Ahad, 6 Ogos 2017

Ahli parti bayar kos guaman kes saman Hadi di UK, kata PAS


Ahli parti bayar kos guaman kes saman Hadi di UK, kata PAS
PAS berjaya mengutip lebih RM200,000 semasa muktamar parti pada April lalu dan berharap dapat mengumpul sehingga RM5 juta bagi menampung kos guaman kes saman fitnah presidennya Abdul Hadi Awang di United Kingdom. 
PAS menegaskan ahli partinya membayar kos guaman yang mengendalikan kes saman fitnah Presiden Abdul Hadi Awang di United Kingdom (UK) terhadap laman sesawang pemberi maklumat Sarawak Report.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, parti mengutip sumbangan daripada ahlinya bagi menampung kos perundangan yang diperlukan.
"Kami mengutip lebih RM200,000 di muktamar kami pada April. Kami menyasarkan untuk mengumpul sehingga RM5 juta, kerana kami tahu kosnya akan mahal," katanya kepada The Malaysian Insight hari ini.
Idris diminta mengulas kenyataan pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown yang mempersoalkan bagaimana PAS membayar kos guaman di UK, di mana saman fitnah sangat mahal.
Beliau mengatakan saman itu boleh menelan kos sehingga RM600,000 dan bertanya siapa yang membayar peguam Hadi di Carter-Ruck.
Wartawan berpangkalan di London, yang menulis mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu berdepan saman di atas artikel pada Ogos lalu yang menuduh Hadi menerima rasuah RM90 juta daripada Perdana Menteri Najib Razak sebagai balasan sokongannya.

Mengapa rakaman Zahid-Dr M belum didedahkan, soal Kit Siang

Beliau berkata Zahid dan Dr Mahathir dikatakan mempunyai salinan rakaman pertemuan mereka dan ia perlu dimainkan supaya semua orang tahu apa yang dibincangkan.
kit-siang-mahathir-zahid-2
PETALING JAYA: Dedah rakaman pertemuan antara bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang membuat seruan itu susulan kontroversi dakwaan Dr Mahathir yang mereka membincangkan mengenai menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu mesyuarat yang diadakan selepas Zahid dilantik menjadi timbalan perdana menteri pada 2015.
Lim berkata Zahid pertama sekali mengatakan beliau ada rakaman pertemuan itu.
“Malah, beliau kata Dr Mahathir juga ada salinan rakaman yang sama,” katanya dalam kenyataan.
“Jika benar, mengapa rakaman pertemuan Dr Mahathir-Zahid belum dimainkan supaya semua orang tahu apa sebenarnya yang dibincangkan, jika benar Zahid dan Dr Mahathir mempunyai merakam perbincangan mereka itu pada 2015?”
Zahid mengakui ada bertemu Dr Mahathir beberapa hari selepas pelantikannya, tetapi menafikan dakwaan ia bertujuan untuk menjatuhkan Najib.
Dalam ucapannya kepada perwakilan Umno Jerlun Jumaat lepas, Zahid berkata beliau menyimpan rakaman pertemuan itu.
“Saya ingin katakan, ia berlaku atas keizinan perdana menteri selepas 10 hari saya dilantik sebagai timbalan perdana menteri.
“Jangan berbohong. Rakaman itu masih ada pada saya. Mereka mudah lupa, tetapi saya tidak lupa.”
Zahid menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang digugurkan kerana perbezaan mengenai skandal 1MDB.
“Bagaimana saya mahu jatuhkan perdana menteri selepas 10 hari saya dilantik?” soal Zahid.
Presiden Umno hari ini berkata beliau tidak percaya dakwaan Zahid berkonspirasi untuk menggulingkan beliau, menganggapnya sebagai tidak masuk akal.
“Tak masuk akal lepas jadi timbalan perdana menteri minta guling saya. Tak mungkin dan tidak betul. Satu fitnah sama sekali,” kata Najib.
“Kita jangan berlegar cerita begini. Percayalah kepimpinan Umno kukuh dan saya tetap yakin dengan Zahid, habis cerita,” katanya dalam ucapan pembukaan Mesyuarat Perwakilan Umno Shah Alam di Seksyen 18 di sini.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyeru ahli Umno supaya bersatu kerana dakwaan itu cubaan Dr Mahathir untuk memecah-belahkan kepimpinan parti menuju pilihan raya umum ke-14.

Jangan derhaka Umno, pesan Najib pada Dr Mahathir

Najib berkata, meskipun berbeza pendapat dengan beliau, Dr Mahathir tidak harus mengkhianati Umno.
najib-mahathir-umno
Dalam kritikan terbaharu hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengingatkan Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak menderhaka dan mengkhianati Umno walaupun kedua-dua mereka ada krisis pendapat.
“Yang aneh bekas pemimpin 22 tahun, kalau ada masalah dengan saya, jangan sampai dia derhaka dan khianati Umno.
“Beza pendapat biasa. Tetapi dalam sejarah, siapa tidak tahu dia (selalu) beza pendapat. Zaman Tun Hussein Onn (perdana menteri ke-3) dia gaduh, dia kutuk. Cuma tidak terbuka tetapi saya tahu.
“(Zaman) Tun Abdul Razak (perdana menteri ke-2) jer tak sempat. Dia tunggu anak dia pula,” katanya dalam ucapan pembukaan Mesyuarat Perwakilan Umno Shah Alam di Seksyen 18 di sini.
Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003 kini menjadi pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan membentuk kerjasama dengan bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah dipecat beliau, bagi menundukkan parti yang pernah dipimpin beliau.
Beliau keluar Umno tahun lalu sebagai tanda memprotes kepimpinan Najib. Dr Mahathir pernah mengambil pendekatan yang sama semasa era kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Selepas keluar Umno, beliau bersama bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menubuhkan PPBM, yang kini merupakan salah satu komponen PH.
Najib juga berkata, usaha Dr Mahathir untuk melaga-lagakannya dengan timbalannya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak akan berjaya.
“Sama seperti dia gagal untuk membawa undi tak percaya di Parlimen. Dia tidak faham saya dan Zahid bukan baru ini berkawan,” kata beliau.
Bulan lalu, Dr Mahathir menegaskan pendiriannya tidak akan kembali ke pangkuan Umno jikapun Najib tidak lagi menjadi perdana menteri selepas pilihan raya umum akan datang.

1MDB GAGAL BAYAR HUTANG LAGI


SESIAPA saja yang mengikuti perkembangan ekonomi negara tentu sudah tahu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah gagal bayar balik hutang AS$602.73 juta (kira-kira RM2.56 bilion) kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) Isnin lalu.
1MDB adalah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan manakala IPIC yang diniagakan di bursa saham Inggeris di London adalah milik kerajaan Abu Dhabi.
1MDB bagi alasan duit untuk bayar balik hutang itu sedang dikumpulkan melalui proses rasionalisasinya dan memohon agar IPIC bagi sedikit masa.
Inilah masalah 1MDB. Berniaga dengan berhutang besar tapi tidak jana hasil yang cukup untuk bayar balik. Dalam itu pula berlaku penyelewengan yang luar biasa di dalam dan luar negara.
Macam kata Tan Sri Abdul Wahid Omar masa jadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, perniagaan 1MDB tak lestari. Dia kata, dengan modal yang rendah dan hutang yang tinggi, perniagaan 1MDB tidak lestari dari awal-awal lagi.
Kita semua sudah tahu yang hutang 1MDB, macam dibagi tahu oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Parlimen (PAC), telah naik melebihi RM50 bilion pada awal  2016.
Kita pun sudah dengar macam mana 1MDB telah jual atau gadai harta yang didapatinya dengan harga murah daripada kerajaan macam tanah Tun Razak Exchange (TRX) di Jalan Tun Razak dan bekas Pangkalan Tentera Udara Diraja (TUDM) di Sungai Besi.
Tapi duit yang ia dapat tak cukup juga untuk bayar balik hutang hingga kerajaan, melalui Kementerian Kewangan, terpaksa ambil alih atau bagi jaminan.
Dalam kenyataannya, 1MDB kata duit untuk bayar balik hutang IPIC itu patutnya masuk bulan lepas tapi tak masuk sebab ada kelulusan yang perlu diperoleh. Ia merayu kepada IPIC agar diberi tempoh hingga penghujung bulan ini.
Tapi IPIC kata, 1MDB hanya ada tempoh lanjutan lima hari kerja seperti termaktub dalam perjanjian. Selepas tempoh itu, IPIC kata denda dan tindakan-tindakan lain akan dikenakan.
Kita tidak tahu macam mana dan dari mana sebenarnya 1MDB akan dapat duit untuk bayar balik hutang yang begitu banyak. Macam mana kita nak tahu kalau semua perkara berkaitan 1MDB adalah rahsia sehingga di Parlimen pun tak boleh bahas.
Cuma, seperti saya katakan berulang kali, kita harap duit negara dan rakyat jelata tidak lagi diambil secara sah atau haram untuk kambus hutang 1MDB. Secara kebetulan pula, Bank Negara baru saja menjual bon 20 tahun bernilai RM2.5 bilion iaitu hampir bersamaan dengan hutang 1MDB itu.
Tawaran bon itu ditutup 4 Ogos.
Bayaran balik RM2.56 bilion itu hanya separuh daripada hutang yang 1MDB kena bayar balik kepada IPIC tahun ini. Separuh lagi kena dilangsaikan hujung tahun ini.
Kesan kegagalan 1MDB bayar balik hutang IPIC adalah sangat besar dan berbahaya. 1MDB mungkin diseret sekali lagi ke mahkamah timbang tara antarabangsa sekali lagi dan penarafan mata wang, pelaburan dan pinjaman kita mungkin akan diturunkan.
Ambil contoh amaran bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada bulan Jun 2015. Dia kata, kalau masalah 1MDB tidak diselesaikan, kadar tukaran ringgit mungkin jatuh ke tahap tahun 1988 waktu Krisis Kewangan Asia.
Lebih kurang dua bulan kemudian, pada 12 Ogos ringgit jatuh ke bawah paras RM4 buat kali pertama sejak 1998 dan kekal sampai hari ini.

Pembangkang pembohong, tidak ada kredibiliti sembang Najib

Pembangkang tidak mempunyai persefahaman antara satu sama lain disebabkan itu tidak mengumumkan calon perdana menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas barisan pembangkang dengan mendakwa Pakatan Harapan (PH) tidak ada kredibiliti dan banyak berbohong kepada rakyat.
Najib mempersoalkan tindakan PH yang sehingga kini tidak mengumumkan nama calon perdana menteri jika mereka menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Lepas isytihar ketua umum, ada presiden dan macam-macam ada. Kalau kita nak beli barang di talian pun kita boleh lihat barang itu.
“Ini nak pilih perdana menteri pun kita tidak tahu siapa. Mana boleh. Sebab itu pembangkang tidak kredibiliti dan carca marba selagi tak tentukan bakal perdana menteri.
“Tak ada kredibiliti kalau nak rakyat pilih,” katanya dalam 1 program di Sekolah Menengah Kebangsaan Sha Alam, Seksyen 18 di sini.
Gabungan 4 parti dianggotai PKR, DAP, Amanah dan PPBM itu merancang bertanding di bawah 1 simbol pada pilihan raya umum akan datang.
Pada 14 Julai lalu, Majlis Presiden PH mengumumkan struktur kepimpinan baharu dengan menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umum, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden.

Hisham, Nazri mahu SPRM siasat kekayaan keluarga Dr M

Kata Hishammuddin, adalah tidak wajar hanya sebelah pihak yang didakwa sahaja disiasat manakala pihak membuat dakwaan tidak perlu berbuat apa-apa.
hishamuddin-nazri-mahathir
PETALING JAYA: Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein mahu pihak berkuasa menyiasat Tun Dr. Mahathir Mohamad dan ahli keluarganya berhubung kekayaan dimiliki bekas perdana menteri itu selama 22 tahun memerintah negara.
Kata beliau, adalah tidak wajar hanya sebelah pihak yang didakwa sahaja disiasat manakala pihak membuat dakwaan tidak perlu berbuat apa-apa.
Dipetik Utusan Online, beliau yang juga menteri pertahanan berkata, Dr Mahathir juga tidak sesempurna mana selama memerintah negara kerana bukan merupakan malaikat.
“Jangan kita sahaja menari mengikut rentak mereka. Tun Mahathir juga perlu disiasat (atas kekayaan dimilikinya dan ahli keluarga),” kata di Kangar hari ini.
Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Dr. Mahathir juga perlu sedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung aset bekas perdana menteri itu dan keluarganya seperti yang dilakukan oleh Ahmad Zahid.
Nazri, menteri pelancongan dan kebudayaan berkata, adalah tidak adil hanya timbalan perdana menteri sahaja yang disiasat berhubung tuduhan memiliki wang sebanyak RM230 juta yang dilemparkan oleh Dr Mahathir.
“Kalau Ahmad Zahid berani untuk nyatakan dia rela disiasat, saya rasa tidak adil kalau beliau sahaja yang disiasat, orang yang membuat tuduhan pun patut disiasat sebab anaknya kaya.
“Kita pun nak tahu anak beliau tiba-tiba jadi kaya,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Padang Rengas, Perak.

'Melayu perlu waspada dengan 'Si Kitol' dan 'Raja Mendeliar' sembang MT Umno

Orang Melayu di negara ini perlu berwaspada dengan mereka yang disifatkan sebagai 'Si Kitol' dan 'Raja Mendeliar' yang cuba memecahbelahkan perpaduan bangsa, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata telah menjadi sejarah bahawa dua pengkhianat itu merupakan punca kejatuhan Empayar Kesultanan Melayu Melaka dan orang Melayu hari ini perlu mengambil iktibar supaya tidak lagi mengulangi sejarah hitam itu dengan mempercayai individu sedemikian.
"Pada hari ini ada beberapa Si Kitol dan Raja Mendeliar sedang cuba menjahanamkan kerajaan Melayu yang ada pada hari ini, justeru kita kena tentang mereka," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Alor Gajah di Selandar di Jasin hari ini.
Turut hadir Ketua Umno Bahagian Alor Gajah Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan dan lebih 200 perwakilan persidangan itu.
Ismail Sabri berkata orang Melayu merupakan kumpulan majoriti dengan sekitar 60 peratus daripada penduduk negara ini, namun apabila berpecah sesama sendiri bangsa itu akan menjadi golongan minoriti.

"Lebih azab lagi apabila kita dipecahkan oleh bekas pemimpin parti kita (Umno), bayangkan semua strategi parti kita, semua rahsia tentu sahaja ada pada bekas pemimpin kita, kerana perancangan kita dahulu pemimpin ini yang buat,” katanya.
Ismail Sabri berkata kerajaan pimpinan Umno berjaya mengurus rakyat dan negara selepas merdeka dengan cemerlang sekali, sehingga ramai rakyat dari negara lain yang merdeka sebelum Malaysia, datang berduyun-duyun mencari rezeki di sini.
Tambah beliau lagi, kerajaan dipimpin Umno berjaya membela orang Melayu antaranya dengan usaha membasmi kemiskinan tegar yang pada tahap 60 peratus sebelum merdeka dan kini pada kadar kurang satu peratus.

Siapa boleh jawab...??!


MENTERI UMNO KATA...

"Kita tidak bantu orang jika orang itu tidak datang kepada kita, setakat ini, mereka tidak datang ke Kementerian Kewangan, jadi kita tidak akan masuk campur dalam perkara ini buat masa ini," - Menteri Kewangan II

APA.. ???
"..mereka tidak datang ke Kementerian Kewangan"

JANGAN PERBODOHKAN RAKYAT !!!
Abes tu Najib Menteri Kewangan datang ke 'PUTARJAYA' masuk kementerian mana??

Kementerian 'PERMATA-ROSMAH' kah ??!

Di negara yang tidak ada AMENO....

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menandatangani satu rang undang-undang bagi memberikan pendidikan percuma kepada semua pelajar di peringkat pengajian tinggi di negara itu.

Sementara itu di Malaysia yang ada AMENO....
Perdana Menteri M'sia, Najib Razak di bawah pemerintahannya suruh pelajar buat hutang PTPTN sampai berpuluh-puluh ribu ringgit..

Inilah Malaysia ku..

MANA PERGINYA DAH KUTIP CUKAI #GST LEBIH RM40,000,000,000 (RM40 BILION) SETIAP TAHUN ITU ??!

Umno Dipenuhi Orang Bodoh......

Kenapa Najib gemar bawa masuk menteri-menteri sebegini ke dlm kabinet dapur nya??!

RAFIZI RAMLI (SITIAWAN) : NASIB MALANG TENTERA & PESARA TENTERA(JELAJAH BINA SEMULA NEGARA

NIK AMAR KATA TUN MAHATHIR TIUP LILIN PUN TAK MAMPUS TAPI TERINGIN NAK JADI PM

NIK AMAR: SEKARANG TUN MAHATHIR KENTUT KAT MUKA PUN PEMBANGKANG BARU SENGEH

NIK AMAR KATA PKR,DAP TOLOL & BODOH MENGALAHKAN LEMBU,TAK RETI BERPOLITIK

Hanipa tak jadi ucap tahniah pada PAS

Pemimpin atasan PAS dinasihat tidak menjaja cerita kepada anggota bawahan kononnya presiden mereka sudah memenangi perbicaraan saman ke atas portal Sarawak Report.
Anggota Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, menjelaskan sebenarnya perjalanan perbicaraan itu masih jauh dan apa yang berlaku semalam masih di peringkat sangat awal.
Kata Hanipa sebenarnya perbicaraan belum pun bermula dan PAS tidak memenangi perbicaraan penuh, sebaliknya ia masih di peringkat pengurusan kes.
"(Sebenarnya) permohonan Sarawak Reort untuk meminta PAS membayar apa yang dipanggil security for cost ditolak mahkamah dan seperti yang diduga portal itu diperintah untuk membayar kos kepada parti suci sebanyak sebanyak £15,000 (RM83,719).
"Saya harap parti suci tidaklah menjual (cerita) pada orang kampung di bawah yang ia sudah menang bicara. Belum lagi..." katanya hari ini.
Itu hal lumrah
"Parti suci" yang digunakan Hanipa istilah sinis yang merujuk kepada PAS.
Hanipa yang pernah menjadi pengerusi biro undang-undang PAS menulis begitu sebagai mengulas "perkembangan positif" saman Abdul Hadi ke atas editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.
Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, menjelaskan Clare diperintah mahkamah London untuk membayar presiden PAS itu sekurang-kurangnya £15,000.
Mahkamah pada 2 Ogos lalu dilaporkan memihak kepada Abdul Hadi selepas Clare meminta deposit wang sebagai jaminan keselamatan, sekiranya presiden PAS itu kalah dalam kes berkenaan.
Ahmad Shamsuri berkata mahkamah juga telah menerima tawaran Abdul Hadi untuk membayar RM80,000 sebagai deposit keselamatan.
Kata Hanipa (gambar) apabila membaca laporan disiarkan Malaysiakini semalam beliau bercadang mahu menulis ucapan tahniah kepada PAS kerana menang dalam saman berkenaan.
Kita saja nampak besar
Bagaimanapun, selepas membaca kandungan penuh berita itu, kata Hanipa, apa yang difikirkan pada awalnya berbeza daripada keadaan sebenar.
Kata Hanipa memang menjadi lumrah dalam kes saman sivil pihak seperti Sarawak Report memohon pihak luar dari United Kingdom (UK) membuat bayaran jaminan.
Menurutnya keadaan sama juga berlaku di Malaysia jika peguam di sini mewakili pelanggan tempatan menyaman pihak luar negara yang tidak tertakluk kepada perundangan di sini.
"Asas security of cost yang didepositkan di mahkamah adalah pihak seperti Sarawak Report ingin memastikan jika pihak luar kalah dalam perbicaraan dan diperintah membayar kos, ia masih terjamin walaupun arahan itu diingkari," katanya.

NURUL IZZAH: "PENTING SIK ORANG MUDA UTK ESOK"-SESI TEH TARIK & BORAK SANTAI

RM42.8 juta gagal dikutip, Kerajaan BN Johor terus gadai aset negeri



laporan audit 2016Laporan Ketua Audit Negara 2016 yang menyatakan terdapat sebanyak RM42.8 juta hasil gagal dikutip oleh Kerajaan Negeri Johor membabitkan Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor (UPENJ) membuktikan kerajaan BN terus menggadai aset negeri.
Kegagalan dalam kutipan ini adalah berpunca daripada Projek Ladang Hutan (PLH) yang membabitkan sebanyak 73888.8 hektar (182579 ekar) yang melibatkan tanah Hutan Simpan Kekal (HSK), Cadangan Hutan Simpan Kekal (CHSK) dan tanah kerajaan daerah Kluang, Segamat, Kota Tinggi dan Mersing.
Dzulifly Ahmad Amanah JohorMenurut Timbalan Pengerusi AMANAH Negeri Johor, Dzulkefly Ahmad, PLH yang dijalankan di negeri ini adalah melibatkan proses menghutankan semula tanah hutan terosot untuk dijadikan bekalan kayu untuk perabot di negeri Johor.
Menurut beliau lagi, terdapat sepuluh syarikat yang diberikan hak untuk menguruskan projek di kawasan hutan ini dengan tujuan untuk menanam semula pokok bagi memperbanyak industri kayu di negeri itu.
"Matlamat PLH pada asalnya adalah untuk menghutankan semula kawasan hutan terosot tanpa melibatkan perbelanjaan kerajaan negeri di samping tidak bergantung kepada bekalan kayu dari hutan asli sahaja bagi menjamin kelangsungan industri perabut di Johor.
"10 pengusaha telah dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi melaksanakan PLH bagi tempoh antara 30 hingga 60 tahun bermula dari tahun 2001 - 2009. Pengusaha akan menanam Pokok Getah Balak (Timber Latex Clone), pokok Akasia serta lain-lain pokok hutan," kata Dzulkefly.
Beliau berkata, terdapat enam buah syarikat pengusaha yang tidak membayar Permit Penggunaan, dua pengusaha pula tidak membayar 'Tapping Right' dan dua syarikat lagi tidak membayar Hak Penggunaan yang sekaligus membawa sangsi kepada tindakan yang berlaku ini.

Pengarah di 20 agensi: Sejauh mana efektif KSU Perbendaharaan?

Kedudukan sebagai pengarah di 20 agensi menimbulkan banyak persoalan, termasuk sama ada Irwan dapat memainkan peranan yang pelbagai dengan berkesan.
Irwan-Siregar-dapKementerian Kewangan baru-baru ini mengesahkan ketua setiausahanya Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah merupakan pengarah di sekurang-kurangnya 20 entiti kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Ini menimbulkan banyak persoalan, termasuk sama ada Irwan dapat memainkan peranan yang pelbagai dengan berkesan.
Satu lagi isu yang dibangkitkan, antaranya Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengemukakan soalan kepada kementerian kewangan di Dewan Rakyat minggu lalu, berapa banyak yang dibayar kepada Irwan.
Menurut pegawai tinggi peringkat dalam GLC, yang bercakap dengan FMT dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, seorang pengarah bukan eksekutif biasanya tidak menerima gaji tetap.
Bagaimanapun, mereka menerima ganjaran dan elaun untuk antara lain kerana mesyuarat mereka sertai, yang biasanya berlangsung setiap 2 atau 3 bulan, kata pegawai itu.
Kementerian kewangan tidak mendedahkan jumlah yang dibayar kepada Irwan, tetapi mengatakan pembayaran itu “selaras dengan tanggungjawab dan risiko yang dilakukan” oleh beliau sebagai pengarah.
Kok bagaimanapun memberitahu FMT beberapa GLC menyediakan elaun mesyuarat sehingga RM3,000 bagi setiap kehadiran.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua, sebaliknya berkata, Irwan dengan sendiri yang harus mendedahkan jumlah beliau terima selaku pengarah di pelbagai agensi.
Walaupun pada prinsipnya, “jika kedudukannya sebagai ketua setiausaha perbendaharaan memerlukan beliau duduk di Lembaga GLC, beliau tidak boleh menerima bayaran daripada syarikat terbabit,” kata Pua kepada FMT.
Walaupun kebanyakan orang tidak mempunyai isu dengan soal kemahiran melakukan pelbagai tugas, ada yang mengatakan keadaan itu akan membebankan seseorang yang memikul begitu banyak tanggungjawab.
“Bagaimanakah seseorang boleh memegang banyak jawatan pengarah? Menjadi ketua setiausaha di kementerian dengan sendiri sudah sibuk. Jadi bagaimana dia boleh memainkan peranan pengarahnya dengan berkesan dalam banyak GLC?” soal Kok.
Tan Sri Ramon Navaratnam yang pernah berkhidmat di Perbendaharaan selama hampir 30 tahun menyatakan pandangan yang sama.
Beliau berkata 20 pengarah adalah “terlalu banyak” dan ia akhirnya boleh menjejaskan keupayaan Irwan untuk menghabiskan masa yang berkualiti dan memberikan perhatian yang cukup ke atas isu-isu yang dibawa kepadanya.

Pegawai khas timbalan menteri buat kecoh di sidang media pemuda PH



Mohd Shahrizal ShamsudinPegawai khas kepada Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yakub mencetuskan kekecohan di majlis sidang media pemuda Pakatan Harapan di Machang pagi tadi.
Menurut Setiausaha Pemuda Amanah Kelantan, Mohd Syahidul Amri Khairuddin, beliau dan Ketua Armada Bersatu Kelantan dipukul oleh Mohd Shahrizal Shamsudin (gambar kiri) sebaik selesai sidang media di perkarangan pejabat Majlis Daerah Machang.
"Kami sudah membuat laporan polis tentang insiden ini," katanya.
Sebelum itu Pemuda Pakatan Harapan (PH) Kelantan pada sidang media itu mempersoalkan pembinaan bangunan-bangunan untuk kegunaan awam yang didirikan di atas tanah milik keluarga Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan.
Armada Kelantan Asran AliasKetua Armada Bersatu Kelantan, Asran Alias (gambar kanan) yang mengadakan sidang media di perkarangan Majlis Daerah Machang pagi tadi berkata pihak pemuda PH telah menyemak status tanah Lot 3946 & 985, Mukim Bakar melalui satu cabutan bertarikh 12 Julai 2017.
"Hasilnya kami mendapati terdapat beberapa bangunan untuk kegunaan awam didirikan di atas lot lot berkenaan.
"Pemilik kepada tanah tersebut adalah (Datin) Wan Norizan binti Wan Ismail yang dikenal pasti isteri kepada Datuk Ahmad Jazlan," katanya.
Menurutnya setelah disiasat didapati pembinaan bangunan tersebut adalah tidak sah dari segi undang-undang.
"Pihak tuan tanah tidak mematuhi dua akta besar iaitu Seksyen 19 Akta Perancang Bandar & Desa 1976 iaitu semua pembangunan yang dijalankan dalam satu kawasan perlu mendapat Kebenaran & kelulusan daripada PBT.
"Juga dilanggar Seksyen 70 Akta Jalan Parit & Bangunan 1974 yang memperuntukkan bahawa sesiapapun tidak dibenarkan mendirikan bangunan tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada PBT.
"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku di atas tanah yang dimiliki oleh isteri kepada seorang Timbalan Menteri, tambahan ia adalah untuk kegunaan awam," katanya.
Lebih mengejutkan katanya terdapat sumber yang menyatakan ia dibina melalui Dana awam Kerajaan persekutuan.
"Kami mendesak pihak tuan tanah menyatakan sumber dana untuk membina bangunan-bangunan tersebut.

'Menikam' dengan kata

Maka, buku peribahasa bagi kanak-kanak sekolah, karangan Muhamad Yusof Mustafa dan dikeluarkan Lembaga Persuratan Kesatuan Guru-Guru Kelantan Chetakan Ketiga, 1957 dirujuklah.
  1. Pemimpin orang; bagai gunting makan dihujung (249).
  2. Pemimpin kita, bagai unta menyerah diri (250).
Jika dilakar menjadi ayat aktif yang bersinambungan, begitulah kira-kira kesan hirisan yang akan terasa.
"Pemimpin orang, bagai gunting makan dihujung sedangkan pemimpin kita; bagai unta menyerah diri."
Aah, tak mahulah pula saya disindir, bagai merak mengigau di tengah hutan!
Lagipun, takkan tumbuh padi jika yang ditanam itu lalang.
Hah! Inilah yang barangkali apa yang sering disebut ahli sebagai bahasa berkias. Tersentuhkah khalayak 2017 atau masih main pakai kira rempuh tak menentu; di mana tempat hujung jatuhnya?
Jangan tak jangan, orang zaman sekarang, rata-rata, main pakai redah tak tahu di mana kayu palang dan daun pintu. Langgar sesiapa sahaja yang lawan ikon misteri pujaan mereka asal saja "orang itu" mampu menyenduk nasi ke pinggan masing-masing.
Itu tak tahu, ini tak tahu. Habis, nak jadi pengikut yang cerdik atau pemimpin yang baik lagu mana?
Dalam kamus bidalan Melayu, tersimpan terlalu banyak kias dan bidalan yang berkebijakan. Menyaksikan pebagai versi kata-Δ·ata bijak orang Melayu tinggalan nenek moyang terdahulu, kita sesungguhnya mempuyai cukup potongan - atau cutting - untuk mampu menjadi sebuah bangsa besar - jika bersedia.
Kena buat sebab kita cukup syarat untuk muncul menjadi rajawali yang hebat dan bukan lalat yang tampil hina merempat lalu hinggap tak ke mana.
Falsafah pantun Melayu
Mari semak pula gesaan pantun Melayu:
Tanam kelapa di Pulau Bukum,
Tinggi sedepa sudah berbuah;
Adat bermula dengan hukum,
Hukum bersandar kitab Allah.
(Pantun Melayu Sastera Rakyat, hal 6)
Jika penghulu berkemenakan,
Itu menganjung meninggikannya;
Cerdik nan jangan dilagakkan,
Mungkin bingung kesudahannya.
(Langgam Sastera Lama, hal 170)
Pertama telok kedua pantai,
Ketiga dengan jamban dahulu;
Pertama elok kedua pandai,
Ketiga baik bangsa penghulu.
(Pantun Melayu, hal 11)
Baik-baik mengail tenggiri,
Jangan kena jambatan larangan,
Baik-baik menghina diri;
Jangan muka disapu arang.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda, hal 54)
Adalah diperhatikan, sepanjang merdeka hingga ke mari, fahaman dan ideologi feudalisme warga Melayu terhadap pemimpin Melayunya masih tak berubah. Watak sang setianya masih berputar-putar pada lilitan destar 'Tun Tuah'. Masih sama!

Kuasa politik pesong DEB, orang Melayu terpinggir

Peguam aktivis Azhar Harun tindakan 'memesongkan' DEB membawa kepada kelahiran 2 kumpulan orang Melayu - golongan minoriti elit yang semakin kaya dan majoriti miskin.
art-harun-malaysPETALING JAYA: Tindakan pihak menguasai politik ‘memesongkan’ Dasar Ekonomi Baru (DEB) membawa kepada kelahiran 2 kumpulan orang Melayu – golongan minoriti elit yang semakin kaya manakala majoriti miskin pula terus bergantung kepada dasar itu.
Mengulas artikel terbitan Straits Times Singapura yang mengatakan DEB yang diperkenalkan pada 1971, peguam aktivis Azhar Harun berkata, situasi itu telah membawa kepada sentimen layak dan “hak” di kalangan orang Melayu dan pemimpin mereka.
“Di sisi lain duit syiling adalah orang Melayu tegar yang saya rasa tidak merasakan soal hak kerana mereka tidak mendapat apa-apa,” kata beliau yang mesra dikenali sebagai Art Harun kepada FMT.
“Mereka mendapat makanan ayam tetapi mereka ketagih padanya dan mereka tidak boleh hidup tanpa (bahan itu).”
Art berkata, menurut Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu dan Bumiputera yang lain akan diberi layanan khas “sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh raja”.
“Mungkin sudah tiba masanya untuk kita mengkaji semula kewajaran ini,” kata beliau.
“Sebagaimana anda ketahui, pada tahun 2017, selepas banyak kajian, kita mungkin merumuskan 30% tidak mencukupi dan ia perlu dinaikkan kepada 35%. Atau untuk semua yang anda tahu, ia harus dikurangkan kepada 15%.
“Ia merujuk kepada peratusan sasaran DEB untuk pemilikan Bumiputera terhadap kekayaan negara.
“Poinnya, adalah untuk mengetahui apa yang munasabah pada tahun 2017. Dan, apabila Artikel 153 Perlembagaan mengatakan raja mesti memastikan semua perkara ini, anda perlu bertanya bagaimana raja akan melakukan perkara ini. Perlembagaan mengatakan raja bertindak atas nasihat. Nasihat daripada siapa? Perdana menteri atau Kabinet?
“Oleh itu, ia benar-benar menjadi kewajipan Kabinet untuk menentukan tahap kewajaran. Itulah cara bagaimana ia sepatutnya berfungsi.
“Sebaliknya, DEB telah dipesongkan oleh agenda politik, kronisme, nepotisme dan Ali Babaisme. Jadi ia tidak berfungsi.”
Art berkata, ketakwaan orang-orang yang diamanahkan dengan pelaksanaan Perkara 153 telah menyebabkan orang Melayu hilang kelebihan daya saing.
“Katakan kita buka semua pintu masuk universiti pada hari ini berdasarkan hanya merit, berapa ramai orang Melayu yang anda fikir akan dapat memasuki universiti?”
Beliau berkata, kegagalan Proton Holdings Berhad adalah 1 gambaran kepada kurangnya daya saing orang Melayu.

NAJIB PENTINGKAN DIRI, TERDESAK TERUS BERKUASA: ANWAR


SHAH ALAM – Pelantikan Tan Sri Md Raus Sharif sebagai Ketua Hakim Negara, disifatkan sebagai satu titik hitam dalam sejarah kehakiman dan perlembagaan negara ini.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelantikan Md Raus dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin sebagai Presiden Mahkamah Rayuan tetap diteruskan walaupun menerima bantahan daripada pelbagai pihak termasuk pakar perundangan tersohor, Majlis Peguam dan wakil-wakil rakyat.
“Paling jelas, Perlembagaan Persekutuan negara ini dengan terang tidak membenarkan pelantikan-pelantikan ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Kelmarin, Md Raus mengangkat sumpah Ketua Hakim Negara di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara.
Md Raus mula dilantik ke jawatan itu pada 1 April lalu, mengambil alih tempat Tun Arifin Zakaria yang bersara pada 31 Mac.
Anwar yang juga bekas ketua pembangkang berkata, ketetapan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Peguam pada 3 Ogos lalu termasuk pengisytiharan hilang kepercayaan terhadap Md Raus membuktikan, Majlis Peguam cukup prihatin terhadap pelantikan tersebut.
“Pelantikan ini menonjolkan sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang langsung tidak menghiraukan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dalam negara ini.
“Tindakan-tindakan ini hanya mementingkan diri sendiri dan menunjukkan betapa terdesaknya beliau untuk terus berkuasa ketika Malaysia dibelenggu skandal kewangan terbesar dalam sejarah negara,” dakwanya.
Sementara itu, Anwar turut mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan yang mengambil pendirian cukup kuat bagi menentang pelantikan melanggar perlembagaan itu.
“Marilah kita mengukuhkan iltizam dan bersatu bersama Pakatan Harapan untuk mengalahkan BN dalam usaha membangun dan memajukan negara serta berkhidmat demi rakyat, bukannya demi kelompok elit kecil yang tamak haloba, lagi tidak berprinsip,” katanya.

APA SALAHNYA TUN MAHATHIR NAK TUMBANGKAN KERAJAAN NAJIB?

Sewaktu Ahmad Zahid Hamidi menemui Tun Mahathir Mohamad pada awal Ogos 2015 iaitu kira-kira 10 hari selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, ketika itu bekas Perdana Menteri 22 tahun itu memang diketahui umum sedang gigih mahu menyingkirkan Najib Razak.

Beliau menarik balik sokongannya terhadap Najib bermula 18 Ogos 2014 berikutan prestasi Najib yang dinilainya lebih buruk berbanding Tun Abdullah Badawi serta mahukan Perdana Menteri mengambil iktibar daripada keputusan buruk BN pada pilihanraya 2013.

Jika tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Bukan saya tidak sayang pemimpin, tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya, ujar Tun Mahathir merasionalkan tindakannya itu.

Susulan penarikan balik sokongan itu, Tun Mahathir kemudian secara konsisten menggesa Najib meletakkan jawatan. Ketika itu Muhyiddin Yassin masih lagi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.

Oleh kerana Najib enggan meletakkan jawatan, usaha yang dirancang untuk menyingkirkannya ialah dengan cuba mengusulkan undi tidak percaya di Parlimen dan melalui memorandum kepada Yang Dipertuan Agong.

Bermakna, ketika Zahid Hamidi berjumpa Tun Mahathir dan beliau menceritakan dua langkah yang mahu diambil terhadap Najib itu, ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana sebelum itu sudah puluhan program untuk mendesak penyingkiran Najib sudah pun dihadirinya.

Yang menghairankan ialah buat apa Zahid Hamidi berjumpa dengan Tun Mahathir yang sudah pun diketahui umum bermusuh dengan Najib. 

Lebih menghairankan kerana dua tiga hari lalu, Zahid Hamidi juga mengatakan Tun Mahathir memang tidak berkenan dengannya sejak dulu lagi.

Apakah Zahid Hamidi berjumpa itu dengan tujuan agar Tun Mahathir jadi berkenan dengannya kerana ketika itu beliau sudah pun menjadi Timbalan Perdana Menteri dan hanya selangkah menjadi Perdana Menteri?

Setelah pertemuan itu terdedah, sebenarnya tidak perlu sama-sekali Zahid Hamidi mengajak Tun Mahathir bersumpah untuk membuktikan siapa yang mahu menjatuhkan Najib kerana bekas Perdana Menteri itu memang sudah diketahui mahu menyingkirkan Najib.

Apa yang peliknya dengan Tun Mahathir mahu menyingkirkan Najib dan adakah perbuatan itu suatu kesalahan?

Adakah menyingkirkan Najib sama dengan mahu menjatuhkan kerajaan?

Menyingkirkan Najib atau mana-mana Perdana Menteri, sama ada melalui desakan, tekanan, undi tidak percaya atau dengan menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong, ia bukanlah suatu kesalahan, malah dibenarkan oleh Perlembagaan.

Kami tinggalkan Malaysia demi masa depan anak dan keluarga

LEBIH 20,000 rakyat Malaysia berhijrah ke Australia antara 2010 hingga 2015, dan biarpun mereka tidak perlu secara rasmi menyatakan sebabnya, pendidikan yang lebih baik untuk anak serta hidup berkeluarga yang berkualiti dipetik sebagai alasan utama.
Inilah juga alasan yang diberikan suri rumah Lynn, 39, yang berhijrah ke Perth pada 2012 dan sejak itu bermastautin di sana.
Pendidikan berkualiti di Malaysia terlalu mahal, katanya, dan mereka juga tidak akan ada masa untuk bersama keluarga.
“Kami mahu pastikan dua perkara, untuk saya sebagai ibu supaya boleh bersama anak waktu mereka membesar dan bukannya serahkan kepada pembantu rumah, dan untuk ayahnya supaya boleh balik ke rumah pukul 6.30 atau 7 petang untuk makan malam dan menghabiskan masa dengan anak.
“Dua hal itu sangat susah hendak dibuat di Kuala Lumpur kerana kos sara hidup yang tinggi. Perlu ada dua pendapatan. Jadual kerja juga sibuk. Suami saya akauntan, biasa bekerja sampai 8-9 malam dan selepas redah jalan raya sesak, sampai rumah sudah 9-10 malam,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Suami Lynnn memegang kad penduduk tetap Australia sebagai pendatang berkemahiran manakala beliau memiliki visa pasangan. Katanya mereka tentu tidak akan berhijrah sekiranya keadaan di Malaysia lebih baik untuk mereka membesarkan anak.
“Kami seronok di Malaysia, masa itu kami berdua, dua-dua ada kerja yang stabil, ada rumah dan kawan rapat.
“Keadaan sekarang jauh daripada sempurna kerana jauh daripada kawan dan keluarga, tidak ada kerja dan tidak bebas dari segi kewangan, jaga anak dan buat kerja rumah sehari suntuk dan tidak dapat menikmati hal yang biasa seperti pergi berjalan setahun sekali dan iyalah, rindu tanah air.
“Tetapi pada peringkat ini, kami gembira kerana buat keputusan berhijrah terutamanya apabila tengok anak kami seronok di sekolah dan dia tidak sabar hendak ke sekolah setiap hari,” katanya merujuk kepada anak lelakinya yang berumur empat tahun.
Isu anak satu hal, pencemaran udara dan politik satu hal lain pula
Walaupun penduduk tetap Australia bukan warganegara, mereka tinggal, bekerja, belajar dan mendidik anak tanpa sebarang sekatan, kata Pengurus Khidmat Klien dari Australia Migration Agents di Malaysia, Paula Rajaratnam.
“Anda masih pegang pasport Malaysia tetapi anda jadi PR Australia. Jarang mereka yang berhijrah dapat kerakyatan,” katanya.
Menurut statistik Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan Australia, 4,290 rakyat Malaysia didaftarkan di bawah kategori penduduk tetap pada 2014-2015, iaitu mereka yang baru tiba untuk menetap di Australia dan mendapat status PR.
Angka tersebut, seperti yang ditunjukkan pada laman web jabatan itu, bagaimanapun paling rendah sejak 2008 ketika mana jumlah rakyat Malaysia yang berhijrah ke Australia meningkat. Sejak itu, rakyat Malaysia yang diberikan status PR mendatar pada sekitar 5,000 orang setahun. Ia meningkat sedikit kepada 5,906 pada 2012-2013, menurun kepada 4,666 antara 2013 dan 2014.
Menurut Paula mereka yang berhijrah tidak perlu mendedahkan alasan tetapi kebanyakan mereka yang berurusan dengannya mengatakan mahu memulakan hidup baru di Australia.
“Pasangan dengan anak kecil berhijrah kerana pendidikan. Mereka fikir pendidikan di sana lebih baik, dan kebanyakannya berhijrah demi masa depan anak.
“Di Australia, apabila dapat PR, anda akan dapat sama ada pendidikan percuma atau yang diberi subsidi dan pendidikan di sekolah awamnya bagus, tidak perlu hantar anak ke sekolah swasta,” katanya, dan menambah ada juga orang yang menggunakan keadaan politik dan ekonomi sebagai alasan berhijrah.

Siapa tanggung kos saman Hadi di London, soal pengarang Sarawak Report


Siapa tanggung kos saman Hadi di London, soal pengarang Sarawak Report
Clare Rewcastle-Brown, pengarang Sarawak Report yang banyak mendedahkan korupsi Malaysia kini berdepan dengan saman Presiden PAS Hadi Awang di London. 
PENGARANG Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown yang sedang berdepan saman fitnah daripada Presiden PAS Abdul Hadi Awang mempersoalkan sumber dana yang membolehkan pemimpin parti Islam itu mengambil tindakan undang-undang di London walaupun kos guaman di United Kingdom (UK) sangat tinggi.
Wartawan berpangkalan di London itu disaman kerana rencana diterbitkan Ogos lalu yang mendakwa Hadi menerima rasuah sebanyak RM90 juta daripada Perdana Menteri Najib Razak sebagai balasan memberikan sokongan kepada pentadbiran Najib.
Walaupun masa yang tinggal hanya kurang tiga minggu sebelum Rewcastle-Brown memulakan sesi pembelaan dirinya, peguam Hadi di UK masih enggan mendedahkan siapa yang menanggung kos kes itu, katanya.
“Mereka juga tidak menjelaskan mengapa anak guam mereka menyaman (saya) di London dan bukan Kuala Lumpur, di mana ramai orang pernah mendengar (nama) Hadi.
“Mungkin Hadi boleh mendedahkan sama ada beliau atau partinya yang mengeluarkan wang untuk kes yang mahal ini, yang pada peringkat ini sahaja boleh menelan belanja sekitar £100,000 atau RM600,000?” katanya dalam e-mel menjawab soalan yang diajukan The Malaysian Insight.
Rewcastle-Brown mempersoalkan perkara itu selepas mahkamah di London menerima tawaran Hadi minggu lepas untuk membayar wang pendahuluan RM80,000 sebagai jaminan sekiranya Hadi kalah dalam saman itu.
Rewcastle-Brown juga berkata semasa prosiding pengurusan kes itu pada 2 Ogos, beberapa orang pegawai daripada Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London hadir untuk mendengar dan mencatat nota tetapi tiada wakil PAS berada di situ, situasi yang menghairankannya.
Setiausaha politik Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar semalam dalam kenyataan menjelaskan kehadiran pegawai kedutaan itu dengan berkata:
“Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London juga menghantar wakil dalam prosiding ini, dan memaklumkan kehadiran mereka adalah sebagai pemerhati prosiding kerana banyak tuduhan politik yang dibuat terhadap perdana menteri dan kerajaan Malaysia serta badan kehakiman di Malaysia oleh Rewcastle-Brown dalam dokumen beliau yang dikemukakan kepada mahkamah,” katanya.

Wujudkan badan penasihat khas Agong, Majlis Raja-raja

Oleh itu, Abdul Aziz berkata keadaan ini perlu diubah dengan tegas dan segera bagi mengembalikan kegemilangan dan kesempurnaan hasrat Raja-raja memandangkan negara sudah mencapai kemerdekaan selama hampir 60 tahun.
Tan-Sri-Dr-Abdul-Aziz-AbdulPUTRAJAYA: Sebuah badan pengurusan struktur perlu diwujudkan sebagai penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang terdiri daripada pakar-pakar dalam hal ehwal agama Islam dan sosioekonomi semasa.
Cadangan itu dilontarkan Pengerusi Panel Perunding Perpaduan Ummah Majlis Dakwah Negara (PPPU-MDN) Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman memandangkan ketika ini tiada badan penasihat khusus untuk kedua-dua institusi yang menjadi tunjang negara itu.
“Perlu ada badan yang boleh menasihat Raja-raja supaya Raja-raja boleh menjalankan kuasa yang ada dengan sempurna,” katanya pada sesi dialog sempena Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat di sini hari ini.
Di peringkat negeri pula, Abdul Aziz berkata, fungsi majlis agama juga perlu dibahagikan kepada 2 iaitu hal ehwal keagamaan dan hal ehwal sosioekonomi orang Islam.
Beliau berkata berdasarkan kajian yang dijalankannya, peranan raja sebagai ketua agama Islam negeri terbahagi kepada 2 perkara berkenaan dan bukan hanya tertumpu kepada soal agama sahaja.
“Malangnya ketika ini skop tugas itu tertumpu kepada agama sahaja, jadi saya cadangkan fungsi majlis agama dibahagikan kepada 2 iaitu hal ehwal keagamaan dan hal ehwal sosioekonomi orang Islam,” kata Abdul Aziz.
Sementara itu, dalam kertas prosiding bertajuk Perlembagaan Malaysia: Peranan dan Bidang Kuasa Raja-raja, beliau berkata kuasa dan peranan tertinggi yang dipegang oleh Raja-raja sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan negeri-negeri serta perundangan negara, tidak difahami oleh rakyat.

Relevansi dan evolusi institusi Raja Berpelembagaan sebagai semak dan imbang


 
Menerusi Konvensyen Memperkukuhkan Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat yang dirasmikan Sultan Perak Raja Nazrin Muizzuddin Shah pada Sabtu, telah menekankan peri pentingnya relevansi dan evolusi pada institusi Raja berpelembagaan.
Institusi Raja yang telah berakar umbi lebih enam abad mempunyai landasan sejarah dan tradisi tersendiri setelah Tanah Melayu yang merdeka memilih untuk memeterai sistem pemerintahan beraja dalam bentuk acuan kontemperori bukan lagi feudal.
Sultan Nazrin Shah 2Ini membawa maksud raja berpelembagaan itu ditafsirkan sebagai raja yang mempunyai hak untuk menyampaikan nasihat dan pandangan; hak untuk memberi galakan dan dorongan; dah hak untuk memberi peringatan dan teguran.
"Raja yang arif tidak memerlukan sebarang tambahan kuasa jika ketiga-tiga hak ini berjaya dikendalikan secara bijaksana dan berhemah.
"Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab Raja Pemerintah memperlihatkan kepada warga akan relevansi institusi Raja terutama untuk memenuhi peranan semak dan imbang dalam urus tadbir kerajaan yang berpaksikan sistem raja berperlembagaan yang mengamalkan demokrasi berparlimen," titah Sultan Nazrin.
Titah Sultan Nazrin lagi, pemahaman rakyat terhadap institusi Raja bagaikan berada di dua penghujung, dikalangan yang menghargai relevannya, ada yang kabur akan peranannya.
"Demi memastikan imej dan peranan takhta terus kekal dinamik serta berdaya menangai tuntutan semasa, terutama dalam memenuhi mekanisma semak dan imbang, serta sebagai payung kesatuan dalam kepelbagaian, institusi Raja telah berulang kali dipohon, melandaskan paksi baharu serta melakarkan ruang peranan yang lebih relevan dalam era yang semakin berubah
"Takhta ketika ini berhadapan cabaran lebih kompleks dan perlu menyempurnakan cabaran lebih mencabar dalam orbit moden Malaysia.Berhadapan komposisi warga muda yang bertambah meningkat serta memiliki kepelbagaian idelaisme disamping terdedah kepada pengaruh globalisasi," titah Sultan Nazrin.
Mendalami intipati sebahagian ucapan Raja Nazrin ini, Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid  (Gambar kiri) berpandangan, dalam sebuah negara berperlembagaan jika Raja-raja tidak diletakkan dikedudukan yang tidak tepat ia akan tidak lagi relevan kepada rakyat.
"Untuk institusi Raja kekal relevan ia amat memerlukan satu pasukan sokongan yang sanggup memberi nasihat secara benar dan ikhlas bukannya 'rubberstamp'.
"Banyak penasihat yang mempunyai kepentingan sendiri maka nasihat mereka itu bertentangan dan tidak tepat dengan apa yang dikehendaki Raja-raja.
"Evolusi terhadap institusi Raja bukanlah secara drastik kerana ia tidak akan mengikut perkembangan evolusi institusi itu secara baik. Kita tidak mahu institusi Raja ini menjadi sebahagian rakyat tanpa kawalan kerana mengikut peredaran masa.
"Amat perlu juga Raja mempunyai 'privasi' untuk mengekalkan hubungan antara Raja dan rakyat supaya institusi ini tetap dipandang tinggi oleh rakyat.

'Bon Bank Negara RM2.5b untuk bayar hutang 1MDB RM2.56b?'


1MDB Bank Negara
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin mempersoal sama ada tindakan Bank Negara menerbitkan bon bernilai RM2.5 bilion ketika 1MDB tidak ada wang untuk membayar hutang kepada firma Abu Dhabi adalah kebetulan atau sebaliknya.
"Hutang tertangguh 1MDB RM2.56 bilion. Bon Bank Negara RM2.5 bilion. Kebetulan atau memang dirancang? Tempoh tutup bon Bank Negara 4 Ogos.
"Tempoh akhir 1MDB kena bayar adalah lima hari kerja bermula 1 Ogos (lebih kurang pada 6 Ogos). Kalau tak bayar juga, denda dan tindakan lain akan dikenakan," katanya dalam blognya kelmarin.
1MDB dilaporkan lewat membayar kira-kira RM2.56 bilion kepada International Petroleum Investment Co (IPIC) Isnin lalu.
1MDB mengatakan bahawa wang untuk membayar hutang itu adalah menerusi program rasionalisasinya, tapi terlewat disebabkan peraturan dan kelulusan, manakala Perdana Menteri mengatakan kelewatan itu adalah masalah teknikal yang tidak menjejaskan ekonomi.
“Adakah teknikal yang Najib maksudkan itu Bank Negara memerlukan masa untuk jual RM2.5 bilion bon dan serah duit itu kepada Kementerian Kewangan supaya Kementerian Kewangan boleh bagi kepada 1MDB untuk bayar kepada IPIC? Tak ramai orang percaya alasan rasionalisasi atau apa-apa pun hikayat daripada 1MDB,” kata bekas Ketua Pengarang New Straits Times itu.
Walaupun mengakui bahawa penjualan bon oleh Bank Negara dan pembelian bon oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP); Permodalan Nasional Berhad (PNB) atau bank lain sebagai perkara biasa namun beliau tetap mempertikai hutang yang dicipta 1MDB.
“Tapi kalau bon RM2.5 bilion itu adalah untuk bayar hutang 1MDB, ia bukan perkara biasa malah boleh dianggap kecuaian jenayah (criminal negligence) dalam pengurusan kewangan negara," katanya.

ZAHID HAMIDI KALUT SENDIRIAN?

Mula-mula Zahid Hamidi menolak dakwaan Tun Mahathir Mohamad bahawa kunjungannya ke rumah bekas Perdana Menteri bertujuan meminta sokongan untuk menjatuhkan Najib Razak.

Kata Timbalan Perdana Menteri, beliau ada rakaman berhubung pertemuan itu.

Kemudian, Zahid Hamidi bergerak selangkah lagi dengan mengatakan beliau sedia bersumpah laknat bagi menafikan dakwaan Tun Mahathir itu.
"Saya sedia bersumpah laknat di mana-mana masjid pun bahawa yang merancang untuk menjatuhkan Perdana Menteri adalah "orang itu" dan bukan saya," katanya.

Dalam masa yang sama, beliau juga mencabar Tun Mahathir untuk sedia bersumpah bersama-sama dengannya.
Tetapi, belum pun cabarannya berhubung sumpah laknat atau kenyataannya tentang memiliki rakaman itu mendapat respon daripada Tun Mahathir, Zahid Hamidi sendiri akhirnya tidak sabar-sabar melafazkan sumpah wala'nya kepada Najib.

"Wallahi, wabillahi, watallahi...selagi saya diberi kepercayaan, saya akan membantu YAB Presiden parti dan Perdana Menteri. 

"Saya akan terjemahkan ketaatsetiaan dan kerja keras saya untuk Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Insya Allah," demikian lafaz sumpah yang diikrarkan oleh Zahid.
Hanya dalam tempoh tidak sampai 24 jam, berturut-turut kenyataannya - daripada mendakwa memiliki rakaman, kemudian mencabar bersumpah dan akhirnya bersumpah sendirian tanpa menunggu pun jawapan daripada Tun Mahathir.

Kenapa sampai begitu sekali?

Mengapa kelihatan terlalu kalut, kelam-kabut dan tidak sabar-sabar untuk menunjukkan kesetiaan kepada Najib yang sebenarnya ia sudah pun dilafazkan berkali-kali sebelum ini.

Ada apa-apa ke?

Pelantikan Raus lebih teruk daripada pemecatan Salleh Abas, kata Nurul Izzah


Pelantikan Raus lebih teruk daripada pemecatan Salleh Abas, kata Nurul Izzah
Nurul Izzah menyifatkan kesan krisis lanjutan khidmat Ketua Hakim Negara Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinuddin akan dirasai seluruh rakyat Malaysia. 
NAIB Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyifatkan pelanjutan khidmat dan pelantikan semula Ketua Hakim Negara Md Raus Sharif “lebih teruk” daripada pemecatan Presiden Mahkamah Rayuan Salleh Abas pada 1988 ketika pentadbiran Dr Mahathir Mohamad.
Pemecatan itu mencetuskan krisis Perlembagaan 1988 dan ramai rakyat Malaysia merasakan pemecatan Salleh dan dua orang lagi hakim Mahkamah Persekutuan itu sebagai titik gelap dan permulaan kekangan kepada kebebasan institusi kehakiman Malaysia.
Ahli Parlimen Lembah Pantai dan anak Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim yang kini merengkok dalam penjara berkata, tindakan Perdana Menteri Najib Razak melantik semula Raus dan Presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinuddin tiada bezanya dengan tindakan Dr Mahathir dahulu.
“Ia pelanggaran melampau ke dalam (institusi) kehakiman kita,” katanya.
“Jelas sekali dia (Najib) mahu terus menekan (institusi) kehakiman. Najib bukan hanya cetuskan kemarahan ramai kerana keputusan itu, dia juga merendahkan (institusi) kehakiman Malaysia,” kata Izzah menyentuh mengenai pelantikan semula Raus dan Zulkefli walaupun mereka sudah melepasi umur persaraan wajib.
Bercakap kepada The Malaysian Insight di rumah terbuka PKR di Kuching, dia berkata dia merasa “sangat sedih” kerana apa yang dilakukan Najib “bukan sekadar soal menang pilihan raya atau kelangsungan parti politik tertentu”.
“Pelantikan itu menjejaskan institusi demokratik kita.
“Kehakiman adalah dinding pertahanan (dari institusi) perundangan. Jadi ke mana lagi kita hendak pergi (semak imbang) sekarang?
“Saya tak tahu apa yang Najib fikir.
“Yang saya tahu ini adalah cubaan terdesak rejim kleptokratik untuk terus pegang kuasa.
“Kesan keputusan Najib bukan hanya pada institusi kehakiman tetapi juga kepada semua rakyat Malaysia dan tengoklah kesan buruk yang akan dirasai kita (rakyat Malaysia) nanti,” katanya.
Adun Batu Lintang, See Chee How berkata memandangkan upacara angkat sumpah ketua hakim negara adalah upacara penting ia perlu dilakukan dengan cara yang penuh maruah.
“Anda tak buat di tengah malam sebab bimbang jika tunggu siang, orang lain akan datang dan rampas jawatan itu.
“Ya, kita ada ahli politik buat begitu tetapi ini ketua hakim negara.
“Dia tak boleh buat apa yang ahli politik buat.
“Ia mencerminkan Malaysia.

Azeez cabar Dr M sumpah laknat

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad agar mengangkat sumpah laknat berhubung dakwaan bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cuba menjatuhkan perdana menteri.
Azeez berkata, beliau percaya dakwaan Mahathir mengenai pertemuan dengan Zahid 10 hari selepas dilantik sebagai timbalan perdana menteri adalah tidak benar.
"Kalau Datuk Seri Najib (Razak) berani buat sumpah laknat mengatakan tak terlibat dan tak kenal Altantuya (model kelahiran Mongolia, Altantuya Shaaribuu, yang mati dibunuh kejam) kenapa Dr Mahathir tak boleh.
"Saya percaya kunjungan Datuk Seri Zahid (berjumpa Mahathir) untuk menyatupadukan dan tawar diri untuk sama-sama bantu supaya tak ada jurang perpecahan.
"Kalau betullah Datuk Zahid pergi situ (jumpa Mahathir) nak minta sokongan sebab nak jatuhkan Datuk Seri Najib (seperti didakwa Dr Mahathir), saya minta Tun Dr Mahathir buat angkat sumpah laknat, saya cabar dia," beliau dilapor oleh BH Online.
Isnin lalu, Mahathir mendakwa Zahid pernah menemuinya apabila dilantik sebagai timbalan perdana menteri untuk memohon simpati dan sokongan untuk menggantikan Najib.
Bagaimanapun Zahid tampil menafikan perkara itu dan menegaskan beliau mempunyai rakaman pertemuan itu.
Namun, Zahid tidak menghuraikan lanjut berkaitan jenis rakaman itu sama ada perbualan suara atau pun video.
Sementara itu, Abdul Azeez yang juga Ketua Umno Bahagian Baling ketika mengulas isu sama, percaya tuduhan dibuat Dr Mahathir mempunyai agenda tertentu.
"Saya kaji isu ini dan saya lihat sebab utama dia (Dr Mahathir) nak pecahkan keutuhan tali silaturahim antara Datuk Seri Zahid, Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Hisham (Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein)," beliau dilapor sebagai berkata.

Di Baling, Zahid korek semula peristiwa Memali

Timbalan Perdana Menteri hari ini mengungkit kembali peristiwa berdarah Memali yang berlaku 32 tahun lalu dengan menyindir bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tanpa menyebut nama bekas perdana menteri itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Mahathir telah berbohong apabila mengatakan beliau tidak berada di Malaysia pada waktu itu.
“Peristiwa Memali berlaku di Baling, orang lama masih ingat Ibrahim Libya, ketika itu Tun Musa Hitam jadi Timbalan perdana menteri.
“Sebelum itu saya tak ingat siapa, mengikut kenyataannya mengatakan ketika peristiwa Memali berlaku, kononnya orang itu tidak ada dalam negara.
"Kononnya dia ada di China kerana mahu elak diri dari kena cemuhan dari rakyat Baling dari parti PAS,” katanya dalam ucapan yang disiar di Facebook.
Zahid berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Baling di Kompleks Rakan Muda BT 42 Pulai, Baling hari ini.
Tragedi Memali berlaku pada 19 November 1985 membabitkan tindakan polis cuba menahan seorang guru agama, Ibrahim Mahmud - atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya - di kawasan rumahnya di Baling.
Pihak polis ketika itu ingin menahan Ibrahim atas dakwaan mengancam keselamatan negara.
Tindakan itu mencetuskan pertumpahan darah apabila seramai 14 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera, manakala ratusan yang lain ditahan.
Insiden itu berlaku ketika Mahathir menjadi perdana menteri.

Pelantikan saya ikut perlembagaan, kata Raus



Tan Sri Md Raus Sharif hari ini mengakui bahawa pelantikannya semula sebagai Ketua Hakim Negara belum pernah berlaku dahulu tetapi menyatakan ia masih mengikut perlembagaan.
Md Raus yang dilantik semula ke jawatan itu selama tiga tahun berkuatkuasa pada 4 Ogos berkata mengapa beliau harus menolak pelantikan itu sedangkan kerajaan berpendapat bahawa ia memerlukan khidmatnya.
Beliau berkata pelantikan itu adalah mengikut Perlembagaan kerana ia melalui proses tersebut.
Tan Sri Md Raus SharifProses itu dilakukan dengan sempurnanya. Jadi, soalan menolak jawatan tersebut tidak timbul, kata beliau pada sidang media ketika ditanya mengenai pelantikan semula beliau selepas majlis penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang kepada kakitangan mahkamah di Istana Kehakiman Putrajaya hari ini.
Ketika ditanya sama ada ini adalah kali pertama di negara ini, seorang Ketua Hakim Negara yang telah mencapai umur 66 tahun dan enam bulan, dilantik semula untuk jawatan yang sama, Md Raus berkata sentiasa ada kali pertama untuk segala-galanya.
"Bila benda itu jadi first time banyaklah perbezaan pendapat. Tapi kita kena menghormati pandangan daripada semua pihak. Peguam bila datang ke mahkamah satu isu, peguam itu kata macam ini, peguam itu kata macam itu.
Anda perlu melantik seseorang untuk membuat keputusan. Samalah kerajaan berpendapat benda ini boleh dibuat, Majlis Peguam kata tidak boleh buat, maka adalah orang yang akan memutuskan siapa yang benar siapa dan siapa yang tidak benar. Itu proses biasa. Ini belum pernah berlaku dahulu tetapi sudah tentu ada pandangan yang bercanggah mengenai perkara ini, katanya.
Mengenai mesyuarat agung tergempar (EGM) Majlis Peguam pada 3 Ogos yang meluluskan usul bahawa pelantikannya tidak mengikut perlembagaan, Md Raus berkata beliau menghormati pandangan badan peguam tetapi badan peguam juga perlu menghornati pandangan dari mahkamah.
Ada dua pandangan mengenai perkara ini sama ada ia tidak mengikut perlembagaan atau sebaliknya jadi mereka boleh memfailkan kes di mahkamah. Biarlah mahkamah yang membuat keputusan siapa yang benar, siapa yang salah, kata beliau.
Tiada masalah tidak dijemput ke acara sosial Badan Peguam
Kepada soalan lain bahawa anggota Badan Peguam dinasihatkan tidak menghadiri mana-mana acara sosial oleh mereka (Md Raus dan Zulkefli) dan Badan Peguam juga juga tidak akan menjemput mereka ke acara sosial mereka, Md Raus beliau tidak menghadapi masalah mengenai perkara itu kerana beliau menghormati pandangan pihak lain mengenai perkara tersebut.
"Tidak ada banyak acara sosial dianjurkan oleh Badan Peguam. Setahu saya, acara itu ialah majlis makan malam anjuran badan peguam dan Sukan antara Badan Peguam dan Badan Kehakiman.
"Saya tidak tahu bagaimana mereka akan menganjurkan Sukan antara Badan Peguam dan Badan Kehakiman selepas ini, tetapi kita akan menjemput mereka contohnya seperti acara Tahun Perundangan kami akan menjemput mereka sama ada mereka hendak hadir, itu terserah kepada mereka," kata beliau pada sidang media yang berlangsung dalam suasana mesra.
Ketika ditanya mengapa majlis mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara, berlangsung pada pukul 10 malam semalam, beliau berkata tidak ada apa yang mencurigakan mengenai perkara itu.
Masa itu ikut kesesuaian masa Yang di-Pertuan Agong. Pejabat Perdana Menteri telah berhubung dengan Istana Negara bahawa majlis akan diadakan pada Jumaat, semuanya sudah dirancang, cuma masa sahaja yang jadi isu," kata beliau.

Resolusi konvensyen perkukuh pasak negara akan dipersembah kepada raja-raja



Sultan NazrinResolusi yang terhasil dalam Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara ke Arah Wasiat Lebih Tersirat akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja untuk pertimbangan.
Pengerusi Panel Perunding Perpaduan Ummah Majlis Dakwah Negara Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman berkata satu badan khas akan ditubuhkan untuk mengikuti perkembangan resolusi.
"Konvensyen yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk mencari rumusan memperkukuh institusi raja-raja sebagai paksi Melayu," katanya pada majlis pelancaran di Putrajaya semalam.
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menyempurnakan majlis tersebut.
Resolusi yang terhasil akan dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembentangan Tan Sri Dr Nordin Kardi sebelum diserahkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia di akhir konvensyen hari ini.
Abdul Aziz berkata konvensyen anjuran panel perunding tersebut, julung kali diadakan untuk membuka ruang wacana tentang peranan institusi raja menurut yang termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan dan perundangan negara.
Konvensyen dianjurkan dengan mengambil kira bahawa insititusi raja merupakan pasak yang menunjangi kedaulatan, keutuhan, kestabilan dan kesejahteraan negara.
Ia juga mengambil kira bahawa institusi raja merupakan institusi utama warisan negara yang menjadi rujukan dan harapan rakyat dalam pelbagai aspek dan keadaan kehidupan.

Mahkamah arah editor Sarawak Report bayar Hadi RM84,000, kata Pas



Mahkamah Tinggi London yang bersidang untuk pendengaran prosiding pengurusan kes minggu lalu mengarahkan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown membuat pembelaan awal dalam tempoh 21 hari berhubung saman dibawa Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
sarawak reportSetiausaha Politik Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata mahkamah pada 2 Ogos lalu mengarahkan Brown membuat pembelaan beliau dalam tempoh 21 hari supaya kes itu dapat diteruskan.
“Dan, beliau (Brown) tidak lagi berlarutan untuk berdolak dalih. Permohonan rayuan Brown terhadap keputusan ini juga telah tidak dbenarkan oleh mahkamah,” kata beliau dalam kenyataan semalam.
Beliau menyifatkan perkembangan itu sebagai sangat positif dalam proses Hadi untuk membersihkan namanya terhadap tuduhan fitnah melampau oleh Brown dan artikelnya dalam Sarawak Report.
Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April lalu.
Ia susulan laporan Sarawak Report pada 6 Ogos tahun lalu yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan Pas sebagai usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak “menarik” kepimpinan parti Islam itu menyokong Barisan Nasional dan Umno.
Sebelum ini Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas menuntut ganti rugi “besar”, tetapi enggan mendedahkan jumlahnya.
Parti itu turut memohon injunksi terhadap artikel bertajuk “As Najib Denies All Over 1MDB, Let’s Not Forget His Many Other Criminal Connections – COMMENT”.
Kata Takiyuddin, artikel itu boleh membayangkan Hadi secara peribadi menerima suapan besar daripada perdana menteri sebagai pertukaran untuk PAS berkompromi dari segi pendirian politiknya.
Menurut Samsuri juga, pendengaran pengurusan kes pada 2 Ogos lalu adalah untuk menentukan usaha Brown bagi memaksa Hadi untuk mendepositkan sejumlah wang di mahkamah sebagai jaminan keselamatan sekiranya presiden Pas kalah dalam kes berkenaan dan terpaksa membayar kos guaman Brown di mana editor tersebut menjangkanya dalam lingkungan jumlah keseluruhan £800,000 pound (hampir RM4.5 juta) sehingga kes tamat.
“Panel peguam Hadi dari Carter-Ruck berjaya berhujah, dengan dibantu oleh pandangan pakar undang-undang dari Malaysia bahawa sebenarnya wujud undang-undang yang jelas yang tidak menghalang Brown untuk menuntut kos beliau menerusi mahkamah Malaysia sekiranya beliau menang kes saman ini dan jumlahnya tidak melebihi RM80,000.
“Di atas keyakinan dari awal terhadap kes ini, maka Hadi bersetuju dengan deposit keselamatan dengan jumlah ini yang nyata adalah memadai serta tidak kontroversi.”
Menurut Samsuri, hujah Brown beliau akan gagal membawa kes saman terhadap Hadi di Malaysia adalah kerana badan kehakiman, Kerajaan Malaysia dan perdana menteri adalah mengamalkan rasuah dan bersekongkol dengan Hadi telah ditolak oleh mahkamah.

TN14 (Tumbangkan Najib Pada PRU14) Dilancarkan Oleh Salahuddin Ayub