Rabu, 9 Ogos 2017

Skandal 1MDB: Mahfuz ucap tahniah Arul Kanda berjaya yakinkan PAS

Mahfuz Omar mempersoalkan bagaimana Tuan Ibrahim boleh berpuas hati dengan pelan rasionalisasi 1MDB yang diterangkan Arul Kanda.
mahfuz-mdb
Datuk Mahfuz Omar mengucapkan “tahniah” kepada presiden dan pengarah eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy kerana berjaya meyakinkan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan parti itu sehingga berpuas hati dengan langkah-langkah pemulihan firma tersebut.
Pada masa sama, beliau juga mengucapkan takziah kepada Tuan Ibrahim dan PAS yang secara terang diperdayakan oleh “ahli silap mata” 1MDB.
“Saya yakin pimpinan parti saya (PAS) terutama sekali Tuan Ibrahim tidak akan mudah untuk ‘diperdayakan’ oleh pengurusan 1MDB dalam masa 3 jam,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Namun beliau mempersoalkan bagaimana Tuan Ibrahim dengan selamba boleh “berpuas hati” dengan pelan rasionalisasi 1MDB.
Satu pertemuan meja bulat diadakan secara tertutup antara pimpinan dan sebahagian ahli Parlimen PAS dengan Arul Kanda, kelmarin.
Pertemuan itu diketuai oleh Tuan Ibrahim yang merupakan satu-satunya pimpinan kanan PAS yang sebelum ini konsisten menegur kepincangan urus tadbir dan skandal 1MDB.
Menurut Mahfuz, pelan rasionalisasi itu hanya 1 gimik ‘silap mata’untuk menunjukkan 1MDB bebas daripada bebanan hutang.
“Tidakkah Tuan Ibrahim dan rakan-rakan dalam parti saya (PAS) nampak susunan pelan rasionalisasi 1MDB ini adalah pelan untuk melindungi penyangak negara dan segala malapetaka serta bala hutang 1MDB yang akhirnya terpaksa ditanggung dan dibayar oleh rakyat Malaysia,” katanya.
Skandal 1MDB yang disimpulkan sebagai “nasi sudah menjadi bubur” itu amat jijik dan meloyakan rakyat kerana bubur yang terhasil itu sudah basi akibat ketidaktahuan tentang selok belok peralatan yang menjadi penyebabnya.

Sarawak jumpa dokumen sokong tuntutan Perjanjian Malaysia 1963


Sarawak jumpa dokumen sokong tuntutan Perjanjian Malaysia 1963
Pasukan Sarawak yang dihantar ke London menemui dokumen sejarah yang akan menyokong tuntutan bagi mendapatkan penurunan kuasa daripada kerajaan persekutuan. 
PASUKAN Sarawak yang dihantar ke London untuk mencari dokumen sejarah bagi menyokong permintaannya mendapatkan lebih kehormatan dan hak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menemui dokumen sokongan terhadap tuntutannya yang Akta Pentas Benua 1966 tidak sah.
Ketua pasukan itu, Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Persekutuan-Negeri dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata dokumen itu “mengesahkan hak pemilikan negeri itu terhadap sumber asli di dasar laut dan dasar tanah dalam sempadan negeri seperti ditakrifkan perintah itu dalam majlis”.
Dokumen itu memperincikan alasan dan objektif dalam merangka Perintah Sarawak (Pengubahsuaian Sempadan) 1954 oleh ratu majlis itu, bagi menentukan sempadan tanah, laut dan had benua Sarawak sebelum Hari Malaysia, katanya.
Sarawak selama ini mempertikaikan akta itu kerana ia mengubah sempadan laut negeri – bercanggah dengan perjanjian dalam MA63 – daripada (19.3km) dari pantai hingga hanya 4.83km.
Akta itu juga melucutkan Sarawak daripada 200 batu zon ekonomi eksklusif Sarawak (EEZ).
Ini membawa kepada tuduhan yang Putrajaya meluluskan undang-undang itu untuk merampas sumber minyak dan gas negeri yang kebanyakannya ditemui melebih had 4.83km.
Dalam satu kenyataan selepas pasukan itu memberi taklimat kepada Ketua Menteri Abang Johari Openg petang tadi, Hasidah berkata dokumen lain yang ditemui akan menambah kekuatan kepada kedudukan negeri dalam perbincangan dengan kerajaan persekutuan berhubung penurunan kuasa dan ke arah resolusi pelbagai perkara perlembagaan.
Beliau berkata sesetengah dokumen itu “asalnya dari Sarawak sebelum Hari Malaysia tetapi diklasifikasikan rahsia atau sulit oleh pentadbiran kolonial”.
“Dokumen ini diubah status oleh kerajaan United Kingdom dan disimpan di Arkib Negara Britain.”
Antara dokumen yang ditemui pasukan itu berkenaan pembentukan Malaysia termasuk minit mesyuarat jawatankuasa antara kerajaan (IGC) yang membawa kepada penerbitan laporan IGC.
Mereka juga menemui kertas Kabinet kerajaan British berkaitan laporan Suruhanjaya Cobbold dan pandangannya dalam memberikan Sarawak kemerdekaan berhubung pembentukan persekutuan baharu Malaysia.
Dokumen itu ditemui di Arkib Negara British dan Perpustakaan Komanwel serta arkib di Marlborough House di London.
“Kerajaan negeri sedang mengkaji dokumen itu untuk memastikan asas syor terkandung dalam laporan IGC terhadap perlindungan perlembagaan untuk Sarawak dan tindakan selanjutnya yang perlu diambil,” katanya.

1MDB dakwa hutang IPIC dibayar pada Aabar BVI, kata Khalid Ibrahim

JALAN cerita hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang memang sudah berselirat berubah lagi.
Bekas menteri besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy dalam taklimatnya mendedahkan syarikat pelaburan itu tidak membayar balik hutang kepada Internation Petroleum Investment Co. (IPIC) milik Abu Dhabi kerana ia sudah dibayar kepada anak syarikatnya, Aabar BVI.
“Penyelesaiannya kepada IPIC tidak dikuatkuasakan kerana 1MDB sudah bayar Aabar BVI, sebuah anak syarikat milik penuh IPIC. Bagaimanapun, pembayaran itu tidak dipindahkan ke syarikat induk.
“Mujur 1MDB dapat buktikan perjanjian antara dua pihak itu dan urusan pemindahan sedang dibuat,” tulis Khalid pada catatan yang dibuatnya semasa taklimat kepada ahli Parlimen PAS pada Selasa.
Khalid, ahli Parlimen bebas Bandar Tun Razak dijemput hadir ke majlis taklimat itu yang diadakan di Kuala Lumpur.
IPIC dan anak syarikatnya Aabar Investment PJS dalam satu kenyataan bersama pada April 2016 menyatakan syarikat BVI dengan nama hampir sama, Aabar Investment PJS Ltd, “bukannya sebuah entiti dalam mana-mana salah satu kumpulan korporatnya”.
Ia juga menyatakan tidak pernah menerima sebarang duit daripada syarikat BVI, yang sebenarnya sudah digulung pada Jun 2015, dan tidak pula menanggung sebarang liabiliti bagi pihak syarikat itu.
Menteri Kewangan Kedua Johari Abdul Ghani sebelum ini turut mendedahkan adanya sepucuk surat yang mengesahkan Aabar Investment PJS Ltd (BVI) ialah unit di bawah IPIC walaupun syarikat dana pelaburan itu menafikannya.
Khalid bagaimanapun tidak mendedahkan sebab kenapa 1MDB setuju membayar IPIC walaupun berkata wang itu sudah dikirimkan kepada syarikat Aabar BVI.

Isu Royalti, Telaga Minyak Bertam PM 307: Petronas digesa beri penjelasan



Petrolium Nasional Berhad (Petronas) digesa memberikan penjelasan mengenai status perjanjian royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu dan status Telaga minyak BERTAM PM 307 yang terletak di dalam kawasan tuntutan hak Terengganu.
Dalam satu kenyataan bersama tiga wakil rakyat pembangkang iaitu Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin;Adun Batu Burok Dr. Syed Azman Syed Ahmad dan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dalam sidang media di Parlimen hari ini, meminta penjelasan daripada Presiden Petronas Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin ke atas perkara berkaitan.
"Oleh itu kami di sini ingin menuntut penjelasan dari Petronas tentang status perjanjian tersebut yang jelas telah tidak ditepati.
"Sebagai pihak yang bertanggung jawab dalam perkara ini, Petronas mesti memberi penjelasan sepenuhnya kepada Wakil Rakyat Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah dipilih olih rakyat Negeri Terengganu khususnya," ujar kenyataan bersama ini menerusi sepucuk surat yang telah dihantar kepada Presiden Petronas itu.
Antara lain isi kandungan surat berkenaan menerangkan, iaitu sejak tahun 1978 di bawah fasal 2 ‘Perjanjian Royalti’ seperti yang telah di persetujui oleh semua pihak, Kerajaaan negeri Terengganu telah menerima bayaran royalti dengan bayaran sulungnya sebanyak RM5.7juta dari pihak Petronas.
Perjanjian ini adalah sebagimana dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petrolium 1974, yang telah di luluskan oleh kerajaan pimpinan yang dikasihi Al-Marhum Tun Abdul Razak bin Husin di Dewan Parlimen pada 15hb. Nov. 1974. Al-Marhum menegaskan bahawa;
“Mengikut perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerimaa 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh Petronas atau ejensi-ejensi ataaupun kontraktor-kontraktornya.”

Jika Perlu Sehaja..!!!

TU DIA !!!.. Patutler liat dan susah sangat nak tangkap si penyangak #JhoLow..

Baru tahu... rupa-rupanya.......

“Saya tidak mahu jawab desakannya. Jadi, ambillah tindakan mahkamah, saya tunggu, tak gaduh," kata Ketua Polis Negara (KPN) Khalid Abu Bakar -(3/8/2017)

Selagi Umno-BN menguasai pemerintahan negara selagi itulah penyangak2 berlesen, segala mak bapak jerung bebas begitu saja..

ATM Tak De Duit...??

Enjin jet pon boleh hilang.. inikan pula duit2 gaji pemain bola.. Hurmm

'Komisyen' RM500 juta kapal selam bayar pada seorang boleh plok !!!

Bila ada "TABUNG"..Mereka Mesti Ada...!!!

"Kos pentadbiran #PTPTN satu peratus itu patuh syariah dan tidak perlu dihapuskan kerana ia amat minimum dan bukan atas dasar mengambil keuntungan" - PTPTN

3 MINGGU BERTURUT-TURUT NAIK !!!

Terima kasih & bersyukur kepada KERAjaan Umno-BN kerana rakyat didahulukan..

Harap slps ni biarlah minyak naik tiap2 minggu demi kesejahteraan rakyat serta kukuhkan ekonomi..

KERAjaan bukan tak mampu nak turunkan harga. Kenaikan minyak hanya #KesilapanTeknikal

‘Mengapa bayar hasil minyak Terengganu kepada Pahang?’

Dalam surat kepada presiden Petronas, 3 wakil rakyat berasal dari Terengganu mahukan penjelasan mengenai bayaran royalti yang dihentikan.
Datuk-Wan-Zulkiflee-Wan-Ariffin
 Tiga wakil rakyat berasal dari Terengganu hari ini menggesa Presiden Petronas Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin menjelaskan keputusan syarikat minyak negara itu tidak membayar royalti kepada Terengganu.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin, Adun Batu Burok, Syed Azman Syed Ahmad dan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli turut mempersoalkan pembayaran hasil telaga minyak dalam perairan Terengganu kepada Pahang.
Mereka merujuk Akta Kemajuan Petrolium 1974 di mana perdana menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, bersetuju membayar 5% daripada nilai petroleum dalam kawasan perairan negeri.
Setahun selepas PAS mengambil alih pentadbiran negeri pada pilihan raya 1999, Putrajaya memansuhkan bayaran royalti, sebaliknya membayar “wang ehsan” yang disalurkan terus.
Bagaimanapun, 2 tahun lalu, Petronas mengumumkan tidak lagi akan membayar Terengganu, selepas mendakwa negeri itu tidak berhak menuntut hasil wang royalti untuk telaga minyak di luar 3 batu nautika dari persisiran pantai negeri.
Bagaimanapun, Raja Kamarul, Syed Azman dan Rafizi merujuk kenyataan syarikat perunding Lundin Petroleum yang mengesahkan telaga minyak Bertam PM 207 berada di bawah perairan Terengganu.
“Di atas penentuan asal tersebut, kenapakah hasil kewangan dari penemuan tersebut diserahkan kepada negeri Pahang?” soal mereka, sambil menuntut didedahkan jumlah hasil diberikan setakat ini kepada Pahang sejak telaga minyak itu beroperasi.
“Apakah negeri Terengganu ‘tidak berdaulat’ sehinggakan segala hak royalti dan telaga minyak sudah tidak lagi mernjadi milik negeri Terengganu?” soalnya.
Menurut mereka, rakyat Terengganu perlu diberikan penjelasan mengenainya lebih-lebih lagi ketika harga minyak jatuh dan simpanan yang semakin berkurangan.
“Kebanyakan rakyat Terengganu juga juga terpaksa berhadapan dengan kekangan kehidupan yang amat perit sedangkan negeri Terengganu merupakan negeri pengeluar minyak dan pernah dikenali sebagai ‘Kuwait Malaysia’,” menurut surat kepada presiden Petronas itu.

Tunggu hari penamaan calon nanti: Kit Siang

HARAPAN selesai masalah KTMB, jika menang PRU

Kalau tak ada benda sorok, Najib datanglah!

Terus Terang (Siri 20 ) - YB. Lee Chean Chung

LHDN serbu pejabat anak Dr M, kata sumber

Skandal 1MDB: Mahkamah arah KDN bayar The Edge


The Edge mediaKementerian Dalam Negeri dan Ketua Setiausahanya hari ini diperintahkan membayar ganti rugi berikutan keputusan salah mereka dalam menggantung dua penerbitan The Edge selama dua bulan berhubung satu siri laporan mengenai 1MDB.
Keputusan itu dibuat oleh panel lima anggota yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang menolak rayuan kementerian dalam negeri.
"Tidak ada merit dalam rayuan kerana tidak ada rayuan oleh pihak perayu berhubung liabiliti," katanya sepeti dilapor Malaysiakini.
Hakim Zulkefli juga berkata mereka tidak akan menjawab tiga soalan yang ditujukan kepada mahkamah berhubung rayuan itu.
Difahamkan ganti rugi kepada akhbar yang terjejas akan membabitkan jumlah yang besar.
Jumlah itu akan ditentukan oleh mahkamah tinggi, dengan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan esok untuk pengurusan kes.
The Edge Communications Sdn Bhd yang menerbitkan The Edge Financial Daily dan The Edge Weekly digantung antara 23 Julai dan 21 September 2015.
The Edge Communications diwakili peguam Daryl Goon dan Raja Eileen Soraya Raja Aman manakala Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke mewakili kementerian dalam negeri.
KDN menggantung permit penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan dari 27 Julai 2015 berkaitan laporannya mengenai isu 1MDB.

Altantunya: Sirul mungkin ditahan selama-lamanya di Australia


Sirul mungkin ditahan selama-lamanya di Australia, lapor media
Sirul Azhar Umar disabitkan bersalah atas tuduhan menculik dan membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, dan melarikan diri ke Australia pada 2014. 
BEKAS pengawal Perdana Menteri Najib Razak, yang disabitkan bersalah atas tuduhan menculik dan membunuh Altantuya Shaariibuu, diberikan tempoh sehingga Isnin ini untuk meyakinkan pihak berkuasa Australia dia layak untuk diberikan visa perlindungan, lapor The Australian.
Sirul Azhar Umar, pada 31 Julai menerima sepucuk surat dari Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan negara itu yang menyatakan permohonannya mungkin akan ditolak kerana dia terlibat dalam jenayah bukan politik sebelum masuk ke Australia pada Oktober 2014.
Bekas koperal polis itu melarikan diri ke Brisbane ketika Mahkamah Persekutuan menimbangkan rayuan pihak pendakwa berhubung pembebasannya selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan sabitan yang dibuat Mahkamah Tinggi.
Dia ditahan pihak berkuasa imigresen Australia dan dihantar ke Pusat Tahanan Villawood pada Januari 2015, beberapa hari selepas sabitannya dikekalkan Mahkamah Persekutuan.

TPM BAHARU?


PADA 30 Julai yang lalu, secara tiba-tiba Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi melontarkan peluru kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad. Anehnya, peluru yang digunakan Zahid ini adalah sebutir peluru yang sudah lapuk atau sudah diguna pakai aktivis pembangkang sejak sekian lama.
Untuk berkurun lama, aktivis sosial seperti Hishamuddin Rais menggunakan nama “Mahathir a/l Iskandar Kutty” sebagai gelaran kepada Dr Mahathir.
Namun, Zahid menambah perisa dengan membacakan nombor kad pengenalan individu bernama “Mahathir a/l Iskandar Kutty” ini. Zahid turut menunjukkan gambar kad pengenalan tersebut melalui telefon bimbitnya yang diterima daripada ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara.
Pada hemat saya, Zahid sebenarnya mahu menunjukkan kepada Perdana Menteri Najib Razak kesetiaan beliau terhadap bosnya seperti mana yang dilakukan ahli Umno yang lain.
Tetapi, kenapakah Zahid melakukan perkara ini secara tiba-tiba? Apakah sebenarnya kedudukan Zahid dalam Umno terancam dan Zahid sedang disisihkan? Saya tidak ada jawapan untuk soalan ini, hanya Zahid yang tahu.
Selang sehari selepas Zahid menyerang Dr Mahathir, orang tua berumur 92 tahun itu menyatakan Zahid berjumpanya selepas dilantik sebagai timbalan perdana menteri untuk mendapatkan sokongan supaya Najib boleh digantikan sebagai perdana menteri.
Memang besar impian bekas ketua Pemuda Umno ini yang pernah bersama Anwar Ibrahim di zaman reformasi dulu. Intipati mesyuarat antara Zahid dan Dr Mahathir diketahui mereka berdua dan “SD card” yang digunakan Zahid untuk merakam mesyuarat tersebut.
Perjumpaan ini sebenarnya merungkai pelbagai persoalan. Bukankah Zahid tidak tahu Dr Mahathir sebenarnya sudah menjadi sosok pembangkang yang mahu jatuhkan Najib dan juga Barisan Nasional (BN)?
Jika benar Zahid begitu setia kepada Najib, kenapa perlu berjumpa Dr Mahathir, yang boleh dilihat bekerja dengan pembangkang?
Jika Zahid begitu setia kepada Najib, Zahid sepatutnya berjumpa semua ketua bahagian Umno untuk mengukuhkan ketuanya. Satu dunia mengetahui Dr Mahathir sedang bekerja siang malam untuk menjatuhkan Najib dan mustahil seorang TPM baru yang 10 hari ketika itu tidak mengetahuinya.
Baru-baru ini, presiden Umno mempertahankan timbalannya di Shah Alam, di mana Najib berkata mereka berdua berkawan sejak 1986 dan saling percaya akan kesetiaan masing-masing.

HARAPAN selesai masalah KTMB, jika menang PRU14

Pakatan Harapan hari ini memberi tawaran penyelesaian kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi menyelesaikan isu berkaitan Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api (RNAA) dengan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) sekiranya gabungan itu memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perjanjian itu didakwa akan merugikan KTMB dan mesti diselesaikan bagi mempertahankan pengangkutan bersejarah di Malaysia.
“Pertamanya Pakatan Harapan setuju KTMB yang wujud sejak sekian lama mesti dikekalkan dan dipertahankan kerana banyak beri kemudahan kepada rakyat Malaysia sejak sekian lama.
“Kami dapati dengan langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan dan kementerian pengangkutan tentang masa depan KTMB maka kedudukan KTMB tak boleh tahan dalam jangka masa kehadapan.
“Akhirnya KTMB terpaksa tutup kerana tindakan yang diambil iaitu RNAA dan RAC bawa banyak masalah, bukan hanya kepada pegawai tapi pengurusan KTMB,” kata Muhyiddin dalam sidang media di bangunan sementara Parlimen hari ini.
Terdahulu anggota parlimen HARAPAN menerima kunjungan dari Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) yang melahirkan kebimbangan mereka mengenai Perjanjian RNAA dan RAC.
RNAA merupakan perjanjian antara RAC dan KTMB. Ia didakwa sebagai cetusan idea Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dikatakan bakal menyebabkan campur tangan dalam operasi KTMB.
RUM yang diketuai oleh presidennya, Abdul Razak Md Hassan berkata, jika RNAA dilaksanakan ia akan memberi akibat sangat buruk kepada KTMB, termasuk kemungkinan pembuangan pekerja.
Dalam pertemuan itu, antara cadangan yang ditawarkan oleh HARAPAN kepada KTMB adalah membatalkan perjanjian tersebut serta memindahkan aset RAC ke KTMB sebagai cara memaksimumkan nilai asetnya.
Menurut Razak, saiz kecil RAC akan menghalang KTMB menambah pendapatan daripada sumber Transit- Oriented Development (TOD) termasuk pengiklanan serta penjualan barangan (retail).
"Aset-aset itu pula perlu dipindahkan ke KTMB dan KTMB harus dibenarkan menambah kepakaran dalam bidang ini supaya pendapatan dapat dijana bagi mencapai keuntungan dan mengurangkan keperluan untuk meningkatkan harga tiket.

Skandal 1MDB: Beri peluang pada pelan rasionalisasi 1MDB sembang PAS

Kleptokrasi adalah jenayah. Demikian juga amalan nepotisme dan kronisme.
Ia adalah mungkar yang wajib dicegah dan PAS sentiasa melaksanakan tanggungjawab itu sejak awal penubuhannya, merentasi semua zaman pemerintahan BN termasuklah zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.
PAS bukan sahaja mahu agar tidak wujud lagi pemimpin yang melakukan mungkar itu, bahkan PAS mahu agar ruang dan peluang melakukan jenayah itu juga tertutup rapat.
Kerana itu PAS menyeru kepada perubahan sistem.
Pendirian PAS tegas bahawa isu hutang dan aliran wang 1MDB ini adalah suatu yang mesti disiasat secara telus dan menyeluruh bagi mengenalpasti dan mengesahkan wujud salah laku yang didakwa, justeru itu dapatlah dihukum semua individu atau pihak yang disabit salah.
Tanpa menafikan pentingnya peranan SPRM, Jabatan Audit Negara, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan PDRM serta Bank Negara Malaysia (BNM), namun mesti diakui juga bahawa badan ini mempunyai keterbatasan bidang kuasa dalam sistem negara kita.
Dalam masa yang sama, ketegasan kita tidak perlu mengundang campurtangan asing dalam menangani isu ini.
Oleh sebab itu, PAS konsisten menggesa dan mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu ini secara bebas dan berwibawa untuk memastikan jika terdapat sebarang salah laku atau penyelewengan, maka pesalahnya mestilah dijatuh hukum sewajarnya.
Siasatan suatu perkara. Pun begitu, isu ini sendiri sudah pun menyebabkan kepentingan negara dan rakyat terancam.
Usaha bagi menyelamatkan kepentingan terancam ini adalah keutamaan yang mesti didahulukan dan semua pihak mesti terlibat, bukannya mengambil kesempatan bagi meraih kepentingan peribadi atau politik parti masing-masing.
Hutang 1MDB ini mesti diselesaikan dengan cepat dan wajar. Sekiranya tidak, negara dan rakyat berterusan menanggung beban ini tanpa peduli lagi parti atau pemimpin mana yang sedang berkuasa nanti.

Nik Nazmi jawab Jamal: PH ada manifesto kerajaan persekutuan,kerajaan negeri



Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad menyangkal dakwaan Datuk Seri Jamal Md Yunos bahawa kerajaan Selangor gagal melaksanakan sistem pendidikan percuma di institusi pengajian tinggi di negeri itu  seperti dijanjikan dalam manisfesto  Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu.
Beliau berkata, Pakatan pembangkang mempunyai dua manifesto berasingan iaitu di peringkat persekutuan dan negeri.
Katanya, oleh kerana pakatan pembangkang gagal menawan Putrajaya, janji-janji manifesto kerajaan persekutuan itu tidak dapat dilaksanakan melainkan kerajaan hari ini di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) mahu melakukan sedemikian.
"Manifesto 2013 pendidikan percuma di peringkat Persekutuan - kita tidak menang dan tidaklah dapat dilaksanakan jika Najib (Datuk Seri Mohd Najib Razak) nak buat dia boleh buat bila-bila tapi dia tak buat.
"Unisel (Universiti Selangor) di bawah kerajaan negeri kita sudah banyakan geran untuk membantu Unisel sehingga kini keadaan kewangan Unisel jauh lebih baik.
"Program derma siswa percuma diberikan yang mana pelajar tidak perlu bayar yuran di peringkat asasi kerana dalam kemampuan kita.
"Jika nak seluruh Unisel memang kita tak mampu," ujarnya dalam satu kenyataan yang dirakamkan ketika beliau dir dalam majlis Perasmian Perpustakaan Awam Selangor di Sekinchan hari ini.

P.M 43 - Merendahkan Kewibawaan Tan Sri Speaker Dewan Rakyat & 1MDB

CEC: DAP akhirnya terima surat dari ROS

Usul P.M 18(1) & P.M 14 - 1MDB GAGAL BAYAR HUTANG

Skandal 1MDB: 'Rakyat akhirnya terpaksa bayar hutang 1MDB'

"Takkan ATM banyak bajet, RM4 juta pun tak ada? Soal TMJ

Ekonomi negara sudah dijajah,kata Perkasa


Syed Hassan Syed Ali
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendakwa Majlis Pecah Tanah projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kotasas Kuantan hari ini membuktikan berlakunya penjajahan ekonomi terhadap Malaysia.
Setiausaha Agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, pertubuhan itu berasa kecewa kerana identiti negara hilang apabila projek mega kerajaan persekutuan itu dilaksanakan secara rasmi.
"Perkasa sangat kecewa identiti negara hilang dalam majlis tersebut. Kelihatan bendera sepanjang jalan dalam bahasa Mandarin. Satu bendera Malaysia pun tidak ada.
"Apakah tidak dibenarkan bendera Malaysia diletak atau digantung untuk majlis tersebut?," soalnya dalam kenyatana hari ini.
Kata Syed Hassan lagi, pengacara majlis turut berbahasa Mandarin.
"Kemungkinan dibawa dari China. Permulaan penafian Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
"Lori-lori dan jentera berat juga dibawa dari China. Perkasa mahu tahu apakah pemadu lori-lori dan pengendali mesin-mesin khas untuk pembinaan track keretapi itu juga dari negara China?
" Jika benar, apakah rakyat tempatan tidak mampu memandu atau mengedalikannya? Dan berapa ramai pekerja dari tanah besar China akan dibawa masuk untuk bekerja di projek ECRL ini?," soalnya lagi.

Perkasa ujarnya lagi, menganggap pemimpin kerajaan hari ini sanggup gadai maruah negara dan bangsa demi projek pembangunan.
"Hal ini tidak berlaku semasa negara membina KLIA, Putrajaya, ERL, LRT, Litar F1, West Port, Menara Berkembar Petronas dan lain-lain projek mega negara sebelum ini.Di manakah jati diri pemimpin-pemimpin negara sekarang," ujarnya.
Sebagai rekod projek berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) itu melibatkan pembinaan landasan sepanjang 688 kilometer dengan kos sebanyak kira-kira RM55 bilion.
Pembinaannya akan menghubungkan Lembah Klang dengan negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan selari dengan inisiatif kerajaan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur negara dan menaik taraf pengangkutan awam di luar bandar.

Skandal 1MDB: Adakah duit rakyat bayar hutang 1MDB


Adakah duit rakyat bayar hutang 1MDB, soal Pua pada Johari
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata Putrajaya perlu menjelaskan sama ada wang rakyat digunakan untuk bantu bayar hutang 1MDB atau tidak. 
PUTRAJAYA perlu bercakap benar dalam menjelaskan sama ada mereka menggunakan dana awam untuk membantu syarikat pelaburan negara yang bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyelesaikan hutangnya, kata wakil rakyat DAP, Tony Pua hari ini.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata Menteri Kewangan Kedua Johari Abdul Ghani tidak sepatutnya menipu kerana ada bukti mencukupi menunjukkan kerajaan menerusi Kementerian Kewangan menggunakan dana awam untuk menyelesaikan hutang 1MDB pada masa lalu.
“Antara contoh jelas ialah pinjaman RM800 juta daripada Perkeso dan RM2.4 bilion lagi bon sukuk Bandar Malaysia yang MoF andaikan sebagai kesan mengambil alih TRX City Sdn Bhd dan Bandar Malaysia Sdn Bhd,” katanya.
Pua berkata MoF secara efektifnya “menyelesaikan” masalah RM3.2 bilion hutang 1MDB ketika ia bersetuju mengambil alih projek hartanah itu dan memegang liabiliti itu kerana laporan ketua audit negara menunjukkan hampir semua di atas hasil pinjaman 1MDB tidak pernah digunakan untuk pembangunan dua projek hartanah berkenaan.
Satu lagi contoh ialah kegagalan penjualan pegangan 60% di Bandar Malaysia kepada konsortium Iskandar Waterfront Holdings(IWH) Sdn Bhd.
Pua berkata 1MDB mengambil deposit RM741 juta yang dibayar ketika menandatangani perjanjian jual beli pada 2015 tetapi apabila MoF membatalkan jualan itu susulan tunggakan pembayaran IWH, RM741 juta itu dikembalikan pada IWH.
Wang yang dikembalikan itu dibuat MoF dan bukannya 1MDB.
“Jadi kenyataan dibuatnya itu satu penipuan dan tidak menggambarkan situasi sebenar 1MDB. Mesti menteri ingat rakyat Malaysia ini bodoh hingga mengeluarkan kenyataan seperti itu untuk menutup skandal 1MDB,” katanya.
Bernama dalam laporannya semalam memetik Johari sebagai berkata MoF tidak pernah memberikan dana awam kepada 1MDB untuk membantunya membayar hutang.
Katanya, beliau tidak tahu jika 1MDB akan meminta bantuan MoF satu hari nanti jika berdepan masalah.
“Tetapi setakat ini mereka tidak datang minta bantuan. Pada masa depan, itu cerita lain,” katanya kepada Bernama ketika mengulas khabar angin yang wang rakyat digunakan untuk menyelesaikan hutang 1MDB.
Dalam perkembangan terkini 1MDB vs International Petroleum Investment Co (IPIC), syarikat pelaburan negara yang sarat hutang itu gagal membayar hutangnya di mana Pua berkata ia sesuatu yang memalukan Malaysia.

Skandal 1MDB: Rakyat akhirnya terpaksa bayar hutang 1MDB

Penafian berulang kali kerajaan bahawa dana awam akan digunakan untuk menyelesaikan isu hutang 1MDB tidak mungkin dapat dipertahankan, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Beliau menjelaskan bahawa sejak proses "rasionalisasi" 1MDB pada tahun 2015, aset firma pelaburan negara itu telah dipindahkan ke Kementerian Kewangan Inc (MOF Inc).
"Adalah jelas bahawa 1MDB telah kehabisan dana, aset 1MDB dipindahkan ke MoF Inc sementara hutangnya dijamin oleh kerajaan, ia adalah syarikat shell tanpa aset," katanya.
"Jadi, akhirnya ia akan menggunakan dana awam (untuk membayar balik hutang)," katanya ketika ditemui di kompleks mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
Memandangkan ini, Rafizi mencabar Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani, yang mendakwa dana awam tidak akan digunakan untuk membayar balik hutang 1MDB kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi, untuk membuktikan sebaliknya.
1MDB gagal memenuhi tarikh akhirnya pada 31 Julai untuk membayar IPIC sejumlah hutang AS$602 juta dan kos faedah.
Susulan itu, IPIC bersetuju untuk melanjutkan tarikh akhir, dengan syarat 1MDB membayar AS$310 juta pada 12 Ogos.
Rafizi memberi amaran bahawa kegagalan membayar pada tarikh akhir 31 Julai akan menjejaskan penarafan hutang kerajaan Malaysia.
Beliau juga percaya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkemungkinan akan mengumpul wang melalui pasaran bon untuk membayar hutang itu, yang akhirnya akan ditanggung oleh pembayar cukai.

ARMADA jemput pemimpin BN tanya soalan pada Tun M

Skandal 1MDB: Kenapa Arul jumpa PAS? Ini kata Tuan Ibrahim

Skandal 1MDB : Arul Kanda Hanya Berani Jumpa "Burung Belatuk"

'Perang mulut' isu 1MDB lagi, MP PAS jawab dakwaan DAP

Skandal 1MDB: Dipenjara atau tidak? 23 Ogos ini penentuan kes Rafizi

Empat soalan untuk Zahid: Ahli Parlimen DAP

Skandal 1MDB: Rakyat Malaysia bukan bodoh

Skandal 1MDB: Kenapa tidak pecat Arul Kanda?

Royalti: Ahli Parlimen mahu Petronas beri penjelasan

Ahli PAS hangat berdebat, boleh atau tidak terima duit Umno


Ahli PAS hangat berdebat, boleh atau tidak terima duit Umno
Persoalan mengenai PAS dan wang Umno meletup apabila menantu presiden PAS menolak dakwaan pengarah pilihan raya Pemuda PAS yang Abdul Hadi Awang merestui ahli terima wang Umno. 
BOLEH atau tidak PAS terima duit daripada Umno? Persoalan boleh atau tidak itu kini jadi perdebatan hangat dalam PAS.
Akibat panas dengan isu itu, bekas ketua penerangan Pemuda PAS Selangor Ahmad Hakimi Othman yang selama ini sangat aktif dalam media sosial mengambil sikap mahu “berundur” daripada isu politik.
Beliau keluar daripada beberapa kumpulan diskusi di media sosial kerana tidak mahu terlibat dengan fitnah politik.
"Akhir zaman ini, selepas satu fitnah/ujian, datang ujian lagi. Setiap ujian apabila bersilih ganti, semakin sukar. Fitnah hari ini, lebih berat daripada semalam, ujian esok lebih berat daripada hari ini.
"Kebenaran dan proses kebenaran macam bara api yang digenggam. Menggenggam kebenaran sakit tangan terbakar. Melepas kebenaran, badan pula hangus terbakar oleh api neraka," kata Hakimi kecewa dengan apa yang berlaku dalam parti itu.
Debat ini meletup apabila menantu presiden PAS, Zaharudin Mohamad secara terbuka menulis menolak dakwaan Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat Nurul Islam Mohamad Yusof yang Presiden PAS Abdul Hadi Awang merestui ahli PAS menerima wang dari Umno.
Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) itu berkata dakwaan Nurul Islam kononnya Hadi "membenarkan ambil duit Umno dalam satu ziarah yang dihadiri sahabat dan kenalan saya" itu tidak benar.
"Setelah saya menghubungi hampir semua yang hadir dalam majlis tersebut, saya dapati dakwaan Nurul Islam berupa fitnah yang berat terhadap TG (Hadi) dan perbuatan ini boleh menconteng arang bukan saja ke muka TG, bahkan kepada PAS secara amnya jika tidak dibendung," kata Zaharudin dalam penafian yang dimuat naik ke Facebook.
Zaharudin berkata beliau kenal Hadi jauh lebih dekat kalau hendak dibandingkan dengan Nurul Islam.
"(Hadi) seorang yang tegas tentang banyak perkara. Apabila biras saya, Ustaz Akmal Kamarudin, Ketua Pemuda PAS Perak ditawarkan seorang ahli Parlimen Umno untuk pergi haji pun, beliau bertegas tidak membenarkan.
"Beliau juga sentiasa berpandangan Ettihad Ulama Antarabangsa perlu berhati-hati dengan bantuan kewangan daripada kerajaan Teluk dibimbangkan boleh mempengaruhi fatwa dan keputusan," tulis Zaharudin.
Zaharudin berkata Hadi juga banyak bercerita kepadanya tentang tawaran wang daripada kuasa dan negara luar kepada pimpinan sebelum ini, tetapi semuanya ditolak.
"Ada seorang pimpinan kanan pernah “diengage” ejen CIA dengan tawaran wang, tetapi semua itu ditolak sekalipun mereka tak memberikan apa-apa syarat," katanya.

BARU TANDATANGAN IKRAR, TAKKAN DAH ISYTIHAR BEBAS RASUAH?

Menjadi kaya dan memiliki kekayaan, biar banyak mana sekali pun jumlahmya tidaklah menjadi kesalahan, asalkan ia diperolehi dengan cara yang betul dan melalui saluran yang tidak bersalahan dengan undang-undang.

Yang salah hanyalah jika kekayaan itu diperolehi dengan cara rasuah atau menjalankan perniagaan yang bertentangan dengan undang-undang.

Dalam kes Ahmad Zahid Hamidi, perkara yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir Mohamad ialah daripada mana dan bagaimana kekayaan sebanyak RM230 juta yang dilaporkan dimilikinya pada tahun 1996 itu diperolehi.

Dulu Tun Mahathir berkata, jawapan Zahid Hamidi mengenai kekayaan itu tidak berapa meyakinkan, maka tanggungjawab beliau sekarang hanyalah perlu memberi penjelasan yang benar-benar jujur, betul dan tepat mengenainya.

Rata-rata ramai yang tahu beliau ketika itu adalah ahli korporat dengan memiliki saham di beberapa syarikat senaraian awam, selain menjadi Pengerusi Bank Simpanan Nasional.

Kesediaan Zahid Hamidi agar SPRM menyiasat kekayaannya memang dialu-alukan dan jika benar kekayaannya diperolehi dengan cara yang betul dan melalui perniagaan yang diuruskannya, tiada apa yang harus dibimbanginya.

Lebih baik dan berwibawa, jika kekayaan Zahid Hamidi yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir itu tidak sekadar disiasat oleh SPRM, tetapi juga oleh badan penyiasat bebas dan kemudian hasilnya didedahkan kepada orangramai.

Cuma, yang agak menjegkelkan serta sedikit keterlaluan, sementara beliau bersedia dirinya disiasat dan siasatan belum pun dijalankan lagi, hanya baru menyaksikan majlis menandatangani ikrar bebas rasuah bersama Jabatan Imigresen saja, Zahid Hamidi sudah dengan penuh yakin mengisytihatkan dirinya, KDN dan jabatan-jabatan di bawahnya sebagai bebas rasuah.

Nothing2Hide: PM belum jawab undangan, ada kejutan untuk orang ramai

Pemuda PPBM percaya Najib akan hadir ke forum nanti walaupun surat undangan rasmi belum terjawab.
Nothing2Hid1
Surat rasmi mengundang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke forum terus terang “Nothing to Hide 2.0” tidak terjawab, kata Pemuda PBBM.
Ahli exco Mohd Ashraf Mustaqim berkata jemputan dihantar pada 19 Julai lalu dan ketiadaan jawapan dari pejabat perdana menteri sejak itu menyebabkan mereka percaya Najib akan membuat penampilan mengejut.
“Kami masih beranggapan Najib akan hadir pada program tersebut kerana beliau ternyata berdiam diri dan mengelak untuk memaklumkan mengenai kehadiran beliau, malah kepada pihak media hingga ke saat ini.
“Pun begitu, Pemuda PPBM berpendapatan sekiranya Najib tidak menghadirkan diri atau menolak untuk hadir, ini bereriti Najib tidak berani untuk menyatakan kebenaran, malah mempunyai ‘sesuatu’ untuk disembunyikan,” katanya pada sidang media hari ini.
Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad bulan lepas mengundang Najib ke forum terus terang itu, dengan berkata mereka boleh membincangkan bagaimana Dr Mahathir memperkara anak-anaknya dan bagaimana perdana menteri memiliki RM2.6 bilion dalam akaun peribadi pula.
Najib belum menjawab undangan Dr Mahathir tetapi pemimpin Umno lain bercakap bagi pihaknya, mengatakan perdana menteri selaku pemimpin negara tidak perlu membuang masa menghadiri forum yang akan mengabaikan apa sahaja penjelasannya.
Ashraf bagaimanapun mengulangi jaminan Dr Mahathir yang forum itu akan dikendalikan secara adil. Bagi tujuan itu, Pemuda PPBM melantik peguam Azhar Harun, atau lebih dikenali sebagai Art Harun, sebagai moderator.
Ashraf turut menasihatkan orang ramai yang mahu menghadiri forum itu supaya mengajukan soalan kepada Najib dan Dr Mahathir dengan hikmah dan santun.
“Kami sudah menghantar surat kepada polis minggu lalu, memaklumkan mereka mengenai forum ini. Kami harap mereka boleh sediakan jagaan keselamatan, bagi memastikan forum berjalan lancar,” katanya.
Sementara itu, mengulas tawaran ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Puad Zarkashi yang menawarkan diri menggantikan Najib dan berdebat dengan Dr Mahathir, Ashraf berkata mengalu-alukan mana-mana pemimpin Umno untuk sertai forum itu.

Pembangkang bawa usul bahas lanjutan hakim

Pembangkang hari ini mengemukakan usul untuk meminta isu lanjutan tempoh Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif dibahaskan di Dewan Rakyat, kata ketua whip PKR, Datuk Johari Abdul.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menulis surat kepada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia dengan tandatangan anggota parlimen pembangkang.
"Kami telah mendapat 60 tandatangan, termasuk tandatangan daripada anggota parlimen PAS. Ini adalah protes kepada lanjutan ketua hakim," kata Johari kepada Malaysiakini.
Usul itu dibentangkan di bawah Artikel 127 Perlembagaan Persekutuan, yang menetapkan bahawa Dewan Rakyat hanya boleh membincangkan tingkah laku seseorang hakim jika ia mendapat sokongan satu perempat anggota parlimen.
"Kami dikehendaki mengemukakan 55 atau 56 tandatangan mengikut perlembagaan.
"Kami menulisnya semalam dan Pandikar perlu menjawab selewatnya esok. Jika beliau membenarkannya, usul itu akan dibahaskan dalam sesi berikutnya," kata anggota parlimen Sungai Petani itu.
Johari berharap kerajaan akan mengkaji semula pelantikan itu selepas perkara itu dibahaskan di parlimen.
Usul itu juga dikemukakan mengikut Seksyen 38 peraturan mesyuarat, yang membabitkan usul untuk dibentangkan.
Bulan lalu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan lanjutan tempoh Raus sebagai ketua hakim negara dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, masing-masing selama tiga dan dua tahun.
Sebelum ini, pelbagai pihak, termasuk bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad, bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Gopal Sri Ram dan Badan Peguam Malaysia, mempersoalkan pelantikan tersebut.
Pada 5 Ogos lalu, Raus mengangkat sumpah sebagai ketua hakim negara.

Rafizi tawar diri kumpul maklumat mengenai Najib untuk SPRM

Naib presiden PKR itu menyahut gesaan SPRM menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat agar melaporkan penjawat awam yang hidup mewah melampaui pendapatan mereka.
rafizi-ramli_sprm_600new
PETALING JAYA: Rafizi Ramli hari ini berkata beliau sendiri akan mengumpul maklumat mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat penjawat awam yang hidup mewah melampaui pendapatan mereka.
Naib Presiden PKR itu berkata perkara itu demikian sebagai menyahut gesaan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Mohd Azam Baki menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat agar melaporkan penjawat awam sedemikian yang lazimnya terlibat “salah guna kuasa dan rasuah serta mempunyai jawatan tertentu dalam kerajaan”.
“Saya sendiri akan mengambil tanggungjawab untuk mula mengumpul bukti-bukti kekayaan dan gaya hidup yang terlampau mewah yang telah dipamerkan oleh Najib dan keluarga beliau,” kata Rafizi dalam kenyataan hari ini.
“Ini lebih mudah kerana banyak siasatan telah dibuat berhubung dana 1MDB oleh pelbagai pihak berkuasa di dunia dan maklumat-maklumat ini boleh digunakan sebagai bukti bagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya menjalani kehidupan yang terlampau mewah yang tidak padan dengan pendapatan beliau sebagai penjawat awam.”
Semalam, Azam memberitahu Bernama News Channel yang SPRM kini membuat “pemantauan teliti” terhadap penjawat awam berjawatan tinggi termasuk melihat perolehan harta mereka.
Dalam kenyataan terdahulu, SPRM berkata sebanyak 665 kertas siasatan dibuka sepanjang 2016 hingga Februari tahun ini melibatkan penjawat awam. Daripada jumlah tersebut, seramai 548 penjawat awam ditangkap dan 63 kes dituduh di mahkamah.
Azam ketika itu menjelaskan penjawat awam berpangkat tinggi melakukan rasuah bukan atas sebab desakan hidup.
“Dalam keadaan ini apabila seorang diberi kuasa, dia mudah terjebak dalam rasuah atau penyalahgunaan kuasa. Kalau tidak ada duit, orang tidak akan melakukan rasuah, mereka akan melakukan jenayah lain seperti merompak, jual dadah dan sebagainya,” katanya.

Skandal 1MDB: ‘Bodohlah jika 1MDB sudi jumpa Dr M, Rafizi atau Pua’

Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin menempelak kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendakwa presiden dan CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy bersedia berjumpa dengan kepemimpinan parti itu kerana mereka mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera.Sebalik, menurut pemimpin AMANAH itu, kenyataan berkenaan makin mengeruhkan keadaan berhubung pendirian PAS mengenai skandal 1MDB.

“Dalam konteks 1MDB, sudah tentulah Arul dan rakan-rakannya lebih selesa jumpa dengan parti yang tak bersuara atau kurang kritikal terhadap 1IMDB daripada jumpa yang kuat lawan 1MDB.
“Apatah lagi lawan dengan hujah-hujah yg bernas dan bukti yang kuat.
“Bodohlah jika Arul sudi jumpa dengan orang macam (Ahli Parlimen Pandan) Rafizi (Ramli) atau (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) Tony Pua atau Tun Dr Mahathir (Mohamad),” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Isnin lalu, Tuan Ibrahim dilaporkan berkata beliau berpuas hati dengan pelan rasionalisasi 1MDB selepas pemimpin PAS mendengar taklimat dari Arul Kanda.Beliau, kemudiannya menerusi satu kenyataan media semalam, berkata Arul Kanda bersedia berjumpa dengan PAS kerana juga mereka tidak mengamalkan budaya politik “fitnah dulu, bayar kemudian.”

Ini, katanya, bezanya PAS yang mencari penyelesaian berbanding parti-parti politik pembangkang yang mencari publisiti.
Mengulas lanjut, Hanipa berkata kenyataan Tuan Ibrahim itu jika diucapkan dalam forum perdana akan menerima tepukan gemuruh, tetapi dalam politik ia tidak langsung membantu.
“Pemimpin itu juga dilaporkan berkata parti suci tak amal budaya ‘fitnah dulu, bayar kemudian’.
“Dia tak ingat ke semasa kes ‘pil kuda’ dulu walaupun presiden parti suci menang tapi mahkamah kata statement dia adalah fitnah!” katanya.Hanipa merujuk kepada tindakan bekas calon PKR untuk kerusi DUN Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin serta dua lagi bekas calon parti itu dari Terengganu yang mengemukakan saman ke atas presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas tuduhan memfitnah.

Abdul Hadi dilaporkan ketika menjelaskan mengenai tindakan PAS meletakkan calon menentang PKR di tujuh kerusi pada pilihan raya umum 5 Mei 2013, menyebut bahawa calon PKR dibimbangi menjual pil kuda dan menggantung potret pemimpin komunis di ibu pejabat mereka.
“Saya betul betul kesian. Ginilah maulana... dalam dunia haiwan, haiwan yang suka baham haiwan lain sebagai mangsa jika simangsa itu dilihat lemah atau fragile yang tak ada kekuatan nak lawan,” katanya.

Skandal Felda: SPRM akan panggil orang penting FIC minggu depan



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil seorang individu penting berhubung pembelian dua buah hotel di London dan di Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation (FIC).
Mendedahkan perkara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Mohd Azam Baki berkata pihaknya dijangka memanggil individu berkenaan selewat-lewatnya minggu depan.
SPRM FELDA"Ada orang penting yang akan dipanggil minggu depan. Siapa orang itu saya tidak mahu dedahkan lagi," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama malam tadi.
Mengulas lanjut, Azam berkata setakat ini seramai sembilan individu telah ditahan manakala lebih 30 saksi telah dipanggil berhubung isu pembelian kedua-dua hotel itu.
"Untuk hotel di London, pegawai penyiasat akan mengambil keterangan saksi antaranya daripada peguam dan pihak bank," kata Azam.
Ditanya sama ada SPRM akan menyiasat pembelian hotel lain oleh FIC, beliau berkata setakat ini pihaknya hanya menyiasat pembelian hotel di London dan Kuching.
"Kalau ada hotel lain, kita akan lihat sama ada wujud isu rasuah atau salah guna kuasa," katanya.
SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian sebuah hotel di Kensington, London antara 2013 dan 2015 oleh FIC, dipercayai harga yang dibayar jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabkan anak syarikat Felda itu mengalami kerugian jutaan ringgit.
FIC dilaporkan membeli sebuah hotel empat bintang di Kensington, London pada STG60 juta (RM330 juta) pada 16 Disember 2014.
Manakala SPRM memulakan siasatan ke atas pembelian hotel di Kuching susulan maklumat yang diterima oleh pasukan penyiasat ketika menjalankan siasatan terhadap pembelian hotel di London oleh FIC sebelum ini.

Rakyat tanggung RM8.1 bilion setahun jika 1MDB gagal bayar hutang, sembang PAS


Rakyat tanggung RM8.1 bilion setahun jika 1MDB gagal bayar hutang, kata PAS
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kegagalan 1Malaysia Development Berhad membayar hutang kepada International Petroleum Investment Co akan menyebabkan rakyat Malaysia menanggung beban faedah yang dikenakan.
PAS menegaskan pentingnya kejayaan pelan rasionalisasi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana kegagalan syarikat itu membayar semua hutangnya akan mengakibatkan kos tambahan sebanyak AS$1.9 bilion (RM8.1 bilion) setahun.
Dana pelaburan negara itu terlepas tarikh pembayaran hutang pada 31 Julai sebanyak AS$600 juta (RM2.57 bilion) kepada International Petroleum Investment Co (IPIC) milik kerajaan Abu Dhabi.
IPIC kemudiannya bersetuju melanjutkan tarikh, membenarkan 1MDB membayar sekurang-kurangnya AS$310 juta pada 12 Ogos dan semua wang bersama faedahnya pada 31 Ogos.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy sudah memberi taklimat kepada kepimpinan kanan parti mengenai pelan rasionalisasi syarikat dan memastikan ia tidak lagi menerima pembiayaan kerajaan.
Tuan Ibrahim berkata pelan itu perlu berjaya kerana kegagalan ia berbuat demikian akan menyebabkan rakyat Malaysia menanggung beban faedah.
"Suka atau tidak, kelewatan pembayaran akan menyebabkan kos faedah meningkat, yang akan membebankan rakyat dan kerajaan masa depan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) mesti bertanggungjawab terhadap hutang ditanggung 1MDB, sambil menambah Kementerian Kewangan harus mula melaporkan kepada Parlimen mengenai perkara berkaitan 1MDB dan asetnya.
"Walaupun 1MDB perlu diberi peluang menyelesaikan hutangnya, kita semua perlu bekerjasama menjatuhkan BN supaya mereka yang meninggalkan kita dengan hutang 1MDB akan dibawa ke muka pengadilan."

SIP: Sudah 'kawtim' atau menteri jadi jurucakap majikan?

Skandal 1MDB: Apakah akar umbi Pas pun puas hati?

FIRMA pelaburan negara milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah lama mencemar imej negara dan mencalar perasaan seluruh rakyat Malaysia.
Beberapa negara asing seperti Singapura, Switzerland, Luxembourg dan Amerika melancarkan siasatan berkaitan dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat ini dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri menjadi pengerusi lembaga penasihat.
Seluruh dunia memberikan pandangan negatif terhadap Najib dan seorang ahli perniagaan dari Pulau Pinang, Low Taek Jho ataupun Jho Low yang dinamakan dalam saman sivil difailkan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat yang mendakwa lebih AS$3.5 bilion (RM15.4 bilion) diselewengkan daripada 1MDB.
Pihak berkuasa Singapura turut membekukan aset Jho Low, bagaimanapun pemuda berusia 34 tahun itu sehingga hari ini belum berdepan sebarang pertuduhan dalam siasatan ke atas 1MDB.
Ramai mendakwa 1MDB adalah skandal kewangan paling besar di dunia ketika ini, kalau tidak, mustahil sampai empat negara asing masuk menyiasat. Sudah tentu ada penyelewengan dan salah guna kuasa yang berlaku.
Sedang pendedahan demi pendedahan dibuat sama ada melalui perbicaraan di mahkamah Singapura ataupun saman yang dikeluarkan DoJ, kerajaan Malaysia masih bersikap tenang bagaikan tiada kena mengena dengan kita.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkan nama negara dengan menegaskan tiada bukti dari mana-mana agensi penguatkuasaan yang menunjukkan wang digelapkan dari 1MDB.
Malahan, katanya, tiada sebarang tuduhan jenayah dilakukan terhadap mana-mana individu yang berkaitan dengan penyelewengan dana dari 1MDB.
Begitu juga dengan percubaan ahli-ahli parlimen daripada pembangkang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isu penyelewengan ini menemui jalan buntu.
Dua minggu lalu, ahli parlimen Pakatan Harapan mendakwa 30 soalan berkaitan 1MDB untuk diajukan dalam sesi soal jawab dalam sidang parlimen tidak dibenarkan oleh Speaker Dewan Rakyat.
Mereka menuduh ia sebagai usaha untuk gelapkan maklumat dan keterangan mengenai 1MDB. Namun, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan dakwaan tersebut.
Tatkala ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan disekat mendapat penjelasan dengan kerajaan tidak bersedia membongkar tanda tanya, lalu muncul Pas yang sebelum ini cukup senyap dalam isu 1MDB ini.

‘Menjengkelkan’ bila Rosmah minta wang Permata daripada suami

Ketua Pemuda PKR berkata Permata sepatutnya di bawah Kementerian Pendidikan, dan mempersoalkan bagaimana seorang yang bukan menteri menguruskan program dengan dana RM85 juta.
nik-nazmi_rosmah_permata_600
PKR menyelar permintaan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor agar kerajaan meningkatkan bajet bagi program didikan awal dinaunginya, Permata Negara.
Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata beliau merasa jengkel apabila Rosmah mengatakan akan berbincang dengan suaminya, Datuk Seri Najib Razak.
“Ia juga sesuatu yang menjengkelkan apabila Rosmah boleh dengan bersahaja menyatakan bahawa beliau akan berbincang dengan suami untuk meningkatkan bajet Permata,” kata Nik Nazmi.
Menurutnya, Permata tidak perlukan bajet tambahan kerana peruntukan kepadanya sudah meningkat tahun ini, walaupun bajet pendidikan terutama pendidikan tinggi dipotong.
“Jika dia benar-benar kisah tentang pendidikan, biarlah Permata diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mahir dalam program seumpama itu dan memastikan hala tujunya serasi dengan sistem pendidikan.
“Pada dasarnya Permata adalah program pendidikan yang sepatutnya disatukan dengan inisiatif KPM yang lebih komprehensif,” kata Nik Nazmi.
Nazmi mempersoalkan bagaimana Permata boleh diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, sedangkan ia jelas sepatutnya berada di bawah KPM.

Skandal 1MDB: 'Arul jumpa PAS mungkin kerana ia amal politik matang'

Ahli Parlimen Pakatan Harapan mungkin menuntut pertemuan dengan Arul Kanda Kandasamy tetapi Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata presiden dan CEO 1MDB itu bersedia berjumpa dengan PAS mungkin kerana parti itu mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera.
"Barangkali Arul bersedia berjumpa dengan PAS mungkin kerana PAS mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera dan bukannya politik “fitnah dulu, bayar kemudian.”
"Ini bezanya PAS dengan parti-parti politik pembangkang yang lain.
Memang ada beza antara yang mencari solusi dengan yang mencari publisiti," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.
Semalam, Tuan Ibrahim dilaporkan berkata beliau berpuas hati dengan pelan rasionalisasi 1MDB selepas pemimpin PAS mendengar taklimat dari Arul.
Tuan Ibrahim mengumpamakan skandal 1MDB seperti 'nasi yang sudah menjadi bubur' dan menegaskan bahawa apa juga yang berlaku kepada pelakunya, hutang 1MDB masih perlu ditanggung oleh rakyat.
"Kalau pun ada kerajaan baru selepas PRU-14 dan semua yang terlibat menyeleweng berjaya ditangkap serta disumbat ke dalam penjara, namun hutang 1MDB masih perlu ditanggung rakyat dan kerajaan yang baru.
"Masalah 1MDB wujud kerana hutangnya dijamin kerajaan dan telah diluluskan oleh mereka yang berkuasa hari ini," tegasnya.
Tuan Ibrahim berkata, dalam taklimat kepada pimpinan tertinggi PAS itu, Arul berkata pelan rasionalisasi 1MDB itu "adalah apa yang boleh beliau buat sekadar mampu untuk memastikan 1MDB tidak lagi perlu meminta suntikan dana daripada kerajaan".
"Jika pelan rasionalisasi 1MDB gagal dan sekiranya 1MDB lewat membayar hutang, ini menyebabkan kos faedah bertambah melebihi AS$1.9 bilion setahun yang perlu ditanggung kerajaan, sama ada kerajaan bertukar tangan atau pun tidak di PRU14," katanya lagi.

PRU14: 'Sentuhan akhir' kemenangan PH di Johor



Kepimpinan utama Pakatan Harapan (PH) Johor sedang menunggu masa terbaik untuk melancarkan sentuhan politik terakhir bagi menyempurnakan formula kemenangan bersejarah di negeri itu.
Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub berkata, sentuhan akhir ini sangat penting untuk membina keyakinan dan kepercayaan rakyat Johor terhadap tokoh-tokoh kepimpinan PH yang berkemampuan untuk menjunjung amanah rakyat di Johor.
Salahuddin Ayub PH"Johor adalah destinasi kejayaan PH bagi Pilihan Raya Umum ke-14. Segala persiapan telah diurus dengan sebaik mungkin.
"Sesiapa yang turut serta berpencak silat pastinya asyik dengan paluan gendang dan rebana rentak tarian politik negeri paling selatan dalam negara ini.
"Mereka tentunya dapat merasakan debaran kemenangan yang semakin hari semakin hampir," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, sikap serta jiwa besar, keterbukaan, kebijaksanaan dan saling hormat kepimpinan PH Johor untuk menerima secara konsensus kepimpinan PH Johor adalah formula bagi melonjakkan kemenangan yang efektif.
"Ia juga dalam nafas yang sama adalah merupakan manifestasi permuafakatan politik yang utuh bagi PH Johor," katanya.
Justeru, Naib Presiden PH itu berkata, Umno-BN Johor tidak dapat menyembunyikan isyarat geruh kecundang apabila mereka berkonvensyen baru-baru ini.
"Dalam diam BN Johor menerima hakikat bahawa Bangsa Johor tidak boleh lagi memberi mandat kepada kepimpinan Umno BN yang korup. Bangsa Johor akan kembali cemerlang bersama PH," katanya.

PRU14: Bersatu bawa undi dari blok Umno



Kerjasama Pakatan Harapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah perlu memandangkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipengerusikan bekas Perdana Menteri itu akan menarik undi Melayu yang sebelum ini menyokong Umno.
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata, kerjasama tersebut sekurang-kurangnya meningkatkan peluang Pakatan Harapan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Bersatu Umno"Apabila Bersatu bersama Pakatan Harapan maka potensi dan kemungkinan menang adalah satu realiti. Pada masa sama, Bersatu juga tidak mungkin menang tanpa Pakatan Harapan.
"Undi Melayu yang dari blok menyokong Umno akan dibawa kepada Pakatan Harapan. Ini bermakna Pakatan Harapan akan menerima undi Melayu dari blok Pas melalui AMANAH dan dari blok Umno melalui Bersatu.
"Jumlah ini mungkin lebih dari jumlah yang dibawa lari Pas," jelasnya dipetik dari akhbar Amanah Edisi 62, 6 - 12 Ogos.
Mengulas tanggapan kemungkinan Mahathir akan mengkhianati Pakatan Harapan jika menang PRU-14, Khalid berpendapat hal itu masih tidak tentu berlaku sebaliknya apa yang pasti tanpa kerjasama tersebut harapan untuk menang amat tipis.
"Tiada sebab Bersatu perlu kembali kepada Umno-BN sekiranya mereka melihat Pakatan Harapan mempunyai potensi untuk menjadi sebuah kerajaan yang bersih dan cekap tanpa terkorbannya kedudukan orang Melayu.
"Lebih-lebih lagi sekiranya jumlah kerusi yang dimenangi Pakatan Harapan adalah begitu menyeluruh," ujar Ahli Parlimen Shah Alam itu.
Menurutnya, keadaan Bersatu tidak sama seperti Umno dalam BN sehingga memungkinkan PPBM tidak akur dengan pimpinan Pakatan Harapan atau mengulangi cara kepimpinan lama seperti semasa era pentadbiran Mahathir sebelum ini.
"Dalam BN, Umno sahaja parti Mealyu. Umno bertanding hampir semua kerusi majoriti Melayu sekali gus jumlah kerusi yang dimenangi menyebabkan Umno boleh mendominasi BN.
"Dalam Pakatan Harapan bukan hanya Bersatu parti orang Melayu. Kerusi majoriti Melayu akan dikongsi Bersatu bersama AMANAH dan KeADILan.
"Dalam keadaan ini tidak mungkin Bersatu akan bertanding 100 kerusi sepertimana dilakukan Umno. Oleh itu, Bersatu tidak akan mampu bertindak sebagai 'diktator' dalam Pakatan Harapan sepertimana Umno dalam BN," jelas Khalid lagi.

Mengapa hukuman semakin ringan ??

Kata dadah musuh No.1 Negara.... banyak kerosakan kerana dadah.

TETAPI mengapa hukuman semakin ringan ??

Kerosakan negara kerana tangan2 pelaku sakandal #1MDB bila nak dikurangkan plok ??!

DALAM KEADAAN NEGARA BERGELUMANG DALAM SKANDAL KEWANGAN 1MDB, HANYA PEKERJAAN BERGAJI RENDAH DAN MENENGAH-BAWAH DITAWARKAN DALAM EMPAT TAHUN KEBELAKANGAN INI.


Perdana Menteri Najib Razak dan bekas Menteri Pemandu Idris Jala meuar-uarkan bahawa kita hanya kurang 15% sahaja daripada mencapai tahap negara berpendapatan tinggi.
Namun, berdasarkan laporan Menteri Sumber Manusia kepada saya di Parlimen pada 3 Ogos 2017, realitinya amat muram sekali.
Saya telah bertanya soalan tentang bilangan peluang pekerjaan yang diwujudkan dalam tempoh beberapa tahun ini.
Berikut merupakan antara jawapan yang diberikan Menteri:
Tahun
Bilangan pekerjaan yang ditawarkan
2013
166,343
2014
98,286
2015
115,237
2016
133,401
2017 (sehingga Julai 2017)
159,325
Jumlah
672,592
Jadual 1: Bilangan pekerjaan yang ditawarkan mengikut tahun (Sumber: Jawapan Parlimen oleh Menteri Sumber Manusia kepada Ahli Parlimen Bukit Mertajam pada 3 Ogos 2017)
Menteri enggan memberikan perincian lanjut tentang pekerjaan ini termasuk pecahan mengikut industri. Beliau sekadar menyatakan bahawa “kebanyakan kekosongan jawatan ini disumbangkan oleh sektor utama seperti pembuatan, pembinaan, pertanian, perladangan, dan perkhidmatan”.
Mengikut kenyataan Menteri yang sama, dalam tempoh masa empat (4) tahun ini, “purata gaji yang ditawarkan adalah antara RM1000 hingga RM5000”.
Bandingkan ini dengan M40, takrifan kerajaan sendiri untuk golongan berpendapatan 40% pertengahan dengan pendapatan bulanan antara RM3,860 – RM8,319. (Source: https://www.malaysiakini.com/news/316993)
Dalam kata lain, pekerjaan yang ditawarkan dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini hanyalah pekerjaan bergaji rendah dan menengah-bawah sahaja.

NAJIB GAGAL BAYAR LAGI: 31 OGOS TARIKH AKHIR 1MDB BAYAR HUTANG IPIC


Abu Dhabi memberi tempoh lanjutan kepada 1MDB untuk membayar hutang bernilai AS$603 juta yang sepatutnya dijelaskan hari ini, lapor sebuah agensi berita antarabangsa.
Memetik sumber yang dekat dengan perkembangan itu di Abu Dhabi, Reuters melaporkan 1MDB diberi tempoh sehingga 31 Ogos untuk melunaskan tanggungjawab berkenaan.
Mengikut perjanjian dicapai dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) pada April lalu, 1MDB bersetuju membayar AS$1.2 bilion kepada syarikat milik kerajaan Abu Dhabi itu melalui dua peringkat.
Bayaran pertama – kira-kira AS$600 juta – perlu dibayar pada 31 Julai lalu.
Bagaimanapun 1MDB gagal memenuhi komitmen itu, namun IPIC memberikan tempoh tambahan lima hari lagi kepada syarikat pelaburan kerajaan Malaysia itu.
Pengumuman mengenai lanjutan tempoh itu dijangka akan dibuat lewat hari ini kata sumber berkenaan.
Ketika dihubungi Reuters syarikat Mubadala – yang bergabung dengan IPIC awal tahun ini – enggan memberi sebarang komen.
Sementara itu Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah yang dipetik Bernama berkata 1MDB sedang berunding untuk mendapatkan lanjutan tempoh bayaran balik hutang berkenaan.
Bagaimanapun akhbar Straits Times Singapura melaporkan, permohonan itu sudah diberikan kepada 1MDB.
“Apabila tiba masanya nanti kami akan membuat bayaran. Kami akan menandatangani perjanjian lanjutan tempoh dengan mereka,” katanya.

PKR dakwa ada 'pengundi hantu' di Wangsa Maju

Bendahari Agung Bendahari Agung PKR, Datin Paduka Tan Yee Kew memberi amaran cubaan untuk membawa masuk pengundi ke kawasan parlimen Wangsa Maju walaupun mereka tidak tinggal di situ merupakan suatu kesalahan jenayah.
Beliau memberitahu kawasan mengundi didapatkan berdasarkan alamat di dalam kad pengenalan dan sesetengah pengundi menukar alamat kad pengenalannya bagi membolehkan mereka mengundi di situ walaupun mereka bukan pemastautin.
"Jika seseorang itu tidak tinggal atau tidak pernah menetap di alamat Mykadnya, bermaksud mereka memberikan maklumat palsu kepada Jabatan Pendaftaran Negara," kata beliau dalam sebuah kenyataan hari ini.
Awal hari ini, para penyokong Tan membuat laporan polis terhadap kira-kira 240 "pengundi hantu" yang didakwa beliau menggunakan alamat palsu bagi mendaftar sebagai pengundi di Wangsa Maju.
Tan turut mendakwa terdapat sekurang-kurangnya 4,000 pengundi sedemikian di seluruh kawasan parlimen tersebut.
"Beberapa hari lalu, ketua Umno Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor berkata dua buah kerusi parlimen yang BN sasarkan untuk dimenangi adalah Wangsa Maju dan Lembah Pantai.
"Kami mahu bertanya jika keyakinan Umno untuk menang di Wangsa Maju kerana 4,000 pengundi hantu yang diletakkan di kawasan parlimen ini?" Kata beliau.
Tan mengingatkan memberikan alamat palsu dalam kad pengenalan merupakan kesalahan di bawah Peraturan 25 (fa) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Tambah beliau lagi, ia juga merupakan kesalahan di bawah Seksyen 177 Kanun Keseksaan atas sebab memberikan maklumat palsu kepada penjawat awam, yang boleh dihukum sehingga enam bulan penjara atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Lapor penjawat awam hidup mewah melampau, kata SPRM...apa citer kes MO1 Dan Bini...???



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penjawat awam yang hidup mewah melampau agar melaporkan perkara itu kepada mereka dengan segera.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Mohd Azam Baki berkata lazimnya penjawat awam yang hidup mewah ini terlibat salah guna kuasa dan rasuah serta mempunyai jawatan tertentu dalam kerajaan.
Azam Baki SPRM"Bagaimana pegawai kerajaan boleh hidup mewah melampau melebihi pendapatan mereka, SPRM akan melihat dari mana mereka (penjawat) dapat harta (melampau), adakah ia diperoleh secara sah," katanya semasa menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama malam tadi.
Beliau berkata SPRM kini membuat pemantauan teliti terhadap pegawai berjawatan tinggi termasuk melihat perolehan harta mereka.
Menurut Azam, penjawat awam yang telah bersara juga boleh dikenakan tindakan sekiranya mempunyai bukti kukuh mereka terlibat salah guna kuasa ketika dalam perkhidmatan.
"Ada kes seorang pengawai tinggi kerajaan dah bersara namun ketika perkhidmatan dia telah luluskan projek kepada syarikat, kami sedang jalankan siasatan terhadapnya.
"Pasukan Intelligence (SPRM) kini membuat pemantauan untuk tangani isu rasuah di kalangan penjawat awam yang berpangkat besar," kata Azam.
Sementara itu Azam berkata sebanyak 280 agensi telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang bertujuan memastikan organisasi masing-masing bebas rasuah.
"IBR mendapat sambutan dari semua pihak dan setakat ini hanya Kelantan dan Selangor belum menandatanganinya, kedua-dua negeri itu akan tandatangani IBR tidak lama lagi," kata Azam.

SAH 1MDB TIADA WANG, TAK MUSTAHIL JANJI BAYARAN 31 OGOS JUGA BAKAL DIMUNGKIRI


Apa lagi nak dikata, kalau bukan inilah bukti paling sahih lagi nyata bahawa 1MDB sebenarnya tiada wang dalam kantungnya.
Hutang kepada IPIC berjumlah AS$603 juta atau RM2,600 juta yang sepatutnya dibayar pada 31 Julai lalu tak dapat dilaksanakan, kemudian ditangguhkan selama lima hari juga tak mampu dilunaskan.
Kini diberikan pula tarikh baru sehingga 31 Ogos. Dulu, minta tangguh lima hari konon kerana masalah teknikal, kali ini tertangguh sampai 31 Ogos, apa pula alasannya?
Kenapa tak mengaku saja duit tiada?
Tapi kali ini pun tak tahu sama ada sama bayaran boleh dilunaskan atau mungkin akan tertangguh sekali lagi.
Jika sudah dua kali penangguhan dibuat kerana tidak mampu membuat bayaran, tidak mustahil janji pembayaran pada 31 Ogos nanti juga akan dimungkiri.
Orang yang tiada wang, tapi suka berlagak macam banyak wang memang suka bertangguh-tangguh membayar hutang. Sekali dua dapat menangguh, bukanlah pelik jika mereka terus menangguhnya buat kali ketiga dan seterusnya.
Ketika IPIC memberi penangguhan selama lima hari dulu, mereka menyatakan jika tertangguh sekali lagi ia akan menyebabkan 1MDB terikat dengan obligasi tambahan yang mungkin berupa beban caj akibat kegagalan tersebut.
Oleh itu, dengan penangguhan yang agak lama iaitu sehingga 31 Ogos, sudah pasti caj tambahan yang terpaksa dibayar bukanlah kecil jumlahnya.

Jumlah RM2,600 juta yang perlu dibayar kepada IPIC itu adalah bersamaan dengan jumlah wang yang pernah mengalir masuk ke dalam akan peribadi Najib Razak sebelum ini.
Selepas bayaran pada 31 Ogos nanti, itu pun jika wang benar-benar sudah ada,1MDB perlu membayar sekali lagi dengan jumlah yang sama iaitu AS$603 juta atau RM2,600 juta kepada IPIC pada 31 Disember akan datang.
Dengan itu, 31 Ogos dan 31 Disember depan adalah tarikh yang terus mendebarkan buat kita semua, kalau pun tidak sekali lagi memalukan Malaysia di mata dunia setelah skandal 1MDB di tahun-tahun kebelakangan ini sudah banyak diperkatakan di seluruh dunia.
Hmmm…itu pun masih ada yang tak malu-malu mengaku berpuas hati dengan penjelasan Arul Kanda mengenai pelan rasionalinasi 1MDB.

Ekonomi pesat tumbuh, tapi rakyat tak terasa kesannya.....


Ekonomi pesat tumbuh, tapi rakyat tak terasa kesannya
Dr Muhammed Abdul Khalid menyifatkan rakyat Malaysia tidak mampu merasai manfaat faedah pembangunan ekonomi kini disebabkan oleh kesenjangan upah yang semakin meluas. 
KERAJAAN mengatakan ekonomi bertumbuh lebih daripada 5% untuk suku pertama tahun ini dan ini situasi ini perlu diraikan.
Pada masa yang sama, jurang antara keluarga terkaya dan termiskin negara ini semakin merapat, bermaksud yang situasi rakyat Malaysia hari ini lebih baik berbanding situasi 10 tahun lepas.
Tetapi realitinya, trend itu tidak membantu kebanyakkan rakyat Malaysia berdepan dengan peningkatan kos sara hidup, kata ahli ekonomi dan penulis Dr Muhammed Abdul Khalid.
Realitinya ketika ekonomi sedang berkembang, kesenjangan atau jurang upah antara rakyat Malaysia terkaya dan pekerja biasa masih kekal luas, kata Muhammed.
Kesenjangan aset seperti perbezaan antara mereka yang memiliki hartanah dan instrumen kewangan juga meluas, kata Muhammed, penulis buku “Antara Dua Darjat- Agihan Pendapatan di Malaysia” yang diterbitkan pada 2014 dan mendapat sambutan menggalakkan.
Kesenjangan dalam upah dan aset disebabkan dasar buruh dan fiskal yang lebih banyak memanfaatkan pemilik kapital berbanding pekerja biasa, katanya.
“Jadi walaupun kebanyakkan berita tentang ekonomi adalah berita baik, masih ada persepsi dalam kalangan pekerja biasa di Malaysia, yang mereka tidak merasakan faedahnya,” kata Dr Muhammed kepada The Malaysian Insight.
Menurut Unit Perancang Ekonomi (EPU), kesenjangan pendapatan isi rumah diukur menggunakan pekali Gini, jatuh daripada 0.44 pada 2007 kepada 0.40 pada 2014.

Skandal 1MDB: Pendirian puas hati PAS hina Parlimen

PAS kata berpuas hati dengan penerangan yang diberikan, sedangkan kita ahli parlimen tidak ada jawapan sampai sekarang bagi saya ini betul-betul satu tindakan memalukan.
mujahid-1mdb
Pendirian PAS menyatakan parti itu berpuas hati selepas mendengar penjelasan mengenai hutang ditanggung 1MDB dan pelan rasionalisasi daripada presiden 1MDB sendiri, Arul Kanda Kandasamy merupakan kenyataan memalukan.
Naib Presiden Amanah, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, PAS tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut walaupun telah mendapat penjelasan daripada 1MDB kerana penerangan berhubung isu tersebut tidak didedahkan secara terbuka, malah ia diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) sehingga menimbulkan pelbagai persoalan.
“Kita dengar ada 1 parti, mereka jumpa Arul, mereka kata berpuas hati dengan penerangan yang diberikan, sedangkan kita ahli Parlimen tidak ada jawapan sampai sekarang.
“Bagi saya ini betul-betul 1 tindakan memalukan. Pihak yang mengatakan mereka berpuas hati itu memalukan sistem demokrasi parlimen kerana ia tidak dibentang di Parlimen secara telus,” kata beliau pada forum Diskusi bertajuk “Di Sebalik Laporan Audit Negara”.
Tambah Mujahid, kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man adalah 1 penghinaan kepada ahli-ahli Parlimen.
“Saya rasa kenyataan (PAS berpuas hati dengan penerangan 1MDB) agak menghina kami ahli-ahli Parlimen sebenarnya. Sebab saya kata menghina kerana soalan kami (Pakatan Harapan) tidak dijawab di Parlimen, sebanyak 32 soalan, malah ditolak secara mentah-mentah.
“Sangat malang kenyataan yang dibuat timbaan presiden PAS, sedangkan 1 dunia tahu 1MDB ini bermasalah,” katanya.
Kelmarin, PAS berkata mereka berpuas hati selepas mendengar penjelasan mengenai hutang yang ditanggung 1MDB dan pelan rasionalisasi hutang itu daripada Arul Kanda.
Arul Kanda memberikan penerangan kira-kira 2 jam kepada Tuan Ibrahim dan hampir 30 ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta tokoh jemputan seperti bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Mengulas lanjut, Mujahid mencabar Arul Kanda dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat penjelasan secara terbuka di Parlimen supaya rakyat mendapat penjelasan sebenar.
“Arul kalau nak cakap dia kena datang Parlimen dan biar perdana menteri sendiri bagi penjelasan. Kalau 1MDB ini tidak ada masalah, tempat pertama dia kena buat penjelasan di Parlimen.
“Kita ahli Parlimen tuntut kalau Arul berani jumpa PAS, saya cabar dia datang ke Parlimen jumpa kami ahli Parlimen PH cerita apa yang berlaku secara terbuka,” katanya.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN: ISU SKANDAL NAJIB RAZAK & 1MDB,PAS PUAS HATI DENGAN PENERANGAN ARUL KANDA

Isu Pengiktirafan UEC dan Peruntukan untuk Sekolah-sekolah Perlu Dijawap oleh Kerajaan.

Akibat skandal 1MDB, rakyat Malaysia terpaksa berdepan pekerjaan gaji rendah

KETIRISAN DILAPORKAN DALAM LAPORAN AUDIT NEGARA,MANA TINDAKAN SUSULANNYA??