Isnin, 7 Ogos 2017

Skandal Felda & FGV: Belum ada keperluan keluar Kertas Putih, kata Azalina

PAS puas hati penjelasan Arul isu 1MDB.....

(RUU) Skim Insurans Pekerjaan 2017 (SIP): "Kenapa nak tangguhkan bacaan kali kedua ini?"

Tawaran pemuda Pakatan HARAPAN atas agenda *10 Tahun, 10 Negara BEBAS RASUAH!*

SURAT TERBUKA BUAT NAJIB - DATUK SERI, DENGARLAH DULU RAKAMAN PERBUALAN ZAHID HAMIDI DENGAN TUN MAHATHIR

Shahbudin Husin
 Kali ini saya tergerak hati untuk menulis sepucuk surat terbuka buat YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Saya harap Datuk Seri tidak berkecil hati kerana sudah tentu apabila ia merupakan surat terbuka, pembaca blog ini akan terlebih dahulunya dapat membacanya berbanding Datuk Seri sendiri.

Bagaimanapun, saya akan cuba "tag" surat terbuka ini di Facebook dan  "mention" di Twitter Datuk Seri agar Datuk Seri dapat membacanya dengan lebih cepat atau jika kebetulan sedang bermain-main dengan gajet telefon pintar dalam genggaman ketika ini.
Datuk Seri, 
Saya tertarik dengan pernyataan keyakinan Datuk Seri mengenai kesetiaan Ahmad Zahid Hamidi dan nampaknya sama-sekali tidak meragui taat setianya beliau kepada Datuk Seri.

Datuk Seri berhujah bahawa penahanan Zahid Hamidi di bawah ISA oleh Tun Mahathir Mohamad, kedudukannya sebagai rakan lama dan bekas Setiausaha Politik Datuk Seri serta Datuk Seri sendiri pernah membantunya dengan "ucapan berapi-api" dalam merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Bagan Datuk suatu ketika dahulu sehingga Zahid Hamidi akhirnya menang dengan kelebihan 11 undi, adalah sandaran keyakinan Datuk Seri terhadap kesetiaan Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, Datuk Seri dilaporkan berkata, adalah mustahil Ahmad Zahid sanggup meminta pertolongan daripada Tun Mahathir untuk mengambil alih tempat Datuk Seri sebagai Perdana Menteri.

Dalam hal ini, saya agak tertarik kenapakah Datuk Seri cuba mengungkit kembali pertolongan kepada Zahid Hamidi yang saya difahamkan berlaku pada tahun tahun 1989 dahulu? Apakah misteri di sebaliknya?

Datuk Seri,
Semua orang faham bahawa Datuk Seri berbuat demikian adalah untuk meredakan keresahan ahli-ahli UMNO sendiri tentang hubungan Datuk Seri dengan Zahid Hamidi, apatah lagi PRU 14 bakal menjelang tidak lama lagi.

Tetapi Datuk Seri, saya hanya mahu memberi logika mudah dalam perkara ini. Untuk apa sebenarnya Zahid Hamidi datang menemui Tun Mahathir sedangkan beliau tahu ketika itu Tun Mahathir sedang berusaha gigih mahu menjatuhkan Datuk Seri?

Walaupun Zahid Hamidi mengatakan Datuk Seri memberi keizinan kepadanya untuk bertemu Tun Mahathir, hakikatnya Zahid Hamidi tidak patut sama-sekali ada hasrat untuk bertemu dengan Tun Mahathir pada waktu itu.

Ketika memberi keizinan itu, tentu Datuk Seri terasa pedih hati atau mungkin hanya memberi izin dalam paksa sahaja.

Sehingga ini pun, Zahid Hamidi tidak menjelaskan apakah tujuan dan maksud sebenarnya beliau bertemu dengan Tun Mahathir ketika itu?

Cuma yang Zahid Hamidi kata, beliau ada rakaman pertemuannya dengan Tun Mahathir itu dan ia masih dalam simpanannya.

Saya percaya, pertemuan itu hanyalah empat mata antara Tun Mahathir dan Zahid Hamidi saja. Sehingga ini hanya Zahid Hamidi yang mengatakan bahawa dalam pertemuan itu, Tun Mahathir mahu menyingkirkan Datuk Seri melalui usul undi tidak percaya di Parlimen dan menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong.

Pada saya, kata-kata Zahid Hamidi itu tidaklah luar biasa. Semua orang tahu Tun Mahathir sejak Ogos 2014 hinggalah sekarang memang mahu menyingkirkan Datuk Seri sebagai Perdana Menteri. 

'Pas larang ahli ambil duit Umno' sembang Din.....

Seorang anggota jawatankuasa kerja PAS hari ini menyelar dakwaan pemimpin kanan Pemuda parti itu yang mendakwa presiden mereka memberi kebenaran mengambil wang daripada Umno.
Anggota jawatankuasa PAS yang juga Timbalan Pengarah Penyelidikan parti Islam itu, Zaharuddin Mohammad berkata, beliau amat mengenali Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menafikan presidennya ada mengeluarkan kenyataan sedemikian.
"Saya kenali tuan guru (Abdul Hadi) jauh lebih dekat berbanding pemuda itu. Tuan guru seorang yang tegas tentang banyak perkara."
"Secara peribadi, tuan guru sentiasa berpesan kepada saya tentang tiga perkara. Satu, tentang duit terutamanya jika datang daripada Umno. Dua, tentang pangkat terutamanya jika dilantik Umno dan ketiga, perlu berjaga-jaga tentang fitnah perempuan."
"Sebab itu saya rasa hairan apabila saudara pemuda tersebut boleh mendakwa TG bersetuju mengambil duit daripada Umno dalam majlis yang dihadiri oleh semua rakan yang saya kenal," tulis Zaharuddin dalam Facebooknya.
Zaharuddin yang juga menantu Abdul Hadi menulis kenyataan itu sebagai menjawab tulisan seorang anggota PAS yang menggunakan nama Abu Ulwan di Facebook.
Dalam tulisan di Facebook Abu Ulwan, lelaki berkenaan mempersoalkan sama ada presiden PAS serta Majlis Syura mengizinkan untuk mengambil duit Umno.
Abu Ulwan mendakwa, seorang kenalannya memberitahu bahawa pemimpin Pemuda PAS itu memaklumkan bahawa Abdul Hadi ada menyebut mengenai perkara berkaitan penerimaan wang dari Umno dalam satu ziarah mahabbah oleh rombongan beberapa anggota PAS yang lain.
Bagaimanapun, Abu Ulwan menulis, perkara itu telah dinafikan oleh rombongan ziarah berkenaan dengan memberitahu bahawa Abdul Hadi menegaskan bahawa PAS mempunyai ramai ahli serta penyokong korporat dan tidak memerlukan wang dari Umno.

Ku Nan, sampai bila nak 'kencing'?

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata:

“Saya takut esok bila anak-anak kita besar, cucu-cicit kita besar, dia pergi ke kubur kita, dia kencing di kubur kita.
“Dia kata apalah tok (datuk) aku ini, berjuang apa. Aku hidup sengsara. Itu sebab Umno perlu dipertahankan demi agama bangsa dan negara,” ujar beliau yang popular dengan gelaran Ku Nan mengenai prestasi semasa BN di Wilayah Persekutuan.
Justeru, kata beliau, BN perlu merampas semula sekurang-kurangnya lima kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan yang kini dikuasai pembangkang dengan keutamaan adalah parlimen Wangsa Maju dan Lembah Pantai.
Itu jika BN kalah dan Ku Nan khuatir jika ia berlaku. Tetapi, bagaimana pula dengan 'derita' yang ditanggung oleh warga kota ekoran pelaksanaan cukai barangan serta perkhidmatan (GST), pengenaan caj letak kereta Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) serta harga petrol mahal yang terkesan kepada mereka.
Bahasa orang muda
Dalam bahasa orang muda, 'kena kencing' bermaksud ditipu dan ia sangat berbeza dengan perbuatan mengeluarkan air najis seperti yang ditakuti oleh Ku Nan.
Dalam hal pelaksanaan GST, rakyat negara ini 'kena kencing' oleh BN setelah Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menipu orang ramai dengan mengatakan pelaksanaan GST boleh menurunkan harga barang seperti kereta, perabot dan juga barangan elektrik.
Dakwa Ahmad sebelum ini, harga bagi sesetengah barangan mampu diturunkan kerana sebelum ini ia dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berjumlah 10 peratus, tetapi hanya dikenakan GST sebanyak enam peratus.
Pun begitu, sejak pelaksanaan GST yang kini memasuki tahun ketiganya bukan sahaja tidak menurunkan harga seperti dijanjikan Ahmad malah menyebabkan kadar inflasi melonjak ke paras 5.1 peratus pada bulan April yang lalu, paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun.
Slogan 1Malaysia
Tidak cukup dengan itu, BN juga melaung-laungkan slogan '1Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan' yang seolah-olah membayangkan kerajaan mengutamakan rakyat dalam aspek pentadbiran negara terutama pengurusan ekonomi.

Mahkamah Rayuan putuskan Seksyen 62 Akta SPRM terbatal



Mahkamah Persekutuan menerima rayuan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan memutuskan bahawa Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia adalah tidak berperlembagaan.
Seksyen 62 Akta SPRM memerlukan pihak pembelaan memfailkan pernyataan pembelaan terhadap pendakwaan yang dikemukan terhadapnya.
Lim Guan Eng Gobind Singh DeoSeksyen tersebut juga memerlukan salinan dokumen-dokumen yang akan dikemukakan sebagai keterangan pembelaan diserahkan terlebih dahulu, sebelum perbicaraan bermula.
Mahkamah Rayuan hari ini mendapati bahawa peruntukan tersebut adalah bersalahan dengan Perenggan 5(1) dan 8(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan tentang kebebasan dan perlindungan setara di bawah undang-undang.
Justeru, perintah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang supaya Setiausaha Agung DAP itu untuk memfailkan pernyataan pembelaannya sebelum perbicaraan bermula diketepikan.
Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon sebelum ini memohon pengisytiharan bahawa Seksyen 62 akta itu bercanggah dengan Artikel 5 (1) dan 8 Perlembagaan Persekutuan.
Guan Eng dibicarakan atas tuduhan menerima suapan dari Phang. Beliau mendakwa bahawa dirinya adalah mangsa konspirasi politik.
Pada Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan tempoh 34 hari untuk perbicaraan Lim dan Phang berkaitan tuduhan rasuah membabitkan pembelian sebuah banglo di Jalan Pinhorn.
Seramai 60 saksi disenarai akan memberi keterangan.

Skandal 1MDB: Tan Sri Irwan Serigar wajib siasat pemalsuan dan penipuan pelaburan 1MDB

Pakatan Harapan serius mahu mereformasikan Sarawak


KUCHING - Kunjungan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ke Sarawak jelas menunjukkan komitmen Pakatan Harapan untuk mereformasikan negeri ini demi memartabatkan masa depan rakyat yang lebih baik.
Nurul Izzah berkata, beliau tidak mahu melihat usaha Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang mahu menghentikan eksploitasi kerajaan pusat terhadap negeri itu tidak mencapai peningkatan yang dimahukan.
Nurul Izzah "Pakatan Harapan mahu mempertingkat intergrasi nasional antara Sarawak, Sabah dan semenanjung melalui pengemblengan tenaga dan perkongsian kuasa secara adil.
"PKR sendiri sudah lama menyuarakan bahawa royalti ke atas petroleum dan sumber-sumber hidrokarbon kepada Sarawak dan Sabah dinaikkan dari lima peratus kepada 20 peratus," katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Nurul Izzah menyertai Sesi Teh Tarik dan Borak Santai anjuran Lawyer Kamek For Change di mana program ini merupakan sebahagian daripada siri jelajah nasional yang dilancarkan sebelum ini di Pulau Pinang dalam usaha menyantuni golongan belia tidak kira apa latar belakang.
Sementara itu, Pakatan Harapan bertegas akan memansuhkan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta isu pengangguran.
"Saat ini Kerajaan Negeri gagal melindungi rakyat Sarawak daripada GST termasuk semua keluarga miskin di pedalaman, justeru, Pakatan Harapan bertekad untuk memansuhkan cukai tersebut secara total kerana sistem ini tidak adil untuk semua dan hanya memanfaatkan kocek Kerajaan Pusat sahaja.
"Dari segi peluang pekerjaan pula, walaupun Selangor dan Pulau Pinang tidak mempunyai sumber alam yang kaya seperti Sarawak, tetapi kedua-dua kerajaan negeri tetap boleh memberikan peluang pekerjaan kepada anak muda.
"Ini kerana wujud amalan urus tadbir yang lebih bertanggungjawab berbanding BN berbanding negeri-negeri yang ditadbir parti itu," katanya lagi.
Tambahnya lagi, Pakatan Harapan turut bercadang untuk menyeragamkan kadar gaji minima antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung.
"Ketika ini, kadar gaji minima di Semenanjung lebih tinggi pada RM1000 berbanding di Sarawak dan Sabah pada RM920," tambahnya.

Pemuda Amanah beri SPRM 3 hari mula siasat kekayaan Zahid


Pemuda Amanah beri SPRM 3 hari mula siasat kekayaan Zahid
Shazni Munir berkata, sekiranya gagal berbuat demikian, beliau akan mengumpulkan Pemuda Pakatan Harapan (PH) dan kumpulan anak muda ke pejabat SPRM.
PEMUDA Amanah memberikan tempoh 3 hari untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kekayaan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi seperti yang didakwa Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.
Naib Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir berkata, sekiranya gagal berbuat demikian, beliau akan mengumpulkan Pemuda Pakatan Harapan (PH) dan kumpulan anak muda ke pejabat SPRM.
“Jika SPRM gagal memulakan siasatan ke atas timbalan perdana menteri dalam tempoh tersebut, Pemuda Amanah beserta rakan-rakan Pemuda PH dan anak-anak muda pelbagai latar belakang organisasi akan ke Pejabat SPRM di Putrajaya untuk mendapatkan masa dan tarikh bila kertas siasatan ke atas Zahid akan dimulakan,” kata Shazni kepada The Malaysian Insight.
Shazni sebelum ini pernah ditahan polis dan didakwa di mahkamah kerana mengunci pagar pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Shazni berkata, tempoh tiga hari diberikannya hari ini sudah lebih daripada cukup untuk SPRM bagi memulakan tindakan.
“Memahami bahawa SPRM mungkin memerlukan sedikit masa untuk menyediakan kertas siasatan kes, Pemuda Amanah memberikan tempoh selama 3 hari untuk SPRM memulakan siasatan ke atas Zahid Hamidi,” katanya.
Minggu lalu Dr Mahathir mengingatkan Zahid mengenai aset RM230 juta yang dimilikinya ketika memegang jawatan ketua Pemuda Umno.
“Apabila saya tanya dari mana ia perolehi 230 juta ringgit yang ada dalam akaunnya, jawapannya kurang jelas.
“Jikalau ia boleh ingat, jelaslah dari mana ia perolehi wang yang begitu banyak,” kata pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dalam posting di blognya chedet.cc.

‘AHMAD ZAHID TAHU SEBAB ITU TAKUT’


PETALING JAYA – Armada Bersatu yakin pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menipu dalam isu dakwaannya terhadap Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ketuanya, Syed Syaddiq Syed Abdul Rahman, menegaskan bahawa Mahathir bukanlah seorang ‘kaki kelentong’ dan hanya bercakap berdasarkan fakta yang benar.
“Kalau betul dakwaan ini merupakan satu fitnah dan penipuan Ahmad Zahid sepatutnya tunjuk kepada rakyat keluarkan klip tersebut biar rakyat menilai dan jangan edit klip itu.
“Bagi kami Tun M tak akan menipu mengenai perkara ini,” katanya dalam sidang media bersama Pemuda Pakatan Harapan di Ibu Pejabat Bersatu, di sini hari ini.
Terdahulu sebuah video percakapan Mahathir pada 31 Julai lalu tular di mana dalam kenyataannya Mahathir mendakwa Ahmad Zahid pernah menemuinya apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk menyokong beliau untuk menggulingkan Perdana Menteri.
Namun, Ahmad  Zahid  menafikan perkara itu dan mendedahkan bahawa beliau mempunyai rakaman perbualan dengan Mahathir  dalam satu pertemuan pada 2015 berhubung strateginya untuk menjatuhkan Najib.

Lantikan politik terus bertugas seperti biasa, kata PAS, PKR Kelantan

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengerusi PKR Kelantan Ab Aziz Ab Kadir berkata lantikan politik PKR dalam kerajaan Kelantan tidak meletak jawatan seperti yang diarahkan PKR Pusat.
tuan-ibrahim-tuan-man-bendera-pkr-pas-Ab-Aziz-Ab-KadirPETALING JAYA: Ahli PKR yang sudah dilantik sebagai ahli majlis dalam kerajaan Kelantan tidak meletak jawatan seperti yang dilaporkan, bahkan mereka kekal berkhidmat kepada kerajaan pimpinan PAS itu seperti biasa.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menafikan laporan mendakwa lantikan politik PKR dalam kerajaan Kelantan meletak jawatan.
“Setakat ini maklumat kami terima mereka tidak meletak jawatan…tindakan mereka tak letak jawatan satu tindakan positif dalam konteks rakyat,” katanya pada sidang media selepas sidang meja bulat mendengar penerangan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy mengenai hutang 1MDB dan pelan rasionalisasi dana milik kerajaan itu di Hotel De Palma, Ampang.
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi PKR Kelantan Ab Aziz Ab Kadir kepada FMT hari ini.
“Mereka yang mengangkat sumpah tidak meletak jawatan dan meneruskan tugas seperti biasa…demi rakyat,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan Ketua Penerangan PKR Kelantan Mohammad Azihan Che Seman berkata 7 ahli PKR yang dilantik ke majlis daerah meletakkan jawatan.
Azihan berkata PKR Kelantan bermesyuarat pada Mei dan Jun membincangkan surat Biro Politik PKR pada 17 Mei mengarahkan semua ahli parti yang memegang jawatan lantikan politik melepaskan kedudukan masing-masing.
“Selepas PAS memutuskan ikatan dengan PKR pada Mei…dipersetujui 7 ahli akan meletak jawatan pada 31 Julai, seperti diarahkan kepimpinan pusat,” kata Azihan.
Sebelum ini, media melaporkan 56 ahli PKR lantikan politik dalam kerajaan Kelantan menunggu keputusan rasmi dari PKR Pusat, selepas parti menangguhkan pelaksanaan arahan Presiden Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kita mampu jadikan Malaysia bebas rasuah dalam 10 tahun, kata PH

Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau akan letak jawatan jika kerajaan PH gagal melaksanakan 80% strategi memerangi rasuah.
syed-saddiq-pakatan-harapan-malaysia-1
PETALING JAYA: Pemuda Pakatan Harapan berjanji menjadikan Malaysia negara bebas rasuah dalam masa hanya 10 tahun, jika parti campuran diberi mandat mentadbir kerajaan.
Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata mereka merancang perkara ini dengan memperkasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kebebasan dan kuasa untuk mendakwa, antaranya.
“Kita akan membentuk jawatankuasa berautonomi khas yang bebas daripada campur tangan.
“Jawatankuasa ini mestilah dibentuk di bawah peruntukan khas Perlembagaan Persekutuan, dan merekalah yang akan melantik dan membuang ketua pesuruhjaya SPRM.
“Mereka akan lapor terus ke Dewan Rakyat,” kata Syed pada sidang media hari ini, semasa mendedahkan strategi memerangi rasuah.
Selain pembentukan jawatankuasa, Syed Saddiq menyenaraikan 7 strategi lain akan memberi kesan kepada pesara kerajaan dan ahli politik.
SPRM akan diberi kuasa selanjutnya pesara yang didapati hidup lebih daripada kemampuan mereka semasa masih dalam tempoh servis, atau selepas persaraan.
Syed Saddiq bagaimanapun, mengambil kira sesetengah pihak mungkin mempersoalkan apakah kerajaan PH akan melaksanakan strategi ini kerana pengerusinya sendiri Dr Mahathir pernah disoal tentang kekayaan beliau dan anak-anaknya.
“Sesetengah pihak akan mengatakan PPBM khususnya akan menghadapi tentangan paling hebat dalam melaksanakan perkara ini kerana adanya bekas ahli Umno yang agak kaya menyertai parti ini (PPBM).
“Tetapi Dr Mahathir dan Mukhriz (Mahathir), mereka sendiri biasa melawat SPRM untuk menunjukkan mereka mempunyai sumber pendapatan yang sah.

Armada BERSATU: Najib dan Zahid saling meragui

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang lambat dalam mempertahankan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan kekayaan luar biasa beliau menampakkan perbezaan mereka, jelas Ketua Armada Pertubuhan Pribumi Bersatu (BERSATU) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini.
Semalam, Najib berkata yang beliau mempunyai keyakinan terhadap kesetiaan Ahmad Zahid.
Syed Saddiq mempersoalkan dakwaan kekayaan luar biasa Zahid, "bagaimana seorang ketua pemuda Umno, pada tahun 1990an boleh mengumpulkan aset sebanyak RM230 juta?"
Minggu lalu, Pengerusi BERSATU Dr Mahathir Mohamad mendedahkan maklumat Zahid pernah memiliki RM 230 juta di dalam akaun banknya.
Sebelum itu, Dr Mahathir mendakwa Ahmad Zahid pernah berjumpa dengan beliau bagi mendapatkan nasihat untuk menggantikan Najib.
Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri itu menafikan dakwaan berkenaan, menyatakan Mahathir tersilap membaca kesetiaan beliau kepada Najib.
Ahmad Zahid juga berkata beliau terbuka untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut menjelaskan beliau merupakan ahli perniagaan dan bekas pengerusi Bank Simpanan Nasional pada tahun 1990an sebelum menyertai politik.

Letak Jawatan Politik: PKR Kelantan nafi kenyataan ketua komunikasi

PKR Kelantan bertegas belum ada kepastian mengenai peletakan jawatan bagi lantikan politik dalam kerajaan pimpinan PAS ketika kerjasama politik antara kedua-dua parti secara rasmi sudah terkubur.
Mendakwa perlu membincangkan strategi parti secara tertutup, Pengerusi PKR Kelantan Ab Aziz Ab Kadir berkata kenyataan dibuat ketua komunikasinya yang menjadi tular hari ini tidak dibincangkan terlebih dulu.
"Saya pun dah marah dia pagi ni. Dia (bertaraf) pimpinan, sepatutnya tak buat kenyataan (sebelum) dibincangkan," katanya kepada Malaysiakini.
Ab Aziz diminta mengulas kenyataan dibuat Ketua Komunikasi PKR Kelantan Mohammad Azihan Che Seman berhubung peletakan jawatan anggota parti itu daripada lantikan kerajaan negeri.
Dalam kenyataan itu Mohammad Azihan memberitahu Majlis Pimpinan PKR Kelantan mengadakan mesyuarat khas pada 17 Mei dan 5 Jun lalu dan mengambil ketetapan bersetuju menerima keputusan Biro Politik PKR Pusat.
Katanya, keputusan untuk meletak jawatan dipersetujui untuk dilaksanakan pada 31 Julai 2017.
"Sebagai melaksanakan arahan dan mematuhi keputusan yang telah dibuat, nama pimpinan PKR Kelantan yang telah mengangkat sumpah sebagai ahli majlis dengan ini bersetuju untuk meletakkan jawatan serta merta mulai hari ini," katanya merujuk kepada Bendahari Pemuda PKR Kelantan, Mohd Khairul Anuar Azhan yang dilantik menjadi anggota Majis Daerah Ketereh.
Letak tetap letak
Mohammad Azihan juga menyenaraikan enam pemimpin PKR Kelantan yang disenaraikan sebagai ahli majlis daerah tetapi belum mengangkat sumpah, membuat keputusan untuk tidak berbuat demikian.
Antara nama yang disebut Mohammad Azihan ialah Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Mohd Khairul Amin Abd Rahman dan Ketua Pemuda PKR Machang, Muhammad Arif Mukhtar.
Kata Ab Aziz pihaknya belum membuat sebarang keputusan berhubung isu peletakan jawatan berkenaan.
Untuk rekod Biro Politik PKR sudah membuat arahan berkuat kuasa serta-merta itu hampir tiga bulan lalu.
Sementara itu Mohammad Azihan berkata apa yang dinyatakannya sebelum ini cuma memaklumkan perkembangan semasa PKR Kelantan.

APA ROSMAH BUAT 4 HARI DI LONDON?

Saya merujuk kepada kenyataan Datin Seri Rosmah Mansor semasa menghadiri program Bual Santai: Kenali Anak Pintar Anda di Pusat PERMATA Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam.
Beliau mendakwa tujuannya pergi ke London bukan untuk berjalan-jalan tetapi memastikan anak-anak di bawah program PERMATA mendapat peluang memasuki Universiti Oxford.
Pada 25 Julai lalu Anggota Parlimen Kulai Teo Nie Ching menerima jawapan bertulis di Dewan Rakyat mengenai kos dan jadual perjalanan Rosmah di London antara 4 hingga 10 Mei.
Bagaimanapun, jawapan yang diberi memang tidak menjawab soalan.
Saya menggesa Pejabat Perdana Menteri memberi penjelasan tentang kos dan jadual perjalanan Rosmah pada masa itu, lebih-lebih apabila kita ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa tugas rasmi beliau hanya bermula selepas 7 Mei 2017.
Bagaimanapun Rosmah sudah berada di London lebih awal tanpa ditemani oleh mana-mana menteri kabinet.
Carian tiada hasil
Dua orang menteri kabinet iaitu Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang sepatutnya mengiringi Rosmah semasa lawatan di London itu disahkan tidak bersama dengan beliau antara 4 hingga 7 Mei 2017.
Selain itu, media Malaysia dan United Kingdom nampaknya kurang melaporkan aktiviti-aktiviti selama seminggu Rosmah di London.
Maka ada keperluan untuk pihak perdana menteri memberi penjelasan lanjut terhadap kos perjalanan tersebut.
Carian di Internet hanya melaporkan kenyataan Kementerian Luar yang dikeluarkan sehari sebelum Rosmah bertolak ke London.
Menurut pihak kementerian, Rosmah sebagai penaung program PERMATA akan melawat London bermula 4hb hingga 10hb Mei untuk mengembangkan program berkenaan.
Carian di Internet antara 4 hingga 10 Mei hanya memberi satu atau dua hasil daripada portal Bernama. Laman web The Royal Society of London serta carian di beberapa akhbar dan media UK tidak memberi apa-apa hasil.
Meskipun lawatan isteri perdana menteri ini kurang diberi liputan media, pasti dua menteri kabinet yang mengiringinya akan melaporkan kegiatan harian masing-masing dari London.

Skandal 1MDB: PAS terima penjelasan 1MDB......

Selepas mendengar penjelasan 1MDB, PAS hari ini menyatakan rasa puas hati dengan pelan rasionalisasi dilakukan syarikat terbabit ketika isu pembayaran hutang yang ditanggung agensi milik kerajaan itu masih menjadi tanda tanya.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun berkata partinya berharap isu seumpama itu perlu dipantau parlimen.
"Maknanya, Kementerian Kewangan dan menteri perlu memberi laporan kepada parlimen supaya anggota parlimen dapat mengikuti setiap perkembangan dan tidak timbul masalah baru," katanya.
Terdahulu Tuan Ibrahim mengetuai delegasi PAS bertemu pengurusan tertinggi 1MDB termasuk ketua pegawai eskekutifnya Arul Kanda Kandasamy.
Turut hadir Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan setiausaha agung parti itu Datuk Takiyuddin Hassan.
Kata Tuan Ibrahim PAS penjelasan yang diberi Arul Kanda memberikan penerangan mengenai kemelut yang dihadapi 1MDB, terutama berkaitan pelan rasionalisasi yang dicadangkan.
"Hasil perbincangan tersebut kami dapati apabila aset diserahkan kepada MOF Inc, kita perlu pantau isu-isu yang timbul daripada aset-aset tersebut sebab apabila ia diambil alih oleh kementerian, PAS bimbang akan mencetuskan masalah baru kalau tidak dikawal.

Rakyat setengah mampus kos sara hidup tinggi, dia sibuk pasal PERMATA mintak bajet lebih ??!

FAKTA !!!
Sejak laki ko jadi PM..

Subsidi Tepung.. DIHAPUSKAN !!
Subsidi Beras.. DIHAPUSKAN !!
Subsidi Gula.. DIHAPUSKAN !!
Subsidi Elektrik.. DIHAPUSKAN !!
Subsidi Minyak.. DIHAPUSKAN !!
Subsidi Minyak Masak.. DIHAPUSKAN !!
Elaun Guru Pelatih .. DIHAPUSKAN !!

Kini.. Rakyat setengah mampus kos sara hidup tinggi, ko sibuk pasal PERMATA mintak bajet lebih ??!

Skandal 1MDB: Najib kata ia HANYA 'masalah teknikal'..??

Dah kantoi gagal bayar denda RM2.6 bilion pada IPIC slps tarikh luput, Najib kata ia HANYA 'masalah teknikal'..??

HAR HAR HAR.. masalah teknikal tang mana..

Yang dapat tunai RM10,970,000,000 (10.97 bilion) itu buat apa ??!

BUKANKAH pada 24 April 2017 yg lalu Najib & 1MDB dah berjanji & bersetuju pada penyelesaian timbang tara (RFA) di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London akan bayar RM2.6 bilion pada 31 Julai 2017.. Slps tarikh luput masih gagal nak bayar. JANJI DICAPATI !!

JELAS & NYATA inilah bukti #KegagalanNajib urus tadbir kewangan negara yg libatkan puluh2 bilion ringgit hangus entah ke mana..

Skandal 1MDB: Perlu siasat RM5.32 bilion dari anak syarikat 1MDB kepada syarikat kosong

Ketua setiausaha perbendaharaan didesak menyiasat pembayaran oleh 1MDB Global Investment Limited kepada Aabar Investment PJS Limited.
Tony-Pua-Irwan-SerigarKUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah didesak menyiasat pembayaran sebanyak AS$1.243 bilion (RM5.32 bilion) oleh anak syarikat 1MDB, 1MDB Global Investment Limited (1GIL) kepada Aabar Investment PJS Limited (Aabar BVI).
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini berkata laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) menunjukkan beberapa transaksi kepada syarikat itu dari 8 Oktober hingga 14 November 2014.
Pihak berkuasa AS sebelum ini mendakwa wang 1MDB disalurkan ke Aabar BVI, sebuah syarikat kosong yang didakwanya diberi nama yang memberi gambaran ia mempunyai kaitan dengan Aabar Investment PJS, anak syarikat sebenar syarikat kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (Ipoc).
“Adakah beliau akan menuntut keadilan bagi rakyat Malaysia – pembayar cukai – supaya pihak bertanggungjawab terhadap pemalsuan ini diambil tindakan? Ataupun Irwan Serigar akan bertindak seperti pengerusi 1MDB lalu, Tan Sri Lodin Wak Kamaruddin dan Tan Sri Ismee Ismail, yang terpaksa meletak jawatan?
“Saya tahu dia tidak lakukan sebarang kesalahan dalam perkara ini, tetapi sebagai pengerusi 1MDB, Irwan kena dedahkan perkara sebenar yang berlaku,” kata wakil rakyat DAP itu pada sidang media di Parlimen.
Merujuk laporan DoJ Jun lalu, Tony berkata 1GIL membuat pinjaman sebanyak AS$458 juta daripada Bank Deutsche pada 29 September 2014.
Kemudian, 1GIL memindahkan sejumlah AS$378 kepada sebuah dana perantara, yang seterusnya memindahkan sejumlah AS$375 juta kepada syarikat Bridge Global Fund pada 1 Oktober 2014.
Kemudian, pada 7 Oktober, Bridge Global Fund kemudian membayar AS$375 juta kepada syarikat Brazen Sky, yang seterusnya memindahkan wang itu kepada 1GIL.
Kemudian, 1GIL memindahkan AS$356 juta kepada Aabar BVI.
Menurut Tony, kitaran pembayaran itu dilakukan beberapa kali pada 14 Oktober, 23 Oktober, 30 Oktober dan 14 November.
Tony hari ini mendakwa, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak dapat menyiasat pembayaran itu memandangkan presiden dan pengarah eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy enggan memberikan sebarang dokumen.
“Dalam siasatan PAC ada 2 perkara berlaku, pertama beliau jelaskan bahawa bayaran AS$1.243 bilion itu adalah bayaran cagaran tambahan dan pampasan. Sebab yang teliti tidak diberikan, kita (PAC) minta juga tidak diberikan. Dia (Arul) hanya umumkan kepada PAC.

TUN MAHATHIR SUDAH MENYAHUT CABARAN, SIASATLAH JUGA KEKAYAAN ANAK2 SEMUA BEKAS PERDANA MENTERI

Tanpa berlengah dan menunggu lama, Tun Mahathir Mohamad dengan pantas menyatakan kesediaan untuk disiasat berhubung kekayaan keluarganya.

Menerusi chedetofficial yang merupakan laman twitter rasminya, Tun Mahathir menyatakan, "Sudah berkali kali saya menjemput pihak berkuasa untuk lakukan siasatan yang adil ke atas saya. Kita perlu berani kerana benar."

Respon Tun Mahathir ini ialah berikutan desakan pelbagai pihak dalam UMNO yang mahu harta kekayaan keluarganya disiasat susulan tindakannya mendedahkan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi pernah melaporkan memiliki kekayaan sejumlah RM230 juta ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO pada 1996 dahulu.

Kesediaan Pengerusi Pakatan Harapan itu untuk disiasat secara adil jelas menunjukkan sikap tanggungjawab,  ketelusan dan tiada rasa takut dalam  dirinya bahawa semua kekayaan keluarganya tidak dimiliki secara tidak sah.

Seperti yang semua sedia maklum, Tun Mahathir dan isterinya bukan saja tidak bermewah dan tidak membazir, jauh sekali diketahui ada memiliki berbilion-bilion ringgit dalam akaun peribadinya sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Anak-anaknya pula diketahui menjalankan perniagaan yang sah dan mereka bukanlah seperti "anak tiri orang itu"  yang tidak pernah diketahui ada perniagaan dan ada syarikat, nah...tiba-tiba saja mampu membeli dua tiga kondo mewah di Amerika dan London yang bernilai ratusan juta ringgit harganya.

Juga anak-anak Tun Mahathir tidaklah seperti kebanyakan anak-anak pemimpin UMNO yang lain yang suka menayang kemewahan serta kekayaan, meskipun tidak jelas apa pekerjaan dan perniagaan yang mereka jalankan.

Dengan kesediaan Tun Mahathir ini, tiada sebab lagi untuk para pemimpin UMNO sama-sama berani harta kekayaan mereka disiasat dan didedahkan kepada umum.

Dari mana datangnya Iskandar Kutty?

Nama rasmi bekas perdana menteri keempat negara seperti yang tercatat di Jabatan Pendataran Negara Alor Setar ialah Mahathir bin Mohamad - iaitu dibinkan kepada bapanya.
Bapa Tun Dr Mahathir itu pula bernama lengkap Mohamad bin Iskandar dan keturunannya tertera perkataan Melayu, kata seorang sejarawan.
Timbalan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Baharuddin Abd Majid, 71, berkata Mohamad itu lahir di Pulau Pinang pada 1881 dan meninggal dunia pada 1961.
"Datuk Dr Mahathir, Iskandar, berasal dari Pulau Pinang," katanya seperti dipetik Sinar Harian hari ini.
Menurut Baharuddin lagi pada kad pengenalan (IC) biru milik Dr Mahathir, turut tertera nama Mahathir bin Mohamad dan bukannya "anak lelaki Iskandar Kutty" seperti didakwa sesetengah pihak.
Nama berkenaan, katanya, juga digunakan pada semua sijil pengajian Dr Mahathir di peringkat rendah dan tinggi.
Bukan kisah peribadi
Kenyataan Baharuddin itu disiarkan kira-kira seminggu selepas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa IC Dr Mahathir memaparkan namanya sebagai "Mahathir a/l Iskandar Kutty".
"Ini IC biru dia dulu. Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Nombor IC biru dia […] Ini yang dihantar oleh ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Betullah dia kata kita ni mudah lupa sebab dia anak laki-laki Iskandar Kutty," katanya semasa menutup mesyuarat agung tahunan Umno Kelana Jaya pada 30 Julai lalu.
Selain timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid juga berkhidmat sebagai menteri dalam negeri dan JPN berada di bawah kementeriannya.
Walaupun pernah menjadi perdana menteri dan presiden Umno selama 22 tahun, Dr Mahathir kini menjadi antara pengkritik paling lantang terhadap kerajaan dan dilantik sebagai pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) serta Pakatan Harapan.
Gabungan pembangkang utama itu menyatukan BERSATU dengan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Ramai tokoh terkemuka
Baharuddin juga berkata walaupun Dr Mahathir kini tidak lagi sealiran dengan kerajaan, jasa dan sumbangannya tetap tidak boleh dinafikan.

Zaid cadang aktivis reformasi sertai Sekretariat PH



DAP disarankan agar menjemput beberapa aktivis reformasi untuk bersama menyertai Sekretariat Pakatan Harapan untuk merumuskan 'agenda reformasi' secara bersama, kata Datuk Zaid Ibrahim.
Ahli DAP seumur hidup itu berkata, langkah ini diperlukan kerana ramai reformis secara terbuka ujarnya, mengatakan bahawa agenda reformasi akan mati jika Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin kerajaan baharu Pakatan Harapan kelak.
Dakwa Zaid kebanyakan mereka tidak mempercayai Dr Mahathir dilantik boleh berfungsi hanya sebagai sebahagian daripada pasukan yang akan memberikan keselesaan kepada Pakatan Harapan.
Justeru beliau mengemukakan perspektif lain untuk dipertimbangkan Pakatan Harapan.
"Ramai di antara kita mahu agenda reformasi berjaya, termasuk saya. Saya juga telah meninggalkan banyak perkara dalam hidup saya kerana saya mahu melihat pembaharuan dan demokrasi di negara ini.
"Saya hanya ingin mengingatkan para reformis bahawa jika kita membiarkan Datuk Seri Najib terus berkuasa, kita tidak akan mempunyai sebarang nilai.
"Sekiranya kita tidak berhenti memfitnah dan meragui Tun Dr Mahathir, kita tidak akan bersatu dan kita akan kehilangan pilihan raya akan datang.
"Apa akan  terjadi dengan  agenda pembaharuan apabila perkara ini berlaku?
"Jika kita tidak dapat memenangi pilihan raya, Najib akan kekal - dan kita telah melihat apa yang Najib lakukan untuk mengekalkan dirinya.
"Beliau telah melantik seorang Ketua Hakim yang baru. Beliau telah berjaya meyakinkan Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bahawa dia tidak bersalah terhadap segala kesilapan dalam kes 1MDB, dan Peguam Negara telah membersihkannya dari semua tuduhan terhadapnya.
"Najib berjaya memujuk Umno bahawa DAP adalah "ancaman Cina" kepada orang Melayu, dan jika DAP mengambil alih kuasa masyarakat Melayu lupus," terangnya dalam tulisan terkini di blognya hari ini.
Justeru Zaid mempersoalkan apakah dikalangan reformis mahu Najib terus berkuasa seperti sebelumnya dan sekali lagi mengunakan kuasanya dalam pilihan raya akan datang?
"Saya ingin membuat perkara mudah bagi semua reformis dan aktivis yang meragui: pergi dan tonton filem yang telah dibuat khas untuk sambutan kemerdekaan.
"Ia bertajuk The Regiment Melayu. Pergilah menonton  dan beritahu saya jika anda masih berfikir Tun Dr Mahathir ancaman kepada rakyat dan negara berbanding Najib.
"Kita tidak akan mendapat apa-apa agenda reformasi jika Najib menang sekali lagi.
"Tidak peduli agenda pembaharuan: seperti yang saya katakan, kita tidak akan mempunyai apa-apa yang berharga untuk dikenang.

Peneroka Felda kecewa diperalat Umno@BN menjelang pilihan raya


 Abas Muhammad Rata-rata warga peneroka Felda kecewa dengan sikap kerajaan Umno-BN yang dilihat tidak benar-benar membela sebaliknya menganiaya dan memperalat mereka setiap kali menjelang musim pilihan raya.
Presiden Persatuan Pekebun-pekebun Kecil Felda Bebas, Abas Muhammad (Gambar kiri)  berkata, perjanjian tanam semula hanya lebih mementingkan Felda Technoplant Sdn. Bhd. (FTP) yang ditubuhkan pada 2005 bagi tujuan menguruskan kebun peneroka.
Menurut Abas, 72, banyak syarat dalam perjanjian tanam semula juga hanya menguntungkan anak syarikat Felda terbabit sekaligus menzalimi peneroka sehingga menyebabkan mereka terikat dengan timbunan hutang.
"Potongan juga banyak dibuat macam untuk pulih ladang dan jalan pertanian tapi hasil kutipannya itu kita tidak tahu ke mana. Nak baiki jalan di kebun tetap kami juga sama-sama kumpul wang.
"Peneroka juga dipaksa patuh pada syarat yang mencurigakan antaranya dilarang memasuki ladang. FTP patut dengar cakap kita (peneroka) sebagai tuan tanah.
"Kenapa peneroka sebagai tuan tanah dipaksa ikut cakap FTP? FTP dilantik untuk kendalikan kerja-kerja ladang ikut jadual," tegasnya ketika ditemui di Felda Sungai Klah di Sungkai, Perak semalam.
Mengulas pengumuman Perdana Menteri baru-baru ini berkenaan insentif khas RM5,000 kepada 94,956 keluarga peneroka, beliau menganggap pemberian itu hanya alat untuk terus mengikat warga peneroka.
"Siapa yang urus kebun sendiri, tidak mahu serah pada Felda dianggap melawan dan tidak dapat sebarang habuan. Macam-macam kerajaan Umno beri bila dekat pilihan raya supaya warga peneroka terhutang budi," ujar Abas lagi.
Sementara itu, peneroka Haris Mat Salleh, 75, bimbang nasib peneroka akan semakin parah jika perompak sebenar terhadap hak mereka tidak dibawa ke muka pengadilan.
"Peneroka juga pada masa sama perlu bersatu hati menuntut hak mereka tidak terus dinafikan," tegas warga Felda Sungai Klah itu.
Terdahulu, dialog bersama Ahli Jawatankuasa Kerja AMANAH Nasional, Mazlan Aliman merangkap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) diadakan di lokasi sama.

Saya tetap yakin pada Zahid, habis cerita - Najib

Menjelang PRU14, profesional kaum India merenung nasib kaum sendiri


Menjelang PRU14, profesional kaum India merenung nasib kaum sendiri
Masyarakat kaum India di Malaysia terpinggir dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara sehingga mereka dibelenggu kemiskinan, stigma dan prasangka. 
PROFESIONAL kaum India setuju dengan sentimen masyarakat etnik itu tentang kos sara hidup yang meningkat, rasuah awam, kekurangan peluang kerjaya dan gaji yang rendah seperti yang didedahkan dalam kaji selidik Pusat Inisiatif Polisi Invoke baru-baru ini.
Kaji selidik yang melibatkan 17,107 responden termasuk 1,110 daripada kaum India yang berumur lebih 21 tahun dan mendaftar sebagai pengundi mendedahkan kebimbangan utama mereka terhadap isu berkenaan menjelang pilihan raya umum ke-14 nanti.
Selain berkongsi sentimen yang sama, profesional etnik India yang ditemui The Malaysian Insight juga melahirkan kebimbangan mereka tentang masa depan kumpulan masyarakat itu selepas berpuluh tahun terpinggir dan menjadi mangsa prasangka.
Peguam Surjan Singh Sidhu berkata kos sara hidup yang meningkat menyebabkan orang menanggung beban tambahan dalam hidup seharian.
“Saya fikir Rafizi (Ramli) betul. Kos sara hidup dan meningkat hampir dua kali ganda. Malah kalau petrol naik 50 sen atau seringgit, orang masih rasa kesannya,” katanya.
Naib presiden PKR yang disebut Surjan itu mengetuai Invoke yang meneliti data besar dan kaji selidik bagi mengesan sentimen dalam kalangan pengundi.
Surjan juga berharap Perdana Menteri Najib Razak boleh menjelaskan isu berkenaan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana ia melibatkan wang rakyat.

FGV tangguh terbitan bon RM1.5 bilion untuk bayar hutang....

Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) akan menangguhkan usahanya untuk mendapatkan dana RM1.5 bilion daripada pasaran bon, sekurang-kurangnya sehingga bulan depan.
Menurut Edge Weekly, yang memetik pemangku pengerusi FGV, Tan Sri Sulaiman Mahbob, berkata penangguhan itu dibuat susulan ketidakpastian dengan komposisi lembaga pengarah syarikat.
"Untuk terbitan sukuk yang besar, kita memerlukan pengerusi, CEO dan CFO untuk jangka panjang.
"Saya fikir kita perlu tunggu sebulan lagi," kata Sulaiman.
Beliau berkata FGV perlu mengumpulan jumlah itu untuk membiayai semula beberapa hutang FGV.
Menurut laporan itu, pada akhir bulan Mac, FGV mempunyai tunai sebanyak RM1.87 bilion manakala laiabilitinya pula adalah sebanyak RM4.17 bilion dan RM161.59 juta dalam aset sedia untuk dijual.
"(Ada tidak sepadan - garis modal kerja digunakan untuk pelaburan dan sebagainya, jadi kami ingin memadankan penggunaan jangka panjang dengan pembiayaan jangka panjang.
"Kami sedang berusaha menjual pegangan saham insurans kami di Affin. Ini agak besar, kami berharap dapat memperoleh wang itu tidak lama lagi, yang kini dengan Bank Negara Malaysia," katanya.
Sulaiman dilantik sebagai pengerusi FGV pada pertengahan Jun  lalu. Beliau menggantikan Tan Sri Isa Abdul Samad, berikutan apa yang dilihat sebagai pertarungan kuasa dalam lembaga pengarah syarikat.
Krisis itu tercetus apabila lembaga pengarah memutuskan untuk menggantung Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zakaria Arshad dan CFO Datuk Ahmad Tifli Mohd Talha pada awal bulan Jun.
Tidak jelas sama ada usaha untuk mengumpulkan dana RM1.5 bilion itu dimulakan ketika Isa adalah pengerusi FGV.

‘Mustahil SPR lulus logo PH’

‘Mustahil SPR lulus logo’
Azan bergambar bersama kepimpinan PKR Pusat dan Pakatan Harapan Terengganu sempena program Jom Bina Semula Negara anjuran Invoke Malaysia.
KUALA TERENGGANU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disifatkan mustahil untuk meluluskan penggunaan logo rasmi Pakatan Harapan dalam pilihan raya walaupun logo tersebut diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, penggunaan logo rasmi Pakatan Harapan yang mewakili PKR, DAP, Amanah dan Bersatu itu sudah tentu memberi saingan sengit dan potensi besar untuk pembangkang mengambil alih kerajaan.
Beliau turut menjangka 65 peratus kemungkinan BN akan kalah sekiranya parti-parti Pakatan Harapan menggunakan satu logo untuk melawan logo dacing diwakili BN.
“SPR adalah badan bebas tetapi saya rasa dia (SPR) tidak akan lulus dan akan beri 1001 macam alasan. Kalau lulus logo itu dalam pilihan raya, maka Umno boleh bersiap sedia untuk kalah,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Azan yang juga Adun Bandar bagaimanapun yakin logo rasmi Pakatan Harapan akan diluluskan RoS.
Mengulas lanjut, kelulusan RoS akan menampakkan kerajaan seolah-olah berlaku adil terhadap pembangkang dan tidak menolak ia boleh mewujudkan harapan palsu kepada pembangkang dan penyokongnya jika SPR enggan membenarkan logo tersebut digunakan dalam pilihan raya.
Beliau tidak menolak keputusan SPR itu juga akan mewujudkan kekeliruan besar dalam kalangan pengundi pada hari pengundian.
“(Kalau SPR tidak benarkan logo Pakatan Harapan) maka hari pilihan raya, ramai yang akan jadi keliru mencari simbol pakatan dan nama logo harapan dalam kertas-kertas undi pilihan raya, maka keadaan akan jadi berkecamuk,” katanya.

Ku Li: Kontroversi Zahid tidak sepatutnya berlaku....


Tengku Razaleigh HamzahKontroversi membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ini adalah isu peribadi.
Veteran Umno, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah berkata, pertelingkahan membabitkan dua tokoh politik ini ditimbulkan kerana PRU14 semakin hampir.
“Ini adalah masalah peribadi masing-masing dan tidak sepatutnya timbul.
“Saya rasa, ini semua berlaku sebab nak pilihan raya sahaja,” katanya pada Jamuan Rakyat Anak Kelantan 2017 di Istana Budaya, semalam.
Ditanya adakah Ahmad Zahid dan Mahathir perlu bersumpah laknat bagi 'membersihkan diri', beliau berkata, itu adalah pilihan masing-masing sama ada untuk melakukannya atau sebaliknya.
Bagaimanapun Ahli Parlimen Gua Musang itu mengingatkan rakyat supaya tidak terlalu terikut-ikut dengan isu melibatkan ahli politik berkenaan.

Permata: Rosmah minta bajet lebih....

ISTERI Perdana Menteri Rosmah Mansor berkata beliau berharap kerajaan dapat memberi lebih banyak dana untuk program Permata Negara.
Malaysiakini memetiknya sebagai berkata beliau mahu melihat semua daerah di negara ini ada pusat Permata, tetapi program pendidikan awal yang dinaunginya itu berdepan kekangan bajet.
Beliau berkata program itu berjaya dan bukannya membazirkan wang.
"Saya pun nak pusat Permata di seluruh negara. Itu pun kehendak saya. Tapi mengikut bajetlah. Kalau sayalah kan, kalau saya boleh bagi bajet, bukanlah saya nak jadi menteri kewangan, tapi kalaulah saya boleh bagi bajet memang saya bagi lebih bajet pada Permata, jadi kita boleh ada Pusat Permata di setiap mukim.
"Saya pun dapat banyak permohonan supaya adakan pusat Permata Negara tetapi kerana kekangan bajet,” katanya dilaporkan berkata ketika ditanya adakah program itu akan dilanjutkan pada satu majlis dialog semalam.
Rosmah berkata beliau akan meyakinkan suaminya, Najib Razak yang juga menteri kewangan untuk menambah bajet Permata.
Katanya, Permata adalah program yang baik dan dijayakan ramai pihak.
"Bila perdana menteri kat Parlimen cakap Permata, orang kata 'bini dia punyalah tu'. Ia bukan mengenai saya, tapi doktor-doktor, profesor-profesor ini ialah orang yang bekerja sangat bersungguh-sungguh.
"Kalau misalnya dalam Parlimen tu ada sebut Permata, janganlah kita anggap buang duit. Kebanyakan orang belah sana (pembangkang) selalu cakap. Padahal Permata ini baik, elok untuk anak kita,” katanya dilaporkan berkata.

Jangan nafi sejarah, jasa Mahathir kepada negara


Jangan nafi sejarah, jasa Mahathir kepada negara
Kad pengenalan Mahathir.
KEBELAKANGAN ini, ramai mempersoalkan asal usul dan keturunan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Mahathir berketurunan India dan nama sebenar beliau adalah Mahathir a/l Iskandar Kutty.
Pendedahan yang dibuat pada Mesyuarat Umno Bahagian Kelana Jaya itu mencetuskan persoalan dan menjadi bualan rakyat yang mahu semua pihak kemukakan kebenaran.
Sinar Harian menemui Timbalan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Baharuddin Abd Majid, 71, yang juga bekas Pengetua Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) 2000-2001 untuk menyingkap sejarah dua beranak ini.
Beliau berkata, Mahathir antara penyumbang besar dalam pembangunan Kedah dan jasanya kepada negeri Jelapang Padi memang tidak boleh dinafikan.
Katanya, walaupun beliau  tidak sealiran dengan politik kerajaan, namun  sumbangan sejak zaman mudanya ketika bergelar doktor perubatan hendaklah dihargai.
“Kita perlu melihat aspek positif, sumbangan seseorang itu, bukan kisah peribadinya. Kita tidak wajar memperlekehkan jasa beliau semata-mata kerana isu politik atau kerana keturunan nenek moyangnya, terutama individu yang telah meninggal dunia,” kata Baharuddin.
Menurutnya, bapa kepada Mahathir, Mohamad Iskandar bukan calang-calang orang, sebaliknya individu yang mengasaskan pendidikan Inggeris di Kedah.
“Mohamad seorang guru Bahasa Inggeris dan pengasas pertama Government English School (GES) yang kini dikenali KSAH. Kita wajar beri penghargaan atas usahanya kerana berjaya letakkan asas kukuh dalam pembangunan KSAH hingga muncul sekolah cemerlang kini,” katanya.
Rumah kelahiran Mahathir di Alor Setar.
Baharuddin berkata, KSAH antara sekolah terawal dibina berhampiran Balai Nobat sebelum pindah ke Jalan Penjara Lama, belakang IPD Kota Setar (1911) dan dipindahkan ke Jalan Langgar pada 1917 dan kekal sehingga kini.
“Mohamad yang berasal dari Pulau Pinang dijemput membuka sekolah Inggeris pertama di Alor Setar kerana beliau fasih berbahasa Inggeris, selain orang Melayu mahu anak tempatan mengajar, kerana bimbang dipengaruhi ajaran Kristian ketika itu,” katanya.
Menurutnya, datuk Mahathir iaitu Iskandar berkahwin dengan Siti Hawa dari Johor, dan lahirlah Mohamad pada 1881 di Pulau Pinang.

Di sebalik kempen PH, kubu Umno di Felda masih kuat....

Ia antara beberapa penemuan di beberapa penempatan Felda di Johor, di mana sokongan kepada kerajaan masih kuat.
felda-ayer-hitam-1
KLUANG: Sebahagian besar peneroka Felda di Johor masih menyimpan sentimen sama terhadap Umno dan Barisan Nasional, walaupun kwasan itu menjadi sasaran kempen besar-besaran Pakatan Harapan (PH) dalam usaha memecahkan benteng halangan berdekad dihadapi pembangkang.
Peneroka yang ditemui FMT di Felda Ayer Hitam, Johor berkata mereka masih menyokong kerajaan dan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, dan ramai yang meluahkan kepercayaan kebajikan mereka masih dijaga dan dilindungi.
felda2
Ketua Kampung Felda Ayer Hitam, Abdul Halim A. Razak.
Ketua Kampung Felda Ayer Hitam, Abdul Halim A.Razak, 55, mendakwa di Johor, 80% peneroka dan warga Felda masih menyokong kerajaan dan Najib, walaupun tidak menjelaskan bagaimana rumusan ini dicapai.
Halim berkata Felda masih menjadi kubu kuat untuk BN dan menafikan dakwaan peneroka Felda, yang dianggap undi “deposit tetap” untuk Umno, kini mula beralih kepada pembangkang di sebalik kemelut harga saham dan krisis atasan Felda.

“Kalau nak berubah bukan mudah. Pihak luar kata Felda dalam bahaya, tetapi sebenarnya tidak ada. Mereka nak masuk dalam Felda pun tidak berani apatah lagi nak nampak sepanduk atau poster mereka pun susah,” katanya.
Bagaimanapun, Halim mengakui generasi muda Felda yang menyokong pembangkang, tetapi berkata kelompok itu adalah yang tinggal di bandar.
“Kebanyakan mereka yang menyokong pembangkang itu merupakan generasi kedua Felda yang duduk di bandar. Mereka tak faham nadi denyut peneroka dan warga Felda. Yang faham hanyalah kami yang tinggal di dalam Felda ini,” katanya ketika ditemui FMT di Felda Ayer Hitam, Kluang, Johor.
felda-ayer-hitam-2
Johor merupakan antara sasaran utama pembangkang pada pilihan raya umum akan datang yang perlu diadakan menjelang pertengahan 2018.
Bulan lalu, PH melancarkan jelajah dan trak kempen “Jom Bina Semula Negara”, menyasarkan sejumlah 50 kerusi termasuk di kawasan Felda yang mempunyai peluang gabungan 4 parti itu. Sebanyak 15 daripada kerusi itu terletak di Johor.

DAP main sentimen Melayu untuk menang di Raub, sembang Zahid

Kemenangan DAP di Parlimen Raub disebabkan parti itu memainkan sentimen perkauman dengan meletakkan calon Melayu pada pilihan raya umum lalu, dakwa Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau mendakwa DAP meletakkan calon Melayu bagi menarik sokongan pengundi sedangkan BN mahu menghormati perkongsian kuasa antara parti komponennya dengan meletakkan calon MCA.
"Kita tahu bahawa DAP main api perkauman. Mereka telah mengkaji bahawa orang Melayu di Raub ini mahu supaya calon Melayu diletakkan.
"Ketika Datuk Seri Ng Yen Yen menjadi ahli parlimen, mereka membaca lagi (senario).
"Maka mereka membuat perkiraan (untuk letak) calon Melayu yang mewakili DAP, yang dulunya salah seorang pemimpin di sini. Tujuannya untuk memecahbelahkan orang Melayu.
"Hipotesis mereka, teori mereka menjadi betul apabila ahli parlimen Melayu yang mewakili DAP menang kali ini kerana mereka bermain sentimen Melayu," katanya semasa ucapan perasmiannya di mesyuarat perwakilan Umno bahagian Raub hari ini.
DAP meletakkan calon Melayu di Raub pada pilihan raya umum 2008 dan 2013.
Semasa pilihan raya 2008, calon DAP Abu Bakar Lebai Sudin tewas kepada calon MCA dengan 2,752 undi.
Namun pada 2013, bekas pemimpin Umno dan calon DAP, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz mengalahkan lawannya daripada MCA dengan 2,814 undi.

KRISIS TUN M-ZAHID SUDAH LAMA

KLANG – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mendakwa perselisihan peribadi Tun Dr Mahathir Mohamed dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah lama berlaku.
Menurut beliau itu, ketika menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir pernah menolak permohonan sebuah syarikat yang diterajui Ahmad Zahid yang ketika itu bergelar ahli perniagaan.
Menurutnya, Tun Mahathir membuat penolakan itu tanpa melihat siapa sebenarnya pemegang saham syarikat berkenaan.
“Ketika itu saya menjadi Ketua Menteri Sabah (1994-1996), sebuah syarikat dipengerusikan Zahid membuat cadangan pembangunan di Kota Kinabalu, Zahid pada masa itu adalah ahli perniagaan.
“Jadi saya kena rujuk kepada Tun Mahathir selaku Perdana Menteri untuk projek berkenaan,” katanya kepada Pemberita ketika hadir merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kapar, di SRJK (C) Pui Ying, di sini semalam.
Turut serta, Ketua Umno Bahagian Kapar, Datuk Faizal Abdullah.
Salleh yang juga Bendahari Agung Umno berkata, sebaik pihaknya memaklumkan syarikat berkenan diterajui Zahid, Tun Mahathir terus menolak permohonan.

PRU14: Nasib Najib di tangan pengundi terbeban kos sara hidup

Kos sara hidup yang semakin meningkat mungkin menjejaskan sokongan terhadap perdana menteri di sebalik kemarahan yang belum pudar mengenai cukai GST.
najib-malaysian-1KUALA LUMPUR: Seorang penjual goreng pisang memakaikan helmet pada 2 anaknya. Seorang lagi anaknya pula berjalan kaki dengan menyandang beg sekolah di luar rumah pangsa mereka. Dia perlu menunggu ayahnya kembali selepas menghantar 2 adiknya terlebih dahulu.
Mohd Ezam Mohd Said, 55, terpaksa membuat 2 perjalanan bagi menghantar anaknya ke sekolah setiap pagi, begitu juga semasa balik sekolah.
“Saya tidak mampu membeli kereta. Malah, saya tidak mampu makan ayam lebih daripada sekali seminggu,” kata Ezam yang meniaga di Kuala Lumpur dengan pendapatan RM20 sehari.
Dari jauh, terlihat tingkap Menara Petronas setinggi 452 meter yang dipenuhi kedai dan restoran mewah berkilauan di tengah terik mentari.
Ezam hidup dalam keadaan kos sara hidup yang rendah tetapi dengan kadar sewa yang tinggi yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu kurang daripada RM2,500 sebulan.
Ini adalah kawasan paling tidak seimbang di Malaysia.
Bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangani isu kos sara hidup akan menentukan kuasanya pada pilihan raya umum (PRU) yang dijangka diadakan tahun ini.
Ia mempertaruhkan pentadbirannya dan Umno yang tidak pernah kalah sejak 60 tahun lalu.
Walaupun mendapat kemenangan besar pada PRU lepas, selain pertelingkahan antara parti pembangkang, kenaikan kos sara hidup boleh menjejaskan sokongan ke atas Najib.
Sejak 2010, kerajaan membelanjakan lebih daripada RM1.9 bilion untuk isi rumah berpendapatan rendah.
Golongan miskin dan miskin tegar dengan pendapatan kurang RM460 sebulan di sesetengah tempat jatuh 3.8% daripada jumlah penduduk pada 2009, kepada 0.6% pada 2014, menurut data terbaru.
Jurang pendapatan antara isi rumah bandar dan luar bandar telah mengecil.
Kemarahan terhadap GST
Masih ramai rakyat Malaysia merasa kurang selamat. Mereka masih marah dengan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan 2 tahun lalu. Sentimen pengguna jauh di bawah tahap yang menunjukkan keyakinan.
Bagi Najib, persoalannya adalah berapa banyak yang mungkin diterjemahkan menjadi tindak balas pengundi.
Barisan Nasional (BN) dipimpin Umno semakin banyak memberi bantuan kepada golongan miskin dan belanjawan pada Oktober mungkin mengandungi lebih banyak bantuan untuk mereka.
Ezam juga seorang penyokong Umno, dan menerima bantuan sedemikian, dan berkata berterima kasih kepada kerajaan.
Menurut Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan, strategi seperti itu berkesan untuk Umno pada masa lalu.
“Ramai orang yang bergantung kepada peruntukan kerajaan sama ada bersyukur kepada BN atau mereka takut akan kehilangan pemberian jika mereka membuat perubahan dalam pentadbiran,” katanya.

Saya ke London bukan berjalan-jalan, sembang Rosmah

Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menjelaskan, beliau bersama rombongannya pergi ke London bukan untuk tujuan berjalan-jalan.
Sebaliknya, jelasnya, tujuan beliau ke sana adalah untuk memastikan anak-anak di bawah program PERMATA mendapat peluang memasuki Universiti Oxford.
"Kita inginkan anak-anak ini berjaya dalam bidang mereka dan kita juga telah bincang, bagaimana boleh diambil mereka ini untuk diberi laluan untuk masuk ke universiti Oxford, insha Allah.
"Saya ke sana bukan berjalan-jalan. Saya ke sana 'berjalan' dengan (pengarah Pusat PERMATA Pintar) Dr Noriah (Mohd Ishak). Saya balik dulu, dia (Dr Noriah) tinggal. Kita pergi ke Oxford itulah.
"Salah satu perbincangan ialah dengan Oxford Centre for Islamic Studies untuk bincang bagaimana anak PERMATA Insan dapat masuk Oxford," katanya
Beliau berkata demikian semasa menghadiri program Bual Santai: Kenali Anak Pintar Anda di Pusat PERMATA Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Pada Mei lalu, Rosmah yang merupakan penaung program PERMATA pergi ke London, United Kingdom bersama pelajar-pelajar dari kolej PERMATA.
Turut serta bersamanya ke London ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Bagaimanapun, kunjungan Rosmah ke United Kingdom itu dipersoal Anggota Parlimen Kulai Teo Nie Ching yang bertanya tentang kos lawatan ke negara berkenaan.
Program PERMATA mempunyai tujuh cabang iaitu PERMATA Negara, PERMATA Pintar, PERMATA Insan, PERMATA Seni, PERMATA Kurnia, PERKASA Remaja dan Hospital Kanak-kanak PERMATA. Ia turut merangkumi Kolej PERMATA Pintar dan kolej PERMATA Insan.

RUU pinda Akta 164 ditarik balik oleh menteri

Kerajaan hari ini menarik Rang Undang-undang (RUU) Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) yang menghalang penukaran agama sepihak ketika ia berada di peringkat bacaan kedua.
Keputusan itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat hari ini.
Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan mengapa ia ditarik balik.
RUU itu disenaraikan pada nombor ke-10 dalam kertas aturan mesyuarat hari ini.
Ia dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada November tahun lalu dan ditangguhkan untuk kali kedua hari ini.
Kali pertama ia ditangguhkan di peringkat bacaan kedua ialah pada 6 April lalu.
Pindaan ke atas akta berkenaan dibuat bagi mengelak amalan penukaran agama anak-anak secara unilateral (persetujuan sebelah pihak).

Peneroka akui terpaksa meminjam Felda demi kelansungan hidup


Kebanyakan pinjaman yang dibuat oleh peneroka Felda adalah untuk memastikan mereka dapat menjalani kehidupan selesa sementara menunggu hasil tuaian pertama tanaman sawit.
Timbalan Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Sulong Jamil Mohd Shariff berkata, pinjaman sara hidup bagi menjalankan projek tanaman sawit merupakan hutang paling lazim diambil peneroka Felda.
Peneroka Felda"Ada hutang peneroka mencecah sehingga ratusan ribu ringgit kerana selain hutang kos operasi, mereka juga telah mengambil hutang sosial.
"Dakwaan peneroka Felda banyak berhutang dengan pelbagai jenis pinjaman luar adalah tidak benar, tetapi kebanyakan mereka berhutang pinjaman sara hidup dengan Felda biarpun Felda sebenarnya tidak menggalakkannya," katanya kepada Bernama.
Semasa sambutan Hari Peneroka pada 23 Julai lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan enam insentif untuk peneroka dan warga Felda antaranya dalam bentuk pelupusan hutang, bayaran insentif, kewujudan dana khas dan geran khas serta insentif perumahan.
Selain itu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan insentif pelupusan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 bagi setiap peneroka yang memilih untuk tanam semula melalui Felda melibatkan peruntukan keseluruhan RM519 juta.
Sulong Jamil menarik perhatian dengan berkata sekiranya Felda tidak menyediakan pinjaman sara hidup selepas pokok ditanam semula, terdapat peneroka yang mungkin sukar meneruskan kehidupan.
"Selepas pokok ditanam semula, jika tiada hasil, bagaimana mereka hendak teruskan kehidupan? Takkan mereka kena tahan segala benda dan selepas tiga tahun dapat hasil baru bernafas?" katanya.
Menurut Sulong Jamil lagi ketika ini terdapat sesetengah kawasan telah ditanam semula dengan pokok sawit untuk kali ketiga yang dilakukan setiap 25 tahun sekali.

SHAH ALAM JADI PENANDA ARAS UNTUK BN TAWAN SELANGOR, SEMBANG NAJIB


PERDANA Menteri Najib Razak yakin Barisan Nasional mampu menjadi kerajaan yang lebih baik di Selangor berbanding yang sedia ada.
Malah katanya, Shah Alam yang merupakan ibu negeri itu juga menjadi penanda aras untuk BN kembali merampas negeri itu pada pilihan raya akan datang.
“Tujuan saya tak lain tak bukan untuk menghantar satu mesej politik (iaitu) kalau Shah Alam ini merupakan ibu negeri Selangor kalau kita nak melakukan perubahan landskap politik negeri Selangor maka perubahan tersebut mesti lahir berputik berkembang dan menjadi gelombang kuat di Shah Alam,” katanya
Najib berkata, kesediaannya untuk hadir di kawasan Parlimen dikuasai pembangkang hari ini juga adalah sebagai satu isyarat politik bahawa akan berlaku perubahan kerajaan pemerintah di Selangor.
“Ungkapan  menang di Shah Alam menang di Selangor. Dalam demokrasi parlimen ia bergantung kalau orang putih cakap ‘is a game of number’ untuk jamin kemenangan,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Shah Alam hari ini.
Beliau berkata kerajaan pembangkang yang mentadbir Selangor hanya tahu menabur janji kosong namun gagal melaksanakannya.
Sebagai contoh katanya polisi pendidikan percuma yang diperjuangkan tidak pernah berlaku di negeri itu malah yuran pembelajaran institusi pendidikan bawah kerajaan negeri didakwa lebih mahal.
“Salah satu janji ppembangkang ada PRU dulu adalah nak bagi pendidikan percuma. Tetapi hari ini Unisel (Universiti Selangor) pun belum percuma,” katanya.
Najib berkata, manifesto pembangkang untuk memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) juga tidak mungkin berlaku.
“Sebab itu kita kena beritahu (rakyat) pembangkang banyak bohong. Banyak janji mereka tak dilaksana konon nak hapus GST. Itu semua Bidaah. Mana mungkin nak tarik balik hasil negara RM42 bilion.
“Oleh itu BN Selangor akan membentangkan manifesto terbaik dengan pelaksanaan yang relevan tanpa janji tidak masuk akal seperti mana pembangkang,” katanya.

Kisah Di Sebuah Negara Kleptokrasi / Pencuri..

Penyangak #MO1 masih terus bernafas bebas ke sana ke mari tabur dedak selagi boleh.

Inilah Tanahairku..

NOTE: Dah tinggal beberapa hari saja lagi tarikh luput 5 hari waktu bekerja utk #1MDB & MOF Malaysia bg melangsaikan bayaran denda tertunggak kira-kira RM2.6 bilion kpd IPIC yg sepatutnya dibayar pd akhir 31 Julai lalu..

KALAU TAK BAYAR JUGA.. maka akan bertambahlah denda yg bakal dikenakan lagi..

Sampai bila NAK PERBODOHKAN RAKYAT..!!

WOWW !!!.. Rosmah ke London dpt beri peluang anak PERMATA masuk 'Oxford' ??!

Sampai bila NAK PERBODOHKAN RAKYAT..!!

Adakah jika Rosmah tak ke London anak-anak di bawah program PERMATA nanti TAK DAPAT peluang memasuki Universiti Oxford ker??!

Siapa Zahid Hamidi sebenarnya..?


Zahid masih ingat perbuatan kejam Tun M..!!!! sembang Najib

Kerajaan akan heret pengkhianat Felda ke mahkamah sembang Zahid

SG.KLAH:MAZLAN ALIMAN-DIALOG ISU FELDA BERSAMA PENEROKA YG DIHARAM JADAHKAN OLEH NAJIB RAZAK

RAFIZI RAMLI: NAJIB RAZAK TIPU KOS SEBENAR HUTANG MRT YG AKAN DIBAYAR OLEH RAKYAT

RAFIZI RAMLI (TROLAK): SEBAB KALAH SAMAN KEPADA SHARIZAT NFC(JELAJAH BINA SEMULA NEGARA)

Pegawai Khas Timb Menteri Pukul Pemuda PH Kelantan

Tiada siapa sangka Najib jadi macam ‘Jekyl and Hyde’, kata Mukhriz


Tiada siapa sangka Najib jadi macam ‘Jekyl and Hyde’,  kata Mukhriz
Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir berkata Najib Razak dilihat sebagai pemimpin hebat, celik politik dan petah bercakap, tanpa diketahui beliau seperti “Jekyl and Hyde”. 
TIADA siapa dalam kalangan penyokong Najib Razak sebagai perdana menteri selepas Abdullah Ahmad Badawi menyangka beliau jadi pemimpin seperti “Jekyl and Hyde”, kata bekas menteri besar Kedah Mukhriz Mahathir.
Mereka yang menyokongnya termasuk Mukhriz menyangka Najib akan membawa kepimpinan “dengan prinsip dan ketelusan seperti bapanya”, merujuk kepada perdana menteri kedua Abdul Razak Hussein.
“Kami menaruh harapan tinggi padanya. Dia pemimpin yang hebat, celik politik dan petah bercakap...tiada siapa pun sedar ada situasi Jekyl and Hyde di sini,” katanya yang kini timbalan presiden parti pembangkang, Bersatu.
Dalam satu temubual dengan The Malaysian Insight, beliau menceritakan mengapa dirinya menjadi seorang yang menentang lelaki yang disokong menjadi perdana menteri selepas Abdullah, yang dipaksa meletakkan jawatan selepas pencapaian pilihan raya yang teruk pada 2008.
Dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang timbul pada 2015, Najib berubah di mana beliau sanggup beri gula-gula kepada sesiapa yang dia mahu, dan tidak teragak-agak mengetepikan siapa yang mengkritiknya, kata Mukhriz ketika ditemui di pejabat Bersatu Alor Setar pada Jumaat.
Bagi seseorang yang dipaksa melepaskan jawatan sebagai ketua negeri asalnya dan kemudian dipecat daripada Umno kerana mengkritik presidennya, Mukhriz tidak berdendam terhadap bekas partinya itu.
Menerusi temu bual itu, Mukhriz, 52, bercerita mengenai sayangnya kepada Umno dan BN.
Walaupun boleh menamatkan pemerintahan BN di Kedah, Muhkriz berkata beliau memilih untuk tidak membubarkan dewan undangan negeri apabila kalah dalam undi tidak percaya Adun, kerana BN akan tewas jika pilihan raya diadakan.
“Saya tidak mampu lakukannya,” katanya.
Tidak seperti bapanya Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz lebih kepada CEO berbanding ahli politik yang penuh dendam.
Persamaan yang ada pada bapa dan anak ini ialah sikap yang lemah lembut dan mempunyai matlamat sama untuk menamatkan pemerintahan BN.
“Pengajaran paling sukar buat saya adalah menyedari hakikat kemungkinan berada dalam kerajaan dan bercita-cita berkhidmat untuk rakyat, namun kuasa itu tidak boleh menunaikan janji mereka,” katanya.
Tetapi beliau menegaskan tidak akan melakukan perkara yang berbeza atau kurang kritikal, walaupun ia bermakna ia akan mengekalkannya sebagai MB.
"Tidak, saya tidak fikir begitu. Orang yang mengenali saya pasti tahu itu bukan gaya saya. "

KENAPA HANYA KEKAYAAN KELUARGA TUN MAHATHIR SAJA MAHU DISIASAT?

Hanya kerana Tun Mahathir Mohamad membangkitkan persoalan bahawa Ahmad Zahid Hamidi pernah melaporkan kekayaan sebanyak RM230 juta kepadanya pada tahun 1996 iaitu ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO dahulu, desakan kini menyusul agar kekayaan keluarga bekas Perdana Menteri itu pula diselongkar.

Kenapa hanya kekayaan keluarga Tun Mahathir saja mahu disiasat?
Siasatlah juga kekayaan keluarga Hishammuddin Hussein dan  Nazri Aziz yang nampaknya begitu lantang membuat desakan itu, selain keluarga Zahid Hamidi sendiri dan lain-lain pemimpin UMNO.

Berapa agaknya kekayaan keluarga Hishammudin, Nazri dan lain-lain pemimpin UMNO?

Jika pada tahun 1996, kekayaan Zahid Hamidi dilaporkan sebanyak RM230 juta, berapakah jumlahnya sekarang?

Dan yang paling wajib disiasat kekayaannya tentunya ialah keluarga Najib  Razak sendiri.

Selain yang diketahui dan diakuinya ada RM2,600 juta pernah masuk ke akaun peribadinya, berapa jumlah kekayaan Najib yang sebenar-benarnya?

Untuk berlaku adil, tidak memadai kekayaan semua mereka itu disiasat oleh SPRM semata-mata, tetapi sebaiknya oleh sebuah badan penyiasatan bebas serta hasilnya mesti didedahkan kepada pengetahuan umum.

Ada berani?