Selasa, 8 Ogos 2017

Skandal 1MDB: Kenyataan Tuan Ibrahim burukkan imej PAS

Bekas naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyelar kenyataan timbalan presiden parti itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkaitan isu penyelesaian hutang 1MDB.
Mahfuz berkata, kenyataan Tuan Ibrahim semalam menggambarkan beliau tidak faham “akar isu” masalah 1MDB dengan mengatakan menyatakan rasa puas hati dengan pelan penyelesaian syarikat itu.
“Seolah-oleh Tuan Ibrahim bagi gambaran bahawa beliau dan rakan-rakan (PAS) yang lain tak faham apa itu rasionalisasi (hutang 1MDB),” katanya kepada Malaysiakini.
Mahfuz yang juga Anggota Parlimen Pokok Sena berkata isu utama dalam 1MDB adalah syarikat kontroversi itu berhutang dan melunaskan hutangnya dengan menggunakan "plan transformasi".
Plan transformasi itu pula antara lain meminjam wang daripada Tabung Haji dan menjual aset negara kepada negara China.
"1MDB jual aset pada China, guna wang Tabung Haji dan jual barang utk bayar hutang dari hasil kecurian bolehkan plan rasionalisasi, jadi sampai jual aset.
"Jadi saya agak hairan pemimpin PAS blur (kabur) apa itu akar isu dan apa itu rasionalisasi 1MDB," katanya.
Sebelum ini Tuan Ibrahim telah mengetuai rombongan PAS bertemu pengurusan tertinggi 1MDB termasuk presidennya Arul Kandasamy.
Selepas mendengar penjelasan, PAS semalam menyatakan rasa puas hati dengan pelan penyelesaian syarikat itu.
Mengulas lanjut, Mahfuz berkata kenyataan yang dibuat Tuan Ibrahim itu seolah-olah PAS tidak pernah mempunyai masalah dengan syarikat itu.
"PAS juga seolah-olah melindungi pencuri. Ia memburukkan imej parti," katanya.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/391273#RArD4j9E2Xv4jwrt.99

Umno borak kosong hendak rampas Permatang Pauh, kata PKR


Umno borak kosong hendak rampas Permatang Pauh, kata PKR
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata dakwaan Umno itu tidak lebih sekadar 'tunjuk lagak'. 
UMNO hanya borak kosong kononnya ia akan merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh kerana tidak semua 8,000 pengundi baru yang Umno dakwa sudah ia daftarkan sebagai pengundi di kawasan itu akan mengundi parti berkenaan, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Jelas beliau sesiapa saja yang meneliti data pengundian akan tahu dakwaan itu tidak lebih sekadar “tunjuk lagak”.
Nurul Izzah menjelaskan pendaftaran pengundi baru bukan jaminan akan diterjemahkan sebagai undi, dan mengingatkan rakyat Malaysia akan menolak kerajaan persekutuan yang didakwa korup sekiranya pilihan raya dijalankan dengan adil dan bebas.
Beliau juga mengingatkan rakyat tidak lupa bagaimana kerajaan menekan penduduk di kawasan yang dimenangi pembangkang dengan menyekat pembangunan, termasuk di Permatang Pauh.
“Kita juga sudah melihat bagaimana penyokong-penyokong kuat BN meninggalkan barisan dan ramai lagi yang sedia mengikut jejak langkah yang sama, membawa pengundi bersama mereka.
“Parti pemerintah (Umno) kini lebih gementar. Mereka berdepan dengan perpecahan terbuka dalam parti, dari atas sampai ke akar umbi dan tidak ada strategi untuk mencipta masa depan yang sejahtera dan mapan serta menyediakan peluang sama rata kepada semua rakyat Malaysia,” kata Nurul Izzah kepada The Malaysia Insight.

Laporan Transformasi Kebajikan Bumiputera: Apakah kita merancang untuk gagal?

Osman Jailani 

 Baru-baru ini saya diminta untuk mengulas laporan Transformasi Kesejahteraan Bumiputera (TKB) yang dilancarkan perdana menteri tidak berapa lama dahulu.
Laporan yang dikeluarkan oleh Teraju ini merupakan pelan dan strategi yang akan memacu hala tuju Bumiputera untuk lima tahun yang akan datang.
Namun, jika inilah strategi untuk memajukan bangsa Bumiputera, saya rasa masa depan kita seolah-olah sedang diperjudikan.
Secara keseluruhan, laporan ini lemah. Kajiannya tidak teliti tanpa kedalaman intelektual yang diperlukan, dan tidak peka kepada cabaran yang dihadapi kaum Bumiputera.
Malah, dalam beberapa aspek, rumusan laporan ini seolah-olah menggambarkan penulisnya hidup di alam yang berlainan.
Difahamkan, laporan ini disediakan susulan dari sesi 'lab' yang diselia Pemandu Associates sebelum ia ditulis sebuah firma perunding antarabangsa yang dilantik oleh Teraju. Hasilnya, sebuah laporan dengan analisis dan kesimpulan yang mengecewakan.
Tidak keterlaluan jika dikatakan laporan ini tidak seharusnya diterbitkan. Pendirian saya ini adalah berdasarkan empat kelemahan berikut:
Pertama, laporan ini tidak peka langsung akan isu-isu penting yang membelenggu kaum Bumiputera. Contohnya isu kemiskinan, jurang kekayaan, peluang pekerjaan, dan diskriminasi dalam sektor swasta.
Laporan setebal lebih dua ratus muka surat ini hanya menyebut tiga kali perkataan kemiskinan, malah itu pun bukannya pada halaman utama.
Tidakkah Teraju sedar kemiskinan masih lagi menebal di kalangan kaum Bumiputera. Data menunjukkan kemiskinan di kalangan Bumiputera di Sabah dan Sarawak adalah masing-masing pada kadar 20% dan 7%, dan masih ramai terdedah akan kemiskinan.
Kebisuan anggun ataupun dalam bahasa Inggerisnya 'elegant silence' ini amat ganjil sekali apabila kita semua tahu kadar kemiskinan paling tinggi adalah di kalangan kaum Bumiputera berbanding kaum-kaum yang lain.
Isu kemiskinan bandar juga langsung tidak dihuraikan. Malah ironinya, laporan Pelan Tindakan India Malaysia (MIB) yang dilancarkan perdana menteri beberapa hari selepas laporan TKB ini dikeluarkan menyebut isi kemiskinan hampir 50 kali walaupun kemiskinan dalam kalangan kaum India adalah lebih rendah berbanding kaum Bumiputera.
Tambahan lagi, isi jurang kekayaan juga tidak disebut. Pengangguran belia dan siswazah juga tidak dihuraikan secara mendalam oleh laporan ini.
Begitu juga kekangan dalam sektor tenaga kerja walaupun ada kajian ilmiah yang menunjukkan terdapat isu diskriminasi di sektor swasta terhadap graduan Bumiputera.
Kedua, laporan hala tuju ini tidak memberitahu kita kedudukan semasa kaum Bumiputera dari segi pendidikan, pekerjaan, pengumpulan harta dan sebagainya.
Tiada perangkaan langsung jumlah profesional Bumiputera – adakah makin bertambah ataupun menurun, jumlah pelajar yang tercicir, dan mereka yang menganggur sebagainya.

Wang Rakyat Jadi Mangsa Lagi.....!!!

Rm400j utk 500 unit ambulan mcm ni? Dah giler ker haper? 1 ambulan hampir rm1j. Jahanam negaraku

Rasionalisasi 1MDB: Pas jangan terperangkap propaganda Umno-BN



Proses rasionalisasi 1MDB seperti yang dijaja oleh Arul Kanda Kandasamy  serta dikalangan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) ialah proses memindahkan hutang-hutang 1MDB kepada syarikat-syarikat milik penuh kerajaan melalui MOF Inc, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
Beliau menjelaskan segala yang diterangkan oleh Arul Kanda itu sudah pun diketahui umum.
Justeru beliau menasihati pimpinan Pas agar lebih berhati-hati dan tidak terperangkap dengan permainan propaganda Umno-BN.
"Umno-BN hanya mahu menggunakan Pas untuk mengurangkan kritikan rakyat terhadap penyelewengan-penyelewengan yang telah berlaku di dalam 1MDB," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Kesimpulan yang dibuat oleh Rafizi bahawa Pas berpuas hati dengan proses rasionalisasi 1MDB dan;Bahawa Pas merasakan perlu ada pemantauan ke atas syarikat-syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) yang mengambil alih aset dan hutang 1MDB itu
"Saya membaca beberapa kali laporan-laporan mengenai taklimat 1MDB oleh CEOnya Arul Kanda Kandasamy kepada pimpinan tertinggi Pas. Saya juga menonton rakaman sidang media oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS untuk memastikan saya tidak tersalah dengar.
"Saya tidak pasti sama ada pimpinan Pas yang hadir di dalam taklimat itu faham apa makna proses rasionalisasi 1MDB yang dihukumkan sebagai “memuaskan” itu," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas mengenai satu sidang meja bulat telah diadakan di Hotel de Palma, Ampang semalam, antara Pas dan Presiden 1MBD Arul Kanda yang antara lain menerangkan pelan rasionalisasi 1MDB.
Ahli Parlimen Pandan itu juga menjelaskan dengan menjual aset-aset negara kepada syarikat swasta dan asing, dengan harapan dana yang dibayar itu akan dapat mengurangkan hutang 1MDB disamping memindahkan hutang-hutang lain yang diwarisi semasa 1MDB membeli asetnya kepada pembeli baru itu. Contohnya, penjualan Edra kepada syarikat milik kerajaan China;
Menjual aset-aset negara kepada syarikat swasta dan asing, dengan harapan pembangunan di tanah-tanah itu akhirnya akan membawa keuntungan yang sebahagiannya akan dikongsi oleh Kerajaan Malaysia suatu ketika nanti.

Wakil rakyat PKR bidas menteri tunda perjanjian air Selangor

Wong Chen mendakwa kerajaan persekutuan tidak mampu membiayai perjanjian pengambilalihan aset air milik Splash oleh kerajaan Selangor.
Wong-Chen-Maximus-OngkiliPETALING JAYA: Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen membidas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili berhubung kelewatan pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) oleh kerajaan Selangor.
Wakil rakyat PKR itu yang membangkitkan isu berkenaan pada sesi khas waktu pertanyaan menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini berkata, kerajaan Selangor perlu mengawal sepenuhnya aset air untuk membolehkan penstrukturan semula sistem terbabit dalam usaha menyelesaikan krisis air berterusan di Lembah Klang.
Beliau turut mengkritik Maximus yang membuat dakwaan di Dewan Rakyat hari ini kononnya penundaan itu disebabkan kegagalan kerajaan Selangor membuat tawaran “pembeli dan penjual dengan rela” untuk aset itu.
Wong berkata, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sudah memberi respons Putrajaya melantik firma audit Deloitte untuk menjalankan penilaian ke atas Splash, tetapi sejak itu kerajaan persekutuan enggan mendedahkan penilaian Deloitte.
“Jadi, bagaimana kerajaan Selangor boleh membuat tawaran kerana jumlah pembiayaan datang daripada kerajaan persekutuan.
“Pandangan saya terhadap perkara ini mudah. Urus janji itu hanya boleh diselesaikan jika kerajaan persekutuan membiayainya sebagai pinjaman kepada kerajaan negeri,” kata Wong dalam status akaun Facebook beliau.
Ini katanya, ialah model standard untuk semua pengambilalihan aset air di Malaysia.
Wong mendakwa Putrajaya tidak mampu membiayai perjanjian itu kerana “kekurangan dana” dan mereka tidak mampu membayar “ansuran pertama 1MDB”.
Beliau merujuk kegagalan 1MDB membuat bayaran pertama pada 31 Julai lalu kepada International Petroleum Investment Corporation (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi, sebagai sebahagian penyelesaian membabitkan pertikaian hutang berjumlah AS$603 juta (kira-kira RM2.58 bilion).
1MDB dalam maklumkan bertulis kepada IPC berkata, bayaran akan dibuat bulan ini kerana masih menunggu dana sewajarnya.
“Jika itu kesnya, menteri itu hanya melengah-lengahkan masa dengan memberi alasan dan menyalahkan orang lain,” kata Wong.

PENDIRIAN PAS MENGENAI 1MDB MENGECEWAKAN, RASIONALISASI 1MDB ADALAH PINDAHMILIK HUTANG KEPADA RAKYAT

Saya membaca beberapa kali laporan-laporan mengenai taklimat 1MDB oleh CEOnya Arul Kanda Kandasamy kepada pimpinan tertinggi PAS. Saya juga menonton rakaman sidang media oleh Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS untuk memastikan saya tidak tersalah dengar.
Kesimpulan yang dibuat oleh kepimpinan PAS selepas taklimat itu dilaporkan seperti berikut:
Foto Rafizi Ramli.
i. Bahawa PAS berpuas hati dengan proses rasionalisasi 1MDB;
ii. Bahawa PAS merasakan perlu ada pemantauan ke atas syarikat-syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) yang mengambil alih aset dan hutang 1MDB itu
Saya tidak pasti sama ada pimpinan PAS yang hadir di dalam taklimat itu faham apa makna proses rasionalisasi 1MDB yang dihukumkan sebagai “memuaskan” itu.
Proses rasionalisasi 1MDB seperti yang dijaja oleh Arul Kanda dan pimpinan Umno/Barisan Nasional ialah proses memindahkan hutang-hutang 1MDB kepada syarikat-syarikat milik penuh kerajaan melalui MOF Inc. Segala yang diterangkan oleh Arul Kanda itu sudah pun diketahui umum dan melibatkan perkara-perkara berikut:
i. Menjual aset-aset negara kepada syarikat swasta dan asing, dengan harapan dana yang dibayar itu akan dapat mengurangkan hutang 1MDB disamping memindahkan hutang-hutang lain yang diwarisi semasa 1MDB membeli asetnya kepada pembeli baru itu. Contohnya, penjualan Edra kepada syarikat milik kerajaan China;
ii. Menjual aset-aset negara kepada syarikat swasta dan asing, dengan harapan pembangunan di tanah-tanah itu akhirnya akan membawa keuntungan yang sebahagiannya akan dikongsi oleh Kerajaan Malaysia suatu ketika nanti. Penjualan itu juga diharap akan dapat membawa dana untuk membantu 1MDB mengurangkan hutangnya. Contohnya, penjualan tanah-tanah di Pengkalan Udara Sungai Besi kepada syarikat swasta dan syarikat milik Kerajaan China untuk dibangunkan menjadi Bandar Malaysia;
iii. Menjual aset-aset negara kepada tabung-tabung dana rakyat pada harga yang berkali ganda mahalnya atau memindahkan operasi tabung-tabung dana rakyat ke pembangunan baru yang diusahakan 1MDB walaupun tidak ada keperluan tabung-tabung tersebut membelanjakan wang untuk ibupejabat yang baru. Contohnya, penjualan tanah kepada Tabung Haji dan keputusan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) untuk membina ibupejabat baru di Tun Razak Exchange;
iv. Memindahkan anak syarikat-syarikat 1MDB yang dibebani hutang kepada kerajaan sepenuhnya dan seterusnya mewarisi hutang-hutang tersebut. Contohnya, SRC International Sdn Bhd dipindahkan kepada MOF Inc dan mewarisi hutang RM4 bilion yang kini ditanggung rakyat.

Sebab itu saya ingin bertanya kembali kepada kepimpinan PAS: apabila mereka berpuas hati dengan kemajuan proses rasionalisasi itu, adakah mereka bersetuju dengan kaedah memindahkan hutang 1MDB kepada rakyat sedangkan wang yang dipinjam oleh 1MDB itu telah jelas lesap dan diselewengkan untuk membeli harta-harta mewah?
Di mana baiknya tindakan-tindakan merompak wang rakyat, kemudian menjual harta-harta rakyat untuk menutup lubang hutang setelah hutang-hutang itu dipindahmilik kepada kerajaan? Pada masa yang sama, kerajaan terpaksa mengutip cukai yang baru (GST), meningkatkan kutipan cukai sedia ada sehingga orang yang mati pun masih perlu membayar cukai dan memotong perbelanjaan-perbelanjaan penting seperti pendidikan dan kesihatan?

Skandal 1MDB: Pakatan gesa Arul Kanda jawab soalan 1MDB di Parlimen


Pakatan gesa Arul Kanda jawab soalan 1MDB di Parlimen
Pakatan Harapan mendesak Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy menjawab soalan berhubung syarikat itu di Parlimen esok. 
PAKATAN Harapan hari ini mendesak Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy menjawab soalan berhubung syarikat pelaburan sarat hutang itu di Parlimen esok, selepas beliau menghadiri perbincangan meja bulat dengan PAS malam tadi.
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata Arul diperlukan untuk membersihkan nama baik Malaysia.
“Dia boleh minta kebenaran perdana menteri dulu, tetapi saya gesa Arul Kanda memberikan penjelasan pada setiap ahli Parlimen tanpa rasa takut.
“PKR, DAP dan Pakatan Harapan sedia berjumpa dengannya walaupun ia mesyuarat tertutup,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Sementara itu, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata pihaknya kecewa dengan kegagalan Arul Kanda berjumpa pembangkang sebelum ini ketika diminta mengadakan dialog atau debat mengenai 1MDB.
“Saya tidak mahu mengandaikan apa soalan ditanya semalam. Bagi saya dan pemimpin PH lain termasuk Muhyiddin dan Dr Mahathir, kami ada banyak soalan seperti bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).
“Tarikh akhirnya lima hari lalu tetapi sampai sekarang tidak ada berita bagaimana bayaran akan dibuat. Adakah kerajaan akan menyelamatkan 1MDB sekali lagi,” katanya merujuk kepada pemimpin Bersatu, Muhyiddin Yassin dan Dr Mahathir Mohamad.
PAS semalam berkata parti itu berpuas hati dengan penjelasan Arul Kanda mengenai pelan rasionalisasi hutang 1MDB, berharap tidak ada campur tangan politik untuk membolehkan perkara itu diselesaikan tanpa membebankan rakyat.
Katanya, inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai 1MDB disusuli dengan tindakan keras terhadap pesalah menjadi satu-satunya cara mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan.
Pada 1 Ogos, 1MDB berkata kesemua bayaran kepada IPIC itu akan menggunakan wang yang dikumpul menerusi pelan rasionalisasi 1MDB. Laporan sebelum ini menyatakan pembayaran AS$602.7 juta (RM2.6 bilion) daripada 1MDB kepada IPIC adalah sebahagian daripada penyelesaian hutang.

SKANDAL 1MDB: PERKEMBANGAN HUKUMAN PENJARA SETAHUN SETENGAH MENDEDAHKAN RAHSIA NEGARA - RAFIZI RAMLI

Orang tidak malu lagi mencuri, semua okay dan senyum sahaja, kata Dr Mahathir


Orang tidak malu lagi mencuri, semua okay dan senyum sahaja, kata Dr Mahathir
Dunia panggil mereka pencuri, perasuah, penyangak – tak apa, senyum sahaja, kata Dr Mahathir. 
RAMAI dalam kalangan anggota kerajaan hari ini sudah tidak ada lagi rasa malu dan tidak tahu malu walaupun berdepan tuduhan melakukan jenayah curi dan rasuah, sebaliknya masih boleh tersenyum dan menganggap semuanya okay, kata Dr Mahathir Mohamad.
Dalam tulisan terbaru di blognya yang bernada sindiran, bekas perdana menteri itu menyelar sikap acuh tidak acuh terhadap salah laku moral itu daripada anggota kerajaan sampailah kepada orang bawahan, yang kesannya kemudian merosakkan negara.
“Mereka didapati mencuri tetapi mereka tidak sedikit pun berasa malu. Didakwa mencuri, dibukti mencuri – tak mengapa.
“Dunia panggil mereka pencuri, perasuah, penyangak – tak apa. Senyum sahaja,” katanya.
Dr Mahathir tidak menyebut nama orang yang beliau maksudkan tetapi tulisan terbarunya ini senada dengan serangan-serangannya terhadap Perdana Menteri Najib Razak serta beberapa pemimpin kerajaan yang mempertahankan isu-isu berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut Dr Mahathir, mereka ini sudah tidak lagi peduli kesan daripada perbuatan mereka itu, sehingga negara dihina dan digelar antara sepuluh negara tertinggi tahap rasuah di dunia.
Beliau juga menunjuk tingkah laku dalam kalangan pegawai yang menerima kenaikan pangkat atau jawatan walaupun “tidak layak, tidak mengikut aturan peraturan, bercanggah dengan undang-undang” kerana mereka ini sudah tidak tahu malu.
“Menerima duit yang dicuri, apa salahnya? Terima kasih. Cium tangan pemberi durian runtuh.
“Diketahui mendapat pangkat atau jawatan kerana cekap membodek, sanggup melaksanakan arahan yang salah oleh boss, pun tak malu,” katanya.
Dr Mahathir membayangkan kekesalannya maruah sudah tidak lagi jadi junjungan sehingga orang sanggup dihina dan dipandang rendah, asal saja mereka dapat duit dan pangkat.
“Pedulikan maruah,” katanya.

Guan Eng: Jangan guna kaum, agama pecah belah rakyat

Ahli Parlimen DAP itu kesal selepas 60 tahun negara merdeka, warna kulit dan agama masih menjadi isu seperti kes pemilikan saham Malindo Airlines oleh orang India.
guan-eng-malindo
KUALA LUMPUR: Selepas 60 tahun merdeka, Lim Guan Eng kesal aspek kaum dan agama masih dijadikan alat untuk memecahbelahkan rakyat negara ini.
“Adakah seseorang tidak cukup bagus dengan pencapaian, kelulusan dan kelayakan akademiknya hanya kerana warna kulitnya berbeza?
“Kita perlu buka buku baru selepas 60 tahun merdeka dengan kembali kepada asas mengenai maksud sebenar menjadi seorang rakyat Malaysia apabila kita mencapai kemerdekaan pada 1957,” kata ahli Parlimen Bagan Lalang itu.
Katanya, rakyat Malaysia boleh mengorak langkah dengan mengiktiraf kejayaan Chandran Rama Murthy memiliki kepentingan Malindo dan mendoakan perkara baik untuknya.
Setiausaha agung DAP itu mengulas tindakan Pemuda Umno dan Perkasa mempersoalkan pemilikan Malindo Air serta mencari penjelasan terhadap pengambilalihan 46% kepentingan syarikat itu oleh Chandran dan isterinya.
Lim berkata, sesetengah orang mempersoalkan kenapa perlu kecoh dan mereka bertindak betul kerana tidak salah rakyat Malaysia berbangsa India memiliki saham dalam sebuah syarikat penerbangan.
Katanya, ia khasnya selepas “ucapan penuh perasaan” Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membasmi kemiskinan kaum India ketika pelancaran Pelan Tindakan Masyarakat India (MIB).
“Jelas sekali kononnya pelan induk India ini sebenarnya satu penipuan apabila masyarakat India tidak boleh mendapat kad pengenalan biru dan pemilikan sebuah syarikat penerbangan oleh orang India Malaysia dipersoalkan.”
Beliau berkata, kurang 2 bulan selepas pelancaran itu, timbul kritikan dan permintaan untuk penjelasan daripada Umno dan Perkasa yang jengkel melihat kejayaan seorang India.
Ketua menteri Pulau Pinang itu yang bimbang dengan keadaan itu berkata, rakyat Malaysia perlu “melangkaui sentimen perkauman dimainkan kerajaan pemerintah.”
“Berbanding peluang sama rata, kecekapan dan keadilan, sistem sedia ada sebaliknya memihak individu atau kumpulan berdasarkan kaum dan agama yang dipolitikkan untuk kekalkan status quo mereka yang berkuasa.
“Sudah tiba masanya menghentikan permainan kaum berbahaya ini oleh mereka yang berkuasa. Perlukah kita dengki dengan kejayaan seorang rakyat Malaysia dan mendoakan perkara tidak baik untuknya hanya kerana beliau bukan daripada kumpulan etnik tertentu?”
Lim berkata, seramai 56,576 rakyat Malaysia melepaskan kewarganegaraan mereka antara 2006 hingga 2016.
Menurut laporan Bank Dunia pada 2011, jumlah rakyat Malaysia berkemahiran yang tinggal di luar negara meningkat kepada 300% dalam 2 dekad lalu, dengan 2 daripada setiap 10 rakyat Malaysia berpendidikan tinggi meninggalkan Malaysia.

Bersatu selamatkan Malaysia, Umno selamatkan kleptokrat, kata Mukhriz


Bersatu selamatkan Malaysia, Umno selamatkan kleptokrat, kata Mukhriz
Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir menegaskan Bersatu tidak akan menjadi seperti Umno dan mengulang kesilapan yang pernah dilakukan parti Melayu itu.
BERSATU tiada kemampuan mengamalkan politik naungan kerana ia bukan berada dalam kerajaan, kata timbalan presidennya Mukhriz Mahathir.
Tetapi kalau ia boleh melakukannya sekali pun, sistem naungan itu adalah sesuatu yang akan diubah bagi memastikan wujud peluang yang sama rata untuk semua orang, jelas bekas menteri besar Kedah itu.
Atas sebab itu, Bersatu tidak boleh menjadi Umno 2.0, katanya kepada dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insight.
Beliau menjawab soalan bagaimana parti baharu yang diketuai ayahnya yang juga bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, berbeza berbanding Umno.
Dr Mahathir menjadi presiden Umno selama 22 tahun beliau memimpin kerajaan Malaysia. Mukhriz pula pernah jadi anggota Majlis Tertinggi Umno semasa memegang jawatan menteri besar Kedah.
Selepas lantang mengkritik Perdana Menteri Najib Razak, si ayah mengumumkan keluar Umno pada akhir Februari tahun lalu. Empat bulan kemudian, si anak pula dipecat Umno bersama bekas timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin kerana sepentas dengan pembangkang menentang kerajaan.
Mereka kemudian menubuhkan Bersatu yang kini membentuk gabungan bersama PKR, DAP dan Amanah, dengan nama Pakatan Harapan (PH).
Walaupun parti baharu, Bersatu berjaya menarik pengikut yang besar terutamanya di Kedah, Johor dan Melaka. Dr Mahathir dan Mukhriz dari Kedah; Muhyiddin asal Johor.
Tetapi ada kebimbangan di kalangan pengkritik yang parti baharu itu terpalit beban sejarah dipikul bekas tokoh Umno itu, di mana Bersatu akan menjadi tidak ubah seperti Umno yang kuat dan berkuasa kerana naungan politik.
“Kita tiada kemampuan untuk jadi semacam itu. Sistem naungan dalam Umno bermakna pemimpin akan selalu mengambil berat anak buahnya dalam semua perkara, baik mereka memerlukan wang atau bantuan untuk anak masuk universiti dan hal seperti itu. Kita tidak ada itu,” kata Mukhriz dalam wawancara di pejabat Bersatu di Alor Star pada Jumaat.
Pada pertemuan itu, Mukhriz juga bercakap tentang pilihan raya umum akan datang dan bersikap diplomatik apabila ditanya di mana Bersatu mahu mendirikan kubu kuatnya.
“Kita berminat dengan Kedah. Tetapi kita perlukan persetujuan daripada tiga parti lain,” katanya.
Berikut petikan wawancara tersebut.

DARI MEJA BULAT KE MEJA LEPER


Pada 8 Julai lalu, Pas mengumumkan pihaknya akan menganjurkan sidang meja bulat berkenaan 1MDB di ketika parti-parti pembangkang lain terus melakukan serangan bertali arus berkaitan syarikat pelaburan kerajaan paling bermasalah itu.
Ketika mengumumkannya, Tuan Ibrahim Tun Man yang memangku tugas Presiden Pas berkata, ia bertujuan untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak berkenaan kemelut yang berlarutan melanda 1MDB.
Dalam sidang meja bulat yang dijadualkan pada 7 Ogos (semalam), mereka yang disenaraikan untuk dijemput bagi memberi pandangan ialah Bakke Salleh, bekas Pengerusi 1MDB, pemimpin veteran DAP yang juga Timbalan Pengerusi PAC, Tan Seng Giaw, tokoh ekonomi, Dr. Jomo Kwame Sundram dan bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.
Sesuai dengan pendekatan politik matang, Pas dilaporkan mempunyai cara tersendiri untuk menangani isu 1MDB, dengan salah satu cara tentunya melalui sidang meja bulat tersebut.
Bagaimanapun, tidak seperti yang dijanjikan, sidang meja bulat semalam itu akhirnya bertukar menjadi sessi penerangan saja antara 1MDB dan Arul Kanda dengan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.
Turut hadir dalam sessi pertemuan semalam hanya Khalid Ibrahim saja dan tidak kelihatan sama-sekali tokoh-tokoh lain yang disebut sebelum ini.
Tidak diketahui bagaimana sidang meja bulat yang begitu digahkan sebelum ini dengan beberapa tokoh jemputan tiba-tiba boleh bertukar menjadi sekadar “sidang meja leper” untuk AJK Pas Pusat mendengar sessi penerangan daripada Arul Kanda semata-mata.
Dalam sessi selama dua jam yang dihadiri oleh kira-kira 30 AJK Pas Pusat dan diketuai Tuan Ibrahim itu, antara keputusannya yang dicapai Pas ialah berpuas hati dengan penjelasan Arul Kanda berkenaan pelan rasionalisasi 1MDB serta berharap syarikat pelaburan itu diberi peluang menyelesaikan hutang-hutangnya.
Alamakkk…dah berpuas hati dan setuju diberi peluang pulak?
Apa sudah jadi?
Bagaimana dengan begitu banyak kritikan dan persoalan oleh Tuan Ibrahim berkaitan 1MDB selama ini seperti mencabar agar laporan audit dilepaskan daripada rantai OSA, mengapa saman tidak dikemukakan terhadap Sarawak Report dan WSJ, kenapa Jho Low tidak disoal-siasat, apakah transaksi kewangan ke luar negara diperiksa dan bermacam-macam lagi?
Apakah kini Tuan Ibrahim benar-benar berpuas hati dengan segala-galanya berkaitan 1MDB?
Apakah persoalan-persoalan yang selalu disebut Tuan Ibrahim sebelum ini dilontarkannya kepada Arul Kanda dalam pertemuan “sidang meja leper” semalam?
Pas, bagaimanapun dilaporkan masih lagi bertegas tentang perlunya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja berkaitan 1MDB.
Namun demikian, jika Arul Kanda dan 1MDB boleh bertemu dan memberi penerangan kepada AJK Pas Pusat, apakah bermakna beliau terbuka untuk berbuat demikian kepada parti-parti pembangkang lain?
Bilakah agaknya Arul Kanda sudi untuk memberi penerangan dan berdialog dengan pimpinan tertinggi PKR, DAP, Amanah dan Bersatu?

Projek Belt and Road China baik untuk Malaysia, sembang Najib

Perdana menteri berkata Malaysia terbuka menerima pelaburan luar.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengalu-alukan inisiatif China membina versi moden Laluan Sutera atau apa yang dikenali sebagai “Belt and Road”, dengan berkata ia akan mengubah ekonomi serantau, dan mendatangkan pelaburan yang amat besar menerusi laluan darat dan laut.
Perdana menteri berkata Malaysia adalah sebuah negara terbuka, mesra dan kondusif perniagaan, dan justeru itu, menerima pelaburan asing termasuk dari Jepun, India, Arab Saudi di samping Eropah dan Amerika.
“Malahan, pada suku pertama tahun ini, menurut data daripada Jabatan Perangkaan, pelaburan dari China mewakili hanya 2% daripada jumlah pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia, atau nombor sepuluh dalam kalangan 10 negara FDI utama di negara ini,” katanya dipetik Bernama ketika melancarkan “Dewan Digital Economy” (Ekonomi Digital Dewan) Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).
Sementara itu, Bernama memetik Najib berkata eDagang Malaysia berkembang sebanyak 12.8% setahun antara 2012 dan 2015 kepada RM68 bilion, membentuk 5.9% daripada keluaran dalam kasar negara (KDNK).
Menurutnya, eDagang mempunyai masa depan yang sangat cerah di Malaysia terutamanya dengan penubuhan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) pertama dunia di negara ini.
Beliau berkata Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp) menyasar 1,500 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyertai platform DFTZ tahun ini, selain 50,000 PKS Malaysia yang ketika ini memegang akaun aktif di platform Alibaba e-Commerce.

Pegawai menteri bertindak ganas: Umno Kelantan didesak bertanggungjawab



Pemuda Pakatan Harapan (PH) mahu Umno Kelantan dan pengerusi badan perhubungannya, Datuk Mustapha Mohamad bertanggungjawab terhadap tindakan pegawai khas Datuk Ahmad Jazlan mencederakan dua pemimpin mereka Ahad lalu.
"Kita tidak mahu budaya politik samseng kembali menyerap dalam situasi kini yang telah lama ditolak masyarakat.
"Ingatlah bahawa langit tidak selalunya cerah dan tindakan samseng penyokong Umno itu sememangnya ditolak oleh seluruh rakyat yang bertamadun," kata Ketua Armada Bersatu Kelantan, Asran Alias pada sidang media di sebuah hospital tempat beliau masih di rawat hari ini.
Menurutnya pemimpin pemuda semua parti gabungan PH bersetuju membuat kenyataan bersama membantah tindakan pihak Umno itu dan bersedia untuk mengambil tindakan bersepadu dalam menghadapi isu berkenaan.
"Di sini saya kemukakan kenyataan yang dipersetujui Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Zulhazmi Hasan, Ketua AMK PKR Kelantan, Hafidz Rizal. DAP Kelantan Mohd Fauzi Mohd Azmi dan saya sendiri mewakili Armada," katanya.
Menurutnya, pihak pemuda PH amat kesal apabila tindakan pemuda PH Kelantan yang membuat laporan itu berlandaskan semangat Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang sebagaimana yang digariskan dalam Rukun Negara, dibantah dan dikasari oleh Pegawai Khas Timbalan Menteri tersebut dan para pengikutnya apabila mereka bertindak memukul dan menyepak Setiausaha Pemuda Amanah Kelantan Syahidul Amri Khairuddin.

Skandal 1MDB: 'Jangan takut nak kata tidak tahu dalam perkara kita tidak tahu'


Pengerusi Kanun Amanah Nasional Mohamed Hanipa Maidin sinikal dengan sikap pemimpin Pas yang mendakwa, berpuashati terhadap penjelasan Arul Kanda Kandasamy mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hanipa Maidin"Saya tidak tahu sama ada nak gelak atau simpati dengan parti suci bila pimpinan tertinggi mereka dilaporkan kata berpuashati dengan proses rasionalisasi 1MDB setelah Arul Kanda dilaporkan bertemu dan memberi 'pencerahan' kepada parti tersebut," ujarnya dalam tulisan di facebook hari ini.
Mohamed Hanipa tidak menyebut dengan jelas nama parti suci itu sebagai Pas namun dengan sinis beliau berkata parti suci itu lebih baik diam daripada membuka mulut.
"Maaflah parti suci dalam hal 1MDB lebih baik anda diam daripada buka mulut...mungkin lebih baik anda panggil sama ada Yb Rafizi atau Yb Tony Pua atau Tun M jika nak tahu tentang 1MDB. Dengar Arul Kanda samalah macam kamu dengar Pekan. Tak akan depa nak kritikal kepada 1MDB.
"Kalau 1MDB Ok dah tentu mereka tak takut berhadapan dengan MP pembangkang di Parlimen untuk jawab semua persoalan berkaitan 1MDB..tak perlulah tolak 30 soalan 1MDB related oleh MP PH.
"Janganlah takut nak kata tak tahu dalam perkara yang kita tidak tahu," ujar Ahli Parlimen Sepang ini.
Hari ini Malaysia Dateline melaporkan kenyataan Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa yang mempersoalkan mengenai kenyataan Pas yang berasa puashati dengan penjelasan Arul Kanda mengenai 1MDB.

Masalah pengangguran semakin tinggi: Ahli Parlimen DAP

SPRM mula siasat jika pemilikan harta berunsur rasuah

Pakatan Harapan gesa siasat kembali 1MDB

Jangan jadikan seni tunggangan politik - PH

Kerajaan tolong jangan tangguh Skim Insurans Pekerjaan

'Kakitangan koko dipecat, ini namanya biadap!' - Abdullah Sani

Jamal protes depan Unisel, tuntut pendidikan percuma

Sikit-sikit saman, Shahrir selar 'MP pelik'

Skandal 1MDB: 'PAS faham ke apa Arul Kanda cakap?'

Skandal 1MDB: 'Tiada dana awam digunakan setakat ini untuk bayar hutang 1MDB' sembang Menteri Umno

Skandal 1MDB: 'Saya jemput Arul 3 kali tolak tapi dengan PAS dia hadir'

"Jika saya tidak suka, rakyat Johor juga tidak suka" - Sultan Ibrahim

'Ramai MP boleh berhujah, menulis payah' - Pandikar Amin

Buru puak-puak Atheist sampai habis-habisan - Menteri

Cukai pelancongan berkuat kuasa September - Nazri

Sultan Johor tak suka cadangan jambatan kereta api Johor-Singapura

Sultan Ibrahim menolak reka bentuk jambatan melengkung dan tinggi di bahagian tengah, sebaliknya mencadangkan jambatan lurus, lebih dekat dan sama tinggi atau lebih tinggi sedikit daripada Tambak Johor.
Sultan Johor tidak setuju cadangan reka bentuk jambatan untuk projek kereta api Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Woodlands di Singapura ke Bukit Chagar, Johor Bahru.
Berita Harian melaporkan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu kedua-dua kerajaan mengkaji semula sebelum berunding dengan baginda reka bentuk melengkung trek rel itu dan ketinggian jambatan yang mencecah 30m di bahagian tengah.
“Pembinaan jambatan dengan ketinggian itu akan menjejaskan pemandangan bandar raya di sepanjang Selat Johor, selain tidak praktikal, tidak mapan dan kosnya mungkin tinggi,” kata baginda sambil menambah idea yang dikemukakan nanti perlu munasabah, berskala ekonomi dan mapan.
Susulan itu, baginda mencadangkan reka bentuk jambatan yang lurus, lebih dekat dan sama tinggi atau lebih tinggi sedikit daripada Tambak Johor.
“Jika saya tidak suka, rakyat Johor juga tidak suka. Jika anda lakukan juga, saya tidak merestuinya.”
Sultan Ibrahim turut mempersoalkan tindakan kedua-dua negara menggunakan khidmat kontraktor berasingan untuk membina bahagian jambatan di Singapura dan Malaysia.
Baginda akan mengemukakan cadangannya kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pada pertemuan bulan depan.
Pembinaan RTS dicadangkan pada Mei 2010 sebagai alternatif kepada 80,000 hingga 100,000 pengguna Tambak Johor setiap hari.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dilaporkan berkata, kedua-dua negara akan memeterai perjanjian 2 hala mengenai RTS, Disember ini.
Malaysia memilih Prasarana Malaysia Bhd, manakala Singapura memilih SMRT Corp yang sedang berunding projek membabitkan konsesi 30 tahun itu.
“Mengapa mesti Prasarana? Mengapa tidak kerajaan negeri Johor? Kena ingat tanah adalah urusan Johor, bukan kerajaan persekutuan.
“Kalau kamu bukan orang sini, kamu tidak akan faham sentimen Johor,” kata Sultan Ibrahim.

SPR nafi pernah tolak logo, simbol berdaftar diluluskan RoS



Mohd Hashim AbdullahSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak pernah menolak permohonan daripada mana-mana parti politik untuk mendaftarkan logo atau simbol bagi digunakan dalam pilihan raya sekiranya logo tersebut telah diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Mengulas laporan sebuah akhbar semalam bertajuk "Mustahil SPR Lulus Logo", Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan berniat serong untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap SPR serta mengelirukan rakyat.
"Dakwaan bahawa pendaftaran logo tidak mungkin diluluskan oleh SPR adalah kenyataan yang bersifat pramatang dan tidak bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata buat masa ini tiada sebarang permohonan berkaitan perkara itu dibuat kepada SPR.
"Dalam perkara ini, SPR difahamkan bahawa status pendaftaran gabungan parti-parti serta simbol parti berkenaan masih belum diluluskan oleh RoS," katanya.
Berikutan itu, Mohd Hashim berkata setelah simbol parti berkenaan diluluskan oleh RoS, dan sekiranya dirujuk kepada SPR, tindakan selanjutnya mengikut undang-undang akan dibuat oleh SPR.
Semalam, Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail dipetik sebagai berkata adalah mustahil SPR akan meluluskan penggunaan logo rasmi Pakatan Harapan dalam pilihan raya walaupun logo tersebut diluluskan RoS.
Menurutnya penggunaan logo rasmi Pakatan Harapan yang mewakili PKR, DAP, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu sudah tentu memberi saingan sengit kepada Barisan Nasional.

Skandal 1MDB: SPRM akan kaji memorandum 1MDB diserahkan Pakatan

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Azam Baki bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana belum melihat isi kandungan memorandum 1MDB yang dihantar pagi tadi.
azam-baki-sprm1PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengkaji memorandum diserahkan Pakatan Harapan (PH) yang menggesa siasatan ke atas 1MDB.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana belum melihat isi kandungan memorandum yang dihantar pagi tadi.
“Dia (PH) datanglah ke pejabat. Saya pun tak tahu kandungan memorandumnya.
“Jadi kita lihat memorandumnya. Memorandum banyak hantar kepada kami dan ada daripadanya (maklumat) diambil dalam blog.
“Yang penting apakah isi kandungannya. Biar kami lihat memorandumnya,” katanya ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Imigresen, hari ini.
Sebelum itu, pimpinan PH yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden PPBM, Datuk Abdul Rashid Asari, Naib Presiden Amanah, Hasanuddin Mohd Yunus dan Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah, Darell Leiking ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk menyerahkan memorandum 1MDB.
PH menerusi memorandum itu menggesa SPRM membuka siasatan baru terhadap 1MDB berdasarkan saman sivil terkini Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) kerana penyelewengan dana 1MDB merosakkan nama baik Malaysia.
Mereka berkata, SPRM berperanan penting memulihkan maruah rakyat Malaysia dengan menghadapkan mereka yang terbabit dalam rasuah, pecah amanah dan salah guna kuasa, ke muka pengadilan.

Umno, BN makin tersepit

Beberapa hari ini timbul soal hubungan dan kesetiaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Datuk Seri Najib Razak akibat “serangan” yang dilancarkan oleh timbalan perdana menteri itu ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pada 30 Julai, Ahmad Zahid mengungkit sejarah Dr Mahathir yang berketurunan dari India dan mendakwa bekas perdana menteri itu mempergunakan orang Melayu selama 22 tahun pentadbirannya.Keesokannya pada 31 Julai, Dr Mahathir mencabar Ahmad Zahid membuktikan dakwaannya tersebut malah menyifatkan beliau sebagai kaki pembohong.

Beliau mendakwa Ahmad Zahid mempunyai cita-cita mengambil alih jawatan perdana menteri dan pernah membuat pengakuan kepadanya bahawa dirinya memiliki RM230 juta dalam akaun banknya.
Ahad lalu, Najib menyatakan keyakinan penuh terhadap kesetiaan timbalannya meskipun Dr Mahathir cuba menimbulkan keraguan. Malah pada hari sebelumnya, Ahmad Zahid berikrar akan terus setia kepada kepimpinan Najib melalui kalimah sumpah.
Katanya, taat setia yang dilafazkan itu bagi menangkis dakwaan yang dilemparkan ke atasnya iaitu mahu menggulingkan Najib.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut mempertahankan persefahaman antara dirinya dengan timbalan perdana menteri dan perdana menteri serta menyifatkan usaha pembangkang untuk melaga-lagakan mereka tidak akan berjaya.
Hmm menarik! Serangan politik memang menjadi adat resam dalam gelanggang pencak silat berpolitik.Itu biasa, terutama menjelang pilihan raya umum (PRU). Cuma dalam kes ini, serangan pertama atau the first salvo telah dibuat oleh Ahmad Zahid terhadap Dr Mahathir tetapi kelihatannya yang terpaksa banyak bertahan ialah penyerang itu sendiri.

Yang dikatakan cuba menimbulkan keraguan ialah Dr Mahathir. Yang dikatakan cuba melaga-lagakan antara mereka ialah pembangkang, sedangkan serangan awal dilakukan oleh Umno BN sendiri.
Mengapa begitu? Apakah kerana muafakat Pakatan Harapan menggugat kekuatan BN?
Apakah kerana kedudukan Ahmad Zahid sebagai timbalan perdana menteri tidak kukuh, hanya sebagai pengganti sementara? Apakah kerana “serangan balas” Dr Mahathir merencatkan cita-cita politik Ahmad Zahid?
Apakah memang benar wujud persaingan kuasa antara Najib, Ahmad Zahid dan Hishammuddin? Peribahasa “kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang” mungkin sesuai di sini.
Kenaikan harga barangan
Pada pendapat saya, jawapan kepada soalan-soalan ini tidak begitu penting kerana ia berupa gerakan percaturan politik yang boleh berubah-ubah.
Bahkan, apa-apa pun jawapan yang diberi boleh menimbulkan lebih banyak persoalan yang akhirnya menjadi polemik yang tiada kesudahan.

Yang lebih penting ialah apakah kesannya kepada nasib dan masa hadapan rakyat. Agenda rakyat berkait bread and butter atau mata pencarian utama sebenarnya yang bakal menentukan keputusan dalam PRU-14 kelak. Bukankah lebih penting untuk perdana menteri, timbalan perdana menteri dan yang sewaktu dengannya untuk menumpu perhatian terhadap isu penyelesaian hutang 1MDB sebanyak RM2.58 bilion yang terlepas tarikh luputnya pada 31 Julai lalu?
Bukankah lebih penting untuk menyelesaikan masalah Felda yang kini mengalami kerugian setiap tahun dan masalah peneroka yang tidak boleh selesai hanya dengan pemberian durian runtuh yang tidak jelas dari mana sumber wangnya?

Mahathir senaraikan 13 golongan ‘tak malu’ di negara ini

‘Dr Mahathir yang dihina, Zahid sendiri yang kena’

Orang kuat Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican kata, berita kononnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjumpa Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk tagih simpati adalah pembohongan terbaharu.
Alasan Reezal bahawa dakwaan Dr Mahathir itu bohong ialah kerana dia (Reezal) bersama Datuk Nur Jazlan Mohamed Rahmat pernah dipanggil oleh Zahid untuk menyatakan sokongan sepenuhnya kepada presiden parti.
Ada dua isu di sini. Satu, Reezal kata Dr Mahathir bohong dan dua, tajuk berita surat khabar yang kata tidak ada pertemuan di antara Dr Mahathir dan Zahid.
Isu ini bukanlah susah sangat untuk disahkan. Kalau Dr Mahathir bohong, Zahid boleh buktikan dengan menyiarkan rakaman yang kononnya dia buat semasa pertemuan dengan bekas perdana menteri itu.
Zahid kata dia ada buat rakaman. Biasalah. Timbalan perdana menteri merangkap menteri dalam negeri tentu ada macam-macam kemudahan untuk intip dan rakam peristiwa sulit sama ada yang babitkan kegiatan beliau atau kegiatan orang lain, khususnya musuh politik beliau.
Tapi berkenaan tajuk berita yang menafikan pertemuan di antara Zahid dengan Dr Mahathir, saya keliru sikit sebab Zahid sendiri mengaku jumpa Dr Mahathir dan siap buat rakaman.
Bukan itu saja, Zahid berkata dia berjumpa Dr Mahathir 10 hari selepas dilantik menjadi TPM dan dengan izin restu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sendiri.
Tapi semestinyalah dia menafikan yang tujuan pertemuan itu ada kena mengena dengan rancangan menjatuhkan Najib.

Reezal budak kanyir (hanyir) ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri. Tapi dia dewasa dan menceburi politik pada zaman Dr Mahathir. Namun itu tidak menghalangnya membuat tuduhan terhadap Dr Mahathir.
Mengutuk dan menghina Dr Mahathir kini modal utama ketua-ketua Umno. Tujuan mereka bukan lagi untuk meyakinkan rakyat jelata tetapi bagi melegakan hati Najib agar mereka terus diberikan dedak dan restu.
Tapi kita pun tahu Reezal dan Nur Jazlan adalah antara Ahli Parlimen Umno yang paling kritikal terhadap Najib apabila skandal 1MDB terbongkar. Bagaimana pun, mereka berubah menjadi penyokong tegar Najib apabila diberikan dedak melalui pelantikan sebagai timbalan menteri.
Saya yakin, kalau bukan Najib sendiri, penasihat Najib tahu bahawa Reezal dan Nur Jazlan tidak sukakan beliau dan mungkin terlibat dengan rancangan menjatuhkan beliau.

Masih sayang Dr Mahathir? Tanya orang Felda

Sekali pandang, sentimen pro-kerajaan masih kuat di Felda, walaupun 'faktor Mahathir' masih wujud di kalangan peneroka.
halim-felda
KLUANG: Walaupun Pakatan Harapan (PH) yang antara lain dipimpin bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seakan-akan membuka peluang gabungan pembangkang 4 parti itu menembus kubu kuat Umno seperti di penempatan Felda, tinjauan mendapati kesetiaan penerokan skim itu kepada kerajaan terlalu utuh.
Ketua Kampung Felda Ayer Hitam, Abdul Halim A. Razak, 55, merupakan seorang penyokong tegar Dr Mahathir, tetapi peralihan bekas orang kuat Umno itu kepada pembangkang sudah cukup mengubah sentimen “sayang kepada tidak suka”.
“Dulu kita akui sayang dekat Dr Mahathir, tetapi sekarang tidak,” katanya ketika dikunjungi FMT baru-baru ini.
Felda Ayer Hitam, 15km dari bandar Kluang, sudah hampir 60 tahun ditubuhkan, dan merupakan penempatan antara paling awal di Johor. Dengan keluasan lebih 1,500 hektar dan tanah berpaya yang subur,ia kini mempunyai bilangan penduduk melebih 2,000 orang.
Halim berkata “faktor Mahathir” juga belum mampu memberikan sokongan kepada pembangkang, walaupun pemerhati politik menjangkakan ia dapat mengubah penyokong tegar kerajaan khususnya di kawasan Felda yang dijaga rapi petugas Barisan Nasional (BN) setiap kali kempen pilihan raya umum.
Sekurang-kurangnya di Johor, tempat lahir Umno dan kubu kuat parti Melayu itu, ia tidak akan berlaku, kata Halim.
“Kalau di Johor memang susah nak pengaruhi (orang Felda). Tetapi di Kedah, mungkin masih kuat.
“Orang Johor bukan mudah-mudah boleh terima Dr Mahathir kembali.”
Johor merupakan antara sasaran utama PH pada pilihan raya umum akan datang, yang perlu diadakan menjelang pertengahan 2018.
Bulan lalu, PH melancarkan jelajah dan trak kempen “Jom Bina Semula Negara”, menyasarkan sejumlah 50 kerusi termasuk di kawasan Felda, 15 daripadanya di Johor.
Halim berkata kemasukan Dr Mahathir ke dalam pembangkang hanya berupaya membongkar “banyak perkara buruk” yang dilakukannya dulu ketika di tampuk kuasa selama 22 tahun.
Persepsi yang dibawa Halim sudah cukup untuk menunjukkan betapa pembangkang perlu bekerja lebih kuat untuk memenangi hati warga Felda, di mana sokongan mereka amat genting untuk sejumlah kerusi yang selama ini disandang BN walaupun ketika berdepan prestasi buruk 2008 dan 2013.
Daripada 52 kerusi Parlimen di kawasan Felda, 9 kerusi yang dimenangi BN adalah daripada sokongan peneroka.
Empat daripada kerusi itu – Bera, Bentong, Segamat dan Tanjung Malim – kini disandang oleh ahli Kabinet.
Data menunjukkan peneroka Felda mengundi teguh bersama BN sama ada di peringkat Parlimen atau DUN pada pilihan raya umum 2013, berdasarkan kajian Ilham Center awal tahun ini.

Skandal 1MDB: PAS faham ke apa Arul Kanda cakap?

Lim Guan Eng berkata beliau tertanya-tanya sama ada PAS benar-benar faham penjelasan ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy berkaitan rancangan penyelesaian hutang syarikat itu.
Ketua menteri Pulau Pinang berkata Arul Kanda masih belum menjawab banyak soalan DAP berkaitan syarikat sarat hutang itu, terutama daripada anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.
“Saya tidak tahu sama ada mereka benar-benar faham apa yang Arul cakap kerana masih banyak persoalan belum dijawabnya,” kata setiausaha agung DAP itu dalam sidang media di Pulau Pinang hari ini.
“Saya rasa PAS patut jelaskan bagaimana mereka puas hati sedangkan kita sudah bayar banyak tetapi tidak ada apa-apa.”
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengetuai rombongan PAS bertemu pengurusan tertinggi 1MDB termasuk Arul.
Selepas mendengar penjelasan, PAS semalam menyatakan rasa puas hati dengan pelan penyelesaian syarikat itu.
Sementara itu, Lim bertanya sama ada PAS berpuas hati dengan kegagalan 1MDB membayar AS$602.725 juta dan faedahnya kepada syarikat Abu Dhabi International Petroleum Investment Co PJSC (IPIC) sebelum tarikh akhir tengah hari hari ini.
IPIC dilaporkan memberikan tarikh akhir baru 31 Ogos.
Lim juga berkata beliau ragu jika PAS benar-benar faham itu berkaitan 1MDB dan penangguhan bayaran kepada IPIC.
“Jadi saya hendak tanya jika rombongan PAS tahu apa yang Arul Kanda cakap.

“Adakah mereka tanya soalan yang betul atau sama ada mereka dapat jawapan memuaskan?” soal Lim.

Pemuda AMANAH gesa SPRM siasat dakwaan Pas terima 'duit Umno'



Pemuda AMANAH Nasional menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemimpin kanan Pemuda Pas Malaysia yang menggambarkan parti itu mengambil wang daripada Umno.
Sany Nurul Islam
Ketuanya, Mohd Sany Hamzan berkata, SPRM perlu mengambil perhatian serius terhadap dakwaan ini kerana penyaluran dana kepada parti politik atas tujuan tertentu adalah tidak beretika dan bercanggah dengan undang-undang.
"SPRM perlu bertindak agar amalan penyaluran wang secara tidak beretika ini dapat dibendung sebelum ia membarah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Gesaan itu dibuat ekoran pendedahan seorang ahli Pas menerusi laman Facebooknya tentang dakwaan Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas Malaysia, Nurul Islam Mohamed Yusof bahawa Presiden Pas memberi kebenaran mengambil wang daripada Umno.
Nurul Islam dikatakan mendakwa, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Pas mengizinkan untuk mengambil wang daripada Umno.
Mengikut laporan tersebut, Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian dalam satu pertemuan dengan pimpinan Pemuda Pas baru-baru ini.
Bagaimanapun, dakwaan Nurul Islam itu disanggah oleh Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Zaharudin Muhammad yang berkata Presiden Pas bukanlah seperti yang digambarkan oleh Nurul Islam.
Zaharudin yang merupakan menantu kepada Abdul Hadi menegaskan, dakwaan Nurul Islam berupa fitnah yang berat terhadap Abdul Hadi.
Selari pendekatan Pas
Mengulas lanjut, Sany berkata, dakwaan Nurul Islam itu dilihat selari dengan pendekatan Pas ketika ini yang sangat lunak dan mesra dengan Umno.

Kerajaan Mewah: Najib guna 181 kali jet k'jaan, Agong 89 kalI

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terbang sebanyak 181 kali menggunakan jet eksekutif kerajaan antara tahun 2014 dan 2016.
Sementara yang di-Pertuan Agong pula menggunakannya sebanyak 89 kali dan timbalan perdana menteri pula sebanyak 10 kali.
Statistik ini diperoleh berdasarkan jawapan parlimen Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman.
Azalina memberikan maklumat itu bagi menjawab soalan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) yang mahu tahu penggunaan jet kerajaan oleh ketiga-tiga pemimpin kanan negara itu.
Secara keseluruhan, sebanyak 289 penerbangan menggunakan jet kerajaan digunakan oleh mereka bertiga dalam tempoh tiga tahun itu, kata Azalina.
Berkaitan timbalan perdana menteri, jawapan itu tidak menyatakan penyandang jawatan itu yang mana satu.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kini memimpin parti pembangkang, menjadi timbalan perdana menteri sehingga Julai 2015.
Beliau digantikan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi selepas itu.
Pesawat kerajaan yang biasa digunakan adalah Airbus Corporate Jet 319 (ACJ319) dan Airbus Corporate Jet 320 (ACJ320).
Kerajaan juga mempunyai pesawat lebih kecil, termasuk Falcon dan Global Express.

1MALAYSIADIBODOHKAN OLEH KAKI PENIPU.....

PERSOALAN...

1) Jika ikut janji mulut Arul Kanda yg telah beberapa kali kantoi menipu dlm skandal #1MDB, pelan rasionalisasi kononnya dh selesai awal tahun lepas lagi, KENAPA PAS masih duduk bersama berbincang dgn penipu Arul bincang pasal pelan rasionalisasi itu ?

2) Jika penipu Arul masih dok bincang bersama PAS mengenai pelan rasionalisasi itu lagi, INI BERMAKNA pelan rasionalisasi itu sebenarnya telah gagal yg mana ia sepatutnya telah selesai awal tahun lepas lagi..

INI TERBUKTI hari ini 1MDB telah gagal bayar denda RM2.6 bilion DUA KALI yg tertunggak pada tarikh 31 Julai 2017 dan 8 Ogos 2017 (tarikh lanjutan)..

Sebab itulah Pakatan Harapan (PH) tiada bersama2 PAS utk turut serta bincang dgn penipu Arul.

BUAT APA NAK BINCANG DENGAN KAKI PENIPU !!

Gagal Bayar: 1MDB perlu bayar hutang IPIC pada 31 Ogos



Abu Dhabi memberi tempoh lanjutan kepada 1MDB untuk membayar hutang bernilai AS$603 juta yang sepatutnya dijelaskan hari ini, lapor sebuah agensi berita antarabangsa.
Memetik sumber yang dekat dengan perkembangan itu di Abu Dhabi, Reuters melaporkan 1MDB diberi tempoh sehingga 31 Ogos untuk melunaskan tanggungjawab berkenaan.
Mengikut perjanjian dicapai dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) pada April lalu, 1MDB bersetuju membayar AS$1.2 bilion kepada syarikat milik kerajaan Abu Dhabi itu melalui dua peringkat.
Bayaran pertama - kira-kira AS$600 juta - perlu dibayar pada 31 Julai lalu.
Bagaimanapun 1MDB gagal memenuhi komitmen itu, namun IPIC memberikan tempoh tambahan lima hari lagi kepada syarikat pelaburan kerajaan Malaysia itu.
Pengumuman mengenai lanjutan tempoh itu dijangka akan dibuat lewat hari ini kata sumber berkenaan.
Ketika dihubungi Reuters syarikat Mubadala - yang bergabung dengan IPIC awal tahun ini - enggan memberi sebarang komen.
Sementara itu Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah yang dipetik Bernama berkata 1MDB sedang berunding untuk mendapatkan lanjutan tempoh bayaran balik hutang berkenaan.
Bagaimanapun akhbar Straits Times Singapura melaporkan, permohonan itu sudah diberikan kepada 1MDB.
"Apabila tiba masanya nanti kami akan membuat bayaran. Kami akan menandatangani perjanjian lanjutan tempoh dengan mereka," katanya seperti dilaporkan Malaysiakini hari ini.

Pakatan Harapan gesa SPRM siasat semula skandal 1MDB



Pakatan Harapan hari ini menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesa agar suruhanjaya itu membuka kembali kertas siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pakatan Harapan yang diwakili Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung AMANAH Mohd Anuar Tahir, Naib Presiden Bersatu Datuk Rashid Asari, Timbalan Presiden Parti Warisan Darrell Leiking dan Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul.
Pimpinan Pakatan Harapan bersama beberapa ahli parlimen parti gabungan dan dikalangan reformis tiba dan berkumpul di hadapan bangunan baharu ibupejabat SPRM di Presint 7 Putrajaya seawal jam 9 pagi tadi.
Pertemuan lebih kurang sejam itu telah berbincang dan menyerahkan memorandum itu kepada Ketua Pengarah Komunikasi Strategik Roslan Mohd Zakhwan Ali oleh Pakatan Harapan.
Memorandum itu bertujuan mengesa SPRM melakukan siasatan baharu terhadap 1MDB berdasarkan dokumen rasmi mahkamah dalam saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) yang terkini.
Dalam kenyataan bersama Pakatan Harapan menyebut agak ganjil apabila seuatu jenayah  yang cukup besar didakwa boleh berlaku di negara asing tetapi tiada sebarang dakwaan di mahkamah negara sendiri, iaitu Malaysia.
Dalam sidang media diadakan  Dr Wan Azizah  berkata,  Pakatan Harapan mengesa agar SPRM mengambil maklum akan kewajaran kertas siasatan berkaitan 1MDB itu perlu dibuka semula kerana ia telah merosakkan nama baik Malaysia di mata dunia.
" Mereka ambil maklum untuk membuka balik kertas siasatan 1MDB termasuk isu berkaitan rasuah Jabatan Bekalan Air Sabah.Kami dimaklumkan mereka (SPRM) nak kira wang mengunakan 6 mesin dan wang itu telah diserahkan kepada Bank Negara," ujarnya.
Menurut Lim Kit Siang dengan terbinanya sebuah bangunan baharu SPRM ia melambangkan semangat suruhanjaya itu untuk membanteras global kleptokrasi dan mencadangkan agar suruhanjaya itu mengadakan kempen membanteras rasuah lebih giat lagi.
"Bangunan baharu SPRM mewakili negara yang sangat berazam untuk membanteras global kleptokrasi.

Skandal 1MDB: Pemuda AMANAH tunggu SPRM siasat isteri MO1


Pemuda AMANAH Nasional masih menunggu tindakan Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) untuk menyiasat isteri Malaysia Official 1 (MO1) susulan pendedahan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat mengenai 27 barang kemas mewah yang dihadiahkan kepadanya.
SPRM MO1Timbalan Ketuanya Faiz Fadzil berkata, walaupun beliau telah membuat aduan rasmi kepada SPRM pada 22 Jun lalu berkenaan pemberian 27 barang kemas bernilai AS$1.3 juta (RM6 juta) dan seutas rantai berloket berlian merah jambu 22 karat bernilai AS$27.3 juta (RM122 juta) kepada isteri MO1, namun masih tiada apa-apa penyiasatan dijalankan oleh SPRM berkenaan kes ini.
Menurutnya, pemberian barangan kemas tersebut adalah hasil daripada penyelewengan wang 1MDB berjumlah AS$620 juta (RM2.2 billion) dan jumlah tersebut didakwa wang yang dipindahkan daripada akaun peribadi MO1 ke Tanore Account.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad memberikan amaran bahawa isteri kepada perasuah boleh disiasat dan didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Dan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001 kerana dianggap rakan sejenayah (accomplice).
"Kenyataan ini amat dialu-alukan dan perlulah dimulakan dengan menyiasat isteri MO1.
"Fakta yang didedahkan dalam saman DOJ tersebut telah menimbulkan satu prima facie kes jenayah kewangan yang telah dilakukan oleh MO1 kerana menerima wang daripada sumber selain daripada gaji rasmi adalah jenayah-jenayah yang bertentangan dengan pelbagai kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta SPRM 2009.
"Justeru, pemilikan barangan kemas tersebut oleh isteri MO1 seharusnya disiasat di bawah AMLA kerana diperolehi daripada sumber haram," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau juga berkata, oleh kerana MO1 telah diakui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, maka adalah tidak sukar bagi Ketua Pesuruhjaya SPRM mencari dan memanggil isteri MO1 untuk disiasat di bawah AMLA.
"Ketua Pesuruhjaya SPRM seharusnya mengotakan apa yang dituturkan kepada pihak awam supaya integriti dan kredibiliti SPRM tidak diragui rakyat," katanya.

Skandal 1MDB: Apa yang Pas puas hati selepas jumpa Arul Kanda.??



Terkejut terhadap kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan rasa puas hati terhadap penjelasan Arul Kanda Kandasamy tentang 1MDB, Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa menimbulkan beberapa persoalan.
ipic 1mdb 3"Dari mana 1MDB akan memperolehi RM2.5 bilion untuk bayaran kepada IPIC yang termungkir pada 31 Julai lalu kalau bukan dibayar oleh Kerajaan Malaysia menerusi pengeluaran bon," soal beliau.
"Pelan rasionalisasi mana pula yang menghasilkan RM2.5 billion untuk bayaran itu jika benar 1MDB sendiri membayarnya?
"Secara khusus apa yang dikatakan oleh Timbalan Presiden Pas sebagai 'Pas berpuas hati' dengan pelan rasionalisasi itu," soalnya lagi.
Semalam, Arul Kanda yang merupakan Presiden 1MDB memberikan penerangan kira-kira dua jam kepada Tuan Ibrahim dan hampir 30 ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, serta tokoh jemputan seperti bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Sidang meja bulat itu diadakan di Hotel de Palma, Ampang.
“Secara keseluruhan bagi pihak kami kita berpuas hati dengan penjelasan yang dibuat Arul khusus pelan rasionalisasi yang telah dicadang beliau bagi mengatasi kemelut berlaku dalam 1MDB,” kata Tuan Ibrahim pada sidang media selepas sidang tersebut.
Husam turut membangkitkan semula kenapa bayaran pertama kepada Aabar dulu dimasukkan ke dalam akaun syarikat yang salah.
"Apa tindakan yang telah diambil ke atas pengurusan atas 'kesilapan' itu sehingga kini," katanya.
Kenapa katanya 1MDB tidak berterus terang tentang salah pembayaran itu dengan rakyat Malaysia selama ini.

Skandal 1MDB: Rafizi kecewa dengan Tuan Ibrahim

WAN AZIZAH - LIM KIT SIANG: MEMORENDUM SIASAT SEMULA SKANDAL NAJIB RAZAK & 1MDB KEPADA SPRM

Tajuddin 'geram' GLC tak bantu petani

RCI Forex bermula, tak hirau bantahan peguam Anwar, Mahathir

Skandal 1MDB: Mengapa Arul Kanda tidak mahu beri penerangan 1MDB kepada PH

SPLASH: Kenapa takut dengan jawapan, dengar la dulu - Azmin

1MDB mungkin terlepas bayaran sekali lagi...

GST: Najib tempelak pembangkang 'pembohong'

Skandal 1MDB: 'SPRM ada bangunan baru, kena tunjuk komitmen baru'

1MDB: DAH 2 TAHUN 1MALAYSIADIBODOHKAN.......

KENAPA hingga kini k'jaan Ma'sia dan Najib Razak sendiri tidak berani nak dedahkan hutang terkini #1MDB kpd rakyat ??!

APA SEBENARNYA DAH BERLAKU pada hutang 1MDB sehinggakan 1MDB tak mampu malah GAGAL BAYAR DENDA RM2.6 BILION kpd IPIC slps tarikh luput 31 Julai yg lalu ??!

KE MANA PERGINYA hasil kutipan cukai GST lebih RM40 bilion setahun itu ??!

1MDB : 1MALAYSIADIBODOHKAN OLEH KERAJAAN KLEPTOKRASI

PERCAYA ATAU TIDAK.. rupa2nya hutang #1MDB tiada kaitan langsung pada hutang Malaysia.. ABES TU HUTANG RAKYAT JUGA KA !!

Sebab itulah Najib hanya lantik penasihat & menteri2nya di kalangan orang yg pandai menipu & perbodohkan rakyat.

1MDB: 1MALAYSIADIBODOHKAN OLEH KERAJAAN UMNO@BN.....

Dah puas balun buat hutang #1MDB lebih RM50 bilion dikatanya pula bukan hutang kerajaan...???

Mudahnya jadi kerajaan.. Berkali-kali, tak serik-serik menipu rakyat.

Kebabian apakah negara kita ada pemimpin seperti ini !!

1MDB: 1MALAYSIADIBODOHKAN PEMBOHONG...

7 Feb. 2015:
Arul Kanda kata.. wang tunai sebanyak AS$1.103 bilion (RM3.94 bilion) telah ditebus kembali kemudian disimpan di BSI Bank di Singapura.

19 Mei 2015:
Najib pula kata.. baki pelaburan yang telah ditebus oleh syarikat 1MDB adalah dalam bentuk aset di dalam mata wang AS Dolar dan bukan lagi dalam bentuk wang tunai.

Begitulah penipuan & putar belit dlm #1MDB !!

SEBAB ITULAH.. Laporan akhir audit 1MDB diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) dan tidak boleh dibentang & dibincangkan di dalam Parlimen..

Asal Berkawan Dengan UMNO..Pasti Jadi BODOH..!!!

SUDAH DIJANGKA bila si bodoh bersetongkol dgn si penipu, maka bertambahlah kebodohannya dan tak serik2 ditipu dgn kaki penipu..

SEJAK BILA bayaran RM85,000 yg dikenakan ke atas Sarawak Report ( SR ) adalah kerana fitnah ke atas 'pasti suci' PAS & Najib ??!.. Perbicaraan di mahkamah belum bermula lagi..!!

Tidak heranlah jika wala'unta 'parti suci' jual & jaja pd org kampung kononnya dah menang 'first round' kes saman fitnah RM90 juta..

HAR.. HAR.. HAR..

TAHUKAH ANDA.. Asas "security of cost" yg didepositkan di mahkamah adalah pihak spt SR ingin pastikan jika pihak spt parti suci yg tinggal di luar UK kalah dlm bicara dan di perintahkan byr kos maka jika mereka gagal byr sekalipun, SR masih boleh dptkan kos itu drp Mahkamah melalui wang sekuriti yg didepositkan di mahkamah tsbt.

LAGI SATU.. dlm undang2 ada frasa " cost follows the event" ertinya pihak yg kalah kena byr kos pada pihak yg menang. Oleh kerana SR kalah dlm permohonan utk dptkan perintah mahkamah arah parti suci byr "security for cost", maka SR kena byr parti suci kos permohonan itu yang dilaporkan € 15,000-00. Itu biasa..nothing extra ordinary.

RUU Sistem Insurans Pekerjaan tekan rakyat

CERAMAH BODO DARIPADA TIMBALAN MENTERI BESAR KELANTAN DATO' MOHD AMAR

PAS Sudah Tidak Relevan Lagi

Abdullah: PAS Jadi Penentu Kerajaan Malaysia..??

Cukuplah Diperbodohkan Umno, Mari Bersama PAS Sembang PJ PAS Terengganu

Sekarang Takda Salahnya Kata Najib "Haramjadah"

PAS SUDAH BERUBAH DAN SUKA BERDOLAK DALIH