Sabtu, 5 Ogos 2017

70 tragedi dalam tempoh 7 tahun Najib berkuasa, jangan biarkan petaka datang lagi

Hanya dalam tempoh 7 tahun Najib berkuasa, lebih 70 tragedi berlaku di depan mata kita.
1. Misteri kehilangan MH370
2. Pesawat MH17 ditembak jatuh
3. Pencerobohan di Lahad Datu
4. Gempa bumi di Sabah
5. Banjir terbesar sejak 30thn
6. Cuaca panas( Elnino)
7. Jerebu terburuk dlm sejarah
8. MT Jaoquim dirampas
9. MT Orkim Harmony dirampas
10. MT Ai Maru yang ditawan lanun
11. MT Oriental Glory dirampas sekumpulan lanun
12. Kes bunuh Pengasas Ambank Hussein Ahmad Najadi
13. Kes bunuh Kevin Morais
14. Skandal 1MDB ( laporan PAC m/s 76 nyatakan Hutang 1mdb kini mencecah 53 Bil)
15. Menghapuskan DEB
16. Kes lebih RM100 juta Kementerian Belia dan Sukan
17. Kes pembelian hartanah oleh MARA di Australia
18. Curi 2.6Bil dan masukkan kedalam akaun peribadi
19. Laksanakan GST sebelum SST dimansuhkan.
20. Kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen
21. Perlantikan Paul Stadlen oleh kerajaan
22. Banyak Kilang tutup dan berpindah.
23. Dikaitkan dgn individu bernama Jho Low
24. Dilihat rapat dengan Peter Sondakh
25. Tidak Mampu buat sesuatu bila ringgit jatuh terok
26. Menaikkan Harga Minyak
27. Peningkatan hutang negara dan hutang isi rumah sehingga RM847Bil
28. Penghapusan subsidi bahan api, gula, dan dll
29. Isu projek ‘Global Strategic Communication Campaign’
30. Isu Lynas di Pahang
31. Skandal NFC
32. Peluang pekerjaan berkurangan.
33. Kes Pembunuhan Altantuya dan Pembunohnya terlepas ke luar negara
34. Pemansuhan ISA dan Di gantikan dengan pelbagai akta ( Pota , Sosma , Mkn )
35. Isu Felda Global Venture (FGV )
36. MAS Bangkrap
37. Kenaikkan bil hospital
38. Pengurangan Biasiswa
39. Kes jenayah berat seperti pembunuhan meningkat
40. Helikoter membawa DS JJ terhempas bersama Yg lain
41. Helikopter membawa MP k,kangsar & MP sg besar dn VIP terhempas semasa Kempen PRN sarawak
42. Isteri PM ( Rosmah Mansor ) terlalu Boros
43. Isu anak kandung dan anak tiri DS Najib Razak
44. Pemecatan TImbalan Perdana Menteri
45. Penyingkiran Naib Presiden UMNO, DS Shafie Apdal
46. Penyingkiran MB Terengganu DS Ahmad Said
47. Penyingkiran MB Kedah DS Muhriz
48. Pemecatan Ketua Cawangan UMNO
49. Tamatkan khidmat Peguam Negara alasan ( sakit )
50. Tukar Timb Pengarah SB
51. Bubar Pasukan Task Force
52. Bubar PAC ( Ahli PAC lama dinaikkan Pangkat Timb Menteri )
53. Menangkap Dato Khairudin ( kerana membuat laporan )
54. Menangkap Mathias Chang ( kerana membuat laporan )
55. Isu Bauksit di Pahang
56. Mencagar Telaga Minyak Petronas (Menurut laporan bekas MB Terengganu)
57. Menandatangan perjanjian TPPA
58. Malaysia menduduki Rangking Rasuah ke 2 dunia
59. Menjual Aset Negara kepada Negara China
60. IPIC mengheret 1Mdb ke mahkamah Timbang Tara
61. DOJ & FBI melaporkan rakyat malaysia di tipu Pada skala besar dan bakal merampas segala aset milik anak tiri PM dan Jho low
62. Singapura menyiasat dan merampas aset milik Jho low ( Kroni Najib ), jatuhkan hukuman penjara kepada mereka yang bersubahat dengan Jho Low.
63. Pertambahan Negara yang menyiasat 1mdb.
64. Membuat hutang Baru dengan kerajaan Negara china.
65. KWAP, LTAT, KWSP , Tabung Haji Menghadapi krisis kewangan
66. Felda Semakin Tenat.
67. Pejabat tourism Malaysia negeri ditutup.
68. Penutupan Institut Pendidikan Guru.
69. Proton dijual.
70. Cawagan bank banyak di tutup.
71. Tidak Mampu membeli Mesin Semak SPM
72. Isu Korea Utara
Senarai di atas pasti tiada penghujungnya jika Najib terus berada di singgahsana kuasa. Sanggupkan kita melihat lebih banyak tragedi berlaku di Malaysia?

Zahid tak ubah seperti Aphodius Markginellus..

Oleh Mohd Sayuti Omar

Keadaan Zahid Hamidi hari ini tidak ubah seperti kubang tahi kerbau (aphodius markginellus) yang menggolekkan tahinya untuk membina sarang baharu. Baginya dia berasakan perbuatan itu sudah bisa dan terror, kerana dapat mengumpulkan tahi kemudian dijadikan kloni untuk bersarang. Walhal kerja menggolek tahi untuk buat sarang itu mecemarkan punggungnya.

Begitulah keadaan Zahid hari ini. Tindakannya untuk mensucikan diri daripada kotoran yang beliau buat sendiri bukan jadi bersih tetapi makin tambah kotor. Itulah natijahnya kalau kita bersikap gelojoh, syok sendiri dan tidak berfikir panjang mengkaji buruk baiknya. Tidak jilah dan fatanah dalam berpolitik.

Semuanya bermula dengan cerita "lupa dirinya" menceritakan perihal keturunan Dr Mahathir Mohamad sebagai Kutty. Disertakan pula bukti keKuttyan Dr Mahathir itu kononnya dalam Kad Pengenalan Dr Mahathir ada tulis perkataan "anak lelaki". Alih-alih bukti dan fakta dikemukakan Zahid itu meleset. Sudahlah isu itu tongol tetapi kurang tepat pula faktanya.

Terurutan daripada itu Zahid terjongkit apabila Dr Mahathir mendedahkan yang dia pernah mendatangnya untuk berbincang bagi jatuhkan Najib. Pendedahan Dr Mahathir ini memerangjat dan menjongkitkan ekor Zahid setinggi lembu mengangkat ekor kerana nak berak. Terberak juga agaknya Zahid bila berdepan dengan Dr Mahathir.

Pendedahan Dr Mahathir itu menbuka kemunafikan dan kejahatan Zahid Hamidi selama ini. Orang sudah pun mengecami banyak perbuatan tikam belakang yang diamalkannya selama ini, jadi pendedahan oleh Dr Mahathir itu mengesahkan apa yang diperkatakan selama ini.

Sepatutnya Zahid berhenti setakat itu sahaja. Dia tidak perlu memberi reaksi kepada kenyataan pendedahan Dr Mahathir itu secara berlebihan dan "bertinak-tinak". Dr Mahathir bukan lawannya di arena politik berbalas tembak. Cerita memalu dan busuk itu boleh ditutup awal-awal lagi apabila dia menyedari si Nagin itu sudah membuka kelendur di tenguknya. Tetapi hari ini dan semalam Zahid terus menyerang Dr Mahathir. Dia berperasaannya serangannya mengena dan dia mendapat tepukan gemuruh. Zahid berasakan dia ada Bokbon yang boleh bertarung dengan Nagin.

Perhitungan Zahid salah, dia bukan ditepok sorak, tetapi diperleceh dan diketawakan oleh orang ramai. Zahid dilihat monyak yang cuba nak perkosakan gajah. Zahid kata dia ada rakaman pertemuan dengan Dr Mahathir itu. Apa yang dia nak ceritakan pendedahan Dr Mahathir itu tidak benar dan sengaja mahu memburukkannya. Dalam masa sama dia nak ceritakan yang jahat dan celakanya Dr Mahathir bukannya dia.

GST: PBT Selangor tuntut RM105.17 juta, baru dapat RM52.09 juta

Kerajaan Persekutuan hanya memulangkan sejumlah RM52.09 juta daripada RM105.17 juta tuntutan balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) oleh kesemua 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia menjadikan baki RM53.08 juta masih belum dipulangkan Kastam DiRaja Malaysia (Kastam) kepada 12 PBT Selangor.

Katanya, tuntutan dibuat itu merangkumi tuntutan GST bagi tempoh April 2015 hingga 30 Jun lalu.
“Ketua Pengarah Kastam berkata, penangguhan bayaran balik dilakukan atas pelbagai alasan tidak munasabah.
“Walaupun kita tidak bersetuju dengan GST, tetapi Selangor diakui sebagai negeri paling banyak menyumbang GST kepada Persekutuan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Pasar dan Dewan Komuniti Suntex, Cheras, di sini, hari ini.
Pada 26 Julai lalu, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T Subromaniam mendakwa, 12 PBT di Selangor menghantar penyata GST ‘diragui’ hingga menyebabkan pembayaran balik lebih RM36 juta tertangguh.
Mengulas perkara itu, Mohamed Azmin sebelum ini berkata, Perbendaharaan Negeri Selangor sudah diminta untuk berhubung dengan semua PBT bagi memastikan tuntutan dibuat menepati proses ditetapkan.
Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah bagaimanapun kesal dengan kenyataan Kastam dan menggesa mereka mengguna kaedah lebih matang bagi menyelesaikan isu tuntutan berkenaan.

Zahid beri petunjuk PRU-14 tahun ini, kata Kit Siang

Pemimpin DAP itu mendakwa TPM dalam ucapan malam tadi mengatakan beliau akan kembali dalam 6 bulan ini bersama hadiah jika Umno kawasan berjaya kekalkan Parlimen Merbok dan DUN Tanjung Dawai serta rampas DUN Bukit Selambau.
lim-kit-siang_Zahid-Hamidi_600
PETALING JAYA: Ucapan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi di Mesyuarat Perwakilan Umno Merbok, Kedah malam tadi memberikan petunjuk pilihan raya umum ke-14 akan diadakan tahun ini, kata Lim Kit Siang.
Veteran DAP itu mendakwa Zahid dalam ucapannya mengatakan beliau akan kembali ke Merbok bersama “hadiah” dalam masa 6 bulan jika Umno kawasan berjaya mengekalkan Parlimen Merbok dan DUN Tanjung Dawai sebagai kerusi Barisan Nasional, dan merampas kembali DUN Bukit Selambau dari pembangkang.
“Ini bermakna Pilihan Raya Umum Ke-14 akan berakhir dalam masa 6 bulan, menunjukkan pilihan raya mungkin akan diadakan tahun ini dan bukan tahun depan,” kata Lim dalam kenyataan hari ini.
PRU-14 perlu dipanggil selewat-lewatnya pertengahan tahun depan. Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, PPBM, DAP dan Amanah dilaporkan mahu mendaftarkan gabungan itu secara rasmi, bersama dengan logo dan kepimpinan bersama yang diumumkan Julai lalu.
Lim yakin Zahid, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin Umno lain bimbang dengan pengumuman PH itu, kerana ia “menggambarkan perubahan politik besar” di negara ini yang akan menghasilkan “tsunami politik di kawasan bandar…dan dalam kalangan pengundi Melayu di luar bandar”.

Pakatan Harapan tidak dibina atas rasa sangsi

Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub menegaskan Pakatan Harapan wujud atas sifat percaya dan saling mengukuhkan.
Konvensyen Pemuda Amanah Salahuddin Ayub"Pakatan Harapan tidak dibina atas rasa sangsi. Hari ini kita kumpul potensi dan kekuatan," katanya ketika merasmikan Konvensyen Pemuda AMANAH Nasional di Batu Pahat hari ini.
Menurutnya, keempat-empat parti di bawah Pakatan Harapan mempunyai tujuan sama iaitu menentang rejim parti pemerintah.
"Kalau Tun Mahathir belot macam mana? Kita lawanlah besok.
"Kita berada pada satu garis yang sama menentang Umno-BN.
"Kita bukan seperti satu parti yang semakin hampir bercumbu dengan Umno-BN," ujarnya.
Salahuddin turut sempat menjelaskan kekuatan AMANAH sebagai menjawab tanggapan pihak tertentu kononnya AMANAH parti kecil.
"Kami ada pemimpin dan ahli-ahli setia. Kami setia pada Pakatan Harapan.
"Kami depan cakap 'A', belakang pun cakap 'A'," tegasnya merujuk pada sikap AMANAH yang tetap pada pendirian.
Sementara itu, konvensyen hari ini turut menyaksikan pelancaran gimik Tumbang Najib PRU-14 (TN14).
Turut hadir wakil NGO iaitu ABIM, Ikram dan Bersih.

BN, Umno akan terus perintah Malaysia, kata menteri


BN, Umno akan terus perintah Malaysia, kata menteri
Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid berkata yang BN dan Umno akan terus memerintah sekiranya pemimpin dan akar umbi terus bersatu. 
BARISAN Nasional (BN) yang ditunjangi Umno akan kekal memerintah kerajaan persekutuan dan negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Mahdzir Khalid.
Beliau berkata perkara itu boleh direalisasikan jika pemimpin tertinggi sehingga ke akar umbi itu kukuh bersatu dalam kapal yang sama.
"Ada di luar sana (pihak pembangkang) yang bercita-cita mahu menjadi kerajaan tetapi saya tidak fikir anggota Umno akan menyerah bulat-bulat begitu sahaja kepada mereka (pembangkang).
"Walaupun mereka cuba mencari jalan mahu menawan bukan sahaja di Semenanjung tetapi Sabah dan Sarawak," katanya ketika berucap merasmikan persidangan Umno Bahagian Semporna, hari ini.
Menurutnya, daripada keberhasilan tanggungjawab kepada rakyat sama ada rakyat luar bandar dan bandar, banyak yang dilakukan kerajaan dalam semua aspek termasuk pendidikan, ekonomi, dan sosial.
"Dalam tempoh 50 tahun, sebuah negara yang dibina kerajaan BN dan Umno sudah buat dasar pendidikan untuk anak bangsa tanpa mengira bangsa dan agama mesti beri pendidikan.
"Kerajaan juga sediakan banyak kemudahan untuk rakyat, kita ada Felda, ada kemudahan untuk nelayan, infrastruktur untuk rakyat dan kerajaan tidak boleh dibina oleh seorang individu tetapi kerja berpasukan,"katanya lagi.
Mahdzir yang juga menteri pendidikan berkata sebab itu tidak ada sebab kerajaan sedia ada bertukar tangan kepada parti pembangkang.  
"Tidak ada sebab kenapa kata kerajaan ini gagal, tak ada sebab kerajaan ini nak bankrup kerana dari segi pencapaian pertumbuhan ekonomi menunjukkan kita punya pretasi baik," katanya.

Dakwaan PAS Sahaja Parti Islam Di Malaysia Adalah Fatwa Karut & Jahil

SALAHUDDIN AYUB: UCAPAN DI KONVENSYEN PEMUDA PARTI AMANAH NEGARA NASIONAL

Punah ranah negara di perintah UMNO & BN

Jangan Biadab Berbincang Dalam Gelap Di Luar Pakatan Harapan

PRU14: Ahli PSM sasar tanding kerusi DUN Sri Muda

Hukum karma tak tunggu lama tapi 'cash on delivery' - Zahid

Saya 'dipaksa' letak jawatan ketua pemuda - Zahid

Zahid sedia disiasat SPRM, juga mahu harta Dr Mahathir, keluarga disiasat

Najib, jangan remehkan kematangan rakyat

Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak diingatkan untuk tidak merperkotak-katikkan kematangan rakyat dalam memilih kerajaan.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sejarah kemenangan Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum 2008 membuktikan rakyat bijak membuat keputusan.
Katanya, peralihan tampuk kepimpinan di kedua negeri itu berlangsung aman dan teratur tanpa sebarang insiden tidak diingini.
“Wahai Perdana Menteri, lihatlah di Selangor dan Pulau Pinang, rakyat memilih kerajaan baru dan tiada masalah timbul dengan keputusan rakyat itu.
“Saya jamin keadaan di Selangor selepas 2008 adalah lebih sejahtera dan makmur berbanding sebelumnya.
“Jadi, jangan sesekali kamu remehkan hak rakyat untuk melihat keadilan dan kebenaran ditegakkan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Dewan Komuniti Bandar Bukit Mahkota dan Pelancaran Bas Smart Selangor MPKj Laluan KJ02 dan KJ03, di sini, hari ini.
Mohamed Azmin berkata, rakyat kini mempunyai kehendak lebih tinggi daripada kerajaan yang diundi mereka.
“Tuntutan mereka bukan lagi sekadar longkang, parit dan dewan semata-mata.
“Tetapi rakyat pada hari ini mahukan kerajaan yang bersih, bebas rasuah dan berintegriti,” katanya.
Sebelum ini, Najib berkata tindakan menukar kerajaan bukan jaminan dan jalan penyelesaian terbaik kepada semua masalah, malah dikhuatiri lebih memudaratkan negara dan rakyat.

SPRM masih belum terima laporan RM230 juta dalam akaun Zahid

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dzulkifli Ahmad berkata pihaknya masih belum menerima sebarang laporan rasmi mengenai dakwaan Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad terhadap Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempunyai RM230 juta dalam akaun banknya.
Sebelum ini, Dr Mahathir mendakwa bahawa Zahid mempunyai wang tunai sebanyak itu dalam akaunnya pada 1996 namun mengakui beliau tidak mempunyai sebarang bukti tentang perkara itu.
Dalam kes Felda Investment Corporation (FIC) pula, SPRM masih menjalan siasatan terhadap kes pembelian dua hotel di Kensington, London dan di Kuching, Sarawak, kata Dzulkifli.
Dzulkifli berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap FIC dan tidak menolak kemungkinan bahawa beberapa individu bakal dipanggil untuk membantu siasatan.
Menurutnya, SPRM memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan siasatan kes berkenaan dan berharap semua pihak akan terus memberi sokongan kepada SPRM bagi menyelesaikan kes itu.
"Tunggu la...mungkin ada lagi yang akan dipanggil kerana proses siasatan masih berlangsung. Ketika ini, kami sedang berusaha untuk selesaikan siasatan kes ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) di George Town hari ini.
SPRM memulakan siasatan pembelian hotel di Kuching itu susulan maklumat yang diterima pasukan penyiasat ketika menjalankan siasatan terhadap pembelian hotel di London oleh FIC sebelum ini, dan tujuh individu sudah ditahan bagi membantu siasatan.

'Raja Melayu berperanan lindungi rakyat daripada perebutan kuasa' - Sultan Nazrin Shah




Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah raja-raja Melayu berada dalam kedudukan terbaik untuk melindungi kepentingan rakyat daripada hempasan ombak perebutan kuasa yang dilihat semakin meretakkan perpaduan.
Titah baginda institusi raja adalah penerusan tradisi untuk mengekalkan identiti negara bangsa, satu lambang kedaulatan payung mahkota negara.
Sultan Nazrin"Ketika warga dilanda hempasan ombak perebutan kuasa yang kelihatan semakin meretakkan perpaduan, barang dijauhkan warga dari menghadapi nasib 'benang habis, kain tak jadi', 'jarum patah, baju tak siap'.
"Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu berada dalam sebaik-baik kedudukan untuk melindungi kepentingan warga," titah baginda pada Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat di Putrajaya hari ini.
Dalam titah selama satu jam 45 minit di hadapan 500 hadirin, Sultan Nazrin bertitah raja pemerintah mempunyai tanggungjawab memastikan semangat perlembagaan, falsafah di sebalik setiap undang-undang yang digubal serta kepentingan lebih besar negara dan warga sentiasa dilindungi.
Titahnya perkara-perkara asas, terutama yang menyentuh Islam dan Melayu yang dipersetujui ketika penggubalan perlembagaan merdeka, tidak harus diperdagangkan untuk tujuan meraih keuntungan politik jangka pendek.
Prinsip-prinsip asas itu titah baginda tidak wajar dikorbankan demi kepentingan untuk mengutamakan atau melindungi mana-mana pihak, baik organisasi mahupun individu.
"Prinsip-prinsip asas, terutama menyentuh Islam dan Melayu tidak boleh sama sekali dikompromikan.
"Walau apa sekalipun alasan, walau apa muslihatnya, matlamat jangka pendek oleh mana-mana pihak, jangan sampai ke peringkat menggadaikan nasib ummah di hari ini dan di hari muka.
Ummah wajib berdiri teguh, berpendirian tegas, tidak berundur, walau setapak sekalipun," titah baginda.
Sultan Nazrin Shah bertitah adalah menjadi tanggungjawab raja memerhati, mengawasi dan memiliki kekuatan untuk menegur para pentadbir agar mengurus tadbir negara, melaksanakan tanggungjawab secara amanah, telus, ikhlas dan jujur bagi memastikan kestabilan kerajaan, kemakmuran negara dan kesejahteraan warga.
Titah baginda, raja tidak sekadar pelengkap memenuhi adat, negara beraja rakyat bersultan atau simbol untuk melaksanakan tugas-tugas keraian semata-mata.
"Raja bukanlah monumen hiasan yang kaku, tanpa nyawa tanpa jiwa. Raja-Raja tidak daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan.
"Segala perkara yang berlaku adalah dalam ruang penglihatan dan pendengaran raja-raja," tegas baginda.
Titah baginda, pandangan berterus terang dalam perkara-perkara berkaitan agama Islam, bahasa kebangsaan, perpaduan warga, kebebasan kehakiman, rasuah, salah guna kuasa dan pelbagai lagi, tercetus daripada hasrat untuk memastikan negara terus stabil dan aman, warga terus sejahtera dan makmur.

ZAHID HAMIDI DAH DUA KALI LIMA DENGAN NIK ABDUH JADINYA...

Ternampak Ahmad Zahid Hamidi semakin kalut dalam usaha mempertahankan diri dan ingin menunjukkan dirinya benar-benar setia kepada Najib Razak.

Sementara salinan kad pengenalan lama Tun Mahathir yang didakwanya tertulis "Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty" masih gagal ditunjukkannya sehingga kini, beliau mencipta satu lagi desakan untuk berkata benar apabila mendakwa memiliki rakaman perbualan pertemuannya dengan bekas Perdana Menteri itu yang diadakan pada 2015 lalu.

Hanya dengan  menunjukkan rakaman perbualan itu saja dapat menolak dakwaan Tun Mahathir bahawa kedatangan Zahid ke rumahnya untuk meminta simpati serta sokongan bagi mengambil alih dan seterusnya menggantikan Najib, adalah tidak benar.

Tun Mahathir setakat ini konsisten dengan tujuan Zahid Hamidi menemuinya itu, bahkan jika dibandingkan antara kedua-duanya, tentu saja rakyat Malaysia lebih mempercayai Tun Mahathir berbanding Zahid Hamidi.

Sementara Zahid Hamidi masih banyak terhutang janji, antaranya bukti Syiah Mohamad Sabu, dalang Lahad Datu, siapa kerabat dan keluarga Diraja Arab Saudi yang ditemuinya sebagai mengesahkan memberi derma RM2,600 juta kepada Najib dan yang terbaru salinan kad pengenalan lama Tun Mahathir, bekas Perdana Menteri 22 tahun itu sebaliknya belum pernah ada rekod berbohong kepada rakyat Malaysia.

Zahid Hamidi, selain mengesahkan pertemuannya dengan Tun Mahathir diadakan hanya selepas 10 hari dilantik Timbalan Perdana Menteri, turut mendakwa Tun Mahathir memang tidak berkenan dengannya sejak dulu lagi.

Jika Zahid Hamidi sudah tahu Tun Mahathir tidak berkenan dengannya sejak dulu lagi, untuk apa beliau bertemu dengannya?

Tidakkah ketika itu Tun Mahathir memang diketahui umum ingin menjatuhkan Najib dan sudah pun bercakap di sana-sini mengenainya?

Jadi, muslihat apa sebenarnya Zahid Hamidi bertemu dengan musuh nombor satu Najib itu?

Seterusnya Zahid Hamidi juga mendakwa beliau pernah dipelawa menyertai Pas selepas dipaksa meletakkan jawatan Ketua Pemuda UMNO pada 1998 dahulu.

Zahid sedia disiasat SPRM, sanggup sumpah laknat



Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyatakan kesediaan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya beliau mempunyai RM230 juta dalam akaun banknya pada 1996.
Timbalan perdana menteri menyatakan kerelaan hati untuk disiasat SPRM bagi membetulkan apa yang disifatkannya sebagai satu pembohongan, namun pada masa sama turut meminta harta bekas perdana menteri dan keluarganya juga disiasat suruhanjaya tersebut.
Saya dengan ini terbuka hati dan menawarkan diri untuk disiasat oleh SPRM demi membetulkan persepsi dan pembohongan yang dilakukan oleh orang itu (Dr Mahathir). Pada masa sama saya minta aset beliau dan keluarga beliau juga disiasat SPRM. Ini bukan cabaran, cuma minta, baru namanya telus. Jangan dok tuduh orang, katanya.
Zahid SPRMBeliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Baling hari ini. Turut hadir Ketua Umno bahagian itu merangkap Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Baru-baru ini Dr Mahathir membangkitkan isu pengisytiharan harta dibuat Ahmad Zahid semasa dilantik sebagai Ketua Pemuda Umno termasuk memiliki RM230 juta dalam akaun banknya.
Bagaimanapun Dr Mahathir menyatakan beliau tidak mempunyai bukti hitam putih berhubung dakwaan itu.
Ahmad Zahid menjelaskan pada masa itu beliau merupakan ahli perniagaan dengan turut menjadi ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat tersenarai awam, pengerusi tiga syarikat tersenarai awam dan pengerusi Bank Simpanan Nasional.
Sementara itu, Ahmad Zahid menyatakan kesanggupan membuat sumpah laknat di mana-mana masjid di negara ini sekiranya ada pihak mengatakan beliau berbohong tentang mempunyai rakaman perbualan Dr Mahathir yang cuba menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata Dr Mahathir juga perlu sanggup membuat sumpah laknat berhubung tuduhan dilemparkan terhadap dirinya.
"Kalau sumpah laknat saya sanggup buat, beliau pun mesti juga sanggup buat (sumpah laknat), dia (Dr Mahathir) patah balik kata saya (dakwa saya cadangkan untuk jatuhkan Najib)," katanya.
Semalam ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Jerlun, Ahmad Zahid mendedahkan bekas presiden Umno itu sebenarnya dalang di sebalik usaha untuk menyingkirkan Najib dan beliau memiliki cukup bukti dalam bentuk rakaman.

Polis siasat ‘konspirasi’ guling Najib

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, kertas siasatan mengenai perkara itu telah dibuka berikutan laporan polis yang dikemukakan kumpulan kedua-dua pemimpin terbabit.
Noor-Rashid-zahid-mahathir Polis hari ini berkata semua pihak yang berkaitan termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil dalam siasatan berkenaan dakwaan konspirasi antara beliau dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menjatuhkan kerajaan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, kertas siasatan mengenai perkara itu telah dibuka berikutan laporan polis yang dikemukakan oleh kumpulan kedua-dua pemimpin terbabit.
“Kami akan memanggil setiap orang yang terlibat,” kata beliau dipetik The New Straits Times.
Beliau juga memberi jaminan polis akan menjalankan siasatan dengan terperinci, termasuk memanggil Dr Mahathir, 92, yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan dan PPBM.
Katanya, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.
Zahid, naib presiden Umno yang kini menjalankan tugas-tugas timbalan presiden berkata pada mesyuarat bahagian Umno Jerlun semalam bahawa beliau mempunyai rakaman suara pertemuan antara beliau dengan Dr Mahathir pada 2015 yang akan membuktikan beliau tidak merancang menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Walaupun beliau mengakui pernah mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir beberapa hari selepas pelantikannya, beliau menafikan dakwaan bekas perdana menteri kononnya ia adalah untuk mendapatkan sokongan menjatuhkan Najib yang juga presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional.
“Rakaman masih bersama saya. Mereka lupa dengan mudah, tetapi saya tidak,” kata beliau.
Dalam klip video pada 1 Ogos lalu, Dr Mahathir mendakwa Zahid ada menemui beliau untuk mendapatkan sokongannya selepas dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Keputusan kes "bin Abdullah" berbeza jika Artikel 121(1A) dibangkitkan



MOHAMED HANIPA MAIDIN

Alhamdulillah saya sudah membaca keputusan kes "Bin Abdullah" in toto (secara keseluruhan) yang diberikan oleh Mahkamah Rayuan.
Mohamed Hanipa MaidinSebelum mengulas, fakta kes itu secara ringkas adalah ibu dan bapa kepada bayi yang dibinkan Abdullah itu beragama Islam. Pada 17 April 2010, bayi tersebut dilahirkan oleh Perayu Ketiga (ibu). Pada masa dilahirkan bayi itu baru berumur 5 bulan 24 hari (atau 5 bulan 27 hari mengikut kalendar Islam) daripada tarikh perayu kedua dan perayu ketiga berkahwin secara sah.
Perayu Kedua dan Ketiga memohon secara bersama untuk bayi tersebut dibinkan kepada bapa bayi itu (Perayu Kedua) mengikut seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta tersebut). Seksyen tersebut membenarkan nama individu yang mengakui diri beliau sebagai bapa anak luar nikah untuk dimasukkan dalam buku pendaftaran dengan syarat ibu kepada anak tersebut bersetuju. Dalam kes ini ibu anak tersebut bersetuju.
Bagaimanapun dalam sijil kelahiran anak tersebut yang dikeluarkan pada 6 Mac 2012 anak atau bayi tersebut dibinkan "Abdullah" dan bukannya Perayu Kedua yang mengaku bapa kepada anak tersebut.
Pada 2 Februari 2015, bapa bayi tersebut iaitu Perayu Kedua memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membetulkan nama "bin Abdullah" tersebut dan ditukar atas nama beliau. Permohonan dibuat di bawah seksyen 27(3) Akta tersebut tapi pihak JPN menolak permohonan itu melalui surat bertarikh 8 Mei 2015. Maka JPN disaman.
Di Mahkamah Tinggi, keputusan memihak kepada JPN. Ibu, bapa dan bayi tersebut merayu ke Mahkamah Rayuan dan menang.
Antara lain Mahkamah Rayuan memutuskan Hakim Mahkamah Tinggi gagal mengarahkan mindanya pada seksyen 13A (2) Akta tersebut yang menyebabkan keputusannya cacat dan wajar diketepikan.
Mahkamah Rayuan juga memutuskan keputusan JPN adalah berasaskan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada tahun 1981 dan 2003.
Mahkamah Rayuan berpendapat fatwa mempunyai kesan undang-undang di dalam "syariah jurisprudence" tetapi "has nothing to do with the 2nd Respondent's statutory duty under the BDRA (Akta tersebut)".
Berikut adalah ulasan perundangan saya:
Keputusan Mahkamah Rayuan yang hanya memutuskan kes itu semata-mata atas penafsiran Akta tersebut, bagi saya tidak boleh kita salahkan.
Cuma yang saya tidak faham kenapakah peguamcara JPN tidak membangkitkan isu bidang kuasa iaitu, "adakah mahkamah sivil ada bidang kuasa untuk memutuskan isu itu dalam keadaan ia ada kaitan dengan hukum Islam" dan kita ada Artikel 121(1A) Perlembagaan Persekutuan yang secara jelas, bagi saya, memberikan bidang kuasa eksklusif untuk memutuskan isu sebegini kepada Mahkamah Syariah.

Tiada 'abang long', 'taiko' dalam Pakatan Harapan



Tiada mana-mana pihak yang bersikap 'menguasai' dalam Pakatan Harapan sebaliknya semua keputusan dibuat secara bersama hasil daripada perbincangan, tegas Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Mohd Sany Hamzan.
Menurutnya, gabungan AMANAH, PKR, DAP dan Bersatu dalam Pakatan Harapan berbeza dengan BN yang didominasi Presiden Umno manakala pemimpin-pemimpin lain seperti Presiden MCA dan Presiden MIC hanya sebagai tukang angguk.
"Tiada sama sekali istilah 'abang long' atau 'taiko' dalam Pakatan Harapan. Setiap keputusan diputuskan bersama dalam mesyuarat yang kadangkala berjam-jam lamanya," ujarnya.
Sany Hamzan Konvensyen PemudaBerucap di Konvensyen Pemuda AMANAH Nasional di Batu Pahat hari ini, beliau turut memberitahu status Tun Mahathir dalam Pakatan Harapan.
"Kerisauan sesetengah pihak bahawa keberadaan Tun Dr Mahathir dalam Pakatan Harapan akan 'mencairkan' iltizam perubahan, ternyata jauh daripada realiti sebenar," katanya.
Menurutnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada masa ini berada pada hierarki teratas sebagai Ketua Umum Harapan.
"Malah mesyuarat-mesyuarat Harapan sendiri dipengerusikan oleh presiden-presiden setiap parti secara bergilir-gilir," jelas Sany lagi.
Konvensyen bertemakan 'Menggalas Harapan Perubahan' ini dirasmikan Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub.
Turut hadir Ketua Angkatan Muda KeAdilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad, wakil Dapsy serta wakil-wakil daripada beberapa NGO.

Angkat sumpah Raus Sharif ‘titik hitam’ bagi negara, kata Anwar


Angkat sumpah Raus Sharif ‘titik hitam’ bagi negara, kata Anwar
Anwar Ibrahim melahirkan kekesalan dengan majlis angkat sumpah pelantikan ketua hakim negara memandangkan Perlembagaan Persekutuan negara dengan jelas tidak membenarkannya. 
MAJLIS angkat sumpah Md Raus Sharif sebagai ketua hakim malam tadi adalah "titik hitam" dalam lembaran sejarah kehakiman dan Perlembagaan Malaysia, kata pemimpin de facto PKR Anwar Ibrahim.
"Paling jelas, Perlembagaan Persekutuan negara ini dengan terang tidak membenarkan pelantikan-pelantikan ini," kata Anwar dalam satu kenyataan, merujuk kepada pelantikan Zulkefli Ahmad Makinuddin sebagai presiden Mahkamah Rayuan.
Memandangkan mereka sudah melepasi had umur bagi jawatan hakim Mahkamah Persekutuan, pelantikan itu mencetuskan kontroversi dan mendorong Majlis Peguam Malaysia berikrar untuk melakukan cabaran undang-undang kerana dianggap tidak mengikut Perlembagaan.
Raus mengangkat sumpah malam tadi sebagai ketua hakim negara bagi tempoh tiga tahun lagi.
Beliau dan Zulkefli dilantik sebagai hakim tambahan di Mahkamah Persekutuan pada 7 Julai oleh Pejabat Perdana Menteri, yang menyaksikan lanjutan perkhidmatan selama tiga dan dua tahun.
Raus dilantik sebagai ketua hakim negara ke-14 pada 1 April, mengambil alih daripada Arifin Zakaria, yang bersara selepas mencapai had usia 66 tahun dan enam bulan pada 3 Mac.

PAS umum pakatan pembangkang kedua September ini
Gagasan Sejahtera Rakyat yang diketuai PAS dijangka bertanding lebih 120 kerusi Parlimen di seluruh negara dan berusaha menjadi pilihan yang lebih baik berbanding Barisan Nasional dan Pakatan Harapan kepada rakyat.
PAS secara rasmi akan melancarkan pakatan baharu, Gagasan Sejahtera Rakyat pada September ini, menjadikannya pakatan politik ketiga yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Pakatan itu juga dijangka mengumumkan hasrat bertanding di lebih 120 buah kerusi di seluruh negara dalam usaha menawarkan diri sebagai pilihan yang lebih baik berbanding Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
Naib Presiden PAS Dr Idris Ahmad berkata belum ada pelan untuk membentuk kerjasama pilihan raya, baik dengan BN mahupun PH, membayangkan kemungkinan berlaku pertandingan lebih daripada dua penjuru di seluruh negara pada pilihan raya akan datang.
Para penganalisa sebelum ini berkata sekiranya dua pakatan pembangkang bertanding melawan BN, parti pemerintah itu lazimnya akan menang kerana undi untuk pembangkang akan berpecah.
Selain PAS, blok baru itu dijangka akan disertai oleh Parti Cinta Malaysia (PCM), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
Pakatan Islam garis tengah itu juga dijangka akan didukung kira-kira 200 pertubuhan Islam, kata Idris, yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang.
“Kita akan umumkan juga nanti beberapa intipati utama manifesto. Kita tidak mahu umum semuanya lagi kerana bimbang kalau-kalau idea itu akan ditiru oleh Umno,” kata Idris kepada The Malaysian Insight.
Menurut Idris pelancaran itu dijadual akan diadakan dalam dua minggu akhir September di Kuala Terengganu.
Idea Gagasan itu diumumkan pada Mei lalu, pada Muktamar PAS di Alor Star. Pimpinan baru parti itu di bawah Presiden Abdul Hadi Awang menggariskan hala tuju parti selepas ia berpisah dengan sekutunya sebelum ini, PKR dan DAP di bawah nama Pakatan Rakyat.
PAS sudah membentuk kerjasama dengan PKR sejak 1998 namun nekad memutuskan hubungan itu pada Mei. Ia bagaimanapun mengekalkan tiga pemimpinnya dalam kerajaan Selangor yang diketuai PKR.
Hadi sebelum ini mengumumkan Gagasan mahu menawarkan kepada pengundi satu jenama politik yang matang dan sejahtera.
Ketua penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata Gagasan mensasarkan bertanding 100 kerusi Parlimen dalam PRU14 dan ia mahu mengambil alih kerajaan di Terengganu, Kedah, Perak dan Selangor.

Selepas berpisah, PAS ambil pendekatan santai depani PRU14


Selepas berpisah, PAS ambil pendekatan santai depani PRU14
PAS kini mengambil pendekatan santai mendekati untuk mendekati pengundi berbeza dengan lawannya, PH dan BN. 
SELEPAS kemelut tercetus susulan perpisahan dengan bekas sekutu politiknya dan tuduhan yang parti Islam utama negara itu sedang beramah mesra dengan musuh lamanya, Umno, PAS kini mengambil pendekatan yang lebih santai sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Akar umbi parti Islam itu dalam diam kembali membina jentera pilihan rayanya selepas kehilangan beberapa pemimpin utama dan berpengalaman yang kini menyertai parti serpihannya, Amanah.
Kerap kali dilaporkan yang penganalisis berpendapat PAS tidak akan mengulangi kejayaan pilihan raya sebelum ini tanpa PKR dan DAP.
Situasi ini menjadi permulaan kepada persediaan ahli parti itu untuk mendepani Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tanpa sokongan bekas sekutu politiknya yang kini bergabung membentuk Pakatan Harapan (PH).
Ini  juga bermaksud pengundi bakal melihat pertandingan banyak penjuru, situasi yang menurut penganalisis, lebih banyak memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) berdasarkan rekod pilihan raya lepas.
“Kami akan lawan semua orang, BN atau PH,” kata Ketua Bahagian PAS Shah Alam, Halim Omar apabila ditanya tentang strategi parti itu dalam PRU14.
“Dan mesej kami adalah kami ialah (PAS) pakatan terbaik untuk memerintah negara ini,” kata Halim kepada The Malaysian Insight.
PAS memutuskan kerjasama politik dengan DAP pada 2015, tindakan yang membubarkan Pakatan Rakyat. Pada Mei tahun ini pula, ia menghentikan kerjasama politik berusia 18 tahun- pakatan terlama pernah disertainya- dengan PKR.
Sejak itu, PKR dan DAP berganding bahu untuk membentuk PH, pakatan pembangkang utama negara, yang turut disertai Bersatu dan Amanah.
PAS kini bakal menjadi sebahagian daripada pakatan pembangkang kedua negara dikenali sebagai Gagasan Sejahtera Rakyat (Gagasan), kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
Gagasan dijangka bakal disertai Parti Cinta Malaysia (PCM), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), yang akan dilancarkan secara rasmi September depan.
Tetapi usaha ini tidak menghalang pengkritik yang menuduh PAS sedang bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional.
“Kami komited untuk melawan BN. Kami tak ambil duit Umno,” kata Naib Presiden PAS Idris Ahmad.
Beberapa pemimpin PAS didakwa menerima wang dari Umno dalam cubaan untuk menarik sokongan parti Islam itu kepada BN, dan laman sesawang Sarawak Report melaporkan yang ia mempunyai bukti pemindahan dana itu. PAS kini sedang menyaman Sarawak Report yang difailkan di London.
Media sosial ganti ceramah
PRU14 akan berlaku dalam masa kurang setahun lagi, dan PAS kini mengalih tumpuan kempen daripada program besar-besaran kepada sesi bertemu pengundi yang lebih kecil skalanya dan bersifat santai serta kempen agresif meraih undi menggunakanmedia sosial.

SPRM tak boleh mengelak, siasatan isu RM230 juta Zahid perlu dibuat

OLEH: SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Zahid Hamidi cukup berat. Mempunyai RM230 juta ketika berjawatan Ketua Pemuda UMNO sekitar 1996 merupakan suatu kekayaan yang amat luar biasa.
SPRMMalangnya setelah 3 hari berlalu, Zahid masih lagi belum dipanggil mana-mana badan penguatkuasa bagi tujuan siasatan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sebelum ini agresif terhadap ‘bilis-bilis’ rasuah kelihatan lambat bertindak.
Bahkan seakan-akan cuba mengelakkan diri daripada mengambil langkah susulan apabila jawapan ‘tiada komen’ diberikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Mohamad Jamidan Abdullah.
Di benak masyarakat awam, keberadaan RM230 juta dalam akaun Zahid – sebagaimana yang didakwa Dr Mahathir – perlu disahkan sama ada benar atau tidak.
Jika benar, siasatan lanjut perlu dibuat dari mana dan mengapa Zahid memperoleh wang sebanyak itu. Kita yakin bahawa Zahid tidak sebebal Najib untuk beralasan bahawa dana tersebut berpunca dari ‘derma pak Arab’.
Paling mudah untuk kerja SPRM sekarang adalah memanggil Dr Mahathir sendiri, kalau mereka takut nak memulakan siasatan dengan memanggil seorang yang masih bergelar Timbalan Perdana Menteri.
Pendek kata, SPRM tetap perlu siasat dakwaan ke atas Zahid. Jika terus-terusan mengelakkan diri, SPRM hanya mengesahkan persepsi awam bahawa badan tersebut sebahagian daripada aparat pemerintah.

Adakah nasib agenda reformasi jika Dr M jadi PM?

Aktivis Haris Ibrahim berkata pengerusi PPBM itu sudah menunjukkan dirinya bukan seorang reformis.
haris-ibrahim_mahathir_600new
PETALING JAYA: Seorang aktivis politik bimbang agenda reformasi pembangkang akan tergendala jika Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad dipilih sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pilihan raya umum akan datang.
Pejuang reformasi politik Haris Ibrahim memberitahu FMT semakin hari semakin besar kemungkinan Dr Mahathir sekali lagi menjadi perdana menteri sekiranya Barisan Nasional tewas.
Beliau mengulas penilaian situasi politik Malaysia terkini oleh Global Risk Insights, sebuah penerbitan berita dan analisis risiko politik yang diasaskan di London School of Economics.
Menurut penilaian itu, PH yang diterajui Dr Mahathir dan kesan luruhan kontroversi 1MDB boleh menterbalikkan tren terhadap BN pada PRU-14.
Bercakap kepada FMT, Haris berkata PH nampaknya tiada pilihan melainkan melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri memandangkan calon pilihan mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim, masih dalam penjara apabila keputusan pilihan raya diumumkan.
Proses pengampunan yang akan membebaskan Anwar – kalau mungkin boleh – akan mengambil masa, katanya.
“Dalam keadaan sebegitu, apakah kita akan mengalami pusingan kedua pentadbiran Dr Mahathir?”
Beliau akui “teruja” dengan kemungkinan BN dikalahkan, tetapi memperkenalkan reformasi lebih penting baginya.
“Jika kita tidak meletakkan seorang reformasi di kemudi, sebaliknya seseorang yang masih tidak dapat mengakui 22 tahun pemerintahannya telah menyebabkan kerosakan besar pada institusi kita, maka kita tidak akan dapat reformasi.”
Haris berkata keengganan Dr Mahathir bertanggungjawab ke atas dakwaan melumpuhkan badan kehakiman petunjuk jelas beliau bukan seorang reformis.
Sementara itu, Prof Madya Faisal S Hazis di Universiti Kebangsaan Malaysia memberitahu FMT Dr Mahathir memainkan peranan penting sebagai seseorang yang boleh menarik sokongan baru dari masyarakat Melayu luar bandar untuk PH.
Beliau menambah skandal 1MDB beri peluang kepada blok pembangkang untuk mengekalkan sokongan pengundi bandar.
Bagaimanapun, beliau menolak tanggapan 2 faktor itu memadai untuk menewaskan kerajaan BN.
“Dr Mahathir dan 1MDB penting, tetapi 2 faktor itu tidak cukup kalau pembangkang tidak mempunyai naratif untuk orang Melayu luar bandar dan kalau pembangkang gagal membentuk pakatan yang kukuh yang boleh memastikan perlawanan 1 lawan 1 pada pilihan raya nanti,” katanya.

Khairuddin cabar Zahid dedah rakaman ‘mula hingga akhir’

Bekas pemimpin Umno Batu Kawan itu merujuk dakwaan timbalan PM itu ada merakam pertemuan dengan Dr Mahathir.
Khairuddin-Abu-Hassanq_zahid-hamidi_60
PETALING JAYA: Seorang bekas pemimpin Umno mencabar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan rakaman pertemuannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad “dari mula hingga akhir”.
“Buat satu salinan kepada saya untuk dimuatnaik dalam YouTube. Saya sanggup bantu timbalan perdana menteri ini,” kata bekas naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang bagaimanapun yakin dakwaan Zahid itu “bohong”.
Zahid semalam mengakui pernah bertemu Dr Mahathir beberapa hari selepas dilantik menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri pada 2015.
Zahid bagaimanapun menafikan dakwaan Dr Mahathir pertemuan itu bagi melobi sokongannya untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya mendakwa pertemuan itu dirakamkannya, malah direstui Najib.
“Jangan berbohong. Rakaman itu masih ada pada saya. Mereka mudah lupa, tetapi saya tidak lupa. Orang itu berbohong katakan saya yang akan jatuhkan perdana menteri,” kata Zahid pada mesyuarat Umno Jerlun semalam.
Zahid turut berkata individu tertentu yang hadir dalam pertemuan tersebut untuk merancang menjatuhkan Najib.
Khairuddin turut mempersoalkan dakwaan Zahid baru-baru ini mengenai kad pengenalan Dr Mahathir yang tertera nama penuh sebagai “Mahathir a/l Iskandar Kutty”.
“Secara jujur dan ikhlas saya kasihan tengok gelagat Zahid Hamidi sejak kebelakangan ini.
“Inilah masalahnya bila orang agama masuk politik. Kebanyakan daripada mereka akan jadi haru-biru,” katanya.

Kesaktian media dalam kuntau politik Malaysia

POLITIK adalah ilmu seni segala mungkin. Dalam memungkinkan segala yang mungkin itu, antara kemahiran besar yang dimiliki ramai operator politik ialah apa yang disebut Emha Ainun Najib (lebih dikenali dengan nama Cak Nun) sebagai ‘sakti’. Pemimpin atau operator politik yang punya sakti, adalah pemimpin yang punya kebolehan untuk membolehkan segala yang boleh.
Sejarah kesultanan Melayu, misalnya, mengangkat figur-figur kuasa dengan kelebihan dan kesaktian. Lahir dari muntah lembu misalnya, adalah petanda-petanda sakti dan mistik. Punya ilmu keris terbang, kebal, boleh menjampi serapah, ada kemampuan meramal masa depan, mengawal cuaca dan pelbagai lagi ilmu sakti bertaburan dalam sejarah politik orang Melayu.
Lihat sahaja gambaran yang diberikan dalam filem Musang Berjanggut. Bagaimana Tun Nila Utama bertarung dengan Megat Alang Sengketa dengan bersaktikan api, hujan, disumbat ke dalam botol dan dicampak masuk ke bumi.
Bukan sahaja Melayu, Islam juga hadir dengan membawakan kisah-kisah kesaktian bagi memujuk keyakinan umat para nabi dan rasul. Disebut ‘mukjizat’, antara yang paling popular ialah kemampuan Nabi Musa menukar tongkatnya menjadi ular, membelah laut; serta kehebatan Nabi Sulaiman bertutur dengan haiwan, mengawal angin dan lain-lain lagi.
Pendeknya, mahu jadi pemimpin, mesti punya sakti. Kalau tidak sakti, pastinya nanti ditewaskan orang lain yang lebih sakti.
Kata ‘sakti’ berakar daripada bahasa Sanskrit yang kebetulan membawa erti ‘kuasa’. Politik sebagai permainan kuasa dan takhta, memerlukan kesaktian yang berbeza-beza mengikut peredaran zaman dan tamadun. Kalau dahulu, kesaktian itu terbit daripada ilmu-ilmu mistik, kesaktian zaman ini hadir dalam bentuk yang jauh lebih canggih.
Sakti atau ilmu silap mata yang saya maksudkan pada akhir zaman ini ialah sakti media massa, dan bagaimana ia digunakan untuk mengelabui mata orang ramai daripada maudu’ politik semasa.
Kutty
Hujung minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak melayangkan telefon pintarnya kononnya memaparkan kad pengenalan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kononnya, kad pengenalan lama Mahathir itu mencatatkan namanya sebagai ‘Mahathir a/l Iskandar Kutty’.
Ini dilakukan Ahmad Zahid ketika berucap di mesyuarat bahagian UMNO Kelana Jaya. Kerusi Parlimen Kelana Jaya ini ditandingi MCA. UMNO tak ada pun tak apa. Tetapi Zahid Hamidi dijemput ke sana, mungkin kerana Hishammuddin Hussein tidak berkelapangan.
Tetapi Zahid mengambil peluang tersebut untuk menyerang salasilah keturunan bekas bosnya, dengan membangkitkan persoalan mengenai ‘Iskandar Kutty’. Tanpa segan silu dan pastinya dengan penuh sedar akan akibatnya, Zahid melakukan serangan itu. Nak kata tak cerdik, khabarnya ada PhD. Jadi kenapa sebenarnya Zahid membangkitkan soal ‘Iskandar Kutty’ dengan tidak semena-mena?
Adakah Ahmad Zahid Hamidi tidak risau dengan tindakbalas Mahathir Mohamad yang pastinya menunggu masa untuk mendedahkan satu demi satu dosa-dosa lampau Ahmad Zahid ketika berada di dalam kabinet dapur Mahathir?
RM2.58 bilion
24 April lalu, mahkamah timbangtara di London menyaksikan bagaimana kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan mencapai persetujuan dengan institusi dana berdaulat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) untuk membayar sejumlah US$1.2 bilion (RM5.13 bilion) kepada IPIC, ekoran skandal melibatkan 1MDB.

PAS tak tahu mengenai undangan kepada Zahid

Tuan Ibrahim Tuan Man kata PAS memang mengajak semua orang, termasuk ahli Umno, sertai mereka.
Tuan-Ibrahim-Tuan-Man-zahid2PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak tahu mengenai undangan kepada Datuk Seri Zahid Hamidi untuk menyertai mereka 20 tahun dulu.
Beliau berkata parti Islam itu sememangnya mengajak semua ahli Umno dan sesiapa sahaja yang layak menyertai mereka.
“Saya tak tahu siapa yang tawarkan pada dia. Saya pun tahu dia merujuk kepada siapa tetapi memang kita ajak semua orang untuk bersama-sama dengan PAS,” katanya.
“Kita harap semua orang kalau boleh sertai PAS. Kalau Umno boleh join PAS terbaiklah,” katanya kepada FMT hari ini.
Zahid, yang juga timbalan perdana menteri, hari ini mendakwa beliau ditawarkan menyertai PAS selepas beliau meletak jawatan ketua pemuda Umno, susulan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Umno dan kerajaan pada 1998.
“Saya didekati pemimpin PAS minta saya tinggalkan Umno dan tawarkan diri kepada PAS. Rakan-rakan dari PAS katakan cukuplah waktu saya bersama Umno,” kata pemangku timbalan presiden Umno itu.
Zahid berkata beliau mendapatkan nasihat dari Datuk Dr Haron Din, yang pada ketika itu ketua penerangan PAS, yang meminta beliau kekal dan menyumbang kepada Umno.
Beliau menambah semasa beliau menjadi ketua pemuda Umno pada 1990-an, presiden Umno ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyukainya dan cuba mencari jalan menyingkir beliau dari jawatan itu.
Tuan Ibrahim berkata Malaysia mengamalkan demokrasi di mana semua orang berhak pilih untuk sertai mana-mana parti politik.
“Bagi saya, tindakan Zahid kekal dalam Umno itu pilihan peribadi dia,” katanya.

FITNAH APA? ZAHID BERI BOLA CHANGGUNG, MAHATHIR TENDANGLAH


Kesilapan moral Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menimbulkan soal keturunan dalam kepimpinan UMNO hingga menjadi bahan lucu dalam Parlimen tidak penting tetapi yang penting sekarang memarakkan “fitnah” Tun Dr.Mahathir untuk menutup blunder Zahid.
“Fitnah” itu telah menimbulkan prasangka buruk antara kepimpinan dan ahli akar umbi yang boleh memecah-belahkan perpaduan UMNO yang seberapa daya telah cuba dibendung oeh Presidennya Datuk Sri Najib.
Semua jentera porpaganda UMNO sekarang dikerahkan untuk menyemarakkan dakwaan Mahathir sebagai”fitnah” dalam mengatakan Zahid meminta pertolongannya untuk menggantikan Najib sebagai Perana Menteri tidak lama selepas Najib melantiknya sebagai timbalan.
Apakah ini benar-benar fitnah?. Cuba diperhatikan dalam persengketaan UMNO dengan Mahathir, Zahid dengan Mahathir nampak seperti ada satu macam persafahaman antara mereka dengan Mahathir tidak pernah menyerang Zahid dan Zahid pula berhati-hati dalam menyerang Mahathir.
Bagaimanapun Zahid barangkali menyedari bahawa sikapnya ini disedari tidak menunjukkan kesetiaan yang cukup dan tidak membantunya ke arah No1 dan beliau memerlukan tindakan lebih berani dan agresif untuk menyerang Mahathir dan seperti kebiasaannya dalam beberapa kes, beliau gone overboard dan kali ini terperangkap dengan keterlanjurannya sendiri.
Mahathir kehilangan satu-satunya orang harapannya dalam UMNO dan Zahid kehilangan kredebiliti di dalam dan di luar parti.
Malangnya media yang lantang kehadapan untuk memulihkan imejnya juga tidak lagi berkredebliti, tidak dibaca dan tidak ditonton oleh ramai orang.
Kesilapan besar bukan fakta IC Mahathir atau Mahathir pecah rahsia Zahid minta pertolongannya untuk jadi PM tetapi Zahid telah memberikan senjata kepada Mahathir dalam keadaan beliau memerlukannya dan lebih buruk lagi mereka yang tampil kehadapan untuk menjalankan gerakan pembersihan fitnah dengan mendakwa Mahathir berbohong terdiri dari hingus politik UMNO.
Budak-budak ini tidak tahu sejarah UMNO. Mahathir membunuh musuh politiknya Musa Hitam yang mahu merebut jawatannnya dengan mendedahkan surat Musa mahu Tengku Razaleigh disingkirkan dari parti dan marahkan Mahathir kerana melantiknya semula sebagai menteri.
Sampai sekarang Musa dan Tengku Razaleigh dalam keadaan mata berpandangan, hati berdendaman.
Mahathir tidak ada kerugian apa-apapun bila dihina sebagai keturunan Keling. Zahid telah memberikan bola changgung (istilah sepak takraw) kepada Tun tepat pada masanya, dia tendanglah. Budak-budak berhingus UMNO sedang mengutip bola.

Gelombang luar bandar mampu tumbangkan BN di Johor

Gelombang luar bandar terhadap sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) di negeri Johor dilihat semakin terserlah dalam program-program yang dianjurkan oleh gabungan parti pembangkang itu.
Maklum balas berkenaan nasib Barisan Nasional (BN) atau Umno di Johor rata-rata dilihat tidak menyenangkan dan kebanyakan gambaran yang diberikan menunjukkan akan wujudnya gelombang yang mahukan pemerintahan baru.
Salim Mohd ShahMenurut Salim Mohd Shah, 61, (gambar kanan) Umno kali ini sedang melalui persaingan sengit dalam sejarah menjelang Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) kerana parti melayu itu dilihat seperti hilang arah tuju.
Salim yang merupakan bekas Ketua Kampung Serkat yang mempunyai kira-kira lebih daripada 5,000 penduduk itu berkata, dengan gerak kerja yang dijalankan di peringkat akar ini telah membuktikan bahawa PH mempunyai pengaruh akibat orang-orang kampung yang mulai marah terhadap Umno BN.
“Kali ini persaingannya saya jangkakan akan sengit dalam sepanjang sejarah politik di tanah air kita hari ini di mana Umno yang kita kenal dahulu sudah tidak membawa agenda memperjuangkan Melayu kerana apa saya cakap demikian, cuba lihat kesusahan orang melayu itu sendiri, mereka teruk ditindas oleh Umno hari ini.
“Kami telah bergerak dari akar umbi lagi memperkenalkan PH kepada orang ramai agar orang kampung sudah bersedia untuk melakukan perubahan dan sekaligus menjatuhkan serta menumbangkan Umno dan BN,” ujarnya.
Dalam pada itu, Salim berpendapat, gelombang sokongan rakyat terhadap pembangkang kali ini dilihat kuat dengan sambutan yang menggalakkan dari kalangan orang luar bandar atau di kampung-kampung tradisi seperti di kawasan Tanjung Piai, Pontian.

Kos sara hidup naik, kedai pajak gadai bertambah...pemimpin Umno@BN terus bermewah...!!!


Kos sara hidup naik, kedai pajak gadai bertambah
Kedai pajak gadai menjadi pilihan kerana proses mendapatkan wang tunai yang mudah dan cepat, tanpa perlu melakukan pemeriksaan kredit atau meminta bukti pekerjaan serta pendapatan.
DALAM situasi ekonomi buruk yang menyelubungi negara, golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang menjadi pihak paling terjejas terpaksa memajak barangan berharga yang dimiliki mereka untuk memenuhi keperluan hidup.
Sejak sekian lama, kedai pajak gadai menjadi jalan paling cepat dan mudah bagi mendapatkan wang tunai yang diperlukan – dengan syarat seseorang itu mempunyai barangan berharga untuk digadaikan.
Tidak seperti bank, kedai pajak gadai akan memberikan wang tunai tanpa perlu melakukan sebarang pemeriksaan kredit atau meminta bukti pekerjaan dan pendapatan.
Bagi pemandu teksi, R. Segar, 49, dia terpaksa memajak barang kemas keluarga untuk melunaskan pembayaran bulanan pinjaman perumahannya.
"Memandu teksi kini tidak lagi memberi pulangan yang baik dan saya risau mengenai pembayaran ansuran pinjaman rumah saya.
"Saya kini melakukan kerja pengubahsuaian untuk mendapatkan lebih banyak wang, tetapi itu masih tidak mencukupi," kata Segar, yang tinggal di Ampang, kepada The Malaysian Insight.
Segar berkata dia juga kadang-kala memajak barang kemas isterinya bagi perbelanjaan persekolahan anak-anaknya.
Dia mempunyai tiga anak berusia 8, 13 dan 15 tahun.
"Jika anak-anak saya memerlukan barangan sekolah seperti buku teks dan barang lain, saya perlu mencari wang tunai dengan segera. Cara paling mudah adalah memajak barang kemas itu."
Segar berkata dia mempunyai barang kemas bernilai hampir RM20,000 yang digadai.
Shukri Abdul Latiff, 37, yang bekerja dengan katerer, berkata tidak dapat mencari wang tambahan dengan bekerja lebih masa kerana perniagaan lembab.
"Kami tidak menerima banyak tempahan katering. Kerja lebih masa saya juga berkurangan, jika saya perlukan wang kecemasan, saya terpaksa  ke kedai pajak gadai," katanya.
Shukri, yang tinggal di Kajang, berkata kali terakhir dia ke kedai pajak gadai adalah seminggu sebelum Hari Raya.
"Saya memerlukan wang untuk persediaan Hari Raya. Saya terpaksa membeli baju baru untuk tiga anak saya dan juga pemberian duit raya. Susah kalau kita tidak mempunyai wang untuk Raya."
Shukri berkata bayaran pinjaman rumah dan kereta adalah antara faktor yang memaksanya ke kedai pajak gadai.
"Sebelum ini saya ke kedai pajak konvensional tetapi kini beralih kepada Ar Rahnu (pajak gadai Islam) yang berada di bawah Bank Rakyat. Di sini urus niaga jauh lebih baik dan caj lebih rendah," katanya.
Kedai pajak gadai biasanya mengenakan faedah bulanan sebanyak 2% manakala Ar Rahnu pula sebanyak 65 sen bagi setiap emas bernilai RM100 hingga RM1,000, dan 75 sen bagi setiap emas bernilai lebih RM100 dan seterusnya.

1MDB - Malapetaka Buat Malaysia

Hari ini 5 Ogos 2017 (12.00 tengahari) adalah  tarikh akhir lanjutan 5 hari yang diberikan kepada 1MDB (yang telah diambilalih 100% oleh Kementerian Kewangan) untuk mambayar sejumlah RM2.58 bilion kepada IPIC.

Rakyat menunggu penuh debar sama ada bayaran tersebut boleh dilunaskan atau tidak. Mungkinkah "masalah teknikal" yang dinyatakan oleh PM Najib di Parlimen beberapa hari lepas sudah selesai? Jika selesai maka bayaran akan dibuat sebelum pukul 12.00 tengahari nanti. Jika tidak selesai, apakah pula alasan yang akan beliau hidangkan kepada rakyat?

Adakah "masalah teknikal" itu ada hubungkait dengan terbitan bon berjumlah RM2.5 bilion yang dibuat secara tergesa-gesa oleh Bank Negara Malaysia pada 1 Ogos yang lalu? Langganan hanya dibuka untuk tempoh 4 hari sahaja berakhir 4 Ogos. Adakah terbitan bon tersebut sudah habis dilanggan? Sehingga saya menulis pandangan ini, tiada sebarang berita dari BNM. Jika habis dilanggan, pihak mana yang melanggannya? Rakyat berharap tidak ada agensi awam yang diperkuda untuk membeli bon tersebut. Ini kerana sudah pasti wang rakyat (pembayar cukai) yang akan digunakan.

Menteri Kewangan Kedua, Dato' Johari Ghani menafikan penerbitan bon secara tergesa-gesa oleh BNM ada kaitan dengan pembayaran hutang kepada IPIC. Penafian ini sudah dijangka. Peristiwa-peristiwa yang berlaku di Malaysia sangat banyak benar kebetulannya.

Tempoh matang bon tersebut ialah 20 tahun. Ini bermakna pihak yang melanggan akan mendapat pulangan berupa modal dicampur keuntungan mereka selepas 20 tahun. Oleh kerana bon ini diterbitkan oleh BNM, dengan kata lain Kerajaan Malaysia, maka kerajaan yang akan membayarnya. Dari mana kerajaan mendapat wang? Sudah pasti melalui keringat rakyat dalam bentuk cukai. AKHIRNYA RAKYAT JUGALAH YANG AKAN DIPERAH HABIS-HABISAN.

Jika terbitan bon tersebut digunapakai untuk membayar hutang 1MDB kepada IPIC pada hari ini, maka sekali lagi tercatat dalam sejarah rakyat diperhamba oleh sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab.

1MDB - Skandal kewangan terbesar di dunia abad ini, telah dipertahankan oleh PM Najib, Menteri-Menteri, Umno dan rakan sekutu mereka mengakibatkan ekonomi negara berada di dalam keadaan tenat, matawang ringgit jatuh merudum, defisit belanjawan yang teruk, kehilangan kepercayaan pelabur asing, pengangguran meningkat dan hutang negara yang melambung tinggi.

Lebih malang lagi apabila GST dikenakan ke atas semua rakyat tanpa mengambilkira jurang pendapatan. Rakyat miskin, kanak-kanak, warga emas, golongan kurang upaya, yang tidak bekerja turut dipaksa membayar GST. Malah lebih menyedihkan orang yang baru meninggal dunia juga turut membayar GST.

Rakyat tidak akan mempersoal kerajaan jika negara khususnya khazanah negara diurus dengan baik. Apa yang dikehendaki oleh rakyat ialah kerajaan yang baik. Kerajaan yang mentadbir negara dan mengurus khazanah dengan jujur. Kerajaan yang mampu menyenangkan rakyat atau sekurang-kurangnya tidak membebankan rakyat.

Apa yang berlaku kepada 1MDB menunjukkan bahawa syarikat tersebut sengaja dirancang penubuhannya dengan tujuan yang amat jelik iaitu dari awal mereka telah berniat mahu merompak dan menyamun khazanah negara. Mereka telah merancang agar rakyat diperkuda untuk menyelesaikan kemelut yang melanda 1MDB gara-gara nafsu besar isteri, famili, anak tiri dan kroni.

Hanya satu peringatan dari rakyat kepada kleptokrat - "sepandai-pandai tupai melompat, akan jatuh ke tanah juga".

Sedarlah saudaraku wahai rakyat Malaysia.

ZAIDI AHMAD
Pekan

SAIFUDDIN NASUTION: TUN MAHATHIR,ANWAR,MUHYIDDIN OTAK TERBAIK DALAM HARAPAN

HISHAM FAUZI: KEBENARAN APAKAH BILA PAS BERDIAM DIRI DENGAN KEMUNGKARAN NAJIB RAZAK