada 2017 adalah RM9,177.”
Chang berkata jika seseorang itu mendarab RM9,177 dengan 12 bulan dan kemudian mendarab dengan 3, hartanah yang dianggap mampu dimiliki akan bernilai RM330,372. Mana-mana yang lebih daripada itu secara realistiknya tidak mampu dimiliki.
“Ada yang kata harga rumah lebih mahal di KL, tetapi sebenarnya gaji di luar KL juga lebih rendah. Menggunakan formula dan statistik yang sama, kita boleh kira apa yang mampu dimiliki di Negeri Sembilan.
“Di Negeri Sembilan, pendapatan bulanan isi rumah pertengahan pada 2014 ialah RM4,115.”
Pemfaktoran dalam peningkatan pendapatan bulanan isi rumah pada 2017 akan menjadikannya RM4,900, bermakna rumah mampu milik akan berada dalam lingkungan RM176,400..
Chang berkata sebuah rumah yang berharga RM294,000 pun tidak mampu dibiayai isi rumah dengan pendapatan RM4,900 sebulan.
Adakah bank jahat?

Paranoid anggap pindaan Akta 164 lucut hak Islam



Dakwaan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Riduan Mohd Nor bahawa pindaan Akta 164 menyebabkan satu demi satu hak umat Islam terlucut dilihat sebagai paranoid iaitu keyakinan melampau bahawa orang lain sentiasa mengancamnya.
Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH, Ustaz Zolkharnain Abidin menganggap sedemikian kerana pindaan akta tersebut tidak melucutkan hak orang Islam seperti dianggap sebaliknya memartabatkan Mahkamah Syariah.
Akta 164Bahkan, jelasnya, Rang Undang-undang (RUU) yang diluluskan selepas dibacakan kali ketiga di Dewan Rakyat pada jam 12.45 tengah malam, 10 Ogos lalu turut membantu perkembangan dakwah dan memperkukuh hubungan antara Muslim dan bukan Muslim.
Beliau turut melihat tanggapan pemimpin Pas berkenaan kononnya pindaan Akta 164 memberikan pelbagai kelebihan buat sesiapa untuk murtad, menukar agama, dan mengikis hak terutama penjagaan hak terhadap anak-anak sebagai antara hujah merapu.
"Kelebihan untuk orang murtad? Murtad berlaku walaupun tanpa pindaan akta ini, bahkan semenjak zaman Nabi lagi murtad berlaku.
"Orang murtad tidak pernah mendapat tempat istimewa dalam mana-mana masyarakat. Bagaimana boleh dikata pindaan akta ini kelebihan untuk mereka?" bidasnya.
Ustaz Zolkharnain menyifatkan murtad tiada kaitan dengan peruntukan akta tetapi berkaitan dengan perangai individu Islam yang gagal dalam dakwah dan akhlak mereka untuk menonjolkan keindahan dan rahmat Islam.
Beliau turut menafikan anggapan Riduan kononnya kelulusan pindaan akta tersebut bererti kekalahan besar terhadap kepentingan Islam dan kemenangan moral buat pembenci Islam di negara ini.
"Kenapa Riduan kata Islam kalah besar? Jika Pas yang kalah undian dalam Parlimen, itu kekalahan Pas bukan kekalahan Islam.
"Pas kalah tak semestinya Islam kalah. Riduan rasa hanya Pas saja yang berjuang Islam?" bidasnya.
Mengulas lanjut, Ustaz Zolkharnain berpendapat pindaan Akta 164 merupakan kemenangan Islam dalam tenpoh jangka panjang bukan kekalahan.
"Pindaan (Akta 164) ini memberi ruang Islam dipandang hormat oleh orang lain apabila orang Islam menunaikan hak dan tanggungjawabnya dengan sempurna," tambahnya lagi.
Dengan lulusnya pindaan Akta 164 itu, hak diberikan kepada suami atau isteri yang memeluk agama Islam bagi memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan di mahkamah sivil mengikut peruntukan Subseksyen 51(1) Akta 164.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said ketika menggulung perbahasan itu berkata, pindaan tersebut mewujudkan pilihan kepada yang memeluk Islam atau yang masih beragama asal untuk menyelesaikan perceraian di mahkamah sivil.
"Kita tak mahu situasi ada pihak tidak bertanggungjawab larikan diri daripada mencerai atau membubarkan perkahwinannya dengan bekas pasangan, sehingga seolah-olah ada dua keluarga (apabila berkahwin lain). Pindaan ini supaya yang memeluk Islam boleh ke mahkamah sivil," kata Azalina.

Akta 164: AJK Pas Pusat dinasihati agar tidak 'merapu'



Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH, Ustaz Zolkharnain Abidin menyifatkan dakwaan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Riduan Mohd Nor kononnya AMANAH menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164) sebagai merapu.
Ustaz Zolkharnain Abidin"Dalam tulisannya, Riduan Md Nor (RMN) menyerang AMANAH secara merapu berkaitan isu pindaan Akta 164, apabila dia berkata pindaan akta itu membahayakan kepentingan umat Islam di negara ini, dan AMANAH menyokongnya," ujarnya.
Menasihatkan pemimpin Pas itu supaya tidak merapu, beliau menyenaraikan tujuh hujah membidas dakwaan Riduan yang menuduh Ahli Parlimen beragama Islam dari AMANAH dan PKR tidak menyertai Ahli Parlimen Pas mengambil bahagian membantah usul pindaan tersebut.
Ustaz Zolkharnain berkata, jika seorang anak dilahirkan oleh ibu bapa Islam, anak tersebut secara langsung beragama Islam memandangkan peruntukan yang dicadang akan dimasukkan ialah jika anak bawah umur yang salah seorang ibu bapanya memeluk Islam, anak itu tidak terus menjadi Islam.
"Mana ada dalam akta itu peruntukan sebaliknya. Tetapi, seksyen itu ditarik balik. Jika tidak ditarik balik sekalipun, seksyen itu dibuat demi maslahah anak di bawah umur itu iaitu mendapat kasih sayang dan penjagaan yang sepatutnya," jelas beliau.
Menurutnya, tidak boleh berlaku orang bukan Islam yang mahu berkahwin dengan orang Islam tidak perlu memeluk Islam kerana orang Islam yang ingin berkahwin perlu membuat permohonan.

"Jika orang Islam memohon untuk berkahwin dengan orang bukan Islam, permohonannya akan ditolak. Macam mana perkahwinan akan berlaku jika permohonan ditolak?" bidasnya.
Terdahulu, Riduan dalam tulisannya mendakwa orang bukan Islam tidak dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam.
Dakwaan pemimpin Pas berkenaan kononnya orang Islam hendaklah dibenarkan keluar dari Islam jika ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang juga dilihat sebagai merapu.
"Orang Islam yang ingin keluar Islam perlu mengemukakan permohonan kepada mahkamah. Wujudkah undang-undang yang menghendaki mahkamah membenarkan orang Islam untuk keluar Islam jika ingin berkahwin dengan non muslim?" soalnya.
Mengulas lanjut dakwaan Riduan kononnya seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak, Ustaz Zolkharnain berkata, seorang anak itu akan tinggal dengan ibunya yang Islam jika masih di bawah umur dan yang memeluk Islam adalah ibunya.
"Jika pihak yang memeluk Islam adalah bapanya, anak bawah umur itu akan tinggal bersama ibunya walaupun ibunya belum Islam sebab tempat seorang anak adalah bersama ibu demi kepentingan kehidupan anak.

Pindaan Akta 164: Bukan semudah bermain emosi tanpa jalan penyelesaian


Kes perceraian pasangan berlainan agama bukan suatu proses yang mudah.
Dalam isu pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan & Penceraian) 1976 atau juga dikenali sebagai Akta 164; sebagai Ahli Parlimen Islam, kita mempunyai pilihan sama ada ingin berhujah dengan emosi semata-mata atau orang putih kata "playing to the gallery" atau berhujah secara objektif dan tenang serta turut bersama cuba mencari satu penyelesaian yang tuntas dan praktikal kepada satu masalah yang sudah lama menghantui masyarkat di negara ini.
Pilihan pertama amat mudah dan mungkin tidak perlu berfikir secara mendalam bagi betul-betul memahami masalah sebenar secara teliti dan cuba keluar dengan satu formula penyelesaian yang tuntas dan praktikal. Dalam banyak keadaan, mereka yang memilih opsyen pertama ini selalunya akan berhujah lebih kepada bermain dengan emosi dan sentimen. Secara relatif, pilihan ini lebih bersifat populis. Pilihan ini mungkin lebih bebas daripada risiko dikecam atau dikeji oleh ramai umat Islam khususnya yang mungkin tidak begitu faham dan arif dengan "the nature of the real problem".
Pilihan kedua adalah pilihan yang secara relatifnya lebih berisiko dan tidak populis sifatnya. Bagaimanapun, pilihan ini lebih bersifat praktikal dan realistik tanpa mengkesampingkan hukum agama jauh sekali bersifat liberal menurut definisi longgar "liberalisme" daripada pihak yang lebih konservatif dan lebih selesa menghukum. Pilihan kedua ini lebih menonjolkan aspek keadilan dan "compassion" atau "mercy" yang menjadi teras utama Islam.
Walau apa pendirian atau pilihan yang ingin diambil, isu pokoknya adalah kita khususnya umat Islam kena memahami sebenar pokok masalah khususnya Akta 164 itu sendiri.Mohamed Hanipa Maidin
Secara mudah, Akta 164 adalah Akta yang mengawal perkahwinan dan penceraian orang-orang bukan Islam dalam negara ini. Seksyen 3(3) Akta ini secara jelas menyatakan bahawa Akta ini tidak terpakai kepada mana-mana pihak yang berkahwin mengikut Islam/Syariah. Dengan lain perkataan, Akta 164 tidak terpakai untuk orang Islam.
Meskipun Akta ini digubal bagi mengawal isu-isu perkahwinan dan penceraian orang bukan Islam dan isu-isu yang berkaitan dengannya seperti isu nafkah dan penjagaan anak-anak, namun  Akta ini juga tidak dapat lari daripada melibatkan orang Islam apabila salah satu pasangan bukan Islam itu memilih untuk memeluk Islam. Di sinilah bermulanya pertikian dan jika tidak diselia dengan berhati-hati boleh mencetuskan masalah yang lebih besar dan rumit.
Ada satu peruntukan dalam Akta 164 yang secara spesifik menyentuh isu salah satu pasangan bukan Islam memeluk Islam. Seksyen tersebut adalah seksyen 51. Sebelum kerajaan membawa pindaan ke atas Akta 164 di Parlimen semalam, seksyen 51 memang sudah sedia bermasalah (problematic).
Sebelum pindaan, seksyen 51 memperuntukkan antara lain jika salah satu pasangan bukan Islam memeluk Islam, maka hanya pasangan yang bukan Islam sahaja yang boleh memfailkan petisyen penceraian di mahkamah sivil bagi membubarkan perkahwinan mereka. Perkahwinan itu tidak terbubar dengan sendirinya seperti mana dalam hukum Islam. Mengapa begitu? Tidak pelik sebab dari awal, Akta 164 hanya diniatkan untuk perkahwinan di bawah undang-undang sivil (solemnised under the civil law).
Seksyen 51 ini memang mendatangkan masalah kepada pasangan yang memilih untuk memeluk Islam sama ada suami atau isteri. Dan jika ada anak kepada perkahwinan itu, lagi ada masalah besar.
Kerana apa? Kerana suami atau isteri yang masuk Islam itu tidak boleh membubarkan perkahwinan mereka sama ada secara automatik atau melalui satu perintah Mahkamah yang berkesan dan boleh berkuatkuasa ke atas dua-dua pihak.
Misalnya jika sisuami yang masuk Islam dan isterinya masih kekal dalam agama asal (agama non muslim), si suami tidak boleh membubarkan perkahwinan tersebut di mahkamah sivil sebab seksyen 51 tidak membenarkan dia berbuat demikian dan Sekyen 3(3) juga menghalang dia ke mahkamah sivil sebab Akta tersebut tidak lagi terpakai kepadanya sebab dia telah menganut Islam.
Apakah pilihan dia? Logiknya, dia terpaksa pergi ke Mahkamah Syariah bagi mendapatkan perintah untuk membubarkan perkahwinan. Dan itulah yang selalu dilakukan dalam kes seperti itu. Tapi adakah dengan pergi ke Mahkamah Syariah dan dapat perintah daripada Mahkamah Syariah, beliau dapat menyelesaikan masalah itu "once and for all".
Jawabannya tidak. Kenapa? Mudah. Kerana keputusan Mahkamah Syariah itu hanya laku dan berkuatkuasa kepada orang Islam sahaja. Ia tidak mengikat pasangan yang bukan Islam. Maknanya, jika katakan si suami dapat perintah Mahkamah Syariah yang membubarkan perkahwinan sebelum ini yang dibuat di bawah Akta 164, perintah itu tidak mengikat bekas isterinya yang masih kekal dalam agama asal. Secara teknikalnya, isteri itu masih dikira isterinya yang sah.
Yang lebih parah dan kronik lagi jika suami atau isteri yang Islam itu ada anak. Selalunya suami atau isteri yang Islam itu akan pergi ke Mahkamah Syariah bukan sekadar untuk membubarkan perkahwinan asal mereka tapi ia juga akan meminta Mahkamah Syariah mengeluarkan perintah penjagaan anak atau perintah mengisytiharkan anak yang bukan Islam itu menjadi Islam.
Lumrahnya, pasangan yang bukan Islam akan "upset" misalnya jika suami beliau bertindak secara unilateral (sebelah pihak) "mengislamkan" anak atau anak-anak mereka melalui perintah di Mahkamah Syariah. Bagi si isteri, itu tidak adil kerana ia dibuat hanya secara "ex-parte" (sebelah pihak) dan ia tidak diberi hak untuk didengar (rights to be heard).
Yang lebih merumitkan keadaan dan benar-benar megecewakan lagi isteri yang bukan Islam, kadangkala bukan sahaja si suami yang Islam itu "mengislamkan" anak atau anak mereka secara sebelah pihak, anak atau anak itu juga kadangkala "dibawa lari" oleh si suami tanpa pengetahuan isteri. Kita boleh memahami betapa sedih, kecewa dan marah mana-mana ibu yang dipisahkan dengan anak atau anak yang beliau susah payah lahirkan. Ini naluri ibu tanpa mengira agama. Malangnya, ada setengah orang Islam seolah-olah tidak kisah akan hal ini.

Program 'Jom Bina Semula Negara' Invoke jelajah Kedah


Program jelajah 'Jom Bina Semula Negara' anjuran Invoke akan menemui rakyat hari ini.
Pengasas Invoke Rafizi Ramli yang juga Naib Presiden PKR akan bersama para pemimpin Pakatan Harapan (PH) negeri di pentas ceramah di Kuala Kedah yang bermula pada jam 9 malam.
"Saya bersama beberapa pemimpin Pakatan Harapan akan berada di Kuala Kedah sempena kempen Jom Bina Semula Negara pada hari Jumaat, 11hb Ogos 2017.
Program Jelajah Invoke di Kedah"Saya jemput semua warga Kuala Kedah untuk bersama memeriahkan program ini," kata Rafizi di laman web rasmi Invoke.
Program ceramah itu akan berlangsung di No. 52A, Pusat Perniagaan Kota Jaya, Kota Sarang Semut, Alor Setar.
Di samping Rafizi turut dijadual berceramah ialah Pengerusi PKR negeri Dr Azman Ismail, Pengerusi Amanah negeri Datuk Dr Ismail Salleh dan wakil DAP Kedah Tan Kok Yean.
Penceramah lain ialah Asmirul Anuar Aris dan Zuraini Kamal.
Pada jam 4 petang hari yang sama, Invoke akan menemui penduduk Alor Setar di Dataran Keadilan KPU, Jalan Sultanah Sambungan.
Antara tokoh politik yang dijadual hadir ialah ahli parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul, ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah.

Skandal 1MDB: AS mulakan siasatan jenayah terhadap wang curi 1MDB

DoJ memohon menggantung permohonan rampasan harta supaya tidak menjejaskan siasatan jenayah terhadap wang dilarikan daripada 1MDB.
1mdb10LOS ANGELES: Pihak berkuasa Amerika Syarikat kini memulakan siasatan jenayah terhadap dana dilarikan daripada 1MDB, dan memohon menggantung sementara permohonan sivil membekukan aset mewah dan wang dilarikan daripada syarikat milik kerajaan Malaysia itu.
Dalam permohonan di mahkamah oleh Jabatan Kehakiman AS (DoJ) semalam, pihak berkuasa negara itu kini memanjangkan siasatannya untuk mengesan dana 1MDB di seluruh dunia yang sepatutnya untuk tujuan pembangunan tetapi disalah guna untuk membeli hartanah mewah, barang seni, penerbitan filem dan lain-lain.
Pegawai DoJ memohon seorang hakim di sebuah mahkamah di Los Angeles semalam untuk menggantung sementara permohonan sivil merampas aset diperolehi ahli perniagaan kelahiran Malaysia Low Taek Jho, atau Jho Low.
Menurutnya, meneruskan permohonan itu akan menjejaskan usaha melakukan siasatan jenayah.
Dalam permohonannya, DoJ mendakwa di antara 2009 dan 2015, lebih AS$4.5 bilion daripada 1MDB diselewengkan kepada beberapa pegawai tinggi 1MDB dan rakan mereka..

Mungkir Dan Terus Mungkir Janji....

Jika ikut kiraan dlm setahun sepatutnya k'jaan kena siapkan 100,000 unit rumah #PR1MA dlm setahun. Sepatutnya skrg (4 tahun) dah siap 400,000 rumah..

TETAPI SEKARANG BARU SIAP 8,475 RUMAH SAHAJA (2 peratus siap) ??!

HANYA 934 shj yang telah diserah kuncinya (0.2 peratus serah kunci) ??!

Mana satu ni yang bohong ?

Ampu bodek jilat punya pasal, sanggup putar belit dan menipu..

Spesis yg masih wujud sebegini lah yg boleh kekal lama dalam Ameno sampai mati !!

Tang mana BIJAK Rosmah tu ??!


Tokoh dari segi mana tu.. ?

Rosmah terima Anugerah Tokoh Wanita oleh Majalah WANITA.

Terdesaknya Umno bawa pengutip cukai untuk lawan Dr Mahathir

TEKANAN kini diberikan terhadap Dr Mahathir Mohamad dan keluarganya termasuk menggunakan pengutip cukai sebagai salah satu cara untuk menghalang bekas perdana menteri dan kempennya untuk menurunkan Najib dan kerajaan Barisan Nasional yang diterajunya.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) minggu ini menyerbu semua perniagaan Dr Mahathir dan tiga anaknya – Mirzan Mokhzani dan Mukhriz yang disifatkan sebagai siasatan “rutin”.
Semuanya tentang itu.
Realitinya, segalanya sudah ada dalam buku Umno sejak beberapa tahun dulu lagi. Agensi kerajaan, media dan blogger dipergunakan untuk menggoncangkan musuh pentadbiran persekutuan.
Dalam hal ini, serangan ke atas Mahathir mempunyai beberapa objektif.
1) Membuat ahli keluarga atau Dr Siti Hasmah merayu Dr Mahathir untuk berhenti serang Najib.
2) Untuk memusnahkan dan merendahkan Dr Mahathir dan keluarganya sebagai penjahat, sekurang-kurangnya menjadikan mereka individu yang dipersoal kekayaannya.
3) Sebagai amaran kepada individu lain yang lantang mengkritik kerajaan yang boleh jadi giliran mereka pula selepas ini.
Pada Mei, Dr Mahathir mendedahkan LHDN menyasarkan pemberi dana pembangkang dengan menakut-nakutkan mereka daripada terus menyumbang kepada pakatan pembangkang Pakatan Harapan.
“Kini apa yang saya dengar sesiapa menyumbang kepada Pakatan Harapan akan diganggu LHDN,” katanya dipetik sebagai berkata.
Antara yang dikenakan tindakan ialah pengerusi eksekutif Country Heights Holdings Bhd (CHHB) Lee Kim Yew yang mana akaun deposit tetap bernilai RM126 juta dibekukan berikutan liabiliti cukai CHHB.
Lee kemudiannya memaklumkan Bursa Malaysia deposit tetap itu akan digunakan untuk membayar liabiliti cukai.
The Star pada 11 Mei lalu melaporkan beberapa hartawan diarahkan membayar tunggakan hutang yang membawa kepada ratusan juta ringgit oleh LHDN dan Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara Jabatan Peguam Negara.
Itu dua bulan lalu. Dalam kes terbaru, ia jelas keluarga yang lantang bersuara dipilih untuk ditutup mulutnya.
Adakah ia akan berhasil? Mungkin untuk orang lain tapi tidak kepada Dr Mahathir, yang pernah pada amannya berdiri dan merenung mereka yang cuba mendiamkannya kerana isu yang lebih berat berbanding cukai anak-anaknya.

Zaman Najib & Rosmah: Menoreh sampai malam hanya dapat RM30



Penoreh getah di Kampung Tenang, Segamat yang bekerja dari pagi hingga malam hanya mampu membawa pulang RM30 daripada jerih payah membanting tulang sepanjang hari. Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, pendapatan yang mereka dapati tidak setimpal dengan perbelanjaan harian.
Salah seorang daripada mereka, Baharudin Ismail, 44, yang senang dipanggil Din mengeluh kerana terpaksa mencatu makanan seisi rumahnya akibat pendapatan yang sedikit.
Din terpaksa bekerja siang dan malam demi menyara kehidupan keluarganya yang menanti di rumah dengan penuh harapan dalam keadaan kelaparan.
Baharudin IsmailDalam sebak Din meneruskan cerita kehidupannya. Beliau mempunyai dua anak yang masih bersekolah dan seorang anak berusia 2 tahun. Belanja hidup seharian lebih diutamakan Din daripada perkara-perkara lain. Apatah lagi pendapatannya tidak dapat menampung perbelanjaan harian.
Din mengambil upah menoreh di kebun-kebun orang. Hasil pendapatan jualan getah dibahagi dua dengan tuan kebun.
Keringat, airmata dan kesakitan adalah teman Din setiap hari dalam melayari kehidupan di Kampung Tenang Segamat Johor ini. Din berkata bukan dia seorang sahaja yang mengalami nasib sedemikian, malah majoriti orang sepertinya ada di Kampung Tenang itu.
Din berharap, apa yang dialaminya dapat menjadi dorongan kepada pihak-pihak berwajib untuk membantu penoreh-penoreh getah seperti beliau.
Akhir-akhir ini, kata Din barangan keperluan harian semakin mahal tetapi pendapatan hasil menoreh semakin kecil. Jika harga getah naik pun ia tidak dapat menampung juga kos sara hidup yang bagi Din semakin menggila.

Pas sahaja yang menentang RUU164 sembang Naib Presidennya..!!!

Pas menegaskan parti tersebut masih lagi memegang dasar Islam mereka dan bangun membantah Rang Undang-Undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) (Pindaan) 2016 (RUU164).
Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata sikap Pas adalah jelas  dan kekal matang, rasional, istiqamah, berhikmah, berilmu dalam tindakan.
Idris Ahmad “Walaupun RUU 164 dibawa oleh Kerajaan, 13 Ahli Parlimen Pas menentang, namun sayang kerana peraturan dewan menetapkan mesti ada 15 orang baru boleh dikira undi belah bahagi.
“Sikap Pas adalah jelas, jika baik untuk Islam maka kita akan sokong tidak kira siapa yang bawa usul, kalau sebaliknya, Pas akan tentang walaupun dibawa oleh Kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Terdahulu, Kerajaan menggunakan Peraturan Mesyuarat 62 untuk menarik semula RUU 164.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pindaan ini dibuat agar tidak berlaku percanggahan dalam mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan selaras dengan prinsip doktrin stare decisis dimana keputusan Mahkamah tertinggi terhadap pentafsiran Fasal (4) Perkara 12 adalah terikat.
Sementara itu, Idris Ahmad turut memperjelaskan  bahawa tidak timbul isu pas ber UG dengan Umno apabila sokong RUU 355.
“Nasihat saya pada ahli Pas, janganlah kita terlajak ‘cerdik’ menuduh mereka yang menyokong RUU 164 telah makan dedak Umno/BN.
“Seperti mana yang selalu dituduh kepada Pas, biarlah mereka kata kita. Buktikan dengan amalan dan selagi kita pegang dengan Islam, kita tenang dengan semua keadaan,” katanya.