Khamis, 10 Ogos 2017

BERSATU: Ada ADUN Umno akan lompat parti

Seorang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno di Johor dikatakan akan melompat parti ke serpihannya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Perkara itu didakwa susulan tidak puas hati dengan kepimpinan BN negeri apabila dia dikatakan tidak akan dicalonkan semula untuk bertanding dalam pilihan raya.

Rundingan ke arah penghijrahan itu juga dikatakan sedang giat dijalankan, yang antaranya melibatkan ketua bahagian BERSATU Batu Pahat Dr Mohd Zaid Mohd Yusof.
"Ada tanda-tanda beliau berminat mahu sertai BERSATU atas alasan tertekan ekoran ada pihak cuba keluarkan beliau dari jawatan yang disandang beliau kini," kata Mohd Zaid kepada Malaysiakini.
Zaid berkata beliau sudah dua kali mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat tersebut pada awal bulan ini.
Pertemuan dikatakan berlangsung di Bukit Perdana, Batu Pahat sepanjang minggu lalu.

Bagaimanapun, masih belum jelas bila tindakan itu akan dibuat kerana masih belum ada kata putus setakat ini.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi wakil rakyat itu dan kepimpinan Umno Johor berkaitan perkara itu.
Jika langkah itu diambil, wakil rakyat itu akan menjadi ADUN kedua Umno yang berpaling tadah kepada BERSATU di Johor.
Oktober tahun lalu, ADUN Jorak Datuk Shahruddin Md Salleh telah meninggalkan BN sebelum dilantik sebagai setiausaha agung BERSATU.
Sementara itu, BN juga boleh hilang penguasaan dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya perkara itu benar-benar menjadi kenyataan.
Pembangkang kini mempunyai 19 daripada 56 kerusi dalam dewan negeri.

PAKATAN lancar risalah, serius jelas 1MDB

Pakatan Harapan (PAKATAN) melancarkan risalah 1MDB: Skandal Rompakan Terbesar Dunia dengan tema ‘Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi’ yang akan diedarkan kepada umum, pada siri jelajah penerangan.
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, negara kini menanggung hutang hampir RM200 bilion dan Kerajaan Persekutuan sepatutnya melihat keupayaan kewangan negara sebelum menerbitkan hutang.

unknown (1)“Kalau tidak diselesaikan boleh meletakkan negara sebagai muflis. Ini memalukan, tidak pernah sejak merdeka kita tidak bayar hutang.
“Apabila pinjam, kita mesti tentukan keupayaan membayar hutang. Kita nampak Kerajaan sekarang buat hutang tanpa melihat keupayaan untuk membayarnya semula,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Pakatan Harapan di bangunan Parlimen, hari ini.
Risalah empat muka yang diterbitkan Sekretariat Pakatan Harapan antaranya menjelaskan berkenaan plot bermulanya hutang 1MDB, reaksi balas pimpinan PAKATAN serta apa yang boleh dilakukan dengan jumlah RM19.3 bilion wang rakyat ‘dicuri’.
Dalam perkembangan sama, Dr Mahathir berkata, PAKATAN perlu memberi perhatian kepada Sabah dan Sarawak serta membentuk manifesto khas untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.
“Kita akui amat perlu Pakatan Harapan memahami masalah dan perasaan mereka, justeru ia akan dibincang dalam satu jawatankuasa khusus dan akan mengemukakan laporan kepada Majlis Presiden yang akan bermesyuarat, pada 24 Ogos ini.
“Kita percaya masalah mereka serius. Kita ingin dengar pandangan semua pihak bagi membentuk satu manifesto khusus berkenaan mereka termasuk di negeri lain untuk pilihan raya,” katanya.

Gabungan PAKATAN Negeri selesai dua minggu

Pakatan Harapan (PAKATAN) sudah membentuk gabungan di peringkat negeri dan ia dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh dua minggu.
Pengerusi PAKATAN, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, setakat ini tiga negeri iaitu Johor, Pulau Pinang dan Selangor sudah menubuhkan Pakatan Harapan di peringkat negeri.
“Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Pakatan Harapan Johor, Lim Guan Eng di Pulau Pinang dan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali di Selangor,” katanya.
Bercakap pada sidang media di bangunan Parlimen, Dr Mahathit berkata, mereka masih menunggu maklum balas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berhubung isu logo walaupun sudah bertemu dengan pegawai bertanggungjawab.
“Kita sudah memberi logo tetapi belum dapat jawapan walaupun sudah bertemu pegawai dan bersedia membuat perubahan jika perlu.
“Kita sudah mengemukakan logo baru dengan nama penuh Pakatan Harapan. Saya harap kita dapat kelulusan segera untuk persediaan pilihan raya,” katanya.

Sibuk kes forex 20 tahun lalu, tak hirau skandal Felda mencolok mata!


FGV dan Felda yang bermasalah.
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) amat kesal dan kecewa dengan pendirian kerajaan yang enggan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kehilangan berbilion ringgit wang Felda dan FGV.
Presidennya Mazlan Aliman menyifatkan keenganan kerajaan untuk nenubuhkan RCI sebagai usaha melindungi individu tertentu yang menjadi punca masalah Felda dan FGV.
Beliau mengulas jawapan bertulis timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim bahawa kerajaan melihat tiada keperluan untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat kerugian Felda dan FGV.
Razali menjawab soalan bertulis Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.
"Di ketika berbagai skandal dalam Felda dan FGV terbongkar, kerugian besar FGV, rezab Felda yang sudah habis dan terkini tangkapan demi tangkapan dibuat SPRM atas dakwaan penyelewengan pembelian hotel di London dan Kuching; kerajaan memberi alasan tiada keperluan menubuhkan RCI?
"Anak tidak tahu sejauh mana susulan dibuat terhadap Laporan Jabatan Audit Negara mengenai Felda tahun lalu yang mendedahkan kerugian ratusan juta duit Felda.
"Begitu juga dakwaan penyelewengan pembelian ladang sawit di Samarahan seluas 20,000 hektar dengan nilai RM1.2 bilion," ujarnya.
Mazlan juga dimaklumkan bahawa 12 pelaburan FIC bernilai berbilion ringgit mempunyai elemen rasuah dan salah guna kuasa malah deretan projek dan pelaburan Felda dan FGV yang bermasalah, gagal dan terbengkalai.
"Adakah ia belum cukup bukti dan sangat mendesaknya RCI di tubuhkan, atau kerajaan mahu melindungi kegagalan mereka dalam menjaga kepentingan institusi rakyat seperti Felda, apatah lagi ia membabitkan pemimpin utama negara?" soal beliau.

Dr M: Azmin, Mat Sabu dapat peranan baru dalam PH

Pengerusi PH mengumumkan pelantikan Azmin Ali sebagai pengarah pilihan raya, Mohamad Sabu sebagai pengerusi komunikasi dan Zuraida Kamaruddin sebagai ketua Wanita PH.
mahathir-mohamad-azmin-ali-mat-sabu-bukuKUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) hari ini mengumumkan pelantikan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin ke peranan baru dalam gabungan itu.
Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media di Parlimen mengumumkan Azmin dilantik pengarah pilihan raya gabungan bagi mengukuhkan jawatankuasa pilihan raya yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yasin. Azmin merupakan naib presiden gabungan.
Mohamad Sabu, yang juga timbalan presiden PH, dilantik pengerusi jawatankuasa komunikasi dan mobiliti, manakala Zuraida dilantik ketua Wanita PH.
Dr Mahathir turut mengumumkan pelantikan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai pengerusi PH Pulau Pinang, Azmin sebagai pengerusi PH Selangor dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi PH Johor. Lim Guan Eng dan Muhyiddin merupakan timbalan presiden gabungan.
“Manakala di negeri lain tempoh masa 2 bulan untuk lengkapkan senarai kepimpinan,” kata bekas perdana menteri itu.
Menurut Dr Mahathir, pengumuman ini bagi mengisi kekosongan dalam struktur kepimpinan gabungan semasa.
Sebelum ini, PH mengumumkan Dr Mahathir sebagai pengerusi gabungan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umum gabungan dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai presiden gabungan.
Jawatan ketua setiausaha diisi bekas menteri Datuk Saifuddin Abdullah dan bendahari diisi Naib Pengerusi DAP M Kula Segaran.

Logo baru dah hantar, HARAPAN tunggu jawapan ROS

HARAPAN rangka manifesto khas Sabah, Sarawak

Najib hati besar, belanja pun besar: Tun M

Azmin tak ada maklumat isu PKR Kelantan

Mahathir: Serbu Juga Najib Dan Ahli Keluarganya

LHDN serbulah lebih kerap, kata Mahathir

Lakukan lebih banyak serbuan - itu kata Tun Dr Mahathir mengulas tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat syarikat anaknya kelmarin.
Kata bekas perdana menteri itu, pihak berkuasa seperti LHDN dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dialu-alukan membuat siasatan.
"Saya fikir kita patut adakan serbuan lebih kerap kerana kita juga perlu serbu (Datuk Seri) Najib (Razak), keluarganya, isterinya, anak lelakinya, anak tirinya - semua mereka perlu diserbu.
"Seluruh dunia menyebut tentang Najib tapi (di sini) tak ada serbuan," katanya kepada wartawan dalam sidang media Majlis Pimpinan Pakatan Harapan di parlimen hari ini.
Bekas perdana menteri itu diminta media mengulas mengenai serbuah agensi kerajaan terhadap syarikat anaknya sejak beberapa hari lalu.
Tindakan itu - walaupun perkara yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa negara ini - didakwa mempunyai motif tertentu kerana status Dr Mahathir sebagai seorang daripada pemimpin utama pembangkang.
Ia juga dipertikaikan kerana dibuat beberapa hari selepas pemimpin kerajaan menggesa pihak berkuasa menyiasat kekayaan keluarga Dr Mahathir.Antara syarikat yang disasarkan LHDN setakat ini ialah Crescent Capital Sdn Bhd yang diketuai Mirzan Mahathir.

Jurucakap syarikat itu mendakwa ada antara lapan hingga 10 orang menyerbu pejabat mereka dan beberapa fail diambil pada Selasa lalu.
Opcom Holdings Bhd yang diasaskan oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut tidak terlepas daripada siasatan.
Syarikat gentian optik itu diketuai adik Mukhriz, Datuk Mokhzani.
Sumber yang rapat dengan kem Mahathir pula memberitahu Malaysiakini semalam, Kencana Capital Sdn Bhd, sebuah firma modal teroka yang dimiliki oleh Mokhzani, turut diserbu pada Selasa lalu.
Bagaimana Malaysiakini tidak dapat mengesahkan maklumat itu secara bebas.
Guna nama orang lain
Dr Mahathir yang kini menjadi pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata rakyat patut tahu lebih banyak maklumat mengenai kekayaan sesetengah menteri.
Katanya, beliau sendiri pernah menyatakan maklumat mengenai harta didakwanya dimiliki Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.
Sekarang, katanya, salah seorang Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga menyarankan pihak berkuasa menyiasat beliau.
"Jadi saya cadangkan kita juga patut serbu Hishammuddin, kerana kita tahu gaya hidup orang seperti mereka perlu diteliti.
"(Serbuan) juga perlu diperluaskan kepada adik-beradik tokoh itu sebab kadang-kadang mereka menggunakan nama mereka," katanya.

Anwar wakilkan Izzah tiup lilin kek hari jadi

PR1MA: Janji 500,000 bina 8,475, kata PKR

'Lucu! JPN minta saya beri salinan dokumen Jho Low'

Ini ucapan hari jadi Anwar dari Mahathir

BAHASA MELAYU UNTUK PEKERJA BANGLA SAHAJA


Humbankan saja bahasa Melayu ke tepi
(Petikan dari website  KUSEMAN.COM)
Satu perkembangan yang membanggakan berlaku di negara kita semalam. Berita gembira ini harus disambut dengan kegembiraan juga apabila usaha kita menghumban bahasa Melayu ke tepi berjaya dilaksanakan. Apalah yang kita harapkan kepada bahasa yang hanya digunakan oleh peminta sedekah?
Itupun tidak semua peminta sedekah menggunakan bahasa Melayu untuk meminta kepada yang tidak berbahasa Melayu. Ada yang berbahasa Cina untuk meminta sedekah dengan China yang sangat tegar setianya kepada bahasa. Saudara-saudara Muslim kita dari Bangladesh berusaha bercakap Melayu kerana mahu berkerja di sini.
Sebenarnya mereka ini tidak tahu yang bahasa Melayu sudah tidak ada tempat di negara asal namanya Tanah Melayu ini. Bahasa Melayu hanya bernilai kepada pekerja Bangla saja. Kalau mereka tanya, dengan jujur saya nasihatkan  supaya belajar bahasa Cina (Mandarin atau Kantonis). Untung-untung boleh bekerja di Bandar Malaysia atau Forest City.
Saya akan pesan berkali-kali, jangan belajar bahasa Melayu. Pandai Bahasa Melayu macam pandai membuat bubu, tidak berguna zaman ini. Tengoklah Bangla yang pandai cakap Melayu hanya layak bekerja sebagai tukang sapu atau buruh saja di negara ini. Dari belajar bahasa Melayu lebih baik mereka ajar bahasa ibunda kepada orang Melayu. Berguna juga kalau kita nak melancong ke Dhaka. Di sana bahasa ibunda lebih utamakan.
Semalam telah berlangsung acara pecah tanah projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kuantan oleh Perdana Menteri Najib Razak. Projek itu menelan belanja RM55 bilion “dibiayai” (baca hutang) oleh China Communications Construction Group (CCCG).
Tetapi dalam media arus perdana tidak dinyatakan “dibiayai” oleh China cuma disebut antara yang hadir ialah Ahli Majlis Negeri China sebagai wakil khas Presiden China, Pengerusi CCCG dan pegawai kanan China. Ada yang lurus bendul bertanya, “kenapa banyak orang China datang?”
Ada sesetengah pihak marah apabila imej China daripada gegantung (banner) hingga bahasa Cina digunakan dalam majlis rasmi negara asal Tanah Melayu ini. Ada pihak yang apologetik pula berkata, “Najib Razak berucap dalam bahasa Melayu cuma diterjemah dalam bahasa Cina.”
Tidak kisahlah Najib bercakap Melayu atau apa. Yang pentingnya sangat wajar didominasikan bahasa Cina kerana China memberi hutang RM55 bilion untuk projek mega ini. Sedarlah diri kita sikit, kita ini sudah melarat dan hampir papa kedana. Orang sanggup bagi hutang pun sudah nasih baik, jangan paksa orang berduit ikut bahasa orang tidak berduit.

‘Jadilah anak jantan’, pesan Azalina pada mualaf

Azalina berpesan kepada mualaf agar bercerai mengikut prosedur di mahkamah sivil dan bertanggungjawab pada keluarganya yang belum Islam.
azalina-othman-cina-mualafSemasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2017 (Akta 164) malam tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Azalina Othman Said menyeru mualaf tidak bersembunyi di belakang hakim Mahkamah Syariah.
Beliau berkata ini kerana sesetengah mereka yang memeluk Islam berfikir mereka boleh meninggalkan keluarga yang belum memeluk Islam.
“Ya, dia Islam, tetapi patutkah dia meninggalkan keluarganya (bukan Islam) tergantung seperti itu? Saya tidak berkahwin, tetapi saya marah dengan isu ini.
“Kamu berkahwin, bila kamu memeluk Islam, kamu lari daripada tanggungjawab … tidak mahu membayar nafkah selepas bertukar agama. Islam agama yang bertanggungjawab,” kata Azalina lapor The Sun.
Akta 164 diluluskan melalui undi suara pada jam 12.50 pagi (hari ini) selepas pendebatan hangat antara ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.
Azalina berkata pindaan RUU itu menggesa mereka yang memeluk agama Islam berdepan dengan mahkamah sivil sekiranya mahu membubarkan perkahwinan.
“Mereka sepatutnya menjadi ‘anak jantan’ dan menghadapinya. Masuk mahkamah sivil jika kamu berani, dan bercerailah mengikut prosedur,” katanya.

BN GUGUR KLAUSA 88A KERANA UNDI MELAYU, HUBUNGAN DENGAN PAS


TINDAKAN Putrajaya mengeluarkan Klausa 88A daripada Rang Undang-undang (RUU) Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 (Akta 164) hanya bertujuan memastikan Barisan Nasional (BN) memenangi undi Melayu, kata pemimpin pembangkang dan penganalisis.
Mereka berkata ia juga bertujuan menjaga “kerjasama” antara Umno dan PAS yang sekarang ini berlaku “secara tidak langsung.”
“Kemungkinan besar, pengguguran klausa itu untuk dapatkan undi Melayu. Tetapi pada pandangan saya ia sangat tidak bertanggungjawab dan kerajaan tidak berani berdepan dengan isu dan masalah,” kata Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin kepada The Malaysian Insight.
“Umno juga hendak jaga hubungan dengan PAS. Kedua-dua Umno dan PAS mungkin sedar susah nak dapatkan undi bukan Melayu dan bukan Islam, jadi mereka kini ‘full gear’ untuk dapatkan undi Melayu,” katanya.
Pengerusi Biro Undang-undang Amanah itu berkata isu ini seharusnya dibahaskan dan semua pihak harus diberikan peluang untuk mengeluarkan hujah masing-masing.
“Tak sewajarnya kerajaan cuba sapu masuk bawah permaidani.”
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said pada Selasa membentangkan pindaan RUU itu yang menggugurkan klausa 88A.
Klausa 88A menyatakan agama anak terlibat kekal biarpun salah seorang atau kedua-dua ibu bapanya memeluk agama lain.
Sementara itu, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berkata jika klausa 88A dimasukkan dalam pindaan RUU itu, BN berkemungkinan besar akan kehilangan sokongan Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Isunya, mengapa kerajaan tak dapatkan pandangan pembangkang (sebelum tarik balik RUU)? Kerajaan tidak perlu takut jika semua pihak berjaya difahamkan,” kata ketua Wanita PKR itu.
“Walaupun ahli Parlimen mempunyai latar belakang agama yang berbeza, tiada masalah sekiranya mereka faham.”

RM400 juta vs. RM225.2 juta..

Jika peruntukkannya hanya RM225.2 juta tak perlulah nak tokok tambah cerita jadi RM400 juta..

ker... baki RM174.8 juta masuk ke 'akaun peribadi'' atau HANYA MASALAH TEKNIKAL !!!!

Tak abes2 nak perbodohkan rakyat..

Serbuan LHDN bukan kebetulan, kata Marina Mahathir


Serbuan LHDN bukan kebetulan, kata Marina Mahathir
Marina Mahathir mengesahkan selain Kencana Capital Sdn Bhd, Lembaga Hasil Dalam Negeri turut menyerbu Opcom Holdings Berhad dan Crescent Capital Sdn Bhd. 
MARINA Mahathir hari ini mempersoalkan pihak berkuasa percukaian Malaysia mengenai “rutin” siasatan dan serbuan ke atas syarikat tiga abangnya, mengatakan tiada notis awal diberikan untuk bertindak sedemikian.
Mereka ialah anak bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang kini menjadi pengkritik paling lantang kerajaan pimpinan Najib.
"Tiga-tiga sekali pada hari yang sama? Tak mungkin kebetulan," kata Marina kepada The Malaysian Insight.
"Dan mengapa tanpa memberi apa-apa notis?" soalnya.
Marina mengesahkan selain Kencana Capital Sdn Bhd, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) turut menyerbu Opcom Holdings Berhad dan Crescent Capital Sdn Bhd.
Opcom merupakan sebuah syarikat dipengerusikan Mokhzani yang ditubuhkan pada November 1994 dan terlibat dalam pendawaian fiber optik.
Mukhriz yang kini merupakan timbalan presiden Bersatu merupakan salah seorang pemegang sahamnya.
Sementara seorang lagi anak lelaki Dr Mahathir, Mirzan merupakan ketua pegawai eksekutif Crescent Capital, sebuah syarikat pelaburan dan perunding kewangan.
Seorang sumber memberitahu The Malaysian Insight, LHDN menyerbu pejabat Kencana pada Selasa dan merampas 11 fail daripada syarikat itu.

Pembangkang terhibur JPN minta dokumen Jho Low dari DAP pulak.....

Ahli Parlimen DAP Ng Wei Eik hairan dengan permintaan JPN kerana beliau menanggap agensi itu mempunyai akses kepada KDN dan Wisma Putra.
Ng-Wei-Eik-jpnKUALA LUMPUR: Pembangkang hari ini merasa terhibur apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dikatakan meminta dokumen kerakyatan kedua ahli perniagaan Pulau Pinang, Low Taek Jho atau Jho Low, daripada DAP.
Ng Wei Eik (DAP-Tanjong) berkata permintaan itu menghairankan kerana beliau menganggap JPN mempunyai akses kepada Kementerian Dalam Negeri (KPN) dan Kementerian Luar Negeri.
“Saya sebagai pengadu kemukakan aduan adakah Jho Low memiliki dua kewarganegaraan kepada JPN. Tetapi anehnya selepas sebulan setengah, saya terima surat daripada JPN.
“JPN minta saya kemukakan salinan dokumen taraf kewaraganegaraan “Persekutuan Santo Kitts dan Nevis” dan status terkini kewarganegaraan tersebut serta salinan pasport “Persekutuan Santo Kitts dan Nevis”,” katanya pada sidang media di Parlimen.
Perkara 24 Perlembagaan Malaysia melarang mana-mana warganegara Malaysia memegang taraf kerakyatan negara lain, dan memberikan kuasa kepada kerajaan melucutkan taraf kerakyatannya.
Jun lalu, dokumen Jabatan kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat setebal 200 muka surat yang difailkan di mahkamah California menyebut mengenai tandatangan Jho Low dalam surat syarikatnya, Good Star.
Tandantangan itu dikatakan menyerupai tandatangan Jho Low “dalam pasport Malaysia dan Santo Kitts dan Nevis”.
Dalam permohonannya, DoJ mahu merampas lukisan mewah, hasil keuntungan 2 filem Hollywood, kapal layar dan pelbagai hartanah serta barangan untuk mendapatkan semula sejumlah AS$540 juta (RM2.3 bilion) wang dikaitkan dengan dana diambil daripada 1MDB.

Dewan Rakyat tangguh lagi bahas usul RUU355 Hadi

Perbahasan mengenai usul yang dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, yang juga dikenali sebagai Akta 355, sekali lagi ditangguhkan.
Usul ini pada asalnya disenaraikan sebagai item ke-10 dalam Kertas Perintah, di belakang urusan kerajaan.
Selepas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan bahawa empat rang undang-undang kerajaan akan ditangguhkan kepada sidang parlimen yang akan datang, rang undang-undang Hadi ditolak ke item keenam.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim kemudian membentangkan usul supaya sidang Dewan Rakyat hari ini berakhir hanya selepas lima rang undang-undang kerajaan diluluskan.
Rang Undang-Undang Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Pindaan) itu adalah untuk bacaan kali kedua dan ketiga.
Abdul Hadi hari ini juga tidak kelihatan di Dewan Rakyat. Beliau dipercayai sedang bercuti berikutan pembedahan jantungnya pada bulan Mei lalu.
Kerajaan, pada Mei tahun lalu, membenarkan Abdul Hadi membentangkan usul persendiriannya itu. Walau bagaimanapun, presiden PAS itu kemudian memohon agar pembentangan usulnya ditangguhkan.
Semasa persidangan Dewan Rakyat yang berikut pada bulan November, Abdul Hadi sekali lagi memohon untuk penangguhan.
Usul itu akhirnya berjaya dibentangkan pada 6 April. Namun, speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan perbahasan dan menunda sidang Dewan Rakyat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim kemudiannya membentangkan usul supaya sidang Dewan Rakyat hari ini hanya berakhir selepas lima rang undang-undang kerajaan diluluskan.
Mereka termasuk bacaan kedua dan ketiga untuk rang undang-undang Angkatan Tentera (Pindaan) dan rang undang-undang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Pindaan).
Tiga perkara lain adalah usul kementerian kewangan mengenai cukai barangan dan perkhidmatan, duti kastam dan duti eksais.
Selepas lima perkara itu selesai, Razali berkata, sidang Dewan Rakyat akan ditangguhkan sehingga sesi berikutnya, pada tarikh yang belum ditetapkan.

‘China sudah pacak bendera dan kibar panji-panji di bumi kita’

Panji-panji bukan sebarang panji-panji. Bahasanya bukan bahasa ibu pertiwa. Cogan katanya tidak banyak yang mengerti.
Ini adalah panji-panji yang menjadi manifestasi kepada hegemoni politik dan ekonomi empayar komunis terulung di dunia – Republik Rakyat China.
Gambar panji-panji ini menjadi tarikan dan menular dalam media sosial selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, merasmikan upacara pecah tanah projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) di Kota SAS, Pahang semalam.Panji-panji itu adalah pratayang (preview) kepada apa yang akan datang bersama projek ERCL yang dibiayai oleh hutang RM55 bilion dari China.

Bukan panji-panji bahasa Mandarin itu saja datang dengan projek tersebut. Daripada paparan media massa arus perdana, kita juga lihat turut sama datang adalah tenaga manusia, modal, jentera pembinaan dan kereta api.
Maksudnya, sebahgian besar daripada pinjaman RM55 bilion itu akan dibelanjakan di negeri China untuk menjana ekonomi negeri China. China sudah pun menikmati faedah projek itu sedangkan kita sendiri belum pasti apakah keuntungan yang akan kita peroleh.
Malah kita jangan terperanjat jika sebahagian atau kesemua daripada pinjaman RM55 bilion itu akan dijana di negara kita sendiri dengan meminjam daripada institusi-institusi kewangan kita.
Dalam bahasa yang mudah, China sudah memacak bendera dan mengibarkan panji-panji di bumi kita melalui ECRL dan projek-projek lain yang dibiayai atau didirikannya.
Kecemperaan Cina adalah realiti sejarah. Tidak dapat tidak China terpaksa berkembang ke luar daripada sempadan politiknya. “The Middle Kingdom” sedang meledak.Penduduk China makin bertambah. Kini China menampung 18.4 peratus daripada penduduk dunia sedangkan tanah pertaniannya hanya 10 peratus keluasan tanah pertanian dunia.

China terpaksa meluaskan wilayah ekonominya untuk memanpung keperluan makanan, pekerjaan dan tempat tinggal rakyat jelatanya.
Bagi negara seperti kita, pilihannya ialah menjadi rakan kongsi yang berdaulat atau menjadi tanah jajahan ekonomi China.
Dalam gambar media, nampak ramai juga Melayu dijemput untuk bertepuk dan bersorak. Harap-harap janganlah sorakan mereka akan menyebabkan kampung tergadai.

DATUK A KADIR JASIN

Skandal 1MDB: Berbohong isu 1MDB punca akar umbi Umno reput

MENCURI satu hal tetapi berbohong dan tidak mengaku mengenainya menyebabkan banyak pemimpin akar umbi Umno di Langkawi hilang kepercayaan terhadap kepimpinan presiden parti Najib Razak.
Seorang ketua cawangan Umno di Langkawi memberitahu The Malaysian Insight, 80% daripada ahli cawangannya menentang kepimpinan Najib kerana salah langkahnya itu.
"Kalau dia mengaku awal-awal terima duit RM2.6 bilion itu orang tak kisah, mestilah ada sebabnya.
"Tetapi yang dia berbohong, itu saya tidak boleh terima," kata Ahmad Kamardin, 52, yang menjadi ketua Umno cawangan Kampung Mawat, Ulu Melaka, Langkawi sejak 18 tahun lalu.
Ahmad berpendapat Najib sepatutnya menyaman pihak yang menuduhnya mencuri duit sebaik sahaja mereka melemparkan semua tuduhan itu.
"Kalau orang tuduh saya, saya boleh tumbuk orang itu. Tetapi apabila orang tuduh kita, kita tidak buat apa, bagi saya itu mana boleh.
“Di mana maruah pemimpin kita?" Soal bekas tentera yang 33 tahun menjadi ahli Umno itu.
Selepas menyatakan pendirian mengenai Najib dan 1MDB, Ahmad mengalami nasib yang sama seperti pemimpin Umno lain yang mengkritik perdana menteri.
Ahmad Kamardin berpendapat Perdana Menteri Najib Razak perlu menyaman pihak yang melemparkan semua tuduhan berkaitan 1MDB bagi membuktikan beliau tidak bersalah. – Gambar The Malaysian Insight, 10 Ogos, 2017.
Ahmad Kamardin berpendapat Perdana Menteri Najib Razak perlu menyaman pihak yang 
melemparkan semua tuduhan berkaitan 1MDB bagi membuktikan beliau tidak bersalah.
Beliau diketepikan daripada Umno dan jawatan pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang kini diambil alih oleh orang lain.
"Dia tak pecat saya tetapi, jawatan pengerusi JKKK saya dipangku oleh orang lain," kata Ahmad.
Nasib yang sama juga menimpa seorang ahli jawatankuasa Umno bahagian Langkawi dan ahli JKKK, Mohd Farid Idris, ahli perniagaan muda berumur 36 tahun.
Walaupun selalu bermain golf dengan pemimpin Umno termasuk Menteri Besar Kedah Ahmad Bashah, kerana mengkritik tingkah laku pimpinan Umno, beliau dipecat daripada ahli JKKK di kampungnya.
Kalau dahulu, pelbagai rombongan daripada Umno dan badan kerajaan selalu berkunjung ke restorannya untuk makan, kini restoran Siti Fatimah miliknya agak lengang.
"Saya kenal Adun Kuah ini sudah lama ketika dia menjadi pegawai Kastam lagi dan banyak membantu dia.
"Tetapi selepas menang dan jadi Adun dia sudah berubah. Apa lagi, saya marahlah," kata Farid.
Beliau yakin, ramai orang yang berkongsi sentimen dengannya ragu-ragu dengan Umno dan Najib.
"Ramai sudah lari, tambah-tambah bila Tun Mahathir pun lari," kata Farid yang kini mendekati parti pimpinan Dr Mahahir, Bersatu.
Pengaruh Dr Mahathir

Lepas Mokhzani - LHDN siasat pula firma Mukhriz, Mirzan

Firma-firma yang dimiliki oleh ketiga-tiga anak lelaki Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menjadi tumpuan siasatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Ketika dihubungi hari ini, seorang eksekutif kanan di Crescent Capital Sdn Bhd, sebuah firma modal teroka yang diasaskan dan diketuai oleh Mirzan Mahathir, mengesahkan LHDN menyerbu pejabat itu pada Selasa lalu.
"Kami diserbu oleh lapan hingga 10 pegawai LHDN dan beberapa fail diambil," kata jurucakap firma itu, yang enggan namanya disiarkan.
Jurucakap Opcom Holdings Bhd - sebuah syarikat gentian optik yang diasaskan oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan diketuai oleh adiknya, Datuk Mokhzani - mengesahkan syarikat itu turut diserbu pada hari yang sama.
Walau bagaimanapun, jurucakap itu enggan memberi sebarang maklumat.
Sementara itu, sumber yang rapat dengan kem Mahathir memberitahu Malaysiakini semalam bahawa Kencana Capital Sdn Bhd, sebuah firma modal teroka yang dimiliki oleh Mokhzani, turut diserbu pada Selasa lalu.
Ini bagaimana pun tidak boleh disahkan secara bebas dengan syarikat itu.
Pada bulan Mei lalu, Mahathir mendakwa bahawa LHDN menjadikan rakan-rakannya sebagai sasaran.
Walaupun beliau tidak mendedahkan sebarang nama, perniagaan yang dimiliki oleh dua rakan sekutu Mahathir - Tan Sri Lee Kim Yew dan Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar - mempunyai masalah berhubung pencukaian.
Mahathir juga mendakwa bahawa penderma atau penyumbang kepada Pakatan Harapan menjadi sasaran secara tidak adil oleh pihak berkuasa.

SPRM dan LHDN tidak nampak 'gajah di depan mata'

Raja Bahrin Shah
Segala bentuk rasuah dan salah guna kuasa patut disiasat oleh semua pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memastikan tidak ada penyelewengan berlaku di apa jua peringkat.
Ali Parlimen Kuala Terengganu Raja Bahrin Shah dalam tulisannya berkata, ia mesti dilakukan secara adil dan saksama tanpa memilih bulu dan secara menyeluruh.
"Keadilan bukan hanya mesti dilaksanakan tetapi mesti juga kelihatan dilaksanakan. Itulah asas keadilan sebenarnya yang juga dituntut oleh Islam," ujarnya,
Beliau menyingkap akan serbuan oleh LHDN, keatas salah satu pejabat syarikat Datuk Mokhzani Mahathir yang pernah menjadi berita panas diatas sebab-sebab yang tidak menyenangkan dan mencurigakan.
"Adakah ianya siasatan secara menyeluruh ke atas keluarga anak beranak bekas Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet?Jika ianya benar kenapa hanya Mokhzani yang disasarkan oleh LHDN serta kerajaan dan tidak Khairy Jamaluddin (menantu Pak Lah) yang menguasai beberapa syarikat-syarikat tertentu sejak dahulu lagi semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri?
"Lebih menghairankan lagi kenapa tidak juga Rizal Aziz anak tiri Najib yang namanya tersohor diseluruh dunia antarabangsa dengan penglibatan beliau bersama Jho Loh dalam skandal 1MDB dan pembelian hartanah mewah?
"Rizal amat muda untuk memiliki begitu banyak kekayaan berbandingkan dengan peniaga veteran lain yang sudah lama didunia koporat. Adakah kerana Khairy adalah Menteri Kabinet dan Rizal Aziz adalah dari dalam kumpulan keluarga yang masih berkuasa maka mereka memiliki kekebalan tertentu dimata pihak berkuasa? Kenapa memilih bulu dan sasar hanya dari keluarga yang sudah tidak lagi berkuasa?," soalnya kepada SPRM.
Raja Bahrin juga menyentuh mengenai LHDN adakah agensi itu menyahut gesaan terbuka dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi,Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz dan ahli-ahli Umno lain untuk menyiasat keluarga Dr Mahathir.
"Adakah ianya suatu kebetulan sahaja atau adakah LHDN dan SPRM menerima tekanan dari Umno seperti di katakan oleh orang ramai - menerima arahan dengan sahutan "saya yang menurut perintah".
"Adakah kebetulan juga dua orang lagi anak Tun Mahathir iaitu Mirzan Mahathir dan juga Mukhriz Mahathir juga disiasat?
"Persoalan lagi kenapa selepas berpuluh tahun Datuk Mokhzani berniaga baru sekarang tindakan diambil? Adakah kerana Tun Mahathir bersuara tentang rasuah dan kleptokrasi kerajaan Najib tindakan diambil keatas ahli keluarganya?" soalnya lagi.

Dakwaan rasuah Guan Eng, MO1 cetus kekecohan di Dewan Rakyat

Dakwaan rasuah Lim Guan Eng dan 'Malaysian Official 1' menjadi topik soal balas mengenai persepsi rasuah negara.
Rahman-Dahlan-Nga-Kor-Ming-rasuahMenteri Umno Datuk Seri Rahman Dahlan sempat membidas pembangkang ketika menjawab soalan mengenai persepsi rasuah negara.
Beliau menjelaskan Indeks Daya Saing Global terdiri daripada 2 komponen iaitu tinjauan, yang berdasarkan kepada persepsi, dan data, yang berdasarkan kepada angka daripada agensi kerajaan.
Menteri itu berkata kes dakwaan rasuah yang sedang dihadapi Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ketika ini menyumbang kepada penurunan kedudukan negara dalam indeks antarabangsa.
“Orang bertanya adakah rasuah di negara kita meningkat? Ya, betul! Sebab ketua menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng) dituduh di mahkamah.
“Kalau boleh nak membantu kerajaan menurunkan indeks ini, minta Yang Berhormat (Lim Guan Eng) letak jawatan,” katanya di sesi soal jawab Dewan Rakyat.
Nga Kor Ming (DAP-Taiping) kemudian bangun untuk menanyakan mengenai “Malaysian Official 1” (MO1) yang disebut dalam laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).
Namun sejurus selepas itu Othman Abduh (BN-Pendang) bangun dan Dewan Rakyat terjerumus menjadi sesi jerit-menjerit.
Othman mencelah: “MO1 mana dituduh! Ketua menteri Pulau Pinang dituduh!”
Nga membalas: “Harta sudah disita berbilion-bilion di Amerika Syarikat…kerajaan buat apa? Tidurkah?”
Timbalan Speaker Datuk Seri Ismail Said berjaya mengawal keadaan dan mengingatkan wakil rakyat hari ini hari terakhir sidang Dewan Rakyat.
Ramlan kemudian menyambung dengan berkata jawapannya berdasarkan fakta, untuk menjawab soalan mengenai persepsi rasuah.
“Faktanya setiausaha agung parti (DAP) didakwa rasuah.”
Tetapi Nga meminta Ramlan memberitahu adakah menteri Kabinet akan mengisytiharkan aset kepada Parlimen.
Ramlan menjawab: “Inilah masalahnya bila tanya soalan yang sarat dengan sindiran politik, kita jawab dengan fakta, Yang Berhormat sendiri yang melatah. Bertenang.”
“Jadi persepsi rakyat memberikan negatif, maka itu indeks rasuah kita menurun.”
Mengenai aset, Ramlan berkata menteri Kabinet mengisytiharkan aset kepada perdana menteri, dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi akses kepada pengisytiharaan itu.
“Pengisytiharaan aset yang dibuat oleh Pulau Pinang, Selangor, walaupun bunyinya cantik tetapi tidak bermakna, dari pandangan saya.

Bauksit: Tiada makna penahanan dilakukan SPRM jika AG tidak mendakwa



Penahanan seorang pembantu am  dan  pegawai di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRM) tidak akan membawa sebarang makna jika Peguam Negara (AG) tidak melakukan pendakwaan, kata Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh.
Beliau dipetik berkata, bidang kuasa SPRM hanya untu menyiasat tetapi bukan mendakwa.
"“Aktiviti membantu perlombongan haram ketika moratorium yang diumumkan kementerian adalah perbuatan khianat kepada negara, insan dan alam sekitar serta tidak ada toleransi yang wajar diberikan kepada pengkhianat.
“Namun, SPRM hanya punya kuasa untuk menyiasat tetapi tidak untuk mendakwa. Taring SPRM sudah dipotong rejim kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mahu terus membantutkan proses demokrasi, amalan ‘good governance’ serta integriti dan ketelusan di dalam urus tadbir,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun beliau mengucapkan taniah kepada SPRM susulan kejayaan menahan beberapa penjawab awam di PTG di Kuantan kerana disyaki membocorkan maklumat operasi kepada pelombong haram bauksit.
Katanya, pihak Peguam Negara perlu membuktikan kesungguhan mereka untuk membersihkan rasuah di dalam industri perlombongan bauksit haram dengan mendakwa semua tertuduh yang ditahan SPRM itu.
Terkini pada 5 Ogos SPRM menahan seorang pembantu am di PTG Pahang kerana disyaki menerima rasuah membocorkan maklumat operasi kepada pelombong bauksit haram.
Penahanan terbaru itu menjadikan jumlah mereka yang ditahan berkaitan kegiatan perlombongan bauskit ini seramai 11 orang termasuk seorang Pegawai Kanan Kastam dan sembilan kakitangan PTG Pahang.

"Saya hamba rakyat Johor" jawab TMJ kepada Shebby

'Apa istimewanya Riza, Khairy berbanding anak Mahathir?'

Siasat anak tiri Najib, bukan anak Mahathir - Raja Bahrain

'Mana pergi RM100 juta dalam KBS, siapa yang nak jadi hero'

Anwar sambut hari jadi ke-70 bersama Reformis di mahkamah

'Saya belum kahwin pun saya marah' - Menteri Umno...

Dewab Rakyat 'panas' isu MO1 vs Guan Eng

RUU Pindaan POCA Disalah Guna - MP PH

Saya masih 40, kata Anwar di sambutan hari lahir

Penyokong menyanyikan lagu 'Selamat Hari Jadi' kepada ahli politik yang meraikan hari kelahiran yang ke-70 tahun ini.
anwar-makamahBekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini disambut dengan acara sambutan hari kelahiran ringkas semasa menghadiri perbicaraan fitnah anak perempuannya, Nurul Izzah Anwar.
Namun pemimpin politik itu, yang meraikan hari kelahiran yang ke-70 tahun ini, tegas mengatakan usianya tidak berubah sejak 30 tahun dulu.
“Bila kamu tanya usia saya, saya jawab 40,” kata Anwar kepada para penyokong yang menyanyikan lagu “Selamat Hari Jadi” sambil pengiring keselamatan cuba menghalang orang ramai mengambil gambar.
“Saya tak boleh beritahu usia sebenar kerana ada ramai gadis di sini.”
Anwar merupakan saksi dalam saman Nurul Izzah terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Nurul Izzah menyaman mereka berhubung dakwaan beliau melakukan “khianat” kerana bertemu Jacel Kiram, anak perempuan Jamalul Kiram III, yang mengaku dirinya pemerintah Kesultanan Sulu yang mengepalai pencerobohan bersenjata di Sabah pada awal 2013, menyebabkan kematian berpuluh pengikut dan pasukan keselamatan.
Nurul Izzah bertemu Jacel semasa melawat Filipina.
Khalid dan Ismail 2 kali gagal membatalkan samannya tahun lepas, dan gagal mencapai suatu penyelesaian di luar mahkamah.

RM225 juta untuk 500 ambulans? Kos dipertikai

Bekas ketua komander St John Ambulance Malaysia Dr Low Bin Tick berkata, ambulans standard biasanya menelan kos sekitar RM100,000 sebuah manakala unit lebih canggih kemungkinan berharga RM1 juta.
ambulan-1
 Di sebalik pemotongan bajet sektor kesihatan menjadi perhatian banyak pihak, seorang bekas ketua perkhidmatan ambulans menyifatkan peruntukan RM225.2 juta oleh kementerian kesihatan untuk membeli 500 ambulans merupakan 1 jumlah yang terlalu besar.
Bekas ketua komander St John Ambulance Malaysia (SJAM), Dr Low Bin Tick memberitahu FMT, ambulans standard biasanya menelan kos sekitar RM100,000 sebuah manakala unit yang lebih canggih kemungkinan berharga RM1 juta.
Laporan The Sun Daily memetik Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Dr Chen Chaw Min berkata 500 ambulans dibeli dengan harga RM225.2 juta, di mana separuh daripadanya adalah kelengkapan perubatan terkini.
Sesetengah ambulans, antaranya dilengkapi dengan alat penjagaan jantung maju, sistem udara mudah alih, unit sedutan perubatan mudah alih dan pembalut dilipat dengan tali pinggang keselamatan, kata beliau.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, pengedaran ambulans bermula awal bulan ini dan akan siap sepenuhnya menjelang September tahun depan.
Pada masa yang sama Bin Tick kesal kerana pemandu-pemandu ambulans enggan dilatih untuk menyelamatkan nyawa kerana mereka didaftarkan hanya sebagai pemandu.
“Ini kerana mereka tidak diberi elaun tambahan untuk mempelajari kemahiran baharu dan untuk bertindak sebagai pihak penyelamat peringkat pertama,” katanya.
Pembantu perubatan biasanya mengiringi pemandu apabila ambulans respons kepada panggilan kecemasan.
Malah kata beliau, jenis ambulans bariatrik yang lebih mahal membenarkan pengangkutan pesakit-pesakit berlebihan berat badan.

LEPAS JUMPA ARUL KANDA PAS BAGI COP MOHON KEPADA NAJIB?


Secara umumnya kita mengalu-alukan mana-mana pihak, baik kerajaan, parti pembangkang atau orang perseorangan (profesionalis) mengambil bahagian dan berusaha untuk menyelamatkan harta benda negara, seperti kerugian dialami syarikat perlaburan strategi 1MBD yang sudah diketahui umum dan menjadi penyakit kronik buat Najib Razak dan kerajaan UBN.

Sebagai warga negara yang bertanggungjawab dan bersemangat patriotik, kita harus bergerak sederap untuk menyelesaikan masalah itu yang kini merupakan masalah terbesar dipanggung negara di era Najib Razak menjadi perdana menteri. Skandal itu bukan sahaja dipikul Najib secara peribadi tetapi ia terleset kepada seluruh rakyat negara ini.
Seluruh dunia mengetahuinya, dan negara kita sedang diejek dan dhina dengan perbuatan manusia bernama Jho Low, orang bertanggungjawab mencipta dan mencari laba besar menerusi skandal 1MDB itu. Kebijaksanaan (sebenarnya pengkhianatan) Jho Low menipu negara suatu lagi sejarah hitam buat Malaysia yang belaka kita harus mengutuk dan menentangnya. Kutukan bukan sahaja kepada Jho Low tetapi orang yang memberi lesen kejahatan itu kepadanya.
Bertolak dari kepentingan dan tanggungjawab itu usaha parti agama (Pas), untuk mendapatkan penjelasan berhubung permasalahan dalam 1MDB dan perkembangannya terkini, dilalu-alukan. Jangan perkecilkan usaha Pas itu dimana mereka juga ada peranan dan tanggungjawab kenegaraannya. Dan wajar tindakan Pas itu dipuji kalau ia memberi kesan positif. Tiada masalah untuk kita mengatakan sesuatu yang baik itu waima siapa melakukannya. Kebenaran mengatasi sempadanan emosi.
Barang kali kita boleh memberi kredit kepada usaha Pas itu. Pihak lain, parti-parti pembangkang PKR, DAP, PPBM dan Amanah sudah pun mengambil bahagian masing-masing. Baik menerusi organ mereka atau menerusi kenyataan peribadi pemimpinnya baik melalui akhbar atau pun dipentas ceramah.
Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad, setiap hari dan setiap detik bercakap dan meluahkan kekesalan mengenai skandal 1MDB. Tanpa opolegetik beliau langsung menyalahkan Najib Razak dengan menggelarkannya sebagai penyangak, penipu, pencuri dan perompak– 4P.  Dr Mahathir hari ini dilihat semacam tidak siuman lagi apabila memikirkan macam mana untuk menghuiraikan skandal berkenaan. Apa yang pernah dilakukan terhadap Abdullah Badawi itulah juga dikerjakan kepada Najib.
Siasat Najib.
Begitu juga dengan pemimpin parti-parti pembangkang lain, DAP, Amanah dan PKR. Mereka juga tidak ketinggalan mengambil bahagian untuk menyelamatkan negara dengan mencari sosulsi agar skandal 1MDB diatasinya. Berbagai cadangan dan desakan dilakukan untuk itu. Antara tindakan dan cadangan ialah agar Najib disiasat secara telus dan adil. Mereka sepakat meletakkan skandal 1MDB dibawah tanggungjawab Najib.
Terbaharu tindakan pimpinan pembangkang ialah mengemukakan memorandum kepada SPRM supaya membuka siasatan semula terhadap isu 1MDB. Memorandum itu disertai dengan bukti terbaharu seperti dikeluarkan oleh DoJ, dibuat selepas beberapa jam Pas membuat kenyataan bahawa pihaknya berpuas hati dengan perjalanan pelan rasionalisasi yang sedang diusahakan oleh 1MDB untuk menyelamatkan khazanah negara itu.
Memorandum itu diserahkan sendiri oleh Presiden Harapan, Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan diiringi beberapa pemimpin tertinggi Harapan.
Wan Azizah kepalai serah memo kepada SPRM.
Sehari lalu, Pas yang diketuai timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Manbersama 30 ahli jawatankuasa kerjanya telah berjumpa dengan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda untuk mendapat penjelasan berhubung 1MDB. Khabarnya perjumpaan mahabbah itu memakan masa 2 jam. Apakah ia merupakan pertemuan untuk bersoal balas atau sekadar mendapat penjelasan sepihak daripada Arul Kanda? Atau pun perjumpaan untuk menikmati cepati dan tosei bikinan Arul Kanda sahaja.

LHDN serbu syarikat Mukhriz, Mirzan pada hari sama

Ia bukan suatu kebetulan apabila semua anak Dr Mahathir menjadi sasaran, kata anak sulung bekas perdana menteri, Marina Mahathir.
Mokhzani-Mahathir_Mukhriz_Mirzan_600
Pada hari yang sama syarikat Datuk Mokhzani Mahathir, Kencana Capital Sdn Bhd diserbu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), 2 lagi syarikat yang ada kaitan dengan anak Tun Dr Mahathir Mohamad turut menjadi sasaran, menurut sumber yang rapat dengan keluarga bekas perdana menteri itu.
FMT difahamkan LHDN turut menyerbu Opcom Holdings Berhad dan Crescent Capital Sdn Bhd.
Opcom merupakan sebuah syarikat ditubuhkan pada November 1994 dan terlibat dalam pendawaian fiber optik. Ia dipengerusikan oleh Mokhzani yang juga ketua pegawai eksekutif (CEO), sementara Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah salah seorang pemegang sahamnya.
Seorang lagi anak lelaki Dr Mahathir, Mirzan Mahathir, disenaraikan sebagai CEO Crescent Capital, sebuah syarikat pelaburan dan perunding kewangan.
Ketika dihubungi, anak sulung Dr Mahathir, Datin Paduka Marina Mahathir mengesahkan semua serbuan itu berlaku 2 hari lalu.
“Saya tidak merasakan ia satu kebetulan. Ataupun mereka (LHDN) hanya menjalankan tugas,” katanya kepada FMT.
Serbuan itu berlaku ketika pemimpin Umno termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz menggesa siasatan terhadap kekayaan keluarga bekas perdana menteri yang kini mempengerusikan gabungan 4 parti Pakatan Harapan (PH).
Bagaimanapun, Dr Mahathir tampak masih tenang dengan siri tindakan itu, malah menjemput seterunya Datuk Seri Najib Razak hadir pada forum “Nothing to Hide” Ahad ini.

TIADAKAH DIBUAT RAKAMAN "SIDANG MEJA LEPER" ANTARA PAS DENGAN ARUL KANDA?

Pertemuan antara Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dengan Presiden dan CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy baru-baru ini yang disusuli dengan parti Islam itu berasa puas hati terhadap pelan rasionalisasi syarikat pelaburan sarat masalah tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi yang kurang menyenangkan.

Ramai yang kehairanan bagaimana Pas boleh berpuas hati terhadap penjelasan Arul Kanda serta menyoal apakah Pas sebenarnya betul-betul faham mengenai kemelut berliku-liku dan berbelit-belit yang membuatkan skandal 1MDB itu membusuk ke seluruh dunia?

Selain itu, ramai juga yang ingin tahu apakah bentuk penjelasan yang  telah diberikan oleh Arul Kanda dalam pertemuan selama 2 jam itu?

Tidak kurang yang bertanya, apakah Pas yang diwakili oleh 30 Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dan diketuai oleh Tuan Ibrahim Tuan Man itu juga benar-benar faham dengan penjelasan yang diberikan oleh Arul Kanda?

Yang lain pula ingin tahu, apakah 30 orang Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu hanya mendengar saja penjelasan Arul Kanda serta adakah mereka bertanya sebarang soalan kepadanya?

Tidak kurang yang bertanya, jika ada pertanyaan dibangkitkan, apakah bentuk soalan yang telah ditanyakan kepada Arul Kanda?

Dalam hal ini, Pas mungkin boleh menepis pelbagai tanggapan negatif itu jika mereka dapat mendedahkan bukti rakaman pertemuan tersebut kepada umum.

Jika diikut logik, tentulah Pas sepatutnya membuat rakaman video berhubung pertemuan dengan Arul Kanda itu kerana ia merupakan sebahagian daripada program parti yang penting untuk dijadikan rujukan.

Tambahan lagi, hanya Pas saja satu-satunya parti yang dilayan oleh 1MDB dan Arul Kanda untuk mereka "bertemu, berterus-terang dan berkongsi cerita" mengenai syarikat tersebut.

Dr Mahathir betul, Melayu hanya pilih Melayu

Tinjauan FMT mendapati ramai orang Melayu termasuk di Selangor akan hanya memilih calon bangsa mereka sendiri.
mahathir-mohamad-pengundi-melayuPETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad bulan lepas berkata partinya, PPBM, perlu kekal sebagai parti tunggal kerana orang Melayu masih lagi bersikap “komunal” dalam memilih calon pilihan raya.
Pemimpin DAP, Lim Kit Siang turut menggambarkan pra-pilihanraya kali ini agak suram kerana ada usaha sesetengah pihak cuba menjadikannya sebagai medan pertempuran antara Melayu dengan China.
Ini tidak menghairankan apabila sesetengah ahli politik Umno berulang kali memberi amaran jika parti mereka kalah dalam pilihan raya umum akan datang, orang Melayu akhirnya akan mengalami kekalahan yang teruk.
FMT membuat tinjauan di kawasan majoriti Melayu di Selangor dan mendapati ramai bakal pengundi berkongsi pandangan ini dengan berkata apa pun terjadi, mereka tetap akan mengundi calon Melayu.
“Ini orang kita, kita perlu mengundi kaum kita walaupun mereka bekerja dengan kaum lain seperti Barisan Nasional (BN). Kita tahu ia untuk kebaikan orang Melayu,” kata pengundi Sungai Besar, Noraini Mahmud.
“Sudah tentu Melayu, saya akan menyokong calon Melayu,” kata Abu Hasan ketika ditanya siapa yang beliau akan undi apabila berdepan dengan 2 calon, seorang Melayu dan seorang lain bukan Melayu.
Faktor bangsa atau rekod baik?
Parti politik menyedari pemikiran “komunal” ini, sebab itulah bangsa menjadi faktor utama dalam keputusan memilih calon untuk pilihan raya.
Sebagai contoh, pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar (Perak) dan Sungai Besar (Selangor), majoriti pengundi di kedua-dua kawasan itu adalah Melayu. Oleh itu, calon BN dan Pakatan Harapan (PH) kedua-duanya juga Melayu.
Dengan pemikiran “komunal” seperti yang ditunjukkan oleh Dr Mahathir, apakah yang akan dilakukan orang Melayu jika mereka berdepan dengan 2 calon: seorang Melayu yang terlibat dalam pelbagai skandal dan seorang bukan Melayu yang latar belakangnya bersih?
Ramlah Zainal dari Felda Bukit Cerakah, Shah Alam, berkata beliau akan mengundi calon yang dia percaya akan berjuang untuk kelangsungan hidupnya.
Beliau satu-satunya antara 22 orang lain yang ditemui FMT memberikan jawapan sedemikian.
Selebihnya, Mohamad Abdul Rahim dari Bukit Rotan, pengundi Melayu harus mengundi calon beragama Islam. Jika calon Melayu tidak ada, barulah mereka akan menimbang untuk menyokong calon bukan Melayu, selagi mereka boleh “membawa kemajuan kepada negara”, tambahnya.
Faktor agama
Carian Google mengenai topik tanggungjawab Islam yang mempengaruhi undian orang ramai mendapati penceramah agama popular seperti Azhar Idrus dan Mufti Perlis Datuk Asri Zainul Abidin banyak dijadikan rujukan.
Azhar, pada 2012 berkata umat Islam dibenarkan mengundi kaum lain jika calon itu boleh memberi manfaat kepada Islam dan umat Islam itu sendiri. Jika tidak, ia adalah “wajib” atau mesti bagi mereka untuk mengundi calon Islam.

Skandal 1MDB: Pendirian dan Tindakan PAS Terhadap Isu 1MDB Tepat

PRESIDEN KATA BOLEH TERIMA DUIT UMNO SEMBANG PEMUDA PAS

RAFIZI RAMLI-UJI YB:MENJAWAB SOALAN BERKAITAN BUKAN POLITIK & POLITIK